(Disiarkan pada
11. 6. 2016))
Setiap ciptaam Allah swt mempunyai
fitrahnya sendiri. Jika jasmani diciptakan Allah dari tanah maka segala makanan
yang diperlukan oleh fisikal itu berasal dari zat-zat tanah. Begitu juga
jiwa yang datangnya dari Allah selalu
merindukan sesuatu daripada-Nya untuk memenuhi keperluannya. Agama Islam
merupakan makanan jiwa yang paling sesuai. Islam itu sesuai dengan fitrah manusia. Firman Allah
dalam al-Qur’an surah Yunus ayat 10:57 yang bermksud:
“Hai sekalian manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pegajaran
dari Tuhanmu, ubat bagi hatimu, pimpinan dan rahmat bagi orang yang beriman.
Allah menyatakan
kepada golongan kaum Quraisy Makkah yang pada masa itu mendapat perhatian Allah
secara khusus dan kepada sekalian umat manusia secara umum: bahawasanya kamu telah didatangi sebuah
kitab al-Qur’an yang lengkap dengan pelbagai perkara yang kamu hajati, kerana
ia mempunyai empat macam pengaruh untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan
di akhirat, iaitu:
1. Merupakan pelajaran yang baik. Semua
pengajaran mengandungi pengaruh yang menggemarkan orang untuk berbuat kebajikan
serta kebaikan, dan mengandungi pengaruh yang menakutkan orang untuk berbuat
dosa atau maksiat. Pengajaran yang dapat melunakkan hati untuk membuat atau
meninggalkanya, kalau baik segera dibuatnya dan kalau jahat segera pula
ditinggalkannya. Demikianlah pengajaran yang ada di dalam al-Qur’an.
2. Sebagai ubat atau penyembuh bagi penyakit
hati. Al-Qur’an boleh menjadi penawar dan penyembuh hati manusia yang
dihinggapi pelbagai penyakit seperti, syirik terhadap Allah dan kufur terhadap
nikmatNya, sikapnya yang nifak dan riyak, sombong dan takabur, iktikadnya yang
sesat dan salah, kerosakan akhlak dan budi pekertinya, kejahilan yang
mencelakkan, pencerobohan dan kezaliman, hasad dan dengki – semua merupakan
penyakit hati atau penyakit jiwa.
Hanya al-Qur’an yang menjadi ubat
untuk menghilangkan segala penyakit tersebut. Kerana di dalamnya ada ayat-ayat
yang mengandungi rahsia yang berhikmat, ada ajaran, sengahan, penggerun,
penggemar, memberi takut, ancaman dan ada memberi peringatan – semua perkara
ini adalah ubat atau penyembuh bagi penyakit dalam hati.
3. Merupakan pimpinan ke jalan yang hak,
memudahkan seseorang menjadi yakin dan menjauhkan daripada kesesatan di dalam iktikad dan amalan.
4. Menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman;
kerana orang yang beriman sahaja yang akan mendapat faedah daripada pengajaran
al-Quran itu, sedang yang lain tidak.
Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an surah al-Rum ayat 30:30 yang
bermaksid:
“Luruskanlah muka engkau menghadap agama (Islam) serta condong
kepadanya, itulah agama Allah yang mencip takan manusia sesuai dengan kejadian
(agama tersebut). Tidak boleh ditukar-ganti ciptaan Allah. Itulah agama yang
lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
Jiwa manusia perlu diisi dengan
nilai kebenaran atau agama, supaya ia tetap sihat dan memperoleh limpahan
kurnia dari Allah s.w.t.. Jika ianya tidak diberi makanan atan bimbingan rohani
maka akan timbullah berbagai masalah dan gangguan kejiwaan.
Islam membimbing umat manusia
ke arah kebenaran, dan menjanjikan kebahagiaan jika manusia meninggalkan semua
kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. Sifat-sifat yang tercela yang dilakukan
oleh manusia itu membuat jiwanya menjadi resah dan rohaninya menjadi lapar.
Mereka menderita kelaparan akan ketenangan dan kesihatan jiwa.
Al-Ghazali menerangkan bahawa
maksiat itu ada dua macam, iaitu maksiat zahir dan maksiat batin. Begitu juga
ketaatan itu dapat dibahagi kepada dua macam iaitu taat zahir dan taat batin.
Maksud dan tujuan agama itu ada
dua macam. Pertama meninggalkan yang
dilarang dan kedua, menyuruh
melakukan yang dianjurkan. Pekerjaan menjauhkan diri dari larangan lebih sukar
bagi manusia daripada mengerjakan sesuatu ketaatan. Nabi s.a.w. pernah
bersabda:
“Bahawa
orang yang dapat disebut muhajirin ialah orang yang dapat berpindah dari
kejahatan dan orang yang dapat disebut mujahidin ialah orang yang dapat
berperang atau menentang hawa nafsu.”
Setiap perbuatan
manusia akan ditanya kelak oleh Allah di hari kiamat, dan setiap anggota badan
menjadi saksi atas perbuatan yang dilakukan oleh manusia tersebut. Allah
berfirman dalam al-Qur’an surah Yaa-Siin ayat 36:65 yang bermaksud:
“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami
tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu
mereka usahakan.”
Allah
menerangkan, bahawasanya pada hari akhirat orang-orang kafir akan ditutup mulut
mereka sehingga tidak dapat bercakap.
Sebabnya ialah, tatkala mereka diperintahkan masuk ke dalam neraka akibat
kekufuran mereka, telah tidak mengaku salah bahkan menyangkal “Demi Allah! Tuhan kami, tidak pernah kami menjadi
orang-orang yang menyeku tukan.” Mereka juga menyakal tidak ada melakukan dosa
maksiat dan kejahatan semasa di dunia. Itulah sebabnya mulut mereka dikunci ta’
dapat menuturkan lagi walau sepata kata. Sebaliknya Allah jadikan
anggota-anggota badan mereka pula pandai bercakap, supaya mengakui dosa,
maksiat dan kejahatan yang telah mereka kerjakan.
Allah membahaskan dalam ayat ini,
bahawa tangan mereka pandai bercakap dan kaki mereka pula boleh menjadi saksi.
Kerana tangan manusia itu selalu dipakai untuk bekerja dan kaki pula dipakai
berjalan untuk hadir menyaksikan sesuatu kejadian. Maka logiknya orang yang
menghadir sesuatu kejadian itu kata-katanya adalah merupakan saksi dari apa
yang dilihatnya, dan kata-kata dari anggota si pelaku itu sendiri adalah
merupakan pengakuan yang berterus-terang atau perbuatannya.
Jika jiwa lapar daripada
bimbingan agama maka akan menjadi orang yang tidak penyayang. Akhirnya akan
timbul dari jiwa yang tidak penyayang itu tadi berbagai kemaksiatan lahiriah
seperti, mencuri, merompak, menyeksa, menganiaya, membunuh, penyeksaan terhadap
seks dan sebagainya. Kecelaruan tingkah laku masyarakat terutama para remaja itu,
timbul disebabkan oleh jiwa mereka tidak diisi dengan ilmu agama secara lebih
mendalam.
Di samping itu kurang kefahaman
ilmu agama juga akan menyebabkan berbagai kemaksiatan yang disebabkan oleh jiwa
manusia. Maksiat yang bersumber dari jiwa ini lebih merbahaya, ia lebih sukar
untuk menghilangkannya. Selama maksiat yang disebabkan oleh jiwa ini belum
dihilangkan, maka maksiat yang bersifat lahiriah sukar dihindari.
Islam membimbing umat ke jalan
yang diredhai Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat. Wawasan kehidupan umat
Islam bukan wawasan keduniaan semata, sebaliknya matlamat akhir dari kehidupan
ini adalah akhirat. Kehidupan dunia ini tidak lebih merupakan jambatan untuk
kita menuju destinasi yang abadi. Dunia bukan tujuan, tetapi ianya hanya
merupakan alat untuk mencapai kepada tujuan yang sesungguhnya.
Untuk tunduk dan patuh kepada
ajaran Islam dan kepada perintah Allah s.w.t. memerlukan ilmu dan akal fikiran yang sihat. Ilmu dan petunjuk-petunjuk
dalam Islam itu merupa kan perintah Islam yang harus ditaati atau dilaksanakan. Di dalam
menjalankan ketaatan dan perintah kepada Allah itu juga terbahagi kepada dua
bahagian iaitu, kepatuhan lahiriah dan kepatuhan batiniah.
Yang dimaksudkan dengan taat zahir ialah melakukan seluruh amal
ibadah yang diwajibkan Allah swt seperti mengucap dua kalimah syadadat, solat,
puasa, berzakat, naik haji dan banyak lagi amalan-amalan yang lain. Seperti
mematuhi hukuman Allah yang mengatur
hubungan antara sesama manusia, seperti berjihad, memerdekakan tanahair,
melenyapkan kezaliman dan sebagainya.
Walaubagaimana pun menghendaki
yang dilakukan oleh manusia itu lebih baik lagi. Manusia tidak hanya baik dan
indah pada lahirnya sahaja, tidak hanya bersih dari kotoran yang lahirnya
sahaja, tetapi bersih badan, pakaian dan tempat semata. Tetapi yang paling penting usaha membersikan jiwa dan niat, yang
merupakan penggerak atau nadi kehidupan jiwa dan raga manusia.
Apabila anggota tubuh telah
bersih dan teratur, maka manusia harus menghadapi dua perkara: Membersihkan diri
dari sifat-sifat yang tercela dan membersihkan niat daripada menyembah selain
Allah.
Jika syarat ini telah selesai
barulah kita menuju kepada pengisian jiwa yang bersih dan sihat dengan apa yang
dinamakan taat batin (jiwa). Taat batin iaitu
memakai sifat-sifat yang terpuji dan
dapat mendekatkan manusia dengan Allah swt., dan dapat manusia merasakan
kebahagian dan erti kehidupan ini. Jalan kepada Allah itu terdiri dari dua
usaha: Terus menerus berada dalam zikir terhadap Allah dan terus menerus menghindarkan diri dari segala sesuatu yang
dapat merlupakan kepada Allah.
Contoh yang paling sesuai yang
harus kita ikuti yakni Rasulullah saw. Baginda merupakan makhluk yang paling
dekat dengan Allah dan merupakan makhluk mulia disayangi Allah. Firman Allah
dalam surah Al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud:
“Katakanlah: Sesungguhnya Tuhan kamu itu ialah Tuhan Yang Esa.”Barang siapa mengharap
berjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia
mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang
dalam beribadah kepada Tuhannya.”
Mengikut buku “Al-Islam” yang
ditulis oleh Hasbi Ash-Shiddiqi, Ibadah atau amal soleh itu terbahagi kepada
dua iaitu amalan batin dan amalan zahir (lahir).
Amalan Batin
(a)
Kepercayaan
mencakupi aspek, iman kepada Allah, iman kepada malaikat-malaikat, iman kepada
kitab-kitab, iman kepada rasul-rasul, iman kepada hari akhirat dan iman kepada
qada dan qadar.
(b)
Budi
pekerti berkaitan dengan mencintai Allah, mencintai dan memberi kerana Allah,
mencintai Rasul, ikhlas dan benar, taubat dan nadam (penyesalan), takut akan
Allah, harapkan Allah, syukur menepati janji, sabar, redha akan qadha,
tawakkal, menjauhkan ujub dan takbur, rahmat dan syafaat, tawadhu dan malu,
menjauhkan dengki atau riya’ menjauhkaan mara dan suka memberi maaf serta
menjauhkan penipuan.
Amalan Zahir(lahir)
(a)
Amalan
anggota lidah, mencakupi aspek mengucap dua kalimah syahadat, membaca Al-Qur’an,
mempelajari dan mengajarkan ilmu, berzikir, bertilawah dan bertahmid, beristigfar
dan berdoa dan menjauhkan perkataan yang sia-sia.
(b)
Tugas
hidup untuk diri sendiri, berkaitan dengan bersuci, menutup aurat dan
berpakaian, mendirikan solat, mengeluarkan sedekah, zakat dan infaq di jalan
Allah. Memberi makanan fakir miskin dan mengurus anak yatim, memuliakan tamu,
mengerjakan puasa, mengerjakan haji dan umrah, berhijrah dari negeri syirik,
berhati-hati mengeluarkan sumpah, menyelesaikan urusan jenazah, membayar hutang
dan kifarat, belaku benar dalam muamalah, menunaikan syahadat(saksi) dan
memerdekakan hamba.
Segala liku-liku yang ditempuhi oleh
manusia itu adalah sebagai wadah perjuangannya untuk berbakti kepada Allah
s.w.t. Bagi menilai sejauh mana kesanggupannya untuk menempuh hidup yang penuh
bergolora ini, berani mati demi mempertahankan keyakinan akidah, sanggup
berkorban apa sahaja asalkan dirinya dan peribadinya tetap sebagai muslim. Ini
kerana orang-orang Islam tidak pernah gentar menghadapi perjuangan hidup ini.
Mereka tidak mengenal putus asa, penat jerih dan sebagainya malahan mereka tetap
di dalam tahap perjuangannya untuk berbakti kepada Allah s.w.t. Sikap keunggulan
orang-orang mukmin ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. seperti firman-Nya dalam al-Qur’an
surah Fusilat ayat 30 yang bermaksud:
“Sesunggunya orang-orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudian
mereka tetap dalam istiqamah (berpendirian) nescaya turun kepada mereka Malaikat
(yang berkata):”Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita,
bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan.”
Suatu sikap yang tidak
luntur di kalangan orang-orang yang beriman ialah istiqamah atau teguh pendiriannya,
tetap dengan perjuangan dan matlamat hidupnya, tidak mudah dan hidupnya tidak
terumbang-ambing oleh arus hidup yang penuh tipu hela itu.
Segala ujian hidup baik
berupa perhiasan dunia, kenikmatan hidup, godaan syaitan, tuntutan hawa nafsu,
baik dan buruk, lapar dan dahaga, harta dan anak atau pangkat dan pingat,
dihadapinya dengan tabah dan waspada agar dia tidak tersasul dipersimpangan
jalan. Semua itu sebagai ujian Tuhan kepadanya untuk menyelami dan menyelidik
tahap-tahap keimanannya kepada Alah s.w.t.
Begitulah perjuangan hidup
yang mesti dilalui oleh setiap orang manusia. Perjuangan itu tetap berjalan
setiap saat dan setiap detik meskipun manusia tidak mengetahuinya. Proses
perjuangan ini bermula dari lahirnya manusia ke dunia ini dan berakhir dengan
mati. Dengat kematian itu bukan bererti hidup manusia berakhir tetapi hidup
dalam erti kata lain sudah selesai daripada perjuangannya dan manusia akan
menerima hasil perjuangan tersebut.
Di saat kematian itulah
manusia aka melihat sendiri terhadap perjuangan hidupnya di dunia ini sama ada
baik berakhir dengan kematian yang indah atau buruk dengan ditutupi oleh
kematian yang menakutkan. Di sini manusia akan menrima ganjaran yang wajar dari
perjuangannya itu sama ada menju ke nerka atau pun ke syurga.
No comments:
Post a Comment