Saturday, August 31, 2013

KONOTASI "GARAM HIDUP" DALAM PANDANGAN ISLAM.

 (Disiarkan pada 31. 8. 2013)
Tidak ada yang dibanggakan dalam hidup seorang mukmin tanpa merasa syukur terhadap segala kejayaan yang dikurniakan Allah s.w.t.. Hidup ini adalah semata-mata bertawakal untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. terhadap ibadah yang kita laksanakan. Tanpa keredaan-Nya segala ibadah akan menjadi sia-sia sahaja.
               Hidup itu untuk apa? Alangkan murahnya nilai hidup ini, kalau hanya semata-mata terbatas pada kebendaan. Apalah harganya manusia ini, kalau fikirannya hanya tertuju kepada nasi dan gulai, roti dan garam. Tak pernah matanya singga kepada bunga yang sedang mekar atau bintang  berkelip di halaman langit.
               Orang yang beriman adalah orang yang bersyukur kerana memiliki perasaan yang mendalam terhadap keindahan alam, kehidupan dan manusia. Orang yang sering bersiar di taman al-Quran akan dapat melihat dengan jelas, bagaimana al-Quran cuba menanam ke dalam setiap akal dan sanuberi orang  beriman dengan rasa keindahan yang terdapat pada setiap juzuk alam. Sama ada dari atas, bawah atau sekelilingnya: di langit, di bumi, tumbuh-tumbuhan, binatang dan insan.
               Allah s.w.t. berfirman tentang keindahan langit yang bermaksud (terjemahan): “Maka mereka tidak melihat langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikan dan menghiasinya, dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun.” (Qaaf:6)
               “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (dilangit) dan Kami telah menghiasi perkara itu bagi orang-orang yang memandangnya.” (al-Hijr:16)
               Allah s.w.t. telah berfirman tentang keindahan bumi serta tumbuh-tumbuhannya yang bermaksud (terjemahan): “Dan kami hamparkan bumi itu, dan Kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata”. (Qaaf: 7)
                              Untuk melihat keindahan binatang  melalui ayat-ayat suci al-Quran, kita boleh melihat kepada ayat yang menjelaskan tentang binatang-binatang yang bermaksud (terjemahan): “Dan kamu memperolehi pandangan yang indah padanya, ketika kamu membawanya kembali ke kandang dan ketika kamu melepaskannya ke tempat pengembalaan.” (al-Nahl: 6)
                 Untuk melihat kecantikan manusia Allah berfirman yang bermaksud(terjemahan): Dialah yang memberi rupa kepada kamu dengan sebaik-baik rupa”. (at Taghabun: 3)
                Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud(terjemahan): “Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki dan Dia menyusun tubuhmu”. (al-Infithar: 7 – 8).
               Setiap orang yang beriman akan merasa syukur kerana dapat melihat kekuasaan Allah yang mereka cipta itu pada setiap apa yang dilihatnya di dalam alam yang indah ini. Dia juga akan dapat melihat keindahan Allah pada setiap keindahan yang dijadikan serta dibentuk-Nya. Ia melihat padanya: “Perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu”. (al-Naml: 88)
               Maksudnya (terjemahan): “Yang memperelokkan segala sesuatu yang Dia ciptakan”. (al-Sajadah: 7 )
               Dengan ini, orang yang beriman akan merasa syukur dengan keindahan yang terdapat pada setiap juzuk kewujudan yang berada disekelilingnya; lantaran ia adalah kesan dari keindahan Allah s.w.t.
                              Perasaan ialah garam hidup. Dengan perasaan manusia merenung, mencari ketenangan dalam pergolakan.  Menampak bahagian dalam sengsara. Menampak jernihnya masa depan dalam keruhnya yang sekarang. Imbangan nada tinggi melengking dengan nada rendah mengendur, itulah dia muzik dari kehidupan.
               Perasaan, apabila diasuh-diasah, tajamlah dia untuk mencari yang indah. Sehingga dilihat orang di luar dinding, disangka orang seksa, padahal bagi orang dalam dinding dirasai nikmat.
               Manusia sejak dia dijelmakan selalu merentangkan tali di antara alam dengan hatinya. Tumbuhlah kehalusan perasaan itu  dengan sederhana pada mulanya, kerana melihat keindahan langit, kesuburan bumi dan keluasan laut, warna-warni buluh burung dan mekarnya kembang, matahari terbit dan terbenam.
Tetapi kerana beratnya tekanan hidup, mencari beras seliter kadang-kadang  kendurlah tali hubungan  hati dengan alam itu  atau pudar sama sekali. Demi apabila keperluan sehari-hari beransur kemakmurannya, mulailah dirasai bahawa hidup bukanlah semata-mata  cari makan. Hidup bukanlah semata-mata tekun mencari ilmu. Ada yang lebih tinggi dari makan dan ilmu, iaitu kehalusan perasaan buat menangkap yang indah yang ada di keliling diri. Bila itu tercapai, inilah “Hidup”.  
Allah telah memberi manusia keutamaan yang menyebabkan dia lebih tinggi daripada makhluk yang lain. Pemberian Allah itu adalah akal dan fikiran. Bertambah maju kehidupan nya, bertambah maju pula fikiran. Sedang binatang  hanya mempunyai “instict” saja, sehingga kehidupan binatang tidak ada kemajuan. Maka itu wajarkan manusia besyukur?
Kehidupan lalat pada zaman sekarang masih sama saja dengan kehidupan lalat 100,000 tahun yang lalu. Ia membiak di atas benda-benda yang busuk. Telornya yang diletak  pada makhluk yang telah mati dan akan memakan daging yang telah reput. Lalat suka hinggap di atas benda-benda kotor maka ia membawa penyakit kepada manusia apabila ia hinggap pada makanan kita.  
Fikiran ingin mencari  dan mencari lagi; dan mencari lagi. Dan belum mahu berhenti sebelum bertemu dengan hakikat itu. Dan taraf kemajuan fikiran manusia itu bersangkutan pula dengan kecerdasan peribadi orang-seorang. Itulah sebabnya maka ada ahli falsafah dan ahli ilmu  pengetahuan.
Ahli falsafah mempertemukan waktu yang indah dahulu, yang sekarang dan masa depan. Ahli pengetahuan melihat ruang, iaitu tempat yang ditentukan oleh benda. Kedua-duanya, ahli falsafah dan ahli pengetahuan, mengorbankan usia, mempergunakan fikiran itu mencari hakikat dari yang nyata. Menggali sampai ke seberang yang nampak. Sampai yang tak nampak pun jadi nampak.
Tak nampak pun dengan mata, nampak jelas dengan mata hati atau fikiran. Walaupun baru jelas dengan fikiran sendiri dan belum jelas oleh fikiran orang lain. Atau belum diperbandingkan dengan pendapat orang lain.
Mengikut pendapat Prof. Dr. HAMKA berfikir bebas tetapi terbatas. Ahli fikir yang lain mengatakan bahawasanya meskipun  telah ribuan tahun  manusia hidup, namun corak  yang difikirkan dengan fikiran yang bebas, ternyata  terbatas  hanya dalam empat soal: Soal alam, soal manusia, soal hidup dan soal pencipta dari segalanya.
               Mengikut Sayid Jamaluddin Al-Afghani: “Berfikir yang mendalam, tak dapat tidak  akhirnya akan membawa kita ke dalam alam falsafah. Memang berfalsafah adalah puncak kesempurnaan  berfikir, dengan belajar dan menyelidik. Ada pun nubuwwah (kenabian) dan risalah  (kerasulan) adalah anugerah Illahi yang dilimpah kurniakan-Nya kepada hamba-Nya yang dipilih-Nya. Nabi maksum dan dituntun oleh wahyu Ilahi. Adapun ahli hikmat dan ahli falsafah adalah perjuang yang berjuang mencari hakikat, yang kadang-kadang bertemu, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang tersalah, kadang-kadang benar. Kadang-kadang berhasil, kadang-kadang gagal” .
               Jika perasaan itu menjadi garam hidup manusia maka hidup sebagai hamba Allah yang bersyukur wajar diletakkan kepada konsep Islam di mana persudaraan yang tidak pernah mengenal kedudukan. Sama ada sesorang itu ahli falsafah mahupun ahli ilmu pengetahuan, persaudaraan di dalam Islam merangkumi semua kelompok masyarakat. Tidak terdapat di sana sekolompok manusia yang terlalu tinggi darjatnya untuk bersaudara dengan  orang lain dan tidak  terdapat  di sana sekolompok manusia yang terlalu rendah darjatnya untuk  bersaudara dengan orang lain.
               Pemerintah adalah saudara kepada yang diperintah dan pemimpin adalah saudara kepada yang dipimpin. Di dalam sebuah Hadith ada menyebutkan:
               “Sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang-orang yang kamu sayangi mereka dan mereka menyayangi kamu, kamu mendoakan mereka  dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat  pemimpin kamu ialah orang-orang yang kamu bencikan mereka dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu” (Diriwayat oleh Muslim dari ‘Auf Ign Malik.)         
               Tuan kepada hamba adalah saudara kepada hambanya sekalipun pada waktu-waktu  tertentu hamba diwajibkan mematuhi tuannya. Di dalam sebuah Hadith shahih ada menyebutkan:
               “Para pembantumu adalah saudara-saudara kamu. Allah telah menjadikan mereka berada di bawah kekuasaanmu, jika Allah mahu maka Dia akan menjadikan kamu berbalik  berada di bawah kekuasaan mereka, maka barangsiapa yang saudaranya berada di bawah kekuasaannya maka hendaklah memberi makanan kepadanya sebagaimana ia  makan, memberikannya pakaian sebagaimana ia berpakaian, jangan kamu memaksa mereka untuk melakukan pekerjaan yang mereka tidak mampu lakukannya, dan memang kamu terpaksa memaksa mereka juga, maka bantulah mereka”. (Diriwayatkan oleh Muslim dari ‘Auf Ibn Malik).
               Orang-orang yang kaya dan miskin, kaum buruh  dan para majikan, tuan-tuan tanah dan para pekerjanya, semua mereka adalah  saudara  kepada  yang lain. Tiada sebab untuk berlakunya krisis sosial atau kecemburuan antara kelas sosial.
Bahkan tidak akan ada kelas-kelas sosial di dalam masyarakat Islam seperti mana yang sering berlaku di kalangan masyarakat Barat di zaman-zaman pertengan yang dikenali sebagai kelas menengah terpelajar, kelas penunggang kuda  mewah, golongan pembesar agama dan sebagainya. Kelas-kelas sosial ini diwarisi secara turun-temurun menurut nilai-nilai, budaya dan hukum berkuasa pada masa itu.
Di dalam Islam terdapat ahli agama. Tetapi mereka bukanlah satu kelas sosial yang mewarisi tugas ini. Sebaliknya ia adalah  tugas yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan dari segi ilmu dan pengajian. Status ilmu bukanlah  seperti  status kependetaan sepertimana biarawan dan pembesar-pembesar agama di dalam agama-agama lain. Sebaliknya ia adalah satu tugas mengajar, mendakwa dan memberi fatwa. Mereka adalah ulama bukanlah pendeta.
               Muliakan hidup mu sebagai hamba Allah yang bersyukur!  Orang yang bersyukur semestinya memahami kedudukan hidupnya sebagai mukmin yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t., serta berkewajipan melaksanakan ibadah solat lima waktu sehari semalan secara intikamah.
Tatkala Rasulullah s.a.w. akan menutup mata, walaupun jasmaninya menderita sakit, masih dipaksa-paksakannya naik mimbar di masjid Madinah, memberikan nasihatnya yang terakhir kepada umatnya. Di antara nasihat yang terpenting  itu, dan semuanya penting, diperingatkannya benar agar sembahyang  lima waktu jangan ditinggalkan, jangan  disia-siakan. Baginda cemas kalau-kalau setelah dia mati, sembahyang itulah yang lebih dahulu diabaikan.
Sembahyang pada zaman moden ini kurang mementing peruntukan masa melaksanakan ibadah solat. Kita hidup dalam masyarakat yang majmuk yang mempunyai kepecayaan yang berbeza kadang-kadang gejala timbul dari mulut orang-orang yang penganut agama-agama lain, hahawasanya sembahyang  lima waktu itu sangat menghalang pekerjaan. “Sebab itu, kata mereka “Sembahyang menghalangi kemajuan.”

Setelah kita mengalami gelora kesibukan zaman yang dahsyat ini, mengalami segala sesuatu mesti serba cepat, yang dinamakan zaman mesin, zaman atom dan zaman sputnik, terasalah oleh kita, sehingga menjadi keyakinan hidup, bahawa sembahyang tidak boleh dilalaikan. Hanya sembahyang yang dapat mententeramkan jiwa dalam arus kesebukan ini.

Saturday, August 24, 2013

MANFAATKAN MASA MUDAMU DALAM MEMBINA KEJAYAAN

 (Disiarkan pada 24. 8. 2013)
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan kepada umat manusia mengenai pembangunan tamadun manusia dengan mengatakan: “Buat yang lima sebelum yang lima datang” (Hadith Shahih). Antara lima perkara tersebut satu daripadanya ialah manfaatkan masa mudamu sebelum masa tuamu datang – ia merupakan satu amalan yang amat penting dalam melaksanakan ibadah pembangunan.
               Masa mudamu wajar dimanfaatkan terutama sekali untuk menuntut ilmu pengetahuan. Orang yang berilmu tidak sama dengan orang tidak berilmu. Ilmu merupakan kekuatan diri sebagai pemain dalam pembangunan tamadun kehidupan. Tugas utama manusia dalam hidup di dunia ialah menuntut ilmu. Menuntut ilmu kerupakan satu pembangunan minda untuk membolehkan seseorang itu memahami serta mengenali dirinya tentang hubungannya dengan Allah, manusia dan juga alam ini.
               Manusia sebagai khalifah Allah mempunyai tugas dan tanggungjawab di hadapan Allah s.w.t. demi memakmurkan kehidupan di alam dunia. Maka itu hidupnya seorang insan berkewajipan membaca kalam Allah serta melaksanakan apa yang diperintah Allah iaitu yang terucap oleh Allah seperti al-Quran dan yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini serta segala isinya.
               Allah telah melengkapkan nikmat hidup kepada makhluk manusia di alam dunia ini maka itu menjadi tanggungjawab kepada setiap individu memanfaatkannya dalam melahirkan pembangunan. Allah juga bekalkan manusia dengan akal dan fikiran untuk dijadikan kekuatan menterjemahkan segala nikmat tersebut kepada pembangunan manusia sebagai persediaan kehidupan di akhirat kelak.
               Masa muda mu adalah sebaik-baik masa yang digunakan untuk memakmurkan kehidupan. Masa tersebutlah segala fitrah dalam diri individu adalah dalam keadaan yang sesuai untuk dimanfaatkan dalam menangani pembangunan. Tenaga serta alam pemikiran adalah dalam keadaan yang baik maka itu wajar diambil kesempatan yang ada sebelum ia meninggalkan kita.
               Orang yang menggunakan masa mudanya demi memanfatkan kehidupan yang sempurna merupakan insan yang pandai bersyukur terhadap nikmat hidup Allah telah kurniakan kepadanya. Manakala mereka yang menghabiskan usia mudanya  untuk berpoya-poya semata, melayani buaian serta kelezatan hidup yang bergitu menyeronokan adalah orang yang mengkufuri nikmat hidupnya sebenar.
               Mengkufuri nikmat hidup yang Allah berikan kepadanya akan membawa kepada kedosaan yang tidak akan membawa apa-apa keuntungan di alam akhirat nanti. Malah orang yang mengkufuri nikmat hidup akan Allah tarik balik nikmat hidup berkenaan kelak akan mengalami hidup dalam kesengsaraan.
               Antara nikmat hidup yang paling tinggi nilainya ialah nikmat sihat. Mengkufuri nikmat sihat akan Allah tarik balik nikmat tersebut maka jadilah hidup kita sentiasa mengalami sakit dan kemuderatan dalam berbagai jenis sama ada dari segi pemikiran yang lemah, tenaga yang tidak bermayah atau tidak punya selerah sebarang makanan mengakibat kan badan menjadi letih dan tidak mampu melaksanakan sebarang ibadah.
               Orang yang tidak mementingkan kesihatannya untuk digunapakai dalam melaksana kan amal ibadah akan menemuhi hidup yang penuh dengan derita seperti mempunyai  masalah kencing manis kerana terlalu banyak memakan makanan yang mengandungi gula. Penyakit kencing manis adalah satu penyakit yang amat berat sekali resikonya kerana orang yang mengalaminya, harus berwaspada jangan mengalami kecederaan pada anggota badan kerana  peluang untuk sembuh amat sukar sekali maka hanya satu cara untuk mengatasinya ialah dipotong anggota badan yang tercedera. Kalau bahagian kaki yang luka maka kaki itu
harus dipotong untuk mengelak kumannya merebak ke atas.
               Hidup adalah satu perjuangan dan perjuangan itu adalah satu takwim kehidupan untuk
setiap insan harus melaksanakan dalam hidupnya. Masa mudanya harus disiapkan untuk berjuang kerana Allah. Allah berfirman yang bermaksud: “Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah Aku.”(Az-Zariyat ayat (51) 56).
               Manusia diwujudkan oleh Allah s.w.t. dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada-Nya. Melaksanakan ibadah kepada Allah merupakan perjuangan hidup untuk melaksanakan takwim kehidupan sebagai pemakmur alam kehidupan yang dikenali sebagai khalifah Allah s.w.t.
               Manusia dilengkapkan oleh Allah dengan berbagai fitrah yang amat banyak sebagai kekuatan untuk menangani perjuangan demi memartabatkan kehidupan di alam dunia dan sebagai persediaan kehidupan di alam akhirat nanti. Masa remaja mempunya berbagai kerenah hidup berupa cobaan Allah s.w.t. dan setiapnya wajar dilalui oleh individu sebagai kewajipan dalam hidup.
               Perjuangan tidak ada makna tanpa ketakalan atau istiqamah dalam melaksanakan agenda kehidupan. Perjuangan wujud dalam berbagai dimensi yang akan bertemankan manusia terutama sekali masa mudanya. Dalam hidup ini manusia menghendaki berbagai keperluan hidup dan keperluan itu tidak ada sempadannya seperti mana falsafah dalam ekonomi menggarisbawahkan bahawa “tidak ada penyudah kepada sesuatu kemahuan dalam hidup atau there is no end in wants.
               Apabila sesuatu yang dikehendaki itu  telah berjaya memperolehinya  ada sahaja yang lain yang diingini lagi. Oleh
sebab kemahuan manusia itu sentiasa memikirkan yang baru maka adalah wajar disiplin hidup mempunyai intiqamah dalam segala jenis perjuangan demi ketamadunan hidup itu sendiri.
               Hidup ini sentiasa berubah dalam keadaan berperingkat-peringkat. Peringkat pertama ialah dalam alam rahim; kemudian lahir ke dunia  dan mengalami peringkat kanak-kanak, diikuti oleh peringkat remaja. Kemudian menyusul peringkat alam dewasa dan seterusnya alam tua di mana pada lazimnya penantian mendapat giliran untuk berpindah ke alam barzakh.  
               Dalam semua peringkat kehidupan tersebut hanya satu peringkat sahaja yang setiap individu perlu memainkan peranannya sebagai pemain dalam pembangunan demi melayak kannya sebagai hamba Allah, iaitu masa muda atau masa remajanya.
               Masa muda wajar diisi dengan ilmu sebagai kekuatan melaksanakan ibadah kerana Allah. Ilmu yang dimaksudkan ialah samada ilmu fardu ain mahupun fardu kifayah; kedua-duanya amat penting bagi setiap individu demi memartabatkan disiplin kehidupan yang diredai Allah s.w.t..
               Tanggungjawab setiap individu masa mudanya adalah hanya tertumpu kepada usaha memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memandunya untuk memahami perjuangan hidup di dunia dan juga di akhirat. Ilmu yang diperolehi sewajarnya menjadi pemangkin kepada setiap indivudu untuk menterjemahkannya dalam pembangunan.             
               Ilmu yang dituntut semestinya membuat perubahan kepada kepekaan manusia berfikir. Ilmu itu merupakan kedatangan sesuatu makna maka ufuk pemikiran seseorang yang telah bertambah ilmunya sewajarnyalah berubah kepada yang lebih menyerlah daripada keadaan yang sudah sedia ada. Dalam erti kata lain ilmu itu mentamadunkan pemikiran setiap individu dan mempunyai kepekaan untuk menemukan solusi penyelesaian kepada setiap kesulitan dalam menangani kehidupan.
               Keseronokan hidup masa muda mu  mengakibatkan manusia alpa terhadap tanggung jawabnya untuk mengilmukan dirinya. Mengorbankan keseronokan hidup yang berupa sementara sahaja dan menggunakan masa mudanya untuk membuat persediaan menghadapi
masa tua adalah lebih menguntungkan dan sentiasa menjanjikan kejayaan dalam hidup yang
diredai Allah s.w.t.
               Bagaimanakah mengorbankan masa mudamu untuk mendapatkan keuntungan dunia dan akhirat? Masa remaja sentiasa mempunyai keinginan yang kuat untuk mengetahui serta
megalami setiap ilmu yang dilaluinya. Keadaan demikian berlaku disebabkan kehadiran hawa nafsu dalam diri manusia. Nafsu manusia terbahagi kepada dua jenis berpandu kepada kekuatan iman serta akal pada diri seseorang itu. Nafsu yang membina ialah nafsu pembangunan dan nafsu  keduniaan semata ialah nafu kehaiwanan.
               Nafsu pembangunan berkiblat kepada naluri kekuatan dalaman individu untuk mencontohi orang lain yang telah berjaya dalam usahanya membangunkan dirinya serta keluarga, termasuklah memperolehi ilmu pengetahuan dan menterjemahkannya dalam hidupnya agar ia menjadi agen perubahan kepada masyarakat keseluruhannya.      
               Nafsu kehaiwanan pula ialah naluri manusia yang kiblat pemikirannya hanya untuk keseronokan dunia semata tanpa memikirkan kemanfaatannya kepada pembangunan kendiri. Ia tidak punya budaya ukhuwah kemanuiaan dan sering mementingkan diri dan tidak memikir kan bahawa hidup hormat menghormati antara satu dengan lain menjadi agenda bersama.
               Pada kelazimannya haluan haluan yang dilalui oleh nafsu kehaiwanan ialah keruntu- han moral dan menjadi duri dalam pembangunan masyarakat. Masa untuk memperolehi ilmu pengetahuan sebagai zat pembangunan insan dikorbankan untuk mencari kepuasan hawa nafsu kehaiwanan yang menjadi perosak ketamadunan hidup manusia. Selain daripada itu manusia yang tidak punya ilmu pengetahuan dan jauh  dari ilmu tauhid adalah masyarakat yang merelakan dirinya hidup sebagai sampah masyarakat dan kerap menjadi kutu bandar apabila masa tuanya tiba.
               Tanggungjawab manusia untuk mensyukuri nikmat hidup ini haruslah menjadi agenda dalam menelusuri kehidupan di dunia. Bagaimana manusia mewarnai hidupnya di alam jasmani akan menjadi penentu kepada corak kehidupan di alam rohani nanti yang bakal menyusul kemudian.
               Melaksanakan pembangunan seharusnya ada kerjasama antara masyarakat berbilang pengalaman dan ilmu maka itu ukhuwah kemanusiaan amat diperlukan dalam merealisasikan tamadun kehidupan. Hidup ini menyeronokkan kerana ada orang lain bersama kita. Kehadiran mereka dalam segala agenda kehidupan tidak dapat kita nafikan peranannya.
               Jadikanlah hidup ini seperti peranan kedua belah tangan kiri dan tangan kanan dalam melaksanakan pembangunan. Keduanya seia sekata saling bantu membantu dalam segala hal perlaksanaan tugas. Walaupun tangan kiri itu mempunyai tugas pada kelazimannya hanya melaksanakan di bidang pembersihan terutama sekali semasa berada di tandas tetapi ia sangat diperlukan dalam perlaksanaan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh tangan kanan.
               Tangan kanan tugasnya amat mulia sekali seperti menerima dan memberi wang, berjabat tangan dengan gadis-gadis jelita, menanda tangan segala bentuk perjanjian yang akan menghasilkan kebahagian hidup dan sebagainya; tetapi tangan kiri tidak pernah merungut dan kecil hati. Malah ia turut sama bergembira dengan tangan kanan apabila berjabat tangan dengan menggunakan kedua belah tangan.
               Tangan kanan memberi keistemewaan kepada tangan kiri dengan memakainya jam tangan untuk merakamkan waktu mengingatkan tangan kanan masa melaksanakan tugas. Selain itu tangan kanan juga menghiasi jari tangan kiri dengan memasukkan cincin emas untuk menunjukkan kecantikan pada mata memandang.
               Penampilan masa muda mu jauh lebih baik berbanding dengan masa apabila sudah meningkat tua. Pemikiran serta hala tuju pembangunan masa muda jauh lebih cepat dan menepati wawasan yang disediakan berbanding dengan perlaksanaan agenda masa usia ‘dah lanjut kerana segalanya sudah berkurangan terutama sekali dari segi tenaga, kemahiran

berfikir serta wawasan pemikirannya tidak jauh menjelajah ke kehadapan lagi. Maka itu manfaatkan masa muda mu dalam membina kejayaan dalam hidup. 

Wednesday, August 14, 2013

HIKMAH DALAM PEMBANGUNAN TAMADUN

 (Diarkan pada 10. 8. 2013)
Setiap makhluk memerlukan perubahan dalam hidupnya. Perubahan yang diperlukan sesuai dengan keadaan hidup masing-masing. Manusia sebagai khalifah Allah menangani perubahan itu lewat ilmunya yang ada pada dirinya maka itu ilmu adalah factor keutamaan dalam pembangunan kehidupan sesuai dengan keadaan semasa. Maka itu wujudlah pembangunan akibat dari ilmu yang dimanfaatkan yang ada pada setiap individu sebagai pemain.
               Adanya pembangunan akan melahirkan berbagai keperluan baru dalam hidup bertama- dun. Mulai dari pembaharuan sistem kehidupan yang serba caggih hinggalah kepada cara manusia berfikir untuk memperbaiki keadaan kehidupan yang sesuai dengan arus perubahan keperluan hidup yang bersifat moden.
               Hidup ini merupakan perjuangan maka itu setiap ibadah yang dilaksanakan merupakan pengorbanan kerana Allah. Allah telah turunkan wahyu-Nya pertama menyeruh manusia  untuk membaca keadaan alam yang dihidang oleh Allah s.w.t. Allah bekalkan manusia dengan akal dan kemahiran berfikir untuk dimanfaatakan dalam membuat perubahan dalam hidup sesuai dengan keperluan semasa.
               Pembangunan manusia adalah dalam dua kategori iaitu pembangunan jasmani dan juga pembangunan rohani. Kedua-dua unsur tersebut merupakan agenda utama manusia dalam menangani kehidupan di alam dunia. Ini penting kerana perjalanan hidup manusia melalui berbagai alam sebelum sampai ke distinasi mutlak iaitu alam akhirat untuk bertemu dengan Zat yang Maha Esa yang mewujudkan makhluk manusia sebagai hamba Allah.
               Pembangunan manusia bermula dari alam rahim di mana jasad ditemukan dengan roh ciptaan Allah maka jadilah seorang insan atau bayi yang berperasaan dan berkemahuan. Semasa dalam alam rahim Allah bentukkan berbagai organ sebagai fasiliti hidup untuk menengani pembangunan. Antara organ-organnya ialah otak, jantung, paru-paru. anggota badan seperti tangan dan kaki, mata dan telinga. Selain dari fasiliti tersebut Allah juga bekalkan fasiliti yang berbentuk ghaib seperti hati, jiwa. perasaan dan akal.
               Akal berfungsi sebagai rasul dalam diri seorang mukmin dengan syarat kehadirian iman kepada Allah s.w.t.. Iman dan akal melahirkan ketakwaan kepada zat yang Maha Pencipta dan Maha Pemberi segala keperluan manusia dalam hidup. Fasiliti inilah yang memainkan peranan sebagai perisai dalam segala godaan hidup yang matlamatnya adalah untuk menodai kesucian fasiliti yang ada pada setiap insan.
               Segala fasiliti tersebut adalah berbentuk suci tanpa apa kecacatan. Maka itu terpulanglah kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Inilah yang difahami sebagai pembangunan insan dalam rahim ibu. Mencorakan fasiliti bayi dalam rahim ibu berkiblat kepada disiplin amal ibadah kedua suami isteri. Segala amal ibadah yang dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri menjadi penentu kepada akhlaq bayi dalam kandungan selama sembilan bulan sepuluh hari sebelum ia lahir ke dunia untuk meneruskan kehidupan di alam dunia.
               Pembangunan insan dalam rahim ibu merupakan agenda utama yang perlu dijaga oleh kedua suami isteri dalam membentuk rumah tangga salehin dan saleha. Hikmah pembangunan insan yang masih dalam rahim ibu meliputi alam sejagat di mana anak itu menjadi pemain utama termasuklah alam akhirat sebagai distinasi mutlak setiap makhluk Allah yang mukmin.
               Semasa anak itu masih dalam alam rahim, ibu bapa harus mendidiknya amal-amal ibadah
yang kiblatnya kepada kecintaan kepada Allah s.w.t. sebagai pencipta  alam kehidupan. Antara amalan yang berunsur ibadah kerana  Allah adalah seperti melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya, seperti mana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya menembah Aku….Manusia diwujudkan oleh Allah s.w.t. dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada-Nya.” (Az-Zariyat ayat (51) 56.
               Medidik anak semasa dalam alam rahim sebenar ialah membentuk aklaq serta hatinya sentiasa mencintai Allah. Hati yang terbentuk dengan amal ibadah yang suci akan sentiasa mencintai agamanya iaitu agama Allah setelah lahir di alam dunia kelak. Hati yang suci akan sentiasa memaparkan  akal yang mulia dalam menangani segala kerenah hidup dalam pembangu- nan dunia demi kemanfaatan kehidupan akhirat nanti.
               Kita memerlukan sifat manusia sedemikian rupa sebagai pemain dalam arena pembangu- nan dunia agar agenda yang disediakan oleh kerajaan dapat diselenggarakan dengan tulus ikhlas  dan jujur serta sempurna dari segala segi perlaksanaannya. Pemain sedemikianlah yang dikatakan “The right man at the right job, the right man at the right place.” Segala perlaksanaan pembangunan tidak ada kepincangannya. Segala urusannya dalam hidup adalah semata-mata kerana Allah.
               Setiap wujudnya pembangunan, maka lahirlah sesuatu pemikiran yang baru kerana manusia mempunyai kepekaan untuk berbuat sesuatu yang baru demi memperbaiki keadaan yang sudah sedia ada. Ahli felosofi mengatakan bahawa manusia dikategorikan sebagai thinking animal. Pemikiran manusia sentiasa berkembang memikirkan sesuatu demi menambah baik apa yang sudah sedia wujud yang dikenali sebagai paradigm shift.
               Setiap manusia seharusnyalah menggunakan kepekaannya berfikir kerana menuntut ilmu merupakan sepanjang hayat. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan bahawa menuntut ilmu mula dari buaian hingga  ke liang lahad (Hadis shahih). Dengan ilmu dapat kita membina tamadun manusia sesuai dengan fitrahnya.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah mengubah nasib bangsanya iaitu bangsa quraisy dari masyarakat yang jahil tidak mengenali Tuhan yang sebenar. Mereka menyembah berhala yang direka mereka sendiri yang amat menyesatkan, menjadi masyarakat yang amat patuh kepada agama Allah iaitu Islam.
Agama Islam adalah satu-satunya agama yang diturunkan Allah kepada manusia untuk dianuti dan yakini kerana Islam memimpin manusia cara hidup yang diredai Allah s.w.t. Allah befirman yang bermaksud: …… “Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah-Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu.” (al-Maaidah ayat (5) 3.
Nikmat Allah yang ditaburkan-Nya di alam kehidupan ini tidak terkira banyaknya. Nikmat-nikmat tersebut merupakan arus pembangunan yang manusia wajar dikecapi. Antara nikmat yang wajar manusia merasakannya ialah ukhuwah kemanusiaan. Dalam menelusuri pembangunan ia menghidangkan satu kefahaman mengenai tamadun kehidupan yang memfokas kan kepada hubungan kemanusiaan. Hidup ini menyeronokkan kerana ada orang lain bersama kita. Tidak ada yang dapat kita laksanakan sendiri tanpa penyertaan orang lain.
Pembangunan minda memainkan peranan dalam membentuk sahsiah manusia. Berbagai fakulti yang dibekalkan oleh Allah kepada manusia wajar ditemukan dengan rasa syukur kepada Allah kelak akan memelihara fitrah tersebut sebagai kekuatan dalam menangani pembangunan kehidupan. Antaranya ialah kemahiran berfikir, akal, iman dan takwah kerana mensyukuri fitrah tersebut bermakna menggunakannya sebagai kekuatan membina tamadun yang diredai Allah
s.w.t.
Mengenai soal-soal perkembangan perikemanusiaan nampak nyata kesempurnaan Islam sebab dia memberikan kebebasan berfikir. Fikirlah bagaimana cara dan langkah yang harus engkau tempuh dalam lapangan hidup, berpedoman kepada agama yang telah sempurna itu.  
Islam mengakui adanya Evolusi hidup manusia. Tersebut dengan jelas di dalam Surah Nuh ayat 14. Yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya Dia telah menciptakan kamu tingkat demi tingkat.”
Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa keadaan hidup manusia adalah selalu berubah, tingkat demi tingkat. Pertumbuhan peribadi seseorang itu mengalami tingkat demi tingkat, sejak dalam kandungan ibu, sampai lahir dan menjadi tua dan mati. Terdapat pengaruh lingkungan, pendidikan, pengetahuan, sampai mati, sampai jadi tanah kembali.
Bangsa demi bangsa pun melalui tingkat demi tingkat, manusia sendiri dalam keseluru- hannya, sebagai khalifah Allah di muka bumi ini pun melalui tingkat demi tingkat, sehingga disebut orang Zaman Tembaga, Zaman Besi, dan Zaman Mesin sampailah kepada Zaman Atom sekarang ini. Maka kesedaran fikiran pun dipengaruhi oleh perkembangan itu.
Kalau dahulunya manusia menghantar berita kepada orang lain denggunakan seekor  burung kemudian bertukar menjadi kiriman  yang dilakukan orang dengan bantuan mesin seperti telegraph dan telefon dan sekarang ini melalui computer dan internet. Hikmah di belakang pembangunan demikian adalah manusia semakin dipengaruhi oleh ruang dan waktu. Pemikiran manusia semakin canggih dan cepat menangani masa.  
Pembangunan merupakan satu bentuk perubahan menangani keadaan kehidupan yang lebih sophisticated menokohtambahkan keadaan yang sudah sedia ada. Hikmah di sebalik pembangunan itu adalah menunjukkan bahawa tamadun kehidupan manusia telah berubah. Perubahan itu menunjukkan bahawa manusia telah menggunakan kemahiran berfikir dengan bantuan akal sebagai rasul dalam diri setiap individu muslim.
Allah telah berfirman dalam wahyu-Nya pertama yang diterima oleh manusia (Muhammad) melalui Malaikat Jibril supaya menueruh manusia membaca. Membaca kalam Allah yang terucap iaitu al-Quran nul Karim dan yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini dengan segala isinya. Apakah kemanfaatannya kepada kehidupan dan memperbaiki apa yang sudah sedia ada. 
Pembangunan di zaman atom ini adalah dikenali sebagai sains dan teknologi. Sebenarnya ilmu sains dan teknologi telah wujud sejak dahulu lagi hanya ilmu itu belum dinamakan sebagai sains dan teknologi. Allah s.w.a. telah mencipta langit dan bumi serta planet-planet lainnya lewat ilmu sains dan teknologi. Begitu juga system dalam jasmani manusia termasuklah anatominya begitu teratur dengan fungsinya masing-masing yang melahirkan kehidupan seorang insan.
Di zaman sains dan teknologi ini lewat ilmu biologinya manusia memahami berbagai system dalam badan manusia yang mewujudkan kehidupan. Sebagai contoh, satu molekul darah dalam badan manusia hanya mampu hidup selama limabelas hari sahaja dan harus ditukar yang baru. Menukargantikan darah dalam badan manusia, ahli sains tidak mengetahuinya bagimana ia berlaku tetapi Islam memahaminya sebagai kuasa mutlak Allah s.w.t..
Maka itu bebagai system pembangunan tamadun manusia sudah sedia ada tetapi belum dapat diterokai oleh manusia maka itu agenda pembangunan masa kini masih banyak yang terpendam belum dapat diterokai manusia di zaman sains dan teknolongi ini.
Pembangunan rohani seharusnya didahulukan sebelum pembangunan jasmani dapat dilaksanakan, kerana segala kepincangan dalam pembangunan jasmani dapat diatasi jika

keutamaan diberi kepada pembangunan rohani. Analogi yang biasa kita gunakan seperti: Kalau kita tanam padi tanpa diundang rumput turut sama tumbuh, tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi padi akan turut tumbuh sama! Maksudnya jika dipelihara pebangunan akhirat  dunia dengan sendirinya akan turut sama terbela tetapi jika pembangunan dunia semata yang kita utamakan maka dunia akhirat tidak akan turut sama membangunan.

Wednesday, August 7, 2013

Zikrullah Sebagai Perisai Membina Tamadun



(Disiarkan pada 13. Julai 2013)
Hidup dan kehidupan wajar dimanfatkan oleh setiap individu sebagai Ibadah kerana Allah. Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “ Tidak Aku jadkan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku”. (Adz-Zzaariyaat Ayat 51:56). Menyembah Allah dengan satu misi demi mendapat perlindungan dari-Nya dari godaan iblis dan syaitan untuk memuderatkan amal-amal ibadah manusia.
              Agenda utama manusia dijadikan Allah di muka bumi-Nya ialah menyembah kepada-Nya melalui jalur-jalur ibadah. Ibadah merupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah dalam membina tamadun dan sebagai khalifah Allah demi memakmurkan alam kehidupan. Membina  satu kehidupan yang diredai Allah s.w.t., tidak sunyi dengan bermacam-macam kerenah serta ranjau-ranjau perjalanan hidup yang direka bentuk oleh iblis laknatullah.
              Ibadah zikirullah merupakan perisai untuk menghadang kemaraan iblis dan syaitan dengan niat untuk merosak dan membinasakan amal-amal ibadah manusia. Hidup merupakan perjuangan dan perjuangan adalah pengorbanan. Ibadah berbentuk zikirullah merupakan pengorbanan. Maka itu setiap ibadah kepada Allah memerlukan pengorbanan dan pengorbanan itu agenda dalam hidup untuk memurnikan pembangunan tamadun kehidupan yang diredai Allah s.w.t.
              Kemanfaatan hidup memerlukan faktor-faktor yang membina akhlak serta amal-amal jariah setiap individu sebagai pemain dalam kelangsungan hidup yang diredai Allah s.w.t. Dalam melakarkan pembangunan kehidupan dua faktor yang Allah wujudkan untuk ditangani manusia mencapai reda Allah iaitu kejayaan dan kegagalan atau kesihatan dan kemuderatan. Setiap makhluk yang hidup wajar melalui dua fenomena tersebut dalam percaturan hidup.
              Sebagai makhluk Allah yang diberikan akal serta mempunyai kemahiran berfikir, manusia wajar mengguna kan fitrah tersebut sebagai perisai mempertahankan kesempurnaan hidup yang diredai Allah s.w.t. Akal membina diri demi menegakkan disiplin pembangunan demi mendapat keredaan Allah s.w.t. Antara disiplin yang menjamin keutuhan pembangunan kehidupan ialah melalui jalur-jalur ibadah zikirullah.
              Zikirullah  membentuk jiwa menangani kehidupan secara istiqamah yang Allah sentiasa perkenankan ganjaran setimpal dengan disiplin perlaksanaannya. Hidup berdisiplin yang dimurnikan dengan jiwa yang sentiasa mencintai Allah akan membina kekuatan semangat juang untuk merealisasikan kehidupan yang sempurna. Akhlak manusia yang sentiasa dimurnikan dengan zikirullah akan melahirkan “towering personality” yang dapat menyediakan agenda  pembangunan tamadun kehidupan yang mantap mengikut piawayan alam sejagat.
              Menjadi pemakmur alam  kehidupan mempunyai tanggungjawab yang penting dan berat di sisi Allah s.w.t.. Maka itu kita memerlukan kekuatan iman yang lahir dari ibadah zikirullah. Ibadah zikirullah memusatkan  pemikiran kita kepada kekuasaan Allah s.w.t. kelak akan menyelamatkan ibadah kita dari diperkosakan oleh iblis laknatuallah.
              Pemakmur alam kehidupan merupakan amanah yang dipertanggungkan Allah kepada umat manusia yang dikenali sebagai khalifah-Nya. Nikmat yang paling mulia yang Allah berikan kepada manusia  ialah nikmat hidup dengan segala fasilitinya seperti kemahiran berfikir, kasih sayang, kesihatan, ukhuwah kemanusiaan dan sebagainya. Maka itu sebagai imbalannya manusia wajib menunjukkan rasa syukurnya dengan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan Allah.
              Segala amal ibadah yang manusia laksanakan memerlukan satu kekuatan iman untuk memastikan ibadah berkenaan mendapat reda dari Allah. Iman dan takwa kepada Allah merupakan teras pembanunan umat yang menjadi perisai kepada kefasikan iblis dan syaitan yang memporakporadakan segala ibadah manusia dalam menangani hidup bertamadun.
              Hidup ini diibarakkan seperti sepohon buah kurmah. Apabila ia dirawat  pertumbuhannya dengan membubuhkan baja uria yang sesuai serta cukup dengan air, udara dan cahaya matahari, maka tumbuhnya akan subur dan sedia mengeluarkan buah yang manyak serta manis demi kemanfaatan manusia sebagai pengguna. Bukan hanya menjadi makanan manusia yang enak malah buahnya juga menjadi punca untuk meningkatkan ekonomi pembangunan tamudah kehidupan.
              Begitulah juga halnya dengan kehidupan manusia; ia memerlukan  kesihatan yang baik demi melaksanakan ibadah yang sempurna yang pasti mendapat reda Allah s.w.t.. Kesihatan bagi manusia adalah dua unsur iaitu kesihatan rohaninya dan kesihatan jasmaninya. Kedua-duanya mempunyai cara untuk menjaga kesihatan masing-masing. Jasmani memerlukan makanan yang nyata manakala rohani pula memerlukan pahala yang diperolehi dari ibadah zikirullah.
Merawat tumbuh-tumbuhan mempunyai teknik ibadah yang bersesuaian. Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan sentuhan kasih sayang dari majikannya(pekebun). Tanaman yang sentiasa disentuh oleh pekebun semasa membersihkan pokoknya agak menunjukkan partumbuhan yang lebih sihat berbanding dengan pokok-pokok yang dibersihkan pokoknya tetapi tidak disentuh oleh pekebun berkenaan.
Begitu jugalah dengan pokok yang sentiasa mendapat lagu-lagu yang tenang dan perlahan akan tumbuh lebih sihat berbanding dengan pokok-pokok yang ditempatkan jauh dari suara merdu atau lagu-lagu sentimental. Maka itu hubungan manusia dengan makhluk tumbuh-tumbuhan amatlah rapat sekali.
Istiqamah dalam perlaksanaan ibadah kerana Allah merupakan satu amal ibadah yang sentiasa Allah galakkan kepada hamba-Nya demi mementingkan kesempurnaan hidup yang bermanfaat. Istiqamah adalah disiplin zikirullah yang mendekatkan kita kepada keredaan Allah dalam segala amal perbuatan.
Budayakan hidup dengan ibadah zikirullah akan menjamin keselamatan hidup dunia sebagai persediaan menempuhi kehidupan akhirat. Dengan zikirullah jiwa kita sentiasa tenang dan mencintai Allah s.w.t. sebagai disiplin hidup yang sempurna. Hidup dengan zikirullah akan sentiasa mengingati Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah kasih kepada semua manusia tetapi Allah hanya sayang kepada kaum mukmin yang beramal saleh sahaja.
Pembangunan manusia wajar diserikan dengan iman dan takwa kepada Allah. Kelezatan iman dan takwa dapat dimanfaatkan apabila manusia bersedia memaafkan orang yang menyakit hatinya dan membenci kepada kekufuran dan kefasikan. Hidup ini merupakan perjuangan dan pengorbanan maka itu sebarang karenah dalam hidup yang dilahirkan oleh musuh-musuh kebaikan dan kesucian beragama wajar ditangani dengan iman dan takwa kepada Allah.
Mengikut pandangan perlaksana undang-undang dan peraturan hidup, bertindak tanpa merujuk kepada pemegang amanah tersebut dikategorikan sebagai mengambil undang-undang di tangan sendiri. Maka itu dalam segi hukum agama tidak wajar mengambil  keputusan sendiri tanpa merujuk kepada kekuasaan Allah s.w.t.. Dialah yang Maha Mengetahui samada yang telah berlaku mahupun yang masih dalam perancangan.
Mohon petunjuk daripada-Nya agar penglihatan mata kepala dan mata hati kita, bahawa yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam. Kelemahan manusia menangani pembangunan tamadun kehidupan sentiasa berlega di sudut pemikiran kita maka itu kukuhkanlah pendirian mu dengan budaya zikirullah.
Membudayakan zikirullah akan mererasap dalam jiwa lezatnya iman. Ada tiga perkara yang harus dilalui untuk merasakan lezannya iman. Pertama orang yang cinta kepada Allah dan Rasul di atas segala-galanya. Hidup dan mati terkumpul sejuta rasa: rasa sayang, rasa benci, rasa takut, rasa berani , rasa kecil hati, rasa senang, rasa selamat, rasa bahaya dan sebagainya.
Cinta kepada seluruh alam, anak isteri, pangkat, kemewahan, harta benda merupakan sebahagian daripada iman yang dipersilakan asalkan semua cinta itu tidak mengalahkan cinta kepada Allah dan Rasul. Semuanya itu mempunyai batasan, maka adalah tidak wajar menumpukan kecintaan kita segalanya di situ. 
 Adalah digalakkan kaum muslimin bergaul dengan orang yang sentiasa dengan agamanya. Bergaul dengan orang yang sentiasa menasihati amal yang baik dan menjauhi dari orang yang kufur dan mementingkan dunia dari segala-galanya. Walaubagaimana pun ikhtiar hendklah dijalankan untuk mentarbiah individu berkenaan untuk mengenali Islam sebagai cara hidup.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam usaha beliau menyerapkan dakwanya kepada kaum Quraisy, sentiasa dilemparkan dengan caci maki sehingga beliau digelarkan sebagai orang gila. Walaupun demikian beliau masih memaafkan mereka kerana mengikut pendapat beliau masyarakat kafirun tidak tahu apa yang dibuatnya itu adalah salah maka tugas kita sebagai pengacara dakwah kita perlu bersabar kerana sabar itu adalah sebahagian daripada iman.
Untuk meneguhkan pendirian kita sebagai penyampai risalah pembangunan tamadun kehidupan wajar menghiasi diri dengan ibadah zikirullah. Ibadah tersebut melahirkan perasaan kasih sayang kepada umat manusia yang masih daif untuk mengenali dirinya sebagai hamba Allah. 
Ibadah zikirullah akan memantapkan ke Islaman kita kelak akan melihat dunia ini  sebagai satu kewujudan yang penuh dengan mistri. Keajaiban yang dihidangkan kepada manusia itu perlukan sesuatu disiplin pemikiran yang mantap untuk menemukan jawapan yang memberi makna kepada kehidupan sebagai dasar.
Satu pandangan yang jelas, bahawa alam ini sentiasa kelihatan muda. Matahari, bulan dan juga bintang-bintang tidak pernah memberi sinaran yang pudar atau lemah; sentiasa dalam keadaan muda dan bersemangat, dan keadaan demikian telah pun berlaku riuan juta tahun sejak ia diwujudkan oleh Allah s.w.t.
Tumbuh-tumbuhan  dan juga hidupan yang lain, walaupun dilihat pada prinsip biologinya telah bertukar ganti, tetap kewujudan semua yang hidup sentiasa memaparkan  keadaan yang sentiasa baru. Mengapakan berlaku demikian? Inilah tugas dan perjuangan manusia  menyingkap rahsia Allah mengenai keagungan semua ciptaan-Nya.
Allah adalah pencipta  dan sumber segala nikmat. Di antara nikmat itu ialah nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menubuhkan, sebab kata “robb” dalam kalimah “robbul ‘alamin” tidak hanya bererti “Tuhan’ dan ‘Penguasa’, tetapi juga memberi makna “tarbiyyah” iaitu mendidik dan menubuhkan.
Hal ini menunjukkan bahawa segala nikmat yang dilihat oleh manusia dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, kerana Tuhanlah yang Maha Berkuasa di atas alam ini. Oleh kerana keimanan atau ketauhidan itu merupakan masalah pokok, maka dalam Al-Quran surah Al-Fatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat sahaja, tetapi ditegaskan dan  dilengkapkan oleh ayat (5), iaitu “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’iin”. (Hanya kepada Engkaulah  satu-satunya Dzat yang patut disembah, dan hanya kepada Engkau (pula) satu-satunya Dzat yang patut kami minta pertolongan).