Friday, March 23, 2018

HIDUP MERUPAKAH iBADAH KERANA ALLAH S.W.T.

(Disiarkan pada 24. 3. 2018)
               Kepada manusia diajarkan, terlebih dahulu tentang apa dan siapa Allah itu. Bahawasa nya yang selain dari Allah itu hanya alam semua dan yang satu tidak lebih daripada yang lain. Kemudian Allah wujudkan Adam. Setelah selesai ajaran itu semua, barulah Rasulullah s.a.w. disuruh mengajarkan pula manusia itu. Yang terlebih dahulu diajarkan ialah manusia itu adalah khalifah ertinya ialah pengganti, pelaksana, atau penerus pekerjaan. Ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat ‘Sesungguhnya hendak menjadikan di bumi seorang khalifah.’berkata mereka, ‘apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merosak di dalamnya dan menumpahkan darah, pada hal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan engkau? Dia berkata, Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
               Tuhan memberi ingat kepada Rasul-Nya, iaitu Muhammad tentang cerita bagaimana asal mulanya bapa kita Adam a.s. itu dijadikan oleh Allah, iaitu apabila Allah memberi tahukan malaikat-malaikat-Nya: Bahawa Dia (Allah) akan melantik seorang khalifah yang akan duduk di bumi melaksanakan hukum-hukum-Nya iaitu Nabi Adam a.s. Tetapi malaikat-malaikat itu membuat bantahan dengan mengatakan:”Adakah patut Tuhan akan menjadikan orang yang akan menduduki bumi itu bangsa pembinasa dan menumpahkan darah, seperti yang pernah berlaku kepada bangsa jin yang dahulunya tinggal di bumi dan membuat kebinasaan dan derhaka?” padahal kami, kata mereka, “makhluk yang taat dan sentiasa mengucap tasbih memuji dan mensucikan Tuhan. Maka  kamilah yang layak tinggal di bumi.” Demikianlah kata mereka. Allah menjawab: Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui. Allah tahu hikmat dan tujuan menjadikan manusia, kerana ada yang taat dan ada yang derhaka, masing-masing kelak akan diberi balasannya.
               Setelah Adam dijadikan Tuhan, lalu diajar-Nya berkata-kata dengan menggunakan beberapa bahasa. Dengan bahasa itu diajarnya segala nama benda, sehingga hatinya penuh berisi pengetahuan. Manusia, untuk melaksanakan amanat Allah sebagai khalifah semestinya dengan ilmu maka Allah lengkapkan Adam dengan ilmu pengetahuan maka jadilah manusia pertama memahami ilmu pembangunan yang membolehkannya sebagai khalifah Allah.
               Sampailah masanya Tuhan menempalak malaikat, yang dahulunya memperkecilkan Adam dengan anggapan merekalah yang lebih mulia, lebih layak berjawatan khalifah. Tuhan mendatangkan segala macam barang-barang di hadapan malaikat untuk menayakan nama tiap-tiap satu barang tadi. Mereka sudah tentu tidak tahu apa nama barang itu, kerana Tuhan tiada mengajarkannya. Bila datang pula giliran Adam ditanya apa nama barang-barang itu, dengan mudah ia menyebutkannya satu persatu. Maka Tuhan pun berfirman maksudnya: (Terjemahan).
               “Bukankah sudah Ku-katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui yang ghaib-ghaib – baik dilangit mahupun di bumi – serta Aku mengetahui apa-apa yang kamu nyatakan dan kamu sembunyikan, (oleh itu turutlah perintah – Ku  iaitu)tunduklah kamu semua kepada Adam.”
               Malaikat itupun semuanya tunduk kepada Adam, mengakui akan kelebihannya, bahawa Adam lebih mulia dari mereka, ternyata Adam lebih ilmunya. Kecuali iblis sahaja tiada mahu tunduk kepada Adam, pantang ia kerendahan, enggan menerima kekalahan, tumbuh rasa bongkaknya, timbul perasaan  melawan Tuhan. Oleh Tuhan iblis itu dihalau sehingga terjauh ia dari rahmat-Nya, dan jadilah ia orang yang kafir.
               Ajaran al-Qur’an adalah ajaran kerohanian yang mengandungi kebenaran mutlak. Dia bukan  hasil research  dan penyelidikan. Teori-teori tentang hasil penyelidikan Darwin tidak lah dapat dijadikan untuk pemberi tafsiran tentang nilai insan sebagai khalifah di bumi ini. Bahkan sekali-kali tidak pula dapat dibuat membatalkan wahyu Illahi, membatalkan kebena- ran mutlak Illahi yang diturunkan oleh wahyu dengan teori Darwin yang menterialistis sifatnya.
               Wahyu yang mula diturun kepada Nabi di dalam gua Hirak, ialah menerangkan bahawa semua manusia itu sama-sama dijadikan dari ‘alaq, iaitu segumpal darah air mani gabungan dari taraib ayah dan sulbi itu. Lalu diterangkan bahawa dijadikan dalam sebaik-baik kejadian dan sebaik-baik bentuk. Bukan asalnya daripada haiwan seperti kera yang mengikut kajian Darwin. Allah berfirman dalam surah At-Tin ayat 95:4 yang bermaksud: Terjemahan)
               “Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia itu atas sebaik-baik pendirian.”
               Dan dikatakan pula bahawa manusia itu diberikan kepadanya rezeki yang baik-baik. Firman Allah surah Al- Isra ayat 17:70 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan Sesungguhnya telah Kami muliakan Anak-anak Adam dan Kami beri keindraan mereka di darat dan di laut dan Kami beri mereka rezeki dengan yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk  Kami dengan sebenar-benar kelebihan.”
               Semua manusia sama mulianya dan sama asalnya dan sama kedudukannya di hadapan Tuhan. Dengan ajaran ini habislah dan kikislah kepercayaan kuno turun-temuruan keperca- yaan tentang dewa-dewa manusia keturunan langit, yang mempunyai darah lain dari darah orang lain, manusia yang turun dari atas kenderaan buat dipuja dan dilebihkan daripada manusia yang lain.
               Manusia itu Allah jadikan melebihi daripada makhluk yang lain tentang kemuliaan
nya. Oleh sebab itu, hendaklah mereka menyembah Allah–jangan menyekutukan-Nya dengan
menyembah yang lain. Maka itu hidup ini merupakan ibadah kepada Allah. Kesyukuran kepada segala nikmat dan rahmat Allah kepada manusia wajar diimbali dengan melaksanakan amanah Allah yang termaktub dalam rukun kekhalifahannya demi kemakmuran alam kehidupan di dunia ini.
               Harus kita fikir bahawa tidak ada dalam hidup ini tanpa kekuasaan Allah S.W.T.. Mulai dari pembangunan rohani sampailah kepada pembangunan jasmani semuanya keredaan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu. Allah wujudkan manusia di dunia sebagai khalifah-Nya untuk melaksanakan hukum-hukum-Nya dan kegagalan untuk melak- sanakan segala amanah sebagai khalifah akan diimbali dengan seksaan api neraka di akhirat nanti.  
               Di permulaan ayat ini Allah menyebutkan tentang kemuliaan dan di akhirat ayat tentang kelebihan yang dikurniakan kepada manusia. Maksud kemuliaan di sini, iaitu Allah menjadikan manusia lebih mulia daripada haiwan kerana diberi akal, boleh bertutur kata, pandai menulis dan melukis serta bagus pula rupa dan bentuk tubuh badannya. Dan maksud kelebihan pula, iaitu Allah menjadikan manusia berkelebihan kerana dengan akal dan kefa- hamannya dapatlah dia memperbaiki kepercayaan atau iktikadnya dengan betul serta memperbaiki budi pekertinya menjadi mulai.
               Dan Allah melebihkan manusia itu daripada lain-lain makhluk, adalah terbatas kepada yang bukan malaikat. Setengah ulama mengatakan: Bahawasanya anak-anak Adam (manusia) yang kenamaan seperti para nabi, mereka lebih mulia daripada para malaikat yang kenamaan seperti: Jibril, Mikail, Israfil,’Izrail dan seumpama mereka. Dan golongan malaikat yang kebanyakan  lebih mulia daripada golongan manusia yang kebanyakan (awam). Kelebihan ini hanyalah dikira daripada kalangan orang-orang Mukmin, sedang orang kafir tidak ada kemuliaannya langsung.
               Di dalam surah Al-Baqarah ditegaaskan, bahawa manusia itu adalah umat yang satu. Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat 2:213 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Adalah manusia itu  umat yang satu, maka Allah utus (beberapa orang) para Nabi-nabi yang membawa berita gembira dan berita duka (ancaman). Dan diturunkan-Nya berserta mereka kitab yang sebenarnya, supaya menghukum antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Dan tiadalah ada orang yang memperselisihkannya, melainkan orang-orang yang telah dibawakan kitab yang sudah pun datang kepada mereka beberapa keterangan semata-mata berdengki-dengkian di antara mereka. Maka Allah telah menunjuki orang-orang yang beriman (percaya) kepada kebenaran tentang perkara yang mereka perselisihkan – mengikut  keizinan-Nya. Allah menunjuki siapa sahaja yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”  
               Satu umat di sini, dimaksudkan satu agama. Umat yang dikatakan itu menurut pendapat setengah ulama – Nabi Adam dan keturunannya. Mereka semuanya adalah orang-orang Islam yang mempunyai agama yang hak dan benar – yang dikira dari sejak dibangkit kan Nabi Adam (a.s.) hinggalah ke zaman kebangkitan Nabi Nuh (a.s.) – Iaitu dalam masa lebih kuran 10 kurun. Kemudian daripada itulah manusia mula berpeca-belah dan menying- kirkan agama mereka. Sebaik sahaja umat manusia itu lupa kepada  agama, maka dengan kurnia Allah – supaya manusia tiada hidup dalam kesesatan selama-lamanya – diutuslah para Rasul dan Nabi.
               Adapun Rasul yang mula-mula memimpin manusia ke jalan yang sejahtera dan diredai Allah – mengikut  setengah ulama – ialah Nabi Nuh (a.s.), kemudian diutuskan beberapa Rasul yang, sebagaimana firman Tuhan:
               “Maka Allah utus (beberapa orang) para Nabi yang membawa berita gembira dan berita duka (ancaman).”
               Di dalam Al-Qur’an ada disebutkan seramai 25 orang Rasul sahaja yang wajib diper- cayai. Nama-nama mereka mengikut tertib huruf ejaan (Arab) iaitu:1. Adam 2. Ibrahim 3.Idris
4. Ishak 5. Ismail 6. Ilias 7. Ilyasa’ 8. Ayub 9. Ahmad (Muhammad) 10. Daud 11. Zakaria 12.  Sulaiman 13. Syuaib 14. Salih 15. Isa 16. Zulkifli 17. Lut 18. Musa 19. Nuh 20. Harun. 21. Hud 22. Yahya 23. Yaakub 24. Yusuf 25. Yunus.
Tugas para Rasul itu ialah memberitahukan kepada manusia bahawa orang-orang yang taat kepada Allah akan mendapat balasan pahala, iaitu syurga (ini adalah berita gembira), dan  memberitahu pula bahawa orang-orang yang kufur, yang suka berbuat maksiat ataupun derhaka kepada Allah nescaya akan diseksa, iaitu balasannya neraka (dan ini adalah berita duka atau ancaman).
               Allah telah menurunkan beberapa kitab dari langit yang dibekalkkan kepada para Rasul dan juga Nabi, yang semuanya mengandungi kebesaran dan  perintah keadilan. Mengikut kata setengah ulama; kitab-kitab tersebut berjumlah 104 buah kitab. 10 nuah diturukan kepada Nabi Adam, 30 buah kepada Nabi Syis, 50 buah kepada Nabi Idris, 10 buah kepada Nabi Musa, semuanya 100 buah – dan yang 4 buah lagi iaitu; Taurat kepada Nabi Musa, Zabur kepada Nabi Daud, Injil kepada Nabi Isa dan Qur’an kepada Nabi Muham- mad (s.a.w.)
               Kegunaan kitab-kitab tersebut bagi manusia, untuk menyelesaikan perselisihan antara  mereka mengikut undang-undang dan hukum Allah dengan perantaraan kita yang disampai kan oleh Rasul-Rasul-Nya.
               Orang yang dahulunya telah bersatu dalam perkara yang  hak dan benar kemudian telah bertelingkah. Tidak lain orang yang berteligkah itu ialah orang-orang yang dikurniakan kitab Taurat dan Injil. Tetapi masing-masing memperselisihkan isi-isi kitab itu di dalam cara memahami dan memikirkannya – semata-mata didorong oleh rasa hasad dan aniaya sesama mereka – atau kerana tamakkan harta dunia dan berebut hendak menjadi ketua.
               Hidayat (petunjuk) dalam ayat ini – setengah ulama mentakwilkan – dengan memilih kan hari Jumaat sebagai hari kebesaran umat Islam bukannaya hari Sabtu yang dibesarkan oleh kaum Yahudi  ataupun hari Ahad yang dibesarkan oleh kaum Nasrani. Juga ditakwilkan dengan berkiblat ke Mekkah bukan ke Baitlmaqdis seperti orang Yahudi, ataupun berkiblat ke  timur seperti orang Nasrani. Atau ditakwilkan; bahawa Nabi Ibrahim bukanlah membawa syariat Yahudi atau Nasrani, tapi yang dibawanya ialah syriat Islam yang suci dan menyekutu kan Tuhan.
               Dalam hidup seorang mukmin ibadah kerana Allah menjadi tanggungjawab utama. Setiap individu muslim di bahagian bumi yang mana pun mereka berdiam tidak memandang bangsa dan tidak memandang negara, adalah mempunyai tanggungjawab di hadapan Allah dan di hadapan hati sanuberi sendiri, bahkan di depan umatnya generasi demi generasi.  
               Tanggungjawab terhadap tentangan pembangunan Islam dirasakan lebih hebat daripada masa-masa yang telah lalu. Kemunculan pemimpin kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, telah menggegarkan dunia Islam apabila pokok pentadiran Islam tidak diberi atonomi mengekalkan pentadbiran Baitulmakdis yang disokong oleh pemimpin Amerika Syarikat itu tanpa berkompromi dengan kewujudan pusat asli Islam kerana Allah S.W.T.. Keadaan demikian mengerohkan lagi usaha Islam di Palestine dengan seluruh suara Islam di seluruh dunia hendak  mencapai kedaulatannya negara berkenaan. 
               Walau bagaimana pun untuk memberi petunjuk kepada manusia cara yang amat sesuai mentadbir dunia, hanya Allah S.W.T. sahaja berkuasa. Agama Allah (Islam) sahaja sentiasa memimpin umat manusia ke jalan yang diredai Allah S.W.T. Maka manusia wajar mengenali diri sendiri sebelum ia mengenali Allah yang Maha Berkuasa  dan Maha Bijaksana mentadbir dunia yang telah Allah bina untuk umat manusia dan segala makhluk di dalamnya dengan keredaan Allah S.W.T..