Tuesday, September 30, 2014

MISI PEMBANGUNAN DALAM MEMBINA TAMADUN

 ( Disiarkan pada 27. 09. 2014)
Hidup dan kehidupan merupakan agenda setiap insan sebagai pemain dalam kelang- sungan  hidup di alam dunia. Membina pembangunan merupakan misi yang didukung oleh setiap ahli masyarakat yang bergelar mukmin. Setiap yang hidup itu mempunyai perjuangan nya mengikut perkembangan disiplin kehidupan. 
Manusia adalah makhluk bermasyarakat dan bersosial. Disiplin pembangunannya berlandaskan ukhuwah kemanusiaan demi melahirkan kasih sayang sebagai ikatan kesepa- duan ummah. Kekuatan umat dalam membangunkan kehidupan ialah kehadiran ilmu, samada ilmu ukrowi  mahupun ilmu duniawi.
Penekanan kepada ilmu akhirat atau ilmu ukrowi mempunyai impak kepada pembangunan dan kesejahteraan hidup di dunia. Ilmu tauhid merupakan pemangkin atau catalyst dalam mewujudkan tamadun kehidupan di alam ini. Ini bermakna jika kebajikan akhirat diutamakan maka dengan sendirinya kebajikan dunia turut sama terbela.
Kelayakan peribadi yang pertama ialah penguasaan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar sebagai bekalan kepada mental. Mereka yang meletakkan diri sebagai pemegang amanah bagi menegakkan kebenaran dan keadilan, patutlah mengetahui dan memahami peraturan itu secara menyeluruh, sekurang-kurangnya membolehkan mereka membezakan antara ‘aqidah Islamiyah dan ciri-ciri jahiliah, antara cara hidup Islam dan cara hidup jahiliah. Dengan itu barulah seseorang berupaya untuk mengetahui bagaimana Islam mampu membuat perubahan dalam masyarakat secara global.
Iman yang teguh sebagai bekalan spiritual.  Selain memiliki ilmu dan kefahaman tenaga penggerak juga mestilah mempunyai keimanan yang teguh tehadap ‘aqidah yang menjadi asas segala kegiatan mereka.Tidak ada jalan lain untuk mengelakkan daripada gejala ini melainkan dengan iman yang teguh terhadap Allah subhanahu wa Tala yang Maha berkuasa atas segala makhlukNya. Yakin dengan al-Quran sebagai kitab hidayah, yakin dengan petunjuk Rasul shallallahu alaihi wasallam untuk menuju jalan selamat.
Merealisasikan tamadun Islam harus merujukan sumbernnya. Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam merupakan peribadi unggul, pencetus kepada tamadun Islam. Sebelum baginda mengisytiharkan Sahifah Madaniyyah dan negara Islam Madinah, terlebih dahulu baginda membentuk peribadi-peribadi muslim selama 13 tahun di Mekkah yang dikenali kemudiannya dengan Muhajirin.
Demikian juga dengan orang-orang Yathrib, dikenali sebagai Ansar Madinah. Perpaduan erat antara Muhajirin dan Ansar itulah membentuk masyarakat dan negara Islam, sekaligus menjadi model di sepanjang zaman.
Muslim yang salih dan berjaya, bererti mampu mengarahkan halatuju fikirannya, emosi-nya, rohaninya, selari dengan kehendak fitrah murni yang telah ditetapkan Allah semenjak azali. Keharmonian tiga elemen inilah akan mencernakan perlakuan seseorang secara seimbang dan sepadu mengikut acuan Ilahi. Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama yang lurus, fitrah Allah yang memfitah manusia ke atasnya, tidak ada tukar ganti ciptaan Allah, iaitu agama yang benar, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Al-Quran, surah al-Rum:30)
Perlakuan makhluk jahat  bersemadi dalam diri manusia yang dinamakan  (syaitan hawa) adalah faktor utama berlakunya pemesongan tiga elemen di atas. Fitrah manusia memang telah ditetapkan berada dalam keadaan selari dengan kehendak Penciptanya. Seorang yang berjaya membetulkan kembali kedudukan yang asal atau berjaya mengekalkan keadaan sebagaimana asalnya, bererti dialah orang  yang berjaya mengurus diri dengan sempurna dan dia yang digelar  insan sempurna atau insan kamil.
Insan kamil bukan hanya memiliki kehebatan intelektualnya atau Intelectual Quality sehingga  mampu menguasai ilmu pengetahuan yang luas, berkemampuan mengurus cara berfikir secara kreatif dan inovatif, pantas dan tepat  dalam membuat penentuan, tetapi mestilah ditunjangi oleh kekuatan spiritualnya atau Spiritual quality dengan keimanan yang mantap terhadap Pencipta, seterusnya berjaya mengawal emosinya atau emotional Quality dengan memiliki sifat-sifat mahmudah seperti benar, amanah, adil, ikhlas, sabar, redha, syukur dan bertanggungjawab.
Kejayaan mengurus ke tiga-tiga elemen di atas, sudah tentu akan melahirkan perlakuan terpuji dan tutur kata yang selamat  daripada meyakini orang lain. Perlakuan yang seperti ini sudah tentu mampu menghambat jauh segala unsur yang mungkin menimbulkan suasana yang tidak harmoni ketika berlakunya interaksi antara seseorang dengan yang lain dalam masyarakat.
Baginda Rasul Nabi Muhammad shallahu ‘alaihi wasallam menyarankan bahawa kebahagian hidup di dunia semestilah dengan ilmu dan kebahagian hidup di akhirat semestinya dengan ilmu dan jika ingin kebahagian dalam kedua-duanya dunia dan akhirat juga semestinya dengan ilmu.
Nabi Muhammad shallahu alaihi wasallam adalah Rasul terakhir Allah wujudkan
untuk memimpin manusia di muka bumi ini maka itu baginda penutup para nabi dn rasul, maka selepas beliau tidak ada lagi yang dijadikan rasul dan nabi di dunia.  
Satu usaha baginda dalam misi pembangunan Islam ialah menegakkan pemikiran para umatnya tentang ilmu tauhid yang diterimanya dari langit untuk membetulkan persepsi mereka tentang keyakinan dan kepercayaan yang di pusakai dari datuk  nenek dan moyang mereka. Perjuangan utama baginda ialah memasyarakatkan Islam berpandukan dokumen wahyu dari langit yang diterimanya melalui malaikat Jibril dalam usaha memanusiakan manusia.
               Antara usaha yang terbesar dalam memasyarakatkan Islam khususnya di kalangan masyarakat Quraisy ialah mengembalikan kudrat kewanitaan yang telah dipinggirkan oleh bangsanya(Quraisy) dengan alasan bahawa wanita adalah pembawa kesialan dalam pembangunan keluarga. Wanita tidak diberi peranan dalam pembangunan manusia kerana mereka yakini bahawa kaum wanita tidak setimpal dengan kaum lelaki.
               Kepimpinan Rasulullah dalam memasyarakatkan Islam ialah memberi keutamaan kepada ukhuwah kemanusiaan yang menjadi tulang belakang dalam membina tamadun kehidupan. Rasulullah Shalallahu alahi wasallam memimpin umatnya begitu sempurna sekali sehingga beliau tidak kenal antara musuh dengan kawan.
Beliau menganggap semuanya sama sahaja hanya perbezaannya ialah kepada masyarakat yang menentang beliau menganggap mereka tidak faham mengenai perjuangan mereka itu adalah salah. Maka perjuangan beliau ialah membetulkan ufuk pemikiran mereka kepada keredhaan Allah Subhanahu wa Tala.
Rasulullah mengatakan kepada musuh-musuh Islam bahawa mereka tidak memahami usaha mereka itu adalah salah. Kalaulah mereka faham bahawa perjuangan mereka adalah salah maka pasti mereka tidak berbuat demikian. Maka dalam kenyataan inilah maka Rasulullah mengharapkan semoga diberi petunjuk oleh Allah agar dapat mengenal mana yang kufur dan mana yang betul. 
Mewujudkan pembangunan wajar dengan ilmu. Maka itu melaksanakan pembangunan wajar diberi kepada seorang pemimpin yang mempunyai ilmu sebagai nandi pembangunan dan menjadi katalis atau pemangkin kepada kepimpinan itu. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam seorang pemimpin  yang serba boleh dalam semua arena pembangunan.
Baginda memimpin tentera di medan peperangan; Baginda juga memimpin masyarakat dalam bidang akidah; beliau juga menjadi guru memimpin masyarakat mengenai pembangunan aqlak yang luhur; dan Baginda juga pemimpin yang amat prihatin terhadap
pembangunan keluarganya.
Sebagai pemimpin wajar mempunyai pengalaman yang luas untuk dijadikan kekuatan
diri membina stratigi kepimpinan itu. Misi pembangunan dalam strategi kepimpinan Baginda ialah memanusiakan manusia yang telah jauh menyimpang  dari landasan kehidupan yang bertamadun.
               Dalam usaha menyebarkan ajaran al-Quran kepada masyarakat jahiliah di zaman dahulu, beliau terlebih dahulu menterjemahkan isi al-Quran dalam diri Baginda. Apabila siti Aisah, isteri Baginda, ditanya oleh para sahabat mengenai akhlak Baginda maka beliau berkata, akhlak Rasulullah ialah al-Quran. Ini bermaksud segala isi al-Quran itu telah Baginda terjemahkan dalam dirinya.
               Walaubagaimana pun sebagai seorang pemimpin yang berwibawa ilmu kepimpinan beliau tidak menjadikannya melonjat sombong dan mementingkan diri. Walaupun menjadi Rasul tetapi tidak pernah menginap wang di rumahnya. Apabila beliau tidur sampai berbekas di pipinya daun kurma kerana tidak mempunyai tikar untuk tidur.
               Pembangunan dalam konsep Islam berlandaskan kepada faktor masa kerana Allah. Kejayaan dalam satu-satu pembanguna manusia adalah berlandaskan kepada kesesuaian masa untuk melaksanakanya. Masa muda adalah usia yang bersesuaian untuk melaksanakan agenda pembangunan kerana faktor yang diperlukan seperti tenaga, daya pemikiran yang jitu dan keterampilan, semangat dan seumpama sentiasa bersamanya.
               Pembangunan yang kita kecapi dalam kehidupan ini ada dua kategori. Kategori pertama ialah seperti Pembangunan jasmani, intelek dan rohani. Manakala pembangunan kategori kedua ialah pebangunan kemanusiaan, Infrastruktor kehidupan termasuklah sains dan teknologi.
               Pembangunan jasmani memainkan peranan utama dalam sinario memurnikan  tamadun kehidupan manusia. Pembangunan ini bermula sejak dalam rahim ibu. Setiap insan harus melalui berbagai ciri kehidupan yang dimainkan oleh kedua orang tuanya dalam membentuk anak dalam rahim ibu.
               Pembangunan rohani landasannya ilmu tauhid. Anak wajar diperkenalkan kepada kalimah-kalimah suci sejak usia kanak-kanak. Mengazankan anak yang baru lahir adalah langkah  pertama mengilmukan bayi dengan kalimah-kalimah tauhid. Anak itu harus mempunyai ilmu tauhid tertanam dalam dadanya untuk mengenali Allah dan mensucikannya. Mengenali Allah bermaksud ia membina iman dalam dirinya terhadap alam ghaib dan mengenali kekuasaan Allah terhadap kewujudan sesuatu hidup ini.
               Kepimpinan ibubapa dalam membentuk sasiah anak sangat menentukan. Dalam erti kata lain mendidik anak melalui contoh yang dilakukan oleh kedua ibubapa. Dalam bahasa lain mengatakan “the child learns  by example.” Amalan solat  lima waktu sehari semalam dijadikan tunjang mendisiplinkan anak. Anak wajar dibawa ke masjid menunaikan ibadah solat lima waktu dan harus dididik dengan disiplin sembahyang. Anak itu di bawa ke masjid untuk sembahyang dan bukan dibiarkan dan menjadikan  masjid itu tempat berpesta bersama anak-anak yang lain seperti mana berlaku kepada sesetengah bapa.
               Pembangunan kemanusiaan memberatkan kepada didikan ukhuwah kemanusian. Hormat menghormati antara sesama manusia terutama kepada orang tua akan mewujudkan perasaan kasih sayang  khususnya kepada sesama mukmin. Menghormati harta benda kerajaan menjadi tanggungjawab bersama terutama sekali mengenai peralatan elektronik seperti telefon awam, cable berbagai jenis yang diguna untuk keperluan awam dan sebagai- nya.
               Ikatan persaudaraan dan hubungan kasih sayang  antara anggota, adalah asas kekuatan dan kejayaan masyarakat dan organisasi. Tindakan Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam mempersudarakan antara Muhajirin dan ansar sebaik sahaja sampai di Madinah adalah suatu langkah bijak dan menjadi sunnah yang sepaptutnya dicontohi oleh umat Islam di sepanjang zaman.
               Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Perumpamaan orang-orang yang beriman dari segi kasih sayang dan hubungan kemesraan antara mereka, sepertilah satu jasad apabila salah satu anggota mengandu sakit, nescahaya saling bersimpatilah antara mereka untuk menjaga malam dan demam.” (H.R. Muslim)

               Perumpamaan di atas, adalah sebagai suatu motivasi kepada umat Islam agar menjalinkan hubungan kasih sayang antara mereka; saling bersipati sekiranya ada yang terlibat dengan kemalangan dan penderitaan, saling membantu dan berkerjasama dalam menanggung kesusahan dan kepayahan. Sekiranya terdapat perselisihan antara mereka, diwajibkan ada orang tengah menyelesaikan perselisihan tersebut secara harmoni.

Saturday, September 20, 2014

KEBERTANGGUNGJAWABAN MENANGANI KEHIDUPAN

 (Disiarkan pada 20 9. 2014)
Al-Quran merupakan dokumen wahyu yang menempatkan kehidupan itu dalam perseptif yang sempurna. Al-Quran memberi garis panduan untuk manusia melaksanakan tanggung jawabnya untuk memurikan pembangunana demi membina landasan hidup yang diperlukan dalam membentuk tamadun kehidupan.
               Iman dan takwa unsur ibadat kepada Allah subhanahu wa Tala yang wajar dibalut dengan perasaan kasih sayang yang akan membina hidup sempurna. Kasih sayang antara sesama merupakan teras kepada kasih sayang dengan makhluk Allah yang lain yang ada di alam kehidupan kita. Tanggungjawab kita sebagai pemakmur alam kehidupan merupakan amanah sebagai khalifah Allah yang wajar dilaksanakan kerana Allah.
               Makhluk manusia hidup bermasyarakat dan bersosial maka itu disiplin pembangunan dalam mewujudkan ukhuwah kemanusiaan adalah antara yang terpenting dalam membina tamadun kehidupan. Kesarasian hidup antara sesama, perlu ada pada setiap individu. Merekalah yang memainkan peranan untuk memegang kebertanggungjawaban atau accountibility kepada kebajikan sosial demi mewujudkan hubungan kasih sayang kerana Allah.
               Manusia harus sedar bahawa hidup bersosial bermakna badan masyarakat itu ditamsilkan seperti badan kita sendiri. Tangan kanan kita membantu tangan kiri dalam segala urusan pembangunan dan begitu juga sebaliknya. Hidup bermasyarakat haruslah dalam suasana tolong menolong dalam membina kehidupan kerana keperluan hidup itu sentiasa ada pada kekuasaan orang lain. Segala ilmu yang diperlukan dalam kehidupan ini tidak dapat dikuasai oleh seorang maka itu wajar ada suasana “give ada take” dalam bermasyarakat.
               Peranan kebertanggungjawaban atau accauntibility seseorang sebagai pemain dalam kehidupan adalah mengatur disiplin perlaksanaan pembangunan sesuai dengan kebolehan yang ada pada dirinya. Maka di situlah berlakunya kepekaan mengatur tanggungjawab berpandu kepada falsafah pengurusan yang menekankan konotasi“The right man on the right place, ada the right man on the right job.”
Orang yang mempunyai kemahiran dalam membina jambatan harus diberi kepada jurutera yang mahir mengenai disiplin pembinaan sebuah jambatan dan bukan diberi kepada seorang ustaz yang memimpin di bidang keagamaan. Merawat pesakit harus ditugaskan kepada doktor atau pegawai perubatan, kerana dia tahu jenis ubat untuk satu-satu jenis penyakit, dan bukan diberi kepada seorang juru bina bangunan yang hanya tahu selok belok membina bangunan.
Antara kehidupan manusia dengan kewujudan alam kehidupan di sekelilingnya, manusia mempunyai kebertanggungjawaban atau accountibility yang Allah wasiatkan yang dikenali sebagai khalifah Allah s.w.t.. Kerbertanggungjawaban yang mulia ini merupakan amanah yang wajar dilaksanakan dengan sempurnanya.
Kebertanggungjawaban yang sempurna kepada kebajikan alam itu akan melahirkan satu suasana kehidupan yang berbentuk “menang-menang” atau “win, win situation”. Penjagaan kebersihan alam kehidupan akan melahirkan kesihatan kepada manusia sebagai penggunanya. Air, dan udara adalah antara fenomena alam yang amat penting kepada kehidupan. Pencemaran kepada alam tersebut akan mengakibatkan kemuderatkan kesihatan manusia sebagai pengguna.
Dalam kajian pakar kesihatan Amerika Syarikat dalam tahun 1979 menunjukkan bahawa kebersihan alam adalah antara yang terpenting dalam kategori penjagaan kesihatan alam kehidupan. Ia adalah dalam kategori ketiga terpenting selepas para doktor perubatan mendahului, dan diikuti oleh Jabatan Pendidikan yang memegang amanah demi menjaga kesihatan kehidupan. Kebersihan alam sekitar mempunyai impak kepada kesihatan makhluk yang menghuninya termasuklah manusia.
Ini bermakna setiap individu mempunyai kebertanggungjawab atau accountability kepada pemeliharaan kebersihan alam sekitar. Negara-negara Barat antaranya ialah negara Switzerland yang amat prihatin mengenai kebersihan bandarnya sehingga anak-anak yang kecil pun sudah terdidik mengenai disiplin keberihan.
Satu peristiwa berlaku kepada  seorang rakyat Malaysia pergi melawat negara tersebut dengan tujuan melancung. Kemudian dia bersiar-siar di kawasan pelancungan atau tourist park sambil menghisap rokok. Setelah habis menghisap rokoknya ia membuang pontongan nya di merata tempat. Kejadian itu disaksikan oleh seorang anak tempatan, lebih kurang usianya lima tahun. Ia mengambil pontongan rokok yang dibuang itu kemudian diberi kepada pelancung Malaysia berkenaan.
Rakyat Malaysia tersebut mengatakan kepada budak itu “I don’t want it any more.”
Anak itu menjawab “We don’t want it either.” Kemudian pelancung Malaysia itu mengambil balik potongan rokok itu dan membuang di tempat yang disediakan khas. Budaya penanggungjawaban atau accountability dalam hati setiap rakyat Switzealand mengenai kebersihan hidup telah diterjemahkan dalam kehidupan setiap insan.
Budaya accountibility atau kebertanggungjawaban, jika tertanam dalam diri setiap insan ia akan membentuk akhlaq manusia yang sentiasa mesrah alam di mana sahaja ia berada. Ia tidak merasa keseorangan dalam hidup ini tetapi sentiasa memikirkan tanggung jawab itu sebagai nadi pembangunan bersama.
Misi pembangunan manusia khususnya di Malaysia dilihat masih kurang menepati agenda yang dimuatkan dalam wawasan negara menujuh era globalisasi yang menempatkan negara ke puncak negara berteknologi tinggi seperti yang dinyatakan dalam wawasan 2020. Agenda telah disediakan sebagai acuan yang diinginkan dalam membentuk Malaysia setaraf dengan negara maju di dunia, tetapi masih berlaku budaya kurang mendapat pengiktirafan di peringkat akar umbi.
Pepatah Melayu yang mengatakan “Indah berita dari rupa!” masih menjadi teka teki pembangunan masa kini. Kelonggaran dalam kebertanggungjawaban atau accountibility setiap rakyatnya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan terutama sekali kepada agenda negara masih berlaku unsur-unsur kelemahan dari segi keikhlasan dan kejujuran.
Peristiwa berlaku yang membabitkan kebocoran kertas soalan bahasa Inggeris dan Sains dalam peperiksaan Ujuan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2014 ini, yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, sebagai contoh, kurang menggambarkan satu persepsi manusia yang matang dari segi perlaksanaan agenda wawasan 2020.
Amat mengaibkan lagi ialah, telah disyaki yang bertanggugjawab mengenai kerenah tersebut berlaku di kalangan keluarga pendidik sendiri yang sepatutnya kumpulan manusia yang memegang amanah kerajaan untuk membentuk manusia yang berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri yang mendokong cita-cita dan jiwa murni yang kiblatnya kepada “A towering personality”.
Persoalannya ialah mengenai kefahaman individu-individu berkenaan tentang hubungan kita dengan Allah. “Hablum minallah”. Dalam hidup di alam dunia ini kewajiban yang wajar dipelihara ialah hubungan manusia dengan Allah. Ini bermaksud hidup ini merupakan ibadah kerana Allah. Hidup tanpa hubungan yang erat dengan Allah kita telah mengkufuri kekuasaan Allah yang mewujudkan manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya dimuka bumi ini.
Mengkufuri hubungan manusia dengan Allah sebenar adalah manusia yang tidak kenal dengan budaya tujuh belas rakaat! Perlaksanaan tujuh belas rakaat, menempatkan seseorang itu dekat dengan Allah maka itu sebarang ujian dalam hidup, Allah telah memagarkan dengan kekebalan yang sukar ditembusi oleh sebarang pencerobahan termasuklah manusia yang mempunyai akal yang sifatnya positif. Akal yang bersifat positif menerima apa sahaja dan percaya pada hal-hal yang tidak benar, misalnya khurafat dan khayalan, tanpa adanya dasar yang mengikuti suatu paham dan sebagainya. Sifat demikian itu yang tidak dinilai, dan ditolak oleh Islam.
Mendidik anak supaya dapat menguasai ilmu yang kelak akan mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah merupakan satu kebertanggungjawaban atau accountability yang diletakkan di bahu para pendidik yang bertauliah. Tidak ada yang mudah dalam menangani hidup ini. Setiap ibadah dalam merealisasaikan pembangunan kehidupan semestinya melalui berbagai ujian Allah. Maka itu ujian Allah itu harus ditangani dengan sifat “sabar” dan bertoleransi.
Mendidik anak atau mengilmukan insan merupakan satu ibadah. Ibadah ini  merupakan perjuangan dalam hidup. Dan perjuangan itu adalah satu pengorbanan. Manusia yang meganiayakan peraturan dalam hidup bermasyarakat adalah rakan iblis sebenar. Ia bertopengkan manusia tetapi sebenarnya jiwanya adalah jiwa syaitan.
Kelonggaran dalam memegang kebertanggungjawaban atau accauntibility yang diamanahkan oleh kerajaan sebenar, orang berkenaan telah merelakan dalam jiwanya menggadaikan maruah bangsa dan negaranya sendiri. Kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan masyarakat keseluruhannya.
Tahukan anda bahawa peristiwa ini menunjukkan kepada dunia bahawa kesahihan atau credibility persijilan negara Malaysia di mata dunia agak masih mendapat keraguan di peringkat ahli fikir antarabangsa. Dan jika inilah berlaku maka faktor bubungan antarabangsa mengenai qualiti pendidikan di Malaysia akan menjadi persoalan.
Masalah yang sering berlaku kepada setiap insan sama ada tua, muda, remaja mahupun retua, berkeluarga atau bujang ialah mereka kurang membudayakan kesyukuran terhadap apa yang ada pada mereka. Sebagaimana contoh teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. begitulah seharusnya diikuti setiap daripada kita. Walau ketika  uzur, sibuk atau di mana sahaja, Rasulullah tetap sabar mendirikan solat. Bahkan lebih mengharukan kita apabila Raslullah walaupun telah dijamin selamat daripada sebarang dosa bahkan dijamin Allah dengan syurga, tetap mendirikan solat malam.
Apabila ditanya mengapakah baginda bersusah payah bangun pada tengah malam dengan mengerjakan solat sehingga bengkak-bengkak di kaki, Rasulullah memberikan jawapan yang sungguh mengusik hati kita. Kata Rasulullah, apakah tidak layak untuknya menjadi hamba yang bersyukur? Jadi Rasulullah sendiri merasakan sebegitu rupa, maka dimanakan kedudukan kita sebagi umatnya?
Ramai orang yang ketika hendak menunaikan solat, merasakan bahawa ia hanya merugikan mereka. Sedangkan ibadat itu sebenarnya baik buat mereka. Tapi akhirnya, akibat tidak sabar, mereka tidak solat. Tumpuan mereka hanya kepada perniagaan tanpa menandahkan tuntutan kewajipan salah satu rukun Islam. 
Mereka merasakan dengan menunaikan solat, mereka akan mengalami kerugian yang banyak sama ada dari aspek masa atau kewangan. Situasi begini boleh berlaku di mana-mana organisasi. Tambah menyedihkan lagi, ketika ketua menunaikan solat, anak buah pun tidak  melakukan sedemikian. Begitulah juga sebaliknya.
Berbalik kepada peristiwa kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan Sains, semasa si pulan merancang melaksanakan mengenai peristiwa tersebut beliau tidak mengenali dirinya sebagai seorang pendidik! Kesibukan hendak mengatur stratigi cara bagaimana melaksanakannya sehingga lupa melaksanakan ibadah solat. Kalaulah ia bersabar sedikit untuk melaksanakan solat, kejadian tersebut mungkin tidak berlaku, kerana solat itu adalah tiang agama.
Peristiwa kebocoran yang disyaki dilakukan oleh warga pendidik sebenar merupakan satu ujian Allah s.w.t. kepada Kementerian Pendidikan dan seluruh warga pendidik. Setiap bentuk pembangunan semestinya melalui berbagai ujian Allah s.w.t.. Ujian itu kalau dilihat dari kaca mata iman, mempunyai hikmahnya tersendiri.
Akibat peristiwa kebocoran kertas peperiksaan maka Pengarah Peperiksaan bersama
timbalannya dikenakan tindakan “gantung kerja” sehingga penyiasatan selesai. Ini telah menggemparkan Kementerian Pendidikan keseluruhannya dan menjadi satu ikhtibar kepada orang awam dalam kementerian lain agar mula melihat keberkesanan warga kerja dalam empayarnya sendiri.
Jika dilihat dari perspektif kewibawaan perlaksanaan tugas yang diamanahkan dalam berbagai sektor termasuklah sektor pengangkutan, tahun 2014 ini telah menunjukkan berbagai ujian Allah yang tidak terduga berlaku kepada kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kehilangan Boing MH370 masih menjadi mestri hingga kini dan Boing MH 17 masih belum selesai mencari penumpang nahas pesawat tersebut yang ditimbak jatuh di kawasan Ukraine, di Republik Russia itu. Ujian tersebut amat menekankan jiwa rakyat Malaysia. Walaubagaimana pun harus bersabar kerana kesabaran yang indah itu akan membuahkan satu kejayaan yang tidak disangka-sangka. Isyallah! 

Saturday, September 13, 2014

AMANAH ATAU WASIAT DALAM PEMBANGUNAN INSAN

 (Disiarkan pada 13. 9. 2014)
Sesuatu pekerjaan yang dipercayakan kepada orang tertentu untuk menjaga atau menyampai kannya kepada orang lain dengan selamat. Ia juga berbentuk satu wasiat atau pesanan orang tertentu yang perlu disampaikan kepada orang yang berhak menerima wasiat atau pesanan tersebut.
               Pada kebiasaannya perkara yang diamanahkan merupakan satu bentuk pembangunan kehidupan kepada orang yang menerima amanah. Amanah yang biasa kita ketahui ada dua jenis. Amanah yang disampai secara langsung dan keduanya ialah amanah yang disampai secara tidak langung.
               Amanah yang disampaikan secara langsung biasanya kedua-dua pihak, iaitu orang yang mempunyai amanah dan penerima amanah masih hidup atau masih boleh bersemuka secara langsung seperti hubungan seorang anak dengan ayahnya sendiri. Amanah jenis kedua ialah yang disampaikan  dengan menggunakan khidmat orang tengah.
               Kedua-dua jenis amanah mempunyai kekuatan yang serupa dari segi maknanya. Dalam pembangunan manusia amanah atau wasiat Allah Subhanahu wa Ta’ala telah disalurkan kepada wahyu-Nya yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad shallalahu alai wasallam dalam perantaran Malaikat Jibril sebagai penyampainya.
               Wasiat-wasiat atau amanah Allah yang dimuatkan dalam al-Quran dipertanggung jawabkan kepada baginda rasul nabi Muhammad shallahu alai wasallam untuk ditarbiahkan kepada semua manusia di alam dunia ini. Walaubagaimana pun wasiat atau amanah tersebut diturunkan tanggungjawabnya kepada umat nabi Muhammad setelah wafatnya baginda rasul, untuk disampaikan kepada manusia hingga ke hari  kiamat.
               Antara amanah atau wasiat Allah dalam Al-Quran seperti dalam surah Al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan jiwa (hati); semua itu akan diminta pertanggungjawabnya.
               Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini berlagak sombong, kerana sesungguh nya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali tidak akan mencapai setinggi gunung.”
               Ayat di atas adalah salah satu di antara ayat-ayat yang mengandung wasiat dan hikmah yang besar. Ayat tersebut juga merupakan anjuran dari Allah swt. kepada hamba-hamba-Nya agar selalu memelihara segala sesuatu yang dianugerahkan, baik berupa akal fikiran, telinga, jiwa, dan lain-lain untuk menggunakan dan mengembangkannya di segala bidang  dengan sebaik-baiknya. Bila karunia yang dimilikinya tidak digunakan sesuai dengan fungsinya, maka ia harus mempertanggungjawabkannya.
               Sebagaimana diketahui, bahawa akal itu mempunai dua sifat, iaitu pertama: Akal yang sifatnya positif, menerima apa sahaja dan percaya pada hal-hal yang tidak benar, misalnya khurafat dan khayalan, tanpa adanya dasar yang mengikuti suatu paham dan sebagainya. Sifat demikian itu, yang tidak bernilai, ditolak oleh Islam.
               Kedua: Akal yang dikehendaki oleh Islam ialah akal aktif yang mengikuti dan patuh pada dalil dan hal-hal yang ada dasarnya. Akal yang sihat dan sempurna, dan itu akan tercermin pada pengalaman, ilmu pengetahuan, dan cara memakai  segala sesuatu yang diberikan  Allah swt. kepadanya, misalnya telinga, penglihatan serta jiwa sebagai sarana makrifat.
               Allah berfirman dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud:
               “Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam  keadaan tidak mengetahui apa-apa lalu Dia menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan jiwa agar kamu bersyukur.”
               Maka, wajib bagi manusia menggunakan telinga untuk mendengarkan hal-hal yang baik. Penglihatan untuk memandang  sesuatu yang dapat menimbulkan pengalaman-pengala- man berharga. Maka atas dasar inilah berkembang ilmu-ilmu pengetahuan di alam semesta ini. Pikiran atau akal dipakai untuk menimbang (membedakan) sesuatu, baik atau buruk, dan juga dapat menarik kesimpulan dari suatu analisis.
               Sarana atau alat tersebut dapat mengungkapkan dan melihat dari jauh alam penghidu-
pan makhluk serta syriat Allah yang telah diperintahkan atau yang dilarangnya. Alat tersebut  tidak boleh  digunakan untuk hal-hal yang dilarang dan mengikuti hal-hal yang tidak benar atau kebatilan.
               Firman Allah swt. surah Al-qashash ayat 71 yang bermaksud:
               “....apakah kamu tidak mendengar?”
Untuk memikirkan betapa dahsyatnya jika memang misalnya terjadi demikian, iaitu hari malam terus menerus, gelap terus menerus yang sebaik-baiknya ialah pada malam hari, terutama malam gelap gulita. Cahaya bulan tidak ada, cahaya bintang tidak ada, dan segala sesuatu hening bening di kanan kiri kita. Ke mana saja mata memandang tidak ada yang kelihatan. Maka yang tajam  waktu itu  ialah daya pendengaran kita. Maka itu penutup ayat ialah: “Apakah tidak kamu mendengar?”
               Firman Allah  swt. surah Al-Qashash ayat 72:
               “....apa kamu tidak memperhatikan ?”
               Manusia disuruh berfikir, disuruh menuntut ilmu untuk menyelidiki bahawa tidak mungkin peraturan yang telah ada ini iaitu peredaran bumi mengelilingi matahari, yang menyebabkan terjadi siang dan malam, mewujudkan perputaran cakerawala alam akan dapat diubah lagi. Tidak ada  kekuasaan lain yang mengaturnya kecuali kekuasaan Tuhan. Dan Allah sendiri misalnya dengan kudrat iradatNya hendak mengubah perjalanan itu tidak pula ada tuhan lain yang dapat mengalangnya.
               Penutup ayat pertanyaan pula: “apakah kamu memperhatikan’. Sebab di siang hari yang terang benderang, jauh dan dekat, warna dan warni, panjang dan lebar jelas nampak oleh mata, maka itu pulalah pertanyaan yang sesuai buat penutup ayat, sebagai penutup ayat tentang malam ialah apakah kamu tidak mendengar?
               Firman Allah swt. surah Al-Baqarah ayat 76 yang bermaksud:
               “....tidakkah kamu mengerti?”
               Sungguh berbeza sekali antara orang-orang Islam yang taat, yang mahu menerapkan ayat-ayat tersebut di atas, dengan orang-orang  kafir yang tersesat, yang membekukan ayat-ayat tersebut untuk dimanfaatkan ke arah yang tidak benar. Mereka memilikinya, tetapi tidak menggunakannya ke arah yang benar.
               Allah swt. berfirman dalam al-Quran surah Al-A’raaf ayat 179
               “...mereka mempunyai hati (akal), tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, (tetapi) mereka tidak menggunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu bagikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itu adalah orang-orang yang lalai.”
               Mereka ada mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami keterangan-keterangan Allah dan memikirkan kebaikan serta petunjuk yang ada di dalamnya seperti terutusnya rasul dan kebenaran  agama Islam yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan manusia, bahkan mereka bepaling dari kebenaran itu dan enggan untuk menerimanya. Mereka hanya memahami apa yang menjadi kepentingan hidup mereka di dunia sahaja.
               Mereka ada mempunyai mata, tetapi tidak dipergunakan untuk melihat kejadian dan keajaiban alam yang menandakan tentang keesaan Allah dan kekuasaan-Nya  di dalam mencipta dan mengatur alam sehingga semuanya berjalan dengan sempurna dengan tidak ada cacatnya . Tetapi  semuanya itu telah menjadi perhatian, bahkan yang mereka lihat ialah
perkara-perkara yang keji, kotor dan maksiat untuk memuaskan nafsu mereka.
               Mereka ada mempunyai telinga, tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar keterangan-keterangan yang berharga dari kandungan ayat-ayat Quran dan hadis, tidak untuk mendengar nasihat-nasihat yang baik daripada ulama dan cerdik pandai, dan tidak untuk mendengar pengajarean-pengajaran yang berguna bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
               Kemudian Allah membuat perumpamaan dengan firman-Nya yang berbunyi: “Mereka itu adalah seperti binatang ternakan.”
               Sedangkan binatang ternak masih juga faham tentang setengah-setengah perkara yang mungkin membahayakan dirinya lalu ia menjauhinya, begitu pula setengah-setengah perkara  yang mendatangkan faedah kepadanya lalu dihampirinya. Tetapi bagi orang yang kufur dan ingkar, mereka itu  tetap tidak mahu memahaminya. Sikap mereka itu menunjukkan bahawa mereka lebih  sesat lagi dari binatang. Itulah perumpamaan orang-orang yang dibebani kewajipan syarak – sebagai sifatnya makhluk yang mesti tunduk – tetapi telah cuai, lali dan menyia-nyiakan tugasnya.
               Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Isra’ ayat 37 yang bererti: “Janganlah kamu berjalan di atas bumi Allah ini dengan berlagak sombong. Sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan tidak akan mencapai setinggi gunung.”
               Allah melarang, janganlah seseorang itu berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong, umpamanya  berjalan dengan menghentak-hentak kaki kerana menunjukkan kemegahan. Sebabnya dilarang – Allah menyindir – kerana engkau tidak akan dapat  menembusi bumi. Dengan kesombongan dan takburmu, engkau tidak akan dapat menembusi bumi sampai ke hujung atau sebaliknya. Dan tidak pula dapat engkau menandingi gunung dengan kesombonganmu hingga mencapai  puncaknya kerana engkau tidak  dapat memanjang  saetinggi gunung.
               Jelasnya: Janganlah manusia itu membesarkan diri walhal dia adalah makhluk yang lemah. Jika dibandingkan manusia itu dengan bumi, gunung dan benda-benda yang ada disekelilingnya, dia adalah jauh lebih kecil dan paling lemah. Kesombongan hanyalah bergantung dengan  besarnya kekuatan dan besarnya tubuh badan, sedang kedua-duanya ini tidak pula dipunyai oleh manusia. Maka apakah yang menyebabkan dia berlagak sombong sedangkan dia lebih hina daripada bumi dan lebih kecil daripadanya.
               Tidak layak bagi orang mukmin berjalan dengan lagak (gaya) ujub dan takabur (sombong). Pada ayat lain Allah memuji hamba-hamba-Nya yang salih. Sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Furqaan ayat 63 yang ertinya,
“Dan hamba-hamba Tuhan yang Pengasih itu, ia lah mereka yang berjalan di muka bumi beradab sopan. Dan apabila diajak bercakap oleh orang-orang yang bodoh, mereka katakan: “Baik sahaja.”Jika hamba Ar-Rahman berjalan di atas bumi, mereka berjalan dengan tenang dan rendah hati.”
Allah  sebutkan akan pekerti hamba-hamba-Nya daripada orang-orang Mukmin yang sungguh-sungguh ikhlas di dalam beribadat kepada Allah. Mereka itu sifat-sifatnya yang sempurna dengan segala budi pekertinya yang mulia, yang dengannya layaklah mereka mendapat pahala yang besar dari Tuhan mereka dengan diberi kehormatan yang mulia.  
Gambaran mereka yang baik itu pula dibayangkan dengan beberapa macam si                                                    fat-sifat seperti yang berikut: Hamba-hamba Allah yang layak mendapat pahala sebagai pembalasan dari Tuhan mereka, ialah orang yang berjalan dengan penuh tertib dan beradab sopan, tidak menghentak-hentakkan kakinya di atas bumi untuk  menunjukkan kesombongan nya dengan membuat bising ribut da bising suara kakinya.
Dalam hubungan ini Sayidina Umar (r.a.) telah meriwayatkan: Apakala beliau melihat seorang budak laki-laki jalannya berlenggang dengan lagak yang sombong, beliau menegur nya dengan berkata: Sesungguhnya berlenggang dengan lagak yang sobong itu adalah cara berjalan yang dibenci. Maka bercermatlah engkau waktu berjalan. Demikian Sayidina Umar mengingatkan budak tersebut. Untuk apa manusia berjalan di muka bumi ini dengan gaya yang sombong? Sedangkan ia tidak dapat menembus bumi dan tidak dapat juga mencapai setinggi gunung?
               Bagikan orang yang mengendarai mobil atau kendraan bermotor yang mewah dengan kecepatan yang luar biasa, tanpa mempedulikan pejalan kaki  sehingga mereka itu sering menjadi korban kecelakaan.
               Sebagai orang Muslim, hendaklah memperhatikan ketertiban dan berlaku baik,
menjauhi sifat-sifat sombong atau ujub. Sebagaimana sabda baginda Nabi shallahu alai wasallam.

               “Barang siapa yang menganggap dirinya besar dan berlaku sombong dalam perjalanannya, maka ia akan menemui Allah dan dimurkai-Nya.” (H.r. Ahad dan Bukhari)

Saturday, September 6, 2014

KEIKHLASAN NADI PEMBANGUNAN INSAN

 (Disiarkan pada 6. 9. 2014)
Ikhlas adalah satu perasaan hati yang bersih dan jujur. Berdermalah  dengan ikhlas semoga diberi  ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.. Kejujuran dan keikhlasan dalam melaksana kan ibadah dituntut oleh Islam. Seorang yang berhati ikhlas sentiasa memikirkan ibadahnya kerana Allah. Iman memandu manusia untuk membudayakan keikhlasan demi kesempurnaan hidup bermasyarakat.
Ikhlas ertinya bersih, tidak ada campuran, ibarat emas murni, tidak ada campuran perak beberapa persen pun. Perkerjaan yang bersih terhadap sesuatu, bernama ikhlas. Misalnya seorang bekerja kerana semata-mata kerana mengharapkan puji majikan, maka ikhlas amalnya kepada majikannya, atau dia bekerja memburu harta dari pagi hingga ke petang dengan tidak jemu-jemu, kerana semata memikirkan upah, maka keikhlasnnya kepada perutnya.
Tempat ikhlas ialah hati. Bilamana seorang berniat  mengerjakan sesuatu pekerjaan, mulai melangkah sudah dapat ditentukan ke mana tujuan dan bagaimana dasar. Ada orang berminat hendak menolong fakir miskin. Pekerjaan memberi pertolongan adalah baik, tetapi belum tentu baik jika dasarnya tidak subur. Barulah akan baik dari zat sampai kepada sifatnya jika dasarnya kepada ikhlas. Iaitu menolong fakir dan miskin kerana Allah, bukan semata mengharapkan puji dan sanjung. Oleh sebab itu, perkataan ikhlas itu terpakai terhadap Allah semata-mata.
Ikhlas tidak dapat dipisahkan dari siddiq (benar) tulus. Lurus dan benar niat dan sengaja, kerana Allah belaka, tidak mendustai diri dengan perkataan ‘kerana Allah’, pada hal di dalam hati bersarang kerana puji, kerana mencari nama dan lain-lain. Orang yang mengaku mulutnya benar, tetapi hatinya berdusta, dia termasuk dalam golongan pendusta.
Ikhlas adalah seluruh perbuatanmu muncul kerana Allah semata, di dalam kalbumu  tidak ada hasrat  sedikit pun untuk berpaling  kepada makhluk, ketika, dan sesudah melakukan perbuatan tersebut. Menampakkan  bekas ketaatan dari cahaya wajahmu dan menampakkan bekas sujud di keningmu. Termasuk tanda-tanda keikhlasan mu adalah jika kamu tidak bergembira dengan  pujian manusia kepadamu, dan tidak bersedih  kerana celaan mereka terhadapmu. Dalam pandangan mu keduanya tersebut adalah sama.
Ikhlas adalah syarat penerimaan amalan. Ganjaran akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala berkadar dengan tingkat keikhlasan ini. Amalan yang ikhlas akan mengganda-gadakan ganjarannya mengikut kehendak Allah Subhanahu wa  Ta’ala. Untuk menghasilkan hakikat ini setiap amalan hendaklah dilakukan  dengan istiqamah iaitu berterusan walaupun sedikit, sama ada secara perseorangan ataupun  di tengah-tengah khalayak ramai.
Keikhlasan adalah batu asas di dalam penerimaan amalan. Oleh  itu  setiap amalan walau bagaimana cantik sekalipun, tidak akan bernilai di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala sekiranya tidak disertai dengan ikhlas.
Ikhlas akan menolak kesyirikan walaupun syirik itu  mempunyai darjat yang berbagai-bagai. Apabila amalan kosong dari sifat ikhlas, ia mungkin disebabkan riya’ dan riya’ adalah termasuk ke dalam syirik khofi (syirik yang tersembunyai). Meninggalkan sesuatu kerana manusia dipanggil riya’ dan melakukan sesuatu amalan untuk manusia dipanggil syirik. Oleh itu seseorang hendaklah memaksudkan amalannya semata-mata untuk memperolehi keredha- an Allah Suhanahu wa Ta’ala.
Hati yang ikhlas sentiasa melahirkan suasana kehidupan yang khusyu’ dan tawadhu kerana Allah. Ibadah tidak akan pernah betul tanpa disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. Berjalan menuju Allah tidak  akan pernah betul melainkan dengan kejujuran dan keikhlasan.
Dalam menempuh jalan ke arah yang dicita-citakan, hendaklah seseorang itu berlaku
benar dan ikhlas. Allah pernah berfirman dalam hadith Qudsi ertinya: “Ikhlas itu merupakan sesuatu rahsia dan pada rahsia-rahsia-Ku yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku  yang Ku kasihi.”
Allah Suhnanahu wa Ta’ala tidak menerima amalan kita, jika amalan itu  tidak dikerjakan dengan secara ikhlas semata-mata kerana Alah Subhanahu wa Ta’ala. Ibrahim  bin Adham menjelaskan bahawa ikhlas itu  ialah niat yang benar terhadap Allah Suhanahu wa Ta’ala.
Manusia binasa kecuali orang yang berilmu. Orang yang berilmu juga binasa kecuali orang yang beramal. Orang-orang yang beramal binasa kecuali mereka yang  ikhlas. Orang-orang yang ikhlas ini sentiasa berada dalam bahaya yang besar. Allah tidak menerima amal ibadah dan perkataan kecuali berlandaskan ikhlas kerana Allah Ta’ala
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud: “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya mnyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam al-Quran surah al-Taubah ayat 119 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.”
Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat kepada tubuh dan rupa kamu, akan tetapi Dia melihat kepada hati kamu.” (Diriwayatkan oleh Muslim dalam Jami’ al-Ushul, no. 4731)
Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah orang bersifat jujur dan ikhlas dalam setiap keadaan, perkataan dan perbuatan sepanjang  hidupnya. Demikianlah kedua-dua ibubapanya mendidiknya  dan sentiasa berpegang  dengannya hingga meninggal dunia. Belia berkata:
“Wahai anakku! Hendaklah kamu bersifat jujur dan menjaga kesucian diri. Tanpa keduanya, seorang manusia tidak akan dapat mendekatkan diri kepada Allah. Dengan sayap ikhlas, orang yang ‘arif (mengenal Allah) terbang meninggalkan kegelapan sangkar duniawi menuju keluasan cahaya kesucian, lalu mendarat  di taman sifat kejujuran.”
“Wahai anakku! Jalan menuju Allah tidak akan dapat dilalui melainkan dengan berbekalkan sifat jujur dan tidak akan sampai  kepada Allah melainkan setelah berpuasa dari dunia dan segala isinya. Jika jiwa sudah bersih  daripada kotoran  kemanusiaan  dan segala perintah  telah dilaksanakan, maka beruntunglah  orang yang menyedari kelalaian akalnya, membersihkan keadaannya dengan mendekatkan diri kepada Tuhannya, berada diri menuju Tuhan yang akan menghisab amal dengan cepat, berlumba menuju negeri akhirat, dan memuhasabah diri dari apa-apa yang harus dia tinggalkan. Dunia adalah jambatan penye- barangan  dan hari qiamat adalah huru-hara yang amat dahsyat.”1
Syeikh Abdul Qadir al-Jalani berkata: “Asas amal adalah tauhid dan ikhlas. Seseorang yang tidak bertauhid  dan ikhlas kepada Allah bererti tidak memiliki amal. Kukuhkanlah asas-asas amalmu dengan tauhid dan ikhlas, lalu binalah amalanmu  dengan kekuatan dan kekuasaan Allah, bukan  dengan kekuatan dan kekuasaanmu.”2
“Setiap  amalan yang tidak mengandungi keikhlasan ibarat kulit yang tidak ada isi atau sepotong kayu yang tegak namun rapuh atau gambar gambar tanpa makna, dan ini adalah perbuatan orang munafiq.2
               Niat yang ikhlas dipunyai oleh  semua nabi-nabi Allah Subahanahu wa Ta’ala sebagai mana firman-Nya dalam al-Quran surah Hud ayat 29 yang bermaksud: “Dan (Nuhpun bekata), hai kaumku, aku tiada meminta harta benda dari mu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah.”
               Begitu juga maksudnya, adalah untuk menjaga dirinya sendiri daripada terjeremus ke
dalam kemungkaran yang sama. Allah s.w.t. akan membantunya dan menghapuskan 
kemungkaran tersebut sekiranya  ia benar-benar ikhlas dan jujur di dalam usahanya.
               Ganjaran pahala dari Allah Suhanahu wa Ta’ala, setelah kita melaksanakan ibadah yang diredhai-Nya adalah sesuatu yang amat diperlukan dalam hidup ini sebagai bekalan diri menghadap Zat Yang Maha Berkuasa itu.  Pahala juga akan menjadi teman hidup kita di alam barzakh semasa menanti dunia hancur-hancuran atau kiamat datang.
               Apakah yang diperlukan dalam hidup ini? Menjawab persoalan ini kita perlu melihat nandi pembangunan seorang insan dalam sinario kehidupan di alam dunia. Pembangunan seorang insan harus dilihat  dalam dua dimensi iaitu alam duniawi dan alam ukrowi.
               Jika tumpuan keutamaan pembangunan kepada jasmani manusia sering diporak-porandakan oleh iblis laknatullah mengakibatkan kepincangan dalam disiplin pembangunan nya. Maka itu halatuju pembangunan berkiblat kepada melayani nafsu yang berunsurkan kepentingan diri semata.
               Pembangunan ukrowi landasannya ialah dalam hati dan akal sebagai rasul dalam diri setiap insan. Keikhlasan dalam hati wajar dijadikan strategi perjuangan demi memartabatkan pembangunan jasmani dan rohani yang dimurnikan dengan tujuh belas rakaat. Ibadah kerana Allah akan menjamin kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Disiplin pembangunan yang dibalut dengan akidah, Allah akan sentiasa memudahkan urusan dalam hidup.
               Manusia  diwujudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan satu tujuan iaitu  ber- ibadat dan memuji keagungan Allah. (Adz-Dzariyat ayat 56). Perlaksanaan agenda dalam hidup  harus dilakukan sebagai tawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka itu disiplin perlaksanaannya haruslah dalam keadaan berwudhu. Budaya berwudhu akan dapat menjaga keikhlasan dan kejujuran  dalam hati sentiasa mewarnai tidakan dalam melaksanakan agenda pembangunan manusia.
               Kikhlasan itu sebenarnya adalah nadi  pembangunan insan kerana usaha kita ke arah itu  adalah berupa tawakal kepada Allah Suhanahu wa Ta’ala. Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Fatihah yang bermaksud:
               “Kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala kami beribadat dan kepada Allah Suhanahu wa Ta’ala jualah tempat kami memohon pertolongan.” Jika nakbudunya sempurna maka pertolongan akan sentiasa di perkanankan Allah.
               Dalam melaksanakan tujuhbelas rakaat, jasmani dan rohani wajar dalam keadaan bersih agar kekhusyukan dalam beribadat sentiasa terpelihara dan terjaga. Jika budaya membersihkan diri, jasmani dan rohani setiap kali, melaksanakan amanah yang di pertangung jawabkan, maka pasti keikhlasan dan kejujuran hati akan mewarnai tindakan anda dalam semua bentuk pembangunan.
Allah berfirman dalam al-Quran  Surah  Ali Imran ayat 160 yang bermaksud: “Jika Allah Subhanahu wa Ta’ala menolong kamu., maka tidak ada orang yang dapat mengalakan kamu, dan jika Allah Subhanahu wa Ta’ala membiarkan kamu  (tidak memberi pertolongan), maka siapakah  gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah Subhanahu wa Ta’ala sesudah itu? Oleh kerana itu hendaklah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja orang-orang mukmin bertawakal.”  
Mengekalkan kebersihan seperti sentiasa berwudhu, manusia  boleh menjaminkan keikhlasan dan kejujurannya dalam melaksanakan agenda pembangunan, kelak membuahkan keuntungan hidup dunia dan pasti menempah jaminan kebahagian kehidupan akhirat.
Ikhlas kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala bermaksud hanya semata-mata pecaya kepada-Nya. Ia tidak boleh dipesekutukan  dengan yang lain, pada zat, sifat dan pada kekuasaan-Nya. Hadapkan kepada-Nya segala sifat-sifat kesempurnaan  yang penuh. Hindarkan daripada prasangkaan  sifat-sifat kekurangan.
Ikhlas kepada agama kerana Allah menjadi  nadi perjuangan  menegakkan keadilan dan kesucian hidup di alam yang fana ini. Keikhlasan kepada agama Allah memandu manusia
mencintai Allah Subhanahu wa Ta’ala dan memelihara tauhid-Nya serta menjauhi segala
Larangan-Nya. Adalah menjadi perjuangan hidup, berjihad kerana Allah demi menegakkan kemurnia beragama.
               Setiap mukmin yang ikhlas cintakan agama yakni cinta kepada Allah dan Rasul-Nya menunjukkan keteguhannya kepada agama Islam. Setiap mukmin melaksanakan jihad kerana Allah untuk menentang perbuatan yang zalim kepada kesucian  agama Islam. 
1Qala’id al-Jawahir, hlm. 61
2Fath al-Rabbani, majlis: 6

3Ibid, majlis: 24