Friday, January 24, 2014

PELIHARA MARUAH DIRI SEBAGAI MARTAB KEMANUSIAN

 (Disiarkan pada 25. 01. 2014)
Antara  perkara-perkara penting yang patut selalu menjadi ingatan bagi seorang insan adalah berusaha untuk memelihara dan mempastikan kemuliaan dan harkat manusia; menghormati dan menjaga fitrah kemanusiaan dan mengembangkan sumber-sumber kekuatan dan keistemewaan yang ada dalam diri insan.
Para pemikir yang insaf dan pakar-pakar Barat di berbagai disiplin ilmu pengetahuan telah melemparkan kritikan tajam dan teguran yang sangat keras terhadap peradaban dan kebudayaan mereka sendiri, kerana ianya sangat mengutamakan kebendaan dan mengenepi kan nilai-nilai kemanusiaan.
Penilain dan kretika seperti ini patut mendapat perhatian dan sokongan, oleh itu kita patut berusaha menjadikan kebudayaan dan peradaban kita sebagai satu peradaban yang mengambil berat nilai-nilai kemuliaan manusia dalam realiti kehidupan yang sebenar dalam masyarakat dan negara kita. Usaha yang bersungguh-sungguh harus diterapkan untuk  mem- berikan tempat dan laluan yang wajar kepadanya dalam kehidupan rohani dan pemikiran, sehingga  ia dapat melakukan tugasnya dengan selesa dalam rangka membina dan memba- ngun manusia Muslim yang berkualiti.
Kemodenan bermaksud: Seorang manusia mesti hidup pada masa dan zamannya dari segi pemikiran, sikap, nilai-nilai, perilaku dan pandangan hidup; dalam segi kemenangan dan kekalahan di medan persaingan. Ia mesti ikut berkecimpung dalam aktiviti masyarakat. Bergerak, melangkah dan berfikir seperti mereka. Ia tidak boleh hidup di dalam keterasingan dengan kenangan, pemikiran, gambaran, adat kebiasaaan, nilai-nlai, syi’ar-syi’ar, berkeya- kinan dan kepercayaan di masa lampau yang boleh jadi sesuai ketika di masa dahulu dan tidak sesuai lagi  di masa kini.
Jadi, intipati pengertian kemodenan adalah: “Menjalani kehidupan sesuai dengan tuntutan keadaan manusia yang hidup di masa kini, bukan dengan manusia yang telah lama meninggal dunia”. Hidup sesuai dengan situasi dan kondisi  semasa, bukan dengan kenangan di masa silam.
Unsur pertama yang terpenting bagi mencapai makna kemodenan yang sebenar adalah: Kita  wajib memahami keadaan “zaman” yang sedang  kita tempuhi sekarang ini secara terperinci, benar dan mendalam. Kerana, jika kita tidak mengerti dan tidak mengenal “wajah zaman” kini dengan sebenar dan mendalam, maka akan mengakibatkan terjadinya perkara yang sangat buruk.
Sebagai contoh, seorang pakar perubatan  yang mencadangkan ubat yang mahal untuk seorang pesakit, namun dia tidak melakukan pemeriksaan  dan ‘diagnoses’ yang teliti yang benar kepada pesakitnya terlebih dahulu. Boleh jadi ubat tersebut akan menambah buruk keadaan si pesakit  atau juga menyebabkan kematiannya.
Di antara salah satu ciri-ciri zaman moden ini ialah “zaman pemeliharaan dan penjagaan hak-hak manusia.” Kita tidak akan diiktiraf sebagai manusia moden jika kita tidak menjaga dan mengakui hak-hak insan dalam perlembagaan dan undang-undang sama ada di institusi-institusi kerajaan ataupun swasta. Kita wajib menghormati  dan menjaga hak-hak orang lain dan menanamkan sikap seperti  ini kepada para generasi muda, bangsa dan para pemimpin kerajaan, khususnya hak-hak kaum mustad’afin dan orang-orang miskin.
Hak-hak manusia yang mesti kita jaga dan pelihara adalah: Hak-hak seorang individu terhadap masyrakat; hak rakyat terhadap para pemimpin kerajaan; hak orang-orang miskin terhadap orang-orang kaya; hak kaum buruh terhadap para majikan; hak kaum wanita terhadap kaum lelaki; dan hak-hak anak-anak terhadap orang tua.
Hak-hak lainnya ialah menjaga dan memelihara harkat dan maruah diri dalam hubungan dengan sesama insan dari berbagai kelompok dan golongan, supaya harga diri, maruah dan harta benda yang menjadi miliknya terjaga dan terpelihara daripada gangguan pihak lain yang tidak bertanggungjawab baik daripada golongan yang lebih kuat dan lebih berkuasa.
Apakah harta yang paling mahal dan penting di alam kehidupan ini? Adakah ia intan berlian, emas dan jamrut? Adakah ia terletak kepada  keadaan hidup serba mewah yang mempunyai rumah banglo yang besar dan beberapa buah kereta. Kekayaan dunia penting tetapi  dengan syarat iman itu harus dibentingi oleh ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Harta yang paling mahal ialah harga diri atau maruah diri yang wajar manusia memeliharanya lebih utama daripada agenda-agenda dunia yang akan mengkufurkan manusia dari kesucian beragama. Orang yang mempunyai harga diri jika ditempatkan berkerja di mana sahaja akan menunjukkan kejujuran dalam melaksanakan tugasnya. Budaya rasuah tidak akan mempengaruhi jiwanya kerana mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi.
Kemuliaan hidup seseorang itu tidak bersandarkan kepada kekayaan materialnya tetapi kekayaan budi perkertinyalah yang dipandang lebih mulia. Antara sebabnya ialah untuk memperolehi harta yang banyak memerlukan model yang tinggi berbanding dengan mempunyai harga diri serta maruah yang tinggi dan keperibadian yang mulia tidak memerlu kan model untuk memperolehinya.
Kemiskinan dalam hidup bukannya satu barometer yang merendahkan maruah diri seorang insan dalam hidup ini. Budi perkerti yang  unggul serta gigih berkerja untuk menseimbangkan ekonomi dan arus pembanguna semasa adalah faktor yang setiap manusia wajar menciburkan diri. Kerana rajin beribadah akan sentiasa mendapat keedhaan dari Allahs.w.t.
Manusia yang mempunyai harga diri yang tinggi lagi mulia dalam segenap muamalat- nya ialah Baginda Rasul Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam. Baginda digelar oleh setiap lapisan masyarakat termasuk musuh beliau sendiri sebagai al-amin kerana kejujuran dan keikhlasan-nya dalam melaksanakan segala aktiviti kehidupan amat sangat dikagumi.
Beliau mempunyai harga diri yang amat tinggi walaupun hidupnya serba sederhana. Imannya yang menguatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak ada tolak bandingnya.
Akhlak Baginda Rasul Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan contoh yang unggul bagi seluruh umat manusia di alam kehidupan ini. Baginda diutus Allah ke dunia untuk memperbaiki akhlak manusia serta membetulkan ufuk pemikiran setiap insan dilandasan yang digarisbawahkan oleh Islam sebagai agama yang diredhai Allah s.w.t..
Fakulti akal dalam diri manusia mempunyai dua fungsi iaitu dari sudut jasmani fungsi akal merujuk fungsi yang dijalankan oleh otak dan sudut rohani pula, akal bertanggungjawab terhadap proses persepsi, pemahaman, penakulan, pemikiran dan pembinaan skim ilmu.


Dengan akal, manusia dapat berfikir tentang baik buruknya sesuatu  perkara, mengatasi konflik kognitif, dan meneliti perubahan dalam persekitaran sehingga dapat mengambil manfaat darinya. Pada asasnya akal terdiri daripada bahan kerohanian yang membolehkan roh rasional mengenali dan membezakan kebenaran daripada kebatilan.
Dalam fakulti akal, terdapat satu proses penting yang dikenali  sebagai fikir. Konsep fikir merujuk aktiviti renungan (refleksi) atau  penyoalan dalaman yang rasional dan kritis. Melalui fikir, roh manusia bergerak ke arah memperoleh makna tentang sesuatu objek pengetahuan. Perolehan makna atau ketibaan roh kepada makna tentang sesuatu itu pula adalah melalui  proses intuisi yang berlaku dalam kalbu.
Dalam konteks ini, perkaitan antara akal dengan kalbu dapat dilihat dengan jelas. Akal berfungsi membina skim melalui tiga proses asas, iaitu penglibatan aktif, fikir (refleks) dan pengabstarakan, manakala kalbu pula berfungsi mengembangkan skim ilmu  menjadi ilmu melalui proses intuisi atau ilham.
Antara akal dengan berfikir, akal adalah salah satu tabi’at semulajadi  dalam kejadian manusia, yang merupakan salah satu gejala daripada haqiqat kemanusiaan. Gejala ini membuktikan adanya suatu alat anggota yang  dapat melahirkan tugas  berakal dan berfikir, seperti juga anggota lain yang terdapat dalam diri  manusia.
Akal dianalogikan sebagai rasul dalam diri individu. Kehadiran akal dan iman kepada Allah dalam jiwa manusia menjadikannya insan yang berqualiti. Dalam sistem pengurusan pendidikan, kecemerlangan dalam pengurusan yang terletak bukan sahaja kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang terkini dan canggih tetapi juga kepada kualiti manusia yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas.
Islam mengingkari sikap orang-orang yang  jumud, vakum dan tidak memiliki inisiatif dan daya inovatif di dalam kehidupan ini. Bahkan Al-Qurannul Karim menegur dan menging
kari sikap ‘pak turut’ ummat terdahulu yang hanya mampu ‘mengikut’ dan ‘mengekor’  cara kerja dan berfikir nenek moyang. Firman Allah Ta’ala, bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “ikutlah apa yang telah  diturunkan Allah,” mereka menjawab “(tidak), tetapi kami hanya mengikut  apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. (Apakah mereka akan mengikut juga), walaupun nenek moyang  itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat  petunjuk”. (Surah Al-Baqarah: 170)
Baginda Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam menasihatkan umatnya untuk sentiasa berkerja, berjuang dan berusaha dengan penuh semangat demi menyinarkan maruah diri dalam arus perubahan pembangunan semasa.
Sabda Baginda yang bermaksud: “Carilah akan apa-apa yang bermanfaat untukmu, mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan lemah semangat. Jangan pernah berkata: “Jikalau aku berbuat begitu pasti akan dapat begini, tetapi ucapkanlah “Semuanya yang terjadi sudah ketentuan Allah; Dia berbuat apa yang dikehendaki-Nya, kerana sesungguhnya kalimat “Jikalau”itu membuka pintu-pintu perbuatan syaitan”. (Haditah riwayat Imam Muslim dalam Kitab “ al-Qadr dan Abu Hurairah r.a.)
Seorang Mukmin yang kuat dituntut untuk hidup sesuai dengan keperluan zaman dan sentiasa mempersiapkan diri dengan bekalan yang cukup menyahut cabaran masa hadapan. Sebahagian ulama salaf berkata yang bermaksud: “Allah Ta’ala menyayangi seseorang yang mengenali keadaan zamannya dan berpegang teguh dengan prinsipnya diperjalanan hidup ini”. (Diriwayakan oleh Imam al-Suyuti di dalam kitabnya “Al-Jami’al- Sanghir” dari Ibn Abbas r.a)
Peliharalah maruah diri sebagai martabat kemanusiaan. Islam adalah agama ilmu. Al-Qur’an adalah kitab ilmu dan ayat pertama diturunkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alahi wasalam ialah berkenaan dengan ilmu. Firman Allah yang bermaksud (terjemahan): “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan.” (Al-Alaq: 1)
Al-Qur’an telah menjadikan ilmu sebagai asas perbezaan antara manusia. Memelihara maruah diri wajar berlandaskan ilmu. Selain itu, Al-Qur’an juga menjadikan orang-orang yang berilmu sebagai orang-orang yang bersaksi kepada Allah dengan ketauhidan bersama para malaikat. Allah berfirman surah Ali-Imran ayat18 yang bermaksud (terjemahan):
“Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan melainkan-Nya, yang menegakkan keadilan, Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tiada Tuhan melainkanNya, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Ali Imran: 18)
Orang yang berilmu adalah orang-orang yang paling takut kepada Allah serta bertakwa kepadaNya. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Fathir: 28 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya  hanyalah orang-orang yang berilmu.”
Tidak ada orang yang takut  kepada Allah kecuali orang yang mengenali Allah.  Allah

s.w.t. hanya dapat dikenali berdasarkan kepada kesan-kesan kekuasaan dan rahmatNya terhadap makhluk. Lantaran itu, kenyataan bahawa manusia berilmu sahajalah yang takut kepada Allah telah dibuktikan  di dalam konteks ayat dalam al-Qur’an surah Fathir: 27-28 yang membicarakan  tentang kekuasaan Allah terhadap alam semesta.

PEMIMPIN DAN MEMIMPIN DALAM PERSEPSI ISLAM

 (Disiarkan pada 18. 01. 2014)
Pemimpin adalah orang yang memimpin. Pemimpin harus  membudayakan keadilan dan memikirkan mereka yang dipimpin lebih diutamakan daripada segala-galanya. Pemimpin yang baik, unggul dan berkaliber dapat melahirkan kumpulan mutu kerja yang dinamik dan berwawasan dalam satu-satu sektor kerana setiap individu dalam sektor dapat memimpin diri mereka masing-masing untuk melaksankan agenda pembangunan demi mencapai wawasan tamadun kehidupan yang diredhai Allah subhanahu wa Ta’ala.
Memimpin  adalah menunjuk arah atau melaksanakan sesuatu amal demi kemanfaatan orang lain. Sebagai contoh memimpin orang buta berjalan; memimpin bala tentera di medan peperangan; memimpin pancaragam dan sebagainya. Memimpin merupakan ibadah yang wajar pemimpin turun ke lapangan untuk melaksanakan agenda bersama.
Memimpin orang buta berjalan merupakan amalan yang mulia kerana orang yang melaksanakan ibadah tersebut mempunyai naluri perasaan kasih sayang terhadap sesama. Di samping itu ia bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana diberi nikmat dapat melihat alam kehidupan. Rasa syukur memotivasikannya untuk mengeratkan hubungan siraturahim kepada semua lapisan masyarakat terutama sekali kepada mereka yang kurang upaya.
Memimpin orang kurang upaya merupakan ibadah yang digalakkan dalam Islam kerana amalan itu adalah satu tingkahlaku yang melahirkan kasih sayang kerana Allah di samping mendekatkannya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Insan yang kurang upaya harus difahami bahawa Allah yang Maha Kuasa menjadikan ia sedemikian keadaan. Allah juga menguji manusia sejauh mana keimanannya kepada Allah Suhanahu wa Ta’ala.
Membantu orang kurang upaya adalah merupakan perjuangan setiap individu dalam memakmurkan kehidupan. Usaha itu  adalah antara amanah yang dipertanggungjawabkan Allah kepada manuia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Memakmurkan alam kehidupan termasuklah manusia,  haiwan dan segala makhluk yang tidak bernyawa menjadi ibadah dan tanggungjawab setiap individu mukmin.
Kelahiran manusia di alam dunia sememangnya ditemani dengan berbagai kelemahan untuk memimpin dirinya sebagai pemain dalam pembangunan kehidupan. Maka itu kelahiran seorang insan sewajarnyalah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan sebagai kekuatannya untuk membina diri sebagai pemain yang berwibawa.
Kelemahan manusia sering tertumpu kepada tingkah laku  atau akhlak peribadi manusia maka Allah turunkan para nabi dan rasul untuk membetulkan akhlak manusia. Baginda Rasul Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam berfirman: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia.” (HR. Ahmad dan Al-Bazzar)  
   Nabi Muhammad sahllallahu ‘alaihi wasallam diturunkan ke bumi untuk memimpin umat manusia  hidup di atas landasan agama Islam.  Islam adalah agama yang mengesakan Tuhan dan memberi sifat-sifat kesempurnaan. Mengesakan Tuhan dalam Islam termasuklah salah satu rukun Iman. Islam mengajak seluruh umat manusia kepada ajaran tauhid dan menegakkan keesaan Allah tanpa ada Tuhan yang lain.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud (terjemahan): “Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada ada seorangpun yang setara dengan Dia.” (Surah Al-Ikhlas: 1 – 4)    
Allah Subhanahu wa Ta’ala turunkan Al-Qur’an ke bumi untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar.  Melalui khidmat seorang Rasul yang dituliahkan Allah maka Al-Qur’an dapat dimanfaatkan dengan sempurna serta mengikut kehendak Allah Suhanahu wa Ta.ala. Siti Aisyah berkata, apabila ditanya  orang mengenai akhlak Baginda Rasul Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasalam, bahawa akhlak Baginda ialah Al-Qur’an. Bermakna di situ kepimpinan Baginda kepada umatnya  berisikan al-Qur’an yang telah diterjemahkan dalam diri Baginda.
Baginda Rasul Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “semua umatku aka masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Mereka bertanya, “Siapa yang enggan itu?” Baginda bersabda, “Sesiapa yang taat padaku dia akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka pada ku dia benar-benar telah enggan, setiap perbuatan yang tidak berdasarkan pada sunahku, maka itu adalah perbuatan derhaka.” (Dipetik dari kitab Syir’atil Islam).
               Sesungguhnya rasul-rasul itu  terdiri dari manusia biasa, terdapat di kalangan mereka yang diberikan kelebihan-kelebihan tertentu oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada mereka. Kelebihan itulah yang membizakan mereka dari segi kepimpinan kepada umatnya dan menjadi pengaruh kepada keimanan kepada Allah.
Umpamanya Nabi Musa diberi mukjizat tongkat yang boleh menjadi ular dan mengalahkan  ular-ular yang dicipta oleh ahli-ahli sihir Firaun. Begitu juga peristiwa semasa umat Nabi Musa dikejar oleh tentera Firaun tersekat di tepi lautan merah. Dengan menggunakan tongkat Nabi Musa untuk memukul air laut  tersebut maka terjadilah satu jalanan untuk umat Nabi Musa melarikan diri.
Apabila tentera Firaun mengikuti jalanan tersebut untuk melintasi lautan itu maka tongkat Nabi Musa juga menyelamatkan umatnya dengan Nabi Musa memukul air laut  yang kemudiannya jalanan yang ada menjadi lautan semula dan menenggalamkan Firaun berseta tentera-tenteranya.
Nabi Isa boleh menyembuhkan  penyakit kusta dan menghidupkan orang mati. Nabi Ibrahim tidak terbakar walaupun di campak ke dalam unggun api yang sedang menyala. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dapat mengeluarkan air dari jari-jarinya apabila umatnya dalam keadaan genting memerlukan air untuk diminum.  
Mukjizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada  rasul-rasul sebagai penyokong  dan membenarkan dakwaan rasul-rasul tersebut dalam dakwaanya sebagai utusan (rasul) Allah Subhanahu wa Ta’ala. Perkara luar biasa yang berlaku  itu tidak mampu dan tidak boleh dipelajari oleh sesiapa.   
Kebijaksanaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam menangani masalah masyarakat Mekkah merupakan satu bentuk kepimpinan yang sangat unggul. Pergaulan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasalam dalam kehidupan masyarakat sehari-hari tidak pernah terputus. Pada saat itu masyarakat sedang sibuk kerana bencana banjir besar yang turun dan gunung, menimpa dan merata dinding-dinding Kaabah yang memang sudah rapuh, kerana umurnya sudah tua, hampir mencapai 6,000 tahun, dibangun oleh Nabi Ibrahim a.s. semasa hidupnya.
Secara gotong royong pembaikan Kaabah itu dilaksanakan. Dengan suka rela setiap penduduk Makkah membantu pekerjaan itu. Tetapi pada saat yang terakhir, ketika pekerjaan tinggal mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad atau batu hitam di tempatnya semula, dengan tidak disangka tibullah perselisihan. Setiap orang berkeinginan untuk dapat mengangkat dan meletakkan pada tempatnya semula, setiap orang berkeinginan untuk dapat memindahkannya dengan tangannya sendiri.   
Masalah demikian diserahkan kepada Baginda Rasul Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda setuju untuk menyelesaikan perselesian itu. Baginda meminta  kepada setiap kepala suku agar ikut serta merasakan mengangkat dan memindakan Hajar Aswad pada tempat dahulu.
Baginda hamparkan serbannya dan diletakkan Hajar Aswad itu  di tengah-tengah serbannya seraya berkata: “Saya minta setiap kepala  suku memegang tepi kain ini dan
mengangkatnya secara bersama-sama.”
Mereka semua menerima dan menyambut ajakan Muhammad itu, dengan perasaan yang amat senang. Maka mereka bersama-sama mengangkat hujung serbannya dan mereka kemudian bersama-sama mengangkatnya sampai ke tempat asalnya. Demikianlah selesainya masalah memindah kembali Hajar Aswad ke tempat asalnya.
Baginda Rasul Nabi Muhammad shallallahuu ‘alaihi wasallam memimpin umatnya agar hidup dalam keadaan sempurna dan tidak mendekati perbuatan-perbuatan yang keji.yang
nyata mahupun yang tersembunyi.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al-An’am ayat 151 yang bermaksud (terjemahan): “.........dan janganlah kamu mendekati perbuatan yang keji baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi...”
Allah subhanahu wa Ta’ala melalui Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam, telah melarang seluruh  umat manusia mendekati perbuatan keji yang nyata mahupun tersembunyi, kerana perbuatan keji itu hanya akan menimbulkan kerugian dan kehancuran bagi umat manusia itu sendiri.
Perbuatan keji ialah perbuatan dosa yang  hanya akan menimbulkan kerugian bagi manusia. Sedangkan lawan dari perbuatan keji ialah perbuatan baik. Perbuatan keji yang tersembunyi, sengaja disembunyaikan atau dilakukan secara sembunyi-sembunyi ialah perbuatan dosa batin yang tidak nampak dengan jelas oleh orang lain, kerana berhubungan dengan jiwa dan hati dari pelakunya sendiri. 
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Perbuatan baik ialah suatu perbuatan yang membuat jiwa tenteram dan hati menjadi tenang dan perbuatan dosa  (keji) ialah perbuatan yang menjadikan jiwa goncang  dan hati gusar, sekalipun kamu mendapatkan petua dari ahli fatwa (mufti). (HR. Imam Ahmad)  
Yang dinamakan dosa ialah, sesuatu yang terasa menggelisahkan jiwa, dan kamu tidak mahu menampakkannya kepada orang lain. (HR. Imam Ahmad)
Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas dari jenis perbuatan keji yang biasa dilakukan umat manusia dapat kita semak beberapa ayat suci Al-Qur’an. Firman Allah Ta’ala surah Al-Ma’idah ayat 90 – 91) yang bermaksud (terjemahan):
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah pebuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat  keberun- tungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).     
Allah melarang orang-orang Islam meminum arak, kerana arak itu menghilangkan akal orang yang meminumnya tatkala ia mabuk. Banyak orang  yang akan rosak binasa akal fikirannya dan menjadi rendah budi pekertinya disebabkan meminumnya.
Begitu pula Allah mengharamkan judi. Dengan berjudi orang dapat memperolehi harta dengan mudah, tidak dengan bersusah payah. Maka perolehan ini didapati secara batil, dan memakan hasil judi itu adalah haram.
Allah juga melarang membuat patung yang akan dijadikan berhala. Allah telah melarang  menjadikan berhala dan mengharamkan makan binatang  yang disembelih atas nama berhala itu. Perbuatan mengundi nasib dilarang oleh Allah. Haram hukumnya melihat nasib atau mengundi nasib. Ta’ ada orang yang ingin melihat nasibnya kecuali yang kurang sihat pemikirannya.
Ke empat-empat jenis, iaitu arak, judi, berhala dan mengundi nasib dengan anak panah itu adalah sesuatu yang kotor serta buruk benar akibatnya. Allah memerintahkan orang-orang Islam supaya menjauhkan diri dari pekara yang kotor itu, kerana sesungguhnya arak judi, berhala dan mengundi nasib itu sangat kuat penarikannya.

Dalam memimpin melaksanakan satu-satu ibadah setiap orang dibawah kepimpinannya harus dianggap sebagai keluarga sendiri sebab dalam Islam orang yang beriman adalah bersaudara. Maka itu wajar seorang pemimpin memohon kapada Allah agar dimudahkan urusan mereka dengan melembutkan hati untuk khusyuk melaksanakan ibadah kerana Allah. Maka itu kerjasama yang padu dapat dijelmakan demi penyelesaian masalah yang dihadapi.

Saturday, January 11, 2014

CINTA RASUL KEPADA UMATNYA DARI DUNIA HINGGA AKHIRAT

 (Disiarkan 11. 01. 2014)
Sesungguhnya akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu amat tinggi, sangat mulia, seperti yang digambarkan dalam beberapa ayat suci Al-Qur’an. Antaranya ialah Firman Allah  dalam surah Al-Qalam: 4 yang bermaksud (terjemahan): “Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi  pekerti yang agung.”
Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam turun ke dunia ini untuk memperbaiki akhlak umat manusia. Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia.” (HR. Ahmad dan Al-Bazzar).
Kitab Suci Al-Qur’an merupakan mukjizat Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Al-Qur’an merupakan pedoman dalam urusan dunia dan akhirat untuk seluruh umat manusia, agar terhindar dari kobodohan, kemiskinan dan kejahatan menuju keselamatan dan kebahagian hidup yang hakiki di dunia dan akhirat kelak.
Sabda Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallam, mengenai Al-Qur’an yang ertinya:
Al-Qur’an merupakan sebuah Kitabullah Tabaraka wa Ta’ala yang di dalamnya terdapat berita manusia sebelum kamu dan sesudah kamu, dan menghukum apa yang terjadi di antara kamu; dia membentangkan mana yang benar dan mana yang salah, bukan suatu permainan. Barangsiapa meninggalkannya kerana sombong, maka Allah akan membinasakan nya; dan barangsiapa mencari pemimpin selain Al-Qur’an akan disesatkannya oleh Allah; dia adalah  tali Allah yang kukuh dan cahayaNya yang menerangi serta peringatan yang sangat bijaksana; dia adalah jalan yang lurus. Dengan berpedoman pada dia, seluruh keinginan manusia tidak akan salah, lidah tidak akan bercampur, pendapat tidak akan porak poranda. Dan dengan bersumber dari dia, para ulama’ tidak akan merasa kenyang. Dan tak akan larut kerana banyaknya yang menentang dan keindahan-keindahannya tidak akan habis. Dialah yang jin apabila mendengarnya tidak habis-habisnya mengatakan: “Sungguh kamu mendengarkan suatu bacaan yang sangat mengagumkan sekali.” Barang siapa yang mengetahui ilmunya pasti akan unggul dan barang siapa berkata dengan dia pasti benar; dan barangsiapa berhukum dengan dia pasti Adil; dan barangsiapa beramal dengan dia pasti diberi pahala, serta barangsiapa mengajak manusia kepadanya, pasti akan terpimpin ke jalan yang lurus. (HR. At-Tirmidsi dari Ali Radhiyallahu ‘anhu.) 
Kitab Suci Al-Qur’an merupakan sumber dari segala sumber hukum yang berisi pedoman, petunjuk; berupa perintah, anjuran mahupun larangan bagi seluruh umat manusia di dunia ini untuk keselamatan, kesejahteraan dan kebahagian hidup mansuia itu sendiri. Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, memimpin manusia ke jalan yang diredhai Allah dengan bermodalkan Al-Qur’an.
Cinta Rasul kepada umatnya di dunia dipatri dan diwarnai dengan kesucian Al-Qur’an yang telah diterjemahkan Baginda dalam dirinya. Dengan bersumberkan Al-Qur’an baginda dapat memanusiakan manusia atau membetulkan akhlak individu yang tergelincir di atas landasan yang di redhai Allah s.w.t..
Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah An-An’am ayat 151-153 meriwayatkan sepuluh inti perintah Allah kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasalam, untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia, agar mendapatkan kesejahteraan hidup baik di dunia mahupun di akhirat.                 
Katakanlah: “Marilah aku ((Muhammad) bacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu, iaitu:
1.      Jangan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah.
2.      Berbuat baiklah terhadap kedua orang ibubapa.
3.      Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rezeki kepada
mu dan kepada mereka.
4.      Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi.
5.      Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh  Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami.
6.      Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa.
7.      Dan sempurnakanlah timbangan dengan adil. Kamu tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya.
8.      Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil meskipun dia adalah kerabat (mu)
9.      Dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah  kepadamu agar kamu ingat. Bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus.
10.    Maka ikutlah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.

Demikianlah “sepuluh inti perintah Allah” kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, untuk disampaikan kepada seluruh umat  manusia, agar mendapatkan keselamatan, kesejahteraan dan kebahagian hidup baik di dunia mahupun di akhiat.
               Jika kita mahu mengamati dengan saksama, mahu menghayati dengan tulus ikhlas dan semata-mata mengharapkan redha Allah Subhanahu wa Ta’ala, akan kita dapati bahawa kesepuluh perintah Allah tersebut, mengandungi pelajaran akhlak yang sangat tinggi, mengandungi pelajaran budi pekerti yang sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia itu sendiri dalam mencari ketenangan hidup, keselamatan hidup, kesejahteraan hidup dan kebahagiaan hidup yang hakiki di dunia dan di akhirat nanti.
               Sesungguhnyalah akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu sangat tinggi, sangat mulia, seperti yang digambarkan dalam beberapa ayat suci Al-Qur’an. Jika  kita renungkan dengan saksama, akan kita dapati bahawa ke sepuluh perintah Allah tersebut mengandungi pelajaran akhlak, budi pekerti yang sangat tinggi, sesuai dengan tugas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam turun ke dunia ini iaitu, memperbaiki akhlak umat manusia.
               Jiwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ingin benar membetulkan akhlak umat- nya agar kesemua mereka akan mendapat masuk syurga. Cintanya kepada umat manusia tidak ada tolak bandingnya sehingga Baginda menolak perlawaan Allah menghadiakan matahari sekalipun kerana keutamaan hati Baginda ia melihat umatnya tidak ada seorang pun masuk neraka.
               Allah Ta’ala berfirman Surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud (terjemahan):
“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi perkerti yang agung.”
Allah memuji Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam . Sesungguhnya Baginda itu mempunyai akhlak keagamaan yang agung dan budi pekerti yang mulia, kerana Allah telah menghimpunkan kepada dirinya ketinggian martabat dengan mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Alangkah agungnya kurnia serta pangkat yang disandang oleh Baginda dari Tuhan yang Maha Tinggi lagi Mulia.
               Sesungguhnya di antara budi pekerti Rasul yang mulia itu ialah bersifat sebagai orang  yang alim, penyantun, sangat pemalu, kuat beribadat, pemurah, penyabar, suka bersyukur, merenda diri, zuhud dan lain-lain sifat yang mulia dan perangai yang diredhai.
               Adalah diriwayatkan dari Anas, khadam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam katanya bermaksud: Saya telah menjadi khadam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam 10 tahun.Tidak pernah Baginda berkata: “Ah”, dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang dikerjakan: “Mengapa engkau melakukan demikian?”, dan tidak pula pernah mengatakan sesuatu yang tidak saya kerjakan: “Mengapa engkau tidak  kerjakan?” (HR Al-Bukhari dan Muslim).
               Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-An’am ayat 151 mengenai larangan mempersekutukan Allah Ta’ala dengan sesuatu apapun yang bermaksud (terjemahan):
               “Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia.”
               Islam adalah agama yang mengesakan Tuhan dan memberi sifat-sifat kesempurnaan. Mengesakan Tuhan dalam Islam termasuk salah satu rukun Iman. Menduakan Tuhan dalam Islam disebut perbuatan syirik. Islam mengajak seluruh umat manusia kepada ajaran tauhid dan menegaskan keesaan Allah tanpa ada Tuhan yang lain. Firman Allah Ta’ala surah Al-Ikhlas ayat 1 – 4 yang bermaksud (terjemahan);
               “Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dan tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada ada seorangpun yang setara dengan Dia.”
               Perbuatan syirik merupakan sumber dari segala bentuk kejahatan umat manusia sepanjang zaman. Perbuatan syirik akan membelenggu akal manusia dengan segala macam bentuk khayalan yang menyesatkan, menimbulkan kurafat dan mitos, yang menimbulkan pertentangan antara manusia, menyebabkan timbulnya pembunuhan dan kejahatan lain yang berbentuk pemerasan, perkosaan, perampasan hak-hak asasi manusia seperti, penjajahan pada sekompok manusia oleh kelompok manusia lain yang merasa lebih kuat.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasalam antara sifat-sifatnya yang mulia ialah penyantun, pemalu, suka bersyukur dan sentiasa rendah diri. Sifat demikian menandakan bahawa Baginda tidak riya’ terhadap apa yang Allah subhanahu watallah berikan kepada Baginda.
Manusia riya’ dapat melakukan perbuatan syirik dengan berbagai alat seperti; hati, lidah, anggota badan, perhiasan, harta kekayaan, ilmu dan lai-lain. Manusia yang bermegah-megah termasuklan jawatan, anak, pengikut dan hal-hal lain yang membuat kebanggaan bagi diri manusia, akan menimbulkan sifat lupa pada Allah Subhanahu wa Ta’ala sehinggalah manusia itu masuk ke dalam kuburnya.
Kecintaan Baginda Rasul Nabu Muhammad shallallahu ‘alaihi  wasalam kepada umat nya di dunia terbukti dengan berbagai pandoman hidup atau hadis Baginda yang ditinggalkan kepada manusia untuk dipelihara dan diamal untuk mendapatkan pahala Allah subhanahu watallah demi keselamatan hidup di akhirat kelak.
Cita-cita Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam adalah mewujudkan masyarakat Islam yang mempunyai kecerasan akal dan kebersihan hati. Di samping itu, umat Islam perlu tangkas dalam bertindak, berdedikasi tinggi serta mengamalkan disiplin ilmu yang berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada Allah seperti yang tercermin dalam keperi- badian Baginda yang semprna itu.
Perintah Allah dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam dalam membangunkan kelurga muslim ialah pendidikan dasar yang harus  diberikan kedua orang ibu dan bapa kepada anak-anaknya ialah akhlak. Jika akhlak seorang anak sudah dapat dipertanggungjawab kan, maka pendidikan lain yang akan diberikan kedua orang tua kepada anak-anaknya akan dengan mudah diterima oleh anak-anaknya.
Kerana bagaimanapun akhlak dalam diri seorang manusia merupakan kunci dari segenap tindakan manusia itu ke arah kebaikan yang diharapkan. Tahap kedua dari pendidikan anak dalam keluarga muslim ialah, mengenal Allah, lalu mengesakan Allah. Barulah kemudian diberikan ajaran-ajaan agama Islam sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Seorang anak dalam keluarga muslim, pada saat berusia tujuh tahun, harus sudah diajarkan solat, dan jika anak sudah brusia sepuluh tahun bekum juga timbul kesedaran untuk mengerjakan soalt, ama kedua ibu bapa wajib memukulnya, sesuai sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam.  Yang bermaksud:
Suruhlah anak-anak kamu itu mengerjakan solat, apabila ia telah berumur tujuh tahun? Dan apabila telah berumur sepuluh tahu, tidk mahu mengerjakan solat maka
kerasilah dia (pukulh anak itu). (HR. At – Timidzi)
               Perbuatan dosa manusia menurut Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasalam akan menimbulkan kesulitan dalam mencari reziki bagi Si pelakunya. Sabda Rasullah Shallallahu’ alaihi wasalam yang bermaksud:
               Umur tidak akan bertambah, kecuali dengan perbuatan baik; tak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa, dan seorang akan terhalang rezeki kerana melakukan perbuatan dosa. (HR. Ibnu Majjah).*

                   *Muhammad Nashiruddin: 10 PERINTAH Allah pada Nabi Muhammad SAW.

Saturday, January 4, 2014

BAGINDA RASUL NABI MUHAMMAD S.A.W. BERSIFAT PENGASIH DAN PENYAYANG

 (Disiarkan pada 4. 1. 2014)
Mukadimah Bicara Minda mengucapkan selamat tahun baru masihi 2014 kepada semua para pembaca Bicara Minda di mana sahaja mereka berada terutama sekali mereka yang ingin memperluaskan ilmu tauhidnya. Semoga anda sekalian mendapat manfaat dari pembacaan anda. Bicara Minda doakan anda dalam keadaan sihat walfiat dan sentiasa dilindungi Allah s.w.t. agar diterangkan hati untuk dapat melihat kebenaran  dalam menelusuri kehidupan yang diredai Allah sw.t..
               Maha suci Allah Zat yang Pengasih dan Penyayang. Segala mahkluk ciptaan-Nya Allah kasih tetapi hanya manusia mukmin sahaja Allah sayang. Kasih Allah kepada makhluk-makhlik-Nya tidak terbatas, menghidupkan dan menikmati segala keperluan seperti makanan dan air untuk diminum.
Allah sayangkan manusia dengan menyediakan agama yang telah disempurnakan-Nya. Manusia juga Allah telah cukupkan berbagai nikmat untuk manusia hidup sebagai khalifah-Nya. Nikmat befikir memahami berbagai tamsil dalam kehidupan. Nikmat mempunyai akal merupakan fitrah Allah yang amat tinggi dalam kesemua nikmat  Allah yang ada dalam hidup seorang insan. Sayang Allah kepada manusia sehingga meredai Islam sebagai agama bagi mereka.
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang tertinggi antara makhluk-makhluk-Nya yang ada di alam kehidupan. Ia dibekalkan akal dan kemahiran berfikir maka Allah jadikan nya sebagai khalifah di atas bumi-Nya ini. Akal itu ditamsilkan sebagai rasul dalam diri individu untuk membantunya dalam segala hal disiplin pembangunan manusia.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah yang termulia antara makhluk manusia. Jiwanya amat suci dalam pandangan Allah serta bersifat pengasih dan penyayang. Allah sayangnya kepada Baginda sehingga menghadiahkan surah Al-Fatihah langsung dari Allah semasa Nabi bertemu dengan-Nya di Sidratul Muntaha (arsh).
Baginda diisrak mikrajkan dari Majidil Haram ke Masjidil Aqsar di Palentin dan kemudian naik ke tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha atau Arsh Allah. Disitulah Baginda menerima surah Al-Fatihah dari Allah. Allah sayangkan Muhammad sehingga Malaikat Jibril yang menemani Baginda tidak dibenarkan masuk ke dalam Arsh-Nya bersama Baginda.
               Unsur kejadian manusia ada dua iaitu jasmani yang asalnya daripada tanah dan roh asalnya daripada Allah. Allah tiupkan roh-Nya ke dalam jasad manusia semasa usianya genap 120 hari dalam rahim ibu maka jadilah seorang insan yang berperasaan serta dibekalkan dengan fitrah yang bersifat pengasih dan penyayang.
               Manusia diciptakan Allah bersifat lemah mulai daripada bayi hinggalah membesar menjadi remaja dan seterusnya menjadi dewasa hingga akhir hayatnya memasuki tua bangka sebelum roh berpisah dengan jasad, kelemahannya sentiasa menemaninya. Setiap insan sememangnya pengasih dan penyayang kerana roh yang ada pada manusia adalah kepunyaan Allah yang menghembuskannya ke dalam jasad manusia maka jadilah manusia.
               Dalam diri seorang insan ada bermacam fakulti yang bersifat fitrah. Antaranya ialah akal, nafsu, kasih sayang dan sebagainya. Fitrah nafsu terbahagi kepada dua iaitu nafsu kemalaikatan dan nafsu kehaiwanan. Fakluti kasih sayang akan melahirkan perasaan pengasih dan penyayang; tetapi fakulti tersebut boleh dicemari oleh kehadiran nafsu kehaihawanan. Maka itu manusia wajar membentuk jiwanya melalui ilmu tauhid untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. pembawa risalah langit iaitu Islam, agama Allah. Maka itu, sudah sewajarnyalah jiwanya terbentuk bersifat pengasih dan penyayang, Islam adalah ilmu tauhid membimbing manusia bagaimana cara hidup yang diredhai Allah s.w.t.. Dalam usaha Baginda mentarbiahkan Islam kepada umatnya, keselamatnya sentiasa  terancam dan beberapa kali nyawanya di hujung pedang musuh Islam. Tetapi apabila Baginda mendapat peluang untuk menunjukkan keIslamannya kepada musuh sekali pun baginda menunjukkan kecintaannya dengan tidak membalasnya dengan kekerasan.             
Semasa Baginda bersama Abu Bakar sedang berhijrah ke Medina Al-Munawarah  masyarakat Quraisy membuat satu starategi untuk menangkap Muhammad, hidup atau mati dan sesiapa yang berjaya menagkapnya akan dihadiakan 100 ekor unta.  Seratus ekor unta di zaman sekarang sama dengan 100 ekor kerbau atau sapi. Ganjarannya cukup menggiurkan.
               Seorang jejaka bernama Surokoh dengan senyap meninggalkan majlis lalu  menung- gang kudanya pergi mencari Muhammad. Ia tahu di mana jalannya Muhammad lalu memecut kudanya begitu laju. Tidak lama kemudian dia kelihatan Nabi Muhammad bersama Abu Bakar sedang berjalan di padang pasir. Surokoh menghunus pedangnya dan sedia untuk menghapuskan Muhammad.
               Nabi Tahu dari Malaikat Jibril bahawa Surokoh berada dibelakang sedang memecut kudanya dan berlari amat kencang. Hampir sepuluh meter jaraknya dari Nabi, tiba-tiba kaki kudanya termasuk lobang lalu terjatuh. Surokoh terhumban ke hadapan, berguling-guling lalu berhenti dekat dengan kaki Nabi. Baginda membangunkan Sukoroh serta mengambil pedangnya yang terjatuh sambil berkata “Kalau menunggang kuda hati-hati Sukoroh!” Baginda mengembalikan pedangnya kepada Surokoh yang sedang membersihkan jubahnya penuh dengan pasir.
               Niat Surokoh hendak membunuh Nabi tidak kesampaian kerana menyaksikan akhlaq Baginda yang pengasih dan penyayang walau kepada musuhnya sekalipun. Ia kembali  menunggang kudanya sambil berfikir bahawa yang dibenci oleh masyarakat Quraisy sebenarnya orang yang paling mulia hatinya. Mengikut sejarah Surokoh tidak lagi menyokong musuh-musuh Islam tetapi ia memeluk Islam kerana telah tertarik dengan akhlak Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. yang amat mulia itu. 
               Baginda Rasul telah menunjukkan kasih sayangnya kepada keluarganya yang amat tinggi sekali. Pernah satu masa Baginda lambat balik rumah kerana sibuk berdakwa di masjid. Isterinya Siti Aisyah terlena tidur kerana penat menguruskan kerja-kerja di rumah. Baginda Rasul juga tidak sedar bahawa masa telah lewat malam.
               Baginda balik rumah dan mengetuk pintu sambil mengucap salam kepada orang rumah tetapi Siti Aisyah tidur tidak sedar. Ia mengulangi ketukannya, diikuti dengan ucapan salam sabanyak tiga kali tetapi iserinya tidak sedar juga. Maka itu Baginda tidur di pinggir pintu di luar.
Menjelang subuh Siti Aisyah keluar dari bilik nak membuka pintu rumah, kelihatan suaminya berada diluar tidur dekat pintu. Baginda dengan cepat bangun dan mengucapkan salam serta maaf kepada isterinya kerana terlambat pulang semalam sibuk di masjid banyak jemaah. Rasul pula yang tertidur di luar, cepat meminta maaf kepada isteri dan bukan isteri yang cepat berbuat demikian. Betapa mulianya hati Baginda serta kasih sayang yang tidak ada tolak bandingnya.
Pada satu ketika yang lain Siti Aisyah memasak lauk dengan membubuhkan garam berlebihan. Siti Aisyah tidak merasakan masakannya lalu dihidangkan kepada suaminya. Apabila Baginda Rasul memakannya keterlalu masinnya tetapi ia mengatakan lauknya amat menyelerahkan dan sambil memuji isterinya.
Baginda menjemput  isteri tersayang makan bersama kerana secara kebetulan sudah lama mereka berdua tidak menjamu selera bersama. Maka Siti Aisyah pun turut sama makan. Apabila Siti Aisyah merasakan lauk yang dihidangnya kepada suami keterlaluan masinnya maka ia meminta maaf sungguh-sungguh kepada suaminya.
Tetapi Baginda menerimanya dengan hati yang ikhlas tanpa menegur pun isterinya.
Kasih sayang Baginda terhadap isteri terlalu tinggi sehingga membuat kesilapan dalam urusan
rumah tangga pun tidak mengakibatkan Baginda meninggikan suaranya. Begitu juga berlaku satu peristiwa apabila Baginda balik ke rumah selepas melaksanakan ibadahnya  memimpin para jemaah dimasjid. Selepas solat Zohor  Baginda balik ke rumah. Siti Aisyah tidak senang hati melihat suaminya balik kerana tidak ada yang boleh dihidang kepada suami tersayang.
               Dengan hati yang berat Siti Aisyah meminta maaf kepada Baginda  kerana ia tidak ada masak disebabkan kehabisan bahan. Baginda tidak marah malah beliau bersyukur pula  dan mengajak isterinya melaksanakan puas sunat. Merasa penat dan letih serta perut merasa kosong, tiba-tiba diberi tahu hahawa tidak ada dimakan pula, tetapi  buat baginda yang hatinya maha pengasih dan penyayang rasa terhibur pula.
               Pernah juga pada suatu ketika apabila Baginda berjumpa dengan seorang jejaka yang sudah mempunyai niat di hati hendak memperlihkan Baginda tentang Iman dan Islam. Jejaka itu  meminta kebenaran dari Baginda untuk masuk Islam. Disaksikan oleh Baginda sendiri, ia mengucap dua kalimah syahadat, masuk Islam.
               Kemudian jejaka itu memberi tahu Baginda bahawa dia cinta  Islam dan dia juga cinta  nabi Muhammad. Baginda memuji jejaka itu kerana itulah sebenar cara hidup seorang Islam yang diredhai Allah s.w.t.. Walaubagaimana pun jejaka itu memberi tahu Baginda bahawa ia masih cintakan kemaksiatan. Dengan hati yang ikhlas jejaka itu mengatakan bahawa dia senang dengan amalan memperkosakan wanita, dia suka mencuri dan sebagainya. Dia tidak dapat meninggalkan semua itu! 
               Baginda tidak terperanjat dan terkilan mendengar semuanya itu  malah ia memujinya bahawa semua itu baik bagi mu. Tetapi Nabi meminta  jejaka itu berjanji kepada Baginda. Jejaka itu setuju dengan syarat perkara yang dibuat perjanjian itu tidak berat dan susah sangat dilaksanakan. Baginda berkata bahawa perkara berkenaan tidak susah dan mudah dipatuhi.
               Baginda membuat perjanjian dengan jejaka itu supaya jangan bercakap bohong. Jejaka itu merasakan perkara jangan bercakap bohong mudah sahaja dilaksanakan; maka itu dia bersetuju dan berjanji kepada Rasul supaya jangan bercakap bohong.
               Kemudian pergilah jejaka itu meninggalkan Nabi, sambil berfikir dan merasa lucu kerana nabi galakkannya untuk meneruskan perbuatan yang terkutuk itu dan hanya memintanya  berjanji supaya jangan bercakap bohong. Dia berfikir: “Alangkah mudahnya permintaan Muhammad!”
Hari demi hari; minggu berganti bulan, lalu jejaka itu berjumpa seorang gadis yang cantik. Ia bawa bercerita. Gadis itu menunjukkan semangat yang ingin hendak berkenalan. Jejaka itu merasa gairah hendak membawa  gadis itu  berbincang tentang kebahagian dan keseronokan yang ada di dunia. Oleh kerana seronoknya perbincangan mereka maka jejaka itu sampai menjemput gadis itu  ikut sama ke rumahnya. Pendik kata, bukan hanya ke rumahnya tetapi ke dalam kamarnya sekali.
Di kamar tidurnya, mata bertentang mata, sentuh menyentuh, diikuti dengan galak ketawa yang membawa mereka dibuai keseronokan dunia maka berlakulah niat hendak mengerjakan zina. Tiba-tiba jejaka itu teringat janjinya kepada rasul. “Kalau saya berzina dengan gadis ini kemudian saya ditanya Rasul sama ada saya zina atau tidak? Apa jawapan saya!” Malikat lawan iblis; iman lawan nafsu... akhirnya iman yang menang dan tidak berlaku perzinaan.  
Pada suatu ketika yang lain jejaka ini terlintas dalam fikiran hendak merompak sebuah rumah orang kaya. Ia memasuki rumahnya dan berjaya merompak wang sebanyak yang boleh dibawanya. Kemudian ia mengangkatnya keluar rumah tetapi sebelum melangkah kaki keluar pintu tiba-tiba ia teringat janjinya kepada Rasul supaya jangan bercakap bohong. “Kalau saya ditanya rasul sama ada saya mencuri atau tidak, dan jika saya beritahu yang benar supaya saya tidak bercakap bohong, pasti saya akan ditangkap dan dihukum masuk ke dalam penjara.
Iman dan nafsu bergelut akhirnya iman juga yang menang. Maka itu ia keluar rumah tanpa membawa duit yang diambilnya.
               Kelihatan dalam kedua-dua cerita tersebut Baginda Rasul menunjukkan kasih sayang nya kepada umatnya maka ia mendidik mereka cara yang terbaik yang mana mereka dapat memahami akhlak yang baik. Baginda mendidik mereka dengan menggunakan “moral force” atau tekanan moral. Ajaran itu tidak menyakiti hati si perlaku kedosaan tetapi dapat mendidiknya dan memahami akhlak dan hati yang memimpinnya untuk menjadi insan yang soleh.  

               Kemudian jejaka itu kembali kepada Rasul dan memberi tahu bahawa janjinya kepada Baginda adalah mudah tetapi pokok kepada segala kemaksiatan. Dia tidak terdaya hendak membuat sesuatu yang membawa kepada kodosaan. Maka jejaka itu menjadi umat yang taat kepada agamanya. Demikianlah antara kesah-kesah Baginda yang memaparkan jiwa yang pengasih dan penyayang.