Friday, October 28, 2016

KASIH SAYANG NADI TRANSFORMASI PEMBANGUNAN

 (Disiarkan pada 28. 10. 2016)
               Fitrah adalah sifat semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah dalam diri setiap insan. Salah satu fitrah manusia itu ialah  inginkan hidup berpasang-pasangan. Memang fitrah manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain terutamanya pada ahli keluarga sendiri. Kasih sayang adalah fitrah dari Allah s.w.t. yang mewujudkan manusia. Sifat Allah Maha pengasih dan Maha Penyayang, maka makhluk manusia, ciptaanNya dibekalkan fitrah Kasih sayang. 
               Kasih sayang adalah fitrah dari Allah s.w.t. kepada manusia untuk melahirkan ukhuwah  kemanusiaan sebagai landasan dalam membudayakan  hidup bermasyarakat. Manusia adalah makhluk bersosial. Ia inginkan teman dalam hidup, tanpanya hidup ini kurang menyeronokkan. Perasaan menyeronokkanlah  satu elemen yang membentuk pembangunan manusia atau yang biasa diunggkapkan: Kasih sayang  nadi  transfomasi pembangunan.
               Kita membangun kerana kehadiran orang lain. Jika kita  hidup seorangan di dunia sukar hendak mewujudkan pembangunan maka itu adanya orang lain maka naluri atau fitrah ingin membangun sentiasa ada. Kasih sayang merupakan pemangkin manusia untuk mewujudkan pembangunan, kerana perubahan pada kehidupan itu sebenar adalah pemba- ngunan.
               Untuk melahirkankan kasih sayang kita perlukan sesuatu elemen dalam diri setiap individu sebagai pemangkin untuk mendapatkan sesuatu yang menyerikan atau membahagia kan. Elemen itu dikenali sebagai ilmu pada kehidupan seseorang. Dengan adanya ilmu, pembangunan akan wujud dalam kehidupan bertamadun.
Ilmu adalah kedatangan sesuatu makna mengikut pandangan  Mohammad Naqib Al-Attas. Ilmu berasal dari Allah datangnya makna sesuatu ke dalam jiwa pencari ilmu. Gedung ilmu adalah dalam sistem pendidikan. Sistem Pendidikan Malaysia berasalkan penyataan matlamat dalam Penyata Razak (1956), yang dikembangkan dalam Penyata Rahman Talib (1960), dan diperluaskan dalam Penyata Mahathir (1979). Falsafah tersebut kini diungkapkan seperti berikut;
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan  berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” (1988)   
Nadi falsafah tersebut berlandaskan kasih sayang setiap insan berdasarkan keper- cayaan kepada Tuhan yang melengkapkan manusia ciri-ciri yang seimbang dan harmonis demi melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan,  berketerampilan dan berakhlak mulia untuk mencapai kesejahteraan hidup. Ilmu itu adalah datang dari Allah maka kasih sayang kepada Allah menjadi agenda utama dalam hidup setiap insan menuju kecemerlangan pemba- ngunan.
Ilmu  yang diperolehi dari Allah dijadikan agen pembangunan tamadun kehidupan. Manusia yang mengembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intrelek, rohani, emosi, dan jasmani yang dibalut dengan kasih sayang kepada Allah kelak melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap pembangunan negara.   
Sumber ilmu adalah al-Quran maka itu setiap insan yang telah hafiz al-Quran, kasih sayang Allah sentiasa bertemankan hidup mereka terutama sekali dalam usaha menuntut ilmu pengetahuan. Mereka yang hafiz al-Quran menjadi jaminan untuknya masuk syurga. Seorang jemaah masjid At-Taqwa Keningau Pedalaman atas Sabah, yang berkhidmat sebagai Pegawai Kraf Tangan Sabah di Keningau berkata, bahawa anak-anak pelajar yang menuntut di sekolah pondok  di negeri Kelantan rata-rata semuanya hafiz al-Quran maka  prestasi mereka dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia semuanya mencapai kecemerlangan dengan mendapat 9A.
Mengikut beliau, apabila ditanya pemimpin sekolah Pondok berkenaan, mengenai pembelajaran mereka khusus dalam menyediakan diri untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka tidaklah begitu gigih belajar tetapi hanya membaca sekali sahaja dengan panduan guru yang mengajar memadailah kerana jiwa mereka jelas dan bersih sentiasa kasihkan Allah. Ilmu Allah dalam al-Quran menyucikan jiwa mereka dan membina mereka sebagai insan yang sentiasa disayangi Allah. Hidup orang yang hafiz  al-Quran sentiasa dimudahkan Allah maka menuntut ilmu menjadi mudah bagi mereka memahaminya.
Menghafal al-Quran adalah satu usaha yang sempurna dan Allah sentiasa kasihkan mukmin berkenaan. Allah membersihkan hatinya dan menerangkan fikirannya, sehingga tidak  ada yang kita takut kecuali Allah dan segala puji itu bagi-Nya semata. Firman Allah dalam surah Al-Bayyinah ayat 98:8 yang bemaksud (terjemahan)
“Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanay. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.”
Takut kepada Allah akan melahirkan semangat keberanian kepada manusia iaitu salah satu sifat yang baik yang patut mereka miliki. Seseorang yang takutkan Allah akan menyata kan pendapatnya secara terus terang dan benar, walaupun dimarahi oleh pemerintah. Ia juga enggan mengerjakan sesuatu yang ia berpendapat pekerjaan itu tidak betul walaupun keengganannya itu tidak menyenangkan ramai orang. Al-Quran membimbing orang-orang mukmin supaya bersifat seperti ini. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 3:175 yang bermaksud: (terjemahan)
“Yang demikian itu hanyalah Syaitan yang mempertakutkan kamu dengan anak-anak buahnya. Oleh sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka, dan takutlah kepada-Ku sekiranya kamu orang-orang yang beriman.”    
Janganlah kamu takut kepada syaitan dan janganlah hiraukan kata-kata mereka, bahkan yang selayaknya kamu takut ialah Allah jua, kerana Allah itu pemimpin kamu. Hanya dengan sebab kamu takutkan Allah – tiada berani menyalahi-Nya – itulah tandanya kamu beriman.
Sesungguhnya takut kepada Allah yang disertakan dengan harapan memberi kesan yang paling kuat ke atas perbuatan manusia. Ia mendidik hati manusia dan menjadikannya individu yang baik dalam masyarakat manusia. Takut kepada Allah akan timbul perasaan kasih sayang kepada Allah kerana kita tahu bahawa dengan Allah bersama kita tidak ada kemoderatan dalam perjalanan hidup di dunia.
Ukhuwah dan kasih sayang melahirkan tamadun. Allah wujudkan manusia di dunia ini untuk beribadat  dan melaksanakan perjuangan hidup kerana Allah. Perjuangan sebenarnya  ialah menuju kepada ke pangkuan Allah s.w.t. iaitu ke mercu perjumpaannya dengan membawa bermaca-macam wadah perjuangan untuk dipersembahkan kepadanya. Firman Allah dalam surah Al-Insyiqaq ayat 84:6 yang bermaksud: (terjemahan)
“Wahai manusia sesungguhnya engkau berkerja keras menuju kepada Tuhanmu, maka pasti engkau akan menemui-Nya.”
Ayat ini menceritakan bahawa manusia di dunia ini baik disedari atau tidak adalah dalam rangka perjalanan menuju kepada Tuhan dan walau bagaimanapun dia pasti akan menemui Tuhannya, untuk menerima pembalasan dari perbuatannya sama ada baik atau sebaliknya.
Allah s.w.t. dengan jelas telah menegaskan kepada manusia bahawa hidup di dunia ini pasti menghadapi berbagai rintangan, cubaan dan dugaan yang hebat sebelum manusia dapat berjumpa dengan-Nya demi menilai perjuangan manusia tersebut. Ini selaras dengan saranan Tuhan yang menjelaskan dunia ini adalah medan perjuangan hidup manusia bagi mencari kurniaan Allah s.w.t. sebelum manusia ditemukan denganTuhannya.
Dalam menempuhi gelombang perjuangan hidup ini manusia menghadapi keadaan iaitu berjaya atau gagal. Kejayaan itu adalah rahmat dari Allah tetapi kegagalan merupakan  usaha syaitan memesongkan usaha manusia. Setiap kejayaan itu pula melahirkan dua fenomena di mana membuatkan dia bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnianya atau sebaliknya menimbulkan perasaan takbur dan lupa daratan.
Begitu juga dengan kegagalan yang dihadapi oleh manusia akan mencetuskan dua keadaan (sekuansi) pula iaitu sama ada dia putus asa atau frustasi terhadap perjuangannya atau sebaliknya, dia lebih meningkatkan lagi usahanya untuk melancarkan perjuangan baru berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka dari perjuangan yang telah lalu.
Masa yang diizinkan kepadanya dipenuhi dengan berbuat bakti kepada Allah s.w.t. dan berjasa kepada masyarakat yang diharapkan ialah untuk cepat-cepat bertemu  dan melaporkan perjuangan itu kepada Tuhan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Barang siapa yang suka bertemu dengan Tuhan, Tuhan pun suka berjumpa dengannya dan sebaliknya barang siapa yang tidak mahu bertemu dengan Tuhan (benci), Tuhan pun benci untuk bertemu muka denganya.”
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Insyiqaq ayat 19 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Sesungguhnya kamu melalui tingkat (dalam kehidupan ini.”
Manusia akan menempuhi proses kehidupan ini melalui beberapa peringkat dari, setitis mani hingga dilahirkan kemudian melalui masa kanak-kanak, remaja hingga dewasa dari hidup menjadi mati kemudian dibangkitkan kembali.
Dalam menangani perjuangan hidup pasti kita berhadapan dengan dua keadaan. Setiap manusia dibekalkan Allah dengan iman, semangat (tawakkal) dan hati di mana letaknya perasaan kasih sayang terhadap ibadah yang kita hendak laksanakan. Ibadat  yang sedang kita laksanakan sepatutnya kita mempunyai perasaan untuk berjaya maka itu pemikiran kita wajar ada bersama Allah maka timbullah kepastian bahawa bertawakal kepada Allah sentiasa mendapat keredaan-Nya.
Namun jika kita alpa tidak mengingati Allah dan memfokoskan ibadat itu semata-mata  kerana kesoronakan dunia maka di situlah peranan iblis dan syaitan datang mengganggu usaha kita yang akan menempuhi kegagalan. Iblis dan syaitan telah berjaya mengangkat benderanya mengikhtiarkan kejayaannya memporak porandakan manusia.   
Proses perubahan inilah yang dinamakan oleh Allah s.w.t. sebagai tingkatan atau peringkat hidup. Perubahan ini adalah wajar dan terjadi di mana-mana. Namun tidak ramai orang yang menyedarinya bahkan ada yang seolah-olah bertahan pada satu tingkat perubahan itu terutama bagi mereka yang sedang mengalami dan menghadapi kelemahan atau sudah beransur tua, tubuh badan ataupun pemikiran dan kerohanian serta kemampuan dalam sesuatu bidang.
Allah s.w.t. menggambarkan peringkat atau proses yang mesti ditempuhi atau dilalui oleh setiap seorang manusia seperti firman Allah  dalam surah Al-Mukminun ayat 23:12 – 16 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati air mani (yang tersimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim) kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang lalu tulang belulang itu Kami bungkuskan dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk lain) maka Maha suci Allah pencipta yang paling baik. Kemudian sesudah  itu sesungguhnya kamu sekalian pasti mati. Kemudian sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kubur)  di hari kiamat.”  
Mengikut ilmu psikologi peringkat umur yang dilalui oelh manusia bolehlah dibahagikan kepada beberapa peingkat:
(a) Peringkat sebelum dilahirkan. Lama mas peringkat ini ialah kira-kira 9 bulan.
(b) Peringkat umur buaian – masa bayi itu lahir ke dunia – masa menyusu  hingga
      tahun kedua.
(c) Peringkat kanak-kanak – peringkat kesuburan
(d) Peringkat remaja mula dari umur 12 – 8 tahun
(e) Peringkat muda belia dri umu 18 – 24 tahun
(f) Peringkat keibu-bapaan iaitu perinkat bersuami atau beristeri dan beranak pinak.
(g) Peringkat tua biasanya  antara umur 56 – 70 tahun.

Dalam semua peringkat tersebut kasih sayang sentiasa bersama hidup mereka dan fitrah inilah menjadikan manusia membangun dalam kehidupannya. Kasih sayanglah yang menjadikan manusia sentiasa bersatu padu dalam melahirkan pembangunan dalam hidupnya.                                                                                                                                                                                                                                            

Friday, October 21, 2016

PERPADUAN WAWASAN HIDUP MANUSIA

 (Disiarkan pada 21. 10. 216)
Mengikut kamus Dewan edisi keempat, wawasan merupakan pandangan jauh terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan; bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara. Negara Malaysia sebagai contoh telah menyediakan berbagai strategi untuk pembangunan rakyat dan negaranya. Membina masa depan negara yang cerah dan maju, berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara lain yang maju di dunia, satu wawasan telah disediakan yang dikenali sebagai Wawasan 2020.
               Wawasan 2020 Malaysia telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menterinya Tun Dr. Mahathir Muhammad. Agenda tersebut memerlukan nadi perjuangannya  berpaksi kepada perpaduan negara demi mencapai cita-cita yang dimuatkan dalam agenda pembangunan. Merealisasikan pembangunan yang mapan dan menyeluruh, kena mula dengan Perubahan sikap di kalangan rakyat Malaysia bergerak ke arah suatu yang inovatif, berfikiran terbuka dan global.
               Membina sesebuah negara kita kena menghadapai berbagai cabaran yang mana cabaran itu menjadi agenda penting dalam mengubah persepsi pemikiran rakyat menuju ke era pembangunan moden. Ada sembilan cabaran yang telah digariskan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia dalam kertas kerjanya yang mesti diatasi oleh rakyat. Secara ringkasnya segala cabaran adalah seperti berikut:
               1.  Cabaran untuk mewujudkan Bangsa Malaysia bersatu yang dapat hidup dengan aman dan bahagia dan sentiasa taat setia kepada negara Malaysia.
               2.  Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dan penuh keyakinan diri dan sentiasa pula sanggup menghadapi cabaran demi menuju  kecemerlangan yang akan dihormati oleh negara luar.
               3.  Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang demokratik supaya menjadi model kepada negara luar.
               4.  Cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral tinggi berpegang kepada nilai murni yang berlandaskan agama.
               5.  Cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang toleran, dapat menerima hakikat yang negara mengandungi berbagai kaum yang menganuti berbagai-bagai agama.
               6.  Cabaran untuk melahirkan sebuah masyarakat saintifik, progresif, inovetif dan berpandangan jauh kemudiannya menjadi penyambung kepada peradaban teknologi dan bukan sebagai pengguna teknologi.
               7.  Cabaran untuk mewujudkan masyarakat penyayang yang merupakan pasak kepada  sistem berkeluarga.
               8. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat adil yang sedar tentang keperluan pembangunan hasil negara secara adil yang boleh dipraktikkan melalui perkongsian dalam pembangunan ekonomi di samping menghapuskan fahaman dan prasangka yang mengaitkan  sesuatu sektor ekonomi dengan sesuatu kaum tertentu.
               9.  Cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang dapat dicapai melalui kegiatan ekonomi yang competitive, dinamik, robust dan resilent.
               Secara umumnya menampakkan bahawa negara yang diimpikan oleh Perdana Menteri nanti ialah sebuah negara yang seolah-olah tidak lagi mempunyai berbilang kaum, tetapi hanya satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Hasrat yang sebegini mungkinlah asing dan ‘absurd’ bagi rakyat Malaysia yang hidup 20 tahun yang lampau tetapi bagi masyarakat kini, ia sudah merupakan satu kemungkinan besar. Kalau kita yakin bahawa satu bangsa  boleh menyatukan kaum dan telah terbukti mampu berbuat demikian, maka kerajaan hendaklah memperteguhkan elemen itu, walaupun menghadapi berbagai rintangan. Yakinkan rakyat yang cuba menentang bahawa perubahan yang dikenakan adalah untuk kebaikan dan bukan kehancuran.             
Di segi penyediaan sumber manusia, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh,  penambahan beberapa universiti dalam negara dan penghantaran beramai-ramai pelajar menuntut di luar negara adalah langkah positif ke arah itu. Lapangan Pendidikanlah yang menjadi kejayaan terbesar kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru. Usaha gigih ini telah menampakkan kesannya pada hari ini dan pada hari akan datang. Benih yang ditanam beberapa tahun lampau kini mula menampakkan hasilnya. Cuma yang perlu dilakukan kini, ialah pembentukan nilai dan penyemaian semangat agar golongan ini dapat memberi sumbangan dalam erti kata yang sebenar kepada negara.
               Suatu yang agak menarik mengenai Wawasan 2020 ialah persediaan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan, khususnya ketika diterajui oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anuar Ibrahim. Pada zaman pentadbiran beliaulah berbagai dasar yang inovasi dikemukakan disamping mengetengahkan berbagai ungkapan seperti ‘Falsafah Pendidikan’, ‘Pembakuan Bahasa’, ‘Kempen kebersihan  di Sekolah’, ‘Insan Kamil’, Pembelajaran Bahasa Asing’, ‘Kemahiran Manipulatif’ dan lain-lain lagi.
Kurikulum Bersepadu sekolah menengah jelas bertujuan ke arah melahirkan pelajar untuk mengisi masa depan negara. Yang pentingnya ialah fungsi agama yang kelak  menunjangi setia tindak tanduk individu terpelajar itu pada akhir muka. Rencana berjudul, Cabaran Pendidikan telah memaparkan segala-galanya. Seolah-olah ada semacam satu betuk persefahaman ketika sesuatu dasar pendidikan diumumkan. Misalnya Falsafah Pendidikan Negara adalah merupakan ara tuju kepada tahun 2020.
               Berhubung keajaiban ekonomi di negara yang miskin di segi sumber semula jadi, adalah jelas bahawa sumber utama mana-mana negara ialah bakat, kemahiran, kepakaran dan semangat rakyat. Apa yang kita ada dalam kepala kita, pada tulang empat kerat dan dalam hati pada tulang empat kerat dan dalam hati kita adalah lebih penting daripada apa yang kita ada di bawah tapak kaki dan sekeliling kita. Rakyat itu adalah sumber paling  utama. Tanpa ragu-ragu lagi penekanan  sepenuh mungkin kepada pembangunan  sumber utama ini. (Dipetik daripada “Malaysia: The way forward”).
               Akta Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara adalah dua elemen yang telah menunjangi mantap tidaknya persediaan menghadapi kurun ke 21. Kelengkapan Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan yang menjadi pasak  akta Pendidikan amat jelas fungsinya sebagai nandi yang akan mengukuh perlaksanaan Wawasan 2020. Falsafah pendidikan diungkapkan seperti berikut, “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis di segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketarampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan  berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta  memberikan sumbangan terhadap kehar monian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
               Dalam satu temurama yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan majalah Newsweek, beliau telah meramalkan tentang Malaysia pada tahun 2020. Katanya, “We feel that by then, there will be less emphasis on race. The Malays will gain more confidence. They will be  able to compete better. There will be more profesionals. The nonindigeneous people (predminant Chinese) would understand the need to accommodate to work together. Those who cannot accomodate (will find) this is not good society for them...”(Newsweek may 2, 1988)
               Apa yang diucapkan oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 1988 itu seolah-olah sudah dekat dengan kenyataan melihatkan kepada perkembangan  yang ada pada hari ini, yang berkaitan dengan kedudukan orang Melayu yang sudah mula peka dan bergiat dalam bidang-bidang yang sebelum ini diterokai. Mungkin berasas kepada keadaan demikian jugalah agaknya maka Perdana Mentri yakin yang wawasan 2020 dapat dipenuhi.
               Masyarakat Malaysia menjelang tahun 2020 adalah bersendikan kepada nilai-nilai baik. Konsep penerapan nilai murni ke dalam jiwa masyarakat Malaysia masih merupakan satu kesinambungan kepada hala cara yang ditentukan pada awal  pentadbiran beliau pada awal tahun 80-an dulu. Dasar penerapan nilai-nilai Islam itu adalah juga penerapan nilai-nilai yang baik. Dengan jelas menampakkan tentang harapan Perdana Menteri agar wujud satu keadaan masyarakat yang unik berbanding dengan masyarakat lain di dunia yang telah menempuh zaman yang dikatakan moden. Walaupun kita  mengejar kemajuan dalam bidang ekonomi namun pegangan kita kepada nilai-nilai murni sesuai dengan budaya kita masih tetap disokong.
               Wujudnya masyarakat yang hidup harmoni memerlukan perasaan toleransi di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Keadaan sebegini telah wujud dan perlu dipupuk dan dibaja. Tidak timbul sebarang pertelingkahan di antara penganut agama di negara ini walaupun masing-masing menganut agama yang berlaianan.
               Sudah wujud satu keadaan toleransi di antara satu dengan lain. Dari segi agama, boleh dikatakan Malaysia telah berjaya mencipta satu suasana yang harmoni di antara kaum. Perayaan agama dirayakan oleh semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum. Inilah harapan dan matlamat yang ingin dituju.
               Cabaran keenam yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mewujudkan satu masya rakat yang saintifik dan innovatif. Ini merupakan satu harapan yang tidak pernah difikir dan dilahirkan dalam zaman Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak pernah juga menyarankan keadaan demikian tetapi masyarakat pada ketika itu  sangat tebal dengan berbagai fahaman yang lebih cendong kepada arah yang negatif.
               Prasangka  bahawa  orang Melayu  lemah dalam mata pelajaran Sains dan Metametik dapat dipecakan dengan terbinanya puluhan  Sekolah Menengah Sains dan  penghantaran ribuan pelajar ke pusat pengajian tinggi yang mengambil jurusan sains. Dengan demikian mengharapkan wujudnya satu masyarakat saintifik dan inovatif pada tahun 2020 bukan merupakan suatu yang mustahil.
               Perdana Menteri menyebut juga tentang program ‘national human resource development’. Negara-negara  yang dianggap sebagai negara baru  perindustrian telah memberikan penekanan kepada bidang pembangunan sumber insan. Sepertimana kita ketahui bahawa kemajuan Singapura, Hong Kong, Korea Selatan misalnya tidak bergantung kepada sumber alam seperti bijih, getah atau minyak tetapi bergantung kepada keupayan dan kebolehan rakyatnya mengembelingkan setiap peluang ekonomi yang berada di hadapan mereka. Dan Malaysia juga akan bergerak dengan lebih pantas ke arah itu. Strategi ekonomi yang mengharapkan kepada sumber alam semata-mata telah jelas tidak membawa kemajuan
Negara sebagaimana yang diharpkan.
               Telah sekian lama biji dan getah merupakan hasil ekonomi utama kita. Ini ditambah pula dengan keluaran hasil minyak. Namun negara kita masih tidak maju seperti yang dijangkakan sehingga strategi mempelbagaikan pengeluaran bahan mentah pertanian diperkenalkan oleh Tun Razak. Strategi itu rupanya hanya sesuai untuk zaman itu.
               Dengan demikian maka apabila Dr. Mahathir menerajui negara, satu strategi yang lebih mantap perlu diperkenalkan. Kini startegi mempelbagaikan pengeluaran barang-barang industri pula diperkenalkan.
               Perlu difahami juga bahawa arah tuju ekonomi negara sehingga tahun 2020 ialah kita akan keluar dari obit yang dipanggil “industrialisasi” dan akan bergerak menuju ke satu era  yang dinamakan “Post industrial stage”. Inilah sebenarnya matlamat kita pada tahun 2020, dan untuk menuju ke arah itu, Perdana Menteri telah menggariskan  tentang perlunya masalah ‘narrow manufacturing base’ diselesaikan dengan segera.
               Misalnya pada tahun 1988, 63% daripada  jumlah eksport barangan siap kita datang daripada industri elektrikal, elektronik dan tekstil. Barangan elektronik sahaja merupakan
50% daripada keseluruhan eksport barangan siap. Dengan itu perlu dipelbagikan.
               Satu lagi bidang kegiatan ekonomi yang diambil perhatian tetapi kurang dipedulikan ialah tentang teknologi tradisional yang sebahagian besar diusahakan oleh Bumiputra. Ini juga merupakan strategi yang akan digunakan memajukan  SMI (Industri  kecil dan sederhana) yang akan menghasilkan banyak peluang pekerjan kepada rakyat khususnya masyarakat Melayu.
               Semenjak tahun 1981 lagi Dr, Mahathur telah beberapa kali menegaskan tentang usaha yang gigih untuk memajukan Bumiputra. Masalah Bumiputra  bukanlah diserahkan kepada kerajaan semata tetapi melalui dayausaha Bumiputra sendiri dengan cara meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.

               Dalam usaha memajukan sumber manusia, harus diberi perhatian bahawa separuh daripada penduduk yang tinggal dalam negara ini iaitu Bumiputra. Maka itu masyarakat Bumiputra mestilah memainkan peranannya yang sebenar dalam mencapai matlamat nasional. Adalah tidak mungkin sebarang negara di dunia ini mencapai kemajuan sepenuhnya dengan hanya bergantung kepada kemampuan separuh daripada penduduknya.

Friday, October 14, 2016

NALURI MANUSIA CINTAKAN UMAT

 (Disiarkan pada 14. 10. 2016)
               Naluri manusia  berpangkal daripada hati yang berperanan sebagai rasul dalam diri manusia. Naluri, mengikut kamus dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke empat memberi makna desakan hati untuk melaksanakan sesuatu; tabiat semula jadi. Manusia diciptakan Allah swt lengkap dengan berbagai fitrah demi menangani hidup bertamadun dan bersepadu.
               Antara fitrah yang membina keunggulan hidup sebagai insan ialah mempunyai naluri untuk pembangunan bersepadu. Manusia secara fitrah sentiasa cintakan umat kerana  kehadi rannyalah membuat hidup ini menyeronokan. Sejak kehidupan manusia pertama, telah menunjukkan hidup seorangan tidak mendatangkan kebahagian.
               Nabi Adam a.s. sebagai makhluk manusia yang pertama wujud di syurga dengan segala fasiliti hidupnya tersedia tidak merasa kelezatan hidup tanpa teman maka Allah ciptakan Siti Hawa sebagai temannya. Maka mulai dari situlah manusia mempunyi naluri cintakan umat demi melahirkan kebahagian hidupnya.
               Pertanyaan timbul apakah itu cinta? Mengikut kamus dewan Bahasa dan Pustaka, memberi tafsiran sebagai perasaan atau berperasaan sangat kepada negara, orang tua, kebebasan dan lain-lain. Walaupun cintanya kepada keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobuh. Perasaan atau berperasaan sangat berahi asyik, kasih, sayang antara lelaki dan perempuan. Cinta kepada  suaminya masih tinggal bersarang dalam hati.
               Cinta kepada perempuan atau sebaliknya mempunyai makna yang sangat mendalam. Perempuan asal usulnya ialah dari lelaki iaitu tulang rusuk Nabi Adam atas kekuasaan Allah s.w.t. maka jadilah Siti Hawa sebagai teman hidup Adam di Syurga. Maka itu cinta perempuan terhadap lelaki  adalah atas sebab asalnya kepunyaan Adam, maka ia (perempuan) ingin nak kembali kepada asalnya. Manakala lelaki pula cintanya kepada perempuan  atas dasar lelaki nak ingin mengambil balik (tulang rusuk) kepunyaannya. Maka timbullah naluri terhadap satu dengan yang lain yang dikenali sebagai cinta.
               Cinta merupakan sesuatu fenomena yang membolehkan manusia menginginkan untuk menjadi agen pembiakan. Cinta adalah kesepaduan jiwa antara lelaki dan perempuan yang akan melahirkan kasih sayang sebagai faktor untuk pembangunan umat. Manusia diwujudkan untuk membiak dan menjadi khalifah Allah di alam dunia, kelak membentuk masyarakat demi kelahiran tamadun.
               Naluri cintanya kepada umat merupakan satu fitrah Allah s.w.t.. Setiap umat semesti nya mempunyai fitrah yang ia akan mencintai umat terutama sekali kepada jantina yang berlainan dengannya seperti lelaki rasa cinta kepada perempuan dan perempuan rasa cinta kepada lelaki. Walau bagaimanapun fenomena serupa ini adalah atas kekuasaan Allah untuk menciptanya. Maka itu jika kita cinta kepada ciptaan Allah s.w.t. wajar manusia cinta kepada Zat yang menciptakan fenomena tersebut.
               Iman dan takwa yang hidup subur pada diri seorang akan berbuah. Buah iman dan takwa itu banyak sekali, dan terus menerus sepanjang masa, tidak bermusim seperti mangga atau durian, sehingga buahnya di musim susah ialah kesabaran, di musim senang dan beruntung ialah kesyukuran, di musim perang dan kekacauan ialah ketenangan, di kala bersalah ialah ampunan dan taubat. Buahnya yang terus ada di segala musim ialah bahagia dan puas hati. Dan buahnya yang paling tinggi kedudukannya, ialah timbulnya perasaan ‘cinta’ terhadap Allah.
               Bila seorang hamba sudah berhasil mendapatkan rasa cinta terhadap Allah, berubahlah dunia dan segala isinya dalam pandangan hidupnya. Bayangkan bagaimana indahnya perasan seorang pemuda mendapatkan kekasih sejantung hati dan bagaimana bahagia dan lega hatinya bila berada di samping kekasihnya itu.
               Cinta seorang lelaki terhadap wanita atau cinta  seorang suami terhadap isterinya
adalah hanya cita kecil, sedang cinta seorang hamba yang iman dan takwa terhadap Tuhannya adalah cinta kaliber berat, cinta teragung dan tertinggi, serta terindah, melebih segala cinta. Dia merasa dirinya selalu di samping Tuhan yang dicintainya. Tuhan Yang Maha  Gagah Perkasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Kaya.
               Bila orang sudah merasa cinta kepada Allah dan merasa diri selalu di samping Tuhan nya, tak satu perkara lagi yang dikhawatirkannya dalam hidup atau sesudah mati. Ta’ takut miskin atau melarat, ta’ takut musuh siapa pun, ta’ takut ditangkap atau diculik, dan ta’ takut ditahan atau dipenjara. Di mana saja dia berada. Dia di samping Tuhannya.
               Sebab itu orang yang telah mengenal akan Tuhannya, sesudah iman dan takwa (menja- lankan  segala ibadat dan perintah Allah) ia berjuang untuk mendapatkan rasa cinta terhadap Tuhan. Tinggi gunung akan didakinya, dalam jurang akan dituruninya, samudera luas akan diselaminya dan  direnanginya, jalan apa saja akan ditempuhinya sekali pun penuh onak dan duri. Ia akan merasa keringat  berhabis tenaga, sekalipun akan mengorbankan seluruh harta atau jiwanya untuk memperoleh cinta terhadap Tuhan, dan agar ia dicintai oleh Tuhan.
               Ke arah itulah ditujukan perjuangan tiap-tiap seorang yang beriman dan takwa itu. Umur panjang atau pendek, hidup susah atau senang, orang benci atau suka, tidak menjadi persoalan dalam hidupnya, tidak menjadi halangan dalam perjuangan hidupnya. 
               Cina adalah perasaan. Perasaan itu tak dapat dilihat oleh mata. Semua orang mungkin saja merasa mencintai Allah, sehingga dengan mudah sekali dapat berkata: “Aku cinta akan Allah; si Anu dicintai oleh Allah”. Agar manusia jangan  dapat dibohongi oleh perasaanya sendiri, maka di dalam berbagai-bagai ayat dan hadis, Allah dan Rasulnya menerangkan tanda-tanda kecintaan manusia terhadap Allah. Perhatikanlah ayat-ayat dan  hadis tersebut di bawah ini.        
               Pernah sekelompok manusia di zaman Rasulullah saw. sama-sama berkata cinta terhadap Allah, lalu turunlah ayat tersebut di bawah ini. Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 3:31 dan 32 yang bermaksud:
               “Katakanlah ya Muhammad! Jika kamu cinta akan Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allahlah Maha Pengampun lagi Penyayang.”
               Allah menyuruh Rasul-Nya untuk mengatakan “Saya ini adalah  pesuruh Allah yang menyeru kamu kepada Allah, jika sekiranya kamu mengasihi Allah ikutlah saya patuhilah suruhan saya, nescaya Allah mengasihi pula akan kamu dan reda kepada kamu.
               Maksud “mengasihi Allah” di sini ialah, mentaati Allah dan gemar berbuat amal yang boleh mendekatkan diri kepada-Nya. Kerana dengan mengasihi Allah secara demikianlah seseorang baru dapat mengikuti Rasul-Nya. Allah Maha Pengampun lagi Penyayang kepada orang yang mengasihi-Nya dengan jalan mentaati-Nya.
               Ayat 32 dalam surah yang sama yang bermaksud (terjemahan)
               “Katakanlah: Hendaklah kamu taati Allah dan Rasul. Maka sekiranya kamu berpaling, sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang yang kafir”.
               Katakanlah kepada  mereka ya Muhammad! Hendaklah kamu taati Allah dengan mengikuti suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya, serta taatilah Rasul-Nya  dengan mencontohi teladannya dan berjalan di atas petunjuk dan ajarannya.
               Ayat ini mengisyaratkan, bahawa Allah menyuruh manusia mengikuti Muhammad kerana utusan-Nya, bukan seperti mengikut apa yang didakwakan oleh orang-orang Nasrani terrhadap Nabi Isa itu. Jika mereka enggan menerima suruanmu disebabakan terpedaya  oleh dakwaan yang mengatakan “mereka adalah anak-anak Allah dan kekasih-Nya” maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada  orang-oramg yang  kafir yang  telah dipesongkan oleh  nafsu mereka daripada memperhatikan benar-benar akan ayat-ayat Allah itu.
               Allah telah menerangkan bahawa agama yang hak ialah Islam dan Tauhid, dan diterangkan-Nya bahawa adanya pertelingkahan di kalangan orang-orang Ahli Kitab itu
kerana mereka hasad, dan bahawasanya kejayaan serta kemenangan  itu hanyalah diperolehi dengan  mengikuti Rasul-Nya yang menjadi pilihan Allah, yang ditugaskan menjadi pesuruh-Nya untuk memberi penerangan kepada manusia dan mengajar bagaimana cara-cara mengasihi Allah itu, iaitu dengan beriman kepada-Nya, patuh dengan perintah-Nya dan beramal dengan amalan yang diredai-Nya.
               Mereka yang telah dipilih oleh Allah itu ialah, sebagai mana yang disebutkan pada ayat 33 surah yang sama yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran di antara segala orang-orang di dalam alam”.
               Allah telah memilih mereka sebagai pati dari segala penduduk, kerana  merekalah orang-orang yang menyandang pangkat Nabi dengan tugas seruan (risalah), yang dimulakan dengan Nabi Adam (a.s.) iaitu bapa segala manusia, yang dari keturunannya terbit para Nabi dan Rasaul-Nya.
               Kedua Nabi Nuh (a.s.) iaitu bapa manusia yang kedua. Kerana pada zamannya telah berlaku taufan yang kencang dan bah yang besar yang memusnahkan semua keturunan manusia hanya dia dan ahli-ahlinya yang taat terselamat berada di atas bahteranya yang besar. Dari anak cucunya pula terbit para Nabi dan Rasul. Kemudian anak cucu mereka berselerak pula di permukaan bumi dan selang beberapa lama kemudian telah meresap pengaruh dan adat menyembah berhala di kalangan mereka.
               Kemudia Allah bangkitkan pula Nabi Ibrahim (a.s.), sebagai Nabi dan Rasul. Sesudah itu berturutan anak cucunya dilantik menjadi Nabi atau Rasul, seorang demi seorang dan dari semasa ke semasa seperti Ismail, Ishaq, Yaaqub dan Asbat ( rumpun  Yaaqub). Dan di antara keturunannya yang mempunyai sebutan tinggi dan  ternama ialah  keluarga Imran iaitu Nabi Isa dan ibunya Maryam, anak perempuan Imran. Dan keturunan Ibrahim itu telah diakhiri dengan Nabi Muhammad (s.a.w.) dari keturunan Ismail.            
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 9:24 yang bermaksud:
               “Katakanlah: Jika ada bapa-bapa kamu anak-anak kamu,saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta benda yang kamu peroleh perdaangan yang kamu takuti kemundurannya tempat-tempat yang kamu senangi, lebih kamu cintai darpada Allah dan Rasul-Nya dan berjuhad dalam jalan-Nya, maka  tungguhlah sampai Allah akan datangkan urusan )berupa siksaan-Nya, kerana Allah tidak  akan tujuki kaum yang melewati batas".       
               Allah menyuruh rasul-Nya supaya mengatakan kepada orang-orang Mukmin yang berkenaan, iaitu: Kalaulah kamu lebih cinta kepada dunia, yakni lebih mengutamakan bapa, anak saudara, isteri, keluarga, harta, perniagaan ataupun tempat tinggal – lebih dari  mencintai Allah dan rasul-Nya serta berperang pada jalan Allah yang dengannya kamu dijanjikan oleh Allah untuk mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Kalau semuanya ini lebih kamu cintai, maka tungguhlah kedatangan keputusan Allah yang memerintahkan supaya menurunkan seksa kepada kamu. Dan seksa itu pasti akan datang sama ada cepat atau lambat.
               Seorang jatuh cinta terhadap seorang lain setelah berlaku beberapa sebab. Begitu juga orang yang  cinta terhadap Allah. Di antara sebab-sebab yang membawa seorang hamba cinta terhadap Allah adalah sebagai berikut:
               1   Seorang membaca Al-Quran dan memahami isi dan maknanya. Setiap ayat dari ayat-ayat Al-Quran yang berjumlah 6376 ayat itu sekalipun menerangkan berbagai-bagai masalah dan kejadian, tetapi intinya, tujuannya dan maksudnya adalah menerangkan kebesaran, keagungan dan rahmaniat Allah. Bila seorang sering membaca Al-Quran dengan  mengerti akan maksud dan tujuannya, pasti timbul padanya rasa cinta terhadap Allah.  
               2  Sering taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengan menjalankan ibadat-ibadat sunat sesudah menjalankan ibadat fardhu. Merasakan enak dan gemar melakukan berbagai-bagai ibadat, bukan saja menunjukkan cinta terhadap Allah, juga menjadi sebab timbulnya,
rasa cinta itu.
               3   Memperbanyakkan zikir (mengingat Allah) dengan hati, dengan lidah, dan dengan amal perbuatan yang diperintahkan dan digemari oleh Allah: Jangan sampai dalam hidup kita berlalu masa satu jam di mana kita tak ingat Allah sama sekali. Biasakanlah menyebut nama Allah dalam segala hal: Yang menyebut basmalah (Bismillah r-Rahmani r-Rahim) sebelum memulai setiap pekerjaan:
                    Menyebut Hamdulilah (Alhamdu lillah) sehabis mengerjakan setiap pekerjaan. Istighfar (membaca Astag firullah) bila melakukan sesuatu kesalahan atau kejahatan. Dan lain-lain kalimat zikir yang sudah tidak  asing lagi,  di antaranya 5 kalimat Agung yang sangat disukai oleh Allah, iaitu Subhanallah, Allahu Akbar, La Haula wala quwwata illa billah, dan La illaha illallah. Termasuk zikir mengingatkan dan memperhatkan alam semesta dengan susunannya yang indah, mengagumi kembang-kembang dengan warna-marni dan baunya, dan lin-lain.
                    4  Berjuang menundukkan hawa nafsu yang nyata-nya bertentangan dengan keredhaan Allah. Jangan membiarkan diri bergelimang dalam memuaskan hawa nafsu itu.  
                    5  Pelajarilah Nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya dan perbuatan-Nya, dan ingin semua itu dengan hati. Setiap Nama dari Nama-nama Allah dan setiap sifat-Nta bila dipelajari dan diingati, akan meneteskan rasa cinta terhadap Allah ke dalam lubuk hati.
                    6  Melihat segala ni’mat, kebaikan dan rahmat yang diturunkan Allah kepada diri kita sendiri, kepada keluarga dan manusia umumnya dan memperkatakan ni’mat-ni’mat itu akan menambah rasa cinta terhadap Allah
                    7  Bergaul dengan orang-orang salih yang  menjadi kekasih Allah, mendengarkan kata-kata dan nasihat-nasihat dari mereka.

                    Mudah-mudahan Allah s.w.t. sentiasa memberikan peluang dan  kemampuan kepada kita untuk mencapai kedudukan cinta dan dicintai oleh Allah. Amin.                   

Friday, October 7, 2016

MANUSIA WAJAR MENGENALI PERPADUAN

 (Disiarkan pada 07. 10. 2016)
               Kemerdekaan merupakan satu penyatuan masyarakat manusia berlandaskan satu idelogi yang mementingkan  teras perpaduan. Kemerdekaan adalah satu kedulatan negara yang bebas dari segala anasir luar yang berbentuk penjajahan. Ia juga mempunyai kerajaan sendiri yang dipimpin oleh orangnya sendiri.
               Perpaduan merupakan satu penyatuan semua rakyat jelatan yang bermastautin di negara itu tidak mengira bangsa, keturunan, agama yang dianuti dan sebagainya; semua disatukan dengan satu semangat kekitaan dalam unsur-unsur perpaduan di dalam naungan pemerintahan Raja berpelambagaan yang memberi lindungan, naungan dan harapan kepada rakyatnya.
               Malaysia sebagai contoh, dalam sejarahnya berbangga dan beruntung kerana pemerintahan Raja  berpalimen telah berhasil memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat.  Di dalam beberapa krisis negara, seperti Peristiwa 13 Mei 1969, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara telah berjaya mengatasi dan menyelamatkan krisis ini.    
Dengan kuasa yang diberi  kepadanya maka perlembagaan tidak tergugat. Parlimen tidak terumbang-ambing, undang-undang dapat ditegakkan serta ketenteraman dapat dipulih kan, kemantapan politik  dapat dikekalkan dan demokrasi dapat subur kembali.
Demikianlah rahmat yang diberikan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi  Penyayang kepada negera Malaysia dan rakyatnya yang tercinta. Selain dari rahmat besarnya yang lain yang subur dengan segala tumbuh-tumbuhan, sungai dan laut yang banyak ikan, gunung-ganang dan hutan belantara dengan kaya bermutu, keindahan alam semula jadi yang menggahirahkan,  kekayaan kebudayaan dan warisan tradisi yang beranekaragam, dan  rakyatnya yang bebas  di bawah kuasa politik yang mengamalkan demokrasi, bernaung di bawah Ketua Negara yang pengasih.
               Perpaduan seharusnya bermuara dari  diri sendiri di mana segala anggota badan meng- amalkan perpaduan dalam melaksanakan tugas-tugas pembangunan kehidupan. Allah s.w.t. telah membentuk jasmani manusia lengkap dengan anggaota-anggota badan sebagai parajurit pelaksana berbagai ibadat kerana Allah.
               Segala anggota badan seharusnya ada perpaduan dengan fitrah-fitrah kehidupan yang ada dalam diri seseorang itu. Sebagai contoh, mata merupakan anggota badan yang mem- punyai tanggungjawab yang amat besar dan amat penting dalam menangani ibadah kehidupan. Mata melihat sesuatu keperluan hidup maka ia memerlukan perpaduan dari anggota-anggota badan yang lain untuk melaksanakan agenda pembangunan seperti otak untuk berfikir dan mengarah anggota lain untuk bertindak, hati untuk mentafsir kemanfaatan nya kepada kehidupan dan nafsu sebagai pemangkin diri untuk melaksanakan.
               Hati merupakan rusul dalam diri manusia yang bertanggungjawab dalam mengolah aktiviti kehidupan. Baik atau buruk sesuatu ibadat itu ditentukan oleh hati seseorang, dan pada masa itu juga hati bersepadu dengan iman untuk menentukan perlaksanaannya sama ada diteruskan atau sebaliknya.
               Kita tidak lupakan juga peranan anggota tangan yang pada dasarnya bertanggung jawab melakukan agenda berkenaan. Walaubagaimana pun anggota kaki tidak kurang juga peranannya dalam hal perlaksanaan ibadat. Kesemua anggota badan tersebut semestinya ada perpaduan dalam kelangsungan ibadat demi melahirkan pembangunan kehidupan.
               Semangat perpaduan wajar ada antara pembangunan dunia dengan pembangunan akhirat (rohani) kerana kedua-duanya merupakan matlamat hidup menuju kehidupan akhirat yang kekal abadi  itu. Kita diberi akal dan semangat serta kemahiran berfikir untuk mengolah segala aktiviti pembangunan kehidupan yang dipertangugjawabkan kepada anggota-anggota  badan sebagai parajurit perlaksana.
               Hati merupakan raja dalam perlambagaan kehidupan yang dipimpin oleh Islam (iman)
kepada Allah sebagai Zat yang mengwujukan manusia sebagai khalifah-Nya. Amanah yang dipertanggungjawabkan kepada hati merupakan satu bentuk pemerintahan dalam hidup seorang insan di bawah naungan Allah  s.w.t..
               Dalam perlambagaan hidup seseorang, segala anggota badan seharusnya mengikut perintah atau disiplin yang disediakan oleh Allah s.w.t. sebagai fitrah. Mengkufuri fitrah  hidup berkenaan akan menggugatkan kestabilan arus pembangunan kehidupan sama ada pembangunan jasmani dan lebih-lebih lagi pembangunan rohani (akhirat).
               Islam mempunyai kasih sayang di antara  Allah dengan hamba-hamba-Nya. Dalam buku “Falsafah Agama” karangan  Edward Rose ada mengatakan: “Kalimah Islam maknanya tunduk atau berserah kepada kehendak Allah. Allahlah yang menjadi hakim dan Dia tidak mempunyai sifat suci dan kasih”. Kata-kata ini memperlihatkan niat buruk dan kejahilan penulis. Oleh kerana jahil maka agak susah kita hendak menolak tuduhannya, sebab memang banyak sekali terdapat ayat  Al-Quran yang menunjukkan adanya kasih sayang antara hamba dengan Tuhannya.
               Ayat-ayat tersebut ada dalam berbagai bentuk sama ada dalam bentuk nafi atau isbat. Ianya terbahagi kepada dua iaitu kasih sayang  hamba kepada Allah dan kasih sayang Allah kepada hamba.
               Mukmin yang sebenar dapat mengetahui kecantikan dan keagongan Allah. Ia dapat merasakan kebaikan Tuhan. Juga dapat mengetahui secara yakin bahawa Allahlah yang memberi nikmat kepadanya. Pengetahuan yang seperti ini memberi kesan kepadanya dan menyebabkan dia kasihkan Allah. Hatinya akan sentiasa mengingatkan Allah dan dia akan melakukan perbuatan yang semuanya ditujukan kepada Allah. Ia merasakan lazat, merasa lapang dan merasa senang mentaati Allah.
Kasih seorang kepada Allah merupakan keimanan sebenarnya. Iman yang sebenar bukanlah hanya mengetahui, tetapi iman yang kasihkan Allah dan kasih itu memberi kesan pula kepada jiwa. Kesan kasih ini akan lahir dalam semua perkataan, perbuatan dan tingkah lakunya. Adapun keimanan yang tidak lebih daripada hanya menyerah dan mengaku di hati sahaja tetapi tidak melahirkan kedaannya dalam perbuatan maka ia bukanlah keimanan yang dikehendaki oleh Allah dari hamba-hamba-Nya. Firman Allah dalam surah At-Taaubah ayat 9:24 yang bermaksud: (terjemahan
“Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugian nya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad pada jalan-Nya maka tungguhlah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya, Allah tidak memberi pimpinan kepada orang-orang yang fasik.”
Allah menyeruh rasul-Nya supaya mengatakan kepada orang-orang Mukmin yang berkenaan, iaitu: Kalaulah kamu lebih cinta kepada dunia, yakni lebih mengutamakan bapa, anak, saudara, isteri, keluarga, harta, perniagaan ataupun tempat tinggal -lebih dari- mencintai Allah dan Rasul-Nya serta berperang pada jalan Allah yang dengannya kamu dijajikan oleh Allah untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kalaulah semuanya ini lebih kamu cintai maka tungguhlah kedatangan keputusan Allah yang memerintahkan supaya menurun kan seksa kepada kamu. Dan seksa itu  pasti akan datang sama ada cepat atau lambat.
Jika kita perhatikan ayat ini, nyatalah ia mengandungi suatu ancaman dan ugutan, yang mana ayat ini mengisyaratkan sekiranya seseorang muslim itu menghadapi dua macam kepentingan, iaitu kepentingan agama dan kepentingan dunia, maka wajiblah atasnya mengutamakan kepentingan agama, dan membuangkan kepentingan dunia itu jauh-jauh ke belakang, supaya kesucian agama tetap terpelihara. Sekiranya ia tidak mengambil tindakan demikian, pasti akan ditimpa seksa, sama ada cepat atau  lambat seksa itu.
Allah menggambarkan sifat orang-orang mukmin yang benar yang Allah kasihkan
mereka dan mereka juga kasihkan Allah dengan firman-Nya dalam surah Al-Ma’idah ayat 5:54 yang bermaksud (terjemahan)
“Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Inilah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
               Setelah Allah mejelaskan larangan-Nya kepada orang-orang mukmin yang mengambil orang-orang Yahudi dan Masrani menjadi pemimpin mereka kerana perbuatan itu boleh menarik kepada  murtad, maka dalam ayat ini diterangkan-Nya pula tentang orang-orang murtad secara umum. Erti murtad ialah orang yang berbalik dari agamanya yang  hak, iaitu keluar dari agama Islam yang telah diperlukannya atau menukarkannya dengan agama lain, sehingga menjadi kufur setelah beriman, atau kafir susudah Islam. Dan seseorang itu  menjadi murtad tersebab oleh salah satu dari tiga perkara, iaitu tersebab perkataannya, perbuatannya, atau hanya dengan niatnya sahaja. Maka tindakan yang telah diambilnya itu tidak akan menyusahkan Allah sedikit pun, bahkan akan menyusahkan diri sendiri.
Kasihkan Allah ialah alamat atau tanda orang-orang mukmin yang sebenar dan mereka tidak mencari alternatif lain. Oleh kerana inilah Rasulullah bersabda yang bermaksud:
               “Tiga perkara yang jika jiwa seseorang memilikinya maka dia mendapat kemanisan iman. Iaitu Allah dan Rasulu-Nya paling ia kasihi, ia mengasih seseorang kerana Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kufur sepertimana ia benci kalau ia dilimparkan ke dalam api”. (Hadith sahih)
“Kasihkan Allah menjadi dasar terpenting dalam pembinaan akhlak. Ia menjadikan jiwa kita lembut yang tidak akan melahirkan perkara-perkara buruk atau perkara-perkara yang melampaui batas. Ia menyebabkan kita merasa kasih kepada setiap benda dalam alam, jika kita gambarkan yang alam seluruhnya sebagai ciptaan Tuhan yang dikasihi. Perasaan seperti ini bukan mudah berlaku kecuali apabila jiwa kita telah bersih yang menyebabkan kita lupakan marah, dengki, dendam dan sifat-sifat lain yang merosakkan kejernihan hidup”. (Al-Tasawuf Al-Islami, oleh Dr. Zaki Mubarak, Juzuk 2, cetakan 1, hal: 161).
Kasih sayang Allah kepada  hamba-Nya tidak dinyatakan oleh Al-Quran kecuali kepada mereka yang membuat pengorbanan yang meliputi kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat manusia. Ianya tidak pula menafikan kasih itu kecuali kepada orang yang bersifat buruk  yang mengakibatkan  manusia lain sering ditimpa bahaya dan kerusakan.
Ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya ialah ayat-ayat yang menyanjung sifat-sifat akhlak yang mulia kerana orang yang mempunyai sifat-sifat itu akan dikasihi oleh Allah. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 5:42 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil”.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 3:76 yang bermaksud:.
“Sebenarnya siapa yang menepati janjinya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa”.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 3:159 yang bermaksud:
“Kemudian apabila kamu telah berazam,maka bertakwalah epada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa kepada-Nya’.
Firman Allah dalam surah Al-Ma’idah ayat 5:13 yang bermaksud:
“Maka maafkanlah mereka dan biarkanlah  mereka, sesugguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 2:222 yang bermaksud:
“Sesungghnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang
menyucikan diri”.
                    Allah tidak akan mengasihi orang-orang yang mempunyai sifat-sifat yang menjadi punca kesengsaraan manusia. Sepertimana Firman-Nya dalam surah al-Qasas ayat 28:77 yang bermaksud:
                    “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berbuat kerosakan”.
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 3:57 yang bermaksud:
“Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”.
Allah berfirman dalam Surah Al-A’Raf ayat 7:31 yang bermaksud:
“Makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah  tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”.
Allah berfirman dalam al-Quran surah An-Nahl ayat 16:23 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Dia (Allah) tidak suka orang yang besar diri”.
Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 4:36 yang bermaksud:
“Allah tidak suka orang yang sombong lagi membanggakan diri”.   
                    Perasaan kasih sayang kepada sesama merupakan satu rasa perpaduan. Sebenarnya setiap yang kita merasa kasih sayang menunjukkan satu sifat penyatuan. Perpaduan merupakan satu bentuk penyatuan yang diikat dengan perasaan kasih sayang. Maka kasih sayang Allah kepada manusia dan juga kasih sayang manusia kepada Allah adalah sebenar satu bentuk perpaduan yang diikat dengan rasa kasih terhadap yang satu iaitu Allah s.w.t..

                (Sumber: Nadi Ajaran Islam karya Asal Ruh oleh Ad-din Al-Islami 1992)