Saturday, June 27, 2015

DISIPLIN HIDUP MENDEKATKAN KEPADA KEBAIKAN

 (Disiarkan pada 27. 6. 2015)
Disiplin adalah kepatuhan atau ketaatan kepada peraturan. Dalam alam kehidupan makhluk Allah bertaburan di alam ini, di angkasa, diperut bumi atau di dasar lautan, kesemua nya Allah bekalkan satu disiplin hidup sesuai dengan keadaan makhluk berkenaan.  Disiplin hidup berbeza antara makhluk dengan makhluk yang lain.
Setiap fenomena alam kehidupan Allah SWT bekalkan disiplin kehidupan tertentu sesuai dengan makhluk yang dimaksudkan. Dalam semua makhluk ciptaan Allah SWT, makhluk mausialah yang tertinggi nilai disiplinnya kerana hidupnya amat komplex sekali yang mempunyai dua unsur seperti unsur jasmani dan unsur rohani. Manusia dibekalkan Allah dengan naluri kemahiran berfikir yang dipimpin oleh akal sebagai rasul dalam diri manusia itu.
Manusia dapat menyelaraskan disiplin pembangunan kehidupan yang baik dengan adanya dokumen wahyu yang diturunkan Allah kepada manusia (Muhammad) melalui malaikat Jibril. Dokumen wahyu tersebut lengkap dengan ciri-ciri pembangunan kehidupan samada pembangunan jasmani mahupun pembangunan rohani yang diredhai Allah SWT.
Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Maidah ayat 5:3 yang bermaksud: “........Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagi mu.”
Dengan turunnya ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang fardhu dan sunnat. Ada batas-batas hukuman diterangkan perkara-perkara yang halal dan haram, sehingga tidak ada satu hukum yang halal atau haram diturunkan lagi selepas itu.
Syariatnya berkekalan hingga hari kiamat. Dengan sempurnanya Islam, menjadilah ia  suatu nikmat dari Allah. Agama Islam telah diredhai oleh Allah, sehingga siapa yang menghendaki agama lain dari Islam, tidaklah Allah terima agamanya, dan rugilah ia di akhirat.
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menerima dokumen tersebut dalam perantaraan Malaikat Jibril dikecuali surah Al-Fatihah yang Nabi Muhammad SAW terima langsung dari Allah sendiri tanpa perantaraan Malaikat Jibril semasa  Nabi Muhammad SAW di mikrajkan ke tujuh petala langgit  hingga ke sidrantul muntaha iaitu arash Allah apabila manusia bertemu dengan Allah SWT.
Isi al-Qur’an itu ditarbiahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umatnya di dunia cara hidup yang sempurna tanpa dikecuali. Dokumen wahyu tersebut yang dikenali sebagai Al-Qur’an yang mengandungi firman Allah SWT sebanyak 6,666 ayat sebagai (addin) satu panduan hidup untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.
Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepada mu, ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan adalah  kamu di atas pinggir lubang neraka lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu, muda-mudahan kamu menerima petunjuk.” (Surah Ali Imran ayat 3:103.  
Berpeganglah kamu dengan isi kitab Allah dan dengan perjanjian antara kamu dengan Allah kerana setiap manusia dahulunya telah pun menyaksikan adanya Allah dan berjanji untuk bersetia dengan –Nya. Juga dimaksudkan menyeru supaya  kamu bersatu padu di antara satu dengan yang lain dengan penuh kemesraan pada mentaati Allah dan rasul-Nya.
Tali Allah di sini  ialah agama-Nya yang menuju ke jalan yang lurus. Dan dilarang kamu bercerai berai, yakni  jangan berselisih di antara kamu sesama Islam kelak membawa ke jalan yang sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh Allah.
 Di antara jalan yang perselisihan dan perpecahan ialah menubuhkn perkumpulan-perkumpulan atau parti-parti yang berdasarkan semangat berpuak-puak dan berpihak-pihak dan semangat taassubkan bangsa masing-masing memandang sukunya  atau bangsanya lebih daripada yang lain – dan masing-masing hendak mengalahkan lawannya seperti yang  dibayangkan oleh Tuhan terhadap kalangan Aus dan suku Khazraj mahupun yang banyak kita saksikan berlaku di kalangan kita pada  masa ini.   
Disiplin pembangunan hidup berlandaskan dokumen wahyu tersebut membetulkan persepsi manusia selaras dengan kudrat kemanusiaannya. Sebenarnya tidak ada yang dibanggakan dalam hidup berdisiplin kerana segalanya  adalah pregogatif Allah SWT. untuk mewujudkan sesuatu fenomena yang diinginikan. Manusia hanya bertawakal kepada Allah lewat usahanya dan mengharapkan keredhaan Allah SWT mendapatkan penghasilannya.
Disiplin hidup yang amat diperlukan oleh setiap insan ialah merasa syukur terhadap setiap kejayaan yang diperolehinya. Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 4:126 yang bermaksud:
“Kepunyaan Allah apa-apa yang di langit dan apa-apa yang  di bumi. Dan adalah Allah itu mengetahui segala sesuatu.”
Tiap-tiap sesuatu yang berada di langit dan di bumi adalah menjadi hak dan milik yang dipunyai oleh Allah kerana semuanya itu Dialah yang menjadikannya, dan semuanya itu  adalah makhluk yang tertakluk di bawah kekuasaan-Nya dan akan tunduk kepada-Nya. Dan adalah  Allah itu  mengetahui segala sesuatu. Jadi, tiap-tiap amal yang dikerjakan – terutama amal yang baik – hendaklah dilaksanakan dengan setulus-tulusnya dan seikhlas-ikhlas kerana Allah sedia mengetahuinya.”
Dalam kelangsungan hidup beragama disiplin dalam melaksanakan ibadah ialah budaya intiqamah. Setiap amal ibadah yang dilaksanakan sewajarnyalah berlandaskan disiplin intiqama kerana Allah sukakan hambanya yang sentiasa beramal secara berterusan.
Seorang pelajar rajin membaca al-Qur’an setiap kali selesai solat fardhu dengan menghatamkan dua muka sahaja. Ia melaksanakannya sejak ia menghatamkan al-Qur’an semasa di sekolah rendah dahulu. Ia merasa tidak sah solatnya tanpa menghatamkan dua muka al-Qur’an setipa kali selesai mendirikan solat sama ada secara solat berjemaah atau berseorangan.
Seorang pelajar yang lain pula mengamalkan pembacaan al-Qur’an secara bermusim. Sekali membacanya ia hatam satu juz dan dia rihat beberapa hari. Kemudian minggu berikutnya ia tidak menyambung usahanya sehingga sebulan selepas itu barulah ia membaca al-Quran. Kali ini dia hatam satu juz lagi, kemudian dia rihat tidak membaca al-Qur’an dan begitulah seterusnya.
Pelajar yang membaca al-Qur’an secara istiqamah, guru kelasnya memberi lapuran peningkatan prestasi setiap semester jauh lebih baik berbanding murid-murid yang lain. Manakala pelajar yang membaca al-Qur’an dengan cara bermusim tadi hanya mendapat laporan prestasi setiap semester dengan pencapaian peringkat sederhana sahaja.
Setiap kali kita melaksanakan amal ibadah secara istiqamah, Allah meredhainya dan  dimudahkan urusan hidup. Allah dekat dengan mereka yang sentiasa mengamalkan budaya istiqamah. Hidup ini kepunyaan Allah dan Allah memberikan hidup ini secara istiqamah kepada setiap makhluk manusia maka itu adalah adil di pihak individu berkenaan untuk melaksanakan amal ibadah secara istiqamah.
Di bulan Ramadhan yang berakat dan mulia ini masyarakat mukmin dianjurkan untuk melaksana amal ibadah dengan disiplin yang istiqamah terutama sekali amal ibadah yang menyemerakan  suasana bulan Ramadhan seperti sembahyang sunnat tarawaikh secara berjemaah dimasjid, dari mula ramadhan  hingga akhir  bulan yang penuh berkat ini.
Membaca al-Qur’an dan berzikir merupakan amal-amal ibadah yang boleh dilaksana kan dalam menyambut bulan yang penuh dengan rahmat illahi. Melaksanakan ibadah puasa
yang wajib itu menjadi tulang belakang kepada semua amal-amal ibadah dalam bulan Ramadhan. Melaksanakan ibadah bersedekah amat dituntut dalam bulan puasa ini kerana ia akan membatu masyarakat mukmin yang kurang mampu. Dengan berbuat demikian maka rasa kekitaan serta kasih sayang dalam Islam sentiasa terpelihara yang melambangkan ukhuwah kemanusiaannya.   
               Disiplin hidup yang sentiasa mendekatkan kepada kebaikan ialah sentiasa baik sangka kepada orang lain terutama sekali kepada orang yang memusuhi kita. Perjuangan yang mulia dalam hidup ialah membetulkan salah laku orang lain agar mereka mengenali perkara-perkara yang bersifat baik dengan yang bersifat buruk.
               Rasulullah SAW dalam usaha beliau menterjemahkan Islam kepada kehidupan masyarakat jahiliah sering mendapat cacian dan maki hamun. Tidak cukup dengan itu bahkan beliau mendapat cedera di kepala kerana dibaling batu oleh orang-orang remaja sehingga Syaidina Ali menaikkan kemarahannya dan meminta izin kepada Nabi untuk memusnakan mereka dengan mengangkat bukit uhud dan timpakan kepada mereka supaya mereka mampus semanya!
               Nabi Muhammad SAW dengan berlumuran darah di mukanya berkata kepada Ali supaya bersabar kerana mereka tidak tahu perbuatan mereka itu salah. Kalaulah mereka tahu tentu sekali mereka tidak lakukan. Inilah satu disiplin hidup yang unggul kerana dapat memaafkan mereka yang memusuhinya.
               Dalam diri setiap insan itu mempunyai dua sifat yang bertentangan antara satu sama lain. Satu sifat yang sentiasa merasa buruk sangka kepada orang lain dan yang satu lagi ialah sifat yang sentiasa baik sangka kepada orang lain. Begitu juga halnya dengan hati; jika hati itu baik maka baiklah tindakannya tetapi jika hatinya itu tidak baik maka apa orang lain lakukan sentiasa disanggahnya dan mengatakan itu pekerjaan salah.
               Dorongan dalaman juga yang dikenali sebagai ‘nafsu’ mempunya dua kategori. Nafsu yang kiblatnya kepada kebaikan dikenali sebagai nafsu kemalaikatan; tetapi yang bertenta- ngan dengannya ialah nafsu kehaiwaan atau nafsu kesyaitanan. Allah bekalkan sifat-sifat tersebut kepada diri seseorang kerana Allah hendak menguji makhluknya bagaimana ia menggunakan segala fitrah berkenaan.
               Disiplin dalam hidup manusia dapat dikategorikan kepada empat yang harus setiap individu mematuhinya. Pertama ialah disiplin kepada diri sendiri yang merangkumi faktor-faktor  keagaman. Disiplin diri harus beri keutamaan kepada ibadah jihad untuk menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah merupakan zat pembangunan.
Wahyu pertama diterima oleh Nabi Muhammad SAW ialah “Iqra” iaitu “baca.” Membaca merupakan pintu kepada ilmu pengetahuan dalam kelangsungan hidup bertamadun. Apa yang dibaca - Allah telah sediakan dua dokumen untuk manusia mendapat ilmu sebagai pemain dalam pembangunan hidup. Dokumen partama ialah yang terucap oleh Allah, iaitu al-Qur’an dan kedua ialah dokumen yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini.
               Kedua ialah disiplin  kepada keluarga yang akan menjadi masyarakat pelapis apabila mereka meningkat dewasa. Anak-anak belajar ilmu akhlak dari kedua orang tuanya. Anak itu mula mengenali penampilan yang unggul daripada disiplin seorang bapa. Anak itu memikirkan bahawa segala disiplin kehidupan yang baik dimiliki oleh  orang tuanya sama ada mengenai pembangunan dunia mahupun pembanguan ukhrowi.
               Apabila anak itu memasuki peringkat persekolahan juga ia melihat mencapai bapanya dan menjadi visinya untuk memperbaiki pencapaiannya lebih tinggi daripada orang tuanya. Maka itu seorang bapa harus menunjukkan satu penampilan yang baik sama ada dari segi akademik mahupun mengenai muamalah kehidupan.
               Kategori disiplin ketiga ialah yang berkaitan dengan masyarakat  setempat. Kesorono- kan hidup dapat dirasai kerana ada orang lain bersama kita. Disiplin diri terhadap masyarakat di mana kita berada harus diberi perhatian kerana kasih sayang yang ada pada diri kita
terhadap orang lain akan terjalin budaya hormat menghormati antara sesama manusia dan kelak akan melahirkan suasana ukhuwah kemanusiaan. Ringankan tangan membantu orang yang memerlukan pertolongan.
Amalan serupa ini akan dimudahkan hidup kita di alam dunia ini. Adalah tidak munasabah sama sekali jika kita mengatakan bahawa kita boleh hidup sendirian tanpa bantuan orang lain. Kita memerlukan kehadiran orang lain untuk memenuhi keperluan hidup kita.
Disiplin keempat ialah mengenai keutuhan tanggungjawab kita sebagai pemain dalam arena pentadbiran kerajaan. Dalam segala hal pembangunan infrastruktur demi memurnikan suasana pembangunan tamadun, semua jentera dalam pentabiran memainkan peranan penting, dan setiap individu wajib mengamalakan disiplin kerja yang sebaik mungkin.
Jika kita ibaratkan badan kerajaan itu sebagai sebuah kereta, semua komponen dalam jentera tersebut adalah penting. Walaupun minyak petrol itu agak lantang sedikit mengatakan bahawa kerana adanya minyak petrol, maka kereta itu dapat bergerak, tidak semestinya benar. Bagaimanakah jika roda kereta itu tersinggung dengan kata-kata minyak pitrol tersebut? Roda itu  akan menjadi kempis. Walaupun ada minyak petrol tetapi kereta itu tidak semestinya bergerak!

Begitu jugalah halnya badan kerajaan itu. Semua kakitangnya termasuklah janitor, memainkan peranan penting dalam urusan disiplin  tanggungjawab masing-masing untuk mewujudkan keutuhan pentadbiran sebuah kerajaan yang cekap, besih, amanah dan bertanggugjawab.

Sunday, June 21, 2015

SEMANGAT KEKITAAN MERUPAKAN PEKERJAAN TEMULIA

 (Disiarkan pada 20. 6. 2015)
Kita manusia hidup di dunia ini dapat melakukan beratus bahkan beribu pekerjaan yang baik dan dapat pula melakukan beratus bahkan beribu macam pekerjaan-pekerjaan yang buruk. Di antara pekerjaan-pekerjaan yang baik yang dapat kita lakukan itu, yang paling mulia atau yang paling tinggi nilainya pada sisi Allah ialah menyeru manusia untuk beriman dengan Allah serta malakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik (amal salih).
               Kita menganggap diri kita sebahagian daripada orang lain maka inginkan orang lain juga beramal seperti mana yang kita inginkan kepada diri kita sendiri. Dalam perkataan lain, apa yang baik bagi diri kita maka baik jugalah kepada orang lain. Semangat kekitaan itu sentiasa menghiasi jiwa kita demi melahirkana semangat ukhuwah kemanusiaan dan membina tamadun.
               Menyeruh manusia kepada Allah (untuk beriman dengan Allah) dan beramal Salih itu dikatakan pekerjaan termulia, pekerjaan yang paling baik di antara segala pekerjaan-pekerjaan yang baik, dan pekerjaan yang paling suci di atas dunia ini, adalah kerana pekerjaan itu paling besar faedah dan kegunannya bagi manusia, sebab dengan iman dan amal salih itu, manusia dapat mencapai keselamatan dan kebahagiaan dunia dan pula keselamatan dan kebahagiaan di akhirat nanti.
               Menyeruh manusia untuk beriman dan beramal salih bererti mencabut dan menghindar kan manusia dari jurang kesengsaraan dunia dan juga kesengsaraan akhirat. Para Rasul seluruhnya dan para sahabat menumpahkan semua tenaga, fikiran dan harta mereka untuk menyeru manusia kepada Allah dan beramal salih.
               Sekalipun diancam dengan beraneka ragam ancaman, mereka takkan mundur selang kah pun dari pekerjaan yang paling mulia itu. Mereka lakukan pekerjaan suci siang dan malam, pagi dan petang, dikala susah dan dikala senang, di waktu perang dan diwaktu damai, diwaktu mereka dalam keadaan lapar selapar-laparnya sekalipun. Mereka lakukan pekerjaan itu tanpa mengharapkan upah dari siapa pun, kecuali ganjaran pahala dari Allah semata.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW telah mengharungi keperitan serta kesusahan hidup berbagai peringkat dalam usaha mentarbiahkan dakwa Islamiah beliau kepada umatnya untuk menerima Islam sebagai cara hidup. Kesusahan dan kesukaran dalam perjuangan belaiu tidak melemahkan usahanya untuk terus melaksanakan dakwahnya.
               Sesudah lima tahun menjadi Rasul, Nabi Muhammad SAW baru berhasil mendapat pengikut kira-kira 50 orang yang kebanyakan terdiri atas orang-orang yang lemah, tetapi halangan dan rintangan yang merupakan  ancaman dan hinaan sudah hebat sekali. Semua halangan dan ancaman itu tampaknya tak berkesan sedikit juga atas diri Nabi Muhammad SAW bahkan  terus saja berda’wah dan menyeruh manusia kepada Allah. Pemimpin-pemimpin bangsa Quraisy mulai memikirkan jalan lain dari ancaman untuk menghentikan Rasulullah SAW berda’wah itu.
               Pemuka-pemuka Quraisy berkumpul untuk mencari jalan lain yang bagaimana dapat dihentikan Nabi Muhammad SAW. Akhirnya yang paling berwibawa dan terhormat di kalangan bangsa Quraisy, yang paling pandai berkata-kata, iaitu  Utbah bin Rabi’ah. Utbah diutus untuk menemui Nabi Muhammad SAW, mengemukakan 3 tawaran kepada Nabi Muhammad SAW.
               Pertama Utbah berkata kepada Nabi Muhammad SAW bahawa: “Jika engkau ingin kaya, akan kami kumpulkan kekayaan bagimu sehingga engkau menjadi orang terkaya di kalangan bangsa Quraisy; Kedua kalau engkau punya kekuatan dan keinginan, pilihlah sepuluh orang-orang di antara wanita-wanita Quraisy untuk menjadi isterimu, dan ketiga kalau engkau ingin dijadikan raja kami, kami angkat engkau menjadi raja kami, dan ikut segala perintahmu.”          
               Setelah mendengar ketiga macam tawaran itu, Rasulullah SAW menjawab dengan berkata (membaca) Surah As-Sajdah ayat 1 hingga ayat ke 13. Yang bermaksd:
               “Alif Lam Mim.”
“Turunnya Kitab (al-Quiran) tiada diragukan lagi adalah daripada Tuhan semesta alam.”  
“Mengapakah mereka katakan: Al-Quran ini diada-adakan oleh Muhammad?  Sebaliknya dia kitab yang benar datangnya dari Tuhanmu, untuk engkau peringatkan kepada kaum yang belum didatangai oleh orang yang memberi peringtan sebelum engkau. Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.”
“Allah itulah yang menciptakan  beberapa langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya dalam enam hari. Kemudian Dia (Allah)telah bersemayanm di atas singgasana. Tidak ada bagi kamu pemimpin dan penolong selain daripada-Nya,mengapakah kamu tidak beringat?”
“Dia (Allah) yang mengatur urusan (pemerimtahan) dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepada-Nya pada hari yang anggarannya seribu tahun mengikut perhitungan kamu.”
“Begitulah, Allah itu Maha Tahu akan perkara yang tersembunyi dan yang terang, lagi perkasa lagi pula penyayang”.
“Iaitu yang menjadikan segala sesuatu dengan sebaik-baiknya. Dan memulai menciptakan manusia itu daripada tanah.”
“Kemudian dijadikanNya keturunan manusia itu daripada pati air yang hina.”
“Kemudian dibentuk-Nya dan ditiupkan ke dalamnya sebahagian dari rohnya (Allah), dan dijadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, sedikit sekali kamu bersyukur.”
“Berkata orang-orang (yang kufur) itu; Apabila badan kita telah hancur-luluh di dalam tanah adakah kejadian kita akan dibaharukan (hidupkan kembali)? Sebaliknya mereka menyangkal mengenai pertemuan dengan Tuhan mereka.”
“Katakanlah: Kamu dimatikan oleh Malaikat Maut (Israil) yang telah diwakilkan kepadanya untuk memastikan kamu, kemudian kepada Tuhan kamu di kembalikan.”
“Kalau sekiranya engkau lihat (engkau akan hairan), ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepala kepada Tuhan mereka (seraya berkata): Wahai Tuhan Kami!Kami telah melihat dan telah mendengar (seruan rasul), sebab itu kembalikanlah kami kedalam dunai supaya kami kerjakan amalan yang Salih, sesungguhnya kami sekarang sudah yakin.”
“Kalau Kami mahu, Kami dapat memberikan petunjuk kepada setiap orang tetapi ketetapan kata dari-Ku iaitu, Aku pasti akan penuhkan neraka Jahanam itu dengan bangsa jin dan manusia semuanya.”
Utbah menjadi terpukau mendengar ayat-ayat tersebut, kerana kata-kata dan susunannya yang indah dan pengertiannya yang amat mendalam, yang berisi seruan untuk beriman dengan Allah agar mendapatkan kebahagian dan mengancam jangan mengabaikan apa yang diturunkan Allah agar jangan ditimpa siksa......seperti siksa yang pernah menimpa kaum ‘Aad dan Tsamud.
Utbah tidak berkata apa-apa lagi, lalu memohon diri untuk kembali pulang. Rasulullah pun tidak berkata apa-apa lagi selain membaca ayat-ayat tersebut.
Beberapa bulan kemudian, pemuka-pemuka Quraisy kembali berkumpul dan berunding apa tindakan seterusnya. Akhirnya mereka putuskan akan datang bersama-sama Abu Thalib paman Rasululah SAW untuk menyampaikan hajat mereka. Mereka datang 5 orang, terdiri daripada yang terkemuka  di kalangan  bangsa Quraisy, iaitu  Abu Jahl bin Hisyaam, Umayyah bin Khalaf, Abu Sofyan bin Harab, Uybah bin Rabi’ah dan Syaibah bin
Rabia’ah.
Setelah bertemu dengan Abu Thalib, mereka berkata: “Hai Abu Thalib, kedudukanmu di tengah-tengah kami sudah sama engkau ketahui sendiri, dan engkau pun tahu siapa-siapa kami  yang datang ini. (kami tahu akan kedudukan dan keberanianmu, engkau pun tahu akan kedudukan dan keberanian kamu). Kami khawatir akan terjadi apa-apa antara kami dan engkau kerana kemanakanmu yang bernama Muhammad itu. Suruhlah dia henti menyeru apa yang dia serukan itu, atau kami yang menyeruhnya.”  
Mendengar kata-kata yang pendek dan amat tajam itu, Abu Thalib amat khuatir akan keselamatan kemanakannya yang bernama Muhammad. Dia utus seorang untuk memanggil Nabi Muhammad SAW.
Setelah Nabi Muhammad SAW datang dan berdiri di tengah-tengah pemuka-pemuka Qurqisy itu, Abu Thalib berkata dengan beliau:
“Hai anak saudaraku,  mereka yang datang ini semuanya adalah orang-orang yang besar di kalangan kaumku (Quraisy), mereka datang bersama-sama mengenai dirimu. Janganlah engkau bebani aku dengan beban yang tak sanggup aku memikulnya. Berhentilah dari menyeru apa-apa yang mereka tidak senangi dari perkataanmu.”
Dengan kata-kata yang demikian bunyinya itu, Rasulullah SAW berfikir bahawa pamannya yang selama ini melidunginya sudah merasa tidak sanggup lagi melindungginya. Dengan perkiraan yang demikian itu, Rasulullah SAW dengan air mata yang berlinang-linang di mata  beliau, lalu berkata kepada pamannya di hadapan pemuka-pemuka Quraisy.
“Hai pamanku, sekiranya matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, tidaklah aku akan berhenti dari pekerjaan ini, sehingga Allah memenangkan apa yang aku ajarkan itu atau aku binasa dalam memperjuangkannya.”
Setelah, mengucapkan kata-kata itu Rasulullah lalu menangis. Demikianlah tingginya nilai pekerjaan yang bernama dakwah, iaitu menyeru manusia  untuk beriman dan beramal salih, sehingga pekerjaan itu tidak dapat ditukar dengan harta benda  yang bagaimana juga banyaknya, dan tidak dapat diganti dengan wanita-wanita yang bagaimana juga cantiknya, dan tidak dapat ditukar dengan pangkat atau kedudukan yang bagaimana juga tingginya. Bahkan tak dapat ditukar dengan bulan ditambah matahari sekalipun.
Harta, wanita, tahta, bulan dan mata hari ta’ dapat dijadikan ganti atau tukaran bagi dakwah atau menyeru manusia ke jalan  Allah. Menyeru manusia untuk beriman dan beramal saleh jauh lebih tinggi nilainya dari pada harta, wanita, tahta, bulan dan matahari itu.
Semangat kekitaan yang Rasulullah SAW hendak bina, iaitu semua umat manusia bersama  dengan Rasulullah SAW membina kehidupan dengan beramal saleh serta bertakwa kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu. Nilai iman dan takwa kepada Allah jauh lehih berharga dan bermanfaat kepada kehidupan daripada kebendaan yang ada dalam alam kehidupan ini.
Cobalah anda renungkan pula, sudahkah anda turut berda’wah menyeru manusia beriman kepada Allah dan beramal saleh? Syukurlah kalau sudah. Tetapi kalau belum bilakah anda akan menjadi Pengikut Nabi Muhammad SAW yang setia?
Kejadian lain yang menunjukkan bagaimana mulianya pekerjaan da’wah itu ialah dalam peperangan Khaibar, perang berat di mana Rasulullah sendiri turut di dalamnya. Kerana beratnya perang tersebut, Rasulullah SAW menggunakan taktik menggilirkan Panglima perang di antara sahabat-sahabat yang ahli perang itu.
Pada hari kelima Rasulullah SAW serahkan kepimpinan perang kepada Ali bin Abi Thalib. Mengikut Rasulullah SAW beliaulah orang terbaik dan akan memenangkan perang itu dibawah pimpinannya.
Setelah menerima pimpinan perang, Ali bin Abi Thalib berkata kepada Rasulullah SAW: “Insya Allah hari ini perang dapat kita menangkan, dan seluruh tentera musuh akan dapat kita tundukan.”
Mendengar keyakinan Ali yang demikian itu  Rasulullah SAW  terdiam seketika lalu berkata kepada Ali: “Teruskanlah rencana mu itu, dudukilah daerah yang mereka kuasai, dan seruhlah mereka ke dalam agama Islam, terangkan kepada mereka akan kewajiban mereka itu dari hak Allah, tetapi....Demi Allah, jika Allah dapat memasukkan petujuk kepada satu orang laki-laki dari mereka itu dengan perantaraan engaku (hai Ali), maka itu lebih baik bagimu dari seluruh harta kekayaan.”
                    Menarik seorang musuh masuk agama Islam nilainya pada pandangan Allah dan Rasul-Nya jauh lebih tinggi daripada mengalahkan atau menewaskan seluruh musuh, Sebab menewaskan musuh adalah kemenangan yang negatif, tetapi memasukkan seorang musuh ke dalam agama Islam adalah kemenangan yang positif.
                    Musuh yang dapat ditewaskan ta’ mempunyai faedah apa-apa tetapi musuh yang dapat ditarik menjadi teman, memberi kesan, pengaruh dari faedah yang terus menjadi teman ini dapat menarik orang-orang lain masuk agama Islam, dapat membantu dalam perang, dapat dipergunakan tenaga baru dan kecekapannya dalam berbagai bidang.

                    Menyeru manusia termasuk musuh, kepada  Allah untuk beriman dan taqwa terhadap Allah, inilah tugas hidup Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. Beliau membina satu kekitaan dalam hidup beragama Islam, membina satu perjuangan yang sama iaitu beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. 

Monday, June 15, 2015

HIDUP BERTAMADUN AGENDA MANUSIA DI DUNIA

 (Disiarkan pada 13. 6. 2015)
Tamadun merupakan istilah yang paling popular digunakan dalam masyarakat Melayu untuk mencerita tentang kebudayaan, kemajuan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa (Amdun Husain, 1986, 548). Peradaban merangkumi maksud adab sopan dan tatasusila hidup yang baik serta keluhuran dan kehalusan budi.
               Gabungan istilah di atas, memberi makna; sebuah masyarakat yang membangun melalui proses urbanisasi dengan nilai-nilai, adab-adab dan tatasusila hidup serta berbudi luhur. Jika istilah tamadun dilihat menurut perspektif Islam ia merangkumi pembangunan spiritual dan material secara serentak dan sepadu.
               Ciri-ciri asas tamadun menurut perspektif global ialah seluruh masyarakat dan tamadun yang ada di dunia ini menerima pakai bahawa ciri-ciri yang dinyatakan sebagai ciri-ciri asas bagi seluruh Tamadun selain Islam. Islam tidak menerima sebagai ciri-ciri asas, sebaliknya menerima sebagai ciri-ciri pelengkap kepada  Tamadun Islam.
               Dilihat kepada realiti yang wujud pada hari ini, nyatanya masyarakat Barat lebih memberikan penekanan  kepada kemajuan material berbanding moral, malah mereka sudah tidak boleh menerima lagi apa sahaja yang bersifat tradisi, termasuk doktrin keagamaan. Fenomen ini timbul setelah mereka kecewa dengan tindakan golongan gereja di barat suatu masa dahulu yang gagal membawa perubahan dalam masyarakat, malah bersikap zalim kepada mereka yang memperjuangkanya.
               Oleh kerana agama sebahagian daripada makna tradisi, agama juga turut dianggap oleh Tamadun Barat sebagai pengancam kepada tamadun manusia. Sedangkan agama dipandang oleh masyarakat  Timur, amat berperanan dalam menentukan kejayaan sesebuah tamadun.
               Kehidupan beragama biasanya selari dengan wujudnya penempatan kekal sesebuah masyarakat. Perkembangan agama juga memberi gambaran berkembangnya status kehidupan sosial dalam masyarakat. Kehidupan beragama menjadi ciri terpenting masyarakat bertama- dun.
               Kepercayaan kepada wujudnya kuasa ghaib menjadi pemangkin kepada  kawalan kehidupan manusia. Kepercayaan kepada kuasa ghaib juga menunjukkan manusia berfikir tentang keperluan spritual mereka yang menjadi unsur terpenting wujud tamadun. Kemunculan rumah-rumah ibadah sebagai titik tolak kepada lahirnya sesebuah tamadun.
               Keharmonian sosial amat bergantung kepada pendidikan yang diterima oleh masyarakat. Pendidikan adalah elemen terpenting kepada pembentukan sesebuah masyarakat cemerlang. Hanya anggota masyarakat yang terdidik dan terasuh jiwanya mampu menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Lantara itu pembangunan negara tidak mungkin dapat direalisasikan sekiranya proses pedidikan tidak diberikan perhatian sebaik mungkin.
               Pendidikan bukanlah hanya proses meningkatkan kemahiran hidup atau meningkatkan kualiti intelektual serta merta, malah lebih jauh dari itu bertujuan menghasilkan insan yang  sempurna dan seimbang dari segi kualiti fisikal, spiritual, intelek dan emosi, yang nantinya akanberfungsi sebagai suatu tenaga yang mampu membangunkan diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
               Pendidikan Islam, adalah suatu proses untuk melahirkan insan beradab dan berakhlak mulia. Adab yang ditekrifkan sebagai perlakuan yang betul manusia sesama manusia dan manusia  dengan Alam akan menjaminkan kelangsungan keadilan dalam sesebuah negara. Manakala akhlak mulia adalah proses pemupukan dan perespan sistem nilai murni yang berasaskan tanggungjawab kepada Allah, sesama insan dan dengan alam sejagat.
               Islam dan fungsi pendidikan bukanlah sesuatu yang baru (Hasan Langgulung 1979). Dalam kontek Malaysia, pendidikan Islam cuba dilaksanakan sebaik mungkin, dan cuba
diterapkan dalam sistem pendidikan yang disajikan kepada pelajar dengan terancang agar manusia yang dihasilkan nanti mempunyai kekuatan dan wibawa diri yang tinggi (Wan Mohd. Zahid Mohd Nordin, 1993).
               Resolusi Seminar Pendidikan Tinggi Sains; Ke Arah Refomasi Pendidikan telah membuat pernyataan tentang Falsafah Pendidikan Tinggi Sains seperti berikut (Mohd Yusuf Hj. Othman dan Khalijah Mohd Salleh ed., 1992):
               “Pendidikan sains adalah usaha untuk melahirkan siswazah sains yang berilmu, berketerampilan dan mempunyai sahsia yang sempurna membolehkan ia mencari  dan menegakkan kebenaran dan mendekati diri  kepada Tuhan melalui ciptaan-Nya serta menyempurnakan amanah sebagai hamba dan khalifah Allah supaya ilmu dan keterampilan yang diperolehi dapat digunakan sebaik-baiknya ke arah membina satu tamadun bangsa yang berdaya saintifik dengan cara seimbang dan harmonis dengan alam persekitaran.”    
               Melihat kepada falsafah ini, pendidikan sains juga kelihatan berusaha untuk  mengha- silkan insan seimbang yang selari dengan ajaran wahyu. Meneliti kepada senario masyarakat Malaysia kini, nampaknya gejala kebajatan sosial semakin hari   menunjukkan kadar jenayah yang membimbangkan. Data-data dan maklumat yang dilapurkan oleh akhbar-akhbar menunjukkan kedar jenayah yang berpunca daripada pembangunan sosial yang tidak sempurna amat mengecewakan.
               Gejala seperti penyalahgunaan dadah, dedah, ragut, rogol, bunuh, lomba haram dan pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Laporan akhbar-akbar tempatan tentang sesuatu kajian yang dibuat oleh kementerian Belia dan Sukan (Berita Harian 1. 6. 1994; New Straits Times, 25 Mei  1994)  mendapati, daripada 5,860 anak remaja yang dikaji, 71% menghisap rokok, 40% melihat video luca, 28% berjudi, 25% minum arak, dan 14% terlibat dengan pengambilan dadah, manakala kes zina pula banyak melibatkan golongan remaja antara 15 – 18 tahun (Mohd.Yusuf Hj. Othman,1995.) Berdasak perangkaan ini, menunjukkan suatupetanda bahawa gejala kebajatan sosial di Malaysia amat membimbangkan
Berdasarkan hurain di atas, dapatlah dirumuskan bahawa, penekanan kepada pendidikan Islam yang seimbang dan bersepadu perlu diambil perhatian. Ketahanan sesuatu ummah dan penerusan sesebuah tamadun tidakcukup dengan kemajuan kebendaan semat-mata. Jestru itu dalam menghadapi dekad-dekad yang mendatang, perlu diperingkatkan ketahanan kerohanian dan kejiwaan, di samping mempertingkatkan keupayaan sains dan teknologi.
Perancangan yang imiginatif dan tindakan segera amat diperlukan bagi mengekalkan sistem pendidikan yang bermakna. Sistem pendidikan masa depan haruslah dibentuk secara sedar dan sistematik supaya ia sesuai dengan perubahan semasa.Jika tidak ia akan menjadi mangsa kepada perubahan masa.
Agama amat berperanan dalam memelihara keharmonian sosial. Institusikeagamaan yang bertindak sebagai pusat perpaduan dan pendidikan masyarakat memang mampu membawa masyarakat ke arah kemajuan dan kemakmuran. Masyarakat yang bersatu akan kukuh dan kuat sekaligus kestabilan politik akan dapat dicapai. Sementara masyarakat yang terdidik mampu membina kestabilan sosial dan sekaligus akan menyumbangkan kepada kesuburan ekonomi negara.
Dengan alasan itu, keyakinan masyarakat kepada kemampuan agama membawa kejayaan kepada sesebuah tamadun, sudah tentu menjadi tenaga peransang yang amat kuat kepada kesuburannya. Islam contohnya, mempunyai tiga elemen yang menjadi asas kepada pembinaan tamadun.
Asas aqidah mengajak setiap individu masyarakat  melihat ke hadapan yang jauh ke hadapan  iaitu akhirat. Segala usaha yang dilakukan mesti bertujuan Mardhatilah dan kejayaan di sana. Sementara asas syari’at mengarakan manusia mengikuti peraturan yang disediakan. Orang yang mengikutinya bererti syurga, orang yangmengkufurinya  bererti menempah azab
neraka.Manakala asas akhlak pula berkehendakkan seseorang memiliki moral yang tinggi, peribadi yang luhur, kelakuan yang sopan santun. Dalam pada itu pula banyak ayat-ayat al-Qur’an dan sunnan Rasulullah SAW yang menggesakan umatnya agar berperanan sebagai pemakmur muka bumi, kerana bumi ini diwariskan oleh Allah SWT kepada para hamba-Nya yang salih
               Berdasarkan penjelasan itu, nyata sekali agama amat berperanan dalam meransang pembangunan  tamadun ke arah kejayaan, kegemilangan yang abadi.
               Toleransi atau sikap terbuka adalah suatu sikap yang amat diperlukan dalam membina tamadun. Sesebuah masyarakat sukar untuk berubah dan berkembang sekiranya berasal dengan sikap tertutup dan enggan menerima perubahan yang dibawa oleh orang lain. Bagaimanapun  keterbukaan harus berada dalam keadaan terkawal bukan semua perkara boleh diterima. Kadangkala ada perkara yang diamalkan oleh tamadun asing yang bercanggah dengan  prinsip dan moral keagamaan. Lebih-lebih lagi Islam yang mempunyai syari’atnya tersendiri dan menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia.
               Keinginan untuk menerima mana yang terbaik daripada orang lain walaupun musuh adalah suatu sikap yang positif dan banyak membantu meningkatkan prestasi, diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah. Dalam hal ini baginda Rasul Nabi Muhammad SAW menjelaskan dalam suatu sabdanya:
               “Ambillah hikmah itu dan jangan kamu pedulikan daripada mana sumbernya.”
Demikian juga  sabdanya:
               “Hikmah itu adalah barang hilang kepunyaan orang-orang beriman. Oleh itu di mana sahaja hikmah itu ditemui, dialah yang paling berhak memilikinya.”
               Bagaimanapun apa yang harus diingati, tidak semua benda yang boleh diambil, terutama Tamadun daripada Barat, kerana sikapnya yang menolak agama. Sebab itu kita tidak seharusnya terpegun dan lalai serta leka diulik olehkesan penjajahan, sehingga merasakan Barat adalah model dalam segalahal. Allah berfirman dalam al-Qur’an Surah al-Zumar ayat17-18 yang bermaksud:
               “... maka berikanlah khabar kepada hamba-hamba yang mendengar segala perkataan lalu ia mengikuti yang terbaik. Mereka lah(sebenarnya) orang-orang diberi hidayah oleh Allah dan merekalah orang-orang yang mempunyai mata hati yang terang.”
               Oleh yang demikian perlu jelas dalam masa kita memilih kebaikan yang ada dalam tamadun Barat. Ambillah ilmu pengetahuan (al-hikmah) yang dimilikinya, kecanggihan teknologi yang dicapainya, bukan budaya negatifyang memang bertentangan bukan sahaja nila-nilai hidup  masyarakat Islam, tetapi  juga norma-norma hidup masyarakat Timur.
               Kemorosotan dan kejatuhan tamadun Islam dapat disakasikan dalam beberapa faktor. Jika ditinjau kepada sejarah tamadun silam yang pernah dicipta manusia, kita dapati tidak ada yang kekal berpanjangan dan berterusan hingga kini. Punca kemerosatan dan kejatuhan ini sudah pasti mempunyai sebab-sebab yang tertentu dan boleh dijadikan ikhtibar dan pengajaran yang sangat berguna kepada jenerasi yang mahu berfikir. Antara sebab-sebab yang boleh diketengah ialah seperti berikut:
               Amir Syakib Arsalan dalam bukunya bertajuk: “Mengapa Islam Mengalami Kemun- duran dan Mengapa Umat-Umat Lain Mengalami Zaman Kemajuan”, antara lain jawapan yang diberikan ialah kerana umat Islam cintakan permusuhan sesama sendiri.
               Memang tidak dapat dinafikan bahawa permusuhan dan peperangan saudara  adalah menjadi sebahagian besar punca kemerosotandan kejatuhan sesebuah tamadun. Antara contoh yang paling jelas ialah, kejatuhan Dawlah ‘Abbasiyah yang berpunca daripada permusuhan ketara antara puak Sunni dan Syi’ah.Masing-masing tidak mahu bersatu atas nama Islam, semangat Asabiyya menebal dikalangan dua puak yang bertelagah telah membawa tercetusanya peperangan dan berakhir dengan perpecahan wilayah-wilayah Islam.
               Antara sebab yang tidak boleh dielakkan darpada berlakunya kemusnahan sesebuah
tamadun ialah akibat ditimpa oleh sesuatu bencana alam yang kadang-kadang dikaitkan juga
Dengan azab Allah SWT. Antara lain ialah firman Allah SWT yang bermaksud:
               “Dan apabila kami menghendaki sesebuah (tamadun) itu musnah, Kami akan limpahkankemewahan kepada penduduk, lalu melakukan kerja-kerja fasik di dalamnya, maka pada ketika itu berhaklah mereka ditimpakan azab, lalu Kami musnahkan mereka sehancur-hancurnya.” (Al-A’raf 96).
               Firmannya lagi:
               “Maka apabila mereka melupakan apa yang Kami peringatkan dengannya, maka kami akan bukakan segala pintu-pintu kemewahan sehingga apabila mereka leka gembira dengan apa yang Kami kurniakan, nescahaya Kami akan tarik kembali dengan cara mengejut. Pada ketika itu mereka akan terkapai-kapai tiada tempat untuk bergantung.” (al- An’am 44)

               Kenyataan al-Qur’an ini terbukti jelas apabila peristiwa azab Allah turun ke atas mereka yang derhakakan rasul-rasul yang diutus dan memusnah segala tamadun duniawi yang dibina bersama-sama dengan para pembinanya. Antara contoh yang boleh dikemukakan ialah Tamadn Kaum Nabi Nuh, Kaum Nabi Lut, Kaum ‘Ad, Kaum Thamud, Firaun dan Qarun.

Sunday, June 7, 2015

PEMBANGUNAN MELAHIRKAN PERUBAHAN TAMADUN

 (Disiarkan pada 6.6. 2015)
Setiap individu wajar memahami konsep pembangunan dalam kehidupan di dunia. Manusia berkembang, beriringan dengan pembangunan minda, spiritual, fisikal, ekonomi dan infrastruktur kehidupan. Segala keperluan hidup berpaksi kepada faktor-faktor tersebut demi membuat perubahan pada kehidupan itu.
               Negara maju rakyatnya menikmati pembangunan dalam segala segi samada dari sudut Ekonomi, Politik, dan Sosial. Walaubagaimana pun tulang belakang yang melahirkan tranfomasi negara ke era negara maju ialah pembangunan Sosial khususnya di bidang akidah. Pembangunan moral dan etika masyarakat, penduduk satu-satu negara menjadi keutamaan  dalam pembangunan tamadun manusia di alam ini.   
               Kekayaan negara seharusnya seirama dengan pembangunan Sosial kerana segala gejala-gejala pembangunan dapat dipimpin dan dikawal dengan rapi, adil dan saksama. Pembangunan dunia tanpa berlandaskan kepada faktor-faktor yang berkiblat kepada keredhaan Allah S.W.T. akan mengheretkan manusia ke lembah kekufuran yang kiblatnya adalah neraka jahanam.
               Negara-negara maju di dunia seperti Amerika Syarikat dan sebahagian negara-negara Europah, telah mencapai kemakmuran negara dari segi ekonomi tetapi pembangunan sosial yang bersandarkan kepada  pembangunan  rohani telah meruntukkan akhlak masyarakatnya. Akibatnya  telah melahrkan masyarakat yang membelakangi fitrah kemanusiaan yang bertama dun khursusnya pembangunan keluarga.
               Di New York, ibu negara Amerika Syrikat sebagai contoh, pembangunan keluarganya kebanyakan tidak melalui pintu pernikahan yang sah. Ramai masyaratnya lahir tanpa bapa yang sah. Akibatnya masalah sosial sukar dibendung kerana generasi pelapisnya hanya mementingkan pembangunan dunia yang menggairahkan naluri individu untuk mementingkan syurga dunia daripada syurga akhirat yang disediakan Allah S.W.T..
Gejala-gejala sosial sentiasa menjadi duri dalam pembangunan negara. Pembunuhan manusia di sana sini sering  berlaku kerana undang-undang kemanusiaan tidak lagi dihormati dan dijadikan sebagai nadi pembangunan akhlak majoriti  masyarakat remaja. Maka itu kerajaan memperuntukan perbelanjaan yang besar untuk membendung jenaya berbagai bentuk yang bermaharajarela di celah-celah pembangunan ekonomi negara.
Dunia memang diwujudkan bukan hanya tempat bersenang-senang, tetapi juga tempat bersusah payah, bermandi peluh, berurai airmata, tempat orang ketawa, tapi juga tempat orang menangis. Yang demikian itu, adalah sunah Allah kata orang.
Orang yang kurang iman atau kepercayaan terhadap Allah, orang yang dalam hidup dan perjuangan hidupnya hanya bersandar kepada benda dan kemewahan, akan mengalami krisisi pemikiran dan kesulitan. Mereka akan kecewa dan mengomel hilir mudek. Akhirnya mereka berputus asa, apatis, lalu memangku kedua tangan dan melipat kedua dua kaki menunggu maut atau mati.
Dunia ini selain penuh dengan rahmat dan nikmat Allah, juga penuh dengan berbagai malapetaka dan kesengsaraan. Dunia ini bukan syurga, di mana hanya terdapat kebahagian, dan bukan pula neraka, di mana hanya terdapat kesengsaraan dan penderitaan melulu.
Dengan akala dan fikiran serta pancaindera yang lima, kita hidup berjuang mencapai kebahagian dan  terjauh sejauh-jauhnya dari berbagai penderitaan dan kesengsaraan itu. Tetapi sudah menjadi kenyataan dalam hidup manusia di permukaan bumi ini, bahawa seorang yang paling pintar sekalipun, seorang yang paling kuas sekalipun, kadang-kadang tdak dapat menghindarkan dirinya dari penderitaan dan kesengsaraan itu. Kesengsaraan dan penderitaan mencerkam orang yang bodoh, lemah dan melarat, tetapi kadang-kadang juga menimpa diri orang yang pintar, kuat dan kaya raya juga.
Sebab itu, kita yakin dan percaya, bahawa keadaan hidup dan kehidupan kita di dunia ini bukan hanya ditentukan oleh manusia, tetapi ada yang menentukannya. Yang lebih pintar,
lebih kuat dan lebih berkuasa dari kita manusia, iaitu Allah swt. Sebab itu kita yakin dan percaya kpada qudrat dan iradat, percaya kepada  qada dan qadar.
Malaysia adalah antara  negara-negara di dunia yang mementingkan pembangun sosial yang berlandaskan akidah Islam dengan tidak mengetepikan pembangunan sosial lain yang di bawah kelolaan agama masing-masing. Kebebasan beragama tetap enshrine dalam perlamba- gaan negara dengan mengutamakan agama Islam sebagai agama negara.
               Kepimpinan negara adalah di atas kerjasama semua kaum dan ethnik yang diwakili oleh pemimpin mereka yang dipilih melalui pilihan raya secara demokrasi untuk menyertai berbagai kementerian dalam urusan pentadbiran negara. Pusat pentadbiran negaranya ialah di Kuala Lumpur di bawah naungan, Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan  Agung sebagai Payung kesejahteraan rakyat.  
Transformasi negara dilihat  dari segi komitmen pembangunan sosial dengan menghormati kebudayaan rakyat berbagai ethnik seperti perayaan Hari Raya Puasa; Hari Natal (Christmas); Tahun Baru Cina; Hari Depavali; Tadau Kaamatan; Hari Gawai dan sebagainya. Perayaan tersebut kerajaan  memperuntukkan kelepasan Am untuk menghormati upacara yang dilaksanakan oleh ethnik masing-masing.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bedasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
Usaha ini  adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejah- teraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
               Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahtera- an diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
               Falsafah Pendidikan negara menyatakan wajah manusia yang akan dihasilkan oleh sistem pendidikan negara. Dengan berpandukan kepada penyataan tersebut beberapa ciri penting dapat dirumuskan.
               Pertama – Pendidikan Negara adalah usaha untuk mewujudkan budaya ilmu di mana sekolah merupakan permulaan perjalanan ke arah penerusan pencarian ilmu sehingga ke akhir hayat.
               Kedua – Manusia yang hendak dilahirkan oleh sisiem pendidikan adalah manusia yang bermoral dan bertakwa yang percaya dan patuh kepada Tuhan dan
               Ketiga – Manusia yang akan muncul daripada sisitem pendidikan adalah manusia yang seimbang dan harmonis dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelek yang mempunyai keterampilan dan ilmu pengetahuan yang dapat berpijak di atas kaki sendiri untuk berbakti dan berjasa kepada masyarakat dan negara.
               Paksi kepada Falsafah Pendidikan Negara adalah ke-Tuhanan. Penekanan kepada ke-Tuhanan terjelma dalam bentuk yang konkrit di dalam jadual waktu sekolah di mana buat kali pertama dalam sejarah pendidikan negara sembahyang berjemaah dijadikan aktiviti wajib di sekolah. 
Seterusnya peruntukan masa bagi agama ditingkatkan dua kali ganda daripada tiga waktu seminggu kepada enam waktu seminggu. Selaras dengan harsat untuk mengIslamisasi kan pengetahuan buku teks ditulis semula dengan memasukkan aspek-aspek yang selaras dengan nilai-nilai agama dan moral.
Refomasi ini dibuat sebagai persediaan kepada warganegara masa hadapan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan wujud di hari muka nanti. Kurikulum bersepadu yang digubal bagi menggantikan yang lama diharap dapat meneguhkan keimanana, ketakwaan, dan moral anak-anak generasi pelapis supaya menjadi perisai yang kekal bagi menagkis pengaruh-pengaruh budaya kuning yang sudah tentu akan melanda dengan berleluasa akibat dari globalisasi.
Di samping melengkapkan dan mengukukkan kerohanian, refomasi pendidikan juga memberi tumpuan kepada perkembangan tenaga manusia untuk pembangunan negara dalam bidang teknologi. Untuk maksud ini mata pelajaran kemahiran hidup diperkenalkan. Mata pelajaran ini mendedahkan kepada semua murid, lelaki dan perempuan kepada tiga aspek kemahiran – teknologi, keusahawanan dan hidup berkeluarga.
Elemen baru yang diperkenalkan dalam Refomasi Pendidikan ialah kemahiran berfikir. Befikir adalah satu kemahiran dan bukan kebolehan semula jadi. Kepintaran akal atau intelligence adalah potensi. Seorang yang intelligent tidak bererti ia mempunyai kemahiran berfikir sekiranya ia tidak menguasai kemahiran berfikir itu. Perkara ini boleh difahami dengan sebuah contoh.
Kereta Ferrari adalah kereta potensi tinggi yang mampu memecut lebih daripada 300 kilometer satu jam. Sekiranya  pemandu kereta berpotensi tinggi ini tidak mempunyai kemahiran memandu kereta jenis ini, potensi kereta ini tidak mungkin dibawa untuk mencapai potensi yang maksima. Di atas trak lumba pemandu yang tidak  mahir ini mungkin membawa kereta ini selaju 30 kelometer satu kelajuan yang jauh lebih rendah daripada potensi sebenar kereta ini. Ini disebabkan pemandu ini tiada kemahiran memandu kereta berpontesi tinggi.
Demikianlah dengan berfikir, suatu kemahiran yang perlu dipupuk di kalangan pelajar-pelajar. Kementerian Pendidikan amat menyedari bahawa minda adalah suatu yang berharga kerana pada dari minda yang kreatif dan inovatif akan menghasilkan ciptaan-ciptaan yang akan membawa kepada kemakmuran negara.
Zaman ini adalah zaman industri berasaskan pengetahuan. Memandangkan kepada hakikat ini tumpuan diberi untuk mengubah kurikulum yang akan menumpukan kepada daya fikir dan minda yang yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar.
Konsep merapatkan sekolah dengan rumah adalah melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. (PIBG). Tujuannya adalah supaya kedua pihak dapat berhubung rapat. Tetapi hasilnya tidak ketara. Di peringkat masyarakat rata-rata jurang kefahaman masih wujud di antara sekolah dengan rumah dan masyarakat. Di peringkat murid masalah pembelajaran, disiplin dan moral masih berterusan.
Pengwujudan PIBG merupakan usaha membina muafakat yang melibatkan seramai pihak yang mungkin. Kanak-kanak kecil yang menguasai kemahiran berbahasa tanpa pergi ke sekolah adalah hasil pemuafakatan. Ibu bapa, jiran tetangga dan semua yang bertembung dengan kanak-kanak kecil itu turut menyertai dalam proses pendidikan kanak-kanak itu.
Dalam masa yang singkat kanak-kanak itu menguasai kemahiran berbahasa. Ini adalah satu hasil yang cemerlang yang membuktikan bahawa persekitaran murid mempunyai imput yang penting tehadap prestasinya. Konsep pemuafakatan ini seharusnya diteruskan supaya faedahnya dapat diperolehi seterusnya.
Peranan pemuafakatan ibubapa dalam pendidikan  setakat ini terhad kepada penyertaan mereka dalam masyurat agung yang berlaku setahun sekali.Ada PIBG yang  melancarkan kerja gotong royong dan kempen mengutib dera. Aktiviti seperti ini pun amat terhad penyertaannya keranapenyertaan ini adalah berasaskan projek. Abapila tamat projek tamatlah penyertaan.
Apa yang dikehendaki ialah penglibatan yang berterusan, bukan dalam projek sahaja tetapi juga di dalam proses pendidikan itu sendiri. Di Amerika Syarikat  satu projek yang dikenali sebagai Accelerated School Projek (Projek Pencepatan Sekolah) telah dilancarkan beberpa tahun kebalakangan ini yang melibatkan ibu bapa secara menyeluruh di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Projek ini adalah berasaskan kepada prinsip bahawa setiap murid mempunyai  potensi untuk berjaya. Tidak ada murid bodoh atau lembab. Murid menjadi demikian adalah kerana sistem persekolahan disusun begitu kaku dan jumud sehingga memantut dan menumpul motiasi untuk belajar. Akhirnya mereka menjadi lembab, bukan kerana sifat semulajadi tetapi disebabkan oleh sisitem yang menjadikan mereka demikian.

Monday, June 1, 2015

KEUTAMAAN KEIMANAN KEPADA ALLAH SWT

 (Disiarkan pada 30. 5. 2015)
Iman dan takwa kepada Allah swt. merupakan teras kepada ibadah dalam kelangsungan hidup di dunia yang fana ini. Kelahiran iman dan takwa dalam diri seseorang terhadap Allah swt adalah disebabkan kehadiran ilmu yang memandunya ke jalan yang benar. Orang yang paling bertakwa kepada Allah swt ialah Baginda Rasululullah Nabi Muhammad saw kerana ilmunya Baginda adalah Al-Quran yang diterjemahkan beliau dalam dirinya. Dalam kata lain Baginda Rasul merupakan “A walking Al-Quran”.
               Setiap kalimat yang diturunkan Allah kepada beliau melalui malaikat Jibril diterjemahkannya dalam diri baginda sebelum ditarbiahkan kepada umat Baginda. Maka Baginda dikatakan oleh isterinya Siti Aisyah ra apabila ditanya oleh sahabat mengenai akhlak Baginda ialah “Al-Quran.”
               Allah swt menyuruh setiap Rasul-Nya supaya berilmu serta mengesakan-Nya terlebih dahulu. Suruhan itu disusuli dengan beristigfar. Itu adalah perbuatan yang perlu dilakukan bagi meraih keampunan Allah swt. Amalan serta ucapan Rasulullah saw adalah amalan dan ucapan yang mudah untuk difahami oleh umat. Allah swt menerangkan dalam surah Fatir, ayat 35:28 yang bermaksud:
               ‘....Sebenarnya yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya hanya orang yang berilmu.”
               Hanya dengan ilmu menjadikan seseorang itu takut kepada Pencipta. Ilmu juga menghalang hamba-hamba-Nya daripada melakukan kemungkaran. Ini kerana, apabila seorang memahami perbuatan yang dilakukan, pasti mereka melakukan perbuatan itu dengan baik.
               Pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam yang penuh dengan rintangan dan cemuhan malah sampai peringkat membahayakan keselamatan Baginda. Walaubagaimana pun semua itu diterima Baginda dengan hati yang sabar serta memohon Allah agar mereka memahami apa yang dilakukan itu.
               Pada suatu ketika apabila Baginda berjalan bersama Ali bin Abi Talip di sebuah perkampungan Quraisy, Nabi dilimparkan dengan batu sampai berdarah di mukanya! Lalu sahabatnya meminta izin  kepada Rasul untuk membalas mereka dengan mengangkat bukit Uhud untuk ditimpa kepada mereka, biarlah mereka mampus semua!
               Baginda tidak mengizinkan Ali malah beliau berkata, “Mereka tidak tahu apa yang mereka buat. Jika mereka faham perbuatannya itu salah di sisi Allah S.W.T. maka mereka tidak akan melakukannya.
               Kita perlu mendahulukan kegiatan manuntut ilmu sebelum sesuatu amalan dilakukan. Ini berdasarkan surah terawal yang diturunkan dalam Al-Quran, iaitu iqra yang bermaksud bacalah. Membaca adalah kunci ilmu pengetahun. Kemudian, Allah swt menurnikan perintah yang menuntut kepada perbuatan dalam surah Al-Mudatthir, ayat 1 hingga ayat 4.
               “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhan mu, maka ucapkanlah dan ingatlah kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah kamu bersihkan.”
               Setiap perkara yang kita lakukan memerlukan ilmu. Ilmu perlu diutamakan. Ini kerana, hanya dengan ilmu kita dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah dalam sesuatu kepercayaan. Ilmu juga mampu membetulkan setiap kesilapan dalsm percakapan, menjelaskan segala salah faham dalam urusan ibadat seharian.
               Dengan ilmu juga kita dapat membezakan perkara halal dan haram yang berlaku dalam urusan pelaburan, kebaikan dan keburukan daripada segi akhlak, perkara yang diterima dan ditolak dalam urusan timbangan, serta ketepatan dalam ucapan dan perbuatan.
               Jestru, kita dapati banyak hasil penulisan golongan ulama terdahulu bermula dengan bab ilmu. Antaranya hasil karya Imam Al-Ghazali, iaitu Ihya’ Ulumuddin dan Manhaj Al-‘Abidin.  Al-Mundziri, melakukan perkara yang sama dengan kitab At-Taghrib wa At- Tarhib. Selepas disebutkan beberapa hadith mengenai niat, ikhlas, dan mengikut Al-Quran dan sunnah, kitab ilmu pun dimulakan.
               Fiqh aulawiyyat adalah ilmu yang  membincangkan berkenaan struktur serta bab dalam setiap ilmu. Melalui fiqh aulawiyyat, kita dapat mengenal pasti apa yang sepatutnya didahulukan serta urusan apa yang perlu ditunaikan selepas itu. Tanpa mempelajari ilmu sebegini, sesuatu perbuatan itu pasti dilakukan secara membuta tuli.            
               Umar bin Abdul Aziz berkata, “Sesiapa yang melakukkan sesuatu perbuatan tanpa berlandaskan ilmu pengetahuan, amalannya itu  ternyata lebih memberi keburukan berbanding dengan kebaikan.”
               Perkara serupa ini jelas berlaku terhadap sebahagian daripada golongan Muslim yang
bertakwa tinggi, ikhlas, dan bersemangat. Tetapi, mereka kekurangan ilmu serta pemahaman tujuan syariat serta hakikat sebenar agama Islam.           
               Itu yang berlaku kepada puak Khawarij. Mereka membunuh Saidina Ali bin Abi Talib r.a. kerana kelebihan serta kedudukan beliau dalam menyumbang kepada kemenangan agama Islam. Saidina Ali bin Abi Talib r.a. adalah juga orang yang paling dekat dengan Rasulullah s.a.w. kerana keturunan beliau. Di samping itu, beliau adalah menantu dan insan kesayangan Baginda.
               Orang yang berilmu akan mendapat kefahaman tentang objek-objek selaras dengan faedah-faedahnya dan kefahaman objek terebut yang memandu ke arah perilaku yang baik dan mulia. Manurut Al-Ghazali dalam tulisannya yang bertajuk “Ayyuh al-Wallad” katanya “Sekiranya tujuan anda mencari ilmu adalah untuk mendapat tempat, untuk merasa sombong kepada rakan-rakan anda, rugilah anda. Tatapi sekiranya tujuan anda mencari ilmu itu adalah untuk medalamai syariat yang diturunkan melalui Nabi dan untuk pembersihan diri (nafs ammata), anda akan dirahmati.”
               Memperolehi ilmu pengetahuan mempunyai banyak kelebihan dan ini dapat dibuktikan dalam beberapa firman Allah dalam Al-Quran. Antaranya ialah surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud:    
               “Allah telah menyatakan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, dan malaikat-malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaanNya) berdiri dengan adil, dan tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.”
               Allah menerangkan keesaan-Nya, dan Malaikat serta orang-orang yang berilmu pengetahuan naik saksi – berikrar  dengan lisan dan membenarkan di dalam hati – bahawa Allah itu berdiri dengan adil.
               Maksud berdiri dengan adil disini iaitu; berkuasa mentadbir semua makhluk-Nya dengan adil, yakni melalui jalan tengah di dalam iktikad, beribadat, akhlak dan amanah. Adil atau jalan tengah di dalam iktikad itu ialah, mentauhidkan Allah atau mengesakan-Nya.  Maka tauhid atau pengesaan itu adalah  terletak di tengah-tengah pengingkaran dan penyekutuan.
               Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 29:43 yang bermaksud:
               “Dan perumpamaan- perumpamaan yang demikian itu Kami buatkan untuk manusia. Dan tiada yang memikirkan melainkan orang-orang yang berilmu pengetahuan.”
               Perumpamaan seperti ini dibuatkan oleh Allah dalam Quran, gunanya ialah untuk memberikan pendekatan kepada manusia, yang mempunyai fahaman sangat jauh dari kebenaran. Perumpamaan-perumpumaan yang serupa ini jugalah yang akan menghuraikan apa jua masalah yang mereka hadapi, dan menerangkan kepada orang-orang yang kurang memahami kesimpulan dan pengajarannya serta memperlihatkan pengajaran tersebut hanyalah orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan suka merenungkan kesudahan sesuatu perkara.
               Kelebihan ilmu telah meletakkan manusia pada martabat yang ketiga selepas Allah
S.W.T. ini menunjukkan ilmu mempunyai suatu daya untuk mengamati alam ini, hakikat dan permasalahan. Ilmu diibaratkan pakaian yang menutup tubuh badan. Oleh manusia yang tidak berilmu laksana seorang manusia yang berbogel. Allah berfirman dalam al-Quran surah al-A’raaf ayat 7:26 yang bermaksud:
               “.....dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.....”
               Yang dimaksudkan dengan pakaian takwa itu ialah, pakaian yang maknawi (dalam pengertian sahaja)- bukan pakaian yang hissi (jenis yang dapat dilihat). Pakaian yang dipakai dengan didasarkan atas rasa takwa kepada Allah, itulah yang lebih baik.
               `Beberapa hadis Rasulullah menyentuh tentang kelebihan ilmu pengetahuan. Antaranya ialah: Apa yang terdapat di langit dan di bumi disediakan untuk orang yang berilmu;
Manusia yang terbaik ialah seorang yang beriman dan bijaksana. Jika dia dikehendaki dia akan menjadi orang yang berguna. Jika sekiranya dia tidak dikehendaki dia boleh berdirikari;
               Manusia yang hampir kepada  kenabian adalah mereka yang berilmu pengetahuan dan berjuang ke jalan Allah (jihad). Orang yang berilmu akan memimpin manusia ke jalan yang disuruh oleh para Nabi. Orang yang berjihad pula ialah mereka yang memegang pedang di atas jalan Nabi dan Allah;
               Kematian seluruh anggota masyarakat untuk sesuatu kaum atau suku kaum dapat diterima tetapi kematian seorang yang berilmu adalah sukar dicari ganti;
               Manusia yang berpengatahuan merupakan pemegang amanah Allah di muka bumi ini;
               Martabat yang tertinggi iaitu orang yang berilmu menguasai orang yang rajin beribadat adalah sama dengan kelebihan bulan dengan menguasai bintang-bintang lain apabila bulan itu menjadi penuh;
               Orang yang berriman dan berpengetahuan berada 70 darjah lebih tinggi dari orang yang beriman biasa.
               Kumpulan hadis yang tersebut di atas menghuraikan keistimewaan orang yang berilmu. Al-Ghazali berpendapat bahawa manusia yang berilmu sahajalah dapat dianggap manusia sejati kerana manusia dijadikan mempunyai potensi untuk mengetahui. Menurut beliau sajian ahti ialah ilmu dan hikmah sebagaimana makanan untuk keperluan jasad.
               Oleh itu hati akan kelaparan sekiranya tidak disajikan dengan ilmu. Hati yang kekurangan ilmu pengetahuan akan merana dan akibatnya kematian merupakan sesuatu yang pasti walaupun ia mungkin tidak menyedari.
               Pengunaan ilmu yang sempurna akan melahirkan akal kemalaikatan. Ia akan menguasai keinginan manusia melayan nafsu dan kiblatkan fikiran kepada kebaikan dan kemanfaatan dalam hidup. Selain daripada menguasai ilmu pengetahuan yang dipusakai dari ahli-ahli fikir yang lain atau wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w., para ilmuan atau ahli fikir dapat mempunyai hikmahnya kepada manusia.
               Allah telah menaburkan hikmah-hikmah-Nya di seluruh alam, di langit, di angkasa lepas, bintang-bintang, bulan dan matahari, di lautan, di pertut bumi di alam kehidupan manusia samada di duniawi mahu pun ukhrowi dalam alam rohani semuanya mempunyai hikmah Allah S.W.T. Manusia tidak akan dapat menemukan hikmah-hikmah itu jika penguasaan ilmu pengetahuan tidak dijadikan budaya kehidupan manusia.
               Ilmu pengetahuan memberi pelita kepada  kesempurnaan kehidupan manusia dan memahami diri bahawa segala apa yang diperolehi adalah hidangan Allah kepada kepada hamba-Nya yang membudayakan kesyukuran. Hati yang bersih dengan sajian ilmu pengetahuan yang tinggi dapat melandaskan segala amalan manusia jauh dari kekufuran kepada nikmat-nimat Allah.
               Cintalah ilmu kerana ilmu itu semakin kita tahu semakin kita tidak tahu. Ilmu itu tidak boleh dikuasai semuanya oleh seorang maka eratkanlah hubungan kita antara sesama terutama sekali kepada orang yang berilmu pengetahuan atau orang yang alim kerana dengan cara demikian pergaulan itu membuahkan banyak manfaatnya dalam kehidupan.
               Jangan biarkan usia itu berlalu tanpa di isi dengan ilmu terutama sekali ilmu akidah yang mendekatkan kita kepada Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ingat, Allah pengasih kepada semua hamba-Nya yang bernama manusia tetapi Allah hanya sayang kepada  hamba-Nya yang bergelar mukmin. Dengan ilmu Allah pemudahkan hidup ini apabila dada kita disajikan dengan ilmu.

               Jangan  persulitkan urusan hidup tanpa sajian dengan ilmu kerana segala ibadat yang kita laksanakan merupakan tawakal. Orang yang bertawakal memahami agenda pembangunan kerana tanpa keredhaan Allah S.W.T. tidak ada yang dapat kita jayakan maka perkayakan diri dengan keutamaan ilmu kerana suasana demikian mendekatkan kita kepada Allah kelak membuahkan ibadat tawakal kita kepada Allah S.W.T. Insya-Allah.