Monday, July 30, 2018

PEMBANGUNAN KEHIDUPAN BERDASARKAN UKHUWAH ISLAMIAH (Disiarkan pada 27. 7. 2018)


               Islam adalah agama Allah yang membetuk manusia sempurna demi memanfaatkan segala hidayah Allah s.w.t. di alam kehidupan. Islam diturunkan kepada manusia demi mem- bentuk disiplin pengurusan dan segala hal pembangunan.kehidupan. Maka itu Islam difahami sebagai addin atau cara hidup yang diredai Allah s.w.t..
               Maka itu segala hal ehwal pembangunan wajar mendapat keredaan dari Allah s.w.t.. sebagai pencipta kepada segala makhluk yang ada dalam cakerawala alam kehidupan. Ber- pangkal daripada itu setiap ibadat yang kita laksanakan wajar bermuara  dari kalimah “Bisimillahirah mannirahim,” dengan nama Allah yang Pengasih dan Pemurah.
               Kalimah ini menunjukkan bahawa setiap ibadah yang kita laksanakan wajar meminta izin daripada Allah s.w.t.. Dan ini penting sebagai seorang mukmin kerana kepercayaannya terhadap kekuasaan Allah yang akan memudahkan urusan dan dilindungi dari segala pencema ran yang akan mengeruhkan pandang manusia yang asli.
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa mengamalkan ibadah yang terlebih dahulu meminta izin kepada Allah s.w.t. agar dilindungi dari pencemaran alam yang akan melalikan manusia dari ibadah yang  bebas dari sebarang godaan yang akan memesongkannya ke landasan yang diredai Allah s.w.t..
               Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa waspada apabila melaksanakan ibadah dengan berdoa kepada Allah: Ya Allah berilah kami kekuatan untuk melihat apa yang putih adalah putih dan apa yang hitam adalah hitam. Baginda sentiasa memikirkan mengenai pencemaran pemandangan yang dikenali sebagai fatamorgana alam.
               Fatamorgana alam itulah yang sering membawa manusia ke pentas khayalan yang akan memesongkan pemikiran aslinya kelak hidup di alam bunian yang akan meminggirkan diri atau menjadi kelupaan kepada Allah s.w.t. Disitulah keperluan kita mempunyai ilmu yang akan menyedarkan kita  untuk memahami falsafah yang dihidang oleh Sains di alam cekerwala ini.  
               Kehidupan sesudah mati bukanlah menjadi khayalan ramai manusia. Hakikatnya Allah s.w.t. telah menetapkan hidup sesudah mati adalah satu yang pasti berlaku kepada setiap manusia. Ia bukan bahan imaginasi dan fantasi manusia, namun  hal-ehwal kehidupan sesudah mati itu telah dijelaskan di dalam al-Qur’anulkarim.
               Tokoh pergerakan Islam dan juga penulis ulung di dunia Islam, Al-Ustaz Sayid Qutub
telah menjanjikan kepada kaum Muslimin sebuah kitab yang terang dan jelas memaparkan segala persoalan kehidupan di alam akhirat.
               Beliau berpendudukan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Hadis bagi meletakkan keyakinan yang jitu bahawa persoalan akhirat adalah sebuah kehidupan dan juga penentu segala usaha, amal dan perjuangan kaum Muslimin dan manusia-manusia yang lain dinilai oleh Allah s.w.t.
               Kehidupan di akhirat di antara tujuan kaum muslimin di dunia ini, kerana dunia ini hanyalah bersifat sementara dan akan binasa, sedangkan akhirat itu kekal buat selama-lamanya.
               Kalau demikian kehidupan kita di dunia ini maka marilah kita melengkapi ilmu mengenainya dan hidup ini bagikan esok harinya kita akan kembali ke akhirat dan menemui Allah.
               Manusia diwujudkan Allah semestinya ada tujuan. Tujuan utama ialah Allah wujud kan manusia sebagai khalifah-Nya maka itu hidupnya diwarnai oleh hubungan sesama manusia seperti yang dikatakan dalam al-Qur’an sebagai “Hablum minanas (hubungan dengan sesama manusia). Keistemawaan manusia ini terdapat dalam segenap sudut baik dari sudut bentuk kejadianya mahupun dari segi keadaannya atau pun dari segi kehidupannya, Manusia adalah, makhluk teristemewa daripada makhluk yang lain, kerana manusia dilengkap
kan dengan 5 perkara di antaranya: 1. Agama, 2. Akal, 3. Jiwa,  4. Harta dan 5. Keturunan.
Pembangunan kehidupan berdasarkan Ukhuwah Islamiah. Merapatkan ukhuwah Islamiah semestinya berdasarkan kepada kelima-lima elemen tersebut. Hidup manusia dimuliakan dengan agama Islam yang memimpin manusia ke jalan yang diredai Allah s.w.t. Islam merupakan “Addin” atau cara hidup. Maka itu manusia dipimpin oleh Islam untuk beribadat kepada Allah.
Beribadat kepada Allah semestinya berpangkal kepada akal yang membatu manusia memahami dan menterjemah ibadat berkenaan sesuai dengan keredaan Allah s.w.t. Akal memimpin manusia ke jalan yang lurus dan mementingkan keunggulan ibadat mengikut persepsi Islam sebagai agama yang memimpin manusia  ke jalan yang benar.
Penganugerah akal kepada manusia adalah suatu hadiah yang paling berharga sekali dan tidak dapat dinilai, tanpa akal manusia tidak dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah s.w.t. dan manusia adalah sama dengan binatang.
Dengan akal manusia dapat berfikir dan bertindak sesuai dengan tugasnya sebagai hamba Allah s.w.t. Akal juga merupakan alat bagi sesorang manusia untuk dapat menilai sesuatu dan menggunakannya untuk  manfaat umum. Segala rahsia yang selama ini terpendam dan tersembunyi dapat dibongkar oleh manusia. Inilah dia hikmah Allah s.w.t. menjadikan
seluruh makhluk ini tidak sia-sia.
Untuk mengetahuinya manusia perlulah mengkaji dan menyelidik, akan tersingkaplah rahsia-rahsia tersebut. Itulah dia peranan akal yang menemukan sesuatu itu dengan hakikat kejadiannya, manusia akan kagum terhadap hikmah dan kebijaksanaan ciptaan Allah s.w.t.
Manusia sebagai khalifah Allah s.w.t. dibumi untuk mentadbir (penguasa) alam kehidupan. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-An’am ayat 6:16 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa (khalifah) di bumi.”
Di tangan manusia terletak kekuasaan untuk mengatur dan mengendalikan segala isi alam. Firman Allah s.w.t. surah Al-Baqarah ayat 2:29 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dialah Tuhan yang menjadikan segala apa yang  di bumi ini untuk kepentingan manusia.”
Oleh itu maju dan mundur, baik dan buruknya keadaan alam ini adalah bergantung kepada manusia. Manusialah yang  layak memegang amanah ini yang tidak dapat ditanggung oleh makhluk-makhluk lain. Perkara ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya surah Al-Ahzab ayat 33:72 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah ini kepada langit,bumi dan gunung, maka semuanya tidak sanggup memikulnya, mereka takut akan mengkhianatinya dan manusialah yang layak memikul amanah ini, tetapi manusia ini amat zalim dan bodoh.”
Tanggugjawab manusia terhadap Tuhan tentang Amanah ini bukanlah suatu yang ringan malah ianya haruslah melaksanakannya dengan baik dan jujur. Perkara utama tentang kelayakan jawatan khalifah ialah bahawa manusia itu hendaklah mengenali Tuhannya dengan sebenar-benarnya dan beribadat kepadanya dengan sebenar-benar ibadat.
Antara lima perkara yang dibekalkan kepada manusia oleh Allah ialah Jiwa yang menjadikan manusia sebagai makhluk yang teristemewa dan termulia berbanding dengan makhluk yang lain. Firman Allah s.w.t. surah Al-Isra’ ayat 17:70 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sesunggunghnya Kami (Allah) telah muliakan anak-anak Adam. Dan kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami berikan mereka rezeki daripada jenis yang baik-baik, serta Kamii lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan berbanyak-banyak kelebihan.”
Ayat ini menyatakan keutamaan manusia di mana ayat yang pertama dan kedua menerangkan bahawa manusia menjadi khalifah Allah s.w.t. di bumi sementara ayat ketiga menyatakan bahawa manusia diberi kelebihan dan kemuliaan, jadi manusia diberikan tiga                                                                          kurniaan yang paling besar yang tidak pernah diberikan kepada makhluk-makhluk lain iaitu khalifah, kelebihan dan kemuliaan.
Manusia adalah makhluk mulia, kemuliaan manusia kerana persediaan yang diberikan
kepadanya, persediaan ini tidak lain daripada kesempurnaan dirinya zahir dan batin. Kesem- purnaan lahir dengan adanya anggota kerja dan kesempurnaan batin dengan adanya tenaga jiwa yang menjadi sumber kepercayaan (ketuhanan), perasaan dan kemahuan. Dari sumber ini timbullah perbuatan, muncul amalan, dan wujudlah pembalasan.
               Fenomena ini perlu diketahui oleh setiap orang yang mengakui dirinya seorang muslim dan beriman kepada Allah s.w.t.. Kerana Islam telah menempatkan diri manusia ke tempat yang istimewa dan mulia sesuai dengan bentuk kejadian, keadaan dan keperibadian manusia.
               Memang tidak wajar sekali bagi orang yang mengakui Islam tetapi tidak pernah meninjau dan tidak ingin mengetahui tentang ajaran-ajaran Islam serta mereka tidak pun mengetahui di manakah taraf dirinya sebagai manusia? Apakah tugas-tugasnya dan peranan nya di dalam dunia ini? Semua ini tidak ingin diketahuinya, rugilah mereka menjadi manusia yang tidak mengenang budi dan jasa, dan hiduplah mereka penuh bergelumang dengan dosa serta meranalah hidupnya sepanjang zaman.
               Allah s.w.t. menempatkan bumi ini untuk manusia, mereka bebas berkerja di mana sahaja yang mereka suka, bebas bergaul, bebas memilih tempat tinggal dan sebagainya. Oleh kerana Tuhan telah menjadikan bumi ini agar manusia memajukannya. Tuhan telah sedia di alam ini sumber-sumber ekonomi untuk keperluan hidupnya.
               Firman Allah surah Al-Araaf ayat 7:10 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Sesungguhnya telah Kami teguhkan kedudukan kamu (hai anak cucu Adam) di muka bumi. Dan Kami jadikan di sana lapangan hidupmu, tetapi sedikit benar kamu berterima kasih.”
               Allah telah menentukan semua manusia ada mempunyai tempat kedudukan yang tetap di muka bumi. Sama ada untuk sementara waktu di sesuatu tempat atau kemudian berpindah ke tempat lain lalu menetap ditempat itu, sehingga berasa teguh kedudukanya dan bebas menjalankan sebarang kerjanya.
               Allah juga telah menentukan lapangan hidup masing-masing, untuk mencari rezeki dan cara hidup selama masih ada hayatnya. Ada dua  punca menjadi sumbur lapangan hidup manusia. Pertama lapangan pertanian dan kedua lapangan perniagaan, maka selainnya itu adalah bergantung kepada kedudukannya.
               Kerana pada umumnya semua manusia itu adalah menikmati akan hasil pertanian seperti tanam-tanaman, buah-buahan, ternakan dan sebagainya untuk menjadi makan minum, pakaian dan tempat tinggalnya. Juga menikmati hasil perniagaan yang dijalankan atau pertukangan yang dikerjakannya. Daripada keuntungan hasil inilah digunakan untuk menyara hidupnya dan semua keperluannya.
               Semua ini adalah nikmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hamba-Nya, serta menjamin rezeki mereka asal sahaja rajin bekerja dan tekun berusaha. Tetapi Allah  mencela pekerti mereka, kerana sedikit orang yang mahu berterima kasih untuk mengenang akan nikmat-nikmat tersebut dengan mentaati Allah, bahkan ramai yang melupakannya.
               Ditinjau sepintas lalu, manusia adalah sama dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan, iaitu sama-sama bergerak, sama-sama berkembang dan sama-sama pula membiak. Tetapi perkembangan dan pembiakan manusia tidaklah sama dengan binatang. Manusia melalui perancangan hidup yang cukup. Sistem pembiakannya teratur, iaitu dengan mengikat tali perkahwinan.
               Dengan sisitem perkahwinan ini manusia dapat menyalurkan dan mengawal zuriat keturunannya dengan teratur, penyusunan hidup yang lengkap dan kestabilan keluarga yang
mantap. Oleh itu penyelewengan yang berlaku di luar batas perkahwinan adalah dianggap tidak sah dan tidak dapat diakui ianya anggota masyarakat Islam. Agama menentang perbua- tan zina, penyelewengan seks dan sebagainya. Ini adalah bertujuan untuk menjaga zuriat manusia supaya tidak terhapus di muka bumi dan masih tetap di dalam status keperibadiannya (manusia).
               Dengan penyaluran sistem pembiakan manusia ini, akan berkembang biaklah zuriat manusia dari semasa ke semasa dalam satu ikatan yang kuat serta berada di bawah lindungan undang-undang perkahwinan yang rapi. Dengan ini terjadilah pesahabatan di atara satu sama lain dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Barangsiapa yang melanggar, iaitu tidak menaiki jenjang pelamin atau tangga perkahwinan untuk mendapat keturunannya, nescahaya dengan sendirinya dia tekeluar dari golongan manusia yang sopan.
               Firman Allah s.w.t surah An-Nisa’ ayat 4:1 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Wahai manusia bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari jiwa yang satu (Adam) kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya, dan daripada kedua-duanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain. Dan (peliharalah) hubungan silaturrahim, sesungguhnya Allah selalu memjaga dan mengawasi kamu.”