Sunday, October 26, 2014

FAKULTI AKAL MEMIMPIN MANUSIA DALAM LANDASAN YANG BENAR

 (Disiarkan pada 25. 10. 2014)
Akal merupakan satu fungsi roh manusia. Oleh itu, akal adalah satu entiti kerohanian. Dalam kehidupan duniawi akal mempunyai dua dimensi yang berbeza. Dari aspek fizikal, akal merujuk  organ otak, manakala dari aspek kerohanian pada akal merujuk kebolehan manusia untuk memahami, membeza, membanding, menimbang dan membina skim ilmu.
               Otak (entiti fizikal) dan akal (entiti kerohanian) saling berinteraksi antara satu  sama lain. Misalnya akal memperolehi maklumat tentang benda-benda dalam persekitaran melalui pancaindera; keperluan asas tubuh ditafsirkan oleh akal, sementara akal pula mungkin  mengarah tingkah laku yang tertentu. 
Melalui akal, manusia berkemampuan membaca, memerhati, mengkaji, menganalisis, menterjemah, mentafsir, dan memahami tanda –tanda kekuasaan Allah dalam alam semesta. Rengkasnya, akal merupakan alat atau wahana untuk berfikir, bertaakul, membuat keputusan, dan membina  skim ilmu tentang alam semesta.
               Dalam proses membina skim ilmu, akal tidak berfungsi secara bersendirian. Malah, proses tersebut  membabitkan gabungan tiga daya yang terdapat dalam diri manusia:
1.       Daya intelek (akal) atau pintar cerdas yang berkait dengan fungsi akal
2.       Daya kemahuan (iradah), pemilihan, kerelaan hati, atau komitmen yang berkait dengan fugsi jiwa.
3.       Daya perasaan(wujdan) atau motivasi yang berkait dengan funsi jiwa.
Islam memberi penekanan dan pengiktirafan yang tinggi kepada penggunaan akal atau
berfikir dalam usaha mencapai kebenaran dan keyakinan. Malah berfikir adalah satu kewaji- pan menurut Islam.  Dalam al-Qur’an terdapat 16 frasa ulil albab (orang yang memahami atau berfikir) dan 34 tempat seruan berulang kali disebut agar manusia memerhati, berfikir, dan bertafakur. Dalam satu hadis riwayat Ibn Majjah pula, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda, “Berfikir sejam adalah lebih baik daripada tujuh puluh tahun sembahyang sunnat”.
               Antara lain,  hadis ini menggambarkan kepentingan ikhtiar intelektual dalam pemba- ngunan insan. Malangnya, sesetengah  individu  Muslim mengabaikan inti sari hadis ini. Misalnya mereka lebih berminat untuk meneliti budaya Barat bagi mendapatkan bimbingan dan nasihat mengenai isu-isu pembangunan, daripada meneliti warisan intelektual,  tradisi moral, prinsip etika, sistem nilai, dan sumber kerohanian mereka sendiri untuk mencari penyelesaian yang selaras dengan ajaran Islam.
               Dalam konteks pembangunan, masalah itu merupakan satu peluang bagi kita untuk menuju ke destinasi kecemerlangan kerana ia memberi kita satu jalan untuk menggunakan kemahiran berfikir demi memahami mengapakah wujud masalah itu?
               Ini bermakna akal adalah satu alat untuk mencari jalan atau ikhtiar melakukan sesuatu agar karenah-karenah yang menghalang kita untuk meneruskan agenda pembangunan sesuatu dapat diatasi.
               Akal adalah fikiran yang sihat bagi menempatkan manusia  sebagai makhluk yang mempunyai kewibawaan dalam menangani pembangunan hidup. Jika akal itu digunapakai dengan sajian iman kepada Allah Subhanahu wa Tala, maka segala penyelesaian kepada permasalaan kehidupan dapat ditangani dengan sempurna dan seksama mengikut lunas-lunas ketamaadunan manusia.
               Manusia dijadikan Allah Subhanahu wa Tala di syurga dengan keadaan hidup yang senang dan mewah tanpa menggunakan akal untuk mendapatkan sesuatu keperluan hidup. Semuanya disediakan Allah Subhanahu wa Tala, akan tetapi manusia mengkufuri kemewahan hidup tersebut dan tidak bersyukur kepada Allah malahan membelakangi nasihat-Nya supaya
jangan menyentuh buah khuldi yang terlarang itu.
Akibat kegagalan mematuhi amanah berkenaan maka manusia disingkir oleh Allah dari syurga-Nya dan ditempatkan di alam dunia buat selama-lamanya  sehingga akhir hayatnya sebelum bertemu kembali dengan Allah dengan izin-Nya!.Kehidupan di dunia dihiasi dengan berbagai macam ujian Allah Subhanahu wa Tala. Untuk menangani ujuan-ujian tersebut kita menggunakan akal fikiran demi mendapatkan hikmah disebalik ujian tersebut..
Pepatah mengatakan bahawa guru yang paling bijaksana ialah pengalaman. Dari pengalaman timbul akal untuk berhati-hati supaya kesalahan yang telah dialami tidak berulang lagi. Jika kesalahan yang sama berulang juga maka manusia tidak mempunyai akal fikiran untuk memandunya dalam menelusuri kehidupan.
Jika pengalaman hidup tidak pernah dilalui seperti kesusahan atau kesangsaraan hidup yang memerlukan akal untuk menanganinya, maka apabila ia bertemu susah amat sukar baginya untuk menyelesaikan.
Dari sudat rohani akal bertanggungjawab terhadap proses persepsi, pemahaman, penakulan, pemikiran dan pembinaan skim ilmu. Dengan akal, manusia dapat berfikir tentang baik dan buruknya sesuatu perkara mengatasi  konflik kognatif, dan meneliti perubahan dalam persekitaran sehingga dapat mengambil manfaat darinya. Pada asasnya, akal terdiri daripada bahan kerohanian yang membolehkan  roh rasional mengenali dan membezakan kebenaran daripada kebatilan.
               Secara tabii, fakulti akal mempunyai kecendrungan untuk mengetahui. Akal merupa kan alat yang membolehkan seseorang memahami dan mengamati fenomena alam semula jadi, sejarah tamadun manusia, dan perkembangan diri serta menganalisis kepentingan hidup beragama.
               Melalui akal, manusia dapat memerhati, mentafsir, dan memahami tanda-tanda kekuasaan Allah yang bersifat lingustik begitu juga yang bukan bersifat lingustik. Tanda linguistik merujuk kepada ayat-ayat al-Quran (wahyu-Nya), manakala tanda bukan lingustik  merujuk kepada fenomena alam semualajadi (alam tercipta)  oleh Allah..
               Pada sesetengan ulama akal merupakan rasul dalam diri seseorang kerana ia membantu memahami sesuatu fenomen alam kehidupan. Akal terdapat satu proses penting yang dikenali sebagai fikir. Konsep fikir merujuk kepada aktiviti renungan (refleksi) atau penyoalan dalam yang rasional dan kritis. Melalu fikir, roh manusia bergerak ke arah memperoleh makna tentang sesuatu objek pengetahuan.
               Pemerolehan makna atau ketibaan roh kepada makna tentang sesuatu itu pula adalah melalui proses intuisi yang berlaku dalam kalbu. Dalam konteks ini, perkaitan antara akal dengan kalbu dapat dilihat dengan jelas. Akal berfungsi membina skim ilmu melalui tiga proses asas, iaitu penglibatan aktif, fikir (refleksi), dan pengabstrakan, manakala kalbu pula berfungsi mengembangkan skim ilmu menjadi ilmu  melalui proses intusi atau ilham. 
               Pada umumnya, fikir merupakan kekuatan yang merintis jalan ke arah memperolehi makna tentang sesuatu. Fikir boleh dibahagi kepada dua tahap, iaitu  tahap rendah dan tinggi. Pada tahap rendah, fikir mengamati ciptaan Allah dalam dunia ini sebagai fenomena biasa sahaja.
               Pada tahap tinggi pula, fikir mengamati fenomena alam semesta dan maju untuk mengenal pasti sifat-sifat Allah yang dimanifestikan dalam fenomena tersebut. Manusia bukan sekadar merenungi fenomen alam semesta, tetapi pada masa yang sama mereka mengingati pencipta dan penguasa sebenar bagi fenomena tersebut.
               Dalam konteks ini, fikir bertukar menjadi zikir dan manusia memperolehi kesedaran serta keupayaan untuk meletakkan sesuatu objek pengetahuan pada tempat yang sepatutnya dalam urutan dan fitrah kejadian.                   
               Kemampuan akal untuk mengetahui dan memahami adalah terbatas. Malah akal tidak
mampu memahami dan mengetahui ilmu Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kekuatan ilmu saling berkait dengan kekuatan akal kerana ilmu diperoleh melalui akal yang rasional. Akal merupakan benda yang paling istimewa bagi manusia. Walaubagaimana pun akal manusia mempunyai kemungkinan untuk berkembang secara tidak lurus. Apabila keadaan ini berlaku, manusia akan kehilangan hikmah.           
               Akal yang keterlaluan akan menerbitkan sifat-sifat negatif seperti pembujuk, penipu dan penghelah. Akal yang lalai pula akan menerbitkan sifat-sifat  seperti  degil, tolol, bebal, dan bodoh. Orang yang tolol mempunyai tujuan yang benar tetapi cara dia mencapai tujuan itu adalah salah, iaitu dia tidak mempunyai pertimbangan yang benar dalam merancang dan melaksanakan sesuatu agenda untuk sampai kepada tujuan itu.    
               Budaya ilmu memerlukan ketahanan akal untuk sentiasa berada dalam cabaran intelektual, di samping ketahanan jiwa untuk sentiasa berada dalam kebenaran. Dewasa ini, budaya membaca dan budaya berfikir mendapat tentangan atau persaingan yang hebat darpada budaya hiburan dan budaya berpesta.
               Al-Qur’an merupakan “dinn” akal dengan pengertian bahawa ia sebagai pembawa hidayah, petujuk, pemimpin dan pembimbing kepada akal. Prinsip ini boleh difahami oleh akal dan akal perlu merujuk kepadanya pada setiap perkara.
               Maka itu, al-Qur’an hakikatnya diturunkan untuk memandu akal manusia ke arah kesempurnaan jiwa, maka seorang itu adalah manusia dari sudut jiwanya, dia akan dapat mencapai tahap kemanusiaan yang sangat tinggi.
               Di dalam al-Qur’an banyak ayat  yang diakhiri dengan kalimah:”Apakah kamu tidak berakal?” “Apakah kamu tidak berfikir?” dan “Apakah  kamu tidak melihat?”
               Maka jelaslah ini menunjukkan bahawa al-Qur’an mengarahkan manusia kepada menggunakan akal fikiran. Sebenarnya apa yang Allah subhanahu wa Tala firmankan tentang pemikiran, penglihatan, dan pengamatan, kesemuanya membawa maksud mengambil ‘ikhtibar’ iaitu Allah Subhanahu wa Tala mahu menyatakan hendaklah anda berfikir supaya dapat melihat bahawa Allah Subhanahu wa Tala ialah al-haq dan di sana ada sesuatu yang baik.
               “Dinn” akal yang dimaksudkan  oleh al-Qur’an sebagai pembawa hidayah, memberi maksud  sebagai penerang hati untuk melihat sesuatu yang berlandaskan kepada akal manusia  dengan catatan bahawa Allah Subhanahu wa Tala redha kepada aqlak manusia yang  memandunya untuk menerima petunjuk berkenaan.
               Akal manusia semata tidak dapat mencernakan kefahaman tanpa petunjuk dari yang Maha Kuasa. Inilah satu kelemahan manusia untuk mengiklankan kepekaannya menggunakan akal tanpa berkiblatkan kepada kefahaman bahawa segala kekuasaan kita mencernakan pemikiran adalah petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Tala.
               Kekuasaan manusai mengolahkan akal fikirannya adalah petunjuk dari Tuhan dan bukan kekuasaannya sebagai manusia biasa. Allah Subhanahu wa Tala Maha Pemberi dan Maha Mengasihani.
               Apabila kita memahami Al-qur’an sebagai dinn akal yang berkiblat sebagai pemimpin dan pembimbing manusia, jelas menunjukkan bahawa akal manusia itu boleh dipetang gungjawabkan dengan catatan bahawa segala tindak-tanduknya menjurus kepada ajaran yang termaktub di dalam dokumen wahyu tersebut. Tanpanya akan berlaku satu kefahaman yang  memfokuskan kepada akal kebendaan sepertimana yang dibangga-banggakan oleh masyara kat Barat  pada zaman moden ini.
               Menurut pandangan ulama terkenal dunia, Prof. Doktor Yusof Al-Qardawi dalam bukunya bertajuk: “Wawasan Islam antara Keaslian dan Kemodenan,” akal manusia merupa kan “forum dan media” kemunikasi bagi syariat Islam yang bertugas untuk mempelajari
dan memahami isi kandungan ajaran Al-Quranul Karim dan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam.

               Imam al-Raghib al-Isfahani menjelaskan dalam bukunya yang bertajuk: “Jalan Menuju Syriat yang Mulia”.Katanya; “Allah Suhanahu wa Tala telah mengutus dua Rasul kepada para hamba-Nya. Salah satunya datang dari diri manusia, iaitu: “Akal” dan  yang kedua datangnya dari luar, iaitu Rasul. Untuk memahami risalah yang dibawa oleh  Rasul yang Zahir (Nabi atau Rasul Shallallahu wa sallam) mesti menggunakan Rasul yang batin (akal), kerana Rasul yang batin dapat mengesan kesahihan dakwaan Rasul Shallallahu wa sallam yang zahir.

Monday, October 20, 2014

KEPIMPINAN RASULULALLAH MEMBINA TAMADUN

 (Disiarkan pada 18. 10. 2014)
Tamadun Islam yang diasaskan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam lebih terserlah berlakunya selepas baginda Shallallahu alaihi wasallam berhijrah ke Medinah al-Mukaramah dan membina negara Islam di sana. Pembinaan Tamadun Islam pada zaman baginda Shallallahu  alaihi wasallam bermula sejak 13 tahun sebelumnya, namun semasa di Mekkah al-Mukaramah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh pembinaan keluarga, masyarakat dan negara turun selepas baginda berhijrah ke Medinah.
Wahyu pertama yang diturunkan di Mekkah yang diteriman oleh baginda Rasul Nabi Muhammad shallallhu alaihi wasallam dalam perantaraan Malaikat Jibril adalah mengenai perintah Allah, “Iqra” iaitu baca. Mengilmukan manusia wajar membudayakan membaca. Kalimah pertama diturukan menandakan bahawa memanusiakan manusia haruslah dengan ilmu. Baginda menjawab kepada Malaikat Jibril bahawa baginda tidak pandai membaca tetapi Malaikat Jibril mengulanginya sebanyak tiga kali dan berkata “Bacalah dengan nama Tuhanmu”.
Perintah membaca itu bukan hanya ditujukan kepada baginda Rasul tetapi adalah ditujukan kepada umat manusia terutama sekali masyarakat Quraisy keseluruhannya yang dipertanggungjawabkan kepada baginda Rasul untuk memimpinnya. Perintah membaca tersebut termasuklah membaca ilmu yang terucap oleh Allah iaitu wahyu-Nya (al-Qur’an) dan juga ilmu yang tercipta oleh Allah iaitu segala mkhluk yang ada di alam ini.
Kepimpinan Rasulullah membina Tamadun di Mekkah al-Mukaramah amat getir dan mencabar sekali sehingga baginda melalui berbagai ujian yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam. Faktor yang amat susah dalam menyamaikan dakwah Islamiah ialah mentarbiahkan agama Islam kepada suku bangsanya sendiri iaitu masyarakat Quraisy.
Masyarakat Quraisy mempunyai kepercayaan yang dipusakai mereka dari datuk nenek mereka sejak zaman berzaman yang sudah berakar umbi dalam jiwa mereka. Masyarakatnya mempunyai keyakinan bahawa Tuhan itu semestinya mempunyai bentuk dan boleh dilihat dan disentuh dengan panca indera mereka sendiri.
Maka itu tuhannya direka oleh mereka sendiri yang diperbuat daripada berbagai bahan yang ada di alam ini. Orang yang kaya dibuat tuhannya daripada emas. Dibentuk sedemikian rupa seperti manusia kemudian disembah. Orang yang sederhana kaya dibuat tuhannya daripada perak, dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Orang yang miskin dibuat tuhannya daripada kayu jati, dibentuk seperti manusia kemudian disembah.
Orang yang miskin tegar membuat tuhannya daripada tepung terigu. Tepung itu diadun dengan air kemudian dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Dan apabila selesai menyembah, perut mereka rasa lapar; dilihat tuhannya. “Tuhan!”, kata mereka; “kami sudah sembah engkau, sekarang perut kami rasa lapar. Boleh tuhan jadi gantian. Jika engkau tidak boleh bantu, katakan tidak boleh bantu. Tetapi jika tuhan boleh bantu diam sahaja. Tuhan mereka diam sahaja tidak berkata apa-apa.
Maka mulalah diambil tangannya untuk dimasak, kemudian itu semua anggotanya hinggalah seluruh badan tuhannya dimakan. Sehina-hina manusia tidak memakan jenisnya sendiri. Tetapi masyarakat Quraisy makan tuhannya sendiri. Maka kejahilan manusia amat merendahkan darjat kemanusiaan. 
Masyarakat Quraisy tidak menganggap kaum wanita sebagai nadi pebangunan. Malah kaum wanita dianggap sebagai pembawa kesialan dalam keluarga kerana kehadiriannya hanya sebagai membiak dan memuaskan nafsu lelaki maka itu dia tidak wajar diberi peluang sama dengan lelaki.
Maka itu jika seorang ibu itu mengandung suaminya ingin isterinya melahirkan seorang anak lelaki. Dan jika isterinya melahirkan anak perempuan maka itu akan dimusnah
dengan menguburkan anak itu hidup-hidup sebagai tebusan menjauhi kesialan dalam pemba-
ngunan keluarga.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad Shalallahu alahi wasallam mengembalikan kurdrat kewanitaan dan memberi peluang sama dengan kaum lelaki dalam membentuk dan melaksana kan pembangunan. Kaum wanita dikategorikan sebagai asas dalam membina tamadun. Wanita yang baik akan melahirkan negara yang baik dan rosaknya wanita maka rosaklah negara.
               Dalam urusan pembangunan, baginda Rasul mementingkan kebajikan wanita sehingga di ambang kewafatannya pun baginda sempat meninggalkan pesan: “Asolat-asolat, itakunisa, itakunisa , umat-umati,”maksudnya ialah solat peliharalah solat, wanita peliharalah wanita, umatku umatku. Dan baginda menghembuskan nafas yang terakhir.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad Shallallahu alahi wasallam menyebarkan agama Islam dengan menggunakan moral force dan bukan secara kekerasan. Pernah Baginda bertemu dengan seorang jejaka yang ingin memperlikan baginda. Jejaka itu berkata, “Saya ingin memasuki Islam, boleh tak.” Rasulullah berkata “Boleh” Kemudian ia mengucap dua kalilmah shahadat masuk Islam yang diselenggarakan oleh baginda sendiri.
               Jejaka itu berkata: “Sekarang saya sudah Islam.”  Rasulullah berkata “Ya”. “Saya cinta Islam dan saya juga cinta Allah dan rasul-Nya. “Itu bagus!” kata Rasulullah. “Tetapi Saya masih cinta kemaksiatan. Saya suka merompak dan suka memperkosakan wanita. Saya susah meninggalkan semua itu”. “Itu juga baik bagi mu.” Jawab Rasulullah. “Tetapi bolehkah anda berjanji kepadaku.” Jejaka itu setuju dengan syarat janji itu mudah dan senang dipelihara.
               Baginda rasul berkata, “Mulai dari sekarang anda jangan bercakap bohong.” Jejaka itu berkata “Kalau itu sahaja boleh. Saya berjanji kepada rasul tidak akan bercakap bohong.” Kemudian jejaka itu pergi meninggalkan Rasul.
Dalam perjalanan pulang jejaka itu berfikir dan merasa anih kepada Rasul kerana Rasul tidak marah kepadanya untuk meneruskan amalan kemaksiatan dan memperkosakan perempuan dan hanya meminta saya berjanji supaya jangan bercakap bohong!  
Hari demi hari. Minggu bertukar bulan tiba-tiba jejaka itu bersua dengan seorang perempuan cantik. Jejaka itu menjemput berborak-borak dengannya. Perempuan itu melayaninya dan begitulah mereka berdua berbincang menjual masing-masing punya pengalaman dalam hidup.
               Perbincangan itu berakhir dengan jejaka itu menjemput perempuan itu ke rumahnya. Maka pergilah mereka berdua ke rumah lelaki itu. Masuk rumah mengikut undangan wajar tetapi ini masuk rumah tanpa duduk di ruang tamu, mereka berdua terus ke kamar tidur lelaki. Perempuan itu senang sahaja menerima undangan. Perbincangan semakin rancak sehinggalah bersentuhan tangan yang melahirkan perasaan masing-masing yang menjemput ke alam keghairahan hendak melaksanakan maksiat.
               Keadaan yang menyeronokkan betukar kepada ingin berzina. Perempuan melayani kehendak jejaka itu. Tatapi sebelum jejaka itu melaksanakan kehendak nafsunya tiba-tiba ia teringat janjinya kepada rasul supaya jangan bercakap bohong, Jejaka itu berfikir: “Kalau saya melakukan zina dan ketemu rasul pasti ia akan bertanya kepada saya sama ada saya melakukan zina atau tidak. Apa jawapan saya nanti? Jika saya cakap yang benar pasti saya kena tangkap. Tetapi jika saya kata tidak, saya sudah melanggar janji saya kepada rasul supaya jangan bercakap bohong.”
               Rasa bengong dalam pemikirannya. Dalam jiwa jejaka itu berlawan antara malikat dan iblis. Antara iman dan nafsu. Akhirnya malaikat yang menang dan iblis kalah. Iman mengalakan syhwat. Perempuan itu sudah menunggu dan mengatakan bila lagi?  Jejaka itu berkata ta’ apalah kita batalkan saja. Membazir-membazirlah! Jejaka itu berjaya melawan syhwatnya.  
               Pada satu ketika yang lain jejaka itu hendak merompak rumah orang jutawan. Ia masuk ke rumahnya dengan mudah sahaja kemudian mendapakkan kunci peti tuan punya rumah. Ia membuka peti wangnya dan mengambil seberapa banyak wang. Tetapi apabila ia
hendak melangkah keluar rumah, ia teringat janjinya kepada rasul.
               “Kalau saya ambil duit ini dan ketemu rasul pasti bertanya samada saya merompak atau tidak, apa jawapannya? Kalau saya jawab ia tentu saya kena tangkap dan masuk penjara. Tetapi kalau saya jawab tidak saya sudah  bercakap bohong kepada rasul. Berlawanlah dalam jiwanya antara syaitan dengan malaikat. Antara kekufuran dan keimanan. Jejaka itu dapat melawan syaitan yang membisikan di hatinya dan menang imannya.
               Ia tidak jadi membawa duit  begitu banyak. Dia keluar tanpa apa-apa yang diambil. Setelah itu ia berjumpa rasul dengan berkata: Ya Rasulullah, janji mu yang engkau berikan kepada saya adalah pokok kepada segala  kejahatan dan kemaksiatan dalam hidup. Saya tidak dapat berganja. Ia mendidik saya sebagai orang Islam yang setia kepada Rasul dan beriman 
kepada Allah. Jejaka itu menjadi manusia yang patuh kepada ibadah dan sentiasa mencintai Allah dan rasul-Nya. Ia membenci segala kemaksiatan dan kekufuran dalam hidup.
               Orang yang berhati keras membenci Islam dan rasulnya yang mentarbiahkan cara hidup yang betul baginda Rasul berjaya membetulkan persepsi mereka terhadap Islam kerana akhlak  Baginda yang sukar hendak ditumbang oleh musuh-musuh Islam. Pernah pada suatu ketika semasa Rasul bersama Abu Bakar hendak berhijrah ke Medinah al-Mukaramah. Masyarakat Quraisy mengadakan perhimpunan bagaimana menangkap Muhammad hidup atau mati.
               Diumumkan kepada semua masyarakat Quraisy bahawa Muhammad sudah meninggal kan Mekkah. Maka diusahakan untuk menangkap beliau hidup atau mati. Sesiapa yang berjaya menangkapnya akan dihadiahkan seratus ekor unta. Hadiahnya amat mengiurkan. Seratus ekor unta lebih kurang seratu ekor sapi atau kerbau di Malaysia.      
               Seorang pemuda bernama Surokoh. Dengan diam ia meninggalkan majlis  dan pergi mendapatkan Muhammad. Ia memecut kudanya dengan pedang ditangan pergi mencari di mana Muhammad sedang berada. Tidak lama kemudian Surokoh melihat Muhammad sedang berjalan di padang pasir bersama Abu Bakar.
               Surokoh memecut kudanya laju, dengan menghunus pedang  sedia ditetakkan kepada lehir Muhammad. Nabi Muhammad sudah tahu dari malaikat Jibril bahawa Surokoh sedang datang hendak menhapuskan Muhammad. Jarak sepuluh meter dari mereka berdua  tiba-tiba kaki kuda Surokoh  termasuk lobang.
Surokoh lalu jatuh, terhumban berguling-guling di atas pasir dan terdampar persis di kaki Baginda. Pedangnya terjatuh dekat dengan Rasul. Rasul membangunkan Surokoh sambil mengambil pedangnya seraya berkat “Kalau menunggang kuda hati-hati Surokoh.” Baginda mengembalikan pedang kepada surokah. Jubah Surokoh  penuh dengan pasir.
Surokoh kembali menunggal kudanya dengan membawa pemikiran bahawa orang yang dimusuhi oleh kaumnya (Quraisy) adalah orang yang amat baik dan berbudi pekerti  yang luhur. Mengikut sejarahnya Surokoh  memeluk agama Islam kerana mengakui agama Islam sahaja yang mempunyai keadilan dan letaknya kasih sayang yang membina ukhuwah kemanusiaan.
Pada suatu ketika apabila Nabi Muhammad berehat di bawah pohon kurma lalu tertidur kerana letih seharian di medan perang demi menegakkan akidah Islam, tiba-tiba datang seorang pemudah yang gagah. Ia mendekati Nabi dengan pedang terhunus lalu meletakkan pedang itu ke leher baginda.
“Muhammad! Kelmarin kamu bersama dengan rakan-rakanmu menunjukkan kehadalan memperjuangkan Islam. Sekarang kalau saya tetakkan pedang ini ke leher mu siapa yang akan menolong kamu?” Nabi Muhammad Shallallahu alahi wasalam dengan suara yang tesekat-sekat kerana pedang menekan korongkongnya,  lalu berkata: “Tiada yang boleh menolong saya hanya Allah.”
Kalimah Allah jika diucapkan oleh orang yang bersih jiwanya, pengaruhnya amat
berkesan sekali. Kepala pedang terasa oleh pemuda berkenaan bagikan barah api begitu panas lalu terlepas. Nabi mengambil pedang itu dan ditujukan ujung pedang itu kembali kepada leher orang muda itu lalu Nabi berkata:
               “Kalau saya potong leher mu dengan pedang ini siapa yang akan menolong engkau?” Orang muda itu bercakap dalam keadaan bergelataran kerana ketakutan; “Tiada yang boleh menolong aku melainkan engkau ya Muhammad. Tolonglah ya! Rasul mengembalikan pedang itu seraya berkata, “Jangan ulangi lagi perbuatan itu.”

               Rasulullah shallallahu alaihi wasalam dapat mengampunkan orang yang jelas akan memusnahkan riwayat  Baginda. Betapa mulianya hati Baginda. Dengan kesabaran yang indah dan akhlaq yang luhur serta ketabahan jiwa yang unggul menangani kesusahan, kemeskinan dan ujian Allah yang begitu tinggi sekali, maka Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam dapat memimpin umatnya ke puncak kecemerlangan hinggalah sampai ke hari ini, umatnya sentiasa mengikuti jejak langkah Baginda. Bukan hanya manusia sahaja memuji Muhammad tetapi Allah merestui ketinggian akhlaq Baginda.

Monday, October 13, 2014

KETAATAN NABI IBRAHIM TERHADAP ALLAH WAJIB MENJADI CONTOH

 (Disiarkan pada 11. 10 2014)
Di bulan Zulhijah setiap tahun, mengikut kalendar Islam, umat Nabi Muhammad Shallallahu alihi wasallam  seluruh dunia menunaikan Haji di Makkah al-Mukaramah, rukun Islam yang kelima terutama sekali bagi umat Islam yang berkemampuan. Antara intipati rukun Islam yang ke lima ini ialah melaksanakan ibadah korban sebagaimana yang diriwayakan oleh nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih leher anaknya Ismail.
               Nabi Ibrahim telah berkahwin dengan Siti Hajar selama sembilan puluh dua tahun tetapi tidak mumpunyai anak. Lalu Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat. Doa Nabi Ibrahim itu diperkenankan Allah lalu Siti Hajar mengandung dan melahir kan anak lelaki, namanya Ismail yang telah mencipta sejarah perkembangan Islam di seluruh dunia.
               Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya, Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa ia harus menyembelihkan Ismail putranya. Dan kerana mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Tuhan, maka perintah  yang diterima dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Beliau duduk termenung seketika memikirkan ujian yang maha berat yang dihadapi itu.
               Sebagai seorang ayah yang telah dikurniakan seorang putra yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan diinginkan, seorang putra yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah seorang putra yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyumbang kelangsungannya, tiba-tiba dijadikan korban dan harus direng- gut nyawanya oleh  tangan ayah sendiri.
               Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama, yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri harta-benda dan lain-lain, harus  melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat perlaksanaan perintah itu.
               Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Allah lebih mengetahui dimana dan kepada siapa Dia mengamanahkan risalahnya.”
               Nabi Ibrahim menemui dan menyampaikan  kepada putranya apa yang Allah perintah kan. Nabi Ismail sebagai anak yang salih yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tua, ketika diberi tahu oleh ayahnya, tanpa ragu-ragu dan berfikir pajang berkata  kepada ayahnya : “Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh  Allah kepada mu. Englau akan menemuiku, insya Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah.”
               Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah  dengan segera. Walau bagaimana pun, Nabi Ismail  memohon ayahnya melaksanakan empat perkara sebelum menymbelihnya; iaitu agar ayahnya mengikatkannya kuat-kuat supaya  ia tidak  banyak bergerak sehingga  menyusahkan  ayahnya; kedua  agar ayah menaggalkan pakaiannya  supaya tidak terkena darahnya yang menyebabkan berkurangnya pahala dan terharunya ibunya bila melihat pakaiannya; ketiga tajamkanlah parang yang diguna dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaan dan rasa pedihnya; keempat dan yang terakhir samapaikan salamnya kepada ibu, berikanlah pakaian itu untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan cendera hati serta kenang-kenangan baginya dari putra tunggalnya.
               Kemudian dipeluknyalah Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata:“Bahagialah aku mempunyai seorang putra yang taat kepada Allah, berbakti kepada orang tua, yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah”
               Saat penyembelihan yang mengerikan tiba. Diikatlah kedua tangan  dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambilnya parang tajam yang telah disedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata Nabi Ibrahim yang tergenang air berpindah memandang dari wajah putranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu  hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajipan seorang rasul di lain pihak.
Pada akhirnya dengan memajamkan matanya, perang diletakkan pada leher Ismail dan penyembelihan dilakukan. Akan tetapi apa daya, perang  tumpul dileher Nabi Ismail dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana yang diharapkan.
               Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahawa perintah pengorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sampai sejauh mana rasa cinta dan taat mereka kepada Allah. Keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu.
               Nabi Ibrahim telah menunjukkan kesediaan yang tulus dengan mengorbankan putra nya, jatung hatinya. Untuk berbakti melaksanakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sehingga terjadi  ketika merasa bahawa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya: “Wahai ayahku! Rupa-rupanya  engkau tidak sampai hati memotong leherku kerana melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku.”
               Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitis darah pun dari daging Ismail walaupun ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotongnya dari belakang.
               Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih putranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim wahyu Allah dengan firman-Nya: “Wahai Ibrahim engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah Kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan.”
Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Nabi Ismail yang telah diselamatkan itu, Allah memerintakan Nabi Ibrahim menyembelih seekor kambing yang  telah tersedia di sampingnya dan segera disembelih leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher putranya Ismail itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berkorban yang dilakukan oleh umat Islam pada tiap kali hari raya Aidiladha di seluruh pelusuk dunia.
               Sebenarnya ibadah korban ini telah mula sejak Nabi Adam a.s. lagi apabila anak Nabi Adam, Habil dan Qabil diminta Allah buat korban menguji mereka siapakan yang mempunyai hati yang jujur dan ikhlas kepada Allah maka dialah dibenarkan untuk mengawini Iqlima anak kembar kepada Qabil, yang paras mukanya cantik berbanding Labuda anak kembar kepada Habil yang paras mukanya kurang menyerlah.
 Korbannya Habil berupa seekor kambing sihat yang paling dicintainya di antara binatang-binatang peliharaannya. Sedang Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih nya dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan buruk. Kemudian diletaklah kedua kurban itu, kambing Habil dan gandum Qabil, di atas sebuah bukit. Disaksi oleh seluruh anggota keluarga Adam dari jauh, terlihatlah api besar yang turun dari langit menyambar kambing, binatang kurban Habil, yang seketika itu musnah disambar oleh api, sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak  tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.
Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertarungan itu kerana korbannya kambing telah diterima oleh Allah. Habil mendapat keutamaan untuk memilih gadis Iqalima sebagai pasangan hidupnya. Anda memberi satu, pulangannya seribu merupakan ilham Pengerusi Masjid At-Taqwa,Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Awang Tuah yang mempunyai makna yang tersirat berbentuk sejagat. Binatang korban di masjid At-Taqwa Keningau sebanyak 12 ekor itu termasuklah dua ekor sapi yang disumbangkan oleh Tan Seri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Mentri Sabah dan seekor yang disumbangkan oleh Datuk Haji Sairin Haji Karno, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, selaku Adun Liawan, Keningau.           
Pengerusi Masjid At-Takwa Keningau tersebut mempunyai satu ideologi atau Falsafah pemikirannya  mengenai binatang korban yang disembeli untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban selepas selesai sembahyang sunnat Aidiladha. Penyembilihan bintang korban adalah satu lambang kecintaan umat Islam kepada Allah Subhanahu wa Tala seperti mana yang dicontohi oleh Nabi Ibrahim a.s. kepada umat manusia mukmin seluruh dunia untuk menunaikan Perintah Allah dalam mimpinya untuk menyembeli satu-satunya anak tunggal kesayangan Nabi Ibrahim.
               Kita korbankan seekor binatang (sapi) kerana Allah Subhanahu wa Tala, maka Allah akan berikan seribu ganjaran berupa pahala kepada orang yang melaksanakan korban tersebut. Ahli ulama mentafsirkan bahawa binatang yang kita korbankan untuk menandakan kecintaan kita kepada Allah akan diberi pulangan(pahala) kepada orang yang melaksanakannya sebanyak bulu haiwan yang digunakan sebagai korban.
               Upacara di Masjid At Taqwa Keningau yang mulia ini diatur sedemikian rupa oleh Pengerusi Masjid, Tuan Haji Abdul Rahman bin Haji Awang Tuah  sebagai satu penyatuan kecintaan kepada Allah disamping menyemarakkan budaya memasyrakatkan masjid demi kemurnian rasa ukhuwah kemanusiaan yang sewajarnya ada kepada setiap Islam.
Azan dikumandangkan di angkasa dengan suara yang merdu oleh bilal, saudara Sandikin menandakan solat Zohor telah tiba. Pengerusi berkata “Jom” mari sembahyang, yang diimami oleh ustaz Syukur Haji Samsuddin. Selepas solat, para jemaah dijemput oleh Pengerusi menjamu selerah masakan daging korban yang telah disediakan, dimana beliau sendiri bersedia membahagi-bahagikan lauk korban kepada para jemaah kemudian duduk di atas lantai di perkarangan masjid makan bersama ustaz-ustaz budiman begitu meria sekali.
               Hari Raya Korban juga menandakan satu penyatuan ummat seluruh dunia terutama sekali masyarakat mukmin untuk menandakan keikhlasan cinta kepada Zat yang Maha Pencipta dan Maha mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu. Kecintaan Allah kepada hamba-Nya sewajarnya diuji dengan berbagai kategori ujian. Ada ujian yang sangat berat untuk dilaksanakan seperti mana ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih Nabi Ismail, satu-satunya anak kesayangannya.
               Melaksanakan korban kerana Allah seharusnyalah diambil dari binatang kesayangan dari segala-galanya yang ada di alam ini. Nabi Ibrahim mengorbankan anak kesayanganya Nabi Ismail. Begitu juga Habil mengorbankan binatang kesayangannya daripada binatang- binatang ternakan lainnya.
               Dunia ini adalah pentas percubaan kepada seseorang manusia terhadap kesetiaan dan ketaatannya kepada Allah Subhanahu wa Tala. Maka setiap inci daripada perhiasan dunia ini adalah berupa ujian. Firman Allah Subhanahu wa Tala surah Al-Khaf ayat 7 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang dibumi ini sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka, siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya,”
               Ujian itu meninggikan darjat kemanusiaannya. Kejatuhan itu menyaksikan betapa ramai manusia yang merana dan menderita. Ada orang yang hilang pekerjaan. Ada pula mangsa yang tercemar maruahnya. Namun, itu semua diharungi dengan penuh kesabaran. Orang yang banyak diuji setelah bersabar dan berjaya mengharunginya, Allah akan meninggikan darjatnya. Itulah  janji Allah bahawa Allah akan bersama-sama orang yang sabar.
               Lihatlah perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah yang ikhlas dan setia bersama-sama
baginda dalam meninggikan agama Allah. Siapa yang tidak kenal dengan Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayidina Umar al-Khattab, Sayidina Ali bin Abi Talib dan sebagainya. Mereka rela bersusah payah, rela berlumuran darah dan keringat walaupun ketika Rasulullah dicerca, dipulau dan dihina kaum penentang Islam. Teguh dan sabarnya mereka tidak pernah dapat ditandingi.
               Mereka sanggup berlapar. Rela menjadi  perisai bagi mempertaankan Rasulullah Shallallu alaihi wasallam. Allah menilai semua pengobanan mereka. Bahkan akhirnya, darjat mereka ditinggikan sehingga Nabi memberi jaminan bahawa ketiga-tiga sahabat itu tadi termasuk dalam kalangan 10 orang yang dijamin masuk syurga.

               Semoga masyarakat mukmin yang cintakan kepada Islam sebagai agama Allah ini yang khyusyuk melaksanakan ibadah Korban setiap tibanya bulan Julhijah ditinggikan Allah darjat kemanusiaannya kelak ditempatkan di syurga Allah. InsyAllah!  

Saturday, October 4, 2014

AKAL MERUPAKAN RASUL DALAM DIRI SEORANG MUKMIN

 (Disirkan pada 4 10 .2014)
Manusia mukmin dipilih Allah Subhanahu wa Tala sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini untuk melaksanakan amanat Allah sebagai pemakmur alam kehidupan. Amanat tersebut dapat dilaksanakan oleh manusia atas dasar kehadiran akal dalam dirinya yang membolehkannya membudayakan kemahiran berfikir sebagai nadi pembangunan ummah.
               Manusia wajar menggunakan akal fikiran untuk mendekatkan diri kepada kefahaman sesuatu permasalahan. Akal itu menemui jalan keluar manakala fikiran adalah kefahaman kepada masalah berkenaan. Akal adalah satu alat untuk mencari jalan atau  ikhtiar melakukan sesuatu agar kerenah-karenah yang menghalang  kita untuk meneruskan agenda pembangunan sesuatu dapat diatasi.
Makhluk  Allah lainnya termasuklah gunung, bumi, mata hari dan sebagainya tidak ada kemampuan untuk memegang amanat tersebut walaupun dari segi bentuk badannya jauh lebih besar berbanding manusia. Manusia yang bertubuh kecil tetapi kemampuannya melaksanakan amanah Allah jauh lebih gagah dan mendekati kesempurnaan ibadah.
Jika akal itu bertemankan iman kepada Allah perjuangannya memubuahkan pemba- ngunan tamadun. Rasul itu diwujudkan Allah untuk berkhidmat kepada kebaikan umat manusia, maka itu akal yang ditamsilkan sebagai rasul dalam diri manusia sentiasa mendokong cita-cita pembangunan yang berkiblatkan kepada keredhaan Allah Subhanahu wa Tala.
               Kedudukan al-Qur’an amat menarik sekali apabila ia ditempatkan dari sudut akal, dan disebut juga dalam perbahasan bahawa al-Qur’an  ialah kitab akal. Keseluruhannya merupakan seruan yang padu ke arah pembebasan akal  daripada lingkarannya yang sempit.
               Al-Quran dengan berbagai pendekatannya membawa maksud penyeruan kepada manusia agak menggunakan akal serta menjadikannya sebagai neraca penilain bagi setiap perkara yang hendak dilakukan. Al-Quran memberikan kebebasan kepada kita untuk beriktikad dengan apa yang dinilai baik oleh akal dan juga membenarkan kita mengikuti mana-mana jalan asalkan ia lojik dan sesuai mengikut pertimbangan fikiran kita masing-masing.
Akal, apabila bertemankan dengan iman maka tindakannya menepati keredhaan Allah Suhhanahu wa Tala, tetapi jika akal bertemankan kepada nafsu maka kiblat ibadahnya dilandasan yang sifatnya kehaiwanan dan sukar baginya melaksanakan tindakan yang jujur dan ikhlas. Inilah yang difahami dengan perjuangan kepentingan diri.
Dalam hal ini terdapat mereka yang beriman dengan ikhlas dan berkhidmat mengikut pendekatan tersendiri demi kepentingan agama di samping  menjadikan al-Qur’an sebagai pembantu iman mereka.
Orang yang menggunakan akal fikiran yang Allah bekalkan kepadanya sentiasa melihat cahaya permasalahan itu dengan  satu kefahaman bahawa setiap sesuatu kewujudan fenomena alam semestinya ada pasangannya. Dalam erti kata lain setiap masalah itu sememangnya ada solusi penyelesaiannya.
Mengapakah kehadiran masalah itu menjadikan manusia gunda gulana? Sebenarnya kita tidak perlu gusar dan takut kepada masalah kerana kehadirannya wajar difahami sebagai ujian Allah Subhanahu wa Tala. Orang yang mendapat ujian wajar mengucap syukur kerana kita diuji atas dasar bahawa Allah cinta kita. Ujian merupakan garam dalam hidup dan solusi penyelesaiannya ialah tawakal kepada Allah subhanahu wa Tala. Masalah dalam hidup sebenar akan mendewasakan pemikiran kita.
Di samping itu juga manusia dapat meningkatkan ketamadunan berfikir apabila ia menggunakan akal fikiran untuk menemukan penyelesaiannya kelak melahirkan satu perasaan kepuasan hati serta kehebatan diri berserta dengan kelezatan hidup sebenar. Hidup ini sebenar diumpamakan “Tutup lobang, korek lobang.” Masalah datang kita usahakan untuk menyelesaikannya, seperti “masalah itu umpama korek lobang dan setelah berjaya menyelesai masalah berkenaan kita telah menutupnya.”
Nabi Adam a.s. berserta isterinya Siti Hawa sebagai manusia pertama yang telah
mewujudkan masalah dalam hidup ini. Setelah keduanya disingkirkan oleh Allah Subhanahu wa Tala daripada menikmati hidup yang senang di syurga, kerana mengkufuri larangan Allah, mereka memulakan hidup mengharungi kesusahan dan kepayahan di bumi di mana mereka tidak pernah mengalami hidup sebelumnya.
Bukan sahaja mengalami hidup susah tetapi mereka terpaksa hidup bersendirian tanpa teman selama 200 tahun sebelum mereka dipertemukan semula di padang Arafah tempat para jemaah Haji mengerjakan wukuf untuk melaksanakan rukun Islam yang ke lima, sebelum beredar ke Minah untuk tujuan melontar sebagai satu simbol permusuhan antara manusia dengan iblis.
Kita tidak dapat bayangkan betapa sukarnya hidup dengan segalanya mesti dipelajari demi meneruskan hidup di bumi yang wajar memerlukan akal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi demi “survival”sebagai hamba Allah.
Manusia terpaksa hidup bertemankan masalah atau ujian Allah dengan catatan bahawa fitrah Allah Subhanahu wa Tala yang dibekalkan kepada manusia seperti akal fikiran itu digunapakai untuk keselamatan dunia dan akhirat hinggalah ke hari ini.
Agama datang sebagai pembawa hidayah kepada akal dalam beberapa  masalah seperti
berikut:
(a)     Pada perkara-perkara di luar tabi’i iaitu persoalan-pesoalan aqidah yang khusus  mengenai Allah, Rasul, Hari Akhirat dan tentang ketuhanan yang ghaib (secara umum)
(b)     Pada persoalan-persoalan akhlak iaitu berkaitan dengan kebaikan dan kelebihan (Fadilat) yang perlu kepada seseorang untuk menjadi seorang Muslim yang salih.
(c)     Pada persoalan-persoalan perundangan yang mampu memberi kedamaian kepada masyarakat.
Sesungguhnya agama datang membawa hidayah kepada akal dalam persoalan-persoalan tersebut kerana penolakan agama akan membawa kepada kegagalan dalam memberi sebarang penyelesaian yang boleh diterima oleh semua. Maksudnya, jika dibiarkan kepada manusia dan akal untuk  menyelesaikan persoalan tersebut, pasti mereka akan bertelagah kerana masing-masing menyokong pandangan yang bersimpang siur, bercanggah dan berkrisis yang tiada penghujungnya. Oleh itu, perpaduan dan persefahaman serta ketenangan dan kedamaian tidak akan tercapai.
Agama merupakan petunjuk akal dan akal berkewajipan untuk tunduk dan sujud kepada wahyu Allah. Balik kepada persoalan tentang al-Qur’an dan akal, persoalan yang timbul, “Tidakkah al-Qur’an itu sentiasa menuntut kita supaya berfikir dan merenungi,” sebagaimana firman Allah yang bermaksud (terjemahan):
....maka insaflah dan ambillah pelajaran (daripada peristiwa itu) wahai orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. (Surah al-Hasyr: 59:2).
Ambillah apa-apa yang mengakibatkan kecelakaan kepada mereka itu sebagai pengajaran kepada kamu wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran, iaitu  janganlah kamu membuat tipudaya dan jangan bergantung selain Allah nescaya dia  akan terhina.
Firman Allah lagi:   
Terjemahan: Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang  menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. (Surah Qaf 50:37)
Dalam beberapa ayat lain Allah telah mencela orang Musrikin yang menurut jejak langkah bapa-bapa mereka. Firman Allah:
Terjemahan: .....Patututkah (mereka menurutnya)sekali pun datuk neneknya itu tidak faham
sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara agama) dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (daripada Allah). (Surah al-Baqarah 2:170)
Disamping itu kita dapati banyak ayat al-Qur’an yang diakhiri dengan (Afalla Ta’kilun) iaitu
apakah kamu tidak berakal?(Afalla Ta’tafakilun) iaitu apakah kamu tidak berfikir? (Afala tabsiruun) iaitu apakah kamu tidak  melihat? Ini jelas menunjukkan bahawa al-Qur’an mengarahkan  manusia kepada menggunakan akal fikiran.
Wahyu itu diturunkan sebagai risalah terakhir dari langit untuk dunia seluruhnya demi membuktikan bahawa risalah yang dibawa semuanya haq dan semuanya benar, tiada suatu pun yang merugikan dan tidak wujud sama sekali persoalan yang berkemungkinan benar atau dusta.
Kedudukan akal di kalangan orang ramai adalah tidak sama bahkan kecerdikan mereka pun berbeza-beza. Al-Syeikh Abu Sulaiman al-Mantigi berkata, “Sesungguhnya kedudukan seluruh manusia adalah berbeza-beza pada akal dan kekuatan, dan masing-masing juga mempunyai kemampuan akal yang tidak sama antara  satu  sama lain.”
               Akal mungkin sesuatu yang dianggap ‘halus’ pada perhitungan akal seseorang tidak pula dikira ‘halus’ pada perhitungan  orang lain. Dengan itu akal tidak seharusnya  terlibat dalam hal agama kerana dengan penglibatan  akal, pasti  manusia akan bercanggah pendapat  dan tidak akan wujud sebarang keselarian pendapat di kalangan mereka. Natijahnya mereka akan mengikut hawa nafsu dan fikiran masing-masing.
               Firman Allah dalam al-Qur’an surah al-Jathiyah 45:23 yang bermaksud (terjemahan):
“Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya susudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu  mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak mahu beringat dan insaf?
               Di samping itu umat manusia akan berpecah belah daripada apa yang disukai dan apa yang diperintahkan oleh Allah. Allah Subhanahu wa Tala berfirman yang bermaksud (terjemahan):
               “Dan berpegang teguhlah  kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai berai...” (Surah ali-Imran 3:103)
Apakah pendapat akal terhadap agama dan penderian agama terhadap akal? Agama diturunkan untuk memandu akal dalam semua perkara yang sekiranya dibiarkan  akal berfikir mengenainya, pasti ia akan tersesat jalan dan gagal serta lemah untuk sampai kepada hakikatnya. Perkara-perkara tersebut ialah:
1 Perkara Aqidah.
2 Prinsip-prinsip akhlak keseluruhannya.
3 Perundangan dan kaedah-kaedah hukum serta penghuraiannya yang perlu dilaksana kan sepanjang  zaman dalam pelbagai keadaan.
Adapun tentang tabiat (nature) dan alam semesta, termasuk langit, bumi, bukit-bukau, lautan, binatang, bulan, matahari, benda-benda, tenaga, dasar laut dan kaki langit (ufuk)... semuanya ini diserahkan kepada manusia untuk mengkajinya melalui firma, makmal, alat-alat dan kelapangan yang ada pada mereka.
Malah manusia diseru supaya menjelajahi seluas mungkin alam ini sehingga terserlah pemahaman yang baik terhadap sistem kejadian alam ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana ini dan peraturan-peraturan semula jadi yang Allah tetapkan. Sekali gus boleh dilihat  ciptaan Allah yang unik, teliti dan rapi iaitu agama tidak pernah melarang penerokaan seumpama ini.

Akan tetapi apa yang wajib menjadi matlamat dalam penerokaan ini ialah ‘kebaikan’ (al-khair). Dengan ini nyatalah Islam sebagai agama akal berdasarkan pengertian-pengertian yang tersebut diatas.