ILMU DAN AMAL
MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH SWT.
((Disiarkan pada 07.
11. 2020)
Manusia hidup semestinya dengan ilmu.
Ilmu merupakan kermartabatan manusia sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya.
Sekiranya ilmu itu hilang dalam dirinya maka
manusia hilang kemartabatannya sebagai manusia. Oleh itu manusia yang berilmu
sahaja yang dipanggil sebagai manusia tulin.
Wahyu Allah yang pertama diterima oleh
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW adalah
mengenai ilmu; iaitu “Iqra” yang bermaksud “Baca”. Ibadah membaca merupakan
pintu untuk masuk ke dalam arena ilmu
pengetahuan. Apabila kita sudah di dalamnya maka kita mempunyai kekuatan untuk
memahami sesuatu ilmu. Kadangkala kita
mendengar kono- tasi yang berbunyi; Ilmu adalah zat memanusiakan manusia. Orang
yang berilmu sahaja yang wajar dipanggil sebagai manusia tulin.
Masyarakat Jahiliah dikategorikan sebagai
masyarakat yang tidak berilmu atau masyarakat yang jahil. Mereka tidak
memahami makna kemanusiaan. Sebagai
contoh masya- rakatnya menganggap Jahil kerana tidak memahami apa dia itu
ciri-ciri kemansiaan. Akibat kejahilan mereka untuk memahami dirinya sebagai manusia,
maka mereka tidak mendekati budaya kasih sayang antara sesama insan. Malah anak
perempuan yang baru lahir dianggap mereka sebagai pembawa kesialan dan
keruntuhan kepada pembangunan keluarga. Makhluk manusia memegang ciri-ciri
kemanusiaannya kerana ia mumpunyai naluru berkasih sayang.
Baginda Rasul Nabi Muhammad SAW
dilahirkan sebagai anak yatim dan setelah Baginda berusia enam tahun ia menjadi anak yatim
piatu pula kerana ibunya balik ke rahmatullah. Allah bina beliau sejak kecil
lagi kerana kita setiasa melihat awan yang tebal melindunginya di mana sahaja ia pergi. Apabila cahaya mata hari
memancar ke bumi begitu panas kadang-kadang Allah jatuhkan titisan air ke atas
bagina untuk menyejukkan keadaan.
Maka Allah SWT pilih beliau sebagai manusia yang menerima
wahyu-Nya dalam perantaraan Malaikat Jibril. Allah S.W.T. perintahkannya melalui
Malaikat Jibril supaya membaca, tetapi Baginda menolaknya kerana beliau tidak
pandai membaca. Perintah berkenaan disampaikan Allah kepada Baginda kerana
memberi kefahaman bahawa melalui pembacaan akan terbuka ufuk pemikirannya
tentang kewujudan Allah S.W.T. melalui fitrah ilmu yang diterimanya dari Wahyu
Allah S.W.T..
Seringkali kita mendengar ungkapan orang-orang
berilmu mengatakan bahawa dengan ilmu ia memanusiakan manusia. Baginda Rasul
Nabi Muhammad SAW mengalami kemuskilan yang amat para sekali apabila baginda
menyampaikan ilmu yang diterimanya dari Al-Quran kepada masyarakat Quraisy,
kerana tidak memahami ilmu berkenaan mendekatkan mereka kepada kebaikan kelak
akan mengenali diri mereka sebagai hamba Allah S.W.T..
Hati masyarakat quraisy berdegil tidak
menerima ilmu yang Baginda sampaikan kepada mereka atas dasar bahawa beliau difahami sebagai
umi, tidak pandai membaca dan menulis maka apa saja ilmu datang dari pemikiran
Baginda menjadi duri dalam jiwa mereka maka mereka berkeras hati untuk
menentang menerima ibadah Baginda.
Manusia yang berilmu dan menggunakan
ilmu untuk kepentingan pembangunan manusia adalah insan yang dikategorikan
sebagai orang yang hidup dan membangunan. Cintanya kepada ilmu membentuk
dirinya sebagai manusia yang bertanggungjawab untuk membuat perubahan kepada
masyarakat agar lebih peka untuk memahami peranannya sebagai ahli masyarakat
yang membudayakan kemuafakatan demi
kestabilan ukhuwah kemanusiaan.
Kita hidup harus berpegang kepada satu
ideologi bahawa dengan kehadiran ilmu dalam seorang insan memberikan satu
tanggungjawab untuk membudayakan pemikiran yang proaktif. Dengan amalan demikian
kehadiran ilmu dalam diri kita dapat dimanfaatkan untuk membangunkan manusia.
Tetapi apabila manusia tidak mempunyai
ilmu dan tidak pula membuat sebarang amalan, dikategorikan sebagai bangkai
bernyawa. Kumpulan manusia ini adalah sampah masyarakat atau dalam erti kata
lain manusia yang tidak melihat pembangunan itu sebagai satu ketamadunan hidup.
Manusia sedemikian rupa dengan segala kecantikan bentuk dan sifatnya tetapi
tidak mensyukurinya kerana tidak memahami siapa yang memberi kemanfaatan hidup
demikian canggihnya.
Memperolehi ilmu pengetahuan mempunyai
banyak kelebihan dan ini dapat dibukti kan oleh Al-Ghazali memetik ayat
Al-Qur’an seperti berikut:
1
Allah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan melainkan
Dia yang menegakkan keadilan. Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga yang
menyatakan yang demikian itu) tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Kuasa lagi
Maha Bijaksana. Surah Ali Imran ayat 3:18.
2
Dan perumpamaan-perumpamaan ini kami buatkan untuk
manusia dan tiada yang memahami kecuali orang yang berilmu. Surah
Al-Ankabut ayat 29:43.
Kelebihan ilmu
telah meletakkan manusia pada martabat yang ketiga selepas Allah SWT.
ini
menunukkan ilmu mempunyai suatu daya untuk mengamati alam ini, hakikat dan
permasalahan. Ilmu diiberatkan pakaian yang menutup tubuh badan. Oleh itu
manusia yang tidak berilmu laksana seorang manusia yang berbogel. Allah
berfirman surah Al-A’raaf ayat 7:26, yang bermaksud: (terjemahan)
Kata Ibnu Abbas: Pakaian takwa itu ialah, beriman
dan beramal salih. Kerana kedua nya merupakan sebaik-baik perhiasan dan
sebaik-baik pakaian.
Beberapa hadis Rasulullah
menyentuh tentang kelebihan ilmu pengetahuan. Antaranya ialah:
1
Apa
yang terdapat dilangit dan dibumi disediakan untuk manusia yang berilmu.
2
Manusia
yang terbaik ialah seorang yang beriman dan bijaksana, Jika dia dikehendaki,
dia akan menjadi seorang yang berguna. Jika sekiaranya dia tidak dikehendaki
dia boleh berdikari.
3
Manusia
yang hampir kepada kenabian adalah mereka yang berilmu pengatahuan dan berjuang
ke jalan Allah (jihad). Orang yang berilmu akan memimpin manusia ke jalan yang
disuruh oleh para Nabi dan Allah.
4
Kematian
seluruh anggota masyarakat untuk sesuatu kaum atau suku kaum dapat diterima
tetapi kematian seorang yang berilmu adalah sukar dicari ganti.
5
Manusia
yang berpengetahuan merupakan pemegang amanah Allah di muka bumi ini.
6
Martabat
yang tertinggi iaitu orang yang berilmu menguasai orang yang rajin beribadat adalah
sama dengan kelebihan bulan dengan menguasai bintang-bintang lain apabila bulan
itu menjadi penuh,
7
Orang
yang berilmu dan berpengetahuan berada 70 darjah lebih tinggi dari orang yang beriman
biasa.
Kupulan hadis tersebut menghuraikan
keistemewaan orang yang berilmu. Al-Ghazali berpendapat bahawa ilmu pengetahuan
membentuk manusia. Manusia yang berilmu sahajalah dapat dianggap manusia sejati
kerana manusia dijadikan mempunyai potensi untuk mengeta- hui. Menurut beliau
sajian hati ialah ilmu dan hikmah sebagaimana makanan untuk keperluan jasad.
Oleh itu hati akan kelaparan
sekiranya tidak disajikan dengan ilmu pengetahuan dan hikmah selama tiga hari.
Hati yang kekurangan ilmu pengetahuan akan merana dan akibatnya kematian
merupakan sesuatu pasti walaupun ia mungkin tidak menyedari.
Penggunaan ilmu yang sempurna
akan melahirkan akal kemalaikatan. Ia
akan mengua sai keinginan manusia melayani nafsu dan kiblatkan fikiran kepada
kebaikan dan kemuafakatan dalam hidup. Selain daripada menguasai ilmu
pengetahuan yang dipusakai dari ahli-ahli fikir yang lain atau wahyu Allah yang
diturunkan kepada Rasulullah s.a.w., para ilmuan atau ahli fikir dapat
mempunyai hikmahnya kepada manusia.
Allah telah menaburkan
hikmah-hikmahnya diseluruh alam, di langit, di angkasa
lepas,
bintang-bintang, bulan dan mata hari, di lautan, di perut bumi di alam
kehidupan manusia samada di duniawi mahupun ukhrowi dalam alam rohani semuanya
mempunyai Hikmah Allah SWT. Manusia tidak akan dapat menemukan hikmah-hikmah
itu jika penguasaan ilmu pengetahuan tidak dijadikan budaya kehidupan manusia.
Kewajipan hidup ialah mendekati
Allah dan ini dapat dimanfaatkan melalui amalan yang sentiasa ditemani dengan
kesyukuran terhadap kurniaan Allah sama ada hidayah mahupun musibah atau
teguran, Ilmu pengetahuan memberi pelita kepada kesempurnaan kehidupan mansia dan memahami diri bahawa segala
apa yang diperolehi adalah hidangan Allah kepada hamba-Nya yang membudaya
kesyukuran. Hati yang bersih dengan sajian ilmu pengetahuan yang tinggi dapat
melandaskan segala amalan manusia jauh dari kekufuran kepada nikmat-nikmat
Allah.
Wahyu pertama Allah sampaikan kepada
kekasihnya Muhammad ialah “Iqra” iaitu baca. Melalui ibadah pembacaan manusia
dapat mendewasakan pemikiran dan dapat mengolah ilmu yang baru diperolehi.
Ibadah demikian merupakan satu amalan untuk mencapai pembangunan kehidupan
kelak akan mendekatkan kita kepada Zat yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Segala kewujudan makhluk di alam ini
sama ada yang bersifat nyata mahupun yang ghaib adalah kerana Allah dan Allah
tidak wujudkan sesuatu tanpa kemanfaatannya.
Menerima ilmu melalui pembacaan, manusia diberi satu fitrah dalam diri setiap
insan yang dikenali sebagai kemahiran berfikir. Baginda Rasul Nabi Muhammad
S.A.W menerima wahyu dari Allah dalam perantaraan Malaikat Jibril, masih
bersifat original dan kebanyakannya merupakan tamsilan bahasa. Setelah Baginda
menerima satu ilmu atau wahyu dari Allah
yang masih memerlukan satu kekuatan intelek untuk mendapatkan makna sebenar wahyu
berkenaan dalam erti kata pembangunan kehidupan. Baginda mempunyai kekuatan
intelek dari Allah s.w.t. maka baginda dapat mentafsirkan makna ilmu atau wahyu
yang diterimannya apabila baginda mentarbiahkannya kepada umat Baginda.
Nabi Muhammad s.a.w. langsung sampaikan ilmu
yang baru diterimanya dari Allah melalui Malaikat Jibril kepada sahabat-sahabat
Baginda dan seterusnya kepada umat manusia dalam bentuk tafsirannya untuk
memudahkan umat manusia apa sebenar yang Allah maksud kan dalam wahyunya sebenar.
Walaupun Baginda tidak pernah memasuki
institusi pendidi kan yang formal untuk mengilmukan dirinya tetapi Allah
bekalkan Baginda satu kekuatan dalam
jiwanya potensi tulin itu terletak dalam unsur ketuhanan, iaitu satu daripada
empat unsur semula jadi manusia yang boleh dikembangkan menjadi daya intelek
yang tertentu. Ringkasnya, daya intelek yang dipunyai oleh individu adalah
saling berkait dengan sifat-difat Allah yang diberi kepada manusia dalam bentuk
yang amat terbatas.
Dari sudut perkembangan daya intelek
boleh dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu potensi intelek, skim ilmu dan amal
yang salih. Setiap manusia mempunyai potensi semula jadi (fitrah) untuk tumbuh
dan berkembang menjadi insan yang baik. Pada hakikatnya, daya intelek bukanlah
hak milik individu secara mutlak, tetapi ia adalah hak milik Allah. Setiap
individu diamanahkan dengan daya intelek sebagai ujian daripada Allah. Oleh
itu, individu yang berjaya menggunakan daya tersebut mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh Allah akan mendapat kebahagian, manakala individu yang gagal
pula akan mendapat penderitaan.
Ilmu itu terletak dalam roh dan ia memainkan peranan yang penting dalam
menentu kan sifat kemanusiaan. Ilmu dan hikmah merupakan santapan kalbu. Ilmu
yang paling utama ialah pengetahuan tentang kewujudan Allah dan segala kehendak
Allah. Darjah kemanfaatan ilmu berganung pada sejauh mana ilmu itu di oriantasikan
kepada peghampiran diri manusia kepada Allah dalam urusan keduniaan dan
keakhiratan
Istilah hikmah (bijaksana) bermaksud
keadaan jiwa yang berkeupayaan mengetahui dan membezakan antara kebenaran
dengan kebatilan dalam segala perbuatan
yang termasuk dalam lingkungan ikhtiar manusia. Hikmah merupakan ilmu kurniaan
Allah yang memboleh
kan
seseorang untuk mengetahui tentang kedudukan atau tempat yang sebenar bagai
sesuatu perkara dalam urutan dan fitrah kejadian. Hikmah yang bertapak dalam
kalbu akan mengha- lang seseorang daripada bergelimang dalam kelakuan yang
jahat. Jadi, hikmah merupakan puncak segala perbuatan yang baik dan segala budi
pekerti yang terpuji.
Potensi ilmu dapat menempatkan
manusia di istana kemuliaan jika digunakan berlandaskan kepada kesyukuran
terhadap yang Maha Pencipta. Tetapi mengkufuri nikmat Allah itu menampatkan
manusia yang berilmu lebih hina daripada haiwan. Maka muliakan hidupmu
bersendikan ilmu yang bersifat ukhrowi.
No comments:
Post a Comment