Saturday, December 19, 2015

MURNIKAN KEBAJIKAN BERSAMA ADALAH IBADAT KERANA ALLAH SWT

  (Disiarkan pada 19. 12. 2015)
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima perintah Allah (wahyu) melalui Malaikat Jibril, untuk mentarbiahkan umat manusia cara hidup yang diredhai Allah SWT. dengan berpengang kepada ilmu tauhid: “Laillaha illallah Muhammad Rasulullah.” Tiada Tuhan yang wajib di sembah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah. Dengan kalimah tersebut seluruh jentera kehidupan makhluk manusia telah diperbetulkan mengikut landasan yang diredhai Allah SWT.
Baginda telah mengubah konsep dasar etika dan kerohanian dan moral sehingga kesucian itu tidak dapat dicapai melainkan dengan tidak hanya menitik beratkan masalah duniawi tetapi jestru lebih mengutamakan bidang kebersihan rohaniah  dan ukrowi. Dalam erti kata lain ukhuwah kemanusiaan menjadi dasar pembangunan manusia sejagat.
Allah menyarankan dalam dokumen wahyunya supaya umat manusia sentiasa berma- syarakat dan bersosial, memelihara ukhuwah dan kasih sayang yang dimurnikan oleh ilmu tauhid serta membebaskan diri dari terjebak dalam elemen-elemen yang berunsur kepentingan diri dan kerakusan dalam menangani kehidupan di alam ini. Firman Allah surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud:
“Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa) dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa. Sungguh Allah Maha mengetahui lagi Maha amat mengetahui.”
Kemuliaan umat manusia hidup di dunia, Allah tidak melihat dari keturunan, mahupun bangsa, kedudukan ataupun kecantikan raut wajah atau warna kuli, tetapi manusia yang termulia di antara semua umat manusia di sisi Allah SWT ialah orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
Orang yang bertakwa kepada Allah adalah mereka yang jiwanya selalu dekat dengan Allah. Untuk melaksanakan ketakwaan kepada Allah wajar dihiasi dengan ukhuwah dan kasih sayang antara sesama kerana mengenali Allah adalah terlebih dahulu mengenali diri kita sendiri serta murnikan hubungan kita antara satu sama lain. Maka itu orang yang beriman kepada Allah adalah bersaudara.
Pepatah Melayu mengatakan “Cubit paha kiri paha kanan terasa kesakitan” memberi tamsilan bahawa hidup bermasyarakat mempunyai perasaan kekitaan antara sesama. Masalah si pulan adalah masalah saya! Manusia mempunyai naluri menyayangi orang lain yang tidak ada kaitan kekeluargaan tetapi hidup seakidah..
               Nabi Muhammad saw berdiri untuk menghomati jenazah yang lalu untuk diusung ke perkuburan walau pun ia adalah orang musrikin. Para sahabat menegur baginda bahawa jenazah itu adalah orang kafir! Lalu Baginda berkata  dia adalah seorang manusia yang wajar diberi kehormatan tidak kira seakidah dengan kita atau sebaliknya.
               Keistemewaan manusia  adalah kehadiran roh serta fakulti-fakulti lain seperti akal, kemahiran berfikir yang membolehkan manusia memahami teka-teki pembangunan hidup. Dengan akal tersebut Allah sempurnakan dengan perasaan kasih sayang antara sesama yang akan mengikat hubungan yang erat dan mesrah yang dikenali sebagai ukhuwah kemanusiaan.
               Ilmu yang membina persaudaraan manusia sejagat, diperkukuhkan Allah dengan menurunkan wahyu-Nya yang mengandungi berbagai ilmu tauhid dan pembangunan, dibawa oleh malaikat Jibril untuk dipertanggungjawab kepada manusia pilihan Allah yang dikenali sebagai Nabi dan Rasul.
               Setiap individu wajar menggunakan akal fikiran serta naluri perasaan kasih sayang
antara sesama manusia. Allah mewujudkan makhluk manusia dengan satu tujuan iaitu menjadi khalifah Allah SWT untuk memakmurkan alam kehidupan agar bumi ini mempunyai keselesaan hidup berbagai makhluk ciptaan Allah. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-An’am ayat 6:165 yang bermaksud:
               “Dialah (Allah) yang menjadikan kamu penguasa (khalifah) di bumi.”
               Bekalan hidup manusia di muka bumi ini wajar berpaksi kepada falsafah hidup yang dihiasi dengan suasana saling kasih mengasihi; sayang menyayangi; bela membelai; hormat menghormati; harga menghargai; dan saling cinta mencintai adalah antara nadi persaudaraan yang menjadi tali Allah yang menjamin keselamatan di dunia dan diakhirat kelak.
               Allah turunkan ilmu-Nya yang berupa wahyu untuk menolong manusia membina kehidupan ke jalan yang lurus. Allah hamparkan segala nikmat dan rahmat-Nya di muka bumi ini untuk manusia menggunakan dalam membina tamadun kehidupan. Maka wajarlah  manusia bersyukur terhadap segala fasiliti yang  Allah hidangkan.
               Naluri kekitaan dalam kelangsungan hidup bermasyarakat menunjukkan satu budaya ukhuwah yang akan melahirkan kasih sayang antara sesama. Merasa dukacita mengetahui kemuskilan hidup orang lain melambangkan satu penyatuan naluri umat manusia. Dalam hidup tiada yang boleh dibanggakan sebab segala fasiliti hidup pada setiap insan adalah kepunyaan Allah secara mutlak dan manusia  hanya mempunyai hak guna pakai semata.
               Berkhidmat untuk kelangsungan hidup merupakan ibadat kerana Allah. Kita berkhid- mat untuk menjaga kebajikan diri dan keluarga dan pada masa yang sama khidmat itu adalah untuk kelangsungan tamadun kehidupan masyarakat manusia. Allah telah amanahkan manusia sebagai khalifah di muka bumi-Nya maka itu wajar melaksanakan perkhidmatan untuk mewujudkan suasana  keselesaan hidup makhluk manusia dan berbagai makhluk ciptaan Allah lainya yang ada  di muka bumi ini.
               Berkhidmat untuk kebajikan orang lain yang sedang dilanda malapetaka hidup seharusnya amalan yang mendahului daripada yang lain. Umat Islam tidak sama sekali senang untuk melihat atau mengetahui kebajikan mereka yang telah dicabuli oleh pihak-pihak yang tidak punya perikamunisaan. Umat Islam seluruh dunia mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tindakan keganasan Yahudi itu ke atas masyarakat Islam di Palestin yang tidak berhati perut itu.
               Umat Islam mempunyai keunggulan dalam menangani kebajikan orang lain. Satu peristiwa telah berlaku sedikit masa dahulu, malang tidak berbau, anak kepada penulis Bicara Minda dari Sabah mengalami kemalangan  jalan raya di atas motosikal yang dipandunya di Jalan Karak, Kuala Lumpur yang amat dasyat sekali yang hampir meragut jiwanya.
               Akibat dari kemalangan tersebut anak Sabah itu koma selama satu bulan. Satu daripada buah pinggangnya hancur dan dia sekarang hidup dengan menggunakan satu buah pinggang sahaja. Kepalanya terhentak begitu kuat kepada timbuk di tepi jalan raya di mana kemalangan itu berlaku sehingga tali topi keledarnya terputus. Mujur topi keledar itu masih di atas kepalanya sewaktu terhempap timbuk berkenaan. Walaubagaimaan pun beliau menga- lami hilang fikiran buat seketika sehingga jawatannya di tukar kepada jawatan yang kurang menggunakan pemikiran.
               Apabila berita tersebut tersebar luas kepada masyarakat Islam di negeri Selangor, semua masjid di negeri tersebut melaksanakan sembayang hajat memohon doa kepada Allah agar anak Sabah yang mengalami kemalangan tersebut diselamatkan. Anak Sabah berkenaan apabila sedar dari komanya itu, amat hairan apabila mendengar khabar mengenai sembahyang hajat untuknya yang dilaksanakan oleh seluruh jemaah  di semua masjid di negeri Selangor.
Penulis Bicara Minda dari Sabah tersebut, mengambil kesempatan ini untuk mengucap kan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakyat muslimin negeri Selangor, semoga negeri Selangor akan sentiasa aman dan damai dan dikurniakan Allah rezeki yang tidak disangka-sangka! 
Umat Islam di mana sahaja mereka berada, mereka sentiasa berpegang kepada rasa ukhuwah dan persaudaraan yang erat  yang diikat dengan perasaan kasih sayang kerana Allah. Persaudaraan dalam Islam adalah lebih kuat ikatannya berbanding dengan persaudaraan dalam keluargaan.
Disiplin kehidupan yang diwarnai oleh kemurnian beragama memimpin manusia di atas landasan yang tunduk kepada kekuasaan Allah SWT. sebagai Zat yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana. Jaminan kesempurnaan hidup dipimpin oleh keunggulan beribadah yang dimurnikan dengan perasaan kasih sayang kelak melahirkan masyarakat berdisiplin.
Manusia adalah makhluk berbudaya menyukai kebersamaan dan persamaan. Kasih sayang Allah SWT. menjadikan mereka sebagai saudara yang saling mencintai, tolong-menolong, saling berhubungan dan berbalas kasihan. Manusia mempunai keperluan hidup yang serupa di mana sahaja belahan bumi Allah ini mereka berada.
               Semua umat manusia adalah pemegang saham (rahmat) Allah dalam hidupnya. Setiap manusia di alam kehidupan di seluruh pelusuk dunia atau alam sejagat adalah pemegang saham tersebut. Udara, cahaya mata hari, air, bumi dengan berbagai jenis rahmat Allah diperlukan oleh  segenap lapisan  masyarakat tidak kira masyarakat mukmin atau sebaliknya. Oleh sebab manusia di muka bumi ini membuntuhi rahmat Allah tersebut maka adalah wajar menghidupkan persaudaraan sejagat.
               Udara adalah suatu keperluan dalam kelangsungan hidup manusia serta juga makhluk-makhluk Allah yang hidup di bumi-Nya ini. Binatang dan haiwan berbagai jenis di alam ini semuanya memerlukan udara untuk terus hidup. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara yang bersih dengan bantuan cahaya mata hari dan air untuk memproses makanannya yang dikenali sebagai proses fotosintesis.
               Fenomena alam sedemikian rupa yang dibekalkan Allah kepada manusia mahupun segala kehidupan berbagai haiwan yang lain, mendidik kita manusia yang berakal fikiran bahawa Allah mewujudkan persaudaran sejagat. Mengkufurkan diri terhadap rahmat Allah  tersebut merupakan makhluk yang bertopengkan  manusia tetapi berjiwa kehaiwanan
Dalam pernafasan manusia memerlukan oksijen dari udara yang dibekalkan Allah untuk meneruskan kehidupan. Allah itu Maha adil. Segala nikmat tersebut adalah pemberian-Nya tanpa syarat. Maka itu patutkah manusia  bersengkita antara sesama kerana gagal mengenali fitrah persaudaraan sebagai keturunan Bani Adam? Nikmat Allah sedemikian besar faedahnya kepada manusia maka adalah wajar persaudaraan sejagat itu diikat dengan nikmat Allah yang kita kecapi.
Muslim yang saleh dan berjaya, bererti mampu mengarahkan halatuju fikirannya, emosinya, rohaninya, selari dengan kehendak fitrah murni yang telah ditetapkan Allah semenjak azali. Keharmonian juga sepadu mengikut acuan Illahi. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT. dalam al-Qur’an dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Maka hadapilah wajahmu kepada agama yang lurus, fitrah Allah yang memfitrah manusia ke atasnya, tidak ada tukar ganti ciptaan Allah, itulah agama yang benar, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah al-Rum ayat 30:30)
Insan kamil bukan hanya memiliki kehebatan intelektualnya (intelectual quality) sehingga mampu menguasai ilmu pengetahuan yang lurus, berkemampuan mengurus cara berfikir secara kreatif dan inovatif, pantas dan tepat dalam membuat penentuan dan pemilihan, tetapi mestilah ditunjangi oleh kekuatan spritualnya (spiritual quality) dengan memiliki sifat-sifat mahmudah seperti benar, amanah, adil, ikhlas, sabar, redha, syukur dan bertanggungjawab.
Menjadikan Islam sebagai cara hidup terutama mereka yang melibatkan diri dengan usaha mengislahkan dan menegakkan peraturan serta sistem kehidupan bermuamalah secara Islam dalam masyarakat. Sistem ekonomi, sistem politik, sistem pendidikan, sistem perundangan dan kehakiman dan lain-lain, harus menjadi fokus untuk ditegakkan peraturan dan  syariat Islam di dalamnya. Setiap muslim juga sepatutnya sentiasa bersedia memperguna kan seluruh kemampuan akan fikiran dan tenaga untuk mencapai matlamat tersebut.
Firman Allag SWT. dalam surah Ali Imran ayat 3:19 yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama (yang sebenar) disisi Allah hanyalah Islam...”
Firman Allah lagi  surah yang sama ayat 3:85 yang bermaksud:
“ Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agama (pegangan hidup), maka tidak sekali-kali akan diterima (oleh Allah) dan dia pada hari akhirat adalah tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.”

Maka itu adalah wajar berpegang teguh kepada agama Allah(Islam) kerana jaminan keselamatan hidup di akhirat akan dapat diperolehi. Agama Islam sahaja  Agama yang menjamin manusia menikmati hidup bahagia  di akhirat kelak. Islam membentuk keperi- badian manusia dan melahirkan kesetiakawanan sosial sebagai nadi keunggulan hidup bermasyarakat. 

Saturday, December 12, 2015

BELAJAR DARI KELEMAHAN ORANG MERUPAKAN IBADAT

BELAJAR DARI KELEMAHAN ORANG MERUPAKAN IBADAT
(Disiarkan pada 12. 12. 2015)
Budaya bermayarakat banyak yang boleh kita pelajari lewat kelemahan mereka dalam menangani agenda pembangunan kehidupan. Malah firman Allah pertama diturunkan kepada manusia  ialah memerintahkan manusia supaya “baca”. Hidup ini harus kita lengkapi dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan terhadap kejadian-kejadian alam kehidupan termasuk lah juga alam yang terucap oleh Allah SWT iaitu dokumen wahyu-Nya, Al-Qur’an nul Karim.
Membaca alam kehidupan adalah dalam kategori  dokumen yang tercipta oleh Allah. Alam manusia mempunyai banyak ikhtibar yang kita boleh pelajari lewat ibadat yang mereka laksanakan. Manusia  adalah makhluk yang dicipta Allah dalam keadaan lemah. Firman Allah surah Al-Ahzab ayat 33:72 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberikan amanat (tanggungjawab) itu kepada langit dan bumi dan gunung-gunung, tetapi mereka enggan untuk memikulnya dan takut kepadanya, dan manusia pula mahu memikulnya. Sesungguhnya dia adalah aniaya lagi tersangat jahilnya.”
Mengapakah manusia yang  ada mempunyai persediaan untuk menerima bebanan itu setengahnya telah mengabaikannya. Hal ini tidak lain kerana pada diri manusia itu terdapat naluri atau pembawaan suka marah yang mengakibatkan ia berlaku aniaya dan zalim. Begitu juga ingin menuntut kemahuan nafsu syahwat yang mengakibatkan ia jahil untuk mengambil tahu dan memperhatikan terhadap kesudahan sesuatu perkara.
Oleh itu Allah bebankan kewajipan-kewajipan agama kepadanya, maka bebanan-bebanan itulah yang menjadi pengekang dari mengikuti berterus-terusan kehendak nalurinya yang tidak terbatas.
Firman Allah lagi dalam surah An-Nisa’ ayat 4:28 yang bermaksud:
“Allah ingin memberikan kamu  keringanan, kerana manusia itu dijadikan bersifat lemah.”
Allah tidak memberatkan kamu, kerana Allah tidak mengadakan sesuatu yang mem- beratkan di dalam agama. Bahkan hukum-hukum  yang telah ditetapkan-Nya itu merupakan suatu keringanan dan kemudahan jua untuk mengamalkannya.
Tetapi manusia  dijadikan oleh Tuhan bertabiat dan bersifat lemah. Kerana kelemahan nyalah maka ia kurang sabar menghadapi perempuan yang sewaktu-waktu mudah saja hendak mempersuntingnya dan menjadikan mangsanya. Dan kerana lemahnya jualah maka itu tidak kuat menahan desakan syahwatnya yang setiap saat mencari kepuasannya.
Dan kerana kebijaksanaan Allah jualah maka Allah tidak  mengadakan sesuatu yang memberatkan seseorang di dalam agama. Bahkan semua ketetapan-Nya  mempunyai ukuran yang selaras dengan tenaga dan kemampuan seseorang untuk menjalankannya, sehingga tidak ada jalan bagi seseorang untuk berdali atau cuba menolak.
Satu penyakit dalam suasana bermasyrakat ialah kehadiran penyakit rohani. Penyakit ini merupakan kelemahan nurani dalaman manusia. Kehadirannya sukar diketahui oleh orang yang mengalaminya tetapi yang boleh mengetahui ialah orang lain. Maka itu wajar kita pelajari mengenai masalah individu tertentu dan harus dijadikan ikhtibar diri untuk berhati-hati supaya penyakit berkenaan tidak menginap dalam diri kita sendiri.
Pengalaman demikian akan mendidik kita lebih berhati-hati terhadap kelemahan orang lain kerana semua keadaan fenomena alam kehidupan akan kita alami jika kita  gagal untuk meminta perlindungan dari Allah SWT. Setiap ibadat yang kita laksanakan wajar kita mengu- capkan “Bismilla hirahma nirahim” terlebih dahulu untuk mendapat perlindungan dari Allah.
Maka dengan itu juga baginda Rasul Nabi Muhammad saw. sering berdoa bilamana baginda melaksanakan ibadat tertentu dengan berkata: “Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melihat yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam.(Hadith sahih)
Maka dengan itu juga harus kita mengucapkan “innalilahi wa innalilahi rajiun”; sebaik sahaja kita menyaksikan atau mendengar berlakunya gejala atau musibah yang
menimpa kepada orang lain.
Kalimah ini ialah sebahagian daripada surah Al-Baqarah ayat 2:156 yang bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah (malapetaka) mereka berkata
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Inilah frasanya yang umat Islam bacakan apabila seorang dilanda oleh malapetaka dalam hidup dan biasanya dibaca apabila menerima khabar kematian seorang. Ia dapat juga dibacakan di mana-mana keadaan melibatkan mana-mana jenis risiko. Frasa ini biasa diterje- mahkan: “Sesungguhnya kita milik Tuhan dan kepada Tuhan jualah kita kembali.”
Umat Islam mempercayai bahawa Allah adalah Esa yang memberikan dan Dia jualah yang mengambil. Dia menguji umat manusia. Oleh itu, umat Islam menyerah diri kepada  Tuhan dan bersyukur kepada Tuhan untuk apa-apa yang mereka terima. Pada masa yang sama, mereka  bersabar dan menyebut ungkapan ini dalam waktu kacau-bilau dan mala petaka.
Kalimah ini mudah mengatakannya, terutama saat kita ditimpa musibah. Dan semestinya tidak hanya kematian, tetapi musibah sekecil apa pun, meski pun hanya terkena duri atau tertendang akar nengka di jalan. Namun demikian, ucapan itu mungkin hanya sebatas ucapan di lisan saja, tetapi mungkin sulit bagi kita menunjukkan bahawa kita telah mengaplikasikan ayat ini.
Apa hanya itu hakikat dari ayat inna lillahi wa inalillahi rojiun? Masih banyak makna
yang bisa digali atau dikaji dan banyak erti yang bisa timbul dari ayat ini. Hakikatnya luas kalau kita mahu lebih memahaminya.
Kalau kita perhatikan secara sungguh-sungguh semua yang ada di dunia ini datangnya dari Allah. Apa yang kita miliki sekarang ini datangnya tidak lain dari Allah. Semua yang telah kita terima selama ini adalah dari Allah. Apakah itu rezeki, anugerah, duit, jabatan, kepandaian, ilmu, perhiasan, baju, motor, rumah, mobil(bagi orang yang punya mobil), anak, isteri, susah, senang, sakit, sehat, rasa sayang dan cinta kita kepada seseorang dan lain-lain datangnya dari Allah, baik secara langsung mahupun tidak langsung.
Nah, sekarang kalau di antara milik kita seperti tersebut di atas diambil oleh yang punya? (Allah)...bagaimana?
Jawabnya: Yah diikhlaskan.  Yang minta, Allah  berhak mengambil atau meminta apa saja kita miliki, kerana
semua datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah.
Apabila ada saudara kita, menginginkan sesuatu barang yang kita miliki, maka sebaik nya kita  berikan kepadanya. Bila kita ingin memberi sarung atau baju kepada  sesama kita, tentu kita pilih yang  paling baik (atau baru) bukan yang bekas kita pakai walaupun masih kelihatan bagus.
Selain itu banyak pesan dari para ustaz dan ulama bahawa dalam rezeki yang kita dapatkan, ada hak dari sebahagian rezeki itu untuk kita bagikan kepada orang lain. Jadi hak itu  harus  diberi kepada sesama kita yang berhak.
Namun apa yang biasanya terjadi? Kita sangat susah untuk berderma, berinfaq atau sedekah. Kita merasa apa yang diraih itu adalah berkat usaha sendiri, berkat kehebatan kita sendiri. Jadi kita “berhak sombong” dan berhak memakainya untuk apa sahaja sekali pun itu untuk  kepentingan diri sendiri.
Ada teman yang sangat ringan meminjamkan barang peribadi kepada teman-teman nya, tanpa pandang bulu siapa teman yang meminjamnya itu. Bahkan jika diselidik si peminjam, “Benar nih boleh aku pinjam...? Ia bertanya kalau hilang atau rusak bagaimana..? Dia biasanya hanya menimpali, “Aku percaya kamu kok... Kalaupun hilang itu bererti Allah
tidak memberi kepercayaan padaku untuk memilikinya...”
               Terhadap teman yang seperti ini, kita dan teman-teman lain malah jadi segan. Malah jadi lebih menghargai dan berhati-hati (memegang teguh kepercayaan yang diberikan olehnya). Pemikiran kita sedemikian kerana kita yakin bahawa dia adalah salah satu  insan yang disayang oleh Allah, kerana telah meneladani sifat pengasih dan penyayang-Nya (Ar Rahman dan Ar Rahim).
               Namun terkadang kita menjadi sangat sulit untuk berbagi. Tetangga yang mahu pinjam
kendaraan barang sekali sahaja sangat berat memenuhinya, bahkan sekalipun ketika keperluan menghantar berobat isterinya. Apa lagi berbagi dalam hal rezeki. Misalnya membantu “memberi makan” tetangga yang susah makan saja tak sudi, padahal kita tahu tetangga  kita itu sangat kesulitan walaupun itu hanya untuk makan sehari-hari.
Di lain pihak, di rumah kita malah justru bergelimangan makanan, lauk pauk tersaji beraneka ragam, begitupun buah, dan itupun banyak sisa-sisa makanan di pinggan yang tidak  habis termakan dan akhirnya dibuang di tempat sampah.
Kita bermasyarakat akan mendidik kita lebih diwasa dalam segala hal ibadat kita kerana banyak yang kita pelajari dalam suasana ukhuwah kemanusiaan. Ilmu yang kita perolehi dari memperhatikan kelemahan orang lain menjadi pengalaman kita untuk cuba sedaya upaya mengilakkan ia berlaku kepada diri kita. Ahli pujangga mengatakan bahawa “Pengalaman merupakan guru yang paling bijaksana.”
Mengambil iktibar dari peristiwa yang telah berlaku akan memberi kefahaman diri yang lebih dominan. Segala peristiwa  yang telah kita alami merupakan teguran Allah SWT. kepada mereka yang beriman. Dan sebagai musibah kepada orang yang tidak meyakininya sebagai kekuasaan yang Maha Pencipta.
Dokumen wahyu yang Allah turunkan kepada manusia, penuh dengan iktibar yang wajib setiap umat manusia menjadikannya sebagai landasan dan pedoman hidup agar manusia
tidak terpedaya dengan elemen-elemen yang bersifat fatamorgana.
               Hidup berakidah menunjukkan satu disiplin pembangunan yang sentiasa berlandaskan kepada peraturan hidup serta kesempurnaan bermasyarakat kerana Allah SWT. Hidup yang mempunyai disiplin adalah satu keadaan yang sentiasa dikawal oleh peraturan dan undang-undang awam untuk melindungi keselamatan masyarakat dan menegakkan kebenaran yang diredhai Allah SWT. Agama Islam sentiasa menunjukkan jalan yang benar, lurus dan mengesakan keagungan Allah yang menciptakan alam kehidupan.
               Allah bekalkan manusia dengan akal dan kemahiran berfikir sebagai kekuatan untuk mengolah disiplin kehidupan. Tidak cukup dengan itu manusia dilengkapkan lagi dengan berbagai ilmu pembangunan seperti mana yang termaktub dalam dokumen wahyu Illahi yang diterima oleh para Rasul dalam perantaraan malaikat Jibril.
               Al-Qur’an adalah kitab suci Allah, dokumen agung untuk mentarbiahkan manusia cara hidup atau disiplin kehidupan yang diredhai Allah SWT. Kitab suci ini mengandungi ajaran Allah yang wajar dipatuhi oleh manusia berserta dengan segala larangan-larangan Allah yang mesti dijauhi oleh manusia. Firman Allah surah Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud:
               “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepada mu, ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan adalah kamu di atas pinggir lobang neraka lalu Allah melepaskan kamu  daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya ke pada mu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.”
               Berpeganglah kamu dengan kitab Allah dan dengan perjanjian antara kamu dengan Allah kerana setiap manusia dahulunya telah pun menyaksikan adanya Allah dan berjanji untuk bersetia dengan-Nya. Juga dimaksudkan menyeru supaya kamu bersatu padu  di antara satu dengan yang lain dengan penuh kemesraan pada mentaati Allah dan Rasul-Nya.
               Tali Allah di sini ialah agama-Nya yang menuju ke jalan yang lurus. Dan dilarang kamu bercerai-berai, yakni jangan berselisih di antara kamu sesama Islam kelak membawa ke jalan yang sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh  Allah.
Di antara jalan-jalan perselisihan dan perpecahan ialah menubuhkan perkumpulan-
perkumpulan  atau parti-parti yang berdasarkan semangat berpuak-puak dan berpihak-pihak  dan semangat taassubkan bangsa – masing-masing  memandang sukunya atau bangsanya lebih daripada yang lain – dan masing-masing hendak mengalahkan lawannya seperti yang dibayangkan oleh Tuhan terhadp kalangan suku Aus dan suku Khazraj mahupun yang banyak kita saksikan berlaku di kalangan kita pada masa ini. Jalan-jalan yang membawa perpecahan tersebut hendaklah dijauhi.
Apakah yang ada pada diri kita dalam membentuk masyarakat? Keberadaan kita sebagai ahli masyarakat akan melahirkan ukhuwah kemanusiaan yang dibalut dengan fitrah kasih sayang sebagai ikatan melahirkan masyarakat madani. Budaya kekompakan bersosial akan melahirkan suasana give ada take dalam kelangsungan hidup bermasyarakat.
Walaubagaimana pun kelangsungan hidup bermasyarakat merupakan tawakkal kepada Allah kerana tidak ada yang manusia boleh laksanakan tanpa pertolongan dari Allah. Maka itu budaya bermasyarakat adalah agenda sedar menyedari dalam kehidupan. Kelemahan orang lain boleh berlaku kepada diri kita sendiri maka itu harus ibadat kita itu adalah tawakal 

kepada Allah yang berhak memberikan kejayaan yang kita inginkan.  

Sunday, December 6, 2015

BERJEMAAH LEBIH BERMANFAAT DARIPADA SEORANG DIRI (TWO HEADS ARE BETTER THAN ONE)

 (Disiarkan pada 5. 12. 2015)
Konotasi ini memberi gambaran bahawa dalam menyelesaikan masalah ibadah pembangunan kehidupan, pendapat daripada dua orang atau berjemaah adalah lebih manfaatnya berbanding dengan usaha seorang diri. Manusia berbincang untuk memberi ruang kepada percambahan fikiran demi mendapat kata putus mengenai penyelesaian sesuatu agenda. Dalam percamabahan fikiran itu minda kita memainkan peranan utama. Apa yang kita hendakkan ialah ilham dari Allah SWT. yang diberi pada setiap individu yang terlibat dalam jemaah berkenaan.
Dalam hubungan kemanusiaan, kita memerlukan media untuk berkomunikasi. Madia yang amat sempurna dan mudah dilaksanakan ialah dengan menggunakan kod bahasa untuk menghantar mesej atau maklumat kepada orang lain.
Islam menggalakan umat manusia supaya sentiasa berbincang atau berjemaah dalam semua segi perlaksanaan pembangunan. Walaubagaimana pun berjemaah semata tanpa kekuatan ilmu kurang manfaatnya. Maka itu untuk membolehkan manusia berinteraksi antara sesama, perlu ada ilmu pengetahuan. Dengan ilmu kita dapat berbincang serta bertukar-tukar pendapat untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi dalam kehidupan.
Ibadah berbincang akan menjemput ilham yang didatangkan oleh Allah yang akan mendewasakan tindakan kita secucuk dengan keredhaan Allah SWT. Dalam suasana pembangunan mengenai agenda tertentu, tidak ada faktor pembangunan yang, walau macam mana rumitnya sekalipun, tidak dapat diselesaikan jika ufuk pemikiran kita tumpukan kepada keredhaan Allah SWT. Keyakinan kita adalah setiap masalah itu merupakan ujian Allah  kepada hamba-Nya agar segala fitrah Allah berikan kepada manusia dimanfaatkan.
Berbicara ialah satu nikmat Allah yang terbesar, yang diberikan kepada manusia. Dengan berbicara manusia menjadi makhluk yang termulia dibandingkan dengan makhluk-makhluk yang lain. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Ar Rahman ayat 55:1-4 yang bermaksud:
“Tuhan Yang Maha Pemurah. Yang telah mengajarkan Al-Qur’an. Dia Menjadikan manusia. Mengajarnya pandai berbicara.”
Allah melebihkan manusia dari makhluk-makhluk  yang lain dengan mengajarkan pandai berbicara. Sungguh amat besar nikmat pandai berbicara  yang dianugerahkan Allah kepada manusia itu. Wajiblah manusia mensyukurinya, dan yang tidak mensyukurinya di anggap suatu keingkaran.
Islam telah menjelaskan bagaimana seharusnya manusia memanfaatkan nikmat yang amat besar ini, agar manusia benar-benar dapat mempergunakannya untuk berbicara  sehari-hari yang baik, yang menjadi jalan kebaikan.
Jika kita menghitung pembicaraan seseorang, ternyata apa yang mereka bicarakan lebih banyak pembicaraan yang tidak ada gunanya. Bukan dengan cara demikian mensyukuri nikmatnya yang amat besar ini. Allah menjadikan lidah bukan untuk  membicarakan yang sia-sia tetapi untuk yang bermanfaat. Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat  4:114 yang bermaksud:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau  mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.”   
Allah mencela perbuatan orang-orang yang suka membanyakkan berbisik-bisik itu dapat menimbulkan persangkaan yang tidak baik. Terutama jika isi kata-kata yang  dibisik-bisikkan itu mengandungi tujuan buruk atau parkatan jahat. Sebenarnya berbisi-bisik itu tidak perlu sekiranya tidak merupakan rahsia yang takut diketahui. Kemudian Allah menyatakan pula: “ Kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyeruh berbuat
kebajikan, atau mendamaikan, antara manusia.”
               Berbisik-bisik untuk merancangkan suatu kerja yang baik dan bertujuan mulia tidaklah pula dilarang. Bahkan kadang-kadang perlu sesuatu kerjasama yang baik itu dirahsiakan yang hanya baik atau lebih sesuai diperkatakan dengan jalan berbisik-bisik sahaja supaya tidak diketahui orang, kerana jika diketahui orang mungkin rancangan itu akan gagal di tengah jalan atau akan merosakkan rancangan tersebut.                                                                          
Manusia menimba ilmu pengetahuan daripada orang lain. Ilmu itu sebenar adalah satu pengalaman diri  mengenai fenomena alam kehidupan. Maka itu orang yang mempunyi ilmu yang banyak adalah mereka yang mempunyai pengalaman yang luas hidup bersama dengan orang lain. Ada orang mengatakan bahawa pengalaman itu adalah guru yang paling bijaksana.
Pengalaman bersama dengan orang lain ada kaitan dengan usia individu. Semakin panjang usia semakin banyak pengalaman. Maka itu Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menyarankan kepada umatnya dengan bersabda: “Tuntutilah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.” Menuntut ilmu sebanyak yang boleh  kerana orang yang berilmu Allah menyukai hamba-Nya kerana umat demikian sentiasa dekat dengan Allah dan akan memudahkan urusan hidupnya sebagai persediaan hidup di akhirat kelak.
Ini bermakna menuntut ilmu itu tidak terbantas kepada peluang-peluang yang ada semasa usia remaja sahaja. Baginda Rasul menyarankan bahawa menuntut ilmu itu sepanjang hayat. “Education is a long life learning.” Menurut pendapat ahli psikologi, orang yang menghabiskan usianya untuk menimba ilmu adalah mereka yang tidak didatangai oleh faktor ‘lali’ dalam hidupnya.
Tidak ada penceon dalam menuntut ilmu. Orang berkata menuntut ilmu itu  adalah sepanjang zaman. Dalam menuntut ilmu semakin kita tahu semakin kita tidak tahu. Ia membawa maksud bahawa orang yang menuntut ilmu, semakin banyak ilmu yang diterokai nya semakin banyak lagi ilmu yang belum dapat dikuasainya.
Agama mentamsilkan ilmu yang setakat dapat dikuasi oleh manusia bagikan menculupkan jarinya ke dalam laut, kemudian angkat. Air yang membasahi jarinya adalah ibarat banyaknya ilmu yang dapat dikuasainya berbanding dengan ilmunya Allah yang ada di alam kehidupan ini bagikan air lautan yang tidak bertepi itu.
Dan jika kita mengunakan air lautan itu sebagai tinta untuk mencatit  ilmunya Allah; sehingga kering air laut itu pun tidak dapat menghabiskan ilmunya Allah dan kalau pun digandakan banyaknya air lautan itu pun sehingga kering sekalipun tidak dapat jua menghabiskan ilmu Allah.
Maka itu wajarlah setiap insan itu mengetahui dirinya betapa kerdilnya di hadapan Allah SWT. Oleh itu janganlah berpuas hati tentang ilmu yang kita perolehi dalam usaha membangunkan ummah. Manusia harus mengakui dirinya bahawa disisi Allah SWT. seorang insan itu ilmunya amat sedikit yang menjadikannya merasa amat besar!
Akhlak yang baik dan jujur, bermanfaat kepada orang lain yang hidup bersama kita akan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Hidup ini memerlukan kehadiran orang lain kerana tidak semua keperluan dalam hidup dapat kita sediakan sendirian. Hidup yang bermanfaat adalah mementingkan budaya berjemaah.
Berjemaah dalam melaksanakan ibadat akan menelorkan suasana perasaan kasih sayang yang dengan sendirinya akan mengukuhkan semangat kekitaan. Manusia yang menghayati paradigma give and take atau kesalingbergantungan, tidak  bersifat tamak kepada harta dan ilmu. Mereka sedar bahawa ilmu untuk  dimanfaatkan bersama dan bukannya untuk kepentingan diri semata-mata.
Sikap mementingkan diri sendiri sebenarnya akan menyempitkan rezeki Allah. Rezeki yang luas adalah hasil kerjasama dalam pembangunan ummah. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Almaidah ayat 5:2 yang bermaksdu:
“......Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara kebajikan dan kebaktian , tetapi
janganlan bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan melanggar peraturan. Takutlah  kamu kepada Allah. Seungguhnya Allah itu  bersangatan keras seksanya.”
Allah menyeru sekalian umat Islam itu  hendaklah antara satu sama lain bertolong-tolongan dalam perkara kebajikan, iaitu segala kerja yang baik dan membawa faedah kepada masyarakat, dan bertolong-tolongan dalam kebaktian iaitu  beramal yang baik yang mengundang jasa sesuai dengan yang diperintahkan oleh Allah dan jauh dari apa yang ditegah-Nya.
Dan Allah melarang bertolong-tolongan dalam perkara maksiat yang mendatangkan dosa, demikian pula dalam perkara permusuhan dan melanggar hukum. Jika seruan ini dipegang, dan dilaksanakan sepenuhnya dalam hubungan masyarakat, maka akan terciptalah kesucian, kebahagian dan perdamaian dalam  pehubungan umat manusia.
Ayat ini merupakan amaran, iaitu  kamu hendaklah berhati-hati, jangan melanggar peraturan Allah yang telah ditetapkan-Nya kerana orang yang melanggarnya bererti akan diseksa, sedang seksa Allah itu sangatlah kerasnya.
Dalam sejarah kewujudan manusia, setiap individu mukmin Allah telah  jadikannya sebagai khalifah di muka bumi ini. Ia bermaksud manusia mempunyai agenda yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. untuk memurnikan tamadun kehidupan yang difahami sebagai ibadat. Amanah Allah  wajar diselenggarakan tanpa berkecuali kerana kegagalan  berbuat demikian akan dipertanggungjawabkan kepadanya apabila masa penghisaban di padang Mahysar nanti.
Allah berfirman dalam Al-Qur’an  surah Al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud:
“Dan ingatlah hai Muhammad) ketika Tuhanmu(Allah) berfirman kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku menjadikan seorang khalifah di atas bumi (Adam).” Maka jawab mereka itu: “Adakah patut Engkau menjadikan seorang khalifah di atas bumi yang akan membuat bencana menumpahan darah (berbunuh-bunuh), sedang kami tasbih  memuji Engkau dan mensucikan Engkau.” berfirman Allah::“Sesungguhnya Aku  mengetahui apa-apa yang  tiada kamu mengetahui.”
FirmanNya lagi dalam surah Al-An’am ayat 6:165 yang bermaksud:
“Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa (khalifah) di bumi.”
Ditangan manusia terletak kekuasaan untuk mengatur dan mengendalikan segala isi alam ini. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:29 yang bermaksud:
“Dialah Tuhan yang menjadikan segala apa yang di bumi ini untuk kepentingan manusia.”
Oleh itu, maju dan mundur, baik dan buruknya keadaan alam ini adalah bergantung
kepada manusia. Manusialah yang  layak memegang amanah ini yang tidak dapat ditanggung oleh makhluk-makhluk lain. Perkara ini ditegaskan oleh Allah SWT sendiri dalam firman-Nya  dalam surah Al-Ahzab ayat 33:72 yang bermaksud:
               “Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah ini kepada langit, bumi dan gunung, maka semuanya tidak sanggup memikulnya, mereka takut akan mengkhianatinya dan manusialah yang layak memikul amanah ini, tetapi manusia ini amat zalim dan bodoh.”
               Tanggungjawab melaksanakan amanah haruslah dengan baik dan jujur. Perkara utama tentang kelayakan jawatan khalifah ialah bahawa manusia  itu hendaklah mengenali Tuhannya dengan sebenar-benarnya dan beribadah kepadanya dengan sebanar-benar ibadat. Firman Allah surah At-Thalaq 65:12 yang bermaksud:
               “Allah  menjadikan tujuh petala langit dan begitu juga bilangannya dari bumi, yang mana segala perintah diturunkan di antara kedua-duanya supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu dan Allah ilmu-Nya telah meliputi tiap-tiap sesuatu.”
               Mengenali Allah SWT itu ialah tujuan bagi segala kejadian langit dan bumi. Bilamana
manusia melalaikan tugas itu, nescaya Allah SWT akan menurunkan kepadanya azab yang
pedih. Sebaliknya apabila mereka dapat menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya itu dengan sempurna, nescaya dia diberikan Allah SWT penganugeraan yang utama dan mulia.
               Setiap detik masa adalah amat penting diisi dengan agenda kehidupan. Jangan biarkan masa berlalu begitu  sahaja tanpa membuat sebarang perubahan dalam menangani kehidupan. Muhasabah diri sama ada masa itu telah digunakan sebaik mungkin adalah wajar dengan cara merujuk kepada pandangan yang telah dilaksnakan oleh orang lain. Disitulah pentingnya mengeratkan hubungan sesama insan atau faktor ukhuwah kemanusiaan wajar menjadi barometer dalam memimpin diri untuk mengikuti pembangunn semasa.

               Dengan demikian, maka terlaksanalah budaya hidup: “Two heads are better than one” atau  berjemaah dalam semua ibadat lebih manfatnya daripada seorang diri. Keutamaan dalam konotasi ini ialah memelihara suasana ukhuwah kemanusiaan lebih diutamakan berbanding dengan hidup bersendirian.