(Disiarkan pada 18. 6. 2016)
“Islam” ialah nama yang dikenali
bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Nama ini bukanlah hasil dari
Ijtihad Baginda tetapi dari Allah s.w.t.
sepertimana yang difirmankan-Nya dalam al-Qur’an surah al-Maa-idah, ayat 5:3;
Waradhiitu lakumu –I islaama diina. “Dan telah-Ku redhai Islam itu menjadi agama
bagimu.”
“Islam” dari segi makna bahasanya, para ahli-ahli bahasa, ahli tafsir
dan para Orintalis banyak meninbulkan perbincangan. Meneliti perkataan ‘salama’
dari segi bahasa kita dapati ia membawa pengertian-pengertian berikut:
1.Terlepas
dan bebas dari keburukan-keburukan atau
kekurangan-kekurangan yang lahir
atau
yang batin. 2. Aman dan damai 3. Taat dan patuh.
Pengertian
dari segi syrak, Islam ialah mentauhidkan Allah, tunduk , patuh dan ikhlas
kepada-Nya serta beriman dengan dasar-dasar yang diturunkan dari Allah.
Al-Qur’an menganggap ‘Islam’ sebagai
bertentengan dengan ‘Syirik’. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah Al-An’am
ayat 6:14 yang bermaksud:
“Katakanlah: “Adakah patut selain Allah akan saya jadikan Pelindung?
Sedang Allah itu pencipta langit dan bumi, Dia yang memberi makan dan bukan
yang diberi makan.” Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkannya supaya
menjadi orang yang pertama menyerahkan dirinya (kepada Allah),dan janganlah
kamu menjadi orang-orang musrikin (menyekutukan Allah).”
Mukatil mengatakan: “Tatkala
Rasulullah saw diseru oleh orang-orang Musyrikin supaya mengikuti agama nenek
moyang mereka, maka Allah turunkan ayat ini, yang maksudnya: “Katakanlah ya
Muhammad kepada mereka: Adakah patut selain Allah akan saya jadikan Tuhan yang
disembah dan akan saya jadikan pelindung tempat meminta pertolo ngan?” Perbuatan
ini tentulah tidak layak. Tak mungkin selain Allah hendak dijadikan pelindung.
Terjadinya langit dan bumi ini,
yang tercipta tanpa memakai model yang ditiru terlebih dahulu, adalah bukti
tentang sang penciptanya, iaitu Allah.
Mengapa hendak dicari juga pelindung selain Allah?
Allah itu Maha Kaya. Dialah yang
memberi rezeki makan minum kepada hamba-hamba-Nya, dan memberikan segala mereka
hajati, sedang Allah tiada berhajat kepada sesuatu pun. Maka Tuhan yang demikian
sifatnya sahajalah yang layak dijadikan pelindung tempat meminta perlindungan.
Setelah alasan-alasan tadi
diberikan yang menetapkan wajibnya Allah itu dipertuhan – bukan yang lain –
katakanlah pula Ya Muhammad kepada orang-orang musyrikin itu: “Sesungguhnya aku
diperintahkan oleh Allah supaya menjadi orang yang pertama sekali dari gulungan
umat Islam kerana bersedia menyerahkan diriku kepada Allah untuk mematuhi
segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Dan janganlah kamu menjadi
orang-orang menyekutukan Allah disebabkan memilih pelindung kepada yang lain.
Demikian juga al-Quran menganggap ‘Islam’ bertentangan
dengan ‘kufur’. Firman Allah s.w.t. surah Ali Imran ayat 3:80 yang bermaksud:
“Dan (tidak wajar pula baginya) menyuruhmu menjadikan Malaikat dan para
Nabi sebagai Tuhan. Apakah (patut) dia menyuruhmu berbuat kekafiran pada waktu
kamu sudah (menganut agama) Islam.”
Perbuatan mereka
yang sedemikian adalah serupa dengan perbuatan orang-orang kafir Quraisy dan As-Sobiin, mendakwakan bahawa malakat-malaikat itu adalah anak
perempuan Allah, juga seperti kaum Yahudi yang mendakwakan bahawa Uzair itu
anak Allah dan kaum Nasrani yang mendakwakan Isa Al-Masih anak Allah. Allah
mengecam mereka dengan menyatakan bahawa perbuatan mereka itu sangatlah tidak
patut kerana mereka menyeru
supaya
orang-orang berada di dalam kekufuran setelah mereka berada di dalam keislaman.
Al-Quran juga mengatakan ‘Islam’
sebagai bermakna “Ikhlas” kepada Allah. Firman Allah surah An-Nisa’ ayat 4:125
yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan
mukanya (dirinya) kepada Allah–sedang dianya berbuat kebajikan, dan mengikut
agama Nabi Ibrahim yang lurus. Allah telah menjadikan Nabi Ibrahim itu teman.”
Setelah Allah
menyatakan bahawasanya syurga itu bagi orang yang beriman (mukmin), maka diterangkannya pula
tentang orang yang beragama Islam dan kelebihannya, iaitu Allah menyatakan
tidak ada orang yang lebih baik agamanya
selain daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah, jelasnya orang
yang beragam Islam. Kerana erti ‘Islam’ ialah menyerahkan diri dengan tunduk
dan patuh kepada perintah Allah dan mengikuti hukum-hukumnya yang dibawa oleh
junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..
Orang yang telah menyerahkan
dirinya itu bukanlah sekadar mengikrarkan dengan lidahnya sahaja bahkan
diiringi dengan amalan yang dikerjakannya. Dan amalan yang dikerjakan itu
meliputi perkara-pekara yang baik, perkara-perkara yang merupakan kewajipan,
perkara-perkara yang membawa kepada ketaatan, dan menjauhkan perkara-perkara
kejahatan.
Pengakuan Allah terhadap syariat
Nabi Ibrahim itu telah dikuatkan-Nya dengan mengatakan: “Allah telah menjadikan Nabi Ibrahim itu teman.” Dia telah
dijadikan oerang pilihan menegakkan agama Allah ditengah-tengah umat yang
sedang tersesat keana menyembah atung-patung dan berhala. Oleh keana Nabi
Ibrahim mendapat gelaran “teman Allah” maka sudah selayaklah syariatnya patutu
diikuti sampai sekarang ini.
Al-Quran seterusnya menyatakan
‘Islam’ sebagai bermakna “tunduk dan patuh kepada Allh.” Allah berfirman dalam
surah Ali Imran ayat 3:83 yang bermaksud:
“Mengapakah mereka menghendaki agama yang bukan agama Allah? Pada hal
telah berserah (tunduk) kepada-Nya semua orang yang dilangit dan di bumi,denan
sukarela atau terpaksa, dan kepada Allah mereka kembali.”
Orang-orang yang
dilangit dan yang di bumi yang telah disebutkan – baik yang beriman secara rela
mahupun yang beriman secara terpaksa – semuanya telah tunduk kepada Allah
dengan menganut agama Islam, tetapi orang-orang yang ahli kitab itu pula masih
berdali untuk mencari agama yang lain. Mereka kesudahannya akan kembali juga
kepada Allah untuk menerima balasan. Sindirin ayat ini jelas menunjukkan betapa
besarnya dan ancaman Allah terhadap orang yang menyalahi-Nya di dunia ini.
Islam menyeru mentauhidkan Allah.
Islam menolak adat orang-orang Arab yang menyembah selain daripada Allah. Ia
mengakui tauhid yang mutlak, zat dan sifat Allah serta mengarah semata-mata
kepada-Nya di dalam beribadat. Allah
berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 2:167 yang bermaksud:
“Tuhanmu Tuhan yang Esa. Tiadalah Tuhan melainkan Dia, yang pengasih
dan penyayang.”
Sebabnya ayat ini diturunkan,
kerana orang-orang kafir Quraisy bertanya kepada Nabi saw. tentang sift-sifat
Allah. Mereka hendak tahu adakah Allah itu seperti berhala-berhala mereka yang
berbilang-bilang banyaknya itu? Maka untuk menolak sangka-sangka mereka yang
sesat itu–sambil menjelaskan tentang Tuhan yang sebenarnya–diturunkan lah ayat
ini dan juga beberapa ayat yang lain yang bermaksud dengannya. Di antaranya
ayat-ayat yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas:
“Katakanlah oleh mu Ya Muhammad; Allah itu Esa. Allah itu tempat
meminta. Tiada Dia beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tak ada seorang pun
yang menyerupai-Nya.”
Tuhan yang Esa di
sini ialah tidak berbilang-bilang, tidak dapat dipadankan dengan lain zat
ketuhanan, tidak dapat diserupakan sifat-Nya dengan sifat-sifat makhluk. Jadi Allah
itu ialah Tuhan yang Esa pada sifat-Nya, Esa pada perbuatan-Nya dan Esa pada
sifat-Nya.
Dialah
Tuhan yang bersifat “Ar-Rahim” – Pengash kepada hamba-hamba-Nya dengan
mengurniakan nikmat-nikmat yang tiada terhingga – bersifat “Ar-Rahim” –
Penyayang dengan mengatur segala nikmat-Nya sehingga ke semua makhluk-Nya.
Tauhid ialah kaedah pertama dalam
Islam di mana hati orang-orang Islam wajib beriman dan lidahnya mesti
mengatakan: “Dan Tuhanmu adalah Tuhan
Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Pemurah dan lagi Maha
Maha Penyayang.”
Jadi syahadat
orang-orang Islam “Lailahaillah” ialah
pengiktirafan dengan lidah serta hati mempercayai dengan pengetahuan dan
keyakinan bahawa tiada ada yang disembah melaikan Allah. Syahadat seperti ini
ialah syahadat dengan kewujudan Allah dan dengan keEsaan-Nya.
Tauhid dalam Islam tidak
mempunyai keraguan. Tauhid itu keluar dari hati dan diikuti dengan semua sifat
mulia. Kalimah tauhid menenemkan kepercayaan kepada orang yang mengatakannya
bahawa tidak ada yang disembah, tidak ada yang menghidup, tidak ada yang
mematikan, tidak ada yang memberi rezeki dan tidak ada memberi manfaat kecuali
Allah s.w.t.
Islam memberi galakan khas untk
mendapatkan ilmu, sebab seseorang manusia tdak akan bernilai dan tidak akan
menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah dalam menggalakan demikian, dalam
surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Hanyasanya yang mengambil pengajaran itu ialah
orang-orang yang berakal.”
Ayat ini sebagai
melengkapkan kenyataan Allah yang dimulai dengan amal dan di akhiri dengan
ilmu. Adalah amal itu merupakan perjuangan dan ilmu itu merupakan penyingkapan.
Kalau manusia beramal dengan berilmu menunjukkan kesempurnaan dan kelebihan
dirinya.
Orang yang mahu mengambil teladan
mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan mengambil pelajaran daripadanya
itulah dikatakan berakal – bukanlah orang yang jahil dan cuai – kerana orang
yang berkal dapat membezakan antara yang
baik dengan yang buruk. Sedang orang yang tidak
berakal tdak pula dapat membezakan.
Al-Quran dalam ayat yang lain
menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi Allah. Firman Allah
dalam surah Al-Mujadalah ayat 58:11 yang bermaksud:
“Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
Kedudukan orang yang beriman dan orang
yang berilmu; banyk ayat –ayat Al-Quran yang membahas dan menjelaskan tentang
kedudukan orang yang beriman dan berkedudukan orang yang berilmu di dalam
Islam. Peranan ilmu dalam Islam sangat penting sekali. Kerana tanpa ilmu, maka
seseorang yang mengaku mukmin, tidak akan sempurna bahkan tidak benar dalam
keimanannya.
Seorang muslim wajib mempunyai ilmu
untuk mengenal berbagai pengetahuan tentang Islam baik itu manyangkut aqidah,
adab, ibadah, akhlak, muamala, dan sebagainya. Dengan memiliki pengetahuan dan
pemahaman ilmu yang benar, maka diharap kan pengamalannya akan sesuai dengan tuntunan
Rasulullah s.a.w..
Demikian juga Allah mengakui penyaksian
ahli-ahli ilmu tentang keEsaan-Nya. allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat
3:18 yang bermaksud:
“Allah
menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan keadilan.
Para malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian itu.
Allah menerangkan keEsaan-Nya, Malaikat serta
orang-orang yang berilmu pengetahuan naik saksi – berikrar dengan lisan dan
membenarkan di dalam hati bahawa Allah itu berdiri dengan adil.
Maksud berdiri dengan adil
adil disini iaitu; berkuasa mentadbirkan semua makhluk-
Nya
dengan adil, yakni melalui jalan tengah di dalam iktikad itu ialah,
mentauhidkan Allah atau mengesakan-Nya. Maka tauhid atau pengesaan adalah
terletak di tengah-tengah pengingkaran dan penyekutuan. Mengingkari adalah
Allah tidak adil, menyekutukan-Nya juga tidak adil. Yang adil ialah memilih
jalan tengah iaitu; mengesakan-Nya – tidak mengingkarinya dan tidak pula
menyekutukannya.
Dari segi lain kita lihat
Al-Quran tidak menyukai orang-orang yang
tidak berilmu. Firman Allah surah Ar-Rum ayat 30:59 yang bemaksud:
Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu)
memahami.”
Begitlah Allah
menutup pintu hati mereka rapat-rapat dan dipatrinya,sehingga tidak dapat lagi
menerima pengetahuan, pengajaran, nasihat, contoh teladan dan
keterangan-keterangan yang jelas mengenai bukti-bukti Allah. Malahan mereka
tidak dapat memahami sebarang ayat dan keterangan yang dibacakan dari Kitab
Allah, disebabkan buruknya persediaan mereka, buruknya tutur kata dan perangai
mereka yang berterusan melakukan kezaliman.
Allah jua menyatakan tidak
ada batasan dalam ilmu. Firman-Nya dalam surah Yusuf ayat 12:76 yang bemaksud:
“Kami tinggikan darjat-darjat orang yang Kami kehendaki. Dan di atas
tiap-tiap orang yang berilmu (pandai) ada lagi yang lebih pandai.”
No comments:
Post a Comment