Dimensi
Kerohanian
(Disiarkan pad
19. 12. 2020)
Amal Saleh
Setiap manusia memerlukan pembangunan
maka itu untuk memudahkan setiap insan untuk melaksanakan pembangunan dirinya faktor utama yang perlu
ada ialah ilmu. Dengan ilmu akan memudahkannya untuk melaksanakan amal saleh. Beramal
tanpa ilmu menjadi buta. Agama Islam memanusiakan manusia ke landasan diredhai
Allah s.w.t. Islam menunjuk kan kita ke jalah yang benar kelak medekatkan kita kepada
Allah s.w.t.
Manusia adalah ciptaan Allah yang paling
besar, maka itu terlebih dahulu kita harus mengenali-Nya. Walaubagaimana pun,
untuk mengenal Allah, wajar terlebih dahulu bermuara dengan mengenali diri
sendiri. Kita dibekalkan Allah satu fitrah iaitu kemahiran berfikir; maka
pergunakanlah ia untuk mengenali diri sendiri. Seperti mana yang telah
dilakukan oleh para ulama’ seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rasuf Al-Singkel dan
lain-lain ulama’ zaman Acheh, yang mengenali Tuhan, setelah terlebih dahulu
mengenali diri sendiri.
Allah ciptakan manusia daripada tanah yang
iblis telah perselekehkan berbanding dirinya yang Allah diciptakan daripada api. Maka oleh Allah hujah demikian
sangat dimurkai Nya. Iblis tidak tahu
bahawa tanah itu adalah makhluk yang mempunyai berbagai kelebihan berbanding
dengan makhluk Allah lainnya. Segala makhluk ciptaan Allah kesemuanya hidup di
atas tanah kerana makhluk tanah Allah ciptakan untuk tempat kehidupan berbagai
makhluk. Makhluk api juga wujud daripada tanah. Sebagai contoh manusia pertama
iaitu Nabi Adam a.s., bersama isterinya Siti Hawa, setelah Allah perintahkan
mereka turun ke bumi dari Syurga, tidak mempunyai apa-apa bekalan hanya fitrah
kemahiran berfikir. Mereka gunakan fitrah tersebut untuk mengolah pembangunan
kehidupan selama dua ratus tahun seorangan diri.
Setelah manusia wujud Allah terlebih
dahulu bekalkan ilmu kepada manusia. Dengan berbekalkan ilmu maka manusia boleh
menjalankan berbagai pembangunan demi keman- faatan hidup manusia. Di zaman
moden ini manusia semestinya mengilmukan diri dengan menghadirkan diri di
institute pendidikan. Tetapi atas kekuasaan Allah semuanya itu hanya perlu kepada
manusia biasa sahaja. Kita ambil satu contoh yang amat sempurna iaitu Baginda
Rasul Nabi Muhammad S.A.W.. Beliau dilahirkan sebagai anak yatim kerana ayahnya
meninggal dunia semasa Aminah mengandung Muhammad enam bulan. Setelah Muhammad
lahir dalam usia enam tahun ibunya meninggal pula, menjadikan Muhammad hidup
sebagai anak yatim piatu di bawah asuhan neneknya Abu Talip.
Baginda Rasul Nabi Muhammad S.A.W.
menjadi manusia dipilih Allah menerima wahyu-Nya dalam perantaraan Malaikat
Jibril dan dipertanggungawab membawa dokumen tersebut iaitu agama Islam, agama
Allah sebagai cara hidup manusia seluruh dunia. Inilah manusia yang bersifat
umi dapat mentarbiahkan Islam sebagai cara hidup kepada umat manusia. Atas
kekuasaan Allah S.W.T. semuanya tidak ada yang mustahil.
Maka manusia mengilmukan dirinya dengan
berbekalkan dokumen wahyu dari Allah menjadi kenyataan. Islam adalah agama
Allah, diturunkan kepada Muhammad untuk mentarbiahkan manusia bagaimana
membangunkan tamadun kehidupannya yang mampan. Memahami Islam sebagai cara
hidup manusia wajar bermuara untuk memahami Islam sebagai Ad-Din.
Makna Islam dari segi bahasa. Al-Islam ertinya adalah menundukkan
atau menghadap kan wajah. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surat An Nisa
ayat 4:125 yang bemaksud: (terjemahan)
“Siapakah
yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan mukanya (dirinya)
kepada Allah – sedang dianya berbuat kebajikan, dan mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus. Allah
telah menjadikan Nabi Ibrahim itu teman.”
Dinnul haq (Islam adalah
agama yang hak (benar) maka apa pun
yang bertentangan
dengan
Islam adalah bathil. Seperti yang dijelaskan dalam Al-Qur’an surat Yunus ayat
10:32
“....maka
tidak ada sesudah kebenaran itu, malainkan kesesatan...”
Allah memberitahukan, bahawa
yang menciptakan sesuatu dengan diberi
pula keteta- pan-Nya (takdir-Nya) –yang telah disebutkannya dahulu – Dianya
ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar, iaitu Tuhan yang berhak disembah,
bukannya berhala.
Apabila tetaplah sudah dengan
keterangan yang jelas dan dalil pemutus bahawa Allah itu Dialah Tuhan yang hak
dan sebenar, maka beribadat dan
menyembah kepada selain Allah itu menjadi suatu perkara yang batil dan
sesat. Sesiapa yang menyembah selain Allah jadilah ia orang syirik, perbuatannya
adalah salah dan sesat.
Dinnullah
(agama
Allah) : Islam disebut Dinnullah ajaran
Islam berasal dari Allah.
Allah berfirman dalam Al-Qur’an surat Ali
Imran ayat 3:19: “Sesungguhnya agama
(yang diredhai) disisi Allah hanyalah
Islam.
Dinnul Islam : Kehidupan muslim harus tunduk kepada Islam. Ad-din
ertinya ketundukan, Ketundukan atau ketaatan seorang muslim terhadap Allah dan
Rasul-Nya hukumnya adalah mutlak.
Pemahaman Islam sesuai yang dikehendaki
Allah dan Rasul-Nya adalah Islam yang Ya’lu wala yu’la alaihi (Islam
adalah tinggi dan tiada yang menandinginya). Ketinggian umat Islam berbanding
lurus dengan ketinggian Islam. Jika umat Islam berkomitgmen terhadap Islam maka menjadi umat yang tinggi dan berwibawa,
tetapi jika umat Islam meninggalkan Islam maka umat itu akan dihinakan
Ad-Din di sini bererti adalah
satu cara hidup. Ia adalah suatu sistem yang mencakup peraturan-peraturan yang
menyeluruh, serta merupakan “undang-undang” yang lengkap dalam semua urusan
hidup manusia untuk kita terima dan mengamalkannya secara total.
Kesimpulannya, Islam tidak hanya
sekadar agama, tapi juga suatu cara hidup, suatu
sistem,
pedoman hidup, dan juga peraturan-peraturan yang menyeluruh. Islam adalah Ad-Din
yang telah diwahyukan Allah kepada Rasulullah SAW sebagai rahmat bagi seluruh
semesta alam. Ia adalah Ad-Din yang diperintahkan kepada dua hal, iaitu iman
dan amal. Iman merupakan aqidah atau pokok, dan di atasnya berdiri syariat
Islam.
Kita pelajari bahawa, setiap Rasul
yang diutus Allah membawa Ad-Din yang satu, iaitu Ad-Din yang menyeruh untuk
meng-Esa-kan Allah. Membawa “agama” tauhid, yang tidak mengakui adanya
tuhan-tuhan melainkan hanya Allah semata. Dalam kerangka hal tersebut, mereka
(kaum setiap Rasul) membentuk peraturan-peraturan yang dibawah oleh Rasul pada
zamannya. Peraturan-peraturan inilah yang dinamakan syariat. Jadi, walaupun
Ad-din yang dibawa oleh setiap rasul itu sama (tauhid, meng-Esa-kan Allah),
namun syarait mereka berbeza-beza dalam hal tertentu.
Allah berfirman dalam surah Al
Maidah ayat 5:48 yang bermaksud: (terjemahan)
“Untuk
tiap-tiap umat di antara kamu, Kami
berikan aturan dan jalan yang terang...”
Ayat ini ditujukan kepada
ketiga-tiga umat, iaitu umat Nabi Musa, umat Nabi Isa dan umat Nabi Muhammad
(s.a.w.) Masing-masing umat tersebut ada syariat atau ada peraturan-
nya
sendiri-sendiri. Di dalam Taurat ada syariatnya, di dalam Injil ada syariatnya,
dan juga di dalam al-Quran ada
syariatnya.. Tetapi semua mempunyai agama yang satu iaitu agama tauhid iaitu
mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa. Dan dengan diutusnya Nabi Muhammad
SAW sebagai Nabi penutup, maka syariat Islam telah menutup seluruh syariat
nabi-nabi sebelumnya dan menempatkannya
sebagai syariat terakhir yang sempurna. Tidak ada lain syariat selain Syariat
Islam. Di dalamnya tidak terdapat perbezaan tatacara beribadah, asas-asas kehidupan dan
undang-undang yang berlaku bagi manusia
dan seluruh alam hingga akhir kiamat.
Hakikat Insan
Manusia adalah sejenis makhluk ciptaan
Allah yang terbentuk daripada cantuman roh yang bersifat ghaib dan kekal dengan jasad
yang bersifat nyata dan sementara. Kejadian manusia pada mulanya ialah daripada
air mani yang merupakan satu proses daripada makanan sebagai produk daripada
tanah, iaitu berbagai makhluk memakan berbagai jenis makhluk daripada tanah. Cantuman
air mani lelaki dengan air mani perempuan berlaku semasa hubungan kelamin.
Semasa percantuman kedua air mani tersebut ia menjadi segumpal darah beku.
Kejadian darah beku berkenaan akan menjadi sejenis lembaga yang tidak ada
apa-apa perbezaan daripada asal-usulnya
Walaubagaimana pun setelah lembaga berkenaan berada dalam rahim seorang
ibu genap 120 hari atau 4 bulan, Allah meniupkan roh ciptaan-Nya ke dalam
lembaga tersebut. Setelah roh ciptaan Allah bersama dengan lembaga berkenaan
maka mulalah makhluk manusia yang berperasaan dan berkemahuan.
Allah berfirmsn dalam surah Al-‘Alaq
ayat 96:2 (terjemahan)
“Dia yang menjadikan manusia dari segumpal darah
(beku)
Tuhan yang menjadikan manusia
dengan bentuknya yang sangat indah, dan muliakan
nya
lebih daripada makhluk lain. Kejadiannya dari air mani yang mengandungi
haiwan-haiwan yang sangat halus, ta’ dapat
dilihat oleh mata kasar kecuali dengan perantaraan alat pembedar
(makroskop),dengannya dapat dilihat bahawa haiwan tersebut mempunyai kepala dan
ekor yang panjang. Maha Suci Tuhan sebaik-baik pencipta. Kemudian air mani yang
sudah dipersenyawakan itu pun menjadi segumpal darah beku yang dinamakan ‘alaq.
Roh mempunyai empat fungsi yang utama,
iaitu kalbu, akal, jiwa dan ruh. Jasad pula
merupakan alat yang digunakan oleh roh, menjalani kehidupan di dunia.
Roh diciptakan oleh Allah terlebih
dahulu daripada jasad dan ia sudah mempunyai beberapa pengetahuan kerohanian
sebelum bercantum dengan jasad. Selepas
roh bercantum dengan jasad, terdapat empat unsur asas yang membentuk ciri
semula jadi manusia, iaitu unsur syawat, unsur marah,, unsur kesyaitanan, dan
unsur ketuhanan.
Unsur syahwat berkait dengan
keperluan fisiologi, unsur marah berkait dengan keperluan keselamatan, dan
unsur ketuhanan berkait dengan keperluan psikologi. Manakala unsur kesyaitanan
pula tidak berkait dengan sebarang kepeluan asas, tetapi boleh melahirkan sifat
buruk seperti menipu, mungkir janji, dan bercakap bohong.
Manusia mempunyai potensi
kekuatan dan kelemahan yang tertentu. Mana-mana
kekuatan
atau kelemahan akan berkembang subur dengan banyak berdasarkan beberapa faktor
seperti jiwa manusia, corakasuhan, kualiti pendidikan, persekitaran fisikal,
dan persekitaran sosio-budaya. Satu kekuatan asas yang ada pada manusia ialah
kebolehan untuk membina ilmu, membuat pilihan hidup, dan mengurus diri sendiri.
Kelemahan manusia yang paling utama pula ialah sifat lalai dan lupa. Sifat
inilah yang menjadi punca kezaliman, penderha- kaan, dan ketidaktaatan manusia
terhadap peraturan dan suruhan Allah. Manusia dinamakan insan kerana sifat pelupanya. Melalui unsur kesyaitanan dan sifat
pelupa manusia terdedah kepada bisikan syaitan, iaitu syaitan merupakan sejenis
makhluk yang menjadi musuh manusia yang sentiasa berusaha untuk membawa manusia
ke neraka.
Untuk membantu manusia menjalani
kehidupan duniawi dengan baik, Allah menurunkan petunjuk dalam bentuk Al-Qur’an
dan al-Sunnah. Dengan berpandukan ilmu wahyu, pemikiran rasional, dan
pengalaman yang konstruktif, maka manusia dapat menjalan kan tugas sebagai
hamba dan khalifah Allah di muka bumi dengan baik.
Roh manusia adalah sebahagian
hembusan roh Allah, ini yang mendasari bubungan antara manusia dengan
Tuhan-nya. Kerana roh itu manusia diangkat sebagai makhkuk terbaik dan
dinobatkan sebagai khalifah Allah di atas bumi. Peranan roh ini akan terlihat
pada instink manusia yang tunduk kepada Allah. terlihat ketika dengan sedar dia
menggunakan akal fikirannya dalam mempertimbangkan sesuatu ikhtiar dan
pekerjaan tertentu, dan akan nampak jelas di saat ia mengaplikasikan jiwa dalam
melaksanakan atau menolak aturan agama.
Manusia terbentuk daripada unsur
rohani yang bersifat ghaib dan unsur jasmani yang
bersifat
nyata, dan kedua-duanya mempunyai entiti dan realiti yang berbeza. Misalnya, unsur rohani atau roh manusia
mengandungi beberapa potensi dan ciri yang berkait dengan sifat-sifat suci
Allah. Roh merupakan suatu unsur ciptaan Allah yang tidak layu, tidak rosak,
dan tidak binasa. Roh tersebut tidak mati dengan matinya jasad kerana semasa
kematian jasad, roh hanya terpisah dan meninggalkan jasad tersebut. Dengan
pemisahan dan peninggalan itu, maka kakulah segala aktiviti manusia yang yang
bersngkut dengan unsur jasmani. Yang kaku dan diam itulah dikatakan mati.
Dalam kehidupan di dunia, setiap
roh diberikan jasad sebagai alat untuk mencapai matlamat kerohanian. Jasad secara sendiri tidak dapat membentuk hakikat
kemanusiaan. Jadi, cantuman yang sebati mesti berlaku antara unsur rohani
dengan unsur jasmani bagi penciptaan makhluk istimewa yang dikenali sebagai
manusia. Dalam hal ini, keselamatan jasad perlu dilindungi demi kepentingan
perkembangan roh. Roh menggunakan jasad, alam fisikal, dan pengelaman waras untuk membina prinsip dan
konsep bagi sesuatu bidang pengetahuan dan falsafah hidup.