(Disiarkan pada
25. Jun 2016)
Tawaduk, mengikut kamus dewan bahasa dan
pustaka, membawa makna merendah kan diri, tidak angkuh dan sombong. Tidak
haloba kepada kekayaan dan kebesaran hidup di dunia ini. Dengan khusyuk dan
tawaduk bermakna dengan sungguh-sungguh
(sebulat) hati. Patuh, setia, taat (dalam mengerjakan sesuatu). Syahadan, ialah
yang sangat tawaduknya akan Allah Subhanahu wataatala.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Yusuf
ayat 12:76 yang bermaksud:
“Kami
tinggikan darjat-darjat orang yang Kami kehendaki. Dan di atas tiap-tiap orang
yang berilmu (pandai) ada lagi yang lebih pandai.”
Kata Ibnu Abbas (r.a.): Di atas orang
alim ada lagi yang lebih alim, demikianlah seterus hingga terhenti ilmu itu
kepada Allah Taala, maka Allah Taala di atas segala yang alim. Ayat ini
mengingatkan kepada orang-orang yang berilmu, supaya jangan membangga-banggakan
dirinya dengan menunjuk pandai, sebab masih ada lagi orang lain yang lebih
pandai, tetapi hendaklah semakin merendah diri kepada Tuhan yang mengurniakan
ilmu kepadanya.
Sebagai contoh, semasa Nabi Musa
berceramah (berdakwa) kepada umatnya, dia didatangi oleh satu persoalan dari
umatnya yang ingin tahu siapakah orang yang lebih pintar di dunia? Nabi Musa
berfikir dalam hatinya bahawa tidakkah umatnya mengetahui kepintaran nabinya
(Musa a.s.) sehingga dapat menumbangkan kerajaan Firaun yang zalim itu? Nabi
Musa merasa bangga terhadap kepintarannya, ia tidak merasa tawaduk maka Allah menyangga
akhlak demikian.
Oleh kerana Nabi Musa merasakan
ketinggian ilmunya antara orang yang alim maka Allah perintahkan Nabi Musa
hendak berguru dengan Nabi Khidir. Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir dan
memperlawakan dirinya untuk menuntut ilmu darinya. Nabi Khidir mengizinkannya
dengan syarat bersabar apabila melihat perlakuannya terhadap sesuatu yang di luar
pengetahuan Nabi Musa tentang satu-satu hikmahnya.
Nabi Khidir telah melakukan tiga perkara
yang ganjil yang Nabi Musa tidak mengetahui hikmahnya. Nabi Musa tidak Sabar
menyaksikannya lalu menegur Nabi Khidir. Nabi Musa kufur terhadap perjanjian
yang dipersetujuinya terlebih dahulu, kepada ketiga-tiga perlakuan Nabi Khidjir
itu. Lalu Nabi Musa terpaksa berpisa dengan Nabi Khidir kerana telah gagal
memenuhi syarat yang diberi oleh Nabi Khidir.
Nabi Khidir, pada Allah, Ia dilengkapi
dengan ilmu yang mendatang atau ilmu yang belum berlaku akan terjadi pada satu
masa nanti. Nabi Khidir mengetahui hikmah sesuatu kejadian yang akan berlaku di
masa hadapan.
Nabi Musa a.s. gagal mempersembahkan
akhlaknya yang bersifat tawaduk dan memihak kepada sifatnya yang bangga
terhadap ilmunya yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya sehingga beliau
dapat menjatuhkan kerajaan Firaun. Manusia seharusnya bersifat tawaduk apabila
dihinggapi oleh ilmu yang bermanfaat kepada pembangunan kehidupan. Jangan
merasa bangga terhadap ilmu yang kita perolehi. Ilmu itu sepatutnya membuat
kita lebih rendah diri atau tawaduk kerana sifat inilah yang diredai Allah
s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya.
Umat Islam adalah digalakkan oleh Allah
untuk menunaikan ibadah sedekah di bulan Ramadan. Sedekah tidak aka mengurangi
apapun pada harta benda. Allah tidak akan menambah apapun kepada seorang hamba
sebab memaafkan kecuali keagungan. Seseorang yang tawaduk atau merendahkan diri
kerana Allah tidak akan mendapatkan kecuali keagungan dan Allah Azza wa Jalla
akan megangkatnnya.
Di dalam sebuah riwayat untuk
Ath-Thabrani dikatakan, “Tidaklah sebuah sedekah akan mengurangi harta,
tidaklah seorang hamba mengulurkan tangan untuk sedekah kecuali dijatuhkan pada
tangan Allah.” Yakni Allah menerimanya dan reda dengannya sebelum jatuh
ke
tangan orang yang meminta.
Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 2:276
yang bermaksud:
“Allah
memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah.”
Adapun orang yang mengamalkan sedekah,
walaupun dirinya sendiri kekurangan, Allah akan mengembangkan sedekahnya yakni
memberkati harta sehingga tidak menderita kekurangan di dunia ini dan
berlipatganda pula pahalanya di akhiratnya.
Sifat sombong dan bongkak selalu membawa
akibat kerugian dan kebinasaan. Lihat iblis yang turun dari singga-sananya,
dilucutkan kedukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari
syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga
hari kiamat, kerana kesombongannya dan kebanggaan nya dengan asal usulnya
daripada api sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan
menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t..
Nabi Hud menghadapi kaumnya ‘Aad’ yang telah
dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak
mengenal Tuhannya yang mengurniai semuanya itu. Kaumnya sudah berada dalam
kehidupan yang sesat, sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang
dibawa oleh Nabi-Nabi-Nya.
Nabi Hud menghadapai masalah kaumnya, dengan
sifat yang tawaduk, penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak
sekali-kali membalas ejek-ejekan dan kata-kata yang kasar mereka dengan serupa, tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang
menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sama sekali
kehilangan akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan gentar ketika
kaumnya (kaum Aad) mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan senget. Ia
dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengatakan:
“Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat menggangu
fikiranku sedikitpun, tetapi aku ini adalah
rasul (pesuruh) Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang
penasihat yang jujur bagimu, menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu
dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia
mahupun di akhirat.”
Pembalasan Tuhan terhadap kaum Aad yang
kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua tahap. Tahap pertama
berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka, sehingga
menimbulkan kecemasan dan kegelisahan. Tentangan mereka terhadap janji Allah
yang diwahyukan kepada Nabi Hud, segera mendapat jawapan dengan datangnya
pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan di langit yang
mega hitam dan tebal. Kaum Aad meyambutnya dengan sorak-sorai gembira, kerana
mereka mengira bahawa hujan akan segera turun membasahi
ladang-ladang
dan kebun mereka.
Maga hitam itu bukanlah mega dan awan
rahmat bagi mereka tetapi mega yang akan membawa kehancuan sebagai pembalasan
Allah yang telah dijanjikan Nabi Hud itu. Bencana angin taufan itu berlangsung
selama lapan hari tujuh malam, sehingga sempat menyapu bersih kaum Aad yang
bongkak itu dan menamatkan riwata nya dalam keadaan yang menyedihkan itu.
Orang yang berhati tawaduk mempunyai
sifat yang merendahkan diri terutama sekali apabila ia melaksanakan ibadah
solat kepada Allah s.w.t.. Dalam mengerjakan ibadat sembahyang seseorang itu
menun jukkan kerendah hatinya dengan sujud. Sujud merupakan suatu amalan yang
membantu melapangkan jiwa supaya bersih dan ini adalah salah satu jalan ke
syurga.
Riwayat Imam Muslim dalam sahihnya
daripada Abi Firas bin Ka’ab al-Aslami (khadam Rasulullah) dan daripada Ahli
Saffah, semoga diredai Allah s.w.t., katanya, “Aku telah bermalam dengan
Rasulullah s.a.w. Aku datang kepada Baginda dan baginda pun bersabda. ‘Mintalah
daripada aku.’ Aku pun berkata. ‘Aku minta daripada engkau untuk
mengiringmu
di dalam syurga nanti.’ Rasulullah menjawab ‘Ada permintaan lain...?’ Aku pun
berkata
lagi, ‘Itu sahaja.’ Rasulullah pun terus
bersabda. ‘Kamu mestilah banyak bersujud.’”
Sujud merupakan sesuatu amalan yang membantu
melapangkan jiwa supaya bersih dan ini adalah satu jalan ke syurga. Bagi maksud
ini terdapat juga riwayat al-Imam Muslim Daripada Abi Abdul Rahman bahawa
Thauban (maula Rasulullah) berkata
bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah kamu berbanyak sujud, kamu tidak bersujud kepada Allah
kecuali Allah mengangkat darjat kamu dengan sujud tersebut dan Allah membuang
kesalahan kamu dengannya.”
Sujud yang dimaksudkan oleh
Rasulullah s.a.w. dalam Hadith-hadith Baginda bukan lah semata-mata perbuatan
yang kita sedia maklum tetapi sujud sebenarnya ialah perbuatan tersebut
diiringi dengan satu pengertian yang mendalam dalam jiwa yang tertanam dalamnya
kebesaran Allah dan keagungan-Nya, rahmat dan kasih sayang-Nya yang membawanya
tunduk secara mutlak kepada Allah Yang Gagah Perkasa. Keagungan Allah dan
tunduk patuh secara mutlak kepada rahmat Allah, tersimpul dalam risalah Islam
iaitu seruhan-suruhan dan larangan-Nya.
Jestru itulah risalah Islam,
perkara-perkara wajib sama ada berupa suruhan mahupun larangan adalah rahmat
untuk sekalian alam. Firman Allah kepada rasul-Nya surah al-Anbiya ayat 21:107
yang bermaksud:
“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi rahmat bagi sekalian alam.....”
Apabila sujud itu merupakan
ibarat daripada ketundukan dan kepatuhan, maka ia merupakan ibadat iaitu yang
bermakna tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. Itulah jalan ke syurga dan lebih
daripada syurga iaitu ‘hampir’ kepada Allah. Firman Allah surah al-‘Alaq ayat
96:19 yang bermaksud:
“Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad menurut kehendaknya, dan
(sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan
beramal salih)).
Rasulullah s.a.w.
juga pernah bersabda:
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhan-Nya ialah ketika ia sedang sujud.”
Tingginya
darjat sujud dapat dilihat apabila sembahyang itu sendiri disebut sebagai
‘sujud’. Solat al duha juga dikenali
sebagai sujud-ad-duh.
Dengan itu Allah
menyifatkan orang yang membuktikan ketundu kannya kepada Allah dan patuh kepada
perintah-Nya dengan berfirman surah al-sajdah ayat 32:15 yang bermaksud: “Sesungguhnya yang benar-benar beriman
kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan
dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud
(menandakan taat patuh), dan mengerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji
Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.”
Apabila orang-orang yang beriman
itu diberi ajaran dan nasihat, mereka segera merendahkan diri, meniarap kepada
Allah dengan sujud kerana takutkan seksa Allah, dan menghinakan diri kerana
menyembah Allah, mengikararkan diri mereka sebagai hamba. Dan sujudnya mereka
itu adalah yang bersifat tawaduk, bererti sebagai hamba yang benar-benar
mengabdikan kepada Allah dengan mensucikan-Nya dari disekutukan oleh
orang-orang yang kufur.
Orang-orang yang beriman itu
melakukan sedemikian dengan tidak ada
sedikit pun merasa sombong untuk bermegah-megah dan membesarkan diri di
dalam mentaati Allah. Lain halnya
orang-orang fasik dan jahat lagi berdosa apabila mendengar ayat-ayat dan
keterangan-keterangan Allah mereka berpaling ke belakang, menyombongkan diri,
seolah-olahnya mereka tidak mendengar
sama sekali keterangan-keteangan Allah tersebut.
Pintu rahmat Allah sentiasa
terbuka untuk para pejuang-Nya. Allah sangat mudah dihampiri apabila sahaja
manusia sujud kepada-Nya. Allah akan mengangkat darjat, sentiasa hampir dan
menaungi hidup mereka yang sujud kepada-Nya. Adapun prinsip utama yang perlu
diberi perhatian oleh setiap Muslim ialah ‘iman itu bukanlah pengetahuan
semata-mata (ma’rifat) kerana iblis
tidak kurang pengetahuannya tentang
Allah.
Nabi Nuh dan Ibrahim yang akan diutuskan
oleh Allah, dan juga tentang Muhammad Rasulullah, bahkan iblis memang
mengetahui bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Muhammad
adalah rasul-Nya. Isa, Musa dan para nabi semuanya utusan Allah. Iblis juga tidak kurang pengetahuannya
mengenai hakikat-hakikat ini, bahkan ilmunya itu mungkin lebih mantap dan kemas
daripada ilmu di kalangan orang yang berilmu.
Namun begitu ia disingkir daripada
rahmat Allah kerana iman itu bukanlah ma’rifat
atau pengetahuan semata-mata. Iman ialah khusyuk dan menyahut yakni sujud,
tidak akan datang iman tanpa sujud. Al-Qur’an mempersaksikan demikian melalui
firman Allah surah al-nisa’ ayat 4:65
yang bermaksud;
“Maka
demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mareka tidak disifatkan beriman sehingga mereka
menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselesihan yang timbul di antara
mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan
daripada apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu
dengan sepenuhnya.”
Said bin Jabir r.a.. berkata bahawa
tidak ada sesuatu yang menenangkan hati di dalam dunia ini melainkan dengan
besujud.
Adapun Ali bin Abdulah bin Abbas telah
digelar sebagai Ahli Sujud kerana sujudnya yang begitu banyak. Dia banyak
melakukan sujud untuk menentang iblis.
No comments:
Post a Comment