(Disiarkan pada 2 July 2016)
Pengasih dan penyayang merupakan antara
sifat-sifat Allah sebagai Zat yang ghaib dari segala yang ghaib. Ianya ghaib
dari fikiran manusia. Ghaib dari pandangan dan pengli hatan manusia, ghaib dari
pendengaran manusia, ghaib dari pancaindera manusia. Dzat Allah tidak dapat
difikirkan oleh manusia bagaimana keadaanNya. Manusia tidak mempunyai daya
sedikitpun untuk membayangkan tentang Dzat Allah.
Manusia buntu dan fikirannya kosong dari
gambaran Dzat Allah. Maka wajarlah manusia mengeluh dan mengaku tidak tahu
bagaimana Dzat Allah. Walaupun begitu manusia diwajibkan mengenal Allah. Dan
Allah memperkenalkan diriNya kepada manusia menerusi rasul-rasulNya.
Pernah di zaman Nabi Musa a.s. apabila beliau
ingin betul melihat Dzat Allah. Allah berfirman kepada Nabi Musa bahawa manusia
tidak kuat melihat Dzat Allah. Oleh sebab Nabi Musa ingin betul diberi peluang
untuk melihat Dzat Allah maka Allah perkenankan Nabi Musa keluar dari goa
dimana Nabi Musa bermunajat kepada Allah.
Apabila Nabi Musa berdiri di hadapan pintu goa itu lalu kelihatan
gunung terseram pak berdiri tegak di hadapannya. Dengan sekelip mata gunung itu
menjadi cair lalu Nabi Musa terjatuh pingsan. Setelah sedarkan diri dia segera
meminta maaf dan ampun kepada Allah atas perbuatan yang lemah itu.
Bagi umat di zaman ini, termasuklah kita
semua, Allah mengutus Rasul akhir zaman iaitu Nabi Muhammad Shallalla ‘alaihi
wasallam dan menerangkan dengan sejelas-jelasnya sifat Allah sebagaimana yang
tersebut di dalam Al-Qur’an dan hadith Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wasallam.
Di zaman terakhir ini terdapat berbagai
ajaran dan fahaman mengenai Dzat Allah. Di kalangan orang-orang Islam sendiri
terdapat fahaman-fahaman yang salah lagi sesat (minta dilindungi Allah jua darinya.)
Fahaman yang salah lagi sesat tersebut
tidak sahaja dianuti oleh orang awam atau orang yang kurang ‘ilmu pengetahuan,
bahkan dianuti juga oleh orang-orang yang berpenge tahuan tinggi tetapi kurang ‘ilmu
agama.
Tidak kurang juga terdapat fahaman yang salah dan sesat dari
kalangan pengikut thariqat-thariqat yang tertentu. Lebih lagi di kalangan
peng’amal ‘ilmu kebatinan. Ramai sekali tersalah faham tentang Dzat Allah
Untuk mengelak dari terjebak kepada
fahaman yang salah dan sesat, maka setiap orang perlu kepada pengetahuan asas
mengenal Dzat Allah. Saudara pembaca yang dikasihi, cubalah buka mind saudara
sekejap. Ranung dan fikirlah sedalam-dalamnya akan satu ketika di mana seluruh
alam belum wujud lagi. Di mana manusia belum wujud lagi, bahkan masa dan zaman
belum wujud lagi. Ingatlah ketika itu hanya Allah sahaja yang wujud. Dzat Allah
yang Maha Esa dan Maha Tunggal sahaja yang wujud ketika itu.
Di mankah Allah ketika itu. Di bumi, di
langit, di syurga atau di mana. Langit, bumi, syurga, neraka belum wujud, belum
ada tetapi Allah telah ada. Ia wujud sejak azali lagi. Di manakah tempatNya?
Allah sahaja mengetahui. Tetapi Allah tetap wujud di tempat yang selayaknya
denganNya. Selepas Allah menciptakan ‘alam seluruhnya termasuk segala makhluk yang di langit dan di bumi, Allah tetap di
tempat asal, tidak berubah, tidak berpindah walau sedikitpun. Allah tetap juga
di tempat asalNya.
Renung dan fikirkanlah juga di kala
seluruh ‘alam belum lagi diciptakan oleh Allah sebagaimana di atas. Dzat Allah
wujud sendiriNya. Bagaimanakah hendak dikatakan yang Dzat Allah sesuatu walhal
ketika itu tidak ada sesuatu apa pun.
Fikirkanlah! Setelah Allah menciptakan seluruh ‘alam termasuklan manusia
dan sebagainya, Dzat Allah tidak sedikitpun berubah. Tidak berubah dari segi
besar, kecil, tidak berubah dari segi sifat-sifatNya, tidak berubah, tidak berubah segala-galanya.
Begitulah Allah dan dzat sifatNya dari dahulu hingga
selamanya,
tidak disentuh perubahan, Dzat dan sifat Allah kekal abadi tanpa sebarang
perubahan sejak azali lagi hingga bila-bila pun.
Fahamlah saudara pembaca sekalian,
bahawa Dzat Allah Maha suci. Jangan sekali-kali dikaitkan Dzat Allah dengan
sesuatu jua pun. Tiada sekutu bagi Allah, baik dari sifat dan DzatNya.
Begitulah Dzat Allah. Ianya ghaib dan dari segala yang ghaib. Oleh itu tiada
siapa pun berupaya untuk membuat
tanggapan tentang Dzat Allah.
Maha suci Allah dari segala
sesuatu. Allah mencipta seluruh ‘alam semesta dengan kekuasaanNya, bukan dengan
DzatNya. Dzat Allah menjadikan sesuatu, bukan sesuatu terjadi dari Dzat Allah.
Maka amat salah fahaman yang menganggap setiap sesuatu berdiri dengan Dzat
Allah. Allah mencipta sesuatu dengan kekuasaanNya bukan dengan DzatNya.*
Menerusi nama dan gelaran Allah,
kita boleh mengenali akan sesuatu. Semoga dengan memperhatikan maksud nama-nama
Allah kita dapat mengenali sebahagian daripada sifat-sifat Allah dan seterusnya
dapat mengenali Allah itu sendiri. Allah mempunyai 99 nama. Antara nama-nama
atau sifat-sufat Allah yang kita akan bicangkan ialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Ar-Rahman yang bermaksud Yang
Maha Pemurah. Dialah yang mewariskan kasih sayang dan kebaikan bagi seluruh
makhuk. Di segala zaman, tanpa membezakan antara yang baik dengan yang buruk, yang beriman dan yang
kafir, yang dicintai dan yang dibenci. DicurahkanNya kurnia tak terbatas kepada
seluruh makhlukNya. Buktinya terdapat dalam Al-Qur’an surah Al-A’raf ayat 9:156
yang bermaksud:
“......,.Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu, sebab itu Aku akan tuliskan rahmat itu untuk mereka
yang takwa dan yang mengeluarkan zakat, dan mereka yang mempercayi tanda-tanda
keterangan Kami.”
Rahmat Allah kurniakan secara
umum meliputi seluruh makhluk di merata alam. Seandainya rahmat Allah yang
secara umum itu tidak ada tidak Allah
kurniakan kepada setiap makhluk, nescahaya musnahlah sudah setiap orang
yang kafir dan yang derhaka sebaik-baik mereka itu melakukan dosa.
Hal ini adalah seperti yang
dijelaskan oleh Allah dalam surah Fatir ayat 15:45 yang bermaksud:
“Dan kalau sekiranya Allah menyeksa manusia mengikut (kesalahan) yang
mereka lakukan, nescaya tiada tinggal lagi di permukaan bumi binatang melata
pun yang hidup.”
Ayat 45 ini Allah
menerangkan, Dia tidak akan menyegerakan turunnya seksa lantaran kesejahatan
yang telah mereka lakukan, bahkan
ditangguhkan-Nya lebih dahulu semoga mereka lakukan, mahu bertaubat kepada
Allah dan kembali kepada kebenaran. Kalaulah Allah tetap juga menghukum manusia
dengan sebab kesalahan dan dosa-dosa yang mereka lakukan dengan hukuman secara
kontan, nescaya tiada dibiarkan-Nya hidup di muka bumi ini dan tidak ada yang
tinggal,
sama
ada manusia mahupun binatang-binatang yang melata di muka bumi, bahkan semuanya
dibinasakan-Nya.
Tetapi diundurkan-Nya, yakni ditangguhkan-Nya
seksaan itu daripada ditimpakan ke atas mereka, sehingga sampai ke tempoh yang
ditentukan, iaitu dengan kedatangan hari kiamat barulah mereka diseksa.
Allah itu Maha Penyayang
atau Ar-Rahim. Dialah sumber kasih
sayang yang ta’ terbatas, yang memberikan pahala abadi kepada orang-orang yang
menggunakan rahmat dan kurnia-Nya bagi kebaikan. Hal ini disebut dalam
Al-Qur’an surah Al-Ahzab ayat 33:43 yang bermaksud:
“.......dan Dia Maha penyayang (hanya) kepada orang-orang yang beriman.”
Orang-orang
yang beriman diarahkan supaya berzikir dan bertasbih, kerana Allah yang mereka
ingati di dalam zikir sebanyak-banyaknya dan mensucikan-Nya pagi dan petang
itu, adalah Tuhan yang menurunkan rahmat ke atas mereka, di samping para
malaikat-Nya pula
memohonkan
keampunan bagi mereka.
Adapun lafaz “yusollih” jika dari Allah ertinya “memberi rahmat”, dan jika dari
malaikat ertinya “memohonkan keampunnan”. Dengan sebab rahmat Allah dan doa
malaikat, maka orang-orang Mukmin itu akan dikeluarkan dari suasana kegelapan
berupa kufur, kesesatan dan kejahilan –
kepada cahaya penerangan berupa iman, keselamatan ilmu pengetahuan.
Dan adalah Allah itu penyayang kepada orang-orang yang beriman
sama ada di dunia mahupun akhirat. Di dunia mereka diberi pertunjuk, untuk
melalui jalan yang hak lagi benar, sebab sebelumnya mereka adalah dalam
kejahilan dan kesesatan. Kemudian di akhirat pula mereka didatangi rasa aman
dan tenteram dalam masa orang ramai merasakan takut yang amat sangat dan kegemparan
kiamat yang besar. Dewasa itulah para malaikat menggem birakan mereka dengan
surga untuk menjadi tempat mereka dan terselamat dari azab neraka.
Para malaikat itu pula – sebagai
mewakili Allah Tuhan mereka – apabila bersua dengan mereka di dalam syurga,
sentiasa memberi ucap selama sejahtera. Hal yang serupa ini, ada juga
dinyatakan oleh Allah pada ayat 23 dan 24 surah al-Mujadilah yang berbunyi:
Sedang malaikat-malaikat pula masuk menemui mereka dari segenap pintu
(mengucapkan) selamat sejahtera atas kamu disebabkan kesabaran kamu.
Dan Tuhan menyediakan bagi kamu
pahala yang mulia. Yakni ada sahaja yang berkenaan di hati dan diingini oleh
selera semuanya ada disediakan Allah di akhirat tanpa diminta, baik dari jenis makanan, minuman, pakaian mahupun
tempat tinggal, iaitu suatu kurnia yang tak pernah dilihat oleh mata, didengar
oleh telinga dan terlintas di hati manusia.
Bismillah Hirrahman Nirrahim yang
membawa maksud: Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maksud dari ayat pertama ini adalah: saya memulai membaca al-Fatihah ini dengan
menyebut nama Allah. Setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan
menyebut asma Allah, mulai dari
pekerjaan ringan seperti makan, minum, bepergian, belajar, dan
sebagainya. Allah adalah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan
sebenar-benarnya, yang tidak membuntuhkan makhluk-Nya, tapi makhluk yang membuntuhkan-Nya.
Ar-Rahman (Maha Pemurah): salah
satu nama Allah yang memberi pengertian bahawa Allah melimpahkan karunia-Nya
kepada makhluk-Nya, sedang ar-Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahawa
Allah sentiasa bersifat rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan
rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
Arrahmaanirraahim ertinya Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. Untuk ayat ke tiga dalam surah Al-Fatihah ini
maksudnya hampir sama dengan ayat
pertama, Ar-Rahmaan (Maha Pemurah) salah satu nama Allah yang membuat
pengertian bahawa Allah melimpahkan karunia-Nya kepada makhluk-Nya, sedang
ar-Rahim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahawa Allah senantiasa bersifat
rahmah yang menyebabkan Dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.
Kita tidak dapat melihat suatu
agama yang menggambarkan kedudukan ketuhanan dan sifat-sifat ketuhanan
sepertimana yang digambarkan oleh Islam. Pembaca Al-Qur’an semasa membaca
ayat-ayatnya akan merasa khusyuk kepada zat ke Tuhanan ini.
Kepercayaan kepada adanya
perantaraan yang menjadi orang antara manusia dengan Tuhan adalah merupakan
faktor-faktor syirik. Dengan sebab itu kita dapati Islam menjadikan ikatan
antara manusia dengan Tuhan sebagai ikatan yang tidak memerlukan manusia
meminta pertolongan kepada yang lain.
Sifat Ar-Rahman (Maha Pegasih) sifat yang begitu unggul
sekali sehingga menjadi surah dalam Al-Quran. Surah ar-Rahman ertinya “Maha
Pengasih” iaitu surah ke 55 daripada jenis Makkiyah, mengandungi 78 ayat,
diturunkan semuanya di Mekkah, sesudah turunnya surah “ar-Ra’d.
Surah ini juga dinamakan A’rusul Quran (“Gadis pengantin
al-Quran”) kerana ada
diriwayatkan
daripada Ali bin Abi Talib karramallahu wajhahu katanya: Bersabda Rasulullah
s.a.w.
yang bermaksud Segala sesuatu ada
mempunyai pengantin dan gadis pengantin al-Quran itu ialah surah ar-Rahman.
Ini, dipandang
daripada segi susunan ayatnya berbanding dengan lain-lain surah memanglah
cantik laksana pengantin perempuan. Ayat 1 hingga ayat 4 sebagai contoh, begitu
tersusun indah.
“1 Tuhan yang
Maha Pengasih. 2 Yang telah mengajarkan al-Quran. 3 Dia menciptakan manusia. 4 Mengajarkannya
pandai berbicara.”
Ayat 1 dan 2 ayat
ini merupakan jawapan kepada penduduk Makkah, yang menunduh dengan mengatakan
“Hanyasanya yang mengajar Muhammad itu manusia juga.” Dakwaan mereka itu ditolak dengan jawapan Allah itulah Tuhan yang bersifat ar-Rahman (Maha pengasih
dengan memberikan berbagai macam nikmat yang besar-besar kepada
hamba-hamba-Nya.) Dialah yang mengajarkan kitab suci al-Quran kepada Muhammad (s.a.w.)
dan siapa yang dikehendaki-Nya - dengan
memudahkan – untuk memaham dan menghafaznya kemudian mengajarkannya pula kepada
umatnya.
Ayat 3 dan 4. Allah
menciptakan bangsa manusia dengan mengajarkannya bagaimana hendak mentadbir
(menggambarkan) kata-kata hati dan bayangan perasaannya sehingga pandai berbicara. Seandainya tidak demikian, maka
Muhammad (s.a.w.) tidak akan mengajar kan al-Quran kepada umatnya. Oleh kerana
manusia hidupnya bertamadun yang tidak dapat tidak mesti bermasyarakat dan
bergaul sesama manusia, maka tidak dapat tidak pula mempunyai pertuturan bahasa
dan persuratannya, yang dapat difahami oleh masing-masing bangsa.
Mereka mengadakan hubungan
dengan pertuturan kepada yang dekat dan sezaman dan dengan persuratan kepada
yang jauh dan berlainan zaman. Inilah nikmat kerohanian yang paling besar yang
tidak dapat ditandingi oleh lain-lain nikmat dalam kehidupan.
*Sumber:Ibnu
Abdullah Al-Naqsyababdi: MENCAPAI MA’RIFAT(SATU PENDEKATAN). Al-Hidayah Kuala
Lumpur 2005..
No comments:
Post a Comment