Monday, December 23, 2019

BERAMAL SEMESTINYA DENGAN ILMU


BERAMAL SEMESTINYA DENGAN ILMU
(Dsiarkan pada 21. 12 2019)
           Ilmu dan amal merupakan tunjang peribadatan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia merupakan garam dan gulai dalam kehidupan seorang mukmin. Untuk mendapatkan sesuatu makanan atau lauk yang menjemput selerah, garam merupakan bahan yang menimbul kan rasa yang mejemput selerah makan. Garam itu diibaratkan sebagai ilmu dalam pembangu- nan umat.
           Nabi Muhammad SAW menerima wahyu dari Allah SWT dalam perantaraan malaikat Jibril selama lebih kurang 23 tahun. Baginda Rasul menerima pendidikan langsung dari Allah SWT melalui malaikat Jibril. Wahyu pertama diterima Baginda ialah Allah memerintahkan nya supaya membaca (Iqra). Nabi Muhammad SAW dilahirkan dalam keadaan miskin dan setelah meningkat usinya 6 tahun menjadi anak yatim Piatu.
         Apabila baginda menerima wahyu pertama yang memerintahkannya untuk membaca, baginda  memberitahu malaikat Jibril bahawa dia tidak pandai membaca. Baginda Rasul memang seorang yang ummi atau buta huruf kerana ia tidak pernah menjejaki kaki di institute pendidikan. Malaikat Jibril mengulangi tiga kali perintah membaca dan Rasul juga mengu- langi tiga kali mengatakan ia tidak tahu membaca.
           Kemudian Malaikat Jibril mengajarnya untuk membaca. Jibril mengatakan “Bacalah Wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia menciptakan manusia daripada darah; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui nya.”
          Perintah membaca itu ditujukan kepada manusia. Apa yang dibaca ialah dua dokumen, iaitu dokumen yang terucap oleh Allah SWT iaitu al-Quran, melalui malaikat Jibril dan dokumen ke dua ialah yang tercipta oleh Allah iaitu isi alam ini termasuklah manusia sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya untuk memakmurkan alam kehidupan. Allah tidak mencipta sesuatu makhluk di alam ini tanpa tujuan.
          Manusia diwajibkan menuntut ilmu melalui pembacaan kerana dengan ilmu manusia mempunyai nilai dan nilai inilah menempatkan manusia lebih mulia daripada makhluk Allah yang lain. Walaubagaimana pun ramai manusia yang berilmu tidak faham  menjalankan peranan sebagai khalifah Allah SWT. Dalam erti kata lain individu berkenaan tidak faham bagaimana menterjemahkan ilmu kepada pembangunan, yang ada pada mereka.
           Perintah membaca yang diperintahkan Allah SWT kepada manusia melalui wahyu-Nya yang disampaikan kepada Muhammad terbahagi kepada tiga kategory. Pertama ialah membaca dan memahami diri kita sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Kedua ialah membaca dokumen wahyu  yang Allah telah ucapkan seperti mana yang kita ada kepada Al-Quran dan ketiga ialah membaca isi alam ini iaitu dokumen yang Allah s.w.t. telah cipta; kerana Allah mencipta sesuatu makhluk semestinya ada tujuan dan manfaat-Nya.
           Mengenali diri kita adalah yang amat terpenting berbanding dokumen lainnya. Para ulama mengatakan bahawa mengenali dirimu sebelum anda mengenali Allah iaitu zat yang mencipta kita, adalah penting. Fitrah berfikir adalah suatu alat untuk mengenali diri sendiri, seperti mana yang telah dilakukan oleh Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Al-Singkel dan lain-lain ulama’ zaman Acheh, yang mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali dirinya sendiri.
           Apakah yang amat penting untuk mengenali diri kita sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya di alam dunia ini? Setiap individu mukmin wajar mengenali  ciri-ciri yang membentuknya sebagai manusia. Manusia tercipta oleh Allah dalam dua unsur iaitu unsur yang bersifat nyata dan unsur yang bersifat ghaib. Unsur yang bersifat nyata ialah daripada tanah seperti jasad kita manakala unsur yang bersifat ghaib ialah roh iaitu ciptaan Allah SWT yang membentuk rohani kita.
           Maka itu sedarkanlah diri bahawa manusia mempunyai  dua tanggungjawab yang amat penting dalam melaksanakan pembangunan kehidupan. Tanggungjawab menjaga kebajikan  jasmani kita dan juga tanggungjawab menjaga kebajikan rohani kita. Sebuah buku yang telah dihasilkan oleh Bicara Minda, kini menanti diterbit bertajuk: “ Tanam Padi Rumput Tumbuh Sama Tetapi Tanam Rumput Padi Tidak Akan Tubuh Sama.” 
         Padi dianalogikan sebagai pembangunan manusia kerana ia menjadi makanan utama dalam kehidupannya; manakala rumput pula tidak menjadi makanan manusia. Maka itu padi dianalogikan sebagai pembangunan rohani dan jasmani manusia  dan rumput tidak dalam kategori tersebut. Oleh itu menumpukan kebajikan memelihara padi menjadi pembangunan manusia jasmani dan rohaninya. Tetapi tidak kepada rumput kerana bukan makanan manusia.       
          Tujuh anggota badan yang paling berpengaruh di dalam mengerjakan aktiviti dosa di antaranya ialah mata, lelinga, lidah, perut, kemaluan (farj), tangan dan kaki. Sehingga ada ulama’ yang mengatakan, Allah SWT menciptakan tujuh neraka itu sebagai penyeksaan terhadap anggota-anggota yang melakukan perbuatan dosa.
           Oleh sebab itu maka mata itu hendaknya digunakan melihat kepada yang baik dan suci, jangan melihat yang haram. Telinga untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Dan tidak  digunakan untuk mendengar sesuatu yang mengandungi nilai maksiat dan haram seperti mendengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Lidah hendaklah digunakan untuk mengucap zikir, istigfar membaca Al-Quran, berdakwah dan sebagainya.  
           Begitu juga perut, haruslah diisi dengan makanan yang halal bukan dari barangan yang haram, sebab makanan yang haram dapat menutup pintu hati. Kemaluan atau faraj itu hendaklah dikendalikan jauh dari berbuat zina dan sebagainya. Tangan, hindarkan dari perbuatan yang dilarang oleh agama seperti mencuri, memukul orang lain, membunuh, memegang  sesuatu yang haram dan sebagainya. Kaki juga harus digunakan untuk pergi mengerjakan ibadah, ke mesjid dan sebagainya. Sebaliknya tidak di gunakan untuk pergi ke tempat tempat maksiat, dan juga tempat-tempat yang berunsur haram seperti perjudian termasuklah membeli empat ekor.
           Sudut lain yang perlu kita mengetahui tentang diri kita ialah mengenai organ yang dikenali sebagai hati. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa di dalam tubuh kita Allah bekalkan segumpal daging. Jika ia tidak baik maka seluruh anggota badan kita turut sama tidak baik, tetapi jika dia baik maka seluruh anggota dalam badan kita turut sama baik. Itulah yang dikenali sebagai hati.
           Akal manusia juga baginda kategorikan sebagai rasul dalam diri seorang insan. Akal yang memimpin manusia ke jalan yang diredai Allah SWT.  Akal serupa demikian dianalogikan sebagai malikat dalam diri  seorang insan. Maka itu seorang insan mempunyai dua jenis akal iaitu akal kesyaitanan dan juga  akal kemalaikatan. Demikianlah ciri-ciri kemanusiaan dalam pembangunan tamadun kehidupan yang wajar dibaca dan difahami oleh seorang insan.
          Dokumen yang terucap oleh Allah SWT ialah dokumen yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril iaitu Al-Quran. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW mendapat pendidikan dari langit langsung dari Allah SWT melalui malaikat Jibril. Setiap wahyu Baginda terima dari Allah SWT melalui malaikat Jibril,  Baginda hafal dan terjemahkan ilmu berkenaan ke dalam diri baginda. Maka itu Al-Quran  mempunyai lebih kurang 6,666 ayat yang diterima Rasul dari Allah SWT melalui malaikat Jibril selama 23 tahun. 
           Al-Quran telah diterjemahkan Rasul dalam dirinya. Beliau menghuraikan makna setiap wahyu dalam Al-Quran untuk umatnya yang dikenali sebagai Hadith Nabi Muhammad SAW. Maka para cendikiawan mengenali Nabi Muhammad SAW sebagai “ Walking Al-Quran.” Al-Quran juga sebagai dokumen yang dikenali sebagai “Ad-deen” atau dalam bahasa Melayunya  sebagai cara hidup. Maka itu umat Islam diwajibkan membaca dan memahami perintah Islam seperti dalam Al-Quran kerana dokumen tersebut membetulkan cara hidup  manusia yang diredai Allah SWT.
           Menghafal Al-Quran menjadi kewajipan seorang mukmin kerana mereka yang berjaya menghafal Al-Quran dikategorikan sebagai Al-Hafiz. Jika seorang mahasiswa atau mahasiswi telah berjawa mendapat ijazah peringkat Phd. Maka ia mendapat gelaran Doctor falsafah. Di mana sahaja  namanya digunakan wajar disertai dengan gelaran Dr. (Doktor).
           Islam dikenali sebagai cara hidup manusia, maka beberapa ayat atau perkataan yang wajar disematkan dalam hidup manusia atau dizikirkan demi untuk mendapat hidayah dari Allah SWT.. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pemberi rahmat kepada umatnya. Jika kita amalkan zikir sifat Allah tertentu, maka Allah akan sedia memberi rahmat kepada orang yang berusaha menuntut ilmu..
           Sifat Allah seperti  “Ya Kafi” - Allah yang Maha Mencukupkan. “Ya Ghani” – Allah yang Maha Kaya. “Ya Fatta” – Allah yang Maha Pembuka pintu rahmat. “Ya Razak” – Allah yang Maha pembekal Rezeki.
           Sifat-sifat Allah sedemikian suci, wajar manusia dapat mengenali dan menterjemahkan dalam diri individu berkenaan dengan amalan zikir. Inilah antara ilmu Allah yang wajar manusia mengenalinya serta menterjemahkan kepada kehidupan diri di dunia yang fana ini.
           Seperkara lagi dalam hidup ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT kita wajar mengenali  kalimah-kalimah Allah yang Allah untukan kepada kita sebagai hamba-Nya dan wajar dilakukan budaya zikir setiap hari: tujuh kali beredar dalam satu minggu mulai hari  hari Jumaat hingga hari Kamis.
          Pada hari  Jumaat iaitu peghulu kepada tujuh hari seminggu hendaklah amalkan zikir: “ Ya Allah” seberapa yang boleh, kalau mampu, sebanyak seribu kali terutama sekali semasa solat Jumaat. Manfaatnya - “Sentiasa taat kepada Allah SWT.
           Pada hari Sabtu kita amalkan zikir – “La illa ha illalah hu”- seberapa banyak yang boleh  - manfaatnya: “Tetapkan hati.”
           Pada hari Ahad kita amalkan zikir – “Ya Hayu ya  Qayyum.”sebanyak yang boleh; kalau mampu seribu kali sehari semalam. Manfaatnya sentiasa hidup  di dalam peliharaan Allah.
           Pada hari Isnin anda amalkan zikir – “La haula wala Quata illa bill Hil aa liiyul Azim”- seberapa yang rela. Manfaatnya: hilang riak dan takabur.
         Pada hari Selasa, anda amalkan zikir – “Allah Huma Salleh Allah Saidina Muhammad”. (salawat Nabi). Manfaat-nya – sebagai tanda  kasih sayang kepada Nabi muhammad SAW.
           Pada hari Rabu, anda amalkan zikir: “Astagfirullah hal azim”. Sebanyak yang boleh; kalau mampu seribu kali sehari semalam. Manfaatya  - hilang titik hitam di hati.
           Pada hari Kamis, anda  amalkan zikir  “Subhanallah Hill Azimi Wabih hamdih – beberapa kali yang mampu – manfaatnya hapus dosa sebesar buih.
   Demikian contoh-contoh  yang dapat kita perolehi melalui pembacaan terhadap dokmen yang terucap oleh Allah SWT.
            Membaca dokumen yang tercipta oleh Allah SWT adalah mengenai ilmu yang tercipta oleh Allah iaitu segala makhluk yang ada dalam cakerawala alam kehidupan sama ada yang hidup mahupun yang sebaliknya. Tumbuh-tumbuhan, haiwan, berbagai jenis insekta mahupun segala makhluk yang membawa kemuderatan kesihatan manusia seperti kuman berbagai jenis dan sebagainya.
           En Jerry D. Gray telah menulis sebuah buka bertajuk, “Rasulullah Is My Doctor.” telah menceritakan tentang hasiat Habbatussauda  atau (biji Jintan hitam). Biji Jintan hitam adalah herbal yang sangat baik terutama mempertahankan system kekebalan yang kuat dan sehat. Ia juga sangat berguna bagi mereka yang menderita asma dan masalah pernafasan. Biji jintan hitam merangsang sumsum tulang dan sel-sel kekebalan dan meningkatkan produksi interferon, melindungi sel-sel normal terhadap efek menghancurkan sel virus, mengahancur kan sel timor dan meningkatkan jumlah anti bodi yang memproduksi sel B.             
          Ramuan dari pasar – Apel (membantu mengurangi kadar kolesterol dan risiko kanker. Apel sangat tinggi serat membantu menghindari sembelit (sukar buang air besar). Kurma – Gula alami yang terkandung dalam kurma jauh  lebih sehat daripada gula pasir olahan. Buah kurma sangat baik untuk menyembuhkan batuk, pilek, asma radang tenggorokan, demam. Kurma juga menyediakan tenaga ekstra bagi mereka yang biasa melakukan olaraga fisik dan kerja keras.
           Demikialah contoh-contoh yang dipetik dari buku: “Rasulullah is My Doktor” ditulis oleh Jerry D. Gray mengenai herbal yang mempunyai hasiat sebagai perubatan. Beramal semestinya dengan ilmu kerana ilmu adalah kedatangan makna terhadap sesuatu fenomena.  termasuklah dokumen yang Allah sediakan kepada pembangunan manusia seperti al-Quran dan dokumen yang tercipta oleh Allah iaitu segala makhluk yang ada di alam kehidupan manusia.  Maka itu hiasilah diri anda  dengan ilmu kerana menuntut ilmu adalah sepanjang zaman. Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa menuntut ilmu mula dari buaian hingga ke liang lahad.

Friday, December 13, 2019

Muliakan Hidumu Berasaskan amal Ibadah Kepada Allah SWT.


                            MULIAKAN HIDUPMU BERASASKAN AMAL IBADAH KEPADA ALLAH SWT.          
                                                                       ( Disiarkan pada 14. 12. 2019)
                                                                                              
               Allah SWT wujudkan manusia untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah SWT dalam surah Adz-Dzaiat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan Tiadalah Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepada-Ku.”
               Tujuan Allah menjadikan makhluk dari bangsa jin dan manusia ialah untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyembah Allah dengan mengabdikan diri kepada-Nya dan mengesakan-Nya – bukan  supaya mereka mencari kepentingan hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya. Kerana mereka  tidak memiliki  manfaat atau mudarat bagi diri mereka, bahkan tunduk kepada qadak-Nya.
               Erti sembahyang dari segi bahasa ialah “doa kepada kebaikan” iaitu doa untuk menghampiri diri kepada Allah; dengan memohon ampun ke atas sesuatu dosa atau mensyukuri sesuatu nikmat atau mendirikan sesuatu kewajipan ibadat.
               Sembahyang jua menyatakan taat dan kehendak kepada Allah melalui perkataan dan berbuatan. Sesungguhnya Allah mewajibkan sembahyang ke atas hamba-Nya untuk Allah mengingatkan mereka bahawa mereka mempunyai kewajipan dan supaya mereka bergantung kepada sembahyang itu bagi meringankan apa-apa kesusahan dan bencana hidup yang mereka tempuhui. Maka sembahyang juga ialah memuji Allah yang patut dibuat oleh makhluk kepada-Nya.
               Masyarakat manusia memerlukan kekuatan rohani untuk mengangkat jiwa seseorang kepada suatu tingkat tertinggi, iaitu perasaan takutkan dirinya dari terpengaruh dengan kebendaan dan kepentingan diri yang akan membawa kerosakan di bumi. Sedangkan sembahyang memberikan masyarakat manusia kekuatan rohani yang diperlukan untuk mem- perbaiki diri.
               Dilihat dari sudut jiwa, apabila seseorang tidak mempunyai hubungan rohani dengan Tuhannya, maka lahirlah tanda liar serta mempuyai perasaan tidak puas terhadap sesuatu. Ada kemungkinan ia mengatakan bahawa tingkah laku liarnya itu disebabkan oleh dia tidak bernasib baik dalam suasuatu permainan dan dengan demikian dia akan mersakan tindakan liarnya dengan menjadi pemabuk.
               Orang seperti itu akan menghabiskan masa hidupnya dalam keadaan demikian dan sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan tidak tenteram. Sedangakan sembahyang membolehkan seseorang itu memohon dari Tuhannya apa juga perkara yang dikehendakinya, ia tidak akan merasa putus asa dan sembahyang juga akan mendorongkan seseorang memohon pertolongan hanya kepada Allah sahaja. Sesungguhnya seseorang manusia yang berpegang kepada tali Allah tidak akan sekali-kali berputus asa. Dia akan tabah menghadapi apa jua masalah yang rumit atau pun mungkin  merbahaya.
Dari sini jelaslah bahawa hubungan roh kemanusiaan dengan Tuhannya biarpun hanya  dalam masa yang singkat pada setiap hari, merupakan keperluan-keperluan yang diingini oleh manusia. Dengan sebab itulah Allah mewajikan sembahyang.
Al-Quran menyuruh orang-orang yang beriman supaya menunaikan sembahyang melalui beberapa ayat yang yang di antaranya:
Firman Allah surah An-Nisa’ ayat 4:103 yang bermaksud: (terjemahan)
“Maka dirikanlah sembahyang itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
Allah menyuruh umat Islam menunaikan sembahyang fardhu itu mengikut waktunya merupakan pengajaran kepada mereka supaya terbiasa memelihara waktunya yang berharga dan mengatur waktunya dengan cara yang sebaik-baiknya. Sehingga merupakan tiap-tiap pekerjaannya itu berwaktu dan teratur. Sesuatu pekerjaan yang selalu ditangguh-tangguhkan, lama-kelamaan  pekerjaan itu semakin bertambah banyak akhirnya tak dapat ditunaikan. Begitu pula halnya dengan sembahyang, jika ditanggu-tangguhkan akan menjadi banyaklah bilangan sembahyang yang telah ditinggalkan lalu datanglah perasaan malas hendak menunaikannya.
               Allah SWT befirman dalam surah Muddaththir ayat 74:42-44 yang menceritakan keadaan penghuni-penghuni neraka ketika mereka ditanya sebab-sebab penyeksaan mereka; yang bermaksud: (terjemahan)
               “Apakah yang memasukkan ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang, kami tidak (pula) memberi makan orang miskin.”
               Al-Quran tidak menyatakan secara terperinci  tentang cara-cara sembahyang. Walau bagaimana pun diperincikan oleh Nabi s.a.w. kerana baginda pernah bersabda kepada sahabat-sahabatnya yang bermaksud:
               “Bersembahyanglah kamu sepertimana kamu melihat aku sembahyang.”                 
               Berikut diterangkan perbuatan-perbuatan yang mengandungi pengajaran rohani yang tinggi dan kita mulakan dengan menyatakan tentang air sembahyang atau wudhu’.
               Tentang cara wudhu’, al-Quran mengatakan melaluifirman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 5:6 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan (basuh) kaki kamu sehingga kedua mata kaki.”
               Wudhu’ adalah persediaan untuk sembahyang, sembayang memerlukan seseorang itu khusyuk dan menganggapkan  dirinya berhadapan dengan Allah. Untuk fikiran seseorang bersedia sedemikian dan untuk melepaskan ingatan dari urusan hidup, diwajibkan wudhu’ sebelum didirikan sembahyang.
               Kenyataan ini dapat dijelaskan seperti berikut: seseorang manusia apabila sibuk memikirkan secara mendalam tentang sesuatu, maka dia tidak dapat berfikir tentang perkara lain kecuali apabila ia diganggu oleh tindakbalas saraf. Apabila berlaku maka pemikiran yang  pertama akan secara tiba-tiba menjadi hilang. Apabila ia dikehendaki supaya berfikir pada perkara yang lain secara tenang maka suatu jangka waktu diperlukan. Sesungguhnya seorang yang sedang berfikir tentang perusaan dan perniagaan kemudian dikatkan kepadanya:”Dirikan sembahyang” sudah tentu ia akan merasa sangat berat untuk menanaikan suruhan ini. Jadi di sini lahirlah hikmah wadhu’, sebab ianya menolong seseorang walaupun melupakan fikiran pertama dan memberi masa yang cukup kepadanya untuk memulakan fikiran dalam bahagian lain secara mendalam.
               Disyaratkan untuk sah sembahyang ialah bersih badan, pakaian serta tempat sembahyang dari najis dan kekotoran. Ini bererti membiasakan orang-orang Islam menjauhi najis dan kotoran.
               Disyaratkan juga kepada orang yang bersembahyang supaya menutup auratnya, iaitu bagi orang lelaki antara pusat dengan lutut dan bagi wanita seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.
               Demikian juga disyariatkan menghadap Ka’abah, supaya seluruh orang-orang Islam bersatu tentang arah menghadap dalam sembahyang mereka. Sekiranya dibiarkan begitu sahaja tanpa menentukan arah, maka seorang yang bersembahyang akan merasa susah dan tidak mengetahui manakah arah yang lebih hampir kepada Allah. Jadi dengan itu adalah menjadi hikmat Allah menentukan arah Ka’abah yang merupakan binaan pertama yang didirikan di dunia untuk beribadat kepada Allah.
               Mengadap kiblat bukanlah bermaksud beribadat kepada Ka’abah itu sendiri, tetapi maksudnya ialah menghadap kepada Allah sahaja; sebab syariat telah menentukan bahawa beribadat kepada selain daripada Allah adalah kafir.
               Sebelum seseorang itu mula mengerjakan sembahyang dia akan menyebutkan lafaz
azan dan iqamah (iqamat) iaitu:

               Allahu Akbar Allahu Akbar,Allahu Akbar Allahu Akbar.
               Asyhadu an la ilaha illahah, Asyhadu an la ilaha illahah
               Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah. Asyhadu anna Muhammadar Rasullullah.
               Haiya ala al-salah, Haiya ala al salah, Aaiya ala al-falah, Haiya ala al falah.
               Allahu akbar, Allahu akbar; Lailaha illallah.           
           Apabila seseorang Islam berdiri betul dan menghadiri niat dalam hatinya, maka dia pun bertakbir dengan mengatakan supaya dia dapat merasakan dalam dirinys bahawa Allah adalah Maha Besar dari sesuatu. Sesungguhnya dia ketika itu hendak bermunajat kepada Allah. Oleh itu hatinya juga memikirkan perkara lain. Kemudian orang yang bersembahyang tadi akan meletakkan (berpegang) tangan kanannya ke atas tangan kiri. Kelakuan seperti ini memper- ingatkan orang yang bersembahyang itu kepada kewajipan membetulkan hati (mengingat) kepada Allah Azza Wa Jalla
          Orang yang bersembahyang kemudiannya membaca doa iftitah supaya dapat mengerjakan dirinya untuk merasai kebesaran Allah serta beringat supaya ikhlas dalam amalannya.
“Dengan (menyebut) nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Pipimpinlah kami ke jalan yang lurus(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat”.
        Membaca al-Fatihah ini diwajibkan pada setiap rakaat sembahyang sebab ia mengandungi makna dan kerohanian yang tinggi serta ia juga memberi kesan yang positif dalam memperbaiki individu dan  masyarakat. Jadi “al-Fatihah” ialah roh bagi sembahyang.
         Hikmah yang terkandung dalam surah Al-Fatihah. Menunjukkan ihsan Allah. Membatas kan semua pujian hanya kepada Allah sahaja. Allah sahaja berhak menerima  pujian kerana  semua nikmat datang daipada-Nya.
         Seluruh manusia adalah terdiri dari satu keluarga dan Allah ialah Tuhan mereka. Fikiran kemanusian seperti ini akan menghalang atau mengawal kezaliman akibat semangat kebangsaan, perkauman dan perbezaan warna kulit.
         Pendidikan yang diberi oleh Allah kepada manusia terdiri dari dua jenis. Iaitu pendidikan jasmani yang dibuat melalui penyuburan badan dan penyuburan akal. Kedua, ialah pendidikan “akhlak agama” iaitu dengan memberi saranan supaya individu-individu membersihkan  jiwa mereka.
          Dua sifat Allah ialah yang bermakna bahawa hubungan antara hamba  dengan Allah ialah hubungan kasih sayang dan riayah (naungan, penjagaan). Makna lain ialah Allah hendak memberi tahu orang-orang yang mendakwa bahawa Allah besifat keras dan kasar sedangkan Dia sebenarnya tidak bersifat seperti itu tetapi bersifat kasih sayang dan ihsan. Jadi sembahyang menanamkan kepercayaan kepada jiwa orang-orang yang bersembahyang, pada setiap kali sembahyang, Allah adalah dengan sifat kasih sayang.                   
          Mengerjakan ibadah sembahyang mendidik kita untuk memahami diri kita bahawa manusia adalah sebagai hamba Allah dan wajar beribadah kepada-Nya. Bukan hanya itu tetapi kita ibadah sembahyang ini merupakan rasa kesyukuran kepada  segala nikmat Allah SWT sama ada  dalam diri kita sebagai khalifah-Nya dan juga segala nikmat yang kita perolehi
dalam cakerawalah alam yang kita diami
           Kesyukuran kepada nikmat Allah sebenar merupakan rasa cita kepada Allah SWT kerana sifat-Nya yang Penyayang dan  Pegasihani terhadap manusia sebagai makhluk-Nya yang kejadiannya yang amat sempurna berbanding dengan makhluk ciptaan-Nya yang lain. Dengan ilmu yang Allah berikan kepada kita sebagai khalifah-Nya, manusia dapat mengenali Allah setelah terlebih  dahulu mengenali diri kita sebagai hamba Allah.
           Deria-deria yang Allah bekalkan kepada manusia adalah antara sifat manusia yang membuat kehidupan manusia itu begitu sempurna. Deria yang amat bermanfaat kepada pembangunan manusia ialah deria melihat dan mendengar. Kalau deria mata tidak ada pada manusia maka segala pembangunan manusia sukar berlaku, begitu juga .
          Deria melihat merupakan kemanfaatan hidup yang tidak ada tolak bandingnya dalam segala nikmat hidup sebagai hanba Allah. Dengan kehadiran mata kita dapat memahami  keadaan alam serta segala bentuknya yang Allah telah ciptakan. Ciptaan Allah itu semestinya ada manfaatnya kepada pembangunan kehidupan manusia di alam  mayah ini. Selain daripada bentuk kewujudan sesuatu benda, mata juga membantu manusia untuk memahami corak setiap kewujudan sesuatu benda itu.
          Corak yang besifat warna setiap benda juga akan mendidik kita mendekatkan kepada zat yang Maha pencipta (Allah). Corak yang disinarkan oleh cahaya mata hari sahaja, sudah mendidik kita dengan berbagai dimensi ilmu yang dipaparkan oleh setiap warna kelak akan membawa kemahiran manusia berfikir kemanfaatan warna  berkenaan dalam pembangunan manusia dalam mencorakkan pembangunan tamadun makhluk umat manusia.
           Mata juga dapat mendidik manusia mengenai sifat sesuatu alam seperti langit yang begitu jauh, serta dapat melihat keadaan langit yang penuh dengan kerdipan cahaya bintang-bintang seolah-olah makhluk berkenaan sedang dalam suasana berbicara antara satu dengan yang lain, untuk mendapat satu kefahaman apa tujuan Allah ciptakan makhluk berkenaan di cakerawala alam di bawah bumbung langit yang begitu luas sekali.

Tuesday, December 3, 2019

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ


PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
(Disiarkan pada 23 November 2019)

Dakwah Muhammad kepada Quraisy semakin tidak mendapat sambutan maka itu Muhammad beralih ke tempat lain jauh dari Mekkah. Ia pergi ke Taif. Kedatangannya ke sana juga tidak ada sambutan yang baik.Malah Muhammad bin Abdullah mendapat cacian dari masyarakatnya. Budak-budak nakal dikumpulkan dan mencedrakan Muhammad dengan membaling batu sehingga kaki Muhammad berdarah.
Muhammad kembali ke Mekah. Allah SWT ingin memuliakan rasul-Nya. Oleh itu berlakulah peristiva Israk dan Mikraj. Peristiwa ini adalah peristiwa besar dalam sejarah hidup  Muhammad dan dalam sejarah umat Islam. Dengan peistiwa ini, Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis menjadi semakin mulia.
Turunnya ayat al-Quran berhubung Masjid al-Aqsa dalam surah al-Isra’ ayat 17:1 yang bermaksud: (terjemahan)
“Maha Suci Allah yang mejalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari masjid al-Haram (diMekkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palentine) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha  Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Menurut ayat ini, bumi Quds adalah bumi yang diberkati. Begitu juga kawasan di sekelilingnya. Allah yang memberakati tempat tempat ini. Pada suatu malam, Jibril datang kepada Muhammad bin Abdullah yang sedang tidur di Kaabah. Jibril membawa Muhammad naik Buraq iaitu kendraan dari syurga, dari Masjid al-Haram di Mekkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin.
Di Masjid al-Aqsa, sedang berlaku perhimpunan yang sangat luar biasa. Allah menghimpun kan para rasul dan para nabi untuk bertemu dengan Muhammad di Masjid al-Aqsa. Ulama menyebut jumlah para rasul 315 orang dan jumlah para nabi 24,000 orang. Allah mengumpulkan bilangan yang begitu besar ini untuk bertemu dengan Muhammad. Tidak ada tempat di dunia ini yang mana semua rasul dan nabi-nabi berkumpul di situ melainkan Kaabah dan Baitul Maqdis. Muhammad berkata, “Semua rasul dan nabi menunaikan haji di Mekah.”
Bagaimana kita hendak bayangkan Muhammad mengimamkan sembahyang para rasul dan nabi. Persidangan para rasul dan nabi, Inilah Kemuliaan Muhammad.  Sembahyang dan persidangan yang tidak berulang lagi buat kali ke dua di bumi ini.
Selepas sembahyang, Jibril datang membawa satu bekas  susu dan satu bekas  arak kepada Muhammad. Muhammad memilih susu.
Jibril berkata kepada Muhammad, “Kamu terpimpin kerana memilih susu, wahai Muhammad. Begitu juga umat kamu.” Ini menunjukkan arak itu perkara yang tidak baik. Selepas itu, baru ianya diharamkan. Allah menjaga rasulnya. Beliau tidak pernah minum arak sejak kecil lagi.
Kemudian, Muhammad dimikrajkan iaitu diangkat ke langit. Inilah kuasa Allah yang tidak ada batasannya. Muhammad dibawa dalam perjalanan yang begitu jauh dalam masa yang terlalu singkat. Allah mahu mengajar kepada hambanya. Kalau Allah mahu, Allah boleh buatperkara yang diluar jangkauan akal dan kekuatan manusia. Apabila dibuka pintu langit pertama kepada Muhammad, di situ sahaja Muhammad melihat pelbagai  perkara yang ajaib. Antaranya, Muhammad melihat seorang lelaki yang tingginya 60 kaki. Apabila lelaki itu berpaling ke kanan dia tersenyum dan apabila ia berpaling ke  kiri dia menangis.
“Siapa ini?” Muhammad bertanya kepada Jibril.
Jibril menjawab, “Itulah Adam. Apabila dia melihat ke kanan dia melihat kepada umatnya yang masuk syurga maka tersenyum dia. Apabila dia memandang ke kiri dia melihat umatnya yang masuk ke neraka, maka menangislah dia.”
Kemudian Muhammad melihat ada orang yang berenang dalam  lautan darah. Apabila mereka sampai ke tepi, mereka mengangakan mulut mereka lalu para malaikat meloncarkan api-api neraka ke dalam mulut mereka.
Muhammad bertanya Jibril, “Siapa mereka itu?”
Jibril berkata, “Mereka inilah orang-orangyang memakan harta anak yatim. Mereka diseksa disitu dulu sebelum siseksa di akhirat selepaskiamat nanti.”
Muhammad kemudian melihat orang-orang lelaki yang perut mereka besar-besar. Mereka
semua terlentang kemudian kaum Firaun lalu di situ sambil memijak perut orang-orang tadi. Kaum Firaun ini dibawa melihat neraka dua kali sehari supaya mereka dapat melihat tempat mereka nanti. Dalam perjalanan mereka pergi ke neraka itu, mereka memijak perut rang-orang lelaki yang sedang terlentang ini.
               Muhammad bertanya, “Siapa mereka itu?”
               Jibril berkata, “Mereka adalah orang-orang yang makan riba. Diazab di alam barzakh begitu sebelum diazab di neraka.”
               Kemudian, Muhammad melalui sekumpulan lelaki yang mempunai dua jenis makanan. Satu yanglazat dan bersih. Satu lagi yang buruk dan busuk. Tetapi mereka makanmakanan yang buruk dan busuk itu.
               Muhammad bertanya, “Siapa mereka wahai Jibril?”
               Jibril berkata, mereka itulah orang-orang yang berzina. Mereka ada yang halal tetapi mereka tetap mencari yang haram walaupun mereka tahu akibatnya macam-macam penyakit di dunia dan azab di akhirat.”
               Kemudian di langit yang ke dua Muhammad bertemu dengan Isa dan Yahya. Dilangit yang ketiga Muhammad bertemu dengan Yusuf. Dilangit yang  keempatdan kelima, Muhamamd bertemu dengan Idris dan Harun. Dilangit yang keenam Muhammad betemu dengan Musa.
               Kemudian dilangityang ketujuh, Muhammad melihat Baitul Makmur, Kaaba bagi penduduk langit, tempat para malaikat tawaf dan beribadah. Kedudukan baitul Makmur ini bertepatan dengan kedudukan Kaabah di bumi. Disitu Muhammad melihat ada seorang lelaki yang sedang bersandar ke Baitul Makmur. Rupanya seakan rupa beliau.
               Muhammad bertanya, “Wahai Jibril, siapa itu?”
               Jibril berkata,”Itulah bapa kamu, Ibrahim.”
               Pada setiap langit, beliau disambut dan diraikan oleh para nabi dan para malaikat. Semasa di penghujung langit yang ke tujuh, Muhammad melihat Jibril sudah berubah kepada kejadian asalnya. Itulah rupa yang pernah Muhammad lihat buat kali pertama semasa Muhammad berlari pulang ke rumah dari Gua Hira’. Ini kali kedua Muhammad melihat Jibril dalam rupa ini iaitu dekat dengan Sidratul Muntaha.
               Dalam surah al-Najm ayat 53:13-14 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan  demi sesungguhnya! Muhammad melihat malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal sekali  lagi. Di sisi Sidratul Muntaha.”
               Akhirnya, Muhammad sampai ke tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai di situ walaupun dia seorang rasul dan nabi. Kemudian, beliau sampai di suatu kawasan yang tidak pernah sampai ke situ para malaikat kecuali Jibril
               Kemudian beliau sampai ke suatu tempat dan Jibril meminta Muhammad ke depan. Jibril berkata, Kalau aku ke depan selangkah aku akan terbakar.”
               Akhirnya beliau sampai di Sidratul Muntaha. Di tempat yang sangat luar biasa ini, Dalam pertemuan yang sangat luar biasa, Allah memerintahkan sembahyang kepada Muhammad dan umat beliau. Semua undang-undnag Islam Allah perintahkan melalui Jibril, tetapi perintah sembahyang diterima sendiri oleh Muhammad terus daripada Allah. Ini menunjukkan betapa besarnya sembahyang di sisi Allah. Sembahyang menjadi tiang kepada agama ini.
               Selepas pertemuan itu, Muhammad turun dan bertemu dengan Musa. Musa bertanya, “Apa yang Allah perintahkan untuk umat kamu.”
               Muhammad berkata, Allah memerintahkan 50 fardu sembahyang sehari semalam.”
               Musa berkata, “Suku Israel diperintahkan kurang daripada itu tetapi mereka tidak mampu laksanakan. Mintakah Allah ringankan lagi.”
               Kerana belas kasihan dan kasih kepada umatnya Muhammad meminta  Allah meringankan sehinggalah menjadi lima waktu sehari semalam. Walaupun hanya lima kali perlaksanaannya, tetapiAllah tetap memberi pahala menyamai 50 kali.
               Kemudian Muhammad turun ke Baitulmaqdis semula. dari Baitulmaqdis beliau pulang semula ke Mekah.. Dalam perjalanan ini, beliau menyaksikan berbagai pemandangan. Antaranya Muhammad melalui suatu rombongan yang menunggang unta. Apabila unta ternampak Buraq, untah menjadi takut dan ada yang lari. Tuannya mengejar untanya tetapi tidak berjaya. Muhammad memberi tahu mereka di mana tempat unta mereka itu bersembunyi. Mereka semua pelik mendengar suara dari langit memberitahu mereka di mana tempat unta mereka  bersembunyi. Memang benar, apabila mereka pergi ke tempat itu mereka menjumpai unta berkenaan.
Pada malam itu juga Muhammad  tiba kembali ke Mekah. Semua peristiwa yang berlaku dan perjalanan yang memakan jarak yang begitu jauh sampai ke langit yang ketujuh dan sampai ke Sidratul Mintaha, berlaku hanya dalam masa separuh dari malam
Sebelum pagi, Muhammad sudah sampai di Mekkah semula. Selepas sembahyang  subuh, Muhammad yang masih terkesan dengan peristiwa dan perjalanan semalam sambil mengingatkan kembali apa yang berlaku pada beliau semalam
Abu  Jahal  melihat Muhammad dalam keadaan demikian lalu ia menghampiri Muhammad lalu bertanya sama ada berlaku sesuatu kepadanya. Muhammad berkata, “Malam tadi aku pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke situ.” Abu Jahal merasa gembira mendengar peristiwa tersebut kerana  dia rasa dia mendapat  perkara bagi memburukan Muhammad.
Sikap orang Islam dan Quraisy ke atas Israk Mikraj menimbulkan berbagai reaksi. Pihak Quraisy di bawah pimpinan Abu Jahal, semua orang tidak percaya. Abu Jahal mengatakan Muhmmad  seorang penipu. Di situ berlaku ujian. Orang yang belum Islam memang tidak percayakan akan hal ini. kerana untuk ke Baitulmaqdis sahaja dengan menaiki untah memakan masa sebulan perjalanan. Orang-orang yang lemah iman. Mereka tidak memikirkan kuasa Tuhan  berbanding dengan manusia!
Apabila mereka merujuk kepada  Abu Bakar ia  berkata, “Kalau Muhammad yang bercakap begitu, Muhammad bercakap benar.” 
Abu Bakar terus datang menghadap Muhammad dan terus bertanya, Wahai Muhammad, adakah Muhammad pergi ke Baitulmaqdis semalam?”
“Benar”, kata Muhammad.
Abu Bakar berkata, “Benar apa yang engkau cakap, wahai Muhammad”
Kata-kata yang terbit dari hatinya yang tidak berbelah bagi langsung dengan Muhammad. Hati yang sangat yakin dengan Muhammad
Muhammad berkata, “Engkau telah berkata benar, wahai Abu Bakar al-Siddq”.
Inilah kali pertama Abu Bakar dipanggil al-Siddq yang bermaksud yang membenarkan. Inilah tempat Abu Bakar. Tempat yang luar biasa dan tidak ada rasa ragu langsung dengan Muhammad. Abu Bakar tidak mempersoalkan langsung Muhammad, terus dia membenarkan Muhmmad. Quraisy menyangkal keyakinan Abu Bakar itu.
Bermacam hela masyarakat musrikin meminta Muhammad untuk melakukan sesuatu, dan kalau Muhammad berjaya apa yang dikehendaki maka mereka akan beriman kepada Muhammad. Mereka meminta Muhammad mengalakan ahli gusti  yang terhandal di Mekkah masa itu dan jika Muhammad berjaya mengalakan ahli gusti tersebut  maka mereka akan beriman kepada Muhammad. Muhammad dapat mengalahkan ahli gusti berkenaan sehingga diulang sebanyak tiga kali perlawanan dan Muhammad berjaya mengalahkan ahli gusti tersebut.
Walaubagaimana pun masyrakat Quarisy tidak juga beriman kepada Muhammad. Ahli gusti berkenaani  membuat satu perjanjian lagi, iaitu ahli gusti tersebut telah kalah dengan Muhammad tetapi jika pokok yang ada dekat dengan mereka boleh bercakap, ahli gusti itu akan beriman kepada Muhammad.
Pokok berkenaan bercakap dengan salawat nabi, tetapi ahli gusti itu tidak juga beriman kepada Muhammad.i Begitulah masyarakat Quraisy hanya mempermain-maiinkan perjuangan Muhammad tetapi Muhammad tetap bersabar.
Perubahan besar dalam sejarah pejuangan Muhammad bin Abdullah apabila beliau memper- kenalkan dirinya kepada beberapa orang daripada suku Khazraj semasa baginda berhjrah ke Medinah. Muhammad datang berjumpa mereka dan membacakan Al-Qur’an kepada mereka. Apabila mereka mendengar bacaan al-Quran daripada Muhammad., mereka  mengingat kembali bahawa orang-orang Yahudi di Medinah selalu mengancam  orang-orang Aus dan Khazraj, bahawa akan di utuskan seorang nabi dan mereka  menjadi pengikut nabi itu. Pada masa itu, mereka akan menguwasaih dan menyembelih Aus dan Khazraj.
Khazraj berkata, “Inilah nabi yang disebut-sebut oleh orang Yahudi. Jangan sampai Yahudi mendahului kita  masuk Islam sehingga terlaksana nanti ancaman-ancaman mereka itu. Biar kita beriman dulu. Dengan itu, semua mereka masuk Islam..”
Muhammad mengajar al-Quran kepada mereka. Maka Islam mula tersebar di Medinah. Pada tahun berikutnya mereka menghantar 12 orang wakil mereka kepda Muhammad, mengiklankan keisla man mereka dan mewakili orang-orang lain di Medinah yang tidak dapat datang ke  Mekah.
Mereka semua  memerterai perjanjian dengan Muhammad yang disebut Baiah Aqabah al-Ula
iaitu perjanjian Aqaba Pertama. Dinamakan juga Baiah al-Nisa’  yang bermaksud perjanjian taat setia dengan Muhammad, perjanjian iman dan akhlak.
Selepas itu, Muhammad bin Abdullah menghantar Mus’ab bin Umar bagi mengajarkan Islam kepada mereka.. Oleh itu, Mus’ab dipanggil duta Islam yang pertama. Islam mula meluas dalam bentuk yang luar biasa di Medinah. Begitu cepat sekali, Mus’ab berkerja siang dan malam. Uahanya begitu luar biasa sehingga tidak ada rumah di Medinah melainkan Islam sudah sampai ke situ.
Semua peristiwa ini berlaku sekitar tiga tahun dari tahun kesedihan. Daripada tahun ke 10 selepas kenabian sehinggalah tahun ke 13 selepas kenabian. Setiap orang yang masuk Islam di Medinah berusaha pula membawa keluarganya masuk Islam. Antara kisah yang menarik adalah kisah anak-anak Amru bin Jamuh.
Anak-anak Amru semua masuk Islam tetapi Amru sendiri tidak mengikuti mereka. Ia bertahan dengan kepercayaan kepada berhalanya. Anak-anaknya lalu mempermainkan kepercayaannya kepada berhala berkenaan, sehingga pada satu ketika  dengan perbuatan anak-anaknya mengenai sembahan nya Amru mengenali  amalannya itu adalah tidak ada kemanfaatan kepada dirinya. Maka  ia menjauhi berhala berkenaan dan masuk Islam.