Saturday, June 29, 2013

KETAHUI KELEMAHAN MANUSIA DARI ILHAM ZIKIRULLAH


 (Disiarkan pada 29. 6. 2013)
Teguhnya iman membina  kehidupan yang sempurna yang diredai Allah s.w.t. berlandas kan jalur-jalur  ibadah zikirullah. Istiqamah dalam melaksanakan zikirullah membina insan yang kamil yang sentiasa menjauhi segala larangan-larangan Allah s.w.t. yang akan memuderatkan kesucian beragama.
Budaya zikirullah menggamit ilham dari Allah s.w.t. sebagai petunjuk jiwa mengenali kelemahan-kelemahan manusia dalam pembangunan tamadun kehidupan. Walaubagaimana pun, Iman dan takwa memainkan peranan utama sebagai dasar pembangunan rohani. Akal mendaftar kan kefahaman yang dizahirkan oleh ilham kelak merintis jalan yang lurus yang diredai Allah s.w.t.
Kelemahan manusia ada dua jenis iaitu yang pertama menangani penyakit jasmani dan ke dua menangani penyakit rohani. Penyakit jasmani adalah yang bersifat nyata berbeza dengan penyakit rohani yang bersifat ghaib. Penyakit jasmani orang yang mempunyai penyakit itu lebih tahu tetapi orang lain  biasanya tidak boleh mengetahuinya. Tetapi penyalit rohani pula orang lain yang lebih tahu tetapi orang yang punya penyakit berkenaan tidak sedarkan diri dan tidak mengetahui kehadiran penyakit tersebut dalam dirinya.
Penyakit jasmani hanya berlaku di alam jasmani sahaja atau di alam dunia semata dan tidak membawa kepada memuderatan iman dan ketakwaan kita kepada Allah. Mengambil contoh seperti mempunyai bisul di bahagian peha. Kita sendiri mengetahui kehadirannya tetapi orang lain tidak  mengetahuinya.
Amat berbeza sekali dengan penyakit rohani di mana orang lain yang lebih tahu tetapi orang yang mengalami penyakit berkenaan tidak mengetahuinya. Sebagai contoh, merasa sombong, pemarah, benci, memfitnah dan sebagainya. Orang yang mempunyai penyakit berke- naan tidak punya perasaan bahawa pembawaan dirinya kurang diterima oleh masyarakt umum.
Penyakit rohani ini akan bersama pemainnya hingga ke dunia akhirat di mana ia akan dipertanggungjawabkan mengapa penyakit berkenaan menginap pada dirinya. Penyakit ini akan mengheret individu berkenaan ke lembah kehinaan sebab masyarakat umum di mana sahaja ia berada kurang menerimanya sebagai ahli masyarakat yang disukai ramai. 
Akhlak yang sentiasa dihinggapi penyakit rohani seperti sombong sering dikatakan orang bahawa penampilannya sentiasa menunjukkan kehebatannya dalam segala segi pembangunan. Orang yang sombong tidak kenal dirinya bahawa segala kejayaan itu adalah pemberian dari Tuhan. Ibadah syukur jauh dari kamus kehidupannya. Manusia yang berwatak sedemikian akan mengalami satu keadaan hidup yang amat menyulitkan iaitu apabila Allah telah mengambil kembali rezeki yang membentuk akhlaknya  merasa sombong.
Dalam sejarah manusia, orang yang paling kaya di zaman Nabi Musa a.s. ialah Karun. Kekayaannya begitu banyak sekali sehingga menggunakan utah untuk mengangkat kucil gudangnya.  Entah berapa banyakkah hartanya yang disimpan dalam gudangnya. Apabila ditanya orang dari mana ia mendapat kekayaannya? Karun menjawab semua kekayaannya ialah dari titik peluhnya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan Tuhan. Inilah jawapan orang yang dihinggapi penyakit rohani. Tidak beriman kepada Tuhan dan jauh dari bersyukur kepada Allah yang Maha Pemberi dan Maha Pengasih itu.
Akibat dari sifat angkuhnya itu ia mati  terpendam dalam tanah bersama kekayaannya. Maka itu timbullah bahasa mengenai “harta Karun” yang bermaksud harta yang terpendam di dalam tanah  yang tidak diketahui tuannya. Untuk cepat jadi kaya banyak orang berangan-angan agar terjumpa harta karun.
Harta karun ini ramai orang terpedaya kerana ingin betul cepat kaya. Belaku pada seorang jejaka yang percaya benar harta karun itu ada. Ia menggunakan teknologi pengesan untuk mengesan adanya harta karun dalam perut bumi. Ia menggunakan teknologi berkenaan untuk mencari harta karun dalam kawasan kebun bapanya. Beliau meminjam jentra pengorek untuk digunakannya apabila alat tersebut dapat dikesan kehadiran harta karun.
Kebun bapanya telah ditanam dengan getah dalam usianya lebih kurang tiga tahun. Alat dapat mengesan kehadiran harta karun dalam beberapa kawasan dalam kebun berkenaan. Dengan tidak melengahkan masa lagi ia mengorek tempat-tempat yang dipercayainya ada kehadiran harta karun.
Sehingga rosak sebahagian besar kebun bapanya tetapi tidak menjumpai harta karun yang diinginikan. Malangnya pemandu jentra pengorek itu tidak menutup kembali lobang-lobang yang dikoreknya mengakibatkan kebun berkenaan tidak dapat diusahakan lagi. Getah yang telah ditanam pun sebahagian besarnya telah layu kerana akar-akarnya telah dibongkar. Inilah akibat na’ cepat kaya tetapi  bertukar pula menjadi cepat misikin.
Penyakit rohani ini sering berlaku kepada jemaah Haji semasa berada di tanah suci Mekkah mengerjakan rukun Islam yang ke lima. Satu sejarah berlaku kepada salah seorang bakal Haji dari Malaysia semasa berada di Mekkah,  menginap di hotel yang diuruskan oleh Tabung Haji bersama dengan jemaah Haji yang lain.
Sebelum orang berkenaan menunaikan Haji amalannya di kampung amat menyakitkan hati orang yang tinggal di paras bawah dalam satu rumah pangsapuri. Beliau tinggal di tingkat empat rumah pangsapuri berkenaan. Setiap kali dia turun ke bawah hendak menyuci keretanya dia tidak menjaga kebersihan di halaman bawah rumah pangsapuri berkenaan. Setelah selesai mencuci keretanya dia membiarkan keadaan begitu kotor berselerak sampah dibuang dari keretanya. 
Amat menyedikkan lagi ialah setiap kali dia turun mencucu keretanya anaknya yang kecil turut sama dengannya dan menambahkan lagi keadaan kotor  terutama sekali di bahagian perparitan kecil yang dibina mengelilingi pangsapuri tersebut. Anak itu membuang najisnya di parit-parit berkenaan dan apabila bapanya selesai mencuci kereta dibiarkan tahi anaknya tanpa dicuci dengan air menggunakan host yang digunakan untuk mencuci keretanya. Apabila ditegur oleh jiran terutama sekali di tingkat bawah ia menjadi berang dan mengatakan siapa yang rajin  dipersilakan mencucinya.
Semasa berada di tanah suci Mekkah, Allah tunjukkan kepadanya bagaimana rasa dihati apabila kita sendiri mengalami keadaan yang kotor itu sentiasa menemani hidup kita. Setiap kali ia mandi ia merasa air hotel penginapan itu berbau busuk dan sukar baginya untuk mandi sehingga ia merujuk kepada pengurusan Tabung Haji untuk membuat aduan mengenai keadaan air di mana ia menginap.
Pada sebelah malamnya ia membuat laporan itu, Tabung Haji mengadakan taskirah dan diwajibkan semua jemaah hadir.  Ustaz yang menyampaikan taskirah pada malam itu memberi ingatan kepada para jemaah bahawa setiap amal perbuatan yang telah kita lakukan di kampung sebelum datang ke tanah suci Mekka, yang berbentuk penganiayaan atau tingkalaku yang bersifat sombong kepada orang lain akan dikenakan kepada kita sendiri apabila kita berada di tanah suci Allah!
Beliau yang telah mengalami tingkahlaku berkenaan semasa di kampung dahulu rasa menyesal terhadap apa yang telah dia lakukan kepada jiran tetangganya yang tinggal di blok pangsapuri yang sama. Maka setelah menyedari diri tentang kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa itu maka jiwanya mulai rasa tawadu terhadap Allah s.w.t. dan merancang diri hendak meminta maaf kepada jiran tetangga berkenaan sebaik sahaja ia kembali ke kampung selepas mengerjakan ibadah Haji.
Begitu jugalah berlakunya kepada seorang rasul bernama Nabi Musa a.s. yang Allah telah memberikan satu mukzizat kepada beliau semasa dalam pemerintahan Firaun laknatullah. Kebongkakan Firaun apabila ia menjadi raja telah mengakui dirinya sebagai Tuhan! Nabi Musa semasa masih bayi, telah dihanyutkan oleh ibunya di sungai Neil untuk mengelak dibunuh oleh Firaun yang telah merancang membunuh semua anak-anak lelaki yang baru lahir kemudian atas kekuasaan Allah Musa dipungut oleh Firaun dan dijadikan sebagai anak angkatnya.
Semasa Nabi Musa melaksanakan dakwahnya kepada umatnya mengenai akidah Islam, beliau ditanya oleh para jemaah dengan pertanyaan: “Siapakah yang lebih hebat ilmunya di dunia?” Dalam hati kecilnya berkata bahawa dialah yang lebih hebat kerana kerajaan raja Firaun pun telah tumang olehnya!  
Perasaan kebongkakan Nabi Musa mengenai kejayaannya menumbangkan Firaun mengakibatkan Allah perintakan Nabi Musa untuk menuntut ilmu dari Nabi Hijir. Nabi Musa pun pergi mendapatkan Nabi Hijir kemudian menuntut ilmu dari beliau. Nabi Hijir membawa Nabi Musa merantau di satu perkampunan dengan syarat “Jangan bertanya  apabila sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Hijir!”
Nabi Hijir diberi oleh Allah satu mukzizat yang dapat melihat apa yang akan berlaku di masa akan datang. Oleh kerana Nabi Musa gagal mematuhi syarat yang diterimanya iaitu jangan bertanya apa yang dilakukan oleh Nabi Hijir, maka itu Nabi Musa tidak dilayan lagi oleh Nabi Hijir untuk meneruskan usaha menntut ilmu darinya
Nabi Musa merasakan diri telah melakukan satu kesilapan kerana tidak bersyukur kepada Allah atas kekuasaannya menghapuskan kerajaan Firaun. Mukzizat Allah berikan kepada Nabi Musa tidak membentuk jiwa Nabi Musa untuk bersyukur, tetapi ianya menjadi satu kebanggaan bagi Nabi Musa apabila beliau menjawab persoalan “Siapakah orang yang amat bijaksana disisi Allah s.w.t.?”
Penyakit rohani ini boleh menginap kepada semua lapisan masyarakat sama ada gulungan elit termasuklah para Nabi dan Rasul atau orang awam sekali pun tidak ada yang terkecuali. Sebenarnya penyakit rohani ini adalah atas desakan naluri yang bersifat nafsu. Manusia sememangnya diwujudkan oleh Allah dengan kelemahan demi kelemahan. Sifat tersebut hanya boleh diatasi apabila fitrah akal dan iman memainkan peranan utama dalam segala percaturan hidup kerana Allah.
Penyakit rohani yang lain seperti benci, mengatakan orang atau memfitnah adalah juga satu naluri manusia yang sentiasa bermain dalam pemikiran setiap individu. Maka itu wajar diberi keutamaan kepada akal untuk memimpin tindakan manusia sebagai khalifah Allah agar penyakit rohani tidak dapat memperkosakan amal ibadahnya.     
Apabila epada kita. mengami keadaan yang bersifat kotora semasa dapa yang rajin nya tanpa dicuci dengan host yang digunakan untMenghimbau ceramah akidah oleh Kiai Zainuddin M.Z melalui media kassetnya telah menghuraikan satu panduan hidup yang telah dibawa oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. seputung hadith yang diriwayat oleh imam Bukahari dan Muslim di mana nabi Muhamad bersabda- “Jauhilah diri mu dari tujuh macam perkara yang merusak”. Merosak akidah kita, merosak akhlak dan penampilan diri dan merosak segalanya mengenai pembangunan manusia yang diredai Allah s.w.t.
Yang pertama menyekutukan Allah. Agama dimulai dengan keyakinan maka kehancuran agama selalu dimulai dengan kehancuran keyakinan. Keyakinan yang berkiblat kepada syarik, yang membawa kepada keyakinan bahawa ada kekuasaan lain selain Allah. Kedua yang merosak ialah mendekati amalan sihir. Sihir adalah perbuatan diluar dari kebiasaan. Perbuatan yang merosak yang ketiga ialah membunuh orang dengan sengaja. Roh manusia adalah kepunyaan Allah, maka membunuh orang ia merampas roh  kepunyaan Allah. Memakan riba merupakan satu amalan yang amat merosakkan pembangunan umat. Jauhilah amalan riba jika kita ingin jadi kaya.
                Perkara kelima yang merosak ialah memakan harta anak yatim. Anak yatim wajar dilindungi dan bukan diambil hakhaknya. Melarikan diri dari pertempuran merupakan perbuatan yang merosak. Pembelut atau berpaling tadah merupakan perkara yang merosak yang ke enam. Mereka yang melakukan pembelotan dari rancangan asal tidak tercium bauh syurga. Perkara ketujuh yang merosak kata Nabi ialah menuduh perempuan yang mukmin atau memfitnah mengatakan satu perbuatan keji yang tidak pernah dilakukannya. (bersambung)

Sunday, June 23, 2013

ZIKIRULLAH MENZAHIRKAN PEMBANGUNAN ROHANI


 (Disirkan pada 22. 6. 2013)
Pembangunan kehidupan adalah dalam dua kategori iaitu pembangunan yang berunsur jasmani dan yang kedua ialah yang berunsur rohani. Kedua-dua disiplin tersebut mempunyai perbezaan dari segi perlaksanaan ibadahnya. Pembangunan jasmani landasannya nyata dan boleh dilihat kesannya manakala pembangunan rohani berunsur ghaib dan hanya iman sahaja yang menentukan perlaksanaannya.
                Pembangunan kehidupan seorang insan sedemikian rupa disebabkan manusia diciptakan Allah dalam dua unsur iaitu jasad yang asalnya daripada tanah dan roh adalah ciptaan Allah s.w.t. Jasad bersifat benda, tidak punya perasaan dan mengalami kemuderatan. Tetapi roh  bersifat zat yang kekal yang Allah tiupkan ke dalam jasad maka jadilah makhluk manusia yang berperasaan dan berkemahuan dalam segala segi pembangunan yang diredai Allah s.w.t..
                Manusia diwujudkan Allah dengan satu tujuan supaya beribadah kepada-Nya. Ibadah kepada Allah adalah amal-amal yang berbentuk muamalat yang akan mendapat ganjaran dari Allah sama ada yang bersifat nyata demi kemanfaatan jasmani atau yang bersifat ghaib yang berbentuk pahala untuk kemanfaatan rohani. Maka itu pembangunan kehidupan seorang insan berpandu kepada disiplin muamalatnya. Maka itu tanpa berusaha keperluan hidup tidak akan datang dengan sendirinya.
                Ibadah merupakan perintah Allah dan menjadi amanah yang setiap insan wajar laksana kan demi kemanfaatan hidup samada di dunia mahupun di akhirat kelak.  Ibadah yang dimaksud kan ialah tangungjawab sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan alam kehidupan. Manusia dibekalkan Allah dengan berbagai fitrah, antaranya ialah kemahiran berfikir, ilmu pengetahuan, akal dan nafsu serta kasih sayang. Fitrah inilah menjadi senjata manusia untuk melaksanakan ibadah kerana Allah.
                Dalam melaksanakan ibadah wajar meminta petunjuk dari Allah demi kesempurnaan perlaksanaannya sebagai tangungjawab memakmurkan alam kehidupan. Allah akan sentiasa memberi petunjuk melalui jalur-jalur ibadah yang berbentuk zikirullah. Ibadah zikirullah merupakan landasan ibadah yang menzahirkan pembangunan rohani.  
                Zikirullah merupakan amal-amal yang bersifat intiqamah dalam melaksanakan ibadah. Segala makhluk yang hidup di alam dunia sentiasa berzikir kepada Allah demi memohon ganjaran berupa makanan untuk terus hidup dan berkhidmat sebagai agen perubahan kepada kehidupan makhluk yang lain. Pohon-pohon kayu juga berzikir memohon perlindungan dari Allah agar keselamatan hidup diperkanankan kepadanya.
                Pohon-pohon kayu berzikir kepada Allah agar diberi cuaca yang baik dan dilindungi dari bencana alam seperti kemarau yang perpanjangan, api yang melanda hutan rimba, angin rebut yang kencang, dan sebagainya. Pohon-pohon  kayu di kawasan tadahan air sungai sentiasa berzikir kepada Allah memohon agar diturunkan hujan untuk pohon-pohon kayu berkenaan dapat menjalankan khidmatnya kepada manusia demi mengekalkan aliran air di perut bumi ke sungai kelak mengekalkan isipadu air sungai yang bermanfaat kepada berbagai makhluk lain seperti manusia, haiwan untuk di minum. Air dalam badan amat diperlukan untuk menseimbang kan suhu badan serta mengekaklkan proses metabolism dalam badan.
                Pokok-pokok bunga yang ditanam dalam halaman rumah berzikir kepada Allah memohon agar diberi kuntum bunga yang cantik untuk menghiasi halaman rumah manusia. Begitu juga pokok buah-buahan seperti mangga, rambutan, pisang, nangka, langsat dan sebagainya. Semua tanam-tanaman tersebut sentiasa berzikir kepada Allah agar ia tumbuh subur dan dapat mengeluarkan buah demi kemanfaatan manusia dan juga makhluk-makhluk lainnya
sebagai pengguna.
                Tanaman lainnya seperti sayur-sayuran berbagai jenis  tidak terkecuali berzikir kepada
Allah untuk memohon kesihatan dan dapat tumbuh subur. Ia memohon pada Allah agar diturunkan hujan membasahi bumi serta udara yang bersih agar ia dapat memproseskan makanan dalam tanah untuk ditukar menjadi cabohidrat dan protein yang menjadi pembangunan makhluk
manusia sebagai pengguna.
Manusia sebagai pemakmur alam kehidupan harus menjaga keselamatan tumbuh-tumuhan agar pencemaran udara, pencemaran air  dan pencemaran tanah tidak berlaku untuk kemanfaatan kepada tumbuh-tumbuhan. Makhluk tumbuh-tumbuhan tidak punya kemahiran berfikir seperti manusia tetapi ia boleh memproses baja uria kepada zat  makanan seperti proten, cabohidrat, vitamin dan zat galian yang bermanfaat kepada makhluk manusia.
Manusia hanya menjadi pengguna semata dan tidak punya kemahiran untuk memproses makanan seperti halnya tumbuh-tumbuhan. Maka itu wajarlah manusia sentiasa bersyukur  kepada Allah kerana memberi kemampuan kepada tumbuh-tumbuhan memproses makanan sendiri yang bermanfaat kepada manusia melaluli khidmat zikirullahnya kepada Allah.
Ibadah zikirullah adalah amalan berunsur istikamah. Ia melatih jiwa mengenali diri tentang  kelemahan dalam melaksanakan ibadah. Ibadah secara istikamah merupakan amalan yang sering diabaikan oleh manusia. Pada kehidupan itu sendiri budaya istikamah sentiasa berlaku sama ada secara fisik mahu pun secara spiritual. 
Istikamah secara fisik adalah satu amalan yang dikenali sebagai rajin berusaha. Usaha merupakan ibadah yang berterusan. Matlamatnya ialah kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Kejayaan itu sebenar ialah ganjaran dari Allah s.w.t. kerana usaha yang kita laksanakan adalah tawakal kepada Allah. Tawakal itu  adalah ibadah bersifat zikirullah demi mendapat anugerah dari-Nya. Segala hasil ibadah yang kita lakukan adalah prerogatif Allah s.w.t.
Istikamah secara spiritual adalah merupakan ibadah yang kita lakukan saban hari berlandaskan pemikiran melalui jalur-jalur zikirullah. Menerima pertolongan orang yang sering membantu kita dalam usaha beribadah dan ganjarannya yang tidak kita sangkakan berlaku. Orang yang menolong tentu sekali mempunyai perasaan dan kasih sayang kepada orang yang ditolong dan perasaan itu sentiasa bersifat zikirullah.
Kurnian kesihatan dari Allah merupakan satu bentuk zikir kerana Allah. Kita memerlu kan kesihatan agar badan kita sentiasa dapat melakukan ibadah dengan sempurna. Sentiasa mensyukuri kesihatan yang Allah berikan kepada kita merupakan ibadah mulia di sisi Allah s.w.t.. Dalam perlaksanaan solat lima waktu pun wirid kita sentiasa dimuliakan dengan zikirullah seperti subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar. 
Kalimah ‘subhanallah’ merupakan kalimah sejagat kerana Allah itu Maha Mengetahui apabila hamba-Nya mengalami kesulitan. Kalimah ini dizikirkan di mana saja kita berada dan dalam segala keadaan apa sekali pun jika dizikirkan dengan hati yang khyusuk dan tawadu, pertolong Allah akan diperkanankan.
Dalam ibadah sembahyang lima waktu kalimah subhanallah pasti digunakan untuk memurnikan wirid kita. Mengucap subhanallah adalah sebutan bagi mengagungkan kesucian Allah Yang Maha Esa serta Maha Berkuasa itu. 
Samasa Allah menciptakan arashNya para malaikat diperintahkan untuk memegang tiangnya. Oleh sebab terlalu berat maka para malaikat merujuk kepada Allah bahawa mereka kurang mampu bertahan lama sebab terlalu berat. Maka Allah perintahkan para malaikat “Bacalah Subhanallah”. Para malaikat berzikir kalimah subhanallah maka mudah bagi mereka
mengangkat arash Allah.
Kalimah subhanallah jika dizikirkan dengan niat untuk memohon dipermudahkan oleh Allah dalam segala urusan pada masa-masa tertentu maka perlaksanaan ibadah dalam pembangunan akan dimudahkan oleh-Nya. Segala urusan dalam berbagai agenda pembangunan dalam sehari suntuk Allah beri kelapangan pada perjalanan ibadah jika kalimah subhanallah disebatikan dalam jiwa setiap insan. Masalah-masalah menangani penggunaan masa, ibadah yang berunsur disiplin pengurusan, melaksanakan agenda yang rumit, dan sebagainya akan Allah bukakan pintu kesulitan dan dipermudahkan oleh Allah segala urusan untuk menyelesaikannya.
Dalam mendirikan solat lima waktu sehari semalam yang dikatigorikan sebagai tiang agama, bahagian wiridnya wajar dihiasi dengan zikirullah dengan menggunakan tiga kalimah suci iaitu dimulai dengan subhanallah sebanyak tiga puluh tiga kali, diikuti dengan kalimah Alhamdulillah sebanyak tiga puluh tiga kali dan ditutup dengan kalimah Allahuakbar juga tiga puluh tiga kali.
Setiap mukmin dalam melaksanakan ibadah harian atau yang biasa dikenali sebagai muamalat, kiblat pemikiran kita wajar terlebih dahulu dituju kepada Allah dengan mengucap kalimah bissimillahirahmanirahim untuk meminta perlindungan-Nya agar dimudahkan urusan. Ini wajar kerana sebagai hamba Allah kita sentiasa dicuragi oleh iblis laknatullah yang sentiasa berikhtiar hendak menyulitkan segala urusan dalam pembangunan kehidupan.
Makhluk iblis dalam usahanya memohon kebenaran dari Tuhan untuk membalas dendam kepada anak-anak cucu Nabi Adam a.s. kerana gara-gara beliau(Adam) iblis telah diharamkan Allah untuk menikmati hidup bahagia di syurga-Nya; Allah s.w.t. telah memperkanankan iblis dikecuali hamba-hambaNya yang dekat dengan-Nya. Maka itu dengan mengucap bisimilla- hirahmanirahi (dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang), maka iman kita teguh bersama Allah yang menjadi perisai kepada segala amal ibadah kita kelak memudahkan segala urusan ibadah kerana Allah.
Maka itu kalimah subhanallah, setiap mukmin wajar dizikirkan yang akan memudahkan segala perlaksanaan agenda pembangunan dalam hidup bertamadun. Ia dizikirkan sebanyak tiga puluh tiga kali setiap fardu sembahyang. Dalam usaha solat lima waktu sehari semalam kita telah berzikir subhanallah sebanyak 165 kali setiap hari.
Zikir kedua dalam wirid solat fardu ialah ‘Alhamdulillah’, ini adalah juga penting kerana segala nikmat Allah berikan kapada kehidupan wajar kita berterimakasih dengan mengucap Alhamdulillah. Satu nikmat Allah berikan yang amat besar dan tidak terkira nilainya ialah nikmat hidup. Ramai orang tidak memikirkan bahawa hidup ini adalah kekuasaan Allah. Jantung berdenjut mengepumkan darah ke seluruh anggota badan yang mengakibatkan hidup adalah kekuasaan Allah untuk menggerakkan mikanisme dalam system kehidupan yang dipertanggug- jawabkan kepada jasmani kita.
Nikmat-nikmat lainnya yang tidak kurang pentingnya dalam hidup seorang insan ialah perasaan cinta dan kasih sayang; sihat dan bahagia; mempunyai akal dan kemahiran berfikir; nafsu dan kemahuan; mempunyai keluarga bahagia serta anak-anak yang comel-comel belaka; kecantikan pada urat wajar diri dan berbagai-bagi lagi nikmat yang kurang difahami orang sebagai nikmat hidup yang Allah berikan. Maka itu wajar kita bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah setiap kali kita mendirikan solat iaitu bersama Allah s.w.t. Kalimah ini juga dizikirkan saban hari lima waktu sehari semalan sebanyak 165 kali.
Kalima Allahuakbar pada zikirullah yang ketiga dalam wirid sembahyang mempunyai kemurnian dan kemulian yang tersendiri. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ia mengasihi setiap makluk manusia, ia memberi hidup pada setiap makhlukNya di alam kehidupan tetapi ia hanya menyayangi hamba-Nya yang mukmin. Maka itu masyarakat mukmin harus tahu diri mengenai kebesaran Allah s.w.t. dan wajib memujinya dan mengangkat kemartabatanNya sebagai Allah bagi sekalian alam.
Kewujudan alam kehidupan adalah atas kekusaan dan keredaan Allah s.w.t. Makhluk manusia yang diberi akal dan kemahiran berfikir telah diberi amanah sebagai khalifah di muka bumi-Nya. Maka itu murnikanlah hidupmu dengan disiplin bersyukur serta memuji Allah melalui jalur-jalur ibadah zikirullah. Semoga Allah perkenankan segala niat dalam hati yang murni demi pembangunan rohani.  

Saturday, June 8, 2013

ZIKIR MEMANTAPKAN DAN MEMURNIKAN IMAN KEPADA ALLAH S.W.T.


 (Disiarkan pada 8. 6. 2013)
Ibadah Zikir dengan menggunakan nama Allah semestinya mempunyai tujuan tertentu tetapi penulis melaksanakannya tanpa apa-apa misi yang khusus, hanya ingin merasai kelezatan iman serta menaruh kecintaannya kepada agama Islam sebagai agama Allah. Motivasi dalaman penulis dalam melaksanakan zikir berpaut kepada keinginannya menterjemahkan Islam dalam kehidu- pan beliau.
                Mengikut sejarahnya bagaimana beliau menukarkan agama dari penganut kepercayaan Krestian (Catholic) kepada agama Islam sebagai agama yang benar, beliau  telah mengalami kesukaran demi kesukaran dalam mentarbiahkan diri mengenai akidah Islam kerana rakan-rakan muslim sama ada yang mualaf mahupun mereka yang dalam keturunan keluarga Islam amat segan untuk mendekati beliau.
                Mengapa berlaku demikian, beliau kurang faham dan banyak kemungkinan yang boleh diambil sebagai faktornya. Antaranya ialah mungkin disebabkan beliau dalam agama lamanya adalah pendakwa sambilan yang dikategorikan sebagai “Ahli Vergin of Mary” dan rakan beliau memikirkan bahawa bukan mudah mentarbiahkan  orang yang mendalamai kepercayaan tertentu.
Pengalaman beliau semasa dalam kepercayaana lamanya, beliau pernah berdebat dengan Padri atau yang biasa dikenali sebagai “Father” terutama sekali untuk mendapatkan kefahaman mengenai felosofi: “God is in three blessed trinity”atau dalam bahasa Melayunya: “Tuhan itu adalah tiga dalam satu”.
Dalam disiplin sembahyangnya wajar mendapat berakat dari Tuhan terlebih dahulu dengan mengucapkan “In the name of the father, and of the son and of the holy ghost” (Dengan nama bapa, dan nama anak dan nama spiritu sangti) sambil menyentuh kepala untuk father dan menyentuh perut atau dada sebagi anak dan menyentuh kedua belah  bahu sebagai holy  ghost.
 Penulis bertanya kepada padri: “Adakah Bapa itu Tuhan? Jawapannya “Ya”, Adakah anak itu Tuhan? Jawapannya “Ya” dan Adakah holy ghost itu Tuhan? Jawapannya “Ya”. Maka penulis memahami Tuhan itu ada tiga. Tetapi jawapannya “tidak”, Tuhan itu hanya satu. Padri mencuba membuat analogi dengan tangan kanan iaitu satu tangan kanan ada lima jari tetapi kita faham ada satu tangan kanan sahaja. Penulis semakin bengong kerana dalam kefahaman penulis bahawa tangan itu adalah tangan dan jari itu adalah jari! Maka perdebatan antara padri dengan penulis mengakhiri dengan keputusan dari padri berkenaan, “You have to believe it!”. Ini bermaksud padri mengalami kebuntuhan alasan atau jawapan untuk mentarbiahkan penulis mengenai   persoalan yang dikemukakan oleh penulis.
Berkemungkinan juga mengapa beliau mendapat kesukaran mendampingi rakan muslim untuk mendidik beliau mengenai Islam, disebabkan penulis sentiasa “picky” dalam usahanya untuk mendapatkan kefahaman mengenai persoalan tertentu. Maka itu rakan-rakan muslim segan mendampingi beliau. Dalam pandangan penulis, remaja Islam masa dahulu dan juga masa kini sebilangan besar agak kurang berusaha untuk menimba ilmu akidah terutama sekali remaja yang dilahir dalam keluarga Islam.
Ada kemungkinan juga mengapa rakan-rakan muslim tidak membantu penulis untuk mengilmukan beliau mengenai akidah Islam kerana beliau memegang jawatan tertinggi dalam profesion keguruan maka ada keseganan dari segi protokolnya. Akibat dari itu sesiapa saja yang mendekati beliau serta membantunya untuk mengenali ilmu akidah, beliau dengan semangat yang kuat sentiasa bersedia melaksanakan amal ibadah yang diwajibkan.
Ibadah zikirullah yang dilaksanakannya  adalah antara cara penulis ingin mengilmukan diri dalam usaha mendekati Allah s.w.t. Perlaksanaan zikirullah yang diajar oleh saudara sepupunya dilakukan dalam dua fasa dengan setiap fasa mengambil masa lima jam setiap malam selama empat puluh satu malam.
Berzikir dalam masa lima jam bermula pukul dua belas malam akan selesai pada pukul lima pagi. Tanpa rehat langsung mendirikan solat subuh dengan terlebih dahulu melaksanakan solat sunat tahajud untuk meminta kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah beliau. Setelah solat subuh beliau menggunakan empat puluh lima minit untuk tidur sebelum bersedia ke pejabat.
Semasa melaksanakan ibadah zikirullah beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Bahagian Keningau yang menjaga empat buah daerah seperti daerah Keningau, Tambunan, Tenom dan daerah Nabawan. Selain dari menjalankan tugas-tugas pejabat yang amat mendesak saban hari itu belaiu  juga menghantar dan mengambil anak-anak sendiri ke sekolah kerana tidak ada yang dapat membantunya disebabkan orang rumahnya kurang mampu melaksanakannya..
Selepas melaksanakan ibadah zikirullah secara istiqamah selama empat puluh satu hari, beliau diberi satu gambaran dalam mimpi di mana penulis bersama puluhan remaja kira-kira berumur belasan tahun turut sama memasuki kuburan orang musrikin. Pengalaman beliau menjelajahi dalam kuburan musrikin amat mengerunkan. Kelihat orang tua, remaja, dan kanak-kanak dalam keadaan rangkanya sahaja keluar dari keranda masing-masing dan mengada perbin-
cangan tetapi penulis tidak dapat memahami bahasa yang diguna kerana kurang jelas didengar. Setelah habis perbincangan, mereka kembali ke dalam kerada masing-masing. Setelah itu penulis keluar dari kubur berkenaan meninggalkan rakan-rakan yang masih di dalamnya menyaksikan keadaan alam kubur berkenaan.
Pada saat itu penulis tersedar dari tidurnya lalu melihat jamnya menunjukkan pukul tiga pagi. Penulis yang masih dalam selimut, berfikir sejenak membuat perbandingan antara alam kubur orang mukmin dengan alam kubur orang musrikin. Mengikut akidah Islam yang dibawa oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana beliau pelajari dari kesset Kiai Zainuddin M.Z.. bahawa jasad orang Islam yang telah kembali ke rahmatullah, setelah di kubur akan menjadi tanah atau kembali kepada asalnya tanah.
Rohnya akan berada di alam barzakh sehingga hari kiamat datang di mana semua yang mati akan dibangkitkan semula untuk ditemukan kembali dengan roh masing-masing dan ditempatkan di padang masyar untuk dipertanggungjawabkan segala amal-amal yang telah dilukukannya semasa hidup di dunia, sebelum ditentukan samada ke syurga Allah  atau ke neraka jahanam.
Pada keesokan harinya penulis bergagas ke tempat adik kandungnya hendak bertanya mengenai cara ibunya, yang telah meninggal dunia, di kubur. Penulis tidak sempat melihat ibunya yang disayangi itu disemadikan disebabkan beliau berada di Amerika Syarikat sedang mengambil ijazah sarjananya. Mengikut pengalaman penulis semasa dalam agama Kristian (Catholic) dahulu telah melihat cara orang Krestian dikubur ialah ditempatkan di dalam keranda kemudian kerandanya dibalut dengan simin untuk mengelakkan jasad si mati tidak disentuh oleh tanah.
Amat menyedihkan pada penulis bahawa ibunya disemadikan, mengikut penerangan adik kandungnya, dengan menyimin kuburnya dalam tiga dimensi iaitu  di bahagian kedua-dua tepi dan atasnya tetapi bahagian bawahnya hanya keranda yang menghalang jasad ibunya menyentuh tanah. Ini bermakna jasad si ibu hanya dapat menyentuh tanah setelah kerandanya buruk dimakan tanah
Penulis merasa bersyukur kerana dia telah menganut agama Islam iaitu agama Allah. Maka itu hidupnya di landasan yang diredai Allah s.w.t. yang menjadikan manusia dari tanah dan harus kembali kepada tanah. Maka di situlah kembali kepada felosofinya bahawa memelihara kebajikan rohani adalah lebih diutamakan daripada jasmani semasa hidup di dunia. Inilah antara lain menjadi motivasi dalaman penulis untuk ingin mendekati Allah dan mencintai agamaNya melalui zikirullah.
Hidangan Kiai Zainuddin M.Z dalam media kessetnya, beliau mengambil peristiwa semasa baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. mentarbiahkan masyarakat Quraisy mengenai perjalanan hidup manusia setelah menemui ajalnya. Bahawa Allah jadikan manusia dari tanah dan akan dikembalikan kepada tanah. Kemudian dibangkitkan semula oleh Allah dan ditemukan kembali dengan rohnya apabila datang dunia kiamat iaitu dunia hancur-hancuran untuk dipertanggunjawabkan amal perbuatannya semasa hidup di dunia.
Setelah baginda menyampaikan taskirahnya lalu dua orang pemuda Quraisy, berlaga keras kepala, bergegas pulang ke rumah mereka untuk mengambil cangkul dan pergi mencari kuburan tua. Mereka mengorek kuburan itu dan diambil tulang-tulangnya kemudian dipersembah kan kepada baginda Rasul untuk melihat kesaihan taskirah baginda. Baginda memberi tahu bahawa kalau Allah boleh mencipta manusia dari tanah  mengapa ia tidak mampu mengembali kan ciptaannya seperti sedia kala? Inilah faktor yang memurnikan iman serta memantapkan ketakwaan penulis kepada Allah s.w.t.
Keutamaan dalam hidup di dunia ialah memahami perjalanan hidup kita mulai dari roh ciptaan Allah sebagai unsur manusia pertama yang ditempatkan bersama dengan jasmani yang Allah ciptakan dari tanah dan kembali kepada roh setelah selesai agenda di di dunia. Usia pada setiap insan telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Berkuasa itu.
Ranjau-ranjau perjalanan dan karenah-karena hidup manusia hanya berlaku semasa hidup di dunia sahaja. Allah tidak biarkan manusia bersendirian bergelumang dengan noda dan dosa menangani hidupnya di dunia tetapi Allah bekalkan bermacam-macam jenis media ilmu untuk manusia gunakan demi mentarbiakan diri memahami tanggungjawab serta tujuan hidup yang Allah inginkan.
Pertama Allah turunkan dokumen wahyuNya (Al-Quran) yang memerintahkan manusia untuk mengilmukan diri agar manusia dapat membaca dan memahami felosofi hidup yang diredai Allah s.w.t. Kedua ialah Allah wujudkan para ulama, ustaz, guru-guru agama dan badan-badan bertauliah yang boleh membantu manusia mengilmukan diri mengenai ilmu akidah. Mereka inilah yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu akidah kepada manusia di seluruh pelusuk alam.
Cara dan teknik mereka menyampaikan ilmu akidah kepada masyarakat mukmin masing-masing mempunyai gayanya tersendiri mengikut kesarasian kepada individu berkenaan mengikut keadaan semasa di mana mereka berada. Oleh sebab penulis tidak dapat mengilmukan diri mengenai ilmu akidah secara langsung dengan individu berkenaan, maka beliau berpuas hati dengan menggunakan media kesset sahaja.
Penulis amat terhutang budi kepada Kiai Zainudin M.Z. kerana melalui ceramahnya dalam media kessetnya penulis dapat mendekati Allah s.w.t. serta mencintainya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan beliau bersama-sama orang-orang yang saleh yang telah meninggalkan amal  jariah mereka semasa hidup di dunia.
Media-media lain yang penulis gunakan untuk menimba ilmu akidah ialah melalui media cetak. Di rumahnya ia mempunyai mini perpustakaan yang menjadi pembantu beliau untuk memperkayakan serta mengukuhkan ilmu yang diperolehi melalui media kesset. Antara nukilan yang penulis gemar membaca ialah buku-buku yang ditulis oleh  Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi; Prof. Dr. HAMKA; Dr ‘Aidh Abdullah  Al-Qarni; Bey Arifin; Nik Azis Nik Mat serta Tafsiran Al-Quran yang ditulis oleh Ahmad Sonhadji Mohamad, dan banyak lagi buku-buku agama lainnya yang menjadi tetamu khas beliau di rumah untuk membekalkannya dengan berbagai ilmu dunia dan akhirat.
Ilmu yang ditimba dari berbagai media, penulis menterjemahkannya ke dalam diri beliau dengan cara menggunakan bahan-bahan berkenaan untuk ditarbiahkan kepada rakan-rakan seperjuangan mahupun kepada pegawai-pegawai atasan apabila masa mengizinkan untuk berbuat demikian. Dengan cara demikian maka ilmu itu dapat didaftarkan dalam jiwa penulis dan digunakannya semasa menjadi penulis diruang-ruang akbar tempatan.
Memahami ilmu agama penulis dapat kemudahan melalui ilmu-ilmu sains dan teknologi terutama sekali ilmu biologi yang beliau pelajari semasa di bangku sekolah dahulu maka itu dapat memudahkan urusan dari segi kefahaman mengenai felosofi kejadiannya disamping memahaminya sebagai kekuasaan Allah s.w.t. yang Maha Bijaksana itu. 

Sunday, June 2, 2013

ZIKIR MELATIH JIWA MENDEKATI ALLAH


 (Disiarkan pada 1. 6. 2013)
Zikir merupakan ibadah kerana Allah. Ia melatih jiwa mendekati Allah serta mencintai-Nya. Zikir adalah cabang kepada amalan istiqamah dalam melaksanakan ibadah yang Allah sentiasa sukai. Orang yang membudayakan zikir, jiwanya sentiasa berpaut kepada kecintaannya kepada Zat Yang Maha Berkuasa itu.
                Wahyu pertama yang diterima oleh manusia (Muhammad s.a.w.) merupakan dokumen yang diturunkan dari langit(Allah) melalui Malaikat Jibril ialah “Iqra” iaitu “baca”. Allah memerintah manusia untuk membaca kalimah Allah yang terucap iaitu al-Quran dan kalimah yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini dengan segala isinya termasuklah manusia.
                Mikanisme kehidupan manusia dikawal oleh organ jantung yang bergerak secara istiqa- mah mengepum darah ke seluruh anggota badan sejak seorang insan itu lahir ke dunia hinggalah akhir hayatnya. Pergerakan jantung secara istiqamah dikategorikan juga sebagai satu jenis zikir. Jika kita mendengar degupan jantung seolah-olah ia berzikir mengucapkan kalimah “Allah”, “Allah”, “Allah”.
Orang tua kita mengatakan bahawa Allah itu dekat dengan kita yang ditamsilkan bahawa
jarak antara mata putih dengan mata yang hitam lebih jauh berbanding dengan dekatnya Allah dengan kita. Tamsil yang paling baik yang digunakan mengenai hal ini ialah roh kita adalah kepunyaan Allah s.w.t. Maka itu menyempurnakan hidup di dunia semestinya dihiasai dengan zikirullah kerana ibadah berkenaan adalah kebajikan rohani kita.
                Makanan jasmani berbeza dengan makanan rohani maka itu setiap insan berikhtiar memberi kemanfaatan kepada kedua-dua unsur manusia tersebut. Jasmani kita memerlukan makanan bersifat pepejal. Tetapi makanan rohani kita adalah bersifat ghaib. Dengan itu kita berzikir dengan satu tujuan untuk mendapatkan reda Allah s.w.t. yang berbentuk pahala. Pahala adalah makanan batin (roh) kita yang akan menemaninya dalam kehidupan di akhirat nanti.
                Zikirullah merupakan satu disiplin ibadah demi menyerapkan seluruh anggota badan, pemikiran dan jiwa kita kedalam suasana untuk disebati dengan kalimah suci Allah. Maka itu jasmani kita dipimpin oleh rohani untuk mendukung kesucian dan kemuliaan amal-amal ibadah demi membina dan mendukung tamadun kehidupan yang sentiasa dalam keredaan Allah s.w.t.
                Para malaikat diwujdkan Allah untuk melaksanakan tugas hanya beribadah kepada Allah seperti berzikir, bertasbih, bertahmit serta memuji kebesaran Allah s.w.t.  Maka itu makluk malaikat tidak punya wawasan pembangunan seperti manusia. Ia tidak punya nafsu sama ada dalam bidang pembangunan mahupun dalam bidang pembiakan. Itulah sebabnya Allah mewujudkan manusia sebagai khalifah-Nya. Amanah ini tidak dipertanggungjawabkan kepada malaikat walaupun keinginan mereka amat sangat kuat, sehingga tidak merestui kehadiran mereka dan melebelkan makhluk berkenaan sebagai pembawa bencana serta menumpahkan darah di permukaan bumi.
                Menjadikan zikirlullah sebagai budaya dalam hidup seorang mukmin adalah satu disiplin ibadah yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t.. Orang yang tidak puas-puas berzikir sangat dikasihi Allah. Insan yang sentiasa basah bibirnya kerana berzikir akan merasakan dunia sebagai neraka jika pembangunannya tidak dalam landasan  yang dipimpin oleh kesucian  beragama kerana Allah yang kelak akan mengheretkan manusia ke lembah kehinaan.
                Kebahagian dunia bersifat sementara sahaja yang hanya sebatas usia seorang mukmin sebagai pemain dalam pembangunan. Segala kebahagian dunia yang bersifat material adalah hakgunapakai manusia semata dan ia akan berpisah dengan kita apabila ajal menjemput nyawa. Tetapi kekayaan hakiki yang diperolehi yang berbentuk pahala dalam melaksanakan ibadah kerana Allah itulah yang akan menemani kita hingga ke alam akhirat.
                Menghadiri ceramah di masjid yang dilakukan oleh seorang ustaz atau ulama pasti
mendapat pahala dari Allah s.w.t. maka samalah juga dengan mendengar ceramah-ceramah melalui media kesset yang ditarbiahkan oleh Kiai Haji Zainuddun M.Z yang menjadi budaya hidup penulis dalam menimba ilmu akidah.
                Penulis sentiasa berdamping rapat dengan saudara sepupunya yang telah mendidiknya dahulu mengenai sembahyang sunat  tahajud secara istiqamah dalam usaha melaksanakan ibadan dibulan suci Ramadan. Beliau sering memuatkan ilmu pembangunan rohani dalam mentarbiah  penulis demi memperkukuhkan imannya kepada Allah s.w.t.  
                Antara strategi yang digunakannya ialah mengamalkan ibadah zikirullah. Penulis amat
sangat  berminat mengenai ibadah tersebut walaupun perlaksanaannya dalam keadaan yang bersifat sukar dilakukan sekalipun. Mengamalkan satu jenis ibadah secara instiqamah selama empat puluh satu hari tanpa henti adalah satu disiplin yang akan membina ketakwaan kepada Allah serta membuahkan keunggulan diri terutama sekali kepada rohani kita.
Mengikut saudara beliau amalan zikir adalah menguatkan iman kepada Allah di samping menanamkan semangat cintakan Allah. Antara zikir yang diperkenalkan oleh beliau kepada penulis ialah menggunakan empat daripada sembilan puluh sembilan nama-nama Allah. Pada setiap satu dizikirkan sebanyak tiga ribu kali setiap malam selepas solat Isyak.
Empat sifat Allah berkenaan ialah Al-Khabir(Yang Maha Mengetahui), Al-Ghaniy(Yang Maha Kaya), Al-Fattah(Yang Maha Membuka), dan Ar-Razzaq(Yang Maha Pemberi Rezeki). Kebiasaannya menerusi nama dan gelaran, kita boleh mengenali akan sesuatu. Dengan memper- hatikan maksud nama-nama Allah kita dapat  mengenali sebahagian daripada sifat-sifat Allah dan seterusnya dapat mengenali Allah itu sendiri.
Di dalam usaha berzikir dengan menggunakan nama-nama Allah kita bermatlamatkan untuk menterjemahkan maknanya ke dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah.Semoga Allah dapat meredai ibadah kita dan dapat kiranya membentuk jiwa serta akhlaq yang masih bergelumang dengan amalan-amalan yang mengundang kemurkaan Allah s.w.t. Tafsiran-tafsiran keempat-empat nama Allah berkenaan adalah seperti berikut:-

Al-Khabir (Allah YangMaha Mengetahui).
Dialah yang mengetahui kejadian-kejadian batin yang tersembunyi di dalam segala sesuatu. Dialah yang mengetahui sudut-sudut paling dalam dan paling gelap dari kerajaanNya yang tidak dapat diketahui oleh ‘aqal manusia dan tidak dapat dimasuki oleh para MalaikatNya. Di mana pun di ‘alam semesta terjadi peristiwa-peristiwa yang tidak terbilang jumlahnya.
 Sebahagian di antaranya bersifat universal, sebahagian lagi kecil, di atas dan di bawah, di dalam dan di luar satu sama lain. Dia mengetahui semua itu sejak awal hingga akhir, dalam perincian bersifat mutlaq. Peristiwa-peristiwa yang belum terjadi, namun masih  dalam pembentu kan, atau masih direncanakan, tersembunyi, seperti rahsia di dalam rahsia, terlihat olehNya tak ada yang luput dari perhatianNya.
“….lalu Hafshah bertanya: “Siapakan yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi Menjawab: “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah At-Tahrim: Ayat 3)
“Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hamba-hamaNya. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-An’am: Ayat 8)

Al-Ghaniy (Yang Maha Kaya)
Allah itu Maha Kaya yang mencukupi diriNya sendiri. Dzat dan sifatNya tidak memiliki
hubungan dengan sesuatu apapun yang lain.Yang kewujudan dan kesempurnaanNya tidak bergantung pada yang lain. KekayaanNya tidak ada hubungannya dengan yang lain, bahkan
semua yang lain bergantung padaNya.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud (terjemahan): “…..Maha Suci Allah,
Dialah Yang Maha Kaya, KepunyaanNya apa yang ada di langit dan apa yang di bumi….” (Surah Yunus: Ayat 68)
“Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah, dan Allah Dialah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpiji”.  (Surah Fathir: Ayat 15)

Al-Fattah ( Yang Maha Membuka)
Dialah Pembuka dan pemberi jalan keluar, yang membuka semua yang terkunci, terikat dan yang di dalam kesulitan. Ada beberapa hal yang tertutup bagi kita. Ada beberapa keadaan dan persoalan yang terikat pada sebuah simpul. Ada hal-hal yang sulit  yang tidak dapat kita ketahui atau kita jangkaui
Sebahagian di antaranya merupakan hal-hal yang bersifat material, profesion, pekerjaan, pendapatan, kekayaan, tempat, kawan-kawan yang kita miliki. Ada juga hati yang terikat oleh belenggu kesedihan, fikiran yang terbelenggu oleh keraguan atau persoalan-persoalan yang tidak dapat di atasi.
Allah berfirman yang bermaksud  (terjemahan): “…..Dialah pembuka pintu rahmat lagi yang mengetahui.” (Surah Saba’: Ayat 26)
“….Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan  kepada mereka berkah dari bumi dan langit….” (Surah Al-A’raf: ayat 96).

Ar-Razzaq (Yang  Maha Pemberi Rezeki)
Dialah Pemberi Rezeki. Rezeki diperlukan agar makhluk dapat bertahan hidup. Dan ada makanan yang bersifat fisikal memberi kekuatan kepada tuguh dan melindunginya agar tetap hidup dalam jangka waktu tertentu. Sedangkan rezeki yang besifat spiritual memberikan kita kehidupan yang abadi. Dalam kaitannya dengan manusia, yang dimaksudkan dengan rezeki yang bersifat fisikal bukan hanya makanan, minuman, udara dan pakaian tetapi ayah dan ibu, suami atau isteri, mahupun anak-anak. Bahkan harta dan ‘ilmu kita merupakan sebahagian dari rezeki kita.
Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya Allah  Dialah Maha Pemberi  rezeki……” (Surah Adz Dzariyat: Ayat 58)
“Dan Tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezekinya…” (Surah Hud: Ayat 6)
Melaksanakan zikirullah dalam bilangan yang ditetapkan pada setiap satu sifat Allah berkenaan memakan masa lima jam selama empat puluh satu malam. Walaubagaimanapun mukadimah pembuka zikirullah haruslah dimulai dengan membaca ayat kurdsi sebanyak seratus empat puluh satu kali. Masa diperuntukan melaksanakan ibadah ialah selama 41 malam, tidak boleh terputus. Jika berlaku tanpa istiqamahnya, walaupun pada sehari dalam penghujung waktu perlaksanaan ibadah berkenaan, harus bermula dari satu lagi. Demikianlah amalan penulis yang mendisiplinkan jiwanya untuk cinta kepada agama Islam.   
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. melaksanakan solat sunat tahajudnya pada setiap malam begitu lama sehingga bengkak kakinya; walhal dosanya yang lalu, masa kini dan akan datang jika ada sudah diberi jaminan ampun oleh Allah s.w.t.
Penulis dalam melaksanakan ibadah zikirullah dalam masa lima jam setiap malam selama empat puluh satu hari mengalami masalah yang sama. Apabila kaki itu digerakkan untuk berdiri selepas berzikir selama lima jam seolah-olah lutut itu terkunci dan terpaksa diurut dahulu buat se ketika barulah dapat digerakkan. Duduk bersila dengan tidak bergerak khusyuk berzikir selama lima jam membuat kita sedar betapa beratnya ibadah itu jika dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan jujur demi kecintaan kita kepada Islam, agama Allah yang kita cintai itu. (Bersambung)