Thursday, September 29, 2016

PERPADUAN AGENDA KESELAMATAN DUNIA

((Disiarkan pada 30. 9.2016)
Apabila kita memikirkan dunia, kita memahami bahawa ia tempatnya  berbagai makhluk yang diwujudkan oleh Allah (S.W.T.) yang bersifat hidup atau sebaliknya. Makhluk yang hidup terbahagi kepada haiwan berbagai jenis seperti binatang, burung, serangga, ikan, manusia dan sebagainya. Makhluk yang tidak hidup adalah seperti udara, air, logam berbagai jenis, tanah, batu dan lain-lainnya. Manusia merupakan makhluk Allah yang mempunyai ketinggian ilmu sehingga Allah mengamanahkannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Dalam agenda memakmurkan alam kehidupan di dunia, manusia kadangkala meng- kufuri amanah tersebut kerana kegagalan manusia melaksanakan kekhalifahannya, manusia pula menjadi perosak kepada kehidupan bangsanya sendiri. Peranan manusia sebagai bangsa pemakmur bumi telah bertukar kepada bangsa perosak bumi.
Di mana pun sudut dunia ini sudah tidak ada lagi tempat tinggal yang aman dan damai untuk didiami bukan sahaja sistem kehidupan bangsa manusia yang telah dirosakkan oleh manusia itu sendiri, tetapi dengan kedurjanaan dan kerakusan, manusia yang telah rosak ini juga telah merosakkan sistem ekologi kehidupan. Kehidupan yang lain hinggalah kepada ekologi bumi ini, yang merupaka amanah Tuhan ke atas manusia untuk dimakurkan.
Islam teristimewa daripada agama-agama lain. Kesederhanaan dan keadilannya kerana mengambil jalan tengah antara tuntutan rohani dengan kehendak jasad. Ia tidak melarang seseorang menggunakan kebendaan selama diperolehinya kebendaan itu dengan cara-cara yang betul.
Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang memberi galakan untuk mendapatkan kedudukan yang baik dalam kedua-dua bidang, rohani dan kebendaan secara bersama. Firman Allah dalam surah Al-Qasos ayat 28:77 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kamu (kebahagian) di akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagian kamu (keni’matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu”.
Hendaklah engkau tuntuti keselamatan di kampung akhirat dengan kekayaan yang dianugerahkan Allah kepada Engkau. Hendaklah engkau cari pahala yang ada disisi Allah di akhirat dengan membelanjakan harta yang dikurniakan Allah kepada mu pada jalan yang mendatangkan keredaan Allah. Hendaklah engkau rebut kebahagiaan hidup di kampung akhirat itu dengan membelanjakan kemewahan dunia yang sedang engkau nikmati, kerana kebahagian hidup di kampung akhirat itu lebih baik dan lebih kekal dari bersenang-senang dengan kemewahan dan kelezatan dunia.
Caranya adalah banyak, misalnya: Dengan memberi sedekah atau derma kepada fakir miskin, untuk mendirikan masjid, surau, sekolah madrasah, kelas-kelas bimbingan agama, taman didikan kanak-kanak dan perpustakaan. Untuk membangunkan rumah sakit, klinik, rumah-rumah kebajikan, pemulihan akhlak, musafir-khana dan lain-lain.
Maka membelanjakan harta, menggunakan kekayaan yang melimpah-limpah, kenikmatan, kemewahan dan  kemudahan moden yang ada, untuk perkara-perkara yang disebutkan tadi adalah merupakan jalan ke arah mendampingkan diri kepada Allah, dengan mendapat balasan di dunia dan pahala serta kebahagiaan hidup di akhirat.
Jangan engkau meninggalkan penghidupan di dunia yang menjadi bahagian engkau seperti makan, minum, berpakaian, berhibur dan sebagainya  dengan mengutamakan kampung akhirat semata-mata seperti sembahyang, puasa, iktikaf di masjid dan berwirid sepanjang masa. Salah sekali perbuatan setengah  orang yang hanya mengerjakan sembahyang, puasa dan  zikir-zikir di masjid dengan tidak  berusaha dan mencari rezeki. Begitu juga sebaliknya, iaitu orang yang hanya memetingkan penghidupan di dunia dengan melupakan akhirat.
               Hendaklah engkau berbuat baik kepada sesama mahkluk. Suruhan berbuat baik ini
adalah sebagai mengenang dan mengingat serta bersyukur kepada Allah, yang  telah mengurniakan nikmat dan kebaikan kepadamu – tanpa menghampakan balasan daripadanya. Pergauli mereka dengan muka yang manis, tegur sapa yang baik dan pujian di belakangnya jika memang selayaknya dipuji.
               Janganlah engkau teringin hendak melakukan tindakan atau usaha yang akan mendatangkan kesusahan kepada  orang, atau merosakakan penghidupan masayarakat, sehing ga mendatangkan bencana dan huru-hara di muka bumi.
               Dewasa ini, sememangnya ramai manusia yang membuat rekaan-rekaan baru, dengan tujuan hendak merosakkan moral dan akhlak, juga menghilangkan akal dan nyawa manusia, misalnya menerusi fesyen-fesyen pakaian yang tidak  sopan, bacaan dari buku-buku dan majalah serta gambar dan filem-filem luca, pil-pil dan dada dengan penggunaannya yang salah, alat-alat senjata yang mengandungi kimia beracun dan kuman yang membunuh, dan bermacam-macam rekaan lagi serta bermacam-macam gerakan jahat yang  mendatangkan bencana di muka bumi. Semua yang mendatangkan bencana dan kerosakan ini hendaklah dihindarkan.
               Allah tidak  sekali-kali akan memuliakan orang yang berbuat bencana dan kerosakan di muka bumi. Sebaliknya  mereka akan dihinakan-Nya, bahkan mereka akan mendapat seksaan yang pedih, yang setimpal pula dengan kejahatan yang mereka lakukan.
               Manusia diwujudkan Allah sebagai makhluk yang mempunyai ciri-ciri kejadiannya jauh lebih baik dan mulia berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain yang menghuni  bumi-Nya ini. Keistemewaan manusia adalah kehadiran roh serta fakulti-fakuliti lain seperti ilmu, akal, kemahiran berfikir yang membolehkan manusia memahami teka-teki  pembangunan kehidupan.
               Dengan akal tersebut Allah sempurnakan dengan perasaan kasih sayang antara sesama yang mengikatkan hubungan yang erat dan mesrah antara sesama yang dikenal dengan ukhuwah kemanusiaan. Ilmu yang membina persaudaraan manusia sejagat diperkukukan Allah dengan menurunkan wahyu-Nya yang mengandungi berbagai ilmu tauhid dan pembangunan yang dibawa oleh Malaikat Jibril untuk dipertanggungjawabkan kepada manusia pilihan Allah iaitu Baginda Rasul Nabi Muhammad s.w.t.
               Walaubagaimana pun ilmu pada masa kini diguna untuk membuat berbagai persenjataan untuk tujuan menghapuskan manusia di muka bumi Allah ini. Kecanggihan sains dan teknologi membina senjata yang serba canggih itu yang tidak kenal saudara! Manusia menganggap senjata itu adalah pemusnah manusia tetapi sebenarnya manusia yang mengendalikan senjata itu untuk ditujukan kepada manusia adalah yang pembunuh dan pemusnah manusia sebenar.
               Perpaduan adalah satu agenda yang melahirkan kasih sayang antara sesama manusia. Antara elemen yang terpenting demi keselamatan dalam kelangsungan hidup ialah mengenali dan memahami antara ‘akidah Islamiah dan ciri-ciri jahiliyah, antara cara hidup Islam dan cara hidup masyarakat jahiliah. Dengan cara itu seseorang itu berupaya untuk mengetahui bagaimana Islam mampu membuat perubahan dalam masyarakat secara global.
               Hidup beragama menunjukkan satu disiplin pembangunan yang sentiasa berlandaskan peraturan hidup serta kesempurnaan bermasyarakat kerana Allah s.w.t.. Hidup yang mempu- nyai disiplin adalah satu keadaan yang sentiasa dikawal oleh peraturan dan undang-undang awam untuk melindungi keselamatan masyarakat dan menegakkan kebenaran. Agama Islam sentiasa menunjukkan jalan yang benar, lurus dan mengesakan keagungan Allah s.w.t..
               Makhluk manusia diciptakan Allah dengan satu tujuan iaitu menjadi khalifah-Nya, dan memakmurkan kehidupan di alam dunia ini demi kesejahteraan hidup sebagai persediaan hidup di akhirat kelak. Allah bekalkan akal dan kemahiran berfikir kepada umat manusia sebagai kekuatan mengolah disiplin kehidupan. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada manusia melengkapkan berbagai  ilmu pengetahuan apabila turunnya
wahyu Illahi yang diterima oleh Rasul Nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah s.w.t. dengan
perantaraan malaikat Jibril.
               Hidup berdisiplin kesejahteraan ummat kerana manusia adalah makhluk bersosial yang memerlurkan kehadiran orang lain dalam kelangsungan hidup bermasyarakat. Disiplin merupakan cara bagaimana menangani hidup bersama orang lain agar kehidupan itu mempunyai peraturan dan peradaban yang memelihara kesejahteraan bermasyarakat.
               Hormat menghormati, tolong menolong, bertolak ansur di mana sahaja ada peluang, serta bertoleransi terhadap masalah antara sesama menjadi budaya hidup masyarakat berdisiplin. Suasana demikian akan menguatkan hubungan kemanusiaan yang akan melahir kan kasih sayang sebagai faktor menghidupkan ukhuwah kerana Allah s.w.t..
               Disiplin yang mustahak sekali untuk mengekalkan hubungan kemanusiaan yang diredhai Allah s.w.t. ialah hormat menghormati yang diikat dengan kasih sayang sesama insan. Kehadiran merekalah hidup ini menyeronokkan.
               Mostesquieu, seorang penulis Francis yang masyhur mengatakan bahawa kemewaan menjadi punca kepada kerosakan republik. Dalam sistem demokrasi, kemewahan mengubah kan manusia dari cintakan tanah air, dan dalam sistem Aristokrat menjadikan tokoh-tokoh pemimpin  mementingkan diri sendiri yang  menyebabkan berlakunya bencana.
               Al-Quran berpendapat bahawa kemewahan adalah menjadi faktor pembinasa umat seluruhnya. Oleh yang demikian perlu diperangi golongan mewah yang rosak sehingga mereka tidak meliwati batas yang dibenarkan. Ini kerana kebinasaan bukan sahaja akan menimpa orang-orang mewah tetapi juga akan menimpa masyarakat seluruhnya.
               Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 17:16 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan jika Kami membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kederhaka an dalam negeri itu, maka sudah  berhaklah berlaku terhadapnya ketentuan Kami, kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”.     
               Di dalam ayat ini dikhaskan kepada orang yang hidupnya mewah, kerana merekalah golongan masyarakat yang selalunya ditiru perbuatannya dan tindak-tanduknya oleh orang awam, dan orang-orang yang hidupnya mewah itu jugalah yang paling cepat terpengaruh oleh anasir-anasir maksiat lalu membuat penderhakaan kepada Allah.
               Apabila Allah hendak membinasakan sesebuah kampung kerana banyak maksiat dan dosa-dosa dilakukan di kampung itu maka Allah tidak  segerakan dengan penyeksaan, malah Allah menyuruh orang-orang yang hidup mewah supaya taat, dan apabila mereka masih ingkar maka mereka sebenarnya patut mendapat seksaan akibat dosa yang mereka lakukan.      
               Kemewahan yang diamalkan oleh segolongan manusia dalam sesuatu bangsa mengakibatkan kemiskinan kepada orang-orang lain dalam bangsa itu. Kekurangan makanan dan barang-barang perlu yang dialami oleh sesuatu bangsa pula akan menjadi sebab timbulnya kebencian, dendam dan hilanglah perasaan kasih sayang dalam diri rakyat terhadap orang yang berada dan mewah. Oleh sebab itulah kita lihat Allah menggambarkan orang-orang yang mewah dengan dua sifat iaitu “zalim dan “melakukan dosa”.  
               Allah bayangkan orang-orang yang mewah seperti dalam surah Hud ayat 11:116 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan keni’matan mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa”. 
               Orang yang aniaya itu telah dikurniakan oleh Allah kemewahan hidup, tetapi kemudian bermegah dan menyombongkan diri dengan menghalang tersiarnya agama Allah. Mereka merupakan juara pembuat dosa yang bermaharajarela kerana jiwa mereka telah terasuh di dalam kemewahan dan  dimajakan oleh nikmat dan kesenangan. Suasana kemewa- han dan kederhakaan inilah yang lebih mereka ikuti dalam kehidupan mereka daripada mengikuti ajaran rasul yang  menyeru mereka ke jalan yang benar.
               Sesungguhnya pengalaman telah mengajar kita tidak berdosa bahawa: kemewahan itulah yang membangkitkan kederhakaan untuk berbuat zalim dan melakukan dosa yang pada mulanya  berkisar dariada kalangan pembesar dan orang terkemuka, kemudian perlahan-lahan menjelar ke seluruh orang awam. Maka inilah yang menyebabkan kebinasaan dan kehancuran sehingga meruntuhkan kemuliaan dan kemerdekaan.
               Kalangan pembesar dan orang-orang terkemuka sepatutnya menjadi pemangkin kepada mayarakat umum supaya hidup merendahkan diri dan jauhi budaya meminggirkan kumpulan tertentu kerana ras diskriminasi akan meruntuhkan persaudaraan sejagat. Sebenarnya  semua kita manusia adalah seketurunan dari manusia pertama nabi Adam dan Siti Hawa. Seruhan kepada manusia agar fahaman persaudaraan sejagat itu terus dijunjung dan dipertahankan;  serta dipelihara seperti memelihara nyawa sendiri. Jika manusia dapat memelihara serta menjaga persaudaraan sejagat itu maka sesungguhnya manusia ini akan menjadi bangsa yang paling mulia dikalangan bangsa-bangsa yang lain dan dapat rahmat dan berkat serta keampunan dari Tuhan.
               Oleh yang demikian hidupkan perpaduan sejagat kerana ia menjadi pemangkin kepada keluruhan perlembagaan hidup di sisi Allah s.w.t.. Hindarkan budaya menyombongkan diri kerana kemewahan itu tidak ada manfaatnya di sisi Allah s.w.t. dan banyakkan kesepakatan dalam segala urusan hidup. Allah akan sentiasa memudahkan hidup orang yang sentiasa memikirkan kebahagian hidup orang lain. Agenda perpaduan jadikan sebagai tulang belakang dalam hidup bermasyarakat kerana rahmatnya akan membawa kita hidup bahagia di akhirat kelak, Insya Allah.      

Thursday, September 15, 2016

KASIH SAYANG TERAS PERPADUAN UMAT DALAM KACA MATA ISLAM

 (Disiarkan pada 16. 9. 2016)
Tidak ada bangsa dan keturunan manusia menafikan bahawa kasih sayang itu menjadi teras perpaduan umat. Sesungguhnya umat manusia diwujudkan Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan satu tujuan iaitu beribadat kepada Allah s.w.t. Antara ciri-ciri ibadat itu adalah dimurnikan dengan perasaan kasih sayang sebagai nadi pembangunan umat.
Cinta atau kasih sayang kepada Allah menjadi teras dalam membentuk tamadun kehidupan. Masyarakat manusia hidup berpegang kepada sosial budaya yang memegang kesatuan dan persatuan kerana Allah. Bersatunya umat manusia disebabkan kehadiran perasaan kasih sayang kerana Allah  kelak, melahirkan kekompakkan silidaritas sosial  sebagai nadi dalam membentuk masyarakat penyayang.
Al-Quran menyatakan  bahawa hubungan dengan sesama manusia Hablum minanas menjadi teras memupuk perpaduan demi melahirkan hubungan dengan Allah, hablum  minallah. Meneguhkan hubungan kedua-dua fenomen tersebut menjadi agenda yang memak- mur pembangunan umat sejagat.
Kasih sayang teras perpaduan umat dalam kaca mata Islam wajar diterjemahkan sebagai satu daripada pembangunan manusia yang menumpukan pembangunan rohani yang mengutamakan sebagai agenda untuk persediaan kehidupan akhirat nanti.
Islam yang mengambil jalan tengah antara rohani dan jasmani itu tidak mengatakan yang kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Tetapi hikmat ketuhanan menghendaki supaya Islam itu berdiri atas kaedah-kaedah alam dan sesuai dengan tabii.
Ilmu pengetahuan telah mengakui bahawa akal yang  sihat tidak boleh didapati kecuali pada tubuh yang sihat, dan ketinggian rohani tidak tercapai jika jasmani tidak dapat memenuhi keperluannya, kecuali keperluan itu dipenuhi dalam daerah-daerah kesederhanaan.  
Walaupun demikian Al-Quran tetap mengatakan bahawa kehidupan akhirat lebih baik daripada kehidupan dunia. Kesempurnaan rohani menjadi matlamat akhir yang wajib dituntut oleh setiap orang Islam. Sebab itu Al-Quran memberi amaran kepada mereka yang memen- tingkan dunia tanpa membuat persediaan untuk akhirat.
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Hud ayat 11:15-16 yang bermaksud: (terjemahan)
“Barang siapa yang menghendaki  kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan”.
               Sesiapa ingin kepada kehidupan dunia, yakni bersuka-suka dan bersenang-lenang dengan makan dan minum, dan inginkan perhiasan dunia, berupa pakaian, perabot. Alat kelengkapan, harta benda dan anak-pinak–tanpa mempunyai persediaan mencari bekalan untuk hari akhirat kelak iaitu dengan beramal kebajikan, membersihkan rohani dengan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan menambahkan keimanan – maka orang yang seperti ini akan diberi juga balasan dengan mendapat hasil daripada usaha mereka itu dengan sempurna, sesuai dengan sunnatullah (peraturan-Nya) yang ditetapkanNya dan tidak dikurangi sedikitpun hasil yang mereka perolehi daripada usaha mereka, meski pun mereka itu berlaku kufur terhadap Allah.
Kerana  pembahagian rezeki adalah bergantung kepada usaha–bukan bergantung kepada niat dan cita-cita–sekalipun petunjuk agama  lebih mementingkan supaya seseorang itu bersikap jujur, bercakap benar, menjauhi penghianatan dan penipuan dan sebagainya.
Mereka yang hidup di dunia hanya bercita-cita untuk mencari kemewaan, tidak akan mendapat sesuatu apa pun di akhirat nanti, kecuali yang didapati hanyalah neraka. Kerana balasan dalam akhirat itu mengikut amalan seperti balasan di dunia juga. Apabila seseorang itu tidak  beramal untuk akhirat, maka ia tidak akan mendapat balasan untuk akhirat. Sesung
guhnya beramal untuk askhirat itu ialah dengan membersihkan rohani, berkasih sayang antara sesama dengan beriman dan bertakwa kepada Allah serta menjauhi segala amalan maksiat dan kejahatan.
               Apa yang telah mereka lakukan di dunia dahulu, yang pada lahirnya mereka ada berbuat kebajikan dan kebaikan, seperti berderma dan bersedekah, menghubungkan tali silatur rahim dan berbaik-baik dengan  berbagai kaum secara harmoni, semua yang dilakukan itu                                                                                                                    bukanlah  untuk membersihkan rohani mereka yang dapat mendampingkan kepada Allah, bahkan mereka melakukannya oleh tujuan lain – hanyalah memenuhi kehendak nafsu mereka seperti riyak, bermuka-muka dan bermegah-megah – sebenarnya ia dilakukan dengan jalan yang salah – maka perbuatan yang demikian tidak ada balasannya, bahkan akan terputus cukup di dunia sahaja di akhirat tidak.
Al-Quran memberitahu tentang kelebihan akhirat daripada dunia dalam beberapa tempat yang berlainan. Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 29:64 yang bermaksud (terjemahan)
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-mainan belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya kalau mereka mengetahui”.
Firman Allah juga dalam surah Al-Anfal ayat 8:57 yang bermaksud: (terjemahan)
“Kamu menghendaki harta benda dunia, sedang Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk kamu)”.
Firman Allah lagi dalam surah Al-A’la ayat 87:16-17 yang bermaksud: (terjemahan)
“Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan dunia, sedangkan kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal”.
Jadi kepercayaan kepada kehidupan akhirat lebih baik daripada kehidupan dunia. Kepercayaan ini menyenangkan jiwa yang terseksa dalam kehidupan dunia, juga memberi kekuatan rohani kepada orang-orang mukmin yang menjadikan mereka orang yang teguh dan tidak akan menyesal jika ditimpa kerugian atau kemalangan semasa mereka melaksanakan sesuatu rancangan.
Berkasih sayang hidup di dunia wajar dihiasi dengan mentarbiahkan ilmu pengetahuan yang mendidik kita untuk memahami faktor-faktor kehidupan dunia yang memperdayakan. Al-Quran telah menyatakan kepada manusia supaya jangan terperangkap dengan ni’mat-ni’mat dunia. Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Hadid ayat 57:20 yang bermaksud: (terjemahan)
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga tentang banyaknya harta dan anak, (maka bandingan sama) seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan orang-orang kafir; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian dia menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu”.
Dalam ayat ini Allah menggambarkan kehidupan dunia sebagai kesukaan, bermegah-megah,memperbanyakkan harta dan anak. Sesungguhnya semua perkara itu adalah tidak kekal, sama sahaja seperti hujan yang menakjubkan para petani kerana dengan hujan tersebut hasil pertanaian bertmbah, tetapi ternyata tidak lama kemudian semua itu menjadi rosak binasa.
Al-Quran juga menggambarkan kehidupan dunia dalam bentuk ini seperti dalam surah Al-Kahfi ayat 18: 45-46 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan buatkanlah untuk mereka suatu perumpamaan tentang kehidupan dunia ini seperti air hujan yang Kami (Allah) turunkan dari langit, lalu bercampur dengan tumbuh-tumbuhan di bumi, kemudian menjadi kering diterbangkan angin. Dan adalah Allah berkuasa
di atas segala sesuatu”
“Harta kekayaan dan anak-anak adalah perhiasan hidup di dunia, dan amal solih yang kekal itu lebih baik pahalanya pada sisi Tuhan dan lebih baik dijadikan cita-cita harapan”.
Allah menyuruh Rasul-Nya, Muhammad (s.a.w.) supaya membuat perumpamaan untuk kaumnya, iaitu, kehidupan di dunia ini diumpamakan seperti hidupnya tumbuh-tumuhan yang bermula daripada air. Tumbuh-tumbuhan itu pun mengeluarkan beraneka macam bunga yang indah dan berbagai-bagai hasil bumi setelah disirami hujan
Tetapi tidak lama kemudian habislah musnah tumbuh-tumbuhan itu dipukul angin ribut. Tidak ada apa-apa yang tinggal lagi di muka bumi, kerana telah kering dan menjadi licin, tidak ada meninggalkan sebarang bekas.
Kehidupan di dunia ini diibaratkan seperti tanaman yang menghijau penuh dengan bunga sehingga kelihatan sungguh berseri pada permulaannya, dan ini adalah dalam jangka waktu yang singkat. Tetapi kemudian akan menjadi kering dan tidak berseri lagi apabila dipukul oleh angin ribut. Maka tidaklah patut bagi orang yang berakal tertipu oleh kehadiran dunia, lalu berbangga-bangga dengan harta kekayaan yang dipunyainya, padahal itu adalah bayang-bayang yang akan hilang.
Kesan daripada ayat ini dapat diambil, iaitu, janganlah kita membangga-banggakan keindahan perhiasan dunia, lalu dipamerkan pula dengan cara yang dapat melalaikan kewajipan kita kepada Tuhan yang menjadikannya. Dalam menikmati keindahan perhiasan dunia itu, yang penting ialah bersyukur dengan menambahkan ketaatan kita kepada yang menciptakannya.
Perasaan kasih sayang antara sesama adalah amalan baik yang akan berkekalan dan dapat menghasilkan buah-buahan kepada manusia, iaitu segala perbuatan yang dikerjakan untuk mentaati Allah seperti sembahyang, bersedekah atau menderma, berjuang pada jalan Allah (berjihad), menolong orang-orang yang sengsara dan  yang berhajat kepada bantuan itu akan membuahkan pahala sebagai bekalan kehidupan akhirat nanti. Dan perbuatan-perbuatan itu juga lebih baik dijadikan cita-cita harapan, kerana hidup di dalam nikmat dan kebahagian di akhirat itulah yang menjadi idaman dan harapan setiap insan.
Amalan-amalan soleh adalah lebih baik di sisi Allah. seseorang yang berbuat demikian akan mendapat ganjaran yang banyak. Allah memberi tahu manusia seluruhnya dalam firmanNya  surah Fathir ayat 35:5 yang bermaksud: (terjemahan)
“Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah membiarkan kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah orang yang pandai menipu, mempedayakan kamu tentang Allah”.
Janji Allah adalah benar pada hari kiamat. Balasan kepada amalan soleh dan amalan keji adalah benar. Oleh yang demikian janganlah kamu tertipu dengan keseronokan dunia dan meninggalkan suruhan-suruhan Allah.
Janganlah kamu tertipu oleh kemewahan hidup di dunia, sehingga bingngung, lalu terpesona untuk berseronok-seronok dan bersenang menikmatinya, menyebabkan lupa menunaikan kewajipan terhadap Allah dan larangan Allah pula kamu langgar. Semoga dengan kemurahan Allah kamu jauhkan daripada kemewahan yang memperdayakan.
Hidup dengan berkasih sayang antara sesama umat jangan disalah gunakan sehingga faktor-faktor yang menyenangkan hati kita akan melalikan ibadah atau kasih sayang terhadap Allah. Maka itu Al-Quran menganggap kehidupan dunia sebagai tempat menguji seseorang. Dunia menjadi perantaraan untuk mencapai kebahagian akhirat. Setiap urusan dunia sama ada urusan rumahtangga, pasar, tempat, tempat kerja, kedai dan majlis perwakilan semunya merupakan ujian-ujian yang berbeza bagi seseorang.
Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 29:2-3 yang bermaksud: (terjemahan)
“Apakah manusia itu mengira bahawa  mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: Kami
telah beriman”. Sedangkan mereka tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
                    Maksudnya, adakah manusia menyangka bahawa cukuplah bagi mereka setakat mengatakan kami telah beriman? Adakah mereka tidak lagi perlu diperiksa bagi menjelaskan sama ada mereka sebenarnya orang-orang yang benar atau pendusta? Jadi, dalam Islam, bukanlah memadai dengan hanya menjadi penganut Islam, tetapi hendaklah dilahirkan kesan-kesan ajaran Islam itu dalam semua keadaan, sama ada dalam ketika susah atau ketika senang. Semua perkara, sama ada baik atau buruk yang menimpa diri manusia adalah menjadi ujian bagi melahirkan kebenarannya.
                    Dengan sebab itulah menyatakan dalam firmanNya surah Muhammad ayat 47:31 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwal kamu”.
                    Pandangan hidup seperti ini adalah menjadi pendorong utama sesorang untuk maju, ia juga menjadi pendorong yang kuat untuk sesorang itu berjihad melawan keburukan atau kekejian yang diinginkan olehnya. Pandangan seperti ini mengubah sebahagian daripada pandangan agama lain yang menganggap bahawa penganut agama itu adalah manusia yang dikasihi Tuhan dan  dengan demikian mereka tidak perlu berjihad menentang keburukan.
                    Demikianlah antara ibadah dan jihad yang wajar kita lakukan dalam  menyemarakkan perasaan kasih sayang dalam bermasyarakat

yang menjadi teras perpaduan umat mengikut persepsi Islam.  

Friday, September 9, 2016

SAYAI JIRANMU SEPERTI MANA ANDA MENYAYANGI DIRI SENDIRI

 (Disiarkan pada 9. 9. 2016)
               Kasih sayang merupakan naluri dalam hati setiap insan terhadap diri sendiri, terhadap orang lain atau makhluk dan  sesuatu yang bersifat ghaib (Allah). Setiap individu, Allah lengkapi dengan perasaan kasih sayang  sebagai fitrah. Untuk mengenali diri sendiri wajar terlebih dahulu bermuara daripada meninjau samada kehadiran fitrah tersebut ada pada  anda kerana fenomena inilah yang mendekatkan kita kepada Allah.
Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang oleh itu mengenali Allah wajar bermuara  dengan mengenali diri sendiri  terlebih dahulu; seperti mana yang telah dilakukan oleh  Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Singkel dan lain-lain ulama’ zaman Acheh, yang mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali diri sendiri.  
               Manusia diwujudkan di dunia untuk beribadat kepada Allah s.w.t. dan ibadat yang sempurna merangkumi hubungan  ukhuwah kemanusiaan serta perasaan kasih sayang antara sesama. Dengan pada itu juga manusia adalah digalakkan untuk menyayangi makhluk-makhluk lain yang hidup  bersama di alam ini seperti haiwan dan juga makhluk lainnya seperti tumbuh-tumbuhan. Penjagaan makhluk yang tidak hidup seperti logam berbagai jenis, batu, pasir, udara, air, juga menjadi agenda dalam kehidupan kerana makhluk tersebut merupakan kepentingan hidup dalam pembangunan umat.
               Menyayangi diri sendiri menjadi fenomena yang akan mendidik kita untuk menyayangi atau memelihara fenomen kewujudan makhluk lainnya kerana Allah wujudkan semua itu semestinya ada kemanfaatannya kepada kehidupan. Maka itu menjadi tanggung jawab kepada manusia untuk memakmurkan alam-alam tersebut. Inilah agenda yang tersirat dalam menangani peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
               Sayangi jiranmu seperti mana anda menyayangi diri anda sendiri merupakan satu konotasi yang akan mendidik setiap individu bahawa dalam hidup ini Allah menyediakan berbagai fitrah yang membolehkan setiap individu memelihara ukhuwah kemanusiaan dan kasih sayang kerana di situlah tapak pembangunan tamadun manusia.
               Menyayangi diri sendiri harus bersandarkan kepada ibadah yang menyelamatkan diri dari segala kekufuran dan tingkatkan usaha untuk menimba ilmu terutama sekali ilmu ukhrowi atau ilmu kerohanian mahupun ilmu akhirat. Setiap yang kita lakukan wajar bersandarkan kepada keredaan Allah s.w.t..
               Maka itu menyayangi jiran seharusnya melaksanakan ibadat untuk tegur-menegur dan nasihat menasihati terhadap amal yang tidak mendatangkan kemanfaatan kepada diri dan kepada orang lain. Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menasihatkan bahawa apabila kita masak lauk banyakkan kuahnya untuk dibahagikan kepada jiran kita. Ini bermakna apa yang kita ada harus dikongsi bersama dengan jiran. (Hadith sahih)
               Antara amal yang wajar kita kongsikan bersama kepada jiran ialah tentang ilmu yang kita perolehi wajar dijadikan bahan perkongsian. Ilmu yang diamal atau ditarbiahkan kepada orang lain akan sentiasa bersama dengan kita tetapi jika ianya tidak  disibarkan kepada  orang lain maka ilmu itu tidak akan kekal bersama kita.
               Berbincang serta bermusayarah untuk mencari solusi penyelesaian kepada sesuatu masalah adalah antara ibadah yang digalak oleh Islam. Dalam pandangan ahli falsafah - “Two heads are better than one.” Berbicara dengan sekumpulan orang adalah lebih bermanfaat berbanding dengan berfikir seorang diri. Dalam erti kata lain pendapat orang ramai adalah lebih baik  berbanding dengan pendapat seorang diri.
               Murnikan hubungan antara sesama menjadi dasar pembangunan umat. Dalam erti kata lain mencintai orang lain menjadi amanah kerana Allah yang dikenali sebagai ukhuwah kemanusiaan. Mengeratkan siratulrahim merupakan elemen atau perasaan kasih sayang yang menjadi nadi pembangunan dalam perjuangan hidup di dunia.
               Setiap umat Islam dalam usaha melaksanakan ibadah kerana Allah wajib mempunyai
perasaan  kasih sayang, yang membentuk keperibadian sejagat. Hidup bersosial akan mem- bangun disiplin budaya hormat menghormati serta melaksanakan ibadah tolong menolong dalam segala agenda pembangunan.
Hubungan kita dengan Allah, hablum minallah, mempunyai falsafah di sebaliknya, yang menuntut manusia untuk memelihara perjanjian  dengan Allah s.w.t yang telah didoku- mantasikan sejak kewujudan manusia pertama kelak menjadi tanggungjawab kepada setiap insan yang lahir di dunia ini untuk memeliharanya sebagai amanah.
                Untuk apakah manusia dicipta? Pertanyaan ini wajib kepada manusia untuk mempertanyakannya, setelah mengetahui dirinya sebagai makhluk sang Pencipta dan makhluk yang dipelihara oleh sang Pemelihara, iaitu melalui penjabaran: Untuk apa manusia dicipta dalam kehidupan ini? Kenapa manusia mempunyai keistemawaan yang lebih berbanding makhluk lain? Dan apa kepentingan mereka di atas bumi?
               Allah s.w.t. adalah yang menciptakan manusia dan  yang mengatur urusan-urusannya. Dia menciptakan manusia agar menjadi khalifah (wakil Penguasa) di muka bumi. Inilah suatu penjelasan yang paling jelas kepada anak cucu Adam dan harapan-harapan yang  mengganggu para malaikat kerana kedudukannya.
               Keistimewaan manusia berbanding makhluk lain di alam kehidupan ini adalah atas dasar manusia mempunyai ilmu pengetahuan yang diajar oleh Allah s.w.t.. Dengan berbekal
kan ilmu tersebut maka manusia diamanahkan sebagai khalifah Allah di dunia ini. Ilmu merupakan kekuatan mental manusia dalam mengolah dan memakmurkan alam kehidupan sebagai ibadah kerana Allah. Antara fitrah yang ada pada manusia ialah mempunyai kemahiran berfikir untuk menemukan solusi penyelesaian terhadap masalah terhadap agenda yang ditemuinya lewat hidayah atau ilham dari Allah s.w.t..
               Berfikir merupakan ibadah kerana Allah. Manusia ialah sejenis makhluk ciptaan Allah yang terbentuk daripada cantuman roh yang bersifat ghaib dan kekal dengan jasad yang bersifat nyata dan sementara. Roh diciptakan oleh Allah terlebih dahulu daripada jasad dan ia sudah mempunyai  beberapa pengetahuan kerohanian sebelum bercantum dengan jasad.                                                                                                        
               Allah s.w.t. menegaskan dalam firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud:
Terjemahan: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: ‘Sesungguh nya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.’ Mereka berkata: ‘Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di muka bumi ini orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.’
               Pertama yang harus diketahui manusia dalam masalah kekhalifahnya adalah mengenal Tuhan secara benar dan menyembah-Nya dengan sebenar-benar penyembahan kepadaNya.
               Allah s.w.t. menjelaskan dalam firman-Nya surah al-Talaq ayat 65:12 yang bermaksud (Terjemahan): “Allahlah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan susungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.”
               Dalam ayat tersebut dijelaskan  bahawa pengenalan kepada Allah merupakan puncak pengenalan daripada penciptaan langit dan bumi. Firman Allah selanjutnya menjelaskan dalam surah al-Dhariyat ayat 51:56-58 yang bermaksudd (Terjemahan),
               “Dan  Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Dan Aku (Allah) tidak menghendaki agar mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki, yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.”
Allah menciptakan manusia hanyalah agar manusia menyembah Allah sepanjang masa(mu) dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah kepada Allah pada waktu pagi dan petang. (terjemahaan Hadith Qudsi).
               Sembahlah Allah, tiada Tuhan yang lain bagimu selain Dia sendiri. Itulah seruan pertama yang dikumandangkan oleh setiap risalah.
               Penyembahan kepada  Yang Esa itu adalah sebagai manifestasi daripada perjanjaian yang paling terdahulu. Iaitu  suatu perjanjian yang diambil daripada anak cucu manusia, dan ditulis-Nya dengan kalam (pena) kepastian dalam fitrah manusia. Kemudian ditaburkan pada tabiat mereka yang asli semenjak di kepala mereka diberi akal yang lemah dan di dada mereka diberi hati (jantung) yang berdengup. Di samping itu, di alam  sekitar mereka terdapat ayat-ayat yang cukup menunjukkan sebagai bukti.
               Misalnya firman Allah s.w.t. surah Yasin ayat 36:60-61 yang bernaksud (terjemahan)
               “Bukankan Aku telah memerintahkan kepada kamu hai Bani Adam, agar kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu, dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.
               Perjanjian ini terjadi antara Allah dengan hamba-Nya. Hal ini juga digambarkan secara jelas di dalam al-Qur’an dengan bentuk yang lain. Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 7:172-173 yang bermaksud (terjemahan).
               “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu? ‘Mereka menjawab: ‘Benar (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi. ‘(Kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan: ‘Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).’ Atau agar kamu tidak mengatakan : ‘Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka, apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?’
 Jadi, tidak menghairankan jika tujuan utama dari pengutusan para nabi dan kebangkitan para rasul serta diturunkan Kitab-kitab yang suci adalah untuk memperingatkan perkara-perkara yang disaksikan mereka atau fitrah yang terpendam, berupa debu-debu yang melalaikan. Wathaniyah (patung berhala), atau taklid.
Tidak menghairankan pula jika seruan pertama yang dikumandangkan oleh para rasul adalah:
Terjemahan... “Wahai kaumku , sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya....” (al-A’raf ayat 7:59).
Setelah Allah menyebutkan dalam ayat-ayat yang lalu tentang kekuasaan-Nya dapat menciptakan pelbagai perkara yang pelik dan ajaib yang menandakan Dialah Tuhan yang Maha Esa, dan setelah memberikan pula dalil dan bukti bahawa hari kebangkitan di mana manusia yang sudah mati akan dihidupkan semula itu, adalah suatu perkara yang hak dan
benar. Maka pada ayat ini dan berikutnya, Allah menyebutkan pula tentang kisah rasul (a.s.)        
               Allah mengkisahkan cerita rasul tersebut bersama dengan umat masing-masing, tujuannya untuk mengalihkan perhatian Nabi Muhammad (s.a.w.) kepada mereka dan menjadi ingatan kepada Baginda serta penawar hatinya yang duka. Bahawa, bukanlah kaumnya sahaja yang bersikap menentang seruannya dan memusuhinya, bahkan kaum dan umat yang terdahulu daripadanya pun mempunyai sikap yang  sama seperti kaumnya. Iaitu, mereka sentiasa menentang dan memusuhi para nabi dan rasul yang datang menyeruhkan agama allah kepada mereka.
               Dengan mendengarkan kisah-kisah tersebut dapatlah nanti diketahui bahawa mereka yang mendustakan para rasul itu, akibatnya mendapat kerugian dan kecelakaan di dunia ini, sedang di akhirat pula menerima seksa yang amat  besar. Begitu pulalah hal orang-orang yang mendustakan Nabi Muhammad (s.a.w.), akibatnya akan sama seperti orang-ornag dahulu yang mendustakan para rasul.
                    Dan dengan menyebutkan kisah-kisah ini pula menjadilah ia bukti tentang benarnya kenabian Muhammad (s.a.w.). Kerana Nabi (s.a.w.) itu seorang yang ummiy, yang tidak tahu baca dan tulis, bahkan tidak pernah berguru dengan sesiap pun pada zamannya. Oleh sebab itu, manakala Baginda dapat menceritakan peristiwa para rasul dan umatnya pada zaman purbakala – iaitu suatu cerita yang benar-benar berlaku dan terjadi sehingga seorang pun tidak dapat menafikannya, nyatalah apa yang diceritakan oleh Baginda itu datangnya daripada Allah (S.W.T.) yang diwahyukan kepada Baginda.  
                    Masyarakat Islam berkeistimewaan dari segi emosi persaudaraan yang kukuh dan cinta yang mendalam di kalangan para penganutnya sekalipun mereka saling berjauhan negeri, dipisahkan oleh sempadan tanahair, berbeza bangsa serta kulit dan berbeza kedudukan serta status.
                    Allah s.w.t. telah menganugerahkan kepada umat Islam dengan nikmat persaudaraan dan keimanan. Firman Allah s.w.t. surah Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud (terjemahan)
                    “Ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan (zaman Jahiliyyah) maka  Allah menyatukan hati kamu, iaitu  menjadilah kamu bersaudara lantaran nikmat Allah.”
                    Seluruh masyarakat Islam yang benar tiada di dalamnya ruang  untuk perasaan kecemburuhan dan pertelingkahan antara kelas-kelas manusia. Tiada juga  di dalamnya ruang untuk  perasaan sombong dan diskriminasi antara bangsa dan warna kulit. Tiada ruang untuk perasaan fanatik terhadap sesuatu daerah negara Islam atau terhadap sesuatu kaum umat dari kalangan umat Islam atau terhadap kaum lain
yang  juga umat Islam. Tanahair bagi seseorang Muslim ialah negara Islam dan kaum Muslim adalah para penganut Islam.  

Friday, September 2, 2016

MEMBINA MASYARAKAT NADI PEMBANGUNAN UMMAT

 (Disiarkan pada 03. 09. 2016
               Hidup bersosial mementingkan kerjasama  yang erat antara sesama demi melahirkan sebuah masyarakat yang mendukung perasaan ukhuwah dan kasih sayang kerana Allah. Hidup adalah perjuangan dan pejuangan itu merupakan pengorbanan. Jika nak hidup berjaya semestinya ada pengorbanan dan pengorbanan itu hasil dari perjuangan yang merupakan kerja amal demi membina masyarakat.
               Tidak ada ibadah yang mudah tanpa perjuangan. Untuk menyempurnakan ibadat wajar dilandaskan dalam suasana keimanan dan ketakwaan kepada Allah kerana tanpa-Nya sukar ibadat itu membuahkan kemanfaatan kepada kehidupan seperti mana yang diinginkan. Setiap hari dalam pejalanan hidup semestinya diwarnai oleh suasana permasalahan maka itu  ibadat harus difikirkan sebagai tawakal kepada Allah s.w.t.
               Berkorban untuk hidup memerlukan ketabahan hati demi mendapat ilham dari Allah s.w.t. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pengorbanan itu merupakan tawakal untuk membuat perubahan kepada alam kehidupan. Kerana Allah tidak akan mengubah keadaan hidup sesuatu kaum kalau kaum itu sendiri tidak berkorban hendak mengubahnya, Surah Al-Raa’d ayat 13:11.
               Membina masyarakat merupakan antara ciri-ciri pengorbanan hidup demi melahirkan ukhuwah kemanusiaan. Dengan terbinanya masyarakat akan melahirkan perasaan kasih sayang kelak memudahkan perlaksanaan agenda pembangunan berlandaskan budaya tolong menolong antara sesama kelak mewujudkan tamadun kehidupan. Maka disitulah akan terlahir perasaan bahawa masalah saudaraku adalah masalahku dan kejayaan saudaraku adalah kejayaanku.
               Kemanisan hidup bermasyarakat akan wujud apabila setiap agenda pembangunan itu dilaksanakan dalam suasanan berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Tidak ada masalah yang sukar dilaksanakan dan tidak ada agenda yang dibina tidak dapat diselengarakan. Segala permasalahan pembangunan hidup disulami dengan niat dalam naluri berkerjasama seia sekata menerimanya sebagai pengorbanan bersama.
               Masyarakat Islam yang  bersaudaraan ialah masyarakat yang  bersatu dari segi akidah keimanan, syiar, ibadat, pemahaman, pemikiran, adab kesopanan, dorongan jiwa, kesusilaan, budaya sosial, nilai kemanusiaan dan asas-asas perundangannya.
               Ia juga bersatu dari segi matlamat-matlamatnya yang menghubungkan antara bumi dan langit, antara dunia dan Akhirat, antara makhluk dan Khaliq (Pencipta). Ia juga bersatu dari segi prinsip-prinsipnya yang menghubungkan antara teori dan praktil, yang menyeimbangkan antara unsur kekalan dan perubahan serta antara inspirasi warisan lama dan memanfaatkan kemajuan zaman.
               Ia juga bersatu dari segi  sumber-sumbernya yang menjadi punca kepada hidayahnya iaitu Al-Qur’an al-Karim dari hadith Nabawi. Satu juga dari segi idolanya yang agung yang menjadi ikutan terbaik, iaitulah Rasulullah s.a.w.. Masyarakat Islam adalah masyarakat yang beriman dengan Tuhan Yang Maha Esa, kitab yang satu, Rasul yang satu, menghadap ke arah qiblat yang satu dengan siar yang satu, berhukum dalam setiap perkara kepada syariat yang satu, dan kepercayaan yang satu iaitu kepada Allah, Rasul-Nya dan umat Islam. Kerana Allah ia berkasih, kerana Allah ia membenci, kerana Allah ia menghubungkan tali persaudaraan dan kerana Allah juga ia memutuskannya.
Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah al-Mujadilah ayat 58:22 yang bermaksud:
“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari akhirat saling berkasih kasihan dengan orang-orang yang menentang Allah dan  RasulNya, sekalipun orang-orang itu adalah bapa-bapa atau anak-anak atau saudara –saudara  atau pun keluarga mereka.”
Adalah tidak wajar Masyarakat Islam dipecakan oleh perkara-perkara yang dapat
memecakan masyarakat-masyarakat lain seperti kefanatikan kepada bangsa, warna tanahair, bahasa, darjat, aliran pemikiran atau sebagainya.
               Persaudaraan Islam adalah lebih tinggi daripada ‘asabiyyah biar apapun jenis dan namanya. Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai apa-apa  hubugan dengan ‘asabiyyah seperti mana sabda Baginda:
               Bukanlah dari kalangan kami orang yang menyeru ke arah ‘asabiyyah, bukan dari kalangan kami orang yang berperang atas dasar ‘asabiyyah dan bukan dari kalangan kami orang yang mati di atas dasar “asabiyyah”* (Diriwayatkan oleh Abu Daud  dan Jubair Ibn Math’am.)
               Al-Quran telah memberi peringatan tentang tipu daya orang-orang bukan Islam yang mengambil peluang untuk memecabelahkan kesatuan mereka sepertimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi yang cuba mencetuskan persengkitaan setelah mana Allah menyatupadukan mereka dalam Islam. Firman Allah dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 3:100-103 yang bermaksud:   
               “Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti kumpulan orang-orang yang Ahli kitab itu (Yahudi dan Nasrani) nescaya mereka mengembalikan kamu menjadi kafir sesudah kamu beriman. Bagaimanakah kamu kufur sedangkan ayat-ayat Allah (Al-Quran) dibaca kepada kamu dan dikalangan kamu ada pula Rasul-Nya (Muhammad)? Sesiapa yang berpegang dengan agama Allah sesungguhnya ia telah mendapat pimpinan ke jalan yang lurus. Hai orang-orang yang beriman! Takutlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takut, dan janganlah sekali-kali mati melainkan kamu di dalam Islam. Berpeganglah kamu sekalian  dengan tali (agama) Allah dan janganlah bercerai berai, dan ingatlah nikmat (kurnia) Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas kamu bermusuh-musuhan (dahulu), maka dipersatukan-Nya hati kamu menjadilah kamu bersaudara dengan sebab nikmat tersebut. Dan (ketika itu) kamu berada di tepi lobang neraka maka Allah selamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, mudah-mudahan kamu mendapat pertunjuk.”
               Sebab ayat ini diturunkan – mengikut riwayat Zaid bin Aslam – kerana adanya peris- tiwa kegemparan besar di antara orang Ansor. Iaitu orang-orang Yahudi (seperti Syasa bin Qois) cuba memecabelahkan persatuan dan kerukunan antara orang-orang Ansor Madina. Mereka itu telah membangkit-bangkit sejarah permusuhan dan peperangan kedua suku orang-orang Ansor yang terdiri dari suku al-Aus dan al-Khazraj yang terjadi kira-kira 120 tahun sebelum kebangkitan Nabi (s.a.w.) yang lalu. Kejadian membangkit-bangkitkan permusuhan antara suku tersebut telah menjadi kegemparan besar hampir mengakibatkan pertumpahan darah di antara orang-orang Ansor.
               Mujurlah Nabi (s.a.w.) dapat mereda dan menghilangkan sama sekali kemarahan yang sedang berkobar-kobar – terbit dari fitnah dan hasutan orang-orang Yahudi tersebut. Setelah mereka  dapat diinsafkan oleh Nabi (s.a.w.) dan sedar bahawa mereka sebenarnya telah diperdayakan oleh  hasutan musuh yang menjadi jiran mereka di Medinah itu, mereka pun masing-masing segera membuang senjata lalu berpeluk-pelukan sesama mereka sambil menangis dan menyesali kesilapan mereka.
               Itulah sebabnya diturunkan ayat ini yang maksudnya: Wahai orang–orang yang beriman, jika kamu mendengarkan segala hasutan dan fitnah yang dilakukan kepada kamu oleh orang-orang Yahudi itu, sedang kamu segera pula melayani tipu daya mereka, nescaya mereka akan mengambilkan kamu dari beriman menjadi kufur. Ketahuilah kekufuran itu  mengakibatkan kebinasaan di dunia dan di akhirat.
               Dalam ayat berikutnya merupakan pertanyaan Allah yang mengandungi ras kehairanan dan celaan iaitu ditujukan kepada sahabat-sahabat Nabi kaum Ansor dari suku al-aus dan Khazraj yang disebutkan kisahnya dalam huraian ayat yang lalu.
               Maksud ayat berikutnya:Apakah jalannya yang  menyebabkan kamu berlaku kufur padahal Quran selalu dibacakan kepada kamu oleh Rasul – utusan Allah – Quran yang mengandungi petunjuk-pertunjuk dan pengajarana yang masih segar lagi diturunkan dari langit, istemewa pula ada di samping utusan Allah iaitu Muhammad (s.a.w.) yang dapat menerangkan kepada kamu pengajaran-pengajaran itu dengan lebih terang dan jelas dan dapat pula dengan mudahnya kamu teladani dan ikut jejak langkahnya.
               Tidaklah seyogia kamu berpaling mengikut kata-kata orang-orang Yahudi itu bahkan semestinya kamu cemburu dengan segala tingkah laku mereka  yang mendatangkan syak dan
keraguan, kemudian menyampaikannya pula kepada  Rausullah (s.a.w.) agar dapat dihilang kan keraguan-keraguan tersebut daripadamu.
               Maksud “takut” pada ayat berikutnya di sini ialah dengan cara  mengerjakan segala suruhan yang wajib dan meninggalkan segala tegahan yang haram. Sesiapa bertakwa atau takut kepada Allah sekuasanya, bermakna takut dengan sebenar-benar takut. Berpegang teruslah kamu dengan agama Islam selama kamu hidup hingga ke mati dengan mentauhidkan Allah, menunaikan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
               Seterusnya  pada ayat berikutnya bermaksud berpeganglah kamu dengan isi  kitab Allah dan dengan perjanjian antara kamu dengan Allah kerana setiap manusia dahulunya telah pun menyaksikan adanya Allah dan berjanji untuk bersetia dengan-Nya. Juga dimaksudkan menyeru supaya kamu bersatu padu di antara satu dengan yang lain dengan penuh kemesraan pada mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan tali Allah di sini ialah agama-Nya yang menuju  ke jalan yang lurus. Dan dilarang kamu bercerai-berai, yakni jangan berselesi di antara kamu sesama Islam kelak membawa ke jalan yang sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh Allah.
               Si antara jalan-jalan perselisihan dan perpecahan ialah menubuhkan perkumpulan-perkumpulan atau parti-parti yang berdasarkan semangat berpuak-puak dan berpihak-pihak dan semangat taassubkan bangsa – masing-masing memandang sukunya atau bangsanya lebih daripada yang lain – dan masing-masing hendak mengalahkan lawannya seperti yang dibayangkan oleh Tuhan terhadap kalangan suku Aus dan suku Khazraj mahupun yang banyak kita saksikan berlaku di kalangan kita pada masa ini. Jalan yang membawa perpecahan tesebut hendaklah dijauhi.
               Sebelum kedatangan agama Islam kamu adalah suku-suku yang saling bermusuh-musuhan dan berbunuh-bunuhan, yang kuat menganiaya yang lemah dan yang kaya menindas yang miskin. Tetapi Allah telah mengurniakan nikmat-Nya dengan mendatangkan kepada kamu agama Islam. Disatukan-Nyalah hati kamu sehingga semuanya menjadi saudara yang amat mesra. Hinggalah orang-orang Ansor relah membahagi-bahagikan hartanya, rumahnya, sawah ladangnya dan lain-lainnya kepada saudara-saudara mereka orang-orang Muhajirin. Dan Allah padamkan api peperangan di antara suku Aus dengan Khazraj yang telah berterusan selama 120 tahun. Semua ini disebabkan kedatangan agama Islam sebagai nikmat Allah yang patut kamu ingati.
                    Kamu pada masa itu masih lagi dalam keadaan syirik disebabkan menyembah berhala dan menyekutukan Allah – seola-olanya kamu berada di tubir suatu jurang api neraka – yang hanya menanti ajal atau kematian kamu sahaja. Bila mati akan masuklah ke dalamnya. Tetapi  beruntunglah, sebelum  kamu mati  kamu telah diselamatkan oleh kedatangan Islam yang berdasakan tauhid dan menolak penyekutuan itu.
                    Setelah Allah jelaskan kepada kamu tentang apa yang tersembunyi di hati orang-orang Yahudi untuk menipu kamu, dan tentang hal-hal yang diperintahkan dan yang ditegahkan, begitu pula tentang keadaan kamu semasa jahiliah, yang berakhir  kemudiannya kamu menjadi orang, orang  yang memeluk agama Islam, maka bukti-bukti akan keterangan-keterangan tersebut adalah menunjukkan kelimpahan nikmat-Nya supaya kamu selamanya memperolehi petunjuk-Nya sehingga tidak lagi kembali berkeadaan di zaman jahiliah, berkeadaan perpecah-belah dan antara satu sama lain bermusuh-musuhan.
                    Firman Allah surah  Ali Imran ayat 3:104 yang bermaksud:
                    “Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru ke arah kebajikan, menyuru kepada yang makruf mencegah dari yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.”
                    Ini membuktikan kepada kita perkara yang menyatukan umat Islam serta menghimpun kan mereka ialah kewujudan manhaj yang satu yang menjadi  pegangan dan rujukan. Iaitulah di sini, tali dari Allah: Islam dan al-Quran. Begitu juga  dengan kewujudan risalah bersama yang menjadi tanggugjawab bersama dan menjadikannya sebagai tugas terpenting.Yang di
maksudkan di sini ialah menyeru ke arah kebaikan dengan melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
                    Tetapi apabila umat Islam tidak melaksanakan risalah ini, atau mengabaikan manhaj nya, maka jalan-jalan perpecahan akan mencerai-beraikan mereka ke kanan dan ke kiri. Syaitan-syaitan akan mengambil kesempatan untuk menarik  perhatian mereka ke arah timur dan barat. Perkara ini telah diingatkan oleh al-Quran, di dalam surah al-An’am ayat 6:153 yang bermaksud:
                    “Sesungguhnya ini jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain; kerana jalan-jalan tersebut akan mencerai-beraikan kamu dari  jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertaqwa.”

                    Kesatuan yang diwajibkan ke atas umat Islam tidak bererti menolak adanya kepelbagaian yang disebabkan adanya perbezaan suasana dan kebiasaan yang dipengaruhi oleh pelbagai jenis tamadun serta warisan ilmu pengetahuan yang beraneka macam. Ia adalah kepelbagaian dalam bingkai yang sama. Ia saling tak tumpah seperti  kepelbagian bakat, kecenderungan, pemikiran dan profesonial dalam satu keluarga atau seperti kepelbagaian bunga-bungaan atau buah-buahan di dalam taman yang sama.