Friday, July 25, 2014

IBADAH SECARA ISTIQAMAH MELAHIRKAN PEMBANGUNAN

 (Disiar pada 26. 7. 2014)
Dalam fenomena pembangunan manusia, harus mengikuti perubahan masa yang lahir dari pergerakan bumi mengelilingi mata hari yang memancar cahaya ke permukaannya. Pergerakan bumi tersebut Allah ciptakan begitu teratur masanya sehingga kita mengalami fenomena siang dan malam.
               Pergerakan siang dan malam secara istikamah itu mendidik manusia untuk memahami serta menggunakan fenomena tersebut untuk diterjemahkan kepada disiplin pembangunan manusia. Maka itu lahirlah disiplin memanfaatkan masa beriringan dengan perubahan usia manusia hidup di alam dunia yang fana ini.                                                                                                                                
               Setiap pergerakan kehidupan itu mempunyai disiplin tersendiri dan itulah yang difahami sebagai ketakalan dalam menangani hidupnya. Pergerakan secara istikamah itu diatur oleh masa yang bergerak akibat dari disiplin putaran alam yang diwujudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tidak ada yang bakal bergerak tanpa kekuasaan Allah. Itulah yang dikenali sebagai sunat alam.
               Setiap ibadah atau aktiviti kehidupan harus mempunyai disiplin yang diatur sedemikian rupa bermula mengikut peringkatnya hinggalah agenda itu menjadi kenyataan. Perlaksanaan pemeringkatan itulah memerlukan disiplin istikamah. Budaya istikamah dalam pengurusan ibadah memerlukan semangat juang yang menjadi nadi kepada falsafah pembangunan kehidupan. 
               Mendidik anak murid adalah satu ibadah yang amat murni kerana anda mengisi jiwa para pelajar dengan ilmu yang akan mendewasakan mereka dalam pemikirannya. Mendidik wajar ditimang dengan perasaan kasih sayang yang berterusan atau secara istikamah untuk menjemput jiwa menggamit keseronokan belajar. Membuat perubahan pada diri sendiri atau mengilmukan diri seharusnya ada budaya istikamah kelak akan memudahkan pembelajaran itu mengambil bahagian.
               Mendidik dengan iringan kasih sayang sebenar adalah membentuk insan membina diri untuk mengenali dirinya sebagai hamba Allah kelak akan memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hidup dengan ilmu ukhrowi lebih bermanfaat berbanding dengan ilmu duniawi semata. Mempunyai ilmu ukhorawi dengan sendirinya ilmu duniawi dapat dimanfaatkan tetapi ilmu duniawi semata, ilmu akhirt tidak ikut terbela.
               Kemahiran yang ada pada individu jika digunakan secara istiqamah maka ia menjadi mudah baginya mengendalikan sesuatu ibadah. Para pendidik mempunyai tanggungjawab yang berat untuk membantu pelajar mengenali kemahiran mereka masing-masing. Itulah yang dikenali sebagai membuat perubahan pada diri pelajar dari tahu sesuatu kepada yang lebih pantas dan mahir mengetahinya. Kepantasan mengolah pemikiran sebenar adalah ciri-ciri pembangunan yang wajar dibina dalam setiap individu.
               Budaya beristiqamah dalam segala urusan menegakkan ilmu tauhid menggamit keredaan Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana Islam adalah cara hidup dan bukan satu kebudayaan yang berpandu kepada suasana perlaksanaannya mengikut kehendak kemampuan individu. Hidup ini sentiasa dengan Allah kerana segala mekanisme perjalanan serta pergerakan berbagai organ jasmani kita adalah kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk menzahirkannya. Tiada yang wujud dengan sendirinya tanpa kekuasaan Zat yang Maha Pencipta, Pegasih dan Maha Bijaksana itu.
               Sesungguhnya adalah sangat bertepatan bagi setiap insan untuk mengetahui, selain dari usaha meneliti dan mengkaji bahan-bahan ilmu dalam Islam, bahawa amalan secara “Istiqamah” sangat-sangat penting dan diperlukan demi mendapatkan keredaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.. Amalan-amalan yang berbentuk zikirullah di samping mendekati ilmu melalui ceramah agama oleh tokoh-tokoh agama amat membantu dalam mengembangkan ilmu tauihid.
               Pada suatu ketika Penulis Bicara Minda mendapat panggilan telefon dari rakan sekerja dahulu yang telah bersara lebih awal daripadanya. Beliau adalah antara pengikut Bicara Minda setiap minggu keluaran setiap hari Sabtu. Beliau tahu bahawa penulisnya adalah bekas penganut agama Krestian kemudian masuk Islam sebagai agamanya setelah separuh dari umurnya.
               Pemanggil dalam telefon ingin tahu sama ada penulis telah melanjutkan pelajaran dalam bidang agama Islam setelah bersara? Jawapan yang diberinya ialah “tidak”. Setelah memeluk agama Islam penulis sentiasa membaca buku-buku Islam dan mendengar ceramah-ceramah agama dari tokoh-tokoh agama Islam yang bertauliah secara istiqamah setiap masa apabila peluang itu ada. 
Setiap kali mengikuti ceramah, penulis sentiasa dengan buku catatannya. Sesudah itu beliau merujuk kepada dokumen  berkenaan dalam buku-buku berkenaan untuk membuat perkembangan ilmu berkenaan. Disamping itu sembahyang sunat tahajud juga sentiasa diamal kan secara istiqamah, meminta Allah terangkan jiwanya agar dimudahkan baginya untuk memahami Islam sebagai cara hidup.
Satu hikmah penulis menerima dari Zat Yang Maha Berkuasa ialah semangat “ingin tahu” itu menjadi pemangkin diri untuk terus menerokai Islam secara ilmiah. Beliau melaksanakan usaha tersebut dengan semangat “ketakalan atau consistency  atau istiqamah.
Kaset atau Compact Disk (CD) yang mengandungi ceramah-ceramah agama sentiasa menjadi teman hidup beliau di mana sahaja ia berada sama ada masa memandu kereta, dalam pejabat mahupun di rumah, masanya sentiasa dihiasi dengan ceramah agama. Ia lakukan itu secara istiqamah setiap hari di samping menggunakan ilmu yang didengarnya untuk ditarbiah kan kepada rakan-rakan seperjuangan.
Ceramah agama Kiai Haji Zainudin M.Z. melalui media kessetnya sentiasa menemani hidup penulis dalam membina disiplin pembangunan Rohani. Beliau amat bersyukur kerana dapat mengikuti ceramah berkenaan dan dapat mengecapi cara hidup sebagai Islam. Setelah ceramah  berkenaan dimainkan berulang kali saban hari, intisari ceramah diterjemah penulis  dalam hidup.
Menanamkan kecintaan kepada Allah wajar murnikan ibadah dengan budaya zikirul lah kerana dengan cara demikian sahaja jiwa dan pemikiran manusia sentiasa terpaut kepada kesucian beribadah. Istiqamah dalam segala ibadah hidupnya akan sentiasa Allah perkenankan pahala setipal dengan muamalah berkenaan.
Hidup beristiqamah dalam segala perlaksanaan ibadah, Allah akan membuka hidayah dalam diri hamba-Nya yang  tidak disangka-sangka. Sebagai contoh, sebelum menciburkan diri dalam penulisan amal-amal ibadah yang dilakukan oleh penulis secara istiqamah ialah berzikir lima jam sehari selama empat puluh  satu hari tanpa henti. Amalan demikian telah membentuk jiwa penulis ke arena penulisan. Ibadah berlandaskan kepada penulisan akan menguatkan motivasi dalaman penulis untuk menjelajahi alam kehidupan dalam ladasan akidah termasuklah juga alam akhirat.
Orang yang membudaykan hidupnya untuk menimba ilmu dan mengamalkannya serta menyebarkan ilmu berkenaan kepada masyarakat mukmin mahupun musrikin melalui berbagai media terutama sekali dalam bindang penulisan akan memperolehi keuntungan yang berganda. Kemanfaatannya ialah ia memurnikan kehidupan yang sentiasa melaksanakan ibadah scara istiqamah, di samping dapat mengukuhkan ilmu itu dalam diri apabila ia ditarbiahkan kepada orang awam.Semangat juang akan lahir dalam diri apabila penyakit jiwa yang bersifat “kebosanan” tidak dapat mempengaruhi semangat beribadah.
Dalam melaksanakan ibadah wajar meminta petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala
demi kesempurnaan perlaksanaannya sebagai tangunggungjawab memakmurkan alam kehidupan. Allah akan sentiasa memberi hidayah melalui jalur-jalur ibadah yang berbentuk  zikirullah. Ibadah zikirullah merupakan landasan ibadah yang menzahirkan pembangunan rohani.
               Pohon-pohon kayu berzikir kepada Allah agar diberi cuaca yang baik dan dilindungi dari bencana alam seperti kemarau yang berpanjangan, api yang melanda hutan belantara, angin ribut yang kencang dan sebagainya. Pohon-pohon kayu di kawasan tadaan air sungai sentiasa bezikir kepada Allah memohon agar diturunkan hujan untuk pohon-pohon kayu berkenaan dapat menjalankan khidmatnya kepada manusia demi mengekalkan aliran air di perut bumi ke sungai kelak mengakalkan isipadu air sungai yang bermanfaat kepada berbagai makhluk lain seperti manusia, haiwan untuk di minum.
               Teguhnya iman membina khidupan yang sempurna yang diredai Allah Subhanahu wa Ta’ala berlandaskan alur-jalur ibadah zikirullah. Istiqamah dalam melaksanakan zikirullah membina insan yang kamil yang sentiasa menjauhi segala larangan-larangan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang akan memuderatkan kesucian beragama.
               Ibadah zikirullah merupakan perisai untuk menghadang kemaraan iblis dan syaitan dengan niat untuk merosakkan dan membinasakan amal-amal ibadah manusia. Ibadah berbentuk zikirullah membentuk jiwa menangani kehidupan secara istiqamah yang Allah sentiasa perkenankan ganjaran setimpal dengan disiplin perlaksanaannya.
               Hidup berdisiplin yang dimurnikan dengan jiwa yang sentiasa mencintai Allah akan membina kekuatan semangat juang untuk merealisasikan kehidupan yang sempurna. Akhlaq manusia yang sentiasa dimurnikan  dengan ibadah zikirullah akan melahirkan “towering personality” yang dapat menyediakan agenda pembangunan tamadun kehidupan yang mantap mengikut piawayan alam sejagat.
               Istiqamah dalam perlaksanaan ibadah kerana Allah merupakan satu amal ibadah yang  sentiasa Allah galakkan kepada hamba-Nya demi mementingkan kesempurnaan hidup yang bermanfaat. Istiqamah adalah disiplin zikirullah yang mendekatkan kita kepada keredaan Allah dalam segala amal perbuatan.
               Manusia dilengkapkan oleh Allah dengan berbagai fitrah yang amat banyak sebagai kekuatan untuk menangani perjuangan demi memertabatkan kehidupan di alam dunia dan sebagai persediaan kehidupan di alam akhirat nanti. Masa remaja mempunyai berbagai kerenah hidup berupa cobaan Allah Subhanahu wa Ta’ala dan setiapnya wajar dilalui oleh individu sebagai kewajipan dalam hidup.
               Perjuangan tidak ada makna tanpa ketakalan atau istiqamah dalam melaksanakan agenda kehidupan. Perjuangan wujud dalam berbagai dimensi yang akan bertemankan manusia terutama sekali masa mudanya. Dalam hidup ini manusia menghendaki berbagai keperluan hidup dan keperluan itu tidak ada sempadannya seperti mana falsafah dalam ekonomi menggarisbawahkan bahawa “tidak ada penyudah kepada sesuatu kemahuan dalam hidup atau there is no end in wants.
               Apabila sesuatu yang dikehendaki itu telah berjaya memperolehinya ada sahaja yang lain yang diingini lagi. Oleh sebab kemahuan manusia itu sentiasa memikirkan yang baru maka adalah wajar disiplin hidup mempunyai intiqamah dalam segala jenis perjuangan demi ketamaduan hidup itu sendiri.
               Melaksanakan ibadat secara istiqamah akan memberi kepuasan kepada jiwa kelak akan mendekatkan anda kepada Tuhan yang Maha esa. Al-Quran juga diturunkan berpering-peringkat dalam masa lebih kurang 23 tahun. Kadang-kadang turun satu ayat secara bersendirian dan kadang-kadang beberapa ayat menurut keperluan yang menjadi sebab penurunan ayat itu. Penurunan seperti ini ialah untuk memberi kepuasan dan supaya dapat diterima serta menjadi hujah yang kuat kepada mereka.
               Pepatah Melayu mengatakan “alah bisa tanggal biasa”; memberi makna bahawa sesuatu kerja atau ibadah itu jika tidak dilaksanakan secara istiqamah untuk membiasakan diri akan menjadikan ia sukar dilakukan. Membiasakan diri tentang cara perlaksanaanya menjadi kan perkara yang susah  menjadi mudah. Demikianlah falsafah pembelajaran itu sepatutnya di fahami. Pelajar yang rajin mengulang kaji pelajaranya akan menemukan dirinya mudah hendak menjawab soalan-soalan yang dikeluarkan dalam peperiksaan.

               Rahsianya di sini ialah setiap amalan itu jika dilaksanakan secara istiqamah akan dimudahkan Allah urusan perlaksanaannya. Agenda yang telah kita sediakan adalah untuk dilaksanakan dan bukan dijadikan hiasan dalam mentadbir kehidupan. Anak yang belum pandai berjalan tetapi jika kita latihkan ia untuk berbuat demikian lambat laun ia akan pandai berjalan sendiri. Maka itu budayakan istiqamah dalam hidup demi menemukan kemudahan dalam menyelesaikan agenda kehidupan.

Saturday, July 19, 2014

KEKASIH ALLAH MURNIKAN IBADAH

 (Disiarkan pada 19. 7. 2014)
Allah Subhanahu wa Ta’ala mencipta  manusia dalam keadaan yang amat sempurna berbanding makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain. Manusia dicipta-Nya dalam dua unsur iaitu jasmani yang asalnya dari tanah dan roh yang besifat ghaib yang asalnya dari Allah sendiri. Manusia juga dibekalkan dengan berbagai fasiliti hidup berupa fitrah seperti mempunyai hati, akal, kemahiran berfikir, nafsu membangun, serta sifat kasih sayang terhadap dirinya sendiri dan makhluk-makhluk lainnya samada di alam nyata ini mahupun di alam ghaib.
Dengan kejadian manusia sedemikian rupa maka wajar kita memahami bahawa manusialah menjadi kekasih Allah Subhanahu wa Ta’ala sehingga dia dijadikan khalifah-Nya atau diamanatkan sebagai pemakmur alam kehidupan di alam dunia ini. Tanggungjawab sebagai khalifah Allah semestinya mempunyai ilmu untuk memahami disiplin kehidupan di samping mewujudkan kefahaman tentang falsafah pembangunan makhluk alam sejagat yang ada di ala dunia ini.
Fitrah akal serta kemahiran berfikir menjadi pemangkin memahami kewujudan berbagai disiplin kehidupan termasuklah berbagai makhluk Allah sama ada yang hidup mahpun yang tidak hidup. Kedua-duanya menjadi agen pembangunan di alam nyata mahu pun di alam akhirat sebagai distinasi perjalanan hidup setiap mukmin. Kewujudan fenomena tersebut  menjadi rahsia alam yang Allah telah sediakan kepada manusia untuk diterokai dan dimanfaatkan demi mewujudkan pembangunan yang diredhai Allah Suhanahu wa Ta’ala.
Membongkar rahsia Allah yang ditaburkan di alam ini memerlukan ilmu kerana ilmu lah membina kekuatan manusia untuk menyelenggarakan tamadun kehidupan di alam sejagat ini. Ilmu itu terbahagi kepada dua kategori iaitu ilmu duniawi dan ilmu ukhrowi. Allah wujudkan satu tamsil kepada pembangunan manusia yang memberi kefahaman bahawa ilmu ukhrowi lebih diutamakan berbanding ilmu duniawi dalam kehidupan dunia.
Allah wujudkan makhluk tumbuh-tumbuhan di bumi ini bukan hanya sebagai agen pembangunan manusia semata tetapi juga mempunyai ilmu yang tersirat di sebalik kewujudannya. “Kalau kita tanam padi rumput tumbuh sama, tetapi jika kita tanam rumput padi tidak ikut tumbuh”. Tamsil ini memberi kefahaman dalam hidup bahawa jika pemberatan ibadat menuntut ilmu itu mengenai ilmu ukhrowi maka dengan sendirinya ilmu duniawi akan turut sama terbelah. Tetapi jika ibadat menuntut ilmu itu pemberatannya kepada ilmu duniawi semata, maka ilmu akhirat tidak ikut terbela.
Maka itu Ilmu tauhid wajar dijelmakan terlebih dahulu semasa muda mu atau semasa menuntut ilmu. Ilmu tauhid membicarakan mengenai sifat-sifat keEsaan atau  ketunggalan Allah. Mentauhidkan membawa maksud menjadikan keEsaan Allah itu sebagai satu keyakinan. Seorang muslim mestilah mentauhidkan Allah dalam apa jua keadaan. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Manusia dijadikan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan satu tujuan iatu beribadat kepada-Nya dan ibadat yang dimaksudkan ialah mentauhidkan Allah.
Manusia semasa dalam usia remaja, mempunyai kebolehan di luar jangkaan dan fitrah kemahiran berfikir boleh menemukan kebenaran satu-satu faktor kehidupan. Kefahaman seorang insan terhadap adanya kekuasaan Allah akan terjelma apabila ia dapat melihat dengan mata hatinya keadaan alam semulajadi.
Melihat cakerewala kewujudan alam itu sendiri membawa kita ke satu dimensi pemikiran bahawa setiap sesuatu fenomena kehidupan akan melahirkan satu inspirasi bahawa tidak ada kewujudan sesuatu itu tanpa sebab dan semestinya ada yang mewujudkannya, iaitu Allah Suhanahu wa Ta’ala sendiri.
Rahmat atau kasih sayang  Allah terhadap hamba-Nya tidak terkira banyaknya. Allah
menamakan dirinya Al-Rahman dan Al-Rahim, ertinya Yang Maha Pengasih dan Yang Maha
Penyayang. Tuhan adalah zat yang penuh dengan kasih dan sayang terhadap makhluk-Nya.
Segala yang dapat dilihat dengan mata kepala kita dan didengar  tanpa kecualinya
adalah rahmat Allah. Bumi dengan segala isinya, matahari dengan cahayanya yang memancar dan berpindah, bulan dengan sinarnya yang lunak, bintang dengan sinarnya yang berkedip-kedip, semua itu adalah rahmat atau kasih sayang Allah. Itulah rahmat Allah yang kelihatan
               Ada rahmat Allah yang ta’ dapat kita lihat, tetapi dapat kita rasakan. Perasaan enak dan nyaman ketika kita makan dan minum, perasaan enak dan nyaman ketika kita melihat pandangan yang indah adalah rahmat Allah jauh lebih tinggi dari benda kelihatan. Apalagi rahmat Tuhan yang berupakan cinta kasih sayang terhadap anak isteri dan keluarga kita atau terhadap manusia umumnya, adalah rahmat Tuhan yang jauh lebih tinggi lagi dari rahmat pertama dan kedua tadi. Cobalah bayangkan apa rasanya dan apa ertinya hidup kalau tidak ada rasa cinta dan kasih terhadap anak dan isteri, terhadap manusia dan keluarga.
               Fiman Allah Surah Al-Ruum ayat 21 yang bermaksud:
               “Sebahagian diri anda (rahmat) Allah, bahawa Allah telah menjadikan bagimu isteri agar kamu dapat bersenang-senang dengan mereka dan Allah timbulkan antara kamu dan isteri kamu itu rasa cinta dan kasih sayang. Dan dalam hal ini terdapat tanda kekuasaan Allah bagi orang yang dapat berfikir.”
               Manusia yang hidup ini diadakan pasangan untuknya yang terdiri dari bangsa manusia itu sendiri – sama ada pasangan itu isteri untuk orang lelaki mahupun suami untuk orang perempuan. Gunanya supaya manusia itu terus dapat hidup dalam suasana yang tenang dan mesra dengan pasangannya itu dan tidak akan merasa kesunyian.
               Pasangan suami insteri yang telah dijodohkan itu agar terus dapat hidup bersama lalu dikurniakan perasaan cinta dan kasih sayang antara satu sama lain sebagai rahmat sehingga rumahtangga mereka berkekelan dan dalam hidup yang teratur.
               Rahmat Allah yang berupakan malam dan siang, adalah satu rahmat yang maha besar dan penting kerana tanpanya makluk yang hidup di alam nyata tidak mampu hidup. Sama ada siang yang berkekalan atau malam kedua-duanya makhluk yang hidup susah nak hidup. Apabila siang berkekalan segala kehidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan akan mati dan hangus. Begitu jugalah apabila malam itu berterusan, segalanya akan menjadi beku.
               Firman Allah Surah Al-Qashash ayat 73 yang ertinya:
               “Dan sebahagian dari rahmat Allah, ialah bahawa Allah telah menjadikan siang dan malam untuk kamu, agar kamu dapat berehat melepaskan lelah dan supaya kamu dapat mencari kerunia Allah. Dan mudah-mudahan kamu bersyukur kepada Allah.”
               Makhluk manusia sebagai kekasih Allah dengan segala rahmatnya wajar berterima kasih yang tidak terhingga. Maka untuk itu wajar diimbali dengan ibadah secara istiqmah kepada Zat yang Maha Berkuasa itu. Memakmurkan alam kehidupan menjadi amanat  yang dipertanggungjawakan kepada manusia.
               Menjauhi segala larangan-Nya dan melaksanakan segala perintah-Nya menjadi agenda utama dalam hidup bertamadun. Memelihara ukhuwah kemanusian demi melahirkan perasaan kasih sayang antara sesama yang menjadi teras untuk mewujudkan solidariti sosial wajar menjadi misi dalam hidup bertauhid.
               Sebagai kekasih Allah kita kena memikirkan segala ciptaan Allah sama ada yang besar seperti kejadian siang dan malam atau memikirkan hal-hal yang kecil seperti bagaimana dan apa gerangan yang akan terjadi kalau Tuhan tidak ciptakan kuda, unta, kucing, ulat, burung dan lain-lain; pasti kita menjadi orang yang beriman, menjadi orang yang salih, menjadi orang yang taat dan patuh menjalankan perintah Allah.
               Tetapi sebaliknya bila tak mahu sekali-kali memikirkan hal itu dan hanya memikirkan manisnya gula, enaknya makanan dan bagusnya auto, saban hari kita memikirkan duit dan pangkat, ola raga dan jabatan sahaja, maka kita akhirnya akan jatuh ke dalam cengkeraman hidup kebendaaan. Mata, telinga dan hati  kita semuanya hanya dikerahkan dan ditujukan kepada benda saja, berperigian ke sana-sini hanya untuk benda, bersusah payah dan membanting tenaga hanya untuk mendapatkan benda, ertinya kita sudah menjadi budak
benda.
               Alangkah jatuh dan merosotnya kedudukan kita sebagai manusia bila sudah diper- budakkan oleh benda. Sebab itu, hindarkanlah diri kita masing-masing dari perbudakan yang hina ini. Segala yang ada ini, iaitu segala yang kita lihat, segala yang kita dengar, segala yang dapat kita rasakan, semuanya penuh dengan kasih sayang atau rahmat Allah. Semuanya berupakan rahmat Allah.
               Semua bahagian dari batang tubuh manusia merupakan rahmat dan kasih sayang Allah. Tiap helai dari rambut dan alis mata kita, tiap helai bulu yang tumbuh di sekujur badan kita, merupakan rahmat Allah yang tidak ternilai harganya bagi kepentingan kehidupan kita. Tiap helai dari bulu dan rambut kita memberikan perlindungan yang besar sekali ertinya bagi badan kita.
               Kalau tiap helai bulu memberikan rahmat besar demikian itu, bagaimanakah besar dan tinggi nilai rahmat Tuhan yang berupakan mata dan telinga, kaki dan tangan, jantung dan paru, daging dan darah, tulang dan urat, kuku dan gigi dan lain-lain anggota badan kita.
               Batang tubuh kita, berupakan sumber rahmat dan kasih sayang Allah yang tak kering-kering dan tak putus-putusnya terhadap diri dan kehidupan kita di dunia ini, apalagi alam semesta yang maha luas ini. Kalau batang tubuh kita yang begini kecil, demikian besar rahmat Allah yang dihasilkan, cobalah fikirkan dan renungkan bagaimana besar dan hebatnya rahmat Allah yang disalurkan Allah kepada kita dengan perantaraan bumi dan bintang, dengan perantaraan hawa, udara dan cahaya.
               Perhatikan Firman Allah, Surah Al-A’raaf ayat 156 yang bermaksud:
               “Allah berfirman: Azabku Aku kenakan kepada orang yang aku kehendaki, tetapi (dan) tahmat-Ku meliputi tiap sesuatu”.
               Allah mengatakan kepada Nabi Musa: “Ada kalanya rahmat-Ku yang berupa kemur- kaan Kutimpakan khusus kepada orang-orang yang derhaka dan berbuat maksiat, sedang rahmat-Ku pula Aku kurniakan secara umum meliputi seluruh makhluk di merata alam. Bermakna seksa yang Ku-turunkan itu adalah daripada perbuatan-Ku yang menunjuk keadilan-Ku. Seandainya rahmat-Ku yang secara umum itu tidak ada dan tidak Aku kurniakan kepada setiap makhluk, nescaya musnahlah sudah setiap orang yang kafir dan yang derhaka sebaik-baik mereka itu melakukan dosa.”
               Firman Allah Surah Al-An’aam ayat 12 yang bererti:
               “Tanyakan kepada manusia hai Muhammad, kepunyaan siapakah langit dan bumi dengan segala isinya ini? Dan jawablah: semuanya itu adalah kepunyaan Allah, Allah telah mewajibkan dirinya memberi rahmat.”
               Ayat ini mengandungi pertanyaan dan jawapan, yang maksudnya Allah menyuruh rasul-Nya supaya menyatakan kepada orang-orang yang menyamakan Allah dengan yang lain dalam ibadatnya dan yang mendustakan-Nya, itu tanyakanlah: “Siapakah yang punya apa-apa yang di langit dan di bumi?” Kalau mereka tidak boleh menjawabnya, engkau menjawabnya. Katakan bahawa yang punya ialah Allah. Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu. Dialah yang memiliki dan dialah yang memperhambakan segala sesuatu, bukannya berhala yang kamu sembah, dan bukannya patung yang kamu puja, bahkan semuanya itu adalah benda-benda mati yang tidak ada memiliki sesuatu, tidak dapat memberi manfaat dan tidak pula mendatangkan muderat. Suruhan supaya membuat pertanyaan kemudian jawapannya pula, menandakan betapa kuatnya ayat ini dalam memberi hujah.
               Setelah Allah menerangkan kesempurnaan kudrat-Nya terhadap sekalian makhluk-Nya, maka diiringi pula dengan menerangkan kesempurnaan rahmat-Nya dan belas kasihan-Nya terhadap makhluk. Allah mengingatkan kepada orang-orang yang berpaling daripada-Nya hendaknya mereka itu berbaliklah semula kepada-Nya. Tiadalah Allah itu terburu-buru
untuk menyeksa, bahkan bersedia memberi pengampunan kepada sesiapa yang telah
bertaubat.
               Ya, rahmat Allah meliputi segala sesuatu, dan Allah mewajibkan dirinya memberi rahmat. Ertinya semua rahmat Allah yang begitu hebat dan banyak, semuanya diberikan Allah kepada kita dengan tidak  kita minta atau tuntut, kerana Allah sudah mewajibkan dirinya untuk memberi rahmat
               Kita lahir di dunia bukan kerana tuntutan kita. Kita jadi lelaki atau perempuan, kita dapat tangan dan kaki, semua tidak kerana tuntutan, tetapi diberi Allah. Sekalipun tak kita minta.

               Menjadi kekasih Allah, tunjukkan kecintaan kita kepada Zat yang Maha pemberi dan Maha Bijakasana. Boktikan ibadatmu di bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Makmurkan rumah Allah dengan semahyang fardu secara berjemaah, semerakkan masjid dengan sembahyang sunat Tarawih, bertahmit, bertasbih, Qiamullail dan tadarus Al-Quran. Muliakan malam hari mu dengan sembahyang sunat Tahajud. Kejarlah malam Lailatul Qadr yang telah mengagungkan kebesaran Al-Quran.

Sunday, July 13, 2014

MANFAATKAN MASA TANDA KESYUKURAN ANUGERAH ALLAH SWT

 (Disiarkan pada 12. 07. 2014)
Masa merupakan waktu yang Allah peruntukkan kepada makhluk-makhluk-Nya yang hidup di alam dunia ini. Sebagai contoh, “Sungguhpun saya belum dilahirkan pada masa Jepun tetapi saya dapat merasakan penderitaan manusia melalui pembacaan”. Ia juga merupakan satu ketika yang diguna untuk membuat sesuatu dalam hidup. Misalnya, “Walaupun dia tidak ada masa tetapi dia masih dapat melayan tetamunya”.   
               Faktor masa menguji manusia  bagaimana ia menfaatkannya agar ia tidak berlalu tanpa sesuatu yang berlaku yang memberi kemanfaatan kepada manusia itu sendiri. Maka itu menggunakan masa sebaik mungkin sebenarnya ialah kita  mensyukuri pemberian masa kepada kita oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.                                                                                         
Pergunakan masa sebelum ia berlalu kerana masa tidak menungguh sesiapa pun. Ia berjalan tanpa henti, masa memberi manfaat kepada semua kehidupan makhluk di alam dunia ini. Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu Alaihis Wasallam memberi ingatan kepada umatnya supaya manfaatkan yang lima sebelum yang lima datang.
Memanfaatkan yang lima sebelum yang lima datang membawa maksud menggunakan masa semaksimum yang boleh sebelum datangnya sesuatu masa yang tidak memberi manfaat kepada kehidupan. Konotasi sebelum memberi indication atau petunjuk kepada masa antara keberadaan sesuatu sebelum datangnya sesuatu yang bertentangan dengannya. 
Kesemua lima perkara yang dimanfaatkan sebelum yang lima perkara yang lain datang memberi isyarat bahawa penggunaan masa itu menjadi keutamaan dalam senario melahirkan pembangunan umat. Buat yang lima sebelum yang lima datang memberi satu peringatan yang amat jelas kepada manusia bahawa setiap detik masa berlalu usia manusia telah berkurangan. Maka tugas sebagai pemakmur alam kehidupan di muka bumi ini wajar ada keserasiannya.
Perubahan pada diri manusia(usia), harus diselaraskan dengan perubahan pembangu- nan kerana fitrah manusia sentiasa inginkan sesuatu yang baru. Perubahan yang wajar ada pada seseorang itu ialah mengenai ilmu pengetahuan sebagai zat pembangunan. Baginda Rasul Nabi Muhammad Shalallahu alaihis wasallam menyarankan kepada umatnya bahawa menuntut ilmu adalah sepanjang hayat. A long life learning.(Hadith sahih)
Dalan menuntut ilmu  kita perlukan faktor masa. Memanfaatkan masa untuk menuntut ilmu merupakan satu ibadat yang menunjukkan kita merasa syukur kerana mempunyai masa untuk mencari ilmu kerana orang berilmu Allah lebih suka berbanding dengan orang yang tidak punya ilmu.
Hidup di dunia adalah satu kesempatan. Maka itu Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu alaihis wasallam menyarankan supaya pergunakan kesempatan itu sebaik mungkin dan jangan sekali-kali membazirkan hidup ini tanpa berbuat apa-apa demi kebajikan diri, keluarga, agama dan negara.   
Memanfaatkan masa adalah tanda kesyukurun kepada anugerah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Syukur ialah melahirkan rasa terima kasih atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah Yang Maha pemurah kepada kita. Allah kurniakan masa dalam hidup ini maka itu kita dapat melakasanakan segala agenda kehidupan dengan tenang dan selesa. Masa merupakan nikmat hidup yang tidak ternilai  keberadaannya.
               Bersyukur kepada Allah kerana Allah telah mengurniakan nikmat masa kepada kita. Kalaulah  seorang sahabat memberikan satu hadiah kepada kita, maka kita wajar berterima kasih kepadanya kerana pemberian tersebut. Lebih-lebih lagi tehadap Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah mengurniakan nikmat masa kepada kita.
               Firman Allah surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud(terjemahan):
               “Sesungguhnya jika kamu bersyukur sudah pasti Kami akan tambah (nikmat) kepada mu. Dan jika kamu mengingkari (nikmatku) maka sesungguhnya azabKu  amat pedih.”
               Imam Ghazali menyatakan bahawa nikmat adalah setiap kebaikan yang dapat dirasakan kelezatannya dalam kesenangan hidup. Tetapi nikmat yang sebenar ialah kesenangan dan kebahagian hidup di akhirat kelak.
               Nikmat adanya masa Allah berikan pada setiap hamba-Nya wajar diimbali dengan kesyukuran kerana kita dapat melaksanakan ibadat kerana Allah dengan sempurna yang menghasilkan pahala demi kebahagian hidup di akhirat nanti. Segala amal ibadat memerlukan masa untuk menyempurnakan dalam hidup ini.
Masa hidupmu sesungguhnya yang amat sesuai bagimu melaksanakan ibadat; jangan kosongkan hidup ini tanpa apa-apa amal ibadat kerana selagi masa itu  ada, berkhidmatlah kepada Allah demi kemanfaatan hidup  bahagia di alam akhirat nanti.
               Melalui ajaran Islam Allah Subhanahu wa Ta’ala mengarahkan penganutnya agar pergunakan masa untuk berlumba-lumba di dalam menuntut ilmu untuk menambahkan pengetahuan kerana tanpa pengetahan yang jelas manusia tidak akan berjaya dunia dan akhirat. Ilmu pengetahuanlah yang menjadi zat pembangunan manusia untuk merai kebahagian dunia dan akhirat.
               Ilumu pengetahuan merupakan jambatan utama untuk mengetahui dan mengenali perkara-perkara yang baik dan perkara-perkara buruk. Melalui pengetahuan kita dapat mengetahui suruhan dan larangan Allah sama ada kita patut mengerjakannya atau meninggalkannya. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka akan dilapangkan dadanya dan dimurnikan kefahaman tentang agama. Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan):
               “Allah menguniakan hikmah (ilmu) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barang siapa yang dikurniakan hikmah sesungguhnya dia telah dikurniakan kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang menyedari hakikat ini melainkan mereka yang mempunyai hati (akal). (Al-Baqarah: 269)
               Hikmat atau ilmu yang bermanfaat yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, yang kamudiannya dapat pula diamalkan merupakan zat pembangunan. Barang siapa mendapat ilmu yang berguna itu, sesungguhnya ia telah mendapat kebajikan yang banyak. Kebajikan itulah yang akan mendatangkan kebahagiaan di akhirat kelak yang kekal abadi.
               Orang yang dapat mempertimbangkan dengan akalnya akan hukum-hukum  Allah yang berupa suruhan dan yang berupa tegahan, itulah yang akan mendapat peingatan, keinsafan dan kesedaran.     
               Menangguhkan usaha melaksanakan agenda manusia untuk memurnikan dirinya seperti menimba ilmu pengetahuan samada ilmu farhu Ain mahupun fardhu Kifayah semasa umur persekolahan akan mengalami kemuskilan nanti dalam menelusuri kehidupan kerana tidak ada lagi masa sebaik mungkin seperti keadaannya semasa muda.   
               Menimba ilmu pengetahuan biarlah semasa mudanya kerana pemikiran itu masih tertumpu kepada keyakinan diri untuk menyelami alam pembangunan. Berbanding dengan usia tua agak ingatan sudah menurun. Disamping itu juga usia tua  pemikiranya sentiasa bercelaru dengan permasalahan pembangunn keluarga yang memerlukan khidmatnya.
               Masa mudamu harus ditangani sebaik mungkin. Landasan-landasan pemikiran yang membina harus seirama dengan  kehendak agama Islam agar ia tidak terpesong ke lembah kehinaan dari kaca mata iman. Menangani kelemahan diri harus  menjadi perjuangan setiap insan untuk mengelakan diri dari terheret ke pengadilan Kadi Rabul Jalil di padang mashyar nanti.
               Masa muda mu, arus ujian hidup sentiasa deras mengoda keimanan diri tetapi dengan kekuatan ibadah kita kepada yang Maha Berkuasa akan dibekalkan-Nya dengan satu kekuatan iman yang tidak muda diganggu-gugat oleh kerenah-kerenah hidup yang menyonsangkan keperibadian manusia hidup bertamadun.
Alamilah kesusahan dalam hidup kerana faktor itulah menjadikan kita lebih dewasa dalam alam pemikiran menangani dugaan. Setiap perbuatan yang baik itu sentiasa menerima ujian terlebih dahulu sebelum hasilnya dapat dituai. Allah itu Maha Adil dan Saksama kepada hamba-Nya. Bertaubatlah  sebelum terlambat kerana usia tidak mengenal sesiapa pun. Maut akan datang bila-bila masa sahaja oleh itu peliharalah kebajikan mu dan hiasilah dirimu dengan amal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Hidup ialah masa antara kita lahirkan dari perut ibu sampai kita mati dimasukkan ke dalam liang kubur (lahad). Lamanya masa hidup itu tidak sama, ada yang pendek dan ada yang panjang, tetapi rata-rata atau kebanyakan adalah antara 60 dan 70 tahun lamanya.
Berbagai-bagai keadaan manusia dalam masa hidupnya itu. Ada orang yang dilahirkan dari keluarga  yang kaya, dari mulai lahir sampai matinya dalam keadaan senang, bahagia, tidak mengalami kesusahan, kesulitan apa-apa. Ada pula dilahirkan dari keluarga yang miskin, hidupnya ditimpa kesulitan demi kesusahan, kesulitan demi kesulitan, tak pernah senang dan tenang, madi peluh dan berkuah air mata, membanting tulang dan memeras otot, akhirnya mati dimasukkan  ke liang kubur dengan tidak meninggalkan apa-apa bagi anak dan isteri yang ditinggalkan.
Ada yang hidup memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, hidup terpandang dan ternama, dengan kekuasaan besar dan dihormati. Tetapi ada pula yang tidak punya ilmu apa-apa selain pengalaman-pengalaman yang diberikan alam kepadanya, tidak terkenal dan tak dikenal selain oleh sanak keluarga dan orang kampungannya saja.
Satu perkara besar yang harus kita ingat dan sedar dalam meninjau berbagai-bagai keadaan hidup dan kehidupan manusia itu, satu perkara besar  yang harus kita fikirkan dan pelajari sedalam-dalamnya, ialah bahawa semua manusia yang hidup itu, di anggap oleh Allah dalam keadaan merugi, baik ia dalam keadaan kaya raya, apalagi yang dalam keadaan susah, melarat dan miskin; baik dalam keadaan pintar, berkuasa dan ternama, apa lagi keadaan bodoh, tidak punya kesusuahan apa-apa dan tak dikenal.
Firman Allah surah Al-Asri ayat 1 – 3 yang bermaksud(terjemahan): “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, dan beramal salih, dan orang-orang berwasiat-wasiat tentang yang hak, dan berwasiat-wasiat tentang sabar.”
Semua manusia siapa sahaja, dianggap Allah hidupnya merugikan kecuali 4 macam
Manusia: 
Pertama, yang hidupnya memiliki kesedaran tertinggi yang dinamakan “iman” iaitu orang yang yakin, bahawa di balik alam angkasa raya yang besar dan luas ini, ada “Zat” yang maha besar dan maha kuasa, yang menciptakan dan mengendalikan alam ini seluruhnya. Dan di sana di balik alam kehidupan yang nyata sekarang ini, ada lagi alam kehidupan yang lebih besar dan indah iaitu kehidupan akhirat yang kekal dan abadi bagi setiap manusia. Siapa saja manusia  yang meninggalkan dunia ini tanpa keimanan terhadap Allah dan kehidupan akhirat itu akan terkejut menemui suatu alam yang tak dikenalinya, iaitu api neraka.
Kedua, manusia yang hidupnya di samping untuk mencari makan dan minum, pula mengerjakan kebaikan (amal salih). Orang yang meninggalakan dunia ini tanpa amal salih, tanpa kebaikan, adalah orang yang amat merugikan, sebab kehidupan di alam akhirat itu tidak ditentukan oleh harta kekayaan atau pengetahuan dan pangkat, tetapi ditentukan oleh amal salihnya. Sebab itu dipergunakanlah kehidupan yang tidak lama di dunia ini untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik sebanyak-banyaknya.
Ketiga, manusia yang hidupnya dipergunakan untuk menyampaikan dan menerangkan hak atau kebenaran, untuk mempertahankan dan membela yang hak atau kebenaran. Kebenaran atau atau hak itu  banyak sekali macam atau ragamnya. Semua harus kita bela, sekali pun dari mana saja asal dan datangnya. Tetapi ketahuilah, bahawa segala induk kebenaran yang berasal dari Sumber Kebenaran iaitu Allah, yang diturunkan kepada Rasul-Nya Muhammad Shallahu alaihi Wasallam dengan perantaraan Jibril. Ia itu Kitab Suci Al-Qur’an dan ajarannya yang bernama agama Islam.
Mengajarkan dan menyampaikan kebenaran yang berupakan wahyu-wahyu Allah yang bernama Al-Qur’an kepada sesiapa saja, membela dan mempertahankan dengan segala kemempuan yang ada, adalah perbuatan terpenting dalam hidup. Tanpa ini di dunia ini hidupnya menjadi satu kehidupan yang merugi, penhidupan yang hampa belaka.
Keempat manusia yang menggunakan hidupnya untuk menyampaikan nasihat dan wasiat kepada orang lain tentang kesabaran. Kesabaran yang dimaksudkan ialah ketetapan hati di dalam memegang ajaran Allah yang benar itu, jangan sampai dapat digoyangkan oleh  apa dan siapa saja.
Mempergunakan hidup yang pendik ini di dunia untuk menyampaikan nasihat atau ajaran agama  manusia tetap menjalankan segala perintah Allah yang merupakan ibadat-ibadat: Solat, zakat, puasa,tolong menolong dan lain-lain dan tetap di atas keimanan atas apa yang diajarkan Allah dengan perantaraan Kitab Suci-Nya Al-Qur’an. 

KASIH SAYANG MEMBINA TAMADUN

 (Disiarkan pada 5. 7. 2014)
Unsur utama bagi persaudaraan ini ialah perasaan kasih sayang. Peringkat kasih sayang yang paling rendah ialah bersihnya hati dari perasaan hasad dengki, kebencian, iri hati dan punca-punca yang menyebabkan permusuhan dan pertengkaran.
Suasana permusuhan dan kebencian sebenarnya adalah suasana yang buruk lagi busuk. Ketika itu syaitan akan menawarkan barang dagangannya seperti prasangka buruk, mencari kesalahan orang lain, menceritakan keaiban orang lain, mengadu domba, berdusta, mencaci dan melaknat sehingga menyebabkan seorang saudara  sanggup membunuh antara satu sama lain. Inilah bahaya yang diingatkan oleh Rasulullah saw. Serta dianggap Baginda sebagai sisa-sisa Jahiliyyah. SabdaRasulullah saw.
“Janganlah kamu menjadi kafir setelahku, iaitu dengan memukul leher antara satu sama lain” (HR Muslim bil.(1811).
Oleh sebab itu, memperbaiki hubungan persaudaraan adalah termasuk di dalam ibadah yang  paling mulia. Firman Allah swt. Surah Al-Hujerat ayat 10 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara kerana itu berdamailah antara kedua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah semoga kamu akan mendapat rahmatNya”.
Allah menjelaskan, bukan dikatakan orang-orang yang beriman kalau tidak mengaku bersaudara sesama mereka, iaitu  saudara seagama yang terjalin oleh ikatan iman. Oleh itu  tidak patut orang yang mengaku dirinya “Mukmin” yakni beriman kalau dia masih  menyimpan rasa permusuhan terhadap sesama Mukmin, atau masih bersengkita, bertelagah apalagi berperang dan berbunuh-bunuhan.
Ayat ini juga menetapkan, bahawa ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan di dalam Islam itu lebih kuat hubungannya daripada persaudaraan senasab (keturunan). Malahan persaudaraan seketurunan itu tak ada ertinya tanpa mempunyai hubungan ukhuwah Islamiah.
Firman Allah swt Surah Al-Nisa ayat 114 yang bermaksud:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecualilah bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberikan kepadanya pahala yang besar.”
Allah mencela perbuatan orang-orang yang suka membanyakkan berbisik-bisik sesama mereka. Kerana perbuatan berbisik-bisik itu dapat menimbulkan persangkaan yang tidak baik. Terutamanya jika isi kata-kata yang dibisik-bisikkan itu mengandungi tujuan buruk atau pakatan jahat. Sebenarnya berbisik-bisik itu tidak perlu sekiranya tidak merupakan rahsia yang takut diketahui orang.
Berbisik-bisik untuk merancangkan suatu kerjasama yang baik dan bertujuan mulia tidak pula dilarang. Bahkan kadang-kadang perlu sesuatu kerjasama yang baik itu  dirahsiakan yang hanya baik atau sesuai diperkatakan dengan jalan berbisik-bisik sahaja supaya tidak diketahui orang, kerana jika diketahui orang mungkin rancangan itu akan gagal di tengah jalan atau merosakkan rancangan tersebut.
Peringkat yang lebih tinggi dari “bersih sanuberi dari segala kedengkian dan kebencian” ialah  peringkat yang digambarkan oleh sebuah Hadith sahih yang bermaksid: “Tidak beriman seseorang dari  kamu sehinggalah ia mengsihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri” Al-Tabaqat: 415/8 dan A’lam al-Nubala: 278-279/2
Ia juga bererti membenci segala sesuatu yang menimpa saudaranya sepertimana ia membencinya jika  menimpanya.
Jika ia suka menikmati kemakmuran hidup, ia suka orang lain juga menikmati kemakmuran hidup.
Jika ia suka rumah tangga yang rukun damai ia juga suka rumah tangga orang lain rukun dan damai.
Jika ia sukakan anaknya menjadi pandai, ia juga suka anak-anak orang lain menjadi pandai.
Jika ia tidak sukakan seseorang menyebutkan keburukannya di khalayak ramai, ia juga tidak suka pekara tersebut berlaku kepada orang lain.Ia mengaggap saudara-saudaranya sepertimana dirinya sendiri dalam semua perkara sama ada yang disukai atau dibencinya. 
Peringkat yang lebih tinggi dari yang sebelum ini ialah peringkat itsar ialah menda- hulukan kepentingan saudaranya lebih dari kepentingannya sendiri dalam semua perkara yang disukainya. Ia sanggup berlapar dan berdahaga semata-mata untuk mengenyangkan saudara nya, ia sanggup berjaga malam semata-mata untuk menidurkan saudaranya, ia sanggup mengerah tenagga semata-mata untuk merehatkan saudaranya dan ia sanggup menadah dadanya  kepada peluru semata-mata untuk menyelamatkan saudaranya.
Al-Quran al-Karim telah memaparkan kepada kita gambaran yang murni tentang masyarakat Islam di Medinah. Terserlah di dalam masyarakat tersebut nilai-nilai mengutama kan orang lain dan pengorbanan tanpa kikir dan bakhil. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan):
“Dan orang-orang yang menetap di Medina dan telah beriman sebelum kedatangan orang-orang Muhajirin, mereka mencintai orang-orang yang berhijrah kepada mereka. Mereka tidak menaruh keinginan apa-apa di dalam hati mereka terhadap apa yang mereka berikan, dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) lebih dari diri mereka. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan). Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (al-Hasyr: 9)
Gambaran yang lain boleh kita dapati di dalam hadith Rasulullah s.a.w. sepertimana yang telah diriwayatkan oleh  Al-Bukhari:
Pada suatu hari  Sa’ad Ibn al-Rabi’ telah menawarkan kepada Abdul Rahman Ibn ‘Auf untuk memberikan separuh dari hartanya, salah sebuah rumahnya dan salah seorang dari isterinya yang akan diceraikannya sebelum diserahkannya. Kata Abdul Rahman Ibn Auf kepada Sa’ad Ibn al-Rabi’: “Semoga Allah memberaktimu dan keluargamu, semoga Allah memberkati rumahmu dan semoga Allah memberkati hartamu. Adapun aku adalah seorang peniaga, tunjukkan kepadaku di mana pasar.”
Gambaran mengutamakan orang lain dan dibalas dengan penjagaan kehormatan diri yang sangat mulia seperti ini aneh dan amat sukar untuk kita ketemui seumpamanya di zaman ini. Kedua mereka telah menampilkan contoh ideal ciri-ciri masyarakat Islam yang telah dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w. di Medinah, yang  sentiasa kita idam-idamkan
seumpamanya, sebagai  teladan yang paling  tinggi untuk pembinaan masyarakat.
               Islam amat prihatin agar tersebarnya perasaan kasih sayang dan persaudaraan di kalangan umat manusia keseluruhannya tanpa dipisahkan  antara mereka oleh perbezaan keturunan, warna kulit, bahasa mahupun  iklim. Islam juga mahukannya berlaku di kalangan pelbagai status manusia, agar tiada ruang perbelahan atau iri hati sekalipun mereka berbeza dari segi kekayaan dan kedudukan kerana Allah telah melebihkan antara satu sama lain di dalam kurnian rezeki.
               Islam juga mahukan berlaku di antara para pemerintah dengan yang diperintah agar tiada tempat untuk kesombongan para pemerintah terhadap yang diperintah kerana pemerintah adalah wakil atau orang upahan umat. Juga tiada tempat orang yang diperintah untuk membenci terhadap pemimpin selagimana tidak melanggar hak mereka dan menunaikan kewajipannya dengan sempurna. Di dalam sebuah Hadith ada menyebutkan:
               “Sebaik-baik pemimpin kamu ialah orang-orang yang kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu” (Diriwayat oleh Ahmad: 271/5, 371/6, dan Abu Daud, jil.3, bil. (2729).
               Di samping itu, Islam juga mengharamkan semua bentuk kerosakan akhlak dan kejahatan sosial yang boleh mengakibatkan lenyapnya perasaan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Oleh kerana itu, kita dapat melihat bagaimana setelah menyatakan bahawa orang-orang yang beriman itu bersaudara, al-Quran telah menyusulinya dengan larangan terhadap sebilangan perkara buruk yang boleh menggugat serta meruntuhkan persaudaraan.
               Antaranya ialah menghina, mencela, memanggil dengan gelaran yang tidak menye- nangkan, mencari kesalahan orang lain, mencari keaiban orang lain, buruk sangka, dan menceritakan keburukan orang lain semasa ketiadaannya.
               Firman Allah s.w.t. dala Al-Quran surah Al-Hujurat ayat 11 – 12, yang bermaksud (terjemahan):
               “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela satu kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik dari yang mencela dan janganlah para wanita mencela para wanita lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik dari wanita-wanita yang mencela, dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk. Seburuk-buruk panggilan itu ialah yang buruk sesudah beriman dan barang siapa yang tidak  bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
“Wahai orang-orang yang beriman jauhilah banyak buruk sangka, sesungguhnya sebahagian dari buruk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan danging saudaranya yang sudah mati. Maka sudah tentulah kamu merasa jijik terhadapnya. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.
Allah mendidik kaum mukminin supaya memelihara hak sesama mereka, iaitu tidak boleh sekumpulan mereka mengejek kepada sekumpulan yang lain atau orang perseorangan. Kerana boleh jadi pihak yang diejek itu lebih baik di sisi Allah – disebakan hatinya bersih dari penyakit batin dari pihak yang mengejek-ejek itu.
Begitu pula dilarang kaum wanita mengejek-ejek sesama wanita sejenisnya, kerana boleh jadi pihak yang diejek itu lebih baik dan mulia disisi Allah dari yang mengejek. Larangan mengejek-ejek itu  bukan hanya ditujukan kepada kaum lelaki, malahan lebih dikuatkan lagi jangan dilakukan oleh kaum wanita, kerana yang lebih banyak berbuat demikian itu terdapat di kalangan kaum wanita.
Janganlah kamu mencaci sesama kamu dengan menyingkapkan keburukan orang lain sedangkan diri sendiri mempunyai keburukan yang lebih, supaya jangan dikata  seperti
peribahasa: “Kuman disebarang laut nampak, gajah dipelupuk mata tak nampak.”
               Jangan pula panggil memanggil dengan gelaran yang buruk seperti memanggil saudaranya sesama muslim: Hai munafik, atau kepada orang yang telah Islam: Hai Yahudi, hai Nasrani!

               Allah melarang orang-orang yang beriman, jangalah mereka membuat prasangka yang buruk yang selalu banyak dengan tohmah dan khianat, kepada sesama manusia, apa lagi kepada keluarga dan orang Mukmin. Berjaga-jagalah agar manusia tidak terburu nafsu membuat sangkaan buruk tentang sesuatu kepada seseorang secara sembarangan. Kerana sebahagian dari prasagka itu ada mengandungi dosa, menyebabkan orang yang melakukannya diseksa.