Friday, February 22, 2019

KESABARAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN


KESABARAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
( Disiarkan pada 23. 2. 2019)
               Sabar dianggap sebagai sifat yang terpuji. Bersabarlah kamu, kerana Allah bersama-sama orang yang sabar. Sabar itu tinggi nilainya, sehingga Nabi Bersabda, bahawa sabar itu sebahagian daripada iman, dan sabar itu sebuah perbendaharaan daripada perbendaharaan syurga.
               Sabar juga dilakukan dalam  berbuat taat dan ibadah, sabar itu juga merupakan ketaa tan jiwa. Bagi orang awam sabar itu atas segala kesusahan dan kesakitan yang dianggapnya semua datang daripada Allah. Bagi orang kesusahan dan kesakitan, yang dianggapnya cuba- an dari Allah SWT. Bagi orang yang zahid tidak berusaha melepaskan diri dari kesusahan dan kesakitan itu kerana dianggapnya yang demikian itu sudah tertulis di luh Mahfuz.
               Antara para Nabi, Nabi Ayublah Nabi yang paling sabar menanggung derita mengenai penyakit cacar pada kilitnya hingga mengalir air kudisnya dan amat menjijikan. Ia mempu- nyai tiga orang isteri tetapi yang dua telah meninggalkannya kerana tidak tahan memelihara nya. Tinggal seorang isterinya tetap menamaninya menempuhi penyakitnya. Sehingga masya- rakatnya menghalaunya dari kampung, lalu Nabi Ayub bersama isteri, lari meninggalkan halaman kampung dan tinggal di sebuah goa jauh dari masyarakat.
               Nabi Ayub meyakini penyakit kulitnya sebagai ujian dari Allah SWT. sehingga ia tidak mengikuti nasihat isterinya supaya memohon  kepada Tuhan agar disembuh penyakit nya. Ia mengatakan kepada isterinya bahawa mereka  telah sihat dalam hidup mereka selama lebih kurang lapan puluh tahun dan ia menaggung penyakitnya hanya beberapa tahun sahaja. Dibandingkan lamanya mereka hidup sihat tidak sama sekali berbaloi. Maka itu Nabi Ayub  merasa malu kepada Allah untuk meminta pertolongan supaya ia sembuh.
               Pada satu ketika Nabi Ayub mendapat wahyu dari Allah, memerintahnya supaya menghentakkan kakinya ke bumi di mana ia berdiri. Setelah melaksanakan perintah tersebut maka keluarlah mata air dari bawah bumi. Nabi Ayub diperintahkan supaya mandi air itu dan membersihkan penyakit kudis dalam badannya. Setelah dilakukan maka  sembuhlah Nabi Ayub dari penyakit cacarnya.
               Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: (terjemahan)
               “Bersabar adalah cahaya yang gilang gemilang”          (H.R. Muslim)
               Bukanlah disebut sabar, orang-orang yang menahan diri dengan paksa, tetapi sabar yang hakiki ialah sabar yang berdiri atas menyerah kepada Allah dan menerima ketetapan Allah dengan lapang dada.
               Sebagai hamba Allah, kita tidak terlepas dari segala ujian yang menimpa kepada kita. Baik musibah yang berhubungan dengan pribadi kita sendiri, mahupun musibah dan bencana yang menimpa pada sekelompok manusia mahupun bangsa. Terhadap segala macam kesulitan dan kesempitan yang bertubi-tubi dan sambung-menyambung, maka hanya sabarlah yang memancarkan sinar yang memelihara seorang muslim dari kejatuhan kebinasaan, memberikan hidayah yang menjaga diri dari putus asa.
               Kesabaran adalah suatu bahagian dari akhlak utama yang diperlukan seorang muslim dalam masalah dunia dan agama. Ia harus mendasarkan segala amal dan cita-citanya kepadanya. Sebagai muslim wajib meneguhkan hatinya dalam menanggung segala ujian dan peneritaan dengan tenang. Dimikian juga dalam menungguh hasil pekerjaan, bagaimana jauhnya, memikul beban hidup harus dengan hati yang yakin  tidak ragu-ragu sedikitpun, kita hadapi dengan ketabahan dan sabar serta tawakal.
               Oleh kerana itu hendaklah kita sentiasa ingat kepada Allah, ingat akan kekuasaan Allah dan kehendak-Nya yang tidak ada seorangpun dan adapun yang dapat menghalangi-Nya, bahkan segala sesuatu yang terjadi di dunia ini baik yang dianggap oleh manusia sebagai musibah dan bencana yang merugikan, mahupun yang dirasakan sebagai rahmat dan nikmat yang menggembirakan, maka itu semua adalah dari Allah SWT dan bukan kemahuan manusia
semata-mata.
               Firman Allah SWT  dalam surah Ahzab, ayat 33:17 yang bermaksud: “(terjemahan)”
               “Katakan (hai Muhammad): Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Ia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu. Dan orang-orang yang munafiq itu tidak memperoleh bagi mereka perlindungan selain Allah.”
               Bahawasanya keuntungan dan kerugian, atau manfaat dan muderat semuanya  itu berada dalam kekuasaan Allah – bukan berada dalam kekuasaan sesiapa untuk menetapkan atau mengubahnya.
               Orang-orang munafik itu tidak akan diberi pimpinan oleh Allah kecuali Allah sahaja yang memimpin, dan mereka juga tidak akan mendapat pembantu yang akan mempertahan kan mereka dari segala bencana.
               Dalam ayat lain iaitu dalam surah Ar Ra’d ayat 13:11 yang bermaksud” (terjemahan)
               “ Dan apabila menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada seorangpun yang dapat menolakkannya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Allah.”
               Dari ayat-ayat tersebut di atas, kita memperoleh pelajaran, hendaknya kita sentiasa bersabar, menghadapi segala macam musibah dan bencana, dan hendaknya kita selalu bersyukur bila musibah itu sudah dihindarkan dari kita. Dan hendaknya kita selalu memberikan penilaian yang baik, dengan landasan bahawa semua yang terjadi itu selalu ada hikmahnya bagi kita semua, baik yang namapaknya baik bagi manusia, mahupun yang nampaknya menurut anggapan tidak baik bagi manusia, mahupun yang nampaknya menurut anggapan tidak baik bagi manusia, namun di balik itu mungkin itulah yang dianggap baik menurut kehendak Allah. Semuanya itu Allahlah yang Maha Mengetahui.
               Seorang pengarang kitab Zubad, menyatakan yang bermaksud: (terjemahan)
               “Hendaklah engkau bersyukur atas segala ni’mat yang datang, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpa.”
               Bencana dan musibah apabila ditinjau dari segi aqidah Islam maka musibah dan bencana itu ada dua macam kemungkinan:
1.  Mungkin bencana yang terjadi itu sebagai ujian bagi mereka yang telah beriman,  sampai di mana kadar iman dan keyakinannya kepada Allah SWT. Sehingga bencana itu hanya merupakan ujian, dapat kita teliti dari perbuatan kita dan masyarakat kita. Apabila kita sekalian, orang-orang di kanan-kiri kita betul-betul sudah taat pada Allah, mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, maka bencana itu hanya merupakan ujian.
               Sehingga dengan ujian itu, kita seharusnya bertambah iman pada Allah SWT., dan percaya betul-betul akan kebesaran kekuasaan Allah yang tiada tanding taranya. Sekaligus timbul kesedaran bahawa manusa itu kecil dan lemah. Firman Allah dalam surah Al-Ma’arij ayat 70:19-20 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat gelidah. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeloh-kesah.”
               Allah menyebutkan tabiat manusia itu dijadikan berkeadaan gelisah, keluh- kesah, tidak sabar, tidak berterima kasih di atas nikmat Allah. Manusia itu dinamakan insan “kesukaan”, kerana dia menyukai dirinya sambil memperhati kecantikanya, dan juga pelupa kerana banyak kali melupakan Tuhannya dan juga agamanya. Allah menyifatkan manusia itu berkeadaan gelisah tidak sabar lagi bakhil kerana sangat menyanyangi hartanya. Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh-kesah, suka terburu-buru yang bukan pada tempatnya. Namun manusia itu sebenarnya tidaklah bersifat sedemikian semasa dia diciptakan dan tidak pula demikian semasa dia dilahirkan.
               Tetapi apabila ia mendapat kebaikan, misalnya  menjadi orang kaya, bertubuh sihat dan memperolehi reziki yang luas, dia menjadi sangat kedekut dan lokek. Bermakna kalau dia
berkeadaan miskin ia tidak dapat bersabar dan apabila dikayakan oleh Allah dia lokek
mengeluarkan nafkah.
               2.  Mungkin bencana itu ditimpakan oleh Allah kepada sesuatu bangsa, atau kaum sebagai pelajaran memberikan kesedaran, kerana mereka telah banyak melanggar peraturan-peraturan Allah, dan sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar, sehingga yang haram dihalalkan sedangkan yang terang halal tidak ditempuhinya, bahkan perbuatan mungkar dan maksiat disibarluaskan
               Kita mengerti yang demikian itu kerana ditunjukkan oleh Al-Qur’n tentang kisah umat umat yang terdahulu. Bagaimana kaum Nabi Nuh a.s. ditimpa banjir yang dahsyat. Tidak hanya satu dua meter saja tinggi air banjir itu, akan tetapi tertinggi gunung, yakni gunungpun tergenang air, kerana umat pada waktu itu ingkar kepada Allah dan selalu mengejek, meng hinakan serta memusuhi kepada kenabiannya.
                    Kita ingat bagaimana kaum Nabi Luth yang ditimpa bencana gempa bumi sampai terbalik, dan hujan batu terjadi pula. Kerana mereka berbuat durhaka kepada Allah dan tidak mengikuti petunjuk-petunjuk Nabinya. Kita ingat bagaimana Fir’aun yang ditenggelamkan bersama-sama dengan tenternya di laut Merah, kerana Fir’aun takbur sampai-sampai ia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebab ia sedang berkuasa.
                    Bermacam-macam musibah pada diri kita, menimpa pada kaum dan pula menimpa pada bangsa, hendaknya terhadap musibah dan bencana itu menjadi peringatan, menjadi tadzkirah bagi diri kita, dengan kata lain hendaklah kita selalu mengadakan koreksi (pembaikan) pada diri kita sendiri, terhadap orang-orang yang di kanan kiri kita dan terhadap bangsa kita; dan kalau ternyata kita, atau orang-orang di sekeliling kita sudah banyak yang menyimpang dari jalan Allah; sudah banyak yang durhaka dan telah banyak yang lupa terhadap amanat penderitaan bangsa, maka musibah itu merupakan pengajaran dari Allah.
Dan jika ternyata demikian maka kita harus segera kembali ke jalan yang benar dan  menta’ati peraturan Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW buat kita amalkan dan kita laksanakan.(1)
Dan kemungkinan timbulnya musibah dan bencana tersebut, agaknya itu akan selalu terjadi, sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 2:155-157 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuangan harta, jiwa (kekurangan) diri manusia dan buah-buahan. Dan berikan lah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “inna lillahi wa inna ilaihi raaji’u.” Mereka itulah yang mendapat keberakatan yang sempurna dan nikmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Allah akan menguji umat Islam untuk membezakan antara mereka yang taat dengan mereka yang derhaka, dengan berbagai rupa ujian.
1. Ketakutan; yakni takut kepada musuh. Erti takut di sini ialah menanti-nanti perkara
    yang dibenci yang menyebabkan penderitaan di dalam hati.    
2. Kelaparan; yakni kekurangan bahan-bahan makanan.
3. Kekurangan pada harta; yakni kerugian di dalam perniagaan dan perusahaan.
4. Kekurangan diri manusia; yakni berlaku banyak kematian.
5. Kekurangan buah-buahan; musim kemarau yang menyebabkan kekurangan hasil
    petanian.
Maka Allah akan memberi kegembiraan dengan menyediakan syurga kepada yang sabar menerima cubaan tersebut di samping mendapat keampunan dan rahmat-Nya, dan mereka itu mendapat petunjuk ke jalan yang benar.
Al-Imam Asy-Syafie (r.a.) mentafsirkan 5 ujian dalam ayat; bahawa ujian ketakutan itu ialah ujian takutkan Allah. Kelaparan ialah kerana berpuasa Ramadan. Kekuranga harta;
yakni kerana menghulurkan zakat dan bersedekah. Kekurangan diri manusia; yakni kerana ditimpa penyakit. Kekurangan buah-buahan; yakni dengan kematian anak, kerana anak itu adalah buah hati manusia.
                    Sebuah Hadis At-Tirmizi yang di riwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari, bahawasa nya Rasululah SAW. bersabda yang bermaksud:
                    Jika seorang anak hamba Allah mati, Allah akan bertanya kepada Malaikat-Nya. “Sudahkah kamu matikan anak hamba-Ku?’ Malaikat menjawab: “ya”. Bertanya Allah: Sudahkan kamu matikan buah hatinya?”Mereka menjawab:’Ya!” Bertanya pula Allah:”Kemudian apa dia kata?” Mereka menjawab: “Dia puji Tuhanku dan dia baca ”Istirhaj” yakni lafaz “Innalilalhi wa innalillahirojiun”. “Berkata Allah: “Buatkan untuknya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu “Baitul Hamdu” (rumah pujian)).
                    Dalam riwayat lain pula yang bermaksud:
Dari Sa’ bin abi Wakas, ia bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, manusia mana kah yang lebih besar cubaannya?” Nabi menjawab “Para Nabi, kemudian seumpama mere- ka, dan yang seumpama mereka pula. Seseorang itu akan dicubai (diuji) mengikut kadar aga- manya, sekiranya teguh dalam agama, bertambah besar cubaannya dan sekiranya lemah dalam agama, kurang pula cubaannya. Tidaklah akan berpisah bala itu dari seorang hamba yang akan meninggalkannya begitu sahaja dan bejalan di muka bumi dengan tidak ada kesalahan.”
                    Dengan keterangan-keterangan di atas jelaslah setiap orang tidak luput dari cuban dan ujian. Sesiapa yang sabar akan mendapat keampunan, anugerah dan petunjuk.(2)
 (1) Muhammad Al-Ghazali: AKHLAK SEOANG MUSLIM. Pustaka al- Azhar kuala lumpur. 1986.
(2) Ahmad Sonhadji Mohamad: Tafsir Al-Qur’an. Pustaka Al-Mizan. 1990.

Thursday, February 7, 2019

HIDUP BERSENDIKAN KASIH SAYANG KERANA ALLAH SWT.


HIDUP BERSENDIKAN KASIH SAYANG KERANA ALLAH SWT.
(Disiarkan pada 9. 2. 2019)
               Kewujudan manusia sebagai hamba Allah, telah dilengkapkan dengan fitrah kasih sayang terhadap dirinya dan juga kepada orang lain. Semasa kejadiannya dalam rahim ibu, ia telah melalui tiga fasa pembangunan manusia. Fasa pertama memakan masa 40 hari, kemudian fasa kedua lagi selama 40 hari dan pada fasa ketiga juga memakan masa 40 hari. Ia (bayi)  dalam rahim ibu dalam masa 120 hari telah mengalami pembentukkan jasmani.  
Tetapi pada fasa ketiga setelah genap 40 hari, Allah menghembuskan roh ciptaan-Nya ke dalam janin yang mengakibatkan anak itu menjadi makhluk Allah yang hidup. Dalam erti kata lain kita telah wujud sebagai manusia yang mempunyai dua unsur kejadiannya iaitu jasmani dan rohani.
               Allah menghembuskan roh-Nya, maka itu makhluk manusia dibekalkan dengan fitrah kasih sayang dari sifat Allah yang pengasih dan penyayang kepada segala ciptaan-Nya. Fitrah kasih sayanglah yang menjadikan manusia itu sebagai makhluk Allah yang tertinggi  berbanding makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.
               Manusia wujud dengan fitrah kasih sayang, yang membudayakan kesetiakawanan sosial kelak mengangkat darjat kemanusiaan sebagai makhluk Allah yang tertinggi dalam semua ciptaan-Nya. Fitrah kasih sayanglah sebagai catalyse atau pemangkin dalam membina kemahiran berfikir dalam diri seorang insan. Dan inilah antara  ciri-ciri pembangunan kehidu- pan manusia.
               Hidup ini menyeronokkan atas sebab kehadiran perasaan kasih sayang terhadap orang lain yang melahirkan serta menghidupkan suasana ukhuwah kemanusian. Kehadiran makhluk manusia di alam ini adalah untuk tujuan peribadatan dan perhambaan kepada Allah SWT.
               Lahirnya anak, ibu mengasuhnya dengan penuh kasih sayang. Anak itu menjadi buah hatinya di mana ia menaruh cinta sepenuh jiwa raganya. Kasih sayang seorang ibu terhadap pembentukan akhlak anaknya akan mendidik anak itu memahami dan menanam kecintaan kepada dirinya sendiri yang akan membina satu suasana perasaan demi keselamatan dan kebajikan diri sebagai insan yang kamil.
Dengan ilmu, kasih sayang yang telah tertanam dalam jiwa anak itu oleh seorang ibu  akan membentuk satu mahligai pemikiran bahawa sayangkan dirinya menjadi keutamaan dalam segala hal pembangunan insan.
Bengan terbentuknya sifat kasih sayang anak terhadap dirinya maka akan menjadi fitrah baginya menangani kehidupan terutama sekali hubungannya dengan sesama manusia lebih-lebih lagi kepada Allah S.W.T.
Fitrah kasih sayang yang terbina dalam diri setiap insan membentuk keperibadian manusia hidup bermasyarakat. Pembangunan masyarakat wajar dijelmakan sebagai faktor mendekatkan kita kepada keEsaan Allah SWT kelak membawa kita kepada mensyukuri nikmat hidup yang dihamparkan-Nya di alam dunia ini.
Mensyukuri nikmat hidup yang Allah sediakan kepada kehidupan kita wajar diimbali dengan ibadat kasih sayang kepada Allah SWT. Dengan cara demikian fitrah kesyukuran menjadi nadi pembangunan rohani, kelak hidup kita sentiasa dihiasi dengan rasa ketakwaan kepada Allah SWT. Hidup dengan budaya kesyukuran dan ketakwaan kepada Allah, akan melahirkan kecintaan kepada Allah dan hidup kita sentiasa dimudahkan Allah dari segala kemuskilan dan kemaslahatan hidup.
Walaubagaimana pun, manusia sering menunjukkan kelemahannya terhadap budaya kasih sayang terhadap Allah SWT. Budaya ini kelak akan merendahkan maruah diri manusia sebagai hamba Allah kerana mengutamakan pembangunan dunia daripada pembangunan akhirat dalam melaksanakan ibadat kepada Allah.
Antara faktor-faktor yang menjatuhkan manusia dalam menangani kehidupan dunia ialah sentiasa menginginkan dunia, serta mengutamakan dunia berbanding dengan akhirat.
Perkara itulah punca segala kesalahan dan maksiat lain. Apa yang lebih bahaya, bukan semata-mata pada memiliki dunia, tetapi keinginan yang membuak-buak dan sentiasa berjaga-jaga untuk harta dan perhiasan dunia.
           Sekiranya dunia dihimpunkan sekali bersama-sama akhirat, sudah tentu dunia didahulu
kan berbanding dengan akhirat. Ini sebenarnya adalah sebab kehancuran di dunia dan akhirat. Allah SWT. memberikan gambaran akhirat dengan menerangkan dalam al-Qur’an surah An-Naziat ayat 79: 37-39 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Adapun orang yang melampaui batas. Dan lebih mementingkan kehidupan dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya.”
               Terdapat di dalamnya orang-orang yang melampaui batas disebabkan zalim dan takbur, juga orang yang lebih mementingkan kehidupan dunia dengan menurut sahaja kehendak nafsu syahwatnya, dan melupakan sama sekali amalan untuk akhirat. Maka sesungguhnya neraka Jahim (yang menyala-nyala) itulah tempat tinggalnya.
               Mereka yang hidup di dunia hanya bercita-cita untuk mencari kemewahan, tidak akan mendapat sesuatu apa pun di akhirat nanti, kecuali yang didapati hanyalah neraka. Kerana balasan dalam akhirat itu mengikut amalan seperti balasan di dunia juga. Apabila seorang itu tidak beramal untuk akhirat, maka ia tidak akan mendapat balasan untuk akhirat. Sesungguh nya beramal untuk akhirat itu ialah dengan membersihkan rohaninya, dengan beriman dan bertakwa kepada Allah serta menjauhi segala amalan maksiat dan kejahatan.(1)
               Hidup bersendikan perasaan kasih sayang dianjurkan oleh Islam. Sifat kasih sayang merupakan satu keunggulan hidup seorang muslim kerana ia sentiasa memelihara kebajikan rohaninya kerana Allah. Allah itu sifatnya Maha Pengasih dan Maha penyayang kepada hambanya. Allah sentiasa menghubungkan hambanya setiap detik masa, tidak putus-putus walau sesaat pun.
Allah menghubungkan kita manusia melalui rahmat dan nikmatnya yang tidak terkira banyaknya. Allah SWT menaruh kasih sayangnya kepada manusia sama ada nikmat dan rahmat yang bersifat nyata, lebih-lebih lagi rahmat dan nikmat yang bersifat ghaib. Kasih sayang Allah yang tertinggi nilainya ialah membekalkan kita rohani yang membolehkan kita hidup berperasaan.
Dengan adanya rohani kita maka manusia hidup membangun, sama ada pembangunan jasmani mahupun pembangunan rohani. Inilah faktor-faktor kehidupan sebenar mengapa Allah wujudkan makhluk manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Harus kita sedari bahawa kasih sayang Allah itu merata mengenai seluruh makhluknya.
Kasih sayang Allah merata terhadap semua makhluk yang bernama manusia. Baik manusia yang patuh kepada ibadahnya atau manusia yang ingkar, kafir dan jahat. Semua orang-orang kafir yang sekafir-kafirnya, terhadap orang-orang yang jahat sejahat-jahatnya, Allah tetap memberikan rahmat dan nikmat-Nya tanpa pandang bulu.
Mereka diberi kelengkapan tubuh yang sempurna, diberi rezeki dan harta benda.
Bahkan banyak di antara manusia-manusia yang anti Tuhan sekalipun mempunyai kehidupan yang mewah, kaya raya di dunia ini. Mereka sihat-sihat, kuat-kuat bukan itu sahaja, malah di berikan kekuasaan dan kedudukan. Ta jarang di antara orang kafir dan jahat itu menjadi sarjana-sarjana yang besar.
               Sesudah mereka melampaui dan meliwati batas kekufuran dan kejahatannya, sehingga telah nyata-nyata merosak dunia dan bangsa-bangsa yang mendiaminya, sesudah Allah kirim peringatan-peringatan dengan perantara Rasul-rasul. Kitab suci, ulama-ulama, mereka atas kejahatan dan kekufuran itu atau bertambah aniaya dan ingkar; barulah Allah marah dan murka, lantas menurunkan berbagai siksa, adzab dan bencana-bencana terhadap mereka.
               Sifat kasih sayang adalah naluri manusia yang berpangkal daripada hati. Ia merupakan satu perasaan ingin memperolehi atau memiliki sesuatu yang menyenangkan hati atau menghiburkan jiwanya atas kehadirannya. Sifat kasih sayang yang ada pada manusia agak
berbeza dengan sifat kasih sayang yang ada pada haiwan yang membiak.
               Kasih sayang yang ada pada manusia berpangkal daripada hati manakala kasih sayang yang ada pada haiwan ia dikeluarkan secara instimct atau tabii. Naluri kasih sayang yang ada pada manusia sememangnya berpunca kepada kehadiran rohaninya yang dibekalkan oleh Allah SWT.
Rasa keinsanan merupakan rasa kemanusian yang beunsur rohaniah yang mempunyai ciri-ciri kasih sayang terhadap sesama insan kerana Allah SWT. Sifat kasih sayanglah yang membentuk tamadun kehidupan manusia dan memberi satu kekuatan dalam melahirkan masyarakat yang bersosial.
Manusia sebagai makhluk Allah yang terintemewa di sisi Allah SWT. dibekalkan dengan berbagai fitrah yang menjadinya teristemewa berbanding makhluk ciptaan Allah yang lain. Antara fitrah termulia yang ada pada manusia ialah mempunyai akal dan naluri kasih sayang yang menjadikan manusia makhluk Allah SWT yang terunggul.
Manusia, sejak lahir adalah dalam keadaan suci, ta’ mempuyai dosa. Antara ciri-ciri yang mengangkatnya ke peringkat kesucian ialah mempunyai fitrah kasih sayang terutama sekali dari ibu yang melahirkannya.  Ibulah yang membentuknya dengan penuh kasih sayang bersama masyarakat sekelilingmya.
Anak yang comel itu bukanlah sebagaimana yang dianggap oleh agama Keristian sebagai insan yang berdosa sejak kelahirannya yang dikenali sebagai dosa warisan atau dalam bahasa Inggerisnya sebagai “original sin”. Dosa tersebut hanya boleh dibersihkan dari jiwanya dengan memadikan bayi yang baru lahir atau sesiapa sahaja yang baru memeluk agama Keistian, dengan cara hanya menuangkan air ke atas dahinya. Upacara memandikan bayi berkenaan atau sesiapa sahaja yang baru memeluk agama Keistian, dipanggil Sacrament of Baptism..
Dari segi bahasa - sacrament of Baptism atau yang bermaksud mensucikan dosakah atau mengampunkan dosa? Air boleh mensucikan kotoran tetapi tidak boleh mengampunkan dosa.
Mencurahkan kasih sayang adalah merupakan jiwa dan prinsip Islam yang utama. Seluas senyuman yang tersimpan rasa kasih sayang di dalamnya. Lebih besar ertinya bagi Rasulullah daripada berjihad. Kerana sesungguhnya  rasa kasih sayang anda akan sampai kepada puncaknya bila tercurah kepada ayah dan bonda dengan ikhlas.
Bukan sekadar keluaga sahaja kasih sayang itu diberikan, tetapi juga kepada seluruh makhluk yang berjiwa, yang dapat menerima erti kasih sayang itu. Betapa besarnya kederha- kaan dan merunsingkan orang lain, sehingga melakukan ibadah yang wajibpun bila menyeksa diri atau jiwa seseorang maka oleh Rasulullah SAW dianggap sebagai suatu kederhakan.
Rasa cinta dan kasih sayang yang tersimpan di dalam jiwa manusia, merupakan anugerah dari Allah SWT yang paling agung, perlu dijaga dan dibina. Alangkah deritanya seseorang jika di dalam jiwanya tidak ada lagi rasa kasih sayang. Tentu anda akan merasa sepi hidup di dunia ini jika kasih sayang dalam jiwa anda dicabut kembali oleh Allah SWT.
Oleh sebab itu berikanlah kasih sayang anda kepada orang yang memerlukan kasih sayang. Baik kepada kedua orang tua, keluarga, kepada sanak saudara, kepada sahabat dan sebagainya. Jika anda telah mendirikan rumah tangga berikan kasih sayang yang ikhlas kepada isteri atau suami serta kepada anak-anak. Kerana  kasih sayaang yang diberikan itu jika disampaikan dengan cara yang menyentuh hati dan perasaan serta dengan keikhlasan, ianya akan menjadi jiwa anda tenteram dan sihat, terhindar dari berbagai penyakit kejiwaan seperti tekanan perasaan, kebimbangan, dendam dan sebagainya.
Pemberian kasih sayang itu tidak terbatas kepada manusia sahaja. Namun kepada binatang yang buas sekali pun berhak menerima kasih sayang daripada kita. Anak-anak juga merindukan kasih sayang daripada kita. Nabi SAW kemudian menganjurkan lagi, bahawa yang juga berhak menerima kasih sayang itu adalah anak-anak yatim. Bayangkan sahaja jika
kita telah mempunyai anak, kemudian kita meninggal dunia. Tentu anak-anak kita mengharap
kan kasih sayang kepada orang lain.
                    Jangan merasa bakhil dengan rasa kasih sayang yang ada di dalam jiwa, jika ingin tetap sihat dan memiliki jiwa yang tenang. Kerana kasih sayang yang diberikan itu tidak akan berakhir sampai disitu sahaja. Namun ianya akan dibawa sebagai suatu pahala dan rahmat Allah sampai ke akhirat.
Kita perlu membina rasa cinta dan kasih sayang di dalam diri, agar dikasihi dan disayangi oleh Allah dan orang lain. Rasa kasih dan sayang itu akan hilang begitu sahaja secara percuma jika tidak mengagi-agihkannya kepada orang lain. Namun jika diberikan kepada orang lain ianya tidak akan kurang, malah akan bertambah banyak dari masa kemasa.
Begitulah uniknya anugerah cinta, kasih dan sayang yang diberikan Allah SWT kepada kita. Hanya terserah kepada kita, apakah ingin dibiarkan begitu sahaja tidak digunakan, ataupun digunakan kepada jalan yang benar sesuai dengan ajaran Islam.(2)
Contohilah kasih sayang yang telah diberikan oleh Rasulullah dalam segala aspek kehidupan. Kerana sesungguhnya dalam diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik. Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 33:21 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(1) Bey Arifin: Mengenal TUHAN. Kelang Book Center.1989
(2) Muhamad Isa Selamat: PENAWAR JIWA Psikologi Ketenangan Minda – Darul Numan 1998.    

Saturday, February 2, 2019

UKHUWAH DAN KASIH SAYANG TERAS PERPADUAN UMAT


UKHUWAH DAN KASIH SAYANG TERAS PERPADUAN UMAT.
(Disiarkan Pada 2. 2. 2019)
               Ukhuwah dan kasih sayang merupakan ciri-ciri kehidupan manusia yang diwujudkan Allah SWT demi kesejahteraan manusia sebagai khalifah-Nya dimuka bumi yang fanah ini. Kewujudan manusia adalah disebabkan kehadiran dua unsur iaitu jasmani atau benda yang sifatnya nyata dan asalnya dari bumi. Unsur yang kedua ialah yang dikenali sebagai roh yang sifatnya ghaib dan asalnya dari Allah SWT.
               Ukhuwah dan kasih sayang tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya merupakan nilai hubungan kemanusiaan kerana Allah SWT. Manusia adalah makhluk bersosial dan tidak mudah hidup tanpa bermasyarakat. Masyarakat manusia wujud kerana adanya falsafah ukhuwah kemanusiaan. Disiplin ukhuwah pastinya melahirkan perasaan kasih sayang. Kasih sayang itu bersifat ghaib tetapi kehadirannya dalam kehidupan manusia melahirkan solidaritas sosial.
               Intisari dalam bermasyarakat ialah saling tolong menolong, bantu membantu dan sayang menyayangi. Tidak ada nilainya persaudaraan jika tidak anda membantu saudara anda ketika diperlukan; membantunya ketika kesulitan dan mengasihaninya ketika lemah.
               Rasulullah SAW telah menggambarkan kepada kita contoh yang mengkagumkan tentang sikap tolong-menolong dan ikatan yang kukuh di kalangan anggota masyarakat Islam. Sebahagian dari gambaran yang menarik ini ialah sabda Rasulullah SAW:
               “Bandingan seorang yang beriman kepada seorang beriman yang lain adalah umpama sebuah bangunan yang saling mengukuhi antara satu dengan yang lain”. ”Lantas Rasulullah SAW memasukkan jari-jemari baginda antara satu sama lain.
               Seketul bata sudah tentulah lemah sekalipun buatannya kelihatan kukuh. Sementara ribuan bata yang berselerak tidak boleh membentuk apa-apa dan tidak dinamakan sebagai bangunan. Binaan yang kukuh hanya terjadi dengan batu-bata yang saling diikat dalam barisan-barisan yang tersusun berdasarkan sistem tertentu. Lantara itu akan terbentuklah dari batu-bata tersebut sebuah dinding yang kukuh. Dari himpunan beberapa dinding terbentuklah rumah yang tegap. Rumah yang tegap itu amat sukar hendak dimusnahkan oleh tangan-tangan para perosak.
               Rasulullah SAW juga menggambarkan keagungan kasih sayang antara anggota masyarakat, saling melengkapi dan kasihan belas antara satu sama lain dengan sabdaan Baginda:
               “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam jalinan cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seperti tubuh yang satu apabila ada anggota tubuh yang merasa sakit, maka seluruh anggota yang lainnya merasa demam dan tidak dapat tidur malam.”
               Al-Qur’an al-Karim mewajibkan kita saling bantu membantu dengan syarat bantuan tersebut perkara-perkara kebaikan dan ketakwaan. Sebaliknya Islam melarang dan menegah jika bantuan itu adalah terhadap perkara-perkara dosa dan membawa kepada perlanggaran hukum-hukum Allah SWT. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah al-Maidah ayat 5:2 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan bantu membantulah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu membantu dalam melakukan dosa dan pelanggaran.”
               Al-Qur’an al-Karim telah menjadikan orang Mukmin sebagai pemimpin antara satu sama lain berdasarkan tuntutan keimanan sepertimana firman Allah SWT surah al-Thaha ayat 20:29-35 yang bermaksdu: (terjemahan)
               “Dan jadikanlah untukmu seorang pembantu dari keluargaku, (iaitu)Harun saudara ku.Teguhkanlah dengannya kekuatan dan jadilah ia rakanku dalam urusanku, supaya kami banyak bertasbih kepada Kamu dan banyak mengingati Kamu. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui (keadaan) Kami.”
               Nabi Musa bermohon agar Allah melapangkan dadanya di dalam menghadapi perkara
yang hak dan benar. Hal itu disebabkan dia tersangat takut kepada Firaun, kerana Firaun itu mempunyai kekuasaan yang besar dan banyak bala  tenteranya, maka terasa sempit dadanya dan agak kecut hatinya apabila hendak menyeru Firaun supaya menyembah Allah. Oleh sebab itulah dia memohon agar dilapangkan dadanya dengan berpendirian teguh, supaya tidak ada yang mendatangkan muderat kepadanya melainkan dengan izin Allah.(1)
               Dan memohonkan agar dimudahkaan kerja-kerjanya untuk menyampaikan perutusan kepada Firaun dan menyiarkan tugas-tugas agama.
               Begitu pula memohonkan supaya lidahnya yang agak pelat kurang fasih untuk bertutur itu –ibarat tali yang tersimpul – hendaknya dapatlah dibukakankan untuk bercakap lancar, supaya mudah orang memahami kata-katanya.  
               Mengikut tafsir al-Khazin: Adalah diriwayatkan pada suatu  hari semasa Nabi Musa masih kecil dalam pangkuan Firaun tiba-tiba tangannya menampar muka Firaun dan menarik jangutnya, sehingga Firaun menjadi teramat murka, lalu berkata kepada isterinya, “Asiah”: “Sesungguhnya anak ini musuhku.” Dia bermaksud hendak membunuhnya, lalu dicegah oleh Asiah dengan katanya: “Dia hanyalah seorang anak kecil yang tidak berakal. Wahai Tuanku! Kalau Tuanku mahu mengujinya, silakanlah!”
               Firaun pun hendak menguji. Disuruhnya orang mengambil dua buah dulang, yang satu berisi barah api dan yang satu lagi berisi batu permata. Lalu keduanya diletakkan di depan Nabi Musa. Maka Nabi Musa hendak mengambil batu permata itu, tetapi Malaikat Jibril telah menolak tangannya ke dulang yang berisi bara api maka diambillah bara api itu terus dimaskkan kedalam mulutnya. Seketika itu terbakarlah lidahnya, dan dengan demikian menjadilah lidahnya tersimpul yakni agak pelat untuk bercakap dan kurang fasih jika bertutur kata.
               Seterusnya Nabi Musa memohonkan, supaya saudaranya yang tua iaitu Nabi Harun (a.s.) menjadi pembantu kepadanya agar keduanya sama-sama bertugas menjalankan perutusan Allah, dan  dengannya juga dapat menolong  menghadapi segala kesukaran dan kesulitan
               Kemudian Nabi Musa memohonkan agar diteguhkan kekuatannya dengan bantuan Nabi Harun, dan menjadikannya besekutu dengannya di dalam menyiarkan agama Islam dengan sebaik-baik, sehingga sampai kepada maksud yang ditujunya. Dari situ ternyata bahawa usaha melancarkan dakwa atau menyampaikan seruan agama itu lebih molek jika dijalankan menerusi perbadanan yang dapat bekerjasama daripada dijalankan dengan cara berseorangan, supaya hasilnya memuaskan. Dan sememangnya setiap para Nabi usaha dan tugas selalu mendapat sokongan daripada Nabi yang lain.
               Maka di dalam kita melancarkan dakwah janganlah ada hendaknya tokoh-tokoh yang bersengkita antara satu sama lain, didorong oleh kerana hendak mencari pegaruh, mencari nama dan publisiti murahan, yang mana semuanya itu tidak akan menguntungkan tetapi akan merugikan dan memecah-belahkan umat Islam.
               Sebabnya Nabi Musa berdoa sedemikian, katanya: Supaya kami bertasbih memulia kan Allah sebanyak-banyaknya dengan perkerjaan sembahyang dan mengenang Allah sebanyak-banyaknya dengan memuji dan bersyukur di atas nikmat-Nya, kerana sesungguhnya Allah Mengetahui lagi Bijaksana terhadap hamba-Nya.(1)
               Ukhuwah dan kasih sayang wajar tumbuh subur dalam hati kita manusia; samada ukhuwah dan kasih sayang antara sesama manusia dan lebih-lebih lagi antara  manusia dengan Allah SWT.
               Antara makhluk Tuhan itu, manusialah makhluk yang terindah, terbaik dan paling sempurna. Berasal dari setitis air yang amat halus. Sesudah 40 hari berubah menjadi segumpal darah, 40 hari kemudian berubah menjadi segumpal daging, lalu diberi kerangka tulang dan urat syaraf, dan 4o hari kemudian dihembuskan kepadnya roh, sehingga sejak waktu itu kita berubah makhluk yang hidup, bergerak di tempat yang sempit di dalam kandungan ibu kita.
Akhirnya kita lahir ke dunia, memulai hidup di alam yang luas ini merupakan anak bayi yang amat kecil dan lemah. lama kelemahan semakin besar dan kuat, semakin bertubuh akal dan fikiran, sehingga setelah mencapai umur 18 tahun, kita menjadi manusia yang sempurna segalanya.
               Semenjak kita berupakan setitik air yang amat halus, sampai kita mati dalam umur 70 atau 80 atau lebih, setiap detik masa dengan tak putusnya, kita selalu dihujani rahmat dan nikmat oleh Tuhan yang menciptakan, dan mengidupkan. Tidak pernah satu detik atau seperempat detik sekalipun kita putus dari rahmat Tuhan itu.
               Allah bukan hanya menciptakan kita, tetapi setiap detik dari kehidupan kita Allah selalu menghubungi kita dengan bermacam rahmat dan nikmat. Allah tidak pernah putus hubungannya dengan kita.
               Nikmat Tuhan yang berupa bumi dengan segala isinya, matahari bulan dan bintang dengan sinarnya, hawa, udara, air, buah-buahan yang menjadi kepeluan hidup yang amat penting, adalah sebahagian kecil dari rahmat dan nikmat Allah itu. Apa lagi nikmat yang berupa kaki, tangan, paru-paru, jantung dan semua bahagian dari badan kita, yang berupakan mata, hidung, otak dan fikiran, jiwa atau roh yang menghidupkan kita, adalah nikmat yang tidak dapat dinilai dengan emas dan perak sekalipun berapa saja banyaknya.
               Semua itu saban  waktu dan ketika kita terima dan kita peroleh dari Allah yang menciptakannya yang harus mengingatinya dan jangan sampai dilupakan begitu sahaja. Segala kesenangan dan kemewahan dalam hidup ini adalah rahmat dan nikmat dariTuhan. Tidak ada yang manusia dapat diperolehi tanpa keredaan Allah SWT. Kalau demikinlah halnya pembangunan kehidupan ini maka tanya diri sendiri bagaimana pula ukhuwah dan kasih sayang kita kepada yang Maha Pencipta itu?
               Sekarang marilah kita periksa pula bagaimana kita manusia mengadakan hubungan atau kontek dengan Tuhan. Dengan sedih dan perasaan menyesal sehebat-hebatnya harus kita akui, bahawa di samping ada manusia yang sentiasa mengadakan hubungan dengan Tuhan, tetapi lebih banyak manusia yang putus sama sekali hubungannya dengan Tuhan. Mereka lupa seratus peratus terhadap Tuhan. Tuhan tidak menjadi perhatian dalam hidup mereka, Tuhan adalah suatu yang tak menarik dalam hidup dan kehidupan mereka. Bahkan ada di antara manusia yang sampai benci dan tak suka mendengar, membaca dan memperkatakan Tuhan, Na’uuzu billahi min zalik. Mudah-mudahan Tuhan melindungi diriku dan saudara sekalian dari sifat yang demikian terhadap Tuhan.
               Kita manusia harus dapat menginsafkan akan diri kita sendiri-sendiri agar kita jangan terpesona dengan segala macam rahmat dan nikmat Allah saja, sehingga lupa kepada Allah yang memberi rahmat dan nikmat itu. Bagaimana pun kita harus mendidik diri untuk selalu ingat terhadap Allah, harus memelihara hubungan yang baik dengan Tuhan. Kita jangan terpesona dengan segala pemberian nikmat Tuhan kepada kita tetapi imbalilah dengan rasa syukur dan berterima kasih kerana Allah sentiasa memelihara kebajikan kita.
     Allah berfirman dalam al-Qur’an surah al-An’nam ayat 6:32 yang bermaksud:(terjemahan)  
               “Ketahuilah bahawa semua itu dan seluruh kehidupan di dunia ini adalah permainan yang tak kekal.”
               Kita haruslah berusaha dengan cara yang halal kerana dengan cara itu sahaja kita dapat penghasilan yang bersifat bersih dari kotoran dosa. Harta yang tak halal dan harta yang didapati dengan merugikan orang lain tak mungkin dapat membawa kebahagian batin, tapi hanya dapat memuasakan nafsu sendiri yang pasti akan mengakibatkan kesengsaraan batin. Maka itu adalah dianjurkan, kembalilah dan perbaikilah hubungan saudara dengan iman dan takwa kepada Tuhan SWT.(2)
                    Allah yang Maha Esa memerintahkan kepada setiap manusia tanpa kecuali dan tidak dipaksa supaya mengikuti jalan petunjuk-Nya serta rela mematuhi Peraturan dan hukum undang-undang yang telah ditetapkan iaitu jalan yang lurus atau Sirata’l Mustaqim yang dituntut kita sebagai hamba-Nya supaya tidak membuat peraturan tambahan selain daripada mematuhi hukum dan peradaban yang telah digariskan oleh Allah kepada Nabi. Oleh itu marilah memenuhi seruan suci Allah secara sukarela, jika kita ingin medapatkan keselamatan dan kesejahteraan sama ada di dunia dan akhirat.
               Yang paling pokok dalam seruan Islam ialah mempercayai yang Maha Esa dan membebaskan diri daripada syirik.
               Tugas yang besar yang mesti dilaksanakan dalam mentaati seruan suci ialah wajib membebaskan diri daripada fahaman dan amalan syirik supaya dengan demikian kita terhindar daripada kutukan dan laknat Allah. Allah sangat murka ke atas orang yang menye- kutukan-Nya. Firman Allah surah Al-Nisa’ ayat 4:116 yang bermaksud: (terjemahan)
               Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua) maka sesungguhnya ia telah sesat (dengan), kesesatan yang sejauh-jauhnya.”
               Allah sentiasa bersedia untuk memberikan keampunan kepada hamba-Nya yang telah melakukan dosa – sama ada ia telah melakukan dosa besar, mahupun dosa kecil – diampunkan-Nya sekiranya mahu bertaubat dengan setulus-tulusnya. Kecuali dosa kerana syirik (menyekutukan Allah dengan sesuatu) tiada sekali-kali diampunkan oleh Allah.”(3)