Thursday, February 23, 2017

IMAN DAN TAKWA KESEMPURNAAN HIDUP DUNIA DAN AKHIRAT

 (Disiarkan pada 24. 2. 2017)
               Beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t. mempunyai satu ciri kehidupan manusia yang sentiasa berpegang teguh kepada falsafah bahawa tiada wujudnya sesuatu makhluk di alam dunia mahu pun di alam akhirat tanpa kekuasaan Allah sebagai Zat yang Maha pencipta serta maha penyayang dan Maha pengasih itu.
Manusia diamanatkan sebagai khalifah Allah mempunyai tanggungjawab yang berat serta mulia untuk memakmurkan alam kehidupan dengan kefahaman bahawa iman yang ada padanya membentuk akhlaknya yang sempurna kerana Allah. Kekuasaan Allah dalam mewujukan kenikmatan hidup di dunia tidak ada tolak bandingnya. Kehidupan dunia dipenga ruhi oleh adanya matahari, bulan dan bintang serta planet lainnya.
Manusia serta makhluk-makhluk lainnya yang bersifat hidup merasa selesa  hidup di dunia atas kehadiran segala isi bumi yang diselimuti oleh gas seperti udara yang bersih dengan gas oksijen untuk penafasan, karbon dioxida untuk kegunaan tumbuhan dalam memprose makanannya. Satu keadaan yang amat selesa ialah dengan adanya tarikan bumi atau gravitional force maka segala makhluk terutama sekali manusia dapat mengimbangi badannya kelak dapat berjalan dan melaksanakan ibadat denang sempurna.
Dengan kehadiran semua makhluk tersebut kita diamanatkan untuk memimpin dan memakmurkan alam kehidupan itu dengan sesempurnanya yang wajar. Perlaksanaan  ibadat dengan iringan perasaan kasih sayang kerana Allah akan Allah hadiahkan kita kesempurnaan hidup di syurga.
Kehidupan di dunia semestinya bersifat sempurna jika khidmat sebagai khalifah Allah disifatkan sebagai amanat. Untuk kehidupan di akhirat juga berpadu kepada bagaimana kehidupan di dunia yang telah kita laksanakan sebagai pemain. Untuk mendapatkan kehidu pan yang sempurna di akhirat wajar berbekalkan dengan segala dana pahala dari Allah  semasa menangani pembangunan kehidupan di dunia. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Taubah ayat 9:71 yang bermaksud:(terjemahan )
“Dan orang-orang mukmin lelaki atau perempuan, sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh memperbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan. Mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mentaati Allah dan rasul-Nya. Itulah orang-orang yang akan dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perlasa lagi Bijaksana.” 
               Begitulah gambaran sifat  dan sikap Mukmin yang disukai Allah. Kepada mereka Allah menjanjikan rahmat yang akan dikurniakan di dunia dan akhirat sepanjang masa. Hidup di dunia sebenar adalah berupa jihad kerana segala keseronokan dan kemewahan yang ada di dunia tidak sewenangnya dapat diperolehi tetapi kita mesti berusaha dan berkorban mengeluar kan peluh dan tenaga demi mengharapkan kurniaan Allah s.w.t..
               Amanat ialah segala hak yang dipertanggung jawabkan kepada kita, yakni amanat harus kita pelihara, kita laksanakan serta kita layani, baik berupa harta, kehormatan, mahupun sesuatu hak yang lain. Bahkan amanat melengkapi undang-undang yang Tuhan telah pertaruh kan dalam tangan kita dengan maksud supaya kita menjaganya dan menyampaikannya kepada manusia umumnya.
Amanat dalam pandangan Islam cukup luas pengertiannya, melambangkan erti yang bermacam-macam. Tetapi semuanya bergantung kepada perasaan manusia yang dipercayakan amanat kepadanya. Maka itu Islam mengajarkan kepada para mukminin dan mukminat agar memiliki hati kecil yang mampu melihat, mampu menjaga dan memelihara hak-hak Allah dan amal manusia dari yang berlebihan. Maka Islam mewajibkan kaum muslimin dan muslimat agar berlaku jujur dan dapat dipercaya. Mengerti kewajibannya dengan jelas dan bertanggung jawab kepada Tuhannya.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: (terjemahan)
“Kamu sekalian pemimpin dan kamu sekalian akan diminta pertanggung jawabnya tentang apa yang kamu pimpinnya, imam (pejabat apa saja) adalah pemimpin dan dia akan diminta pertanggungan jawabnya tentang apa yang dipimpinnya, orang laki-laki (suami) adalah pemimpin dalam lingkungan keluarganya, dan ia akan ditanya tentang apa yang ia pimpinnya. Orang perempuan (isteri) juga pemimpin, dalam mengedalikan rumah tangga suaminya, dan pembantu rumah tangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya, dan dia jua akan ditanya tentang apa yang pimpinnya. (H.R. Bukhari)
Dengan demikian terpenuhlah tanggugjawab, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw. yang bermaksud: “Laki-laki adalah penanggung jawab harta benda ayahnya, dan ia akan diminta pertangung jawabnya.” (Muttafaq ‘alih.)
Dari hadis ini lebih nyata lagi bahawa tiap-tiap orang tidak dapat melepaskan diri dari tanggung jawab, tiap orang tak dapat melepaskan tugasnya terhadap masyarakat. Kita semua adalah penanggung jawab yang kelak di hari akhirat akan ditanyai oleh Allah apakah tang- gungjawab kita itu dapat dilaksanakan dengan baik sebagaimana mestinya atau tidak. Jika tugas yang diberikan Tuhan itu dapat kita laksanakan sebagaimana mestinya, maka tergolonglah kita sebagai hamba-Nya yang terpuji, sebaliknya jika tugas kita tidak dapat dilaksanakan sebagaimana mestinya, maka akan celakalah kita di dunia maupun di akhirat.
Lalu timbullah pertanyaan amanat apakah yang dibebankan kepada seorang pemimpin rumah tangga? Jawapan yang cukup jelas ialah bahawa amanat yang diberikan Allah kepada
nya ialah isteri, anak keturunan dan hartanya.
               Isteri adalah amanat yang harus kita pelihara, yakni dengan membimbingnya menjadi seorang isteri yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, juga taat kepada suami serta ikut bertanggungjawab terhadap kewajiban-kewajiban rumah tangga. Tegasnya kita harus dapat menjadikan isteri sebagai lambang kebaikan dan kehormatan rumah tangga.
               Anak keturunan juga merupakan amanat Allah yang harus  kita perhatikan, baik keperluan jasmani maupun rohaninya; keperluan jasmani iaitu keperluan hidup sehari-hari dari makanan, pakaian dan lain-lainnya, keperluan rohani ialah agama dan pendidikan.
               Keperluan jasmani merupakan usaha mempertahankan hidup hubungan dengan sesamanya, sedangkan keperluan rohani adalah usaha membentuk manusia-manusia berperibadi, luhur budi pekerti, berguna bagi masa dan bangsa. Di sinilah nampak kepentingan manusia terhadap Agama dan pendidikan.
               Sungguh besar peranan akhlak dalam menentukan kejayaan suatu bangsa. Hal in pernah digambarkan oleh seorang Pejuang Islam yang kenamaan Syauki Bey yang mengata kan: “Sesungguhnya bangsa itu tergantung moralnya; bila rusak moral maka rosaklah bangsa itu.”
               Jelaslah bahawa kehidupan anak-cucu kita sebagai generasi penerus sejerah sangat memerlukan pembinaan budi pekerti,
               Kisah Saidina Umar r.a.
               Abdullah Ibnu Dinar menerangkan: “Pada suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar r.a. di dekat Kota Mekah, Waktu itu saya bertemu dengan seorang budak pengembala kambing yang sedang mengiring kambing. Kemudian Sayidina Umar berkata kepada budak pengembala kambing itu: “Juallah kambing itu kepadaku.” Budak itu menjawab: “Kambing ini bukan kambingku, tetapi kepunyaan majikan.” Kemudian Sayidina Umar sekali lagi mencoba  menawarkannya. “Bukankah engkau dapat berkata kepada majikanmu, bahawa satu di antaranya dimakan serigala, dan pasti majikan tidak akan mengetahuinya.” “Tidak, saya tidak mau.” Kata budak itu dan bahawa Allah berbuat menurut kehendak-Nya. Kemudian setelah mendengar itu menangislah Sayidina Umar r.a. dan berkata kepada pengiring itu agar supaya memanggil majikan si budak itu, kemudian dibelinya budak itu dan dibebaskan oleh beliau, berkatalah beliau: “Sejak hari ini engkau bebas merdeka di dunia dan engkau pun akan lapang di hari akhirat.”
               Kita sebagai manusia yang dinyatakan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, banyak sekali mengemban amanat Allah dalam hubungannya dengan apa yang disebut hablun minallah dan hablun minannaas.” Firman Allah dalam Al-Qur’an surah An-Nisaa ayat 4:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.”
               Dalam ayat ini bahawa memelihara dan memenuhi serta melaksanakan amanat Allah adalah suatu kewajiban.
               Kebanyakan orang awam suka menyempitkan pengertian amanat hanya kepada urusan menjaga titipan saja, pada hal sebenarnya pengertian amanat di dalam Islam cukup luas dan berat pertanggungan jawabnya. Kerana amanat merupakan kewajiban kaum muslim agar suka saling berpesan dalam soal saling berpesan dalam soal pemeliharaannya dan mereka meminta pertolongan Allah untuk boleh memeliharanya, sehingga apabila salah seorang di antara mereka bersiap-siap hendak berperigian, maka oleh saudaranya suka dikatakan: “Saya titipkan agamamu, amanatmu dan penutup amalmu kepada Allah.”
               Iman dan  takwa diibaratkan sebagai garam dan gulainya. Garam sendiri tidak banyak kemanfaatan kepada kehidupan. Begitu juga gulai sendirian tidak menjadi makanan yang menyelerahkan. Tetapi apabila garam dan gulai itu disatukan dengan mengikut nisba yang sesuai maka kita mendapat satu lauk yang amat menyelerakan serta mengundang nafsu demi mengekalkan kesihatan badan untuk menimbulkan semangat melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t.
               Begitu juga halnya iman dan takwa. Orang yang beriman semestinya ia amat takut kepada Allah. maka itu ibadatnya kepada Allah sentiasa menjadi agenda utama dalam pembangunan kehidupan. Allah berfirman surah Al-Hujurat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Tuhan ialah orang yang paling bertakwa.”   
Bertakwa bererti pecaya sepenuhnya, beribadat sepnuhnya, cinta, harap dan takut bulat kepada Tuhn semata-mata. Dia tidak takut kepada apa-apa pun dan tidak mengharapkan kepada sesiapa pun kecuali hanya  kerana Allah s.w.t semata-mata.
Bertakwa kepada Allah mempunyai tiga ciri-ciri yang membentuk manusia untuk merendah diri sebagai hamba Allah.
               Perasaan tawadhuk adalah  sesuatu yang membentuk manusia untuk merendahkan diri sebagai hamba Allah. Tidak ada ciptaan Allah di bumi ini yang berhak untuk merasa sombong melainkan Allah sendiri kerana Dialah mewujudkan segala-galanya untuk kemanfaatan segala bentuk kehidupan dalam alam ini.
Manusia dalam  mendisiplinkan diri mengerjakan ibadah sembahyang. Dalam sembah yang, bahagian badan kita yang amat bermutu dan berguna kepada diri manusia ialah bahagian kepala. Tetapi apabila kita sujud kepada Allah kepala kita diletakkan sama rendah dengan telapak kaki dengan mengucap “Allahuakbar” menunjukkan bahawa manusia sujud merendahkan diri di hadapan Allah s.w.t..
Dalam mengolah aktiviti kehidupan, umat Islam wajib memimpin dirinya supaya sentiasa menjaga diri jangan sampai hilang pedoman dan membelakangi kekuasaan Tuhan. Harus kita sentiasa berfikiran waras bahawa tiada kewujudan sesuatu dalam kehidupan tanpa kekuasaan Allah s.w.t.
Ciri kedua dalam ketakwaan kepada Allah ialah merasakan cukup dengan apa yang ada. Kanaah memberi satu kefahaman bahawa umat Islam tidak  tamak dan haloba. Apa yang ada seharusnya bersyukur terhadap pemberian Allah. Walaubagaimana pun Islam juga menggalakkan mencari harta seberapa banyak yang boleh  dengan syarat ia mesti membayar
zakat harta.
Setiap tahap pencapaiannya dalam hidup, umat Islam harus mengucapkan syukur ke atas kejayaannya kerana segala-galanya itu merupakan pemberian dari Allah s.w.t. Manusia
bertawakal dan berikhtiar, tetapi haruslah dijadikan kejayaan itu sebagai pemangkin untuk membantu orang lain berbuat demikian sebagai satu perubahan pada dirinya sendiri. Segala kemampuan manusia untuk memperbaiki taraf kehidupannya bukan manusia yang menentukan. Maka itu tidaklah wajar bagi  seseorang itu mengatakan bahawa apa yang ada pada dirinya adalah hak mutlaknya dan tidak mensyukuri pemberian Tuhan yang Maha Esa lagi  Maha Pnayayang.
               Tidak lengkap dan kukuh ketakwaan seseorang itu jika ia tidak menjauhi diri dari pekerjaan yang subahat yang membawa manusia ke lembah hina. Amalan-amalan hidup yang sentiasa memelihara kesucian Islam itu akan membawa manusia bertemankan iman. Iman merupakan benteng segala kekufuran dan kebatilan. Iman itu adalah jaminan Allah untuk memasuki Syurga-Nya.

                    Orang yang beriman melihat segala amalannya itu dengan mata hatinya dan berkeyakinan bahawa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan. Iman dan amal merupakan landasan hidup yang membawa kemurnian dunia dan akhirat. Kehidupan seseorang yang mempunyai iman tertanam dalam dadanya, tidak mudah digoda oleh iblis dan syaitan. Kekuatan iman menjamin kehidupan manusia itu lebih sempurna dan terbela. Kenikmatan mempunyai keimanan kepada Allah s.w.t. akan mendorong kita lebih bertawakal dan mensyukuri segala apa yang ada pada diri kita.

Thursday, February 16, 2017

IMAN DAN TAKWA MULIAKAN MANUSIA DI SISI ALLAH S.W.T.

 (Disiarkan pada 17. 02. 2017)
               Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud (terjemahan)
Hai Manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa) dan jadikan kamu berbangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah  orang yang lebih bertakwa.. Sungguh Allah maha mengetahui lagi maha amat mengetahui.”
Sesungguhnya manusia yang hidup di dunia ini sentiasa berlumba-lumba di antara satu dengan yang lain, untuk mencari kemuliaan. Dalam hubungan ini Ibnu  Abas (r.a.) ada mengatakan: Bahawa kemuliaan di dunia ini ialah kekayaan, sedangkan di akhirat pula ialah takwa (kebaktian kepada Allah).
Allah mencela manusia yang membanga-banggakan keturunannya, atau apa saja yang dengannya dia menganggap lebih mulia. Maka bagi Allah; orang yang paling mulia di sisi-Nya ialah yang banyak kebakktiannya kepada Allah atau yang paling berbakti kepada-Nya. Dan caranya berbakti kepada Allah itu hendaklah menjalankan segala apa yang diperintahkan-Nya, dan meninggalkan semua yang ditegah-Nya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakni: Allah tahu akan apa yang dilahirkan oleh seseorang dan juga tahu tentang unsur-unsur keturunannya. Lagi mengerti tentang apa yang disembunyikan atau rahsia seseorang.
               Kemuliaan manusia ialah pancara dari keimanan dan ketakwaannya kepada Allah swt zat yang Maha Ghaib. Ketahuilah bahawa pancaindera dan akal atau fikiran yang ada pada kita manusia, hanya sanggup menjangkau beberapa pengetahuan yang sedikit dan rendah sekali. Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah Bani Israil (Al-Isra’) ayat 17:85 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan tiadalah kamu diberi ilmu pengetahun hanyalah sedikit sahaja.”
               Pengetahuan manusia hanya dapat menjangkau alam benda yang terdiri dari benda padat, benda cair dan benda gas, yang terdiri dari molekul-molekul, atom-atom, atau elektron-elektron. Begitu juga bumi, planit, bintang dari alam serta isinya, kalau di bandingkan dengan alam seluruhnya yang luas sekali.
               Amat sedikitlah ilmu  pengetahuan manusia, bila manusia hanya mengetahui alam benda saja. Allah swt tambah ilmu pengetahuan yang sedikit itu dengan mengutus Nabi-nabi dan Rasul-rasul, dengan menurunkan Kitab-kitab Suci yang berisi wahyu-wahyu. Allah swt kabarkan kepada kita dengan perantaraan wahyu-wahyu-Nya, bahawa di balik alam benda yang luas ini, terbentang alam yang lebih luas lagi. Alam yang lebih moden dan menakjubkan, yang tidak dapat kita tangkap dengan pancaindera selama kita masih di alam dunia ini.
               Di sebalik alam benda yang merupakan bintang-bintang, dan planet-planet dengan segala isinya ada lagi alam yang lebih luas, yang bukan terdiri daripada benda. Ia tidak dapat dicapai dengan pancaindera yang dinamakan Allah itu alam ghaib, sebagai imbangan dari alam nyata iaitu alam benda.
               Alam ghaib jauh lebih luas dan lebih hebat dari alam benda yang nyata itu. Di antara alam ghaib ialah roh yang ada dalam diri kita masing-masing. Roh itulah yang menyebabkan kita hidup berperasaan, berpengertian dan berkesedaran. Bila roh keluar dari tubuh kita , kita akan mati dan tak lama kemudian tubuh kita akan menjadi busuk dan hancur. Kerana roh itu menyebabkan kita hidup, maka roh itu  tidak mengalami mati, roh itu kekal dan abadi. Ia tetap hidup dan berperasaan, mempunyai pengertinan dan berkesedaran seperti sekarang selama kita hidup.
               Sebab itu memang ada hidup sesudah mati iaitu hidup roh-roh manusia tanpa tubuh. Inilah yang dinamai alam roh, atau alam barzah. Alam barzah ialah batas antara hidup dunia sekarang ini dengan hidup akhirat nanti.
               Hidup di dunia ini tidaklah hidup yang berterusan. Hidup di dunia ini adalah hidup yang dipengaruhi oleh matahari, bintang-bintang dan planet-planet. Kerana pengaruh-pengaruh itu seluruh keadaan dan kehidupan di dunia ini selalu mengalami perubaban-perubahan. Nanti akan terjadi perubahan begitu rupa, sehingga tidak mungkin akan ada lagi hidup di dunia ini. Semua yang hidup di dunia ini akan mati atau musnah seluruhnya. Bukan sahaja manusia tetapi semua yang besifat hidup akan mati. Kematian total inilah yang dinamakan kiamat iaitu berakhirnya segala  hidup di dunia ini.
               Sesudah terjadinya kiamat itu, smua roh-roh manusia diberi bertubuh kembali seperti kehidupan di dunia sekarang ini. Semua manusia yang pernah hidup di dunia ini sekali pun hanya satu detik lamanya, akan dihidupkan kembali. Dan inilah yang dinamai kehidupan akhirat, iaitu satu macam kehidupan yang kekal dan abadi selama-lamanya.
               Firman Allah, Al-Qur’an surah Al-‘Angkabuut ayat 29:64 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali, mainan dan permainana saja, sedang kehidupan akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya, sekiranya mereka (manusia) mengetahui atau menginsyafi.”
               Dalam ayat lain dengan tegas sekali Allah menyatakan, bahawa kesempatan hidup sebentar yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk sekadar  mengetahui apa yang dilakukan manusia dalam hidup yang sebenar. Firman Allah surah Yunus ayat 10:14 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Kemudian Kami (Allah) jadikan kamu hidup bergiliran di permukaan bumi ini, sekadar untuk melihat apa yang kamu lakukan.”
               Bukan saja bergiliran hidup turunan demi turunan, tetapi bergilir pula menduduki dan memegang berbagai kekuasaan dan jawatan, agar Allah dapat melihat sendiri apa pula yang kamu lakukan dengan kekuasaan dan jabatan itu.
               Sedang kehidupan akhirat yang kekal dan abadi itu  gunanya ialah untuk memper- tanggung jawabkan semua amal perbuatan apa saja yang pernah kita lakukan semasa hidup di dunia ini. Bukan saja untuk mempertanggung jawabkan tetapi untuk merasakan akibat  dari setiap amal dan perbuatan yang kita lakukan itu. Bila perbuatan itu baik akan dibalas dengan baik, dan bila tidak baik akan di balas dengan kejahatan pula.
               Jadi di dalam kehidupan akhirat itu ada syurga, tempat bahagia bagi orang yang berlaku baik, dan ada neraka, tempat sengsara bagi orang-orang yang bertindak jahat selama hidup di dunia.
               Itulah pokok-pokok kepercayaan yang harus dimiliki oleh setiap manusia yang  hidup di dunia ini. Itulah yang dinamakan Iman. Manusia yang memiliki iman beruntunglah dia. Manusia yang tak memiliki iman merugilah dia, iaitu satu kerugian yang jauh lebih hebat akibatnya dari kerugian dalam perdagangan di dunia ini. Kerugian yang mengakibatkan kesangsaraan besar yang akan dialami dalam kehidupan berjuta-juta abad lamanya di alam akhirat.
               Tidaklah rugi bila mati sebelum memiliki auto atau rumah, sebelum memiliki radio atau televisyen. Tetapi alangkan ruginya manusia mati sebelum memiliki iman. Mati tanpa iman bererti sengsara abadi yang tak terbatas jangka waktunya. Hindarkan diri dari keseng- saraan abadi itu.
               Semangat untuk berlumba-lumba mengerjakan kebaikan adalah di antara perkara yang perlu dicambahkan di dalam jiwa setiap muslim yang beriman kepada Allah swt kerana dengan cara demikian sahaja manusia boleh mendekatkan diri kepada Allah Tuhan rabul jalil. Selain daripada itu semangat berlumba-lumba  juga merupakan satu jalan hidup yang mulia di sisi Allah s.w.t.
Mengerjakan amal ibadat secara istiqamah kepada Allah akan membersihkan jiwa kita
kelak menghilangkan atau mengurangkan amalan-amalan hina yang membawa kepada dosa dan murka Allah s.w.t. Segala perintah Allah adalah kebaikan dan setiap larangan-Nya adalah maksiat yang perlu dihindari oleh semua manusia. Allah s.w.t. berfiman surah al-Baqarah ayat 2:148 yang berkasud: (terjemahan)
               “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
               Perintah Allah s.w.t. ini adalah untuk semua yang beriman kepada-Nya tidak kira di mana ia berada dan apakah bidang yang diceburi, maka hendaklah ia berlumba-lumba menger jakan kebaikan mengikut keadaan masing-masing. Hendaknya janganlah kita ketinggalan di dalam perlumbaan itu. Ingatlah bahawa di akhirat kelak, Allah akan menghimpunkan segala manusia di akhirat kelak. Allah akan menghimpunkan segala manusia sehingga dapat diketahui siapa sebenarnya orang yang berjaya dan siapa pula yang akan kecewa, kerana Dia Berkuasa di atas segala sesuatu.
Islam menganjurkan kepada ummatnya agar meletakkan sikap berlumba-lumba di dalam kebajikan sebagai kiblat atau tujuan utama kerana dengan sikap demikian segala kejahatan akan terhindar dengan sendirinya. Di samping itu akan lahir berbagai-bagai kebaikan yang akan membina keselamatan dan kesejahteraan manuju ke arah perpaduan umat yang sejati yang akhirnya akan membentuk sebuah tamadun manusia yang maju dan berjaya.
Allah s.w.t. berfirman surah Al-Hajj ayat 22::77 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan berbuat baiklah kamu mudah-mudahan kamu akan memperolehi kejayaan.”
Dalam ayat yang lain yang juga diterangkan bahawa Allah s.w.t. menggalakkan manusia melakukan perkara-pekara yang baik seperti yang terkandung dalam surah Al-Anbia’ ayat 21:73 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan kami wahyukan kepada mereka supaya mengerjakan kebaikan-kebaikan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan benar-benar beribadat kepada Kami.”
Begitu juga dengan apa yang terdapat di dalam ayat yang ke 90 dari surah yang sama, mafhumnya:
“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan selalu berdoa kepada  kamu dalam keadaan suka mahupun duka. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada kami.”
               Perbuat baik yang diperintahkan ini mencakupi semua aspek kebaikan seperti taat kepada Allah, Ikhlas beramal semata-mata kepadanya, bermuamalah dengan baik bersama manusia dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama dan akal yang sihat.
               Allah s.w.t. melalui ajaran Islam mengarahkan manusia agar berlumba-lumba untuk menuntut  ilmu  untuk menambahkan pengetahuan, kerana tanpa ilmu pengetahuan yang jelas manusia  tidak akan berjaya dunia dan akhirat.
               Pengetahuan merupakan jambatan utama untuk mengetahui dan mengenali perkara-perkara yang baik dan perkara-perkara buruk. Melalui pengetahuan kita memahami suruhan dan larangan Allah sama ada kita patut mengerjakannya atau meninggalkannya. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka akan dilapangkan dadanya dan dikurniakan kefahaman tentang agama.
               Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat 2:269 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah mengurniakan hikmah (ilmu) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barang siapa yang dikurniakan hikmah, sesungguhnya dia telah dikurniakan kebaikan yang banyak. Dan tiada ada yang menyedari hakikat ini melainkan mereka yang mempunyai hati (akal)
               Kata Ibnu Abbas, yang dimaksudkan hikmat di sini ialah ilmu yang ada di dalam Al-Qur’an  yang menjadi pengganti dan diganti yang jelas dan yang samar yang terdahulu dan yang terkemudian, yang halal dan yang haram.
               Inilah hikmat atau ilmu yang bermanfaat yang  diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, yang kemudiannya dapat pula diamalkan. Barang siapa mendapat ilmu yang berguna itu, sesungguhnya ia telah mendapat kebajikan yang banyak. Kebajikan itulah yang akan mendatangan kebahagian yang kekal abadi.
               Orang yang dapat mempertimbangkan dengan akalnya akan hukum-hukum Allah yang berupa suruhan dan yang berupa tegahan, itulah yang akan mendapat peringatan, keinsafan dan kesedaran.
               Rasulullah s.a.w. juga memberi galakan agar menuntut ilmu sebagaimana sabdanya, bermaksud:
               “Menuntut ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap muslim.”
Sabdanya lagi, maksudnya:
               “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk menjadi baik akan dikuniakan kefahaman (ilmu) mengenai agama dan diilhamkan kepada kebenaran.
               Melalui pengetahuan, manusia berjaya untuk meletakkan dirinya sebagai seorang yang bertakwa kepada Allah s.w.t. jika ia beramal dengan apa yang diketahuinya. Firman Allah s.w.t. surah Fathir ayat 35:28 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya mereka yang paling takut kepada Allah adalah dari kalangan mereka yang berilmu (ulama’).”
               Di antara amalan baik yang diperintahkan oleh Allah dan rasulnya ialah memberi penerangan kepada manusia ke arah mengerjakna perkara-pekara makruf iaitu semua bentuk perintah yang datang dari Allah s.w.t. sama ada berbentuk sunnat atau wajib. Tuhan mengajak manusia ke arah perintah-perintah tersebut adalah amat baik dan perlu dilakukan oleh semua mengikut tahap masing-masing. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
               Barangsiapa mengerjakan sesuatu sunnah yang baik baginya pahala amalan tersebut dan pahala amalan mereka yang turut mengerjakan sunnah tersebut sehingga hari Qiamat.” *

*Ibnu Idris Al-Qari: “The Secret of Sufi” Rahsia alam sufi. JASMI ENTERPRISE. 2006

Thursday, February 9, 2017

IMAN DAN TAKWA MEMIMPIN MANUSIA KE JALAN YANG LURUS

  (Disiar pada 10 . 2. 2017)
Keunggulan manusia di sisi Allah s.w.t. berpaksi lepada keimanan dan ketakwaannya kepada zat yang Maha berkuasa itu. Iman merupakan keyakinan terhadap wujudnya Allah dengan hati, yang dilafazkan dengan kata-kata, dan dilaksanakan dengan amalan. Iman itu ketetapan hati, kekuatan batin bahawa segala kewujudan alam kehidupan adalah atas kekua- saan Allah menciptanya.
Apabila iman bersarang dalam hati individu mukmin ia sentiasa melihat fenomena alam dalam keadaan muda, ceria dan bercahaya. Amal ibadahnya berkiblat kepada persoalan “Allah redha atau tidak? Soalan ini menuju kepada ketakwaan kita kepada Allah yang pokok perjuangannya ialah merasa takut kepada Allah s.w.t.
Ringkasnya, Islam dengan segala keunggulan ajarannya mampu membekalkan panda- ngan yang mantap, memberi manfaat, dan mempunyai  pendekatan bersepadu tentang kecer- asan. Antara lain, pandangan tersebut menganjurkan prinsip takwa bagi menggambarkan kecerdasan. Secara kasar, takwa merujuk kesedaran mengenai kehadiran dan kekuasaan Allah di sepanjang masa. 
Prinsip takwa merujuk satu gagasan meritokrasi yang menyeluruh, yang merangkumi aspek keimanan, keilmuan, kerohanian, kebendaan, akhlak, dan amalan yang salih. Di dalam pendidikan pintar cerdas, satu nilai yang penting ialah takwa dan nilai ini mengandungi unsur-unsur iman, ilmu, dan amal salih.
Bagaimanapun, ilmu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dalam kontek keperluan hidup daripada amal. Misalnya, amal tanpa ilmu dianggap tidak bermakna, kerana  ilmu itu sendiri dianggap sebagai sejenis amal, iaitu amalan mental.
Semua amal perbuatan yang kita lakukan adalah benar-benar merupakan pancaran cahaya Iman; dari sanalah terbentuknya akhlaqul kalimah, dan laku perbuatan terpuji atau amal salih. Kepada merekalah Allah akan memberikan kebahagian dunia dan tempat yang baik kelak di akhirat, sebagaimana firman Allah surah Ar-Ra’ad, ayat 13:29 yang bermaksud: (terjemahan)
“Orang-orang yang beriman dan beramal salih, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.”
Ayat di atas merupakan penegasan janji Allah bagi orang-orang yang beriman dan beramal salih. Amal salih yakni perbuatan yang baik adalah meliputi tindak laku pribadi dan pergaulan bermasyarakat. Tegasnya seorang mukmin harus bersikap dan berbuat baik terhadap diri sendiri dan masyarakat sekitar.
Terhadap diri sendiri ia harus memelihara perangai dan tata hidup sesuai tuntunan Allah; terhadap masyarakat  sekitar iapun harus berbuat dan bergaul dengan sikap terpuji. Manusia adalah sebaik-baik makhluk Allah; kepada merekalah Allah menunjukkan jalan yang benar, iaitu agama Islam.
Akan tetapi kerana keterbatasan sifat manusia banyak di antara mereka tersesat perjalanan hidupnya, gugur oleh bujuk rayu syaitan. Syaitan sentiasa berusaha agar manusia ingkar kepada Allah, iaitu  dengan memperlihatkan dan menjanjikan kemanisan hidup duniawi, sehingga tidak sedikit manusia terlena dan akhirnya terlepas sama sekali dari tuntunan Allah. Oleh sebab itulah Allah memberikan beban kepada orang-orang yang beriman agar melaksanakan amar ma’ruf dan nahyi mungkar.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 3:110 yang bermaksud: (terjemahan)
“Adalah kamu sebaik-baik umat yang dibangkitkan bagi manusia supaya kamu menyuruh mengerjakan kebajikan dan kamu melarang berbuat kejahatan serta percaya kepada Allah. Kalau berimanlah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) nescaya lebih baik bagi mereka.(Tetapi) setegah mereka itu mukmin dan kebanyakan mereka fasik.”
Jelasnya bahawa umat Islam adalah semulia-mulia umat bagi pandangan Allah dan ciri
mereka ialah sentiasa melaksanakan amar ma’ruf dan nahyi mungkar. Dari itu, sebagai mukmin kita wajib melaksanakan amar ma’ruf dan nahyi mungkar sebagai bukti ketaatan dan kecintaan kepada Allah, iaitu dengan melakukan amal salih dan membendung diri dari tingkah laku yang tercela.
               Dengan demikian sampailah kita kepada satu kesimpulan bahawasanya dari Iman yang benar akan terpancar akhlaq yang baik, dari akhlaq yang baik terwujudlah perbuatan- perbuatan yang salih, termasuk di dalamnya kesediaan beramar ma’ruf dan nahyi mungkar.
               Kunci iman ialah ibadat. Benar atau tidak ibadat seseorang sangat berpengaruh terhadap benar atau tidaknya iman; dengan kata lain iman yang tidak  terpelihara maka ibadatnya pun tidak teratur.
               Kita telah menyatakan dan mengakui iman kepada Allah, maka ibadat kitapun hendak lah kerana Allah dan menurut ketentuan-ketentuan Allah. Jadi petanda seorang mukmin ialah ibadat dan segala perbuatannya. Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah  At-Taubah ayat 9:71 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan orang-orang yang mukmin lelaki atau perempuan, sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh memperbuat kebaikan dan mela- rang daripada kejahatan. Mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mentaati Allah dan rasul-Nya. Itulah orang-orang yang akan dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana.”
               Demikianlah gambaran sifat dan sikap Mukmin yang disukai Allah. Kepada mereka lah Allah menjanjikan rahmat yang akan dikurniakan di dunia dan akhirat berkepanjangan – disebabkan ketaatan mereka terhadap Allah dan rasul-Nya.
               Rasa persaudaraan, tolong-menolong, bantu membantu dan sayang-menyayangi antara seorang Mukmin dengan yang lain telah diumpamaka oleh Nabi saw seperti suatu kumpulan yang menjadi tubuh yang satu menguatkan yang lain. Mereka bersatu untuk mempertahankan kebenaran, keadilan dan meninggikan kalimat Allah.
               Dalam kelanjutan ayat di atas, Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah yang sama ayat 9:72 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin lelaki dan perempuan beberapa buah  syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka berkekalan di sana serta mendapat tempat tinggal yang bagus di dalam syurga ‘Adn dan keredaan daripada Allah adalah paling besar (nikmat-Nya), itulah dia kejayaan yang besar.”
               Setelah Allah menerangkan sifat-Nya ysng perkasa lagi bijaksana dan menerangkan tentang rahmat yang dikurniakan-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang mukmin secara ijmal (ringkas), maka di sini diterangkan pula balasan yang
akan diberikan-Nya kepada  orang-orang Mukmin secara tafsil (perinci) mengenai rahmat tersebut.
               Kita menyedar bahawa  hakikat hidup manusia adalah untuk beribadat kepada Allah, sebagaimana firman-Nya dalam Al-Qur’an surah Al-Dhariyat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Tiadalah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk memberi pengabdian yang luas.”
               Mengingat terbatasnya umur yang diberikan Allah kepada makhluk-Nya, maka marilah kita isi sepanjang hidup dengan akhlaq dan amal yang baik serta ibadat yang benar, sebagai pembuktian pernyataan iman terhadap Allah s.w.t.
               Kita laksanakan segala perintah-Nya, kita jauhi larangan-larangan-Nya. Marilah berusaha melaksanakan amar ma’ruf dan nahyi mungkar meskipun terhadap diri sendiri. Maka itu marilah saudara-saudara  meningkatkan amal dan ibadat. Kita tanamkan Iman yang benar kepada anak-cucu, kita bina akhlaq dan amaliyah mereka serta kita betulkan tata cara ibadat mereka.
               Semoga dengan cara demikian kita semua berserta anak-cucu akan mendapatkan
kebahagian dunia dan akhirat; memperoleh janji-janji Allah yang menjadi harapan hamba-hamba yang salih. Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala tipu daya dan bujuk rayu syaitan yang menyesatkan.
               Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al-Kahfi ayat 18:110 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Katakanlah:“Hanyasanya aku adalah manusia seperti kamu juga. Diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu. Maka barang siapa mengharap-harapkan menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, dan janganlah menyekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan sesiapa pun.”
               Allah menyuruh rasulnya (Nabi Muhammad saw) mengatakan kepada umatnya bahawa dia ((Rasul) adalah manusia biasa seperti kamu juga. Aku tidak mengaku bahawa pengetahuanku meliputi perkataan-perkataan Tuhanku, Bahkan tak ada langsung pengetahuan ku kecuali apa yang diajarkan-Nya kepadaku. Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada ku supaya kamu menyembah Allah sebagai Tuhan yang satu.
               Siapa yang menginginkan pahala daripada Allah hendaklah beribadat kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlasnya, jangan menyekutukan-Nya dengan yang lain seperti yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak percaya kepada keterangan-keterangan Allah dan kepada pertemuan dengan-Nya.
               Islam untuk keselamatan dunia dan akhirat. Allah adalah Pencipta jaya raya. Dia mencipta makhluk-Nya iaitu alam dan manusia. Dia bersifat “al-Rahman” dan “al-Rahim” yakni yang Maha Pemurah  lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Kepada hamba-hamba-Nya diturunkan wahyu dengan perantaraan Rasul-rasul-Nya untuk memberita kan, menjelaskan, memperincikan, mentafsirkan dan memberi teladan itu dalam kehidupan yang nyata.
               Wahyu dan penerapannya  dalam kehidupan yang nyata mewujudkan salam yakni kebahagiaan. Kesejahteraan dan keselamatan bagi hamba-hamba-Nya yang berakal. Wahyu-Nya kepada alam semesta atau jagat raya berbentuk Sunnah Allah yang diterjemahkan oleh istilah alam “hukum alam” untuk melaksanakan salam dalam kehidupan alam. Wahyu dan cara penerapannya yang ditrunkan kepada manusia pun adalah juga dinamakan “sunnah Allah”. Allah mewajibkan salam kepada manusia untuk kepentingan manusia sendiri, supaya manusia benar-benar dapat menikmati keamanan, kesejahteraan dan keselamatan. Allah tidak mempercayai kepentingan kerana Dia terkaya dari alam semesta dan Dia Maha Kaya lagi Maha sempurna. Allah menurunkan agama Islam kerana semata-mata kasih sayang-Nya kepada hamba.
               Dalam Islam iman mesti bertimban dengan amal salih, iman sahaja tidak bererti kalau ‘tidak menjadi amalan atau kenyataan. Iman tanpa amal laksana pokok tanpa buah atau ada mahkamah tanpa hakim, atau ada raga tanpa isi. Amal sahaja tidak bermakna tanpa berpangkal dari iman. Amalan kita akan keliru, akan salah, laksana pokok yang berbuah busuk. Iman itu berbentuk teori, amalan pula berbentuk praktik. Iman ialah awalan ajaran Islam manakala amal salih menjadi hujung ajaran Islam. Maka perimbangan antara kedua itu dinamakan oleh al-Qur’an dengan:
               Terjemahan: Mereka yang beriman dan beramal salih
               Rukun Iman dalam Islam diimbangi oleh rukun Islam, sebagaimana pengajaran diimbangi oleh pendidikan. Iman itu terletak di dalam hati nubari. Apakah seseorang itu beriman atau tidak, kita dapat ketahui, tetapi rukun Islam itu bersifat aktif dalam perbuatan, rukun Islam merupakan pernyataan dan rukun iman.
               Matlamat agama ialah membentuk manusia supaya bertaqwa: sifat taqwa juga menjadi pangkal kehidupan untuk merealisasikan kehidupan yang baik, taqwa sebagai sikap hidup yang dibentuk oleh agama untuk menjadi kenyataan yang diamalkan oleh manusia dalam kehidupan sehari-hari.
               Di antara semua makhluk yang dicipta Allah, manusialah yang termulai. Kemuliaan nya itu antara lain kerana ia dianugerahkan Allah akal. Tanpa akal, darjat manusia jatuh ke tingkat binatang. Darjah manusia bukanlah terletak pada badannya, kerana dari segi jasmaniah tidak banyak beza manusia daripada haiwan. Darjah itu terletak pada akal. Oleh itu ada orang mendifinisikan manusia dengan binatang yang berakal. Jadi kemuliaan manusia tidak melekat pada badannya, tetapi pada akal yang dimilikinya.
               Tidak dijadikan oleh Allah suatu makhluk yang terlebih mulia disisi-Nya daripada akal.    (Riwayat sebahagian Ahli Sunan)
               Secara kesimpulan bahawa akal itu penting bagi manusia, dengan sendirinya ia juga penting bagi Islam. Islam diturunkan untuk menunjuk-ajar manusia dan menuntun dia kepada kesempurnaan. Maka akallah jadi alat dalam menuju kepada kesempurnaan itu. Demikian dibaratkan peranan akal oleh Islam, sehingga akal dan Islam merupakan “dua yang satu”.
“Sesungguhnya Din itu akal. Tidak ada Din bagi dia, yang tidak mempergunakan
   akal”.
Yang dimaksudkan dengan Din ialah Islam. Tidaklah seseorang itu menganut Islam yang tidak mempergunakan akal. Dengan demikian peningkatan Islam bergantung pada peningkatan akalnya. Untuk itu:
               1. Pemikirannya perlu diperkaya dengan ilmu pengetahuan.
               2. Kalbunya perlu diisi dengan agama.
Dengan agama Islam akan lahir keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang akan

memimpin manusia ke jalan yang lurus yang diredai-Nya.

Friday, February 3, 2017

HIDUP BAHAGIA SEMESTINYA DENGAN KEHADIRAN ORANG LAIN

 (Disiarkan pada 3. 1. 2017)
Manusia diwujudkan Allah sebagai makhluk yang bersosial. Pembangunan kehidupan nya bersandarkan kehadiran orang lain kerana hidup sedirian tidak banyak kemampuannya untuk melahirkan perubahan pada kehidupan itu. Pepatah mengatakan two heads are better than one, atau dua kepala lebih baik berbanding dengan satu. Dalam erti kata lain pembangu- nan manusia wujud kerana mendapat ilham dari usaha yang telah dilaksanakan oleh orang lain.
Semua ilmu di dalam alam kehidupan ini tidak dapat dikuasai oleh seorang diri. Maka itu melaksanakan pembangunan semestinya memerlukan kehadiran orang lain. Ilmu itu ada yang dipelajari dan ada yang dipunyai oleh seseorang yang diajar oleh Allah s.w.t. Kemahiran berfikir boleh dilakukan oleh setiap individu tetapi ufuk pemikirannya agak berbeza antara satu sama lain, maka itu kita memerlulah kerjasama dalam semua faktor pembangunan. 
Nabi Musa a.s. telah ditegur oleh Allah apabila Nabi berpendapat bahawa kehebatan ilmunya melebihi orang lain kerana Firaun sahaja yang menganggap dirinya lebih berkuasa daripada Tuhan, dapat dijatuhkan pemerintahannya oleh Nabi Musa. Nabi Musa Berfikiran demikian setelah ditanya oleh umatnya , “Siapakah yang lebih berilmu di dunia?”
Allah menasihati Nabi Musa untuk belajar dengan Nabi Khidir. Nabi Khidir mempunyai ilmu yang jauh lebih luas berbanding manusia biasa. Satu ilmu yang ada pada Nabi Khidir ialah dapat melihat dengan mata hatinya keadaan pembangunan masa depan. Firman Allah surah Al-Kahfi ayat 18:65  yang bermaksud: (terjemahan)
“......Kami kurniakan rahmat dari sisi Kami dan Kami ajarkan pengetahuan yang ada pada Kami kepadanya.”
Nabi Musa berusaha berjumpa dengan Nabi Khidir kemudian belajar ilmu dengannya. Firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 18: 66 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Berkata Musa kepadanya (Khidir): “Bolehkah aku mengikutimu, supaya engkau ajarkan kepadaku ilmu yang menjadi petujuk yang telah diajarkan oleh Allah kepada mu?”
Nabi Khidir memberi peluang kepada Nabi Musa dengan syarat “Jangan bertanya jika ia menyaksikan sesuatu amal yang pelik, yang akan dilakukan oleh Nabi Khidir”. Apabila Nabi Musa menyaksikan sesuatu amal yang amat tidak berpatutan, mengikut kefahaman oleh Nabi Musa, maka Nabi Musa melanggar syarat yang dikenakan kepadanya. Kegagalan Nabi Musa memelihara syarat yang tersebut, maka Nabi Khidir tidak membenarkan Nabi Musa mengikutinya lagi. Oleh itu Nabi Musa terpaksa berpisah dengan Nabi Khidir untuk menuntut ilmu darinya. Maka itu Nabi Musa  sedar bahawa tidak semua ilmu di alam dunia ini boleh dikuasai oleh seorang diri.
Hidup dengan budaya bekerjasama akan melahirkan solidariti sosial yang
menjadi  tulang belakang hidup bermasyarakat, sebagai kunci mewujudkan kemurnian hidup. Memeli- hara kemurnian hidup harus membudayakan suasana kasih sayang sesama insan mahupun makhluk-makhluk lain termasuklah tumbuh-tumbuhan serta haiwan yang ada di alam ini.
Semua yang hidup dalam alam ini mempunyai kemanfaatan kepada manusia. Allah tidak wujudkan semua makhluk tersebut tanpa tujuan. Allah berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 96:1 yang bemaksud: (terjemahan)
“Bacalah olehmu (Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan (alam).”
Perintah ini menyuruh (Muhammad)manusia supaya membaca demi memperolehi ilmu pengetahuan. Apa yang dibaca ialah dua dokumen yang Allah wujudkan di alam kehidu- pan iaitu dokumen yang terucap oleh Allah (Al-Quran) dan dokumen yang tercipta oleh Allah iaitu alam ini serta segala makhluk di dalamnya. Allah menciptakan alam ini dengan segala makhluknya sama ada yang hidup atau tidak, semestinya ada manfaatnya kepada pembangu- nan manusia; kerana Allah tidak mencipta sesuatu itu tanpa tujuan.
Segala kerja amal manusia untuk menghasilkan sesuatu bagi keperluan manusia dalam
menangani kehidupan merupakan rangkaian kebudayaan yang memerlukan penyertaan berbagai peringkat kemahiran manusia untuk melaksanakannya.
Sebagai contoh, untuk mendapatkan sehelai kain baju saja, menutup aurat kita memerlukan rangkaian kerja amal berbagai manusia dengan kemahiran mereka masing-masing. Pertama kita perlukan pekebun menanam kepas untuk dipintal menjadi benang. Apabila benang sudah dipintal, kita perlukan manusia yang mahir dalam bidang menenun kain. Setelah benang menjadi kain memerlukan orang yang mahir dalam membuat kain baju. Baju yang telah siap perlu seorang membuat pemasaranya sebelum ia dapat sampai ke tangan kita sebagai pengguna. Maka itu untuk mendapatkan sehelai kain baju menutup aurat kita memerlukan empat rangkain manusia melaksanakan ibadat dengan kemahiran masing untuk membuat kain baju.
Dalam satu-satu kemahirna individu itu akan melahirkan satu kebudayaan yang menyinarkan identiti manusia bersosial. Jika kita melihat dengan mata hati mengenai satu-satu kebudayaan itu, ia merupakan amal ibadah kerana Allah s.w.t.
Manusia diciptakan Allah s.w.t. berbangsa-bangsa dan bersuku-suku. Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Hai sekalian manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah orang  yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Mengerti.
Tiadalah  seyogia manusia itu  bermegah-megah antara satu sama lain,
dengan men- yombongkan keturunannya, kebangsawanannya atau pangkatnya. Janganlah menghinakan orang lain, atau mengejek-ejek, mencela, mentertawakan dan sebagainya. Sedangkan mereka semuanya berasal dari satu keturunan, walaupun berlain-lainan bangsa, bahasa, warna kulit dan bentuk roman mukanya. Apalah yang hendak dimegah-megahkan, walhal semuanya berasal dari air dan tanah.
Islam mengajarkan agar setiap muslim menjalin persaudaraan dan kebaikan dengan sesama seperti dengan tetangga maupun anggota masyarakat lainnya masing-masing dengan memelihara hak dan kehormatan baik  dengan sesama muslim maupun dengan non-muslim. Dalam hubungan ketetanggaan bahkan Islam memberikan perhatian sampai ke area rumah yang dikategorikan sebagai tetangga yang harus  dipelihara hak-haknya.
Dalam hubungan-hubungan sosial yang lebih luas setiap anggota Muhammadiyah baik sebagai individu, keluarga,
maupun jama’ah(warga) dan jami’iyah (organisasi haruslah menunjukkan sikap-sikap sosial yang didasarkan atas prinsip menjunjung-tinggi nilai kehormatan manusia, memupuk rasa persaudaraan dan kesatuan kemanusiaan.)
Mewujudkan kerjasama umat manusia menuju masyarakat sejahtera lahir dan batin. Memupuk jiwa toleransi, menghormai kebebasan orang lain, menegakkan budi baik, menegak kan amanat dan keadilan, perlakuan yang sama, menepati janji, menanamkan kasih sayang dan mencegah kerusakan, menjadikan masyarakat yang salih dan utama.
Bertanggungjawab atas baik dan buruknya masyarakat dengan melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar. Berusaha untuk menyatu dan berguna/bermanfaat bagi masyarakat, memakmurkan masjid, dan mengasihi antara yang tua dan yang muda, tidak merendahkan sesama, tidak berprasangka buruk kepada sesama, peduli kepada orang miskin dan yatim. Tidak mengambil hak orang lain, berlomba dalam kebaikan dan hubungan-hubungan sosial lainnya yang bersifat ishlah menuju terwujudnya masyarakat Islam yang sebenar-benarnya.
Peranan ilmu di dalam Islam sangat penting sekali. Kerana tanpa ilmu, maka seorang yang mengaku mukmin, tidak akan sempurna bahkan tidak benar dalam keimanannya. Seorang muslim wajib mempunyai ilmu untuk mengenal berbagai pengetahuan tentang Islam baik itu menyangkut akidah, adab, ibadah,, akhlak, muamalah, dan sebagainya. Dengan
memiliki pengetahuan dan pemahaman ilmu yang benar maka diharapkan pengamalannya
akan sesuai dengan tuntunan Rasulullah saw.
Allah berfirman dalam surah Al-Mujadalah ayat 58: 11 yang bermaksud: (terjemahan)
“Hai orang-orang yang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”’ maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha  Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Allah menyeru orang-orang Mukmin, iaitu yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, apabila mereka itu diminta melapangkan tempat duduk dalam majlis persidangan atau persiapan perang, yang  dihadiri oleh Rasulullah saw lalu melapangkannya, nescahaya Allah nanti akan melapangkan pula kedudukan mereka di dalam syurga.
Allah menjamin kepada tiap-tiap orang Mukmin yang berusaha memberi kan kelapangan kepada hamba-Nya dalam perkara kebaikan dan kemudahan, nescahaya dilapang kan pula  oleh Allah akan urusan dunianya dan juga akhiratnya. Jelasnya Dia akan  dilimpahi dengan rahmat-Nya dan  diluaskan rezekinya. Ayat ini merupakan galakan, agar setiap Muslim saling memberikan kelapangan dan kemudahan dalam segala bidang kebaikan, walau yang dapat hanya dengan memasukkan rasa gembira ke dalam hati saudaranya.
Kebudayaan merupakan aset negara. Ia membantu pertumbuhan ekonomi dalam bidang industri pelancungan. Selain daripada aset negara kebudayaan juga memurnikan ukhuwah kemanusiaan berbagai ethnk, keturunan dan keyakinan di seluruh dunia.
Menumbuhkan kesedaran untuk memelihara persaudaraan serta menjauhkan diri dari perpecahan merupakan realisasi pengakuan bahawa pada hakikatnya kedudukan manusia ada sama di hadapan Allah. Sama kedudukannya sebagai hamba dan khalifah Allah.  Sama-sama mengemban amanat Allah sesuai dengan bidang tugas dan pekerjaan masing-masing.
Allah mengembalikan ke dasar keturunan manusia kepada dua orang nenek moyang, iaitu Adam dan Hawa, kerana Allah hendak menjadikan tempat bertemu yang kokoh dari keakraban hubungan ukhuwah atau persaudaraan seluruh anak manusia. Tidak ada pembeda di antara hamba Allah. Tiadalah seseorang lebih mulia dari yang lain, kecuali ketaqwaan mereka kepada Allah.
Surah Al-Hujurat ayat 49:13 Allah menerangkan bahawa segala bangsa yang tersebar di seluruh dunia adalah dari keturunan yang sama, yakni Adam dan Hawa. Perbedaan warna kulit, bahasa dan tempat berpijak bukanlah halangan untuk saling kenal mengenal menuju persaudaraan.
Pengertian ayat tersebut nyatalah bahawa pertikaian dan perpecahan hanyalah akan menjerumuskan kita ke lembah kerosakan dan kehancuran. Dengan kata lain dapat disebut menyia-nyiakan amanat Allah.
Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:213 yang bermaksud: (terjemahan)
“Manusia adalah umat yang satu, maka Allah mengutus para Nabi sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.”
Manusia di dunia ini hakikatnya adalah satu; tempat berpijak yang berbeda menyebab kan tumbuhnya adat istiadat, perangai dan cara berfikir yang berbeda sehingga tidak mustahil terjadi  benturan-benturan, pertikaian dan perselisihan di antara mereka. Hal inilah yang
merupakan salah satu sebab diangkatnya para Utusan Allah.
Dengan membawa Kitab Allah, para Nabi dan Rasul melaksanakan tugas, mengajak
dan mengingatkan kembali manusa untuk kembali kepada kesatuan dan persatuan serta
mencegah dari perpecahan.
Ajakan persatuan jelas terukir dalam firman Allah surah Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali(agama) Allah dan janganlah bercerai berai.”
Di ayat lain dijelaskan bahawa orang-orang yang sentiasa bersatu di dalam agama Allah serta menjauhkan diri dari perpecahan adalah benar-benar orang yang mendapat petujuk, sebagaimana Firman Allah swt dalam surah Ali Imran ayat 3:101 yang bermaksud: (terjemahan)
“....barang siapa yang berpegang teguh kepada agama Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”
Dua ayat di atas memberikan arah yang lurus, agar manusia sentiasa bersatu dalam langkah dan kehendaknya untuk mewujudkan kemakmuran, berdasarkan keadilan, perda- maian dan saling hormat menghormati serta persatuan yang penuh ampunan dan keredhaan Allah swt.
Dari keteraangan-keteangan di atas, semakin jelaslah manfaat pembinaan ukhuwah Islamiyah; manfaat persatuan untuk mewujudkan satu kesatuan dan persatuan yang dimulai dari tingkat keluarga, kampung yang akhirnya sampai ke  tingkat umat secara

keseluruhan