Wednesday, October 26, 2011

MASYARAKAT WAJIB MEMAHAMI FALSAFAH HIDUP DALAM SENARIO HOLISTIK

(Bahagian Kedua)
(Disiarkan pada 22. 10. 2011)
Mengolah pembangunan kehidupan wajar bersifat holistik atau mementingkan scenario yang ada kesaksamaan antara pembangunan jasmani dan pembangunan rohani. Secara umum nya pengurusan holitik memberi maksud sesuatu pendekatan dalam proses kita menguruskan sesuatu perkara yang dibuat secara menyeluruh, seimbang dan teratur yang berteraskan kepada keharmonian dan keserasian dalam diri individu, dalam diri individu dengan individu lain dan hubungan individu dengan alam semesta.
Pengurusan holistik adalah bersifat terancang, tersusun dan menyeluruh dengan mengu- tamakan pembangunan dan hubungan manusia yang seimbang dan bersepadu dan harmoni dalam konteks dirinya sendiri serta kaitan dirinya dengan Allah S.W.T., dengan orang lain dan dengan segala isi alam semesta termasuklah apa yang ada di dalamnya.
Fokus pengurusan holistik ialah manusia dan matlamatnya ialah untuk melahirkan insan yang menyanjung tinggi nilai budaya luhur, berhemah tinggi, mempunyai pekerti mulia dan sentiasa bersyukur. Mereka mempunyai hubungan yang harmoni dengan orang lain serta amat positif terhadap tanggungjawab dirinya sebagai insan, sebagai pentadbir dan sebagai khalifah di alam semesta ini.
Sifat peribadi yang luhur serta hubungannya yang harmoni dengan orang lain dan alam semesta ini diterjemahkan dalam bentuk jatidiri serta mempunyai pegangan yang kuat terhadap apa yang dipercayai dan dianutinya serta sanggup pula untuk menyumbang dan berkorban bagi mencapai kecemerlangan diri dan kesempurnaan di dalam apa jua tugas yang dilaksanakan.
Pembangunan potensi spiritual merupakan keperluan asas setiap insan kerana ia akan memotivasikan manusia untuk bertingkah-laku dengan baik dan juga mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan persekitaran.Oleh kerana manusia adalah hasil kombinasi ruh dan jasad, manusia juga membawa dua kecendrungan iaitu kecendrungan untuk menjadi baik (dimotivasikan oleh jiwa rasional) dan berkecendrungan untuk menjadi jahat (dimotivasikan oleh jiwa kehaiwanan). Maka proses pembangunan spiritual ialah latihan berterusan untuk membawa jiwa kehaiwanan untuk berada di bawah kawalan jiwa rasional.
Antara sifat-sifat Pengurusan pembangunan secara holitik boleh dibahagikan kepada lima ciri. Pertama ialah Pengurusan itu berorientasikan Pembangunan Manusia yang seimbang dari segi mental, spiritual dan fisikal.
Tertegaknya manusia adalah atas dasar dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Pembanguan jasmani terletak kepada dua dasar seperti mental dan fisikalnya. Manusia diamanahkan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini atas dasar ia mempunyai ilmu yang diajar oleh Allah dan mempunyai fitrah kemahiran berfikir dengan menggunakan otak atau mental demi memahami makna yang ada di sekelilingnya serta kemanfaatanya kepada kehidupan.
Dalam suasana mengolah kemahiran berfikir memahami scenario kehidupan, manusia dapat menyelami alam rohani atau yang difahami sebagai pembangunan spiritual yang mendekatkan manusia dengan Zat yang Maha Pencipta. Ini penting sebab kewujudan sesuatu fenomena alam adalah prerogatif Allah S.W.T. Manusia hanyalah sebagai pengguna yang baik dan wajar diserikan dengan rasa kesyukuran terhadap nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya.
Sifat pengurusan secara holistic yang Kedua, ialah Pengurusan yang bersifat ‘Human Touch’ atau Sentuhan Kemanusiaan yang mengutamakan keharmonian dan keikhlasan dalam tindakan dan ia lahir dari sifat kasih sayang, keluhuran dan perasaan positif terhadap sesuatu perkara. Perasaan ikhlas dan harmoni dalam berhubung dengan orang lain amat diperlurkan dalam melahirkan perasaan kekitaan demi membina semangat bermasyarakat. Suasana demikian akan melahirkan kerjasama yang tinggi demi membina semangat kesatuan dan kekompakan solidaritas sosial yang menjadi benting dalam pembangunan insan.
Mengawal haiwan (kerbau) adalah dengan menggunakan talinya tetapi mengawal manusia adalah dengan menggunakan kata-kata yang lunak dan luhur yang boleh menyentuh perasaan yang akan melahirkan hubungan atau ukhuwah kemanusiaan yang baik. Kata-kata yang membina semangat adalah lebih bermanfaat daripada menggunakan kekasaran yang akan menyakitkan hati orang yang menerima kelak akan hanya melahirkan pergisiran nilai.
Sifat yang Ketiga, ialah Pengurusan yang mengambil kira kesan sama ada positif atau negatif daripada sebarang tindakan yang diambil terhadap diri sendiri ataupun orang lain serta hubungannya dengan perkara-perkara lain yang berkaitan. Kesan positifnya dapat dikenali dengan berlandaskan kepada ilmu ketauhidannya. Fenomena alam kehidupan wajar berpaksi kepada pembinaan akhlak yang mulia yang akan mendapat jaminan keredhaan Allah S.W.T. Arah tuju agenda pembangunan ialah memantapkan tanggungjawab yang diamanahkan Allah demi kemanfaatan diri dan juga kepada orang lain.
Sifat pengurusan secara holistic yang Kempat, ialah Pengurusan yang mengutamakan tindakan bersepadu, menyeluruh dan seimbang serta tidak bercorak terasing dan terpisah dengan perkara-perkara lain. Tindakan bersepadu membawa makna kemanfaatan antara pembangunan jasmani dengan pembangunan rohani atau antara pembangunan dunia dengan pembangunan akhirat.
Pembangunan jasmani adalah berhubung dengan sesama makhluk manusia manakala pembangunan rohani adalah antara kita sebagai insan dengan Allah S.W.T. yang mengharapkan dana pahala dari Zat yang maha berkuasa. Tindakan yang seimbang wajar berlandaskan kepada dua dimensi pembangunan iaitu pembangunan dunia dan pembangunan akhirat.
Kelima, ialah hasil tindakan yang dilakukan atau dapat menjamin perubahan positif terhadap manusia dari segi sikap, kepercayaan, pegangan hidup, berkat, inovasi, kreatibiti serta pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Segala geraklaku manusia untuk membina insan agar ia mempunyai wawasan pembangunan yang diinginkan adalah merupakan tawakkal kepada Allah semata. Maka itu segala usaha serta inisiatif kita curahkan demi membina wawasan pembangunan yang kita inginkan wajar mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Dalam erti kata lain doa dan ibadat sentiasa bersama bagikan kuku dengan isinya.
Masyarakat Islam tertegak di atas dasar, “akidah” yang menentukan falsafahnya secara menyeluruh sama ada berkenaan dengan tempat bermula, tempat kembali dan matlamat hidup. Ia juga menjawab beberapa persoalan sama ada lama atau baru seperti: “Dari mana, hendak ke mana dan kenapa?” dengan falsafah yang menyeluruh tersebut akan membentuk “masyarakat bertauhid” serta tidak menyekutukan Allah S.W.T. dengan sesuatu.
Nilai-nilai kemanusiaan merupakan teras yang membina tamadun kehidupan sesuai dengan syiar Islam. Masyarakat Islam juga tertegak di atas syiar-syiar yang mengukuhkan lagi hubungannya dengan Allah S.W.T. melalui amalan-amalan lahiriah. Jestru itu, maka wujudlah “masyarakat yang beribadah” yang mana tugasnya ialah beribadat kepada Allah. Setiap ibadatnya dimurnikan dengan kalimah ‘bismillah’ dan diakhiri dengan alhamdullilah, kerana Allahlah yang berkuasa terhadap segala-galanya.
Masyarakat Islam terbina di atas pemikiran dan pemahaman yang jelas yang menjadikan ia mampu menilai amalan, pendirian, individu dan ideologi berdasarkan pertimbangannya yang khusus yang tidak cenderung ke arah kanan atau kiri. Ia adalah “masyarakat intelektual” yang unik berpandukan kepada dokumen wahyu yang diturunkan dari langit.
Masyarakat Islam terbina di atas akhlak dan nilai-nilai luhur yang diyakini keimanannya
kepada agamanya serta Syariatnya. Akhlak adalah sebahagian dari agama memandangkan ia adalah perintah atau larangan yang datang dari Allah S.W.T. Lantaran itu ia adalah “Masyarakat berakhlak”.
Masyarakat Islam mempunyai adab-adab kesopanan dan budaya tertentu yang menjadikannya unik, yang bukan diciplak dari masyarakat lain sama ada yang jauh atau yang lama. Selain dari terbinanya masyarakat Islam di atas dasar tersebut keseluruhannya, ia juga terbina di atas dasar peri kemanusiaan (humanity) yang tinggi sebagaimana yang sentiasa dicari-cari oleh manusia yang bertamadun.
Yang dimaksudkan dengan nilai-nilai peri kemanusiaan ialah nilai-nilai yang terbina di atas penghormatan kemuliaan manusia, kebebasannya, pergerakannya, haknya, pemeliharaan darah, kehormatan, harta akal dan keturunannya sebagai seorang manusia dan anggota masya- rakat.
Ilmu adalah antara nilai yang tertinggi yang dibawa oleh Islam serta dibangunkan kehidupan manusia di atasnya sama ada kehidupan maknawi atau kebendaan, kehidupan Akhirat atau dunia, menjadikannya sebagai jalan keimanan dan peransang kepada amalan. Ia juga merupakan faktor pertama yang menjadikan manusia sebagai khalifah.
Mereka paling kuat beribadat kepada Allah sedangkan mereka dijangka (oleh malaikat) akan melakukan kemusnahan dan menumpahkan darah di atas permukaan bumi, Lalu Allah telah menolak sangkaan para Malaikat dengan firman-Nya dalam al-Qur’an yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Allah mengajarkan Adam nama-nama keseluruhannya.” (al-Baqarah: 30 – 33)
Islam adalah agama ilmu, al-Qur’an al-Karim adalah kitab ilmu dan ayat yang pertama diturunkan kepada Baginda Rasul s.a.w. ialah berkenaan dengan ilmu iaitu “Bacalah dengan Nama Tuhanmu yang telah mencipta.” (al-Alaq:1). Al-Qur’an telah menjadikan ilmu sebagai asas perbezaan antara manusia. Firman Allah maksudnya: “Katakanlah : Adakah sama orang orang yang berilmu dan orang-oran yang tidak berilmu”. (al-Zumar:9)
Para ulama telah bersependapat mengatakan bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap Muslim dan Muslimah. Di antara ilmu-ilmu tersebut adalah yang fardhu ‘ain dan ada yang fardhu kifayah. Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu yang mesti dipelajari oleh setiap Muslim untuk memahami agamanya dari segi akidah, ibadah dan akhlak serta urusan keduniaannya sehingga ia dapat menyara kehidupannya, keluarganya dan menyumbang ke arah keperluan umatnya.
Ilmu fardhu kifayah ialah setiap ilmu yang mendukung agama dan dunia untuk umat Islam umumnya iaitu yang terdiri dari ilmu agama dan dunia. Mempelajari ilmu perubatan, kejuruteraan dan lain-lain cabang ilmu amat diperlukan oleh manusia adalah fardhu kifayah ke atas umat Islam. Jika terdapat sebilangan yang mencukupi dari kalangan ulama, pakar dan ahli teknik dalam setiap bidang, di mana bilangan tersebut dapat menampung keperluan, maka bererti umat tersebut telah menunaikan kewajipannya dan gugurlah dosanya. Jika umat Islam mengabaikan salah satu aspek keduniaan ini serta masih bergantung kepada orang lain keseluruhannya atau sebahagiannya, maka umat keseluruhannya berdosa terutama para pemimpin.
Mempunyai ilmu kita berkwajipan beramal kerana ilmu tanpa amal umpama pohon tanpa buah. Ilmu juga merupakan hasil dari keimanan yang benar kerana tidak dapat digambarkan wujudnya keimanan tanpa amal. Maka itu tidak dapat diragukan lagi bahawa keimanan yang benar tidak dapat tidak mestilah membuahkan amalan.

Sunday, October 16, 2011

MASYARAKAT WAJIB MEMAHAMI FALSAFAH HIDUP DALAM SENARIO HOLISTIK

(Disiarkan pada 15.10. 2011)
Hidup dalam keadaan beragama(Islam) berbeza dengan hidup tidak beragama. Begitu juga keadaan hidup berilmu jauh berbeza dengan orang yang hidup tanpa ilmu. Ilmu dan agama adalah dua elemen yang membina manusia untuk mengenali diri sebagai hamba Allah dan seterusnya mengenali tanggungjawabnya dalam scenario kehidupan holistic atau kehidupan beragama.
Dalam sejarah kehidupan masyarakat Jahiliah yang tidak punya ilmu dan jauh dari mempunyai ilmu agama yang benar yang diturunkan dari langit oleh Allah S.W.T.. kefahaman hidup ini bagikan seekor haiwan yang disiplin hidupnya ialah dari tangan ke mulut. Mereka berusaha mendapatkan sesuap makanan apabila perut mereka merasa lapar. Soal apa wawasan dalam hidup tidak menjadi agenda pembangunan. Kepimpinan masyarakatnya jauh dari disiplin bertamadun. Perasaan kasih sayang antara sesama tidak dijadikan ukhuwah kemanusiaan.
Kehidupannya dikawal oleh hawa nafsu dan budaya pembangunan kehidupannya dipusakai dari datuk nenek mereka turun temurun. Adab-adab dalam kehidupan bermasyarakat tidak dijadikan keutamaan dalam membina pembangunan kekeluargaan. Akibat hidup yang tidak diserikan dengan adab kemanusiaan maka sampai ke kemuncak kebiadabannya menganggap kehadiran wanita dalam pembangunan keluarga sebagai pembawa kesialan dan kemoderatan. Maka untuk menembusi kepercayaan tersebut berlakulah budaya mengubur hidup-hidup anak-anak perempuan yang tidak berdosa itu.
Agama Islam membentuk disiplin hidup manusia berteraskan dokumen wahyu (al-Qur’an) yang diturunkan dari langit oleh Allah dalam perantaraan malaikat Jibril yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. sebagai penutup para rasul di alam dunia ini. Dokumen ini adalah petunjuk Allah kepada manusia cara hidup yang benar yang diredhai-Nya.
Kejayaan Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w membaiki akhlaq masyarakat Quraisy yang jahil terhadap kemurnian hidup bermasyarakat adalah berteraskan dokumen tersebut yang telah diterjemahkan terlebih dahulu oleh Baginda ke dalam diri beliau sendiri.
Masyarakat Quraisy merupakan keturunan baginda sendiri yang hidupnya telah menyimpang jauh lebih menyesatkan sehingga membuat sembahan mereka sebagai tuhan dari patung yang diperbuat daripada berbagai bahan rekaan mereka sendiri. Mereka lebih yakin tuhan mereka yang jelas dan boleh dilihat dan disentuh oleh mereka sendiri daripada sesuatu Zat yang dalam keadaan ghaib.
Kehidupan manusia di dunia sebenar adalah berkisar antara hubungan-hubungan dengan Allah S.W.T. dan hubungan dengan berbagai makhluk yang Allah telah wujudkan, baik dengan manusia, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda mati dan lainnya. Kewujudan manusia sebagai makhluk Tuhan adalah dalam dua unsur, iaitu jasmani dan rohani. Jasmani adalah untuk pembangunan dunia dan rohani untuk pembangunan alam akhirat demi mendekatkan kepada Allah S.W.T.. sebagai penguasa kepada semua makhluk yang ada di antara lagit dan bumi serta yang ada di akhirat.
Hidup berteraskan pembangunan rohani wajar menjadi perjuangan dalam tamadun kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, pembangunn jasmani tidak kurang juga pentingnya dalam scenario kehidupan beragama. Memahami hakikat bahawa pembangunan manusia kiblatnya kepada Allah S.W.T. maka unsur kehidupan rohani menjadi tanggungjawab utama setiap insan demi memelihara kebajikan pembangunan jasmani.
Dalam hubungan bermasyarakat Allah befirman: “Serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia.” (Al-Baqarah:83), iaitu perkataan yang baik, lemah lembut, sopan, beretika, bagus dan bermanfaat. Ayat ini umum, diperuntukkan bagi seluruh manusia mencakupi kerabat yang jauh, orang yang berbuat kebaikan atau orang pendusta, orang Muslim dan kafir, kecuali orang-orang kafir yang memerangi orang Islam.
Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Mumtahanah: 8, yang bermaksud (terjemahan)
“Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak(pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguh nya Allah menyuakai orang yang berlaku adil.”
Jika kita diperintahkan untuk berbuat baik kepada orang-orang kafir baik perbuatan mahupun perkataan, untuk menarik hati mereka dan agar mereka menyukai Islam, lantas bagaimana sikap kita terhadap orang-orang Islam yang betul-betul lurus? Perkataan yang baik boleh mententeramkan jiwa, membuka kunci kebekuan hati, menolong dalam menerima kebenaran yang akan diikuti. Mewariskan rasa kasih sayang dan hormat kepada pemiliknya, hal itu menunjukkan ketinggian darjat dirinya, baik perangainya dan terjaga lisannya.
Sifat dan sikap inilah yang harus dilakukan oleh seorang muslim, kerana Nabi s.a.w. bersabda: “Bukanlah seorang Mukmin itu adalah orang-orang tukang fitnah, tukang menyaksikan, bukan pula orang yang berkata kotor dan cemar. (Hadith diriwayatkan oleh Tirmidzi)
Seluruh orang mukmin bersaudara. Kasih sayang Allah S.W.T. menjadikan mereka sebagai bersaudara yang saling mencintai, bersatu dan saling menolong, saling berhubungan dan saling berbalas kasihan. Maka Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Hujurat: 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin bersaudara.”
Persaudaraan yang hakiki adalah persaudaraan atas dasar kesamaan iman. Tidak ada persaudaraan yang benar tanpa iman dan tidak ada iman yang benar tanpa rasa persaudaraan terhadap orang-orang beriman dan melaksanakan hak-hak terhadap mereka, maka persaudaraan dan keimanan adalah dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Menyayangi orang-orang mukmin adalah tanda benarnya keimanan. Hal ini merupakan peringkat kecintaan Allah S.W.T.
Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Maidah: 55 – 56 yang bermaksud:
“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman sebagai penolongnya maka sesungguh nya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang.”
Orang yang mengikat ukhuwah Islamiah adalah tali yang paling kuat, benar, kekal dan lebih sempurna dari semua ikatan dan hubugan lainnya. Segala sesuatu yang menyatukan dan mengukuhkan diakui dan dianjurkan oleh Islam. Allah S.W.T. membuat tali pengikat agama-Nya yang benar ini dari tali pengikat yang suci.
Ikatan akidah Islam dan persaudaraan seagama, lebih kekal dan lebih tegak. Nabi s.a.w. bersabda.”Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya tidak menzalimi dan tidak menyerahkannya (pada musuh), sesiapa pun yang menolong saudaranya maka Allah S.W.T. akan menolongnya dari kesulitan di hari kiamat. Sesiapapun yang menutup (aib) seseorang muslim, Allah S.W.T. akan menutupi (aib) di hari kiamat.(Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Hidup yang dimurnikan dengan budaya beragama kerana Allah merupakan satu pembangunan kehidupan yang sentiasa mendapat perlindungan dari Allah. Iman dan takwa memantapkan hubungan kita dengan Allah kelak akan menghiasi kehidupan itu dengan perasaan kasih sayang antara sesama makhluk.
Iman kita sentiasa menghubungkan kita dengan Allah dan mendapat kekuatan naluri menangani kerenah-kerenah kehidupan yang difahami sebagai ujian Allah S.W.T. Semakin banyak ujian Allah yang kita tempuhi semakin kukuh iman kita kepada Zat yang Maha Suci itu dan semakin kuat kasih sayang Allah terhadap kita.
Hidup dan kehidupan wajar dihiasi dengan kemurnian beragama kerana Allah. Di mana sahaja kita berada atau dalam keadaan apa jua sekali pun minda kita sentiasa kiblatkan kepada keberadaan Allah melihat dan memerhatikan gerak-geri kita. Melihat segala segi kehidupan sama ada yang cantik mahu pun yang gagah, cerdik pandai dan berkebolehan luar biasa wajar letakkan dalam jiwa kita bahawa segala keadaan itu, Allah lagi yang lebih cantik atau lebih kuasa.
Sebarang bentuk kebahagiaan, kezaliman dan kemaksiatan yang kita saksikan wajar difahami sebagai tamsil yang menjadi pelajaran kepada kita. Kalau ia menggembirakan wajar kita ucapkan alhamdillah! dan jika ia sesuatu yang mendukacitakan wajar ucapkan astagfirullah, Subhanallah, Ya Allah atau inalilahi wa inlilahi rojiun dan sebagainya. Menghiasi bibir kita dengan kalimah-kalimah tauhid akan sentiasa memurnikan hidup dekat dengan Allah.
Apabila perasaan kita dekat dengan Allah maka segala perlaksanaan agenda pembangunan, termasuklah hubungan kita antara sesama manusia dan makhluk Allah yang lain akan sentiasa dalam sinaran cahaya kebahagiaan kerana kita mendapat keredhaan Allah S.W.T. Melaksanakan segala amal kebajikan wajar dengan iringan perasaan ‘Allah redha atau tidak?’ Dengan iringan suasana sentiasa dengan Allah akan terjamin kemanfaatan agenda yang kita laksanakan.
Mereka yang mindanya sentiasa terpaut dengan harapan perlindungan dari Allah akan terpelihara dari perbuatan-perbuatan kemaksiatan sama ada dalam pemikiran (niat) atau secara langsung. Apabila kita sentiasa diselimuti perasaan dekat dengan Allah maka mata kepala dan mata hati kita maka benci melihat perlakuan orang lain yang bertentangan dengan kesucian Islam.
Bagitu juga keadaan yang biasanya menjadi budaya orang lain untuk berbahasa yang kotor atau tidak ada kemurnian berkomunikasi akan sering mengganggu perasaan kita apabila ia disampikan dengan bahasa yang mencemarkan kemurnian beragama. Kita rasa dukacita terhadap perlakuan manusia sedemikian rupa dan bukan orang yang kita gemar mendampingi.
Agama menyarankan kepada umatnya bahawa jika kita berdamping dengan orang yang memakai minyak wangi-wangian maka badan kita akan turut sama terpalit berbau wangi. Jika kita berdamping dengan orang yang tukang besi, badan kita turut sama baunya seperti orang yang tukang besi.
Bergaul dengan orang yang berilmu kita akan mendapat manfaat darinya tentang segala yang diucapkannya tentang kehidupan. Bagitu juga jika kita sentiasa berdamping dengan orang penjenayah maka lambat laun fikiran kita akan terpaut seperti pemikiran orang yang suka membuat angkara dalam masyarakat.
Masyarakat Islam mempunyai keunukan dari segi adab dan budaya yang tersendiri yang terbentuk mengikut acuannya serta terpancar dari nilai-nilai tersebut iaitu akidah, perkara-perkara yang bersangkutan dengannya dan cabang-cabangnya. Masyarakat Islam mempunyai keunikan dari segi akidah dan syiar, pemikiran dan emosi, serta akhlak dan keluhurannya.
Masyarakat Islam mempunyai adab serta budayanya sama ada dalam soal makan-minum, perhiasan dan pakaian, perjalanan, perkenalan dan pergaulan. Begitu juga mengenai perkerjaan, persahabatan dan kasih sayang, perkahwinan dan perceraian. Hubungan antara lelaki dan wanita, hubungan antara anak dan ibubapanya, hubungan antara kaum kerabat, hubugan antara jiran tetanga, kaya dan orang miskin dan sebagainya kesemuanya mempunyai adab-adab yang amat sempurna.
Kebudayaan, kesopanan dan adat-adat ini telah diwujudkan oleh Islam di dalam masyarakat Islam bertujuan untuk menjadikanya berkhidmat kepada akidah, syiar, pemahaman, emosi, akhlak dan tata susila Islam. Antara budaya masyarakat Islam ialah bangun awal dan menggunakan waktu pagi yang berkat itu dengan angin segar pagi. Kebudayaan yang indah dan
unik ini hanya dibentuk oleh kewajipan “solat Subuh”. (Bahagian Pertama)

Friday, October 7, 2011

SAINS DAN TEKNOLOGI MURNIKAN HIDUP BERAGAMA

(Disiarkan pada 8. 10. 2011)
Unsur yang terpenting sebagai bekalan pada zaman moden ini ialah: Sains dan Teknologi. Ilmu pengetahuan dan sains moden yang berlandaskan kajian nyata, ujian dan percubaan, seperti sains fizik, kimia, matematik dan seumpamanya yang telah berhasil membawa insan menerokai angkasa lepas dan menciptakan komputer.
Untuk memelihara kemurnian dan keaslian ajaran Islam tidak bermakna kita dilarang untuk mengambil dan memanfaatkan sains dan teknologi yang telah dapat diciptakan oleh Dunia Barat. Bahkan realiti kehidupan hari ini seakan mewajibkan kita untuk mengejar ketingalan tersebut dengan beberapa alasan seperti berikut..
Petama: Mengikut ajaran Islam, menuntut dan mempelajari salah satu cabang ilmu pengetahuan ataupun sains yang bermanfaat bagi umat dalam urusan dunia dan akhirat secara keseluruhan adalah merupakan “Fardu Kifayah”. Islam menuntut umatnya untuk menyediakan “pakar-pakar” dalam bidang-bidang tersebut, supaya mereka tidak bergantung kepada orang lain.
Fardu Kifayah, seperti yang telah kita maklumi, adalah satu kewajipan yang menyeluruh. Apabila ada beberapa orang yang tampil kehadapan untuk memikul tugas tersebut, maka gugurlah kewajipan dari yang lainnya. Namun bila tidak seorangpun yang tampil, maka seluruh anggota umat akan menanggung dosa dan kesalahan.
Kedua: Islam mewajibkan umatnya untuk menjadi contoh tauladan dan pemimpin bagi yang lainnya yang diibaratkan di dalam al-Qur’anul Karim dengan sebutan: “Menjadi Saksi ke atas Seluruh Manusia”. FirmanNya, bermaksud: “Dan demikianlah, kami telah menjadi kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu”.(Surah Al-Baqarah: 143)
Kedudukan yang tinggi dan mulia yang telah digariskan Al-Qur’anul Karim telah menuntut umat Islam supaya terus berada di hadapan dalam semua bidang yang boleh membawa keharuman dan kebaikan umat manusia, sehingga mereka dapat melaksanakan tugas “pembangunan peradaban manusia” mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Modal yang paling utama dan penting dalam menjalankan tugas itu ialah: “Ilmu Pengetahuan” seperti ditegaskan oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya, bermaksud: “Ingatlah ketika Rabb-mu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di muka bumi ini orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, walhal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui,” Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat kemudian berfirman: “Sebutkanlah kepada Ku akan nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar…!” Mereka menjawab: “Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui melainkan apa-apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. Allah berfirman: “Bukankan sudah Aku katakan bahawa sesungghnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan” (Surah al-Baqarah: 30-33)
Umat Islam tidak boleh bergantung dan menjadi beban bagi orang lain dan menerima sahaja keadaan sebagai “pengekor” dan pengikut bagi umat yang sudah maju.
. Umat Islam mesti menjadi “tuan” di negaranya sendiri. Tidak boleh ada orang lain yang
mengatur gerak-gerinya di rumahnya sendiri selain daripada ajaran Islam. Sebab itu, mereka diwajibkan untuk mempersiapkan segala bentuk dan jenis kekuatan untuk menahan dan menolok serangan musuh yang selalu mengintai dari masa kesemasa. Jalan utama untuk mempersiapkan “kekuatan” tersebut adalah dengan cara menguasai sains dan teknologi.
Ketiga: Sains dan teknologi moden ternayata telah banyak membantu dan memudahkan tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan manusia dengan lebih tepat, cepat dan hemat tenaga. Keutamaan dan keistimewaan seperti ini juga berhak dikecapi, dinikmati dan dirasai oleh masyarakat Islam, bahkan mereka lebih utama untuk menikmatinya kerana ianya adalah merupakan salah satu nikmat Allah S.W.T. yang “telah diajarkan (pengetahuan) kepada insan tetang apa-apa yang mereka belum ketahui”. (Surah al-Alaq:5)
Selain itu, Allah S.W.T. menghendaki kebaikan dan kemudahan untuk seluruh hamba-hamba-Nya, bukan kesusahan dan kepenatan. Dan Syari’at Islam pula memerintahkan kita untuk mengambil dan memanfaatkan apa-apa sahaja yang sesuai dengan kaedah-kaedah dan prinsip nya. Umat Islam telah lama menggunakan dan memanfaatkan hasil-hasil penyelidikan sains dan teknologi, misalnya untuk mencetak Mashaf Al-Qur’an, Kitab-kitab Pengajian Islam, Pengajaran Agama, dan usaha-usaha seumpamanya. Pada hari ini mereka sedang berusaha “memanfaatkan “ komputer untuk pengajian Sunnah Nabi Muhammad s.a.w., Ilmu-ilmu Syari’at dan pengembangan Bahasa Arab. Usaha-usaha seperti ini sangat membantu dalam pengembangan wawasan Islam dan pendidikan umat.
Keempat: Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang pada hari ini kita ambil dan manfaatkan daripada dunia Barat adalah merupakan hasil pengembangan lanjut ilmu pengetahuan dan sains yang mereka pernah ambil dahulu daripada Umat Islam. Hakikat ini telah diakui sendiri oleh para pakar dari dunia Barat sendiri. Hal ini bererti, kemajuan ilmu pengetahuan dan sains tersebut adalah “harta milik kita” yang dikembalikan lagi kepada kita. Jadi benda dan perkara tersebut bukanlah barang baru ataupun barang asing bagi kita.
Memang kita menginsafi, bahawa ilmu pengetahuan dan sains moden yang ada dewasa ini buknlah serupa dengan yang pernah diambil Dunia Barat dari kita pada masa dahulu. Hal ini kerana, ianya telah dikembangkan dan diproses melalui beberapa peringkat kajian dan penyelidi kan lanjut yang cukup panjang dan “integrated” bermula daripada “revolusi industri” dan berlanjutan terus sehingga menjadi “ramuan” yang canggih dan terkini. Namun begitu, mengikut asal usulnya dan hujah akal atapun ilmiah adalah: “Keutamaan itu adalah milik mereka yang “memulai”, meskipun yang meniru lebih pandai dan canggih.
Apapun alasannya, ilmu pengetahuan dan sains moden yang wujud hari ini adalah sudah menjadi “dominasi” dan “milik Barat,” sama ada kita suka ataupun tidak. Selagi tidak berpacu dan berlumba untuk mengejar, mempelajari dan menguasainya secara benar, maka kita tidak akan dapat bersaing dengan mereka. Tidak cukup hanya mengetahui “bau-bau” ataupun “kulit-kulit”-nya sahaja. Kita mesti terus berusaha mengejar dan menguasainya sampai menjadi pakar-pakar dan ahli-ahli yang sejati, kerana perkara tersebut adalah merupakan salah satu kewajipan yang telah ditetapkan Allah Ta’ala ke atas kita semua.
Ada pandangan dari pendukung aliran “kemajuan dan pembaharuan” bahawa: “Dengan bekalan kekayaan yang dilimpahkan kepada kita berupa minyak, boleh sahaja kita membeli dan memindah teknologi dari belahan dunia mana sahaja, kemudian kita pergunakan untuk kepentingan pembangunan dan usaha-usaha kemajuan di negara-negara Islam.”
Realiti dan fakta yang nampak zaman sekarang ialah semua teknologi yang “dibeli” dari negara-negara asing tidak dapat menaikkan taraf, kemajuan dan kemodenan bangsa yang membelinya. Teknologi tersebut hanya mampu menjadikan bangsa pembelinya sebagai “konsumer” yang baik, dan tidak pernah mengubahnya menjadi bangsa “produser”. Dan kita harus tahu bahawa mereka hanya mahu menjual sebahagian sahaja, tidak semuanya termasuk “rahsia-rahsia” dan “kod-kod kunci” teknologi tersebut supaya kita menjadi pandai seperti mereka. Maka itu kita menjadi terus bergantung dan mengharap bantuan dan kepakaran mereka dalam banyak perkara.
Ada pendapat mengatakan bahawa “lingkungan dan suasana keagamaan” yang wujud di kalangan masyarakat Islam tidak mendorong perkembangan ilmu pengetahuan dan sains, kerana adanya “pertembungan dan percanggahan” antara Nas-nas Syari’at dengan akal. Dengan perkataan lain, antara ketentuan, ketentuan Ilahi dan pendapat-pendapat akal manusia.
Pendapat dan “dakwaan” seperti ini tidak benar dan tidak dapat kita terima, kerana ianya bercanggah dengan keterangan Nas-nas Syari’at sendiri, tarikh dan realiti kehidupan sebenar.
Akal manusia adalah merupakan “forum dan media” komunikasi bagi syari’at Islam yang bertugas untuk mempelajari dan memahami isi kandungan ajaran Al-Qur’anul Karim dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Akal berkewajipan untuk melakukan ijtihad dalam memahami dan mengali hukum-hukum Syarak, terutama dalam bidang masalah-masalah yang tidak dijelaskan secara terang dalam Nas-nas Syari’at. Bahkan Wahyu (Syari’at) telah memberikan kepada akal “medan ijtihad” yang sangat luas untuk diterokai khasnya berkenaan dengan masalah kehidupan dan rahsia alam semesta untuk menggali dan mencari manfaatnya bagi kebaikan hidup di dunia dan kejayaan hidup di akhirat.
Para ulama menjelaskan bahawa wahyu dan akal keduanya merupakan petunjuk manusia untuk mencapai kebenaran. Imam al-Raghib al-Isfahani menjelaskan dalam kitabnya: “Al-Dhariat ila Makarim al-Syariah” ( Jalan Menuju Syri’at Yang Mulia) katanya: Allah Taala telah mengutuskan dua jenis rasul kepada para hamba-Nya. Salah satunya datang dari dalam diri, iaitu “Akal” dan yang kedua datangnya dari luar diri, iaitu Rasul. Untuk memahami risalah yang dibawa oleh Rasul Yang Zahir (Nabi/Rasul), mesti menggunakan rasul yang batin (akal), kerana rasul yang batin dapat mengesan kesahihan dakwaan rasul yang zahir.
Jika bukan kerana adanya ‘akal’ maka kita tidak diwajibkan menerima hujjah Rasul/Nabi. Sebab itulah, Allah Ta’ala menyerahkan kepada keputusan untuk menentukan ke-Esaan Allah dan kebenaran risalah para Nabi dan Rasul bagi mereka yang masih meraguinya. Akal adalah bagikan pemimpin dan agama adalah sumber kekuatannya. Jika akal tidak wujud, maka Agama pun tidak akan bertahan. Demikian pula, jika bukan kerana Agama, pasti akal akan menjadi “bengung” dan “nyanyuk”. Jadi, gabungan antara keduanya bagikan :”Cahaya di atas Cahaya”seperti yang dijelaskan Allah S.W.T..”(Surah Al-Nur: 35)
Perkara juga telah dijelaskan oleh salah seorang ulama yang sezaman dengan al-Isfahani, iaitu Imam Abu Hamid Al-Ghazali di dalam kitabnya : “Al-Mustasfa”. Di mana Beliau mengatakan bahawa akal itu adalah ‘penentu’ yang tidak boleh diganti dan diubah keputusannya, sedang Syari’at adalah saksi yang membenarkan dan meluruskan. Akal adalah “bijana”semua ajaran Agama dan pembawa panji-panji amanah.
Di dalam kitabnya: “Ihya al-Din”, Imam al-Ghazali menegaskan bahawa Agama tidak cukup tanpa adanya akal, dan akalpun akan kehilangan arah tanpa bimbingan Agama. Kerana “Ilmu-ilmu akal itu bagikan makanan dan ilmu-ilmu Syari’at itu laksana ubat. Seorang yang sakit akan menambah teruk jika hanya diberi makanan dan tidak diberi ubat penawar.”
Allah memberikan taufik dan petunjuk-Nya kepada orang-orang yang disukai-Nya daripada hamba-hamba-Nya untuk mendapatkan perkara-perkara yang hak dengan jalan memperhatikan sesuatu perkara itu dan memikirkannya, sehingga sampailah kepada matlamat yang ditunjunya. Dan barang siapa tidak mengambil pengajaran atau iktibar, samalah seperti orang yang buta. Dia tidak akan dapat berjalan dengan betul di tengah terang apatah lagi di malam yang gelap. Maka itu ilmu sains dan teknologi wajar dipelajari kerana ia memurnikan hidup beragama. (Sumber: Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Wawasan Islam antara keaslian dan kemodenan.h 127 -133)

Saturday, October 1, 2011

ZAMAN KITA ANTARA POSITIF DAN NEGATIF DALAM PERSPEKTIF ISLAM

(Disiarkan pada 1. Oktober. 2011)
Zaman Rasulullah s.a.w. adalah zaman kebangkitan dan kegembilangan Islam di seluruh dunia. Islam telah mengangkat darjat dan mastabat Bangsa Arab sehingga mereka mempunyai garis panduan dan wawasan yang mantap untuk terus membangun peradabannya. Bahasa Arab adalah lungua frangka (bahasa penghantar) Islam. Ia sebagai media utama untuk mempelajari ilmu-ilmu dan ajaran-ajaran Islam. Islam juga sebagai kunci utama memahami kandungan isi Al-Qur’anul Karim dan Al-Sunnah Al-Nabawiyyah. Bangsa Arablah orang-orang pertama yang memeluk dan menyebarkan Islam dan ajarannya ke seluruh pelusuk dunia.
Dari kalangan merekalah Nabi Akhir Zaman, Muhammad s.a.w. telah dipilih dan dibangkitkan untuk membawa “Risalah Tauhid” bagi seluruh umat manusia di atas muka bumi ini. Beliau membersihkan hati dan jiwa mereka dari kotoran dosa dan syirik. Mendidik dan mengajak mereka akan pengertian dan maksud petujuk-petunjuk Al-Qur’anul Karim dan Hidayat Al-Sunnah Al-Nabawiyyah.
Setelah bangsa Arab mendapat pengajaran yang cukup, mereka bertebaran ke seluruh penjuru dan pelusuk dunia untuk menyampaikan ajaran-ajaran Islam dan menjadi pendakwah-pendakwah yang ulung dan unggul.
Islam telah mengajarkan bangsa Arab sehingga menjadi bangsa yang berilmu, bertamadun dan berperadaban yang tinggi lepas dari belunggu kejahilan dan kebodohan. Islam memimpin mereka kepada jalan yang lurus dan menyelamatkan mereka dari jurang kesesatan. Mengeluarkan mereka dari kegelapan syirik dan dosa kepada cahaya Islam dan petujuk Ilahi yang terang benderang. Sedangkan mereka itu pada ketika dahulunya berada dalam kehidupan zalim dan kesesatan, tetapi Allah Ta’ala menyelamatkan mereka.
FirmanNya, bermaksud: “Dialah yang telah mengutus kepada kamu yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah Al-Jumu’ah: 2.)
Kesesatan yang lebih dahsyat dan nyata daripada kesesatan aqidah dan kepercayaan yang dianut suatu kaum. Kerosakan akhlaq, moral dan perilaku serta perbuatan mereka yang tidak ada perikemanusiaan seperti menanam bayi perempuan hidup-hidup yang baru lahir yang diyakini mereka membawa kesialan dalam pembangunan keluarga.
Islam telah mengagkat darjat dan martabat Bahasa Arab sehingga mereka mempunyai garis panduan dana wawasan yang mantap untuk terus membangun peradabannya. Mereka berjuang untuk mengembangkan Islam di merata dunia. Mengorbankan seluruh daya upaya, harta dan semua yang mereka miliki sehingga nyawapun mereka korbankan untuk kepentingan dan kejayaan Islam. Merekalah salah satu contoh sebaik-baik umat yang telah memperjuangkan Islam dengan semua daya upaya yang ada.
Islam telah disebarkan keseluruh dunia sudah lebih 1,400 tahun sejak ia mulanya dikembangkan oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam tahun 1H. Walaubagaimana pun kegemilangan dan keunggulan Islam mula menurun setelah 700 tahun berlalu. Kemudian apabila masuk ke abad yang ke 700 kedua Islam mula naik semula.
Turun naiknya kegemilangan Islam adalah disebabkan umatnya sendiri tidak menjadi “Umat yang Satu” memiliki keteguhan dan kekuatan iman yang mantap untuk menjalankan tugas-tugas “Dakwah Islamiah” ke seluruh pelusuk dunia.
Mengikut pandangan seorang ulama dunia yang disegani: Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi berkata bahawa zaman kita sekarang ini mempunyai karakteristik tersendiri yang berbeza dari masa-masa terdahulu dan kita wajib mengenal dan memahaminya dengan mendalam, baik unsur positif dan negatifnya.
Abad ini adalah abad Sains dan Teknologi; Kebebasan, Pemeliharaan hak-hak Manusia sejagat dan Masa Kemerdekaan Bangsa-bangsa di dunia; Zaman serba cepat, canggih dan perkembangan yang luar biasa; Masa Perpaduan dan Penyatuan Kekuatan; Period Perancangan Taktik dan strategik bukan zaman ‘asal jadi’ ataupun ‘menyerah diri’ dengan keadaan.
Inilah zaman yang dipersiapkan sepenuhnya untuk menyongsong cabaran masa hadapan dan tidak hanya puas dengan kejayaan yang diraih pada masa kini ataupun keberhasilan yang telah lampau.
Perkara-perkara yang telah kita sebutkan tadi adalah merupakan segi-segi positif disajikan oleh zaman kini jika dilaksanakan dengan niat yang baik, matlamat yang jelas dan disiplin yang tinggi. Namun, abad kita ini bukanlah sunyi dari kekurangan dan segi-segi negatif, sebagai salah satu Sunnah Allah ke atas alam raya ini, iaitu adanya kebaikan dan keburukan, manfaat dan muderat, kegembiraan dan kesedihan, kepedihan dan kenikmatan.
Pada zaman ini kebendaan duniawi dan manfaat karier menguasai hidup manusia. Orang-orang yang hidup di zaman moden ini cenderung sentiasa mengikuti ajakan dan dorongan hawa nafsu. Pencemaran berlaku di setiap sudut kehidupan insan. Zaman yang lebih mengutamakan perantaran dan sarana bukan tujuan dan matlamat; goncangan jiwa, tekanan batin dan perpecahan melanda hampir seluruh manusia di jagat ini.
Inilah kedua sisi positif dan negatif yang ada pada abad moden dan menjadi perhatian kita di dalam memberikan jalan penyelesaian dari krisis kehidupan yang sedang melanda umat Islam khususnya.
Jika kita sudah mengetahui bahawa abad kita ini mengandungi dua anasir positif dan negatif dan kita ingin menjadi moden, mestikah kita mengambil semua budaya yang ada masa kini, termasuk yang bersifat negatif dengan hujjah kedua anasir tersebut tidak boleh dipisah-pisahkan? Atau adakah kita mempunyai hak sendiri untuk memilih mana yang mesti kita ambil?
Pertanyaan-pertanyaan tersebut di atas menuntut kita untuk mengenal lebih jauh tentang: “Abad ini”. Apakah hakikatnya sebenar dan bagaimanakah sikap kita terhadapnya? Adakah dia sesuatu “taqdir” yang ditetapkan bagi kita sehingga kita tidak boleh lari dan menghindar daripadanya?
Mestikah kita mengambil semuanya yang telah ada pada zaman ini sama ada yang baik, buruk, manis,pahit, getir, yang hitam dan yang putih..? Atau adakah kita memiliki hak dan kebebasan untuk menilai kembali dan memilih yang terbaik dan meninggalkan unsur-unsur yang negatif dan tidak bermanfaat sesuai dengan ketentuan Syari’at dan Aqidah Islam..?
Pada hakikatnya, zaman yang sedang kita tempuh ini ialah seumpama “watan” di mana sekumpulan manusia yang membentuk masyarakat dan hubungan sosial antara sesama mereka dengan berbagai bentuk dan aliran pemikiran, pengalaman, perasaan, adat kebiasaan, perbuatan, akhlak, wawasan, oganisasi dan tingkahlaku yang berkembang di tengah-tengah mereka, sama ada yang benar dan salah; lurus dan menyelewing; baik dan buruk; bermanfaat dan muderat.
Sudah menjadi kewajipan manusia untuk melakukan penilain dan pembezaan antara perkara yang ‘benar’ mengikut jalan pemikiran, ‘baik’ mengikut norma-norma akhlak, ‘bermanfaat’ mengikut nilai-nilai kerja di zaman ini, dan perkara-perkara yang ‘salah’ mengikut jalan pemikiran, ‘buruk’ mengikut norma-norma akhlak, ‘merbahaya’ mengikut nilai-nilai kerja. Mereka mesti memilih sisi yang pertama dan wajib mengambil nilai-nilai positif dan meninggalkan nilai-nilai negatif dari semua perkara yang berkembang.
Kita tidak sependapat dengan aliran pemikiran “Keterpaksaan Zaman” yang memandang manusia hanya sebagai “bejana kosong” yang boleh diisikan dengan segala rupa benda yang dikehendaki oleh “Zaman” sama ada baik ataupun buruk; positif ataupun negatif, meski pun manusia tadi tidak menyukainya.
Juga, kita tidak sejalan dengan aliran pemikiran: “Keterpaksaan Tempat” yang meman- dang insan hanya sebagai “kereta sorong” yang hanya boleh ditolak ke sana dan ke sini mengikut arah dan batas geografi tempat tinggal dan tanah lahirnya sahaja. Semua pemikiran dan usahanya tidak boleh melewati batas kebangsaan dan tanah airnya.
Kesimpulannya, kita menolak semua jenis aliran “keterpakasaan” dan “pemaksaan” yang menganggap manusia hanya sebagai “benda mati” yang tidak mempunyai inisiatif, kreatif dan kebebasan untuk menentukan dan memilih sendiri apa-apa perkara yang baik dan bermanfaat untuk dirinya. Semua jenis “Aliran Pemaksaan” tersebut tidak dapat kita terima, sama ada aliran pemaksaan cara “Agama” yang menjadikan manusia bagaikan “selembar bulu”dan boleh ditiup kesana kemari oleh “Nasib” dan “Qadar”, atau pun pemaksaan cara “Sosial” yang menjadikan individu sebagai korban bagi semua kehendak dan keinginan masyarakat dan orang ramai, atau pun pemaksaan cara “Politik”yang sendang berlaku pada dewasa ini dan telah menjadikan manusia semuanya bagaikan “bidak-bidak di papan percantuman politik…!”
Tidak dapat dinafikan, bahawa seorang manusia sebagai insan biasa boleh terpengaruh oleh keadaan lingkungan dan persekitaran di mana dia tinggal, baik dari segi pemikiran dan gaya hidup kebendaan, seperti juga ia akan terpengaruh dengan keadaan zaman dan perubahan masa yang berlaku. Namun begitu, ia tidak kehilangan kehendak, iradah dan hak memilih dan menentukan terhadap semua perkara-perkara yang berlaku dihadapannya.
Inilah sebuah kurnia besar yang telah dilimpahkan Allah S.W.T. kepada seseorang insan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya di muka bumi ini. Firman Allah dalam al-Qur’an Surah Al-An’am ayat 104 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya telah datang dari Rabb-mu bukti-bukti yang terang; maka barang siapa memilih kebenaran itu, maka manfaatnya bagi dirinya sendiri; dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemuderatannya kembali kepadanya..”
Bukti-bukti yang terang atau dimaksudkan juga ayat-ayat al-Qur’an, jelasnya setelah Allah menerangkan bukti-bukti tentang keesaan-Nya, dan kesempurnaan kekuasaan serta pengetahuan-Nya, maka diterangkan pula di sini menerusi rasul-Nya supaya mengatakan demikian. Kamu sesungguhnya telah dituruni al-Qur’an yang mengandungi keterangan dan bukti, sehingga dengannya pula dapat kamu lihat mana yang dikatakan hidayat dan mana pula yang dikatakan kesesatan, mana yang hak dan mana yang batil.
Firman-Nya lagi, bermaksud: “Jika kamu berbuat baik(bererti),kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri, dan jika kami berbuat jahat; maka kejahatan itu buat dirimu sendiri..” (Surah Al-Isra: 7)
Jika kamu berbuat kebaikan dengan mentaati Allah dan patuh kepada perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya, itu bererti kemu telah berbuat baik kepada dirimu sendiri,kerana kamu yang akan mendapat faedah serta keuntungannya di dunia dan juga di akhirat.
Banyak tentangan dan cabaran dalam kehidupan ini maka banyak orang hidup di luar “zamannya” melarikan diri dari cabaran dan tentangan semasa, sebaliknya mengambil cara hidup lama sebagai anutan. Alasannya mengapa ia meninggalkan cara hidup moden ialah kerana membenci perkara tersebut yang mengancam keselamatan aqidah, keyakinan beragama, pemikiran dan kerja-kerjanya, ataupun kerana ia khuatir, takut dan tindak mempunyai persiapan bagi menghadapi cabaran hidup semasa yang begitu hebat dan dahsyat.
Sikap yang terbaik ialah sikap pertengahan, adil dan bijaksana. Mengambil apa-apa perkara yang baik dan bermanfaat daripada “kancah kehidupan semasa” dan meninggalkan perkara-perkara yang negatif dan muderat bagi kehidupan kita di dunia dan diakhirat.

Saturday, September 24, 2011

KEWAJIPAN MEMAHAMI KEADAAN SEMASA MERUPAKAN IBADAH

(Disiarkan pada 24. 9. 2011)
Pengurusan masa merupakan faktor utama dalam pembangunan manusia. Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah al-Ashr ayat (103)1 – 2 yang bermaksud(terjemahan): “Demi masa manusia sentiasa dalam kerugian.” Budaya semulajadi manusia sentiasa ketandusan masa dalam segala hal pembangunan kerana mereka tidak peka dalam penggunaan masa dikecuali orang-orang yang bertakwa dan beriman kepada Allah.
Masa yang dimainkan oleh matahari atas kekuasaan Allah sentiasa bergerak tanpa menungguh sesiapapun. Begitu juga usia manusia, mulanya sebagai seorang bayi setelah dilahirkan ibu, membesar menjadi kanak-kanak, kemudian meningkat remaja, lalu bertukar menjadi dewasa kemudian ke usia emas mengikut peredaran masa.
Perjalanan hidup setiap insan wajar memahami keadaan semasa kerana destinasi hidup di dunia sebenar adalah alam akhirat setelah melalui alam barzakh sebagai penantian dunia hancur-hancuran iaitu kiamat di mana semua penghuni kubur dibangkitkan dan bertemu semula dengan rohnya. Peredaran masa wajar diimbali dengan ibadah yang akan menghasilkan pahala sebagai bekalan hidup di alam yang berikutnya.
Fitrah manusia sememangnya bersifat rohaniah tetapi kehadiran fitrah kehaiwanan pada diri manusia yang dimainkan oleh hawa nafsu membuat manusia sentiasa berwaspada dengan iringan iman dalam menelusuri kehidupan agar tidak terjebak dalam budaya yang menjemput kekufuran. Walaubagaimanapun Allah sempurnakan kehidupan manusia dengan kehadiran akal dan kemahiran berfikir yang akan memandunya ke landasan yang diredhai Allah S.W.T.
Memahami keadaan semasa memerlukan kekuatan iman, akal dan kemahiran berfikir untuk mengolah pembangunan kehidupan agar tindakan kita dapat menepati pandangan sewajarnya yang mengesahkan bahawa yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah bersifat hitam dan bukan disebaliknya.
Permainan atau teka teki kehidupan dunia sentiasa melemahkan iman serta pemikiran manusia sebagai pemain yang berwibawa dalam mengolakan pembangunan. Apabila melayani buayan keseronokan dunia yang bersifat sementara itu maka manusia telah mengkufuri larangan-larangan Allah S.W.T. Jestru itu setiap tindakan dalam melaksanakan ibadah harus dihiasi dengan kaliamah ‘Bismillah.’ Ini wajar kerana segala yang menjadi kebuntuhan hidup manusia adalah kekuasaan Allah S.W.T. Pemikiran yang sentiasa dekat dengan Allah akan mendapat jaminan keselamatan dari-Nya.
Membudayakan kalimah “Bismillah” akan sentiasa memudahkan urusan dunia khusunya dalam perlaksanaan muamalah. Kalimah ini jika diucapkan dengan hati yang khusyuk dan tawadhu akan meningkatkan dan menguatkan keimanan kita kepada Zat yang Maha Pencipta. Iman kepada Allah adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan dunia dan akhirat.
Kewajipan memahami keadaan semasa agar tidak diporak-porandakan oleh pergerakan masa adalah jalan hidup yang sentiasa dekat dengan Allah. Keadaan demikian wajib ada pada setiap insan kerana segala kewujudan fenomena alam kehidupan adalah kekuasaan Allah S.W.T. Maka itu kewajipan menangani masa merupakan ibadah kerana Allah.
Ada yang memahami masa itu dianalogikan nilainya seperti emas. Jika emas itu amat penting dalam meningkatkan ekonomi kehidupan manusia maka memanfaatkan masa sebaik mungkin dalam hidup juga amat penting dalam meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T..
Ahli ekonomi mengatakan mengenai paradigma pembangunan, wajar ada urutan disiplin ibadahnya seperti pencapaian hari ini adalah lebih baik berbanding dengan pencapaian hari kelmarin dan pencapaian hari esok wajar lebih baik daripada hari ini dan seterusnya. Inilah prinsip pembangunan yang melakarkan budaya hidup “Saya Mesti Berubah” mengikut peredaran masa. Perubahan itu semestinya mengarah kepada keadaan positif iaitu perubahan kepada kebaikan dan bukan sebaliknya.
Kewajipan memahami keadaan semasa juga akan mendidik manusia lebih peka mengenai pembangunan kedua-dua dimensi alam iaitu jasmani dan rohaniah. Pembangunan rohaniah bersandar kepada kepekaan membangunkan jasmani. Iman melihat pembangunan rohaniah adalah berkait rapat dengan pembangunan jasmani.
Keutamaan dalam pembangunan jasmani ialah memperolehi ilmu pengetahuan samada ilmu di alam dunia mahupun ilmu alam akhirat. Untuk mendapat keseimbangan ilmu dalam kedua-dua alam tersebut seseorang itu wajar mengilmukan dirinya dengan ilmu akidah dan ilmu tauhid. Pengetahuan dalam kedua-dua dimensi ilmu ini akan membina pembangunan tamadun manusia yang pasti mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Allah wujudkan manusia di dunia dengan satu tujuan iaitu beribadah kepadaNya. (Al-Qur’an surah Az-Zariyat ayat (51) 56. yang bermaksud (terjemahan): “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku.”
Allah menjelaskan, bahawa tujuan–Nya menjadikan makhluk dari bangsa jin dan manusia tidak maksud yang lain, kecuali untuk memberi tugas kepada mereka supaya menyem- bah Allah dengan mengabdi diri kepada-Nya dan mengesakannya – bukan supaya mereka mencari kepenting hidup di dunia dan bertungkus-lumus untuknya. Kerana mereka tidak memiliki manfaat atau muderat bagi diri mereka, bahkan tunduk kepada qadak-Nya.
Dengan adanya ilmu rohaniah maka dengan sendirinya ilmu dunia atau pembangunana jasmani akan terbela. Analogi hidup yang sering ditamsilkan oleh bicara minda ialah “ Jika kita menanam padi tanpa diundang rumput turut sama tumbuh subur. Tetapi jika kita tanam rumput padi tidak akan tumbuh sama.” Ia bermaksud jika kita tuntuti ilmu akhirat dengan sendirinya dunia akan turut sama terbela. Tetapi jika ilmu dunia semata kita tuntuti belum pasti ilmu akhirat akan terbela.
Memperolehi ilmu dalam kedua dua dimensi alam, manusia akan dapat memanfaatkan nikmat-nikmat Allah dan mensyukuri keredhaan-Nya terhadap segala ibadah yang kita laksana kan. Jestru itu tugas yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi akan dimudahkan Allah S.W.T.
Ilmu pembangunan jasmani tidak kurang juga pentingnya. Membina infrastruktur pembangunan akan melakarkan kemudahan dalam mengolah ibadah. Membina madrasa atau sekolah, mendirikan pusat-pusat pengajian tinggi adalah antara infrastruktur yang wajar ada di dunia. Dengan terbinanya gedung-gedung ilmu tersebut maka dapatlah melahirkan manusia ilmuan yang akan menjadi pemain dalam pembangunan tamadun.
Peredaran masa telah ditentukan oleh Allah maka wajar difahami kemanfaatan setiap pergerakannya dalam setiap detik masa yang dikenali sebagai saat. Enam puluh saat menjadi seminit dan enam puluh mini menjadi sejam. Dua puluh empat jam sehari suntuk, kemudian tujuh hari dalam seminggu. Empat minggu itu dikumpul menjadi sebulan; dan dua belas bulan bertukar kepada setahun. Usia manusia meniti di atas landasan masa yang bergerak.
Allah memuliakan dengan ketujuh hari ini, tujuh dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s. dengan hari Sabtu; Nabi Isa bin Maryam a.s. dengan hari Ahad; Nabi Daud a.s. dengan hari Isnin; Nabi Selaiman a.s. dengan hari Selasa; Nabi Yaaqub a.s. dengan hari Rabu; Nabi Adam a.s. dengan hari Kamis, dan Nabi Muhammad s.a.w. dan ummatnya dengan hari Jumaat.
Umat Nabi Muhammad memelihara hari Jumaat adalah antara hari-hari yang terbesar
dalam kalendar Islam, tujuh hari dalam seminggu. Antara kebesaran hari Jumaat ialah Allah wujudkan Nabi Adam a.s. sebagai manusia pertama ialah pada hari Jumaat; turunnya wahyu pertama yang pernah Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. menerima dalam perantaraan Malaikat Jibrail ialah pada hari Jumaat. Maka dengan itu hari Jumaat juga dipilih oleh umat Islam menunaikan sembahyang berjemaah di mesjid. Solat Jumaat adalah wajib bagi semua umat Islam. Kegagalan menunaikan sembahyang Jumaat tersebut dengan tidak ada alasan yang benar adalah dianggap berdosa.
Kewajipan memahami keadaan semasa adalah merupakan ibadah terutama sekali kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Setiap hari umat Islam disarankan untuk memahami peredaran masa. kerana masyarakat mukmin diwajibkan untuk mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam, seperti Subuh pada awal pagi; Zohor adalah pada masa 12.30 tengah hari; Asar adalah apabila matahari turun pada pukul 3.30 petang; Maghrib adalah masa setelah mata hari turun; dan solat Isak pada pukul 7.45 minit malam.
Ketepatan masa dalam mendirikan solat lima waktu adalah wajar kerana ia mengingatkan kita terhadap tanggungjawab akhirat dan juga mendekatkan kita kepada Allah S.W.T. Orang yang sentiasa memelihara solat lima waktu tepat pada masanya akan sentiasa dilindungi Allah dalam segala hal muamalah dunia. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Ra’d ayat (13) 11 yang bermaksud(terjmahan): “Setiap manusia bertanggungjawab terhadap naibnya sendiri”
Manusia bukan malaikat dan bukan juga syaitan. Bagaimanapun, taraf manusia boleh mencapai tempat tertinggi sehingga mempunyai taraf lebih tinggi dari malaikat atau boleh jatuh ke tempat yang paling rendah sehingga bersifat seperti syaitan. Semasa israk iaitu peristiwa pejalanan Nabi Muhammad s.a.w. pada waktu malam dari Mekah ke Baitul-Mukaddis, atau dari Masjid al-Haram ke Mesjid al-Aqsa dan seterusnya melalui tujuh lapis langit ke Sidhirantul Muntaha atau Aras Allah, Malaikat Jibrail yang menemani Baginda tidak dibenarkan Allah masuk aras-Nya tetapi Nabi Muhammad dipersilakan Allah
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia yang paling mulia disisi Allah S.W.T. Allah memuji Nabi dan mencintainya kerana segala perintah Allah dilaksanakan dan segala larangan Allah dijauhinya. Pernah sahabat bertanya kepada Siti Aisah, isteri baginda mengenai akhlaknya dan Siti Aisah menjawab bahawa akhlak baginda adalah al-Qur’an. Ini bermaksud segala ajaran dan panduan Allah kepada pembanguan kehidupan manusia yang termaktub dalam dokumen wahyu-Nya yakni al-Qur’anul Karim telah diterjemahkan dalam diri Baginda Rasul Nabi Muhammad.
Kekayaan dunia adalah antara rebutan oleh semua manusia semasa hidup di dunia. Kewajipan memahami masa dalam hidup di dunia ialah mengumpul seberapa banyak harta kekayaan maka bertungkus lumus untuknya. Sering kita dapati manusia yang telah berjaya mengumpul harta kekayaan dunia tidak mengimbali kekayaan yang bersifat semantara itu dengan kekayaan harta akhirat yang bersifat abadi.
Perbezaan antara kaya dengan harta dunia dengan kaya harta akhirat tidak dijadikan satu wawasan kefahaman dalam menangani kehidupan. Harta dunia tidak selamanya bersama kita. Setelah ajal menjemput nyawa maka dengan sendirinya kekayaan dunia menjadi milik orang lain. Kadang-kadang kekayaan dunia itu mengheretkan kita untuk mengkufuri perintah Allah S.W.T. Dengan kemewahan tersebut akan memesongkan pemikiran manusia untuk mengenali yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu ada hitam.
Tetapi kekayaan akhirat seperti pahala yang telah diperolehi dari melaksanakan kebajikan untuk orang lain; ilmu yang dimanfaatkan semasa hidup di dunia yang menjadi kemanfaatan kepada masyarakat umum; dan segala amal-amal jariah yang telah kita laksanakan semasa hidup
di dunia adalah antara kekayaan yang kita bawa bersama ke liang lahad hingga ke alam akhirat.
Masalah disitu ialah kewajipan memahami keadaan semasa tidak diimbali dengan kefahaman mengenai wawasan kehidupan akhirat. Maka itu fahamilah diri anda bahawa manusia mempunyai dua tanggungjawab iaitu kebajikan hidup di dunia untuk jasmani kita dan kebajikan hidup di alam akihat untuk rohani kita. Ingat bahawa manusia mempunyai dua unsur iaitu unsur jasmani dan unsur rohani maka itulah tanggungjawab sebenar kepada setiap insan mengapa Allah wujudkan manusia sebagai hamba-Nya.

Friday, September 16, 2011

KASIH SAYANG ANTARA MAKHLUK MURNIKAN IBADAH MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

(Disiarkan pada 17. 9. 2011)
Segala kejadian yang ada di alam dunia samada yang hidup atau tidak mahupun di alam ghaib adalah makhluk Allah S.W.T. Allah yang menciptanya dengan tujuan yang telah ditetap kan kepada setiap makhluk berkenaan sebagai fitrah. Manusia adalah makhluk Allah yang tertinggi antara makhluk-makhluk Allah ciptakan di alam ini. Kehadiran fitrah akal dan kemahiran berfikir pada makhluk manusia maka Allah amanahkan kepadanya tanggungjawab sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini.
Setiap makhluk yang hidup Allah bekalkan dengan fitrah kasih sayang. Ia adalah naluri dalaman yang membina hubungan rapat dengan makhluk lain dalam menelusuri kehidupan. Fitrah kasih sayanglah menjadi benting bagi setiap kehidupan itu menjauhi pergesaran nilai yang akan melahirkan persengkitaan antara sesama makhluk.
Kalimah “Bismillahirahmanirrahim”bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sifat penyayang itu sebagai fitrah yang diberi kepada setiap jenis makhluk yang bersifat hidup demi keutuhan hidup membiak. Walaubagaimanapun tiap jenis haiwan itu ditentukan oleh Allah disiplin kejadiannya mengikut kesesuaian alam di mana haiwan itu membiak.
Ada haiwan yang membiak dengan kelahiran anaknya langsung menyerupai ibunya dan ada yang melalui proses bertelur kemudian menetas. Haiwan yang dikategorikan sebagai insect atau serangga mempunyai proses yang agak kompleks, lebih daripada satu peringkat kejadian seperti halnya dengan lalat, nyamuk, kupu-kupu dan sebagainya.
Makhluk yang dikategorikan sebagai warm blooded atau berdarah panas jelas menunjuk kan fitrah kasih sayang kepada anaknya. Ibunya menjaga kebajikan dan keselamatan anaknya sehingga ia boleh mencari makanannya sendiri. Makhluk-makhluk yang membiak melalui proses bertelur, fitrah kasih sayangnya tidak begitu jelas. Haiwan yang menjaga telurnya hingga menetas dengan memanaskannya melalui cara mengaram menunjukkan fitrah kasih sayang kepada anaknya ada apabila sudah menetas.
Manusia sebagai khalifah Allah diamanahkan untuk menanamkan perasaan kasih sayang bukan sahaja kepada anaknya sendiri tetapi kepada makhluk Allah yang lain. Makhluk manusia hidup bersosial maka itu perasaan kasih sayang menjadi teras dalam menangani kehidupan. Budaya kasih sayanglah yang menguatkan hubungan antara sesama kelak melahirkan masyarakat penyayang.
Dengan suasana demikian maka timbullah budaya tolong menolong dalam segala hal pembangunan kehidupan. Kasih sayang kepada makhluk lain seperti yang hidup di sekelilingnya juga wajar diamalkan kerana haiwan tersebut menjadi aset kepada pembangunan tamadun manusia. Di samping membantu meningkatkan ekonomi, tidak kurang juga makhluk tersebut memberi ikhtibar kepada kehidupan mengenai budaya kerja seperti yang ditunjukkan oleh seekor semut.
Kasih sayang seekor haiwan seperti seekor sapi tenusu kepada manusia dapat difahami melalui kesediaannya merelakan susunya diperah setiap hari untuk meningkatkan aset pemba- ngunan manusia maka itu tanggungjawab menjaga kesihatannya menjadi keutamaan. Begitu juga halnya kepada haiwan lain seperti ayam yang sentiasa mengeluarkan telurnya untuk manusia.
Manusia menangani hidupnya dengan kehadiran ilmu pengetahuan yang akan membina naluri kasih sayang kepada makhluk lain yang hidup di alam sekelilignya. Naluri demikian menimbulkan keimanan bahawa setiap makhluk itu adalah ciptaan Allah S.W.T. dan wajar dijaga kebajikannya.
Dalam pembangunan manusia diperuntukkan satu jabatan khas untuk memelihara dan menjaga kehidupan haiwan yang mempunyai aset kepada pembangunan kehidupan seperti sapi, kambing, ayam, burung dan sebagainya. Kasih sayang manusia kepada haiwan tersebut dapat dilihat dari cara ia dijaga kesihatan dan pemakanannya agar tidak dicemari oleh bahan-bahan yang memuderatka kesihatan haiwan tersebut.
Dalam sejarah kehidupan para nabi dan rasul sememangnya mereka menjadi pengembala kambing semasa usia mudanya. Ini menunjukkan bahawa hubungan manusia dengan haiwan berkenaan amat rapat. Apabila haiwan itu membiak ia menjaga kesihatan anaknya dengan membekalkannya dengan susu sehingga umurnya mula memakan rumput.
Dari disiplin yang ditunjukkan oleh seekor kambing dalam menjaga kebajikan anaknya akan melahirkan satu perasaan kasih sayang manusia kepada Pencipta haiwan tersebut. Maka itu menjadi ikhtibar kepada kehidupan manusia bahawa haiwan sahaja yang hanya menggunakan nalurnya dapat menunjukkan kasih sayangnya kepada anaknya.
Jika kita melihat alam tumbuh-tumbuhan terutama sekali pokok buah-buahan seolah-olah
ia juga mempunyai perasaan kasih sayang kepada manusia. Sepohon mangga sebagai contoh, ia tumbuh subur dengan mengambil zat pemakanannya yang berbentuk uria atau baja dalam perut bumi dan diprosesnya menjadi makanannya untuk membesar dengan bantuan cahaya matahari dan karbondioksida dan mengelurkan gas oksigen demi kemanfaatan manusia hidup di alam ini.
Apabila bunga itu menjadi buah ia akan mengandungi gula apabila masak untuk keman- faatan kepada manusia. Buah boleh memproses gula dalam buahnya dengan kekuasaan Allah agar manusia mengambil ikhtiba darinya. Allah itu sayang kepada manusia dengan membekal kan buah yang manis yang akan menseimbangkan makanan untuk kesihatan kepada manusia.
Satu tanda kasih sayang sepohon kayu atau sepohon bunga tunjukkkan kepada manusia ialah apabila ia mengeluarkan bunga yang semerbak bau wanginya yang menambakan keindahan alam sekelilingnya. Ia menyerikan dan menyamankan perasaan pada mata memandang. Di samping itu bunga mengeluarkan warna yang indah untuk menarik perhatian serangga dan burung-burung tempua datang melawat bunga untuk menghisap madunya.
Kasih sayang antara sesama manusia diwajibkan dalam siar Islam demi menguatkan hubungan ukhuwah kemanusiaan. Mengucap dua kalimah syahadah telah membuka pintu kasih sayang yang diredhai Allah S.W.T. yang sentiasa pengasih dan penyayang. Allah itu pengasih kepada segala hambahnya tidak kira Islam atau tidak; tetapi Ia penyayang hanya pada hambah nya yang mukmin dan telah mengucap dua kalimah syahadah dengan hati yang ikhlas sahaja.
Dengan terbukanya pintu kasih sayang maka kefahaman diri di sisi Allah menjadi pedoman untuk menangani hidup bermasyarakat. Di antara faktor-faktor hidup yang wajar difahami ialah setiap individu yang sayangkan dirinya, keutamaan haruslah ditumpukan kepada amalan hidup yang membawa kepada keselamatan dirinya samada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Mempunyai kasih sayang kepada diri tentu sekali membawa kita melihat kepada dua dimensi hidup iaitu jasmani dan rohaninya. Kasih sayang kepada diri sendiri memfokuskan kepada keselamatan diri samada dari segi jasmani mahupun kerohaniannya. Memelihara kedua alam ini jelas akan mendekatkan kita kepada keesahan Tuhan dan kelak membawa kita mensyukuri segala nikmat hidup yang dihamparkan oleh Allah S.W.T. kepada hambahnya.
Keselamatan jasmani adalah dari segi menjaga kesihatan dan kebersihannya. Segala makanan yang dimasukan ke dalam badan akan dihadamkan dan menjadi zat untuk membesar. Bahagian organ seperti otak, hati, dan sebagainya memerlukan makanan yang bersih untuk membesar. Bersih dari pencemaran makanan dan halal untuk dimakan. Halal dalam erti kata tidak memuderatkan badan atau memabukkan dan halal dari hak-hak kemanfaatan diri.
Makanan yang diperolehi dengan cara yang tidak halal (dicuri) atau diambil dari kepuyaan orang lain tanpa izin adalah antara makanan yang haram. Begitu juga dari soal kewangan, punca dari mana ia diperolehi perlu bebas dari perkara haram seperti judi, perta- rungan dalam semua bentuk dan loteri atau empat ekor, kesemuanya ini dikategorikan sebagai punca yang haram.
Bila otak terbentuk dari bahan yang haram maka manusia itu sentiasa berfikiran serong dan cenderung membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan kemanfaatan hidup. Oleh yang demikian apabila kita sayangkan diri kita, keutamaan harus diberi kepada keselamatan pemben- tukan jasmani kita.
Keselamatan rohani berkait rapat dengan akhlak manusia. Hidup bermasyarakat seperti membudayakan suasana tolong menolong, hormat menghormati sesama insan dan sentiasa menanamkan rasa syukur terhadap segala nikmat Allah yang kita perolehi. Mencintai Allah S.W.T. bermakna kita wajib mengerjakan ibadah memuji Allah serta menunaikan semua rukun Islam dan rukum iman. Dengan segala ibadah tersebut yang dilaksanakan membawa rasa kasih kepada diri sendiri.
Mensyukuri nikmat hidup Allah berikan kepada manusia wajar diimbali dengan melak- sanakan amal-amal kebajikan serta menjauhi segala larangan-Nya dan melaksanakan segala perintah-Nya. Ringan tangan menghulurkan bantuan kepada mereka yang berwajib dibantu terutama sekali akan memudahkan urusan kita dalam menangani hidup di dunia.
Satu usaha yang amat dialu-alukan dalam membina tamadun kehidupan ialah mengilmu kan agama kepada anak-anak generasi pelapis. Membina umat dengan ilmu tauhid akan membentuk individu dengan akhlaq yang mulia kelak akan mendekatkannya kepada Zat yang Maha Agung, Allah. Insan yang mempunyai penampilan di atas landasan yang diredhali Allah S.W.T. akan menjadi pemain yang berwibawa dalam membina masyarakat penyayang.
Menyayangi orang lain termasuklah segala makhluk Allah merupakan ibadah kerana Allah. Memurnikan ukhuwah kemanusia sebenar adalah membina benteng kemasyarakatan yang akan mewujudkan solidaritas sosial kelak melahirkan perasaan kasih sayang antara sesama manusia kerana Allah. Lahirnya perasaan kasih sayang antara umat akan mengelakkan pergesi- ran nilai yang sentiasa mengerohkan hubungan sesama dalam membina tamadun kehidupan.
Budaya kasih sayang telah Allah ikhtibarkan kepada manusia dengan wujudnya kerjasama yang rapat antara jari-jari manusia yang dipimpin atau diketuai oleh ibu jari. Kesemua jari manusia, mulai dari ibujari sebagai pemimpin, dibantu oleh jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelengkeng, maka manusia dapat melaksanakan ibadah dengan selesa dan sempurna. Jika ada satu di antara lima jari tangan yang sakit maka keselasaan memegang benda atau melaksanakan ibadah akan tergugat.
Ini menunjukkan bahawa hubungan atau kasih sayang antara lima jari manusia itu amat kuat dan memerlukan kehadiran semua jari jika kesempurnaan perlaksanaan ibadah diperlukan. Begitulah halnya kepada kerjasama dalam membina tamadun kehidupan, kita memerlukan kasih sayang dari semua lapisan masyarakat sebagai nadi pengurusan dalam pembangunan umat.
Kerjasama yang erat yang dilaksanakan oleh jari-jari dalam melaksanakan ibadah menun- jukkan satu ektibar kasih sayang yang wajar difahami dalam menangani kehidupan. Apabila ada di antara jari-jari yang tercedra atau luka maka jari-jari yang lain akan membantunya untuk merawat dengan menggunakan obat. Keadaan demikian tidak perlu ada undangan. Kebajikan jari-jari sentiasa dijaga antara sesama jari.
Demikianlah budaya kasih sayang yang wajar ada dalam setiap yang bernama hidup
antara sesama makhluk Allah S.W.T. Budaya demikian sebenar adalah dibekalkan oleh Allah S.W.T. yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana.

Friday, September 2, 2011

UMAT ISLAMWAJAR BUDAYAKAN HIDUP TEGUR MENEGUR

(Disiarkan pada 3 Septembe 2011)
Masyarat Islam hidupnya sentiasa dimurnikan dengan kalimah-kalimah yang berunsur kasih sayang yang mendekatinya kepada Zat Yang Maha Agung Allah seperti mengucap ‘Assalamualaikaum’, ‘Alhamdulillah’, ‘Syukur’, ‘Insa Allah’, ‘Astagfirullah’, ‘Inalilahi ‘wa inalilahi rojiun’, ‘Ya robbi’, ‘Ya Allah’, dan sebagainya.
Dengan terucapnya kalimah-kalimah tersebut menandakan bahawa segala perjalanan hidup manusia di dunia adalah kekuasaan Allah S.W.T.. Manusia sebagai khalifah Allah dimesti kan sentiasa melihat sesuatu itu sama ada di dunia nyata atau di alam ghaib besandarkan kepada Allah kerana kewujudan segala fenomena alam adalah kekuasaan Zat yang Maha Agung itu.
Dengan amalan demikian akan memantapkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Mendekatkan diri kepada Allah akan melahirkan kecintaan kita kepada diri kelak akan menimbulkan kecintaan kita kepada Tuhan yang Maha Pengampun, Maha Penyayang dan Maha Bijaksana. Hidup yang sentiasa dekat dengan Tuhan akan terjamin kesejahteraan dan kebahagiaan hidup yang bertamadun.
Mengucap ‘assalamualaikum’ kepada orang lain dalam keadaan apa jua pun adalah satu bentuk ibadah. Ia berbentuk doa: “Kesejahteraan bagi mu, moga sihat walfiat dan dalam lindungan Allah S.W.T.” Orang yang sentiasa membudayakan ibadah salam akan sentiasa dimudahkan urusannya dalam hidup. Iman kita sentiasa memelihara kekeluargaan Bani Adam yang mendidik kita bahawa setiap manusia itu adalah bersaudara.
Melihat sesuatu yang mengerikan seperti kemalangan berbagai bentuk(sifat) kita disunatkan mengucap ‘inalilahi wa inalilahi rojiun” yang bermaksud kepada Allah kita kembli, kerana segala musibah itu adalah ketentuan dari Allah S.W.T. Kalimah demikian akan mengingatkan kita sebagai pengguna alam ini dan perjalanan hidupnya adalah semata-mata tawakal kepada Allah. Manusia boleh merancang tetapi ketentuan adalah dari Tuhan sendiri.
Manusia berusaha bertawakal dengan iringan doa semoga mendapat keredhaan dari Allah kerana segala kejayaan atau kegagalan adalah prerogative atau hak Allah S.W.T.. Melaksanakan ibadah semestinya mempunyai hubungan dengan Allah kerana Dialah penentu segala-galanya. Maka menjadi kewajipan kepada setiap mukmin untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T.
Masyarakat mukmin mempunyai tanggungjawab untuk membudayakan hidup tegur menegur antara sesama demi memelihara ukhuwah kemanusiaan. Menyedari kelemahan sendiri akan hanya dapat dilihat atau diketahui oleh pihak lain tetapi sukar diketahui oleh diri sendiri. Dalam erti kata lain kelemahan diri itu dikategorikan sebagai penyakit rohani. Setiap individu dalam menelusuri kehidupan sentiasa dihinggapi oleh dua jenis penyakit iaitu penyakit rohani dan penyakit jasmani
Penyakit jasmani, kita yang lebih tahu kehadirannya dan orang lain tidak mengetahuinya. Tetapi penyakit rohani pula orang lain yang lebih pantas melihatnya tetapi orang yang mempunyai penyakit tersebut sukar mengetahi kehadirannya. Penyakit rohanilah yang sentiasa menginap pada diri individu dalam berurusan dengan pembangunan kehidupan tetapi sukar diketahui keberadaannya.
Ambil satu contoh penyakit rohani yang paling kecil, merasa sombong terhadap kejayaan yang diperolehinya. Apabila manusia merasa ada kelebihan sedikit dari orang lain sifatnya berubah kepada suka dipuji dan kurang bersyukur. Sifat inilah yang membawa manusia merasa sombong. Tetapi dia tidak merasainya, orang lain yang memandangnya bersifat demikian. Apabila ditegur barulah ia sedar diri bahawa sewajarnya ia bersyukur dan bukan menjadikannya sebagai faktor merasa riak.

Penyakit rohani ini kadangkala memuderatkan amal ibadah seseorang itu. Sebelum mendapat kekayaan rajin datang ke mesjid sembahyang berjemaah. Apabila Allah kurniakan kekayaan ibadahnya meleset. Keutamaan dalam hidupnya bertukar memfokoskan kepada urusan dunia dan membelakangi urusan akhirat.
Di zaman Nabi ada seorang yang hidupnya miskin maka itu rajin mengikuti Rasul sembahyang berjemaah di mesjid. Di mana sahaja Rasul berada sang Laba pasti ada di situ. Tetapi satu tabiat yang aneh yang ia sering lakukan ialah sebaik sahaja selesai solat ia terus meninggalkan mesjid bergagas pulang ke rumahnya. Ia tidak wirid dan tidak sembahyang sunat.
Sehingga Rasul menegurnya mengapa ia berbuat demikian. Sang Laba menjawab ia bergagas pulang ke rumah kerana isterinya hendak sembahyang. Kain sembahyang yang dia pakai hanya satu-satunya kain yang mereka berkongsi. Oleh sebab Rasul telah menegurnya maka lantas Sang Laba memohon kepada Rasul supaya didoakan ia menjadi kaya.
Dahulunya memang sudah ada niatnya hendak bercakap kepada Rasul mengenai kemiskinannya tetapi merasa malu. Maka Rasul sudah menegurnya maka terbukalah peluang hendak memohon sesuatu kepada Rasul. Rasul mengatakan kepadanya bahawa Rasul pun bukan orang yang kaya! Maka permohonannya tidak dapat dipertimbangkan oleh Rasul. Sang Laba merasa terkilan dan berduka cita.
Pada hari-hari berikutnya Sang Laba mencoba lagi nasib hendak memohon Rasul supaya didoakan menjadi kaya. Sang Laba berjanji kepada Rasul jika ia kaya ia tekun beribadah. Ia tidak tinggalkan mesjid. Oleh sebab Sang Laba telah berjanji kepada Rasul akan tekun beribadah apabila ia kaya maka Rasul hadiahkan Sang Laba seekor kambing yang sedang bunting. Rasul menyuruh Sang Laba pelihara kambing itu dengan baik.
Maka Sang Laba ambillah kambing itu, dipelihara dan dirawatnya setiap hari. Tidak lama kemudian kambing pun beranak dua ekor betina. Maka senanglah hati Sang Laba sudah mempunyai tiga ekor kambing yang sihat. Sang Laba jaga kambingnya dan juga jaga solatnya setiap hari tidak ditinggalkan.
Tidak lama kemudian kambing Sang Laba pun membiak banyak. Setiap kali kambing beranak semestinya dua ekor dan kadangkala tiga ekor. Maka semakin banyak kambing Sang Laba semakin sibuk Sang Laba dibuatnya. Apabila kambingnya membiak banyak hingga keluar kota maka mulalah Sang Laba sibuk. Masa menunaikan solat pun sudah sukar baginya melaksanakan lima waktu. Lama kelemahan Sang Laba tidak kelihatan lagi bersama Rasul ke Mesjid. Rasul bertanya kepada jemaah di mana Sang Laba? Mereka menjawab sibuk dengan perusahaan menternak kambingnya! Rasul kata: “Kesihan Sang Laba!”
Sang Laba apabila diuji dengan kemiskinan ia lulus dan rajin beribadah. Tetapi apabila di uji dengan kekayaan ia gagal. Manusia berurusan dengan dunia sering mengabaikan tanggung jawab akhirat. Inilah penyakit rohani yang sentiasa memperkosakan pemikiran manusia untuk membelakangi amanah Allah sebagai hambanya dan sebagai khalifah di muka bumi ini.
Penyakit jasmani biasanya kita yang lebih tahu daripada orang lain. Mempunyai bisul sebagai contoh, orang lain tidak tahu kehadirannya tetapi kita yang lebih tahu. Kadangkala penyakit jasmani ini menjadi teguran Allah kepada kita. Teguran itu adalah berupa faktor untuk dipatuhi kerana masalah sudah bersama kita.
Mempunyai penyakit tekanan darah tinggi boleh menjadi sebagai teguran kepada kesihatan kita. Kehadirannya menjadikan kita sudah berhati-hati menjaga makanan kerana tidak semua makanan kali ini boleh dimakan terutama sekali makanan yang kolesterolnya tinggi. Sudah sampai masanya juga kita istikamah mematuhi temu janji dengan pakar perubatan untuk memeriksa keadaan kesihatan kita serta mendapat preskripsi ubat yang sesuai untuk mengawal
kesihatan badan kita.
Teguran-teguran yang berbentuk peraturan awam atau undang-undang sivil adalah antara fakor yang memelihara kebajikan masyarakat agar tidak dicerubuhi oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab. Maka itu kita diwajibkan mematuhi peraturan atau undang-undang awam yang dibina oleh badan-badan masyarakat untuk menegakkan keadilan dalam urusan pembangu nan manusia terutama sekali yang bersangkutan dengan kebajikan. Undang-undang itu merupakan teguran kepada individu yang mempunyai masalah mengikuti peraturan awam.
Melaksanakan ibadah puasa di bulan suci Ramadan, budaya tegur-menegur wajar menjadi kewajipan pada setiap individu mukmin. Badan-badan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), yang dipertanggungkan untuk menjaga kesucian agama Allah iaitu Islam sentiasa bergerak memantau masyarakat mukmin memelihara ibadah tersebut dengan ikhlas dan tawadhu.
Mematuhi kewajipan melaksanakan rukun Islam yang ketiga menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim. Walaubagaimanapun ramai orang berpendapat bahawa perlaksanaan ibadah puasa adalah urusan individu dengan Allah! Maka itu tidak menjadi soal bagi orang lain untuk menegur kepada orang yang tidak melaksanakan ibadah tersebut! Jawapan seperti ini mungkin ada kebenarannya tetapi harus kita kembali kepada fakta bahawa Allah wujudkan agama Islam untuk manusia.
Firman Allah surah al-Maaidah ayat (5) 3 yang bermaksud (terjemahan): “…….Pada hari ini telah Ku sempurna untuk kamu agama mu, dan telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu.”
Dengan turunnya ayat ini, nyatalah kepada kita bahawa agama Islam telah sempurna, berisikan perkara-perkara yang fardu dan sunat. Ada batas-batas hukuman, diterangkan perkara-perkara yang halal dan haram, sehingga tidak ada lagi satu hukum yang halal atau haram diturunkan lagi selepas itu.
Allah redhai Islam sebagai agama manusia dalam keadaan yang sempurna maka itu manusia wajar bersyukur menerima nikmat Allah yang telah disempurnakanNya. Kesyukuran kepada nikmat Allah harus diimbali dengan perlaksanaan rukun-rukun Islam yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Orang yang tidak melaksanakan ibadah puasa di bulan suci Ramadan adalah mereka yang tidak bersyukur terhadap kedatangan Islam. Dalam erti kata lain orang demikian tidak bersyukur kerana dia itu Islam, maka orang berkenaan tidak wajar menganggap dirinya sebagai Islam kerana ia meruntuhkan Islam yang sudah disempurnakan Allah S.W.T. Orang yang meruntuhkan kesucian Islam sama dengan menyakiti hati Rasul dan tidak cinta kepada Zat yang Maha Berkuasa.
Antara sebab-sebab mengapa azab kubur itu ada ialah jahil mengenai Allah (tidak mengenali-Nya), tidak mencintai-Nya dan mengerjakan perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Orang-orang yang melakukan perkara yang dilarang Allah dan tidak melakukan perintah yang diwajibkan ke atasnya kemudian mati tanpa bertaubat, maka mereka itu akan menerima azab Barzakh (kubur).
Tidak ada yang menemani seseorang setelah matinya di dalam kubur kecuali hanya amalnya sendiri yang menjadi teman. Tidak keluarganya, tidak isterinya, tidak hartanya, tetapi amal ibadahnya juga setia menjadi teman dalam kubur. Maka itu janganlah lalai terhadap keseronokan dunia yang berupa sementara. Bila ajal menjemput nyawa akan terputuslah segala kelazatan dan kenikmatan dunia, tidak ada yang akan ikut bersama kita di alam barzakh. Ketika itu barulah kita sedar bahawa apa yang telah kita nikmati untuk mencerahkan jiwa raga kita selama hidup di dunia tidak kekal menjadi milik kita dan yang amat sedikit sekali ialah semuanya
itu tidak lagi mengenali kita setelah tanah ditimbus ke liang lahad.
Kemanfaatan untuk membudayakan tegur menegur antara sesama akan mendidik kita lebih dewasa dan sedar terhadap perbuatan yang bertentangan dengan akidah Islam. Pepatah Melayu mengatakan “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.”