Friday, June 24, 2016

KONSEP TAWADUK MULIAKAN IBADAH KEPADA ALLAH S.W.T.

 (Disiarkan pada 25. Jun 2016)
Tawaduk, mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, membawa makna merendah kan diri, tidak angkuh dan sombong. Tidak haloba kepada kekayaan dan kebesaran hidup di dunia ini. Dengan khusyuk dan tawaduk bermakna  dengan sungguh-sungguh (sebulat) hati. Patuh, setia, taat (dalam mengerjakan sesuatu). Syahadan, ialah yang sangat tawaduknya akan Allah Subhanahu wataatala.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Yusuf ayat 12:76 yang bermaksud:
“Kami tinggikan darjat-darjat orang yang Kami kehendaki. Dan di atas tiap-tiap orang yang berilmu (pandai) ada lagi yang lebih pandai.”
Kata Ibnu Abbas (r.a.): Di atas orang alim ada lagi yang lebih alim, demikianlah seterus hingga terhenti ilmu itu kepada Allah Taala, maka Allah Taala di atas segala yang alim. Ayat ini mengingatkan kepada orang-orang yang berilmu, supaya jangan membangga-banggakan dirinya dengan menunjuk pandai, sebab masih ada lagi orang lain yang lebih pandai, tetapi hendaklah semakin merendah diri kepada Tuhan yang mengurniakan ilmu kepadanya.
Sebagai contoh, semasa Nabi Musa berceramah (berdakwa) kepada umatnya, dia didatangi oleh satu persoalan dari umatnya yang ingin tahu siapakah orang yang lebih pintar di dunia? Nabi Musa berfikir dalam hatinya bahawa tidakkah umatnya mengetahui kepintaran nabinya (Musa a.s.) sehingga dapat menumbangkan kerajaan Firaun yang zalim itu? Nabi Musa merasa bangga terhadap kepintarannya, ia tidak merasa tawaduk maka Allah menyangga akhlak demikian.
Oleh kerana Nabi Musa merasakan ketinggian ilmunya antara orang yang alim maka Allah perintahkan Nabi Musa hendak berguru dengan Nabi Khidir. Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir dan memperlawakan dirinya untuk menuntut ilmu darinya. Nabi Khidir mengizinkannya dengan syarat bersabar apabila melihat perlakuannya terhadap sesuatu yang di luar pengetahuan Nabi Musa tentang satu-satu hikmahnya.
Nabi Khidir telah melakukan tiga perkara yang ganjil yang Nabi Musa tidak mengetahui hikmahnya. Nabi Musa tidak Sabar menyaksikannya lalu menegur Nabi Khidir. Nabi Musa kufur terhadap perjanjian yang dipersetujuinya terlebih dahulu, kepada ketiga-tiga perlakuan Nabi Khidjir itu. Lalu Nabi Musa terpaksa berpisa dengan Nabi Khidir kerana telah gagal memenuhi syarat yang diberi oleh Nabi Khidir.
Nabi Khidir, pada Allah, Ia dilengkapi dengan ilmu yang mendatang atau ilmu yang belum berlaku akan terjadi pada satu masa nanti. Nabi Khidir mengetahui hikmah sesuatu kejadian yang akan berlaku di masa hadapan.   
Nabi Musa a.s. gagal mempersembahkan akhlaknya yang bersifat tawaduk dan memihak kepada sifatnya yang bangga terhadap ilmunya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya sehingga beliau dapat menjatuhkan kerajaan Firaun. Manusia seharusnya bersifat tawaduk apabila dihinggapi oleh ilmu yang bermanfaat kepada pembangunan kehidupan. Jangan merasa bangga terhadap ilmu yang kita perolehi. Ilmu itu sepatutnya membuat kita lebih rendah diri atau tawaduk kerana sifat inilah yang diredai Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya.
Umat Islam adalah digalakkan oleh Allah untuk menunaikan ibadah sedekah di bulan Ramadan. Sedekah tidak aka mengurangi apapun pada harta benda. Allah tidak akan menambah apapun kepada seorang hamba sebab memaafkan kecuali keagungan. Seseorang yang tawaduk atau merendahkan diri kerana Allah tidak akan mendapatkan kecuali keagungan dan Allah Azza wa Jalla akan megangkatnnya.
Di dalam sebuah riwayat untuk Ath-Thabrani dikatakan, “Tidaklah sebuah sedekah akan mengurangi harta, tidaklah seorang hamba mengulurkan tangan untuk sedekah kecuali dijatuhkan pada tangan Allah.” Yakni Allah menerimanya dan reda dengannya sebelum jatuh
ke tangan orang yang meminta.
Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 2:276 yang bermaksud:
“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah.”
Adapun orang yang mengamalkan sedekah, walaupun dirinya sendiri kekurangan, Allah akan mengembangkan sedekahnya yakni memberkati harta sehingga tidak menderita kekurangan di dunia ini dan berlipatganda pula pahalanya di akhiratnya.
Sifat sombong dan bongkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan. Lihat iblis yang turun dari singga-sananya, dilucutkan kedukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari kiamat, kerana kesombongannya dan kebanggaan nya dengan asal usulnya daripada api sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t..
Nabi Hud menghadapi kaumnya ‘Aad’ yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenal Tuhannya yang mengurniai semuanya itu. Kaumnya sudah berada dalam kehidupan yang sesat, sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi-Nya.
Nabi Hud menghadapai masalah kaumnya, dengan sifat yang tawaduk, penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sekali-kali membalas ejek-ejekan dan kata-kata yang  kasar mereka dengan  serupa, tetapi  menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sama sekali kehilangan akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan gentar ketika kaumnya (kaum Aad) mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan senget. Ia dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengatakan: “Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat menggangu fikiranku sedikitpun, tetapi aku ini adalah  rasul (pesuruh) Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang penasihat yang jujur bagimu, menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat.”
Pembalasan Tuhan terhadap kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua tahap. Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan. Tentangan mereka terhadap janji Allah yang diwahyukan kepada Nabi Hud, segera mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan di langit yang mega hitam dan tebal. Kaum Aad meyambutnya dengan sorak-sorai gembira, kerana mereka mengira bahawa hujan akan segera turun membasahi
ladang-ladang dan kebun mereka.
Maga hitam itu bukanlah mega dan awan rahmat bagi mereka tetapi mega yang akan membawa kehancuan sebagai pembalasan Allah yang telah dijanjikan Nabi Hud itu. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang bongkak itu dan menamatkan riwata nya dalam keadaan yang menyedihkan itu.
Orang yang berhati tawaduk mempunyai sifat yang merendahkan diri terutama sekali apabila ia melaksanakan ibadah solat kepada Allah s.w.t.. Dalam mengerjakan ibadat sembahyang seseorang itu menun jukkan kerendah hatinya dengan sujud. Sujud merupakan suatu amalan yang membantu melapangkan jiwa supaya bersih dan ini adalah salah satu jalan ke syurga.
Riwayat Imam Muslim dalam sahihnya daripada Abi Firas bin Ka’ab al-Aslami (khadam Rasulullah) dan daripada Ahli Saffah, semoga diredai Allah s.w.t., katanya, “Aku telah bermalam dengan Rasulullah s.a.w. Aku datang kepada Baginda dan baginda pun bersabda. ‘Mintalah daripada aku.’ Aku pun berkata. ‘Aku minta daripada engkau untuk
mengiringmu di dalam syurga nanti.’ Rasulullah menjawab ‘Ada permintaan lain...?’ Aku pun
berkata lagi, ‘Itu sahaja.’ Rasulullah pun  terus bersabda. ‘Kamu mestilah banyak bersujud.’”
Sujud merupakan sesuatu amalan yang membantu melapangkan jiwa supaya bersih dan ini adalah satu jalan ke syurga. Bagi maksud ini terdapat juga riwayat al-Imam Muslim Daripada Abi Abdul Rahman bahawa Thauban (maula Rasulullah) berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
               “Hendaklah kamu berbanyak sujud, kamu tidak bersujud kepada Allah kecuali Allah mengangkat darjat kamu dengan sujud tersebut dan Allah membuang kesalahan kamu dengannya.”
               Sujud yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam Hadith-hadith Baginda bukan lah semata-mata perbuatan yang kita sedia maklum tetapi sujud sebenarnya ialah perbuatan tersebut diiringi dengan satu pengertian yang mendalam dalam jiwa yang tertanam dalamnya kebesaran Allah dan keagungan-Nya, rahmat dan kasih sayang-Nya yang membawanya tunduk secara mutlak kepada Allah Yang Gagah Perkasa. Keagungan Allah dan tunduk patuh secara mutlak kepada rahmat Allah, tersimpul dalam risalah Islam iaitu seruhan-suruhan dan larangan-Nya.              
               Jestru itulah risalah Islam, perkara-perkara wajib sama ada berupa suruhan mahupun larangan adalah rahmat untuk sekalian alam. Firman Allah kepada rasul-Nya surah al-Anbiya ayat 21:107 yang bermaksud:
               “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.....”
               Apabila sujud itu merupakan ibarat daripada ketundukan dan kepatuhan, maka ia merupakan ibadat iaitu yang bermakna tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. Itulah jalan ke syurga dan lebih daripada syurga iaitu ‘hampir’ kepada Allah. Firman Allah surah al-‘Alaq ayat 96:19 yang bermaksud:
               “Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal salih)).
               Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda:
               “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhan-Nya ialah ketika ia sedang sujud.”
Tingginya darjat sujud dapat dilihat apabila sembahyang itu sendiri disebut sebagai ‘sujud’. Solat al duha juga dikenali sebagai sujud-ad-duh.
               Dengan itu Allah menyifatkan orang yang membuktikan ketundu kannya kepada Allah dan patuh kepada perintah-Nya dengan berfirman surah al-sajdah ayat 32:15 yang bermaksud: “Sesungguhnya yang benar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan mengerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.”     
               Apabila orang-orang yang beriman itu diberi ajaran dan nasihat, mereka segera merendahkan diri, meniarap kepada Allah dengan sujud kerana takutkan seksa Allah, dan menghinakan diri kerana menyembah Allah, mengikararkan diri mereka sebagai hamba. Dan sujudnya mereka itu adalah yang bersifat tawaduk, bererti sebagai hamba yang benar-benar mengabdikan kepada Allah dengan mensucikan-Nya dari disekutukan oleh orang-orang yang kufur. 
               Orang-orang yang beriman itu melakukan sedemikian dengan tidak  ada sedikit pun merasa sombong untuk bermegah-megah dan membesarkan diri di dalam  mentaati Allah. Lain halnya orang-orang fasik dan jahat lagi berdosa apabila mendengar ayat-ayat dan keterangan-keterangan Allah mereka berpaling ke belakang, menyombongkan diri, seolah-olahnya mereka tidak  mendengar sama sekali keterangan-keteangan Allah tersebut.     
               Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka untuk para pejuang-Nya. Allah sangat mudah dihampiri apabila sahaja manusia sujud kepada-Nya. Allah akan mengangkat darjat, sentiasa hampir dan menaungi hidup mereka yang sujud kepada-Nya. Adapun prinsip utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap Muslim ialah ‘iman itu bukanlah pengetahuan semata-mata (ma’rifat) kerana iblis tidak  kurang pengetahuannya tentang Allah.
Nabi Nuh dan Ibrahim yang akan diutuskan oleh Allah, dan juga tentang Muhammad Rasulullah, bahkan iblis memang mengetahui bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Muhammad adalah rasul-Nya. Isa, Musa dan para nabi semuanya utusan  Allah. Iblis juga tidak kurang pengetahuannya mengenai hakikat-hakikat ini, bahkan ilmunya itu mungkin lebih mantap dan kemas daripada ilmu di kalangan orang yang berilmu.         
Namun begitu ia disingkir daripada rahmat Allah kerana iman itu bukanlah ma’rifat atau pengetahuan semata-mata. Iman ialah khusyuk dan menyahut yakni sujud, tidak akan datang iman tanpa sujud. Al-Qur’an mempersaksikan demikian melalui firman Allah surah  al-nisa’ ayat 4:65 yang bermaksud;
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mareka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselesihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan daripada apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.”                
Said bin Jabir r.a.. berkata bahawa tidak ada sesuatu yang menenangkan hati di dalam dunia ini melainkan dengan

besujud. Adapun Ali bin Abdulah bin Abbas telah  digelar sebagai Ahli Sujud kerana sujudnya yang begitu banyak. Dia banyak melakukan sujud untuk menentang iblis.                          

Friday, June 17, 2016

ISLAM KEREDAAN ALLAH S.W.T. SEBAGAI AGAMA MANUSIA

 (Disiarkan pada 18. 6. 2016)
               “Islam” ialah nama yang dikenali bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Nama ini bukanlah hasil dari Ijtihad Baginda tetapi  dari Allah s.w.t. sepertimana yang difirmankan-Nya dalam al-Qur’an surah al-Maa-idah, ayat 5:3;
Waradhiitu lakumu –I islaama diina. “Dan telah-Ku redhai Islam itu menjadi agama bagimu.”
               “Islam” dari segi makna  bahasanya, para ahli-ahli bahasa, ahli tafsir dan para Orintalis banyak meninbulkan perbincangan. Meneliti perkataan ‘salama’ dari segi bahasa kita dapati ia membawa pengertian-pengertian berikut:
1.Terlepas dan bebas dari keburukan-keburukan  atau kekurangan-kekurangan yang lahir
atau yang batin. 2. Aman dan damai 3. Taat dan patuh.
Pengertian dari segi syrak, Islam ialah mentauhidkan Allah, tunduk , patuh dan ikhlas kepada-Nya serta beriman dengan dasar-dasar yang diturunkan dari Allah.
               Al-Qur’an menganggap ‘Islam’ sebagai bertentengan dengan ‘Syirik’. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-An’am ayat 6:14 yang bermaksud:
               “Katakanlah: “Adakah patut selain Allah akan saya jadikan Pelindung? Sedang Allah itu pencipta langit dan bumi, Dia yang memberi makan dan bukan yang diberi makan.” Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkannya supaya menjadi orang yang pertama menyerahkan dirinya (kepada Allah),dan janganlah kamu menjadi orang-orang musrikin (menyekutukan Allah).”
               Mukatil mengatakan: “Tatkala Rasulullah saw diseru oleh orang-orang Musyrikin supaya mengikuti agama nenek moyang mereka, maka Allah turunkan ayat ini, yang maksudnya: “Katakanlah ya Muhammad kepada mereka: Adakah patut selain Allah akan saya jadikan Tuhan yang disembah dan akan saya jadikan pelindung tempat meminta pertolo ngan?” Perbuatan ini tentulah tidak layak. Tak mungkin selain Allah hendak dijadikan pelindung.
               Terjadinya langit dan bumi ini, yang tercipta tanpa memakai model yang ditiru terlebih dahulu, adalah bukti tentang sang penciptanya, iaitu Allah. Mengapa hendak dicari juga pelindung selain Allah?            
               Allah itu Maha Kaya. Dialah yang memberi rezeki makan minum kepada hamba-hamba-Nya, dan memberikan segala mereka hajati, sedang Allah tiada berhajat kepada sesuatu pun. Maka Tuhan yang demikian sifatnya sahajalah yang layak dijadikan pelindung tempat meminta perlindungan.
               Setelah alasan-alasan tadi diberikan yang menetapkan wajibnya Allah itu dipertuhan – bukan yang lain – katakanlah pula Ya Muhammad kepada orang-orang musyrikin itu: “Sesungguhnya aku diperintahkan oleh Allah supaya menjadi orang yang pertama sekali dari gulungan umat Islam kerana bersedia menyerahkan diriku kepada Allah untuk mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Dan janganlah kamu menjadi orang-orang menyekutukan Allah disebabkan memilih pelindung kepada yang lain.
               Demikian juga  al-Quran menganggap ‘Islam’ bertentangan dengan ‘kufur’. Firman Allah s.w.t. surah Ali Imran ayat 3:80 yang bermaksud:
               “Dan (tidak wajar pula baginya) menyuruhmu menjadikan Malaikat dan para Nabi sebagai Tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu berbuat kekafiran pada waktu kamu sudah (menganut agama) Islam.”
               Perbuatan mereka yang sedemikian adalah serupa dengan perbuatan orang-orang kafir Quraisy dan As-Sobiin, mendakwakan  bahawa malakat-malaikat itu adalah anak perempuan Allah, juga seperti kaum Yahudi yang mendakwakan bahawa Uzair itu anak Allah dan kaum Nasrani yang mendakwakan Isa Al-Masih anak Allah. Allah mengecam mereka dengan menyatakan bahawa perbuatan mereka itu sangatlah tidak patut kerana mereka menyeru
supaya orang-orang berada di dalam kekufuran setelah mereka berada di dalam keislaman.
               Al-Quran juga mengatakan ‘Islam’ sebagai bermakna “Ikhlas” kepada Allah. Firman Allah surah An-Nisa’ ayat 4:125 yang bermaksud:
               “Siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan mukanya (dirinya) kepada Allah–sedang dianya berbuat kebajikan, dan mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus. Allah telah menjadikan Nabi Ibrahim itu teman.”
               Setelah Allah menyatakan bahawasanya syurga itu bagi orang yang  beriman (mukmin), maka diterangkannya pula tentang orang yang beragama Islam dan kelebihannya, iaitu Allah menyatakan tidak ada orang yang  lebih baik agamanya selain daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah, jelasnya orang yang beragam Islam. Kerana erti ‘Islam’ ialah menyerahkan diri dengan tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan mengikuti hukum-hukumnya yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..
               Orang yang telah menyerahkan dirinya itu bukanlah sekadar mengikrarkan dengan lidahnya sahaja bahkan diiringi dengan amalan yang dikerjakannya. Dan amalan yang dikerjakan itu meliputi perkara-pekara yang baik, perkara-perkara yang merupakan kewajipan, perkara-perkara yang membawa kepada ketaatan, dan menjauhkan perkara-perkara kejahatan.
               Pengakuan Allah terhadap syariat Nabi Ibrahim itu telah dikuatkan-Nya dengan mengatakan: “Allah telah menjadikan Nabi Ibrahim itu teman.” Dia telah dijadikan oerang pilihan menegakkan agama Allah ditengah-tengah umat yang sedang tersesat keana menyembah atung-patung dan berhala. Oleh keana Nabi Ibrahim mendapat gelaran “teman Allah” maka sudah selayaklah syariatnya patutu diikuti sampai sekarang ini.
               Al-Quran seterusnya menyatakan ‘Islam’ sebagai bermakna “tunduk dan patuh kepada Allh.” Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 3:83 yang bermaksud:
               “Mengapakah mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Pada hal telah berserah (tunduk) kepada-Nya semua orang yang dilangit dan di bumi,denan sukarela atau terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali.”
               Orang-orang yang dilangit dan yang di bumi yang telah disebutkan – baik yang beriman secara rela mahupun yang beriman secara terpaksa – semuanya telah tunduk kepada Allah dengan menganut agama Islam, tetapi orang-orang yang ahli kitab itu pula masih berdali untuk mencari agama yang lain. Mereka kesudahannya akan kembali juga kepada Allah untuk menerima balasan. Sindirin ayat ini jelas menunjukkan betapa besarnya dan ancaman Allah terhadap orang yang menyalahi-Nya di dunia ini.
               Islam menyeru mentauhidkan Allah. Islam menolak adat orang-orang Arab yang menyembah selain daripada Allah. Ia mengakui tauhid yang mutlak, zat dan sifat Allah serta mengarah semata-mata kepada-Nya di dalam beribadat. Allah  berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 2:167 yang bermaksud:
               “Tuhanmu Tuhan yang Esa. Tiadalah Tuhan melainkan Dia, yang pengasih dan penyayang.”
               Sebabnya ayat ini diturunkan, kerana orang-orang kafir Quraisy bertanya kepada Nabi saw. tentang sift-sifat Allah. Mereka hendak tahu adakah Allah itu seperti berhala-berhala mereka yang berbilang-bilang banyaknya itu? Maka untuk menolak sangka-sangka mereka yang sesat itu–sambil menjelaskan tentang Tuhan yang sebenarnya–diturunkan lah ayat ini dan juga beberapa ayat yang lain yang bermaksud dengannya. Di antaranya ayat-ayat yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas:
               “Katakanlah oleh mu Ya Muhammad; Allah itu Esa. Allah itu tempat meminta. Tiada Dia beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tak ada seorang pun yang menyerupai-Nya.”
               Tuhan yang Esa di sini ialah tidak berbilang-bilang, tidak dapat dipadankan dengan lain zat ketuhanan, tidak dapat diserupakan sifat-Nya dengan sifat-sifat makhluk. Jadi Allah itu ialah Tuhan yang Esa pada sifat-Nya, Esa pada perbuatan-Nya dan Esa pada sifat-Nya.
Dialah Tuhan yang bersifat “Ar-Rahim” – Pengash kepada hamba-hamba-Nya dengan mengurniakan nikmat-nikmat yang tiada terhingga – bersifat “Ar-Rahim” – Penyayang dengan mengatur segala nikmat-Nya sehingga ke semua makhluk-Nya.
               Tauhid ialah kaedah pertama dalam Islam di mana hati orang-orang Islam wajib beriman dan lidahnya mesti mengatakan: “Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Pemurah dan lagi Maha Maha Penyayang.”
               Jadi syahadat orang-orang Islam “Lailahaillah” ialah pengiktirafan dengan lidah serta hati mempercayai dengan pengetahuan dan keyakinan bahawa tiada ada yang disembah melaikan Allah. Syahadat seperti ini ialah syahadat dengan kewujudan Allah dan dengan keEsaan-Nya.
               Tauhid dalam Islam tidak mempunyai keraguan. Tauhid itu keluar dari hati dan diikuti dengan semua sifat mulia. Kalimah tauhid menenemkan kepercayaan kepada orang yang mengatakannya bahawa tidak ada yang disembah, tidak ada yang menghidup, tidak ada yang mematikan, tidak ada yang memberi rezeki dan tidak ada memberi manfaat kecuali Allah s.w.t.
               Islam memberi galakan khas untk mendapatkan ilmu, sebab seseorang manusia tdak akan bernilai dan tidak akan menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah dalam menggalakan demikian, dalam surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud:
               “Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Hanyasanya yang mengambil pengajaran itu ialah orang-orang yang berakal.”
               Ayat ini sebagai melengkapkan kenyataan Allah yang dimulai dengan amal dan di akhiri dengan ilmu. Adalah amal itu merupakan perjuangan dan ilmu itu merupakan penyingkapan. Kalau manusia beramal dengan berilmu menunjukkan kesempurnaan dan kelebihan dirinya.
               Orang yang mahu mengambil teladan mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripadanya itulah dikatakan berakal – bukanlah orang yang jahil dan cuai – kerana orang yang berkal  dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Sedang orang yang tidak  berakal tdak pula dapat membezakan.
               Al-Quran dalam ayat yang lain menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 58:11 yang bermaksud:
               “Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
Kedudukan orang yang beriman dan orang yang berilmu; banyk ayat –ayat Al-Quran yang membahas dan menjelaskan tentang kedudukan orang yang beriman dan berkedudukan orang yang berilmu di dalam Islam. Peranan ilmu dalam Islam sangat penting sekali. Kerana tanpa ilmu, maka seseorang yang mengaku mukmin, tidak akan sempurna bahkan tidak benar dalam keimanannya.
Seorang muslim wajib mempunyai ilmu untuk mengenal berbagai pengetahuan tentang Islam baik itu manyangkut aqidah, adab, ibadah, akhlak, muamala, dan sebagainya. Dengan memiliki pengetahuan dan pemahaman ilmu yang benar, maka diharap kan pengamalannya akan sesuai dengan tuntunan Rasulullah s.a.w..
Demikian juga Allah mengakui penyaksian ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud:
“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian itu.   
                Allah menerangkan keEsaan-Nya, Malaikat serta orang-orang yang berilmu pengetahuan naik saksi – berikrar dengan lisan dan membenarkan di dalam hati bahawa Allah itu berdiri dengan adil.
                    Maksud berdiri dengan adil adil disini iaitu; berkuasa mentadbirkan semua makhluk-
Nya dengan adil, yakni melalui jalan tengah di dalam iktikad itu ialah, mentauhidkan Allah atau mengesakan-Nya. Maka tauhid atau pengesaan adalah terletak di tengah-tengah pengingkaran dan penyekutuan. Mengingkari adalah Allah tidak adil, menyekutukan-Nya juga tidak adil. Yang adil ialah memilih jalan tengah iaitu; mengesakan-Nya – tidak mengingkarinya dan tidak pula menyekutukannya.
                    Dari segi lain kita lihat Al-Quran tidak menyukai orang-orang  yang tidak berilmu. Firman Allah surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bemaksud:
                    Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami.”
                    Begitlah Allah menutup pintu hati mereka rapat-rapat dan dipatrinya,sehingga tidak dapat lagi menerima pengetahuan, pengajaran, nasihat, contoh teladan dan keterangan-keterangan yang jelas mengenai bukti-bukti Allah. Malahan mereka tidak dapat memahami sebarang ayat dan keterangan yang dibacakan dari Kitab Allah, disebabkan buruknya persediaan mereka, buruknya tutur kata dan perangai mereka yang berterusan melakukan kezaliman.
                    Allah jua menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu. Firman-Nya dalam surah Yusuf ayat 12:76 yang bemaksud:

                    “Kami tinggikan darjat-darjat orang yang Kami kehendaki. Dan di atas tiap-tiap orang yang berilmu (pandai) ada lagi yang lebih pandai.” 

Friday, June 10, 2016

ISLAM MEMBETULKAN CARA HIDUP DIEDHAI ALLAH S.W.T.

 (Disiarkan pada 11. 6. 2016))
Setiap ciptaam Allah swt mempunyai fitrahnya sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah maka segala makanan yang diperlukan oleh fisikal itu berasal dari zat-zat tanah. Begitu juga jiwa  yang datangnya dari Allah selalu merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi keperluannya. Agama Islam merupakan makanan jiwa yang paling sesuai. Islam itu  sesuai dengan fitrah manusia. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Yunus ayat 10:57 yang bermksud:
               “Hai sekalian manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pegajaran dari Tuhanmu, ubat bagi hatimu, pimpinan dan rahmat bagi orang yang beriman.
               Allah menyatakan kepada golongan kaum Quraisy Makkah yang pada masa itu mendapat perhatian Allah secara khusus dan kepada sekalian umat manusia secara  umum: bahawasanya kamu telah didatangi sebuah kitab al-Qur’an yang lengkap dengan pelbagai perkara yang kamu hajati, kerana ia mempunyai empat macam pengaruh untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, iaitu:
               1.  Merupakan pelajaran yang baik. Semua pengajaran mengandungi pengaruh yang menggemarkan orang untuk berbuat kebajikan serta kebaikan, dan mengandungi pengaruh yang menakutkan orang untuk berbuat dosa atau maksiat. Pengajaran yang dapat melunakkan hati untuk membuat atau meninggalkanya, kalau baik segera dibuatnya dan kalau jahat segera pula ditinggalkannya. Demikianlah pengajaran yang ada di dalam al-Qur’an.   
               2.   Sebagai ubat atau penyembuh bagi penyakit hati. Al-Qur’an boleh menjadi penawar dan penyembuh hati manusia yang dihinggapi pelbagai penyakit seperti, syirik terhadap Allah dan kufur terhadap nikmatNya, sikapnya yang nifak dan riyak, sombong dan takabur, iktikadnya yang sesat dan salah, kerosakan akhlak dan budi pekertinya, kejahilan yang mencelakkan, pencerobohan dan kezaliman, hasad dan dengki – semua merupakan penyakit hati atau penyakit jiwa.
               Hanya al-Qur’an yang menjadi ubat untuk menghilangkan segala penyakit tersebut. Kerana di dalamnya ada ayat-ayat yang mengandungi rahsia yang berhikmat, ada ajaran, sengahan, penggerun, penggemar, memberi takut, ancaman dan ada memberi peringatan – semua perkara ini adalah ubat atau penyembuh bagi penyakit dalam hati.
               3.  Merupakan pimpinan ke jalan yang hak, memudahkan seseorang menjadi yakin dan menjauhkan daripada  kesesatan di dalam iktikad dan amalan.
               4.  Menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman; kerana orang yang beriman sahaja yang akan mendapat faedah daripada pengajaran al-Quran itu, sedang yang lain tidak.
               Firman Allah s.w.t.  dalam al-Qur’an surah al-Rum ayat 30:30 yang bermaksid:
               “Luruskanlah muka engkau menghadap agama (Islam) serta condong kepadanya, itulah agama Allah yang mencip takan manusia sesuai dengan kejadian (agama tersebut). Tidak boleh ditukar-ganti ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
               Jiwa manusia perlu diisi dengan nilai kebenaran atau agama, supaya ia tetap sihat dan memperoleh limpahan kurnia dari Allah s.w.t.. Jika ianya tidak diberi makanan atan bimbingan rohani maka akan timbullah berbagai masalah dan gangguan kejiwaan.
               Islam membimbing  umat  manusia ke arah kebenaran, dan menjanjikan kebahagiaan jika manusia meninggalkan semua kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. Sifat-sifat yang tercela yang dilakukan oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resah dan rohaninya menjadi lapar. Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.
               Al-Ghazali menerangkan bahawa maksiat itu ada dua macam, iaitu maksiat zahir dan maksiat batin. Begitu juga ketaatan itu dapat dibahagi kepada dua macam iaitu taat zahir dan taat batin.
               Maksud dan tujuan agama itu ada dua macam. Pertama meninggalkan yang dilarang dan kedua, menyuruh melakukan yang dianjurkan. Pekerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar bagi manusia daripada mengerjakan sesuatu ketaatan. Nabi s.a.w. pernah bersabda:
“Bahawa orang yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang dapat berpindah dari kejahatan dan orang yang dapat disebut mujahidin ialah orang yang dapat berperang atau menentang hawa nafsu.”
               Setiap perbuatan manusia akan ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat, dan setiap anggota badan menjadi saksi atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Yaa-Siin ayat 36:65 yang bermaksud:
               “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.”
               Allah menerangkan, bahawasanya pada hari akhirat orang-orang kafir akan ditutup mulut mereka sehingga tidak  dapat bercakap. Sebabnya ialah, tatkala mereka diperintahkan masuk ke dalam neraka akibat kekufuran mereka, telah tidak mengaku salah bahkan menyangkal “Demi Allah!  Tuhan kami, tidak pernah kami menjadi orang-orang yang menyeku tukan.” Mereka juga menyakal tidak ada melakukan dosa maksiat dan kejahatan semasa di dunia. Itulah sebabnya mulut mereka dikunci ta’ dapat menuturkan lagi walau sepata kata. Sebaliknya Allah jadikan anggota-anggota badan mereka pula pandai bercakap, supaya mengakui dosa, maksiat dan kejahatan yang telah mereka kerjakan.
               Allah membahaskan dalam ayat ini, bahawa tangan mereka pandai bercakap dan kaki mereka pula boleh menjadi saksi. Kerana tangan manusia itu selalu dipakai untuk bekerja dan kaki pula dipakai berjalan untuk hadir menyaksikan sesuatu kejadian. Maka logiknya orang yang menghadir sesuatu kejadian itu kata-katanya adalah merupakan saksi dari apa yang dilihatnya, dan kata-kata dari anggota si pelaku itu sendiri adalah merupakan pengakuan yang berterus-terang atau perbuatannya.
               Jika jiwa lapar daripada bimbingan agama maka akan menjadi orang yang tidak penyayang. Akhirnya akan timbul dari jiwa yang tidak penyayang itu tadi berbagai kemaksiatan lahiriah seperti, mencuri, merompak, menyeksa, menganiaya, membunuh, penyeksaan terhadap seks dan sebagainya. Kecelaruan tingkah laku masyarakat terutama para remaja itu, timbul disebabkan oleh jiwa mereka tidak diisi dengan ilmu agama secara lebih mendalam.
               Di samping itu kurang kefahaman ilmu agama juga akan menyebabkan berbagai kemaksiatan yang disebabkan oleh jiwa manusia. Maksiat yang bersumber dari jiwa ini lebih merbahaya, ia lebih sukar untuk menghilangkannya. Selama maksiat yang disebabkan oleh jiwa ini belum dihilangkan, maka maksiat yang bersifat lahiriah sukar dihindari.
               Islam membimbing umat ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Wawasan kehidupan umat Islam bukan wawasan keduniaan semata, sebaliknya matlamat akhir dari kehidupan ini adalah akhirat. Kehidupan dunia ini tidak lebih merupakan jambatan untuk kita menuju destinasi yang abadi. Dunia bukan tujuan, tetapi ianya hanya merupakan alat untuk mencapai kepada tujuan yang sesungguhnya.
               Untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Islam dan kepada perintah Allah s.w.t. memerlukan ilmu dan akal  fikiran yang sihat. Ilmu dan petunjuk-petunjuk dalam Islam itu merupa kan perintah Islam yang harus  ditaati atau dilaksanakan. Di dalam menjalankan ketaatan dan perintah kepada Allah itu juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu, kepatuhan lahiriah dan kepatuhan batiniah.
               Yang dimaksudkan dengan taat zahir ialah melakukan seluruh amal ibadah yang diwajibkan Allah swt seperti mengucap dua kalimah syadadat, solat, puasa, berzakat, naik haji dan banyak lagi amalan-amalan yang lain. Seperti mematuhi hukuman Allah yang mengatur  hubungan antara sesama manusia, seperti berjihad, memerdekakan tanahair, melenyapkan kezaliman dan sebagainya.
               Walaubagaimana pun menghendaki yang dilakukan oleh manusia itu lebih baik lagi. Manusia tidak hanya baik dan indah pada lahirnya sahaja, tidak hanya bersih dari kotoran yang lahirnya sahaja, tetapi bersih badan, pakaian dan tempat semata. Tetapi yang paling  penting usaha membersikan jiwa dan niat, yang merupakan penggerak atau nadi kehidupan jiwa dan raga manusia.
               Apabila anggota tubuh telah bersih dan teratur, maka manusia harus menghadapi dua perkara: Membersihkan diri dari sifat-sifat yang tercela dan membersihkan niat daripada menyembah selain Allah.
               Jika syarat ini telah selesai barulah kita menuju kepada pengisian jiwa yang bersih dan sihat dengan apa yang dinamakan taat batin (jiwa). Taat batin iaitu memakai  sifat-sifat yang terpuji dan dapat mendekatkan manusia dengan Allah swt., dan dapat manusia merasakan kebahagian dan erti kehidupan ini. Jalan kepada Allah itu terdiri dari dua usaha: Terus menerus berada dalam zikir terhadap Allah dan terus menerus  menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat merlupakan kepada Allah.
               Contoh yang paling sesuai yang harus kita ikuti yakni Rasulullah saw. Baginda merupakan makhluk yang paling dekat dengan Allah dan merupakan makhluk mulia disayangi Allah. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud:
               “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhan kamu itu ialah  Tuhan Yang Esa.”Barang siapa mengharap berjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia  mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang dalam beribadah kepada Tuhannya.”
               Mengikut buku “Al-Islam” yang ditulis oleh Hasbi Ash-Shiddiqi, Ibadah atau amal soleh itu terbahagi kepada dua iaitu amalan batin dan amalan zahir (lahir).
Amalan Batin
(a)     Kepercayaan mencakupi aspek, iman kepada Allah, iman kepada malaikat-malaikat, iman kepada kitab-kitab, iman kepada rasul-rasul, iman kepada hari akhirat dan iman kepada qada dan qadar.
(b)     Budi pekerti berkaitan dengan mencintai Allah, mencintai dan memberi kerana Allah, mencintai Rasul, ikhlas dan benar, taubat dan nadam (penyesalan), takut akan Allah, harapkan Allah, syukur menepati janji, sabar, redha akan qadha, tawakkal, menjauhkan ujub dan takbur, rahmat dan syafaat, tawadhu dan malu, menjauhkan dengki atau riya’ menjauhkaan mara dan suka memberi maaf serta menjauhkan penipuan.
Amalan  Zahir(lahir)
(a)     Amalan anggota lidah, mencakupi aspek mengucap dua kalimah syahadat, membaca Al-Qur’an, mempelajari dan mengajarkan ilmu, berzikir, bertilawah dan bertahmid, beristigfar dan berdoa dan menjauhkan perkataan yang sia-sia.
(b)     Tugas hidup untuk diri sendiri, berkaitan dengan bersuci, menutup aurat dan berpakaian, mendirikan solat, mengeluarkan sedekah, zakat dan infaq di jalan Allah. Memberi makanan fakir miskin dan mengurus anak yatim, memuliakan tamu, mengerjakan puasa, mengerjakan haji dan umrah, berhijrah dari negeri syirik, berhati-hati mengeluarkan sumpah, menyelesaikan urusan jenazah, membayar hutang dan kifarat, belaku benar dalam muamalah, menunaikan syahadat(saksi) dan memerdekakan hamba.
Segala liku-liku yang ditempuhi oleh manusia itu adalah sebagai wadah perjuangannya untuk berbakti kepada Allah s.w.t. Bagi menilai sejauh mana kesanggupannya untuk menempuh hidup yang penuh bergolora ini, berani mati demi mempertahankan keyakinan akidah, sanggup berkorban apa sahaja asalkan dirinya dan peribadinya tetap sebagai muslim. Ini kerana orang-orang Islam tidak pernah gentar menghadapi perjuangan hidup ini. Mereka tidak mengenal putus asa, penat jerih dan sebagainya malahan mereka tetap di dalam tahap perjuangannya untuk berbakti kepada Allah s.w.t. Sikap keunggulan orang-orang mukmin ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. seperti firman-Nya dalam al-Qur’an surah Fusilat ayat 30 yang bermaksud:
                    “Sesunggunya orang-orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka tetap dalam istiqamah (berpendirian) nescaya turun kepada mereka Malaikat (yang berkata):”Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita, bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan.”
                    Suatu sikap yang tidak luntur di kalangan orang-orang yang beriman ialah istiqamah atau teguh pendiriannya, tetap dengan perjuangan dan matlamat hidupnya, tidak mudah dan hidupnya tidak terumbang-ambing oleh arus hidup yang penuh tipu hela itu.
                    Segala ujian hidup baik berupa perhiasan dunia, kenikmatan hidup, godaan syaitan, tuntutan hawa nafsu, baik dan buruk, lapar dan dahaga, harta dan anak atau pangkat dan pingat, dihadapinya dengan tabah dan waspada agar dia tidak tersasul dipersimpangan jalan. Semua itu sebagai ujian Tuhan kepadanya untuk menyelami dan menyelidik tahap-tahap keimanannya kepada Alah s.w.t.
                    Begitulah perjuangan hidup yang mesti dilalui oleh setiap orang manusia. Perjuangan itu tetap berjalan setiap saat dan setiap detik meskipun manusia tidak mengetahuinya. Proses perjuangan ini bermula dari lahirnya manusia ke dunia ini dan berakhir dengan mati. Dengat kematian itu bukan bererti hidup manusia berakhir tetapi hidup dalam erti kata lain sudah selesai daripada perjuangannya dan manusia akan menerima hasil perjuangan tersebut.

                    Di saat kematian itulah manusia aka melihat sendiri terhadap perjuangan hidupnya di dunia ini sama ada baik berakhir dengan kematian yang indah atau buruk dengan ditutupi oleh kematian yang menakutkan. Di sini manusia akan menrima ganjaran yang wajar dari perjuangannya itu sama ada menju ke nerka atau pun ke syurga. 

Thursday, June 9, 2016

ISLAM AGAMA PERSAUDARAAN SEJAGAT

 (Disiarkan pada 4. 6. 2016)
               Konsep Islam adalah perdamaian dan bukan persengkitaan. Islam merupakan “Addin” atau cara hidup manusia. Asal usul manusia ialah dari Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa sebagai pasangan manusia pertama diwujudkan oleh Allah s.w.t.. Kewujudan manusia pertama bersama-sama dengan agama Islam kerana sebelum Nabi Adam diijab kabulkah dengan Siti Hawa, Allah Perintahkan Adam menunaikan mas kahwinnya terlebih dahulu.
Oleh kerana Nabi Adam tidak punya apa-apa untuk dijadikan sebagai mahar kepada Siti Hawa maka Allah perintahkan Adam  supaya membaca selawat Nabi: “Allahumma Salih Allah Syaidina Muhamad Walaalihi Syaidina Muhammad,” sebagai mas kahwin atau maharnya. Orangnya belum wujud di dunia atau belum lahir, tetapi namanya sudah dijadikan mas kahwin.
Nabi Adam a.s asalnya dari tanah. Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Mukmin yang bermaksud:
“Dia menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering bagikan tembikar.”
Allah jadikan bapa manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering mempunyai suara bagikan genta apabila ia diketuk, yang solah-olah barang tembikar kedengarannya berdengung kalau diketuk perlahan-lahan.
Nabi Isa a.s. juga disisi Allah sama seperti kejadian Adam yang dijadikan daripada tanah. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 3:59 yang bermaksud:
“Sesungguhnya dimisalkan kejadian Isa disisi Allah sama  seperti kejadian Adam yang dijadikan daripada tanah kemudian Allah katakan kepadanya: “Jadilah  engkau!” Maka jadilah ia.
Sebabnya ayat ini diturunkan kerana telah berlaku perdebatan antara rombongan kaum Nasrani dengan Nabi s.a.w.. Rombongan tersebut berkata kepada Nabi s.a.w.: “Apa sebab tuan mengatakan Nabi Isa itu  hamba Allah!”
Nabi menjawab: “Benar! Dialah hamba Allah dan utusanNya. Allah pertaruh kalimat-Nya kepada anak dara yang tidak kahwin yakni Maryam.”
Mendengar ini mereka pun marah lalu berkata: “Adakah pernah tuan melihat seorang yang dilahirkan dengan tidak berayah? Kalau tuan orang yang benar tunjukkanlah satu misalan kepada kami.”
Maka Allah turunkan ayat ini, bahawa sesungguhnya misalan Isa yang dijadikan oleh Allah dengan cara yang mereka anggap pelik–kerana terjadi dalam tidak berayah itu – tidaklah kurang peliknya dengan misalan Adam yang dijadikan dengan tidak berayah dan tidak beribu. Adam itu  Allah jadikan daripada  tanah. Kalaulah mereka sudah mengakui tentang kejadian Adam itu pelik, maka tidaklah sepatutnya mereka menghendaki terjadinya sesuatu. Ia akan mengatakan: Jadilah engkau!” Maka jadilah ia.
Dalam Islam nadi pembangunannya ialah persaudaraan atau ukhuwah. Manusia hidup bersosial dalam sebuah masyarakat yang sayang menyayangi antara satu sama lain. Ia mempunyai hubungan yang erat, saling bantu membantu dalam semua hal pembangunan kehidupan jasmani manusia mahupun rohani dalam satu bumbung yang mentauhidkan Allah s.w.t..
Allah s.w.t. turunkan dokumen wahyu sebagai satu mukzizat kepada kehidupan manusia yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam perantaraan Malaikat Jibril. Baginda s.a.w. telah mengingatkan semua umatnya bahawa Allah akan mengazabkan mereka yang tidak pengikuti perintah-Nya dan ajaran Rasul s.a.w. dengan sebenar-benar azab di akhirat kelak.
Baginda menegaskan kepada kita bahawa selagi kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w., kita dijamin tidak akan sesat buat selama-lamanya. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, tidaklah kamu akan sesat buat selama-lamanya, selama kamu berpegang kepada keduanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul. (Hadith Shahih)
Islam mewajibkan manusia untuk bersatu dan melahirkan benih-benih kasih sayang antara sesama demi menegakkan kerukunan bermasyarakat. Sebarang elemen yang mengerohkan suasana kekitaan harus merujuk kepada panduan al-Qur’an dan Sunnah  Rasul sebagai satu jalan penyelesaiannya.
Mewujudkan solidaritas sosial yang dibalut dengan suasana perasaan kasih sayang antara sesama insan akan melahirkan perpaduan. Suasana perpaduanlah akan menyelamatkan manusia dari diperkosakan oleh musuh-musuh Islam dari hidup berakidah. Sebagai contoh, setelah baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Medina Al-Mukaramah, baginda menyatukan ukhuwah dan kasih sayang antara masyarakat Ansor di Medina dengan masyarakat yang berhijrah besama Rasul dari Mekkah yang dipanggil sebagai Muhajirin. 
Manusia diwujudkan Allah s.w.t. yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang, maka itu setiap individu ditegakkan dengan ciri-ciri tersebut. Hidup berkasih sayang antara sesama dalam hidup dituntut oleh Islam. Maka itu persaudaran seakidah adalah lebih erat dan kukuh berbanding dengan persudaraan dalam kekeluargaan atau sebapa dan seibu.
Perjanjian azali antara manusia dengan Allah telah pun termaktub semasa dalam rahim ibu untuk patuh dengan peribadatannya kepada  yang Maha Berkuasa, tetapi apabila dilahir ke dunia kelak manusia sering melanggar perjanjian tersebut. Maka itu manusia sentiasa dilamun oleh kelemahan demi kelemahan kerana manusia diwujudkan Allah dengan sifat yang lemah.
Demi mengembalikan manusia ke sifat yang kuat dan sentiasa memelihara perjanjian tersebut Allah s.w.t. bekalkan dokumen wahyu-Nya dan mempertanggugjawabkan kepada Rasul-Nya untuk mentarbiahkan kepada manusia. Dengan akal yang sihat dalam diri manusia serta kemahiran berfikir untuk memahami arah tujuh pembangunan kehidupan yang positif maka Allah s.w.t. sentiasa memimpin hamba-Nya kepada kebaikan.    
Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an surah Ali-Imran ayat 3:19 yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan tiada bertelingkah Ahli Kitab itu, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, disebabkan berdengki-dengkian sesama mereka. Barang siapa mengingkari aya-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu tersangat cepat mengira.”
Semua syariat dan agama yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul berjiwa Islam. Dan erti Islam itu ialah menyerahkan diri kepada Allah, tunduk kepada-Nya serta menurut akan syariat yang diturunkan-Nya – Walaupun berlain-lainan pada setengah-setengah kewajipan dan corak amalannya, dengan demikianlah diwasiatkan kepada para Nabi. Orang Islam (Muslim) yang sejati ialah, orang yang bersih dari kotoran syirik, tulus dalam amalannya dengan berimankan kepada apa pun syariat yang diturunkan oleh  Allah dan pada apa zaman pun dia berada.
Sifat Allah yang pertama ialah Ar-rahman, yang Maha Pemurah. Sifat Allah in diwariskan-Nya kepada semua makhluk ciptaanNya di alam ini tanpa membezakan antara yang baik atau yang buruk, yang beriman dan yang kafir, yang dicintai dan dibenci. Maka itu  tingkahlaku makhluknya terutama sekali manusia seharusnya mempunyai sifat pemurah.
Sifat Allah yang kedua besarnya ialah al-Rahim yang bermaksud yang Maha Penyayang. Sumber kasih sayang yang tidak terbatas, yang memberikan pahala abadi kepada orang-orang yang menggunakan rahmat dan kurniaNya bagi kebaikan. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 43 yang bermaksud:
“Dialah (Allah) yang memberi rahmat kepada kamu dan juga malaikat-Nya kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya penerangan. Dan adalah Dianya penyayang kepada orang-orang yang beriman.”
Orang-oreang yang beriman itu diarahkan supaya berzikir dan bertasbih, kerana Allah yang mereka ingati  di dalam zikir sebanyak-banyaknya dan mensucikan-Nya pagi dan petang itu, adalah Tuhan yang menurunkan rahmat ke atas mereka, di samping para malaikat-Nya pula keampunan bagi mereka.
               Dengan sebab rahmat Allah  dan doa malaikat, maka orang-orang mukmin itu akan di keluarkan dari suasana kegelapan berupa kufur, kesesatan dan kejahilan – kepada cahaya penerangan berupa iman, keselamatan ilmu pengetahuan.
               Allah itu penyayang kepada orang-orang yang beriman sama di dunia mahupun di akhirat. Di dunia mereka diberi petunjuk, untuk melalui jalan yang hak lagi benar, Di dunia mereka diberi petunjuk, untuk melalui jalan yang hak lagi benar, sebab sebelumnya mereka adalah dalam kejahilan dan kesesatan. Kemudian di akhirat pula mereka didatangi rasa aman dan tenteram dalam masa orang ramai merasakan takut  yang amat sangat dan kegemparan kiamat yang besar. Dewasa itulah  para malaikat menggembirakan mereka dalam syurga untuk menjadi tempat mereka dan terselamat dari azab neraka.
               Manusia adalah makhluk bersosial dan berbudaya, menyukai kebersamaan dan persaudaraan. Kasih sayang Allah s.w.t. yang dipusakai-Nya kepada manusia, menjadikan mereka sebagai saudara yang saling mencintai, tolong menolong, saling berhubungan dan berbalas kasihan. Manusia mempunyai keperluan hidup yang serupa di mana sahaja belahan bumi Allah ini mereka berada.
               Semua umat manusia adalah pemegang saham (rahmat) Allah dalam hidupnya. Setiap individu di alam kehidupan di seluruh pelusuk dunia atau alam sejagat adalah pemegang saham tersebut. Udara, cahaya matahari, air, bumi dengan berbagai jenis logamnya, dan berbagai-bagai rahmat Allah yang ada di alam dunia ini diwarisi oleh segenap lapisan masya rakat manusia sama ada masyarakat mukmin atau sebaliknya.
Inilah fenomena alam kehidupan yang manusia itu menjadikannya sebagai persaudaraan sejagat. Oleh sebab setiap manusia di muka bumi ini memerlukan rahmat Allah tersebut maka adalah wajar menghidupkan persaudaraan sejagat. Islam menegaskan setiap individu mukmin terutama sekali, bertanggungjawab memelihara persaudaraan tersebut.
Fenomena alam sedemikian rupa yang Allah bekalkan kepada makhluk manusia mahupun segala kehidupan makhluk lainya mendidik kita manusia yang berakal fikiran bahawa Allah mewujudkan persaudaraan sejagat. Manusia yang kufur terhadap persaudaraan tersebut dikategorikan sebagai haiwan bertopengkan manusia.
Semasa bernafas manusia memerlukan udara (oksigen) yang dibekalkan Allah untuk meneruskan kehidupan. Tidak ada manusia dan juga tidak ada makhluk yang hidup tidak memerlukan oksigen untuk hidup. Allah itu Maha Adil kepada semua ciptaan-Nya. Segala nikmat tersebut adalah pemberian-Nya tanpa syarat. Maka itu patutkah manusia bersengkita antara sesama umat kerana gagal mengenali fitrah persaudaraan sebagai keturunan Bani Adam?
Nikmat dan rahmat Allah s.w.t. begitu besar faedah kepada manusia maka adalah wajar persaudaraan sejagat itu diikat dengan nikmat Allah yang kita kecapi. Selain nikmat Allah yang kita lihat ada lagi nikmat Allah yang kita tidak dapat lihat tetapi kita dapat merasa. Perasaan enak atau nyaman ketika kita makan dan minum terutama sekali semasa kita lapar dan kehausan. Nikmat Tuhan yang berupa cinta dan kasih sayang terhadap  isteri dan anak-anak merupakan nikamt yan jauh lebih tinggi.
Firman Allah surah Al-Ruum ayat 30:21 yang bermaksud:
“Sebahagian dari tanda (rahmat) Allah, bahawa Allah telah menjadikan bagimu isteri agar kamu dapat bersenang-senang dengan mereka dan Allah timbulkan antara  kamu dan isteri kamu itu rasa cinta dan kasih sayang. Dan hal ini terdapat tanda kekuasaan Allah bagi orang yang dapat berfikir”
Manusia yang hidup ini diadakan pasangan untuknya  yang terdiri dari bangsa manusia itu sendiri; gunanya supaya manusia itu terus dapat hidup dalam suasana yang tenang dan
mesra dengan pasangannya itu dan tidak akan merasa kesunyian. Pasangan suami isteri yang telah dijodohkan itu agar terus dapat hidup bersama lalu dikurniakan perasaan cinta dan kasih sayang antara satu sama lain sebagai rahmat sehingga rumahtangga mereka berkekalan dan dalam hidup yang teratur.
               Rahmat Allah yang merupakan siang dan malam bukanlah rahmat yang kecil, tetapi rahmat yang paling besar dan penting. Adanya rahmat siang dan malam itu maka kehidupan manusia akan teratur dan selamat.
               Rahmat Allah tersebut, manusia wajar memikirkan bahawa untuk menikmati bersama ia membawa kepada perasaan persaudaraan sejagat. Jika budaya tersebut itu dipinggirkan dan tidak dijadikan nadi pembangunan fisikal dan kerohanian sejagat maka tungguh sajalah Allah akan mendatangkan bencana-Nya yang akan meranapkan kebahagian manusia hidup di dunia.
                    Sistem kejadian manusia demikian adalah serupa kepada semua keluarga Bani Adam di seluruh alam sejagat. Maka itu seluruh alam di dunia di mana sahaja manusia berada tidak ada perbezaannya dari segi keturunan semuanya adalah masyarakat Bani Adam. Hanya yang menentukan perbezaan antara manusia ialah pembangunan sosial dan pembangunan rohani. Ini membawa kepada kemuliaan manusia disisi Allah s.w.t. lewat keredaan-Nya.
                    Islam merupakan agama Allah s.w.t. dan Allah amanahkan kepads masyarakat mukmin agar ia dijadikan ad-Diin atau cara hidup. Islamlah menyatukan umat manusia seluruh alam sejagata. Manusia yang tidak meyakini Islam sebagai agama Allah maka apa sahaja

keyakinannya selain Islam Allah tidak menerimanya dan orang yang demikian rugilah di sisi Allah s.w.t.