Sunday, April 29, 2012
IBADAT TANGGUNGJAWAB SETIAP INSAN
(Disiarkan pada 28. 4. 2012)
Ibadat adalah bakti kepada Tuhan seperti sembahyang, berdoa atau bersedekah, berbuat baik sesama manusia dan sebagainya. Pekerjaan menurut perintah Tuhan; menunaikan suruhan agama. Pertanyaan timbul: “Mengapakah kita melaksanakan ibadat kepada Tuhan? Untuk menjawab persoalan tersebut, perlu kita bersandarkan kepada firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an yang bermaksud (terjemahan): “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembah kepadaku”. (Surah Az-Zaariyat ayat (51)56.
Tujuan Allah mewujudkan manusia di dunia ini secara umum adalah dua. Pertama, sebagai hamba Allah dan wajib menyembah dan beribadat serta memuji-Nya. Kedua memelihara hubungan sesama manusia yang diikat dengan perasaan kasih sayang dan seterusnya memelihara hubungan manusia dengan Allah s.w.t.. “Hablumminnas dan hambul minallah”.
Untuk melaksanakan ibadat kepada Allah wajar kita mengenali diri sendiri terlebih dahulu. Dari kefahaman serta mengenali diri sendiri akan menjadi inspirasi kepada kita untuk mengenali Tuhan sebagai penciptanya. Berpangkal kepada kejadian Adab a.s. sebagai manusia pertama wujud di alam dunia ini kemudian dilanjutkan kejadian manusia apabila Hawa diwujud kan dari tulang rusuk Adam.
Adam dijadikan dari sari pati tanah iaitu jasad manusia dijadikan daripada tanah kemudian Allah hembuskan roh ciptaan-Nya ke dalam jasad maka jadilah manusia yang berperasaan dan berkemahuan. Siti Hawa wujud daripada sebahagian anggota Adam iaitu tulang rusuk Adam, maka lahirlah perasaan kasih sayang antara keduanya, Adam dan Hawa.
Perasaan kasih sayang inilah yang menjadi tarikan antara kedua-dua mereka. yang dikenali sebagai fitrah atau cinta. Kehadiran ‘cinta ‘ dalam hati kedua-dua lembaga, lelaki dan perempuan disebabkan telah mengetahui asal kejadian mereka. Perempuan dapat menemui dari mana asalnya dan lelaki juga mengenali bahagiannya yang telah hilang.
Selain dari perasaan cinta dan kasih sayang yang dibekalkan kepada manusia oleh Allah s.w.t., ada banyak lagi fitrah lainnya yang hanya Allah sahaja yang berkuasa membekalkan kapada makhluk manusia. Segala nikmat yang ada pada manusia seperti melihat, berfikir, merasa dan menghidu serta segala pergerakan berbagai anggota badan adalah kekuasaan Allah s.w.t. untuk menggerakannya.
Pergerakan jantung mengepum darah ke seluruh anggota badan manusia adalah kekuasa- an Allah s.w.t. Nikmatnya mempunyai gigi yang membantu manusia dalam menghacurkan makanan sebelum dimasukkan ke dalam perut untuk dihadam kelak manjadi tenaga untuk membesar dan dapat melaksanakan ibadat. Semua aktiviti pergerakan dalam jasmani manusia adalah berpunca kepada Allah s.w.t..
Mengikut pandangan seorang doktor perubatan di salah satu klenik swasta Keningau, Dr. Alifudin; satu molekul darah hanya mampu menjadi aktif untuk diguna dalam proses kehidupan selama lima belas hari sahaja. Selepas itu darah berkenaan menjadi tidak aktif dan harus diganti yang baru. Menukarganti darah yang baru dalam badan manusia, para doktor tidak mengetahui bagaimana? Tetapi doktor muslim memhaminya adalah Allah yang berkuasa untuk menukar ganti.
Setiap ibadat yang kita laksanakan adalah arahan dari anggota otak manusia menyalurkan arahan tersebut kepada anggota berkenaan untuk membuat tindakan. Pergerakan serta aktiviti
yang berlaku dalam kelangsungan hidup adalah berpunca kepada kehadiran rohani yang Allah bekalkan kepada manusia.
Jasad manusia yang telah ditinggalkan oleh rohani kita tidak dapat berbuat apa-apa. Mata dan otak masih ada tetapi tidak lagi dapat melaksanakan ibadat. Jangankan mata melihat, terbuka sahaja pun tidak. Mulutnya pun masih utuh tetapi tidak dapat lagi berkata-kata dan segala anggota badan masih ada tetapi tidak ada gunanya lagi kerana tidak dapat melaksanakan ibadat demi kelangsungan hidup.
Maka itu jika segala perlaksanaan aktiviti kehidupan manusia adalah atas kekuasaan Allah s.w.t., wajarkan manusia melaksanakan seruhan Allah seperti mana dalam firman-Nya dalam surah Az-Zaariyat ayat (51) 56? Hidup dan mati segala makhluk di alam ini adalah kekuasaan Allah s.w.t..
Tujuan manusia dihidupkan di dunia adalah sebagai hamba Allah dan wajib sujud menyembah dan memuji Allah s.w.t.. Kedua, memelihara hubungan manusia dengan Allah. Manusia diberi keistemewaan oleh Allah dengan adanya fakulti akal dan fikiran. Akal merupakan rasul dalam diri manusia yang dapat memimpin ibadatnya yang dilaksanakan dalam hidup.
Hidup ini merupakan satu disiplin “give and take” antara makhluk manusia dengan Tuhan. Tuhan memberi kita hidup maka wajib diimbali dengan menyembah dan memuji Tuhan. Dengan pada itu Tuhan tidak jatuh dari taktah keTuhanan jika manusia tidak menyembah dan beribadat kepadanya.
Firman Allah s.w.t. ayat 57-58 surah Az-Zaariyat, yang bermaksud (terjemahan): “(Aku) Allah tidak menghendaki sedikitpun rezeki dari mereka dan aku tidak menghendaki supaya mereka memberi aku makan. Sesungguhnya Allah itulah pemberi rezeki, yang mempunyai kekuatan lagi sangat tegap.”
Dengan menugaskan mereka menyembah Allah, bukanlah Allah hendak meminta rezeki dan memberi-Nya makan daripada mereka sedikitpun, atau mereka menanggung rezeki dan makan mereka sendiri atau rezeki dan makan pihak yang lain, tidaklah sekali-kali!
Sebaliknya Allah itulah sebenarnya, yang mempunyai kuasa memberi rezeki kepada sekalian hamba-Nya dan menjamin adanya rezeki bagi mereka yang menghajatinya. Ayat ini seolah-olah Allah mengatakan: Aku tidak perlukan pertolongan seperti seorang tuan memerlukannya dari hamba-hamba sahayanya. Kerana hamba-hamba sahaya yang dimilikinya itu dipergunakannya untuk menyempurnakan penghidupannya.
Oleh sebab itu berkerjalah kamu mengikut tujuan kamu diciptakan iaitu mengabdikan diri kepada–Nya. Kerana di samping Allah pemberi rezeki, Dia tersangat kuat lagi tegap mengatur urusan hamba-hamba-Nya.
Segala aktiviti kehidupan sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga, masyarakat, bangsa dan negara secara keseluruhan termasuklah setiap makhluk yang ada di alam kehidupan ini adalah ibadat kerana Allah s.w.t. Kita sebagai pemakmur dan pemudahcara untuk kelangsung hidup makhluk lain yang ada di alam kehidupan. Maka Allah jadikan manusia sebagai khalifah-Nya untuk menanggungjawab ibadat–ibadat tersebut.
Manusia hidup di dunia hanya buat seketika sahaja maka hidup akhiratlah yang kekal abadi. Untuk menempuhi hidup bahagia di akhirat kelak buat selama-lamanya kita kena buat ibadat di dunia untuk membolehkan kita mendapat kebahagian hidup yang berkekalan di alam akhirat yang dikenali sebagai syurga.
Kebahagian hidup di syurga tidak ada serupanya kebahagian di dunia. Hidup di dunia memerlukan ibadat kita iaitu menggunakan tenaga, pemikiran, akal dan sebagainya untuk mendapatkan segala keperluan hidup yang diingini. Allah itu Maha adil dan Maha bijaksana untuk mengatur hamba-hamba-Nya supaya dapat melaksanakan ibadat yang diredhai-Nya. Manusia dibekalkan segala fitrah atau fakulti dalaman untuk menangani kehidupan seperti otak untuk mengolah ibadat kepada Allah, tenaga untuk memyempurnakan aktiviti kehidupan di samping memelihara ukhuwah kemanusiaan dan juga hubungan makhluk manusia dengan Allah s.w.t. sebagai zat yang Maha berkuasa dan Maha bijaksana terhadap segala sesuatu.
Tanggungjawab utama dalam hidup ialah melaksanakan ibadat kepada Allah s.w.t. Ia dipertanggungjawabkan ke atas manusia melakukannya umtuk mendekatkan diri kepada-Nya, mencari keredhaannya serta meraih pahala-pahala yang disediakan-Nya. Ia adalah sebagai gambaran hakikat keimanan manusia dan memberi keyakinan kepada mereka untuk bertemu dengan Allah serta perhitungan-Nya.
Syiar yang paling jelas ialah empat (dan dua kalimah syahadah) yang lebih dikenali sebagai rukun Islam serta binaan-binaannya yang paling besar iaitulah yang dikhususkan oleh ahli fiqh dengan istilah “ibadat”.
Sebagai menunjukkan ketinggian rukun Islam, terdapat sebuah Hadith Masyhur yang bermaksud: Islam itu terbina di atas lima perkara: penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan.
Selain dari empat kefardhuan tersebut ada lagi dua fardhu asas lain yang ditekan dan dianjurkan oleh Islam serta dimuliakan kedudukannya. Kedua perkara ini wajar dikelaskan sebagai tiang dan siar Islam yang utama. Perkara yang dimaksudkan ialah kefardhuan amar ma’ruf nahi munkar (memerintah ke arah kebaikan dan melarang dari kejahatan) dan kefardhuan berjihad di jalan Allah s.w.t.
Lantaran itu fardhu-fardhu dan syiar-syiar amali yang asasi berjumlah enam semuanya, iaitulah: 1. Mendirikan solat, 2. Mengeluarkan zakat, 3. Berpuasa Ramadan, 4. Menunaikan haji, 5. Amar ma’ruf nahi mungkar dan 6. Jihad di jalan Allah.
Semua fardhu ini sebagai syiar kerana ia adalah tanda-tanda penampilan, jelas dan membezakan antara kehidupan Muslim dan non-Muslim. Ia juga membezakan antara kehidupan masyarakat Islam dengan masyarakat bukan Islam.(Sumber: Prof. Yusuf Al-Qardhawi: “Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan”. Penerbitan Seribu Dinar 2000. h 83)
Melaksanakan serta mengagungkan semua syiar ini adalah bukti kekuatan akidah di dalam sanuberi serta kemantapannya di sudut hati. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Hajj: 32 yang bermaksud (terjemahan): “Demikianlah (perintah Allah). Dan barang siapa yang mengagungkan syiar-syair Allah, maka sesungguhnya ia timbul dari ketakwaan hati”.
Kewajipan dan syiar yang pertama ialah solat. Solat adalah tiang Islam dan kewajipan Islam yang berbentuk harian serta diulang-ulang. Solat adalah perkara pertama bagi orang beriman yang akan dihitung pada Hari Qiamat kelak. Solat adalah garis perbezaan pertama antara Islam dan kufur serta antara orang beriman dan orang yang kafir. Inilah yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam Hadith-hadith Baginda. Antaranya:
“Perbezaan antara seseorang dengan kekufuran ialah meninggalkan solat”.
“Perjanjian yang membezakan antara kita dan mereka ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti ialah telah kufur.”(Hadith shih)
Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Mukminun: 1, 2. yang bererti (terjemahan): “sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) yang khusyuk di dalam solatnya.”
Ini adalah satu bukti tentang kedudukan solat dalam kehidupan individu Muslim dan masyarakat Islam.
Zakat merupakan syiar kedua di dalam Islam dan salah satu rukun kewangan masyarakat yang terbesar. Ia adalah umpama saudara kandung kepada solat di dalam al-Qur’an. Ia berbentuk perintah seperti dalam Surah al-Baqarah ayat 43, yang bermaksud (terjmahan) “Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat”.
Amar ma’ruf nahi munkar, merupakan kewajipan atau siar kelima di dalam Islam. Ia ibarat pagar dan pengawal kepada syiar-syair sebelumnya. Al-Qur’an menjadikan amar ma’ruf nahi munkar sebagai keistimewaan utama umat Islam yang menjadikan mereka terunggul di atas permukaan bumi. Firman Alah dalam Surah Ali Imran: 110 yang bermaksud (terjemahan): “Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyeruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”.
Saturday, April 14, 2012
KASIH SAYANG KEMURNIAN BERMASYARAKAT
(Disiarkan pada 14. 4. 2012)
Kasih sayang adalah naluri manusia yang berpangkal daripada hati. Ia merupakan satu perasaan ingin memperolehi atau memiliki sesuatu yang menyenangkan hati atau menghiburkan jiwanya atas kehadirannya. Dengan adanya sesuatu fenomena yang menggamit keselesaan pada perasaan ia menjadi pemangkin jiwa untuk memikirkan satu persepsi yang mendekatkan kita kepada Zat Yang Maha Esa.
Sifat kasih sayang yang ada pada manusia agak berbeza dengan sifat kasih sayang yang ada pada haiwan yang membiak. Iaitu kasih sayang berpangkal daripada hati dan kasih sayang secara instinct atau tabii berbeza dari perpektif felosofinya atau disiplin yang mengawal pada tindakan untuk mengeluarkan perasaan kasih sayang.
Naluri kasih sayang yang ada pada manusia sememangnya berpunca kepada kehadiran rohaniahnya yang dibekalakan oleh Allah s.w.t. Rasa keinsanan merupakan rasa kemanusiaan yang berunsur rohaniah yang mempunyai ciri-ciri kasih sayang terhadap sesama insan kerana Allah s.w.t. Sifat kasih sayanglah yang membentuk tamadun kehidupan manusia dan memberi satu kekuatan dalam melahirkan masyarakat yang bersosial.
Kekhalifaan manusia berdasarkan kehadiran naluri kasih sayang yang membentuk satu ikatan mesrah antara manusia sebagai pemakmur alam kehidupan dengan makhluk Allah s.w.t. yang hidup bersamanya di alam buana ini. Perasaan kasih sayang merupakan satu kualiti atau sifat yang mendekatkannya kepada Allah s.w.t. yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang.
Kasih sayang dalam membina keluarga menjadi agenda utama dalam pembangunan manusia. Islam sungguh-sungguh menjadikan kasih sayang satu perwatakan yang maksimum untuk membina hubungan di dalam keluarga. Mengeratkan antara anggota-anggota keluarga berupa cinta, kasih sayang, pertolongan, ikhlas, nasihat, saling berkomunikasi, bersatu padu, saling menolong dan saling menyayangi.
Cinta antara saudara adalah sifat fitrah dan kecendrungan yang suci pada diri manusia. Islam selalu menjaga kekuatan rasa itu, semakin mendarah daging, kebesaran kemampuannya dan menjelas hak-haknya.
Kedekatan dan hubungan manusia adalah hal penting bagi keluarga dan keturunannya dan mereka adalah penolong keluarga. Dengan adanya hubungan antara manusia di dalam keluarga itu, mereka dapat menjadi senang dan ramah dalam keadaan persaudaraan. Mereka dapat menolong pada keadaan kesusahan dan dalam cubaan. Mereka adalah tempat meminta pertolongan selain dari Allah s.w.t.
Kasih sayang itu puncanya ialah Allah s.w.t.. Setiap kali kita memulakan sebarang ibadat kepada Allah kita dituntut untuk mengucapkan “Bismillahirahmanirahim”, yang bermaksud dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ar-Rahman maksudnya memberikan rahmat kepada sesiapa pun samada yang beriman atau tidak beriman kepada Allah s.w.t.. Rahmat yang dimaksudkan ialah rahmat yang kecil selama hidup di dunia sahaja.
Ar-Rahim maksudnya memberi rahmatnya hanya kepada tertentu sahaja; iaitu yang dikasihi dan disayangi oleh Allah s.w.t. sahaja dan rahmat ini adalah rahmat-rahmat besar yang tidak terbatas waktunya selama hidup di dunia. Rahmat-rahmat besar tersebut dapat dirasakan nikmat dan manfaatnya yang berkekalan buat selama-lamanya iaitu kebahagiaan di akhirat.
Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang baru lahir sebagai contoh, tidak ada keraguannya. Ibu menyusukan bayi, maka itu ibu harus menjaga kesihatannya agar air susu ibu sentiasa mencukupi untuk si bayi. Membina keluarga bahagia ibubapa menanamkan kasih sayang mereka dengan membekalkan makanan dan munimun yang halal di samping melayani mereka dengan ilmu yang mendatangkan kemanfaatan masa depan anak-anak tersayang.
Kedua ibubapa adalah orang yang paling dekat dari segi keturuan, dan paling terasa kasih sayangnya, serta yang paling dekat rasa cinta terhadap anak-anaknya. Sesungguhnya ibu memiliki tiga darjat daripada ayah, iaitu ia merasakan berat dan susahnya mengandung, melahirkan dan menyusu.
Ketiga perkara tersebut ditanggung dan dirasakan beratnya oleh ibu seorang diri, kemudian ayah bersama-sama dengan ibu dalam hal mendidik dan membesarkan anak. Hal tersebut telah disinggung oleh Allah s.w.t. di dalam firman-Nya yang berbunyi (terjemahan):
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungi dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan mengasuhnya dalam dua tahun. Besyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibubapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.”(Luqman: 14)
Keduanya bersama-sama di dalam perintah (wasiat), Allah memperingatkan tentang kekhususan seorang ibu pada tiga perkara, hal tersebut menunjukkan bahawa mereka berdua adalah orang pertama kali paling berhak untuk diperlukan baik dan disayangi.
Imam Qurthubi berkata, “Yang dimaksudkan adalah bahawa seorang ibu lebih berhak untuk diperhatikan dan diperlukan dengan baik oleh anak. Ia harus lebih didahulukan daripada ayah pada saat, berlaku kontradiksi kepentingan di antara mereka.”
Kehidupan suami isteri harus dibangunkan atas dasar kasih sayang yang tulus dan cinta yang benar. Sebab selagi perasaan yang mulia ini hidup, maka semuanya akan menjadi kebaikan dan berkat bagi orang yang memilikinya. Perkahwinan adalah hubungan yang suci, berdiri di atas makna roh dan perasaan yang mulia. Perkahwinan merupakan ungkapan persekutuan antara dua orang dalam segala urusan hidup. Ikatan perkahwinan dalam Islam berlaku untuk selama-lamanya dan harus dieratkan, kecuali Allah menghendaki susuatu yang memang harus terjadi.
Oleh kerana itu hubungan antara suami dan isteri merupakan bentuk hubungan yang paling suci dan paling kuat. Allah telah berfirman, yang bermaksud (terjemahan): “Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat.” An-Nisa: 21.
Mengucap dua kalimah syahadah membuka kasih sayang pada hati individu yang diredhai Allah s.w.t. yang sentiasa pengasih dan penyayang. Allah itu pengasih kepada segala hambanya tidak kira beriman atau sebaliknya; tetapi Ia penyayang hanya pada hambanya yang beriman atau yang telah mengucap dua kalimah syahadah dengan hati yang ikhlas sahaja.
Dengan terbukanya pintu kasih sayang maka kefahaman diri di sisi Allah s.w.t. menjadi pedoman untuk menangani hidup bermasyarakat. Di antara faktor-faktor hidup yang wajar difahami ialah setiap individu yang sayangkan dirinya, keutamaan haruslah ditumpukan kepada amalan hidup yang membawa kepada keselamatan dirinya samada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.
Kasih sayang kepada diri dilihat dalam dua dimensi hidup iaitu jasmani dan rohaninya. Memelihara kedua alam ini akan mendekatkan kita kepada keesaan Tuhan kelak membawa kita mensyukuri segala nikmat hidup yang dibekalkan oleh Allah s.w.t.. Menjaga kesihatan jasmani berpaut kepada perkara halal dan haram untuk mendapatkan zat makanan.
Dalam perspektif orang Islam kasih sayang kepada diri tertumpu kepada perhatian untuk memperolehi ilmu pengetahuan sehinggalah ilmu pengetahuan boleh dianggap sebagai suatu tanggungjawab agama yang suci, yang dikenakan ke atas setiap Islam baik lelaki mahu pun perempuan.
Firman Allah yang pertama yang diturunkan kepada Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. ialah memerintahkan manusia untuk membaca iaitu “Iqra”. Membaca adalah landasan ilmu atau disiplin memahami kedatangan sesuatu makna. Dengan kedatangan sesuatu makna
itulah ilmu pengetahuan dan ia penting dalam membangunkan tamadun manusia.
Ilmu pengetahuan mestilah bersifat benar dan hakikat seperti apa yang dikatakan oleh Al-Qur’an sebagai haq dan mestilah diperolehi untuk tujuan kegunaan dalam kehidupan seharian. Supaya hidup yang dijalani oleh manusia menurut tujuan dan matlamat dijadikan-Nya, dan perintah yang diberikan mestilah dipenuhi.
Kehadiran ilmu pada manusia menjadikan ia dipilih sebagai khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini. Allah menyingkirkan iblis sebagai penghuni syurga-Nya gara-gara gagal menghormati makhluk manusia kerana kelebihannya mempunyai ilmu yang Allah ajarkan pada Adam. Ini menunjukkan begitu tinggi nilai ilmu dan jikalau ia dipunyai oleh seseorang maka ia akan di segani, dihormati dan disayangi oleh orang lain.
Agak jelas bahawa sebahagian daripada para pemimpin kita telah mulai sedar mengenai kedudukan ilmu pengetahuan sebagai prasyarat penting bagi kebangunan bangsa yang kuat dan dihormati serta disayangi.Yang Amat Berhormat mantan Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir Muhamad telah mengistiharkan tahun 1988 sebagai “Tahun Pembaca”.
Kementerian Pendidikan pula, selain daripada memperkenal dan menekankan mustahak nya Budaya Ilmu, juga telah memberikan tema untuk Hari Guru tahun 1988, “Guru Pengasas Budaya Membaca”, manakala Kementerian Belia dan Sukan pula memilih tema “Belia Berilmu Negara Maju” sebagai tema Hari Belia tahun berkenaan.
Telah berlaku dalam sejarah manusia bahawa bangsa yang mempunyai tradisi budaya ilmu mempunyai pengaruh besar kepada bangsa-bangsa lain yang jauh lebih besar jumlah rakyatnya dan lebih kuat bala tenteranya. Hasil keilmuan bangsa Yunani berpengaruh besar ke atas Rom dan bangsa-bangsa lain sehingga ke hari ini. Begitu juga pengaruh keilmuan Jerman amat besar terasa di Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat. Semua agama dan system sosial manusia menganjurkan ahlinya ke arah ilmu pengetahuan sekurang-kurangnya sebagai satu faktor penerusan agama, kepercayaan atau warisan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Tujuannya yang paling utama ialah untuk kepentingan duniawi seperti semua system sosial manusia: dan sesetengahnya seperti Islam dan beberapa agama lain meliputi kebahagiaan ukhrawi.
Semua individu manusia dan bangsa yang berjaya dan dihormati serta disayangi – melalui jasa mereka terhadap manusia sezaman dan apatah lagi selepas zaman masing-masing – mencapai kejayaan mereka melalui ilmu pengetahuan.
Kelemah dan kejatuhan individu dan bangsa adalah merujuk pada faktor ilmu juga; iaitu daripada segi kepincangan konsep yang mungkin berasal daripada kelemahan penggubal awalnya seperti semua konsep ilmu hasil pemikiran manusia baik daripada ahli-ahli falsafah Yunani Kuno, China dan Barat moden; atau pun mungkin berasal daripada kesilapan tafsiran para pengikut mereka yang terkemudian seperti yang berlaku kepada konsep ilmu agama Keristian dan Islam.
Budaya Ilmu wajar diterapakan krusus kepada para remaja sebagai pelapis dalam pembangunan negara yang kita cintai dan sayangi. Budaya ilmu, antara lainnya bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahap individu, apatah lagi di peringat masyarakat, diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan
Dalam budaya ini ilmu dianggap sebagai satu keutamaan tertinggi dalam system nilai
peribadi dan masyarakat di setiap peringkat. Ringkasnya budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dan keutamaan lainnya yang dicari dan dikembangkan di setiap masa dan tempat.
Dimensi kasih sayang yang kedua ialah keselamatan dan kesejahteraan rohani yang berkait rapat dengan akhlak manusia. Memelihara hubungan antara sesama manusia, menanamkan rasa kasih sayang antara sesama insan adalah antara ibadat yang diwajibkan oleh agama Islam kerana Allah s.w.t.. Mencintai Allah s.w.t. bermakna kita wajib mengerjakan ibadat memuji Allah serta menunaikan semua rukun Islam dan rukum iman. Dengan segala ibadat tersebut yang dilaksanakan membawa rasa kasih sayang kepada diri sendiri.
Dalam segala hal ibadat masa hidup, kasih sayang sesama insan merupakan faktor keselamatan dan kesejahteraan rohani kita. Ini penting kerana jasmani hanya bermanfaat di dunia sahaja tetapi rohani kita kekal hingga ke akhirat.

Wednesday, April 11, 2012
UKHUWAH ISLAMIYAH LANDASAN KESETIAAN SOSIAL
(Disiarkan pada 7. 4. 2012)
Ukhuwah Islamiyah adalah tali yang paling kuat, benar, kekal dan lebih sempurna dari semua ikatan dan hubungan lainnya. Segala sesuatu yang menyatu dan mengukuhkannya diakui dan dianjurkan oleh Islam. Dan segala yang bertentangan dan menghilangkannya, digagalkan dan ditentang oleh Islam.
Allah s.w.t. berfiram dalam surah al-Mujadilah: 22 Yang bermaksud (terjemahan): “Tidak mungkin engkau menemui sesuatu kaum yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya. Sekalipun mereka itu bapa-bapa mereka, atau anak-anak atau saudara-saudara, atau pun keluarga mereka”.
Tidak mungkin akan mendapati seorang yang mengaku dirinya beriman dengan Allah dan dengan hari akhirat itu mempunyai pendirian hidup untuk berkasih sayang dan bermesra-mesraan dengan golongan atau pihak yang menentang Allah dan rasul-Nya sebagai musuh Allah dan rasul-Nya. Kerana iman orang Mukmin akan rosak dan terbinasa iman tersebut kalau dia berkasih sayang dengan orang kafir. Bahkan adalah menjadi suatu kewajipan bagi orang Mukmin tidak menjadikan orang kafir itu pemimpinnya.
Pengajaran ayat ini ialah mengingatkan, siapa yang mengasihi Allah hendaklah memusuhi musuh Allah. Kerana tidak akan berjumpa di dalam hati seseorang kasihkan Allah dan kasihkan musuh-Nya pada satu ketika, sebagaimana cahaya terang suasana kegelapan, kedua-duanya tidak akan berjumpa pada suatu ketika. Kalau di dalam hati masih terdapat kasihkan musuh Allah, maka akan sirnalah segala iman yang ada di dalamnya. Bermakna: Kasihkan musuh-musuh Allah itu akan membinasakan iman.
Quthubi mengatakan tentang firman Allah s.w.t.: “Innama al-mukminuna ikhwatun” (Al-Hujurat:10) maknanya dalam urusan agama dan kehormatan bukan keturunan. Oleh itu, dikatakan “Persaudaraan kerana agama adalah lebih kukuh daripada persaudaraan kerana keturunan. Persaudaraan kerana keturunan akan terputus kerana perbezaan agama, tetapi persaudaraan kerana agama tidak akan putus kerana perbezaan keturunan.
Syaikh Hasan Ayyub berkata, “Persaudaraan kerana agama tidak tumbuh dari paksaan, tetapi timbul dari pengertian. Tali agama menyatukan sesama Mukmin seperti halnya cahaya matahari menyatukan pandangan. Orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan mencinti-Nya dengan tulus, orang-orang Mukmin akan mencintainya kerana hal tersebut.
Oleh itu jelaslah perbezaan antara ikatan darah dan nasab dengan ikatan iman dan Islam lebih kuat dan lebih penting kerana merupakan ikatan antara hamba dengan Tuhannya. Ikatan iman lebih sempurna dan lebih terjaga dari ikatan darah dan nasab. Ia merupakan ikatan yang kekal, tidak akan binasa, abadi, tidak akan hilang setelah kematian penganutnya. Ia juga merupakan penjelasan tentang keadaan manusia dan posisinya di sisi Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Hanya Dia-lah satu-satunya pengkal kebahagian, kepemimpinan, kemuliaan dan kehormtan.
Dalam hidup seorang mukmin dianjurkan supaya memelihara hubungan yang baik dengan Allah s.w.t. dan juga hubungan yang baik kepada sesama manusia. “hablum minallah dan hablum minannas”.
Hubungan kita dengan Allah wajar diberi keutamaan dari segala-galanya kerana Allahlah yang berkuasa memberi kita segala nikmat hidup di alam ini dan juga alam akhirat nanti. Nikmat hidup yang ada dalam badan kita sendiri sahaja tidak terkira banyaknya. Nikmat-nikmat yang terpenting antara nikmat yang lain ialah nikmat hidup. Dalam hidup itu sahaja kita diberi berbagai nikmat yang tidak ada kepada makhluk lainnya seperti nikmat berfikir, merasa gembira, merasa kelezatan apabila menyentuk makanan dan berbagai-bagai lagi nikmat yang kita
perolehi dalam menangani hidup. Nikmat-nikmat yang menyeronokkan dalam hidup ialah nikmat berhubung dengan sesama insan yang dikenali sebagai ukhuwah kemanusiaan. Kebahagian yang kita perolehi tidak sehebat perasaannya berbanding apabila ada hubungan kita dengan orang lain. Segala faktor kehebatan dalam hidup wujud sisebabkan ada orang lain bersama kita.
Kita dikenali sebagai orang yang pintar disebabkan ada perbandingannya dengan orang lain yang kurang penampilannya. Jika kita hidup seorangan sahaja segala nikmat dalam kehidu- pan tidak dapat kita perolehi seperti ketampanan, kemuliaan, kekayaan, kecantikan, kerajinan, kepintaran, kecergasan dan sebagainya. Hubungan kita dengan orang lain atau ukhuwah Islamiah menjadi faktor kesempurnaan hidup di alam dunia ini.
Setiap insan harus memelihara ukhuwah kemanusiaan kerana dengan cara demikian kita dapat melihat kasih sayang Allah s.w.t. terhadap makhluk ciptaan-Nya. Dalam surah Al-Fatihah, Allah berfirman: “Iyyaka nak’ budu wa Iyyaka nastai’an.” Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah jua tempat kami meminta pertolongan. Apabila iyyaka nak budunya beres maka pasti nasta’innya pasti ada.
Dalam Islam sebagai agama Allah s.w.t. seluruhnya tertumpu di dalam kedua-dua persoalan ini iaitu ibadat dan doa. Orang yang beragama atau beriman kepada Allah, harus menyembah (beribadat) kepada-Nya dan harus meminta peretolongan kepada Allah s.w.t. (berdoa). Allah sahaja mempunyai kekuasaan mewujudkan segala sesuatu dan Dia sahajalah berhak memberi segala kenikmatan dalam kelangsungan hidup.
Tidaklah dikatakan beragama atau beriman bila kita berdoa sahaja tanpa beribadat kerana beragama Islam seharusnya membangun menjadi khalifah Allah s.w.t.. Ukhuwah Islamiah merupakan ibadat kerana Allah s.w.t. Kita mempunyai kasih sayang antara sesama insan sebagai unsur memelihara ketakwaan kita kepada yang Maha Kuasa.
Kasih sayang itu merupakan nikmat dari Allah yang dibekalkan kepada makhluk manusia seperti mana kita memahami bahawa unsur kehidupan manusia ada dua iaitu jasmani dan rohani. Rohaninya adalah ciptaan Allah s.w.t. yang dihembuskan-Nya ke dalam jasad (janin) setelah usianya genap 120 hari dalam rahim ibu.
Apabila roh Allah dimasukkan ke dalamnya maka jadilah seorang insan yang secara tabii mempunyai kasih sayang terhadap dirinya dan juga kepada sesama insan (ukhuwah) serta makhluk-makhluk lainnya yang ada di alam kehidupan ini. Memelihara ukhuwah Islamiah seharusnya menjadi agenda utama dalam hidup ini kerana ia merupakan ibadat kepada Allah s.w.t.
Firman Allah dalam surah Al-Hajj:27, yang bermaksud (terjemahan): “Hai orang-orang yang beriman, rukulah, sujudlahh dan sembahlah Tuhanmu dan buatlah kebajikan, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan (kejayaan)”.
Allah menyeruh orang-orang mukmin supaya mendirikan solat sebagai tanda tunduk merendahkan diri kepada Allah s.w.t. dan hendaklah berbuat baik sesama insan sebagai tanda kasih sayang kepada Allah di samping menghubungkan silaturrahim atau ukhuwah kemanusia an, dengan menanamkan penampilan dan akhlak yang baik, berbakti untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t., berbudi bahasa yang mendatangkan kebajikan.
Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa bermasyarakat serta berpegang teguh kepada tali Allah s.w.t. iaitu agama Islam sebagai cara hidup yang telah dilengkapi dengan pengajaran serta panduan hidup dalam kelangsungan hidup di alam buana ini, bagi memandu manusia kepada jalan yang lurus dan dilindungi dari kesesatan.
Ikatan akidah Islam dan persaudaraan seagama merupakan satu hubungan kemanusiaan
yang lebih kekal dan lebih tegak. Ia adalah hubungan yang kuat, mengakar, berbenih yang dalam, mendarah daging dan meresap dalam hati. Ia merupakan bahagian dari akidah orang Islam dan salah satu asas agamanya yang mulia yang ia pilih dengan rasa senang dan rela hati.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzalami dan menyerahkannya (pada musuh). Siapa pun yang menolong (memenuhi keperluan) saudaranya Allah s.w.t. akan menolongnya. Siapapun yang melapangkan kesulitan seorang muslim, Allah s.w.t. akan menolongnya dari kesulitan di hari kiamat. Dan siapa pun yang menutup (aib) seorang muslim, Allah s.w.t. akan menutupi (aib)nya di hari kiamat.(Hadith diriwayakan oleh Bukhari dan Muslim).
Turunnya wahyu Allah kepada manusia serta dipermudahkan kefahamannya dengan Haduth Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w., tidak ada sebab mengapa manusia tidak menjadi kannya sebagai panduan dalam memakmurkan kehidupan agar menjauhi umat manusia dari kesesatan dalam menangani hidup yang diredhai Allah s.w.t.
Untuk menyelesaikan agenda dunia demi mencapai kebahagiaan dalam hidup dunia dan akhirat, al-Qur.an menjadi faktor jaminan menempuhi jalan yang lurus yang diredhai Allah s.w.t.. Membudayakan hidup merendahkan diri untuk bertakwa kepada Zat yang Maha Suci menjadi faktor mencapai kebahagiaan dalam menangani hidup.
Firman Allah Surah Al-An’am ayat 153 yang bermaksud (terjemahan): “Sesungguhnya itulah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia, dan jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) nescaya terpisahlah kamu dari jalan Allah. Itulah yang diperintahkan Allah kepada kamu, mudah-mudahan kamu takut (membuat kejahatan).”
Allah s.w.t. menjelaskan bahawa perintah yang berupa tegahan dan suruhan, sperti yang telah dinyatakan dalam ayat tersebut, itilah jalan Allah s.w.t. atau jalan Islam yang diredai-Nya untuk dijadikan pegangan hidup seluruh umat manusia. Itulah jalan yang lurus dan tidak akan bengkok selama-lamanya. Itulah jalan yang paling mudah ditempuhi dan tidak akan menyusahkan orang yang melaluinya kerana mengandungi kumpulan semua hokum syarak.
Oleh sebeb itu, ikutilah ia, jangan mengikuti jalan lain yang bermacam-macam corak kepercayaan dan keyakinan, seperti dianuti oleh orang-orang Yahudi, Nasrani, Majusi dan agama-agama lain, baik yang datang dari langit mahupun yang diciptakan oleh manusia sendiri yang menyalahi agama Islam. Kerana bilamana seseorang itu telah memilih jalan lain atau memilih agama selain Islam, maka terpisahlah ia dari jalan Allah dan terkeluar dari agama Islam.
Mudah-mudahan orang yang mengikuti jalan Allah itu akan takut membuat kejahatan dan terselamat dari kesesatan. Gunakan akal fikiran dan landaskan amalan kita kepada jalan yang diredhi oleh Allah s.w.t.. Dengan cara itu sahajalah manusia dapat menikmati kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat kelak Insya Allah.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan posisi memberi pertolongan dan memusuhi dalam agama, kedua-duanya merupakan akar keimanan yang kuat (Haditah diriwayat oleh Ibnu Abu Syaibah). Maka mencintai dan menolong orang-orang Mukmin merupakan buah keimanan yang kuat. Ia terikat olehnya; ketika seorang menjadi lebih beriman, ia akan menjadi orang yang paling mencintai, menyayangi, menolong dan menasihati bagi sesama kaum muslimin, bersungguh-sungguh membantu dan melindungi mereka.
Allah s.w.t. telah memberi anugerah bagi hamba-hambanya yang mukmin melalui belas kasihan yang Allah s.w.t. tanamkan dalam hati mereka dan persaudaraan yang Allah s.w.t. jalinkan tersebut, seperti mana dalam firman-Nya yang bermaksud (terjemhan):
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah bercerai berai, dan ingatlah nikmat (kurnia) Allah yang dilimpahkan-Nya ke atas kamu – ketika
kamu bermusuh-musuhan (dahulu), maka dipersatukan-Nya hati kamu menjadilah kamu bersaudara dengan sebab nikmat tersebut”. (Ali Imran:103)

Saturday, March 31, 2012
ILMU DAN AMAL MERUPAKAN KUNCI PEMBANGUNAN UMMAH
(Disirkan pada 31. 3. 2012)
Hidup bahagian di dunia sewajarnya dengan ilmu; dengan ilmu dapat meraih kebahagian hidup di akhirat (syurga) dan: jika inginkan kebahagiaan hidup di kedua-dua alam, dunia dan akhirat (syurga) semestinya dengan ilmu. Ilmu, ilmu, dan ilmu menjadi kewajiban setiap insan memperolehinya dalam menelusuri pembangunan kehidupan di dunia yang fana ini.
Allah telah menegaskan dalam firmannya yang pertama yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam perantaraan Malaikat Jibril supaya manusia harus hidup dengan membaca memahami dan menterjemahkan dalam diri setiap individu, kalimah-kalimah Allah yang terucap oleh-Nya iaitu al-Qur’anul Karim dan kalimah-kalimah Allah yang tercipta oleh Allah s.w.t. iaitu alam ini.
Kalimah Allah yang diturunkan kepada manusia (Muhammad) adalah satu dokumen penting dalam membina tamadun manusia yang diredhai Allah s.w.t.. Dokumen wahyu tersebut membetulkan persepsi manusia tentang kemurnian bermasyarakat di samping melahirkan ukhuwah kemanusiaan.
Sebelum kedatangan wahyu Allah, manusia dikategorikan sebagai masyarakat jahiliah. Pembangunan masyarakat tersebut berpandukan kepada instink dan naluri manusia untuk kesesuaian hawa nafsu mereka di samping mempusakai budaya yang dianuti dari masyarakat turun temurun.
Pembangunan manusia tidak disandarkan kepada kukuasaan Zat yang Maha pencipta tetapi membina kepercayaan dan undang-undang di atas dasar keduniaan maka berlakulah perbezaan anutan antara sesama manusia yang berpaksi kepada keadaan kehidupan masarakat berbagai kategori.
Masyarakat yang kaya membina tuhannya dari emas, dibentuk sedemikian rupa seperti manusia kemudian disembah. Orang yang sederhana kaya membina tuhannya dari perak dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Orang yang kurang kemampuan membuat tuhannya daripada kayu jati, diukir seperti manusia kemudian disembah. Masyaakat yang miskin tegar membina tuhannya dari tepung terigu. Diaduni kemudian dibentuk seperti manusia kemudian disembah. Apabila siap menyembah perut rasa lapar dilihat tuhannya!
Katanya: “Kami sudah menyembah engkau dan sekarang perut kami rasa lapar. Biarlah engkau mengambil giliran menolong kami menyelesaikan perut kami. Jika tidak setuju bilang tidak setuju tetapi jika setuju diam sahaja”. Dilihat tuhannya diam sahaja maka mulalah tangannya dipotong kemudian kakinya sehingga seluruh badan tuhannya habis dimasak. Serendah-rendah manusia, masyarakat jahiliahlah yang memakan tuhannya sendiri!
Manusia diwujudkan Allah di dunia ini sebagai makhluknya yang dipertanggungjawab kan untuk melaksana serta menterjemahkan amanah yang diperintahkan Allah. Melaksanakan amanah itulah maka manusia dijadikan khalifah Allah s.w.t. di muka bumi ini. Manusia pertama yang diutus untuk menyampaikan dan mentarbiahkan amanah Allah tersebut kepada umat manusia ialah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda sendiri menterjemahkan dokumen tersebut dalam diri Baginda.
Ajarannya yang difahami sebagai Hadith Baginda s.a.w. adalah bertujuan untuk memudahkan manusia memahami dokumen wahyu yang telah Allah firmankan dalam al-Qur’anul Karim dan menjadikannya sebagai landasan hidup manusia yang bertamadun yang diredhai Allah s.w.t..
Jaminan kesejahteraan hidup di dunia ialah dengan mengamalkan apa yang dibawa oleh al-Qur’an serta dengan sunnah Rasul Nabi Muhammad s.a.w. Baginda bersabda kepada umat manusia dengan kata-kata keselamatan yang berbunyi: “Aku tinggalkan kepada kamu(manusia) dua perkara dan jika kamu mengikutinya manusia tidak akan sesat buat selama-lamanya di dunia iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul Nabi Muhammad s.a.w. (Hadith sahih)
Ini bermaksud turunnya al-Qur’an adalah merupakan perintah Tuhan terhadap pembangu nan manusia di alam dunia yang mendapat keredhaan Allah s.w.t. Allah wujudkan makhluk manusia adalah dengan tujuan beribadat kepada-Nya dan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. (Az-Zaariyat 51 : 56)
Dalam melaksanakan perintah Allah berupa ibadat kerana Allah manusia wajar bermasyarakat dengan berpegang teguh kepada tali Allah iaitu agama Allah sebagai agama yang benar yang dilengkapi dengan ilmu pengetahuan sebagai panduan hidup yang membina tamadun kehidupan. Al-Qur’an telah membekalkan satu petunjuk hidup yang wajib manusia beriman.
Jika manusia kufur terhadapnya maka manusia akan kufur kepada segala nikmat Allah s.w.t. yang ditaburkan ke atas kehidupan manusia. Allah berfirman yang bermaksud(terjemahan): “Dan sesungguhnya inilah jalan-Ku (agamaku) yang lurus, maka hendaklah kamu ikut dan janganlah kamu mengikuti jalan yang lain, kelak akan memporak-porandakan kamu (menyesat kan kamu) dari jalan-Nya Allah s.w.t.)” Surah Al-An’am:153).
Menjauhi kekufuran terhadap nikmat Allah s.w.t. wajar melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan. Ilmu adalah segala jenis pengetahuan, baik yang mengenai kebatinan mahupun mengenai keadaan alam. Berilmu adalah orang yang berpengetahuan dan bijak pandai. Orang yang berilmu biasanya waras dan bertibang rasa. Luas ilmu bermakna berpengetahuan dalam segala bidang sama ada ilmu akhirat, ilmu duniawi mahupun ilmu kerohanian.
Manusia diwujudkan Allah s.w.t. sebagai khalifah di muka bumi ini seharusnya mempu- nyai ilmu yang luas. Orang demikian adalah masyarakat yang membudayakan fitrah kemahiran berfikir yang menjadi tonggak kepada pembangunan manusia sejagat. Fitrah Allah tersebut membolehkan manusia menyelami berbagai dimensi alam di mana setiap insan wajar melalui nya.
Menempuhi kebahagiaan di dunia semestinya dengan ilmu. Tetapi dengan ilmu kedunia- an semata tanpa dimurnikan dengan ilmu akhirat, kebahagiaan itu tidak boleh dibawa bersama apabila ajal menjemput nyawa kerana hati manusia sukar mendekati Zat yang Maha Pencipta jika ilmu itu tidak diserikan dengan ilmu akhirat(kerohanian).
Ilmu dunia banyak menggamit kekufuran daripada menempah keredhaan Allah s.w.t. Dunia globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah menghalalkan banyak ilmu yang menggalak kan masyarakat manusia terutama sekali para remaja untuk membelakangi ibadat kepada Allah daripada membentuk peribadi mulia yang menjanjikan keredhaan Allah s.w.t.
Akibat dari budaya Barat yang menyonsangkan akidah Islam, banyak gejala-gejala sosial telah berlaku di kalangan masyarakat Islam yang tidak mengenali dirinya sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Amanah yang dipegang sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan alam kehidupan tetapi sudah menjadikan budaya yang mencemarkan kemurnian hidup bertamadun.
Satu masalah yang amat besar dalam masyrakat Islam masa kini ialah keberanian individu Muslim untuk mengubah status agama daripada Islam kepada kepercayaan lain seperti agama Yahudi atas alasan menaiki takta ‘perkahwinan’. Ilmu yang diperolehi dari didikan ‘sekular’ mendominasikan jiwa para masyarakat mukmin dan cendung kepada kekufuran kerana mengenali diri tidak menjadi agenda utama lagi dalam perjuangan membina tamadun.
Masalah ini berlaku disebabkan anak-anak remaja berkenaan tidak didedahkan kepada pendidikan ‘ holistik’. Keinsafan sebenar-benarnya tentang ilmu Tauhid yang berpunca daripada kefahaman wahyu dan seterusnya peyalurannya dan penerapannya ke dalam falsafah memulakan titik pertama Ilmu dari perseptif Islam yang berbeza dengan knowledge dari pandangan dunia
‘sekular’.
Punca segala ilmu ialah Allah tetapi manusia boleh berusaha untuk mencapai ilmu. Ilmu yang manusia terokai dilihat sebagai hidup, dan mengembang. Ilmu juga boleh dibandingkan kepada suatu pokok, di mana berbagai bidang ilmu itu ialah dahan-dahan dari pokok yang satu., yang memanjang , mengeluarkan daun dan buah tetapi sentiasa selaras dan serasi dengan hakikat asal pokok itu (yakni tidak bercanggah dengan hakikat asal), bagaimanapun dahan-dahan pokok tidak secara tabiee memanjang ke tahap yang luas biasa, begitu juga sesuatu bidang ilmu itu mengikut pandangan Islam, tidak seharusnya diterokai sehingga melampaui batas-batas tertentu
Penerokaan bidang ilmu itu dilihat sebagai tidak sah atau tidak berguna kalau tujuan penerokaan ilmu itu hanya untuk tujuan mendalami bidang itu sahaja tanpa mengira keberkaitan nya atau kegunaannya untuk manusia. Jadi penerokaan sesuatu bidang ilmu mesti berlandaskan kegunaan dan kemanfaatannya kepada masyarakat. Ini menjadi satu-satunya daripada prinsip kepada pengembangan ilmu dan penyelidikan dalam Islam.
Mendalami satu-satu bidang ilmu seharusnya diserikan dengan ilmu tauhid dan ini penting kerana kewujudan segala sesuatu itu adalah atas kekuasaan Allah s.w.t. dan tiada yang wujud dengan sendirinya. Dalam erti kata lain manusia hanya menumpang teduh hidup di dunia dengan menggunakan segala nikmat Allah yang ditabur-Nya di alam maya ini.
Untuk memahami kemanfaatan dalam hidup nikmat-nikmat tersebut manusia harus mempunyai ilmu. Ilmu adalah cahaya yang menyuluh arah kehidupan agar nikmat Allah itu tidak disalah gunakan. Segala nikmat hidup yang dihidang oleh Allah wajar digunakan sebagai kemanfaatan diri kerana Allah dan bukan sebaliknya.
Setiap insan dibekalkan Allah dengan berbagai fitrah guna untuk melengkapkan dirinya sebagai pemakmur alam kehidupan atau sebagai khalifah. Fitrah yang amat tinggi sekali ialah kemahiran berfikir. Dan fitrah ini mencapai puncak kemuliaannya apabila diserikan dengan ilmu. Maka itu pergunakan ilmu sesuai dengan kemanfaatannya kepada masyarakat dan bukan kemanfaatan semata kepada diri sendiri.
Manusia hidup bermasyarakat maka itu wajar ada sosial budayanya. Hidup ini tidak menyeronokkan tanpa kehadiran orang lain tetapi jangan mengambil kesempatan kehadiran orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Harus ingat kebahagian itu harus ada kerana Allah atau kerana keseronokan diri semata.
Manusia telah mempelajari dari kehidupan manusia pertama Nabi Adam a.s. dengan Isterinya Siti Hawa. Adam kurang bersyukur dengan kenikmatan hidup di syurga Allah kerana tanpa teman. Tetapi apabila diberi teman kebahagian hidupnya melup sehingga lupa rasa syukur kepada Allah s.w.t. Akibat dari itu ia membelakangi amanah Allah yang wajar dipeliharanya untuk hidup selamanya di syurga.
Naluri manusia sentiasa ingin menderhaka kepada kebaikan jika hidupnya dihiasi dengan ilmu. Tetapi ilmu dan amal akan menggamit keimanan kelak dapat memelihara diri dari kekufu- ran. Maka itu kehadiran ilmu biarlah menjadi pelita hidup ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Yang perlu dihayati oleh kita semua ialah Al-Ghazali, seperti ahli falsafah lain di masa nya sentiasa mencari ketentuan (certainty) dalam ilmu atau mencari hakikat sebenar sesuatu atau “things as they reallay are”.
Dalam hal ini A-Ghazali mengikut tradisi Islam yang dimulakan oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. apabila baginda memohon daripada Allah supaya ditunjukkan hakikat sebenar benda atau perkara. Baginda apabila melihat sesuatu benda atau perkara ia berdoa: “Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melihat yang putih itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam.”

Wednesday, March 28, 2012
KEWUJUDAN MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH S.W.T.
(Disiarkan pada 24. 3. 2012)
Kewujudan manusia sebagai hamba Allah adalah semata-mata beribadat kepada Allah s.w.t. Ibadat bukanlah suatu perkara yang berada pada sisi kehidupan.. Akan tetapi, ibadat merupakan masalah pertama yang diturunkan Allah dalam kitab-Nya. Rasul-Nya diutus untuk menyampaikan dakwah kepada manusia agar beribadat. Hal ini mengingatkan mereka jika sedang lupa dalam beribadat, atau bahkan mengalami kesesatan daripadanya. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-Anbiya’ 21:25 yang bermaksud (terjmahan):
“Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: ‘Bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku’.”
Seruan ini adalah Allah menguatkan dalil-dahlil tentang keesahan-Nya dengan menyatakan: Bahawa Kami tidaklah mengutuskan para rasul kepada umat, melainkan mereka Kami berikan wahyu untuk memaklumkan, bahawa tidak ada Tuhan Aku sahaja. Oleh itu, kalau kamu hendak menyembah dan beribadat, sembahlah Aku dengan tulus ikhlas – jangan pula menyembah Tuhan yang lain.
Firman Allah s.w.t. menerangkan:
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut..”(Terjemahan al-Qur’an surah al-Mu’minun163:36)
“…..Sembahlah Allah olehmu sekalian, sekali-kali tiada Tuhan selain daripada-Nya…”
(Terjemahan al-Qur’an surah al-Mu’minun 23:32)
Allah s.w.t. mengakhiri Kitab-Nya dengan al-Qur’an, menutup risalah-Nya dengan Islam, dan mengakhiri nabi-nabi-Nya dengan Muhammad s.a.w., maka semakin kuatlah hakikat (penyembahan) ini. Diumumkan dalam kitab yang abadi, bahawa puncak tujuan dari penciptaan mukallafin adalah agar mereka mengenal Allah sebagai Tuhannya dan sekaligus menyembah-Nya. Inilah rahsia di sebalaik penciptaan jenis makhluk yang mempu berbicara dan berfikir, yang mereka memerlukan alam.
Firman Allah s.w.t. menyatakan: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka menyembah-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi Aku makan.” (Terjemahan al-Qur’an surah al-Dhariyat 51: 56 -57.
Pada kelazimannya manusia sentiasa menunjukkan kelemahannya sehingga sampai kaum Muslimin sendiri sekalipun, mereka mengabaikan “ibadat”, lalu mengubahnya sedikit demi sedikit dari bentuk keasliannya. Tidak hanya itu, mereka mengubah pula dari hakikat dan tempat-tempatnya. Baik menurut kefahaman, dasar-dasar, pandangan mahupun tingkatannya.
Kita juga menjumpai manusia-manusia, yang mereka beriman dengan kedudukan ibadat dan tempat-tempatnya, tetapi mereka mempunyai arah tersendiri yang tertuju kepada selain yang berhak menerimannya dan tidak tertuju kepada Tuhan Yang Maha Tinggi, yang telah mencipta kan (manusia), kemudian menyempurnakannya. Yang telah menetapkan lalu menunjukkan mereka. Namun demikian, di antara mereka ada yang menetapkan bersama Allah atau ada yang menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan-tuhan selain Allah.
Sehingga kita dapat melihat golongan Mutaakhirin di antara kaum muslim itu sendiri, menciptakan sesuatu kekotoran yang masuk dalam kesesatan ini. Di antara mereka adalah yang mengagung-agungkan, menyucikan, takut. Menyembelih (berkorban), atau melakukan ketaatan, dengan bentuk ketaatan yang mutlak, pada selain Allah.
Ada juga orang-orang yang beriman, dengan sesuatu, yang menempatkan sebagai ibadat.
Mereka menghadap dan menuju kepada yang berhak menerima, Maha Suci Allah, tetapi mereka tidak menyembah Allah dengan mematuhi perintah perintah-perintah yang sudah ditetapkan-Nya. Mereka juga tidak mengikuti syariat dari jalan-jalan ibadat dan gambaran aslinya. Mereka jestru melakukan ibadat dengan syariat yang tidak diizinkan Allah sama sekali.
Maka, terjadilah penyimpangan-penyimpangan dalam jiwa mereka; mereka lari dari jalan yang lurus. Mereka melangkah menampak ibadat disertai kebid’ahan-kebid’ahan dan kesesatan, yang telah diwarisi oleh orang-orang yang telah sesat sebelumnya. Mereka itulah penganut agama yang menyimpang dari jalur sebenarnya dan yang melupakan pembaikan besar yang telah datang dalam agama mereka.
Pergertian menghamba adalah merendakan diri, dan diperhambakan mempunyai erti direndahkan diri (nya). Bagi kaum Muslimin dikatakan: “Mereka menghambakan kepada Allah. Orang yang menghamba bererti orang yang mengesahkan Allah.” Dalam bahasa lisan, menghamba adalah beribadat, dan ibadat bererti taat atau patuh. Penyedaran hakikat penghambaan adalah mentaati Allah dan melaksanakan perintah-perintahnya. Jadi, kewajipan mengikutinya itu melukiskan adanya suatu kepatuhan.
Apabila seorang hamba menegakkan perintah Allah, bahkan besama itu ia berkeyakinan dengan ketinggian (darjat)Nya dan menyedari akan ketinggian kehendakNya, sedangkan hatinya terpenuh oleh perasaan bersyukur dan menyebut-nyebut kebaikan atas pemberian nikmat dan pertolonganNya, maka sesungguhnya ia telah sampai pada keagungan dan pemuliaan kepada Nya. Semua itu dinamakan penghambaan dan peribadatan. Ketundukan itu tidak
hanya dengan menundukkan kepalanya sahaja, tetapi harus disertai juga dengan ketundukan hati.
Al-Maudidi melihat, bahawa pangkal erti al-‘Ibadah adalah tunduk dan patuh secara totaliti. Tunduk secara sempurna dan patuh secara mutlak. Makna ini juga disandarkan kepada unsur perumpamaan ibadah hati setelah melalui ubudiyah dengan kepala dan lutut (rukuk dan sujud).
Mendekatkanlah kepada Allah, bermaksud ia menyembah Allah, mentaati, dan tunduk kepada-Nya. Jadi mendekatkan diri kepada Allah bererti beribadat, mentaati, dan tunduk kepada-Nya. Mengerjakan setiap perkara yang disyariatkan Allah dan mengikuti apa yang diserukan oleh Rasul-Nya, meliputi segala perintah dan larangan, yang dihalalkan dan yang diharamkan. Inilah perkara yang mendekati unsur taat dan tunduk kepada Allah.
Kewujudan manusia sebagai hamba Allah mempunyai keterikatannya yang amat penting dalam pembangunan kehidupan di alam dunia. Dasar tunduk kepada Allah adalah adanya rasa perhatian dengan kewahdaniyatan (keesaan) Allah, keperkasaan-Nya terhadap semua manusia dan apa saja yang ada. Semua hamba Allah dan makhluk ciptaan-Nya berada dalam genggaman kekuasaan dan kehendak-Nya.
Tentang masalah ini al-Qur’an menegaskan dalam surah ar-Ra’d 13:15–16 yang bermaksud (terjemahan): “Dan sekalian yang berada di langit dan di bumi sujud (tunduk) kepada Allah mahu atau tidak mahu, begitu juga bayang-bayang mereka pada pagi dan petang. Katakanlah: “Siapakah Tuhan langit dan bumi?” Katakanlah: “Allah.” Katakanlah: “Mengapakah kamu ambil selain Allah menjadi pemimpin yang tidak berkuasa mendatangkan manfaat dan muderat pada dirinya?”Katakanlah : Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Atau adakah sama gelap dengan terang? Atau mereka mengadakan sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan sebagai ciptaan Allah sehingga mereka ragu tentang ciptaan itu?” Katakanlah : “Allah menjadikan tiap-tiap sesuatu dan dia Maha Esa lagi Pekasa.”
Yang dimaksudkan dengan “sujud” di sini mengandungi dua pengertian: Pertama,
sebenar-benar sujud dengan meletakkan dahi di atas tanah. Sujud seperti ini dilakukan kepada Allah oleh sekalian penduduk bumi, iaitu orang-orang Mukmin, sama ada mereka suka atau terpaksa.
Tentang orang-orang Mukmin pula ada yang sujud kepada Allah dengan perasaan suka, iaitu orang-orang Mukmin yang ikhlas dalam ibadatnya kepada Allah, dan ada pula dengan perasaan terpaksa iaitu orang-orang munafik yang termasuk dalam kumpulan orang-orang Mukmin tetapi bukan benar-benar Mukmin, sebab orang-orang itu sujudnya terpaksa sahaja, mereka tidak mengharapkan pahala dan tidak pula takut meninggalkan perbuatan sujud itu.
Kedua, sujud di sini bererti tunduk, patuh kepada Allah dan meninggalkan tegahan-Nya. Maka sekalian penduduk langit dan bumi itu tunduk kepada Allah dengan pengertian yang disebutkan langsung di bawah kekuasaan dan kehendak Allah. Sehingga bayang-bayang mereka pun sujud dan tunduk kepada Allah mengikuti tubuh badan mereka pada pagi dan petang, yang bererti sujudnya berkekalan sepanjang masa.
Orang yang membaca dan mendengar ayat ini adalah disunatkan sujud tilawah ketika ia membaca dan mendengarnya. Dalam masa sujud itu dibaca: “Ya Allah, jadikanlah saya orang yang ruku, sujud dan berdiri di dalam mentaati Engkau.
Setelah Allah menerangkan bahawa sekalian penduduk langit dan bumi mahu tidak mahu mesti tunduk di bawah kekuasaan Allah dan kehendak-Nya pada sepanjang masa, maka diajar-Nya Rasul-Nya Muhammad s.a.w. membuat tanya jawab kepada orang-orang musyrik penyem- bahan-penyembahan berhala itu untuk ditunjukkan kepada mereka sebagai hujah yang dapat memberi kepuasan dalam bersoal-jawab, supaya mereka tidak dapat lagi berdalih hendak menafikan tentang keesaan Allah lalu mengakui bahawa tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah. Mula-mula Allah menyuruh menanyakan mereka: “Siapakah Tuhan yang menguasai langit dan bumi?” Untuk member jawapannya yang betul: “Dia ialah Allah.”
Kemudian tanyakan pula: “Mengapa kamu ambil selain Allah menjadi pemimpin (dengan menjadikan berhala itu Tuhan yang kamu sembah) yang tidak berkuasa mendatangkan manfaat dan muderat pada dirinya (sedangkan berhala itu tidak dapat melakukannya pada dirinya apalagi kepada orang lain. Maka alangkah tercelanya perbuatan orang yang menyembahnya)?”
Sesudah itu kemukankanlah pertanyaan yang berupa perumpamaan kepada orang-orang musyrik itu, supaya mereka menjawabnya, iaitu: “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?”(Dimaksudkan orang yang buta itu ialah orang kafir, kerana ia tidak dapat milihat bukti kebenaran. Dan celik itu ialah orang yang Mukmin yang dapat melihat bukti kebenaran dan bersedia untuk mengikutinya). Jawapan yang mesti mereka berikan ialah: “Tentulah tidak sama.”
Kemudian tanyakan lagi : “Adakah sama gelap dengan terang?” (Dimaksudkan gelap itu ialah kegelapan kufur. Dan terang itu ialah cahaya iman. Bererti, samakah orang yang kufur kerana tersesat dalam gelap dengan orang yang beriman kerana dapat melalui jalan yang terang? Jawapan yang mesti mereka berikan: “Tentulah tidak sama.”
Setelah itu tanyakan pula: “Kamu mengadakan sekutu bagi Allah yang dapat mencipta kan sebagai ciptaan Allah sehingga kamu ragu tentang ciptaan itu?” (Adakah berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah itu dapat menciptakan sesuatu ciptaan seumpama langit, bumi, matahari, bulan, gunung, laut, manusia dan jin seperti ciptaan Allah? Sehingga kamu ragu-ragu pula tentang ciptaan itu siapakah yang menciptakannya, adakah berhala yang mencitakannya atau Allah? Atau kamu sengaja berbuat bodoh, tak mahu mengakui mana yang benar dan mana yang salah.?)
Pertanyaan-pertanyaan itu semata-mata merupakan celaan daripada Allah kepada mereka. Maka untuk menggulung hujah-hujah yang terdahalu disuruh-Nya rasul-Nya mengatakan:
bahawasanya Allah itulah sebenar yang menjadikan segala sesuatu. Dia jugalah yang menjadikan kamu dan berhala-berhala kamu, Dialah Tuhan Yang Maha Esa dan tidak ada duanya, lagi Perkasa menguasai segala sesuatu, maka kepada-Nya sahajalah hendaknya kamu menyembah.”
Sebagai hamba Allah semestinya dapat menerangi kekufuran dalam menelusuri kehidupan dengan kehadiran iman, kerana orang yang beriman dapat melalui jalan yang terang iaitu dijauhi dari kemusrikan. Inilah felosofi hidup seorang hamba Allah yang sentiasa melak- sanakan ibadat kepada Zat yang Maha Suci dan Maha Berkuasa, Allah s.w.t.
(Sumber:Prof. Dr. Yusuf Qardhawi : “Ibadah Dalam Islam”; Ahmad Sonhadji Muhamad: “Tafsir al-Qur’an”)

Saturday, March 10, 2012
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH S.W.T.
(Disiarkan pada 10. 3. 2012)
Makhluk manusia diwujudkan oleh Allah s.w.t lengkap dengan berbagai fitrah berbeza dengan makhluk-makhluk Allah yang lain yang ada di alam kehidupan mahupun di alam buana ini. Allah menciptakan manusia dengan satu tujuan, yang para malaikat tidak mengetahuinya. Allah mewujudkan semua jenis makhluk semestinya ada tujuan yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Maka itu rahsia Allah itulah yang makhluk manusia dipertanggungjawabkan untuk menerokai berbagai jenis alam untuk memahami kemanfaatannya kepada pembangunan kehidupan.
Allah berfirman surah Al-Baqarah ayat (2) 30 yang bermaksud (terjemahan): “(Ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di atas bumi (Adam). Maka jawab mereka itu : Adakah patut Engkau jadikan di atas bumi orang yang akan berbuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami tasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tidak kamu ketahui.”
Dalam erti kata lain tanggungjawab itu dikategorikan sebagai khalifah. Mengikut pengertian secara literallynya atau harfiahnya, khalifah bermaksud gelaran ketua agama atau raja yang memerintah negara Islam. Pengganti Nabi Muhammad s.a.w. selepas wafatnya ialah Khalifah Sayidina Abu Bakar menjadi khalifah yang pertama selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w..
Khalifah dalam pengertian yang luas ialah pemakmur alam kehidupan untuk dijadikan sebagai semaian pahala yang menjadi bekalan hidup manusia di akhirat nanti. Oleh sebab tanggugjawab tersebut adalah universal atau mengenai alam sejagat maka keperluan ilmu menjadi kemestian pada setiap individu memperolehinya yang bergelar manusia (khalifah). Ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Wahyu-Nya yang pertama yang diturukan kepada manusia (Muhammad) memerintahkan kita untuk membaca iaitu menuntut ilmu.
Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): “Bacalah dan Tuhanmulah yang maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dan mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” Surah Al-Alaq ayat 3-5.
Membaca kedua-dua fenomena alam iaitu ilmu yang terucap oleh Allah (Al-Qur’an nul Karim) dan kedua ialah membaca atau memahami kalimah Allah yang tercipta seperti alam ini serta segala isinya. Al-Qur’an merupakan kalimah Allah yang terucap oleh Allah yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril. Manakala kalimah yang berbentuk ciptaan Allah adalah mengenai semua makhluk di alam buana sama ada yang hidup atau yang tidak hidup.
Kalima Allah s.w.t. yang terucap iaitu al-Qur’an nul Karim menjadi dokumen dalam kehidupan manusia. Dokumen tersebut terdapat perintah-perintah Allah yang wajar dilaksana kan dan perintah Allah yang wajar dijauhi. Dokumen yang berbentuk perintah Allah adalah yang dikenali sebagai ibadah untuk dilaksanakan. Manakala amalan yang dicegah oleh Zat yang Maha Berkuasa yang akan memuderatkan kemurnian pembangunan ummah dikategorikan sebagai kemusrikan yang membawa kepada kedosaan.
Hidup ini wajar diserikan dengan ibadah-ibadah yang menghasilkan pahala kelak mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Pahala di situ membawa maksud balasan atau ganjaran dari Tuhan kerana berbuat baik dan akan dinilaikan di akhirat nanti. Orang yang berbuat kebajikan dan menunaikan perintah Allah serta meninggalkan larangan-Nya akan diberi pahala oleh Allah. Tempat mereka Allah benarkan menempuhi kebahagiaan di syurga.
Berbuat baik kepada semua makhluk lebih-lebih lagi kepada sesama umat merupakan perintah akal (rasul) dalam diri setiap individu mukmin. Manakala berbuat kemusrikan dan melaksanakan amalan-amalan yang dicegah oleh al-Qur’an (Allah) merupakan perintah hawa nafsu atau iblis laknatullah.
Kehadiran hawa nafsu dalam diri manusia merupakan satu perbezaan yang amat ketara antara makhluk manusia dengan makhluk malaikat. Maka itu manusia mempunyai naluri hendak membangun dan juga membuat maksiat serta kengkufuri larangan-larangan Allah tetapi malaikat dijadikan Allah hanya taat kepada ibadah iaitu menyembah dan bertasbih kepada Allah semata maka itu malaikat tidak dijadikan khalifah Allah di alam buana ini walaupun para malaikat meminta kepada Allah untuk menanggungjawabkan amanah tersebut.
Dengan kehadiran akal dan kemahiran berfikir pada manusia maka adalah wajar hidup nya diserikan dengan ilmu pengetahuan sebagai satu aset pembangunan dalam memakmurkan alam kehidupan. Allah taburkan berbagai ilmu (fitrah) di alam buana ini mahupun di dalam air serta di perut bumi untuk kemanfaatan pembangunan manusia. Maka itu menuntut ilmu menjadi kemestian kepada setiap individu kelak membolehkannya menerokai alam-alam pembangunan tersebut.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah menyarankan kepada umatnya supaya menuntut ilmu adalah sepanjang hayat iaitu mulai dari buaian hingga ke liang lahad(Hadith sahih). Ilmu adalah pelengkap kepada kepekaan manusia mengolakan kemahiran berfikir demi kesempurnaan pembangunan manusia di dunia yang fana ini.
Pembangunan disiplin kehidupan yang termaktub dalam dokumen al-Qur’an dapat difahami dan diamal dari khidmat para rasul dan nabi. Manakala memanfaatkan ilmu yang terpendam di alam ini dapat laksanakan dari khidmat para Saintist serta ilmuan yang ditauliahkan dalam berbagai bidang ilmu.
Pembangunan kehidupan di dunia terbahagi kepada berbagai cabang ilmu. Antaranya ialah pembanguunan rohani dan pembangunan fisikal. Pembangunan rohani sahaja terbahagi kepada ilmu akidah yang menitik beratkan kepada ilmu tauhid serta ketuhanan dan ilmu mengenai dengan pembangunan akhlak dan tingkahlaku manusia sebagai pemain dalam kelangsungan hidup di alam dunia.
Pembangunan rohani wajar mendahului ilmu-ilmu yang lain kerana bangunnya ilmu akhirat akan dengan sendirinya ilmu keduniaan akan turut sama terbela. Analogi yang biasa bicara minda gunakan ialah “Jika kita tanam padi, tanpa di undang rumput turut sama tumbuh subur. Tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi padi akan tumbuh sama”.
Maksudnya ialah jika kita dahulukan khidmat mempelajari ilmu akhirat seperti ilmu tauhid, akidah dan sebagainya maka dengan sendirinya dunia akan terpelihara. Tetapi jika kita tumpukan ilmu keduniaan semata maka ilmu akhirat akan menjadi pilihan number sebelas! Para saintis atau ilmuan dalam berbagai cabang ilmu sains kebanyakan mereka adalah masyarakat ateis yang tidak percaya dengan kehadiran Tuhan dalam kehidupan. Mereka mengkufuri nikmat hidup yang Allah telah berikan kepada mereka di dunia maka matlamat hidup mereka adalah neraka jahanam walaupun telah menanam kebaktian di alam dunia ini.
Mendahului ilmu akhirat penting kerana segala kejadian fenomena alam dunia adalah kekuasaan Allah s.w.t. mewujudkannya. Maka itu ilmu untuk mengenali Zat yang Maha pencipta menjadi keutamaan dalam hidup sebab orang yang tidak kenal Tuhannya sukar baginya untuk merasa syukur terhadap segala nikmat yang diperolehi dalam hidup.
Bukan hanya itu, tetapi segala perbuatannya adalah berimamkan kepada nafsu syahwat yang kiblatnya hanya keseronokan dunia semata kelak membawa kepada keruntuhan moral dan kemuderatan pembangunan manusia keseluruhannya. Budaya serupa ini akan melahirkan persengkitan antara sesama umat.
Pembangunan jasmani juga mempunyai berbagai bidang dan harus diserikan dengan ilmu tauhid. Ini penting kerana mempelajari ilmu sains sebagai contoh membawa kita ke alam yang sofistikated tetapi zat yang wujudkan fenomena sains itu adalah lebih canggih lagi. Kalau keindahan alam itu begitu mengkagumkan maka zat yang mewujdkan alam berkenaan adalah lebih menakjubkan lagi.
Setiap kewujudan fenomena alam semestinya ada yang melahirkannya kerana tidak ada sesuatu yang wujud dengan sendirinya. Allah itu maha berkuasa dan Dialah yang mentadbir alam sejagat serta segala isinya. Manusia wujud dalam dua unsur iaitu jasmani yang asalnya dari tanah dan roh iaitu dari ciptaan Allah s.w.t.
Untuk memahami unsur roh dalam jasmani manusia, kita cuba memahami fenomena semasa ibu mengandung. Dalam kandungan ibu ialah seorang insan yang bersifat rohani. Ianya
dimasukkan kedalam jasad manusia oleh Allah semasa jasad dikandung oleh si ibu. Maha Besar Allah di dalam jasad ibu yang mengandung ada dua roh, iaitu roh ibu sendiri dan roh bayi yang dikandung ibu.
Setelah cukup tempuh maka bayi yang di dalam kandungan dilahirkan. Semasa lahir terdengar suara tangisan si bayi yang mengisyaratkan seorang insan telah lahir di dunia fana’ ini. Dan suara tangisan bayi itu tidak lain tidak bukan ialah suara dari rohani itu sendiri yang keluar melalui mulut bayi.
Roh insan adalah kewujudan yang digolongkan dalam perkara-perkara gahib iaitu wujudnya tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi dapat dilihat oleh matahati. Begitu jugalah Allah adalah sesuatu yang paling ghaib yang mewujudkanNya tidak dapat dilihat oleh mata kasar tetapi boleh ‘dilihat’ oleh mata hati yang suci yang melepasi hijab.
Ilmu dalam pembangunan jasmani wajar setiap makhluk manusia mengenali dirinya sebagai insan. Pertalian insan dengan Allah amat rapat sekali. Kerana terlalu rapat, maka ada beberapa ungkapan dan kata-kata ‘ulama’ bagi tujuan untuk menjelaskan atau memberi faham yang lebih tentang Allah. Sebahagian daripadanya seperti insan itu bayang-bayang Allah, insan itu cermin Allah, kenali diri (Insan) maka kenal Allah dan lain-lainnya.
Ungkapan yang paling terkenal tentang perhubungan insan dengan Allah ini ialah: Siapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya.
Kata-kata insan itu bayang-bayang Allah ialah semata untuk menunjukkan perbandingan jua. Maksud sebenarnya ahli ma’rifat hendak menerangkan yang perbandingan antara wujud manusia dengan wujud Allah itu adalah dibandingkan antara bayang-bayang dengan diri sebenar.
Yang hakikinya adalah diri itu sendiri dan bayang-bayang itu bukanlah hakiki. Begitu jugalah jika dibandingkan insan dengan Allah maka wujud Allah itulah yang hakikinya. Adapun wujud insan itu adalah wujud yang tidak hakiki, ianya wujud yang majazi jua.
Tentang kata-kata insan itu cermin Allah ialah maksudnya pada diri insan atau pun diri insan itu sendiri adalah bahan yang boleh dikaji bagi tujuan mencari dan mengenal Allah, diumpamakan kalau kita lihat dalam cermin nampaklah diri kita, begitu juga kalau tilik dan kaji insan itu akan kita temui dan kita kenal Allah.
Kata-kata insan cermin Allah boleh disamakan dengan kata-kata kenal diri maka kenal Allah. Cermin adalah alat untuk melihat wajah diri, begitu jugalah insan adalah alat untuk mengenal Allah yang dibahasakan melihat wajah Allah. Pengertian di sini ialah insan itu bukan wajah Allah tetapi alat (cermin) untuk melihat wajah Allah.
Memanfaatkan kekhlifahan manusia di alam kehidupan sewajarnya dia memahami keinsanannya di sisi Allah s.w.t.. Dengan cara demikian maka tanggugjawabnya untuk melaksanakan amanah Allah menepati kehendak Zat yang Maha Kuasa itu.
(Bersambung)

Monday, March 5, 2012
KECINTAAN KEPADA RASUL JAMINAN SYURGA FIRDAUS (Bahagian akhir)
(Disiarka pada 3. 3. 2012)
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. inginkan semua manusia beriman dan cinta kepada Allah kerana makhlak manusia diwujudkan Allah untuk beribadah kepada-Nya dan bertakwa kepada zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hakikat manusia sebagai hamba Allah adalah atas kehadiran roh dalam jasmani. Jasmani asalnya daripada tanah dan roh adalah dari Allah s.w.t. Kehadiran roh Allahlah yang mewujudkan makhluk manusia sebagai khalifah Allah.
Allah berfirman yang bermaksud (terjemahan): Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam alaihissalam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam dan berubah warna dan baunya. (Surah Al-Hijr: ayat 26)
Dari keterangan ayat di atas, jelaslah bahawa asal kejadian manusia dari tanah, iaitu dari tanah yang kering. Yang mana tanah liat yang kering itu berasal dari lumpur yang kental dan berubah warna dan bauhnya. Dari tanah tersebut lalu dibentuk lembaga Adam, maka terciptalah satu lembaga manusia, semata-mata lembaga, iaitu satu lembaga yang mati, kaku dan tidak bernyawa.
Menyedari hakikat ini, apalah yang hendak dibanggakan dengan kejadian diri kita. Jasad kita berasal dari tanah liat lagi busuk. Setiap jasad apabila sampai ajalnya dan mati, maka ianya akan reput dan busuk, akhirnya menjadi tanah semula.
Kemudian Allah menceritakan lagi: “Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan Aku tiupkan ke dalamnya roh dari (ciptaan) Ku.” (Surah Al-Hijr: Ayat 29)
Apabila lembaga Adam ‘Alaihissalam telah sempurna dibentuk, maka Allah meniupkan rohNya ke dalam jasad Nabi Adam ‘Alaihissalam. Sebaik sahaja Allah meniupkan roh (ciptaan) Nya kedalam jasad Nabi Adam ‘Alaihissalam, terciptalah seorang manusia pertama. Sebelum nya tidak ada manusia. Hidupnya Nabi Adam’Alaihissalam seorang diri tampa teman buat beberapa lama.
Dari Adam ‘Alaihissalam seorang inilah lahir manusia. Daripada tulang rusuk Nabi Adam ‘Alaihissalam Allah menciptakan Siti Hawa. Dan dari percampuran Nabi Adam ‘Alaihissalam dan Siti Hawa inilah lahir zuriat manusia termasuklah kita semua.
Allah berfirman dalam al-Qur’an surah A’raf: Ayat 189, yang bermaksud (terjemahan): “Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripanya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung, kandungan yang ringan, dan terus dia merasa ringan (buat beberapa waktu). Kemudian tatkala ia merasa berat, keduanya (suami isteri) bermohon kepada Allah. Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur.”
Manusia asal dari diri yang satu, iaitu Adam ‘Alaihissalam. Dari Adam ‘Alihissalam, Allah mencipta isteri Adam “Alaihissalam, iaitu Siti Hawa. Allah mengawinikan Adam ‘Alaihissalam dengan Siti Hawa, jadilah mereka sepasang suami isteri yang sah.
Setelah mereka berdua bercampur, maka Siti Hawa pun mengandung. Selepas beberapa lama mengandung, Siti Hawa pun melahirkan sepasang anak, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan,. Siti Hawa mengandung lagi dan melahirkann pula sepasang anak seperti dahulu juga, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian anak lelaki yang pertama mengawini anak perempuan yang kedua. Dan anak lelaki yang kedua mengawini anak perempuan yang pertama.
Dari keturunan Adam ‘Alahissalam dan Hawa inilah berkembang biak manusia sehingga kepada kita semua dan seluruh manusia di dunia ini walaupun di mana dia berada atau apa bangsa sekali pun ia. Tidak kira sama ada ia orang Barat atau Timur, atau kulitnya hitam atau putih, semuanya berasal dari Nabi Adam ‘Alahissalam dan Siti Hawa. Dari percampuran antara Nabi Adam ‘Alaihissalam dengan Siti Hawa, maka kelualah benih manusia yang dinamakan mani (nutfh). Allah berfirman dalam al-Qur’an Surah An-Nahl: ayat 4 yang bermaksud (terjemahan): “Dialah menciptakan manusia dari mani…”
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menerima wahyu Allah, satu dokumen Ilahi, yang amat agung itu sebagai satu disiplin kefahaman mengenai kejadian serta pembangunan manusia seutuhnya. Setelah menerima wahyu Illahi dan memahami kejadian manusia jestru itu setiap manusia adalah diwajibkan mencintai keturunannya dengan ikatan akidah yang membina manusia ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Manusia adalah makhluk bersosial maka ia wajar memahami sesuatu disiplin kehidupan melalui contoh yang dilaksanakan oleh manusia yang bertauliah seperti Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. Maka itu kecintaan Baginda kepada umatnya menjadi perjuangannya dalam membangunkan tamadun manusia.
Kasih sayang Baginda kepada manusia tidak ada sempadannya antara semua makhluk bernama manusia. Sama ada musuh atau sebaliknya, semua menjadi tanggungjawabnya untuk memperbaiki akhlak mereka. Pernah suatu hari baginda berjalan ke mesjid hendak menunaikan solat zohor. Seorang lelaki quraisy membenci baginda kerana Islamnya, mengagaknya di mana laluannya ke mesjid. Si pulan itu menanti di tingkat atas sebuah rumah di mana baginda lalu di situ. Apabila Baginda sampai di situ orang itu meludahi beliau dan ludah itu terkena di atas dahi Baginda.
“Astagfirullah, saya diludahi.” Sambil melihat ke atas dan kelihatan si pulan berada di situ. Ia meneruskan perjalanannya ke mesjid, dan terpaksa mengambil wuduk semula sebelum solat. Pada keesokan harinya Baginda menerima nasib yang sama. Begitulah keadaan setiap hari apabila Baginda berjalan melalui rumah berkenaan.
Pada satu hari apabila Baginda lalu di situ Baginda terkejut kerana tidak diludahi lagi. Ia melihat ke atas tetapi si pulan tidak ada di situ. Baginda mencari-cari kemudian bertemu seorang yang kebetulan ada di kawasan itu. “Tuan mencari apa?” kata orang itu. Kata Rasul, “Biasanya apabila saya lalu di situ ke mesjid saya diludahi. Tetapi kali ini saya tidak kena ludahi lagi. Dimana dia?” Kata orang itu “Mungkin si pulan!”. Rasul bertanya di mana dia? Orang itu kata “Dia sakit tuan, demam panas!”
Baginda Rasul bergegas ke mesjid untuk solat kemudian pulang ke rumah hendak meminta istrinya sedikit makanan lalu menghantar kepada orang yang meludahi beliau. Setelah diketuk pintu, “Assalamualaikum”. “Masuk sahajalah pintu itu tidak di kunci.” Si pulan menjawab yang sedang berada dalam selimutnya menggegil kesejukan. “Siap kau?”
“Muhammad Rasulullah, langganan anda!” Si pulan membuka selimutnya yang menutup mukanya seraya berkata: “Engkau ini Muhammad saya sakiti hati mu, saya ludahi awak tetapi apabila saya sakit orang lain tidak datang menziarahi saya kamu pula yang datang. Hati kamu Muhammad begitu mulia benar, mulai hari ini saya masuk Islam.” Dia mengucap dua kalimah syahadat di hadapan Nabi, masuk Islam.
Pada suatu hari Baginda Rasul tidur di bawah pohon kurma selepas solat zohor, rehat kerana penat memimpin pejuang Islam menentang kaum quraisy di medan perang. Tiba-tiba seorang jejaka datang menghampiri beliau dengan pedang yang terhunus sedia untuk ditetakkan kepada lehir beliau.
“Muhammad, kelmarin engkau hebat betul memimpin perjuang Islam untuk menyerang kaum musuh. Sekarang engkau sendirian, jika saya tetakkan pedang ini ke leher mu siap yang akan membantu engkau.?”
Baginda terperanjat dari tidurnya lalu berkata: “Tidak ada yang boleh membantu saya hanya Allah sahaja!” Kalimah Allah kalau diucapkan oleh orang yang bersih dan suci hatinya kesannya amat luarbiasa. Jejaka itu bergeletaran tangannya tidak tahan memegang pedang kerana merasa panas lalu terlepas dari tangannya.
Rasul mengambil pedang itu kemudian diajukan kepada jejaka itu lalu baginda berkata: “Kalau saya tetakkan leher mu dengan pedang ini siapa yang akan membantu engkau?” Jejaka itu dengan nada yang bergelataran ketakutan menjawab: “Tidak ada yang boleh membantu saya melainkan engkau Muhammad.” Baginda serahkan balik pedang itu kepada jejaka itu sambil berkata, “Jangan ulangi lagi perbuatan mu itu!”
Jika kitalah mengalami keadaan demikian lalu diberi peluang hendak membalas tidak berfikir lagi terus sahaja menghabiskan riwayatnya. Musuh baginda yang jelas hendak meng- habiskan riwayatnya pun beliau masih boleh mengampuninya. Kesabaran hati baginda tidak ada tandingannya kerana kecintaan kepada umatnya.
Satu akhlak yang mulia Baginda lakukan kepada musuhnya apabila beliau dalam perjalanan bersama Abu Bakar berhijrah ke Medina. Orang-orang Quraisy mengadakan satu perhimpunan khas yang dipimpin oleh Abu Jahal. Ia memberi tahu kepada para hadirin bahawa Nabi Muhammad telah berhijrah ke Medina Al-Mukaramah. Pengumuman dibuat bahawa sesiapa sahaja yang berjaya menangkap Muhammad, hidup atau mati, dihadiahkan seratus ekor untah. Itu sama nilainya dengan seratus ekor kerbau di masa kini.
Seorang pemuda bernama Surokoh dengan senyap mengambil pedangnya lalu pergi menunggang kudanya berlepas medapatkan Muhammad. Tidak lama kemudian ia melihat Nabi Muhammad bersama Abu Bakar berjalan di padang pasir. Ia pecut kudanya sambil menghunus pedangnya, kira-kira sepuluh meter dari Baginda tiba-tiba kudanya terjatuh, kakinya termasuk lobang. Surokoh tercampak dari kudanya dan berguling di atas pasir lalu tersangkut kaki Nabi. Baginda tahu dari Malaikat Jibril bahawa Surokoh hendak membunuhnya.
Nabi Muhammad s.a.w. bangunkan Surokoh yang jubahnya penuh dengan pasir seraya berkata, “Lain kali kalau menunggang kudah hati-hatilah!” Baginda mengambil pedangnya yang terbuang itu lalu dikembalikan kepada Surokoh. Surokoh dengan hati yang takjub, kehairanan memikirkan akhlak Baginda begitu mulia sangat lalu mengucap terima kasih kepada Baginda.
Ia menunggang kudanya berpatah balik dengan hati yang amat simpati memikirkan tentang perjuangan Baginda hendak menyebarkan agama Islam. Mengikut sejarah bahawa Surokoh telah memeluk Islam dengan kerelaan hatinya sendiri akibat yang dialaminya hendak membunuh Nabi yang berjuang memertabatkan akidah Islam.
Kecintaan Baginda Rasul kepada umatnya terbokti begitu kuat apabila di ambang kewafatan Baginda ia sempat solat subuh berjemaah dengan umatnya di mesjid. Solatnya ringkas dan menggunakan surah yang pendek-pendek kerana sakitnya sudah tenat. Selepas solat Baginda
berdiri di hadapan para jemaah.
“Lama sudah kita bersama tetapi jarang betul kita berbincang tentang kesilapan-kesilapan dalam pergaulan kita. Mungkin saya banyak menyakiti hati saudara-saudara sekalian yang tanpa disengajakan. Oleh itu jika ada saya telah lakukan, saya persilakan tuntuti sekarang.” Para jemaah sekalian berlinangan air mata memikirkan apakan jadi apabila Baginda sudah tidak ada memimpin umat manusia. Suasana di pagi hari itu hening dan tiada yang mampu berkata-kata.
Tiba-tiba seorang budak berkulit hitam legam berkata: “Saya ya Rasul! Semasa Rasul menunggang kuda dalam suatu peperangan saya berjalan di belakang kuda itu. Apabila Rasul pecut kuda itu saya kena pecut.” Rasul Berkata, “Jadi macamana sekarang?” Budak itu berkata ,
“Saya menuntut balas tuan!”
Baginda berkata, “Baiklah, Omar dapatkan saya seutas pecut.” Omar kata, “Saya sahaja penggantinya Rasul!” Rasul kata, “Tidak, saya pecut dia maka dia berhak balas saya.” Omar mendapatkan pecut kemudian diserahkan kepada budak hitam itu. Semua para jemaah di mesjid merasa marah, kerana Baginda Rasul sedang sakit tenat dan dia hendak menuntut membalas dendam pula. Budak itu dapatkan pecut dari Omar kemudia melihat kepada Nabi.
Nabi berkata, “Apa lagi budak balaslah saya sekarang.” Budak hitam itu berkata, “Semasa saya kena pecut saya tidak punya baju.” “Jadi apa mahu mu?” kata Rasul. Budak hitam itu berkata, “Saya mahu tuan juga buka baju !”Rasul tanggalkan jubahnya dan kelihatan kulitnya yang putih berseri. Budak hitam itu melepaskan pecut itu kemudian berlari kepada Rasul dan memeluknya seerat yang kuat.
Budak hitam itu berkata, “Sekarang saya dapat bersama dengan tuan tetapi di akhirat nanti pasti, seperti saya ini, tidak dapat berjumpa dengan tuan. Maka itu saya ambil pelung ini untuk menciup kulit tuan yang amat mulia ini. Saya berbuat ini cuma akal-akalin kalau tidak saya tidak ada peluang mencium kulit tuan!”
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada para jemaah, “Tengoklah budak ini dia cinta benar kepada saya maka inilah contoh penghuni syurga. Dalam Islam sesiapa sahaja dapat menyentuh kulit badan Rasul adalah jaminan masuk syurga. Kemudian Baginda balik ke rumahnya dipimpin oleh para jemaah kerana Baginda tidak kuat lagi berjalan, kerana sakit.
Di rumah, Baginda memberi tahu anaknya Fatimah bahawa ayah tidak dapat melayan tetamu lagi. Tiba-tiba datang seorang lelaki gempal dan garang mukanya. Fatimah katakan kepadanya bahawa ayahnya tidak mampu lagi melayan tetamu. Tetapi orang itu memaksa berjupa kepada Rasul. Kemudian Baginda terdengar percakapan mereka lalu Baginda mengizinkannya masuk.
Baginda tahu bahawa orang itu adalah Malaikal Maut. Rasul berkata “Sudah sampai masanya Jibrail?” Jibrail kata: “Sudah!” Kemudian roh Baginda dicabat perlahan-lahan seraya Baginda mengucap kalimah yang terakhir kepada para jemaah yang turut sama ke rumahnya, “Asolat, asolat, itakunisa-inakunisa, umati-umati”.(Solat, peliharala solat; jagalah wanita, jagalah wanita; umatku, umatku.” Kemudian Baginda menghembeuskan nafas yang terakhir.
Dalam riwayat hidup Nabi Muhammad ia mencintai semua manusia tidak kita kawan atau musuh. Oleh itu mengapa kita tidak cinta kepada Rasul kerana kecintaan kepada Baginda adalah jaminan masuk syurga!

Subscribe to:
Posts (Atom)