(Disiarkan pada 4. 6. 2016)
Konsep Islam adalah perdamaian
dan bukan persengkitaan. Islam merupakan “Addin” atau cara hidup manusia. Asal
usul manusia ialah dari Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa sebagai pasangan manusia pertama
diwujudkan oleh Allah s.w.t.. Kewujudan manusia pertama bersama-sama dengan agama
Islam kerana sebelum Nabi Adam diijab kabulkah dengan Siti Hawa, Allah
Perintahkan Adam menunaikan mas kahwinnya terlebih dahulu.
Oleh kerana Nabi Adam tidak punya
apa-apa untuk dijadikan sebagai mahar kepada Siti Hawa maka Allah perintahkan
Adam supaya membaca selawat Nabi:
“Allahumma Salih Allah Syaidina Muhamad Walaalihi Syaidina Muhammad,” sebagai mas
kahwin atau maharnya. Orangnya belum wujud di dunia atau belum lahir, tetapi namanya
sudah dijadikan mas kahwin.
Nabi Adam a.s asalnya dari tanah. Allah
berfirman dalam al-Quran surah Al-Mukmin yang bermaksud:
“Dia
menciptakan manusia daripada tanah liat yang kering bagikan tembikar.”
Allah jadikan bapa manusia (Adam) daripada
tanah liat yang kering mempunyai suara bagikan genta apabila ia diketuk, yang
solah-olah barang tembikar kedengarannya berdengung kalau diketuk
perlahan-lahan.
Nabi Isa a.s. juga disisi Allah sama seperti
kejadian Adam yang dijadikan daripada tanah. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran
surah Ali Imran ayat 3:59 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
dimisalkan kejadian Isa disisi Allah sama
seperti kejadian Adam yang dijadikan daripada tanah kemudian Allah katakan
kepadanya: “Jadilah engkau!” Maka
jadilah ia.
Sebabnya ayat ini diturunkan kerana
telah berlaku perdebatan antara rombongan kaum Nasrani dengan Nabi s.a.w..
Rombongan tersebut berkata kepada Nabi s.a.w.: “Apa sebab tuan mengatakan Nabi
Isa itu hamba Allah!”
Nabi menjawab: “Benar! Dialah hamba
Allah dan utusanNya. Allah pertaruh kalimat-Nya kepada anak dara yang tidak
kahwin yakni Maryam.”
Mendengar ini mereka pun marah lalu
berkata: “Adakah pernah tuan melihat seorang yang dilahirkan dengan tidak berayah?
Kalau tuan orang yang benar tunjukkanlah satu misalan kepada kami.”
Maka Allah turunkan ayat ini, bahawa
sesungguhnya misalan Isa yang dijadikan oleh Allah dengan cara yang mereka
anggap pelik–kerana terjadi dalam tidak berayah itu – tidaklah kurang peliknya
dengan misalan Adam yang dijadikan dengan tidak berayah dan tidak beribu. Adam
itu Allah jadikan daripada tanah. Kalaulah mereka sudah mengakui tentang
kejadian Adam itu pelik, maka tidaklah sepatutnya mereka menghendaki terjadinya
sesuatu. Ia akan mengatakan: Jadilah engkau!” Maka jadilah ia.
Dalam Islam nadi pembangunannya ialah
persaudaraan atau ukhuwah. Manusia
hidup bersosial dalam sebuah masyarakat yang sayang menyayangi antara satu sama
lain. Ia mempunyai hubungan yang erat, saling bantu membantu dalam semua hal
pembangunan kehidupan jasmani manusia mahupun rohani dalam satu bumbung yang
mentauhidkan Allah s.w.t..
Allah s.w.t. turunkan dokumen wahyu sebagai
satu mukzizat kepada kehidupan manusia yang diterima oleh Baginda Rasul Nabi
Muhammad s.a.w. dalam perantaraan Malaikat Jibril. Baginda s.a.w. telah
mengingatkan semua umatnya bahawa Allah akan mengazabkan mereka yang tidak
pengikuti perintah-Nya dan ajaran Rasul s.a.w. dengan sebenar-benar azab di
akhirat kelak.
Baginda menegaskan kepada kita bahawa
selagi kita berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w., kita dijamin
tidak akan sesat buat selama-lamanya. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Aku
tinggalkan untuk kamu dua perkara, tidaklah kamu akan sesat buat
selama-lamanya, selama kamu berpegang kepada keduanya, iaitu Kitab Allah
(al-Quran) dan sunnah Rasul. (Hadith Shahih)
Islam mewajibkan manusia untuk bersatu
dan melahirkan benih-benih kasih sayang antara sesama demi menegakkan kerukunan
bermasyarakat. Sebarang elemen yang mengerohkan suasana kekitaan harus merujuk
kepada panduan al-Qur’an dan Sunnah Rasul
sebagai satu jalan penyelesaiannya.
Mewujudkan solidaritas sosial yang
dibalut dengan suasana perasaan kasih sayang antara sesama insan akan melahirkan
perpaduan. Suasana perpaduanlah akan menyelamatkan manusia dari diperkosakan
oleh musuh-musuh Islam dari hidup berakidah. Sebagai contoh, setelah baginda
Rasul Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Medina Al-Mukaramah, baginda menyatukan
ukhuwah dan kasih sayang antara masyarakat Ansor di Medina dengan masyarakat yang
berhijrah besama Rasul dari Mekkah yang dipanggil sebagai Muhajirin.
Manusia diwujudkan Allah s.w.t. yang
mempunyai sifat pengasih dan penyayang, maka itu setiap individu ditegakkan
dengan ciri-ciri tersebut. Hidup berkasih sayang antara sesama dalam hidup
dituntut oleh Islam. Maka itu persaudaran seakidah adalah lebih erat dan kukuh
berbanding dengan persudaraan dalam kekeluargaan atau sebapa dan seibu.
Perjanjian azali antara manusia dengan
Allah telah pun termaktub semasa dalam rahim ibu untuk patuh dengan
peribadatannya kepada yang Maha
Berkuasa, tetapi apabila dilahir ke dunia kelak manusia sering melanggar
perjanjian tersebut. Maka itu manusia sentiasa dilamun oleh kelemahan demi kelemahan
kerana manusia diwujudkan Allah dengan sifat yang lemah.
Demi mengembalikan manusia ke sifat yang
kuat dan sentiasa memelihara perjanjian tersebut Allah s.w.t. bekalkan dokumen
wahyu-Nya dan mempertanggugjawabkan kepada Rasul-Nya untuk mentarbiahkan kepada
manusia. Dengan akal yang sihat dalam diri manusia serta kemahiran berfikir
untuk memahami arah tujuh pembangunan kehidupan yang positif maka Allah s.w.t.
sentiasa memimpin hamba-Nya kepada kebaikan.
Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an
surah Ali-Imran ayat 3:19 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan tiada bertelingkah Ahli
Kitab itu, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, disebabkan
berdengki-dengkian sesama mereka. Barang siapa mengingkari aya-ayat Allah, maka
sesungguhnya Allah itu tersangat cepat mengira.”
Semua syariat dan agama yang dibawa oleh
para Nabi dan Rasul berjiwa Islam. Dan erti Islam itu ialah menyerahkan diri
kepada Allah, tunduk kepada-Nya serta menurut akan syariat yang diturunkan-Nya
– Walaupun berlain-lainan pada setengah-setengah kewajipan dan corak amalannya,
dengan demikianlah diwasiatkan kepada para Nabi. Orang Islam (Muslim) yang
sejati ialah, orang yang bersih dari kotoran syirik, tulus dalam amalannya
dengan berimankan kepada apa pun syariat yang diturunkan oleh Allah dan pada apa zaman pun dia berada.
Sifat Allah yang pertama ialah Ar-rahman,
yang Maha Pemurah. Sifat Allah in diwariskan-Nya kepada semua makhluk
ciptaanNya di alam ini tanpa membezakan antara yang baik atau yang buruk, yang
beriman dan yang kafir, yang dicintai dan dibenci. Maka itu tingkahlaku makhluknya terutama sekali
manusia seharusnya mempunyai sifat pemurah.
Sifat Allah yang kedua besarnya ialah al-Rahim
yang bermaksud yang Maha Penyayang. Sumber kasih sayang yang tidak
terbatas, yang memberikan pahala abadi kepada orang-orang yang menggunakan
rahmat dan kurniaNya bagi kebaikan. Allah berfirman dalam al-Qur’an surah
Al-Ahzab ayat 43 yang bermaksud:
“Dialah
(Allah) yang memberi rahmat kepada kamu dan juga malaikat-Nya kerana Dia hendak
mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya penerangan. Dan adalah Dianya
penyayang kepada orang-orang yang beriman.”
Orang-oreang yang beriman itu diarahkan
supaya berzikir dan bertasbih, kerana Allah yang mereka ingati di dalam zikir sebanyak-banyaknya dan
mensucikan-Nya pagi dan petang itu, adalah Tuhan yang menurunkan rahmat ke atas
mereka, di samping para malaikat-Nya pula keampunan bagi mereka.
Dengan sebab rahmat Allah dan doa malaikat, maka orang-orang mukmin itu
akan di keluarkan dari suasana kegelapan berupa kufur, kesesatan dan kejahilan
– kepada cahaya penerangan berupa iman, keselamatan ilmu pengetahuan.
Allah itu penyayang kepada
orang-orang yang beriman sama di dunia mahupun di akhirat. Di dunia mereka diberi
petunjuk, untuk melalui jalan yang hak lagi benar, Di dunia mereka diberi
petunjuk, untuk melalui jalan yang hak lagi benar, sebab sebelumnya mereka
adalah dalam kejahilan dan kesesatan. Kemudian di akhirat pula mereka didatangi
rasa aman dan tenteram dalam masa orang ramai merasakan takut yang amat sangat dan kegemparan kiamat yang
besar. Dewasa itulah para malaikat
menggembirakan mereka dalam syurga untuk menjadi tempat mereka dan terselamat
dari azab neraka.
Manusia adalah makhluk bersosial
dan berbudaya, menyukai kebersamaan dan persaudaraan. Kasih sayang Allah s.w.t.
yang dipusakai-Nya kepada manusia, menjadikan mereka sebagai saudara yang
saling mencintai, tolong menolong, saling berhubungan dan berbalas kasihan.
Manusia mempunyai keperluan hidup yang serupa di mana sahaja belahan bumi Allah
ini mereka berada.
Semua umat manusia adalah
pemegang saham (rahmat) Allah dalam hidupnya. Setiap individu di alam kehidupan
di seluruh pelusuk dunia atau alam sejagat adalah pemegang saham tersebut.
Udara, cahaya matahari, air, bumi dengan berbagai jenis logamnya, dan
berbagai-bagai rahmat Allah yang ada di alam dunia ini diwarisi oleh segenap
lapisan masya rakat manusia sama ada masyarakat mukmin atau sebaliknya.
Inilah fenomena alam kehidupan yang
manusia itu menjadikannya sebagai persaudaraan sejagat. Oleh sebab setiap manusia
di muka bumi ini memerlukan rahmat Allah tersebut maka adalah wajar
menghidupkan persaudaraan sejagat. Islam menegaskan setiap individu mukmin
terutama sekali, bertanggungjawab memelihara persaudaraan tersebut.
Fenomena alam sedemikian rupa yang Allah
bekalkan kepada makhluk manusia mahupun segala kehidupan makhluk lainya
mendidik kita manusia yang berakal fikiran bahawa Allah mewujudkan persaudaraan
sejagat. Manusia yang kufur terhadap persaudaraan tersebut dikategorikan
sebagai haiwan bertopengkan manusia.
Semasa bernafas manusia memerlukan udara
(oksigen) yang dibekalkan Allah untuk meneruskan kehidupan. Tidak ada manusia
dan juga tidak ada makhluk yang hidup tidak memerlukan oksigen untuk hidup.
Allah itu Maha Adil kepada semua ciptaan-Nya. Segala nikmat tersebut adalah
pemberian-Nya tanpa syarat. Maka itu patutkah manusia bersengkita antara sesama
umat kerana gagal mengenali fitrah persaudaraan sebagai keturunan Bani Adam?
Nikmat dan rahmat Allah s.w.t. begitu
besar faedah kepada manusia maka adalah wajar persaudaraan sejagat itu diikat
dengan nikmat Allah yang kita kecapi. Selain nikmat Allah yang kita lihat ada
lagi nikmat Allah yang kita tidak dapat lihat tetapi kita dapat merasa.
Perasaan enak atau nyaman ketika kita makan dan minum terutama sekali semasa
kita lapar dan kehausan. Nikmat Tuhan yang berupa cinta dan kasih sayang
terhadap isteri dan anak-anak merupakan
nikamt yan jauh lebih tinggi.
Firman Allah surah Al-Ruum ayat 30:21
yang bermaksud:
“Sebahagian
dari tanda (rahmat) Allah, bahawa Allah telah menjadikan bagimu isteri agar
kamu dapat bersenang-senang dengan mereka dan Allah timbulkan antara kamu dan isteri kamu itu rasa cinta dan kasih
sayang. Dan hal ini terdapat tanda kekuasaan Allah bagi orang yang dapat
berfikir”
Manusia yang hidup ini diadakan pasangan
untuknya yang terdiri dari bangsa
manusia itu sendiri; gunanya supaya manusia itu terus dapat hidup dalam suasana
yang tenang dan
mesra
dengan pasangannya itu dan tidak akan merasa kesunyian. Pasangan suami isteri
yang telah dijodohkan itu agar terus dapat hidup bersama lalu dikurniakan
perasaan cinta dan kasih sayang antara satu sama lain sebagai rahmat sehingga
rumahtangga mereka berkekalan dan dalam hidup yang teratur.
Rahmat Allah yang merupakan siang
dan malam bukanlah rahmat yang kecil, tetapi rahmat yang paling besar dan
penting. Adanya rahmat siang dan malam itu maka kehidupan manusia akan teratur
dan selamat.
Rahmat Allah tersebut, manusia
wajar memikirkan bahawa untuk menikmati bersama ia membawa kepada perasaan
persaudaraan sejagat. Jika budaya tersebut itu dipinggirkan dan tidak dijadikan
nadi pembangunan fisikal dan kerohanian sejagat maka tungguh sajalah Allah akan
mendatangkan bencana-Nya yang akan meranapkan kebahagian manusia hidup di
dunia.
Sistem kejadian manusia
demikian adalah serupa kepada semua keluarga Bani Adam di seluruh alam sejagat.
Maka itu seluruh alam di dunia di mana sahaja manusia berada tidak ada
perbezaannya dari segi keturunan semuanya adalah masyarakat Bani Adam. Hanya
yang menentukan perbezaan antara manusia ialah pembangunan sosial dan
pembangunan rohani. Ini membawa kepada kemuliaan manusia disisi Allah s.w.t.
lewat keredaan-Nya.
Islam merupakan agama Allah
s.w.t. dan Allah amanahkan kepads masyarakat mukmin agar ia dijadikan ad-Diin
atau cara hidup. Islamlah menyatukan umat manusia seluruh alam sejagata.
Manusia yang tidak meyakini Islam sebagai agama Allah maka apa sahaja
keyakinannya
selain Islam Allah tidak menerimanya dan orang yang demikian rugilah di sisi
Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment