Sunday, January 25, 2015

KESYUKURAN MENGGAMIT KETAKWAAN

 (Disiarkan pada 24. 1. 2015)
Orang memberi kita menerima  seharusnya dibalas dengan kalimah terima kasih menandakan keimanan kita terhadap rezeki Allah S.W.T. lewat di tangan orang. Orang yang mengucap terima kasih  adalah gulungan orang yang merasa syukur kerana mendapat pertolongan dari orang lain. Orang bersyukur demi merendahkan diri kerana menerima pertolongan yang diperlukan dalam menangani hidupnya.
               Pertolongan itu boleh berbentuk bermacam cara mengikut keperluan yang meminta pertolongan, seperti memberi sesuatu yang bersifat benda atau khidmat atau pandangan mengenai bagimana cara menyelesaikan masalah yang mengalami kebuntuhan jalan untuk mendapat jalan penyelesaiannya.
               Pertolongan yang besifat benda ialah memberi sesuatu yang boleh digunakan dalam menyelesaikan  masalah seperti meminjamkan alat atau memberi sesuatu dengan ikhlas kerana Allah. Pertolongan serupa ini adalah untuk meringankan bebanan dalam hidup kelak melancarkan perlaksanaan ibadah yang dihadapi.
               Memberi pertolongan melalui khidmat diri merupakan lebih kepada meminjamkan tenaga atau yang biasa dikategorikan sebagai gotong royong. Suasana memberi khidmat serupa ini lebih kepada melahirkan suasana kasih sayang antara sesama dan ini akan mengukuhkan ikatan kekitaan dalam melaksanakan pembangunan yang saksama.
               Menghulurkan pertolongan yang bersifat pandangan merupakan lebih bersandarkan kepada kemahiran berfikir untuk memahami permasalahan yang dihadapi. Suasana demikian lebih kepada landasan fasafah pemikiran yang melibatkan sinario kekuasaan Allah S.W.T. yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam segala hal permasalahan pembangunan.
               Maka itu wajarlah mengikuti falsafah pemikiran dalam pembangunan masyarakat untuk melahirkan semangat ukhuwah kemanusiaan dalam semua agenda kehidupan. Pemikiran demikian wajar dilandaskan mengikut konotasi yang berbunyi, “Two heads are better than one.”, yang bermaksud dua kepala adalah lebih baik berbanding satu maka itu setiap masalah itu mudah mendapat penyelesaiannya jika dibawa ke meja perundingan.
               Sebagai contoh, Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah masuk  medan pertempuran tanpa mengadakan mesyuarat dengan pejuang-pejuangnya, untuk mendapatkan strategi yang consensus (ijmak) atau persetujuan sebulat suara. Ini penting kerana untuk menghadapi masalah yang membahayakan keselamatan, wajar mendapat pandangan orang lain untuk mendapatkan satu strategi yang semua boleh menerimanya.
               Islam menyeruh umatnya untuk saling tolong menolong dalam semua hal perlaksanaan ibadah demi kebaikan bersama. Dengan cara demikian akan melahirkan kasih sayang antara sesama dan menghidupkan suasana kehidupan yang conducive, atau cara hidup yang membantu.
               Antara ciri-ciri ketakwaan ialah tawadhu atau merendahkan diri. Budaya merendahkan diri kiblat kepada Allah S.W.T. kerana keyakinan bahawa segala nikmat yang kita perolehi samada lewat usaha kita sendiri atau melalui  khidmat orang lain adalah pemberian dari Allah S.W.T. Masyarakat mukmin sewajarnya dapat membudayakan ciri-ciri ibadah yang bersifat tawadhu kerana dalam mendirikan sembahyang lewat ketakwaan kepada Allah S.W.T. falsafah melaksanakan ibadah tersebut telah dipraktikkan budaya merendakan diri.
               Dalam tubuh manusai bahagian yang paling kita jaga dan hormati ialah kepala di mana letaknya otak sebagai CPU (central prosesing unit) dalam badan manusia iaitu  tempat memprosesan maklumat sebelum amalan dapat dilakukan. Apabila bergurau dengan teman, dipukul tangan kita, boleh diterima dengan senyum. Dipukul belakang kita masih kita boleh bersabar, tetapi dipukul kepala kita, pasti tindakan kita ialah merasa marah.
               Tetapi apabila mendirikan sembahyang kita rukuk dan kita sujud menandakan kerendah hati kita kepada Zat yang Maha Berkuasa. Kepala kita letakkan sama rata dengan telapak kaki, Allahuakbar! Maka itu mendirikan solat mendidik kita membudayakan rasa tawadhu, satu amalan yang mementingkan kudrat kemanusiaan yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T..
               Falsafah mendirikan sembahyang ialah kita merasakan Allah beri bermacam-macam nikmat dan rahmat hidup termasuklah hidup itu sendiri maka tidak ada dalam diri kita yang membawa perasaan kesombongan kepada Allah termasuklah kepala kita sendiri. Maka itu kita menunjukkan kerendahan serta kesyukuran diri terhadap Allah dengan cara sujud menanda kan rasa tawadhu yang akan menggamit ketakwaan kita kepada Allah S.W.T..
               Setiap usaha kita dalam melaksanakan sebarang ibadah seharusnya dihiasi dengan rasa kesyukuran sama ada keberhasilan dapat diperolehi atau sebaliknya, kerana pokok ibadah di situ ialah kita sihat dan masih dapat menjalankan amanah Allah sebagai pemain dalam pembangunan kehidupan.
               Tenaga dalam mengusahakan ibadah dalam hidup serta kemahiran kita berfikir sudah wajar kita bersyukur kerana semua itu adalah pemberian rahmat dari Allah S.W.T.. Kesyukur dalam hati kiblatkan kepada Allah kerana tanpa-Nya tidak ada wujud hidup ini dan tidak ada makna pembangunan dalam hidup.
               Segala yang dapat dilihat dan didengar tanpa kcualinya adalah rahmat Allah. Bumi dengan segala isinya, matahari dengan cahayanya yang memancar dan berputar, bulan dengan sinarannya yang lunak, bintang dengan sinarannya yang berkedip-kedip, semua adalah rahmat atau kasih sayang Allah. Itulah rahmat Allah yang kelihatan.
               Ada rahmat Allah yang ta’ dapat kita lihat, tetapi dapat kita rasakan. Perasaan enak dan nyaman ketika kita makan dan minum, perasaan enak atau nyaman ketika kita melihat pandangan yang indah adalah rahmat Allah  yang jauh lebih tinggi dari benda yang kelihatan. Apa lagi rahmat Tuhan yang berupakan cinta kasih kasih terhadap anak dan isteri dan keluarga kita atau terhadap manusia umumnya, adalah rahmat  Tuhan yang jauh lebih tinggi lagi daripada rahmat  pertama dan kedua diatas.
               Firman Allah Surah Al-Ruum 21 yang bermaksud:
“Dan dari keterangan–keterangan Allah Ia menjadikan untuk kamu pasangan (isteri) dari diri (bangsa) kamu sendiri, supaya kamu tenang (mesra) kepadanya, dan dijadikan-Nya cinta dan kasih di antara kamu. Sesungguhnya pada yang demikian itu  terdapat keterangan-keterangan bagi kaum yang memikirkan.”
               Allah menyatakan, di antara keterangan-keterangan yang menunjukkan Dia berkuasa mengadakan hari kebangkitan itu ialah, manusia yang hidup ini diadakan pasangan untuknya yang terdiri dari bangsa manusia itu sendiri – sama ada pasangan itu isteri untuk orang lelaki mahupun suami untuk seorang perempuan.
               Gunanya supaya manusia itu terus dapat hidup dalam suasana yang tenang dan mesra dengan pasangannya itu dan tidak akan merasa kesunyian. Pasangan suami isteri yang telah dijodohka itu agar terus dapat hidup bersama lalu dikurniakan perasaan cinta dan kasih sayang antara satu sama lain sebagai rahmat sehingga rumahtangga mereka berkekalan dan dalam hidup yang teratur.
               Kesyukuran menggamit ketakwaan membawa makna bahawa orang yang sentiasa bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah yang ada di alam ini mahupun dalam dirinya  sendiri akan membuahkan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Begitu juga seorang yang sudah percaya dan yakin atau iman  terhadap Tuhan, bila dia tidak bertakwa  atau taat, tidak beribadat menyembah terhadap Allah, maka sudah sewajarnya pula manusia itu dikatakan tidak wajar, durhaka dan berdosa terhadap Tuhan.
               Taqwa ertinya ialah menjalankan semua yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah. Takwa ertinya menyesuaikan diri dalam hidup ini dengan kehendak dan keredaan Allah. Takwa bererti berhati-hati dalam segala gerak-gerik, tindak tanduk dalam hidup. Gerak gerik dan tindak tanduk hidup ini tidak hanya semuanya saja,
tetapi disesuaikan dengan ajaran Allah dan Rasulnya.
               Tidak lengkap dan kukuh ketakwaan seseorang itu jika ia tidak menjauhi diri dari pekerjaan yang subhat yang membawa manusia ke lembah hina. Amalan-amalan  hidup yang sentiasa  memelihara kesucian Islam itu akan membawa manusia bertemankan iman. Iman merupakan  benting segala kekufuran dan kebatilan. Iman itu adalah jaminan Allah untuk memasuki Syurga-Nya.
               Orang yang beriman melihat segala amalannya itu dengan mata hatinya dan berkeyakinan bahawa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan. Iman dan amal merupakan landasan hidup yang membawa kemurnian dunia dan akhirat. Kehidupan seseorang yang mempunyai iman yang tertanam dalam dadanya, tidak mudah digoda oleh iblis dan syaitan. Kekuatan iman menjamin kehidupan manusia itu lebih sempurna dan terbela. Kenikmatan mempunyai keimanan kepada Allah S.W.T. akan mendorong kita lebih bertawakal dan mensyukuri segala apa yang ada pada dirinya.
               Iman itu satu kekuatan dalam jiwa manusia yang meyakini bahawa segala sesuatu itu ada penciptanya. Tidak ada kewujudan sesuatu itu dengan sendirinya melainkan diciptakan. Seperti bumi, matahari, bulan dan bintang-bintang, langit dan sebagainya tidak wujud dengan sendirinya tanpa ada kekuasaan yang mewujudkannya, iaitu Allah yang Maha Pencipta.
               Begitu juga segala ibadah yang kita laksanakan, tidak ada keberhasilannya tanpa kekuasaan Allah untuk mewujudkan sesuatu yang baru. Maka itu adalah wajar setiap ibadah yang kita laksanakan kita sirami dengan kalimah syukur alhamdulillah. Dengan berbuat demikian akan menggamit rasa takwa kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha penyayang.
               Keimanan seseorang itu berpunca kepada keyakinan bahawa keberadaan Zat  yang Maha Pencipta. Maka itu orang yang beriman adalah mereka yang percaya kepada yang bersifat ghaib. Walaubagaimana pun apabila keyakinan itu disandarkan kepada perkara yang maujud semata maka manusia akan mengalami kesan yang tidak menyenangkan.
               Sebagai contoh, pada suatu masa Nabi Musa A.S. menerima wahyu dari Allah, ia meminta kepada Allah supaya ia boleh melihat jasad-Nya kerana mendengar suara-Nya nabi Musa tidak puas hati sehingga menyaksikan bentuk Allah sendiri. Allah berfirman bahawa manusia adalah hamba-Nya  yang lemah dan tidak ada kemampuan melihat Allah.
               Oleh kerana Nabi Musa meminta diberi peluang juga maka Allah memerintahkan Nabi Musa keluar dari gua tempat ia istikaf dan melihat ke hadapan pintu goa tersebut. Apabila Nabi Musa berbuat demikian dilihatnya di hadapan hanya sebuah gunung sahaja. Dalam masa beberapa saat sahaja kelihatan oleh Nabi Musa  gunung yang berdiri megah di hadapannya menjadi cair. Nabi Musa jatuh pengsan. Apabila beliau tersedar ia meminta ampun kepada Allah dan mengakui kelemahan manusia.
               Untuk meyakini sesuatu yang ghaib sering berlaku dalam hidup yang kita sentiasa merasakannya. Lada merupakan contoh yang paling mudah untuk meyakini kewujudan sesuatu yang ghaib. Apabila  kita makan lada kita rasa pedasnya tetapi sifat pedas itu susah nak ditentukan tetapi kita yakin bahawa rasa pedas itu ada.
               Begitu juga apabila angin bertiup, angin tidak ada bentuknya tetapi kita yakin bahawa angin itu ada apabila ia bergerak. Apabia angin bergerak dengan kuat kesannya kita dapat saksikan seperti tumbangnya pohon kayu yang besar atau kelihatan daun-daun pokok bergerak  mendayu dayu tetapi kita tidak nampak dengan mata kepala kita bagaimana bentuk yang mengakibatkan pokok-pokok itu bergerak.
               Allah S.W.T. bekalkan sesuatu nikmat kepada manusia yang bersifat ghaib seperti kasih sayang, merasa enak pada perasaan melihat pemandangan, berselera makan di atas meja yang dihidang, merasa sihat dan sebagainya. Dengan pada itu jua Allah bekalkan manusia rasa sakit, tidak selesa dan sebagainya. Kesemua itu  adalah yang bersifat ghaib tetapi amat perlu kepada kehidupan. Maka itu setiap individu yang mengalaminya wajar bersyukur kerana
budaya demikian akan menggamit ketakwaan kepada Allah.
               Dalam diri manusia, kemuliaan akal yang juga bersifat ghaib, adalah dari segi menjadi sumber keluarnya ilmu dan hikmah, serta sebagai alat untuk memperolehi ilmu dan hikmah. Akan tetapi jiwa  (roh) manusia merupakan sumber bagi ilmu dan hikmah, dan keduanya telah tertanam di dalamnya dengan pasti sejak awal mula diciptakan; sepetimana ada air di dalam bumi.

               Ilmu itu ada yang dicapai tanpa melalui pelajaran manusia sebagaimana yang berlaku ke atas para Nabi Alaihimussalam, kerana ilmu-ilmu mereka itu lahir dan datang dari golongan malaikat yang luhur tanpa perantaraan manusia. Pada kelazimannya ilmu itu dipelajari dengan memakan masa yang panjang. Maka itu bersyukurlah terhadap segala yang kita nikmati dalam hidup kerana akan menggamit ketakwaan kepada Allah S.W.T..

Sunday, January 18, 2015

SAYA MESTI BERUBAH

 (Disiarkan pada 17. 1. 2015)
Masa berjalan pantas secara istiqamah memberi ingatan kepada manusia mukmin untuk membuat perjanjian kepada diri sendiri demi menangani masa bergerak agar masa itu tidak berlalu tanpa apa-apa perubahan pada ibadah kita. Dan ini wajar kerana usia kita semakin meningkat menuju ke alam tua. Jika tidak ada perubahan pada kehidupan itu bermakna masa telah menguasai diri anda.
               Berbuatlah sesuatu sebagai barometer mengenai ibadah kita sama ada perubahan telah berlaku atau sebaliknya. Manusia menangani hidup bukan setakat mencari sesuap nasi sahaja tetapi memimpin diri menjadi agen perubahan kepada pembangunan kehidupan keseluruhan nya. Allah telah mengamanahkan manusia sebagai khalifah-Nya untuk pemakmur alam kehidupan di dunia ini.
               Pemakmur alam kehidupan mempunyai dua kategori iaitu kepada kemakmuran kehidupan berbagai makhluk Allah  dan kedua ialah menggunakan segala makhluk sama ada yang hidup atau yang tidak sebagai aset pembangunan. Perubahan utama yang kita perlukan ialah melengkapkan diri kita  dengan ilmu pengetahuan sebagai catalyst atau pemangkin   dalam mewujudkan pembangunan.
Dalam pembangunan manusia sebagai pemain dalam sinario kekhalifahan di dunia, Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. telah meninggalkan pesanan (Hadis) yang berbunyi tuntutilah ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad. Setiap manusia wajar menterjemah kan ungkapan tersebut ke dalam diri sendiri kerana ia menjadi tanggungjawab setiap individu mukmin untuk mengilmukan diri sebagai kekuatannya mengolah ibadah kepada Allah.
Walaubagaimana pun konotasi tersebut dipandang sepi oleh masyarakat masa kini terutama sekali gulungan  usia emas. Dengan pada itu juga ia sering berlaku kepada ramai orang yang telah bersarah dalam kerajaan tidak faham makna persyarahan sebenar. Seorang kakitangan kerajaan yang telah bersara wajib mempunyai pendapat bahawa persaraan bermakna bukan berhenti berfikir mengenai perubahan tetang pembangunan. Kita bersara hanya dari khidmat sebagai kakitangan kerajaan.  Tanggungjawab sebagai khalifah Allah wajar diteruskan hingga ajal menjemput nyawa.
Konotasi pembangunan terbahagi kepada beberapa kategori yang setiap manusia wajar memahaminya. Pembangunan jasmani (dunia), dan pembangunan rohani (akhirat) adalah antara dua kategori yang terbesar dan terpenting untuk diterokai. Jika kita dapat membuat perubahan pada satu  unit dalam kategori tertentu harus kita merasa syukur kerana kita telah sekurang-kurangnya  menyumbang satu jenis perubahan kepada pembangunan.
Walaubagaimana pun membuat perubahan kepada pembangunan rohani (akhirat) mendahului segala-galanya, kerana dengan berbuat demikian pembangunan jasmani (dunia) akan dengan sendirinya ikut terbela. Disiplin Pembangunan rohani(akhirat) merangkumi ciri-ciri pembangunan jasmani (dunia).
Rasulullah s.a.w. bersabda untuk menuntut ilmu mulai dari buaian hingga ke liang lahad jelas memberi  ingatan kepada manusia bahawa mengilmukan diri tidak ada pensennya. Ilmu yang dituntut sentiasa menggairahkan individu berkenaan bahawa semakin “kita tahu semakin kita tidak tahu!” Konotasi tersebut memberi gambaran bahawa semakin banyak ilmu  yang kita perolehi semakin banyak lagi ilmu Allah yang belum diketahui.
Apalah makna setitis air yang membasahi jari kita jika menculupkannya ke dalam laut. Itulah yang ditamsilkan  sebagai ilmu yang kita perolehi di dunia, berbanding dengan ilmunya Allah seperti lautan yang tidak bertepi itu. Maka itu semakin banyak ilmu yang kita perolehi maka semakin banyak lagi ilmu yang belum dapat diketahui.
Melahirkan perubahan kepada diri kita wajar terlebih dahulu menambahkan ilmu yang sudah sedia ada. Ilmu itu sahaja menjadi pemangkin dalam melahirkan perubahan. Falsafah perubahan itu bukan hanya tertumpu kepada diri sendiri sebagai pemain dalam membuat perubahan tetapi yang amat penting sekali ialah membuat perubahan kepada orang lain yang memerlukannya.
Setiap manusia  dibekalkan Allah dengan dua kekuatan yang dikenali sebagai fitrah Allah untuk  diguna membuat perubahan. Pertama otak untuk berfikir mengola pembangunan 
dan keduanya ialah kekuatan fisikal atau tenaga jasmani untuk membuat aktiviti ibadah yang akan menghasilkan perubahan kepada sesuatu agenda kehidupan.
               Tenaga atau kekuatan diri itu mempunyai had-had tertentu yang apabila masanya tiba ia tidak mampu lagi  membuat perubahan. Walau bagaimanapun satu tenaga pada diri manusia itu jika dilatih dan sentiasa dikhilapkan akan dapat meneruskan ativiti untuk membuat perubahan walaupun di usia lanjutnya. Potensi intelek atau tenaga mental dan kemahiran fikiran adalah antara fitrah Allah yang sentiasa bersama manusia walaupun usia telah mencapai masa magrib.
               Kategori potensi inteleklah yang dapat meneruskan ibadah menuntut ilmu hingga ke liang lahad. Melatih keadaan fisikal kita mempunyai had-had tertentu, tetapi melatih potensi intelek kita dapat meneruskan ibadah walaupun kemampuan jasmani itu sudah kurang bersama dengan kita lagi.
               Menuntut ilmu dapat dilakukan dalam dua cara. Ilmu Allah yang ada di alam kehidu- pan ada dua iaitu ilmu yang terucap oleh Allah seperti al-Quranul Karim dan yang ke dua ialah ilmu yang tercipta oleh Allah S.W.T. iaitu alam ini.    
Al-Quran merupakan ilmu yang tercatit atau telah didokumentasikan yang boleh kita baca untuk meningkatkan atau membuat perubahan kepada ilmu yang telah sedia ada pada diri kita sendiri. Dengan cara yang serupa kita boleh membuat perubahan melalui pembacaan buku-buku yang di dapati di pasaran. Membaca buku merupakan ibadah kepada pembangu- nan rohani.
Di usia emas itu masih membolehkan kita menggunakan potensi intelek untuk membuat perubahan pada kehidupan dengan cara menulis dan membuat buku. Ibadah serupa ini amat bermanfaat kepada pembangunan rohani sebab apabila buku yang kita siap menulus itu berada di pasaran maka apabila orang membelinya  akan dapat membuat perubahan pada dirinya sendiri setelah membaca buku berkenaan.
Menulis buku merupakan pusaka yang tiada tanding taranya kepada pembangunan manusia kerana buku boleh disamapikan kepada generasi demi generasi walau pun penulis itu jasadnya sudah kembali menjadi tanah. Walaubagaimana pun roh kita akan mendapat ganjaran pahala dari buku yang telah kita usahakan semasa hidup di dunia.
Kelahiran buku yang kita tulis merupakan satu perubahan kepada kehidupan itu kerana ia menandakan bahawa satu usaha yang telah dilaksanakan membuahkan kejayaan sebagai satu dokumen kepada generasi pelapis. Dokumen tersebut  adalah satu penambahan maklumat (ilmu) kepada pembangunan manusia keseluruhannya.
Ilmu maklumat dalam buku tersebut menjadi agen pembaharuan ilmu kepada orang lain yang membacanya. Itulah sebabnya semakin kita membaca semakin banyak perkara yang baru kita ketahui yang bermanfaat kepada pembangunan kehidupan. Begitulah falsafah hidup seorang insan, hendak membuat perubahan pada diri sendiri.
Manusia hidup bermasyarakat maka wajar setiap individu melahirkan sesuatu perubahan pada dirinya kerana dengan berbuat demikian ia telah menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain. Dengan adanya sumbangan ilmu kepada orang lain maka ia menjadi pemangkin atau catalyst kepada jiwa individu berkenaan untuk ingin partisipasi dalam membuat perubahan pada dirinya dan juga kepada masyarakat.
Seorang pendidik sentiasa merancang pengajaran dan pembelajarannya sebelum ia masuk ke dalam kelas untuk mengajar murid-muridnya. Falsafah dalam teknik pengajarannya ialah “saya mesti membuat perubahan” kepada murid-murid saya supaya mereka berjaya memahami ilmu yang baru kelak dapat membuat satu pembaharuan kepada kehidupan mereka sebagai pelajar yang taat kepada menuntut ilmu pengetahuan.
Sebagai satu barometer untuk mengenapasti perubahan telah berlaku kepada setiap
murid, seorang guru akan mengadakan ujian bulanan mengenai ilmu yang baru selesai dipekenalakan kepada mereka. Keputusan dari ujian tersebut akan menjadi ukuran sama ada
perlu dibuat ulangan atau sebaliknya pelajarana yang telah diajar. Mungkin jika ulangan diperlukan, maka adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mengubahsui teknik penyampain yang lebih mudah difahami serta dapat memberi tindak balas yang positif kepada gurunya.
               Dalam soal pembelajaran murid seharusnya setiap individu mencapai tahap kefahaman kepada ilmu yang baru dipelajari kerana untuk mengerti sahaja belum pasti perubahan itu telah berlaku kepada unsaha murid  menimba ilmu. Kata-kata punjangga menggambarkan bahawa “Apabila saya dengar  saya ingat; dan apabila saya lihat  saya mengerti dan apabila saya buat saya faham.”
               Kototasi “faham” merupakan satu disiplin pembelajaran yang telah sempurna diterjemahkan satu-satu ilmu ke dalam diri individu. Saidina Aisyah setelah diajukan pertanyaan oleh para sahabat mengenai akhlaq Rasul Shallallahu alaihi wasallam, beliau berkata “Akhlaq Baginda ialah Al-Qur’an.” Ini bermakna bahawa akhlaq Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam bagikan isi Al-Quran itu telah diterjemahkan ke dalam diri Baginda.
               Dalam erti kata lain ilmu tertentu itu telah menjadi sebahagian daripada diri anda. Ia telah mengubah keadaan hidup anda kepada yang lebih baik dan menyerlah. Kalau anda telah membuat perubahan pada diri anda bermakna hidup anda  lebih domonen berbanding kehidupan yang telah lalu.
               Setiap individu mukmin masing-masing melaksanakkan ibadah kerana Allah. Dalam suasana perlaksanaan ibadah tersebut, kekhyusukan serta rasa tawadhu pada diri individu tidak sama mengikut tahap kekuatan iman masing-masing. Kita tahu bahawa sesiapa melaksanakan ibadah secara khyusuk dan tawadhu  kepada  Allah akan mendapat ganjaran pahala setimpal dengan tahap kekhyusukannya masing-masing.
               Dalam falsafah ibadah kepada Allah setiap jemaah cuba mencapai tahap perubahan dalam diri kita. Itulah misi yang hendak dicapai oleh setiap ahli jemaah dalam solat berjemaah. Tetapi apakah petanda yang kita telah mencapai kekhyusukan dalam solat berjemaah? Orang khyusuk mendirikan solat tidak merasakan bahawa dia menyertai solat berjemaah kerana khyusuk mengingati Allah S.W.T. sahaja.
               Sayidina Ali pernah meminta tolong dipecakan bisulnya yang berada di bahagian belakang semasa khyusuk mendiri sembahyang kerana mengikut beliau masa sembahyanglah ia tidak merasa kesakitan. Segala pemikiran, perasaan, serta deria lainnya tertumpu hanya kepada Allah semasa mendirikan solat. Inilah satu-satunya contoh bagaimanakah perasaan khyusuk itu ada ada diri anda semasa solat.
               Membuat perubahan pada diri sendiri bukan hanya tertumpu kepada kejayaam muamalah semata tetapi perubahan itu harus juga berubah mengenai akhlak diri sendiri. Segala perubahan yang diingini seharusnya kepada kebaikan dan bukan kepada kemuderatan atau kebodohan. Perubahan demikian bukan perubahan pebangunan  tetapi peruahan kepada keruntuhan akhlak serta disiplin individu berkenaan.
               Dalam diri seorang insan ada beberapa  fitrah Allah bekalkan untuk memandu insan menangani kehidupan. Fitrah yang amat berguna kepada  pembangunan ialah fitrah akal dan juga fitrah nafsu. Nafsu terbahagi kepada beberapa kategori, seperti nafsu pembangunan, nafsu kemalaikatan dan nafsu kehaiwanan,

               Sebagai pemimpin diri, akal merupakan rasul dalam diri seseorang itu. Tetapi akal semata jika tidak dibantu oleh fitrah lain seperti pembangunan dan kemalaikatan, perubahan pada pembangunan sukar dijelmakan. Para Malaikat bukan makhluk Allah yang membangun kerana mereka tidak ada nafsu. Maka itu Allah tidak diamanahkan para malaikat sebagai khalifah-Nya di bumi ini walaupun dari segi ibadah kepada Allah malaikatlah yang paling rajin, jujur dan ikhlas melaksanakannya. Oleh kerana manusia mempunyai akal dan nafsu pembangunan tidak ada sebab mengapa manusia tidak boleh membuat perubahan dalam hidupnya di dunia sebagai pusaka umat-umat mukmin di alam dunia.

Friday, January 9, 2015

PEMBANGUNAN YANG TERARAH KIBLAT MASA BERGERAK SECARA ISTIQAMAH



 (Disiarkan pada 10. 01. 2015)
Setiap yang hidup itu memerlukan masa untuk berubah. Pergerakan masa secara istiqamah memimpin manusia memahami perubahan pada keadaan  fisikal atau alam nyata pada setiap makhluk Allah yang ada di alam kehidupan. Dengan panduan masa yang bergerak secara instiqamah akan membentuk satu disiplin pembangunan yang mengikut perubahan masa.
                Kalau pembangunan itu tidak diserikan dengan pergerakan masa secara istiqamah maka sukar hendak melahirkan perubahanan pada setiap ibadah itu. Kita dapat saksikan pembangunan yang dikendalikan oleh kerajaan, banyak yang terbengkalai disebabkan budaya istiqamah tidak terarah oleh masa bergerak secara istiqamah. Maka itu budaya kerja para pelaksana pembangunan akan menjadi tidak produktif.
                Amat ketara belakunya terbengkalai pembangunan ialah pembinaan perumahan kos sederhana dan rendah di mana ramai orang telah teraniaya kerana rumah yang diharapkan sukar dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.Walhal segala dokumen yang diperlukan dalam sisitem jual belih perumahan sudah beres dilaksanakan dan ada yang sudah pun memulakan pembayaran bulanannya.
                Ada empat faktor yang mengakibatkan berlakunya kerja-kerja yang terbengkalai kepada pembinaan rumah kos sederhana dan rendah. Pertama, rumah-rumah berkenaan mempunyai bilangan permohon yang agak ramai maka itu berlakulah kelemahan dalam pengu rusan jual beli.
                Masalah kedua ialah pemaju pembinaan rumah kos sederhana dan kos rendah tidak mempunyai keuntungan yang besar maka faktor inilah mengakibatkan lahirnya kelemahan motivasi dalaman para pemaju untuk menyempurnakan pembinaan rumah berkenaan mengikut jadual yang ditetapkan
                Masalah ketiga ialah dari faktor disiplin pemaju untuk memahami masa yang bergerak  secara istiqamah. Biasanya mereka yang tidak membudayakan amalan tujuh belas rakaat mempunyai kesulitan dari segi penggunaan masa. Orang yang memelihara disiplin perlaksa- naan ibadah tujuh belas rakaat sentiasa mementingkan masa beredar. Masa membina disiplin istiqamah setiap mukmin dan memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah S.W.T..
                Orang yang memelihara tujuh belas rakaat tahu diri mengenai pergerakan masa itu berlalu. Dalam disiplin melaksanakan solat banyak yang termaktub di dalam diri individu dari segi disiplin pembangunan seperti kejujuran, keikhlasan dan bertanggungjawab terhadap ibadahnya di hadapan Allah S.W.T..
                Sembahyang itu dilaksanakan samada secara berjemaah atau bersendirian pasti bilangan rakaatnya tetap dilaksnakan mengikut peruntukan setiap solat yang didirikan. Orang yang mendirikan solat tidak pernah korupsi rakaat. Solat subuh tetap dua rakaat, zohor empat rakaat,  Asar empat rakaat, Magrib tiga rakaat dan Solat Isac empat rakaat. Ini mendidik manusia mukmin jujur dan ikhlas kerana Allah.
                Dalam perlaksanaan ibadat-ibadat lain yang bersangkutan dengan pembangunan pasti falsafah perlaksanaan pembangunannya tetap mengikut disiplin yang telah termaktub dalam pembinaan bangunan berkenaan. Budaya kerja orang yang memelihara tujuh belas rakaat tidak sama sekali mendekati korupsi samada dari segi masa perlaksanaannya mahupun di bidang kos pengurusannya.
                Allah berfirman dalam Al-Qur’an Surah Al-Ashr, ayat (103) 1-2 yang bermaksud:
                “Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian.”
                Masa berlalu begitu pantas secara istiqamah dan tidak menungguh sesiapa pun yang melaksanakan ibadah. Jika masa itu tidak ditangani dengan sebaik mungkin akan meragut se  gala keperluan hidup manusia mengakibatkan kerugian dari segi umur dan yang amat penting sekali ialah ekonomi mereka yang terlibat. Setiap sesuatu itu sememngnya tidak sama seperti sediakala apabila ditelan zaman (masa). Maka itu janganlah menganggap bahawa hidup itu sentiasa dalam keadaan yang sama apabila masa sudah berlalu.
                Masalah yang keempat ialah pengurusan pembinaan satu-satu pembangunan, dua faktor wajar diserasikan demi menentukan perubahan kepada pembinaan berkenaan secara istiqamah iaitu penggunaan masa dan penyeleggaraan kos pembinaan. Kedua-dua disiplin ibadah berkenaan bersandar penuh kepada jiwa dan kepekaan pengurus atau pentadbir sebagai pemimpin dalam organisasi kerja.
                Pengunaan masa wajar diserikan dengan kemanfaatan kepada pembangunan berkenaan. Sering kita dapati dalam pengurusan satu-satu organisai pembangunan, memerlukan kesabaran dan ketahanan metal kerana pada masa yang sama aktiviti-aktiviti
luaran yang kurang produktif sering mengganggu jiwa individu berkenaan. Maka itu kalau tidak ditangani dengan hati yang khyusuk dan tawadhu kepada Allah S.W.T. akan menjemput jiwa untuk turut sama berpartisipasi dalam aktiviti berkenaan.  
Jika demikian berlaku dalam pengurusan pembinaan pembangunan maka kita telah mengkufurkan diri dalam penggunaan masa yang sepatutnya diguna untuk memberiskan pembangunan yang belum selesai. Disinilah perlunya budaya istiqamah dalam melaksanakan tujuh belas rakaat menjadi nadi dalam disiplin beribadah.
Dalam disiplin penyelengaraan kos pembinaan berkenaan kerap berlaku kelemahan dari segi kejujuran dan keikhlasan dalam pembinaan bangunan. Penggunaan kewangan pada yang tidak ada kaitan dengan pembinaan bangunan berkenaan sering belaku mengakibtkan perubahan kepada disiplin kerja akan terbantut.
Jika faktor pengurusan kewangan telah terbantut, jangan fikir pekerja bawahan masih bersabar meneruskan ibadahnya tanpa ganjaran dari khidmatnya kerana mereka juga mempunyai keluarga untuk diberi makan. Apabila pekerja mula meninggalkan khidmat membina bangunan maka berlakulah pembangunan yang terbengkalai.
Jika kontraktor berkenaan disenarai  hitamkan lisennya maka akan memakan masa yang panjang sebelum kontraktor baru dapat menggantikan. Dan kos perbelanjaan menjadi dua kali ganda dari kos asalnya disebabkan menyelenggara bangunan adalah lebih mudah berbanding dengan kos untuk menyiapkan bangunan yang terbengkalai.
Jika demikian berlaku maka akan melahirkan dua masalah terhadap pembelinya dan juga di pihak kerajaan. Pihak pembeli akan mengalami kerugian masa di samping kerugian dari segi ekonomi kerana dia akan menanggung kerugian dari pihak bang mengenai bunga dari pinjamannya.      
Di pihak kerajaan pula akan menanggung kerugian dari segi kos tambahan kepada kontrakator kedua. Pembiayaan kos untuk menyiapkan bangunan berkenaan akan menampar balik kepada pembeli rumah yang akan menanggung semua kos tambahan dari segi faktor masa.
                Sains dan teknologi merupakan teman karib manusia, oleh itu kita harus  mengguna- kannya untuk menyelesaikan masalah yang dialami dalam hidup dan bukan Sains dan Teknologi itu  menggunakan kita. Sebagai contoh, televisyen adalah alat untuk manusia mendapatkan ilmu pengetahuan serta maklumat apa yang berlaku di belahan bumi yang lain. Tetapi bukan televisyen menggunakan kita sehingga  banyak pembuangan masa berlalu kerana menonton televisyen sepanjang masa.
                Manusia membangun berasaskan ilmu pengetahuan yang diperolehinya dari media elektronik dan bukan menggunakan media tersebut untuk kegunaan  keseronokan dan melayani nafsu biologi manusia seperti menayangkan video luca yang menggairahkan syahwat individu berkenaan sehingga melalaikan diri untuk melaksanakan agenda demi mencapai kesempurnaan hidup.
                Fahamilah mesej IT agar kita dapat merasai kecemerlangan hidup. Kalau datuk kita membina rumah dari bahan-bahan yang terdapat di alam sekelilingnya seperti bambu, kayu; dan pada giliran kita pastikan rumah itu dibina dengan menggunakan batu(simen). Terimalah hidup ini dengan tanggungjawab yang diamanahkan Allah S.W.T. untuk memanusiakan manusia. Fikirlah bahawa lebih berkuasa ialah Allah S.W.T.. Dengan hidayah dan petunjuk-Nya kita akan mencapai kecemerlangan hidup. Tanpa-Nya siapalah kita!
                Penggunaan masa secara istiqamah dalam pembangunan diri seperti menimba ilmu pengetahuan juga kerap menjadi fenomena yang sentiasa memporak-porandakan manusia. Pelajar yang sentiasa melaksanakan tujuh belas rakaat dapat memanfaat masa dalam urusan mengilmukan diri.
                Belajar secara istiqamah mengikut peredaran masa  akan membuahkan kejayaan kerana khidmat yang menggunakan disiplin istiqamah Allah  akan pemudahkan urusan. Bukan itu sahaja tetapi orang yang mebudayakan tujuh belas rakaat sentiasa dekat dengan Allah maka itu pertolongan-Nya sentiasa diperkenankan.
                Sebenarnya segala perubahan dalam pembangunan lewat budaya tawakal kepada Allah S.W.T. adalah kekuasaan Allah untuk melahirkan  perubahan berkenaan. Maka manusia sebagai khalifah Allah  di muka bumi ini adalah perantara dalam mewujudkan pembangunan. Untuk memahami fenomena tersebut wajar bermuara kepada diri sendiri sebagai pemain dalam mewujudkan pembangunan.
                Setiap pemain dalam pembangunan kehidupan, Allah lengkapkan dengan berbagai fitrah seperti kemahiran berfikir, akal, tenaga, semangat, daya tahan mental, nafsu dan keinginan. Untuk menggunakan fitrah-fitrah tersebut Allah bekalkan manusia dengan ilmu pengetahuan sebagai kekuatan untuk memahami teka-teka pembangunan. Maka itu adalah wajar dalam melaksanakan ibadah pembangunan kita serikan dengan perlaksanaan tujuh belas rakaat.
                Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
                “Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepada-Ku.”
Ibadat disini bermaksud melaksanakan agenda pembangunan. Menyembah Allah merupakan ibadah. Firman Allah dalam Surah al-Anbia’ ayat 25 bermaksud:
                “Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun sebelum kamu, melaikan Kami mewahyukan kepadanya: Bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Allah. Maka sembahlah oleh mu sekalian akan Aku.”
                Al-Qur’an menceritakan bahawa Allah tidak mengutus seorang Rasul kecuali untuk menyeru manusia supaya mentauhid(mengesakan) Allah. Atas asas inilah Allah menyeeuh Rasul-Nya Muhammad (s.a.w.) menyeru orang-orang Yahudi dan Nasrani.
                Perlaksaan ibadah kepada Allah adalah tanggungjawab setiap mukmin. Oleh yang demikian mendekati Allah dalam segala urusan pembangunan adalah kemestian demi melancarkan pebangunan manusia. Ibadah tersebut adalah agenda khidupan sebenar. Mereka yang gagal membudayakan tanggungjawab tersebut mengakibatkan agenda yang dilaksanakan sukar mendapat keredaan Allah S.W.T.  
                Bembinaan bangunan tanpa pertolongan dari Allah S.W.T. maka berlakulah projek-projek terbengkalai. Dengan pada itu juga projek yang terbengkalai sebenar merupakan ujian Allah kepada manusia yang tidak mentauhidkan Allah S.W.T.. Menghadapi ujuan Allah, manusia perlu bersabar kerana setiap ujian Allah itu sememangnya Allah sediakkan hikmah.
                Pengurusan pembangunan sewajarnya diberi kepada orang yang bertauliah, kerana jika diberi kepada seorang yang separa profesional maka akan juga mengalami pembinaan yang terbengkalai. Maka itu pemaju perumahan wajar dari orang yang tahu tugasnya dan mempunyai rekod kewibawaan dalam segala projek yang telah selesai dilaksanakan.

Sunday, January 4, 2015

PENYAKIT DAN NALURI TAKUT

 (Disiarkan pada 3.1.2015)
Penyakit takut merupakan fitrah manusia yang mengpengaruhi tinkahlaku individu berkenaan terhadap sesuatu fenomena alam kehidupan sama ada di dalam dirinya  mahupun diluar yang bersifat nyata ataupun yang ghaib. Fenomena berkenaan diyakini akan mengakibatkan kemuderatan kepada kesihatan serta pengalaman individu berkenaan yang tidak berjaya diperolehi.
               Fitrah takut berlaku pada diri seseorang kerana meyakini hubungannya dengan alam kehidupan kurang memberi jaminan keselamatan mahupun kebahagian pada dirinya. Fenomena takut biasanya menginap pada orang yang imannya tidak menentu. Disiplin perlaksanaan ibadah kurang berlandaskan kepada tawakal kerana Allah.  
               Penyakit takut timbul dari jubun. Hawa kemarahan badan sudah terlalu dingin dan beku. Sebab itu timbullah ketakutan. Takut kerana menyangka ada bahaya, atau perkara yang tidak  diingini. Sebab yang diakui bukanlah barang yang telah kejadian tetapi yang akan datang, perkara besar, atau kecil, sukar atau mudah!
               Barang yang boleh jadi datang dan belum tentu, belum pasti. Sebab itu janganlah kita putuskan saja bahawa perkara yang belum pasti akan terjadi juga. Kalau berat sangkaan bahawa perkara itu pasti datang, yang ditakuti itu kadang-kadang tidak seberat yang kita sangka.
               Hidup yang senang bahagia dan yang aman, ialah hidup yang mempunyai persangkaan dan pengharapan baik, cita-cita yang tinggi dan perinsip yang teguh, dan tidak terlalu banyak memikirkan barang yang belum tentu akan terjadi. Misalnya seseorang enggan berniaga kerana takut rugi, enggan menyewa tokoh besar, takut tidak terbayar sewanya, enggan beristeri, takut tidak akan terbelanjai. Semua ketakutan itu menghalangi langkah mencapai kemajuan hidup. Padahal yang lebih patut ditakuti ialah yang tidak ada kemajuan itu.
               Tetapi kalau yang ditakuti itu datang dari kesalahan sendiri, hendaklah kita awas dan hati-hati. Kalau takut diseksa, singkirkan dosa. Kalau takut rugi berniaga, hendaklah hati-hati. Kalau pekerjaan ditimpa bahaya, jangan lupa mengawasinya. Kalau segala usaha dan ikhtiar telah cukup dilakukan dan dalam hati masih ada ketakutan juga, ini adalah penyakit. Pergilah ke doktor. Kalau memang datang juga bahaya itu, padahal ikhtiar dan usaha telah cukup, tidak lah seorang yang sihat akalnya merasa takut dan menyesal lagi!    
               Ketakutan yang begini, kerana dia datang dari fikiran, maka ubatnya ialah dari dalam fikiran juga. Misalnya seorang berniaga takut rugi, hendaklah diubati dengan perasaan, bahawa jatuh miskin itu bukanlah penyakit, sebab orang yang lebih miskin pun boleh hidup. Yang jadi penyakit ialah ketakutan itu.
Ingatlah bahawa sorang manusia dilahirkan tidak berharta dan berkain sehelai benang juga, kemudian dia kembali ke akhirat, pun hanya dengan 3 lapis kafan. Semuanya itu adalah biasa, tidak perlu ditakutkan.       
Dua perkara yang mesti datang dan sangat ditakuti oleh manusia iaitu, tuan dan mati. Apakah ubatnya takut itu? Harus diingat, bahawa semua manusia inginkan panjang umur, takut tua dan takut mati. Inilah suatu perasaan ganjil. Gila saja pun tidak segila ini. Sebab orang gila ada keinginan hidup, sebagaimana tidak mengingini mati juga.
Kalau suka umur panjang, tentu ertinya suka tua, bukan? Adakah berumur panjang tidak menemui tua? Tidakkah terlalu tamak orang yang ingin umur panjang dan ingin terus muda? Al Akhthal, penyair Nasrani di zaman Khalifah Bani Umaiyah menyairkan:
“Manusia itu semuanya cinta umur panjang.
Padahal tidaklah ku lihat umur panjang hanya menambah tolol belaka.
Kalau engkau hendak membanggakan harta benda.
Tidaklah ada harta benda yang melebihi amal soleh.”
Bila umur panjang tua pasti datang. Sebab kalau hidup telah lanjut, timbangan panas dingin
telah reda, darah telah usang, anggota badan pun lemah. Kegiatan habis, kekuatan pencernaan hilang, gigi goyah dan kadang-kadang  tanggal semuanya. Alat keturunanpun lemah dengan sedirinya. Apalagi orang tua itu  kerapkali menyaksikan orang yang lebih muda daripadanya, terutama di dalam kalangan kuluarganya sendiri, yang dicintainya, mati dahulu daripadanya. Itupun menambah tua juga.  
               Takut itu satu sifat naluri manusia terutama sekali apabila memikirkan tentang kehidupan yang serbah mencabar. Walaubagaimana pun naluri takut itu jika disandarkan  kepada pembangunan rohani seperti takut kepada kedosaan, takut melakukan kemaksiatan dan takut kepada menghianati perintah Allah, merupakan satu naluri manusia yang mulia dan digalakkan dalam pembangunan dunia dan akhirat.            
               Allah berfiman Surah Ali Imran ayat 3:110, yang bermaksud:
               “Adalah kamu sebaik-baik umat yang dibangkitkan bagi manusia supaya kamu  menyuruh mengerjakan kebajikan dan kamu melarang berbuat kejahatan serta percaya kepada Allah. Kalau berimanlah Ahli Kitab (Yahudi atau Nasrani) nescahaya lebih baik bagi mereka. (tetapi sesetengah mereka itu mukmin dan kebanyakan mereka fasik.”
               Sebabnya ayat ini diturunkan kerana ada beberapa orang Yahudi iaitu Malik bin ash-Shaif dan Wahab bin Yahada telah berkata kepada orang-orang Islam iaitu Abdullah bin Mas’ud, Mu’adz bin Jabal dan Salim (hamasahaya Hudzaifah) begini: “Kami lebih mulia daripada kamu dan agama kami lebih baik daripada agama yang kamu dakwahkan.” Maka Allah turunkan ayat ini.
               Maksud ayat tersebut iaitu; Kamulah  sebaik-baik umat yang ada sekarang dengan sebab kamu ada menyuruh mengerjakan kebaikan dan melarang daripada melakukan kejahatan serta beriman dengan sebenar-benar iman. Sedang umat yang lain yang telah tenggelam di dalam kejahatan dan tidak ada di antara mereka yang menyuruh kaumnya berbuat kebajikan dan mencegahkan dari kejahatan serta tidak pula beriman dengan Allah sebenar-benar iman.
               Sekiranya mereka itu beriman dengan sebenar-benar iman yang tertanam di dalam hati dan sebati dengan jiwa—sebagaimana keimanan orang-orang mukmin – maka  yang demikian itu amatlah baiknya iaitu akan mendapat ketinggian di dunia dan pahala di akhirat dengan memasuki syurga.  
               Di antara orang-orang Ahli Kitab itu terdapat juga orang-orang yang telah beriman dengan tulus ikhlas dalam sebarang amalannya seperti; Abdullah bin Salam dan kumpulan  daripada orang-orang Yahudi, dan kumpulannya dari orang-orang Nasrani. Tetapi kebanyakan nya bermaharajarela di dalam kekufuran.            
               Orang mukmin sejati adalah orang yang takut kepada Allah S.W.T. dengan semua anggota tubuhnya. Seperti apa yang telah diperkatkan oleh Abul Laits; “Takut kepada Allah S.W.T.  akan terlihat tanda-tandanya dalam tujuh macam hal.
(a)     Lidahnya, dia tentu akan mencegahnya dari dusta menggunjing, mengadu domba, membual dan perkataan tidak bermanfaat. Lagi pula dia akan menjadikannya sibuk dengan zikir kepada Allah S.W.T. membaca Al-Qur’an dan memperbincangkan ilmu.
(b)     Hatinya, dia tentu akan mengeluarkan dari dalamnya perasaan bermusuhan, kedustaan, dan dengki terhadap kawan kerana kedengkian akan menghapuskan segala kebaikan; seperti apa yang disabdakan Rasulullah SAW.,
“ Hasad (dengki) menghancurkan kebaikan sebagaimana api menghancurkan kayu bakar.”
       Dan ketahuilah, bahawa sesungguhnya hasad itu termasuk penyakit hati yang berat dan semua penyakit tidak dapat disembuhkan kecuali dengan ilmu dan amal.
(c)     Penglihatannya, dia tidak akan memandang yang haram, baik makanan, minuman,  pakaian, atau yang lain, tidak memandang kepada dunia  dengan keinginan, akan tetapi dia memandangkannya dengan mengambil ikhtibar dan dia tidak  akan memandang kepada sesuatu yang tidak halal baginya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda’
“Sesiapa memenuhi matanya dengan sesuatu yang haram, Allah S.W.T. akan memenuhi matanya besok hari kiamat dengan api neraka.”
(d)     Perutnya, dia tidak akan memasukkan suatu yang haram ke dalamnya, kerana hal itu merupakan dosa besar. Rasulullah SAW bersabda: “Ketika  sesuap haram jatuh pada perut anak cucu Adam, semua malaikat dibumi dan langit memberi laknat kepadanya selama suapan itu  berada dalam perutnya, dan  sekiranya ia mati dalam  keadaan begitu maka tempatnya adalah jahanam.”
(e)    Tangannya, dia tidak akan meraih sesuatu yang haram tetapi  meraih sesuatu yang terdapat unsur taat Allah di dalamnya. Diriwayatkan dari Ka’bil Ahbar, dia berkata: “Sesungguhnya Allah S.W.T. menciptakan perkempungan dari zabarjad hijau, di dalamnya terdapat seribu rumah dan di dalam setiap rumah terdapat seribu buah bilik, tidak akan menempatinya kecuali seorang lelaki yang diberikan sesuatu yang haram kepadanya, lalu dia meninggalkannya kerana takut kepada Allah S.W.T.
(f)      Telapak kakinya, dia tidak akan berjalan di dalam kemaksiatan kepada Allah tetapi berjalan di dalam ketaatan pada-Nya dan reda-Nya, serta ke arah pergaulan dengan ulama dan orang-orang soleh.
(g)    Ketaatannya, dia tentu akan menjadikan ketaatannya itu murni kerana reda Allah S.W.T. dan dia khuatir dari riya’ dan kemunafikan.
Sekiranya dia telah melakukan semuanya itu, maka dia termasuk orang-orang yang
difirmankan Allah S.W.T.:
               “Kehidupan akhirat di sisi Tuhanmu itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”Surah Az-Zukhruf ayat 43:35.
               Di kampung akhirat di mana syurga berada di sana cukup dengan kenikmatan yang tak terhitung banyaknya disediakan oleh Allah bagi orang-orang mukmin yang takwa dengan menjauhi syirik dan dosa dan beramal ke arah mentaati Allah serta lebih mengutamakan
kepentingan akhirat daripada kepentingan hidup di dunia.
               Abu Laits berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T. memiliki malaikat-malaikat di langit yang selalu sujud sejak Allah S.W.T. menciptakan mereka sampai hari kiamat, persendian mereka gementar kerana takut menyalahi perintah Allah S.W.T.. Apabila telah datang  hari kiamat, mereka mengangkat kepala mereka dan berkata “Maha Suci Engkau, kami belum
mengabdi kepada-Mu dengan sepenuhnya pengabdian.” Itulah maksud firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nahl ayat 16:50:
               “Mereka takut kepada Tuhannya yang berkuasa atas mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan pada mereka.”
               Berlakunya kerosakan akhlak, perbuatan maksiat serta  merebaknya jenayah di dunia pada masa sekarang adalah disebabkan oleh kelalaian manusia terhadap Penciptanya, serta ketiadaan perasaan takut kepada Allah.
               Takut kepada Allah merupakan asas kehidupan rohani yang membawa ke arah kebaikan. Oleh sebab itu semua agama cuba menanamkan perasaan ini kepada semua orang yang melakukan kesalahan.   
               Sekiranya tidak ada perasaan takut kepada Allah nescaya manusia akan sentiasa melakukan perbuatan keji, sentiasa mengikut nafsu tanpa mempedulikan kepentingan orang lain. Demikian juga segala undang-undang yang dibuat untuk mengawasi manusia daripada menganiayai orang lain akan memberi sebarang hukuman jenayah.
               Di samping Islam memperundangkan hukuman jenayah dan larangan-larangan yang boleh mengelakkan manusia dari melakukan kejahatan, Islam tidak pula lupa mengingatkan manusia supaya takutkan keseksaan Allah, sebab peringatan seperti ini akan membawa manusia kepada mentaati Allah serta akan mengikuti jalan yang  diredhai dan mencapai kemenangan dengan nikmat-Nya. Ayat Al-Quran yang menyaksikan demikian ialah:

               “Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan ketakwaan kepada-Ku, maka mereka adalah orang-orang yang  mendapat kemenangan”. Surah An-Nur:24:52.