Friday, November 25, 2016

HIDUP MULIA DAN SEMPURNA DI ATAS LANDASAN ISTIQAMAH

 (Disirkan pada 25. 11. 2016)
               Disiplin pembangunan kehidupan manusia jauh lebih komplek berbanding makhluk-makhluk lain  di alam ini. Manusia hidup dengan kehadiran jiwa atau nyawa atau yang selalu dipanggil  roh. Allah ciptakan manusia daripada tanah kemudian ditiupNya roh ciptaanNya ke dalam jasad yang terbentuk daripada tanah maka jadilah makhluk bernama manusia.
               Manusia hidup mempunyai dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Jasmani bersifat wujud atau nyata, manakala rohani pula tidak nyata tetapi kehadiriannya dalam kehidupan manusia sangat menentukan pembangunan kehidupan. Kedua-dua unsur tersebut memerlukan kebaji kan yang bersesuaian dengan unsur berkenaan. Dan Kedua-dua kebajikan tersebut wajar dipelihara untuk kelangsungan hidup seorang insan di dunia.
               Untuk mewujudkan kehidupan manusia, Allah bekalkan dengan akal dan kemahiran berfikir. Akal yang berfungsi sebagai rasul dalam diri individu akan menyalami fenomena alam kehidupan berpandu kepada akidah Islam yang diturunkan (diwahyukan) Allah kepada manusia (Muhammad) sebagai agama yang benar. Islam adalah Ad-din atau cara hidup manusia berlandaskan keredaan Allah s.w.t. sebagai penciptanya.
               Maka itu agama Islam adalah falsafah pembangunan umat pada kedua-dua unsur jasmani dan rohani. Pembangunan jasmani atau biasa dikenali sebagai pembangunan dunia menitik beratkan kepada pengolahan kehidupan di dunia demi mendapatkan ganjaran pahala dari Allah s.w.t. sebagai bekalan hidup di akhirat kelak, satu kehidupan yang abadi dan bahagia.
               Pembangunan rohani berlandaskan disiplin perlaksanaan ibadat kerana Allah. Rukun hidup yang menzahirkan pembangunan rohani ialah iman dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. sebagai tiket untuk masuk ke syurga Allah sebagai matlamat hidup manusia sebenar. Untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. masuk ke syurga-Nya semestinya kita melaksanakan kehidu- pan yang mulia dan sempurna di atas landasan yang istiqamah semasa hidup di dunia. 
               Landasan hidup yang mulia dan sempurna ialah Islam sebagai agama Allah. Akidah Islam menitik beratkan hubungan erat antara manusia dengan Allah atau yang dikenali sebagai hublumminallah. Walaubagaimana pun untuk mengeratkan hubungan tersebut kita wajar bermuara  dengan hubungan sesama manusia atau yang biasa dikenali sebagai hublum minnas semasa hidup di dunia.
               Para ulamak khusus zaman Acheh, seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Sengkel dan lain-lain mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali diri sendiri. Berfikir dan mengkaji mengenai kemanusiaan dan kerohanian merupakan satu strategi untuk mengenali diri kelak akan membawa kita ke dimensi mengenali Tuhan yang Maha Pencipta..
               Agama adalah bersifat spritual. Amalan yang dilakukan dinilai dengan pahala dan nilai amalan itu dapat disimpan dalam bentuk pahala, dan pahala yang menyimpan nilai itu dapat ditukar dengan keperluan rohaniah.
Rohaniah itu adalah ghaib dan menyatakan diri dengan sepenuhnya di akhirat nanti. Oleh kerana itu pahala laku di alam ghaib (ghaib bagi manusia di dunia kini) iaitu di akhirat.  Dengan mempergunakan istilah wang dengan dayanya, dapat pula kita katakan, pahala “membelih” senang dan selamat di alam ghaib.                                                                                                                                     
               Pahala dan dosa  merupakan dua fenomena kehidupan yang mempunyi makna yang bertentangan antara satu sama lain. Persamaanya hanya terletak kepada pangkal kewujudan nya. Pahala dan dosa merupakan penghasilan ibadat seseorang dalam menangani pembangunan kehidupan samada jasmani mahupun rohani.
               Kemuliaan dan kesempurnaan hidup menyuburkan pahala atau dalam erti kata lain kebajikan kepada rohani kelak akan mendekatkan hidup kita kepada Allah s.w.t. Tetapi oleh kerana kelemahan manusia sebagai insan maka penghasilan ibadatnya akan jatuh dan menghasilkan dosa yang menjanjikan hidup di akhirat kelak sebagai ahli neraka jahanam.
               Amalan hidup yang akan mengheretkan kita ke lembah kehinaan merupakan agenda
yang menjadi perjuangan dalam hidup untuk melawan kelemahan dan kefasikan makhluk Iblis dan Syaitan menjalankan ibadatnya untuk menyesatkan manusia demi memenuhi janjinya kepada Allah s.w.t. setelah Iblis dan Syaitan disingkirkan Allah dari syurga akibat kesombongan nakhluk tersebut.
               Sifat angkuh terhadap manusia adalah sifat Tuhan Allah yang menciptakan manusia dengan sempurna, dan telah mentakdirkannya kemudian memberi petunjuk hidayahNya, dan Dzat yang apabila berkehendak, lalu Ia memaksa, dan apabila cahayaNya bersinar, maka tunduklah seluruh hati manusia.
               Allah berfirman dalam surah Al-Jatsiyah ayat 45:36-37 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Segala puji-pujian bagi Allah pemilik langit dan pemilik bumi iaitu Tuhan semesta alam. Segala kesombongan di langit dan di bumi adalah kepuyaannya, Dan Dia Maha Perkasa dan Bijaksana.”     
Sikap merendahkan diri manusia terhadap Allah Tuhan yang menciptanya, adalah sikap yang semestinya dan bukanlah sikap yang salah. Sebab semua makhluk, semua peraturan, kekayaan dan kekuasaan adalah milik Allah sendiri. Demikian juga nasib manusia merupakan pemberian dan bila-bila saja diambil oleh yang memilikNya, tidak ada sesuatu yang dapat menghalang-halangNya.  
               Allah menyebutkan apa yang terkandung di dalam surah Jatsiyah ini berupa nikmat dan ihsan-Nya terhadap hamba-hambaNya serta memberikan dalil-dalil yang berupa kejadian alam dan kejadian diri manusia – untuk membenarkan bahawa di samping adanya kehidupan di dunia ini ada pula kehidupan di akhirat – maka dipuji-Nyalah diri-Nya: Bahawa segala puji-pujian itu adalah khusus bagi Allah, iaitu Tuhan yang menjadi pemilik tujuh petala langit, pencipta tujuh lapis bumi dan mentadbirkan segala isi alam semesta.
Maka kepada Allah sahajalah hendaknya kamu menyembah, mengabdikan dan beribadat dan daripada-Nya sahajalah sumber segala nikmat dan rahmat dan kamu peroleh – bukan daripada benda-benda yang kamu sekutukan seperti patung dan berhala. Maka tiada siap yang layak dan berhak dipuji melainkan Allah.
Bagi Allah segala kesombongan, keagungan dan kekuasaan di alam atas dan di alam bawah. Maka yang selain dari Allah akan tunduk dan berhajat kepada-Nya.
Apabila hamba-hamba Allah dalam keadaan paling suci, mereka tunduk kepada Tuhan Yang Maha Mulia dengan menyedari kerendahan dirinya, tetapi  juga memahami dan menge- tahui batas-batas kemuliaannya, sehingga mereka tidak  ragu dan tidak bimbang menyerahkan haq kepada Penciptanya Yang Maha Agung, yang semua ketentuan-Nya tidak diragukan lagi sedikitpun.
Tetapi seorang hamba yang menghinakan dirinya kepada sesama manusia tidak dibenarkan dan sikap yang demikian adalah salah/bathil. Kerana hal itu termasuk orang yang tidak mengerti harga dirinya, yang menyebabkan ia memikul dosa yang berat.
Seperti juga orang-orang yang sombong, yang mengira dirinya orang kuat, adahal sebenarnya mereka tidak mempunyai daya apa-apa. Oleh kerana itu Islam mengharamkan manusia bersikap sombong dan menghinakan diri kepada sesama manusia. Dan telah mewajibkan kepada setiap muslim agar berusaha dengan jalan-jalan yang dibenarkan syar’ menjadi orang yang mulia kerana taqwanya kepada Allah.
Manusia bersikap sombong hanya terbatas pada hal-hal yang dibenarkan oleh syra’. Sombong terhadap orang-orang yang tidak boleh orang Islam merasa dirinya rendah dibandingkan dengan orang-orang kafir, merasa dirinya rendah kerana silau terhadap kegelapan dunia yang dimiliki oleh orang kafir.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud:
“Barang siapa yang sedih kerana dunia, bererti ia membenci Tuhannya. Barang siapa yang mengadu kerana mendapat musibah, maka sesungguhnya tempat yang berhak untuk ia mengadu itu, hanya Allah. Barang siapa yang tunduk kepada orang kaya (kerana kekayaan
nya) untuk mendapatkan sebahagian dari hartanya, bererti ia membuat Allah benci. Barang
siapa memberikan Al-Qur’an dan ia masuk neraka, maka Allah menjauhkannya dari api
Neraka.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“”Barang siapa yang bergaul dengan orang kaya, lalu ia tunduk kepadanya kerana mendapat harta daripadanya, maka hilang dua pertiga agamanya, dan ia masuk neraka.”
(Al-Hadits)
Setiap muslim hendaknya merasa bangga dengan jiwa, agama dan Allah Tuhannya, dan inilah merupakan tanda kebesaran imannya. Kebanggaan iman adalah kebanggaan seorang mu’min, di mana setiap muslim tidak boleh merasa hina apabila menghadapi siapa saja, dengan manusia berdosa, atau dalam keadaan apapun.
Kebanggaan iman mempunyai daya memberontak terhadap kehinaan, tetapi di dalam nya ada unsur angkuh untuk mengimbangi kerendahan diri, dan ada juga unsur merendahkan diri sebagai  pernyataan pengabdian kepada Allah Tuhan Yang Maha Pencipta.
Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al Fathir, ayat 35:10 yang bermaksud: (terjemahan)
“Barang siapa hendak mencari kemuliaan (keteguhan), maka kemuliaan itu seluruh nya kepunyaan Allah. Kepada-Nyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik, sedang amal yang salih pula dimuliakan (diterima)oleh Allah. Dan orang-orang yang membuat tipudaya (merancangkan) kejahatan bagi mereka seksa yang keras, dan tipudaya mereka akan binasa.”
Allah menyatakan, bahawasanya siapa juga  yang ingin hidup di dunia ini dalam keadaan mulia, yakni teguh kehidupannya, dapat berkuasa dan memperoleh kemenangan dalam perjuangan hidupnya, begitu pula siapa yang ingin  menjadi mulia di akhirat  kelak kerana keredaan Allah dan bersenang-senang dalam syurga, hendaklah dia mentaati Allah Taala patuh kepada perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya serta menunaikan segala kewajipan yang dibebankan ke atasnya. Hanya dengan cara demikian tadi akan memperoleh kemuliaan tersebut. Kerana keteguhan, kekuasaan, kemenangan dan kemuliaan sama ada di dunia mahupun di akhirat, semuanya itu adalah kepunyaan Allah.
“Kepada-Nyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik.”
Allah swt akan menerima kata-kata yang  yang dilafazkan oleh hamba-Nya, lalu naik kerana diangkat-Nya untuk diterima. Kata-kata yang baik itu ialah yang merupakan:Kalimat Tauhid, iaitu Tidak ada Tuhan melainkan Allah) dan zikir seperti bacaan (Maha Suci Allah,, dan puji-pujian bagi Allah, dan tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah itu maha besar) dan membaca Quran. Sedang amal salih pula dimuliakan (diterima) oleh Allah.
Amal salih itu  mestilah berjiwakan niat yang ikhlas. Amal sedemikianlah yang akan diterima oleh Allah, sedang amal  yang tidak ikhlas pasti tidak akan diberi pahala, malahan yang melakukannya akan berdosa. Maka pekerjaan seperti sembahyang, mengelurkan zakat dan berbuat kebajikan itu apabila dilakukan secara bermuka-muka (riyak) atau supaya dipuji orang, maka Allah tidak  akan menerimanya. Dan apa jua amalan yang dilakukan secara riyak Allah tidak akan menerimanya, bahkan orang yang melakukannya diancam akan dimasukan dalam neraka.
“Dan orang-orang yang membuat tipudaya (merancangkan) kejahatan-kejahatan bagi mereka seksa yang keras.”
Setelah menyebutkan bahawa amal salih itu dimuliakan Tuhan untuk diterima-Nya, maka disebutkan-Nya pula di sini keadaan orang-orang yang membuat tipudaya itu akan mendapat seksa yang pedih pada hari kiamat. Mereka itu ialah orang-orang yang membuat tipudaya kepada kaum Muslimin dengan mengadakan pakatan jahat, untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan menjatuhkan kehormatan mereka di mata dunia, tujuannya agar mereka hapus dari alam wujud. Hal yang serupa ini telah pun dilakukan oleh kaum musyrikin Quraisy di Makkah.
Mereka telah berbuat tipudaya yang jahat kepada Rasulullah saw dan pengikut-pengikutnya.  Mereka pernah memboikot Rasulullah saw bersama keluarganya dari suku Bani Hasyim dan Banil Muttalib dengan memulaukan mereka selama tiga tahun, dengan melarang orang ramai mengadakan hubungan seperti kahwin, berjual beli dan sebagainya, kecuali sesudah menyerahkan Muhammad kepada mereka untuk mereka bunuh barulah mereka tidak dipulaukan.
Dan untuk itu mereka tulis surat perjanjian yang digantungkan di Kaabah, menyebab kan Rasulullah saw. bersama kaum keluarganya yang Islam dan juga yang kafir menyisih ke Syi’ib (kampung) Abi Talib berkeadaan hidup yang  perit dan kelaparan, hingga terpaksa memakan daun-daun kayu yang tidak dimakan orang.
Untunglah tulisan dalam surat perjanjian itu terhapus dimakan semut anai-anai hanya yang  tinggal nama Allah, menyebab kan perjanjian itu terbatal dan bebaslah Rasulullah saw bersama kaum keluargnya dari dipulaukan.
Begitu pula kaum Quraisy telah megadakan pakatan jahat di “Darun Nadwah”. Mula-mula mereka bercadang menjarakan rasul tetapi tak jadi, kemudian becadang hendak membuang negeri uga tak jadi, akhirnya memutuska untuk memilih tiap-tiap suku kaum Quraisy seorang pemuda yang akan membunuh rasul beramai-ramai dengan seentak. Kesuda- hannya tipu daya mereka dikecewakan Allah, dan balasannya mereka akan menerima seksa yang besar.

Rancangan jahat yang merupakan tipudaya mereka walau bagaimana pandainya hendak menyembunyikan lambat laun Allah dedahkan juga sehingga rosak binas. Barang siapa merahsiakan sesuatu pakatan, pasti Allah akan memberi balasan, jika pakatan itu baik balasannya pun baik, tetapi jia jahat balasannya tentulah buruk yang akan mendatangkan kehinaan.

Friday, November 18, 2016

IMAN, ISTIQAMAH KEPADA ALLAH MENJANJIKAN SYURGA FIRDAUS

IMAN, ISTIQAMAH KEPADA ALLAH  MENJANTIKAN SYURGA FIRDAUS 
(Disirkan pada 18. 11. 2016)
               Iman yang berterusan kepada Zat Allah akan mendapatkan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. kelak menjanjikan syurga Firdaus. Perjalanan hidup manusia menuju akhirat singgah sebentar di dunia untuk mendapat bekalan hidup di akhirat kelak. Masa kehidupan di dunialah  segala-galanya  manusia mendapat ujian dan cubaan dari berbagai pihak seperti  makhluk yang halus iaitu, Jin dan Syaitan, dan pada keseluruhan falsafah kehidupan itu  adalah pemberian dari Allah s.w.t. maka setiap insan tidak akan terlepas dari ujian Allah dalam melaksanakan kekhalifannya di dunia.
               Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 29:2-3 yang bermaksud (tejemahan)
               “Apakah manusia itu  mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman.” sedang mereka  tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
               Allah mewujudkan manusia dengan segala fasiliti hidupnya seperti kasih sayang, yang  berterusan,  nikmat hidup yang berbagai macam sama ada di luar kehidupan  manusia itu atau di dalam jasmaninya sendiri. Kehidupan pada seorang insan harus menempuhi berbagai saingan dengan manusia lain demi melahirkan pembangunan yang mampan sebagai khalifah Allah s.w.t..
               Hidup ini bukan dari tangan ke mulut sepertimana yang difahami oleh seorang pengembara berbangsa German bernama Yuhansen. Ia berjumpa dengan ulamak Indonesia Prof Dr. HAMKA yang kebetulan bersama dalam satu Pesawat, penerbangan ke Jakarta. Hidup ini mempunyai berbagai ciri pembangunan seperti pembangunan jasmani dan pembangunan rohani. Kedua-duanya  mempunyai ketarikat antara satu dengan yang lain yang wajar setiap insan memahami tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifahNya.
               Untuk melaksanakan ibadat, kedua-dua unsur manusia tersebut kita memerlukan iman, takwa, dan ilmu  pengetahuan. Untuk menzahirkan iman dan ketakwaan kita kena bekalkan diri dengan ilmu pengetahuan. Allah turunkan Islam kepada manusia sebagai cara hidup serta memahami segala falsafah yang menghubungkan kita dengan berbagai kehidupan makhluk khususnya makhluk manusia yang dikenali sebagai hablumminnas dan yang utama sekali ialah hubungan kita dengan Allah yang dikenali sebagai hubluminallah.
               Elemen utama yang kita perlukan dalam menyediakan diri dengan berbagai kemanfaatan hidup samada di dunia atau di akhirat kelak ialah iman kepada Allah. Hubungan kita dengan segala makhluk di alam kehidupan di dunia seharusnya membawa kita ke dimensi hubungan kita dengan Allah secara istqamah. Kerana wujudnya makhluk-makhluk  berkenaan adalah kekuasaan Allah s.w.t.
               Setiap wujudnya makhluk di alam ini semestinya ada kemanfaatan kepada kehidupan manusia. Maka itu untuk tujuan menerokai alam kehidupan kita wajar bermuara dengan  memperolehi ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan itu tidak datang dengan sendirinya. Kita kena usaha secara istiqamah mencarinya, terutamanya segala ilmu yang terkandung dalam kitab Suci Al-Qur’an.
               Istiqamah ertinya teguh hati, tetap pendirian. Walaupun tidak semua orang yang membudayakan istiqamah namun memeluk agama Islam untuk mendapatkan hikmah secara mendalam sangat memerlukan budaya istiqamah ini. Keperluan terhadap budaya istiqamah  sangat digunakan pada setiap masa, terutama sekali di zaman moden ini demi menangani falsafah globalisasi atau  kehidupan tanpa sempadan.
               Pembangunan  kehidupan di zaman modern ini, kita harus maju, namun tetap pada dasar pertama tanpa goyah. Ini dapat terwujud kepada orang-orang yang betul-betul memiliki jiwa dan pengetahuan ke Islaman yang mendalam. Firman Allah dalam surah Al-Jin ayat 72:16 yang bermaksud (terjemaahan)
               “Dan bahawasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus (istiqamah) di atas jalan itu (agama Islam) benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak.”)
               Ada peribahas yang menyebutkan: “Di mana ada air di situlah ada harta, dan di mana ada harta di situlah ada ujian.”
                   Begitulah gambaran istiqamah yang dituntut di zaman moden ini. Namun kenyataan pada sebenarnya menunjukkan terjadi perubahan nilai istiqamah dalam diri masyarakat maju. Kebanyakannya lebih memperturutkan hawa nafsu dan kehendak diri sendiri tanpa memper- timbangkan akan nilai-nilai kebenaran dalam ajaran Islam.
               Jiwa yang jauh dari kehadiran iman kepada Allah lebih ramai daripada mereka yang tidak teguh pendirian dan tidak memiliki budaya istiqamah. Keresahan dan kebingungan lebih banyak melanda masyarakat yang mulai  jauh dari nilai-nilai agama lantaran cuba mencam- puradukkan kesucian dan kebenaran itu dengan debu-debu kemaksiatan.
               Istiqamah berkaitan dengan kemampuan manusia dalam berjuang untuk menghadapi ujian dan penderitaan kerana semakin tinggi nilai iman seseorang itu semakin besar pula cubaannya yang harus  dihadapinya. Dengan datangnya berbagai cubaan, ujian dan penderi- taan itu, jiwa seseorang menjadi kuat dan tabah.
               Namun sebaliknya bagi mereka yang tidak memiliki iman yang kuat, yang mudah terpengaruh dengan suasana lingkungan, mereka akan merasa lemah dan terus tumbang apabila cubaan atau bencana datang dari Allah. Mereka mengeluh, menyalahkan orang lain bahkan menyalahi Allah s.w.t.. Keimanan seseorang harus dibuktikan dengan cubaan untuk, melihat sejauh mana seorang itu  mampu mempertahankan nilai kesucian iman yang dimilikinya.
               Melihat dari sudut sejarah sejak manusia itu diciptakan Allah s.w.t. dan sejak  diciptakan kebaikan dan keburukan, kedua-duanya mendapat perlawanan. Kemenangan memerangi kemungkaran, sebaliknya kemungkaran atau kebatilan itu hadir di tengah-tengah kebenaran untuk mengganggu dan mencampuradukkan keduanya. Begitulah seterusnya sampai ke saat ini. Antara yang benar dengan yang salah terus terjadi perlawanan, namun kenyataan yang dapat kita saksikan bahawa kebatilan itu pasti akan menerima kehancuran.
               Allah s.w.t. telah memberi beberapa cubaan terhadap Nabi-nabi yang telah terdahulu. Betapa beratnya cubaan dan ujian yang harus mereka terima demi kepentingan akidah Islam sebagai cara hidup manusia di sisi Allah s.w.t.
               Istiqamah dalam kehidupan Nabi Adam sebagai bapa manusia pertama untuk membawa akidah Islam sebagai cara hidup manusia mendapat tentangan yang hebat, terutama sekali para Syaitan atau Iblis. Ilmu yang dibekalkan Allah kepada Nabi Adam sukar diterima oleh Syaitan atau Iblis dengan alasan kepentingan unsur kejadianya mengikutnya adalah lebih mulia berbanding dengan unsur kejadian manusia. Maka Syaitan atau Iblis disingkir oleh Allah dari syurgaNya maka terjadilah permusuhan antara makhluk manusia dengan makhluk Syaitan atau Iblis hingga ke hari kiamat.
               Istiqamah iman Nabi Adam kepada Allah telah teraniyaya apabila Nabi Adam, atas pujukan Iblis supaya menyentuh buah yang terlarang oleh Allah di Syurga. Akibat dari itu manusia juga terkeluar dari Syurga dan menyerah hidup di dunia seperti halnya kepada makhluk Syaitan atau Iblis.
               Istiqamah iman kepada Allah dalam menangani kehidupan Nabi Ibrahim a.s. dalam menegakkan kebenaran dan menghancurkan kepalsuan dalam kehidupan umatnya juga mendapat tentangan hebat dari kaumnya. Budaya menyembah patung sebagai tuhan yang direka oleh umatnya sendiri berjaya dihancurkan oleh Nabi Ibrahim yang mengakibatkan dirinya dibakar hidup-hidup. Istiqamah iman kepada Allah dalam dada Nabi Ibrahim menjadi kan unggun api yang serba besar menyala ke udara, gagal memakan tubuh badan Nabi Ibrahim. Namun kejadian sedemikian ajaibnya tidak dapat juga melembutkan hati umatnya untuk beriman kepada Allah s.w.t.
               Ujian Allah s.w.t. silih berganti menimpa kehidupan Nabi Ibrahim, namun iman  istiqamah kepada Allah tidak goyah walaupun sampai ke peringkat mengorbankan satu-satunya anak (Ismail) kesayangannya  sendiri. Namun demi keteguhan iman yang sentiasa bersamanya secara istiqamah membuahkan kejayaan Nabi Ibrahin demi mengukuhkan keimanan kepada Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang Esa.
               Namun untuk mengukuhkan iman yang istiqamah kepada Allah semestinya hidup ini dihiasi dengan ilmu dan amal. Islam mewajibkan kaum muslimin dan muslimat menuntut ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad, kerana orang yang berilmu di masyarakat menduduki darjat yang tinggi, sedangkan yang tidak berilmu menduduki darjat yang rendah.
               Islam agama ilmu dan agama akal. Sebelum Islam membeban pengikut-pengikutnya supaya menghasilkan maksud-maksud keduniaan, lebih dahulu Islam mewajibkan kepada pengikut-pengikutnya menjadi orang yang berilmu, berakal, sihat, faham, cemerlang fikiran nya, elok penglihaannya, berpandangan luas, dapat mendalami segala urusan sebelum mengerjakannya, dapat membanding sesuatu dengan berbagai perbandingan, agar perbuatan nya bersesuaian dengan kebenaran, keadilan, kemaslahatan dan kewajiban.
               Islam juga membebankan pengikut-pengikutnya menjadi orang-orang yang berpenge- tahuan, mengetahui segala sebab kemaslahatan dan jalan-jalan kemanfaatan; menyelami hakikat-hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisa segala pengalaman yang telah didapati oleh umat yang telah lalu, baik yang berhubungan dengan akidah dan ibadat, baik yang berhubung dengan muamalah, yakni hubungan ekonomi sosial kemasyarakatan.
               Islam menganggap, bahawa agama tidak akan mendapat tempat yang baik, apabila orang-orang Islam tidak mempunyai pengetahuan yang matang dan fikiran yang sihat. Oleh kerana itu pengetahuan bagi Islam bagikan ruh (nyawa) bagi manusa.
               Ini terkandung dalam al-Qur’an mencakup semua ruang lingkup kehidupan manusia, sebagaimana firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 14:52 yang bermaksud: (terjemahan)
               “(Al-Qur’an) ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringtan dengan dia, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran).
               Dan Allah menggambarkan bahawa ucapan-ucapan penghuni jahannam itu hanya cakap-cakap kosong, sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 67:10 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.”
               Allah s.w.t. memuliakan kehidupan manusia, apabila manusia itu  setelah dewasa dan tumbuh kekuatannya, ia siap membersikan diri dengan ajaran yang paling suci dan tinggi. Dengan kata lain Islam membimbing manusia sesuai dengan perkembangannya untuk menuju kesempurnaan kehidupan menuju kemajuan dunia yang lebih dekat daripada itu.
               Apabila kita memperhatikan ibadat solat yang merupakan ibadat yang pokok dalam Islam, sebelum solat dikerjakan, terlebih dahulu dikumandangkan adzan oleh mu’adzin. Azan yang dilakukan oleh mu’adzin, semata-mata merupakan ketentuan yang dapat diterima akal. Ajakan untuk mengerjakan solat, dengan untaian kata-kata yang mengetuk hati dan menggugah akal. Isinya mengaggungkan Allah, bahawa Allah Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, dan  bersaksi bahawa Nabi Muhammad utusanNya; mengajak mencapai kebahagiaan.
               Dengan kemampuan, kecerdasan dan keteguhan fitrah, mansia dapat meresapi ajaran Islam di dalam hatinya. Kerana hanya orang-orang yang sempit pandangannya sajalah yang jauh sekali akan boleh maju di dalam beragama. Allah berfirman dalam surah Al-‘Alaq, ayat
96:1 – 5 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah, Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
               Apabila kita perhatikan ayat yang paling pertama turunnya dari Al-Qur’an, nyatalah bahawa Tuhan memberikan perhatiannya kepada qalam dan tulis menulis, kepada ilmu dan mempelajarinya.

               Dengan memperhatikan ayat itu saja, cukuplah sudah untuk menegaskan bahawa Islam itu agama ilmu dan agama akal. Islam menghendaki supaya pemeluknya pandai memegang kalam dan otaknya penuh dengan aneka rupa ilmu. Dengan menggunakan ilmu yang ada dapat kita budayakan istiqamah dalam memahami sesuatu permasalahan. Dengan itu ilmu juga dapat membantu kita menyelesaikan kesulitan dalam pembangunan kehidupan.

Friday, November 11, 2016

MULIAKAN IBADATMU KEPADA ALLAH BERSENDIKAN ISTIQAMAH

 (Disiarkan pada 11. 11. 2016)
               Mengingati Allah secara istiqamah merupakan satu disiplin hidup setiap mukmin sebagai khalifah-Nya di dunia ini. Kita diberi hidup oleh Allah dengan tujuan melaksanakan ibadat kepada-Nya dan memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai pemain (khalifah) dalam pembangunan tamadun.
               Muliakan ibadat berpangkal kepada hati. Kasih sayang adalah sifat  keutamaan dan ketinggian budi yang menjadi hati mencurahkan belas kasihan kepada segala hamba Allah, kelak mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. sebagai imbalan kepada kebajikan yang kita telah curahkan demi kemurnian dan kebahagian hidup makhluk lainnya.
Islam tidak  menentukan bahawa untuk bersikap dan berbuat kasih sayang itu hanya kepada segolongan manusia saja, atau  kepada  kaum muslim saja, melainkan kasih sayang itu harus diberikan kepada semua makhluk Allah, baik manusia maupun binatang, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
               “Sayangilah orang-orang yang ada di bumi, supaya engkau disayangi oleh  orang yang di langit (yakni para malaikat).”
               Kasih sayang itu sifat dan perbuatan yang menambah kesempurnaan watak yang membuat seseorang merasa iba bila melihat penderitaan melanda kehidupan makhluk, sehingga membangkitkan rasa ingin turut berusaha menanggulangi, baik sebatas meringankan beban si penderita maupun sampai ke batas kesempurnaannya.
               Jika penderitaan yang dilihat itu, dalam bentuk kesesatan i’tiqad, iapun turut merasa sedih dan berusaha untuk menolong, paling tidak dalam bentuk do’a memohon kepada Allah, agar mereka diberi petunjuk-Nya, dan dihindarkan dari kesesasatannya.
               Demikian pula, rahmat merupakan sifat dan perbuatan yang menambah kesempurnaan watak, kerana apabila manusia tidak memiliki sifat ramah, maka  dapat menurunkan derajat manusia dan menghilangkan keutamaannya. Keutamaan manusia itu ialah perasaan yang hidup dan aktif dengan senang dan sayang kepada siapapun. Manusia yang hanya memiliki sifat kekerasan saja, tanpa memiliki sifat rahmat, dapat menurunkan fitrah manusia ke darajat binatang, bahkan ke darajat benda padat yang tidak boleh bergerak sendiri dan tidak dapat menggapi  ransangan.
               Rahmat yang tinggi dan luas merata, adalah sifat Tuhan, kerana rahmatNya meliputi alam semesta. Oleh kerana itu do’a para malaikat kepada Allah, ialah seperti dalam firman Allah surah At Mukmin ayat 40:7 yang bermaksud: (terjemahan).
               “Ya Tuhan kami, sungguh rahmat dan ilmu Engkau luas meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada oramg-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-jalan Engkau, dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang menyala-nyala.”
               Sayang menyayangi, bermanis muka, kebaikan, kebajikan dan mencinta, adalah pantulan rahmat Allah yang dititipkan kepada hati dari sebahagian makhlukNya.
               Orang yang bersikap lemah lembut dan orang yang  mempunyai sifat teggang rasa terhadap orang yang lemah di antara rakyat jelata, adalah orang-orang yang paling banyak mendapat bahagian dari rahmat Allah. Sedangkan bagi orang-orang yang zalim, penjahat, sombong, mereka adalah penghuni neraka, sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:
               “Bahawasanya sejauh-jauh manusia dengan Allah ialah orang-orang yang keras hatinya.”
               Rahmat Allah yang dicurahkan kepada makhlukNya, melalui anugerahNya yang diberikan kepada seorang laki-laki atau perempuan yang suka membebaskan penderitaan, meringankan kesedihan, memberitahukan masalah, dan dengan berbagai pengorbanan dalam bentuk apapun. Ia membimbing orang-orang yang lemah, ia melemahkan keganasan orang kuat, sehingga jinak. Untuk itu Allah s.w.t. mengutus Nabi Muhammad saw dengan dibekali ilmu dan kesabaran hatinya untuk mengisi akhlaqnya dengan kegembiraan dan kebajikan.
               Beliau sentiasa berlapang dada, bemuka manis dengan senyum simpatinya yang sentiasa menghiasi tiap langkah dalam perjalanan hidupnya. Beliau seorang yang berpantang keras kepala: beliau seorang yang lemah lembut dalam sikap, tutur bahasanya dan perbuatannya.
               Sikap yang demikian sesuai dengan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 3:159 yang bermaksd: (terjemahaan)
               “Maka disebabkan rahmat Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya bersikap keras lagi berhati besar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkan mereka.”
               Ayat ini menujukkan kepada kita, betapa besar hikmah akhlak yang luhur perangai yang bersih, tutur bahasa yang manis, betapa banyak rahsia yang terkandung dalam kelem- butan hati sehingga menyebabkan tercurahnya limpahan rahmat Allah iaitu kemenangan.
               Berdasarkan ayat ini pulalah, beliau banyak memberikan pelajaran yang berharga kepada kita tentang pentingnya akhlak yang luhur yang pada pokoknya menegaskan bahawa  nilai akhlak lebih besar dan agung dari kekayaan harta benda.
               Akhlak secara keseluruhan ialah kipra hidup seseorang di persada bumi ini dengan sikap yang terpuji, sikap yang menguntungkan dan bermanfaat bagi masyarakat banyak.
               Akhlak Islam membuat seseorang selalu berseri-seri wajahnya dalam menghadapi orang lain, kerana menurut ajaran Islam wajah yang berseri-seri, wajah yang menampakkan kasih sayang kepada orang lain merupakan sedaqah.
               Sabda Nabi Muhammad saw yang bererti:
               “Dan senyummu untuk saudaramu adalah sedekah.”
 (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
               Ketahuilah bahawa senyuman yang jernih, akan mampu menyentuh perasaan hati seseorang, sebaliknya harta yang disodorkan belum tentu dapat melunakkan hati orang lain.
               Oleh kerana itulah Rasulullah saw memberikan tuntunan dan memerintahkan kepada kita, agar dalam setiap pergaulan kita harus selalu menampakkan senyuman dengan wajah yang jernih dan berseri-seri. Sebaliknya Rasulullah saw telah melarang kepada semua pengikutnya berwajah murka, berwaja cemburu, sebab lantaran menampakkan wajah yang murka itu dapat merusak suasana dan merenggangkan pergaulan.
               Sifat-sifat keutamaan ini, selalu ada pada diri peribadi Nabi Muhammad saw terutama di saat-saat  yang kritis seperti pada  waktu perang Uhud, di mana kaum musyrikin berusaha membunuh Nabi saw dan para sahabat banyak terletak di tanah berlumuran darah. Dalam keadaan kritis semacam inilah para sahabat mendesak kepada Nabi  saw untuk  berdo’a agar kaum  musyrikin dihancurkan Allah, tetapi  Nabi saw yang memiliki sifat-sifat rahmah, cinta kasih sayang, berjiwa besar dan berlapang dada, memberikan maaf kepada musuh-musuhnya, dan  berdo’a:
               “Ya Allah, Tuhan kami, berilah kaumku petunjuk, sebab mereka belum mengerti.”
               Sungguh tinggi semangat dan keyakinannya yang terkandung di dalam jiwa besarnya, yang tidak  terlalu menginginkan bantuan, sekalipun situasinya sudah demikian kritis. Dan selamanya beliau lebih dekat kepada memaafkan daripada balas dendam.
               Suatu kenyataan membuktikan dalam ruang lingkup sejarah bangsa, bahawa sikap keras kepala dan tindakan yang kejam adalah pantulan akhlaq yang rendah, yang merupakan pangkal malapetaka dan kerosakan yang amat  tragis. Oleh kerana itu Islam memperingatkan nya dan memandang hal tersebut sebagai sebab dari kefasikan/kedurhakaan manusia terhadap perintah Allah, dan itu merupakan penyelewengan dari jalan dan tuntunan Allah.
               Firman Allah dalam surah Al Hadid ayat 57:16 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran  yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturukan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara orang-orang yang fasik.”
               Sebabnya ayat ini diturunkan: Apakala orang mukmin sampai ke Medinah, mereka mengalami sedikit kesenangan hidup dan kemewahannya, sehingga bosan untuk melakukan seperti biasa daripada sebahagian amalan-amalan mereka. Oleh sebab itu mereka pun dicela dengan turunnya ayat ini iaitu : “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk merendahkan hati mereka mengingati Allah?”
               Allah memberi amaran” Janganlah orang-orang Islam menjadi seperti keadaan orang-orang Yahudi dan Nasrani yang sebelumnya telah dituruni kitab Taurat dan kitab Injil, tetapi orang-orang ahli kitab itu kemudian setelah lama berlalu beberapa masa yang panjang tidak diutuskan kepada mereka para rasul lalu hati mereka menjadi keras, yakni cenderung kepada dunia dan berpaling daripada mengikuti Kitab Allah. Maka janganlah orang-orang Islam yang sepatutnya khusyu’, merendah hati dan lembut untuk mengikuti pengajaran al-Qur’an berubah pula kemudiannya menjadi keras iaitu cendrung kepada dunia seperti orang-orang Ahli Kitab tersebut.
               Tujuan ayat ini mengingatkan umat Islam, setelah mereka mendengar al-Qur’an janganlah mengabaikan pengajarannya dan jangan memperlakukan al-Qur’an seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani. Hati mereka itu keras seperti batu setelah lama mereka itu dituruni kitab dari langit.
               Cinta kasih sayang menyayangi terhadap sesamanya, merupakan ajaran Islam yang ditekankan oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad saw dan juga merupakan perwujudan kesempurnaan iman. Kerana itu setiap muslim harus memiliki rasa kasih sayang di dalam hatinya untuk boleh berbuat kebajikan kepada sesama manusia, menurut kadar kemampuan nya yang dimilikinya.
               Sabda Nabi Muhammad saw  yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud:
               “Tidak sempurna iman kalian, sehingga kalian menyayangi. Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah kami kasih sayang.” Nabi bersabda: “Bahawa sayang yang dimaksud bukan saja sayang sekadar sayang kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkup terbatas, tetapi sayang (yang dimaksud) ialah sayang yang bersifat menyeluruh.”
               Hadis-hadis yang menuntun kita berbuat cinta kasih sayang, banyak sekali antara lain Nabi saw bersada yang diriwayat oleh Bukhari  dan Muslim yang bermaksud:
               “Sesungguhnya Allah sangat berbelas kasihan dan suka kasih sayang, lemah lembut dalam segala hal.”
               Masyarakat dan kekeluagaan Islam yang harmonis, adalah masyarakat yang anggota-anggota keluarganya saling mencintai, saling sayang-menyayangi, terhadap sesamanya, tetapi bersikap keras terhadap orang kafir, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an; sesuai dengan firman Allah swt dalam surah Al-Fath ayat 48:29 yang bermaksud; (Terjemahan)
               “Muhammad itu adalah Utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya adalah keras terhadap orang-orng kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka....”
               Bersikap tegas dan keras terhadap orang-orang kafir yang ingkar, bukan bererti kejam, tetapi justru kasih sayangnya Islam kepada mereka, sehingga Islam mengingatkan kepada  mereka dari kesesatannya, yang apabila perlu dengan sikap tegas dan keras, agar mereka menyedari kesesatannya dan kembali ke jalan yang lurus yang diredhai Allah. Demikian bagaikan sayang  seorang ayah kepada  anaknya, yang memberikan peringatan secara tegas dan keras kalau dianggap perlu, untuk membetulkan kesalahannya.
               Ayat-ayat al-Qur’an tersebut di atas cukup menguatkan pemerataan rahmat. Islam bertindak keras terhadap mereka untuk  mengingatkan dan memperbaiki kesalahan mereka, dan sikap itu tidak lepas dari rasa sayang Islam tehadap mereka. Kerana Islam adalah risalah yang bertugas untuk memperbaiki dan mendamaikan dengan kasih sayangnya terhadap
manusia tanpa kecuali.
               Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-Anbiya ayat 21:107 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Dan tidaklah Kami mengutus  engkau (Muhammad) kecuali untuk  menjadi rahmat bagi alam semesta.”
                    Di dalam Al-Qur’an, semua suratnya dimulai dengan “Bismillaahhirahmaannirrahim”, yang ertinaya  “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
                    Para Mufassir (ahli tafsir), mengertikan Arrhaman (Dzat yang memberikan rahmat umum di dunia), dan Arrahim (Dzat yang memberi rahmat khusus di akhirat. Tetapi penghalang-penghalang yang terdiri dari manusia-manusia itu sendiri, selalu menghalang-halangi jalannya rahmat itu yang  membuat sumbernya terputus dan mereka binasa. Dalam rahmat ini tidak kekurangan kecuali orang yang menutup diri dari rahamatNya. Itulah sebabnya rahmat Allah yang meluputi segala susuatu tidak diperoleh orang yang musyrik dan ingkar.
                    Firman Allah dalam al-Qur’an surah  al-A’raf, ayat 7:154 – 157 yang bermaksud: (Terjemahan)
                    “Maka akan Aku tetapkan rahmatKu untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.” (Iaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul. Nabi yang ummi.”
                    Yang dimaksudkan dengan takwa ialah takut berbuat maksiat atau menjadi kufur. Yang dimaksudkan mengeluarkan zakat ialah bersedekah wajib atau sunat, iaitu suatu perbuatan yang dapat membersihkan diri mereka dari dosa.
                    Allah akan menuliskan rahmat-Nya ke atas orang-orang yang bersifat takwa, mengeluarkan zakat dan mempercayai keterangan-keterangan Allah. Mereka itu kelak bila sampai masanya Muhammad saw dibangkitkan sebagai rasul dan nabi yang ummi bersedia untuk

mengikutinya.

Friday, November 4, 2016

BUDAYA ISTIQAMAH KESEMPURNAAN BERIBADAT

 (Disiarkan pada 4. 11. 2016)
               Manusia hidup dengan segala nikmat dan rahmat Allah s.w.t. bekalkan secara istiqamah. Maka itu adalah wajar ibadat kepada Allah semestinya dalam disiplin yang serupa. Setiap amalan yang kita laksanakan bersendikan budaya istiqamah kerana Allah sukakan hamba-Nya yang menunaikan ibadatnya dengan budaya berterusan. Hidup ini penuh dengan rahmat dan nikmat Allah s.w.t. siang dan malam tanpa henti. Hentinya rahmat Allah menjadi hidup itu tidak bermakna.
               Setiap amalan yang berterusan tanpa henti menggamit kesempurnaan hidup di sisi Allah s.w.t. Membaca al-Quran secara istikamah, walaupun satu atau dua ayat setiap hari, akan mencapai ke peringkat menghatamkannya juga. Orang yang sentiasa hidup dengan ayat-ayat suci Illahi dimudahkan urusannya dalam menangani kehidupan kerana Allah sentiasa melindunginya dari segala kemuskilan dan memasalahatan hidup.
               Melihat kewujudan fenomena alam sebagai contoh, segala makhluk yang tumbuh dan hidup sentiasa memperlihatkan satu fenomen yang ceria dan membahagiakan. Keadaan demikian Allah wujudkan sebagai ikhtibar kepada manusia bahawa alam sahaja dapat memaparkan satu sinario hidup secara istikamah guna untuk manusia mencontohinya. Daun-daun pokok menghijau disinari sang suria yang membantunya dalam proses photosyntesis di mana organik yang dibawa dari perut bumi diproses menjadi makanannya kelak mengeluar kan gas oksijen demi kemanfaatan makhluk lain yang hidup di sekitarannya.
               Rahmat alam seperti udara, air, oksijen, cahaya mata hari adalah semuanya nikmat Allah kepada kehidupan, membantunya meneruskan hidup sebagai makhluk Allah s.w.t. di alam mayah ini. Kewujudan setiap makhluk itu ada kemanfaatannya kepada kehidupan makhluk yang lain secara istiqamah.  
               Kehidupan  yang berterusan atau mempunyai disiplin matarantai dalam membantu kehidupan makhluk lain yang hidup bersama di alam ini sebenarnya merupakan satu fenomena alam Allah wujudkan. Falsafah dalam kehidupan  berkenaan mempunyai kesinam- bungan kepada cara hidup makhluk lainnya.
Sebagai contoh, hidupnya makhluk tumbuhan berbagai jenis seperti rumput di bumi ini adalah kemanfaatan hidup makhluk lain seperti haiwan berbagai jenis seperti kerbau, lembu, kuda, kambing dan sebagainya.  Setelah rumput yang dimakan telah diproses dalam badan haiwan berkenaan maka yang tidak ada manfaatnya lagi seperti najis, dikelurkan. Najis  tersebut menjadi uria atau baja kepada pokok-pokok yang tumbuh tinggi melangit. Pohon yang sudah membesar tinggi ditebang dan dijadikan alat-alat binaan manusia. Kayu-kayang yang telah ditebang menjadi reput dalam tanah dan kembali menjadi organik atau baja. Demikianlah kejadian alam secara istiqamah.
Dalam diri manusia itu sendiri segala sistem kehidupan pada diri  seseorang itu sentiasa mempunyai sistem istiqamah. Jiwa yang tunduk dan mendapat ilham adalah jiwa yang percaya sepenuhnya kepada Allah, tunduk dan menjalankan semua perintah-Nya. Jiwa ini berjuang untuk menumpas hawa nafsu dan kesesatan, namun tidak selamanya terlibat dalam kecamuk perang melawan kerusakan dan kekejaman.
Jiwa ini selalu  mengadakan introspeksi diri, berprinsip kepada kebenaran, istiqamah dan  ikhlas semata-mata mengharapkan redha Allah, tidak pernah mengharapkan apa-apa selain kebenaran, selalu memperlihatkan amalan-amalan saleh, sehingga pada  akhirnya akan memperolehi derajat dan kedudukan yang tinggi.
Satu nikmat dari Allah s.w.t. kita gunakan secara intiqamah dalam kelangsungan hidup ialah kehadiran iman kepada Allah pada diri setiap insan. Iman itu sentiasa bersama dengan kita terus menerus secara istiqamah demi menyelamatkan manusia dapada dicerobohi oleh anasir-anasir luar yang sentiasa memesongkan serta merosakkan ibadat manusia kepada Allah. Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 7:27 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai Bani Adam (manusia), janganlah kamu sampai dapat diperdayakan oleh Syaitan-Syaitan, sebagaimana telah terjadi atas dua orang ibubapamu (Adam dan Hawa)
sampai keduanya keluar dari syurga, ia bukakan pakaian keduanya sehingga kelihatan kemaluan keduanya. Sesungguhnya (Syaitan) dan golongannya dapat melihat kamu, sedang kamu tidak dapat melihat kepada mereka. Kami (Tuhan) menjadikan Syaitan-Syaitan itu menjadi pemimpin (ikutan) bagi orang-orang yang tidak beriman.”  
               Allah memperingatkan anak cucu Adam, supaya berjaga-jaga jangan dapat dipujuk oleh syaitan dengan bisikan jahatnya dan dengan tipu helahnya untuk menceburkan mereka dalam jurang maksiat dan menderhaki Allah. Kerana Adam dan Hawa telah pun terkeluar dari dalam syurga disebabkan oleh syaitan, sehingga mereka jadi sangsara. Maka kesangsaraan yang seperti itu pasti akan berulang mengenai anak cucunya sekiranya mereka mahu dipujuk oleh syaitan.
               Dengan sebab tipu daya syaitan, Adam dan Hawa terkeluar dari syurga lalu ditanggalkanlah  pakaian syurga dari tubuh keduanya, maka terdedahlah kemaluan keduanya sehingga masing-masing dapat melihatnya – padahal sebelum itu tidak melihatnya
               Allah memperingatkan mereka supaya lebih berjaga-jaga lagi terhadap musuh yang tiada kelihatan dan daripada musuh yang kelihatan.
               Para ulama mengatakan: Syaitan dan kaumnya daripada bangsa jin semuanya dapat melihat manusia kerana manusia itu jisimnya  kasar, sedang manusia pula tidak dapat melihat syaitan dan jin kerana jisim mereka halus dan tidak pula ada warnanya. Mereka diumpamakan seperti angin. Kita mengetahui angin dan dapat menentukannya, tetapi kita tidak dapat melihatnya. Begitulah halnya Syaitan dan Jin itu, manusia tidak dapat melihat bagaimana bentuknya yang asal, tetapi manusia dapat melihat kalau Syaitan itu menjelma berupa manusia, atau haiwan atau pun benda-benda – seperti pernah dilihat orang.
               Para ulama juga mengatakan: Bahawasanya Allah menjadikan suatu jenis pancaindera dalam mata Jin, yang dengannya jin itu dapat melihat manusia, sedang dalam mata manusia pula Allah tidak  menjadikan yang seperti itu, maka tidak dapatlah manusia melihat Jin. Ada pun Jin pula sesama Jin  dapat melihat antara satu sama lain, kerana Allah memperkuatkan sinaran mata masing-masing. Kalaulah misalnya mata manusia itu dilengkapkan dengan tenaga dan kekuatan seperti yang terdapat pada mata Jin nescaya dapatlah manusia melihat Jin, tetapi Allah tidak menjadikan yang demikian.
               Dalam hubungan ini, Ibnu Abbas mengatakan bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:
               “Sesungguhnya Syaitan itu  menyerap ke dalam anak Adam melalui saluran darahnya. Dan dada anak-anak Adam itu menjadi tempat tinggal mereka. Melainkan orang yang dipeliharakan Allah (tidak dapat dimasuki).
               Ini seperti yang difirman oleh Allah: “Yang membisikkan fikiran jahat di dalam dada (hati) manusia. Sesungguhnya Kami (Allah) jadikan Syaitan itu pemimpin bagi mereka yang tidak beriman.”
               Orang yang tidak  beriman amatlah mudah terpengaruh oleh pujukan Syaitan, kerana tidak ada persiapan dirinya untuk menentang dan melawannya. Malahan dijadikannya pemimpin kerana telah dapat menguasainya.
               Sekalipun kita manusia tidak dapat melihat terhadap musuh kita yang bernama Iblis atau Syaitan itu, tetapi kepada kita diberi Tuhan dua kekuatan atau senjata yang amat hebat, sehingga kalau kita benar-benar mempergunakannya maka keadaan akan sebaliknya. Bukan kita yang harus kalah dengan knock out, tetapi Syaitan atau Iblis itu yang akan kalah dengan mudah sekali.
               Kedua kekuatan atau senjata itu ialah AKAL  dan HIDAYAT ALLAH, yang dalam ayat-ayat al-Quran tersebut dinamakan JALAN LURUS, iaitu petunjuk-petunjuk dari Allah yang disampaikan oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, atau lebih tegas lagi ialah AGAMA ISLAM.
               Akal adalah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah yang amat berharga yang
dimiliki oleh setiap manusia yang sudah dewasa, asal sahaja dia tidak gila. Dengan dibantu  oleh pancaindera yang lima akal dapat memperbedakan antara hitam dan putih, tinggi dan rendah, buruk dan baik, merugikan atau menguntungkan, yang merusak atau memperbaiki, yang membahagiakan atau yang mencelakakan. Bahkan dengan akal itu manusia sudah berhasil dapat menciptakan alat-alat teknik yang moden dan hebat-hebat.
               Yang sebenarnya dengan semata-mata akal itu saja, manusia seharusnya tidak dapat dikalahkan oleh Syaitan atau Iblis. Sekalipun kita tidak  dapat melihat Syaitan, tetapi dengan akal itu yang sebenarnya kita telah diberi kekuatan untuk  melihat Syaitan atau Iblis itu. Semua perbuatan-perbuatan yang keji dan buruk, yang membawa kerusakan dan permusuhan, membawa kesengsaraan dan kerugian adalah semuanya kerana pengaruh Syaitan atau Iblis itu.
               Tetapi sudah ternyata dengan terang sekali dalam sejarah hidup manusia dari abad ke abad, bahawa dengan semata-mata akal saja, dengan semata-mata ilmu pengetahuan saja, manusia dengan mudah sekali masih dapat dikalahkan oleh Syaitan atau Iblis itu. Bukan saja orang-orang bodoh dan biadab tetapi beberapa banyaknya orang-orang pintar dan beradab sekalipun ternyata masih sering mengerjakan perbuatan-perbuatan yang keji dan buruk, bahkan mengerjakan perbuatan-perbuatan yang terlalu keji dan buruk, yang sangat merusak kehidupan manusia. Bahkan ternyata, makin tinggi pengetahuan, kejahatan-kejahatan yang dilakukan manusia bukan makin berkurang, tetapi malah makin bertambah dan menghebat.
               Demikianlah kehebatan manusia dengan akalnya, dan begitu pulalah kejahatan manusia dengan akalnya pula. Sebab itulah makanya disamping akal atau, manusia harus diberi kekuatan atau senjata yang lebih ampuh. Senjata yang lebih ampuh itu ialah Hidayat Allah, atau  Jalan Lurus atau agama Allah (Islam).
               Bila seorang manusia dapat menerima Hidayat Allah (petunjuk) itu dengan akalnya, sehingga akalnya tidak berjalan sendirian saja malah selalu didampingi Allah atau Agama  Islam itu, maka inilah manusia yang sempurna, manusia lengkap. Manusia yang demikian itu yang dinamakan sebaik-baik kejadian atau semulia-mulia makhluk (Ahsanu Taqwim), tidak mungkin dia akan jatuh menjadi serendah-rendah makhluk (Asfalas Safilin). Dan manusia  semacam inilah yang disebut orang Beriman dan Salih.
               Di samping akal kepada tiap-tiap manusia yang singga hidup di permukaan bumi ini, telah dikirimi Allah petunjuk-petunjuk yang dinamakan jalan lurus atau agama itu, dengan perantaraan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, dengan Kita-Kitab Suci-Nya. Kitab Suci Zabur yang hilang  diganti Tuhan dengan Taurat, sedang Kitab Taurat yang hilang, sudah diganti Tuhan dengan Injil, sedang Injil yang mengalami nasib yang sama dengan Zabur dan Taurat, sudah diganti Tuhan dengan al-Quran.
               Akal manusia harus didampingi terus secara istiqamah dengan al-Quran ini. Kalau tidak akan sesat dan jahatlah  manusia itu. Iblis dan Syaitan yang menjadi musuh manusia, yang sebenarnya adalah makhluk berakal pula. Sehingga kalau dia dihadapi manusia hanya dengan akal saja, sering manusia kalah, Iblis menang, kerana dia melihat kita dan kita tidak melihatnya. Apa lagi Iblis atau Syaitan di dalam perlawanannya terhadap manusia selalu mempergunakan seluruh kekuatan yang ada padanya, tanpa mengingat moral atau akhlak.
               Kelebihan akal manusia dari akal Iblis atau Syaitan, ialah kerana akal kita manusia dapat menerima petunjuk-petunjuk Allah (Agama), sedang akal Syaitan atau Iblis tidak  dapat menerima petunjuk Allah yang bernama agama itu.
               Tetapi tidak dapat dibantah dan sungguh  menyedikan, tidak semua manusia dapat menerima Hidayat Allah dengan akalnya. Sebagai tersebut di dalam ayat-ayat yang tersebut di atas, kerana pengaruh dan perdayaan dari Iblis  dan Syaitan, kebanyakan manusia berpaling atau tidak menghiraukan akan petunjuk Allah itu. Kerana ajakan perdayaan atau pengaruh Syaitan atau Iblis, ramai manusia tidak  pandai mensyukuri nikmat Allah, mereka menjadi fasiq, membenci kan kebenaran, tidak beriman, tidak  benar jalan fikiran atau  salah pendapat,
bodoh dan sebagainya.
               Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 7:17 yang bermaksdu: (terjemahan)
                    “Aku (Iblis) akan goda mereka (manusia) dari segala jurusan; dari depan, dari belakang, dari kanan dan kiri mereka, sehingga kebanyakan manusia itu tidak pandai bersyukur.”
                    Firman Allah lagi dalam surah al-Maidah ayat 5:62 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Dan engkau lihat  banyak dari mereka bersegera dalam dosa dan aniaya dan  memakan yang haram. Sesungguhnya amatlah  buruknya apa yang mereka kerjakan.”
                    Firman Allah lagi dalam surah az-Zukhruf ayat 43:78 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Sesungguhnya Kami (Allah) sudah  pun  membawakan kebenaran kepada kamu, tetapi kebanyakan kamu membenci kebenaran.”
                    Firman Allah lagi dalam surah al-Baqarah ayat 2:99-100 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Dan sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu beberapa keterangan yang nyata. Dan tidaklah akan  engkar terhadap keterangan itu selain  orang-orang yang fasiq (durhaka). Dan tiap-tiap kali mereka membuat perjanjian, lantas dilimparkan begitu saja, bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.”
                    Firman Allah lagi dalam surah al-Ankabut ayat 29:63 yang bermaksud: (terjemahan)

                    “Dan jika engkau bertanya kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit, yang menghidupkan (menyuburkan) bumi sesudah matinya? Nescaya mereka akan menjawab: “Allah”. Sebab itu ucapkanlah “Alhamdulillah”. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti (tidak benar jalan fikirannya).”