Friday, August 12, 2016

BERMASYARAKAT MEMAKMURKAN KEHIDUPAN

 (Disiarkan pada 12. 08. 2016)
               Hidup bermasyarakat tunggak keperibadian ummah. Hidup itu menyeronokan kerana kehadiran orang lain. Manusia diwujudkan Allah menyantuni perasaan kasih sayang kerana Allah. Perasaan kasih sayang merupakan faktor utama dalam melahirkan keluarga bahagia kelak membentuk masyarakat yang berwawasan.
Dimana sahaja kita hidup memerlukan kehadiran orang lain atau semestinya ada masyrakat. Tanpa kehadiran orang lain yang akan membentuk masyarakat, sukar merasakan kenikmatan hidup ini. Walaupun kita hidup di syurga Allah tanpa teman, kurang menyeronok kan seperti halnya manusia pertama, Nabi Adam a.s..
Dia tidak dapat merasakan kemanisan hidup seorang diri, walaupun hidup di syurga Allah yang semuanya disediakan apa sahaja yang dia ingini. Pada mulanya, kesunyian hidup  Adam, dapat diselesaikan Allah dengan mewujudkan seorang teman yang diciptakan dari bahagian diri Adam sendiri. Allah  wujudkan seorang wanita dari bahagian diri Adam sendiri, iaitu dari tulang rusuknya sebelah kiri.
               Oleh sebab, asal temannya itu dari dirinya sendiri maka bertambahlah perasaan kasih sayang atau cinta antara sesama manusia khususnya lelaki dan wanita dalam membentuk masyarakat bahagia. Adam, oleh Allah diijabkabulkan menjadi sepasang suami isteri dengan Siti Hawa  setelah Adam terlebih dahulu menunaikan emas kahwinnya kepada Siti Hawa.
Oleh sebab Adam tidak ada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai mas kahwin maka Allah perintahkan Adam mengucap salawat Nabi - Allahuma salih ala saidina Muhammad wala alihi saidina Muhammad. Orangnya belum wujud lagi tetapi namanya sudah dijadikan mas kahwin kepada perkahwinan manusia pertama.
Dari zuriat nabi Adam maka manusia mula berkembang membentuk masayarakat lewat pernikahan disebabkan naluri cinta yang ada pada setiap manusia sama ada lelaki atau perempuan menjai fitrah. Cinta lelaki pada seorang wanita adalah  fitrah disebabkan si lelaki ingin benar mendapatkan bahagian dirinya yang hilang, kembali semula; manakala cinta wanita kepada lelaki adalah wanita ingin benar kembali semula kepada asalnya. Maka demikianlah asal usul mengapa perasaan cinta itu wujud pada setiap manusia yang menggalakkan manusia untuk mendapatkan pasangan hidupnya.
               Dalam hidup bermasyarakat banyak manfaat yang kita dapat perolehi lewat hubungan ukhuwah kemanusiaan. Manusia banyak keindahan hidup yang merupakan fitrah Allah dapat kita perolehi lewat hubungan kemanusiaannya. Oleh sebab manusia diwujudkan Allah dalam dua unsur, rohani dan jasmani maka manusia mendapat manfaat dari kedua-dua unsur tersebut.
               Dari segi jasmaninya kita dapat merasakankan keenakan dalam pergaulan serta kerjasama dalam semua urusan sama ada dari segi sukan atau muamalah lainnya. Manakala dari segi rohani pula kita dapat menikmati manisnya iman kepada Allah serta kasih sayang antara sesama manusia. Satu buah dalam pergulan yang dapat kita nikmati yang amat tinggi nilainya di sisi Allah ialah merasa cinta kepada amal ibadat kita lewat hubungan dengan Allah, habluminallah dan juga hubungan dengan sesama manusia, hablum minannas.
               Hidup bermasyarakat akan dapat kita membina solidaritas sosial kelak menghidupkan suasana falsafah persaudaraan sejagat. Fenomena falsafah ini wujud sejak bapa manusia  pertama lagi iaitu Nabi Adab a.s. Tidak ada yang dibanggakan dalam hidup ini kerana semua kita adalah dari keturunan yang sama dan mempunyai idologi yang serupa yang telah diwujudkan Allah sejak kewujudan manusia.
Berlakunya perbezaan antara sesama manusia ialah dari roman mukanya. Ada warna kulitnya kekuning-kuningan langsat; manakala lainnya bercahaya putih dan tidak kurang pula yang berwarna hitam legam. Semua jenis warna kulit  manusia itu telah diwujudkan Allah s.w.t. atas dasar Allah ciptakan manusia daripada tanah. Tanah yang mempunyai berbagai warna, seperti putih, hitam, kekuning-kuningan langsat dan sebagainya.Tetapi semua manusia adalah  sama hanya yang membezakan kita ialah ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Allah berfirman dalam Al-Qur’an surah Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud:
“....Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa.”
Kewajipan manusia sebagai pemakmur alam kehidupan merupakan satu agenda yang perlu ditangani oleh setiap insan sebagai ahli dalam membina masyarakat. Allah telah mewujudkan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Rancangan Allah tersebut telah disanggah oleh para malikat kerana bagi mereka (malaikat) manusia mempunyai kelemahan dalam melaksanakan amanat Allah s.w.t.
Tetapi kehadrian ilmu pada manusia yang dibekalkan Allah,  yang mana fitrah tersebut tidak diberi kepada para malaikat, tanpak kelemahan pada malaikat. Maka malaikat dan iblis diperitahkan Allah tunduk (tanda hormat) kepada manusia. Malaikat tunduk hormat kepada manusia tetapi makhluk iblis menentang perintah Allah mengakibatkan iblis dicabut segala kenikmatan hidupnya dan dilaknat oleh Allah s.w.t. Iblislah penghuni neraka yang sah.
Mengikut pendapat ahli Sains, manusia adalah makhluk bersosial. Hubungannya dengan orang lain menampilkan identiti kemansiaannya. Manusia memerlukan keberadaan orang lain. Tidak banyak yang manusia boleh laksanakan seorang diri tanpa  bantuan orang lain. Hidup bermasyarakat menggamit kesetiakawanan sosial kelak dapat membina suasana kerjasama yang padu.
Tolong menolong dalam semua agenda kehidupan akan melahirkan suasana kasih
sayang yang menjadi tunjang kesejahteraan bermasyarakat. Sebuah falsafah pembangunan manusia mengatakan “hidup satu haluan dan sehaluan” menjadikan satu perjuangan dalam memurnikan hidup bermasyarakat.
               Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah adalah budaya yang sentiasa mementingkan kebajikan orang lain. Kata-kata prinsip pembagunan kerajaan Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Najib  bin Tun Razak ialah “Rakyat di dahulukan,  Pencapaian diutamakan.”
               Slogan “Rakyat di dahulukan, Pencapaian Diutamakan” menjadi satu tunjang utama, semangat ini terus kian membara di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, untuk mencapai status negara maju sepertimana yang diilhamkan oleh mantan Perdana Meteri Malaysia yang ke lima Tun Dr. Mahathir Muhammad melalu Wawasan 2020, syarat yang paling utama ialah sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini hanya akan dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.
               Nilai kemanusiaan masyarakat yang dianjukan oleh Islam ialah persaudaraan atau ukhuwah. Manusia hidup di
sebuah masyarakat yang sayang menyayangi, mempunyai perhubungan yang erat dan saling bantu membantu. Mereka dihimpunkan oleh perasaan sebagai anak keluarga yang satu yang saling menyayangi antara satu sama lain sehingga setiap orang di dalamnya merasa kekuatan saudaranya adalah kekuatannya; kelemahan saudaranya adalah kelemahannya.
               Naluri kasih sayang yang ada pada setiap manusia sememangnya berpunca daripada kehadiran rohaninya yang dibekalkan oleh Allah s.w.t.. Rasa keinsanan merupakan rasa kemanusiaan yang berunsur rohaniah yang mempunyai ciri-ciri kasih sayang terhadap sesama insan kerana Allah s.w.t.. Sifat kasih sayanglah yang membentuk tamadun kehidupan manusia dan memberi satu kekuatan dalam melahirkan masyarakat yang bersosial.
               Kekhalifaan manusia berdasarkan kehadiran ilmu dan naluri kasih sayang yang membentuk satu ikatan antara manusia sebagai pemakmur alam kehidupan dengan makhluk Allah s.w.t. yang hidup bersamanya di alam buana ini. Perasaan kasih sayang merupakan satu kualiti atau sifat yang mendekatkannya kepada Allah s.w.t. yang mempunyai sifat Pengasih dan Penyayang.
               Kasih sayang dalam membina masyarakat menjadi agenda utama dalam pembangunan ummah. Islam sungguh-sungguh menjadikan kasih sayang satu perwatakan yang maksimum untuk membina masyarakat penyayang. Mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat berlandaskan kasih sayang, pertolongan, ikhlas, nasihat, saling berkomunikasi, bersatu padu, saling tolong menolong dan saling menyayangi.
               Cinta antara saudara adalah sifat fitrah dan kecendrungan yang suci pada diri manusia. Islam sentiasa menjaga dan memelihara sifat tersebut, semakin mendarah daging, kebesaran kemampuannya dan menjelas hak-haknya.
               Kasih sayang itu puncanya ialah Allah s.w.t.. Setiap kali kita memula sebarang ibadat kepada Allah kita dituntut untuk mengucapkan “Bimillahirahmanirahim”, yang bermaksud dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Sifat Ar-Rahman maksudnya memberi rahmat kepada sesiapa pun sama yang beriman atau tidak beriman kepada Allah. Rahmat yang dimaksudkan ialah rahmat yang kecil selama hidup di dunia sahaja.
               Sifat Ar-Rahim maksudnya memberi rahmatnya hanya kepada tertentu sahaja. Iaitu yang dikasihi dan disayangi oleh Allah s.w.t. sahaja dan rahmat ini adalah rahmat yang besar yang tidak terbatas waktunya selama hidup di dunia. Rahmat-rahmat besar tersebut dapat dirasakan nikmat dan manfaatnya yang berkekalan buat selama-lamanya  iaitu kebahagian di akhirat.
               Masjid harus memakmurkan kehidupan masyarakat. Masjid tidak harus digunakan sebagai tempat ibadah sahaja. Namun, masjid diharapkan menjadi pusat kegiatan yang dapat memakmurkan masyarakat di sekitarnya. Masjid diharapkan menjadi pusat perlaksanaan habluminallah (hubungan dengan Allah) dan habluminannas (hubunan dengan manusia).
               Masjid akan berfungsi dengan baik apabila  boleh memakmurkan masyarakat. Adalah tidak sewajarnya berlaku jika kelihatan di sekitaran masjid yang  megah  dan indah, masih ada warga yang hidupnya susah. Cara memakmurkan masyarakatnya ialah membentuk komuniti, boleh menjadi lembaga pendidikan, lembaga sosial, kesihatan , hingga ekonomi.
               Di samping beribadah, umat Islam dituntut mampu memajukan kehidupan sosial, termasuklah  kondisi perekonomian. Maka kita harus seimbang fungsi masjid itu. Khatib jangan hanya bercakap tentang halal dan haram, neraka dan syurga, tetapi juga bicara bagaimana kita boleh maju, menyuarakan agar  umat Islam boleh menjaga keseimbangan antara kehidupan dunia  dengan kehidupan akhirat.
               Dalam perspektif orang Islam kasih sayang kepada diri tertumpu kepada perhatian untuk memperolehi ilmu pengetahuan sehinggalah ilmu pengetahuan boleh dianggap sebagai suatu tanggungjawab agama yang suci, yang dikenakan ke atas setiap Islam baik lelaki mahu pun perempuan.
               Ilmu pengetahuan mestilah bersifat benar dan hakikat seperti apa yang dikatakan oleh  Al-Qur’an sebagai haq dan mestilah diperolehi  untuk tujuan kegunaan dalam kehidupan seharian.. Supaya hidup yang dijalani oleh manusia menurut tujuan dan matlamat dijadikan-Nya dan perintah yang diberikan mestilah dipenuhi.
               Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentu kan kebahagian individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa atau umat. Semua agama dan system sosial manusia menganjurkan ahlinya ke arah ilmu pengetahuan sekurang-kurangnya sebagai satu faktor penerusan agama, kepercayaan atau warisan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Tujuannya yang paling utama ialah untuk kepentingan duniawi seperti semua system sosial manusia dan setengahnya seperti Islam dan beberapa agama lain meliputi kebahagian ukhrowi
               Dalam surah Al-Asr ayat ayat 103:1-2 yang bermaksud:
               “Demi masa manusia  sentiasa dalam kerugian.”
Masa begerak tidak menungguh sesiapa pun. Manusia sentiasa tidak  dapat memanfaat kan masa sebaik mungkin, yang bergerak pantas. Ada orang yang beranggapan  bahawa masa itu masih banyak; tetapi tahukan anda setiap saat dalam hidup ini denyutan jantung sentiasa memberi tahu bahawa umur manusia sentiasa berkurangan.
                    Setiap hari perjalanan hidup menjadi pendek menghampiri liang lahad. Bagaimana pula dengan bekalan kita di akhirat nanti? Manusia sentiasa lupa dan tidak memahami mengenai kewujudannya di dunia ini. Kita memakmurkan kehidupan kita dengan menghiasi nya dengan amal ibadat kerana Allah, di samping melaksanakan tugas memakmurkan kehidupan  makhluk lain di alam ini.
                    Hidup manusia dilengkapi oleh Allah dengan berbagai nikmat hidup. Segala nikmat berkenaan membuatkan hidup ini selesa dan menggembirakan. Oleh itu manusia tentu besedia untuk menunaikan janji kepada Allah. Satu nikmat yang paling unggul dan membahagiakan
ialah nikmat hidup. Maka itu kalau kita menerima nikmat hidup kita wajar berjanji kepada Allah untuk melaksanakan tanggungjawab tujuan Allah wujudkan kita.
                    Seia kepada janji merupakan bahagian daripada iman. Menyempurnakan janji ialah  salah satu sendi hidup bersosial. Islam menuntut  sekeras-kerasnya kepada sekalian mukmin supaya sentiasa tetap berperangai dengan menyempurnakan janji. Jika berjanji wajib menepati. Itulah ajaran Islam dan itulah peribadi muslim, sehingga dekenal dilingkungannya, setiap perkataannya merupakan perjanjian yang kuat, tidak dikhawatirkan akan menyalahi dan mengingkarinya.

                    Akhlak yang mulia merupakan buah keimanan dan punca akhlak itu ialah amanah dan menepati janji. Siapa yang telah hilang sifat amanah dan tidak menepati janji, yang demikian itu merupakan suatu tanda  merosotnya iman dan jauh dirinya dari ketakwaan  kepada Allah. Akhlak yang buruk itu betentangan dengan keimanan dan tidak akan dapat bertemu antara keimanan dengan akhlak yang keji (Al-Hadis). 

Friday, August 5, 2016

HIDUP MERUPAKAN AMANAH ALLAH S.W.T. SEBAGAI KHALIFAHNYA

  ((Disiarkan pada 6. 8. 2016)
               Allah  S.W.T. berfirman  dalam  al-Qur’an surah Az-Zariyaat ayat 51:56 yang bermak sud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyemba Aku.”
               Bahawasanya Allah menciptakan jin dan manusia tidak ada gunanya yang lain, melain kan buat mengabdikan diri kepada Allah. Jika seorang telah mengakui beriman kepada Tuhan, iaitu telah mengucap dua kalimah syahadah, “Asahdu allaillahillah wa ashadu anna Muhammad Rasulullah” – Tiada Tuhan yang wajar disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah; khusus kepada saudara baru (mereka yang baru menganut agama Islam) maka ia wajar berpegang kepada amanah Allah sebagai khalifah-Nya.
               Kepada keluarga muslim lahirnya zuriat ia sudah Islam hanya ditarbiahkan untuk memahami hidup sebagai Islam maka itu setiap anak itu diwajibkan mempelajari akidah Islam di sekolah agama yang ditarbiahkan oleh Ustaz yang bertauliah untuk mendidik anak-anak cara bagaimana memegang amanah Allah sebagai tanggungjawab utama dalam hidup. Maka mulai dari usia kanak-kanak setiap insan itu dilatih mengucap atau melafazkan  dua kalimah syahadah yang dilaksanakan setiap kali tibanya waktu fardu sembahyang.
               Melatih anak-anak  mengikuti cara hidup Islam wajib bagi setiap insan dan ibubapa nya wajar menghantarkan anaknya ke institusi berkenaan. Islam itu wajar dijadikan sebagai darah dan daging setiap hidup muslim. Maka itu ada institusi yang mengajurkan sekolah tahfiz atau menghafal al-Quran.
               Walaubagaimana pun anak itu  perlu dipaksarela oleh orang tuanya. Kalau anak tidak mengikuti disiplin sekolah tahfiz maka ibubapa wajar berkompromi dengan pentadbiran sekolah, tanpanya eloklah jangan memasukkan anak mereka ke instiusi berkenaan. Kalau tidak ada kerjasama  dari pihak ibubapa maka sekolah tahfiz sukar nak berfungsi.
               Setiap insan itu  dia tidak akan mahu  jika hidupnya di dunia  ini kosong saja. Dia tidak boleh menganggur. Selama nyawa  dikandung badan, manusia  harus  ingat bahawa tempohnya tidak  boleh kosong dari pengabdian. Seluruh hidup hendaklah dijadikan ibadat.
               Menurut riwayat dari Ali bin Abu Thalhah, yang diterimannya dari Ibnu Abbas, erti untuk beribadat, ialah  mengakui diri adalah budak atau hamba dari Allah, tunduk menurut kemahuan Allah, baik secara sukarela atau secara terpaksa, namun kehendak Allah berlaku juga (thau’an aw karhan). Mahu tidak mahu diri pun hidup. Mahu tidak mahu kalau  umur panjang mesti tua. Mahu tidak mahu jika datang ajal mesti mati. Ada manusia yang hendak melakukan di dalam  hidup ini menurut kemahuannya, namun yang berlaku ialah kemauan Allah jua.
               Ayat ini memberi ingatan kepada manusia bahawa sedar atau tidak sedar dia pasti mematuhi kehendak Tuhan. Maka jalan yang lebih baik bagi manusia ialah menginsafi kegunaan hidupnya, sehingga dia pun tidak merasa keberatan  lagi mengerjakan berbagai ibadat kepada Tuhan.
               Apabila manusia mengenali budi yang luhur, nescaya dia mengenal apa yang dinamai berterima kasih. Ada orang  menolong kita melepaskan dari malapetaka, kita pun segera mengucapkan terimakasih! Kita mengembara di satu padang pasir. Dari sangat jauhnya perjalanan, kita kehausan, air sangat sukar. Tiba-tiba di suatu tempat yang sunyi sepi  kita bertemu  seorang yang menyuruh kita berhenti berjalan sejenak.
               Kitapun berhenti. Lalu dia bawakan seteguk air. Kitapun mengucapkan banyak terima kasih. Kita ucapkan terimakasih dengan merendahkan diri. Sebab kita merasa berhutang budi kepadanya. Dan tidaklah ada manusia  beradab di dunia yang membantah keluhuran budi orang yang berterima kasih.
               Maka bandingkanlah semuanya dengan anugerah Illahi bagi menjamin hidup kita. Sejak mulai dari perut ibu sampai kepada masa habis tempoh di dunia ini dan kita menutup mata, tidaklah dapat dihitung dan dinilai betapa besar nikmat dan kurnia Allah kepada kita.
Maka timbullah pertanyaan. Apakah tidak patut kita berterimakasih kepada-Nya atas seluruh kurniaan itu?
               Di sinilah Tuhan menjuruskan hidup kita, memberi kita pengarahan. Allah menciptakan kita, jin dan manusia tidak untuk yang lain, hanya untuk satu macam tugas saja, iaitu mengabdi, beribadat. Beribadat iaitu  mengakui  bahawa kita ini hambaNya, tunduk kepada kemahuanNya.           
               Ibadat itu diawali atau dimulai dengan IMAN. Iaitu percaya bahawa ada Tuhan yang menjamin kita. Percaya akan adanya Allah ini saja, sudah jadi dasar pertama dari hidup ini sendiri. Maka IMAN yang telah tumbuh itu, wajib dibuktikan dengan amal yang salih. Iaitu perbuatan yang baik. Iman DAN AMAK SALIH inilah pokok ibadat. Bila kita telah mengaku beriman kepada Allah, nescaya kita percaya kepada RasulNya. Maka pesan Allah yang disampaikan oleh Rasul itu kita perhatikan. PerintahNya kita kerjakan laranganNya kita hentikan
               Maka dapatlah kita jadikan seluruh hidup kita ini ibadat kepada Allah. Sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, berzakat kepada fakir miski, adalah bahagian kecil, sebagai pematri dari seluruh ibadat yang umum itu. Semuanya itu kita kerjakan, kerana kita IMAN  kepadaNya, dan kita pun beramal yang salih untuk faedah sesama kita manusia. Kalau tidak ini yang kita kerjakan, tidaklah ada ertinya hidup kita yang terbatas di dalam dunia  ini.
               Melakukan dakwa kepada jalan yang baik adalah  tugas utama dalam hidup. Kalau tidak beribadat kepada Allah apalah ertinya hidup itu. Umur telalu pendek  di dunia ini, dan umur yang pendek itu mesti diisi,, sehingga setelah manusia mati sekalipun,namun Iman dan Amal salihnya masih hidup dan tetap hidup.
               Kehidupan dunia sekarang ini diciptakan Allah bukanlah satu cara penghidupan yang sempurna tetapi satu cara penghidupan yang tidak sempurna, satu kehidupan sementara, penghidupan yang penuh serba macam kekurangan, kekecewaan dan lain-lain sebagainya. Firman Allah dalam al-Quran surah Al-Imran ayat 3:185-186 yang bermaksud:
               “Tiap yang berjiwa akan mengalami mati, dan tidak akan disempurnakan ganjaran kamu, kecuali pada hari kiamat. Kerananya barang siapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka selamatlah dia. Sedang penghidupan dunia ini tidak lain hanya benda tipuan saja.”
               “ Sesungguhnya kamu akan dikenakan percobaan-percobaan dalam harta dan dirimu. dan sesungguhnya kamu akan mendengar banyak dari orang-orang yang diberi Kitab dahulu sebelum kamu dan orang-orang yang syirik akan celaan yang banyak. Dan jika  kamu sabar dan takwa, maka itulah sebaik-baik urusan.”
               Dalam surah Al-Hadid ayat 57:20 yang bermaksud:
               “Ketahuilah olehmu, bahawa kehidupan dunia ini hanya satu permainan, satu hiburan, satu perhiasan, bersombong-sombong antara kamu, dan berbanyak-banyak tentang harta dan anak-anak, seperti hujan yang tumbuh-tumbuhannya menyenangkan kaum kafir (petani-petani), kemudian kelihatan segar, lalu menjadi kekuningan (layu), kemudian itu dia menjadi lapuk. Sedang di akhirat ada seksa yang sangat dan ada pula ampunan dari Allah dan keredhaan. Dan penghidupan dunia (yang rendah ini) hanya benda tipuan belaka.”
               Dalam ayat-ayat lainnya dinyatakan oleh Allah bahawa kehidupan di dunia sekarang ini adalah penghidupan kecil (tidak bererti), sempit sedikit, rendah dan di akhiratlah yang sebenar-benar hidup. Tetapi  sungguhpun begitu, penghidupan dunia ini amat penting, kerana dialah menentukan baik buruknya nasib manusia dalam penghidupan di akhirat yang kekal dan abadi itu.
               Berbahagia dan beruntunglah manusia yang mengerti dan menyedari sesedar-sedarnya, merugi dan celakalah manusia yang tak mengerti dan tak mahu sedar. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita  orang yang sedar dan bahagia, sekalipun tidak begitu kaya atau mampu dalam kehidupan dunia sekarang ini.
               Antara amanah Allah pertanggungjawabkan kepada manusia ialah cintanya  terhadap Allah. Iman dan takwa yang hidup subur pada diri seorang akan berbuah. Buah Iman dan Takwa itu banyak sekali, dan terus menerus sepanjang masa, tidak bermusim seperti mangga atau durian, sehingga buahnya di musim susah ialah kesabaran, di musim senang dan beruntung ialah syukur, di musim perang dan kekacauan ialah ketenangan, di kala bersalah ialah ampunan dan taubat. Dan buahnya yang terus ada di segala musim, ialah rasa bahagia dan puas hati. Dan buahnya yang paling tinggi kedudukannya, ialah timbulnya perasaan “cinta” tehadap Allah.
               Bila seorang hamba sudah  berhasil mendapatkan rasa cinta terhadap Allah, berbuah lah dunia dan segala isinya dalam pandangan hidupnya. Bayangkanlah bagaimana indahnya perasaan seorang  pemuda mendapatkan kekasih si jantung hati dan bagaimana bahagia dan lega hatinya bila berada di smping kekasihnya itu.
               Cinta seorang lelaki terhadap wanita atau  cinta seorag suami terhadap isterinya adalah hanya cinta kecil, sedang cinta seorang hamba yang Iman dan Taqwa terhadap Tuhannya adalah cinta kalibar besar, cinta teragung dan tertinggi, serta terindah, melebihi segala cinta. Dan merasa dirinya selalu di samping Tuhan yang dicintainya. Tuhan yang Maha Gagah Perkasa, Maha  Penyayang, Maha Kaya.
               Bila orang sudah merasa cinta kepada Allah dan merasa diri selalu di samping Tuhannya, tak satu perkara lagi yang dikhwatirkannya dalam hidup atau sesudah mati. Tak takut miskin atau melarat, tak takut musuh siapa jua, tak takut ditangkap atau diculik, dan tak takut ditahan atau dipenjar. Di mana saja dia berada, dia berada di samping Tuhannya.
               Sebab itu orang yang telah mengenal akan Tuhannya, sesudah Iman dan Takwa (menjalankan segala ibadat dan perintah Allah), ia berjuang untuk mendapatkan rasa cinta terhadap Tuhan. Tinggi gunung akan didakinya, dalam jurang akan dituruninya, samudera luas akan diselami dan direnanginya, jalan apa saja akan ditempuhinya sekalipun penuh onak dan duri. Ia akan memeras keringat berhabis tenaga, sekalipun akan  mengorbankan seluruh harta atau jiwanya untuk memperoleh cinta terhadap Tuhan, dan agar dia dicintai oleh Tuhan.
               Ke arah itulah ditujukan perjuangan tiap-tiap orang yang beriman dan taqwa itu. Umur panjang atau pendek, hidup susah atau  senang, orang benci atau suka, tidak  menjadi persoalan dalam hidupnya, tidak menjadi halangan dalam perjuangan hidupnya.
               Allah berfirman dalam al-Quran surah Al-Maidah aya 5:54 yang bermaksud:
 “Hai orang-orang yang beriman! Barang siapa daripada kamu murtad (berbalik)) dari agamanya (Islam), maka  nanti Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mengasihi mereka  dan mereka mengasihi Allah, mereka bertimbang rasa terhadap orang-orang mukmin, berkeras terhadap orang-orang kafir, berpegang pada  jalan Allah dan tiada takut celaan orang. Demikianlah kurnia Allah yang diberikanNya kepada  siapa-siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah itu luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Cinta adalah perasaan. Perasaan itu tak dapat dilihat oleh mata. Semua orang mungkin saja merasa mencintai Allah, sehingga dengan gampang sekali dapat berkata: “Aku cinta akan Allah; si Anu dicintai oleh Allah”. Agar manusia jangan dapat dibohongi oleh perasaannya sendiri. Maka di dalam berbagai-bagai ayat dan hadis Allah dan RasulNya menerangkan tanda-tanda kencintaan manusia terhadap Allah. Perhatikanlah  ayat-ayat dan hadis tersebut di bawah ini.
Pernah sekelompok manusia di zaman Rasulullah saw. sama-sama berkata cinta terhadap Allah, lalu turunlah ayat tersebut di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 3:31 dan 32 yang maksudnya:
“Katakanlah: Jika kamu cinta akan Allah, maka ikuti (taatilah) olehmu akan aku (Muhammad), nescaya Allah cinta akan kamu dan ampuni dosa-dosamu, kerana Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.”
“Katakanlah: Hendaklah kamu taat terhadap Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling,
maka susungguhnya Allah tidak cinta terhadap orang-orang kafir (yang berpaling itu).”
Hadis Sahih dari Anas Malik r.a. mengatakan bahawa Rasulullah saw. telah bersabda yang bermaksud:
“Tiga perkara, siapa yang memilikinya akan dapat merasakan manisnya Iman, iaitu: Bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai-nya dari selain keduanya;Bahawa dia mencintai  seseorang hanya kerana Allah; Bahawa dia benci kembali kekufuran sesudah Allah membebaskannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia benci untuk ditempatkan ke dalam Neraka.”
Jadi di antara tanda-tanda bahawa seorang mencintai Allah ialah: Mentaati perintah Allah. Mentaati perintah Rasulullah. Cintanya terhadap Allah, Rasul dan jihad fi Sabillah melebihi cintanya terhadap bapa, anak, saudara, isteri, keluarga, harta perdagangan dan tempat tinggal. Mencintai sesama manusia kerana Allah. Benci terhadap kekufuran seperti bencinya terhadap Neraka. Dan Tidak takut dicela dibenci, digertak, oleh manusia.

Bila seorang telah cinta terhadap Allah dan Rasul-Nya dengan memenuhi tanda-tanda di atas, maka Allah akan cinta kepadanya. Mencintai dan dicintai Allah, adalah setinggi-tinggi nya rahmat Iman dan Takwa. Maka demikianlah halnya amanah Allah kepada manusia yang wajib dijaga dan dipelihara selagi hidup dikandung badan.

Sunday, July 31, 2016

TANGGUGJAWAB DALAM BERMASYARAKAT

 (Disiarkan pada 30. 7. 2016)
Tanggungjawab merupakan amanah yang dipikul oleh individu tertentu demi kelang sungan bermasyarakat. Makhluk manusia merupakan insan yang menyantuni hidup bersosial yang diikat dengan perasaan kasih sayang antara sesama. Keseronokan hidup dinikmati oleh setiap individu liwat kehadiran orang lain sebagai ahli dalam bermasyarakat.
Wujudnya masyarakat perlu membina semangat tolong menolong antara satu sama lain. Seorang itu adalah bahagian terkecil dari masyarakat. Ia harus bekerja, tolong-menolong, saling kenal mengenal dan bergaul dengan sesama anggota masyarakat, sehingga roda  kehidu pan tetap berjalan dengan tenang dan berputar di atas jalan yang benar.
Peribadi yang matang  adalah  yang mampu bergaul dengan masyarakat secara positif dan boleh beradaptasi dengan keinginan maupun pendapat mereka. Peribadi yang matang adalah yang mempunyai prinsip kuat untuk bekerja dan tidak pernah bertentangan dengan dasar, prinsip dan tujuan masyarakat setempat.
Dalam masyarakat yang baik Islam itu sudah menetapkan dasar-dasar gotong-royong, cinta kasih dan persaudaraan. Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. telah menggambarkan sifat gotong-royong dan tanggingjawab
“Kami sekalian adalah penggembala(pemimpin) dan  setiap individu dari kalian akan diminta pertanggunjawaban dari gembalaannya itu.”
“Orang-orang mukmin dalam menjalin cinta, kasih mengasihi dan bergaul dengan sesama muslimnya itu, bagikan badan yang apabila salah satu organnya menderita sakit, maka seluruh organ yang lain akan merasakan sakit pula.”
Engkau telah meletakkan prinsip-prinsip dasar karakter manusia, wahai Rasul! Tidak ada segolongan umat pun yang bernasib baik seperti umat Islam ini, yang telah mempunyai prinsip-prinsip tersebut. Adakah seorang psikholog, yang telah berhasil memecakan berbagai masalah kejiwaan, yang mempu meletakkan satu prinsip saja mengenai prinsip dasar kejiwaan seperti yang telah digariskan oleh Rasulullah itu?
Firman Allah dalam surah Ar-Ra’ad ayat 13:11 yang bermaksud
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Allah tidak sekali-kali akan mengubah apa yang dipunyai oleh sesuatu kaum, sama ada berupa nikmat, kesenangan dan kesejahteraan dengan meghilangkan dari sisinya atau melenyapkannya sama sekali, sehingga kaum itu sendiri yang mengubah apa yang  dimiliki nya itu dengan perbuatan-perbuatan yang  zalim, membuat permusuhan, melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang merosakkan peraturuan yang akibatnya segala nikmat dan kesena ngan itu hilang dari sisinya.
Begitu pula Allah tidak mengubah keadaan kaum yang menderita kesusahan dan kesengsaraan, sehingga kaum itu sendiri berusaha mengubah nasibnya kepada kesenangan dan kesejahteraan barulah Allah mengubahnya pula selaras dengan usaha kaum tersebut.
Firman ini ditujukan kepada ‘Amir bin at-Tufail dan Arbad bin  Robi’ah yang kisah nya telah terdahulu sebutannya. Iaitu Allah tidak  sekali-kali akan mengubah nasib kedua-duanya menjadi baik kerana tidak berusha mengubah dirinya menjadi baik tetapi  memilih pakatan jahat, maka kecelakaan yang ditimpakan oleh Allah sehingga mereka telah binasa.
Dan apabila Allah menghendaki bahaya kepada sesuatu kaum, tiada siapa dapat menghalang-halanginya.
Jika Allah menghendaki sesuatu kaum itu diuji dengan berbagai bahaya, yakni kesusahan yang menimpanya atau penyakit yang dihidapinya – berbetulan dengan perbuatan-perbuatan yang dilakukannya itulah yang menjadi punca dan sebab musibahnya – maka tiada ada sesiapa yang boleh menjadi qadak dan qadar-Nya.
Dan mereka tidak  mempunyai perlindung selain Allah.
Begitulah kebinasaan yang telah ditimpakan oleh Allah kepada ‘Amir dan Arbad, tiada
siapa dapat menghalang-halangnya kerana mereka tidak mempunyai daya atau penolong yang melindungi mereka, kecuali Allah sahaja yang menjadi penolong dan pelindung.
                Iman itu bagikan jendela di mana kita dapat menyaksikan atau memahami sesuatu keadaan dalam kehidupan terutama sekali benda-benda atau kejadian-kejadian yang bersifat ghaib. Iman tidak memilih bulu atau bangsa mahupun keturunan. Semua makhluk manusia adalah sama; hanya perbezaannya ialah ketakwaan dan keimanannya kepada  yang Maha Pencipta. Allah menjelaskan dalam Al-Qur’an surah Al-Hujerat ayat 49:13 yang bermaksud:
               “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami(Allah) telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lagi Mengerti.”
               Allah memberitaukan, bahawasanya sekalian manusia itu asalnya telah dijadikan daripada  seorang lelaki, iaitu Nabi Adam (a.s.) dan seorang perempuan iaitu isterinya Siti Hawa. Kemudian dari kedua-duanya, Allah telah menjadikan pua berbagai-bagai bangsa dan suku.
               Maka tiadalah seyogia manusia itu bermegah-megah antara  satu sama lain, dengan menyombongkan keturunannya, kebangsawanannya atau pangkatnya. Janganlah menghina kan orang lain, atau mengejek-ejek, mencela, mentertawakan dan sebagainya. Sedangkan mereka semuanya berasal dari satu keturunan, walaupun berlain-lainan bangsa, bahasa, warna kulit dan bentuk roman mukanya. Apalah yang hendak dimegah-megahkan, walhal semuanya berasal dari air dan tanah.
               Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, untuk berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Dan untuk mendekatkan pengertian, pesefahaman dan perbai kan, agar tercipta di dalam dunia ini ketenteraman dan  kerukunan.
               Sesungguhnya manusia yang hidup di dunia ini sentiasa berlumba-lumba di antara satu dengan yang lain, untuk mencari kemuliaan. Dalam hubungan ini, Ibnu Abas (r.a.) ada mengatakan: Bahawa kemuliaan di dunia ialah kekayaan, sedangkan kumuliaan di akhirat pula  ialah takwa (kebaktian kepada Allah).
 Maka bagi Allah, orang yang paling mulia di sisi-Nya ialah yang banyak kebaktian nya kepada Allah, atau yang paling berbakti kepada-Nya. Dan caranya berbakti kepada Allah itu hendaklah menjalankan segala apa yang diperintahkan-Nya, dan meninggalkan semua yang ditegah-Nya.              
Manusia itu tidak selamanya normal, suci, baik dan konsisten atau istiqamah. Jiwa manusia tidak sahaja mengandung sifat-sifat positif yang dapat mendukung kehormatan, perkembangan dan profesi manusia sebagai khalifah Allah di atas bumi bahkan juga memiliki kelemahan, yang terkadang membawa manusia kepada tingkatan di bawah binatang; iaitu ketika manusia didorong oleh kekuatan materi. Pada saat yang sama sifat kemanusiaannya akan  menurun ke tingkat yang paling rendah.
Namun ketika karakter manusia itu  berkembang dengan  baik dan  didorong oleh aspek spiritual (rohani) yang bermula dari tiupan ruh Allah, maka  sifat kemanusiaannya akan semakin mudah untuk didorong menuju kebaikan. Manusia itu mempunyai instink yang dapat mendorong menuju iman.
Jika keperibadian manusia sudah  kehilangan aspek spritual tersebut, maka bererti dia sudah kehilangan esensi kemanusiaan, dan tak lebih dari sekedar bentuk manusia yang terdiri dari susunan materi dan tulang yang jauh dari iman. Itulah penyimpangan, yang tidak akan mencapai kematangan jiwa manusia.
Dalam jiwa manusia itu ada sifat-sifat negatif yang tersembunyi, dan akan menampak kan penyimpangan-penyimpangan dari jalan yang benar. Namun jika jiwa tersebut boleh dikuasai dan diarahkan berdasarkan iman, dijaga, dikembangkan dan dibina dengan baik
sesuai dengan syariat Islam; maka jiwa tadi akan matang  dan sempurna. Sifat-sifat negatif tersebut yang terpenting ialah kelemahan manusia, tergesa-gesa,  kufur, bakhil, melampaui batas, keluhan, fitnah dan dendam, kemunafikan.
               Kelemahan manusia dapat dilihat dari unsur kejadiannya yang bersifat material. Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah. Jika dibandingkan dengan makhluk Allah yang lain, ia termasuk makhluk yang paling lemah di alam semesta ini. Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 30:54 yang bermaksud:
               “Allah itulah yang menjadikan kamu berasal lemah, kemudian dijadikan kuat sesudah lemah, kemudian sesudah kuat dijadikan lemah (kembali) dan beruban.Diciptakan-Nya dan Dia Maha Mengetahui lagi berkuasa.”
               Bahawasanya manusia yang dijadikan Allah dengan keadaannya yang berubah-ubah, dari lemah  menjadi kuat, kemudian dari kuat berbalik menjadi lemah, adalah merupakan bukti tentang kekuasaan Allah sebagai pencipta alam dan melakukan apa sahaja yang dikehen daki-Nya, dan sedikit pun tiada berasa lemah atau kesukaran untuk mengadakannya baik di bumi mahupun di langit.
               Tergesa-gesa adalah salah satu sifat negatif yang menjadi ciri khas manusia. Sifat ini mendorong manusia untuk selalu mengandai-andaikan sesuatu yang bakal terjadi, agar segala apa yang bersangkutan itu senentiasa berupaya untuk menembusi dinding waktu dan memetik buah sebelum datang waktu mengetamnya.
               Sikap tergesa-gesa ini mempunyai berbagai kesan negatif, kerana menyeret manusia menuju tindakan dan perilaku yang sembrono, penyimpangan terhadap tujuan semula dan rencana yang  sudah rapi. Juga akan berkesan negatif terhadap analisa dan pemikiran manusia, sehingga pada akhirnya akan melahirkan keputusan yang keliru, baik itu dalam bentuk perilaku atau tindakan.
               Untuk mengatasi sikap tergesa-gesa itu adalah iman kepada Allah dan qadha dan qadar. Iman inilah yang bakal melahirkan ketenteraman pada jiwa. Di antara tanda-tanda orang mukmin adalah bertindak dan berperilaku tenang, tenteram dan selalu merasa aman dengan ketentuan Allah menerusi qadha’ dan qadar, tidak  pernah terputus mengingat Allah dan tidak  tergesa-gesa dalam bertindak. Kerana ia yakin bahawa semua perkara itu  berada pada tangan Allah dan tidak ada rasa sangsi terhadap kehendak-Nya.
               Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya’ ayat 21:37 yang bermaksud:
               “Manusia itu dijadikan dengan sifat yang terburu-buru, nanti Aku (Allah) akan tunjukkan keterangan-keterangan Aku supaya kamu janganlah minta disegerakan.”
               Bahawasanya manusia itu adalah dijadikan bertabiat terburu-buru, hendak cepat dan suka tergesa-gesa walaupun  sikapnya itu akan mendatangkan bahaya kepadanya. Maka tidak hairan kalau orang-orang yang menyekutukan Allah itu pula ingin dicepatkan turunnya seksaan Allah. kepada mereka.
               Sebenarnya manusia adalah ditegah terburu-buru – walaupun di diciptakan mempu nyai tabiat tersebut. Padahal dia ada dikurniakan daya atau kesanggupan, untuk meninggalkan sifat yang terburu-buru itu dan untuk mengekang kemahuan nafsunya.
               Kufur adalah termasuk salah satu sifat yang paling hina dan jahat. Maka jika manusia itu bersifat kufur terhadap Allah, Dzat yang Maha Pencipta dan Pemberi kehidupan, melalaikan atau melupakan-Nya, maka bererti ia  sudah berbuat dosa besar yang tidak  ada bandingannya. Dan jika manusia besikap kufur terhadap Allah dan disertai dengan syirik dan menyembah selain-Nya, bererti ia sudah kehilangan akal dan menciburkan dirinya ke dalam kefasikan dan kesesatan.
               Penyakit bakhil itu amatlah berbahaya kepada masyarakat. Penyakit bakhillah yang menjadikan jiwanya gawat, melumpuhkan orang yang bersangkutan. Bahkan penyakit ini akan menular di dalam masyarakat setempat, ada kalanya penyakit tersebut menjangkiti seluruh anggota masyarakat, lalu melahirkan fenomena kekikiran di antara mereka, memutus
kan jalinan cinta, silaturahim. Hati orang yang bakhil akan buta terhadap hubbullah atau rasa cinta kepada Allah dan tidak mempunyai niat sama sekali untuk berinfak di jalan-Nya.
               Melampaui batas adalah salah satu sifat yang  melanda jiwa manusia ketika dihinggapi rasa bangga, dendam dan bertindak sewenang-wenang. Jika  jiwa manusia itu mengelak dari tanggungjawab atau  dikaruniai nikmat yang banyak, maka ia akan menyimpang dan cende rung kepada perilaku yang negatif, penipuan dan kesewenang-wenangan; dengan anggapan bahawa kehidupan ini memiliki kekuatan dahsyat tanpa mempedulikan ketentuan Allah.
               Jiwa yang suka mengeluh tidak  akan sabar menghadapi berbagai kesulitan dan krisis. Namun jika mengalami jiwa semacam ini akan bersikap kikir dan tamak terhadap harta. Sifat ini akan hinggap pada orang yang menyimpang dari konsepsi iman. Tetapi jika orang mukmin itu tidak akan khawatir terhadap perubahan zaman. Ia hadapi semua kesulitan dengan kesabaran.
               Fitnah dan dendam adalah sifat yang paling bahaya pada  jiwa manusia. Apinya akan menghanguskan tubuh dan melahap semua kebaikan. Sifat tersebut adalah makanan jiwa yang jahat yang akan menjatuhkan setiap orang, dan terkadang menimbulkan perang antarabangsa. Dengan fitnah dan dendam ruh akan rusak dan kebudayaan akan berantakan.
               Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 4:145 yang bermaksud:

               “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.”

Monday, July 25, 2016

KASIH SAYANG MELAHIRKAN TAMADUN

 (Disiarkan pada 23. 7. 2016)
               Antara sifat-sifat atau nama-nama Allah ialah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah mewujudkan manusia dalam keadaan yang amat sempurna berbanding makhluk lainya yang ada di alam kehidupan. Nama Allah yang Pengasih dan Penyayang itu Allah mewaris kan kepada makhluk-Nya terutama sekali manusia.
               Setiap makhluk yang membiak dibekalkan dengan naluri kasih sayang terhadap zuriat nya. Pepatah Melayu mengatakan: ‘Segarang-garang harimau tidak memakan anaknya’, membawa maksud naluri kasih sayang yang ada pada seekor harimau betina melembutkan  keganasannya terhadap anaknya. Dalam kias bahasanya membawa maksud bahawa sejahat-jahat akhlak manusia semestinya ada naluri dalam dirinya untuk bertolak ansur demi menyayangi orang lain.
               Kewujudan manusia sememagnya dalam dua unsur iaitu unsur jasmani yang asanya dari tanah dan unsur roh dari ciptaan Allah s.w.t.. Sifat Allah yang Maha Pengasih dan penyayang  itu diwariskan kepada manusia sebagai khalifah-Nya. Kalaulah manusia membela kangi sifat kasih sayang kepada zuraitnya maka telah kufur kepada Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu, dan ini membawa kedosaan.
               Setiap manusia wajar mengenali cara hidup yang sebenar yang diredai Allah s.w.t. Hidup yang  berlandaskan kepada materilistik dan tidak  menumpukan kepada pembangunan rohani sebagai persediaan hidup di akhirat kelak akan mengheretnya ke lembah kehinaan sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat.
               Nadi pembangunan dunia dan akhirat berlandaskan kepada unsur-unsur kasih sayang terhadap Allah, Zat Pencipta kepada umat manusia sebagai hamba Allah  dan kepada segala makhluk yang ada di alam kehidupan. Mendekati Allah, kita perlu terlebih dahulu melafazkan dua kalimah syahadah yang akan membuka pintu kasih sayang yang diredai Allah s.w.t. yang sentiasa membudayakan cara hidup yang bersifat pengasih dan penyayang.
               Allah itu Maha Pengasih kepada segala hambanya tidak kira samada mukmin atau musrikin; tetapi Ia penyayang hanya kepada hambanya yang telah mengucap dua kalimah syahadah dengan hati yang ikhlas sahaja. Dengan terbukanya pintu kasih sayang maka kefahaman diri di sisi Allah menjadi pedoman untuk menangani hidup bermasyarakat.
               Di antara faktor-faktor hidup yang wajar difahami ialah setiap individu yang sayang kan dirinya, keutamaan haruslah  ditumpukan kepada  amalan hidup yang membawa kepada keselamatan dirinya samada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Mempunyai kasih atau cinta kepada diri sendiri tentu sekali membawa kita melihat dalam dua dimensi kehidupan iaitu jasmani dan juga rohaninya. Seterusnya  kita mengenali kehidupan dunia  dan juga kehidupan akhirat.
               Kasih sayang kepada diri memfokoskan kepada keselamatan hidup samada dari segi jasmani mahupun kerohaniannya. Memelihara kedua-dua alam ini jelas akan mendekatkan kita kepada keEshan Tuhan dan kelak membawa kita mensyukuri segala nikmat hidup yang dihamparkan Allah s.w.t. kepada hambanya samada di alam kehidupan mahupun dalam peribadi setiap mukmin.
Nikmat Allah yang ada di alam kehidupan ini adalah seperti udara seperti gas oksijen yang diperlukan dalam pernafasan serta membawa gas ini ke seluruh anggota badan kita membantu dalam memecakan makanan lewat sistem metabolisamnya. Selain dari itu nikmat Allah yang amat tinggi nilainya dalam kelangsungan hidup ialah naluri kasih sayang terhadap sesama umat kelak melahirkan ukhuwah kemanusiaan, satu faktor yang amat diperlukan dalam melahirkan masyarakat penyayang.
Nikmat merasa sedap yang menjemput selerah untuk makan merupakan satu nikmat yang tidak ada tolak banding dalam kehidupan. Selain itu satu lagi nikmat Allah yang selalu manusia tidak sedar ketinggian nilainya ialah merasa cinta terhadap sesama makhluk khususnya antara lelaki dan wanita . Kelahiran rasa cinta ini dalam kehidupan manusia akan wujud pembiakan manusia lewat sistem pernikahan.
Mengapakah ada rasa cinta antara lelaki dan wanita? Falsafah ini kita kena balik kepada asal usul kejadian manusia. Adam adalah manusia pertama Allah wujudkan di syurga-Nya. Adam kelihatan kesunyian tanpa teman hidup. Maka semasa Adam tertidur, Allah mengambil tulang rusuknya dan dijadikan seorang wanita yang dinamakan Siti Hawa. Maka mulai dar itu Adam tidak lagi kesunyian. Naluri manusia sememangnya suka berteman atau bermasyarakat.
Jika dilihat dari kejadian seorang wanita, ia berasal dari badan Nabi Adam maka itu secara semula jadinya manusia mengasihi dirinya sendiri. Oleh sebab wanita itu asalnya dari sebahagian daripada diri Adam sendiri maka Adam sewajarnya ingin kembalikan kepadanya. Tetapi Allah telah pisahkan dan hanya naluri  yang ada pada Adam ialah ingin atau cinta kepada bahagian badannya yang telah terpisah.
Demikian juga halnya kepada Siti Hawa, wanita yang diwujudkan Allah dari tulang rusuk Adam. Ia ingin betul kembali kepada asalnya. Tetapi Allah telah pisahkan dari asalnya dan hanya dibekalkan perasaan cinta terhadap asal kejadiannya. Maka perasaan ingin betul mengambil balik sebahagian badannya pada Adam dan ingin betul balik kepada asalnya pada Siti Hawa sebenar adalah falsafah wujudnya cinta kasih sayang antara lelaki dan wanita.
               Keselamatan jasmani wajar menumpukan ibadah kepada penjagaan kesihatan khusus nya di bidang kebersihan kerana kebersihan merupakan ciri-ciri penting dalam keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Segala makanan yang dimasukkan ke dalam jasmani kita wajar bersifat bersih kerana kebersihan merupakan ibadah kerana Allah. Bersih bersifat halal dalam kontek Islam merupakan zat kepada kedua-dua unsur, jasmani dan rohani.       Kebersihan penting dalam kehidupan kerana ia adalah sebahagian daripada keimanan kepada Allah s.w.t..
               Selain dari makanan yang bersih keselamatan rohani juga berkait rapat dengan akhlak manusia. Hidup bermasyarakat seperti tolong menolong, hormat menghormati sesama insan, memelihara ukhuwah kemanusiaan dan sentiasa menanamkan rasa  syukur terhadap segala nikmat Allah yang kita perolehi menjadi agenda pembangunan rohani.
               Iman dan takwa merupakan dua elemen wajar adalah pada manusia mukmin demi pembangunan rohani. Beriman serta bertakwa kepada Allah serta rasul-Nya merupakan tiang agama. Falsafah di belakangnya ialah melaksanakan amal ibadah yang mengerjakan segala  arahan Allah s.w.t. dan meninggalkan segala yang ditegah-Nya.    
               Mencintai Allah s.w.t. bermakna kita wajib mengerjakan ibadah memuji Allah serta menunaikan semua rukun Islam dan rukun iman. Dengan segala ibadah tersebut yang dilaksanakan membawa rasa kasih sayang kepada diri sendiri.
Manusia sentiasa  dibuai oleh desakan biologi yang memaksanya menuruti haluan dan tingkah laku tertentu bagi memenuhi naluri yang lapar, takut, seks dan lain-lain. Dengan begitu desakan dalam diri manusia untuk mendapatkan kepuasan keinginan naluri, adalah tinggi dan jika dibiarkan tunduk dengan nalurinya, dia akan kalah sehingga menjadi seperti seekor lembu di kedai Cina.
Keakhlakan yang dianggap sesuai dengan permulaan kesedaran manusia itu sendiri., menawarkan suatu perhentian terhadap desakan kehendak biologi yang membabi buta. Ini dengan memberi amaran bahawa  semua kehendak individu yang berlebihan untuk memenuhi kepuasan desakan  ini akan hanya membawa bencana kepada diri dan masyarakat setempat. 
Suasana  hidup yang tinduk kepada kehendak biologi ialah  mengkufurkan nikmat memasuki pintu kasih sayang kepada diri sendiri. Jika merintih, menangis mencuba memena ngi kuasa nafsu dengan sedaya upaya memulihkan keagungan tamadun manusia yang dihidangkan  oleh Allah  untuk santapan masyarakat seutuhnya.
Penerimaan masyarakat berlandaskan akhlak yang memaksa  manusia membentuk dirinya dengan amalan dibalut dengan  kesucian Allah s.w.t.. Jestru itu  ia akan melayaninya dengan menyiram kasih sayang yang membentuk individu balik ke pangkal jalan dalam mengenali diri.
Dari pandangan Islam, kehidupan terbaik adalah bagi mereka yang menumpukan perhatian untuk memperolehi ilmu pengetahuan sehinggalah  ilmu pengetahuan  boleh  diang gap sebagai suatu tanggungjawab agama yang suci, yang dikenakan ke atas setiap orang Islam baik lelaki mahu pun perempuan.
Ilmu pengetahuan mestilah bersifat benar dan hakikat seperti apa yang dikatakan oleh Al-Qur’an sebagai haq dan mestilah diperolehi untuk tujuan kegunaan dalam kehidupan seharian. Supaya hidup yang dijalani oleh manusia menurut tujuan dan matlamat dijadikan-Nya, dan perintah yang diberikan mestilah dipenuhi.
Rasulullah  s.a.w. telah memberi contoh doa yang menyebut: “Oh Tuhan berilah aku penglihatan supaya  dapat aku melihat yang sepatutnya  aku lihat.” Doa ini perlu untuk membezakan hakiki benda daripada rupanya. Secara kebetulan apa yang dilihat oleh  manusia hanyalah sumber illusi. Ini kecuali kepada perkara yang diuji pada landasan pengamatan takulan yang jelas.
Satu ilmu yang dipanggil sebagai kriteria pembukaan rahsia  ilmu pengetahuan yang
diberi pada hari ini di gedung-gedung institusi keilmuan merupakan hasil sumbangan daripada pelbagai pemikir seperti ahli Sains, ahli Falsafah dan Artis. Sumbangan ini untuk memberi kesedaran manusia tentang siapakan dia, apakah pertaliannya dengan sifat, dengan kehidupan nya sendiri dan dengan perhimpunan sejarah manusia.
               Himpunan pemikiran ilmuan untuk mengenali manusia timbul atas dorongan mencin tai diri sebagai hamba Allah yang diutus menjadi khalifah selagi ada hayatny di muka bumi ini.
               Perasaan kasih sayang terhadap alam tumbuh-tumbuhan di mana sahaja manusia bermastautin merupakan tanggungjawab bersama. Allah tidak wujudkan sesuatu itu tanpa kemanfaatan kepada manusia. Pokok-pokok yang bersar dan rendang daunnya terutama sekali yang tumbuh di kawasan yang berhampiran dengan sebatang sungai wajar dipelihara bagikan memelihara anak sendiri.
               Perasaan kasih sayang terhadap anak amatlah penting agar anak itu membesar dengan cukup fitrah kehidupannya. Jasmaninya sihat membesar dan begitu juga rohaninya akan sentiasa mengenali Allah s.w.t. dan menangani hidup ini sebagai ibadah. Kasih sayang terhadap orang tuanya menjadi keutamaan sebelum  menumpukan kasih sayang kepada fenomena alam kehidupan yang lain. Agenda utama dalam menunjukkan kasih sayang terhadap anak ialah supaya anak itu menjadi ahli masyarakat yang berguna serta bermanfaat kepada pembangunan.
               Begitu jugalah halnya kasih sayang terhadap tumbuh-tumbuhan terutama sekali yang menjadi tadaan air di mana sahaja sungai mengalir. Pokok yang tumbuh melangit tingginya sentiasa memberi manfaat kepada kehidupan dengan membekalkan titisan air di perut bumi dan mengalirkannya ke lembah yang rendah. Titisan air dari akar pokok-pokok tersebut akan bertemu dengan titisan air dari ribuan pokok-pokok yang lain. Kalaulah pokok-pokok tersebut tidak ditebang  oleh manusia maka  wujudlah  sebuah sungai untuk pembangunan manusia serta haiwan yang hidup di merata tempat di bumi ini.
               Hujan turun dari langit membasahi bumi memberi kemanfaatan kepada pokok-pokok demi mengekalkan isi padu  air sungai yang mengalir. Selain dari menjadi tadaan air, pokok-pokok juga menseimbangkan ekologi alam dengan membekalkan dengan gas oksijen yang dikelurkannya semasa proses fotosintesis.

               Kasih sayang kepada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan di alam ini mendidik manusia mencintai alam kelak membawa pemikiran terhadap kecintaan kepada Allah s.w.t. yang bertanggungjawab terhadap kewujudan tumbuh-tumbuhan sebagai makhluk-Nya. Maka lahirlah iman yang memahami  bahawa Allah tidak wujudkan sesuatu tanpa manfaatnya kepada kehidupan.

Monday, July 4, 2016

ALLAH ITU MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG

 (Disiarkan pada 2 July 2016)
Pengasih dan penyayang merupakan antara sifat-sifat Allah sebagai Zat yang ghaib dari segala yang ghaib. Ianya ghaib dari fikiran manusia. Ghaib dari pandangan dan pengli hatan manusia, ghaib dari pendengaran manusia, ghaib dari pancaindera manusia. Dzat Allah tidak dapat difikirkan oleh manusia bagaimana keadaanNya. Manusia tidak mempunyai daya sedikitpun untuk membayangkan tentang Dzat Allah.
Manusia buntu dan fikirannya kosong dari gambaran Dzat Allah. Maka wajarlah manusia mengeluh dan mengaku tidak tahu bagaimana Dzat Allah. Walaupun begitu manusia diwajibkan mengenal Allah. Dan Allah memperkenalkan diriNya kepada manusia menerusi rasul-rasulNya.
Pernah di zaman Nabi Musa a.s. apabila beliau ingin betul melihat Dzat Allah. Allah berfirman kepada Nabi Musa bahawa manusia tidak kuat melihat Dzat Allah. Oleh sebab Nabi Musa ingin betul diberi peluang untuk melihat Dzat Allah maka Allah perkenankan Nabi Musa keluar dari goa dimana Nabi Musa bermunajat kepada Allah.
Apabila Nabi Musa  berdiri di hadapan pintu goa itu lalu kelihatan gunung terseram pak berdiri tegak di hadapannya. Dengan sekelip mata gunung itu menjadi cair lalu Nabi Musa terjatuh pingsan. Setelah sedarkan diri dia segera meminta maaf dan ampun kepada Allah atas perbuatan yang lemah itu.
Bagi umat di zaman ini, termasuklah kita semua, Allah mengutus Rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad Shallalla ‘alaihi wasallam dan menerangkan dengan sejelas-jelasnya sifat Allah sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Qur’an dan hadith Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Di zaman terakhir ini terdapat berbagai ajaran dan fahaman mengenai Dzat Allah. Di kalangan orang-orang Islam sendiri terdapat fahaman-fahaman yang salah lagi sesat (minta dilindungi Allah jua  darinya.)
Fahaman yang salah lagi sesat tersebut tidak sahaja dianuti oleh orang awam atau orang yang kurang ‘ilmu pengetahuan, bahkan dianuti juga oleh orang-orang yang berpenge tahuan tinggi tetapi kurang ‘ilmu agama.
Tidak kurang juga  terdapat fahaman yang salah dan sesat dari kalangan pengikut thariqat-thariqat yang tertentu. Lebih lagi di kalangan peng’amal ‘ilmu kebatinan. Ramai sekali tersalah faham tentang Dzat Allah
Untuk mengelak dari terjebak kepada fahaman yang salah dan sesat, maka setiap orang perlu kepada pengetahuan asas mengenal Dzat Allah. Saudara pembaca yang dikasihi, cubalah buka mind saudara sekejap. Ranung dan fikirlah sedalam-dalamnya akan satu ketika di mana seluruh alam belum wujud lagi. Di mana manusia belum wujud lagi, bahkan masa dan zaman belum wujud lagi. Ingatlah ketika itu hanya Allah sahaja yang wujud. Dzat Allah yang Maha Esa dan Maha Tunggal sahaja yang wujud ketika itu.
Di mankah Allah ketika itu. Di bumi, di langit, di syurga atau di mana. Langit, bumi, syurga, neraka belum wujud, belum ada tetapi Allah telah ada. Ia wujud sejak azali lagi. Di manakah tempatNya? Allah sahaja mengetahui. Tetapi Allah tetap wujud di tempat yang selayaknya denganNya. Selepas Allah menciptakan ‘alam seluruhnya termasuk segala makhluk  yang di langit dan di bumi, Allah tetap di tempat asal, tidak berubah, tidak berpindah walau sedikitpun. Allah tetap juga di tempat asalNya.
Renung dan fikirkanlah juga di kala seluruh ‘alam belum lagi diciptakan oleh Allah sebagaimana di atas. Dzat Allah wujud sendiriNya. Bagaimanakah hendak dikatakan yang Dzat Allah sesuatu walhal ketika itu tidak ada sesuatu apa pun.  Fikirkanlah! Setelah Allah menciptakan seluruh ‘alam termasuklan manusia dan sebagainya, Dzat Allah tidak sedikitpun berubah. Tidak berubah dari segi besar, kecil, tidak berubah dari segi sifat-sifatNya, tidak  berubah, tidak berubah segala-galanya. Begitulah Allah dan dzat sifatNya dari dahulu hingga
selamanya, tidak disentuh perubahan, Dzat dan sifat Allah kekal abadi tanpa sebarang perubahan sejak azali lagi hingga bila-bila pun.
               Fahamlah saudara pembaca sekalian, bahawa Dzat Allah Maha suci. Jangan sekali-kali dikaitkan Dzat Allah dengan sesuatu jua pun. Tiada sekutu bagi Allah, baik dari sifat dan DzatNya. Begitulah Dzat Allah. Ianya ghaib dan dari segala yang ghaib. Oleh itu tiada siapa pun berupaya untuk membuat  tanggapan tentang Dzat Allah.
               Maha suci Allah dari segala sesuatu. Allah mencipta seluruh ‘alam semesta dengan kekuasaanNya, bukan dengan DzatNya. Dzat Allah menjadikan sesuatu, bukan sesuatu terjadi dari Dzat Allah. Maka amat salah fahaman yang menganggap setiap sesuatu berdiri dengan Dzat Allah. Allah mencipta sesuatu dengan kekuasaanNya bukan  dengan DzatNya.*    
               Menerusi nama dan gelaran Allah, kita boleh mengenali akan sesuatu. Semoga dengan memperhatikan maksud nama-nama Allah kita dapat mengenali sebahagian daripada sifat-sifat Allah dan seterusnya dapat mengenali Allah itu sendiri. Allah mempunyai 99 nama. Antara nama-nama atau sifat-sufat Allah yang kita akan bicangkan ialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
               Ar-Rahman yang bermaksud Yang Maha Pemurah. Dialah yang mewariskan kasih sayang dan kebaikan bagi seluruh makhuk. Di segala zaman, tanpa membezakan antara yang  baik dengan yang buruk, yang beriman dan yang kafir, yang dicintai dan yang dibenci. DicurahkanNya kurnia tak terbatas kepada seluruh makhlukNya. Buktinya terdapat dalam Al-Qur’an surah Al-A’raf ayat 9:156 yang bermaksud:
               “......,.Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu, sebab itu  Aku akan tuliskan rahmat itu untuk mereka yang takwa dan yang mengeluarkan zakat, dan mereka yang mempercayi tanda-tanda keterangan Kami.”  
               Rahmat Allah kurniakan secara umum meliputi seluruh makhluk di merata alam. Seandainya rahmat Allah yang secara umum itu tidak ada tidak Allah  kurniakan kepada setiap makhluk, nescahaya musnahlah sudah setiap orang yang kafir dan yang derhaka sebaik-baik mereka itu melakukan dosa.
               Hal ini adalah seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam surah Fatir ayat 15:45 yang bermaksud:
               “Dan kalau sekiranya Allah menyeksa manusia mengikut (kesalahan) yang mereka lakukan, nescaya tiada tinggal lagi di permukaan bumi binatang melata pun yang hidup.”
               Ayat 45 ini Allah menerangkan, Dia tidak akan menyegerakan turunnya seksa lantaran kesejahatan yang telah  mereka lakukan, bahkan ditangguhkan-Nya lebih dahulu semoga mereka lakukan, mahu bertaubat kepada Allah dan kembali kepada kebenaran. Kalaulah Allah tetap juga menghukum manusia dengan sebab kesalahan dan dosa-dosa yang mereka lakukan dengan hukuman secara kontan, nescaya tiada dibiarkan-Nya hidup di muka bumi ini dan tidak ada yang tinggal,
sama ada manusia mahupun binatang-binatang yang melata di muka bumi, bahkan semuanya dibinasakan-Nya.
               Tetapi  diundurkan-Nya, yakni ditangguhkan-Nya seksaan itu daripada ditimpakan ke atas mereka, sehingga sampai ke tempoh yang ditentukan, iaitu dengan kedatangan hari kiamat barulah mereka diseksa.
               Allah itu Maha Penyayang atau  Ar-Rahim. Dialah sumber kasih sayang yang ta’ terbatas, yang memberikan pahala abadi kepada orang-orang yang menggunakan rahmat dan kurnia-Nya bagi kebaikan. Hal ini disebut dalam Al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 33:43 yang bermaksud:
               “.......dan Dia Maha penyayang (hanya) kepada  orang-orang yang beriman.”
Orang-orang yang beriman diarahkan supaya berzikir dan bertasbih, kerana Allah yang mereka ingati di dalam zikir sebanyak-banyaknya dan mensucikan-Nya pagi dan petang itu, adalah Tuhan yang menurunkan rahmat ke atas mereka, di samping para malaikat-Nya pula
memohonkan keampunan bagi mereka.
               Adapun lafaz “yusollih” jika dari Allah ertinya “memberi rahmat”, dan jika dari malaikat ertinya “memohonkan keampunnan”. Dengan sebab rahmat Allah dan doa malaikat, maka orang-orang Mukmin itu akan dikeluarkan dari suasana kegelapan berupa  kufur, kesesatan dan kejahilan – kepada cahaya penerangan berupa iman, keselamatan ilmu pengetahuan.
               Dan adalah Allah  itu penyayang kepada orang-orang yang beriman sama ada di dunia mahupun akhirat. Di dunia mereka diberi pertunjuk, untuk melalui jalan yang hak lagi benar, sebab sebelumnya mereka adalah dalam kejahilan dan kesesatan. Kemudian di akhirat pula mereka didatangi rasa aman dan tenteram dalam masa orang ramai merasakan takut yang amat sangat dan kegemparan kiamat yang besar. Dewasa itulah para malaikat menggem birakan mereka dengan surga untuk menjadi tempat mereka dan terselamat dari azab neraka.  
               Para malaikat itu pula – sebagai mewakili Allah Tuhan mereka – apabila bersua dengan mereka di dalam syurga, sentiasa memberi ucap selama sejahtera. Hal yang serupa ini, ada juga dinyatakan oleh Allah pada ayat 23 dan 24 surah al-Mujadilah yang berbunyi:
               Sedang malaikat-malaikat pula masuk menemui mereka dari segenap pintu (mengucapkan) selamat sejahtera atas kamu disebabkan kesabaran kamu.
               Dan Tuhan menyediakan bagi kamu pahala yang mulia. Yakni ada sahaja yang berkenaan di hati dan diingini oleh selera semuanya ada disediakan Allah di akhirat tanpa diminta, baik  dari jenis makanan, minuman, pakaian mahupun tempat tinggal, iaitu suatu kurnia yang tak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas di hati manusia.
               Bismillah Hirrahman Nirrahim yang membawa maksud: Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Maksud dari ayat pertama ini adalah: saya memulai membaca al-Fatihah ini dengan menyebut nama Allah. Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, mulai dari  pekerjaan ringan seperti makan, minum, bepergian, belajar, dan sebagainya. Allah adalah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak membuntuhkan makhluk-Nya, tapi  makhluk yang membuntuhkan-Nya.
               Ar-Rahman (Maha Pemurah): salah satu nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang ar-Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahawa Allah sentiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
               Arrahmaanirraahim ertinya Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Untuk ayat ke tiga dalam surah Al-Fatihah ini maksudnya hampir sama dengan ayat  pertama, Ar-Rahmaan (Maha Pemurah) salah satu nama Allah yang membuat pengertian bahawa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang ar-Rahim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahawa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
               Kita tidak dapat melihat suatu agama yang menggambarkan kedudukan ketuhanan dan sifat-sifat ketuhanan sepertimana yang digambarkan oleh Islam. Pembaca Al-Qur’an semasa membaca ayat-ayatnya akan merasa khusyuk kepada zat ke Tuhanan ini.
               Kepercayaan kepada adanya perantaraan yang menjadi orang antara manusia dengan Tuhan adalah merupakan faktor-faktor syirik. Dengan sebab itu kita dapati Islam menjadikan ikatan antara manusia dengan Tuhan sebagai ikatan yang tidak memerlukan manusia meminta  pertolongan kepada yang lain.
               Sifat Ar-Rahman (Maha Pegasih) sifat yang begitu unggul sekali sehingga menjadi surah dalam Al-Quran. Surah ar-Rahman ertinya “Maha Pengasih” iaitu surah ke 55 daripada jenis Makkiyah, mengandungi 78 ayat, diturunkan semuanya di Mekkah, sesudah turunnya surah “ar-Ra’d.
Surah ini juga dinamakan A’rusul Quran (“Gadis pengantin al-Quran”) kerana ada
diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib karramallahu wajhahu katanya: Bersabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud Segala sesuatu ada mempunyai pengantin dan gadis pengantin al-Quran itu  ialah surah ar-Rahman.
                    Ini, dipandang daripada segi susunan ayatnya berbanding dengan lain-lain surah memanglah cantik laksana pengantin perempuan. Ayat 1 hingga ayat 4 sebagai contoh, begitu tersusun indah.
“1 Tuhan yang Maha Pengasih. 2 Yang telah mengajarkan al-Quran.  3 Dia menciptakan manusia. 4 Mengajarkannya pandai berbicara.”
                    Ayat 1 dan 2 ayat ini merupakan jawapan kepada penduduk Makkah, yang menunduh dengan mengatakan “Hanyasanya yang mengajar Muhammad itu manusia juga.” Dakwaan mereka itu  ditolak dengan jawapan Allah itulah  Tuhan yang bersifat ar-Rahman (Maha pengasih dengan memberikan berbagai macam nikmat yang besar-besar kepada hamba-hamba-Nya.) Dialah yang mengajarkan kitab suci al-Quran kepada Muhammad (s.a.w.) dan siapa yang dikehendaki-Nya  - dengan memudahkan – untuk memaham dan menghafaznya kemudian mengajarkannya pula kepada umatnya.
                    Ayat 3 dan 4. Allah menciptakan bangsa manusia dengan mengajarkannya bagaimana hendak mentadbir (menggambarkan) kata-kata hati dan bayangan perasaannya sehingga pandai  berbicara. Seandainya tidak demikian, maka Muhammad (s.a.w.) tidak akan mengajar kan al-Quran kepada umatnya. Oleh kerana manusia hidupnya bertamadun yang tidak dapat tidak mesti bermasyarakat dan bergaul sesama manusia, maka tidak dapat tidak pula mempunyai pertuturan bahasa dan persuratannya, yang dapat difahami oleh masing-masing bangsa.
                    Mereka mengadakan hubungan dengan pertuturan kepada yang dekat dan sezaman dan dengan persuratan kepada yang jauh dan berlainan zaman. Inilah nikmat kerohanian yang paling besar yang tidak dapat ditandingi oleh lain-lain nikmat dalam kehidupan.

*Sumber:Ibnu Abdullah Al-Naqsyababdi: MENCAPAI MA’RIFAT(SATU PENDEKATAN). Al-Hidayah Kuala Lumpur 2005..