Saturday, December 29, 2018

CINTAI ALLAH SWT MUDAHKAN SEGALA URUSAN KEHIDUPA


CINTAI ALLAH SWT MUDAHKAN SEGALA URUSAN KEHIDUPAN
(Disiarkan pada 29. 12. 2018)
Manusia diwujudkan Allah S.W.T. di dunia ini adalah dalam dua sifat iaitu sifat alam ghaib dan sifat alam nyata. Sifat alam ghaib asalnya daripada Allah yang menciptakan unsur manusia yang dikenali sebagai alam roh yang dikenali sebagai rohani manusia dan sifat kedua manusia ialah dalam bentuk alam nyata iaitu Allah mewujudkan asalnya dari benda yang nyata seperti tanah.
Maka itu tugas atau ibadah manusia dalam kehidupan ialah menjaga kebajikan ke dua-dua sifat manusia. Kebajikan kedua-dua sifat manusia  adalah tidak serupa kerana kebajikan yang asalnya dari alam ghaib seharusnya besifat ghaib manakalah kebajikan  yang asalnya nyata adalah bersifat nyata juga atau benda yang wujud di alam kehidupan ini.
Ibadah yang kita laksanakan dalam hidup wajar ada kemanfaatannya kepada kedua-dua sifat manusia iaitu sifat rohani dan juga sifat jasmaninya. Maka itu manusia wajar hidup dengan kecintaan kepada  Allah S.W.T. agar kebajikan kedua sifat manusia, rohani dan jasmani mendapat keredaan dari Allah S.W.T.
Cinta kita kepada Allah S.W.T. menjadi pokok kepada kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Segala Ibadah kita laksanakan demi pembangunan kehidupan dunia dimudahkan Allah sebagai imbalan kepada ibadah yang kita laksanakan untuk mencintai Allah S.W.T.. Apakah ciri-ciri ibadah yang kita laksanakan demi menunjukkan kecintaat kita kepada Allah S.W.T.
Iman dan takwa yang hidup subur pada diri seorang akan berbuah. Buah Iman dan Takwa itu banyak sekali, dan terus menerus sepanjang masa, tidak bermusim seperti mangga atau durian, sehingga buahnya di musim susah ialah kesabaran, di musim senang dan beruntung ialah syukur, di musim perang dan kekacauan ialah ketenangan, di kala bersalah ialah ampunan dan taubat. Dan buahnya yang terus ada di segala musim, ialah rasa bahagia dan puas hati. Dan buahnya yang paling tinggi kedudukannya, ialah timbulnya perasaan “cinta” terhadap Allah.
Bila seorang hamba sudah berhasil mendapatkan rasa cinta terhadap Allah, berubahlah dunia dan segala isinya dalam pandangan hidupnya. Bayangkanlah bagaimana indahnya perasaan seorang pemuda mendapatkan si jantung hati dan bagaimana bahagia dan lega hatinya bila berada di samping kekasihnya itu.
Cinta seorang  peria terhadap wanita atau cinta seorang suami terhadap isterinya adalah hanyalah cinta kecil, sedang cinta seorang hamba yang iman dan taqwa terhadap Tuhannya adalah cinta kaliber besar, cinta teragung dan tertinggi, serta terindah, melebihi segala cinta. Dia merasa dirinya selalu di samping Tuhan yang dicintainya. Tuhan yang Maha Gagah Perkasaa, Maha Pengasih, Maha Penyang, Maha Kaya.
Bila orang sudah merasa cinta kepada Allah dan merasa diri selalu di samping Tuhannya, tak satu perkara lagi yang dikhawatirkannya dalam hidup atau sesuadah mati. Tak takut miskin atau melarat, tak takut musuh siap jua, tak takut ditangkap atau diculik, dan tak takut ditahan atau dipenjara. Di mana saja
dia berada, dia berada di samping Tuhannya.
Orang yang telah mengenal akan Tuhannya, sesudah Iman dan Taqwa (menjalankan segala ibadat dan perintah Allah), ia berjuang untuk mendapatkan rasa cinta terhadap Tuhan. Tinggi gunung akan didakinya, dalam jurang akan dituruninya, semudra luas akan diselami dan direnanginya, jalan apa saja akan ditempuhnya sekalipun penuh onak dan duri. Ia akan memeras keringat berhabis tenaga, sekalipun akan mengorbankan seluruh harta atau jiwanya untuk memperoleh cinta terhadap Tuhan, dan agar dia dicintai oleh Tuhan.
Ke arah itulah ditujukan perjuangan tiap-tiap orang yang beriman dan taqwa itu. Umur panjang atau pendek, hidup susah atau senang, orang benci atau suka, tidak menjadi persoalan dalam hidupnya, tidak menjadi halangan dalam perjuangan hidupnya.
Allah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 5:54 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Hai orang-orang yang beriman? Barang siapa daripada kamu murtad (berbalik) dari agamanya (Islam), maka nanti Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka bertimbang rasa terhadap orang-orang mukmin, berkeras  terhadap orang-orang kafir, berperang pada jalan Allah dan tiada takut celaan orang. Demikianlah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa-siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah itu luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.”
Cinta adalah perasaan. Perasaan itu tak dapat dilihat oleh mata. Semua orang mungkin saja merasa mencintai Allah, sehingga dengan mudah sekali dapat berkata: “Aku cinta akan Allah; si Anu dicintai oleh Allah”. Agar manusia jangan dapat dibohongi oleh perasaannya sendiri, maka di dalam berbagai ayat dan hadis Allah dan Rasul-Nya menerangkan tanda-tanda kecintaan manusia terhadap Allah.
Allah berfirman surah Al-Imran ayat 3:31 dan 32 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: Jika kamu cinta akan Allah, maka ikuti (taatilah) olehmu akan aku (Muhammad), nescaya Allah cinta akan kamu dan ampuni dosa-dosamu, kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.”
Adalah diriwayakan bahawasanya ayat ini diturunkan ketika Nabi (s.a.w.) menyeru Ka,ab bin Asyraf dan pengikut-pengikutnya dari golongan orang-orang Yahudi supaya beriman, tetapi mereka mengatakan: Kami anak-anak Allah dan kekasih-Nya.” Maka Allah menyuruh Rasul-Nya untuk mengatakan “Saya ini adalah pesuruh Allah yang menyeruh kamu kamu kepada Allah, jika sekiranya kamu mengasihi Allah ikutlah saya dan patuhilah suruhan saya, nescaya Allah mengasihi pula akan kamu dan reda kepada kamu.
Mengasihi Allah ialah mentaati Allah dan gemar berbuat amal yang boleh mendekatkan diri kepada-Nya sehingga memperoleh kurnia dan pahala yang ada di sisi-Nya Kerana dengan mengasihi Allah secara demikianlah seorang itu baru dapat mengikuti Rasul-Nya.
Surah Ali-Imran ayat 3:32 yang bermaksud: (terjemahan)
“Katakanlah: Hendakla kamu taat terhadap Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak cinta terhadap orang-orang kafir (yang berpaling itu).”
Katakanlah kepada mereka ya Muhammad! Hendaklah kamu taati Allah dengan mengikuti suruhan suruhan-Nya dengan mencontohi teladannya dan berjalan di atas petunjuk dan ajarannya.
Allah menyuruh manusia mengikuti Muhammad kerana utusan-Nya, bukan seperti mengikut apa yang didakwakan oleh orang-orang Nasrani terhadap Nabi Isa itu. Jika mereka enggan menerima seruanmu disebabkan terpedaya oleh dakwaan yang mengatakan “mereka adalah anak-anak Allah dan kekasih-Nya,” maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang kafir yang telah dipesongkan oleh nafsu mereka daripada memperhatikan benar-benar akan ayat-ayat Allah itu.
Allah telah menerangkan bahawa agama yang hak ialah Islam dan Tauhid, dan diterangkan-Nya bahawa adanya pertelingkahan di kalangan orang-orang Ahli Kitab itu kerana mereka hasad dan dengki, bahawasanya kejayaan serta kemenangan itu hanyalah diperoleh dengan mengikuti Rasul-Nya yang menjadi pilihan Allah, yang ditugaskan menjadi pesuruh-Nya, untuk memberi penerangan kepada manusia dan mengajar bagaimana cara-cara mengasihi Allah itu, iaitu dengan beriman kepada-Nya, patuh dengan perintah-Nya dan beramal dengan amalan yang diredai-Nya.
Di antara tanda-tanda bahawa seorang mencintai Allah ialah:
1.   Mentaati perintah Allah.
2.   Mentaati perintah Rasulullah.
3.   Cintanya terhadap Allah, Rasul dan jihad, fi Sailillah melebihi cintanya terhadap   bapa, anak, saudara, isteri, keluarga,harta perdagangan dan tempat tinggal.
4.   Mencintai sesama manusia kerana Allah
5.   Benci terhadap kekufuran seperti benci terhadap Neraka.
6.   Tidak takut dicela, dibenci, digertak oleh manusia.
Bila seorang telah cinta terhadap Allah dam Rasul-Nya dengan memenuhi tanda-tanda di atas, maka Allah akan cinta kepadanya. Mencintai dan dicintai Allah, adalah setinggi-tingginya rahmat Iman dan Taqwa.(1)
Agama Islam disebut dengan agama hanif, kerana di dalamnya terdapat segala nilai-nilai kesemurnaa, yang mulia, suci dan agung, indah baik dan adil. Salah satu makna hanif ialah kerinduan pada yang benar. Islam sesuai dengan fitrah manusia, dengan demikian maka manusia pada fitrahnya rindu kepada kebenaran itu. Firman Allah sura Al-Baqarah ayat 2: 147 yang bermaksud: (terjemahan)
“Kebenaran itu adalah daripada Tuhan engkau, oleh sebab itu janganlah engkau masuk golongan orang-orang yang syak dan ragu-ragu/”
Ayat ini menegaskan kepada orang-orang yang telah menerima
kebenaran, janganlah hendaknya merasa ragu-ragu lagi. Tiap-tiap mengerjakan pekerjaan yang baik, di ataa dasar kebenaran dan mengikut peraturan serta undang-undang yang diredai oleh Allah hendaklah dilaksanakan, jangan was-was, takut, ragu-ragu, bimbang dan sebagainya, kerana Tuhan melarang yang demikian. Oleh sebab adanya keraguanlah segala  usaha yang hendak dilaksanakan akan menjadi gagal, walaupun ia merupakan yang hak dan kebenaran.
Allah juga berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 22:6 yang bermaksud: (terjemahan)
“ Demikianlah kerana sesungguhnya Allah itu Maha Benar, dan sesunguhnya Dialah yang menghidupkan yang mati, dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
Di samping dalam diri manusia itu merindui kebenaran, ia juga dipersiapkan oleh Allah SWT, untuk menyampaikan kebenaran-kebenaran yang diperolehinya itu. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 3:110 yang bermaksud: (terjemahan)
“Kami adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah SWT.”
Kerinduan kepada kebenaran dan menyampaikan kebenaran, merupakan keistime waan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Enam asas keimanan dalam Islam itu, semuanya mempunyai peranan dalam membentuk kesihatan jiwa seseorang. Asas keimanan tersebut adalah, Iman kepada Allah, Iman kepada Malai kat, Iman kepada Rasul-rasul, Iman kepada kitab-kitab suci, Iman kepada hari akhirat dan iman kepada takdir.
Secara fitrah, setiap memerlukan sesuatu yang lebih berkuasa dan mempunyai kekuatan tertentu sebagai tempat mengadu nasib. Siapapun orangnya pasti merinduikan kekuatan dan kekuasaan di luar dirinya sendiri. Tidak semua pekerjaan dapat diselesaikan oleh manusia. Pada saat-saat tertentu ia akan menemukan kegagalan, ketika itulah semakin terasa bahawa jiwa memerlukan sesuatu untuk berlindung.
Orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah sentiasa merindui kebenaran. Baginda Rasul SAW semasa remajanya sentiasa mencari sesuatu yang bersifat benar maka itu beliau tidak pernah mendekati amalan kerohanian masyarakat keturunannya termasuk lah pak ciknya Pak Man Abu Talip kerana mereka menyembah berhala yang direka mereka sendiri.
Beliau sentiasa menyendirikan diri di tempat-tempat yang sunyi. Beliau mempercayai bahawa hidup ini semestinya ada sesuatu yang bersifat benar. Maka beliau sering berfikir dan bermunajat semoga ia menjumpai sesuatu kebenaran dalam hidup. Belian beristikaf di gua Hira. Pada suatu ketika beliau didatangi oleh seorang jejaka lalu orang itu meperkenal kan diri bahawa dia adalah Malaikat Jibril.
Jibril menyeruh  Baginda supaya membaca, tetapi baginda memberi tahu bahawa dia tidak pandai membaca. Seruhan itu diulangi sampai tiga kali sambil memeluk Nabi seerat yang boleh sehingga beliau susah hendak bernafas. Kemudian jibril mengatakan “Baca
dengan Nama Tuhanmu.”Setelah itu tetamu khas itu pun menghilang. Baginda merasa kesejukan kemudian dia balik menemui kepada isterinya Siti Kadijah di rumah dan meminta supaya dia diselimuti.
Kebahagian hidup di dunia dan di akhirat inilah merupakan cita-cita semua umat manusia terutama sekali umat Islam. Maka yang dapat menjawab dan memberikan bimbingan ke arah itu hanyalah Islam. Beriman kepada Allah ialah meyakini dengan sesungguhnya melalui proses kejiwaan, yang meliputi perasaan, fikiran, sekaligus sikap dan perbuatan untuk membuktikan iman tersebut.
Beriman kepada Allah, akan meghasilkan jiwa yang tenang dan tenteram, sebab dalam meyakini adanya Allah kita akan memahami akan sifat-sifat Allah SWT yang Maha Agung.  Akhirnya jiwa kita akan merasaa damai dan hidup dalam suasana yang dicita-citakan.
Islam tidak sukar diterima oleh setiap manusia, kerana ianya sesuai dengan kemanusiaan itu sendiri. Allah SWT dalam Al-Quran telah menjelaskan bahawa Dia-lah yang mengatur dan memiliki segala yang ada di alam ini. Firman Allah surah Al-Hasyr ayat 59:22 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia. Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,”
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah-lah yang menguasai dan memiliki seluruh alam ini. Hanya Dialah Tuhan, tiada Tuhan selain Dia, kerana Dia mempunyai kekuasaan menitik terhadap sesuatu. Semua yang ada di alam ini ciptaan-Nya, lemah dan kecil dihadapan-Nya. Maka akan resahlah jiwa seseorang jika mencari kebenaran itu selain Dia.(2)
 (1)Bey Arifin: Mengenal TUHAN. KELANG BOOK CENTER
.(2) Muhammad Isa Selamat: Penawar Jiwa. Psikologi Ketenangan Minda 1998

Friday, December 21, 2018

ISLAM MERUPAKAN CARA HIDUP KEREDAAN ALLAH SWT.


ISLAM MERUPAKAN CARA HIDUP DIREDAI ALLAH S.W.T.
(Disiarkan pada 22. 12. 2018)
               Kedatangan Islam mempunyai banyak manfaatnya kepada pembangunan kehidupan manusia. Maka itu wajar seorang insan mengenali Zat yang menciptakan manusia demi memahami ciri-ciri pembangunan, khusus dalam kehidupan di dunia dan lebih-lebih lagi mata rantai pembangunan kehidupan di akhirat nanti setelah agenda di dunia selesai.
               Ciri-ciri agama Islam bersifat ghaib maka itu ia merupakan santapan rohani. Setiap ciptaan Allah s.w.t. mempunyai fitrahnya sendiri-sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah, maka segala makanan yang diperlukan oleh fizikal itu berasal dari zat-zat yang tumbuh daripada tanah. Begitu juga jiwa yang datangnya dari Allah selalu merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi keperluanya.
               Agama Islam merupakan makanan jiwa yang paling sesuai. Kerana Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Sebagimana firman Allah s.w.t. dalam surah Yunus ayat 10:57 yang bermaksud: (terjemaan)
               “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang berada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
               Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar-rum ayat 30:30 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manuia tidak mengetahui.”
               Jiwa manusia perlu diisi dengan nilai kebenaran atau agama, supaya ia tetap sihat dan memperoleh limpahan kurnia dari Allah s.w.t. Jika ianya tidak diberi makanan atau bimbi- ngan rohani maka akan timbul berbagai masalah dan gangguan kejiwaan.
               Islam membimbing umat ke arah kebenaran, dan menjanjikan kebahagian jika manusia meninggalkan segala kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. Sifat-sifat yang tercela yang dilakukan oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resa dan rohaninya menjadi lapar. Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.
               Al-Ghazali menerangkan bahawa maksiat itu ada dua macam, iaitu maksiat zahir dan maksiat bati. Begitu juga ketaatan itu dapat dibahagikan kepada dua macam iaitu taat zahir dan taat batin.
               Tujuan agama itu ada dua macam. Pertama, meninggalkan yang dilarang dan kedua, menyuruh melakukan yang dianjurkan. Pekerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar bagi manusia daripada mengerjakan sesuatu ketaatan. Nabi SAW pernah bersabda, “Bahawa orang yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang dapat berpindah dari kejahatan, dan orang yang dapat disebut mujahidin ialah orang-orang yang dapat berperang atau menentang hawa nafsu.”
               Setiap perbuatan manusia akan ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat, dan setiap anggota badan menjadi saksi atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah berfirman dalam surah Yasin ayat 36:65 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Pada hari ini, kami (Allah) tutup mulut mereka tetapi tangan mereka berkata kepada Kami dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka perbuat.”
               Allah menerangkan, bahawasanya pada hari akhirat orang-orang kafir akan ditutup mulut mereka sehingga tidak dapat bercakap. Sebabnya ialah, tatkala mereka diperintahkan masuk ke dalam neraka akhirat akibat kekufuran mereka, telah tidak mengakui salah bahkan menyangkal “Demi Allah! Tuhan kami, tidak pernah kami menjadi orang-orang yang menyekutukan.” Mereka juga menyangkal tidak ada melakukan dosa, maksiat dan kejahatan semasa di dunia. Itulah sebabnya mulut mereka dikunci ta’ dapat menuturkan lagi walau sepatah kata. Sebaliknya Allah jadikan anggota-anggota badan mereka pula pandai becakap, supaya mengakui dosa, maksiat dan kejahatan yang telah mereka kerjakan.
               Allah membahasakan dalam ayat ini, bahawa tangan mereka pandai bercakap dan kaki mereka pula boleh menjadi saksi. Kerana tangan mereka itu selalu dipakai untuk berkerja, dan kaki pula dipakai berjalan untuk hadir menyaksikan sesuatu kejadian. Maka logiknya orang yang menghadiri sesuatu kejadian itu kata-katanya adalah merupakan saksi dari apa yang dilihatnya, dan kata-kata dari anggota si pelaku itu sendiri adalah merupakan pengakuan yang berterus-terang atas perbuatannya.
               Islam membimbing umat ke jalan yang diredai di dunia dan di akhirat. Wawasan kehi- dupan umat Islam  bukan wawasan keduniaan semata, sebaliknya matlamat akhir dari kehidu- pan ini adalah akhirat. Maka tidak ada wawasan yang lebih baik untuk umat Islam dalam menenangkan jiwanya melainkan wawasan dunia dan akhirat.
               Kehidupan dunia ini tidak lebih merupakan jambatan untuk kita menuju destinasi yang abadi. Dunia bukan tujuan, tapi ianya hanya merupakan alat untuk mencapai kepada tujuan yang sesungguhnya.
               Untuk tunduk dan patuh kepada ajaran Islam dan kepada perintah Allah SWT memerlukan ilmu dan akal fikiran yang sihat. Ilmu dan petunjuk-petunjuk dalam Islam itu  merupakan perintah Islam yang harus ditaati atau dilaksanakan. Di dalam menjalankan ketaatan dan perintah kepada Allah ini juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu, kepatuhan lahiriah dan kepatuhan batiniah.
               Maksud dengan taat zahir ialah melakukan seluruh amal ibadah yang diwajibkan Allah SWT seperti mengucap dua kalimah syahadat, solat, puasa, berzakat, naik haji dan banyak lagi amalan-amalan yang lain. Seperti mematuhi hukuman Allah yang mengatur hubu- ngan hubungan antara  sesama manusia, seperti berjihad, memerdekakan tanahair, melenyap kan kezaliman dan sebagainya.
               Amalan anggota lidah, mencakupi aspek membaca Al-Quran, mempela jari dan mengajarkan ilmu, berzikir, bertilawat dan bertahmid, beristigfar dan berdoa dan menjauhkah perkataan yang sia-sia. Tugas hidup untuk diri sendiri, berkaitan dengan bersuci, menutup aurat dan berpakaian,, memberi makan fakir miskin dan mengurus anak yatim, memuliakan tamu dan sebagainya.
               Amalan batin mencakupi aspek, iman kepada Allah, iman kepada malaikat-malaikat, iman kepada kitab-kitab, iman kepada rasul-raul, iman kepada hari akhirat dan iman kepada qada dan qadar.
               Budi perkerti berkaitan degan mencintai Allah, mencintai dan memberi kerana Allah, mencintai Rasul, ikhlas dan benar, taubat dan nadam (penyesalan), takut akan Allah, harap akan Allah, syurku, menepati janji, sabar, reda akan qada, tawakkal, menjauhkan ujub dan takbur, rahmat dan Syafatqat, tawadhu’ dan malu, menjauhkan dengki atau riya’, menjauhkan marah dan suka memberi maaf serta menjauhkan penipuan.
                Para ulama umumnya membahagikan Islam itu kepada tiga bahagian iaitu:
1. Akidah: Pembahasannya berkaitan dengan percaya kepada Allah, percaya kepada Malaikat-malaikat, percaya kepada Kitab-kitab, percaya kepada hari akhirat, percaya kepada  Qadha dan qadha.
               2. Syariat: Perbahasannya berkaitan dengan besuci, solat, jenazah, zakat, puasa, haji dan Umrah, muamalat (ekonomi), faraidh (pembahagian harta waris), nikah, jinayah (kejahatan), hudud (hukuman), jihad (perjuangan) makanan dan penyembelihan, adhiyah (pengadilan) dan khilafah (pemerintahan).
               3.  Akhlak : Perbahasan akhlak iaitu tentang akhlak dengan Allah, dengan sesama manusia, dengan sesama muslim, dengan sesama makhluk, dan sesama diri sendiri. (1)
               Islam adalah cara hidup untuk manusia yang datang daripada Allah s.w.t. Sebagai cara hidup manusia yang datang daripada Allah s.w.t. maka ia adalah ciptaan yang Maha Mengetahui. Dengan lain perkataan Islam adalah sistem atau cara hidup yang dibentuk berasaskan ilmu. Apabila Allah s.w.t. menentukan satu sistem hidup untuk manusia, maka sistem itu sempurna dan serasi serta sesuai dengan hukum-hukum, dan tabiat semula jadi manusia, kerana manusia tidak mengetahui semua rahsia mengenai dirinya, tentang hakikat rohaniahnya.
               Mengenai hukum-hukum dan rahsia alam,  mengenai perkara-perkara telah lalu, sekarang dan akan datang, sudah tentulah cara hidup dan peraturan-peraturan yang ditentu- kannya, tanpa berpandukan hukum Allah s.w.t. dipenuhi kekurangan, kesilapan, kezaliman dan pertentangan dengan tabiat semula jadi manusia dan rahsia-rahsianya.
               Islam ialah cara hidup yang menyeluruh yang mengatur semua bahagian daripada kehidupan manusia. Islam ialah satu sistem dan cara hidup yang melengkapi semua kegiatan hidup manusia. Tidak ada kegiatan manusia yang  tidak ada peraturan Islam dalamnya. Islam menetapkan peraturan tertentu seperti cara bagaimana bangun dari tidur hinggalah kepada menyusun masyarakat dan menentukan hubungan antara negara dan umat di dunai ini.
Tidak ada sistem-sistem hidup di dunia ini yang menentukan aturan-atura dan susunan-susunan yang selengkap Islam, kerana Islam mempunyai hukum yang tertentu  terhadap apa sahaja yang keluar daripada manusia bahkan ia mempunyai hukum tertentu terhadap pemikiran-pemikiran dan fahaman-fahaman yang diletakkan dalam kepalanya dan kecenderungan-kecenderungan yang disematkan di hatinya.
Islam ialah agama yang tetap dan mempunyai ukuran nilai yang teguh. Menurut Islam, perkara yang baik pada masa dahulu adalah baik pada masa sekarang dan akan datang. Misalnya, keadilan itu adalah baik, dan tetap dihargi baik sampai bila-bila masa, zina itu jahat dan tetap jahat pada bila-bila masa. Oleh kerana mempunyai ukuran nilai yang tetap dan teguh, maka tidak ada kuasa yang boleh mempermainkan nilai-nilainya untuk kepentingan sendiri atau golongan yang berkuasa itu.
Tidak ada kuasa dalam dunia ini yang dapat menhalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. dan rasul-Nya, kerana keteguhan  nilai-nilai Islam itu, maka tidaklah mudah orang mempermainkannya. Sekiranya ada orang yang melakukan perkara-perkara mungkar yang bertentangan denan Islam maka lambat-laun perbuatannya itu akan diketahui juga, kerana itulah Rasulullah s.a.w. bersada yang bermaksudLterjemahan)
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu al-Qur’a dan sunnah.”
Keteguhan nilai Islam bertitik tolak daripada Allah s.w.t. yang menetapkan nilai itu. Allah yang mengetahui segala-galanya yang baik dan yang idak baik untuk manusia. Manusia diperintah melakukan kebaikan, meninggal  kan keburukan.
Akal manusia amat sempit untuk menilai hakikat kebaikan dan keburukan.Kerana itu, pada akal manusia, apa yang baik pada hari ini mungkin buruk pada hari esok. Dengan itu berlakulah krisis nilai, yang menyusahkan manusia untuk menilai apakah sebenarnya yang dikatakan baik dan buruk.
Allah mengetahui segala-galanya dan menetapkan nilai dalam bentuk hukum-hakam, menerusi ajaran agama-Nya iaitu Islam, bagi memudahkan manusia mengikutinya. Oleh sebab itu nilai hidup tidak berubah.(2)
Peranan utama manusia ialah mengabdikan diri dan memberi sepenuh ketaatan terhadap perintah Allah dalam segala aspek kehidupan. Peranan ini disebut sebagai ibadah. Konsep ibadah bukan hanya bermakna solat, puasa, mengeluarkan zakat, dan menunaikan haji sahaja, tetapi ia juga meliputi segala usaha dan aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Malah, sebarang tindakan dan operasi yang dijalankan oleh manusia dianggap sebagai ibadah selagi ianya bertujuan mendapatkan keredaan Allah. Jadi, tanggungjawab asas manusia ialah mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Menurut Islam, manusia mempunyai dua tugas yang berbeza, tetapi saling berkait antara satu sama lain, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya di dunia. Dengan penyempurnaan kedua-dua tugas ini, manusia dianggap beribadah kepada
Allah. Al-Qur’ana menjelaskan salam surah az-Dhariyat ayat 51:56 – 58 yang bermaksud: (terjemaan)
                    “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki daripada mereka dan tidak pula menghendaki supaya mereka memberi Aku makan. Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang sangat kukuh.”
                    Secara khusus, pengabdian diri kepada Allah membabitkan pelaksanaan empat hubungan asas, iaitu hubungan mencancang dengan Allah dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah (ubudiah), hubungan mengufuk dengan manusia dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai makhluk bermasyarakat, hubungan mengufuk dengan alam dalam konteks tangungjawab manusia sebagai pengguna atau pentadbir sumber alam yang bijaksana, dan hubungan dalaman dengan diri sendiri dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rububiyyah).
Pada amnya, tanggungjawab kepada Allah yang menjadi paksi kepada ketiga-tiga  tanggungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah khusus, manakala tiga tanggungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah umum.
Misi untuk menjadi khalifah Allah di dunia merupakan misi yang dipertanggungjawab kan kepada semua manusia. Misalnya, setiap individu bertanggungjawab terhadap manusia dan makhluk lain yang ada dalam persekitarannya. Oleh itu, tugas sebagai khalifah Allah meliputi tanggungjawab  asas, iaitu tanggungjawab kepada manusia, tanggungjawab kepada alam, dan tanggungjawabkepada diri sendiri. (3)
(1) Rujukan: Muhammad Isa Selamat: PENAWAR JIWA, Psikologi Ketenangan Minda. DARUL NU’MAN, 1998
 (3) DR.HARUN DIN MANUSIA DAN ISLAM:  DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 2015
(3)  Nik Aziz Nik Pa: POTENSI INTELEK , Dawan Bahasa dan Pustaka 1999

Thursday, December 13, 2018

SYUKUR ITU IBADAH KERANA ALLAH (S.W.T.)


SYUKUR ITU IBADAH KERANA ALLAH ( S.W.T.)
(Disiarkan pada 15. 12. 2018)
               Syukur alhamdulillah kerana saya sudah menjadi umat Islam! Syukur bermakna berterima kasih kepada Allah(s.w.t.) kerana dibuka hatinya untuk mengenali cara hidup yang dibawa oleh Islam. Kesyukuran dalam hati wajar dapat dirasai oleh setiap umat Islam khususnya masyarakat maulaf kerana Islam adalah agama Allah (s.w.t.) dan Allah perintah kan umat manusia supaya menganut Islam sebagai agama bagimu. Al- Quran menyarankan bahawa janganlah kamu mati melainkan kamu dalam agama Islam.
               Firman Allah (s.w.t.) dalam surah al-Maaidah ayat 5:3 yang bermaksud: (terjemahan)
               “.........Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku, dan telah ku redai Islam itu jadi agama bagi mu.”
               Allah (s.w.t.) selanjutnya menerangkan kepada kaum muslimin dan muslimat kesem- purnaan hidup di alam dunia dan juga di alam akhirat kelak dalam firman-Nya surah Ali Imran ayat 3:103 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah (yang diberikan-Nya) kepadamu, ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan-Nya hatimu, sehingga kamu jadi bersau- dara dengan nikmat-Nya dan adalah kamu di atas pinggir lubang neraka lalu Allah melepas kan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.” 
               Berpeganglah kamu dengan isi kitab Allah dan dengan perjanjian antara kamu dengan Allah kerana setiap manusia dahulunya telahpun menyaksikan adanya Allah dan berjanji untuk bersetia dengan-Nya. Juga dimaksudkan menyeruh supaya kamu bersatu padu di antara satu dengan yang lain dengan penuh kemesraan pada mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Dan tali Allah disini ialah  agama-Nya yang menuju ke jalan yang lurus. Dan dilarang kamu bercerai berai, yakni jangan berselisih faham di antara kamu sesama Islam kelak membawa ke  jalan yang sebaliknya iaitu jalan yang ditegah oleh Allah.
               Di antara jalan-jalan perselisihan dan perpecahan ialah menubuhkan  perkumpul-perkumpulan atau parti-parti yang berdasarkan semangat taassubkan bangsa – masing-masing memandang sukunya atau bangsanya lebih daripada yang lain – dan masing-masing hendak mengalahkan lawannya seperti yang dibayang oleh Tuhan terhadap kalangan suku Aus dan suku Khazraj mahupun yang banyak kita saksikan berlaku di kalangan kita pada masa ini. Jalan-jalan yang membawa perpecahan tersebut hendaklah dijauhi.
               “Dan ingatlah nikmat (kurnian) Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas kamu.”
               Ayat ini khas ditujukan kepada suku Aus dan Khazraj, supaya mengingati peristiwa yang telah lalu iaitu – Tuhan  firman-Nya:
“Ketika kamu bermusuh-musuhan(dahulu),maka dipersatukan-Nya hati kamu menjadi
lah kamu bersaudara dengan sebab nikmat tersebut.”
Sebelum kedatangan agama Islam, kamu adalah suku-suku yang saling bermusuh-musuhan dan berbunuh-bunuhan, yang kuat menganiaya yang lemah dan yang kaya menindas yang miskin. Tetapi Allah telah mengurniakan nikmat-Nya dengan mendatangkan kepada kamu agama Islam.
Disatukan-Nyalah hati kamu sehingga semuanya menjadi saudara yang amat mesra. Hinggalah orang-orang Ansar relah membahagi-bahagikan hartanya, rumahnya, sawah ladangnya dan lain-lainnya kepada saudara-saudara mereka orang-orang Muhajirin.
Dan setengahnya pula – walaupun ia sangat berhajat tetapi diutamakanya kemasahatan orang lain daripada dirinya sendiri. Dan Allah padamkan api peperangan di antara suku Aus dengan Khazraj yang telah berterusan selama 120 tahun. Semua ini disebakan kedatangan agama Islam sebagai nikmat Allah yang patut kamu ingati.
“Dan (ketika itu) kamu berada ditepi lubang neraka maka Allah selamatkan kamu daripadanya.”
Kamu pada masa itu masih lagi dalam keadaan syirik disebabkan menyembah berhala dan menyekutukan Allah – seolah-olahnya kamu berada di tubir suatu jurang api neraka -  yang  menanti ajal atau kematian kamu sahaja. Bila mati, akan masukkan ke dalamnya. Tetapi beruntunglah, sebelum kamu mati telah diselamatkan oleh kedatangan Islam yang berdasar kan tauhid dan menolak penyekutuan itu.
“Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.”
Setelah Allah jelaskan kepada kamu tentang apa yang tersembunyi di hati orang-orang Yahudi untuk menipu kamu, dan tentang hal-hal yang diperintahkan dan yang ditegahkan, begitu pula tentang keadaan kamu semasa jahiliah, yang berakhir kemudianya kamu menjadi orang yang memeluk agama Islam, maka bukti-bukti atau keterangan-keterangan tersebut adalah menunjukkan kelimpahan nikmat-Nya supaya kamu selama memperolehi petunjuknya sehingga tidak lagi kembali berkeadan di zaman jahiliah, berkeadaan berpecah-belah dan antara satu sama lain bermusuh-musuhan.                                                                                                                             
               Syukur merupakan asas dalam perjalanan menuju Allah. Syukur bukan setakat dengan lidah, malah wajib diucapkan dengan lidah dan praktiknya dengan perbuatan. Ibn al-Qayyim berkata: “Syukur adalah ketetapan hati untuk mencintai Allah Yang Maha Memberi Nikmat, anggota tubuh taat beribadah kepada-Nya dan lisan sentiasa berzikir serta memuji-Nya.
               Syeikh Abdul Qadir al-Jailani sepanjang hidupnya sentiasa bersabar dan bersyukur. Beliau sabar menghadap segala dugaan dan bersyukur. Beliau memuji nikmat yang diberikan dengan bersyukur secara lisan, hati dan angggota tubuhnya. Ketika ditanya mengenai syukur, beliau menjawab: “Hakikat syukur adalah mengenali Allah Yang Maha Memberi nikmat dengan cara merendahkan diri, menyaksikan kurnia-Nya dan menjaga kehormatan-Nya. Syukur terbahagi kepada dua; bersyukur dengan lisan dan anggota tubuh, serta bersyukur dengan hati.”
               Dalil syukur adalah seperti firman Allah s.w.t. dalam surah Ibrahim ayat 14:71 yang bermaksud: (terjemahan)
               “.......demi jika kamu bersyukur nescaya akan Aku tambah (ni’matku) untuk kamu...”
Nabi Shallallahu ‘alaihi wassallam bersabda yang bermaksud: (terjemahan)
               “Bukankan aku ini seorang hamba yang bersyukur?”
               Hakikat syukur di sisi ahli hakikat, iaitu mengakui ni’mat Allah dengan penuh rendah diri di hadapan-Nya. Syukur terdiri daripada beberapa bahagian; syukur secara lisan dengan cara mengakui ni’mat yang diberikan Allah Ta’ala dengan penuh rendah diri dan syukur secara anggota tubuh dengan cara menepati janji dan mahu beribadah dan syukur secara hati dengan cara bermusyahadah dan sentiasa menjaga maruah.
               Kesimpulannya, syukur adalah ni’mat yang diberikan Allah tidak digunakan untuk berbuat maksiat kepada-Nya. Apabila rasa syukur itu meresap dalam kalbu kita, wajar kita buktikan dengan amalan, tetapi apakah yang kita amalkan dan bagaimana caranya?
               Soalan seperti ini bermain dalam kepala kita.  Kita hanya tahu apabila kita mengetahui dan beriman dengan kebesaran Allah bahawa kita mestilah menyerah diri kepada-Nya. Tetapi kita tidak mengetahui bagaimana caranya hendak merendahkan diri dan patuh kepadaNya. Apakah caranya dan apakah sistemnya.
               Sudah tentu apabila kita menyedari kebesaran Allah s.w.t. dan menerima hakikat kekuasaan dan kesempurnaan-Nya serta akibat-akibat daripada kebesaran itu seperti yang terkandung dalam Rukun Iman, kita wajiblah merendahkan diri dan patuh kepada yang menjadikan kita dan pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat. Merendahkan diri sebenar adalah menunjukan kesyukuran kepada Allah s.w.t.
               Cara bagaimana kita merendah diri dan patuh kepada Allah s.w.t. ialah dengan menurut dan mematuhi sistem atau peraturan yang telah ditentukan-Nya. Cara atau sistem hidup Ilahi ini terkadung dalam ajaran-ajaran Islam sebagai al-din. Islam sebagai agama mengatur hidup manusia dalam sistem hidup Ilahi yang lengkap dan sempurna serta menca- kupi semua bidang kehidupan.
               Sykur atas nikmat yang diberikan-Nya kepada hamba itu merupakan sifat yang terpuji, sedangkan kufur atau menentang Allah merupakan azab yang sangat pedih. Allah s.w.t. berfiman dalam surah Ibrahim ayat 14:7 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya jika kamuu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan  jika kamu mengingkari nikmat Ku, maka sesungguhnya azabku amat pedih.
               Berulang-ulang Allah memperingatkan dalam al-Qur’an, supaya manusia bersyukur kepada-Nya, yang akan dibalas-Nya dengan ganjaran yang lebih banyak, sebaliknya jangan kufur kerana akibatnya akan merugikan manusia itu sendiri.
               Ada tiga hakikat syukur itu:
(i).   Mengakui bahawa segala nikmat itu datangnya dari Allah s.w.t., walaupun diterima
melalui tangan manusia. Kerana manusia itu pada hakikatnya digalakkan oleh Allah         s.w.t.
(ii)   Membesarkan syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. itu.
(iii)  Dipergunakan segala nikmat yang diberikan oleh Allah itu untuk kebajikan.
                 Menyalahgunakan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. bererti kufur dan akan menerima seksaan dan azab yang sangat pedih.                       
               Dari cara bangun daripada tidur sehinggalah kepada cara mentadbir negara dan mengatur perhubungan di antara negara-negara dalam hubungan antara umat di dunia ini. Bukan sekadar mengatur hidup di dunia, bahkan mengatur peraturan-peraturan bagaimana menghadapi maut dan bagaimana menghantar manusia ke  pintu kuburnya.
               Tuntutan supaya mengamalkan ajaran-ajaran Islam sebagai satu-satunya cara kita mematuhi dan merendahkan diri kepada Allah s.w.t. bukan sahaja sebagai ‘akidah dan kesan daripada tuntutan keimanan kita, bahkan juga kerana Islam itu sendiri merupakan sistem yang paling layak dan sesuai untuk manusia. Sistem atau cara hidup yang menjamin kesejahteraan manusia. Cara hidup yang serasi dengan hukum-hukum alam dan tidak menodai dan merosakkan alam sekeliling kita kerana dasar-dasar dan pengajarnnya yang serasi dan sesuai dengan kejadian alam.
               Di antara keistimewaan-keistimewaan Islam sebagai sistem atau cara hidup yang memastikan kita memilih sistem ini untuk dilaksanakan dan dihayati dalam hidup ialah:

Islam ialah Cara Hidup untuk manusia yang Datang daripada Allah s.w.t
Sebagai cara hidup manusia yang datang daripada Allah s.w.t. maka ia adalah ciptaan yang Maha Mengetahui. Dengan lain perkataan Islam adalah sistem atau cara hidup yang  dibetuk berasaskan ilmu, berbanding dengan lain-lain sistem dan cara hidup manusia yang berasaskan kejahilan dan kekurangan manusia yang Allah s.w.t. mengetahui semua rahsia dan hakikat manusia. Apa yang baik dan buruk untuknya. Ia mengetahui rahsia dan segala hukum-hukum dan  tabiat semula jadi, kerana Dialah yang menciptanya.
Allah s.w.t. yang mengetahui semua yang telah lalu, yang sekarang dan akan datang.  Apabila Allah s.w.t. menentukan satu sistem untuk manusia, maka sistem itu sempurna dan serasi dengan hukum-kukum, tabiat semula jadi manusia, kerana manusia tidak mengetahui semua rahsia mengenai dirinya, tentang hakikat rohaniahnya.
Mengenai hukum-hukum dan rahsia alam, mengenai perkara telah lalu, sekarang dan akan datang, sudah tentulah cara hidup dan peraturan-peraturan yang ditentukannya, tanpa berpandukan hukum Allah s.w.t. dipenuhi kekuragan, kesilapan, kezaliman dan penentangan dengan tabiat semula jadi manusa dan rahsia-rahsianya.

Islam ialah Cara Hidup yang Menyeluruh yang Mengatur semua Bahagian daripada Kehidupan Manusia.
                    Islam ialah satu sistem dan cara hidup yang melangkapi semua kegiatan hidup manusia. Tidak ada kegiatan manusia yang tidak ada peraturan Islam dalamnya. Seperti yang dikatakan sebelum ini Islam menetapkan peraturan tertentu seperti cara bagaimana bangun dari tidur hinggalah kepada menyusun masyarakat dan menentukan hubungan antara negara dan umat di dunia ini. Tidak ada sistem-sistem hidup di dunia ini yang menentukan aturan-aturan dan susunan-susunan yang selengkap Islam.
                    Oleh itu tidak sepatutnya seorang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan rasul-Nya
mengatakan bahawa bidang ini hak saya dan sayalah yang mengaturnya di luar daripada susunan Islam, kerana Islam mempunyai hukum yang tertentu terhadap apa sahaja yang keluar daripada manusia bahkan ia mempunyai hukum tertentu terhadap pemikiran-pemikiran dan fahaman-fahaman yang diletakkan dalam kepalanya dan kecendrungan-kecendrungan yang disematkan dihatinya.
                    Hidup dalam Islam, manusia amat bersyukur kerana Allah sediakan segala keperluan hidup seperti mana yang termaktub dalam akidah Islam sebagai cara hidup. Maka itu setiap manusia wajar memahami hubungan manusia dengan Islam lewat ilmu yang digunakan dalam melaksanakan amal ibadah kerana Allah. Maka itu ilmu, amal dan Islam menjadi nadi pembangunan manusia seutuhnya.

Saturday, December 8, 2018

AGENDA MEMURNIKAN KEHIDUPAN SEBAGAI MUKMIN


AGENDA MEMURNIKAN KEHIDUPAN SEBAGAI MUKMIN
(Disiarkan pada 08. 12. 2018)
Hidup sebagai mukmin wajar dihiasi dengan ketakwaan kepada Allah (s.w.t.).  Manusia mukmin dipetanggungjawabkan untuk memegang amanah Allah sebagai khalifah-nya di alam kehidupan. Seorang hamba wajar mempunyai budaya istiqamah melaksanakan ketaatannya kepada Allah (s.w.t.). Ibadah yang berterusan di dalam amalan memurnikan kehidupan lebih disukai oleh Allah (s.w.t.), walaupun amalan yang dikerjakan itu sedikit,
Daripada Suffan bin Abdullah katanya: "Aku telah bertanya kepada Rasulullah (s.a.w.): Ya Rasulullah katakanlah kepadaku dalam Islam perkataan yang aku tidak menyoalnya kepada sesiapa pun melainkan kamu." Rasulullah (s.a.w. )telah bersabda maksudnya: (terjemahan)
Katakanlah! Aku beriman dengan Allah kemudian beristiqamahlah.
Istiqamah adalah ibarat melazimkan diri di atas suatu jalan di mana seseorang itu melakukan amalan-amalan yang diwajibkan dan meninggalkan perbuatan yang dilarang. Ini adalah sebagaimana firman Allah (s.w.t.) surah Hud ayat ll:ll2 yang bermaksud: (terjemahan)
“Tetapkanlah pendirian engkau dan pendirian orang-orang yang kembali (kepada Allah) bersama engkau sebagaimana engkau diperintahkan dan janganlah kamu melanggar perintah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu kerjakan.”
Mereka  yang istiqamah di dalam mentaati Allah (s.w.t.) dan Rasul-Nya(s.a.w.) akan mati dengan kematian yang mulia dan mendapat perkhabaran gembira mengenai syurga sebagaimana yang difirmankan oleh Allah (s.w.t.) dalam surah Fussilat ayat 41:30 yang bermaksud:(terjemahan),
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, malaikat akan turun kepada mereka (di waktu sakratul maut dengan mengatakan): Janganlah kamu merasa takut dan bersedih hati dan gembirakanlah mereka dengan (memperolehi) syurga di dalamnya tersedia apa yang diingini oleh kamu."
Istikamah di atas syairat Allah (s.w.t.) dengan memelihara perintah-perintah-Nya serta ghairah untuk melazimkan diri supaya beristiqamah dengannya demi menamatkan kehidupan di dalam keadaan yang sedemikian. Amalan solih memelihara iman dan memimpin si empunya diri ke arah kejayaan.
Amalan yang mewajibkan masuk ke dalam syurga terkandung di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah An-Ansar (r.a) bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah (s.a.w.): "Apakah pendapat Tuan sekiranya aku bersembahyang fardu, berpuasa di bulan Ramadan dan menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang haram, adakah aku dimasukkan ke dalam syurga?' Jawab Baginda (s.a.w): “Ya”
Maksud aku mengharamkan apa yang diharamkan adalah aku menjauhkan segala yang diharamkan oleh Allah (s.w.t.) dan menghalalkan apa yang halal dan adalah aku melakukan barang apa halal tersebut dengan beriktikadkan kehalalannya. Sekiranya seseorang itu menghalalkan apa yang halal dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah (s.w.t.) sesungguhnya dia telah melaksanakan tanggungjawab agama dan akan masuk ke dalam syurga dengan sejahtera.
Menjaga halal dan haram di dalam makanan, minuman, pakaian, perniagaan dan jual beli, pinjam meminjam, percakapan, pergaulan dengan masyarakat dan lain-lain aspek kehidupan adalah dari perkara yang diwajibkan. Di dalam setiap urusan kehidupan individu mukmin terdapat perintah Allah s.w.t.). Untuk mengetahui apakah perintah-perintah dan larangan-larangan Allah (s.w.t.) yang berkaitan dengan setiap urusan tersebut orang-orang yang beriman lelaki dan wanita diwajibkan untuk menuntut ilmu sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah fardu ke atas lelaki dan wanita yang beriman".
Satu faktor yang unggul yang menyebabkan kejatuhan umat Islam pada zaman ini pada pandangan Allah (s.w.t.) dan seterusnya kehinaan mereka dari pandangan penduduk dunia adalah kerana perhubungan mereka dengan Allah(s.w.t.) dan Rasul-Nya (s.a.w.) tidak lagi dihargai. Pemeliharaan hubungan ini adalah dengan menjaga perintah-perintah keduanya. Semuanya ini terkandung di dalam firman Allah (s.w.t.) surah an-Nisaa ayat 4:59 yang bermaksud:
(terjemahan)
"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan Rasul-Nya"
Di dalam riwayat hadis yang telah diriwayatkan sebelum ini bahawa apabila umat  Islam membesar-besarkan kehidupan dunia maka hati mereka luput dari mencintai agama Islam dan apabila mereka meninggalkan usaha mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah mereka dari kemungkaran mereka tidak akan dapat rahmat wahyu. Rahmat wahyu adalah pemahaman Al-Qur'an terhadap diri mereka melalui firman Allah (s.w.t.).
Wabak penyakit yang timbul selepas itu ialah mereka tidak lagi memahami apakah maksud hidup mereka di dalam dunia ini sebagai orang-orang Islam dan hamba-hamba Allah (s.w.t.). Ketidaksempurnaan iman di kalangan orang-orang Islam melonggarkan hubungan persaudaraan (ukhuwah) di antara mereka. Apa yang terjadi adalah wujudnya peperangan dan bunuh membunuh di antara mereka, caci mencaci, kafir mengkafir dan sebagainya. Apabila kesatuan umat tidak menjadi longgar maka mudah sahaja musuh-musuh Allah (s.w.t.) memperrnain-mainkan mereka.
Jika keadaan ini berterusan mereka tidak akan dipandang oleh Allah (s.w.t.) dengan pandangan rahmat-Nya sehinggalah mereka kembali kepada A1-Quran dan Al-Hadis untuk meyelesaikan masalah tersebut. Oleh yang demikian di sinilah peranan dakwah amar makruf nahi mungkar paling besar dan penting kerana melalui perantaraan kerja Yang mulia inilah Allah (s.w.t.) telah membaiki manusia di zaman jahilliah.
Lalai dari mengingati kehidupan akhirat telah menjadikan orang-orang Islam hamba-hamba kepada syaitan sama ada syaitan dari golongan manusia ataupun syaitan anak cucu iblis. Arus pembangunan telah menghanyutkan mereka kepada khayalan yang tidak bertepi di mana di dalam masa yang sama mereka menganggap segala perbuatan mereka adalah simbol kemajuan.
Oleh kerana itu, agama dan perintah-perintah Allah (s.w.t.)  tidaklah mempunyai erti apa-apa di sisi mereka. Begitu juga terdapat golongan umat Islam yang mahu mengamalkan Islam tetapi dengan cara mereka sendiri iaitu yang sesuai dengan tuntutan hawa nafsu mereka. Apabila muncul sekumpulan umat Islam bangun di tengah-tengah kerosakan umat dengan usaha dakwah mengajak manusia kembali kepada ajaran lslam yang sebenar maka golongan ini akan mula melimparkan berbagai-bagai fitnah.
Alasan mereka, golongan dakwah ini akan melontar generasi mereka ke arah kemunduran. Golongan yang seperti ini mempunyai bahagian kecil dari mereka sifat nifak (munafik) di mana mereka kurang keyakinan dengan kekuatan ajaran agama Islam itu sendiri. Apa yang mereka mahu adalah Islam di mana apa yang mereka suka mereka akan amalkan dan barang apa yang bertentangan dengan hawa nafsu mereka tentu sekali ditolak. Di dalam masa yang sama pula mereka berpendapat mereka adalah orang-orang yang benar.
Mereka tidak menyedari bahawa merekalah yang sebenarnya menyemai benih-benih kemorosatan di dalam diri mereka dan masyarakat Islam pada umumnya. Ini adalah disebabkan syaitan telah mewarnai perbuatan mereka, menghiasinya dan oleh kerana itu mereka menganggapnya sebagai satu kebaikan.
Firman Allah (s.w.t.) di dalam surah An-Nisa'ayat 4:120 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Syaitan membuat janji-janji dan angan-angan kosong kepada mereka. Apa yang dijanjikan oleh saitan hnyalah tipuan belaka.”
Menjanjikan keuntungan yang menarik hati padahal membawa rugi menjanjikan hari depan yang membawa bahagia, pada hal celaka. Mengkhayalkan petunjuk padahal sesat. Dijanjikan oleh syaitan akan kaya, asal mahu berjudi, padahal melarat jadinya. "Dan akan memenuhi mereka dengan angan-angan."Khayal yang tidak-tidak, menggantang asap. Seumpama orang yang berkhayal akan kaya raya apabila memasang Lotre, pada hal hanya berhabis harta. Sehingga banyaklah orang yang mati kerana angan-angan belaka. Sebab itu ditegaskan Tuhan, "Dan tidak ada yang dijanjikan syaitan kepada mereka itu, selain tipu belaka.
"Begitu juga firman Allah (s.w.t.) di dalam surah Ibrahim ayat 14:22 yangbermaksud: (terjemahan)
"Dan syaitan itu berkata apabila perkara itu sudah diputuskan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan knmu janji yang benar, dan aku pun menjanjikan kamu. Dan tiadalah aku berkuasa atas kamu, melainkan aku mengajak kamu maka kamu terima ajaknnku. Oleh sebab itu, janganlah kamu cela aku tetapi celalah diri kamu sendiri. Tiadalah aku dapat menolong kamu dan tiada pula kamu dapat menolong aku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku menolak tentang kamu mempersekutukan aku (dengan Allah). Sesungguhnya orang-orang yang zalim bagi mereka selcsa yang pedih"
Allah berfirman: "sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu janji yangbenar, dan aku pun menjanjikan kamu lalu aku memungkiri kamu."
Kata syaitan itu, Allah ada menjanjikan kepada kamu dengan perantaraan para rasul dan menerangkan tentang adanya hari kebangkitan (ba'ath) dan perkiraan (hisab) serta pembalasan amal - jika baik dibalas baik dan jika jahat dibalas jahat (1)  semua janji-Nya benar dan berlaku seperti yang kamu saksikan sekarang ini. Sedangkan aku ada menjanji kepada kamu; bahawa syurga, neraka,kebangkitan, perkiraan dan pembalasan itu semuanya tidak ada. Kalau perkara-perkara itu umpamanya ada, maka patung-patung dan berhala-berhala yang kamu sembah itulah yang akan memberikan pertolongan dan syafaat. Lalu akupun memugkiri kamu tentang janji itu, sebab ia sama sekali tidak benar.Tetapi kamu telah mengikut aku dan kamu tinggalkan janji Tuhanmu sedangkanDia berkuasa ke atas kamu.
Juga firman Allah (s.w.t.) di dalam surah Al-Anfaal ayat 8:48 yang bermaksud : (terjemahan) "Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang hak pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusia pun yang  dapat menang terhadap kamu pada hari itu dan sesungguhnya saya ini pelindung kamu. " Maka tatkala kedua pasukan itu bertemu syaitan itu mundur ke belakang dan berkata; "sesungguhnya saya berlepas diri dari kamu; sesungguhnya saya dapat melihat apo yang kamu sekalian tidak dapat melihat;sesungguhnya saya takut kepada Allah. Dan Allah sangat keras siksanya/".
Ini adalah kerana syaitan amat membenci kepada kebaikan apatah lagi kepada usaha yang dilakukan untuk mengajak manusia kepada kebaikan.Syaitanlah yang telah membisik-bisikan ke telinga mereka supaya menentang golongan yang melakukan kerja dakwah amar makruf nahi mungkar dengan alasan Islam yang adapadamereka sudah mencukupi (Islam yang sesuai dengan hawa nafsu mereka. Pada hakikatnya syaitanlah yang telah menghiasi amalan-amalan mereka supaya mereka menyangkan merekalah orang-orang Islam yang sebenarnya
Tiada seorangpun dari kalangan umat ini akan mencapai kesolihan dan seterusnya keredaan Allah (s.w.t.) sekiranya tidak beriman dengan Rasul-Nya dan dengan apa yang datang bersamanya iaitu Al-Quran yang merupakan kitab yang terakhir diturunkan oleh Allah (s.w.t.) yang sekali gus membatalkan kitabkitab yang terdahulu.
Setiap ayat Al-Quran hendaklah diimani, setiap janji-janji dan ancaman  Allah (s.w.t.) yang terkandung di dalamnya mestilah diyakini akan kebenarannya dan setiap perintah Allah (s.w.t.) yang dinyatakan di dalamnya hendaklah ditaati. Apa yang telah diharamkan oleh Al-Quran hendaklah diharamkan dan barang apa yang dihalalkan oleh-Nya hendaklah dihalalkan. Sekiranya seorang Islam itu ragu-ragu dan syak wasangka terhadap firman Allah (s.w.t.) walaupun satu ayat ia adalah dianggap berpaling dari Al-Qur'an.
Firman Allah (s.w.t.) ayat 43:36-37 yangbermaksud: (terjemahan)
"Dan siapa yang tidak mempedulikan pengajaran Tuhan yang Pengasih,Kami (Allah) akan sedialmn baginya syaitan, dialah yang menemaninya. Dan sesungguhnya pcra syaitan tersebut sememcrngnyq akan menghalang-halangi merelra dari (rnengikuti) jalan y*ng berar dan mereka mengira bahawa mereke dapat petunjuk. "
Peringatan Yang Maha Pemurah ataupun zikrur Rahman adalah apa yang datang bersama dengan Rasulullah (s.a.w.) iaitu ihnu Al-Quran" Tidak membenarkan setiap yang diberi tahu oleh Allah (s.a.w.) dan tidak beriktikad akan kewajipan mengerjakan segala suruhan di dalam Al-Quran adalah di anggap berpaling dari Al-Quran. Oleh yang semikian syaitan menjadi teman dapingannya.
Allah menguatkan pernyataan-Nya, bahawa syaitan pasti kerjanya suka menghalang-halangi oftrng-orang yang kufur lagi tersesat itu dari mengikuti jalan Allah, iaitu jalan yang baik dan benar, sedangkan mereka pula menyangkakan pada khyalan mereka terpandu ke jalan yang benar, walhal sudah pun tersesaat.
(1) 
 Riwayat oleh Muslim