Saturday, March 28, 2015

PEMBANGUNAN INSAN DALAM PERSEPSI ISLAM

 (Disiarka pada 28. 3. 2015)
Insan merupakan ciptaan Allah yang mempunyai dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jasmani asalnya daripada tanah manakala rohani adalah ciptaan Allah yang bersifat ghaib. Maka pembangunan insan difahami sebagai pembangunan kedua-dua unsur manusia, jasmani dan rohani. Dalam erti kata lain pembangunan insan dilihat kemanfaatan dalam kedua-dua alam, iaitu jasmani (dunia) dan rohani (akhirat).
               Hidup insan di dunia ini hanyalah sementara. Cuma dunia ini adalah sebuah pelabuhan persingahan dalam satu perjalanan jauh menuju alam  kekal abadi di akhirat. Jasad hanyalah pinjaman Allah s.w.t. kepada setiap insan. Padanyalah roh menumpang. Lalu terciptalah insan itu yang terdiri dari jasad dan roh.  
Jasad akan hancur binasa pada satu ketika yang bernama kematian tiada yang tinggal daripadanya selain dari tulang dan dari situlah tubuh manusia terhimpun kembali menuju ke padang mahsyar di hari kebangkitan. Namun roh akan kekal. Roh akan kembali ke hadirat Allah s.w.t. untuk diperhitungkan samada roh itu diisi dan diimarahkan dengan iman, yakin dan amalan-amalan soleh atau sebaliknya.
Dunia adalah tempat santapan bagi rohani diberikan. Rohani ini hendaknya dihiasi dengan iman, yakin ihsan, muraqabah, amal-amal soleh, akhlak mulia… kesemuanya dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. bagi memperolehi keredhaan-Nya.
Manusia mempunyai potensi kekuatan dan kelemahan yang tertentu. Mana-mana kekuatan atau kelemahan akan berkembang subur dengan banyak berdasarkan beberapa seperti jiwa manusia, corak asuhan, pendidikan, persekitaran fisikal, dan persekitaran sosio-budaya. Satu kekuatan asas yang ada pada manusia ialah kebolehan untuk membina ilmu, membuat pilihan hidup, dan mengurus diri sendiri.
Kelemahan manusia yang paling utama ialah sifat lalai dan lupa. Sifat inilah yang menjadi punca kezaliman, kejahilan, penderhakaan dan ketidaktaatan manusia terhadap peraturan dan suruhan Allah. Manusia dinamakan insan kerana sifat pelupanya. Melalui unsur kesyaitanan dan sifat pelupa manusia terdedah kepada bisikan syaitan. Syaitan merupakan sejenis makhluk yang menjadi musuh manusia yang sentiasa berusaha untuk membawa manusia ke neraka.
Untuk membantu manusia menjalani kehidupan duniawi dengan baik, Allah menurunkan petunjuk dalam bentuk Al-Qur’an dan Sunnah. Dengan berpandukan  ilmu wahyu, pemikiran rasional, dan pengalaman yang konstruktif, maka manusia dapat menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini dengan baik.
Manusia merupakan sejenis makhluk ciptaan Allah yang terbentuk daripada cantuman jasad dan roh. Sebagai entiti yang hidup, manusia sentiasa berubah dan berkembang menurut perubahan masa dan tuntutan persekitaran. Semasa proses perubaan dan perkembangan itu, manusia sentiasa ingin mendapatkan sesuatu. Keinginan inilah yang mendorong manusia untuk terus berusaha dan merealisasi keinginan yang bermanfaat secara progresif bagi mencerminkan kejayaan dalam perkembangan diri.
Dalam konteks ini, kemanfaatan atau kegunaan tidak ditentukan berdasarkan kepada keuntungan dan keseronokan duniawi  semata-mata. Sebaliknya, kegunaan itu merujuk sesuatu yang memberi manfaat kepada kehidupan duniawi dan ukhrawi. Kekidupan duniawi yang bersifat sementara dilihat sebagai persediaan untuk menjalani kehidupan di akhirat yang bersifat kekal abadi.
Sesetengan keinginan perlu diperoleh kerana tapanya kehidupan manusia akan terjejas. Keinginan seperti itu disebut sebagai keperluan asas. Keinginan yang tidak menjejaskan kehidu-
pan jika tidak diperoleh pula disebut sebagi kehendak. Dalam proses perkembangan, kita perlu membezakan keperluan dengan kehendak supaya tumpuan yang sewajarnya dapat diberi kepada usaha untuk memuaskan keperluan asas.
               Secara khusus, keperluan asas berkait dengan unsur yang membentuk diri manusia. Misalnya, jasad yang berpunca daripada tanah melahirkan keperluan asas yang bersifat fisikal atau kebendaan seperti keperluan untuk mendapatkan makanan, minuman, pakaian, perhiasan, rehat, tidur, tempat tinggal, keamanan, kepuasan seks, pengalaman deria, mengeluarkan kotoran dan mengelakkan kecederaan.
               Roh pula yang berpunca daripada alam ketinggian dan kekudusan melahirkan keperluan asas yang bersifat psikologi atau kerohanian, seperti keperluan untuk membentuk kekuatan akidah, ilmu, akhlak, pencapaian diri, dan persucian diri.
               Untuk memuaskan keperluan asas dengan baik, manusia perlu mengikuti acuan atau kaedah yang ditetapkan oleh Allah. Acuan atau kaedah pembangunan yang ditetapkan oleh Pencipta mempunyai matlamat yang khusus. Misalnya, perkembangan dan pembangunan manusia bermatlamat untuk mempertingkatkan kebahagian diri ke tahap yang optimum dalam semua aspek kehidupan.
Dalam hal ini, aspek rohani yang dianggap sebagai pokok, iaitu penentu bagi system kehidupan mendapat tempat yang istemewa. Manakala aspek-aspek yang lain seperti teknologi, ekonomi, pengurusan, dan saintifik dianggap sebagai cabang yang mengeluarkan buah kerana patuh kepada sifat semula jadi pokok itu sendiri. Kuantiti dan kualiti buah yang dikeluarkan bergantung pada mutu perkembangan sesuatu pokok yang merupakan pembangunan rohani.
Untuk mencapai tahap yang optimum, perkembangan aspek kerohanian harus diseimbang kan dengan perkembangan aspek kebendaan (NikAzis, 1994). Bagaimanapun keseimbangan tersebut bukan bermaksud aspek kerohanian dan aspek kebendaan berada dalam satu bentuk timbangan yang sama berat atau persamaan martabat. Timbangan yang sama berat atau persamaan martabat tidak mungkin dicapai kerana aspek kerohanian mempunyai dimesi, realiti, dan kosmologi yang berbeza daripada aspek kebendaan.
Sebaliknya, keseimbangan antara aspek kerohanian dengan aspek kebendaan dalam pembangunan manusia terbentuk dalam satu konnfigurasi yang unik, dengan pembangunan aspek kebendaan yang bersifat sementara (lihat Nik Azis 1994).
Pembelajaran adalah satu pengembaraan yang berpanjangan. Education is a long life learning. Tidak ada cara singkat, kaedah pendek rengkas atau jalan pintas untuk menjadi insan yang pintar cerdas. Islam menyuruh manusia agar jangan berdiam diri sahaja tanpa melakukan sebarang aktiviti yang konstruktif dan bermanfaat. Kekuatan intelek tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha dan pengorbanan. Manusia perlu berikhtiar dan berkorban untuk mengubah nasib masa depan anda. Perubahan itu bermuara dengan pembangunan diri secara menyeluruh.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 13:11 yang bermaksud: “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kalau kalau kum itu  sendiri tidak mengubahnya.”
Oleh yang demikian halusilah permasalahan yang datang memporak porandakan agenda pembangunan anda  sama ada dalam diri anda sendiri mahupun kepada keluarga dan masyarakat sekelilingnya. Ilmu pengetahuan itu diberi kepada manusia untuk menjadi pemangkin kepada usaha kita hadapi dalam hidup ini, yang semakin tinggi tanggungjawab tamadun manusia.
Menuntut ilmu adalah penting demi kesediaan kita memahami pembangunan kehidupan tetapi yang amat penting sekali ialah amal ibadah. Ilmu yang diperolehi wajar bersama kita dalam hidup kerana kedatangan ilmu tersebut mendewasakan pemikkiran kita sebagai khalifh di
alam kehidupan ini. Segala ilmu yang telah diperolehi seharusnya diterjemahkan dalam
kehidupan kerana dengan cara itu ilmu menjadi zat pembangunan sebenar.
               Ilmu itu ada bermacam jenis. Ilmu yang landasannya kepada syairat mendidik kita memahami disiplin kehidupan yang diredhai Allah S.W.T. Ilmu inilah yang wajar ditelusuri oleh setiap insan untuk melahirkan tamadun kehidupan.
               Dalam system bermasyarakat ilmu dianggap sebagai satu keutamaan dalam system nilai dan juga masyarakat manusia di setiap peringkat. Ilmu menjana pengetahuan yang tinggi dan menjadi kunci kepada segala kebaikan. Ilmu itu adalah ketibaan sesuatu makna, hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang. Kehadirannya dalam diri anda membolehkan kita memahami maknanya hidup.
               Bermasyarakat  akan melahirkan ukhuwah kemanusiaan kelak menelorkan perasaan kasih sayang antara sesama dan hasilnya ialah ibadah kerana Allah yang pasti ganjarannya  pahala sebagai zat pembangunan rohani kita. Ilmu semata tidak menghasilkan manfaat kepada kita tanpa menterjemahkan sebagai zat pembangunan jasmani. Maka itu ilmu yang diperolehi wajar menjadi sumber pembangunan jasmani dan rohani.
               Ilmu itu adalah hak gunapakai manusia dalam hidup. Hak mutlaknya ialah Allah S.W.T. Anda menggunakan ilmu itu sebatas umur kecuali ilmu itu telah digunakan yang menghasilkan amal jariah di mana produk amalan itu masih bermanfaat kepada orang yang masih hidup setelah anda meninggalkan alam dunia ini.
               Dalam menangani pembangunan manusia, Islam menggunakan faktor masa sebagai barometernya. Peredaran masa mempunyai satu faktor yang manusia wajar mencontohi. Masa begerak secara istikamah, dengan disiplin yang tidak berubah kelajuannya.
               Walau bagaimana pun jika manusia tidak membudayakan disiplin istikamah maka ia merasakan masa berlalu begitu pantas. Setiap ibadah yang dilaksanakan secara istikamah pasti menempah kejayaan kerana budaya demikian satu disiplin pembanguan yang mendapat keredhaan dari Allah S.W.T..
               Jika kita membaca al-Qur’an al Karim dua tiga muka setiap hari secara instikamah Allah lebih suka berbanding dengan orang yang membacanya sekali dalam satu juz kemudian tidak membacanya lagi. Orang yang membaca secara istikamah walaupun hanya dua muka sahaja lambat laun ia akan atam Al-Qur’an berbanding dengan orang yang membaca tidak mengikut  disiplin istikamah maka sampai bila-bila pun ia tidak akan dapat mengatam al-Qur’an.
               Islam mementingkan faktor masa sebab mengetahui pergerakan masa merupakan satu ibadah kerana Allah. Memahami pergerakan masa juga akan mendidik manusia supaya mengetahui peningkatan usianya. Usia adalah satu faktor pembangunan kerana masa membuat segala keperluan tamadun kehidupan, masa mudanyalah yang sesuai untuk melaksanakannya.
               Islam adalah agama ilmu. Al-Qur’an al Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang pertama diturunkan ialah berkenaan ilmu, iaitu “Baca”. Membaca adalah pintu keilmuan. Orang yang berilmu sebagai orang bersaksi  kepada Allah dengan ketauhidan bersama Malaikat. Orang yang berilmu adalah orang yang paling takut kepada Allah serta bertakwa kepada-Nya. Firman Alla yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-bamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.” Surah Faathir ayat 35:28.
Al-Qur’an adalah kitab teragung yang membangunkan “mentaliti ilmiah”. Al-Quran menolak segala perkara kurafat. Ia juga menolak keraguan dan hawa nafsu dalam kontek perbahasan hakikat akidah yang berdasarkan kepada keyakinan. Al-Qur’an menganggap analisa itu sebagai kewajipan, berfikir itu sebagai ibadah, mencari hakikat itu sebagi amalan mendekat
kan diri kepada Allah.
               Satu aktiviti pembangunan insan yang sangat penting ialah persucian diri. Istilah diri merujuk jasad dan roh manusia. Oleh itu, persucian diri membabitkan aktiviti mensucikan anggota badan daripada najis dan kotoran, mensucikan perilaku daripada amalan yang salah  dan berdosa, mensucikan kalbu daripada kepercayaan yang sesat dan menyelewing, mensucikan jiwa daripada akhlak yang terkeji, dan mensucikan akal daripada persepsi yang mengelirukan.
Potensi intelek tidak dapat berkembang dengan baik sekiranya kita mengalami krisis  keruntuhan akhlak atau kekosongan jiwa. Al-Ghazali (1992) menganjurkan satu pendekatan atau model persucian diri yang bersifat seimbang dan  menyeluruh.

Model persucian diri antara lain membabitkan empat kategori: Kategori 1: Melakukan ibadat kepada Allah. Kategori 2: Menjalankan aktiviti seharian dengan beradab. Kategori 3: Menjauhkan diri daripada perbuatan yang membinasakan dan kategori 4: Mengamalkan perbuatan yang menyelamatkan.

Saturday, March 21, 2015

PERJUANGAN DAN PENGORBANAN AGENDA KEHIDUPAN

 (Disikan pada 23..3. 2015)
Hidup dan kehidupan merupakan perjuangan dan pengorbanan. Untuk membentuk kehidupan yang serasi dengan kehendak beragama demi kemanfaatan hidup di akhirat kelak wajar melalui berbagai macam perjuangan. Jika hendak hidup bahagia haruslah berjuang dan dalam menempuhi perjuangan hidup harus berani meniti pengorbanan. Tidak ada agenda perjuangan yang melahirkan pembangunan tanpa berkorban.
               Jika ingin hidup bahagia di dunia haruslah berjuang untuk menghadapi ranjau-ranjau dalam kehidupan; dan untuk menghadapi ranjau-ranjau tersebut wajar kita berkorban. Berkorban demi memperjuang hak asasi kehidupan sebagai hamba Allah. Maka itu  berkorbanlah demi kelangsungan hidup; kerana jika tidak mahu berkorban ta’ payah berjuang dan jika tidak mahu berjuang wajar berhenti hidup!
               Hidup di dunia  bagikan sebuah teka teki. Jika kita berjaya menemukan jawapannya maka kita telah berkorban demi melahirkan hidup bahagia. Kebahagian hidup di dunia wajar diserasikan dengan kehendak Islam sebagai addin atau cara hidup kerana falsafah hidup demikian, kemanfaatannya adalah kepada jasmani dan juga rohani atau kehidupan dunia dan juga kehidupan ukhrowi.
               Perjuangan dalam hidup tidak memberi makna jika tidak ada pengorbanan. Pengorbanan lah diperlukan demi memberi kemanfaatan kepada kebajikan rohani kita. Memelihara kebajikan rohani tanggungjawab setiap mukmin kerana itulah agenda utama dalam hidup di dunia. Kehidupan dunia yang fana itu wajar berlandaskan akidah Islam kerana ia membetulkan persepsi manusia tentang kehidupan yang diredhai Allah S.W.T..
               Sejak lahir ke dunia seorang insan pasti menempuhi perjuangan hidup kerana segala keperluan hidup hanya dapat bersama kita setelah usaha berjuang telah dilaksanakan. Agenda utama yang wajar dilalui oleh setiap insan dalam kelangsungan hidup di dunia ialah menimba ilmu pengetahuan, kerana hanya cara demikianlah dapat kita memahami hidup sebagai ibadah.
               Wahyu pertama manusia terima dari Allah ialah “baca”. Ini menandakan bahawa melalui pembacaan ilmu dapat diperolehi kelak akan mendidik kita untuk melaksanakan agenda-agenda utama manusia sebagai pemain dalam pembanguan dunia dan juga akhirat.
               Segala kemanfaatan hidup haruslah melalui pembacaan. Agama Islam telah dilengkapkan dengan berbagai asas kemahiran dalam kehidupan dan manusia wajar berjuang untuk mengilmukan diri. Menimba ilmu bukan semudah yang difikirkan. Kita memerlukan kesabaran untuk mendapatkan sesuatu yang bermanfaat kepada kehidupan, maka itulah yang dikenali sebagai pengorbanan. Ilmu adalah kedatangan sesuatu makna yang membolehkan kita memahami teka-teka kehidupan.
               Berkorban untuk kemanfaatan hidup merupakan satu perjuangan yang mesti dilalui oleh  setiap insan. Allah telah melengkapkan manusia dengan berbagai fitrah pembangunan hidup, maka gunakanlah sebaik mungkin fitrah tersebut dengan iringan doa kepada Allah demi kelancaran dan kemudahan perlaksanaannya.
               Manusia dikategorikan sebagai ‘Thinking animal’ oleh para pemikir pembangunan seperti Ahli Sains disebabkan kehadiran fitrah kemahiran berfikir yang ada pada manusia.  Ibadah berfikir wajar diserasikan dengan fitrah akal yang berperanan sebagai Rasul dalam diri setiap insan. Akal manusia kadang kala menyimpang dari landasan yang diredhai Allah S.W.T. maka itu kita dibekalakan dengan agama (Islam) sebagai cara  hidup setiap manusia.
               Dengan menggunakan segala fitrah yang ada pada manusia sebenar adalah satu cara menunjukkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dimudahkan-Nya urusan manusia dalam hidup. Tanpa menggunakan fitrah hidup tersebut dengan betul sebenar kita mengkufuri nikmat Allah yang diuntukkan kepada hamba-Nya yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Maka itu menggunakan fitrah secara betul dan sempurna merupakan satu bentuk perjuangan dan pengorbanan dalam hidup membangun.
               Dalam menelusuri kehidupan setiap insan wajar mempunyai iman tertanam dalam dirinya kerana tanpanya akan diporak-porandakan oleh makhluk halus seperti iblis dan syaitan yang telah berjanji hendak menggoda manusia dalam segala agenda kehidupan. Iman kepada Allah amat penting dalam hidup kerana tidak ada kemampuan manusia melaksanakan ibadah tanpa pertolongan dari Allah S.W.T..
               Islam menganggap harta sebagai asas pembangunan kehidupan sepertimana yang digambarkan oleh sebuah ayat al-Qur’an Surah Al-Nisa ayat 4:5 yang bermaksud:
               “Janganlah kamu menyerahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta mereka (yang berada di bawah jagaan kamu) yang Allah telah menjadikannya sebagai asas pembangunan kehidupan.”                                                                                                                                                                                                                                                                                Orang-orang yang diamanakan untuk menjaga harta anak yatim wajar mengatakan kepada mereka perkatan yang baik-baik. Yakni  dengan mengatakan misalnya: “Harta ini hartamu, aku hanya wali yang menjaganya sahaja. Jika engkau kelak besar dan dewasa, aku akan serahkan kepadamu,” dan lain perkataan berupa nasihat-nasihat yang berharga dan tunjuk ajar yang diguna, ataupun diberi pelajaran dan didikan supaya berlaku baik, suruhlah ia  belajar berhemat dan cermat, tegahlah daripada berlaku boros dan membazir kerana akibatnya akan mendatangkan kepapaan dan kemiskinan di belakang hari. Mudah-muahan dengan nasihat demikian, pekertinya yang buruk berubah menjadi baik.    
               Segala ibadah dalam pembangunan ummah merupakan perjuangan dan pengorbanan.  Dalam perjuangan memerlukan jatidiri yang ikhlas dan saksama demi melahirkan sesuatu yang bermanfaat kepada kehidupan. Jatidiri yang dimaksudkan ialah mempunyai ilmu, kerana orang yang berilmu sentiasa melihat hidup ini sebagai ibadah dan tanggungjawab kerana Allah.
               Sayangkan diri maka cintakan ilmu. Ilmu memanusiakan manusia dengan syarat ilmu itu terlebih dahulu ada usaha mengagamakan ilmu. Dalam arena peperangan manusia menggunakan senjata untuk memusnahkan manusia. Senjata seperti peluruh berpandu  sama ada jarak jauh atau jarak dekat, atom bom, senjata biologi, senapang adalah antara rekaan manusia yang berilmu. Dalam pertempuran di medan perang pemusnah manusia sebenar ialah “The man behind the gun” dan bukan senjata itu sebagai pembunuh manusia.
Maka itu manusia hidup harus dengan ilmu akidah serta iman tertanam dalam dadanya. Allah bekalkan manusia dengan fitrah kasih sayang antara sesama manusia dan juga makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain. Pada diri manusia itu juga dia dibekalkan akal dan kemahirn berfikir yang berperanan sebagai rasul dalam diri manusia. 
Profesion keguruan membina tamadun demi menyahut firman Allah S.W.T. dalam Surah
Al-Alaq ayat 96:1 yang berbunyi:
“Baca oleh mu (Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan (alam).”
Allah S.W.T. seolah-olah berkata ‘hai manusia jangan hidup menjadi bodoh!’ Institusi Pendidikan wujud kerana ada anak murid yang lemah dan memerlukan bantuan dari seorang guru. Maka itu sekolah wujud kerana ada anak murid yang lemah tidak punya ilmu.
Guru berberjuang dan berjihad membentuk anak didiknya menjadi manusia berilmu dengan biayaan kerajaan. Guru berkorban mengilmukan manusia tidak dengan tangan kosong maka itu fahamilah tugas sebagai guru merupakan punca pendapatan untuk menyerah keluarga sendiri. Maka itu kegagalan seorang guru melaksanakan tanggungjawabnya  sebagai pendidik
akan menerima ganjaran bulanannya yang bersifat ‘haram’ kelak akan dimakan oleh keluarga sendiri.
Ingat, permasalahan seorang murid dalam pembelajaannya yang di bawah didikan seorang guru, akan beralih kepada kuluarga guru itu sendiri jika tanggungjawab seorang guru diabaikan. Lebih para lagi jika guru yang mempunyai masalah hubungan dengan murid berkenaan, menghina murid dengan menggunakan kata-kata seperti “Anak Malaikat”serta dihukum Memeluk pohon bunga di luar bilik darjah di bawah terik panasnya mata hari buat seketika, sebagai deraan kepada murid yang meminta tolong untuk diberi kerja dalam pelajarannya.
Berjihad menerusi pengajaran dan pembelajaran anak murid yang dahagakan ilmu menjadi nadi perjuangan setiap pendidik. Berjihad  bermaksud berkorban, berkerja keras, dan bersungguh-sungguh hendak menghapuskan kejahilan dan kebodohn anak murid, pada jalan Allah dan landasan-landasan kebenaran yang diredhai-Nya.
Seorang pendidik harus faham, bahawa kepimpinan seorang pemimpin adalah hasil dari khidmat seorang guru. Tidak ada orang yang pintar tanpa melalui pendidikan seorang guru. Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W. pun mendapat didikan dari langit (Allah) melalui malaikat Jibril. Maka itu menjadi seorang guru adalah insan yang mulia di sisi Allah S.W.T.. Peliharalah kemuliaan itu agar ia menjadi saksi kepada manusia yang inginkan kebahagian di syurga nanti. InsaAllah!
Perjuangan dalam hidup adalah pegorbanan. Manusia dijadikan Allah S.W.T dalam keadaan yang sempurna dari segi jasmani dan juga rohani. Dengan kesempurnaan ini membolehkan manusia menjadi makhluk yang mampu mencipta keseimbangan hidup antara jasmani dan rohani sehingga dapat berdiri tegak dalam masyarakat, berbeza dengan yang dialami oleh haiwan. Firman Allah surah al-Infitar ayat 82:7 – 8,
Allah S.W.T. telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang sedangkan di atas bentuk rupa apa pun yang Allah S.W.T. kehendaki dia dapat menyusun kejadian kamu itu.”
Perjuangan hidup adalah pengorbanan. Tindak tanduk manusia yang didasari oleh  iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. akan membina kesempurnaan pembangunan tamadun yang menjadi perjuangan dalam memurnikan alam kehidupan di sisi Allah S.W.T.. Hidup ini merupakan pengorbanan jika segala hiasan dan buaian dunia yang memencilkan manusia dari landasan hidup yang diredhai Allah S.W.T. tidak dijadikan agenda dalam memurnikan kehidupan.
Mementingkan hidup yang berunsur abadi adalah lebih bermanfaat daripada hidup berselimutkan kebahagian dunia yang bersifat semantara. Kerana faktor tersebut akan memencilkan manusia dari mendekati Allah S.W.T.. Sebagai analogi, antara makanan yang manis dengan yang pahit tentu sekali seimbas lalu naluri manusia menginginkan makanan yang manis. Tetapi tahukah anda  bahawa yang manis itu banyak muderatnya kepada kesihatan berbanding dengan yang pahit.
Begitulah perjuangan dalam memurnikan kehidupan. Amali yang berunsur ghaib itu manusia kurang tergiur melaksanakannya berbanding dengan kerja amal yang bersifat nyata dan mendatangkan manfaat secara spontan atau serta merta. Manusia harus faham bahawa apabila dunia yang bersifat ghaib bersarang dalam hati manusia maka keberadaannyalah membolehkan manusia berperanan dalam segala agenda kehidupan.
Perjuangan hidup manusia terletak pada kepekaannya membut pilihan di antara kedua-dua fenomena tersebut.. Dilihat dari fitrah atau semulajadi manusia tindakannya memihak
kepada pembangunan yang berunsur sementara dan mebelakangi tanggungjawab untuk memurnikan agenda pembangunan yang menjamin kesejahteran hidup di akhirat kelak. Membuat pilihan merupakan satu perjuangan serta pengorbanan hidup dan ia memerlukan kekuatan iman dan ketakwaan kepada Allah S.W.T..

               Agama Islam telah memberi suatu pegangan hidup kepada manusia supaya menjaga keseimbangan di antara keperluan hidup di dunia dengan kepentingan hidup ukhrowi. Matlamat hidupnya  diarah kepada persiapan hidup di akhirat di samping tidak mengabaikan dirinya demi untuk kemajuan dunia. Sikap inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T. sebagai  sifat orang-orang mukmin. Dia menghayati dunia ini dengan iman dan amal selaras dengan saranan Allah seperti firman-Nya Surah Az-Zumar ayat 39:10 – 14.

Saturday, March 14, 2015

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI INSAN

 (Disiarkan pada 14. 3. 2015)
Insan difahami sebagai makhluk berakal. Semua insan dan haiwan di muka bumi ini adalah ciptaan Allah yang Maha berkuasa. Rasa keisanan adalah salah satu ciri yang termaktub dalam perlembagaan Pertubuhan Bangsa- Bangasa Bersatu. Ini bermakna bahawa pertubuhan sedunia itu mempunyai agenda untuk mengawal keinsanan makhluk manusia demi keutuhan bermasyarakat sebagai manusia yang diredhai Allah S.W.T.
Keinsanan seseorang itu dipelihara dan dijaga sebagai agenda pembangunan yang difahami suatu tanggungjawab demi menjaga amanah Allah untuk memakmurkan kehidupan makhluk manusia sebagai pengguna alam yang disediakan oleh Zat yang Maha Pencipta. Keinsanan atau kemanusiaan itu wajar dipelihara demi kemanfataan duniawi dan juga ukhrowi.
Ini wajar kerana kewujudan seorang insan adalah hasil daripada ciptaan Allah S.W.T. yang mempunyai dua unsur iaitu unsur duniawi yang difahami sebagai jasmani dan unsur ukhrowi yang besifat rohaniah. Jasmani yang bersifat duniawi adalah asalnya daripada tanah yang dibentuk sebagai lembaga kemudian disenyawakan atau disatukan dengan kehadiran roh Allah yang bersifat rohani maka wujudlah manusia yang berperasaan, berakal dan berkemahuan.
Di antara seluruh makhluk yang diciptakan Tuhan manusialah makhluk yang tersem- purna, terindah, terbaik dan terhormat, sekalipun manusia bukan makhluk yang terbesar, terberat atau tertinggi. Firman Allah dalam surah Al-Tiin ayat 95:4 yang bermaksdu:
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sebaik-baik kejadian.”
Allah bersumpah dengan benda-benda tersebut, untuk menguatkan kata-kata-Nya bahawa manusia itu benar-benar telah diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya, tidak seperti haiwan dengan bersusah payah menunyuhkan muka ketika makan dengan mulutnya. Tetapi manusia diciptakan bertubuh tinggi dan lampai, perawakannya cantik. Kalau makan dengan menggunakan tangan. Ia juga dihiasi dengan ilmu pengetahuan, fahaman, akal fikiran dan daya membezakan serta dapat pula bercakap-cakap, selain mempunyai adab dan kesopanan.
Bumi dan matahari, bulan dan bintang, sekalipun besar, tinggi dan kokoh kuat, tetapi terdiri dari benda yang mati, tidak ada perasaan dan kecekapan. Begitu juga binatang dan kayuan, sekalipun jauh lebih besar dan kuat daripada manusia, tetapi ta’ dapat berbuat apa-apa kerana tidak  ada akal dan fikiran padanya.
Adapun manusia, adalah makhluk termoden, mempunyai susunan tubuh yang lebih sempurna, mempunyai akal dan fikiran sehingga dengan akal dan fikiran itu, manusia hidup mempunyai kebudayaan dan peradaban, semakin maju  dan maju, tidak tetap dan hidup sentiasa berubah.
Kucing dan anjing  20 abad yang silam ta’ berbeda dengan kehidupan kucing dan anjing dalam abad ke 20 sekarang ini. Dan pasti  lebih lain lagi manusia yang hidup 20 abad yang akan datang manusia selalu maju dan berubah,
Tidak ada suatu makhluk lain di dunia ini yang dapat melebihi manusia. Dengan kepandaian dan dan ilmu pengetahuan yang ada pada manusia, manusia dapat meguasai daratan dan lautan dengan  segala isinya, bahkan dapat pula menguasai udara atau sebahagian dari ruang angkasa.
Sebab itu memikirkan kejadian manusia atau kejadian diri kita sendiri, adalah satu pemikiran yang besar dan amat berbekas terhadap fikiran manusia. Sebab itulah dalam berbagai ayat Al-Qur’an kita manusia dituntut benar oleh Tuhan untuk memikirkan kejadian manusia atau diri kita sendiri.
Firman Allah Surah At-Thariq ayat 86:5 yang bermaksud:
“”Hendaklah manusia fikirkan, dari apa dia dijadikan.”
Orang yang berhati kerasa membatu, kalau mahulah dia sering memikikan kejadian
dirinya sendiri, tentu hatinya yang keras seperti batu, serta sombong dan jahat, akan berkurang kesombongan dan kejahatannya.
               Allah menyuruh manusia itu supaya memikirkan asal kejadiannya, dengan menggunakan akalnya untuk memikirkan, betapa kekuasaan Tuhan yang menciptakannya. Dari apakah dia dijadikan? Jawabannya, dari air mani yang terpancar, terbit dari tulang sulbi dan tulang dada orang  lelaki dan orang perempuan. Iaitu benih untuk menciptakan manusia apabila keluar dari kedua  belah pihak dan dikandung di dalam rahim wanita.
               Wujudnya anak, terbentuk dari air mani orang lelaki, keluarnya terpancar, mengandungi sperma yang hidup, bentuknya terlalu halus, tidak kelihatan kecuali dengan menggunakan alat pembesar (makroskop). Sperma tersebut merupakan haiwan yang berenang-renang untuk mencari matlamatnya. Sehingga  bertemu dengan sperma yang setara dengannya  daripada sperma atau sel telur perempuan. Apabila kedua-dua jenis sperma tersebut dapat bersatu, berlakulah  persenyawaan, lalu membentuk sel janin, yang kemudiannya  menjadi anak.
               Tanggungjawab seorang insan ialah menemui rahsia-rahsia sesuatu kewujudan yang ada di alam ini. Setelah itu berpindah kepada menemui rahsia-rahsia kewujudan sesuatu yang tidak nyata. Ini penting agar kita dapat memahami dan mengenali diri kita sebagai hamba Allah. Memahami rahsia kewujudan sesuatu yang bersifat nyata mengagumkan kepada kita tetapi yang amat mengagumkan serta amat luas sekali pengamatannya dalam cakerawala alam kehidupan ialah kewujudan sesuatu yang bersifat ghaib.
               Alangkah hebatnya ilmu pengetahuan profesor-profesor, spesialis ilmu pengatahuan itu. Siapa yang akan dapat memungkirinya. Cuma, kalau ditanyakan kepada para sarjana itu satu soalan sahaja, tidak seorang pun dapat menjawabnya. Pertanyaan itu hanya satu: “Apa erti hidup? Dari mana datang hidup? Bagaimana kesudahan hidup?”
               Setinggi-tinggi jawapan sarjana hanyalah jawab yang biasa didengar. “Segala tumbuh-tumbuhan, segala binatang  yang hidup itu tersusun daripada sel-sel yang sangat halus, dan setiap sel yang halus itu tersusun dari karbon, hydrogen, oksigen dan nitrogen. Kalau keempat-empanya telah tersusun menurut takaran yang tertentu, yang telah dapat dibuktikan dalam penyelidikan yang terakhir, maka jadilah sel.”
               Jika dilanjutkan pertanyaan, “Siapakah yang menentukan takaran yang tertentu itu? Apakah menurut masing-masing zat itu saja, atau atas kehendak dari Yang Lain? Nescahaya sarjana akan mengangkat bahunya. Mana yang insaf nescaya akan menjawab, “Tugas ilmu pengetahuan tidak sampai ke sana.
               Sel dari tumbuh-tumbuhan yang paling rendah, sampai kepada insan yang amat agung, tersusun daripada anasir yang tersebut itu. Sarjana hanya dapat menyelidik sehingga  terbukti bahawa dia ada, tetapi mereka tidak sanggup menciptakannya dan tidak  ada, apatah lagi  membernya hidup.
               Di antara unsur kebendaan dengan unsur kehidupan terdapatlah batas. Ilmu tak sanggup melintasi batas ini. Sebab itu dikatakan orang, “Perhentian penghabisan dari ilmu ialah permulaan falsafah dan perhentian penghabisan dari falsafah ialah permulaan agama.”
               Bertemulah apa yang difirman Tuhan di dalam al-Qur’an ayat 22:73-74 yang bermaksud:
               “Hai sekalian manusia!Ada dibuat satu perumpamaan, maka dengarlah akan ia. Sesungguhnya (berhala-berhala) yang kamu sembah selain Allah itu, mereka tidak akan dapat membuat seekor lalat meskipun mereka berhimpun untuk membuatnya. Dan sekiranya lalat itu mengambil sesuatu daripada mereka, nescaya mereka tidak dapat mempertahannya daripadanya. Yang meminta lemah dan yang dipinta (pun lemah). Dan mereka tidak mengharga
kan Allah dengan sebenar-benar penghargaan. Sesungguhnya Allah sememangnya kuat lagi Perkasa.”
               Dengan sombong manusia abad keduapuluh seakan-akan mempertahankan ilmu dan membabitkan sarjana. Seakan-akan segala soal dapat dipecah oleh sarjana, mantang-mantang sarjan telah mendapat berbagai ragam ilmu pengetahuan. Sedang nyamuk dan lalat yang kecil saja, tidaklah akan sanggup menciptakannya.
               Memang banyak soal yang hendak dipecahkan dengan ilmu dan penyelidikan di dalam alam terbuka ini. Tetapi lebih  banyak yang tidak sanggup ilmu pengetahuan menjangkaunya. Dinding untuk sampai ke dalam daerah itu ialah hidup itu sendiri. Buat mengetuk pintu hidup hanyalah agama. Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 35 : 41 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya Allahlah yang menahan langit dan bumi, sehingga tak jatuh, tidaklah ada yang sanggup menahannya selain Allah. Sesungguhnya Dia adalah Maha Murah dan Maha Pengampun!”
               Firman Allah lagi Surah Ibrahim ayat 14:32 – 34 yang bermaksud:
               “ Allahlah yang menjadikan semua langit dan bumi dan yang menurunkan air dari langit sehingga ditumbuhkannya dengan dia buah-buahan menjadi rezeki bagi kamu. Dan disediakan nya untuk kamu bahtera (kapal) supaya kamu belayar di lautan dengan perintah-Nya. Dan disediakan untuk kamu sungai-sungai. Dan disediakan untuk kamu  matahari dan bulan yang tetap berjalan. Dan disediakan pula siang dan malam. Dan diberikan kepada kamu apa juapun yang kami minta. Dan sekiranya kamu hitung nikmat Allah nescaya tak dapat kamu menghitung nya. Sesungguhnya manusia itu sememangnya amat aniaya lagi ingkar.”
               Ayat ini merupakan dalil dan bukti tentang wujudnya Allah sebagai Pencipta lagi Maha Berkuasa. Allah menciptakan langit dan bumi di mana kedua-duanya yang paling besar di antara makhluk, yang mengandungi faedah kepada manusia dan amat besar gunanya, sama ada faedah nya telah mereka ketahui atau pun yang belum mereka ketahui.
               Allah juga menjadikan matahari dan bulan untuk manusia yang diarahkan-Nya supaya bertugas mengikuti perintah-Nya dengan taat setia yang sedikit pun tidak pernah menyalahi-Nya. Iaitu untuk memberi perkidmatannya yang besar lagi banyak kepada makhluk manusia. Matahari menyinarkankan cahayanya yang terang  untuk menghilangkan kegelapan, menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan binatang yang sama pentingnya dengan air dan udara.  
Mataharilah raja siang yang membahagi-bahagikan musim bunga, musim panas, musim gugur dan musm sejuk dalam setahun. – kesan dari peredaran bumi yang mengelilinginya. Sedang bulan, putri malam yang memberi keindahan suasana alam dengan rupanya yang menawan, dapat memaklumkan tentang permulaan dan berakhirnya haribulan. Kedua-dua dijadikan oleh Allah sebagai kemudahan dan nikmat kepada hamba-hamba-Nya.
Datangnya gelap dan terang berganti-ganti mengunjungi kita. Siang untuk bekerja dan malam untuk berehat dan tidur. Hal itu juga menjadi nikmat kepada manusia. Di samping nikmat-nikmat hidup itu, Allah engurniakan apa saja yang mereka hajati asal sahaja mereka meminta kepada-Nya, malahan apa yang tidak mereka  pinta pun dikurniakan juga.
Adapun nikmat dan kurnia Allah itu sesungguhnya teramat banyak jenis dan bilangannya. Kalau orang hendak mencuba untuk mengiranya, tidak ada seorang pun yang sanggup dan dapat mengiranya – apa lagi untuk berbakti sebagai mensyukuri tiap-tiap satu persatunya. Maka itu manusia sememangnya suka menganiaya dirinya sendiri kerana tidak  meletakkan terima kasihnya  pada tempat yang ia mesti berterima kasih, malah menderhakainya. Manusia juga suka ingkar kerana tidak mengakui nikmat yang sudah dikumpulkannya, malah merasa masih tidak cukup lagi.
Manusia sebagai insan yang berakal selalu berfikir, menyelidik dan menetapkan kesimpulan-kesimpulan dari apa saja yang difikirkan dan diselidiki itu. Dan berdasarkan kesimpulan dari pemikirannya itulah dia bertindak, berbuat dan berlaku  dan baiklah segala laku dan perbuatan yang dihasilkan itu. Tetapi bila jalan pemikirannya salah, maka akan salah dan jahatlah segala laku dan perbuatan yang muncul (keluar) dari perbuatannya.
Orang-orang yang jalan pemikirannya benar, sehingga tindak perbuatannya benar dan baik, orang ini dikatakan mendapat hidayah atau petunjuk dari Allah. Sedang orang yang jalan pemikirannya salah, sehingga perbuatannya salah dan jahat, bererti tidak mendapat petunjuk dari Allah, tetapi mendapat petunjuk atau pengaruh dari syaitan atau iblis.

Maka adalah wajar kita memohon doa kepada Allah agar tindakan kita itu dilindungi-Nya  seperti mana baginda Rasul Nabi Muhammad saw sering berdoa apabila baginda melaksanakan ibadah dengan berkata: “Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk melihat yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam.” Hadis Sahih.

Tuesday, March 10, 2015

KESETIAAN KEPADA IBADAH TANGGUNGJAWAB SETIA MUKMIN (BHG.2)

 (Disiarkan pada 6.3.2015
Ilmu dan amal bagikan gulai dengan garam yang tidak boleh dipisah antara keduanya untuk mendapat rasa masakan yang enak sesuai dengan cita rasa manusia. Ini bermakna ada gulai tanpa garam tidak ada manfaatnya begitu jugalah dengan garam tanpa gulai manfaatnya lebih kurang sama. Keadaan demikian serupa antara ilmu dan amal. Kita beramal semestinya dengan ilmu. Ilmu itu ada manfaatnya kepada kita jika disertai dengan amal.
 Mengamalkan lima kalimah al-Qur’an menjadi pokok pemangkin kepada ibadah-ibadah dalam menyemarakkan akidah Islam. Lima kalimah berkenaan seperti Alhamdulillah, Allahu Akbar, Subhanallah, lailaha illah dan lahaula wal quwwata illa billah, secara istiqamah dalam hidup mempunyai manfaat yang amat besar kepada orang yang mengamalkannya. Pengaruh kepada kesetiaan ibadah  kepada Allah memantapkan keimanan dan kecintaan kepada-Nya kelak menjadi pemangkin kepada keikhlasan dan kejujuran dalam segala amal ibadah.
Kalimah ketiga setelah kita membincangkan kalimah pertama dan kedua sebelum ini dalam urutan kelima-lima kalimah berkenaan ialah “subhanallah” yang membawa maksud “Maha Suci Allah”. Kalimah ini dinamai tasbih. Mensucikan Allah bermaksud menjauhkan dan membersihkan diri kita dari anggapan-anggapan yang tidak baik terhadap Allah. Allah Maha Suci bererti Allah tidak lemah, bukan hodoh, bukan bodoh, bukan kejam. Apa sahaja kejadian di dunia ini, tidak ada yang menunjukkan Tuhan bodoh, kejam, lemah, salah. Allah Maha Suci dari segala sifat-sifat yang tidak baik itu.
Semua yang terjadi itu sekali pun kelihatannya tidak indah, tidak baik, tetapi pasti ada hikmah dan faedahnya bagi manusia. Terjadi kegagalan, agar manusia lebih  berhati-hati, tidak sombong. Orang jatuh sakit agar berhati-hati menjaga kesihatan, jangan sebarangan tidak kesah semasa masih sehat dan kuat.
Bersihkan diri kita dari perasaan mengomel terhadap semua kejadian-kejadian yang tidak kita senangi itu, apalagi mempersalahkan Allah yang bertanggungjawab segala kejadian di alam mayah ini. Jangan mengomel kalau hujan terus menerus, atau terlalu kekeringan, hujan ta’ pernah turun.
Tetapi berdoalah agar hujan turun. Ucapkanlah subhanallah sebanyak-banyaknya. Dalam hidup kita dengan diiringi pengertian yang sedalam-dalamnya tentang erti kalimah suci tersebut. Jangan asal sekadar diucapkan saja. Kalimah subhanallah mempunyai pengaruh yang amat kuat kepada segala kejadian dan permasalahan agenda dunia. Segala kewujudan serta kejadian makhluk Allah yang  ada di alam ini sama ada yang hidup atau tidak, sama ada yang nyata mahupun yang ghaib  adalah atas perogatif Allah mewujudkannya. Kemanfaatannya kepada kehidupan semua itu adalah kekuasaan Allah S.W.T. untuk memperuntukannya.
Kalimah yang keempat ialah “La Ilaha Illallah”. “TiadaTuhan Selain Allah”. Kalimah ini dinamai tahlil atau kalimah tauhid, ertinya mengesakan Allah. Kalimah ini menegaskan sejelas-jelasnya bahawa segala, patung, gambar, semua binatang, semua manusia, bintang dan planet itu bukan Allah, tidak boleh dikatakan Allah, tidak pantas disembah. Begitu juga semua pokok kayu, gunung, petir, kilat, jin, dewa,  bukan Tuhan. Semua itu makhluk ciptaan Allah. Tuhan hanya Allah. Satu, Tunggal, tidak ada  Tuhan selain Allah itu.
Setiap kita mengucapkan kalimah ini dengan penuh pengertian, akan tertanamlah di jiwa kita keesaan Allah (tauhid),  akan lenyap dari batin kita perasaan syirik. Syrik ada besar dan ada syirik kecil. Syrik besar ialah percaya Tuhan lebih daripada satu. Termasuklah syrik besar menyembah patung, gunung, petir atau binatang.
Yang dikatakan syrik kecil bukan percaya tuhan lebih dari satu atau atau menyembah
patung dan sebagainya, tetapi menaruh perasaan takut, hormat atau harapan dari sesuatu selain
dari Tuhan, seperti terhadap keris, permata, cincin, tempat-tempat yang dihinggap keramat atau kuburan. Setiap orang boleh punyai keris, permata, cincin apa lagi keris pusaka, boleh dipelihara tetapi tidak boleh menaruh rasa, hormat atau harapan apa-apa kepadanya.
               Sebahagian orang Islam mengucapkan kalimat tauhid (tahlil) itu bersama-sama sampai berpuluh atau beratus kali (bertahlil). Itu baik saja asal dilakukan dengan penuh pengertian dan kesedaran tentang ertinya, dengan tujuan agar semua perasaa syirk dan takut kepada selain Allah dapat dilenyapkan dari hati atau perasaan kita.
Kalimah yang ke lima ialah: “la haula wala quwwata illa billah.”  Ertinya “Tiada daya dan tiada ada kekuatan kecuali dengan Allah”. Semua daya dan semua kekuatan yang ada pada diri seseorang itu pada hakikatnya adalah daya dan semua kekuatan Allah, yang dipinjamkan Allah kepada kita
Kekuatam atau daya itu bila-bila sahaja dapat dicabut oleh Allah, sehingga seorang yang mulanya kuat menjadi ta’ punya daya dan kekuatan sama sekali. Misalnya bila seseorang jatuh sakit, dapat penyakit reumatik atau lumpuh sama sekali, tidak ada daya dan kekuatannya lagi. Deria melihat hanya merenung apa yang dilihat tetapi tidak ada keupayaannya lagi untuk beramal.
Bukan saja kekuatan jasmani, tetapi juga kekuatan jiwa atau rohani, kemampuan berfikir, kecekapan atau kepintaran dalam segala bidang, semuanya pada hakikat adalah kepunyaan Allah yang dipinjamkan kepada siapa-siapa yang dikehendki-Nya dari hamba-Nya.juga pada bila-bila masa dapat dicabut oleh Allah.
Kalimah ini menanamkan rasa berserah diri kepada  Allah (tawakkal). Perasaan berserah diri atau tawakkal ini sering difahami orang-orang yang kurang dalam pengertian tentang Tuhan dengan sikap apatis yang sangat diejek oleh orang-orang yang anti agama (Islam). Perasaan tawakkal yang sebenarnya adalah perasaan pantang mengalah, pantang berputus asa, berjuang dan berjihad terus dalam keadaan bagaimana pun. Contohnya ialah Rasulullah saw  dan para sahabat beliau.
Di medan perang, sekali pun kita sedikit dan musuh banyak, jangan mundur atau putus asa, siapa tahu dengan jumlah yang sedikit itu bila Allah memberikan kekuatan jasmani dan rohani yang besar pasti dapat mengalahkan musuh yang banyak yang lemah jiwa dan penakut.
Firman Allah surah Ali’Imran ayat 3:156:
“Wa syawirhum fil amri, fa iza ‘azamata fa tawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul mutawkkilin”
Bermaksud:“Bermusyawarahlah dengan mereka dalam mengurus mereka, dan bila engkau sudah memutuskan (sesudah mesyawarah), maka bertawakkal kepada Allah, sungguh Allah senang terhadap orang-orang yang tawakkal itu”.
Demikianlah bunyi dan erti dari lima kalimah besar yang diajarkan Allah dalam Kitab Suci-Nya agar kita pelajari dan laksanakan sebaik-baiknya. Biasakanlah di waktu-waktu yang senggang berzikir dengan menyebut kalimah-kalimah tersebut di atas dengan disertai pengertian penuh dan keyakinan akan kebenarannya.
Biasakanlah diri membaca ayat-ayat Kitab Suci Al-Qur’an dalam hidup kita, faedahnya amat besar, bila semua itu kita lakukan dengan penuh pengertian, jangan asal sebut atau baca saja. Pantaslah kalau ratusan buku yang memenuhi almari buku saudara, semuanya saudara baca dan pelajari, sedangkan saudara ta’ pernah membaca dan mempelajari Kitab Suci yang berisi Kalam (perkataan) Allah, iaitu ilmu yang landsung dikirimkan Allah dengan perantaaan Malaikat-Nya kepada utusan-Nya yang terakhir, Muhammad shallalahu alahi wasalam. Bila demikian berlaku bererti saudara terlalu tinggi menilai buku-buku karangan manusia, dan terlalu rendah menilai Kitab Suci yang diturukan oleh Allah. Sedarilah kekeliruan saudara yang terlalu
menyolok ini!
               Berzikir ertinya menyebut dan mengingat Allah. Memuji, mensucikan dan mengaggung kan Nama Allah, sambil bermohon kepada-Nya. Allah amat senang nama-Nya disebut, diingat dan diagungkan. Allah amat senang terhadap manusia dan hamba-hamba-Nya yang di dalam hidupnya, di samping berjuang mencari keperluan hidup, harta dan benda, juga mengadakan kesempatan dalam waktu-waktu tertentu untuk mengingati dan menyebut-nyebut nama Allah, mengagungkan atau memuji Allah yang menciptakan seluruh harta benda yang dicari dan diperolehi manusia.   
               Disebaliknya Allah sangat benci dan murka terhadap mnusia yang selama hidupnya hannya mengingat dan menyebut benda belak, tidak pernah menyebut dan mengingat Allah, Tuhan yang menciptakan segala benda atau harta itu.
               Cobalah kita fikirkan dengan tenang: Pantaskah gerangan bila kita manusia begitu mengagumi, menghormati dan menghargakan sebuah lukisan kerana indahnya, tetapi kita tidak menghargakan sama sekali terhadap orang yang melukisnya?
               Pantaskan kalau ada seorang pemuda begitu cinta, patuh dan taat terhadap seorang pemudi yang menjadi jantung hati, pujaan dan kekasihnya, sehingga hanya dengan memandang pemudi itu saja dia merasa bahagia, sehingga pemudi itu selalu diingat dan disebutnya, dalam pada itu pemuda tadi lupa sama sekali terhadap Tuhan yang menciptakan pemudi kecintaannya itu?
               Pantaskan kiranya kaya begitu cinta terhadap wang, harta dan Mercedes Benz saja, dan ia sama sekali tidak pernah ingat dan menyebut Nama Allah yang menciptakan sumber segala wang, kekayaan dan auto itu? Pantaskan seorang pemimpin bangsa dan tanah air begitu cinta terhadap bangsa dan tanah airnya, sehingga ia sanggup keluar masuk bui atau penjara untuk membela bangsa dan tanah air, tetapi ia lupa sama sekali kepada Tuhan yang menciptakan bangsa dan tanah air yang dicintai itu?
               Disinilah letak cacat peradaban dan kebudayaan manusia dari dulu sampai sekarang. Masih terlalu banyak manusia yang katanya beradab yang lebih mencintai lukisan daripada pelukisnya, mereka menghagai sebuah lukisan lebih dari pelukusnya. Mereka lebih mencintai kekasih, harta, auto dan benda daripada Tuhan yang menciptakan semua.
               Di sini letak cacat sejarah manusia, cacat peradaban dan kebudayaan manusia, cacat akal dan fikiran manusia. Di sini letak cacat kemanusiaannya, manusia yang katakanya berperi- kemanusiaan. Manusia diberi  kesempatan hidup sebentar di dunia, lalu menjadi gila dunia, lupa Tuhan.
               Adalah tugas dan kewajiban suci bagi kita untuk menyeruhkan kepada semua manusia, agar mereka kembali ingat kepada Tuhan yang telah menciptakan diri mereka masing-masing dan alam serta seluruh isinya ini.
               Kepada saudara yang mendapat kesempatan membaca uraian ini, baik lelaki atau wanita, dewasa atau remaja bicara minda berseru, agar saudara yang sudah turut mendapat kesempatan hidup sebentar di dunia ini, jangan sampai lupa kepada Tuhan. Ingat jualah Tuhan itu, sebut-sebutlah nama-Nya, pujilah Tuhan itu di samping memuji anak isteri, kekasih dan harta serta pangkat saudara. Tundukkan kepada Tuhan di samping tunduk kepada semua macam aturan atau peraturan.
               Firman Allah Surah Al-Ahzab ayat 33:41
               “Ya ayyuhallazhina aman zhkurullaha zhikran katsiran. Wa shabbihuhu bukratan wa
ashila.”
Ertinya “Wahai orang-orang yang beriman, ingalah Allah sebanyak-banyaknya. Dan agungkanlah Ia diwaktu pagi dan petang.”
               Harus ingat, kalau Allah menyeruh kita banyak-banyak mengingati-Nya, itu adalah semata-mata untuk kebaikan kita sendiri kerana bila masa dan dimana saya ingat akan Allah, Allah pasti ingat akan kita. Diingat oleh Allah pasti akan tenang jiwa kita, lunak kalbu, dan  terhindar kita dari bahaya.
               Begitu besar faedah dan kegunaannya mengingat Allah. Jangan mengaggap mengingat Allah itu kurang penting dan manfaatanya kepada pembangunan diri. Malah jika kita sentiasa ingat akan Allah maka Allah akan sentiasa mengingati kita kelak menjadi urusan ibadah kita akan dimudahkan dan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.
               Firman  Allah Surah Al- Baqarah ayat 2:152:
               “Fazhkuruni azhkurkum, wa sykuru li wa la takfurun.”
Ertinya: “Ingatlah kamu akan Daku, Aku pasti ingat akan kamu, dan bersyukurlah kamu kepada Ku, janganlah kamu kufur (ta’ pandai membalas budi, atau berterima kasih),”

               Orang yang mengingati Allah dengan mentaati-Nya, Allah akan mengingatinya dengan bantuan-Nya. Orang yang mengingati Allah pada masa lapang hidupnya dan sedang menikmati rezeki-Nya, Allah mengingatinya pada masa kesusahannya dan kemalangannya. Orang yang mengingati Allah dengan berhati ikhlas, Allah akan mengingatinya dengan menjanjikan syurga dan keredhaan-Nya.