Sunday, July 26, 2015

KONSEP PERSEPSI PEMBANGUNAN YANG POSITIF (Bahagian kedua)

 (Disiarkan pada 18. 07.2015)
Kehidupan di dunia wajar dimuliakan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. maka itu segala bentuk pembangunan wajar dibina dengan kemurnian, keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT yang sentiasa menurunkan rahmat serta nikmat-Nya ke atas kehidupan hamba-hamba-Nya di dunia.
               Perlaksanaan konsep pembangunan yang bersifat positif, wajar berlandaskan kepada suasana kehidupan yang dimuliakan oleh pembangunan berkiblatkan kepada falsafah hidup  berkonsepkan akidah Islam sebagai cara hidup. Dalam melaksanakan agenda pembangunan dunia wajar memberi elaun kepada pemikiran perlaksanaan mengenai rahmat Tuhan yang luar biasa dalam membantu hamba-Nya mengatasi masalah pembangunan kehidupan yang dihadapi sebagai iktibar seperti yang terjadi kepada hamba-hamba Allah yang dipilih-Nya.
               Mariam, Ibu Nabi Isa a.s. dikirimkan Allah berbagai-bagai macam makanan dari langit. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Ali-Imran ayat 3:37 yang bermaksud:
               “Maka Allah telah menerima Maryam dengan penerimaan yang baik, dan dipeliharalah ia oleh Zakaria. Setiap Zakaria masuk ke mihrab didapati ada disisi Maryam rezeki (makanan), seraya berkata: “Hai maryam! Dari mana engkau dapati makanan ini?”. Jawabnya: “Ia daripada Allah.” Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tiada terkira.”
               Allah telah menerima Maryam sebagai bayaran niat (nazar) ibunya yang dimerdeka kan untuk beribadat dan berkhidmat di rumah ibadat sekalipun kecil lagi pula perempuan, pada hal tugas yang demikian itu hanya terkhas bagi lelaki yang baliqh dan berdaya bagi berkhidmat. Maka Maryam melaksanakan khidmatnya di masjid dengan jujur, ikhlas dan penuh bertanggugjawab.
               Setelah Maryam berusia lebih kurang 16 tahun (mengikut beberapa pendapat orang iaitu setelah Maryam mengalami haid sebanyak dua kali) dengan kudrat Allah Maryam pun mengandung setelah Allah memerintahkan Malaikat Jibril meniupkan roh Allah (Isa) ke dalam belahan baju yang dipakai oleh Siti Maryam. Surah Maryam ayat 19:19 yang bermaksud:
               “ (Jibril) menjawab: “Hanyasanya  aku utusan Tuhanmu, untuk memberikan  kepada mu seorang anak lelaki yang suci.”
               Mendengar ucapan Maryam dengan perasaan keraguan, maka Malaikat Jibril menjawab untuk menghilangkan keraguan dan ketakutan Siti Maryam dengan berkata: Aku bukanlah berniat jahat. Kedatanganku janganlah ditohmah hendak melakukan sebarang pencerobahan. Sebenarnya aku hanyalah utusan Allah Tuhanmu, yang sengaja mengutus aku untuk memaklumkan, bahawasanya Allah akan mengurniakan kepadamu seorang anak lelaki yang suci dan bersih perangainya bernama Isa.
               Nabi Isa a.s. bersama para pengikutnya dikirim Allah hidangan lezat dari langit ketika beliau kekurangan makanan dan lapar berhari-hari lamanya dalam pengejaran musuh-musuh beliau. Firman Allah dalam al-Qur’an surah al Maidah ayat 5:114 yang bermaksud:
               “Isa anak Maryam pun berdoa; “Ya Allah Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami hidangan dari langit yang akan menjadi perayaan bagi kamu untuk orang yang pertama dan yang terakhir (beriman), dan juga sebagai bukti kebenaran daripada-Mu. Dan limpah kanlah rezeki kepada kami sedang Engkau sebaik-baik Tuhan yang memberi rezeki.”
               Tujuan mereka meminta hidangan itu bukanlah menandakan yang mereka ragu-ragu terhadap kekuasaan Allah, mereka memang percaya. Ini adalah untuk menambahkan keten- teraman hati mereka sekiranya dapat menikmati hidangan yang diturunkan dari langit. Ini samalah dengan kata-kata Nabi Ibrahim a.s. yang meminta kepada Allah supaya menunjukkan kepadanya bagimanakah Allah menghidupkan orang mati seperti dalam ayat 2:260 surah Al-Baqarah. Allah berfiman yang bermaksud:
                “Dan  ingatlah ketika Ibrahim berkata: “Tuhan! Perhatikanlah kepadaku bagaimana engkau menghidupkan orang mati?” Allah menjawab: “Adakah engkau belum percaya?” Sahutnya: “Bahkan, akan tetapi untuk mententeramkan hatiku.” Allah berkata: “Maka ambil lah empat ekor burung, dekatkan kepadamu dan potong-potonglah! Kemudian letakkan di atas tiap-tiap bukit sebahagian daripada burung yang dipotong-potong itu. Maka serulah semuanya!Nescahaya datang semuanya kepadamu dengan segera. Ketahui sesungguhnya Allah Maha Pekasa lagi Bijaksana.”
               Sebenarnya Nabi Ibrahim a.s. tidak syak lagi atau ragu-ragu tentang kuasa Tuhan boleh menghidupkan orang mati, hanya ia bermaksud supaya Tuhan mengabulkan keinginan nya. Dan Allah mengabulkan permintaannya seketika itu juga, kerana susunan ayat-nya amat sopan, dan lebih baik dari susunan kata-kata Uzair dahulu, yang bertanya: “Betapa Allah boleh memakmurkan negeri ini sesudah musnah?”
               Benarlah, apa yang diminta oleh Nabi Ibrahim a.s. terkabul seketika itu juga, kerana dengan tiba-tiba Allah menyurunya yang bermaksud:
               “Maka ambillah empat ekor burung, dekatkan kepadamu dan potong-potonglah ia,
kemudian letakkan di atas tiap-tiap bukit sebahagian daripada burung yang dipotong itu. Maka serulah semuanya, nescaya datanglah semuanya kepada engkau dengan segera. Ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana.”
               Mendengar ini, Nabi Ibrahim pun mengambil empat ekor burung yang berlainan jenisnya iaitu:  Seekor burung merak, seekor burung helang, seekor burung gagak dan seekor ayam jaguh. Disembelihnya semua, kemudian dipotong-potong, dicampuradukkan daging dan bulu menjadi satu, lalu dibahagaikan menjadi empat bahagian. Tiap-tiap bahagian diletakkan di atas bukit yang berlainan arah mata angingnya iaitu; di utara, di timur, selatan dan barat.
Hikmah memilih jenis burung ini, kerana burung ialah jenis binatang yang paling hampir menyerupai  manusia    , berkepala bulat, berjalan dua kaki dan melengkapi seluruh kejadiannya dengan kejadian haiwan yang lain – malahan ia mempunyai kelebihan dari  lain-lain haiwan – iaitu boleh terbang tinggi mengawan. Sifat yang terdapat pada burung-burung ini, terdapat juga pada diri manusia.
Burung merak gemar kepada kebesaran dan kemegahan, kerana ia tahu bulunya indah dan cantik. Burung helang gemar makan yang banyak, kerana berparuh kuat dan berkuku tajam serta suka memperkosa apa sahaja mangsa yang dapat ditangkapnya. Burung gagak amat haloba dan tamak, tidak memilih apa sahaja bangkai pasti disingahinya. Dan ayam jaguh sangat gemar benar kahwin dengan tidak memilih tempat dan ketika.
Maka keempat-empat sifat yang menjadi watak binatang-binatang itu, ada terdapat di dalam peribadi manusia. Manusia yang dapat menahan dari mengekang keempat-empat sifat yang tercela itu, akan dapat meningkat ke darjat yang tinggi.
Maka Nabi Ibrahim telah mengorbankan keempat-empat burung itu, sebagai lambang bahawa ia telah dapat menundukkan keempat-empat sifat yang tercela untuk meningkat ke darjat yang setinggi-tingginya iaitu darjat Khalilullah – gelaran yang bererti rakan Allah – yang dikurniakan oleh Allah kepadanya sahaja.
Seterusnya, Nabi Ibrahim berdiri di sebuah tempat lapang yang boleh kelihatan oleh nya keempat-empat gunung tersebut dengan memegang  empat kepala burung yang telah dipotongnya, lalu diseruhnya burung-burung tersebut. Dengan izin Allah berterbanganlah daging dan bulu masing-masing hingga bercantum menjadi burung yang sempurna bentuknya, hanya masing-masing tidak berkepala. Nabi Ibrahim terus memanggil maka berlarilah burung-burung  yang berada di keempat-empat arah mata angin itu menuju kepadanya, dan masing-masing bercantum dengan kepalanya hingga hiduplah semuanya sebagai sediakala.
               Nabi Muhammad SAW dalam perang Khandak mendapat sajian makanan buat sepuluh orang, tetapi dapat mengenyangkan semua tentara yang berjumlah seribu lebih orang. Air jernih mencurah dari jari-jari tangan beliau, untuk memberi minum beribu-ribu tenteranya. Ini lebih hebat dari air terpancar dari batu atau makanan turun dari langit (Dari Hadis-hadis Sahih).
               Di zaman sekarang dan masa-masa yang akan datang, sekalipun kejadian-kejadian  hebat seperti terjadi pada para Nabi dan Rasul tersebut di atas ini, sudah tidak terjadi lagi, kerana sudah tidak ada Nabi dan Rasul, tetapi beberapa manusia yang benar-benar telah mendapat rahmat  mendapatkan kecintaan Allah, dapat juga kita saksikan sendiri rahmat-rahmat Allah yang luar biasa itu berupakan do’a yang makbul daripada Wali Allah, yang kita namakan keramat.
               Di zaman moden ini konsep persepsi pembangunan  yang bersifat positif harus dilihat dari segi iman dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jika hidup kita sering berserta Allah, akan dimudahkan urusan lewat  pengetahuan dan petunjuk yang besar, yang penting atau maha penting yang dikirim Allah kepada kita dengan perantaraan guru, sekolah atau buku-buku tetapi langsug dikirim Tuhan ke hati kita tanpa perantaraan apa-apa.
               Dalam suasana mentafsirkan permasalahan pembangunan dengan hati yang khusyuk
dan tawadu Allah kirimkan satu penyelesaian yang berbentuk ilham dalam hati kita. Ilham itu satu petunjuk atau tunjuk ajar dari Tuhan yang tergerak di hati. Sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu hasil.
               Orang yang beriman dan taqwa terhadap Allah, yaitu orang yang tak ragu sedikit pun tentang Allah dan kekuasaan-Nya, serta patuh taat dengan menjalankan segala perintah dan menghentikan segala larangan dari Allah, akan mendapat petunjuk atau ilham dan pengeta- huan dari Allah. Firman Allah Surah Al-Anfal ayat 8:29 yang bermaksud:
               “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepada kamu petunjuk dan dihapuskan segala  kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah  mempunyai karunia yang besar.”
               Allah menjamin kepada orang-orang yang beriman, iaitu sekiranya mereka bertakwa kepada Allah dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan perbuatan-perbuatan maksiat, nescaya Allah akan menjadikan mereka orang-orang yang berbakti dengan ilmu pengetahuan yang dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
               Bakat ilmu pengetahuan itulah yang membezakan mana yang mendatangkan manfaat bagi seseorang dan mana pula yang mendatangkan muderat. Bakat membezakan antara kufur dengan iman. Bakat yang dapat memperlihatkan kebenaran agama dan ketinggiannya, dapat menyingkapkan kesalahan pihak yang kufur dan kerendahannya. Selanjutnya berkat ilmu pengetahuan itu dapat menyelamatkan seseorang dari kesengsaraan di dunia dan akhirat.
               Seterusnya dengan sebab ketakwaan kepada Allah, seseorang itu akan dimaafkan kesalahannya yang telah lalu dengan dihapuskan dosanya, dan diampunkan pula, iaitu kesalahannya akan ditutup dari penglihatan manusia, baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti. Ini adalah merupakan janji Allah kepada orang-orang yang takwa, iaitu akan memberikan pahala yang besar tanpa mengharapkan sebarang balasan.
               Firman Allah lagi dalam al-Qur’an surah At-Taghaabun ayat 64:11 yang bermaksud:
               “Tidak ada sesuatu musibah pun (mala petaka) yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah, nescaya dia (Allah) akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
               Musibah ialah apa yang mengenai manusia daripada perkara yang baik atau buruk. Oleh sebab itu setiap orang  digesa supaya melakukan sesuatu mengikut yang terdaya olehnya. Maka apa yang berlaku kepadanya selepas itu samada baik ataupun buruk bukanlah urusannya. Bahkan beriman dengan qadak dan qadar Allah jua.
               Yang penting di dalam menghadapinya, jika musibah itu datang juga ialah beriman kerana Allah bersabda: “Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk pada hatinya.” Apabila iman ada, pastilah Allah memberi petunjuk untuk mengatasi masalah itu. Tetapi kalau iman tidak ada, musibah akan membuatnya jadi hancur
atau jatuh.
               Dengan sebab iman hati manusia menjadi terang, atau dipenuhi oleh cahaya. Tuhan Maha Tahu segala hal. Maka berkat cahaya imannya itu, datanglah sinar petunjuk Tuhan ke dalam hatinya sehingga dia selamat terlepas dari musibah.
                    Berkata ahlul-ma’ani, ertinya orang yang mendalami memahamkan maksud al-Qur’an; “Allah akan memberi petunjuk dalam hatinya,” ialah diberi petunjuk supaya bersyukur ketika diberi kesenangan dan bersabar ketika ditimpa bala bencana.
                    Demikianlah contoh-contoh rahmat Allah yang luar biasa yang membantu hamba-hamba-Nya mengatasi masalah pembangunan kehidupan. Maka itu wajar manusia sentiasa meningkatkan keimanannya kepada Allah dan terus memikirkan bahawa Allah itu sentiasa bersama kita membantu mengatasi masalah dalam perlaksanaan agenda pembangunan dalam kehidupan di dunia.

Bicara Minda mengambil kesempatan di bulan Rahmadan yang mulia ini untuk mengucapkan “ Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf Zahir dan Batin” kepada semua kaum muslimin dan muslimat, khususnya yang sejati mengikuti Bicara Minda setiap minggu di siarkan di surat khabar The News Sabah Times,  semoga diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia agar dapat bersua dalam ruang bicara Minda ini. Insya Allah! Amin.

Saturday, July 11, 2015

KONSEP PERSEPSI PEMBANGUNAN YANG POSITIF

 (Disiarkan pada 11. 07. 2015)
Konsep pembangunan yang positif mengarah kepada sifat kemodenan yang seimbang dari segi infrastrutur pembangunan dalam kedua-dua alam iaitu jasmani dan rohani. Kepen- tingan pembangunan dalam kedua-dua alam memberi keutamaan kepada pembangunan spiritual atau rohani  kerana misi kehidupan manusia di alam dunia ialah membuat persediaan kepada kehidupan di akhirat kelak setelah agenda di dunia selesai nanti.
Hidup di dunia hanya buat sementara sahaja dan setiap insan tertakluk kepada usianya yang ditetapkan Allah SWT. Ada diberi usia panjang dan ada yang diberi umur yang sederhana panjang, orang lain hanya beri hidup buat seketika sahaja dan ada juga tidak ada kesempatan hidup di dunia terutama bayi yang masih di dalam rahim ibu dan Allah tarik balik jiwanya sebelum lahir ke dunia. Semua keadaan tersebut adalah kekuasaan Allah SWT menentukannya.
Pembangunan manusia bermula dari alam rahim hinggalah ke dunia di mana insan itu menjadi pemain dalam pembangunan diri(rohani), dan pembangunan jasmani (alam kehidu- pan).  Kehidupan manusia amat komplek berbanding kehidupan haiwan di dunia ini kerana Allah bentukkan manusia dalam dua unsur iaitu unsur rohani yang bersifat ghaib dan unsur jasmani yang bersifat jelas atau nyata.
Unsur rohani bersifat zat, asalnya dari roh Allah yang ditiupkan-Nya ke dalam janin semasa usia bayi mencapai 120 hari atau empat bulan dalam rahim ibu maka jadilah makhluk bernama manusia. Manakala unsur jasmani yang sifatnya nyata berasal dari tanah iaitu segala makanan yang kita ambil yang asalnya tumbuhan di atas tanah menjadi zat melalu proses metabolism (metabolisme) atau pemecahan makanan.
Daging juga yang kita makan asalnya dari tanah iaitu haiwan berkenaan memakan rumput yang tumbuh di atas tanah dan rumput itu akan menjadi zat makanan haiwan seperti menjadi daging dan sebagainya. Serupalah juga dengan haiwan ternakan seperti ayam, itik dan sebagainya memakan padi yang asalnya tumbuh daripada tanah kemudian menjadi zat dalam badannya seperti daging.
Pembangunan yang positif menekankan kepada pembangunan dua alam iaitu alam rohani dan alam jasmani (dunia). Oleh sebab kehidupan manusia bermula dalam alam rahim, kemudian berpindah ke alam dunia dan ke distinasi mutlaknya ke alam akhirat di mana ia bertemu dengan zat yang Maha Pencipta, Allah SWT.
Kesedaran manusia mengenai unsur rohani yang ada pada dirinya menandakan keimanan kepada Allah maka tanggungjawab sebagai khalifah-Nya menjadi agenda utama dalam pembangunan kehidupan. Beriman kepada yang ghaib merupakan ciri utama seseorang yang beriman kepada Allah SWT.
Tiada yang lebih selamat sebagai pemain dalam pembangunan di dunia selain  mengutamakan pembangunan rohani. Nadi ibadahnya ialah ketakwaan kepada Allah di samping memelihara ukhuwah dan kasih sayang sesama insan. Ukhuwah kemanusiaan menjadi agenda terpenting dalam pembangunan kehidupan di dunia.
Pembangunan rohani perpaksi kepada amal ibadah semasa hidup di dunia. Setelah selesai agenda di dunia (mati) maka tidak ada pembangunan di akhirat lagi. Semua bekalan di akhirat nanti adalah hasil usaha ibadah kita semasa di dunia. Maka itu setelah kita meninggal dunia  maka tidak ada hubungan kita lagi kepada dunia dikecuali tiga perkara.     
Pertama mempunyai anak yang salih. Dalam memilih pasangan hidup satu daripada ciri-ciri yang ada pada wanita yang dijadikan teman hidup atau isteri ialah mempunyai ilmu keagamaan. Rasulullah SAW telah mengingatkan umatnya terutama pihak lelaki ialah  apabila mendirikan rumah tangga pilihlah wanita yang cintakan agama atau mempunyai ilmu keagamaan.
Anak dapat didikan bermula dari rahim ibu maka itu seorang ibu wajar hidup berlan-
daskan Islam. Sebagai contoh  seorang ibu yang sedang mengandung wajar mendekati ibadah-ibadah keagamaan. Ibu yang sentiasa mengidam dengan suka mengaji akan melahirkan anak yang patuh agama. Didikan agama sudah bermula sejak dalam rahim ibunya maka itu apabila ia lahir jiwanya setiasan berpaut kepada agama.
Mempunyai ilmu keagamaan adalah penting kerana zuriat yang bakal kita lahirkan wajar ada didikan agama. Ia kenal  dirinya dan kenal Tuhan apabila ia membesar. Ilmu agama yang ada pada dirinya  diamal dan dipraktikkan dalam hidup. Anak yang mulia mempunyai falsafah hidup berlandaskan kepada ilmu dan amal. Ilmu yang diperolehinya dari didikan seorang guru di sekolah diamal dan diterjemahkan dalam kehidupan. Ilmu dan amal akan melahirkan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT yang menjadikannya sebagai anak yang salih.  
Anak yang salih akan membawa imej ibubapa dalam pergaulan dengan masyarakat. Anak yang salih menjadi idola kepada masyarakat untuk dicontohi akhlaknya oleh masyarakat remaja. Jiwanya sentiasa dengan agama demi melahirkan ukhuwah dan kasih sayang antara sesama. Maka itu walaupun orang tuanya sudah balik ke rahmatullah, namanya masih disebut-sebut orang kerana hakisan akhlaq serta ibadah yang anaknya telah lakukan.
Perkara kedua yang nama orang yang telah meninggal dunia masih berada di dunia ialah amal jariah. Dalam hidupnya di dunia dia menyumbangkan kebajikan kepada masya- rakat seperti mendirikan masjid atau rumah-rumah ibadah. Mendirikan sekolah madrasa terutama sekali kepada anak-anak yang kurang mampu, amat penting dalam membina sekolah agama.
Orang yang menghantar anaknya ke sekolah tersebut akan mengenang jasa orang yang membina sekolah berkenaan. Maka namanya sentiasa dikenang dalam pembangunan kehidu- pan. Rumah-rumah ibadah seperti masjid, surau dan sebagainya adalah antara bangunan yang memaparkan nama orang yang membina walaupun orangnya telah balik ke rahmatullah. Maka itu namanya masih mekar dalam ingatan orang yang hidup bila-bila masa pun.
Perkara ketiga di mana nama orang yang telah meninggal dunia masih berada di dunia ialah ilmu yang dimanfaatkan dalam hidup. Satu daripadanya ialah orang yang berdakwa melalui penulisan. Buku-buku yang dihasilkan itu menjadi kegunaan orang yang hidup di dunia. Buku yang berbentuk ilmiah juga adalah banyak manfaatnya kepada pembangunan manusia di dunia.
Buku-buku karya kita yang ada dalam pasaran sentiasa di tangan orang; dibaca dan diterjemahkan ilmu yang ada kepada pembangunan diri keluarga dan masyarakat. Buku yang penulisannya berbentuk dakwa Islamiah sentiasa menjadi agenda dalam perbincangan mengenai pembangunan sosial. Maka itu ilmu yang kita sebarkan melalui penulisan akan namanya mekar dalam ingatan orang terutama sekali mereka yang cintakan agama Islam.
Persepsi pemangunan yang positif berlandaskan kapada keimanan mengenai rahmat-rahmat Allah yang luar biasa. Persepsi ini akan mengukuhkan keimanan kita kepada Tuhan bahawa segala pembangunan (ibadah) yang kita laksanakan sandarannya ialah kepada kekuasaan Allah untuk meredhainya. Usaha yang kita laksanakan hanya berupa tawakal kepada Allah semata.
Berbagai-bagai rahmat yang luar biasa telah terjadi dalam sejarah sebagai bukti kecintaan Allah atas sebahagian dari hamba-bamba-Nya. Sebagai bukti kenyataan dari apa yang difirmankan Allah dalam ayat-ayat dan hadis-hadis yang tersebut seperti berikut di bawah ini.
Nabi Ibrahim a.s. tidak menjadi hangus, meskipun dibakar musuh-musuhnya dalam gejolakan api sebesar bukit. Mala api itu memberikan perasaan dingin dan lega kepada Nabi Ibahim a.s. seakan-akan ditempat sejuk atau di kamar yang mempunyai  air-conditioning. Firman allah surah Al-Anbiya’ ayat 21:69 yang bermaksud:
“Kami (Allah) bertitah: “Hai api! Hendaklah engkau menjadi dingin dan selamat atas
Ibrahim!”
               Apakala mereka telah menyalakan api, dan melemparan Nabi Ibrahim ke dalamnya, lalu Allah bertitah dengan memerintahkan supaya api itu berkeadaan dingin, iaitu sejuk. Tetapi tidak pula sejuknya itu mendatangkan muderat kepadanya, bahkan mendatangkan kesejahteraan.
               Nabi Musa a.s. bersama para pengikutnya dikirimkan makanan yang bernama Manna dan salwa dari langit kerana kehabisan makanan di daerah di mana mereka berada. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:57 yang bermaksud:
               “Dan Kami lindungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan makanan yang bernama “manna” dan burung yang bernama “salwa” (seraya Kami berkata): Makanlah oleh kamu dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami anugerahkan kepada kamu, dan tiadalah mereka menganiaya Kami tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.”
               Maka  kaum Bani Israel yang hidup di padang pasir At-tih itu dalam kesukaran hidup dan dalam kepanasan yang amat sangat. Oleh Allah mereka ini telah dilindungi dengan awan untuk mereka berteduh dari panas matahari yang terik. Di samping itu diturunkan penganan atau manisan. Manisan itu diturunkan dengan cara berterbangan seperti embun pagi atau salji yang putih ke atas pohon-pohon kayu pada waktu fajar menyinsing hingga terbit matahari – lalu dipungut oleh mereka, segantang sorang untuk dibuat pencuci mulut.
               Diturunkan juga ke atas mereka sejenis makanan yang bernama salwa, sejenis burung puyuh. Tiap-tiap seorang dibenarkan menangkap secukupnya sahaja untuk disembelih dan dijadikan makanan hari itu. Kecuali hari Jumaat dibenarkan menangkapnya – kadar makanan untuk dua hari – kerana hari Sabtu burung itu tiada diturunkan Tuhan kepada mereka. Tetapi mereka masih juga aniaya. Bukannya siapa yang  mereka aniaya, melainkan diri mereka sendiri seperti dinyatakan Tuhan.
               Mereka dilarang menyimpan makanan yang melebihi dari kadar yang dihajati dalam sehari. Tetapi larangan itu telah mereka langgar, hingga makanan-makanan itu menjadi busuk. Ini adalah perbuatan mereka yang aniaya.
               Dipancarkan air dari celah-celah batu seperti pipa di zaman kita sekarang ini, ketika Musa a.s. dan pengikut beliau tiba di daerah kering. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:60 yang bermaksud:
               “Ingatlah ketika Musa minta air untuk kaumnya, maka berkata Kami: “Pukulah batu itu dengan tongkat engkau!” Maka terpancarlah (keluar) dua belas mata air dari padanya. Sesungguhnya telah mengetahui tiap-tiap manusia akan tempat minumnya masing-masing. Berkata Kami: “Makanlah kamu dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu berbuat bencana di atas bumi.”
               Allah memberi ingatan ketika kaum Bani Israel sedang menderita kehausan dipadang pasir At-Tih yang  tidak berair, maka Nabi Musa a.s. memohon kepada Allah agar dapat kiranya mengurniakan air kepada kaumnya. Oleh Allah permohonannya itu diperkeanankan, dengan mewahyukan kepada Musa, supaya  memukul akan batu dengan tongkatnya.
               Apabila dipukul sahaja batu itu dengan tongkatnya, memancarlah dua belas mata air daripadanya – mengikut  bilangan dua belas asbat yakni dua belas suku keturunan kaum Bani Israel yang berpangkal dari dua belas orang anak Nabi Yakub a.s.
               Lautan Merah belah sehingga terbentang jalan raya untuk ditempuh Musa a.s. berserta pengikut-pengikutnya menghindar diri dari pengejaran tentera Firaun yang ganas. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:50 yang bermaksud:
               “Ingatlah ketika Kami belah air laut (untuk meneruskan perjalanan kamu) maka Kami lepaskan kamu dengan selamat dan Kami tenggelamkan Firaun sedang kamu melihat mereka.”
               Allah mengingatkan suatu nikmat atau rahmat yang kedua kepada kaum Bani Israel iaitu apabila Allah memerintahkan Nabi Musa besama-sama kaum Bani Israel yang berjumlah lebih dari 60,000 orang meninggalkan negeri Mesir, mereka telah dikejar oleh Firaun dan tenteranya untuk membinasakan mereka, sampai ke tepi Laut Merah. Mereka telah terperangkap, di hadapan laut terbentang tidak dapat disebarangi, sedang di belakang musuh makin dekat menyerang, tidak ada lagi tempat lari. Dengan kurnia  Allah Nabi Musa a.s. telah diwahyukan, supaya memukul laut itu dengan tongkatnya – iaitu mukjizat yang dibekal Allah kepada Rasul-Nya. Nabi Musa pun memukul laut itu dengan tingkatnya, seketika itu juga laut terbelah menjadi dua belas lorong yang dapat dilalui.

               Dengan melalui lorong itulah kamu Bani Israel menyebarang laut Merah hingga sampai ke pantai semananjung Sinai dengan selamat. Firaun pula bila melihat kaum Bani Isrel melarikan diri melalui lorong-lorong itu, lalu diukutinya bersama bala tenteranya. Maka dengan takdir Allah bila Firaun dan bala tenteranya berada di tengah-tengah lorong itu, Allah balikkan semula air laut yang terbela itu seperti sediakala, sehingga mereka tenggelam dan binasa semuanya. (bersambung)