Friday, April 25, 2014

MEMELIHARA KEBAJIKAN AKHIRAT KEWAJIPAN SEORANG MUKMIN

 (Disiarkan pada 26. 4. 2014)
Apakah tujuan hidup ini? Apa hubungan akhirat dengan kehidupan manusia di alam dunia? Apakah hidup itu? Jawaban kesemua persoalan tersebut meniti jalan kefahaman mengenai pemeliharaan kebajikan akhirat.
               Kehidupan di dunia adalah untuk sementara sahaja manakalah kehidupan akhirat  adalah kekal dan abadi buat selama-lamanya. Dunia adalah tempat menyemai segala kebaikan demi kebahagian akhirat. Di situlah juga manusia melalui berbagai ujian Allah untuk melihat sejauh manakah ia dapat memelihara kebajikan rohaninya demi mengumpul dana pahala sebagai bekalan hidup di akhirat nanti.
Terlebih dahulu mari kita lihat hubungan manusia dengan Tuhan. Allah menghubungi manusia sejak manusia diciptakan-Nya dari setetes air sampai lahir, akhirnya mati di dunia ini. Saban detik kita dihujani oleh Allah dengan berbagai rahmat dan nikmat-Nya dengan perlindungan dan penjagaan-Nya. Sehingga sekiranya rahmat atau nikmat serta perlindungan Tuhan itu dihentikan Tuhan agak sedikit saja, pasti kita manusia mati atau musnah.
Sebagai contoh, manusia hidup disebabkan ada roh dan jasad. Dalam jasad itu Allah bekalkan  jantung (hati) yang mengepupkan darah ke seluruh anggota badan. Kehadiran jantung dalam system kehidupan manusia, merupakan satu nikmat dan rahmat dari Allah s.w.t. dan jika jantung itu berhenti denyutannya buat seketika, maka hidup ini akan berhenti dan jika keadaan demikian tidak menyambung kembali denyutan jantung itu maka roh akan keluar dari jasad dan ini bermakna manusia mengalami mati. Mati itu sebenar tidak ada kerana roh itu hanya keluar dari jasad dan jasadlah yang mengalami mati.  
Begitulah Allah menghubungi kita dengan rahmat dan nikmat-Nya terus menerus dengan tidak putus-putusnya. Bagaimana kita manusia mengadakan hubungan atau kontak dengan Tuhan. Dengan sedih dan perasaan menyesal sehebat-hebatnya harus kita akui, bahawa di samping ada manusia yang sentiasa mengadakan hubungannya dengan Tuhan, mereka lupa seratus persen tehadap Tuhan.
Tuhan tidak menjadi perhatian dalam hidup mereka. Tuhan adalah suatu yang  tak menarik  dalam hidup dan kehidupan mereka. Bahkan ada di antara manusia yang sampai benci dan tak suka mendengar, membaca dan memperkatakan Tuhan. Na’uuzubillahi min zlik. Muda –mudaan Tuhan melindungi diriku dan saudara sekalian dari sifat yang demikian terhadap Tuhan.
Terpenting dalam kehidupan dunia, hendaklah kita sedar bahawa kehidupan dunia sekarang ini diciptakan Allah bukanlah satu cara penghidupan yang sempurna tetapi satu cara penghidupan yang tidak sempurna, satu kehidupan sementara, penghidupan yang penuh serba macam kekurangan, kekeciwaan dan lain-lain sebagainya.  
Firman Allah dalam al-Qur’an surah  Al-Imran ayat 185 – 186 yang bermaksud (terjemahan): Tiap yang bernyawa akan mengalami mati, dan tidak akan disempurnakan ganjaran kamu, kecuali pada hari kiamat. Kerananya, barang siapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka selamatlah dia. Sedang penghidupan dunia ini tidak  lain hanya benda tipuan sahaja.
Tiap-tiap nyawa atau jiwa seseorang itu akan merasakan bagaimana dia bercerai dari jasadnya, atau yang dinamakan mata. Sebenarnya nyawa itu tidaklah sekali-kali mati dengan sebab matinya tubuh badan atau jasad. Sebab yang dapat merasakan itu , sesuatu yang masih wujud (ada) sedang yang mati (tidak ada) tentu tidak dapat merasakan. Jadi nyawa itu masih kekal hidup, dan penceraiannya dari tubuh badan bagi seseorang itulah yang dinamakan mati. Dan kematian itu mesti dirasai oleh tiap-tiap yang bernyawa.
Upah dari amalan anda – sama ada baik ataupun buruk – bakal diberi oleh Allah pada hari kiamat. Malah kadang-kadang di dunia ini pun pernah upah itu dapat diterima secara
tunai dengan tidak  tertangguh-tangguh lagi.
Firman Allah dalam ayat 186 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya kamu akan diuji tentang harta kamu dan diri kamu, dan akan kamu dengar dari orang-orang yang diturunkan kitab sebelum kamu dan diri orang-orang yang menyekutukan itu cacian yang banyak. Dan jika kamu  sabar dan takut, sesungguhnya yang demikian itu setepat-tepat tadbir.”
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji oleh Allah supaya berbeza antara orang  yang mukmin dengan yang bukan mukmin, dan diketahui mana yang baik dari yang buruk – iaitu ujian pada harta kamu; ujian dengan menguranginya atau menyuruh belanjakan harta tersebut ke jalan yang dituntut oleh syarak, di dalam segala bidang kebajikan, derma dan  bakti, guna meninggikan darjat umat Islam, atau mengawalnya dari ancaman penceroboh musuh.
Apa hubungan akhirat dengan kehidupan manusia di dunia? Dalam erti kata lain apa hubungan antara Tuhan dan manusia? Dalam semua makhluk ciptaan Allah, makhluk manusialah yang terindah, terbaik, dan paling sempurna. Maka apakah hubungan antara Tuhan dengan makhluk-Nya yang terindah, terbaik dan paling sempurna itu.
Semenjak kita berupakan setitik air  yang amat halus, sampai  kita mati  di dalam umur 70 atau 80 tahun atau lebih setiap detik dengan tak purusnya, kita selalu dihujani rahmat  dan nikmat oleh Allah  yang menciptakan dan menghidupkan. Tidak pernah satu detik atau seperempat detik sekalipun kita putus dari rahmat Tuhan itu.
Ribuan macam rahmat dan nikmat Tuhan datang dari kiri kita, ribuan pula datang dari kanan kita, ribuan rahmat dan nikmat Tuhan datang dari hadapan dan belakang kita saban detik atau saban waktu dengan tak putusnya, sejak kita lahir sampai kita mati. Tuhan  berikan kepadamu segala rupa keperluan hidupmu.
Firman Allah dalam Al-Qur’an Surah Ibrahin ayat 34 yang bermaksud., (terjemahan):
“Sekiranya kamu coba menghitung  nikmat Allah, sungguh kamu tidak  akan sanggup menghitung kerana terlalu banyak, tetapi sayang masih banyak manusia yang zhalim, tidak  pandai berterima kasih atas nikmat Allah itu.”
Firman Allah dalam Al-Qur’an Surah Alkahfi ayat 109 yang bermaksud (terjemahan): “Katakanlah: Sekiranya seluruh air lautan dijadikan tinta untuk menuliskan kalimat Tuhanku, nescahaya akan keringlah lautan itu  sebelum habis semua kalimat Tuhanku. Bahkan sekalipun ditambah tinta sebanyak itu lagi.”
Jadi Allah bukan hanya menciptakan kita, tetapi saban detik dari kehidupan kita Allah selalu menghubungi kita dengan bermacam rahmat dan nikmat. Allah tak pernah putus  hubungannya dengan kita.
Nikmat Tuhan yang berupakan bumi dengan segala isinya, matahari, bulan dan bintang dengan sinarannya, hawa, udara, air, buah-buahan yang menjadi keperluan hidup yang amat penting adalah sebahagian kecil dari rahmat dan nikmat Allah itu. Apa lagi nikmat yang berupakan kaki, tangan, paru-paru, jantung  dan semua bahagian dari badan kita, yang berupakan mata, hidung, otak dan fikiran, jiwa atau roh yang menghidupkan kita adalah nikmat yang tidak dapat dinilai dengan emas dan perak sekalipun sahaja banyaknya.
Semua itu saban waktu dan ketika kita terima dan kita peroleh dari Allah yang menciptakannya, yang kita harus  mengingatinya dan jangan sampai dilupakan begitu sahaja.
 Cobalah kita renungkan dan khayalkan agak sejenak, alangkah susah dan sengsaranya seorang manusia yang ta’ mempunyai kaki atau tangan. Kalau kita dapati satu manusia  tidak diberi Tuhan kaki atau tangan, itu adalah sebagai contoh dan peringatan kepada  semua manusia, agar manusia ingat selalu akan hebat dan pentingnya nikmat Tuhan yang bernama kaki dan tangan itu.
Manusia sekali pun pintar dengan akal dan fikirannya, dengan ilmu pengetahuannya,
tetapi untuk mereka masih perlu contoh yang berupakan manusia yang cacat ta’ berkaki atau
tidak bertangan itu.
Coba renungkan bagaimana sengsaranya manusia kalau tidak punya mata atau telinga, manusia yang buta  atau pekak agar kita jadikan contoh, agar kita mengertilah faedahnya mata dan telinga, agar kita dapat merasakan hebatannya nikmat Allah yang bernama mata dan telinga itu.
Coba pula renungkan, bagaimana sengsaranya manusia yang dicabut Tuhan otak dan fikiran, sehingga dia menjadi  orang yang gila atau setengah gila. Kita seakan-akan tidak sampai hati membicarakan sengsaranya manusia yang gila atau setengah gila itu. Kalau Tuhan ciptakan pula manusia yang gila dan setengah gila, adalah sebagai contoh dan peringatan kepada setiap orang yang punya otak dan fikiran, yang tidak gila, supaya dapat menilai nikmat Allah yang bernama otak atau fikiran.
Pendik kata, tidak ada satu nikmat dan rahmat Allah yang kecil ertnya, tidak ada pemberian Allah yang rendah nilainya. Semuanya pemberian Allah mempunyai erti yang penting bagi hidup, mempunyai nilai yang amat tinggi dalam hidup manusia.
Kalau nikmat dan pemberian Allah begitu besar erti dan nilainya, maka sudah selayaknya semua manusia itu jauh lebih besar erti dan jauh lebih tinggi nilainya. Tetapi kenapa ada manusia yang berakal, yang begitu tinggi memberikan erti dan penilaian terhadap nikmat dan pemberian Allah tetapi mereka ta’ sedikit juga memberi nilai terhadap Tuhan yang menciptakan semua nikmat dan pemberian itu.
Manusia berakal yang semacam inilah yang dicap oleh Allah dalam Al-Qur’an sebagai manusia zhalim, iaitu manusia yang ganas dan aniaya pula sebagai manusia-manusia kufur, yang ingkar, ta’ tahu budi dan ta’ tahu membalas budi, iaitu manusia yang hanya terbuka mata, telinga dan mulutnya, tetapi tertutup pintu hati dan kalbunya.
Manusia semacam ini dapat jugalah merasakan sebahagian kecil kebahagian di dunia ini tetapi tertutup baginya segala macam nikmat dan kebahagian di akhirat itu. Mudah-mudahan Allah s.w.t. menjadikan kita semua manusia yang dapat mengingat nikmat dan pemberian Allah, yang menciptakan semua nikmat dan pemberian itu.
Apakah hidup itu? Secara lahiriah hidup itu  bernyawa dan bernafas. Nyawa  atau  yang biasa dikenali sebagai roh yang mewujudkan  makhluk itu bernafas. Dalam falsafah hidup sememangnya mempunyai dua unsur iaitu roh dan jasad. Roh dari Allah sebagai penciptanya dan jasad dari tanah yang juga hak mencipta ialah Allah s.w.t.
Manusia hidup di dunia sebagai pemakmur alam kehidupan atau yang biasa dikenali umum sebagai khalifah. Hidup itu ada dua iaitu hidup sebagai mukmin iaitu menyakini adanya Penciptanya (Tuhan)dan kedua  sebagai ateis iaitu ialah manusia yang tidak ada keyakinan adanya Tuhan atau pencipta alam semesta. Dalam sinario kehidupan, hidup beriman dan hidup dalam kekufuran.
Allah mewujudkan manusai dengan satu tujuan iaitu mengabdikan kepada Allah dan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Hidup di dunia harus mengalamai  kerenah-kerenah hidup di samping melaksanakan ibadah kerana Allah. Hidup di dunia adalah buat sementara sahaja sebatas umur sahaja tetapi hidup di akhirat(syurga) adalah yang kekal abadi buat selama-lamanya.
Dunia adalah tempat semaian amal kebaikan yang diedhai Allah s.w.t. Segala amal bakti akan diberi ganjaran pahala oleh Allah setelah mengalamai dunia kiamat. Pengakuan beragama Islam bererti seseorang it mesti hidup berdasarkan Islam, baik  dari segi keyakina, ibadah mahupun akhlaq Kalau saya  mengaku sebagai  muslim erinya diri saya rumah tangga saya  mesti menghayati Islam.
Pengakuan  itu memestikan  saya wajib hidup untuk memperjuangkannya. Seluruh jiwa raga dan kemampuan saya harus  diarahkan untuk mempekuatkan agama dan meluaskan pengaruhnya.

Orang-orang yang benar menggabungkan dirinya dengan Islam menganggap dunia ini sebagai medan untuk mereka berbakti mentaati Allah dan memperolehi keredaanNya. Seluruh hidup rumahtangga, masa dan waktu serta pemikiran mereka semuanya dicurahkan untuk tujuan mentaati Allah . Sebaliknya  golongan kebendaan menggunakan segala kurnian tersebut demi untuk memuaskan hawa nafsu dan keinginan syahwat. 

Tuesday, April 22, 2014

AMANAT KEKHALIFAHAN MEMAKMURKAN ALAM KEHIDUPAN

 (Disiarkan 19 April 2014)
Amanat ialah segala hak yang dipertanggung jawabkan kepada seseorang, baik hak-hak itu milik Allah haqqullah maupun hak hamba (haqqul adami), baik merupakan pekerjaan mahupun perkataan dan kepercayaan hati.
Amanat itu melengkapi segala yang dipertaruhkan kepada kita, yakni amanat  harus kita pelihara, kita laksanakan serta kita layani, baik  berupa harta, kehormatan, mahupun berupa sesuatu hak yang lain. Bahkan amanat melengkapi undang-undang yang Tuhan telah pertaruhkan dalam tangan kita dengan maksud supaya kita menjaganya dan menyampaikan nya kepada manusia umumnya.
Manusia sebagai khalifah Allah di dunia diamanatkan untuk memakmurkan alam kehidupan. Makhluk manusia diberi tanggungjawab tersebut atas dasar manusia mempunyai ilmu serta kemahiran berfikir sebagai alat dalam menyeleggarakan amanat tersebut. Oleh yang demikian manusia wajar terlebih dahulu melengkapkan dirinya dengan ilmu pengeta- huan sama ada ilmu keduniaan mahupun ilmu keakhiratan atau ilmu kejasmaniaan dan kerohanian.
Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Ahzab, ayat 72 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuwatir akan mengkhianantinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia.”
Makhluk-makhluk langit, bumi, gunung yang telah dijadikan Allah di alam ini, iaitu makhluk yang besar pada bentuknya dan besar pula kekuatannya – jika dibandingkan dengan manusia. Meskipun besar, namun makhluk-makhluk tersebut itu tidak  mempunyai pesediaan untuk menanggung bebanan yang berupa perintah dan tegahan daripada Allah, bahkan tidak ada persediaan untuk memperhatikan mengenai urusan agama dan dunia.
Sebaliknya pula bangsa manusia sebagai makhluk yang bentuknya lebih kecil dan tenaganya terlalu lemah, namun demikian telah dijadikan oleh Allah ada mempunyai persediaan untuk menanggung bebanan yang berupa perintah dan tegahan daripada Allah, bahkan tidak ada persediaan untuk menerima bebanan yang berat-berat berupa tanggungjawab yang dinamakan dengan “amanat”.
Ilmu dunia adalah untuk memakmurkan alam kehidupan yang ada semasa hidup  di alam dunia. Segala makhluk yang Allah wujudkan di alam dunia menjadi tanggungjawab manusia untuk memakmurkan kehidupannya di samping menggunakan atau memanfaatakan nya terutama sekali makhluk yang tidak hidup seperti segala  jenis logam, tanah, batu. Pasir, Air, udara, cahaya matahari dan sebagainya.
Hidup ini merupakan satu perjuangan dan perjuangan itu adalah satu pengorbanan maka itu kita hendak hidup harus berkorban dengan menggunakan tenaga, ilmu dan kemahiran berfikir. Berani berjuang wajar berkorban demi kemanfaatan hidup. Kalau ta’ mahu berkorban ta’ payah berjuang dan jika ta’ mahu berjuang berhenti hidup!
Amanat dalam pandangan Islam ialah segala sesuatu yang dipertaruhkan kepada seseorang menjadi kepercayaan berupa perintah dan tegahan mengenai urusan agama dan dunia. Islam mewajibkan kaum muslimin agar berlaku jujur dan dapat dipercahaya. Mengerti kewajibannya dengan jelas dan bertanggungjawab kepada Tuhannya.
Amanat ialah bebanan dalam segi keagamaan seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, bercakap benar, menjelaskan hutang, menyukat dan menimbang dengan cukup, bahkan anggota badan dan kehormatannya hendaklah digunakan sesuai dengan maksud ia dijadikan dan lain-lain perkara lagi.
Maka dia dinamakan “amanat” kerana dia merupakan kewajipan-kewajipan yang ditetapkan oleh Allah kepada orang-orang mukallaf sebagai suatu amanat yang mesti dipikul
dengan patuh dan taat. Allah berfirman dalam surah Az-Zaariyat ayat (51) 56 yang bermaksud (terjemahan): “Tidak  Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku”
               Allah menjelaskan, bahawa tujuan-Nya menjadikan makhluk dari bangsa jin dan manusia adalah memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdi kan diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya, bukan supaya mereka mencari kepentingan hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya.
               Dalam Surah Al-Asr’ ayat 1 – 2 yang bermaksud: “Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian.” Masa bergerak tidak menungguh  sesiapa pun. Manusia sentiasa tidak dapat memanfaatkan masa sebaik mungkin, yang bergerak pantas. Ada orang yang beranggapan bahawa masa itu masih banyak; tetapi  tahukah anda setiap saat dalam hidup ini denjutan jantung sentiasa memberi tahu bahawa umur manusia sentiasa berkurangan.
Setiap hari perjalanan hidup menjadi pendek menghampiri liang lahad. Bagaimana pula dengan bekalan kita di akhirat nanti? Manusia sentiasa lupa dan tidak memahami mengenai kewujudannya di dunia ini. Kita memakmurkan kehidupan kita dengan menghiasi                                                     nya dengan amal ibadah kerana Allah di samping melaksanakan tugas memakmurkan kehidupan makhluk lain di alam ini.
Hidup manusia dilengkapi oleh Allah dengan berbagai nikmat hidup. Segala nikmat berkenaan membuatkan hidup ini selesa dan menggembirakan. Oleh itu manusia tentu bersedia untuk menunaikan janji kepada Allah. Satu nikmat yang paling unggul dan membahagiakan ialah nikmat hidup. Maka itu kalau kita menerima nikmat hidup  kita wajar berjanji kepada Allah  untuk melaksanakan tanggungjawab  tujuan Allah wujudkan kita.
Setia kepada janji merupakan bahagian dari pada iman. Satunya kata dengan perbuatan. Menyempurnakan janji ialah salah satu sendi hidup bersosial. Islam menuntut sekeras-kerasnya kepada sekalian mukmin supaya sentiasa  tetap berperangai dengan menyem purnakan janji. Jika berjanji wajib menepatinya. Itulah ajaran Islam dan itulah peribadi muslim, sehingga dikenal dilingkungannya, setiap perkataannya merupakan perjanjian yang kuat, tidak dikhawatirkan akan menyalahi dan mengingkarinnya.
Akhlak yang mulia merupakan buah keimanan dan punca akhlak itu ialah amanah dan menepati janji. Siapa yang telah hilang sifat amanah dan tidak menepati janji, yang demikian itu merupakan suatu tanda merosotnya iman dan jauh dirinya dari ketakwaan kepada Allah. Akhlak yang buruk itu bertentangan dengan keimanan dan tidak akan dapat bertemu antara keimanan dengan akhlak yang keji. (Al-Hadis)
Manusia adalah makhluk berbudaya menyukai kebersamaan dan persaudaraan. Kasih sayang Allah s.w.t. menjadikan mereka sebagai saudara yang saling mencintai, tolong menolong, saling berhubungan dan berbalas kasihan. Manusia mempunyai keperluan hidup yang serupa di mana sahaja belahan bumi Allah ini mereka berada.
Semua umat manusia pemegang saham (rahmat) Allah dalam hidupnya. Setiap manusia di alam kehidupan di seluruh pelusuk dunia atau alam sejagat adalah pemegang saham tersebut. Rahmat tersebut ialah udara, cahaya mata hari, air, bumi dengan segala jenis logamnya, kayu kayan dan sebagainya. Rahmat Allah tersebut diperlukan oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira masyarakat mukmin ataupun yang kafir. Oleh sebab setiap manusia di muka bumi ini memerlukan rahmat Allah tersebut maka adalah wajar menghidupkan persaudaraan sejagat.
               Udara adalah sesuatu keperluan hidup dalam kelangsungan hidup manusia dan juga berbagai haiwan serta makhluk Allah yang lain yang ada di alam ini. Maka itu semestinya ia bersifat bersih dengan segala keperluan lainnya yang ada dalam udara seperti oksijen, karbondioksida, hyadrogen serta gas-gas yang lainnya. Manusia menangani pembangunan memerlukan rahmat Allah tersebut.
               Fenomena alam sedemikian rupa yang dibekalkan Allah kepada makhluk manusia
mahupun segala kehidupan (haiwan) yang lain mendidik kita manusia yang berakal fikiran bahawa Allah mewujudkan persaudaraan sejagat. Mengkafirkan diri terhadap rahmat Allah tersebut merupakan makhluk yang bertopengkan manusia tetapi berjiwa kehaiwanan.
               Haiwan tidak punya kemahiran berfikir seperti manusia. Ia bergerak mencari makanan kerana perutnya memaksa berbuat demikian secara naluri semula jadi atau instinct. Manusia boleh berfikir apa yang baik dan apa yang tidak baik bagi dirinya tetapi mengapa tidak menggunakan kemahiran berfikir itu mengenai nikmat Allah s.w.t. serta merasa syukur terhadapnya.
               Antara kita sesama manusia tidak ada yang dibanggakan sebenar. Semuanya berasal dari keturunan yang sama iaitu masyarakat Bani Adam. Kita lahir ke dunia semua melalui dua lobang yang hina, iaitu loban kencing seorang bapa semasa kita dalam bentuk air mani yang terpancar ke dalam rahim seorang ibu semasa  berlaku hubungan kelamin lalu bercantum dengan air mani di ibu maka jadilah segumpal darah.
               Segumpal darah tersebut kemudian menjadi janin. Janin itu dibekalkan dengan  tulang kemudian dibungkus degan kulit lalu menjadi lembaga. Lembaga itu, oleh Allah dihembukan roh-Nya setelah usianya 120 hari atau empat bulan dalam rahim ibu lalu menjadi manusia yang berperasaan. Setelah membesar dalam rahim ibu hingga usianya sembilan bulan sepuluh hari maka ia dilahirkan ke dunia melalui lobang kedua iaitu lobang kencing si ibu.
               Lahirnya kita di dunia wajar bersedia melaksanakan amanat yang Allah sediakan untuk hamba-Nya. Melaksanakan amanat tersebut kita kena lengkapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu kerana ilmulah membetulkan ufuk pemikiran manusia ke jalan yang diredhai Allah. Allah sukakan hambaNya  hidup berilmu kerana manusia berilmu jauh lebih baik berbanding dengan orang yang tidak berilmu. Orang berilmu kiblat pemikirannya memberi keutamaan kepada pembangunan akhirat kerana dengan sendirinya pembangunan dunia akan turut sama terbela, seperti yang ditamsilkan kepada falsafah hidup: “Tanam padi rumput turut tumbuh sama tetapi tanam rumput padi tidak ikut tumbuh.”
               Islam agama ilmu dan agama akal. Kerana itu sebelum Islam membebankan pengikutnya-pengikutnya supaya menghasilkan maksud-maksud keduniaan, lebih dahulu Islam mewajibkan kepada pengikut-pengikutnya menjadi orang yang berilmu, berakal, sehat, faham, cemerlang pemikirannya, elok penglihatannya, berpandangan luas, dapat mendalami segala urusan sebelum mengerjakannya, dapat membanding sesuatu dengan berbagai perbandingan, agar perbuatannya bersesuaian dengan kebenaran, keadilan, kemaslahatan dan kewajiban.
               Ayat Al-Quran yang pertama kali turun, ternyata bahawa Allah memberikan perhatianNya kepada qalam dan tulis-menulis dan baca-membaca kepada ilmu dan mempelajarinya. Di samping itu banyak sekali dalam al-Qur’an perintah-perintah dikira sebagai dasar yang asasi untuk membangun iman yang kuat. Inilah  yang membuka hati terhadap kebudayaan moden yang baik, sehingga memudahkan bagi penemuan –penemuan besar tentang rahsia-rahsia alam, dan menaklukkan manusia pada sesuatu yang belum pernah memimpikannya.
               Islam menganggap, bahawa agama tidak akan mendapat  tempat yang baik, apabila orang-orang  Islam tidak mempunyai pengetahuan yang matang dan fikiran yang sihat. Oleh kerana itu pengetahuan bagi Islam bagikan ruh (nyawa) bagi manusia.
               Ini terkandung dalam Al-Qur’an mencakup semua ruang lingkup kehidupan manusia, sebagaimana firman Allah surah Ibrahim ayat 52 yang bermaksud (terjemahan):
               “(Al-Qur’an) ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan dia, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran”.
               Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. merupakan pemberitahuan dan seruan yang pertama dari Allah, yang juga menyatakan perang terhadap kebodohan dan menetapkan membaca serta belajar merupakan landasan pertama dalam pembangunan tiap-tiap orang besar. Yang memperkuatkan pendapat ini adalah Allah sendiri
telah bersumpah dengan qalam dan meninggikan peranannya, sebagaimana firman Allah dalam surahAl-Qalam ayat 1 yang bermaksud: “Nun, demi qalam dan apa yang mereka tulis.”

               Allah bersumpah dengan qalam, iaitu alat tulis yang dipakai oleh manusia, untuk menuliskan ilmu dan pengetahuan, kerana qalam atau pena  itulah saudara kandung kepada lidah, yang mempunyai peranan besar, sama-sama dapat mentakbirkan dan melahirkan bayang hati. Dan qalam itu merupakan nikmat yang terbesar dari Tuhan kepada hamba-Nya. Bermakna, Allah bersumpah dengan qalam yang dipakai untuk menulis kejadian alam di dalam Lohmahfuz dan juga perkara-perkara yang baik dan berguna yang telah ditulis oleh para malaikat.

Wednesday, April 16, 2014

KEWAJIPAN SEBAGAI HAMBA ALLAH

 (Disiarkan pada 12. 4. 2014)
Setiap yang hidup itu mempunyai kewajipan tersendiri. Kewajipan utama bagi semua makhluk Allah ialah memenuhi keperluan perutnya tetapi kewajipan seorang hamba Allah adalah jauh lebih luas daripada makhluk-makhluk yang lain. Ini disebabkan manusia dicipta  Allah dalam dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur rohani. Maka itu kita mempuyai tanggungjawab terhadap penciptanya.
               Allah berfirman dalam al-Quran surah Az-Zaariyat (51)56 yang bermaksud (terjemahan): “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepada Ku”
               Allah menjelaskan, bahawa tujuan-Nya menjadikan makhluk dari bangsa jin dan manusia tidak ada maksud yang lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya – bukan supaya mereka mencari kepentingan hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya. Kerana mereka tidak memiliki manfaat atau muderat bagi diri mereka, bahkan tunduk kepada qadak-Nya.
               Jika seorang telah mengakui beriman kepada Tuhan, tidaklah dia akan mahu jika hidupnya di dunia ini kosong sahaja. Dia tidak boleh menganggur. Selama nyawa dikandung badan, manusia harus ingat bahawa tempohnya tidak boleh kosong dari pengabdian. Seluruh hidup hendaklah dijadikan ibadat.
               Menurut riwayat dari Ali bin Abu Thalhah, yang diterimanya dari Ibnu Abbas, erti untuk beribadat, ialah mengakui diri adalah hamba dari Allah, tunduk menurut kemahuan      Allah, baik secara sukarela atau secara terpaks, namun kehendak Allah berlaku juga. Mau tidak mau jika datang ajal mesti mati. Ada manusia yang hendak melakukan di dalam hidup ini menurut kemahuannya, namun yang berlaku ialah kemahuan Allah jua.
               Oleh sebab itu ayat ini memberi ingat kepada manusia bahawa sedar atau tidak dia mematuhi kehendak Tuhan. Maka jalan yang lebih baik bagi manusia ialah menginsafi kegunaan hidupnya, sehingga dia pun tidak  merasa keberatan lagi mengerjakan berbagai ibadat kepada Tuhan.
               Sejak  mulai lahir dari perut ibu sampai kepada masa habis tempuh di dunia ini dan kita menutup mata, tidaklah dapat dihitung dan dinilai betapa besar nikmat dan kurnia Allah kepada kita. Maka timbullah pertanyaan, apakah  tidak patut kita berterima kasih kepadaNya atas seluruh kurnia itu?
               Di situlah Tuhan menjuruskan hidup kita, memberi kita pengarahan. Allah mencipta kan kita, jin dan manusia tidak untuk yang lain hanya untuk  satu macam tugas sahaja, iaitu mengabdi, beribadat. Beribadat iaitu mengakui bahawa kita ini hambaNya, tunduk kepada kemahuanNya.
               Ibadat itu dimulai dengan IMAN, iaitu  percaya bahawa ada Tuhan yang menjamin kita. Percaya akan adanya Allah ini sahaja, sudah jadi  dasar pertama dari hidup itu sendiri. Maka IMAN yang telah tumbuh itu, wajib dibuktikan dengan amal yang salih, iaitu perbuatan yang baik. IMAN dan AMAL SALIH  inilah pokok ibadat. Bila kita telah mengaku beriman kepada Allah, nescaya kita pun percaya kepada RasulNya. Maka pesan Allah yang disampai kan oleh Rasul itu kita perhatikan. PerintahNya kita kerjakan, laranganNya kita hentikan.         Maka dapatlah kita jadikan seluruh hidup kita ini ibadat kepada Allah. Sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, berzakat kepada fakir miskin, adalah bahagian kecil, sebagai pematri dari seluruh ibadat yang umum itu. Semuanya itu kita kerjakan, kerana kita IMAN kepadaNya, dan kita pun beramal yang salih, untuk faedah sesama kita manusia. Kalau tidak ini yang kita kerjakan, tidaklah ada ertinya hidup kita yang terbatas di dalam dunia ini.
               Allah telah memberikan tuntunan hidup bagi kita berupa agama Islam, sebagai pedoman yang sempurna, kerana di dalamnya terkandung hukum dan ketentuan-ketentuan yang bertalian dengan  urusan dunia dan akhirat. Difinasi tentang agama iaitu “Agama ialah tuntunan illahi untuk segenap orang yang berotak waras untuk mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.”    
               Pengertian difinisi atau takrifan tentang agama ialah Islam adalah agama hidup dan kehidupan; oleh sebab itu Islam mengatur tata-hidup manusia, baik  dalam hubungan dengan sesamanya, mahupun hubungan manusia dengan Maha Penciptanya. 
               Kita menyedari perlunya hubungan sesama hamba Allah dalam melaksanakan tugas-tugas, lantaran kita tidak boleh melepaskan diri dari masyarakat, bahkan saling memerlukan satu sama lain.
               Hal ini kita sedari pula kerana keterbatasan kemampuan manusia, meskipun Allah telah memberikan anugerah akal-fikiran yang merupakan kelebihan manusia atas segala makhluk. Memang dengan akal kita dapat membedakan baik dan buruk, perintah dan cegah, sehingga bagi manusialah Allah mengamanatkan Agama.
               Firman Allah dalam al-Quran Surah Al-Baqarah, ayat 132 yang bermaksud (terjemahan): “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
               Sebagai pertanggunganjawab, maka hendaklah kita menyerahkan hidup-mati, ibadat dan pekerjaan kita hanya kerana mengharap rida Allah semata-mata.
               Firman Allah dalam Al-Quran Surah Al-An’am, ayat 162 – 163 yang bermaksud (terjemahan): “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya;dan demikian itulah yang diperintah kan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah)”.
Dengan demikian semua amal perbuatan yang kita lakukan adalah benar-benar merupakan pancaran cahaya iman; dari sanalah terbentangnya akhlaqul karimah dan laku perbuatan terpuji amal salih.
               Kepada merekalah Allah akan memberikan kebahagian dunia dan tempat yang baik kelak di akhirat, sebagaimana firmanNya yang bermaksud (terjemahan): “orang-orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 29). 
               Mereka yang beriman dan beramal salih itu mendapat keuntungan  yang baik dan akan mendapat tempat kembali yang bagus, ia tentulah syurga. Semua ini merupakan daya penarik dan menjadi galakan kepada setiap orang supaya mentaati Allah dan jangan derhaka dengan berbuat maksiat kepada-Nya. Memanglah seseorang  itu apabila telah memasuki syurga dia akan dapati apa sahaja yang disukainya di sana seperti yang diterangkan dalam hadis:
               Di dalam syurga itu banyak perkara yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telnga dan tidak pernah terlintas di dalam hati manusia.
               Mudah-mudahan kita sekalian dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang menjadi penghuninya, amin.
               Allah menjanjikan kepada mereka rahmat yang akan dikurniakan di dunia dan akhirat berkepanjangan – disebabkan ketaatan mereka terhadap Allah dan rasul-Nya. Dan ini adalah menjadi lawan kepada apa yang dijanjikan Allah iaitu melupakan orang-orang munafik di akhirat kelak dan melaknat mereka.
               Firman Allah dalam Al-Quran Surah At-Taubah ayat 72 yang bermaksud (terjemahan): “Allah menjanjikan kepada orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan beberapa buah syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka berkekalan di sana serta mendapat tempat tinggal yang bagus di dalam syurga ‘Adn dan keredaan daripada Allah adalah paling  besar (nikmat-Nya), itulah dia kejayaan yang benar.”
Berbahagialah mereka yang memperolehi kenikmatan janji Allah! Kita menyedari bahawa hakikat hidup manusia adalah untuk beribadat kepada Allah, sebagaimana firman-Nya dalam Al-Qur’ Surah Alzariaat ayat 56 yang bermaksud )terjemahan): “Tidaklah Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk memberikan pengabdia yang luas.”
               Mengingat terbatasnya umur yang diberikan Allah kepada makhluk-Nya, maka marilah kita isi sepanjang hidup dengan akhlaq dan amal yang baik serta ibadat yang benar, sebagai membuktikan pernyataan iman terhadap Allah s.w.t.
               Antara kewajipan-kewajipan sebagai hamba Allah dalam hidup ini ialah memperguna kan waktu sebaik mungkin kerana waktu adalah milik manusia yang paling berharga. Waktu apabila telah berlalu tidak akan dapat diharapkan kembali lagi. Berbeza dengan sesuatu benda yang telah hilang, masih mungkin boleh dapat ditemukan kembali.
               Manusia yang berakal, menghadapi masa bagikan orang yang kikir menghadapi harta bendanya yang mahal. Ia tidak mensia-siakan sekejap pun terhadap sesuatu yang sedikit, apa lagi yang banyak. Ia selalu menghitungkan setiap wang yang keluar harus mendapat imbalan yang wajar. Ia juga selalu berusaha untuk menempatkan sesuatu pada tempatnya yang layak. Begitulah orang yang mempergunakan wang dan demikian pula seharusnya kita memperguna kan masa.
               Apabila kita memikirkan tentang masa maka timbul fikiran tentang usia kita. Masa berjalan tanpa henti, begitu jugalah usia kita hari demi hari, bulan berganti bulan dan seterunya tahun berganti, usia semakin meningkat tua tetap bagaimana persediaan kita untuk akhirat. Tidak seorang pun tahu tentang usia kita bila masanya ajal datang menjemput nyawa, bagikan buah kelapa; yang masih kecil pun jatuh, sederhana besar pun juga jatuh; dan yang sudah besar sampailah kepada yang tua hanya menungguh masa sahaja ia jatuh ke tanah.
               Sebagai muslim yang baik, hendaklah sedar bahawa masa itu sebagai sesuatu yang berharga kerana masa adalah umurnya. Perjalanan hidup manusia melaju dengan cepat menuju kepada Allah s.w.t. Sedang setiap kemajuan yang keluar pada suatu pagi, tidak lain merupakan satu fasa dari fasa-fasa perjalanan yang tidak berhenti sampai di sini sahaja, melainkan untuk selamanya.                                         
               Sebagai muslim yang baik wajib menyedari kenyataan ini dan berjalan sambil mengikuti tumtunan yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya, sebagai bukti keimanan dan tanda bagi orang yang takwa. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Yunus ayat 61 yang bermaksud (terjemahan):
               “Bahawasanya pada pertukaran malam  dan siang itu, dan pada sesuatu yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, terdapat tanda-tanda kekuasaan-Nya, bagi orang yang beriman.”
               Orang yang lalai terhadap hari esok, Islam menganggap mereka sebagai orang yang tenggelam dalam hari ini, yang mudah  tergiur oleh kesenangan dunia yang fana dan mereka sebagai orang yang bodoh dan merugikan.
               Sungguh kepergian kita ke akhirat itu cukup lama, bukan sahaja lama tetapi juga kekal, tidak kembali lagi ke dunia. Memerlukan berbagai bekal, untuk itu bekal yang paling utama ialah taqwa kepada Allah. Barang siapa yang berbekal dengannya ia selamat dapat menempuh perjalanan itu dengan aman.
               Barang siapa yang tidak berbekal dengannya, maka ia merugi. Orang yang berbahagia
adalah orang yang berbekal untuk perjalanannya dan menyiapkan persiapannya sedangkan orang yang celaka ialah orang yang terpedaya di dunia ini, tenggelam dan bergelumang  dalam syahwat dan kelezatan dunia; waktu hidupnya habis dan ia dijemput  oleh  mati, pada hal ia masih dalam kemaksiatan dan meninggalkan ketaatan. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 197 yang bermaksud (terjemahan):-
               “Berbekallah, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa, dan bertaqwa kepada-Ku hai orang-orang yang berakal”.
               Pelayaran menuju akhirat pun perlu kepada perbekalan yang dinamakan perbekalan akhirat, iaitu berupa ketaatan, kebaktian, dan takwa  kepada Allah. Perbuatan ini adalah lebih penting dari yang lainnya.

               Perbekalan dunia hanya boleh menyampaikan kepada kepuasan nafsu dan kehendak syahwat belaka, sedang perbekalan akhirat akan menyampaikan kepada kenikmatan yang kekal dan kelezatan yang abadi di akhirat. Allah telah memberi ingat kepada orang-orang yang berakal yang tahu akan hakikat sesuatu perkara. Hendaklah takut kepada seksa-Nya.

Monday, April 7, 2014

HIDUP ADALAH SATU PERJALANAN JAUH MENUJUH KE ALAM AKHIRAT

 (Disiarkan pada 05. 04. 2014)
Perjalanan hidup bermula dari rahim ibu semasa jasad berusia 120 hari atau empat bulan iaitu  setelah air mani seorang suami bersebati dengan air mani seorang ibu semasa hubungan kelamin. Pada usia genap empat bulan Roh Allah ditiup-Nya ke dalam jasad itu maka jadilah seorang manusia. Kehidupan di alam rahim memakan masa lebih kurang sembilan bulan sepeluh hari. Masa pembesaran dalam alam rahim anak itu akan dibekalkan dengan segala fasiliti hidup yang bersifat fitrah.
               Fitrah-fitrah berkenaan menjadi fasilitinya dalam melaksanakan ibadah dalam kehidupan di alam dunia kelak. Mulai dari kepala di mana letaknya organ terpenting dalam kehidupan yang dikenali sebagai otak kemudian di bahagian toraks terdapat  organ-organ lain seperti jantung, ginjal, paru-paru yang melaksanakan berbagai aktiviti ibadah. Kemudian di bahagian bawah letaknya argan-organ seperti kaki yang bertanggungjawab mengenai pergerakan badan dalam melaksanakan ibadah kerana Allah.
               Semasa dalam rahim ibu bayi itu dibekalkan dengan berbagai nikmat hidup yang menjadi agen kepada pembangunan kehidupan semasa hidup di alam dunia nanti. Nikmat-nikmat ini wajar dijaga, diguna dan dipelihara sebagai amanah Allah dalam kelangsungan hidup sebagai pemain dalam memakmurkan alam kehidupan.
               Di bahagian kepala nikmat mempunyai otak untuk berfikir dan memahami keadaan alam yang akan disalurkan kepada argan mata untuk melihat; kepada telinga untuk mendengar dan mentafsir teka-teka kehidupan; kepada organ dalam badan seperti usus untuk melaksanakan proses metabolism; kepada organ jantung untuk membawa darah yang mengandungi oksijen dan makanan kepada seluruh anggota bandan untuk membesar.
Segala aktiviti dalam badan adalah arahan dari otak cara bagaimana melaksanakan aktiviti yang dipertanggung jawabkan. Semua organ-organ tersebut  merupakan parajurit perlaksana. Otak merupakan CPU atau central prosessing unit dalam sistem perlaksanaan aktiviti badan manusia.
               Satu nikmat yang agak penting juga peranannya ialah mempunyai deria seperti telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, kulit untuk sentuhan dan mulut untuk merasa. Deria-deria seperti inilah membuat hidup ini dapat merasakan kebahagian, kenikmatan dan keseronokan hidup di dunia.
               Amalan ibadah untuk pembangunan anak dalam rahim ibu adalah tanggungjawab ke dua suami isteri semasa sembilan bulan sepuluh hari, anak itu dalam kandungan ibu. Mendekati agama serta sentiasa takut kepada Allah merupakan ibadah yang akan memurnikan akhlak anak dalam kandungan. Amalan yang bertentangan dengan akidah Islam samada suami atau isteri akan menjadi bahan pembangunan anak semasa dalam kandungan ibu.
               Lahirnya anak ke dunia bermulalah perjalanan hidupnya menerokai alam kehidupan. Sebaik sahaja anak itu lahir wajar dididik dengan ilmu tauhid agar anak itu memulakan kehidupannya dengan mengenali Allah s.w.t.. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab seorang suami setelah anak itu dimadikan untuk mengazankannya jika anak itu seorang lelaki dan mengkamatkan jika anak itu seorang perempuan.
Ini bertujuan supaya dalam menerokai alam kehidupan anak itu telah diperkenalkan terlebih dahulu dengan Allah yang menciptanya. Ilmu tauhid, yang kedua suami isteri, telah bekalkan kepada anak semasa dalam kandungan, akan diserasihkan dengan ilmu yang akan ia pelajari apabila ia lahir ke alam dunia. Kemanfaatannya kepada anak ialah ilmu tauhid telah tertanam lebih dahulu dalam hatinya rasa cinta kepada Allah.
Allah berfirman dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud (terjemahan):
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berserah diri kepada-Nya.”
Alangkah agungnya sebuah kedudukan yang ditandai dengan kecintaan Allah s.w.t. dan orang yang melaksanakan akan ditanggung oleh Allah dengan kecukupan. Maka Allah akan memberikan anugerah dengan mencukupinya, menjaminnya, mencintainya, dan menjaga nya. Dia sungguh beruntung dengan  keberuntungan yang besar, kerana orang yang dicintai tidak akan diseksa dan tidak akan dijauhkan serta tidak akan dihalangi.
Perjalanan hidup seorang anak selepas lahir ke dunia akan melalui berbagai peringkat. Peringkat pertama ialah melalui alam kanak-kanak di mana ia akan melalui peringkat pembesaran jasmani di samping mengalami berbagai pengalaman yang membentuk anak itu sebagai persediaan untuk memasuki alam remaja. 
Antara akhlak yang membentuk anak menjadi orang yang saleh ialah memberi keutamaan kepada baik budi pekertinya. Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi-Nya, dan kekasih-Nya dengan memuji kepadanya dan memperlihatkan nikmat-Nya di hadapannya. Allah berfirman dalam al-Quran Surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya aku hanyalah diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang mulia”.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Yang paling berat di antara apa yang diletakkan di timbangan amal pada hari kiamat adalah takwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.”
Maka itu susulilah kejahatan dengan kebaikan, tentu kebaikan itu akan menghapus kannya. Baginda bersabda “Pergaulilah manusia dengan budi pekerti yang baik.”
Kehidupan di alam kanak-kanak sentiasa “adventurous”, suka mengembara dan penuh dengan bahaya dan keseronokan. Disitulah ia mendidik diri mengenai kemuderatan dan kemanfaatan satu-satu ibadah. Segala pengalaman yang dilaluinya akan menjadi bahan untuk memahami tentang pembangunan kendiri. Kata-kata pujangan mengatakan “Experiance is the best teacher.”
Dengan pengalaman tersebut ia akan bersedia memasuki alam remaja di mana ufuk pemikirannya bertambah luas. Di alam remaja sifat sombong sentiasa bersamanya. Maka itu harus waspada jangan sifat sombong itu menawan hati sendiri.
Ketika Nabi Khadhir menginginkan berpisah dengan Musa as. Musa berkata kepadanya, “berilah nasihat kepadaku.” Nabi Khadhir  berkata: “Hati-hatilah terhadap sobong dalam berbantah, janganlah kamu berjalan dengan tanpa keperluan, janganlah tertawa dengan tanpa hal yang menakjubkan, janganlah  mencela orang-orang yang bersalah dengan kesala- han mereka dan menangislah atas kesalahan dirimu sendiri.” 
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menasihati manusia untuk menggunakan masa dengan sebaik mungkin dalam hidup dan jangan masa yang menggunkan anda dengan sabda Baginda: “Berbuat yang lima sebelum yang lima datang”.
Pergunakan masa mudamu sebelum masa tuamu datang; Pergunakanlah masa sihatmu sebelum masa sakit mu datang; pergunakanlah masa lapang mu sebelum masa sibuk mu datang; pergunakanlah masa kayamu sebelum masa miskinmu datang; dan pergunakanlah masa hidupmu sebelum masa matimu datang.
Pergunakan masa mudamu sebelum masa tuamu datang menguntukkan tanggung jawab masa remaja, kerana usia remajalah mempunyai segala keperluan dalam mengolah ibadah kerana Allah. Segala fitrah Allah bekalkan adalah dalam keadaan baik dan sempurna. Mata boleh melihat dengan terang, telinga boleh mendengar dengan jelas mengenai ilmu yang ditarbiahkan oleh orang lain. Tenaga semua anggota badan adalah dalam keadaan baik serta semangat juang adalah dalam keadaan baik.
Setiap yang hidup harus mengalami dua fenomena alam iaitu alam muda dan alam tua. Untuk menangani kedua-dua alam, faktor masa memainkan peranan penting untuk menguji manusia kepekaannya menggunakan masa dalam perjalanan hidup menuju alam akhirat. Jika dilihat dari segi perjalanan masa, hidup ini merupakan satu perlumbaan antara masa dangan hidup itu sendiri. Masa sentiasa berjalan tanpa menungguh sesiapapun, begitu juga hidup ini ia sentiasa berubah mengikut arus pergerakan masa itu sendiri.
Oleh kerana ia bersifat perlumbaan maka wujudlah siapa yang menang dan siapa yang kalah. Jika masa itu menang bermakna manusia dilaknatkan oleh masa, tetapi jika manusia
yang menang dari masa maka itulah yang dikategorikan sebagai umat membangunan. Persediaan masa mudanya sentiasa mengawasi masa itu bergerak maka ia sentiasa mendapat hidayah dari Allah s.w.t. Manusia yang sentiasa dalam perlindungan Allah akan selamat dunia dan akhirat.
               Dalam usaha mengejar kebahagian hidup dunia dan akhirat, peringkat remaja wajib mengilmukan dirinya sebab orang yang berilmu Allah lebih cinta daripada orang yang tidak punya ilmu. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah mengingatkan umatnya untuk memberi keutamaan ilmu dalam segala ibadah. Menuntut ilmu merupakan sepanjang hayat. Long life learning. Baginda menyarankan bahawa menuntut ilmu mulai dari buayan hingga ke liang lahad.
               Terpenting dalam hidup seorang remaja ialah menunut ilmu wajar diikuti dengan muamalah. Amal itu merupakan satu faktor pembangunan kerana semakin banyak ilmu yang kita perolehi semakin banyak lagi ilmu yang belum kita kuasai. Para ulamak menyarankan bahawa ilmu yang manusia dapat kuasai adalah seperti setitis air yang membasahi jari apabila kita culupkan ke dalam laut berbandingkan dengan ilmunya Allah bagikan air lautan yang tidak bertepi itu.
               Allah berfirman kepada Nabi Musa bahawa ilmu itu amat luas dan tidak dapat dikuasai oleh seorang. Nabi Musa merasa bangga kerana ia berjaya menjatuhkan kerajaan Firaun dan juga boleh membelah lautan dengan menggunakan tongkatnya. Di samping itu Musa boleh bercakap dengan Allah secara langsung.
               Allah menguji Musa untuk mengikuti Nabi Khidjir. Setelah bersamanya buat seketika maka Musa tidak dapat memahami apa yang Nabi Khidjir lakukan sehingga Nabi Khidjir berpisah dengan Musa.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa memperolehi kebahagian hidup di dunia harus dengan ilmu; dan kebahagiaan hidup di akhirat juga dengan ilmu, dan jika ingin kebahagian hidup dalam kedua-duanya dunia dan akhirat juga dengan ilmu. Allah memilih manusia menjadi khalifah-Nya atas dasar manusia mempunyai ilmu, kerana dengan ilmu manusia dapat memakmurkan alam kehidupan.
               Dengan ilmu manusia boleh terbang lebih tinggi daripada burung dan dengan ilmu juga membolehkan manusia menyelami lautan lebih dalam daripada ikan. Kehadiran ilmu juga membolehkan dunia bagikan satu perkampungan yang kecil kerana kecanggihan teknologinya.
Wahyu pertama baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. terima dari Allah s.w.t. dalam perantaraan malaikat Jibril adalah mengenai membaca atau “iqra”. Ini bermaksud melalui pembacaan akan bertambah ilmu seseorang itu. Dokumen yang perlu dibaca ada dua kategori iaitu ilmu yang terucap oleh Allah iaitu dokumen wahyu-Nya, dan ketegori ke dua ialah dokumen yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini.
Terciptanya makhluk manusia oleh Allah atas dua unsur iaitu jasmani  yang asalnya dari tanah dan rohani yang asalnya dari roh Allah. Maka itu adalah wajar setiap manusia (remaja) menerokai alam dunia  seiring dengan alam rohani. Dalam erti kata lain manusia wajar memahami pembangunan dunia seiring dengan pebangunan akhirat.
Falsafah kewujudan kedua fenomena alam ada kaitannya dengan perlaksanaan ibadah seorang insan dalam memurnikan pembangunan kehidupannya di alam dunia. Falsafah pembangunan berlandaskan kepada amal ibadahnya sebagai hamba Allah boleh ditamsilkan atau melalui kias bahasa yang berbunyi: “Kalau kita tanam padi pasti rumput tumbuh sama, tetapi kalau kita tanam rumput mustahil padi akan turut tumbuh sama.”
Ilmu yang dipaparkan adalah mengenai amal ibadah seorang insan. Menimba ilmu

mempunyai keutamaannya demi melakarkan pembangunan yang kiblatnya kepada kedua-dua alam dunia dan alam akhirat. Dari segi pembangunan akidah seorang insan (remaja) wajar ditumpukan keutamaannya kepada ilmu akidah kerana dengan cara demikian ilmu dunia dengan sendirinya akan ikut sama terbela. Tetapi jika tumpuan utama kepada ilmu atau pembangunan dunia semata maka ilmu akhirat atau ilmu akidah akan tersiisih dari pembangunan seorang insan. Maka itu perjalanan hidup di dunia wajar diserasikan dengan ilmu kerohanian kerana kerohanianlah akan memudahkan perjalanan hidup di akhirat nanti.