Saturday, January 28, 2017

SUKA DAN DUKA RARAM HIDUP MANUSIA

 (Disiarkan pada 27. 1. 2017)
               Makhluk manusia diwujudkan Allah dengan segala fitrah-Nya guna untuk kesempur- naan hidup sebagai hamba Allah swt. Antara fitrah yang terpenting untuk membentuk  kehidu pan manusia ialah hati. Hati memimpin manusia sama ada di landasan  yang diredhaan Allah atau sebaliknya mengikut  fenomena pembangunan yang didasarkan kepada tanggung jawab sebagai khalifah Allah atau pemakmur alam kehidupan yang diredhai Allah s.w.t..
               Ibadat hati yang bertentangan dengan keredhaan Allah hukumnya berdosa dan  ganja- rannya api neraka. Ibadat hati yang di atas landasan yang diredhai Allah hukumnya mendapat  pahala dan ganjarannya ialah Syurga. Hati merupakan rasul dalam diri  manusia. Ia memim- pin manusia ke jalan yang lurus dan diredhai Allah s.w.t.
               Hati akan menjadi lemah dan tidak dapat melaksanakan ibadat yang mendapat keredhaan Allah s.w.t. jika ia bertemankan dengan nafsu serta iman yang lemah dan ilmu pengetahuan yang cetik kepada pembangunan kehidupan.
               Ketahuilah, sesungguhnya dalam tubuh manusia ada segumpal daging, jika segumpal daging itu baik, maka akan baik seluruh tubuh manusia, dan jika segumpal daging itu buruk, maka buruklah seluruh tubuh manusia. Ketahuilah  bahawa segumpal daging itu adalah hati manusia. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim).
               Suka dan duka garam hidup manusia membawa maksud bahawa segala pentadbiran kehidupan manusia berpangkal daripada hati. Hati yang baik itu akan mengalami hidup yang suka dan bahagia kerana pentadbiran kehidupannya berpaksi kepada keredhaan Allah s.w.t.. Ia memelihara semangat ukhuwah kemanusiaan yang dimurnikan dengan suasana kasih sayang antara sesama.
               Hubungan kemanusiaan merupakan faktor utama dalam memurnikan pembangunan tamadun. Dalam hubungan kemanusiaan, kita memerlukan media untuk berkomunikasi. Media yang amat sempurna dan mudah dilaksanakan ialah dengan menggunakan kod bahasa untuk menghantar mesej atau maklumat kepada orang lain. Maka itu untuk berkomunikasi serta berinteraksi dalam melaksanakan pembangunan kita memerlukan ilmu pengetahuan.
               Merapatkan siraturrahim antara sesama manusia adalah antara faktor yang digalakkan oleh agama Islam demi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Dengan adanya hubungan kemanusiaan maka dapat melahirkan perasaan kasih sayang antara satu  sama lain. Kasih sayang itu adalah satu ukhuwah Islamiyah yang mengekalkan tali persaudaraan manusia sejagat. Ia merupakan tali yang paling kuat, benar, kekal dan lebih sempurna dari semua ikatan dan hubugan lainnya termasukalah ikatan kekeluargaan sekalipun.
               Imannya kepada Allah memimpin manusia ke jalan yang menggamit kebahagiaan hidup. Iman dan ketakwaannya kepada Allah menjadikan hidupnya sentiasa dipimpin Allah kelak dimudahkan segala urusan dalam pembangunan kehidupan. Hidupnya sentiasa dilandasan kebahagian sama ada di dunia lebih-
lebih lagi di akhirat kelak.
               Hati manusia  terbahagi kepada tiga macam iaitu; Hati yang hidup sihat, hati yang mati dan hati yang sakit. Pembahagian ini berdasarkan fungsi dan kepekaan hati tersebut terhadap peranan dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Pembahagian itu berdasarkan
firman Allah dalam surah Al-Haj ayat 22: 52 – 54 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Tiadalah Kami utus sebelum engkau seorang Rasul dan tidak pula Nabi, melainkan apabila bercita-cita (dalam hatinya), maka syaitan menghalangi cita-citanya itu, lalu Allah menghapuskan halangan syaitan itu, kemudian Allah menetapkan ayat-ayat-Nya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Supaya Dia menjadikan halangan syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang yang kasar hatinya. Sesunguhnya orang yang aniaya itu dalam perselisihan yang jauh dan supaya mengatahui orang-orang yang diberi pengetahuan, bahawa al-Qur’an sebenarnya daripada Tuhanmu, lalu mereka  beriman kepadanya dan tenteram hatinya, sesungguhnya Allah menun
juki orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus.”
               Hati yang sihat adalah hati yang akan berjaya menemukan pemiliknya dengan Allah s.w.t. di hari kiamat nanti
dengan penuh kebahagian dan kegembirangan. Sebagaimana yang di khabarkan Allah s.w.t. dalam firman-Nya dalam surah
As-Syu’ara ayat 26:88 – 89 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Pada hari yang tidak bermanfaat semua harta dan anak-anak, kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat (sihat).
               Hati yang selamat bermaksud hati yang sihat. Hati yang selamat daripada segala bentuk nafsu dan syahwat yang sentiasa menentang perintah Allah, ia juga hati yang selamat daripada berbagai bahaya  syubhat, selamat dari pada penyembahan dan pengabdian kepada selain Allah, selamat daripada mencipta dan membuat undang-undang yang bukan ditetapkan
oleh Rasul-Nya.
               Hati yang sihat itu hanya sentiasa berada dalam kecintaan dan pengabdian kepada Allah. Ia takut kepada-Nya, mengharapkan (rahmat-Nya), hanya bertawakal kepada-Nya mengembalikan semua perkara kepada kekuasaanNya, hanya mengamalkan hukum-hukum sesuai dengan ketetapan-Nya, dan selalu merendahkan diri dan tidak bersikap sombong tehadap-Nya.
               Hati yang sihat juga mesti terlepas daripada segala jenis dan bentuk syirik yakni menduakan Allah s.w.t. Hal ini merangkumi semua kehidupan sama ada yang berhubung terus dengan Allah s.w.t. atau  yang ada interaksinya  dengan manusia dan alam sekitar. Konsep ikhlas menjadi teras dan dasar daripada semua amal perbuatan bagi individu yang  memiliki hati yang sihat.
               Maka itu jika ia suka atau cinta, maka hanya kerana Allah s.w.t.  Kalau ia benci dan marah kerana atas dasar Allah. Ia memberi dan mengambil (sesuatu hak) semata-mata demi Allah. Semua itu tidak akan terlaksana sehingga ia hanya tunduk dan patuh terhadap undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.
               Hati yang sihat adalah hati yang boleh dan mampu mengendalikan  semua umgkapan ini berdasarkan hukum dan ketetapan yang telah  diputuskan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya. Hati yang sihat tidak akan mengungkapkan suatu perkara sama ada yang berbentuk akidah (pemikiran), ucapan dan perbuatan sehinggalah  datang perintah Allah s.w.t. tentang hal-hal
tersebut. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 49:1 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului (untuk menetapkan sesuatu hukum dengan perkataan dan perbuatan) sebelum (datang keputusan) Allah dan RasulNya akan hal-hal tersebut.”
               Dalam huraian terhadap ayat tersebut, segolongan daripada ahli salaf ada berkata: “Tiada satu  perbuatan yang patut sekalipun remeh dan kecil melainkan ianya tidak  terlepas  daripada  dua soalan iaitu: “Kerana apa dan mengapa perbuatau itu dilakukan? Soalan yang pertama mempunyai natijah adakah anda melakukan sesuatu perkara itu semata-mata kerana Tuhan anda atau hanya sekadar mempunyai harapan lain dan kerana nafsu belaka? Soalan yang ke dua juga mempunyai natijah: “ Adakah amal yang anda lakukan berdasarkan perintah (syarak) yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya atau sebaliknya? Dua soalan tersebut
berkesimpulan: “ Yang pertama tentang penting ikhlas dan yang kedua perlunya ittiba’
(mengikut apa yang dicontohkan Rasulullah s.a.w.).” Hendaklah diketahui bahawa Allah s.w.t. tidak menerima sebarang amal kecuali dengan dua syarat tersebut, iaitu Ikhlas dan ittiba’ (terhadap syarak).   
               Maka itu dua soalan tersebut hanya boleh diselesaikan dengan cara menenamkan keikhlasan yang sebenar dan hanya beramal atas dasar ittiba’ (berdaarkan hukum yang telah diputuskan oleh Allah). Di sinilah pentingnya peranan hati yang ikhlas, iaitu hati yang mampu mengatasi cabaran yang menghalang daripada keikhlasan dan unsur-unsur yang menjadi punca melakunya amal perbuatan tanpa ittiba’. Demikianlah  hakikat sebenar hati yang sihat,
yakni di dalamnya terkandung kejayaan dan keselamatan.
               Hati yang mati adalah sama sekali tidak mempunyai jiwa dan roh. Ia tidak mengetahui siapa Tuhannya apa lagi menyembahnya, bahawa sekiranya ia mengetahui nescaya tidak menyukai-Nya dan tidak redha terhadap Allah sebagai Tuhan. Sebaliknya hati yang mati hanya tenggelam bersama syahatnya di dalam satu kemaksiatan dan keseronokan.
Sekalipun ia mengetahui yang sebenarnya bahawa Allah s.w.t. murkah dan marah kepadanya.
Bagaimanapun ia tetap tidak  kisah dan berdegil sama ada Allah s.w.t. meredhai atau memurkai, baginya apa yang penting adalah berseronok menurut hawa nafsunya dan  sudah  merasa cukup puas hati dengan segala perintah yang
diarahkan oleh nafsu.       
               Kategori hati yang mati juga adalah hati para penyembah dan pemuja selain Allah s.w.t. Ia mengabdikan diri kepada  sesuatu termasuk kepada nafsunya dalam keadaan sungguh cinta kerana rasa keseronokan, sangat takut jika berpisah dengannya, penuh pengharapan agar sentiasa berdampingan dengannya, serta selalu redha dan mengangungkannya.  
Dengan demikian seseorang yang mati hatinya kalau ia cinta atau suka terhadap sesuatu hanya atas dasar kerana nafsu, ia membencinya kerana didorong oleh nafsu semata-mat, jika memberi sesuatu juga belandaskan nafsu, pendik kata yang dilakukan hanya kerana menuruti hawa nafsunya.
Orang yang dijangkiti penyakit hati selalu cenderung menjadikan nafsu sebagai imam nya, syahwat sebagai pemandunya, kejahilan sebagai pengarahnya, sehingga akibatnya kelalaian dan kealpaan merupakan hasil daripada semua aktiviti kehidupannya. Ia hanya berfikir tentang cara memperolehi kenikmatan dunia, mencintai dunia di atas segala-galanya sehingga seakan-akan ia telah mabuk, lupa daratan kerana terpedaya oleh gemerlapan dunia.
Ia terlalu jauh daripada Allah s.w.t. dan hari akhirat sehingga tidak mendengar seruan-seruan dakwah, sebaliknya hanya mengikut dan tunduk tehadap arahan syaitan yang terkutuk. Baginya apa yang terpenting ada dunia dan segala kenikmatannya telah memihak  dan meredhainya. Ini semua kerana nafsu  telah membuat ia menjadi buta dan tuli terhadap kebai kan dan erti kehidupan.
Hendaklah dimaklumkan bahawa bercampur gaul dengan orang yang mati hatinya akan boleh menjangkiti dan mempengaruhi kehidupan seseorang itu menjadi buta dan duduk berdampingan dengannya akan membawa kerosakan dan kebinasaan.
Hati yang sakit, didalamnya terkandung jiwa dan roh, namun padanya  terdapat penyakit. Di dalamnya memiliki dua potensi yang saling bertelingkah bagi mendapatkan tempat dalam mendominasi hati berkenaan.
Pada masa iman, ikhlas, tawakkal dan rasa mahabba (cinta) kepada Allah mampu memainkan peranan serta menguasainya, maka waktu itulah hati tersebut menjadi sihat, hidup dan mempunyai roh. Sebaliknya ia akan menderita sakit bahkan menjadi mati sebaik sahaja sifat mahabbah pada syawat dan nafsu serta sifat-sifat mazmumah (tercela) seperti hasad, sombong, ujub (bangga diri) dan lain-lain perbuatan jahat mengatasi perkara-perkara baik dan seterusnya lebih berperanan ke atas hati tersebut. Dan pada masa itu ia telah berada diambang kerosakan dan kebinasaan.
Hati yang sakit sentiasa menghadapi dua ujian dan cabaran. Pertama tarikan-tarikan
Mahabba yang membawa kepada sifat cinta terhadap Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, dan yang kedua; unsur-unsur yang memperdayakan ke arah kehidupan dunia belaka sehingga bertuhan kan nafsu dan mengabdikan diri kepada karta benda. Firman Allah dalam surah Al—Jasiyah ayat 45:23 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Tiadakah engkau lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya itu sebagai Tuhan-nya? Dan Allah membiarkannya sesat dalam keadaan berpengetahuan. Dan telah dicap (ditutup) telinga dan hatinya. Dan menjadikan matanya tertutup. Maka siapa lagi selepas Allah yang dapat memimpinnya? Tiadakah kamu beringat?”
                    Syaitan dengan berbagai cara melalui sayuan-rayuan yang dinyatakan dengan perka-
taan, pendengaran dan pancaindera yang lain sentiasa berusaha menyesatkan manusia sehingga ia mematuhi arahan dan tunduk terhadap perintahnya. Ia juga menanamkan perasaan syak wasangka terhadap kebaikan di dalam hati manusia sebagai mana firman Allah s.w.t. dalam surah An-Naas ayat  114:5 yang bermaksdu: (terjemahan)
                    “ (Syaitan) yang membisikan (kejahatan) ke dalam dada manusia.”
                    Bagaimanapun syaitan hanya boleh mempengaruhi hati yang mati dan sakit. Hati yang hidup sihat tidak akan mampu disesatkannya. Ini berdasarkan pengakuannya sendiri di hadapan Allah s.w.t. sebaik sahaja memohon agar Allah mengembalikan permintaannya untuk menyesatkan sekalaian manusia.
                    Firman Allah salam surah  Al-Hijr ayat 15:39-40 yang bermaksud: (terjemahan)
                    “Iblis berkata. “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan akau menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang diberisihkan daripada

sebarang syirik.”

Friday, January 20, 2017

ILMU, ZAT MELAHIRKAN KEBAHAGIAAN HIDUP

 (Disirakan pada 20. 1. 2017)
               Kebahagian dunia semestinya dengan ilmu; kebahagian akhirat juga wajar dengan ilmu; dan jika inginkan kebahagian di kedua-duanya, dunia dan akhirat, semestinya dengan ilmu. Ilmu itu faktor memanusiakan manusia demi memenuhi tugas sebagai khalifah Allah atau pemakmur alam kehidupan di dunia.
               Islam mewajibkan kaum muslimin dan muslimat menuntut ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad, kerana orang yang berilmu di masyarakat menduduki derajat yang tinggi, sedangkan yang tidak berilmu menduduki derajat yang rendah.
               Hakikat Islam bukanlah hanya tata cara peribadatan yang berpindah-pindah dari nenek moyang turun temurun, tetapi ia bersumber kepada Al-Qur’an dan Al-Hadits, yang metoda dan tahnis pengumpulan isi Al-Qur’an bukanlah tergantung kepada pembacaan dan hafalan orang-orang saja, tetapi dihimpun berdasrkan beberapa sahabat yang tergolong Al-Hafiz (penghafal Al-Qur’an), ulama dan cerdik pandai yang memiliki daya fikir yang matang dalam memahami sesuatu yang benar.
               Islam agama ilmu dan agama akal. Maka itu sebelum Islam membebankan pengikut-pengikutnya supaya menghasilkan maksud-maksud keduniaan, lebih dahulu Islam mewajib kan mereka menjadi orang yang berilmu, berakal, sihat, faham, cemerlang pemikirannya, elok penglihatannya, berpandangan luas, dapat mendalami segala urusan sebelum mengerjakannya, dapat membanding sesuatu dengan berbagai perbandingan bersesuaian dengan, kebenaran, keadilan, kemaslahatan dan kewajiban.
               Apabila kita memperhatikan ayat Al-Qur’an yang pertama kali turun, nyatalah bahawa Allah memberikan perhatiannya kepada qalam dan tulis menulis dan baca-membaca kepada ilmu dan mempelajarinya.
               Islam  menganggap, bahawa agama tidak akan mendapat tempat  yang baik, apabila orang-orang Islam tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang matang dan fikiran yang sihat. Oleh itu ilmu pengetahuan bagi Islam bagaikan ruh (nyawa) bagi manusia.
               Ini terkandung dalam al-Qur’an mencakup semua ruang lingkup kehidupan manusia. Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 14:52 yang bermaksud: (terjemahan)
               “(Al-Qur’an) ini adalah penjelasan yang cukup bagi manusia dan supaya mereka diberi peringatan dengan dia, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.”
               Kitab Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, adalah penting untuk disampaikan kepada manusia, kerana mengandungi perkara yang menjadi keterangan dan pengajaran yang berguna bagi mereka.
               Dan dengan al-Qur’an itu pula menjadi amaran yang menakutkan tentang adanya seksaan dan hukuman daripada Allah kepada orang-orang yang  berbuat maksiat dan derhaka kepada-Nya
               Begitu juga supaya mereka mengetahui bahawasanya Allah itu Tuhan yang Maha Esa – tidak  ada duanya apalagi berbilang-bilang seperti yang disangkakan oleh orang-orang musyrik dan penyembah berhala – bahkan dengan ayat-ayat Al-Qur’an ini hendaklah mereka mengambil dalil tentang keesaan Allah.
               Dan dengan al-Qur’an jugalah  hendaknya orang-orang yang berakal dan berfikiran itu mengambil pengajaran serta peringatan daripadanya, untuk dijadikan iktibar, contoh dan teladan.
               Mudah-mudahan Allah memberi kita taufik dan hidayat-Nya untuk beramal dengan suruhan-Nya, sesuai dengan yang disyariat-Nya.Tuhanlah sebaik-baik penolong.
               Allah swt memuliakan kehidupan manusia apabila manusia itu setelah dewasa dan tumbuh kekuatannya, ia siap membersikan diri dengan ajaran yang paling suci dan tinggi. Dengan kata lain, Islam membimbing manusia sesuai dengan perkembangannya untuk menuju
kesempurnaan. Bahkan Islam jangkauan yang luas dalam  menjalani kehidupan menuju kemajuan dunia yang lebih dekat daripada itu.
               Apabila kita memperhatikan ibadat solat, yang merupakan ibadat pokok dalam Islam, sebelum solat dikerjakan terlebih dahulu dikumandangkan adzan oleh mu’adzin. Adzan yang dilakukan oleh muadzin semata-mata merupakan ketentuan yang dapat diterima akal. Ajakan untuk mengerjakan solat dengan untaian kata-kata yang mengetuk hati dan menggugah akal. Isinya mengagungkan Allah, bahawa Allah Maha besar , tiada Tuhan melainkan Allah, dan  bersaksi bahawa Nabi Muhammad utusan-Nya; mengajak mencapai  kebahagian.
               Solat itu sendiri dapat dipelajari dalam kitab-kitab pelajaran solat, yang isinya mencakup kebaikan-kebaikan yang penting dan petunjuk-petunjuk bagi kita. Sejauh mana diterima solat, ini harus disertai dengan fikiran yang bersih dan akal yang mampu merenungkannya, dalam bentuk khusyuk dan tadharru (roh tawadhu) kepada Allah.
               Dengan kemampuan, kecerdasan dan keteguhan fitrah, manusia dapat meresapi ajaran Islam di dalam hatinya. Kerana hanya orang-orang yang picik pandangannya sajalah yang jauh sekali akan boleh maju di dalam beragama. Allah berfiman dalam surah Al-Alaq ayat 96:1-5 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dan telah mencipta kan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar (manausia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
               Apabila kita perhatikan ayat yang paling pertama turunya dari al-Qur’an, nyatalah bahawa Tuhan memberikan perhatiannya kepada qalam dan tulis menulis, kepada ilmu dan mempelajarinya.
               Dengan memperhatikan ayat itu saja, cukuplah sudah untuk menegaskan bahawa Islam itu agama ilmu dan agama akal. Islam menghendaki supaya pemeluknya pandai memegang kalam dan otaknya penuh dengan aneka rupa ilmu.
               Allah menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad saw. merupakan pemberitahuan dan seruan yang pertama dari Allah, yang juga menyatakan perang terhadap kebodohan dan menetapkan membaca serta belajar merupakan landasan petama dalam pembangunan tiap-tiap orang besar. Yang memperkuatkan pendapat ini adalah Allah sendiri bersumpah dengan qalam dan meninggikan peranannya, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Qalam ayat 68:1 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Nun demi qalam dan apa yang mereka tulis.”
               Allah bersumpah dengan qalam, iaitu alat tulis yang dipakai oleh manusia, untuk menuliskan ilmu dan pengetahuan, kerana qalam atau pena itulah saudara kandung kepada lidah, yang mempunyai peranan benar, sama-sama dapat mentakbirkan dan melahirkan bayang hati. Dan qalam itu merupakan nikmat yang terbesar dari Tuhan kepada hamba-Nya. Bermakna, Allah bersumpah dengan qalam yang dipakai untuk menulis kejadian alam di dalam Lohmahfuz dan juga perkara-perkara yang baik dan berguna dan yang telah ditulis oleh para malaikat – untuk mengingatkan makhluk-Nya akan nikmat, di antara mengajarkan manusia itu pandai menulis untuk  mendapatkan  pengetahuan dan ilmu dengan perantaraan qalam.
               Dalam hubungan ini, sebuah khabar yang diriwayatkan oleh Ibdu Abbas: Makhluk yang mula-mula dijadikan oleh Allah itu ialah qalam atau pena, kemudian Allah bertitah kepadanya: “Tulislah!” Pena bertanya: “Apa yang akan saya tulis?” Kata Tuhan: “Tulislah keadaan yang telah lalu, juga  keadaan yang sedang berlaku dan yang akan berlaku sampai hari kiamat, dari jenis amalan manusia atau ajalnya atau rezekinya atau kesannya.” Maka Qalam pun melakukan perintah Allah itu  dengan menulis terus-menerus apa yang akan berlaku sampai hari kiamat.
               Akan malaikat-malaikat pula, mereka menulis dalam buku catatan mereka mengenai
takdir yang akan berlaku di seluruh alam  yang disalinnya tulisan itu dari Lohmahfuz. Demikian mengikut Tafsir Hasyiatul Jamal.
               Oleh kerana itu Allah memuliakan para ulama’ dan diberiNya sifat yang cukup tinggi, yang oleh manusia sifat  itu dijadikan tujuan berlumba dan dengan mati-matian mereka berebut mendapatkannya.
               Allah berfirman dalam surah Al-Mujadilah ayat 58:11 yang bermaksud: (terjemahan)
               “.....Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
               Firman Allah lagi dalam surah Ankabut ayat 29:43 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu.”
               Dalam ayat-ayat tersebut Allah mengumumkan bahawa tidak boleh disamakan antara orang-orang yang alim dan yang bodoh, bahkan yang alim mempunyai peranan besar dan darjat yang tinggi. Orang yang alim mempunyai kelebihan kerana akal, kecerdasan dan ilmu pengetahuannya. Lebih dari itu, Allah meminta persaksian dari para alim dan menilai positif terhadap persaksian mereka, sebagaimana firman Allah surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan  melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat  dan orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu)Tak ada Tuhan melainkan Dia. Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.”
               Dalam ayat-ayat tersebut Allah meninggikan derajat para ulama, sehingga mensejarah kan mereka dengan malaikatNya dalam kesaksian keEsaan Allah dan pengakuan keadilan Nya.
               Memang bagi akal yang tumpul dan pengetahuan yang picik, bagaimana mungkin akan dapat mengetahui Keagungan Allah Yang Maha besar lagi Maha Luhur? Bagimana mungkin orang hidup dalam kebodohan dan kegelapan akan dapat  mengetahui kebesaran Allah, yang mengatur kehidupan? Dan bagaimana mungkin mereka dapat mengetahui satu segipun dari pada sifat-sifat Allah Yang Maha Agung dan tanda-tanda kebesarannya?
               Mengenal dan membenarkan adaNya Allah menurut pengertian iman ialah suatu pengakuan yang harus didasarkan ma’rifat. Mengenal Allah (ma’rifat) dengan baik, bagi Allah lebih utama daripada berasal yang tidak mantap, dan lebih baik daripada beribadat yang tidak disertai ilmunya.
               Rasulullah saw telah banyak menerangkan tentang keutamaan ilmu, sebagaimana dinyatakan dalam beberapa hadits antara lain:
               “Keutamaan ilmu itu lebih baik dari pada keutamaan ibadah.” (Hadits Riwayat Al Bazzar)
               “Ilmu yang sedikit, lebih baik daripada ibadah yang banyak.” (Hadits Riwayat Thabrani)
               “Hai Abu Dzar, apabila kamu pergi dari menuntut ilmu satu ayat saja dari Al-Qur’an, itu lebih baik dari pada solat seratus raka’at; dan sungguh apabila kamu menuntut ilmu satu bab yang kamu ketahui, baik diamalkan atau tidak, lebih baik bagimu dari pada solat seribu rakaat.”                                                 
               Amal ibadat termasuk juga shadaqah yang dilaksanakan tanpa mengetahui ilmunya lebih dahulu, amat sedikit kebaikannya, bahkan adakalanya dapat merusak akal itu sendiri; atau amal ibadatnya itu tidak sah. Misalnya orang yang akan melakukan solat, puasa atau haji, sudah barangtentu harus mengetahui ilmunya, harus mengetahui syarat rukunnya lebih dahulu yang mendalam yang mengerti dan faham betul dan apabila tidak, maka  amal ibadatnya tidak sah, kerana tidak menetapi syarat rukun yang telah ditentukan oleh syara’.
               Oleh kerana itu Islam menekankan wajib menuntut ilmu bagi tiap-tiap muslim, kerana
dengan memiliki ilmu boleh tepat dalam melaksanakan ibadatnya.
               Rasulullah saw bersabda:
               “Seorang yang alim, lebih sulit digoda oleh syaitan, dari pada seribu orang yang ahli ibadat (tetapi tidak berilmu).” H.R. At-Turmudzi
               Rasulullah saw bersabda lagi yang diriwayatkan oleh At Turmudzi yang bermaksud: (terjemahan)
               “Kelebihan orang yang alim dibandingkan dengan orang ahli ibadat (tetapi tidak berilmu), bagikan kelebihanku dibandingkan  dengan laki-laki yang paling hina di antara kamu.”
               Firman Allah dalam surah Al ‘Ankabut ayat 29:43: (terjemahan)
“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami berikan untuk manusia. Dan hanyalah orang-orang berilmu yang mengetahui.”

               Allah menjelaskan, bahawa hati nurani yang mendorong kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan, sentiasa mengawasi diri seseorang kerana sangat menginginkan keridhaan Allah, adalah  hati nurani orang-orang berilmu yang waspada dan hati nurani yang mendapatkan hidayah dari Allah.

Tuesday, January 17, 2017

HIDUP BAHAGIA WAWASAN DUNIA SERANTAU

 (Disirkan pada 13. 1. 2017)
Setiap makhluk Allah yang hidup memerlukan satu bentuk kebahagian atau rahmat dalam menelusuri kehidupan. Maka itu Allah bekalkan disiplin hidup yang bersesuaian dengan cara kehidupan setiap makhluk. Tidak mungkin manusia dapat memikirkan kadar rahmat Allah yang dianugerahkan kepada dirinya; di mana hidup bersama rahmat itu dalam kesamaran batasnya yang berada di luar matematis manusia untuk menggambarkannya, sebab semenjak ia belum lahir ke dunia pun, rahmat itu sudah Allah berikan.
Setiap manusia semestinya memerlukan kebahagian yang berbentuk rahmat dari Allah. Maka itu manusia perlu memikirkan kebahagian hidup sejagat yang dipusakainya bersama sebagai wawasan hidup bersama. Allah s.w.t. memberi rahmat hidup kepada semua makhluk tanpa dikecuali.  
Kemakmuran dunia akan melahirkan kebahagian hidup setiap manusia. Tanpanya dunia menjadi medan pertempuran dan kehidupan itu dipimpin oleh sistem undang-undang rimba. Siapa yang kuat dialah yang memerintah! Soal ekonominya samada kuat atau sebaliknya tidak menjadi perjuangan. Apabila dunia sudah menjadi makmur segala kekayaan alam Allah taburkan menjadi milik besama serantau.
Manusia diciptakan Allah cukup dengan fitrahnya seperti ukhuwah kemanusiaan pasti melahirkan perasaan kasih sayang. Ini wajar ada kerana fitrah tersebut amat diutamakan oleh manusia agar tidak mengkufuri kuderat kemanusiaan yang sememangnya mempunyai perasaan kasih sayang antara sesama insan.
Hidup bahagia semestinya wawasan hidup setiap insan kerana tidak ada orang yang tidak inginkan kebahagian dalam hidupnya. Bahagia hidup merupakan agenda yang dikejar dalam menelusuri pembangunan di dunia. Manusia diciptakan Allah lengkap dengan fitrah pembangunannya. Naluri dalam diri setiap insan ialah kasih sayang kerana Allah hembuskan roh ciptaan-Nya ke dalam setiap janin maka itu sifat Allah ialah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Hidup bahagia semestinya produk terbinanya persaudaraan sejagat. Menumbuhkan kesedaran untuk memelihara  persaudaraan serta menjauhkan diri dari perpecahan, merupakan realisasi pengakuan bahawa pada hakikatnya kedudukan manusia adalah sama di hadapan Allah. Sama kedudukannya sebagai hamba dan khalifah Allah. Sama-sama mengemban amanat Allah dengan bidang tugas dan pekerjaan masing-masing.
Allah mengembalikan ke dasar keturunan manusia kepada dua orang nenek moyang, iaitu Adam dan Hawa, kerana Allah hendak menjadikan tempat bertemu yang kokoh dari keakraban hubungan ukhuwah atau persaudaraan seluruh anak manusia. Tidak ada pembeda di antara hamba Allah, tiadalah seseorang lebih mulia dari yang lain, kecuali ketaqwaan mereka kepada Allah.
Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-Hujurat, ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan).
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.”
Pengertian yang kita peroleh dari ayat tersebut di atas, ialah bahawa segala bangsa yang tersebar di seluruh dunia adalah dari keturunan yang sama, yakni Adam dan Hawa. Perbedaan warna kulit, bahasa dan tempat berpijak bukanlah halangan untuk saling kenal mengenal menuju persaudaraan.
Menyedari makna ini, maka nyatalah bahawa pertikaian dan perpecahan hanyalah akan menjerumuskan kita ke lembah kerusakan dan kehancuran, yang dengan kata lain dapat disebut menyia-niyakan amanat Allah. Firman Allah dalam al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:213 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Manusia adalah ummat yang satu, maka Allah mengutus para Nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan......”
               Dari ayat di atas kita memperoleh pengertian bahawa manusia di dunia ini hakikatnya adalah satu, tempat berpijak yang berbeda menyebabkan tumbuhnya adat istiadat, perangai dan cara berfikir yang berbeda sehingga tidak mustahil terjadi benturan-benturan, pertikaian dan perselisihan di antara mereka. Hal inilah yang merupakan salah satu sebab diangkatkan para Utusan Allah.
               Dengan membawa kitab Allah, para Nabi dan Rasul melaksankan tugas, mengajak dan mengingatkan kembali manusia untuk kembali kepada kesatuan dan persatuan serta mencegah dari perpecahan. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan kamu bercerai berai.....”
               Di ayat lain dijelaskan bahawa orang-orang yang sentiasa bersatu di dalam agama Allah serta menjauhkan diri dari perpecahan adalah benar-benar orang yang mendapat petunjuk, sebagaimana firman Allah dalam Al-Qur’an surah Ali Imran ayat 3:101 yang bermaksud: (terjemaan)
               “....barang siapa yang berpegang teguh kepada Agama Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”
               Dua ayat di atas jelas memberikan arah yang lurus, agar manusia sentiasa bersatu dalam langkah dan kehendaknya untuk mewujudkan kemakmuran, berdasarkan keadilan, perdamaian dan saling hormat menghormati serta persatuan yang penuh ampunan dan keredhaan Allah s.w.t.
               Dengan keterangan-keterangan di atas, semakin jelaslah manfaat pembinaan ukhuwah Islamiah; manfaat persatuan untuk mewujudkan satu kesatuan dan persatuan yang dimulai dari tingkat keluarga, kampung yang akhirnya sampai ke tingkat umat  secara keseluruhan.
               Saling kenal mengenal satu sama lain adalah dasar hubungan antara manusia sesama manusia. Juga saling mengenal dalam mengembangkan pengaruh-pengaruh kehidupan yang baik, yang  kadangkala timbul rintangan-rintangan yang mengganggu kelancaran hubungan yang serasi.
               Dalam percaturan hidup yang berhubungan dengan mu’amalah baik dalam hubungan perdagangan mahupun perburuhan yang  mengarah kepada sumber rezeki, seringkali menimbulkan persengkitaan, akan tetapi apabila kita kembali berpegang teguh kepada tali Allah (Agama Allah), maka kita mengetahui bahawa kerana inilah yang merupakan salah satu sebab diangkatnya para utusan Allah.
               Tiap-tiap hubungan yang diperkokoh perkenalan ini dengan menghilangkan rintangannya, adalah hubungan yang wajib didukung dan dimanfaatkan. Kerana Islam bukanlah merupakan ikatan yang hanya menghimpunkan jumlah manusia saja, tetapi  juga menghimpun kebenaran-kebenaran yang menetapkan berbagai hubungan yang baik antara manusia dengan  Tuhan Yang Maha Pencipta, dan antara manusia dengan sesamanya. 
               Oleh kerana itu para Rasul dan para penganut Islam wajib menyedari keagungan aqidah, yang dengan aqidah itu Allah melapangkan dada mereka dan Allah mempersatukan urusan mereka di atasnya, dan mempersatukan persahabatan dalam soal yang pantas mendapat perhatian dan dukungan.
               Persatuan yang semacam ini merupakan pancaran iman yang hidup, dan merupakan inti dari perasaan yang timbul dari seorang muslim terhadap saudara-saudaranya sesama muslim, sehingga menanamkan perasaan hidupnya untuk mereka. Kerana adanya kesepaduan rasa  dalam jiwa mereka, yang  seolah-olah mereka masing-masing merupakan cabang yang  menginduk kepada satu pohon yang menghidupkan cabang yang banyak itu.
               Manusia di dunia ini tidak dapat hidup sendirian, tetapi perlu tunjang menunjang. Oleh kerana itu hidarlah rasa dan sikap hidup yang hanya mementingkan untuk memperoleh keuntungan diri sendiri. Apabila manusia telah dihinggapi oleh rasa ingin hidup sendiri, rasa ingin untung sendiri, maka hilanglah sifat keutamaan manusia.
Apabila rasa ingin untuk sendiri telah menguwasai manusia, maka hilanglah sifat kebaikan manusia, dan tumbuhlah dengan suburnya kerakusan yang berkembang dalam hidupnya, sehingga membuat manusia terkepung dalam ruang lingkup yang sempit. Dan apabila telah berlaku demikian, maka dia tidak dapat lagi melihat orang lain, kecuali hanya dirinya sendiri.
Islam membenteras sifat-sifat yang hanya mementingkan diri sendiri. Islam membenteras egoisme yang buas. Islam menanamkan rasa ukhuwah Islamiyah dan mengajarkan manusia bahawa kehidupan itu  bukan hanya  untuk  diri sendiri saja, dan sungguh kita ulangi sekali lagi bahawa manusia itu  tidak dapat hidup sendirian, melainkan harus  tunjang menunjang. Oleh kerana itu hendaknya kita mengetahui bahawa nun jauh di sana banyak manusia semacam kita.
Apabila seorang menuntut haknya yang menjadi kewajiban mereka dan menuntut kepentingannya yang ada pula pada mereka, hendaklah dia memberikan pula hak dan kepentingan mereka  yang menjadi kewajibannya. Dengan demikian sifat ingin hidup sendiri dan  sifat egoisme dapat hilang dari watak manusia dan tumbuhlah rasa kasih sayang terhadap sesama.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: (terjemahan)
“ Kamu akan melihat orang-orang yang beriman dalam saling sayang menyayangi, saling mencintai, saling mengasihi bagikan satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit, maka tertariklah bahagian anggota yang lain ikut merasakan sakit dengan tidak dapat tidur dan badan panas.”  (H.R.Bukhari – Muslim)
Alangkah nikmat dan indahnya ajaran Islam yang menganjurkan kasih-sayang; berbahagialah kaum muslimin yang sentiasa hidup diliputi suasana kasih sayang.
Marilah kita melihat sejenak keadaan kita sendiri, sudahkah kita melaksanakan anjuran mulia itu? Sejauh manakah pengaruh iman dan taqwa kita terhadap perjalanan hidup sehari-hari?
Dengan membuka kembali lembaran-lembaran catatan kehidupan masa lalu, kita akan memperolehi perbandingan perhitungan antara negatif dan positif; selanjutnya kita berkewajiban memperbaiki yang negatif serta mempertahankan dan menambah semua kebaikan yang pernah kita lakukan.
Kita hendaklah menyedari bahawa kehidupan dunia hanyalah  sementara; kerana sementara itulah kita hendaknya mempersiapkan bekal bagi perjalanan hidup yang lebih panjang dan abadi, yakni kelak di kampung akhirat.
Sebab itulah kita hendaknya selalu berbuat, berlaku dan berperanan sebagai hamba Allah yang baik; berbuat dalam pengertian yang luas yang mencakup nilai-nilai rohaniah dan lahiriyah.
Nilai rohaniah, yakni iman dan ‘akidah serta segala bentuk perbuatan yang bersifat ‘Ubudiyah (penghambaan diri kepada Maha Pencipta.)
Nilai lahiriyah, iaitu segala perbuatan yang berhubung dengan sesama hamba Allah di dalam kehidupan sehari-hari, dimulai dari ruang lingkup terkecil yakni keluarga, sampai kepada masyarakat lingkungan bahkan negara.
Kita harus baik dalam mu’asyarah ma’al Khaliq. Maksudnya ialah, tidak benar seseorang yang baik ibadatnya, tetapi perbuatan merugikan masyarakat, sebaliknya tidak benar seorang yang baik di mata masyarakat tetapi ibadatnya sembarangan.
               Apabila kita merenungkan secara sedar maka kita berkesimpulan bahawa  seorang yang ibadatnya baik sudah pasti ia pun akan baik terhadap masyarakat, sebab iman dan taqwa yang benar akan membuahkan penghambaan yang ikhlas kepada Allah. Dari  penghambaan yang ikhlas akan terpancar akhlak luhur serta perangani terpuji.
               Jelasnya seorang yang selalu menjaga iman dan takwa hidupnya laksana ratna mutu menikam yang dicintai dan disayangi oleh masyarakat kerana keindahan, keelokan serta kebaikannya; sifatnya halus tutur katanya ramah, hatinya terbuka penuh dengan kasih sayang, perbuatannya banyak memberikan manfaat bagi sesama.  
               Hal ini kerana seorang yang beriman dan bertakwa kepada Allah tidaklah mengharapkan balas jasa ataupun upah, melainkan dari Allah semata-mata.  Firman Allah dalam surah Asy-Syuura ayat 42:23 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan.” Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”                                                  
               Ayat di atas merupakan penegasan bahawa seorang yang beriman  dan bertaqwa kepada Allah sentiasa berusaha menciptakan suatu iklim yang sihat dalam kehidupan masyarakat dengan landasan kasih sayang dalam persaudaraan.   

Thursday, January 5, 2017

KEBAHAGIAN ITU LAHIR LEWAT USAHA IKHLAS KEPADA ALLAH

 (Disiarkan pada 6. 1. 2017
               Ikhlas kepada Allah, hanya semata-mata percaya kepada-Nya. Ia tidak boleh dipersekutukan dengan yang lain, pada zat sifat dan kekuasaan-Nya. Hadapkan kepada-Nya segala sifat-sifat pada kekuasaan-Nya. Hadapkan kepada-Nya segala sifat-sifat  kesempurnaan yang penuh , dihindarkan daripada  persangkaan sifat-sifat kekurangan. Taat  mengikuti perintah-Nya, jauh segala larangan-Nya dan jangan  derhaka kepada-Nya.
               Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 18:110 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Barang siapa yang mengharapkan hendak  bertemu dengan Tuhannya, hendaklah dia mengamalkan amalan soleh, dan  jangan menyekutukan dalam beribadat kepada Tuhan.”
               Sesiapa yang mengingini pahala daripada Allah hendaklah beribadat kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlasnya, jangan  menyekutukan-Nya dengan yang lain seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak percaya kepada keterangan-keterangan Allah dan kepada pertemuan dengan-Nya.
               Amal kebajikan yang kita laksanakan semata-mata kerana Allah, yakni semata-mata kerana mengharapkan keredhaan-Nya, itulah yang disebut beramal dengan ikhlas. Ikhlas itulah ruh sesuatu amal dan amal dan amal kebajika, amal ibadah yang ditunaikan seseorang yang tidak disertai  ikhlas, maka amal yang demikian itulah, amal yang tidak mempunyai ruh, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw. yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah tidak menerima amalan, melainkan amalan yang  ikhlas dan yang kerana untuk mencari keredhaan Allah.” (Hadis diriyatkan Ibnu Majah)
               Ikhlas juga merupakan syarat diterimanya amal ibadat, sebagaimana firman Allah swt. dalam surah Al-Bayyinah ayat 98:5 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Mereka itu tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan  tulus ikhlas beragama untuk Tuhan semata-mata yang cendrung (kepada agama yang benar), dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”
               Dalam kitab Taurat dan Injil mereka sudah tahu, bahawa mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah sahaja, dengan mengesahkan serta tulus ikhlas beragama untuk-Nya semata-mata. Hendaklah berkeadaan cendrung kepada agama yang benar iaitu agama Islam. Jujur mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim dan juga agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw., Rasul yang terakhir. Mereka juga disuruh mengerjakan sembahyang dengan cukup sempurna tepat pada waktunya, mengikut segala syarat dan rukunnya serta dikerjakan dengan khusyuk dan beradab sopan.
Begitu juga disuruh membayar zakat harta dan sebagainya, untuk  dibahagi-bahagikan kepada  golongan yang  berhak menerima zakat dan dibayar dengan kerelaan hati. Maka beribadat dengan ikhlas, mendirikan sembahyang dan membayar zakat itu merupakan semulia-mulia tiang agama yang lurus tidak bengkok, dialah agama Islam.
Mengelurkan derma, atau memberikan sesuatu kepada orang lain merupakan perbuatan dan amal yang baik, tetapi kadang-kadang manusia memberikan derma atau hadiah kepada seseorang bermaksud untuk menarik simpatinya atau agar  mereka menganggap bahawa ia sebagai dermawan. Perbuatan ini kedua-duanya termasuk dermawan, tetapi  dermawan  yang didorong oleh perasaan diri manusia, dan menurut Islam pemberian semacam itu tidak termasuk sedekah; kerana sedekah harus  bersih dari kotoran jiwa  dan harus  disertai ikhlas kerana Allah.
Daya intelek merupakan nikmat yang diberi oleh Allah kepada manusia sebagai amanah. Manusia disuruh menggunakan amanah itu untuk beribadat kepada Allah. Ibadah dalam pengertian yang luas merupakan mekanisme bagi mencapai kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Menurut ajaran Islam, manusia akan mencapai kebahagian hidup sekiranya mereka berjaya menghadapi ujian Allah.
Dalam ujian tersebut, Allah menjadi  penguji, manusia menjadi pengambil ujian, kehidupan di dunia menjadi medan ujian, umur mereka menjadi tempoh masa ujian, dan setiap tindakan atau operasi yang dijalankan oleh manusia menjadi butir atau soalan ujian (Harun Din dan rakan-rakan, 1990). Semakin tinggi keimanan dan keilmuan manusia, maka semakin hebat ujian Allah terhadap mereka.
Ujian Allah kepada manusia bukanlan bertujuan untuk merendahkan martabat mereka. Sebaliknya, ujian tersebut diadakan semata-mata untuk meningkatkan tahap penghakikian dan pembangunan potensi kekuatan semula jadi manusia. Jestru, manusia yang berjaya meng- hadapi ujian Allah ialah manusia yang pintar cerdas dalam erti kata yang sebenar. Mereka memang layak untuk memperolehi kedamaian, keselamatan, dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat; pendik kata mereka layak meperolehi kebahagian hidup di dunia dan di akhirat.
               Amal kebajikan yang kita laksanakan semata-mata kerana Allah, yakni semata-mata kerana mengharapkan keredhaan-Nya, itulah yang disebut beramal dengan ikhlas. Ikhlas itulah ruh sesuatu amal, dan amal kebajikan, amal ibadah yang ditunaikan seseorang yang tidak disertai ikhlas, maka amal yang demikian itulah, amal yang tidak mempunyai ruh.
               Bagi manusia yang menurut jalan yang telah ditetapkan oleh wahyu, mereka memperolehi kekuatan semula jadi. Golongan ini mencapai taraf mukmin, dengan memiliki akhlak mulia serta ketenangan, keharmonian dan kebahagian jiwa.
               Istilah kebahagian atau dalam  bahasa Arab, sa’ada, merujuk kesedaran atau kepastian kalbu tentang tanggungjawab terhadap Allah, manusia, alam semesta, dan diri sendiri, serta penunaian tindakan yang selaras dengan kesedaran atau kepastian tersebut.
               Manusia secara semula jadi mempunyai sifat yang mulia dan bersih (fitrah). Mereka dilahirkan dalam keadaan yang baik serta bertujuan untuk kebaikan. Bagaimanapun, kebaikan atau keadaan fitrah itu boleh berubah, bergantung pada tindakan dan operasi yang dilakukan oleh manusia. Jadi, manusia perlu berikhtiar dengan bersungguh-sungguh untuk menjaga dan mempastikan keadaan fitrah itu terus berkembang dengan baik.
Proses penjagaan dan pengembangan itu membabit dua aktiviti asas, iaitu beriman kepada Allah dan mengerjakan amal soleh. Tanpa iman kepada Allah atau kekuatan akidah, diri manusia akan diselubungi sifat lupa dan lalai yang saling berkait dengan dorongan hawa nafsu. Kelalaian boleh menyebabkan manusia melakukan aktiviti yang dilarang oleh Allah.  Keadaan ini dikenali sebagai kejahatan. Manusia yang gagal menjalankan kedua-dua aktiviti asas dan terus terjebak dengan kejahatan dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat yang sangat rendah.
Amal ibadat yang menjadi sumber kebahagian hidup di dunia dan kebahagian hidup di akhirat berpaksi kepada
falsafah pembangunan yang ditamsilkan dalam muamalah hidup di dunia yang membawa satu kefahaman bahawa “kalau kita
tanam padi tanpa diundang rumput tumbuh sama; tetapi kalau kita tanam rumput jangan mimpi  padi akan tumbuh sama.”
Konotasi  demikian melambangkan satu ibadah yang mementingkan kemantapan iman dan takwa kepada Allah. Iman dan ketakwaan kepada Zat yang Maha pencipta merupakan satu jaminan kebahagian hidup di dunia dan seterusnya kebahagian di akhirat. InsyaAllah.
Menanam padi melambangkan satu ibadah yang mementingkan kemurnian hidup di akhirat. Dalam erti kata lain, memelihara kebajikan rohani atau mementingkan pembangunan rohani merupakan satu ibadat yang menuju kepada kemurniaan hubungan kita  dengan Allah swt. atau yang biasa dikenali sebagai “habluminaallah”. Falsafah di sebaliknya ialah  memberi penekanan kepada persoalan “Mengapa Allah ciptakan manusia di alam ini sebagai hamba-Nya?”
Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Adz-Dzariat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan tiadalah Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepada-Ku.”
Allah menjelaskan, bahawa tujuan-Nya menjadikan makhluk jin dan manusia tidak ada maksud yang lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya dan menegaskan-Nya – bukan supaya mereka  mencari kepentingan hidup di dunia dan bertungkus lumus untuknya. Kerana mereka tidak  memiliki manfaat atau muderat bagi diri  mereka, bahkan tunduk kepada qadak-Nya.
Mementingkan pembangunan rohani iaitu pembangunan akhirat menjadi pokok kepada amal ibadat kita dalam menelusuri kehidupan di dunia. Memelihara pembangunan akhirat dengan sendirinya pembangunan dunia akan terbela. Dalam erti kata lain apabila kita menanam padi tanpa diundang rumput tumbuh sama.
Rumput dikhiaskan sebagai dunia dan padi melambangkan sebagai akhirat. Maka itu jika kita menanam rumput padi tidak akan tumbuh sama. Sayugia, jika kepentingan serta usaha menanam padi diberi keutamaan akan membawa manfaat kerana tujuan ibadah dalam hidup adalah sebagai persediaan untuk hidup akhirat kelak.
               Tamsilan bahasa ini menyedarkan manusia bahawa kewujudan insan  di alam dunia ini wajar bertawakal kerana Allah dan segala penghasilan dalam melaksanakan ibadat merupa kan ujian Allah demi menemukan kebahagian hidup sebagai bekalan di akhirat kelak. Berjayanya menemukan kebahagian hidup di dunia bermakna kita telah lulus ujian melaksana kan kekahlifahan kita sebagai pemakmur alam kehidupan.
               Menanam rumput atau mengutamakan pembangunan dunia bukan tidak mendatangkan kebahagian tetapi ianya semantara sahaja. Pada amnya memelihara pembangunan dunia tidak selalunya akhirat turut sama membangun. Maka itu kehidupan di dunia hanya semata-mata menunjukkan kesyukuran kita kepada nikmat dan rahmat  yang Allah telah redhakan kepada khidmat kita. Kesyukuran terhadap kebahagian yang telah kita perolehi sebenar akan mendekatkan kita kepada Allah swt kelak akan membawa kita ke dimensi mengenali diri kita sebelum kita mengenal Allah. 
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. mendapat kebahagian di dunia berpaksi kepada hubungannya yang erat kepada umatnya. Ukhuwah kemanusia merupakan satu faktor yang melahirkan kebahagian hidup Rasul di dunia. Ia mengungkapkan kasih sayangnya kepada umatnya dengan mengatakan:
“Kalau umatku kaya biarlah saya orang yang terakhir merasa kenyang; dan jika umatku miskin biarlah aku orang yang pertama merasakan kelaparan.”
Beliau mengutamakan kebajikan umatnya lebih daripada dirinya sendiri. Jika umat nya kaya biarlah ia orang yang terakhir merasa kebahagiaannya. Dan jika umatnya menjadi miskin biarlah beliau orang yang pertama menanggung penderitaan itu. Kebahagian hidupnya bersandar kepada kebajikan umatnya terutama sekali dalam memelihara akidah Islam sebagai cara hidup; maka itu perjuangannya di dunia ialah inginkan semua umatnya mencintai Islam dan ingin betul jika semua umatnya masuk syurga.
Nanti di akhirat apabila rasul tersedar dari tidurnya dia seolah-olah seperti orang yang bingung. Lalu Allah menegurnya bahawa adakah syurga-Nya tidak enak? Rasul bersabda bahawa syurga Allah amat cantik dan membahagiakan tetapi bagimana umatku di dunia? Ia meminta izin kepada Allah nak kembali ke dunia  untuk melihat umatnya. Allah mengesahkan bahawa umatnya di dunia semuanya bahagia. Maka Rasul pun berkata, kalau begitulh keadaan mereka, syukurlah kepada Allah s.w.t..
Rasul kita Nabi Muhammad saw mencintai umatnya dari dunia hingga akhirat. Walaupun Rasul sudah berada di syurga beliau masih tidak merasa bahagia jika umatnya di dunia dalam keadaan susah. Rasul inginkan semua umatnya dalam keadaan bahagia dan masuk syurga bersamanya.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. bersabda jika kita inginkan kebahagian hidup di dunia, perolehi ilmu, dan jika kita inginkan kebahagian hidup di akhirat perolehi ilmu. Dan jika kita inginkan kebahagian kedua-duanya, di dunia dan di akhirat perolehi ilmu penge- tahuan. Mempunyai ilmu menjadi faktor hidup bahagia samada di dunia atau pun di akhirat.
Kita semua perlu mengetahui bahawasanya tanda kebahagian itu hanyalah satu dan tidak ada alternatifnya yang lain. Tanda manusia yang bahagia ialah apabila ia dapat memperoleh taufik atau pertolongan dari Allah, sehingga baginya dirasakan muda dan  tidak ada beratnya sama sekali untuk mengerjakan amal soleh, perbuatan yang baik, baik yang keuntungannya kepada diri sendiri atau juga dapat dirasakan oleh umat dan masyarakat.
Jadi selama hidupnya di dunia ini ia merasa ringan tenaga untuk melaksanakan segala macam bentuk amal soleh tersebut. Hamba Tuhan semacam itulah yang benar-benar dapat dinamakan al’Abdus soleh, yakni hamba yang baik. Keringanan yang dimiliki olehnya itu bukan  sekali-kali dari peribadinya datang, tetapi  adalah kurnia Tuhan yang dilimpahkan oleh Allah Ta’ala kepadanya, sebab Allah  Ta’ala sengaja menciptakannya sebagai orang yang
dianggap kekasih dan kecintaan-Nya. Oleh itu pertolongan selalu dilimpahkan kepadanya.
Menerima hidayah merupakan satu rasa kebahagian dalam hati kerana Allah bersama dengan kita. Begitu juga dalama usaha hendak mencari solusi penyelesaian kepada sesuatu masalah. Pada kebiasaannya kita hendak membawa masalah itu dalam doa kita terutama sekali semasa kita sedang mengerjakan solat subuh. Dalam rakaat akhir semasa mendirikan solat Subuh, gunakan masa akhir sujud itu untuk memohon  perkenankan masalah kita kepada Allah. Allah akan memberi kita ilham atau petunjuk jalan yang mengatasi masalah berkenaan. Dengan datangnya ilham akan melahirkan rasa bahagia dalam hati kerana memperoleh taufik atau pertolongan dari Allah.
               Allah itu Maha Bijaksana, Maha Kaya dan Maha Penyayang kepada hamba-Nya yang sentiasa mencari keredhaan-
Nya. Orang yang sentiasa mencari keredhaan Allah secara ikhlas akan mendapat kemudahan dalam usahanya beribadah

kerana kesungguhannya bertawakal kerana Allah. Maka merekalah yang wajar mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Insyallah!