Friday, August 24, 2018

KASIH SAYANG RUKUN HIDUP BERSEPADU


KASIH SAYANG RUKUN HIDUP BERSEPADU
(Disiarkan pada 17. 8. 2018)
Allah berfirman surah Al-Hujurat ayat 49:10 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Hanyasanya  orang-orang yang beriman itu bersaudara, oleh itu damaikanlah di antara saudara-saudara kamu, dan takutlah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu men- dapat rahmat.”
Allah menjelaskan, bukan dikatakan orang-orang yang beriman kalau tidak mengaku bersaudara sesama mereka, iaitu saudara seagama. Oleh itu tidak patut orang yang mengaku dirinya “Mukmin” yakni beriman kalau dia masih menyimpan rasa permusuhan terhadap sesama Mukmin, atau masih bersengkita, bertelagah apalagi berperang dan berbunuh-bunuhan.
Tidak ada persaudaraan sama sekali melainkan terbatas kepada orang-orang yang beriman sahaja, dan tidak ada apa yang dinamakan persaudaraan di antara orang Mukmin dengan orang kafir.
Ayat ini juga menetapkan, bahawa ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan di dalam Islam itu lebih kuat hubungannya daripada persaudaraan senasab (seketurunan). Malahan persaudaraan sekuturunan itu tak ada ertinya tanpa mempunyai hubungan ukhuwah Islamiah.
Seandainya terjadi persengkitaan hendaklah didamikan antara saudara-saudara kamu sesama Mukmin di dalam urusan agama sebagaimana mendamaikannya di dalam urusan keturunan. Jangan hubungan mereka menjadi retak lalu dibiarkan sahaja, kelak menjadi pecah dan permusuhan pun menguasai mereka.
Tidak ada persaudaraan yang benar tanpa iman dan tidak ada iman yang benar tanpa rasa persaudaraan terhadap orang-orang yang beriman dan melaksanakan hak-hak terhadap mereka, maka persaudaraan dan keimanan ada dua hal yang tidak dapat dipisahkan, dan menyayangi orang-orang mukmin adalah tanda benarnya keimanan, hal ini merupakan perekat kecintaan Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman surah Al-Maidah ayat 5:55-56 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan  orang-orang beriman sebagai penolong nya maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang.”
Allah s.w.t. bermurah hati pada hamba-hamba-Nya yang Mukmin dengan menjadikan mereka saudara yang saling menyayangi dan saling menolong. Allah s.w.t. juga berfirman surah At-Taubah 9:71 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagain yang lain. Mereka menyuruh memperbuat kebaikan dan mela- rang daripada kejahatan. Mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mentaati Allah dan rasulnya. Itulah orang-orang yang akan  dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana.”
Mereka pimpin-memipin dan bantu-membantu sesama mereka dengan rasa kasih sayang yang dijalinkan oleh semangat persaudaraan. Tugas pimpin-memimpin dan bantu-membantu ini termasuklah juga kaum wanita kerana mereka turut memainkan peranan yang besar, umpamanya dalam masa berperang dan dalam urusan yang bersangkut paut dengan ketenteraan, pengorbanan harta dan tulang urat.
Isteri-isteri Nabi s.a.w. dan interi-isteri para sahabat pernah keluar bersama askar-askar Mukmin dalam medan perang untuk membantu memberikan  minuman, menyediakan maka- nan, merawat askar-askar yang cedera meniupkan semangat perjuangan ke dalam jiwa perwira-perwira Islam yang sedang berperang itu.
Rasa persaudaran, tolong-menolong, bantu-membantu dan sayang-menyayangi antara seorang mukmin dengan yang lain telah diumpamakan oleh Nabi seperti suatu kumpulan yang
menjadi tubuh yang satu atau berupa sebuah bangunan, yang satu menguatkan yang lain. Mereka bersatu untuk mempertahankan kebenaran, keadilan dan meninggikan kalimat Allah.
               Kekuatan ukhuwah Islamiah adalah tali yang paling kuat, paling benar dan paling kekal. Ianya lebih sempurna dari semua ikatan dan hubungan lainnya. Segala sesuatu yang menyatuhkan dan mengukuhkannya diakui dan dianjur oleh Islam, ataupun yang bertentangan dan menghilangkannya, digagalkan dan ditentang oleh Islam.
               Kewujudan semulajadi manusia dilengkapi dengan berbagai fitrah Allah untuk meng- hiasi kehidupan itu jauh lebih bermakna daripada kehidupan makhluk Allah yang lain. Fitrah keinginan merupakan satu kekuatan naluri manusia menghendaki satu-satu keperluan hidup sebagai satu usaha pembangunan manusia.
Dengan adanya naluri keinginan itu maka keperluan-keperluan hidup menjadi agenda perjuangan memantapkan taraf hidup yang lebih bertamadun. Manusia  sememangnya ingin memperolehi sesuatu yang menghiburkan atau  menggembirakan seperti memperolehi ilmu yang memberi kekuasaan untuk memahami fitrah hidup; kebahagian yang memantapkan keadaan kehidupan iaitu sendiri; kecantikan yang menghiasi cakerewala, pemandangan yang membahwa hidup kepada yang lebih bermakna.
Manusia adalah jalinan rohaniah dan jasmaniah yang mempunyai peradaban. Ia dianggap sebagai makhluk yang paling mulia kerana ia dianugerahkan Allah akal. Tanpa akal, darjat manusia jatuh ke tingkat binatang. Darjat manusia bukanlah terletak pada badanya, kerana dari segi jasmaniah tidak banyak bezanya manusia dengan haiwan. Darjat itu terletak pada akal. Kemuliaan manusia tidak melekat pada badanya, tetapi pada akal yang dimilikinya.
Akal itu penting bagi manusia kerana ia membawa kepada kedudukan orang mulia. Kekuatan akal mempunyai hubungan antara pengisian pemikiran tentang ilmu pengetahuan dengan pengisian kalbu dengan agama. Kekuatan akal membawa kepada kehidupan yang bahagian kerana ia sentiasa berkiblat kepada kebaikan yang mengikut perhubungan kemanusiaan yang dipanggil kekeluargaan.
Kasih sayang, rukun hidup bersepadu. Kasih sayang bermuara dari kehadiran roh dalam diri manusia yang dibekalkan Allah sejak manusia meningkat usia 120 hari dalam rahim ibu. Allah itu Zatnya Pengasih dan Penyayang. Maka sifat roh yang dibekalakan kepada manusia  adalah Pengasih dan Penyayang.
Manusia adalah jalinan rohaniah dan jasmaniah. Unsur manusia adalah dua iaitu roh yang bersifat ghaib dan jasad yang bersifat nyata. Roh adalah ciptaan Allah s.w.t. untuk manusia. Sifatnya ghaib dan tidak dapat disentuh oleh panca indera manusia. Kehadirannya membolehkan hidup berperaasaan, dan berkeinginan dalam hidup (pembangunan). Oleh itu Hidup dan Kehidupan disepadukan Allah s.w.t. untuk membuat hidup ini bermatlamat dan berwawasan.
 Jasad yang bersifat nyata, Allah wujudkan daripada air mani yang terpancar dalam rahim ibu semasa hubungan kelamin, suami isteri. Allah wujudkan air mani daripada benda-benda yang nyata yang ada di alam ini seperti pemakanan yang kita ambil daripada tumbuh-tumbuhan, daging dari haiwan-haiwan seperti ikan, binatang, burung dan sebagainya. Segala jenis makanan yang dimakanya adalah berasal dari tumbuh-tumbuhan iaitu dari tanah.
Jalinan rohaniah dan jasmaniah manusia, Allah telah sediakan satu sifat yang kedua-duanya mempunyai, iaitu  “Sifat Kasih Sayang.” Sifat ini diperolehi dari Allah yang mewujudkannya.  Allah itu sifatnya Pengasih dan Penyayang; tetapi Allah hanya berikan kepada makhluk Mukmin sifat-sifat tersebut. Kepada mereka yang tidak beriman kepada Allah hanya bekalkan sifat sifat Pengasih sahaja.
Maka itu perbandingan antara sifat-sifat yang ada pada jasmani dan rohani tidak serupa. Inilah  sifat yang tidak serupa itu manusia dipimpin oleh agama agar ia sentiasa waspada jangan sekali-kali lari dari landasan keredhaam Allah s.w.t.. Tanpanya segala usaha manusia atau amal ibadah untuk mendapatnya, menjadi kufur yang membawa kemurkaan
Allahs.w.t.
               Amal ibadah yang dilaksanakan dalam hidup  wajar bersendikan kepada akidah  Islam kerana Islamlah membetulkan halatuju pembangunan manusia seutuhnya. Allah turunkan Islam untuk diterjemahkan dalam hidup atau sebagai cara hidup yang diredahi Allah s.w.t
Memahami Islam bukan hanya setakat mengerjakan ibadah sembahyang. Islam harus bermuara kepada perkara pokok iaitu Ilmu pengetahuan yang berlandaskan kepada alam ghaib. Keadaan alam nyata adalah terhad kepada alam jasmani semata dan mata kepala manusia hanya dapat melihat apa yang nyata. Fakulti-fakulti yang dibekalkan kepada manusia seperti semua panca indera hanya dapat melihat dan mengesan yang nyata. Hati dan mata hati sewajarnya digunakan untuk mengetahui lebih luas lagi mengenai Islam.
Setiap makhluk manusia sememangnya berasal dari sumber yang sama di mana Allah s.w.t. bertanggungjawab terhadap kewujudannya. Allah s.w.t. bersifat Pengasih dan Penya- yang telah menjadikan manusia yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Fitrah ini harus ada pada manusia yang digunakan untuk dirinya, masyarakat dan juga kepada makhluk-makhluk Tuhan yang ada disekelilingnya. Dengan adanya kasih sayang  akan melahirkan  timbang rasa kepada sesama makhluk kelak membina kesejahteraan hidup yang dituntut oleh agama.
Kasih sayang rukun hidup bersapadu. Ukhuwah Islamiah lahir atas dasar dengan rukun hidup bersepadu. Mengucap dua kalimah syahadah telah membuka kasih sayang yang diredhai Allah s.w.t. yang sentiasa  pengasih dan penyayang. Allah itu pengasih dan penya yang kepada segala hamba-Nya tidak kira Islam atau tidak; tetapi Ia penyayang hanya kepada hamba-Nya yang telah mengucap dua kalimah syahadah dengan hati yang ikhlas sahaja.
Dengan terbukanya pintu kasih sayang kefahaman diri di sisi Allah menjadi pedoman untuk menangani hidup bermasyarakat. Di antara faktor-faktor yang wajar difahami ialah setiap individu yang sayangkan dirinya keutamaan haruslah ditumpukan kepada amalan hidup yang membawa kepada keselamatan dirinya samada di dunia  lebih-lebih lagi di akhirat.
Mempunyai kasih sayang diri tentu sekali membawa kita melihat dalam dua dimensi hidup iaitu jasmani dan juga rohaninya. Kasih sayang kepada diri sendiri memfokuskan kepada keselamatan diri samada dari segi jasmani mahupun kerohaniannya. Memelihara kedua alam ini jelas akan mendekatkan kita kepada keesaan Tuhan dan kelak membawa kita mensyukuri segala nikmat hidup yang dihamparkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nya.
Keselamatan jasmani adalah dari segi menjaga kesihatan dan juga dari kebersihan. Bahagian badan atau organ seperti otak, hati dan sebagainya memerlukan makanan yang bersih untuk membesar.  Bersih dari pencemaran makanan dan halal untuk dimakan. Halal dalam erti kata tidak memuderatkan badan atau memabukkan dan juga halal dari segi hak-hak kemanfaatan diri.
Makanan yang diperolehi dengan cara yang tidak halal (dicuri) atau diambil dari kepunyaan orang lain tanpa izin adalah antara makanan yang haram. Begitu juga dalam soal kewangan, punca dari mana ianya diperolehi perlu bebas dari perkara haram seperti judi, pertarungan dalam semua bentuk lotri atau empat ekor, kesemuanya ini dikategorikan sebagai punca yang haram.
Bila otak terbentuk dari bahan yang haram maka manusia itu sentiasa berfikir serong dan cendrung membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan kemanfaatan hidup. Maka itu jika kita sayangkan diri kita, keutamaan harus diberi kepada keselamatan pembentukan jasmani kita.
Keselamatan rohani berkait rapat dengan akhlak manusia. Hidup bermasyarakat seperti tolong-menolong, hormat menghormati sesama insan dan sentiasa menanam rasa syukur terhadap segala nikmat Allah yang kita perolehi. Mencintai Allah s.w.t. bermakna kita wajib mengerjakan ibadah memuji Allah serta menunaikan semua rukun Islam dan rukun Iman. Dengan segala ibadah tersebut yang dilaksanakan membawa rasa kasih kepada diri sendiri.
Manusia sentiasa dibuai oleh desakan biologi yang memaksanya menurut kehendak haluan dan tingkah laku tertentu bagi memenuhi naluri yang lapar, takut, seks dan lain-lain.
Dengan begitu desakan dalam diri manusia untuk mendapatkan kepuasan keinginan naluri, adalah tinggi dan jika dibiarkan tunduk dengan naluri, adalah tinggi dan jika dibiarkan tunduk dengan nalurinya, dia akan kalah dengan kelemahanya.
               Suasana hidup yang tunduk kepada kehendak biologi telah mengkufurkan nikmat memasuki pintu kasih sayang kepada diri sendiri. Dari perspektif orang Islam, kehidupan terbaik adalah bagi mereka yang menumpukan perhatian untuk memperolehi ilmu pengatahuan sehinggalah ilmu pengetahuan boleh dianggap sebagai suatu tanggungjawab agama yang suci, yang dikenakan ke atas setiap orang Islam baik lelaki  mahu pun perempuan

Friday, August 10, 2018

DISIPLIN HIDUP BERAGAMA


DISIPLIN HIDUP BERAGAMA
(Disiarkan pada 10. 8. 2018)
               Disiplin hidup semestinya memaparkan perwatakan yang menyeru manusia ke jalan Allah dan mengerjakan kebajikan. Hidup ini Allah wujudkan untuk menyeruh manusia beriba dah kepada Allah dan melahirkan pembangunan kehidupan yang dibalut dengan disiplin  keba jikan kerana Allah.
               Dua tugas termulia manusia dalam hidup di dunia ialah memuliakan hubungan manusia dengan Allah yang ditegaskan dalam Al-Qur’an sebagai hublum minallah dan mengeratkan serta memanfaatkan ukhuwah kemanusiaan yang dinyatakan dalam al-Qur’an sebagai hablum minannas.
               Islam diturunkan Allah kepada manusia yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.  dalam perantaraan Malaikat Jibril, setelah Allah sempurnakan Islam sebagai agama manusia. Firman Allah surah Al-Maaidah ayat 5:3 yang bermaksud:  (Terjemahan)
               “...... Pada hari ini telah ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu jadi agama bagi mu.”
               Al-Qur’an mengandungi firman Allah s.w.t. sebanyak lehih kurang 6,666 ayat sebagai satu pegangan hidup manusia untuk mencapai kesempurnaan hidup di alam dunia dan juga di alam akhirat kelak. Manusia di sarankan untuk berpegang teguh semuanya kepada tali (agama) Allah, dan jangan kamu bercerai berai. Firman Allah surah Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud: (Terjemahan).
               “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah s.w.t. dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah s.w.t. (yang diberikan-Nya) kepada kamu, ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu disatukan-Nya hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan adalah kamu di atas pinggir lubang neraka lalu Allah s.w.t. melepaskan kamu daipadanya. Demikianlah Allah s.w.t. menerang kan ayat-ayat-Nya kepadamu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.”
               Islam bukanlah merupakan ikatan yang hanya menghimpunkan jumlah manusia sahaja tetapi juga menghimpunkan segala kebenaran yang menetapkan berbagai hubungan yang baik antara manusia dengan Tuhan yang Maha Pencipta dan antara manusia dengan sesamanya.
               Disiplin hidup beragama semestinya memupuk kesetiakawanan sosial kelak melahir kan kerjasama untuk hudup tunjang menunjang antara satu  sama lain. Hidup ini sewajarnya dilandasan yang berprinsipkan satu haluan dan sehaluan kelak memupuk kerjasama yang memfokoskan budaya hidup yang dikenali dalam bahasa Inggeris seperti “Two heads  are beter than one.” Berkerja secara berjemaah lebih bermanfaat, berbanding dengan melak- sanakannya seorang diri.
               Apabila manusia dihinggapi hidup sendirian, rasa ingin untung sendiri, maka hilanglah sifat keutamaan manusia. Apabila sifat tersebut menguasai manusia, maka hilanglah sifat kebaikan manusia dan tumbuhlah dengan suburnya kerakusan yang terkandung dalam hidup nya sehingga membuatkan manusia itu terkepung dalam ruang lingkup yang sempit.  
               Hidup seorang yang beriman kepada Allah adalah lebih bahagia berbanding dengan hidup seorang yang tidak kenal dengan Allah. Orang yang beriman kepada Allah, hidupnya sentiasa dimudahkan Allah s.w.t. Hidup tanpa kenal atau tanpa beriman kepada Allah bererti hidupnya  hanya bersandar kepada alam dunia yang sementara sahaja. Tidak ada tujuan hidup akhirat yang kekal dan abadi itu.
               Menyeru manusia ke jalan Allah dan mengerjakan kebajikan merupakan disiplin hidup beragama. Menurut  ajaran Allah dan kepercayaan serta keyakinan para Nabi dan Rasul bahawa kehidupan di dunia sekarang ini adalah satu kehidupan yang amat pendek waktunya dan amat kecil nilai dan ertinya. Satu kehidupan yang berjangka waktu yang pendek sahaja.
               Sesudah kehidupan di dunia yang amat terbatas, akan ada kehidupan akhirat yang tak
terbatas jangka waktu, satu kehidupan yang maha luas, maha besar dan maha penting, dan maha hebat sekali.
               Sabda Rasulullah s.a.w. Hadis riwayat Al-Hakim dari Ibnu Mas’ud, Sahih yang bemaksud: (tejemahan)
               “ Perbandingan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat, ialah seperti seorang yang berjalan ke laut, lalu memasukkan satu jarinya ke laut, lalu mengangkatnya, maka air yang terbawa oleh jarinya itulah kehidupan dunia ini. (Sedang air yang masih tetap berada di dalam samudera luas itulah penghidupan akhirat itu.)
               Apa sebab Nabi Muhammad saw. tidak mahu berhenti menyeru dan berjuang membawa manusia ke jalan Allah sekalipun ditawari harta, wanita, tahkta, bulan dan matahari, seperti tersebut dalam hadis yang sahih.
               Apakah benar menyeru manusia ke jalan Allah itu lebih baik, lebih penting dan lebih mulia daripada memberi makan dan pakaian fakir miskin yang hidup melarat dan terbuntar? Lebih baik, lebih penting dan lebil mulia daripada meniwaskan ribuan musuh di medan perang, atau menyelamatkan jiwa manusia dari bahaya banjir atau tenggalam atau maut?
               Sebabnya ialah kerana menurut ajaran Allah dan kepercayaan serta keyakinan para Nabi dan Rasul bahawa kehidupan di dunia sekarang ini adalah satu kehidupan yang maha pendek waktunya dan amat kecil nilai dan ertinya. Satu kehidupan yang berangka waktu kira-kira 60 atau 70 tahun, lebih atau kurang.
               Sesudah kehidupan di dunia yang amat terbatas, akan ada kehidupan yang maha besar dan maha penting, dan maha hebat sekali.
               Tetapi bila kita menyeru mereka untuk beriman dengan Allah dan melakukan perbua- tan-perbuatan yang baik di dalam hidup  di dunia, itu bererti yang kita menyelamatkan mereka dalam kehidupan akhirat yang tak terbatas  jangka waktu dan maha luas sekali.
               Allah dan para Rasul, begitu juga orang-orang yang beriman yang yakin tanpa keragu-raguan tentang kehidupan di akhirat itu, merasa beruntung sekali bila berhasil dapat mem- bawa seorang manusia sehingga beriman kepada Allah dan melakukan kebajikan. Bererti yang ia sudah berhasil dapat membebaskan seorang itu dari azab siksa akhirat yang tak terbatas jangka waktunya, dan bererti yang ia berhasil menyelamatkan dan  membahagiakan orang itu dalam kehidupan akhirat yang lamanya tak terbatas itu.
               Kebanyakan ahli mufassirin (ahli tafsir) mentafsirkan “hari esok” dengan “akhirat” seperti mana yang dijelaskan oleh Abdullah Yusuf Ali “hereafter.” (Dalam The Holy Quran 1527),
               Termasuk dalam kata ini sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung (di akhirat).”
               Begitu juga ucapan Saidina Omar bin Al-Khatab: “Buatlah perhitungan terhadap dirimu tentang amal yang kamu kerjakan dan lakukan nilai (timbangannya) sebelum kamu dinilai nanti (di akhirat).”
               Berdasarkan kenyataan di atas jelaslah kepada kita bahawa hidup di dunia ini manusia sentiasa diuji dan dicuba, makin besar pangkat dan lebih besar darjat kian besar pula ujian yang terpaksa ditempuhinya. Ini kerana Tuhan ingin meyakinkan amalan seseorang dan kebenaran tahuhid kepadanya sejak dari kecil hingga sampai akhir hayat adalah penuh dengan percubaan. Kita seharusnya menghadapi alunan hidup yang bergolumbang ini dengan perlahan-lahan, program dan rencana-rencana tertentu agar hidup ini akan melahirkan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
               Setiap mukmin tidak akan melepaskan berlalunya sesuatu masa itu kecuali sentiasa dalam beribadat kepada Allah s.w.t. kerana masa adalah penting kepada manusia bagi menentukan nasibnya untuk kesenangan hidup di dunia seperti menempuhkan sepenuh masa bagi menyudahkan sesuatu kerja di samping berusaha dan tekun dalam bidang-bidang tertentu
atau pun untuk kesenangan di akhirat dengan menentukan masa dalam zikir dan sentiasa
mengingati Allah s.w.t. di mana mereka berada.
               Tuhan telah bersumpah dengan masa surah Al-Ashr ayat 103:1-3 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh serta orang-orang yang sentiasa menasihati saudaranya dengan kebenaran dan kesabaran.”
               Ini hanya menyedarkan manusia betapa pentingnya masa dalam hidup ini, berjaya atau gagalnya seseorang itu adalah bergantung kepada setakat mana mereka telah laksanakan dari masa-masa itu. Bagi orang yang menghargai masa, dia dapat menghayati hidup ini dengan penuh erti dan bahagia, seribu perkara boleh dilakukan. Setiap saat dipenuhi dengann kerja-kerja amal, hatinya tidak pernah lupa terhadap anugerahan yang maha besar itu. Lantas dari itu dia sentiasa meluahkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah tersebut. Tetapi bagi orang yang tidak pandai menghargai masa hidupnya bukan sahaja sengsara dan susah bahkan juga dikutuk oleh Allah s.w.t.
               Walaupun manusia tidak  menggunakan masa yang dijanjikan Allah s.w.t. itu dengan baik, ianya tetap akan berputar dan terus beredar mengikut paksinya yang telah dijanjikan untuknya.
               Tuhan ciptakan semua apa yang ada di langit dan di bumi ini tertakluk dengan manusia dan mempunyai hikmah-hikmah tertentu, umpamanya Tuhan jadikan langit dan bumi, matahari dan bulan, malam dan siang, semuanya mempunyai hikmah-hikmah tertentu. Manusia juga terpengaruh dengan masa-masa itu, misalnya waktu malam manusia merasa mengantuk dan terus tidur. Waktu siang pula manusia merasa segar dan bangun bekerja dan begitulah seterunya. Firman Allah Surah Al-Furqan ayat 25:47 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dialah yang menjadikan untuk kamu malam (sebagai) pakaian dan tidur untuk istirehat dan Dia menjadikan siang supaya bangun bekerja.”
               Firman Allah lagi Surah Al-Baqarah ayat 2:22 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap dan menurunkan air (hujan) dari langit lalu dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-bahan sebagai rezeki untukmu.”
               Allah menjadikan bumi  sebuah hamparan untuk berjalan dan berpijak sebagai tempat penempatan di atasnya demi meneruskan kehidupan. Dia juga telah menjadikan langit dengan binaan dan sistem yang teguh seperti sebuah kubah atau atap (bumbung), dengan  itu langit tersebut tidak jatuh ke bawah dan Dia juga menurunkan air hujan dari awan dan dengan air hujan itu Allah Subhanahu wa Ta’ala mengeluarkan berbagai-bagai jenis buahan dan tumbuh-tumbuhan agar kamu bersenang-senang dengannya dan sebagai sumber makanan.
Oleh itu janganlah kamu mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun dengan menyembahnya sepertimana kamu menyembah Allah Sukhanahu wa Ta’ala sedangkan kamu mengetahui bahawa sekutu-sekutu yang kamu adakan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak menciptakan kamu dan tidak mengurniakan rezeki untukmu. Sesungguhnya Allah itu Yang Maha Mencipta dan Memberi rezeki.
 Segala liku-liku yang ditempuhi oleh manusia itu adalah sebagai wadah perjuangan untuk berbakti kepada Allah s.w.t. Bagi menilai sejauh mana kesanggupannya untuk menempuh hidup yang penuh bergelora ini, berani mati demi mempertahankan keyakinan akidah, sanggup berkorban apa saja asalkan dirinya dan peribadinya tetap sebagai seorang muslim. Ini kerana orang-orang Islam tidak pernah gentar menghadapi perjuangan hidup ini. Sikap keunggulan orang-orang  mukmin ini  dinyatakan oleh Allah s.w.t. seperti firman-Nya surah Fushilat ayat 41:30 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya orang-orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka tetap dalam istiqamah (berpendirian) nescahaya turun kepada mereka Malaikat (yang berkata):”Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita, bergembiralah dengan syurga yang sudah dijanjikan.”
Satu sikap yang tidak luntur di kalangan orang-orang yang beriman ialah istiqamah atau teguh pendiriannya, tetapi dengan perjuangan dan manfaat hidupnya, tidak mudah terpesona dan hidupnya, tidak terumbang ambing oleh arus hidup yang penuh tipu helah itu.
Segala ujian hidup baik berupa perhiasan dunia, kenikmatan hidup, godaan syaitan, tuntutan hawa nafsu, baik dan buruk, lapas dan dahaga, harta dan anak atau pangkat dan pingat, dihadapinya dengan tabah dan waspada agar dia tidak tersasul di persimpangan jalan. Semua ini sebagai ujian Tuhan kepadanya untuk menyelami dan menyelidik tahap-tahap keimanannya kepada Allah s.w.t.
Begitulah perjuangan hidup yang mesti dilalui oleh setiap orang manusia. Perjuangan itu tetap berjalan setiap saat dan setiap detik meskipun manusia tidak mengetahuinya. Proses perjuangan ini bermula dari lahirnya manusia ke dunia ini dan berakhir dengan mati. Dengan kematian itu bukan bereti hidup manusia sudah berakhir tetapi manusia tetap hidup dalam erti kata lain sudah selesai daripada perjuangannya dan manusia akan menerima hasil perjuangan tersebut.