Friday, December 30, 2016

KEBAHAGIAN HIDUP WAWASAN ISLAM

 (Disiarkan pada 31. 12. 2016)
               Apakah yang dimaksudkan dengan kebahagian hidup? Adakah kebahagiaan itu berlan- daskan  kepada kedudukan atau  kekuasaan yang telah diamanahkan kepada kita? Adakah kebahagiaan itu diperolehi bila menjadi seorang artis terkenal? Adakah kebahagian itu  diperolehi apabila kita mempunyai kekayaan harta benda di dunia? Semua persoalan ini perlu diteliti agar nikmat kebahagian itu tidak di landasan kekufuran. Kebahagian hidup wajar  diterjemahkan dalam pembangunan kehidupan dunia dan akhirat.
               Apabila manusia mempunyai kelebihan nikmat hidup yang dianugerahkan  Allah s.w.t. harus disajikan dengan perasaan kesyukuran agar  kita tidak didekati oleh kekufuran terhadap nikmat tersebut. Jika kebahagian itu disajikan dengan keangkuhan atas dasar memikirkan ianya adalah  hak mutlaknya dan tidak  ada kena mengena dengan kekuasaan Allah, maka kebahagian yang diperolehi sebenar merupakan satu perasaan yang membawa hidup itu sentiasa cemas kerana kekhuatirannya terhadap keselamatan diri terancam.
               Semua manusia dijadikan Allah dengan berbagai fitrah hidup yang membolehkannya hidup lebih menyerlah berbanding orang lain. Fitrah hidup yang dianugerahkan Allah membuatnya merasa bahagia tanpa bersyukur kepada amanah tersebut dan lupa akan Allah yang telah menghadiakan kelebihan hidup tersebut di dunia.
 Fitrah sebagai orang yang terkaya di dunia seperti seorang bangsa Yunani bernama Onassis; Fitrah hidup dengan mempunyai kehebatan dalam dunia seni suara dan perfilman seperti  pelakon terkemuka dunia bernama Marlyn Monroe; atau seperti Micheal Jakson, seorang artis yang jutawan di dunia seni suara yang telah mengoda pemuda dan pemudi mahupun orang dewasa seluruh dunia.
Kesemua individu berkenaan merasakan kekayaannya itu satu kebahagian yang akan membawa  mereka ke dunia akhirat! Tetapi, tanpa merasa syukur kepada Allah s.w.t. kebahagian itu hanya bersama kita buat semantara waktu sahaja. Kadang-kadang kebahagian itu melahirkan satu bentuk kehidupan yang amat menduka citakan. 
Hidup dengan kekayaan dunia seperti halnya Raja Tanker Yunani bernama Onassisi, yang mempunyai  perusahaan perhotelan yang terbesar di dunia seperti di Paris, London,, New York. Dan bukan itu sahaja malah ia mempunyai kapal tangki minyak sebelas buah. Kekayaannya membolehkan ia membelih sebuah pulau yang dinamakan  pulau Skopio. Beliau mempunyai  dua orang anak, bernama Alezander Onassis dan Maria Onassis.
Anak lelakinya  Alexande Onassis mempunyai budaya jetset. Ia mempunyai hobi yang tidak ada dimiliki oleh anak-anak lain di dunia. Bapanya membekalkannya sebuat jet sebagai permainannya. Dalam kegairahan bermain jetnya, malang tidak berbau’ jet yang dipandunya hilang kawalan maka ia terjun ke bumi  mengakibatkan kematian satu-satunya  anak lelaki yang bakal mewarisi kekayaan bapanya.
Tinggallah seorang anak perempuan. Ia mempunyai amalan hidup yang merasa dirinya hebat dari segala-galanya di muka bumi ini. Ia mempunyai teman lelaki  yang sering bertukar ganti. Akhirnya tidak ada yang setia. Dalam keadaan demikian mengakibatan kemusnahan jiwanya dan mengambil keputusan mengakhiri hidupnya dengan mengambil ubat tidur  “Overdosed”. Maka tamatlah riwayat ke dua anak kesayangan dan meninggalkan bapa keseorangan dengan kekayaannya.
Dengan jiwa yang kosong tidak tahu apa nak dibuat dengan kekayaannya yang dianggapnya sebagai kebahagiaannya, maka ia menyepi  diri di pulau Skopionya. Tanpa diketahui oleh orang, telah didapati mati di kolamnya di pulau yang indah itu, maka keluarga Onassis berakhirlah di situ dan yang tinggal di dunia ialah hartanya  (kebahagiaannya).
Adakah kebahagian itu terletak kepada  kehebatan seseorang itu dalam dunia seni suara dan perfileman seperti pelakon terkenal Marlyn Manroe atau biasa dipanggil MM. Kehebatannya telah terbokti seluruh dunia dalam seni suara dan juga dalam dunia perfileman
kerana suaranya yang merdu  serta raut wajahnya yang memikat setiap manusia yang bersua dengannya. Dia mempunyai teman lelaki yang silih bertukar ganti. Beliau merasakan kehebatan hidup yang tidak terkira baginya.
Dalam perjuangan hidup beliau sentiasa memburu seorang jejaka yang boleh membawa kebahagian yang abadi. Tetapi kesemua teman lelaki bagikan kapal yang singgah di pelabuhan sahaja. Mereka datang dan pergi begitu sahaja dan berterusan sehingga artis yang amat cantik itu  menemui ajalnya dengan memakan pil tidur berlebihan.
Seorang lagi artis terkenal yang telah menggoda hati para pemuda dan pemudi mahupun orang dewasa di seluluruh dunia ialah Micheal Jakson. Beliau merupakan seorang artis yang jutawan di dunia seni suara. Tetapi hidupnya sentiasa diburu oleh perasaan takut kalau-kalau jiwanya terancam akibat kehebatannya itu.
Maka itu rumahnya dikelilingi tembuk yang tinggi dan kawalan yang rapi. Tidak cukup dengan itu disediakan lagi beberapa ekor anjing yang garang sebagai penjaga untuk mengelakkan sebarang pencerobohan. Apabila dia keluar, selain dari pengawal peribadinya, dia juga  mempunyai pakar (doktor) untuk menjaga makanannya dan yang dihidang di mana sahaja ia berada. Dia tidak ada kebebasan dalam hidup kerana sentiasa diburu oleh perasaan tidak selamat.
Pada suatu hari di rumah mansionnya, semasa sedang membuat persediaan untuk ke Landon menerima undangan membuat persembahan di sana, Micheal Jakson tiba-tiba menemui ajalnya tanpa diketahui sebab-sebabnya. Ajal seseorang akan datang bila-bila masa sahaja tidak kira apa kedudukan kita sama ada seorang yang terkenal dari segi seni suara atau penampilan kita menyerlah di peringkat antara bangsa, apabila Allah mengambil balik jiwa kita maka tidak ada yang boleh menghalangnya!
Ketiga-tiga contoh  yang dikemukakan menunjukkan bahawa kebahagian itu bukan terletak kepada kekayaan, kecantikan raut wajah mahupun kehebatan dalam seni suara tetapi kebahagian itu adalah bermuara dari hati yang suci dan sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. terhadap amanah yang diberikan dan sentiasa mengingati-Nya.
Baginda Rasul Nabi Muhammad saw adalah contoh terbaik bagi umat manusia yang telah membudayakan  kebahagiaan hidup yang tidak ada tolak bandingnya di muka bumi ini. Baginda Rasulullah s.a.w. meletakkan kebahagian itu di atas dasar ketakwaan kepada Allah s.w.t. dan meminggirkan segala keutamaan kebendaan yang menjemput keseronokan hidup di muka bumi ini.
Cinta Rasul kepada  umatnya merupakan agenda utama untuk mengejar kebahagiaan, sehingga baginda mengatakan “Kalau umatku menjadi kaya biarlah aku orang yang terakhir merasa kenyang, dan jika umatku  menjadi miskin biarlah aku orang yang pertama merasa lapar.”(Hadith sahih)
               Ini bermakna, betapa bahagianya ia apabila umatnya senang. Beliau sentiasa berdoa  kepada Allah untuk keselamatan umatnya dan tidak seorang pun dikecualikannya untuk menikmati kebahagian hidup. Doa yang selalu baginda ucapkan ialah: “ Ya Allah hidupkan aku dalam keadaan miskin; matikan aku dalam keadaan miskin,; dan kumpulkanlah  aku di akhirat nanti bersama-sama orang yang miskin.”(Hadith sahih)
               Doa ini  menggambarkan kepada kita  bahawa kebahagian itu adalah pancaran dari “Hablumminannas”, iaitu hubungan kita sesama umat, tidak kira darjat dan keturunan, manusia itu semuanya hamba Allah. Hubungan kasih sayang  antara sesama umat atau yang biasa dikenali sebagai ukhuwah kemanusiaan, merupakan kunci kebahagiaan dan Allah sangat sayangkan hamba-Nya yang sentiasa memelihara kebajikan orang lain.
               Manusia adalah makhluk bersosial; dan dia hidup bermasyarakat. Hidup seorangan tanpa teman tidak menjemput kebahagiaan, seperti halnya manusia pertama Adam merasa dirinya kesunyian hidup di syurga Allah walaupun segala keperluan hidup tersedia tanpa memerlukan tenaga untuk menyediakannya. Maka itu, oleh Allah di wujudkan Hawa dari
tulang rusuk sebelah kiri Adam maka bersinarlah perasaan Adam melihat mempunyai teman 
hidup di Syurga.
               Dari pengiktirafan masyarakat umum terhadap perolehan-perolehan atau kejayaan-kejayaan dalam menangani hidup akan terpancarlah kebahagian yang menerangi jiwa membina empangan membentingi manusia dari budaya mementingkan diri. Susunan disiplin pemikiran yang mendukung kebahagian akan menuju kepada hubungan manusia dengan Allah atau yang biasa dikenali  sebagai “Hablumminallah”. Maka itu kebahagian dunia dan kebahagian akhirat dapat diperolehi dengan menempuh khidupan yang sentiasa mendapat keredhaan Allah s.w.t. Insyallah!
               Kebahagian hidup yang diperolehi dalam menangani ukhuwah  kemanusiaan kelak melahirkan hubungan kita dengan Allah atau Hablumminallah akan bersama kita dari dunia hingga akhirat. Berbanding dengan kebahagian yang diperolehi melalui fitrah seperti seni suara, kekayaan dunia, kebolehan-kebolehan tertentu yang dianugerahkan Allah tanpa kesyukuran kepada-Nya merupakan kebahagian yang sementara di dunia sahaja.
               Daya intelek merupakan nikmat yang diberi oleh Allah kepada manusia sebagai amanah. Manusia disuruh menggunakan amanah itu untuk beribadat kepada Allah. Ibadah dalam pengertian yang luas merupakan mekanisme bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Menurut ajaran Islam, manusia akan mencapai kebahagaian hidup sekiranya mereka berjaya menghadapi ujian Allah.
               Ujian tersebut  diadakan semata-mata untuk meningkatkan tahap penghakikian dan  pengembangan potensi kekuatan semula jadi manusia. Jestru, manusia yang berjaya meng- hadapi ujian Allah ialah manusia yang pintar cerdas dalam erti kata sebenar. Mereka memang layak untuk  memperoleh kedamaian, keselamatan, dan kesejahteraan, pendik kata kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
               Daya intelek bukanlah milik manusia secara mutlak, tetapi daya itu diberi kepada  manusia sebagai suatu amanah. Oleh itu, setiap manusia perlu menggunakan daya intelek dengan sewajarnya. Malah, daya intelek boleh dianggap sebagai satu bentuk ujian yang diadakan oleh Allah untuk menentukan tahap keimanan dan ketakwaan manusia.
               Misalnya, Allah menguji orang yang pintar cerdas dengan daya kepintarannya, supaya terbit rasa syukur dan berterima kasih daripada orang tersebut terhadap pemberian Allah. Begitu juga, Allah menguji orang yang kurang pintar dalam sesuatu bidang kehidupan dengan kekurangan daya kepintarannya, supaya terbit rasa sabar dan tabah untuk terus menuntut ilmu.
Jesteru, pemberian daya intelek dalam suatu bidang kehidupan bukanlah semestinya menandakan bahawa Allah menyayangi diri dan amalan seseorang. Begitu juga, kekurangan daya intelek dalam sesuatu bindang kehidupan bukanlah Allah membenci diri dan  amalan  seseorang. Semuanya merupakan ujian Allah. Dalam konteks ini, pengembangan dan penggunaan daya intelek menurut prinsip yang telah ditetapkan oleh Syariah Islam  merupa kan suatu tanda manusia telah lulus dalam ujian tersebut.
Individu pintar cerdas merupakan individu yang menyepadukan keperluam roh dengan keperluan jasad, unsur mutlak dengan unsur relatif, dan kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Bagi mereka, setiap aktiviti hidup perlu berorientasikan nilai murni, dengan matlamat asas untuk memaximumkan nilai dan etika Islam.
Dalam melaksanakan  aktiviti hidup, aspek kerohanian yang merupakan juru mudi kepada perkembangan  akhlak diutamakan, manakala aspek lain seperti pembangunan ekonomi, kemajuan kebendaan, dan penguasaan teknologi moden adalah penting untuk melegkapkan akhlak tersebut. Dengan lain perkataan, pembangunan ekonomi, kemajuan kebendaan dan penguasaan teknologi moden adalah untuk kepentingan manusia, dan bukan sebaliknya.
Untuk mngukuhkan lagi pengkonsepan tentang individu pintar cedas, Allah berfiman dalam Al-Qur’an surah Al-A’raf ayat 7:179 yang bermaksud (terjemahan)
“Sesungguhnya Kami telah sediakan untuk isi neraka sebahgian besar jin dan manusia, sebab mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya, mempunyai mata tetapi tidak mahu  melihat dengannya, dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, malahan lebih sesat lagi. Mereka merupakan orang-orang yang lalai.”
Pendengaran, penglihatan, dan akal merupakan alat bagi mengembangkan potensi kekuatan semula jadi manusia. Kekuatan yang sebenar anya diperolehi apabila alat-alat tersebut  digunakan secara konstruktif mengikut prinsip yang telah diteta oleh ilmu wahyu. (Al-Quran dan Sunnah) Dalam konteks ini , Ilmu ahyu berfungsi mensucikan akan dengan cahaya petunjuk Allah untuk membolehkan akal tersebut menjadi sumber ilmu yang boleh dipercayai.
               Kebahagiaan itu harus dijadikan sebagai alat dalam menangani hidup dan agama sebagai matlamat. Walaubagaimana pun apa yang berlaku di pentas pembagunan manusia ialah mengejar kebahagian ialah  kekayaan dan kejayaan itu dijadikan sebagai malamat hidup dan akidah sebagai alat, maka itu kelezatan kebahagiaan sukar dirasai.
                    Dalam erti kata lain jika kebahagiaan itu dijadikan sebagai matlamat hidup maka manusia telah mengkufuri nikmat kebahagian itu sendiri. Mereka memikirkan bahawa kebahagian itu  adalah hak mutlak mereka dan bukan amanah dari Allah s.w.t..

                    Kufur kepada nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t. telah membelakangi kekuasaan Tuhan yang telah mengatur alam ini untuk manusia memanfaatkan segala fitrahnya. Maka itu tahap-tahap pencapaian tidak akan memberi kepuasan diri dan sentiasa tamak untuk memperolehi segala sesuatu tanpa memikirkan kebahagian orang lain.