Friday, March 29, 2019

IMAN TERAS PEMBANGUNAN UMMAH.
(Disiarkan pada 29. 3. 2019)
               Membina sikap hidup berasaskan keimanan. Iman diambil dari perkataan aman yang bermaksud tenteram. Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 7:96 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Kalau penduduk negeri itu beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya Kami (Allah) bukakan pintu keberakatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan juga, lalu Kami seksa mereka disebabkan perbuatan yang mereka usahakan.”
               Kalau mereka beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya Allah mewahkan hidup mereka dan memudahkan dengan segala macam keberakatan, sebagai ganti dari azab dan malapetaka yang setengahnya diturunkan dari langit dan setengahnya pula ditimbulkan dari bumi.
               Adalah menjadi dasar yang diakui oleh Al-Qur’an, bahawa adanya keimanan yang sejati dan adanya agama yang benar, akan menyebabkan pula adanya kebahagiaan di dunia. Itulah dinikmati oleh orang-orang mahu beriman. Dan di antara yang turut sama menikmati kebahagian  dalam segi kebendaan sahaja ialah orang-orang yang kufur, sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah Al-An’am ayat 6:44 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Setelah mereka melupakan peringatan yang diberikan kepada mereka, Kami bukakan kepada mereka pintu segala sesuatu.”
               Sebenarnya pintu segala sesuatu (peluang-peluang) yang dibukakan kepada orang-orang yang kufur itu tak lain hanyalah merupakan ujian Tuhan, akibatnya nikmat yang mereka terima bertukar menjadi musibah dan keberaka tan bertukar menjadi malapetaka.
               Lain halnya dengan orang-orang yang beriman, maka pintu segala sesuatu atau peluang-peluang yang baik kalau dibukakan kepada mereka kesannya adalah baik, kerana akan menambahkan kesyukuran mereka kepada Allah. Dan ini akan menambahkan pula nikmat dan berkat yang akan mereka terima di dunia dan pahala di akhirat.
               Dari iman yang benar akan terpancar akhlaq yang baik, dari akhlaq yang baik terwujudlah perbuatan yang soleh termasuk di dalamnya kesediaan beramar ma’ruf dan nahyi mungkar.
               Kunci iman ialah ibadat. Benar tidaknya ibadat seseorang sangat berpenga ruh terhadap benar dan tidaknya iman dengan kata lain iman yang tidak terpelihara maka ibadatnya pun tidak teratur.
               Kita telah menyatakan dan mengakui iman kepada Allah, maka ibadat kita pun hendak lah kerana Allah dan menurut ketentuan-ketentuan-Nya  jadi petanda seorang mukmin ialah ibadat dan laku pebuatannya. Firman Allah dalam Al-Qur’an surah At-Taubah ayat 9:71 yang bermaksud: (terjemahan)
       “Dan orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadikan pemimpin kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh memper buat kebaikan dan melarang daripada kejahatan. Mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mentaati Allah dan rasul-Nya. Itulah orang-orang yang akan dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana.  
               Mereka pimpin-memimpin dan bantu-membantu sesama mereka dengan rasa kasih sayang yang terjalin oleh semangat persaudaraan. Tugas pempin-memimpin  dan bantu mem- batu ini termasuklah juga kaum wanita kerana mereka turut memainkan peranan yang besar, umpamanya dalam masa berperang dan dalam urusan yang bersangkut paut dengan ketenteraan, pengorbanan harta. Isteri-isteri Nabi SAW dan isteri-isteri para sahabat pernah keluar bersama askar-askar Mukmin dalam medan perang untuk membantu memberikan minuman, menyediakan makanan, merawat askar-askar yang cedera dan meniupkan semangat perjuangan ke dalam jiwa perwira-perwira Islam yang sedang berperang itu.
               Rasa persaudaraan, tolong-menolang, bantu-membantu dan sayang menyayangi antara
seorang Mukmim dengan yang lain telah diumpamakan oleh Nabi SAW seperti suatu kumpulan yang menjadi tuguh yang satu atau berupa sebuah bangunan, yang satu menguatkan yang lain. Mereka bersatu untuk mempertahankan kebenaran, keadilan dan meninggikan kalimat Allah.
               Keimanan kepada Allah SWT menjadi sumber asasi ajaran agama Islam. Al-Qur’an bukan sahaja menegaskan tentang adanya Allah SWT tetapi juga menerangkan ajaran Islam mengenai ketuhanan yakni bagaimana corak dan bentuk kepercayaan kita kepada Allah SWT.
               Kepercayaan kepada Allah SWT bererti kita mempercayai Allah SWT itu ada dan Dia adalah Esa atau Tunggal dan tidak ada yang serupa dengan-Nya. Dalam Al-Qur’an Allah SWT befirman surah Al-Ikhlas ayat 112:1-4 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Katakan (wahai Muhammad): (Tuhan) ialah Allah yang Maha Esa. Allah menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa yang setera dengan-Nya.”
               Beriman kepada Allah SWT bererti mempercayai bahawa Dialah menjadikan alam ini dan alam akhirat. Segala sesuatu tidak berlaku melainkan dengan  kehendak-Nya. Allah SWT berfirman surah Al-An’am ayat 6:102 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada tuhan (yang disembah dengan benarnya) melainkan Dia, yang menjadikan tiap-tiap sesuatu. Oleh itu beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah), Dia lah yang mentadbirkan tiap-tiap sesuatu.”
               Beriman kepada Allah SWT bererti mempercayai bahawa Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang memberi rezeki dan kepada-Nya bergantung segala yang di langit dan di bumi.  Allah SWT berfirman surah Ali Imran ayat 3:27 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Engkau memasukkan malam ke dalam siang (memperpanjangkan masa malam) dan Engkau masukan siang ke dalam  malam (mempanjangkan pula waktu siang).Engkau keluar kan yang hidup daripada yang mati  dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup dan Engkau beri  rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada terkira.”
               Ayat yang bermaksud:Engkau masukkan malam ke dalam siang (memperpanjangkan  masa malam) dan Engkau masukkan siang ke dalam malam (memperpanjangkan pula masa siang).
               Engkau berkuasa menjadikan bahagian-bahagian kawasan muka bumi yang bulat dan mengelilingi mata hari dengan beratur ini bermusim-musim. Ada kalanya waktu malam lebih panjang daripada waktu siang sampai beberapa jam dan sebaliknya waktu siang pula lebih panjang dari waktu malam mengikut musim dan kawasan muka bumi masing-masing.
               Perbezaan masa malam dengan masa siang-manakala yang  lebih panjang – hal ini tidaklah begitu  terasa oleh penduduk-penduduk di kawasan “khatulistiwa” (garis lintang yang melingkari tengah-tengah bumi). Tetapi semakin menjauhi garis lintang khatulsitiwa, sama ada di utara atau di selatan akan semikan terasa perbezaan panjang atau pendiknya malam atau siang itu apatah lagi jika telah menghampiri kedua-dua kawasan kitubnya (kutub utara dan kutub selatan) adakalanya dalam beberapa bulan yang lain – dalam setahun – tidak terjumpa malam langsung – terus siang.
               Maka sekiranya peristiwa yang berlaku ini  Allah berkuasa mengadakan nya, betapa pula Allah tidak berkuasa mengurniakan pangkat kenabian kuasa kerajaan kepada hamba-Nya yang dikehendaki-Nya, seperti Muhammad dan umatnya dari bangsa Arab, dan tidak berkuasa pula mencabut pangkat dan kebesaran tersebut dari hamba yang dikehendaki-Nya Seperti kaum Bani Israel? Apa yang dapat Allah lakukan seperti itu ke atas manusia, tidak berbeza dengan yang dilakukan-Nya ke atas peredaran malam dan siang.
               Lanjutan ayat tersebut bermaksud:
               “Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati dan engkau keluarkan yang mati Daripada yang hidup.”
               Allah berkuasa mengeluarkan orang  yang berpengetahuan (alim) dari orang yang jahil. Orang yang berpengetahuan dianggap hidup fikirannya, dan orang jahil dianggap mati fikirannya. Dan Allah berkuasa mengeluarkan orang yang mukmin dari orang  kafir. Orang mukmin dianggap hidup hatinya dan orang kafir  dianggap mati hatinya.
               Erti hidup atau mati di sini, mengikut istilah maknawi (dalam pengertian). Dan erti hidup dan mati mengikut istilah kissi (dalam keyataan) pula ialah: Allah mengeluarkan pohon dari biji, manusia dari mani, dan burung dari telur. Pohon, manusia  dan burung itu hidup, dan biji, mani dan telur itu mati.
               Pada akhir ayat diterangkan yang ertinya:
               “Dan engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada terkira.”
               Allah mempunyai kurnia yang amat luas. Dikurniakan-Nya kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan mewah.
               Beriman kepada Allah SWT bermakna percaya bahawa semua makhluk ini adalah milik Allah SWT. Dialah tuannya dan dialah sahaja yang berhak mengatur perjalanannya, semua perkara yang mengatur perjalanan hidup manusia hendaklah bersumber daripada Dia. Allah berfirman surah Al-Fatihah ayat 1:1-3 yang bermaksud: (terjemahan).
               “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara  dan mentadbir sekalian alam. Yang amat Pemurah lagi amat mengesihani. Yang menguwasi pemerintahan hari pembalasan (Hari akhirat)”
               Segala puji bagi Allah Tuhan yang memiliki alam ini, yang Pemurah dan Penyayang yang memiliki hari kemudian.
               Allah SWT befirman lagi surah Ali Imran ayat 3:83 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Mengapakah mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Padahal telah berserah (tunduk) kepada-Nya semua orang yang di langit dan di bumi, dengan sekarela atau  terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali.”
               Mengapakah mereka itu berpaling dari yang hak setelah cukup diberikan kepada mereka berbagai-bagai keterangan? Masih juga mereka mencari agama lain yang bukan agama Allah, tidak mahu beragama Islam untuk beribadat yang setulusnya kepada Allah, baik semasa sembunyi atau terang terangan. Pada hal orang yang di langit seperti  Malaikat, dan di bumi seperti para Nabi dan orang orang mukmin, semuanya tunduk serta patuh kepada hukum-hukum  Allah.
               Orang-orang yang dilangit dan yang dibumi yang telah disebutkan – baik yang beriman secara rela mahu pun yang beriman secara terpaksa – semuanya telah runduk kepada Allah dengan menganut agama Islam, tetapi orang-orang ahli Kitab itu pula masih juga berdalih untuk mencari agama yang lain. Mereka kesudahaannya akan kembali juga kepada Allah untuk menerima balasan.
               Keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT menurut Islam adalah muncul di dalam diri manusia sejak mula-mula lagi. Yang menyebabkan mereka lupakan Allah dan lupakan  kepadanya ialah kerana jiwanya tidak diasuh supaya sentiasa mengakui dan mengingati Allah SWT. Dosa-dosa yang dilakukan dan kejahilan yang menghalang mereka  daripada mengenal Allah SWT kekuatan semula jadi yang dapat mengenal dan mengakui Allah itu ditutup dan tidak bergerak. Mengenai keuatan semula jadi yang mengakui dan mengenali Allah itu, Allah SWT berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 7:172 yang bermaksud: (terjemahan)
               “(Ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanku mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya: “Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: Benar (Engkau Tuhan kami) kami menjadi saksi.
               Mangenali dan mengakui ketuhan Allah SWT bukan hanya sekadar mempercayai  Allah SWT serta keluasannya tetapi hendaklah dikuti dengan menyembah Allah dan tidak menyembah yang lain daripada-Nya.
               Kalau hanya sekadar percaya adanya Allah SWT dengan tidak mempunyai tanggapan yang sebenar mengenai Allah SWT dan tidak  menunaikan kewajipan yang sebenarnya terhadap Allah SWT samalah juga dengan orang jahiliah, kerana di antara mereka itu memang mempercayai adanya Allah SWT.
               Mereka mengerti bahawa yang menjadikan alam semesta ini ialah Allah. tetapi mereka dianggap jahiliah, kerana mereka tidak menjalankan kewajipan yang sebenarnya terhadap Allah SWT. Jika mereka beribadah, mereka beribadah kepada yang lain daripada Allah SWT mereka tidak taat kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya.
Mereka menyembah berhala-berhala, ketua-ketua mereka, dan pawang-pawang. Jika   ditanya mengapa mereka berbuat demikian mereka menjawab kononnya patung-patung, ketua-ketua dan pawang-pawang mereka menjadi penghubung dan perantaraan untuk menyembah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. (1)
(1) Dr. Harun Din: Manusia dan Islam SBP 2015.                  

Thursday, March 14, 2019

MULIAKAN HIDUPMU DENGAN IMAN DAN TAKWA KEPADA ALLAH SWT


MULIAKAN HIDUPMU DENGAN IMAN DAN TAKWA KEPADA ALLAH SWT.
(Disiarkan pada 16. 3. 2019)
               Manusia hidup di alam dunia semestinya beriman dan bertakwa kepada Allah SWT kerana Allahlah mewujudkan makhluk manusia. Firman Allah surah Az-Zariyat ayat 51:56 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Tidaklah Aku Jadikan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku.”
               Manusia diwujudkan Allah SWT dengan satu tujuan iaitu beribadah kepada-Nya. Tanggungjawab manusia dalam melaksanakan ibadah atau amanah Allah ada dua, iaitu sebagai hamba Allah dan kedua sebagai Khalifah-Nya. Walau bagaimana pun melaksanakan amanah Allah mempunyai berbagai peringkat keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Allah berfirman surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud: (terjemahan)
               “ Hai manusia sesungguhnya Kami menjadikan kamu laki-laki dan perempuan (ibu dan bapa), dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat), dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulai di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
               Manusia apabila dipandu oleh alam kebendaan, maka ia mempunyai pembawaan diri yang tinggi dan tidak akur kepada peraturan kemanusiaan sebagai panduan untuk membudaya kan amalan hidup yang bebas dari perasaan sombong, takbur dan merasakan diri itu lebih hebat daripada orang lain. Pembawaan diri serupa demikian amatlah rendah di sisi Allah SWT kerana hanya Allah sahaja yang berhak untuk merasakan kehebatan dari segala-galanya,              
               Hidup ini  wajar dihiasi dengan iman dan ketakwaan kepada Allah SWT. Iman itu adalah sesuatu yang mempunyai naluri kecintaan kepada Allah SWT. Imanlah yang mewujudkan manusia sebagai hamba Allah. Mencintai dan merindui Allah SWT merupakan pancaran cahaya iman seseorang terhadap zat yang menciptakannya.
               Iman itu satu kekuatan dalam jiwa manusia yang meyakini bahawa segala sesuatu itu ada penciptanya. Segala makhluk di alam dunia mahupun di alam akhirat adalah kekuasaan Allah SWT menciptanya. Seperti bumi, mata hari, bulan, bintang-bintang, langit dan sebagai nya tidak wujud dengan sendirinya tanpa ada kekuasaan yang mewujudkannya. Yang mewujudkan segala itu adalah kekuasaan Allah yang Maha Pencipta, Maha Mengetahui dan Maha pengasih dan Maha Penyayang. Allah itu tidak mempunyai bentuk atau rupa. Ia adalah zat dan pengetahuan-Nya nenjangkau di mana-mana sahaja.
               Pada suatu hari semasa Nabi Musa menerima wahyu, ia meminta kepada Allah supaya ia boleh meliht jasad-Nya kerana  mendengar suara-Nya Nabi Musa tidak puas hati sehingga menyaksikan bentuk Allah sendiri. Allah berfirman bahawa manusia adalah hamba-Nya yang lemah dan tidak ada kemampuan melihat Allah
               Oleh kerana Nabi Musa meminta diberi peluang juga maka Allah memerintahkan Nabi Musa keluar dari gua tempat ia beriktikaf dan melihat ke hadapan pintu gua tersebut. Apabila Nabi Musa berbuat demikian dilihatnya dihadapan hanya sebuah gunung sahaja. Dalam beberapa saat sahaja kelihatan  oleh Nabi Musa gunung yang berdiri megah dihadapannya menjadi cair. Nabi Musa jatuh pengsan. Apabila beliau tersedar ia meminta ampun kepada Allah dan mengakui kelemahan  manusia.
               Berlaku pada suatu masa seorang guru mempuyai 40 orang murid dalam kelasnya. Setiap masa apabila guru tersebut meminta tolong ia hanya meminta kepada seorang murid bernama Imran sahaja dan tidak pernah meminta tolong kepada murid-murid yang lain. Apabila keadaan ini telah diketahui oleh semua murid yang lain maka mereka merasa curiga dan cemburu mengapa mereka tidak diberi peluang untuk membantu guru.
               Satu ketika mereka pun bertanya kepada guru itu mengapa Imran sahaja yang membantunya. Guru tidak menjawab, tetapi meminta semua murid termasuklah Imran, membawa sebilah pisau kesekolah pada keesokan harinya. Apabila guru datang ke sekolah ia membawa 40 ekor burung merpati. Ia memberi setiap muridnya seekor burung dan sebilah
 pisau yang sudah sedia ada pada setiap murid.
               Guru memberitahu kepada semua murid supaya membawa burung itu ke satu tempat di mana mereka fikir tidak ada yang melihat, dan sembelikan burung itu. Semua pelajar pun berkeliaran mencari tempat yang sunyi yang tidak ada yang melihat. Mereka berada di bawah jambtan di dalam gua, di dalam hutan, di dalam parit, di dalam rumah kosong dan sebagainya. Mereka diberi lima minit sahaja untuk menguruskan penyembelihan burung tersebut.
               Tidak lama kemudian pelajar yang pertama kembali selepas tiga minit dengan kepala burung telah terpisah dari badannya; dikuti dengan pelajar yang lain, semuanya berjaya menyembelih burung masing-masing kecuali Imran yang belum pun kembali lagi. Rakan-rakan menungguh Imran datang. Sepuluh minit kemudian Imran pun kembali dengan muka yang sedih. Ia menyembunyikan tangannya ke dalam bajunya.
               Guru bertanya mengapa ia lambat. Imran menjawab bahawa ia lambat kerana tidak dapat tempat yang sesuai untuk menyembeli burungnya. Dimana saja ia berada ada sahaia yang melihat.Guru itu bertanya siapa yang melihatnya? Imran berkata Allah yang melihatnya. Dengan muka yang sedih ia mengembalikan  burung itu kepada gurunya seraya meminta maaf kerana tidak berjaya menyembelihnya.
               Guru kemudian memberitahu kepada anak-anak muridnya yang lain mengapa ia mempunyai keyakinan kepada Imran kerana ia tahu bahawa Imran mempunyai Iman yang tertanam dalam dadanya. Sebarang perlakuannya ia sentiasa memikirkan kebenaran dan mempunyai keyakinan bahawa Allah itu sentiasa mengawasinya.
Beriman kepada Allah ialah asas kehidupan rohani. Ia juga menjadi punca kepada semua kesenangan serta menjadi sumber kepada semua kebahagiaan. Iman ini tidak hanya  setakat beriman bahawa ada Tuhan yang menguasai alam, tetapi dengan mengetahui kesucian Allah, kebesaran-Nya dan melahirkan kesan keimanan ini dengan perbuatan-perbuatan yang lahir.
               Beriman kepada Allah membebaskan seseorang daripada belenggu kebendaan. Dia tunduk kepada nafsu dan tidak mempedulikan faedah dan bahaya yang khas. Seseorang yang beriman akan berusaha untuk dirinya, untuk bangsa dan umat manusia  seluruhnya. Jadi setiap apa yang berlaku kepada orang itu sama ada amalan kebajikan dan pengorbanannya adalah kerana imannya dengan Allah.
               Hakikat ini  disokong oleh pengalaman-pengalaman manusia secara umum. Pada setiap kerajaan dan setiap masa terdapat manusia yang mengorbankan dirinya untuk kebajikan dan kebahagian manusia seluruhnya. Pengobanan ini dibuat lantaran keimanan kepada Allah yang mendorongkannya berbuat demikian
Hakikat iman seperti ini diakui oleh Al-Qur’an. Sebab itu tidak ada ayat Al-Qur’an  yang menyebut “mereka yang beriman”, melainkan disertakan dengan amal soleh. Ini menunjukkan bahawa keimanan wajib disertakan dengan amal soleh di mana amal soleh ini sebenarnya adalah buah dari keimanan itu.
Sesungguhnya beriman kepada Allah dan amal soleh melahirkan keredhaan Allah dan diberi ganjaran di akhirat. Contoh untuk demikian ialah terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkan seperti yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.”
“Dan sampaikan berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik bahawa bagi mereka disediakan syurga”.
“Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan
mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan  baik.”
                                                                                                                                     Al-Kahfi:18:30
               Iman menjadi penghalang kepada seseorang dari melakukan maksiat. Sebab apa juga  dilakukan oleh manusia dan apa jua yang lahir darinya adalah bergantung kepada akidahnya. Beriman kepada Allah akan menerangkan kegelapan hidup kita ini. Dalam saat kegagalan, seorang mukmin akan mengingati bahawa dia mempunyai tempat untuk minta tolong iaitu Allah SWT. Jadi tidak ada sebab baginya untuk berputus asa. Hatinya menjadi tenang dan peristiwa malang yang dialaminya, akan dianggap sebagai perkara kecil sahaja. Allah mem- beri tahu orang-orang mukmin bahawa Allah sentiasa menolong mereka.
               Firman Allah surah At-Taghabun ayat 64:11 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan sesiapa yang beriman dengan Allah maka Allah sentiasa memberi petunjuk atau memimpin hatinya.”
               Allah berfirman surah Al-Haji ayat 22:54 yng bermaksud: (terjemahan)
               “Dan sesungguhnya Allah adalah pemimpin orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus”.     
               Allah juga berfirman surah  Al-Baqarah ayat 2:257 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia megeluarkan mereka dari  kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman).
               Iman yang disertakan dengan amal soleh adalah menjadi jalan untuk mendapat nikmat dunia. Firman Allah surah An-Nahl ayat 16:97 yang bemaksud: (terjemahan)
               “Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari  apa yang telah mereka kerjakan.”(1)
               Iman itu satu kekuatan dalam jiwa manusia yang meyakini bahawa segala sesuatu itu ada penciptanya Tidak ada kewujudan sesuatu itu dengan sendirinya melainkan diciptakan. Beriman kepada Allah ialah asas kehidupan rohani. Seorang yang beriman akan berusaha untuk dirinya, untuk bangsa dan umat manusia keseluruhannya.
Manakala takwa secara kasar, merujuk kesedaraan mengenai kehadiran dan kekuasaan Allah di  sepanjang masa. Prinsip takwa pula merujuk satu gagasan meritokrasi yang menyelu ruh, yang merangkumi  aspek keimanan, keilmuan kerohanian, kebendaan, akhlak. dan amalan yang soleh.
Amalan berzikir secara berterusan hanya dapat dilakukan oleh orang yang bertakwa kepada Allah. Jadi, takwa berfungsi sebagai paksi bagi perlaksanaan zikir yang berterusan. Zirkir pula merupakan satu mekanisme utama bagi mempeolehi ilham daripada Allah. Melalui ilham, manusia dapat mencapai kejayaan yang besar, iaitu memperoleh ilmu kerohanian dan hikmah daripada Allah.
Ilmu dan amal tanpa iman dianggap tidak bermakna. Dalam pendidikan pintar cerdas, satu nilai yang penting ialah takwa dan nilai ini mengandungi unsur-unsur iman, ilmu, dan amal soleh.Islam memberi penekanan dan pengiktirafan yang tinggi kepada penggunaan akal atau berfikir dalam usaha mencapai kebenaran dan keyakinan. Malah berfikir adalah satu kewajipan menurut Islam. Dalam Al-Qur’an, terdapat 16 frasa ulil albab (orang yang memahami atau berfikir) dan 34 tempat seruan berulang kali disebut agar manusia memerhati, berfikir dan bertafakur. Dalam satu hadis riwayat Ibn Majjah pula, Rasulullah SAW bersabda, “Berfikir sejam adalah lebih baik daripada tujuh puluh tahun sembahyang sunat”.(1)
Kiai Zainuddin M.Z. dari Indonesia mentafsir perkataan takwa seperti berikut: Bertakwa kepada Allah mempunyai tiga ciri-ciri yang membentuk manusia sentiasa meng- ingati Allah Yang Maha Esa, Maha Pemberi dan amat Maha Mengetahi. Perkataan “takwa” adalah terbitan daripada tiga kata.
Tak, daripada perkataan tawadhu. Perasaan tawadhu adalah sesuatu yang membentuk manusia untuk merendahkan diri sebagai hamba Allah, Tidak ada ciptaan Allah di bumi ini yang berhak untuk merasa sombong melainkan Allah sendiri kerana Dialah mewujudkan segala-galanya untuk kemanfaatan segala bentuk kehidupan dalam alam ini.
Manusia dalam mendisiplinkan diri mengerjakan ibadah sembanhyang.Dalam sembah-
yang, bahagian badan kita yang amat bermutu dan berguna kepada diri manusia ialah bahagian kepala. Tetapi apabila kita sujud kepada Allah kepala kita diletakkan sama rendah dengan telapak kaki menunjukkan bahawa manusia sujud merendakan diri di hadapan Allah SWT.
Ciri kedua dalam ketakwaan kepada Allah ialah bunyi ‘kof’ dari perkataan Qannah yang bermaksud, merasakan cukup dengan apa yang ada. Qannah mengandungi lima perkara. 1. Menerima dengan rela akan apa yang ada.
2. Memohon kepada Tuhan tambahan yang pantas, dan berusaha.
3. Menerima dengan sabar akan ketentuan Tuhan.
4. Bertawakal kepada Tuhan.
5. Tidak tertarik oleh tipu daya dunia
Qannah memberi satu kefahaman bahawa umat Islam tidak tamak dan haloba. Apa yang ada seharusnya bersyukur terhadap pemberian Allah. Orang yang mempunyai sifat Qannah telah memagar hartanya sekadar apa dalam tangannya dan tidak menjalar fikirannya kepada yang lain.
Ciri ketiga dalam  ketakwaan kepada Allah ialah bunyi ‘wau’ melambangkan perkata- an warak iaitu  menjauhkan diri dari pekerjaan yang subahat yang membawa manusia ke lembah hina.(2)
Faedah takwa juga ialah memperolehi rahmat Allah. Firman Allah surah aa Al-A’raf ayat 7:156 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan rahmat Ku meliputi degala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat Kami.”
(1) Bahagian Hal Ehwal Islam  Jabatan Predana Mnteri: NadiAajaran Islam.  1992
(2): Datuk Haji Mohd Farid Linggi: Kehidupam Dalam Tiga Dimensi. Pustaka  Syuhada.  1998.

Thursday, March 7, 2019


UNTUNG DAN RUGI AGENDA PEMBANGUNAN
(Disiarkan pada 09. 03. 2019)
               Kehidupan manusia di alam dunia bersendikan faktor masa yang dimain kan oleh mata hari di mana bumi mengelilinginya di atas paksinya sendiri sekali dalam 24 jam. Di mana-mana bahagian bumi yang tidak mendapat cahaya matahari adalah dalam keadaan gelap atau malam selama 12 jam dan yang mendapat cahayanya  adalah dalam keadaan siang. Begitulah teknologi Tuhan yang mendaftarkan masa untuk menentukan usia setiap  makhluk hidup di alam dunia.
               Peredaran masa itu mempunyai faktor yang sentiasa menguji manusia bagaimana seharusnya ia memanfaatkan masa demi keredaan Allah SWT untuk pembangunan tamadun kehidupan manusia yang mampan dan sempurna. Pembangunan kehidupan seharusnya bersendikan peredaran masa kerana ia sentiasa berubah  dan usia manusiapun  turut sama berubah menjadi pendik mendekati alam kubur.
Dalam menangani kehidupan, kita sentiasa diporak porandakan oleh keadaan alam kehidupan yang bersifat sementara itu, sama ada hidup kita itu bersifat menguntungkan atau merugikan. Ini berpandukan kepada ibadah yang telah kita laksanakan untuk memakmurkan alam kehidupan seperti mana amanah yang dipertanggungjawakan Allah SWT kepada hamba-Nya sebagai khalifah-Nya.      
Firman Allah dalam Al-Qur’an surah Al-Ashr ayat 103:1-3 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Demi masa manusia  sentiasa dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang ber iman dan beramal salih (baik), dan berpesan-pesan dengan yang hak (benar) dan berpesan-pesan dengan sabar (teguh hati)”
               Allah bersumpah dengan nama masa. Kerana di dalam masa itu ada mengandungi teladan yang pelik-pelik dan pengajaran yang ajaib. Adapun masa atau waktu itu selalu bertukar-tukar. Perubahan tersebut menjadi bukti, bahawa alam ini ada yang mentadbirkan nya, iaitu Allah. Maka kepada-Nya sajalah semua makhluk mesti menyembah.
               Tujuan Allah bersumpah, kerana hendak menguatkan firman-Nya bahawa manusia itu sentiasa di dalam kerugian. Sebabnya dikatakan rugi, kerana manusia itu setiap masa telah menghabiskan umurnya. Lebih-lebih lagi rugi apabila umurnya dihabiskan untuk berbuat maksiat dan derhaka kepada Allah, bukan untuk mentaati-Nya. Maka janganlah menyalahkan masa, tetapi hendaklah menyalahkan dirinya sendiri yang telah berdosa dan menyebabkan celaka.
                Kecuali yang tidak rugi, ialah orang yang mempunyai empat sifat seperti berikut:
               1. Orang yang beriman (percaya) dengan mengikrarkan lidahnya dan membenarkan hatinya; bahawa semua pengajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah betul.
               2. Beramal soleh (baik). Selain beriman, dia mengerjakan apa yang diimankannya, dan mengerjakan amal kebajikan yang baik-baik dan mendatangkan manfaat kepada umum, serta membawa orang yang beramal itu kepada mentaati Allah SWT.
               3. Berpesan-pesan dengan yang hak (benar), iaitu ingat mengingatkan sesama orang mukmin, supaya berpegang dengan pengajaan Al-Qur’an, keimanan dan Tauhid, kerana semuanya benar tidak dapat dimungkiri.
4. Berpesan-pesan dengan bersabar (teguh hati), iaitu jangan mudah tergoda oleh pujukan syaitan untuk berbuat maksiat. Bahkan mestilah tabah dan tahan menghadapi segala macam ujian, penderitaan kesusahan, terimalah dengan hati yang rela dan bersyukur kepadaTuhan.  
Adapun perbuatan ingat-mengingatkan itu tidak akan berkesan atau memberi faedah, kecuali orang yang mengingatkan itu ada mengerjakannya.
Maka orang-orang yang disebutkan sifat-sifatnya di atas akan mendapat keuntungan,
iaitu hidupnya akan berbahagia di dunia dan akhirat, sedang orang-orang yang menghabiskan masa dan umurnya dengan sia-sia dan di dalam maksiat akan rugi iaitu hidupnya akan celaka dan  menyesal di belakang hari. (1)
Menurut Islam, manusia memang tahu kelemahan yang ada pada diri mereka, tetapi sering kali mereka tidak mempedulikannya. Firman Allah surah Al-Adiyat ayat 100: 6-8 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada Tuhannya. Dan seungguhnya manusia itu menyaksikan (sendiri) keingkarannya. Sesungguhnya dia sangat sangat bakhil kerana cintanya kepada harta.”
               Manusia yang terlampau mencintai hartanya dan sangat terpengaruh untuk mengumpul dan menabungnya, sememangnya sangat lokek. Dia mempertahankannya mati-matian jangan sampai luak atau kurang walau satu sen pun.
               Dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan membuat orang yang lemah iman menjadi lupa dan lalai untuk beribadat kepada Allah. Firman Allah surah al-A’raf ayat 7:27 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Hai anak-anak Adam! Janganlah kamu dapat dipujuk oleh syaitan, sebagaimana dia  telah dapat mengeluarkan kedua ibubapamu dari syurga. Ditanggalkannya pakian keduanya supaya dia dapat memperlihatkan kepada keduanya akan kemaluannya. Sesungguhnya syaitan dan kaumnya itu dapat melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami (Allah) jadikan syaitan itu pemimpin bagi mereka yang tidak beriman.”
Pengembangan kelemahan semulajadi manusia ke tahap yang dominan akan membuat nya menjadi makhluk yang amat rendah dan darjat mereka merosot sampai ke tingkat yang lebih bawah daripada haiwan yang tidak berakal. Manusia seperti ini dianggap sebagai manusia yang rugi pada hari akirat.
Firman Allah surah al-Kahfi ayat 18:103-105 yang bermaksud:
(terjemahan)
“Ketahuilah: Apakah akan Kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu orang yang kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia. Jadi, hapus-lah amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan sesuatu penilaian bagi amalan mereka, dan Kami mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.”
Manusia secara semulajadi mempunyai sifat yang mulia dan bersih (fitrah). Mereka dilahirkan dalam keadaan yang baik serta bertujuan untuk kebaikan. Bagaimanapun, kebaikan atau keadaan fitrah itu boleh berubah, bergantung pada tindakan dan operasi yang dilakukan oleh manusia. Jadi, Manusia perlu berikhtiar dengan bersungguh-sungguh untuk menjaga dan mempastikan keadaan fitrah itu terus berkembang dengan baik.
Proses penjagaan dan pengembangan membabitkan dua aktiviti asas, iaitu beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh. Tanpa iman kepada Allah atau kekuatan akidah, diri manusia akan diselubungi sifat lupa dan lalai yang saling berkait dengan dorongan hawa nafsu. Kelalaian boleh menyebabkan manusia melakukan aktiviti yang dilarang oleh Allah.
Keadaan ini dikenali sebagai kejahatan. Manusia yang gagal menjalankan kedua-dua aktiviti asas dan terus terjebak dengan kejahatan dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat yang sangat rendah Surah At-tin ayat 95:4-6 menjelaskan yang bermaksud: (terjemahan)
“ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami (Allah) kembalikan dia ke tempat serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.
Allah menguatkan kata kata-Nya bahawa manusia itu benar-benar telah diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya, tidak seperti haiwan dengan bersusah payah menunyukan muka ketika makan dengan mulutnya. Tetapi manusia diciptakan betubuh tinggi dan lampai, perwatakannya cantik. Kalau makan dengan menggunakan tangan. Ia juga dihiasi dengan ilmu pengetahuan, fahaman akal bercakap, selain mempunyai adab dan kesopanan.
Kemudian Allah telah mengembalikan manusia itu ke tempat yang serendah-rendah nya di dalam neraka. Mula-mula dikembalikan berubah tua, lemah tubuh badanya dan berkurangalah daya berfikirnya. Atau juga dikembalikan menjadi lemah, menghidap sakit tua, sehingga tidak sanggup dia membuat sebarang hela, tak dapat hendak berbuat apa-apa sebab badannya lemah, pendengarannya lemah, penglihatannya lemah dan akalnya pun lemah.
Secara khusus, pengabdian diri kepada Allah membabitkan perlaksanaan empat hubungan asas, iaitu hubungan mencancang dengan Allah dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah (ubudiyah), hubungan mengufuk dengan manusia dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai makhluk bermasyarakat, hubungan mengufuk dengan alam dalam konteks tanggungjawab manusia sebagai pengguna atau pentadbir sumber alam yang bijaksana, dan hubungan dalaman dengan diri sendiri dalam konteks tanggung jawab manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rubuiyyah).
Pada amnya, tanggungjawab kepada Allah yang menjadi paksi kepada ketiga-tiga tangungjawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah khusus, manakala tiga tanggung jawab yang lain dilaksanakan dalam bentuk ibadah umum
Misi untuk menjadi khalifah Allah di dunia merupakan misi yang dipertanggung jawabkan kepada semua manusia. Misalnya, setiap individu bertanggungjawab terhadap manusia dan makhluk lain yang ada dalam persekitarannya. Oleh itu tugas sebagai khalifah Allah meliputi tiga tanggung jawab asas, iaitu tanggungjawab kepada manusia, tanggung jawab kepada alam, dan tanggungjawab kepada diri sendiri.(2
Melaksanakan tanggungjawab semestinya memberi keutamaan ilmu berbanding dengan amal. Disiplin demikian amat menguntungkan kepada kita sebagai pemain kepada pembangunan. Antara kepentingan yang diutamakan oleh syariat adalah keutamaan menda- hulukan ilmu berbanding dengan amalan. Ilmu memandu setiap amalan. Ilmu menjadi petujuk dan panduan. Sebuah hadith daripada Mua’dz menyebutkan, “Ilmu adalah imam dan amalan adalah makmum.”
Jestru, Imam Al-Bukhari meletakan satu bab dalam kitab ilmu daripada kitab shahih beliau yang bertajuk, Ilmu sebelum Ucapan dan Perbuatan. Beliau menerangkan, ilmu adalah syarat dalam ketepatan sesuatu percakapan dan perbuatan. Ini kerana, sesuatu ucapan dan perbuatan tidak dianggap sebagai betul tanpa berlandaskan ilmu pengetahuan.
Ilmu perlu didahulukan sebelum percakapan dan perbuatan. Ini kerana membetulkan niat serta perbuatan yang  didahulukan oleh setiap individu. Ada yang mengatakan, Imam Al-Bukhari terlalu menekankan perkara itu sehingga akal fikiran tidak dapat menerima kenyataan itu. Mereka mengatakan, sesuatu ilmu itu tidak  bermanfaat tanpa disertai perbuatan. Jestru mereka mengambil mudah dan sambil lewa terhadap suruhan menuntut ilmu.
Kita perlu mendahulukan kegiatan menuntut ilmu sebelum sesuatu amalan dilakukan. Ini berdasarkan surah terawal yang diturunkan dalam Al-Qur’an, iaitu iqra yang dimaksud bacalah. Membaca adalah kunci ilmu pengetahuan. Kemudian, Allah SWT memurnikan perintah yang menuntut kepada amal perbuatan dalam surah Al-Mudatthir ayat 74:1-4 yang bermaksud: (terjemahan)
“Wahai orang-orang yang berselimut. Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesarannya! Dan pakaianmu, maka hendaklah kamu bersihkan.”
Setiap perkara yang kita lakukan memerlukan ilmu. Ilmu perlu diutamakan. Ini kerana, hanya dengan ilmu kita dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah dalam sesuatu kepercayaan. Ilmu juga mampu membetulkan setiap kesilapan dan percakapan, menjelaskan segala salah faham dalam urusan ibadat seharian, dan membetulkan kesalahan yang berlaku dalam pergaulan seharian.
Dengan ilmu juga kita dapat membezakan perkara halal dan haram yang berlaku dalam urusan pelaburan, kebaikan dan keburukan daripada segi akhlak. Perkara yang diterima dan ditolak dalam urusan timbangan, serta ketetapan dalam ucapan dan perbuatan. (3)
Antara amalan yang menguntungkan kepada kita sebagai pemain ialah keutamaan amalan yang berterusan berbanding dengan yang terputus-putus. Al-Quran ada menjelaskan perihal berbagai peringkat dan tahap perbuatan manusia di sisi Allah SWT. Al-Qur’an juga menjelaskan perbuatan yang paling mulia dan paling Allah SWT cintai berbanding dengan perbuatan-perbuatan lain. Allah SWT menerangkan dalam surah At Taubah ayat 9:19-20 yang bermakdu: (terjemahan)
“Adakah  kamu sifatkan perbuatan memberi minum kepada orang yang mengerjakan haji, dan memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka tidaklah sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
Orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda jiwa mereka adalah lebih besar darjatnya di sisi Allah; dan mereka itu adalah  orang yang berjaya.”(3)
(1)Ahmad Sonhadji Mohamad: Tafsir Al-Quran Juz 30 Pustaka Al-Mizan 1992
(2) Nik Azis Nik Pa: Potensi Intelek:. Dewan Bahasa dan Pustaka 1999.  
(3) Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Fiqh Keutamaan. PTS ISLAMIKA DDN. BHD 2O14