Tuesday, May 28, 2019

KENALI ISLAM MAKA SEJAHTERA HIDUPMU


KENALI ISLAM MAKA SEJAHTERA HIDUPMU.
(Disiarkan 25. 5. 2019)
            “Kenali dirimu sebelum anda mengenaliTuhan yang menciptakanmu.” Kototasi serupa ini merupakan satu strategi cara mentarbiah Islam sebagai cara hidup kepada orang yang belum mengenali hidup sebenar.
En Anizat Ahmad, bekas guru sejarah SMK Gunsanad Keningau, melakarkan biodata penulis dengan mengambil contoh beberapa ulama’ zaman Acheh seperti Hamzah Fansuri, abdul Rauf Al-Singkel dan sebagainya, yang mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu mengenali diri sendiri.
Mengucap dua kalimah syahadah telah membuka minda penulis untuk melihat dan merenung berbagai fenomena alam, maka timbul berbagai persoalan mengapakah ia wujud di alam kehidupan. Maka dari situ timbullah minat untuk menorokai alam kehidupan. Dalam erti kata lain dapat meneliti maknanya hidup yang memfokoskan kepada fenomena untuk mengenali diri sebagai manusia.
“Alhamdulillah saya sudah Islam.” Begitulah bisikan  dilubuk hati penulis. Allah tersenyum menerimanya sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya dan telah membuka 7 pintu nikmat di alam jasmani dan ukhrawi, menjemput penulis masuk ke dalam. Pintu-pintu  nikmat Allah seperti: Pintu pemikiran yang waras; Pintu kasih sayang; Pintu Kecemerlangan; Pintu kesyukuran; Pintu ukhuwah kemanusiaan; Pintu tubat dan Pintu ketakwaan kepada Allah SWT.
Pintu Pemikiran Yang Waras
               Manusia dihidupkan dengan berbagai nikmat Allah sebagai pembalut ketamadunan insan. Manusia mempunyai akal yang memimpin segala kebaikan dalam hidup. Akal itu diumpamanya sebagai malaikat, makhluk Allah yang sentiasa mempunyai kiblatnya kepada kemakmuran dan kemurnian di sisi Allah SWT..
               Befikir adalah satu  ibadah yang wajib diamalkan agar manusia tidak terpedaya dengan pandangan-pandangan yang menjemput kepada kekufuran kepada nikmat Allah. Rasulullah SAW telah bersabda bahawa berfikir sejam adalah lebih bermanfaat daripada sembahyang sunnat 70 tahun (Hadis sahih)
               Membudayakan kemahiran berfikir akan menampilkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Dalam sistem bermasyarakat, ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam sistem nilai peribadi dan masyarakat di setiap peringkat. Budaya ilmu menjanakan nilai pengetahan yang tinggi dan menjadi kunci segala kebaikan.
               Dengan adanya kehadiran ilmu dalam diri manusia maka dapatlah kita memahami maknanya hidup. Dari situ terbukalah pintu kefahaman diri sebagai hamba Allah SWT. Mengucap dua  kalimah syahadah sebenarnya menandakan era baru dalam  memahami diri untuk menanam bibit ketakwaan kepada Allah SWT.
               Apabila cara hidup itu dihiasi dengan ketakwaan kepada  Allah, peranan manusia sebagai khalifah yang sentiasa mencintai kemakmuran, kesetiakawanan dan keikhlasan di samping memelihara ukhuwah kemanusiaan. Bertindak waras adalah memberi ruang kepada kemungkinan-kemungkinan sama ada yang dijanakan oleh sekeliling atau masyarakat yang mencintai kebenaran; tidak mengambil kira faktor hidup sama ada penghalang atau .pemangkin. Ruang-ruang untuk keselamatan dalam menangani hidup sentiasa terpelihara.
Pintu Kasih Sayang.
               Mengucap dua kalimah syahadah telah membuka pintu kasih sayang yang diredhai Allah SWT. yang sentiasa pengasih dan penyayang. Allah itu pengasih  kepada segala hambanya tidak kira Islam atau tidak; tetapi Ia penyayang  hanya pada hambanya yang telah mengucap dua kalimah syahadah dengan hati yang ikhlas sahaja.
               Dengan terbukanya pintu kasih sayang maka kefahaman diri di sisi Allah menjadi pedoman untuk menangani hidup bermasyarakat. Di antara faktor-faktor hidup yang wajar difahami ialah setiap individu yang sayangkan dirinya, keutamaan haruslah ditumpukan kepada amalan hidup yang membawa kepada keselamatan dirinya samada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
               Mempunyai kasih kepada diri, tentu sekali membawa kita melihat dalam dua dimensi hidup iaitu jasmani dan juga rohaninya. Kasih sayang kepada diri sendiri memfokuskan kepada keselamatan diri samada dari segi jasmani mahu pun kerohaniannya. Memelihara kedua alam ini jelas akan mendekatkan kita kepada keesaan Tuhan dan kelak membawa kita mensyukuri segala nikmat hidup yang dihamparkan oleh Allah SWT. kepada hambanya.
               Keselamatan jasmani adalah dari segi menjaga kesihatan dan juga dari kebersihan. Segala makanan yang dimasukkan ke dalam badan akan dihadamkan dan menjadi zat untuk membesar. Bahagian badan atau organ seperti otak, hati dan sebagainya memerlukan makanan yang bersih dan halal untuk dimakan.
               Begitu juga dalam soal kewangan, punca dari mana ianya diperolehi perlu bebas dari perkara haram seperti judi, pertarungan dalam semua bentuk dan loteri atau empat ekor, kesemuanya ini dikategorikan sebagai punca yang haram. Bila otak terbentuk dari bahan yang haram maka manusia itu sentiasa berfikiran serong dan cendrung membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan kemanfaatan hidup. Oleh itu apabila kita sayangkan diri kita, keutamaan harus diberi kepada keselamatan pembentukan jasmani kita.
               Keselamatan rohani berkait rapat dengan akhlak manusia. Hidup bermasyarakat seperti tolong-menolong, hormat menghormati sesama insan dan sentiasa menanamkan rasa syukur terhadap segala nilmat Allah yang kita perolehi. Mencintai Allah SWT. bermakna kita wajib mengerjakan ibadah memuji Allah serta menunaikan semua rukun Islam dan rukum iman. Segala ibadah tersebut yang dilaksanakan membawa rasa kasih kepada diri sendiri.
               Pintu Kecemerlangan
               Manusia adalah  makhluk yang sedang dibina. Oleh yang demikian kepentingan agama, keakhlakkan dan undang-undang boleh diterapkan dengan mudah. Kedatangan ilmu dalam diri manusia sebenarnya membawa kepada  kemampuannya mentafsirkan faktor alam dan mengenali dirinya sebagai makhluk yang mempunyai akal.
               Akal fikiran manusia merupakan sesuatu yang mengagumkan, memiliki potensi dan menjadi pusat analisis dan dipilih ilmu pengetahuan, tempat bersarangnya hikmah yang membezakan antara kebaikan dan keburukan. Akal fikiran itu adalah sebagai pemimpin yang harus ditaati, sarang berfikir dan perakam yang boleh mendekati segala sesuatu yang misteri. Apa ang terasa sempit oleh mata dan  jiwa akan terasa luas bagi akal fikiran. Akal sebagai hikmah dan sarang ilmu pengetahuan. Semakin banyak ilmu yang dikuasai semakin tinggi pula potensi seseorang. Potensi yang tinggi adalah pintu kepada kecemerlangan.
               Akal fikiran dikemaskini dan dicipta dari bahan yang murni oleh Allah. Jika manusia menggunakan akal fikirannya dengan baik, dia akan selamat dan mencapai kecemerlangan Al-Qur’an, mengatakan akal itu sebagai sarana yang multi demensional dan disampaikan dalam latar belakang. Ia menunjukkan bahawa manusia memiliki kemampuan untuk befikir. Firman Allah SWT. surah Al-Baqarah ayat 2:75 yang bermaksud: (terjemahan)
               (........Mereka mendengar perkataan Allah (yang tersurat dalam Taurat) lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, pada hal mereka mengetahuinya.”).
Allah memberi ingatan kepada Nabi Muhammad SAW. serta sahabat-sahabatnya bahawa jangan mengharapkan orang-orang Yahudi mendengar kata-kata mereka sedangkan mereka tahu dan sedar, tetapi menyalahinya. Maka orang yang seperti ini susah nak ditarbiahkan?
Terbukanya pintu kecemerlangan, kita melihat alam ini penuh dengan segala mesej yang merupakan ilmu pengetahuan, samada dalam suasana hubungan manusia dengan manusia, alam, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan cakerawala, semuanya menunjukkan kecemerlangan Allah SWT. dan manusia berikhtiar menyingkapkan rahsia alam dengan
bantuan kecemerlangan ilmu dan akal.
Pintu Kesyukuran.
               Orang yang taqwa telah memenuhi tiga syarat yang wajib dikendalikan seperti
tawadhuk (rendah diri); Qona’ah (tidak tamak cukup apa yang ada); dan warak (tidak subahat). Mengenali diri merupakan sesuatu kesyukuran kepada Allah kerana telah melimpah kan hidayahnya bagi memahami alam semula jadi manusia.
               Kefahaman kita mengenai kewujudan makhluk manusia memberi sinar cahaya kepada hidup di dunia ini. Secara tidak langsung juga dapat memahami alam makhluk yang lain yang ada dibumi ini. Kefahaman tentang segala fenomena alam tersebut telah mendekatkan kita kepada Allah.
               Terbukanya jiwa manusia untuk mensyukuri kekuasaan yang Maha Pencipta menjemput kita untuk menikmati segala nikmat yang ditaburkan oleh Allah kepada manusia. dengan kesedaran itu kita memenuhi ruang kekhalifahan kita  di dunia ini dan membina empangan bagi segala kekufuran yang tersebut yang dikibarkan oleh iblis kepada manusia.
               Mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan benting hadapan untuk menegakkan diri hanyut dipimpin hawa nafsu yang setiasa membawa kepada keuntuhan akhlak seseorang individu. Mengenali diri akan menyingkap tadbir rahsia Allah dan  mendekatainya melalui amalan-amalan suci seperti bertakwa kepada-Nya sepertii mendirikan solat lima waktu sehari semalam.
Pintu Ukhuwah Kemanusiaan.
                    Asalnya manusia sememangnya bermula dari satu keturunan iaitu Nabi Adam s.s. Ini bermakna makhluk manusia itu semuanya bersaudara dan wajar hormat menghormati, bantu-membantu dan sentiasa diikat dengan kasih sayang. Terbukanya pintu  ukhuwah kemanusiaan  memberi kefahaman bahawa mengenali diri akan membawa kepada kesyukuran kepada segala nikmat Allah SWT.
                    Dalam diri manusia itu ada dua fakulti dibentuk untuk menunjukkan penampilan individu sebagai ahli masyarakat. Fakulti pertama ialah manusia itu sememangnya diwujud kan berperasaan lembut dan berjiwa tenang. Walau bagaimana pun ada juga fakulti manusia berperasaan kasar dan jiwanya cenderung kepada kejahatan. Kondisi jiwa seperti ini memang sangat lemah.
                    Jiwa yang tenang sentiasa berkiblatkan kepada kebaikan dan selalu memperlihatkan unsur-unsur yang normal. Ia bertawakal kepada Allah dan mempunyai  keta’kulan untuk mem pertahankan kebenaran. Jiwa itu sentiasa berusaha untuk memperolehi darjat yang tertinggi; maka situasi dan kondisi yang dialaminya sentiasa baik dan tenteram, sedar akan cahaya kebenaran dan zat ketuhanan. Jiwanya memandang kesenangan-kesenangan dunia kurang bererti, untuk itu ia sentiasa sibukkan diri dalam membentuk peribadi dan mengharapkan keradhaan Allah.
                    Allah berfirman surah Al-Furqan ayat 25:63 yang bermaksud: (terjemahan)
                    ( “Orang yang berjalan di atas  muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata (yang mengandungi keselamatan.”)
Pintu Taubat.
                    Manusia sebagai makhluk yang lemah walaupun nur Allah (Roh  Allah yang dihembuskan-Nya ke dalam janin) adalah zat yang suci dari segala-galanya tetapi ditutup oleh akal yang lemah maka dikuasai oleh nafsu. Nafsu itu  sentiasa bersifat materialistik yang hanya berlandaskan kepada duniawi. Nafsu sentiasa ditemani oleh iblis dan menggoda akal manusia hendak berbuat baik.
                    Mengucap dua kalimah syahadah telah meletakkan nur Illahi ke dalam jiwa penulis dan menerangi kalbu dengan memancarkan iman untuk mengenali cahaya takwa kepada Allah SWT. Dengan lafaz, bismillahirahmanirrahim, penulis telah menemukan kekuasaan yang esa bahawa Allah itu bersifat Ar-Rahman dan juga Ar-Rahim. Manusia dibentuk dengan nur pengasih dan penyayang dihiasi dengan berbagai nikmat Allah untuk mengangkat darjat insaniah lebih tinggi dari ciptaan-Nya yang lain. Syukur, tersingkapnya tabir rahsia alam yang selama ini telah menutup hati penulis untuk memahami realiti hidup.
                    Kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih dan yang Maha Penyayang tidak terhingga kerana telah diberikan hidayah untuk memahami arah tuju memohon keampunan. Nur Allah dihembuskan ke dalam janin semasa di rahim ibu lagi dan apabila manusia itu lahir dilengkapkan pula dengan segala nikmat agar ia dapat memelihara nur Allah itu menyinari cahaya dalam kalbu manusia.
                    Dan apabila nur cahaya itu tercemar atas gara-gara melayani nafsu manusia yang sentiasa ditemani iblis maka hanya Allah sahaja yang berkuasa untuk mendengar dan meneliti segala kelemahan. Kerakusan, kekufuran manusia di samping amalan yang sentiasa mendapat kerdhaan dari Allah SWT. Pencemaran kesucian Nur Allah hanya dapat dibersihkan apabila manusia balik ke pangkal jalan melalui pintu taubat.
                    Keikhlasan manusia dalam hubungan dengan Allah dalam kalbu melalui ibadah dan juga hubungan dengan manusia di dunia melalui amal-amal kebajikan dan kemuafakatan yang dibalut dengan kasih  sayang bermasyarakat akan membawa manusia ke jalan Allah SWT. Segala kepincangan dalam gerak laku bermasyarakat yang mengkufurkan manusia terhadap Islam. Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sentiasa membuka pintu  taubatnya kepada manusia yang mengkufurkan  dirinya sebagai hamba Allah dan membudayakan ajaran-ajaran yang termaktub dalam kitab Al-Qur’anul Karim.
Pintu Ketakwaan Kepada Allah SWT.
                    Ketakwaan kepada Allah SWT adalah tangungjawab semua umat manusia tidak kira di mana ia berada atau dalam keadaan apa sahaja apabila kita memikirkan Allah. Manusia harus akur kepada suasana perasaan sebagai hamba Allah. Pintu ketakwaan sebenar membuka  segala kefahaman kepada amalan hidup yang berlandaskan kepada dasar hidup yang memelihara ukhuwah kemanusiaan dan mengenali diri sebagai hamba Allah. Ketakwaan itu menjemput kita untuk lebih tawadhuk atau rendah diri dalam hubungan bermasyarakat yang memelihara ketamadunan hidup.
                    Pintu takwa juga telah terbuka dalam menangani hidup yang sentiasa mencabar.  Setakat kemampuan pencapaian itu kesyukuran sentiasa melindungi kita dari kekufuran. Islam menggalakkan masyarakat agar mensyukuri peringkat kemampuan masing-masing dan menjauhi diri dari mentafsir pencapaian itu sebagai kegagalan dalam hidup. Sebaliknya kita harus mempunyai ketabahan diri untuk menerima kenyataan bahawa apa yang ada cukup untuk memenuhi kehendak.

Saturday, May 18, 2019

ISLAM LAMBANG KEMULIAAN KERANA ALLAHSWT.


ISLAM LAMBANG KEMULIAAN KERANA ALLAH SWT.
(Disiarkan pada 18. 5. 2019)
               Umat manusia diwujudkan Allah SWT untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan juga sebagai khalifah-Nya. Kedua-dua tugas tersebut merupakan lambang kesejahteraan hidup disisi Allah SWT. Maka itu manusia diwujudkan Allah untuk melaksana kan ibadah yang mulia ini demi menempah kehidupan yang bahagia di akhirat nanti.
Melaksanakan sesuatu ibadah kerana Allah semestinya menempuhi kerenah-kerenah hidup di samping melalui ranjau-ranjau perjalaan yang dipasang oleh makhluk iblis demi menjalankan janjinya kepada Allah untuk menyusahkan perlaksanaan ibadah manusia dalam melaksanakan amanah tersebut. Maka itu manusia haruslah bersedia menghadapi segala rintangan tersebut dalam melaksanakan amanah Allah sebagai hamba dan khalifah-Nya untuk hidup di alam dunia ini.
Manusia harus memahami falsafah pembangunan kehidupan di dunia bahawa setiap ibadah kerana Allah tidak semudah yang difikirkan tanpa melalui ujian. Setiap perlaksanaan ibadah harus menempuhi ujian sebelum mendapat ganjaran pahalanya dari Allah SWT. Ujian itu merupakan satu cara mendidik  manusia demi memahami kemurnian hidup yang disedia kan Allah kepada setiap insan hidup di dunia.
Islam adalah agama Allah untuk manusia. Dan Allah mengutus manusia (Muhammad) kekasih-Nya untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam semesta. Allah berfirman surah Al-Anbiya ayat 21:107 yang bermaksud: (terjemahan)  
               “Tidaklah Kami mengutus engkau (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat bagi alam semesta.”
Allah menyatakan, bahawa Rasul-Nya Muhammad SAW  tidaklah diutus kepada umat manusia membawa agama dan peraturan-peraturan hidup yang mendatangkan kebahagian di dunia dan di akhirat, melainkan peraturannya itu menjadi rahmat kepada seluruh umat manusia di alam semesta ini, dan menjadi petujuk.
Terutusnya Muhammad SAW ialah untuk faedah dan kepentingan manusia dalam urusan hidupnya di dunia dan di akhirat. Hanya orang-orang yang ingkar dan kufur terhadap nikmat-nikmat Allah sahaja yang tidak akan mendapat faedahnya. Disebabkan mereka tidak ada persediaan untuk beriman dan buruk pula niat berterima kasih, maka tentu sahaja tidak akan mendapat kebahagian hidup, baik di dunia mahupun akhirat.
Mengikut tafsiran oleh Almarhum Syahid fi-Sabilillah Sayid Quthub dalam tafsir beliau “Di Bawah Lindungan Al-Quran” iaitu mengikut  yang telah ditulis oleh Almarhum Prof. Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (HAMKA), dalam bukunya, “Tafsir Al-Azhar”.
               “Sistem ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW adalah sistem yang membawa bahagia bagi manusia seluruhnya, dan memimpinnya kepada kesempurnaan yang telah dijangka baginya dalam hidup ini. Risalah Muhammad datang kepada kemanusian setelah dia sampai ke zaman kedewasaan akal. Dia datang sebagai sebuah kitab yang selalu terbuka untuk segala turunan demi turunan  generasi demi generasi. Dia mengandung pokok-pokok ajaran manusia yang tidak berubah-ubah, bersedia menerima keperluan hidup yang selalu baru, yang diketahui oleh pencipta manusia sendiri. Kerana Dia sangat halus. Dia sangat teliti.
Pokok ajaran Islam itu ialah bahawa  manusia adalah kemuliaan yang hendak dicari
hanya satu, iaitu kemuliaan di sisi Allah, kerana iman dan amal salih. Risalah yang dibawa Muhammad ini selain dari membawa rahmat untuk kaumnya, mengeluarkan mereka dari lingkungan sempit hidup berkabilah menjadi suatu bangsa yang besar yang berperadaban, dia pun rahmat bagi seluruh isi alam.
Tiada kata yang patut diucapkan melainkan syukur dan puji-pujian kepada Allah SWT. Takbir, tahmid, tasbih dan tahlil bergema di seluruh penjuru dunia sepatutnya itu dapat
mewujudkan kesucian dan kemurnian Islam, seperti yang dijanjikan Allah SWT bahawa
Islam adalah agama yang damai, harmoni, sejahtera, aman dan selamat daripada unsur-unsur merosakkan dan memuderatkan sama ada yang bersifat keduniaan mahupun ukhrowi.
Dari segi bahasa, Islam bermakna: “Penyerahan, kesejahteraan, kedamaian dan kesela- matan. Ini bermakna seorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, yang juga disebut sebagai orang muslim maka bererti ia telah pun menyerahkan dirinya kepada Allah SWT. Implikasinya, jiwa dan hatinya akan menjadi sejahtera dan damai serta harta benda, darah dan nyawanya mendapatkan jaminan keimanan dan keselamatan daripada Allah SWT.
Dengan demikian adalah haram menyakiti ke atas seorang muslim sama ada daripada segi fizikal, mental mahupun psokologikal tanpa sebarang adanya sebab yang dibenarkan dalam ajaran Islam. Ini  kerana telah jelas dan terang bahawa ia telah pun mendapat keamanan dan perlindungan daripada Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersbda yang bermaksud: (terjemahan)
               “Aku (Muhammad SAW) diperintahkan untuk memerangi manusia (orang-orang musyrik), sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah SWT dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah SWT dan mereka mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat. Maka apabila mereka telah pun melakukan yang demikian, maka terjaminlah keselamatannya daripadaku ke atas darah dan harta bendanya, kecuali jika (nereka melakukan kesalahan-kesalahan yang wajib dihukum) mengikut Islam. Dan perhitungan mereka (di akhirat) adalah terpulang kepada Allah SWT. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Apa yang menjadi intisari daripada hadis ini ialah bahawa seorang yang telah menyerahkan diri dan jiwanya kepada agama Islam maka ia mesti dilindungi dan berhak mendapat rasa samada selamat daripada berbagai rasa takit dan sebarang muderat dan mafsadah. Adapun mengenai kenyataan SAW bahawa baginda SAW diperintahkan untuk memerangi kaum musyrik sehingga mereka beriman, maksud hadis ini bererti bahawa dakwah Islamiyah harus disebarkan dan ditegakkan dengan pedang.
Anggapan sesetengah golongan yang menyatakan bahawa Islam mesti disebarkan dan ditegakkan dengan pedang, keganasan, kekerasan dan peperangan jelas tidak sesuai dengan fitrah Islam itu sendiri yang cintakan perdamaian. Sesungguhnya perang hanyalah jalan terakhir bagi umat Islam untuk membela diri jika hak-hak agama dan asas kemanusiaannya dirampas.
               Pemahaman daripada kenyataan Rasulullah SAW pada hadis ini adalah yang paling tepat boleh ditafsirkan sebagai perintah dakwah kepada seluruh manusia (univesal) tidak mengira bangsa dan etnik. Firman SWT pada surah Saba’ ayat 34:28 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Dan Kami (Allah) tidak mengutus kamu (Muhammad) melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”
Adapun mengenai tatacara dan adab dikwah dan jihad itu sendiri telah pun diatur oleh Islam, yang antara lain sentiasa mengutamakan perbincangan secara damai, nasihat dan bijaksana dan berdialog (bermujahdalah)  jika ianya difikirkan perlu. Allah SWT berpesan kepada kita menerusi firman-Nya  surah An-Nahl ayat 16:125 yang bermaksud: (terjemahan)
“Seruh (manusia)kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan yang hak dengan yang batil) dan nasihat yang baik dan berbantahlah dengan mereka dengan cara yang terbaik.”
Melaksanakan penyiaran agama Allah kepada semua manusia dengan bijaksana adalah penting. Jangan menggunakan paksaan dan kekerasan, apalagi mencela dan memaki yang tidak sopan sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak mengetahui tatacara mengadakan  dakwah mengikut petunjuk al-Qur’an. Dakwah dapat dielakkan, sama ada dengan lisan mahupun tulisan, tanpa kritik yang akan menyentu peribadi seseorang yang merendah-rendahkannya. Kerana orang hanya dapat ditarik dengan kebijaksanaan, bukan dengan kekera san. Dan dapat dipikat dengan nasihat-nasihat, pengajaran-pengajaran yang mengandungi dalil dan keterangan yang cukup dan mudah difahami.
Nabi s.w. telah bersabda: Bertutur katalah dengan manusia mengikut kadar akal fkiran mereka.
               Maksudnya: jika bercakap hendaklah disesuaikan dengan alam fikiran maqsyarakat masing-masing, sama ada etani, nelayan, kaum buruh, saudagar, kaum terpelajar atau rakyat biasa, dan sama ada di kota mahupun di desa, alam emikiran mereka tentulah tidak serua.
Dan sabdanya lagi: Gambirakanlah mereka dan jangan menyebabkan mereka liar. Mudahkan dan jangan dipayahkan.
               Inilah cara menyeru manusia ke jalan Allah. Bersoal lawablah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya, iaitu denganllemah-lembut dn kasih mesra, dengan wajah yang sentiasa mengorak senum, yang disertakan pula dengan alasan yang ditgerima oleh akal, sehingga mereka puas hati dan hilangkeragan.
Dengan demikian, maka saugialah para mubaligh dan ulama serta para guru yang bertanggungjawab dalam menyiarkan agama Islam mengetahui bermacam-macam ilmu pengetahuan tentang selok-belok bangsa, kaum dan masyarakat yang seterusnya, supaya dapat disesuaikan dengan ajaran agama, hinggalah dapat diterima oleh akal mereka yang telah terdidik dengan ilmu pengetahuan itu. Kalau tidak, nescaya mereka menolak ajaran agama itu sebab bertentangan dengan pengetahuan mereka.
               Dalam konteks kehidupan masa kini, salah satu daripada cara dakwah dan jihad dijalan Allah SWT pula adalah dengan menerusi ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, ekonomi dan apa yang paling penting adalah pembentukan peribadi muslim-muslim yang tulin dan berakhlak karimah, sehingga boleh menarik pemeluk agama lain menganut agama Islam yang
penuh dengan kedamaian, kesucian dan keindahan. (1)
                    Hidup seharian wajar bersifat mabrur. Hidup yang bersifat mabrur haruslah mengam bil pengajaran dan iktibar daripada amal yang telah dilakukan dalam mengerjakan rukun Islam yang kelima iaitu rukun Haji. Biarpun betapa arif, luas dalam ilmu pengetahuan seorang itu, amatlah sukarnya bagi membongkar segala nikmat, rahsia dan fadhilat kelebihan haji, hanya Allah sahaja  yang amat mengetahuinya kerana Dialah Tuhan yang amat bijaksana mentasyrikkannya..
Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat: “Apakah amalan yang paling utama, wahai Rasulullah?” Baginda SAW menjawab “Percaya kepada Allah dan Rasul-Nya adalah amalan yang paling utama. “Mereka bertanya lagi: “Setelah itu amalan apa lagi ya Rasulullah, jawab baginda: “Berjihat di jalan Allah.” “Kemudian amal apa lagi?” Sababat terus mendesak ingin tahu. Baginda menjawab kali yang terakir dengan sabdanya: “Haji yang mabrur.”
               (Maksud hadis riwayat Bukhari Muslim, lihatRiriyadh al-Solehin m.s.421)
Pengertian haji mabrur adalah bahawa ibadah haji dijalankan dengan sebaik-baiknya sehingga diterima dan di redhai Allah. Pendapat lain menyatakan, mabrur bermaksud bahawa orang yang menjalani ibadah haji tidak melakukan apa-apa maksiat sepanjang menunaikan ibadah haji. (Lihat Royadh as-Salehin m.s. 421 oleh Imam Nawawi)
Bagaimanapun seorang muslim yang telah menunaikan rukun Islam terakhir itu seharusnya boleh mengambil pengajaran dan iktibar daripad amal yang telah dilakukan dalam mengerja kan haji. Ia mesti  boleh mengimplimentasikan doktrin ritual ketika menjalani ibadah haji sebaik sahaja kembali daripada menunaikan daripada memenuhi panggilan Allah SWT dalam kehidupan seharian. Ini kerana pada hakikatnya ritual dalam ibadah haji banyak mengandungi makn yang tersirat.
Sesungguhnya banyak rahsia simbolik yang seharusnya dihayati dan diamalkan
individu muslim yang bergelar haji atau hajjah yang mengharapkan kemabruran menjadi
lebih berkesan dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi ibadah itu mempunyai tiga matlamat penting yakni mendapakan kebaikan (al-Khair), mencari keberakatan (al-barakat) dan mengharapkan petunjuk (al-hidayah).
Mungkin, kerana terlalu banyak manfaat yang terkandung di sebalik ibadat haji ini, baginda Rasulullah SAW meletekkan keutamaan haji mabrur sebagai urutan yang menduduki tangga ketiga setelah beriman dan berjihad daripada segi keutamaan amal. Di samping tidak dinafikan bahawa menunaikan haji adalah satu amal yang paling berat, komprehensif dan kombinasi antara berbagai pengorbanan seperti jiwa, harta, tenaga dan masa.
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 3:97 yang bermaksud: (terjemahan)
               “Allah mewajibkan manusia mengerjakan haji bagi orang yang berkuasa (mampu), dan sesiapa yang ingkar sesunguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian alam.”
 (1) Abu Nazaya Al-Hafiz:,DI BAWAH CAHAYANAL-QURAN SEPANJANG ZAM  AN