Friday, September 14, 2018

KEWUJUDAN MANUSIA SEMESTINYA BERIBADAH KEPADA ALLAH S.W.T.


KEWUJUDAN MANUSIA SEMESTINYA BERIBADAH KEPADA ALLAH S. W.T.
(Disiarkan pada 15. 9. 2018)
               Antara faktor-faktor yang Allah meredhai kewujudan manusia di alam dunia ialah manusia  mempunyai akal dan kemahiran berfikir. Akal memandu manusia  melaksanakan ibadah kerana Allah. Firman Allah surah Az-Zariyat ayat 511:56 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Tiadalah aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku....manusia diwujudkan oleh Allah S.W.T. dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada-Nya.”.
               Menurut Islam, manusia mempunyai dua tugas yang berbeza, tetapi saling berkaitan antara satu sama lain, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah Allah di dunia. Dengan mempunyai kedua-dua tugas, manusia dianggap sebagai beribadah kepada Allah S.W.T..
               Walaubagaimana pun fikiran manusia sentiasa lupa dengan tanggungjawabnya maka sentiasa mengabaikan amanah Allah S.W.T. Manusia sentiasa alpa tentang pemikiran mengenai kewujudannya di dunia. Kewujudannya sebagai hamba Allah dan wajib sujud menyembah dan memuji Allah serta memelihara hubungan manusia dengan Allah.
Manusia mempunyai dua tanggungjawab yang berat untuk menangani hidupnya di dunia kerana ia mesti memelihara kedua-dua alam, iaitu alam jasmani atau alam dunia dan alam rohani atau alam akhirat. Untuk hidup mulia di alam dunia wajar menjaga tatatertib dan disiplin pembangunan kehidupan dan untuk menempuhi kehidupan di akhirat nanti wajar muliakan ibadah kepada Allah S.W.T..
Sebagai pembangunan kehidupan yang mampan wajar beri pemberatan kepada ibadah yang menumpuhkan kepada pembangunan kerohanian kerana disiplin demikian dengan sendirinya pembangunan dunia  akan turut sama terbela sama. Dalam erti kata lain pembangu- nan kehidupan yang bersifat rohaniah lebih bermanfaat dan memberi jaminan keutuhan hidup di akhirat kelak.
Di tangan manusia terletak kekuasaan untuk mengatur dan mengendalikan segala isi alam ini. Firman Allah S.W.T. surah Al-Baqarah ayat 2:29 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Inilah Tuhan yang menjadikan segala apa yang di bumi ini untuk kepentingan manusia.”
Oleh itu maju dan mundur, baik dan buruknya keadaan alam ini adalah bergantung kepada manusia. Manusialah yang layak memegang amanah ini yang tidak dapat ditanggung oleh makhluk-makhluk lain. Perkara ini ditegaskan oleh Allah S.W.T.. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 33:72 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah ini kepada langit, bumi dan gunung, maka semuanya tidak sanggup memikulnya, mereka takut akan menghianatinya dan manusia lah yang layak memikul amanah ini, tetapi manusia ini amat zalim dan bodoh.”
Tanggungjawab manusia terhadap Tuhan tentang amanah ini bukanlah suatu perkara yang ringan malah ianya haruslah melaksanakannya dengan baik dan jujur. Perkara utama tentang kelayakan jawatan khalifah ialah bahawa manusia itu hendaklah mengenali Tuhannya dengan sebenar-benarnya dan beribadat kepadanya dengan sebenar-benar ibadat.
Firman Allah S.W.T. surah At-Thalaq ayat 65:12 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Allah yang menjadikan tujuh petala langit dan begitu juga bilangannya dari bumi, yang mana segala perintah diturunkan di antara kedua-duanya supaya kamu mengetahui bahawa Allah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu dan Allah ilmuNya telah meliputi tiap-tiap sesuatu.”
Dalam ayat ini ternyata bahawa mengenali Allah S.W.T. ialah tujuan bagi segala kejadian langit dan bumi.
Apabila manusia melalaikan tugas itu, nescaya Allah S.W.T. akan turunkan kepadanya
azab yang pedih. Tetapi apabila mereka dapat menjalankan segala tugas dan tanggungjawab nya itu dengan sempurna, nescahaya dia diberikan Allah S.W.T. penganugerahan yang utama dan mulia.
               Allah menjadikan manusia sebagai makhluk yang teristemewa dan mulia berbanding dengan segala makhluk yang lain. Firman Allah S.W.T. surah Al-Isra’ ayat 17:70 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Sesungguhnya kami telah memuliakan manusia dan Kami tempatkan mereka di daratan dan di lautan, serta Kami berikan mereka rezeki daripada arang yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan dengan sebenar-benar kelebihan.”
               Allah  S.W.T. menyatakan keutamaan manusia di mana manusia menjadi khalifah Allah S.W.T. di bumi ini; dan juga menyatakan bahawa manusia diberi kelebihan dan kemu- liaan. Maka itu manusia diberi tiga kurniaan dari Allah S.W.T. yang tidak pernah diberikan kepada makhluk-makhluk  lain, iaitu  khalifah, kelebihan dan kemuliaan.
Manusia adalah makhluk mulia, kemuliaan manusia kerana persediaan yang diberikan kepadanya, persediaan ini tidak lain daripada kesempurnaan dirinya zahir dan batin. Kesem- purnaan zahir dengan adanya anggota kerja dan kesempurnaan batin dengan adanya tenaga jiwa yang menjadi sumber kepercayaan (ketuhanan), perasaan dan kemahuan. Dari sumber ini timbullah perbuatan, muncullah amalan, dan wujudlah pembalasan.
Hakikat ini perlu diketahui oleh setiap orang yang mengakui dirinya sebagai seorang muslim dan beriman kepada Allah S.W.T. Islam telah menempatkan diri manusia ke tempat yang istemewa dan mulia sesuai dengan bentuk kejadian, keadaan dan keperibadian manusia.
Memang tidak wajar sekali bagi orang yang mengakui Islam tetapi tidak pernah meninjau dan tidak ingin mengetahui tentang ajaran-ajaran Islam serta mereka tidak pun mengetahui di manakan taraf dirinya sebagai manusia? Apakah tugas-tugasnya dan peranan nya di dalam dunia ini? Semua ini tidak ingin diketahuinya, rugilah mereka menjadi manusia yang tidak mengenang budi dan jasa, dan hiduplah mereka penuh bergelumang dengan dosa serta meranalah hidupnya sepanjang zaman.
Penganugerahan akal kepada manusia adalah hadiah yang paling berharga sekali dan tidak dapat dinilai, tanpa akal manusia tidak dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah S.W.T. dan manusia adalah sama dengan binatang.
Dengan akal manusia dapat berfikir dan bertindak sesuai dengan tugasnya sebagai hamba Allah S.W.T. Akal juga merupakan alat bagi manusia untuk dapat menilai sesuatu dan menggunakannya untuk manfaat umum.
Segala rahsia yang selama ini terpendam dan tersembunyi dapat dibongkar oleh manusia. Inilah dia hikmah Allah
S.W.T. menjadikan seluruh  makhluk ini  tidak sia.sia. Inilah dia peranan akal yang menemukan sesuatu itu dengan hakikat kejadiannya, manusia akan kagum terhadap hikmah dan kebijaksanaa ciptaan Allah S.W.T.
Allah berfirman surah An-Nahl ayat 16:78 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu. Lalu Allah jadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur.”
Ketika kita mula keluar dari perut ibu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun. Gelap dunia ini kita hadapi, hanya dengan tangis kita menghadapi dunia ketika  kita mulai keluar dari perut ibu. Tidak ada yang kita ketahui, selain dari anugerah Ilahi yang dinamai Gharizah atau naluri. Menangis  kalau terasa dingin, menangis kalau terasa lapar, menangis kalau terasa panas: “Dan dijadikan-Nya untuk kamu pendengaran dan penglihatan dan hati.”
Dengan beransur-ansur tumbuhlah pendengaran maka  terdengarlah suara-suara dari  yang dekat sampai kepada yang jauh; lalu sama ditimbulkan pula penglihatan, sehingga dapat memperbedakan berbagai warna, dan dapat memper hatikan wajah ibu yang sedang menyusu kan dan pendengaran serta penglihatan itu dituntun oleh perkembangan hati iaitu perasaan dan fikiran. Sampai beransur-ansur besar dan dewasa, bertambah lama bertambah matang sampai menjadi manusia yang berbudi bahasa, bersopan dan bersantun, sanggup memikul taklif iaitu tanggungjawab yang dipikulkan oleh Allah ke atas pundak, menjadi anggota penuh dan perikemanusiaan. “Supaya kamu bersyukur”
               Maka dilahirkan Allah ke  dunia, lalu diberi pendengaran, sehingga tidak pekak, dan diberi alat penglihatan sehingga tidak buta, di beri pula hati buat mempertimbangkan apa yang didengar dan apa yang dilihat, adalah nikmat paling besar yang dianugerhkan Allah dalam hidup ini. Sebab manusia itu adalah pemikul tugas berat iaitu menjadi Khalifatullah di bumi.
               Bersyukur itu ialah dengan mempergunakan nikmat-nikmat Allah itu di dunia ini dengan sebaik-baiknya, sehingga kita jadi mansia yang  bererti. Bersyukur ertinya berterima kasih dan lawan dari syukur ialah kufur, tidak mengenal budi.
               Allah berfirman surah Al-Mukmin ayat 40:64 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Allah membentuk rupa paras kamu dengan rupa yang indah dan cantik.”
               Allah berkuasa menciptakan manusia, dengan bentuk dan potongannya yang baik dan bagus serta rupanya yang cantik dan tampan, berjasad yang kukuh dan  lagi tegap, berkulit yang halus lagi lembut, beranggota yang kemas dengan organ-organnya yang sesuai lagi sepadan, sehingga mudah dipergunakan olehnya untuk membuat sebarang  pekerjaan bagi mendapatkan keperluan hidupnya.
               Selain daripada itu manusia dilenkapkan dengan akal dan jiwa. Dengan akal ini manusia dapat mengatur seluruh alam, dapat mengatur hidupnya, menyusun masyarakat dan memerintah sebuah negara. Dengan akal inilah juga manusia menjadi makhluk teristemewa daripada makhluk-makhluk yang lain. Ketinggian akal ini dapat dilihat pada kelakuan dan tindak tanduk manusia, sama ada sewaktu berjalan, duduk, tidur dan sebagainya. Akal yang berpusat di kepala itu, itulah yang ditinggikan.
               Allah S.W.T. menempatkan bumi ini untuk manusia, mereka bebas bekerja di mana sahaja yang mereka suka, bebas bergaul, bebas memilih tempat tinggal dan sebagainya. Oleh kerana Tuhan telah menjadikan bumi ini agar manusia memajukannya. Tuhan telah disediakan di alam ini sumber-sumber ekonomi untuk keperluan hidupnya.
               Firman Allah S.W.T. surah Al-Araaf ayat 7:10 yang bermaksud; (Terjemahan)
               “ Sesungguhnya Kami menempatkan kamu di bumi ini dan Kami sediakan kepada kamu berbagai-bagai sumber kehidupan bagi kamu, semoga kamu besyukur; tetapi sedikit sahaja yang bersyukur.”
               Allah telah menentukan semua manusia ada mempunyai tempat kedudukan yang tetap di muka bumi. Sama ada untuk sementara waktu di sesuatu tempat atau kemudian berpindah ke tempat lain lalu menetap di tempat itu sehingga teguh kedukannya dan bebas menjalankan sebarang pekerjaan.
               Allah juga telah menentukan lapangan hidup masing-masing  untuk mencari rezeki dan sara hidup selama                                                                                                                    masih ada hayatnya. Ada dua punca yang menjadi sumber lapangan hidup manusia. Pertama lapangan pertanian dan kedua lapangan perniagaan, maka selainnya itu adalah bergantung kepada keduanya.
               Kerana pada umumnya semua manusia itu adalah menikmati akan hasil pertaian seperti tanam-tanaman, buah-buahan, ternakan dan sebagainya untuk menjadi makan, minum, pakaian dan tempat tinggalnya. Juga menikmati hasil perniagaan yang dijalankannya atau pertukangan yang dikerjakannya. Daipada keuntungan hasil inilah digunakan untuk menyara hidupnya dan semua keperluannya.
               Semua ini adalah nikmat Allah yang dkurniakan kepada hamba-hamba-Nya, serta menjamin rezeki mereka asal sahaja rajin bekerja dan tekun berusaha. Tetapi Allah mencela pekerti mereka, kerana sedikit benar orang yang mahu berterima kasih untuk mengenang akan nikmat-nikmat tersebut dengan mentaati Allah, bahkan ramai yang melupakannnya.
               Setelah Allah menjelaskana tentang nikmat-Nya kerana meneguhkan kedudukan manusia di muka bumi dan menetapkan lapangan hidupnya, maka pada ayat 11 berikutnya, Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu, lalu Kami bentuk rupamu, kemudian Kami titahkan kepada  para malaikat: Sujudlah (tunduklah) kepada Adam! Maka mereka pun sujud. Kecuali Iblis, dia tidak termasuk orang yang sujud.”
               Setelah Adam tercipta, Allah perintahkan supaya para malaikat sujud kepada Adam,  yakni tunduk tanda hormat kerana kelebihan ilmunya – bukan sujud  menyembahnya, kerana Allah sahaja yang berhak disembah. Para malaikat pun sujud pada Adam, mula Jibril, kemu- dian Mikail,  Israfil, Izrail dan kemudian  malaikat  Muqarrabun. Kecuali Iblis (bapa bangsa Jin) tidak mahu sujud, enggan dan menyombongkan diri. Dia tidak masuk golongan orang yang sujud pada hal dia walaupun bangsa jin tetapi telah lama begaul dengan para malaikat sehingga cendrung dan beribadat seperti malaikat.
               Allah telah menjadikan manusia mempunyai persediaan untuk mencapai kesempurnaan, tetapi kerana adanya godaan syaitanlah yang  menghalangnya daripada mencapai kesempurnaan tersebut.

Friday, September 7, 2018

SUSAH DAN SENANG GARAM HIDUP BERSEPADU


 SUSAH DAN SENANG GARAM HIDUP BERSEPADU
(Disiarkan pada 8. 9. 2018)
               Kewujudan setiap sesuatu dalam hidup semestinya mengalami dua keadaan hidup, bahagia atau mendukacitakan. Fenomena demikian Allah wujudkan demi memberi kefaha man mengenai falsafah pembangunan satu-satu makhluk yang Allah wujudkan di alam dunia ini. Hidup sesuatu makhluk di alam ini semestinya mengalami dua fenomena pembangunan. Hidup itu ada kalanya menggembirakan dan pada masa lainnya merunsingkan atau menduka- citakan. Sebenarnya susah dan senang dalam menelusuru kehidupan  merupakan garam hidup bersepadu.
               Ilmu pengetahuan dalam Islam memberi galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seseorang manusia tidak akan bernilai dan tidak menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah dalam mengatakan demikian surah Az- Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”
               Ayat ini sebagai melengkapkan kenyataan Allah yang dimulai dengan amal dan diakhi ri dengan ilmu. Amal itu merupakan perjuangan dan ilmu merupakan penyingkapan. Kalau manusia beramal dengan berilmu menunjukkan kesempurnaan dan kelebihan dirinya.
               “Hanyasanya yang mengambil pelajaran itu ialah orang-orang yang berakal.”
               Orang yang mengambil teladan mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan meng- ambil pelajaran daripadanya itulah dikatakan berakal – bukan orang yang jahil dan cuai – kerana orang yang berakal dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Sedang orang yang tidak berakal tidak pula dapat membezakan.
               Kemudian kita lihat Al-Qur-an dalam ayat yang lain menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah.
               Firman Allah surah Al-Mujadalah ayat 58:11 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapat darjat”.
               Allah akan meninggikan darjat oang-orang Mukmin lantaran mereka mematuhi perintah Allah dan perintah rasul-Nya. Begitu pula orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sebenarnya orang yang berilmu pengetahuan itu tinggi benar darjatnya, bukan saja di kampung akhirat, malahan juga di atas dunia ini dalam pandangan manusia orang yang mempunyai pengetahuan dipandang tinggi. Dan biasanya pula pandangan itu ditumpukan kepada ijazah-ijazah. Siapa yang memiliki ijazah pengajian, maka mudahlah mendapat kedudukan dan senanglah mendapat pekerjaan.
               Tentu saja bukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, malahan juga semua ilmu pengetahuan yang berfaedah untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Sebab itu kaum Muslimin digesa supaya kuat menuntut ilmu, biar di bumi mana saja ilmu itu berada.
               Susah dan senang merupakan garam hidup bersepadu. Kita susah hendaklah mencari puncanya mengapa hidup sentiasa susah. Dan apabila senang juga hendaklah menemui faktor yang membuat kita hidup senang. Maka itu kedua-dua fenomena tersebut wajar ditangani dengan kehadiran ilmu seperti mana yang Allah sarankan  dalam surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia,yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian itu”.
               Allah menyamakan antara penyaksian-Nya, Penyaksian orang-orang berilmu dan penyaksian malaikat. Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang yang berilmu.
               Allah menerangkan keesaan-Nya, dan malaikat serta orang-orang yang berilmu penge-
tahuan naik saksi – berikrar dengan lisan dan membenarkan di dalam hati – bahawa Allah itu
berdiri dengan adil.
               Maksud dengan adil di sini iaitu, berkuasa mentadbirkan semua makhluk-Nya dengan adil, yakni melalui jalan di dalam iktikad, ibadat, akhlak dan amalan. Adil atau jalan tengah di dalam iktikad itu ialah, mentauhidkan Allah atau mengesakan-Nya. Maka tauhid atau pengesaan itu adalah terletak di tengah-tengah pengingkaran dan penyekutuan. Mengingkari adanya Allah tidak adil, menyekutukan-Nya juga tidak adil. Yang adil ialah memilih jalan tengah iaitu; mengesakan-Nya – tidak mengingkarinya dan tidak pula menyekutukannya.
               Dari segi lain kita lihat Al-Qur’an tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami.”
               Allah juga menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu. Firman-Nya surah Yusuf ayat 12:76 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang Maha Mengetahui.”
               Ini bertujuan supaya orang-orang yang berilmu tidak merasa besar diri dan mereka akan berusaha menambahkan ilmu, serta mereka akan menganggapkan diri mereka boleh dikritik oleh orang lain.
               Al-Qur’an menuntut orang-orang Islam supaya mencari Ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka kehendaki tentang hakikat alam.
               Firman Allah surah Taha ayat 20:114 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”.
Islam tidak menghadkan setakat menyeru manusia supaya mencari ilmu malah ia  mengakui prinsip yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga fikiran dari manjadi batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:
               Islam, agama hujah dan bukti. Ilmu pengetahuan tidak mengatakan sesuatu kecuali apabila ada bukti yang kukuh lagi yakin.Al-Qur’an juga menyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu sebagai benar kecuali apabila diperteguhkan dengan dalil. Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 2:111 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: Sekali-kali tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang (yang beragama)Yahudi dan Nasrani. Demikian itu(hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: Tujukanlah
bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar”.
               Tidak  harus mempercayai sesuatu kecuali dengan bukti: Orang-orang yang syirik secara bertaklid kepada orang lain akan dihisab oleh Allah.
               Firman Allah surah Al-Mu’minum ayat 23:117 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan Barang siapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya adalah di sisi Tuhannya, sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung”.
               Dalam ayat lain Allah meminta bukti dari orang-orang musyrikin tentang patung-patung yang mereka jadikan sebagai Tuhan, untuk memperlihatkan kelemahan mereka.
               Firman Allah surah An-Naml ayat 27:64 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian mengulanginya (lagi), siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenaran mu, jika kamu memang orang-orang yang benar.”
               Ayat-ayat Al-Qur’an yang kita sebutkan adalah jelas menyatakan bahawa setiap perkataan hendaklah diberi bukti kebenarannya. Orang yang mendengar hendaklah meminta bukti, jika tidak ada bukti maka jangan didegar perkataan atau percakapan itu.
               Ilmu pengetahuan sentiasa mengawasi sesuatu yang tidak yakin (sebenar) daripada menjadi yakin. Ia juga menjaga dari bertukarnya dan (persangkaan) menduduki  tempat yakin. Ia mengkiaskan kadar hampirnya masalah kepada kebenaran dengan kadar kukuhnya hujah yang  membuktikan masalah. Jika hujah kukuh maka masalah adalah benar, jika tidak maka ianya dhan sahaja.
               Antara faktor-faktor yang timbul dalam kehidupan yang membawa kita merasa gusar
atau gembira tentang sesuatu masalah ialah kepalsuan dengan kepastian sesuatu kenyataan. Perkara tersebut masuk dalam kategori yang membangkitkan kemuskilan atau kebahagian dalam menelusuri kehidupan.
               Perbezaan yang dibuat oleh ilmu pengetahuan terhadap kedudukan hak dan dhan adalah bersesuaian dengan ajaran Al-Qur’an yang menyuruh berawas dari dhan dan waham. Alasan ialah kerana kedua-dua itu  menjadi sebab menyesesatkan manusia dan merosakkan akidah mereka.
               Firman Allah surah Al-An’am ayat 6:116 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah; mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”.
               Para Mufaassirin mengatakan: Pada suatu masa orang-orang musyrik Mekkah tentang makanan yang mereka makan, dengan berkata: “Mengapa kamu memakan binatang yang kamu membunuhnya dan tidak memakan yang Tuhan membunuhnya? Maka Allah turunkan ayat ini yang tujuannya memperingatkan rasul-Nya supaya berhati-hati jangan sampai terpengaruh, iaitu: Dan sekiranya engkau ikut kebanyakan manusia di muka bumi, (pada memakan bangkai, walhal orang-orang kafir semasa itu bilangan dan peratus mereka di muka bumi lebih besar jika dibandingkan dengan orang-orang Mukmin) nescaya mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah (disesatkan dari mengikuti syariat dan agama yang hak).
               Kemudian Allah menerangkan pula pekerti orang-orang yang kafir itu iaitu: Tidak lain yang mereka ikut hanyalah persangkaan semata-mata. (Mereka sebenarnya kurang jelas untuk memahami hakikat dan kebenaran agama mereka sendiri, hanya menganutnya sangka-sangka dan secara jahil). Dan tidak lain mereka hanylah mengada-adakan dusta (oleh kerana tidak dapat membuktikan kebenaran agama yang mereka anut dengan yakin dan berdasarkan ilmu pengetahuan maka yang dapat mereka kemukakan hanyalah mengada-adakan dusta.)
               Allah berfirman surah Yunus ayat 10:36 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “(Dan kebanyakan mereka hanya mengikut perasangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak dapat menggantikan kebenaran sedikit jua pun. Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang mereka kerjakan.”
               Kebanyakan orang musyrik itu hanya mengikut sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak mengetahi hakikatnya dengan pasti, hanya persangkaan atau ragu dan sebagai Pa’ turut. Umpamanya menyembah berhala yang diamalkan oleh nenek moyang mereka, mereka sangkakan baik dan dapat menolong, lalu mereka mengikut pula menyembah berhala. Atau adanya hari kebangkitan itu mereka sangka mustahil berlaku, dan diutusnya  Muhammad (s.a.w.) sebagai Rasul, mereka ragu lalu mendustakannya.
               Setiap yang hak atau kebenaran, pasti akan berdiri tetap dan tidak akan dirobohkan oleh syak atau persangkaan, apa lagi hendak menggantikannya. Jelasnya keraguan tidak dapat mengganti tempat keyakinan walau sedikit pun
               Al-Qur’an menyuruh berpegang kepada ilmu yang yakin. Ia mengingkari orang yang menurut waham dan dhan. Firman Allah surah Ar-Rum ayat 30:29 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Sebaliknya orang-orang yang aniaya itu mengikuti kemahuan nafsu mereka tanpa pengetahuan siapakah yang akan memimpin orang yang dibiarkan sesat oleh Allah? Dan tiadakah mereka itu mempunyai penolong.
                    Tetapi orang yang menganiaya dirinya sendiri disebabkan kufur kepada Allah, mereka itu hanya mengikuti kemahuan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan, bahkan didorong oleh kejahilan terhadap hak Allah yang patut mereka tunaikan, mereka menyekutukan Allah dengan patung-patung dan berhala yang mereka sembah. Kalaulah mereka gunakan akal untuk berfikir dengan cara yang sihat, pasti mereka tidak tersesat, bahkan  akan sampai ke jalan yang terpandu. Tetapi manakan mereka mahu untuk kembali ke pangkal jalan? Jadi siapakah yang akan memimpin orang-orang yang dibiarkan sesat oleh Allah itu?
                    Jawabnya, tidak ada siapa-siapa yang akan memimpin orang-orang yang diciptakan oleh Allah akan berkeadaan sesat dan berterusan enggan untuk berikhtiar dan berusaha menyelamatkan dirinya ke jalan yang terpandu, sebab buruk sangat persediaannya dan kecendrungannya – yang di luar fitrah beragama itu.Allah jua yang tahu akan keadaan orang-yang seperti itu.
                    Susah dan senang garam hidup bersepadu wajar disandarkan kepada akidah Islam kerana Allah tunjukkan jalan penyelesaiannya dengan kehadiran Islam sebagai addin atau cara hidup yang diredhai Allah S.W.T.. Islam sentiasa memberi hujah yang mempunyai asas serta kayakinan yang kukuh.