(Disiarkan pada 24. 3. 2018)
Kepada manusia diajarkan,
terlebih dahulu tentang apa dan siapa Allah itu. Bahawasa nya yang selain dari
Allah itu hanya alam semua dan yang satu tidak lebih daripada yang lain.
Kemudian Allah wujudkan Adam. Setelah selesai ajaran itu semua, barulah
Rasulullah s.a.w. disuruh mengajarkan pula manusia itu. Yang terlebih dahulu
diajarkan ialah manusia itu adalah khalifah
ertinya ialah pengganti, pelaksana, atau penerus pekerjaan. Ini dijelaskan
dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 2:30 yang bermaksud: (terjemahan)
“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat ‘Sesungguhnya
hendak menjadikan di bumi seorang khalifah.’berkata mereka, ‘apakah Engkau
hendak menjadikan padanya orang yang merosak di dalamnya dan menumpahkan darah,
pada hal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan engkau? Dia
berkata, Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
Tuhan memberi
ingat kepada Rasul-Nya, iaitu Muhammad tentang cerita bagaimana asal mulanya
bapa kita Adam a.s. itu dijadikan oleh Allah, iaitu apabila Allah memberi tahukan
malaikat-malaikat-Nya: Bahawa Dia (Allah) akan melantik seorang khalifah yang
akan duduk di bumi melaksanakan hukum-hukum-Nya iaitu Nabi Adam a.s. Tetapi
malaikat-malaikat itu membuat bantahan dengan mengatakan:”Adakah patut Tuhan
akan menjadikan orang yang akan menduduki bumi itu bangsa pembinasa dan
menumpahkan darah, seperti yang pernah berlaku kepada bangsa jin yang dahulunya
tinggal di bumi dan membuat kebinasaan dan derhaka?” padahal kami, kata mereka,
“makhluk yang taat dan sentiasa mengucap tasbih memuji dan mensucikan Tuhan. Maka kamilah yang layak tinggal di bumi.”
Demikianlah kata mereka. Allah menjawab: Aku lebih mengetahui apa-apa yang
tidak kamu ketahui. Allah tahu hikmat dan tujuan menjadikan manusia, kerana ada
yang taat dan ada yang derhaka, masing-masing kelak akan diberi balasannya.
Setelah Adam dijadikan Tuhan,
lalu diajar-Nya berkata-kata dengan menggunakan beberapa bahasa. Dengan bahasa
itu diajarnya segala nama benda, sehingga hatinya penuh berisi pengetahuan.
Manusia, untuk melaksanakan amanat Allah sebagai khalifah semestinya dengan
ilmu maka Allah lengkapkan Adam dengan ilmu pengetahuan maka jadilah manusia
pertama memahami ilmu pembangunan yang membolehkannya sebagai khalifah Allah.
Sampailah masanya Tuhan
menempalak malaikat, yang dahulunya memperkecilkan Adam dengan anggapan
merekalah yang lebih mulia, lebih layak berjawatan khalifah. Tuhan mendatangkan
segala macam barang-barang di hadapan malaikat untuk menayakan nama tiap-tiap
satu barang tadi. Mereka sudah tentu tidak tahu apa nama barang itu, kerana Tuhan
tiada mengajarkannya. Bila datang pula giliran Adam ditanya apa nama
barang-barang itu, dengan mudah ia menyebutkannya satu persatu. Maka Tuhan pun
berfirman maksudnya: (Terjemahan).
“Bukankah sudah Ku-katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui yang
ghaib-ghaib – baik dilangit mahupun di bumi – serta Aku mengetahui apa-apa yang
kamu nyatakan dan kamu sembunyikan, (oleh itu turutlah perintah – Ku iaitu)tunduklah kamu semua kepada Adam.”
Malaikat itupun
semuanya tunduk kepada Adam, mengakui akan kelebihannya, bahawa Adam lebih
mulia dari mereka, ternyata Adam lebih ilmunya. Kecuali iblis sahaja tiada mahu
tunduk kepada Adam, pantang ia kerendahan, enggan menerima kekalahan, tumbuh
rasa bongkaknya, timbul perasaan melawan
Tuhan. Oleh Tuhan iblis itu dihalau sehingga terjauh ia dari rahmat-Nya, dan
jadilah ia orang yang kafir.
Ajaran al-Qur’an adalah ajaran
kerohanian yang mengandungi kebenaran mutlak. Dia bukan hasil research dan penyelidikan. Teori-teori tentang
hasil penyelidikan Darwin tidak lah dapat dijadikan untuk pemberi tafsiran
tentang nilai insan sebagai khalifah di
bumi ini. Bahkan sekali-kali tidak pula dapat dibuat membatalkan wahyu Illahi,
membatalkan kebena- ran mutlak Illahi yang diturunkan oleh wahyu dengan teori
Darwin yang menterialistis sifatnya.
Wahyu yang mula diturun kepada
Nabi di dalam gua Hirak, ialah menerangkan bahawa semua manusia itu sama-sama
dijadikan dari ‘alaq, iaitu segumpal
darah air mani gabungan dari taraib ayah
dan sulbi itu. Lalu diterangkan bahawa dijadikan dalam sebaik-baik kejadian dan
sebaik-baik bentuk. Bukan asalnya daripada haiwan seperti kera yang mengikut
kajian Darwin. Allah berfirman dalam surah At-Tin ayat 95:4 yang bermaksud:
Terjemahan)
“Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia itu atas sebaik-baik
pendirian.”
Dan dikatakan pula bahawa manusia
itu diberikan kepadanya rezeki yang baik-baik. Firman Allah surah Al- Isra ayat
17:70 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan Sesungguhnya telah Kami muliakan Anak-anak Adam dan Kami beri keindraan
mereka di darat dan di laut dan Kami beri mereka rezeki dengan yang baik-baik,
dan Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk Kami dengan sebenar-benar kelebihan.”
Semua manusia
sama mulianya dan sama asalnya dan sama kedudukannya di hadapan Tuhan. Dengan
ajaran ini habislah dan kikislah kepercayaan kuno turun-temuruan keperca- yaan
tentang dewa-dewa manusia keturunan langit, yang mempunyai darah lain dari
darah orang lain, manusia yang turun dari atas kenderaan buat dipuja dan
dilebihkan daripada manusia yang lain.
Manusia itu Allah jadikan
melebihi daripada makhluk yang lain tentang kemuliaan
nya.
Oleh sebab itu, hendaklah mereka menyembah Allah–jangan menyekutukan-Nya dengan
menyembah
yang lain. Maka itu hidup ini merupakan ibadah kepada Allah. Kesyukuran kepada
segala nikmat dan rahmat Allah kepada manusia wajar diimbali dengan
melaksanakan amanah Allah yang termaktub dalam rukun kekhalifahannya demi
kemakmuran alam kehidupan di dunia ini.
Harus kita fikir bahawa tidak ada
dalam hidup ini tanpa kekuasaan Allah S.W.T.. Mulai dari pembangunan rohani
sampailah kepada pembangunan jasmani semuanya keredaan Allah yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang itu. Allah wujudkan manusia di dunia sebagai khalifah-Nya
untuk melaksanakan hukum-hukum-Nya dan kegagalan untuk melak- sanakan segala
amanah sebagai khalifah akan diimbali dengan seksaan api neraka di akhirat
nanti.
Di permulaan ayat ini Allah
menyebutkan tentang kemuliaan dan di akhirat ayat tentang kelebihan yang
dikurniakan kepada manusia. Maksud kemuliaan di sini, iaitu Allah menjadikan
manusia lebih mulia daripada haiwan kerana diberi akal, boleh bertutur kata,
pandai menulis dan melukis serta bagus pula rupa dan bentuk tubuh badannya. Dan
maksud kelebihan pula, iaitu Allah menjadikan manusia berkelebihan kerana
dengan akal dan kefa- hamannya dapatlah dia memperbaiki kepercayaan atau
iktikadnya dengan betul serta memperbaiki budi pekertinya menjadi mulai.
Dan Allah melebihkan manusia itu
daripada lain-lain makhluk, adalah terbatas kepada yang bukan malaikat.
Setengah ulama mengatakan: Bahawasanya anak-anak Adam (manusia) yang kenamaan
seperti para nabi, mereka lebih mulia daripada para malaikat yang kenamaan seperti:
Jibril, Mikail, Israfil,’Izrail dan seumpama mereka. Dan golongan malaikat yang
kebanyakan lebih mulia daripada golongan
manusia yang kebanyakan (awam). Kelebihan ini hanyalah dikira daripada kalangan
orang-orang Mukmin, sedang orang kafir tidak ada kemuliaannya langsung.
Di dalam surah Al-Baqarah
ditegaaskan, bahawa manusia itu adalah umat yang satu. Allah berfirman surah
Al-Baqarah ayat 2:213 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Adalah manusia itu umat yang
satu, maka Allah utus (beberapa orang) para Nabi-nabi yang membawa berita
gembira dan berita duka (ancaman). Dan diturunkan-Nya berserta mereka kitab
yang sebenarnya, supaya menghukum antara manusia tentang perkara yang mereka
perselisihkan. Dan tiadalah ada orang yang memperselisihkannya, melainkan orang-orang
yang telah dibawakan kitab yang sudah pun datang kepada mereka beberapa
keterangan semata-mata berdengki-dengkian di antara mereka. Maka Allah telah
menunjuki orang-orang yang beriman (percaya) kepada kebenaran tentang perkara
yang mereka perselisihkan – mengikut
keizinan-Nya. Allah menunjuki siapa sahaja yang dikehendaki-Nya ke jalan
yang lurus.”
Satu umat di sini, dimaksudkan
satu agama. Umat yang dikatakan itu menurut pendapat setengah ulama – Nabi Adam
dan keturunannya. Mereka semuanya adalah orang-orang Islam yang mempunyai agama
yang hak dan benar – yang dikira dari sejak dibangkit kan Nabi Adam (a.s.)
hinggalah ke zaman kebangkitan Nabi Nuh (a.s.) – Iaitu dalam masa lebih kuran
10 kurun. Kemudian daripada itulah manusia mula berpeca-belah dan menying- kirkan
agama mereka. Sebaik sahaja umat manusia itu lupa kepada agama, maka dengan kurnia Allah – supaya
manusia tiada hidup dalam kesesatan selama-lamanya – diutuslah para Rasul dan
Nabi.
Adapun Rasul yang mula-mula
memimpin manusia ke jalan yang sejahtera dan diredai Allah – mengikut setengah ulama – ialah Nabi Nuh (a.s.),
kemudian diutuskan beberapa Rasul yang, sebagaimana firman Tuhan:
“Maka Allah utus (beberapa orang) para Nabi yang membawa berita gembira
dan berita duka (ancaman).”
Di dalam
Al-Qur’an ada disebutkan seramai 25 orang Rasul sahaja yang wajib diper- cayai.
Nama-nama mereka mengikut tertib huruf ejaan (Arab) iaitu:1. Adam 2. Ibrahim
3.Idris
4.
Ishak 5. Ismail 6. Ilias 7. Ilyasa’ 8. Ayub 9. Ahmad (Muhammad) 10. Daud 11.
Zakaria 12. Sulaiman 13. Syuaib 14.
Salih 15. Isa 16. Zulkifli 17. Lut 18. Musa 19. Nuh 20. Harun. 21. Hud 22.
Yahya 23. Yaakub 24. Yusuf 25. Yunus.
Tugas para Rasul itu ialah
memberitahukan kepada manusia bahawa orang-orang yang taat kepada Allah akan
mendapat balasan pahala, iaitu syurga (ini adalah berita gembira), dan memberitahu pula bahawa orang-orang yang
kufur, yang suka berbuat maksiat ataupun derhaka kepada Allah nescaya akan
diseksa, iaitu balasannya neraka (dan ini adalah berita duka atau ancaman).
Allah telah menurunkan beberapa
kitab dari langit yang dibekalkkan kepada para Rasul dan juga Nabi, yang semuanya
mengandungi kebesaran dan perintah keadilan.
Mengikut kata setengah ulama; kitab-kitab tersebut berjumlah 104 buah kitab. 10
nuah diturukan kepada Nabi Adam, 30 buah kepada Nabi Syis, 50 buah kepada Nabi
Idris, 10 buah kepada Nabi Musa, semuanya 100 buah – dan yang 4 buah lagi
iaitu; Taurat kepada Nabi Musa, Zabur kepada Nabi Daud, Injil kepada Nabi Isa dan Qur’an kepada
Nabi Muham- mad (s.a.w.)
Kegunaan kitab-kitab tersebut
bagi manusia, untuk menyelesaikan perselisihan antara mereka mengikut undang-undang dan hukum Allah
dengan perantaraan kita yang disampai kan oleh Rasul-Rasul-Nya.
Orang yang dahulunya telah
bersatu dalam perkara yang hak dan benar
kemudian telah bertelingkah. Tidak lain orang yang berteligkah itu ialah
orang-orang yang dikurniakan kitab Taurat dan Injil. Tetapi masing-masing
memperselisihkan isi-isi kitab itu di dalam cara memahami dan memikirkannya –
semata-mata didorong oleh rasa hasad dan aniaya sesama mereka – atau kerana
tamakkan harta dunia dan berebut hendak menjadi ketua.
Hidayat (petunjuk) dalam ayat ini
– setengah ulama mentakwilkan – dengan memilih kan hari Jumaat sebagai hari kebesaran
umat Islam bukannaya hari Sabtu yang dibesarkan oleh kaum Yahudi ataupun hari Ahad yang dibesarkan oleh kaum
Nasrani. Juga ditakwilkan dengan berkiblat ke Mekkah bukan ke Baitlmaqdis seperti
orang Yahudi, ataupun berkiblat ke timur
seperti orang Nasrani. Atau ditakwilkan; bahawa Nabi Ibrahim bukanlah membawa
syariat Yahudi atau Nasrani, tapi yang dibawanya ialah syriat Islam yang suci
dan menyekutu kan Tuhan.
Dalam hidup seorang mukmin ibadah
kerana Allah menjadi tanggungjawab utama. Setiap individu muslim di bahagian
bumi yang mana pun mereka berdiam tidak memandang bangsa dan tidak memandang
negara, adalah mempunyai tanggungjawab di hadapan Allah dan di hadapan hati
sanuberi sendiri, bahkan di depan umatnya generasi demi generasi.
Tanggungjawab terhadap tentangan pembangunan
Islam dirasakan lebih hebat daripada masa-masa yang telah lalu. Kemunculan
pemimpin kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, telah menggegarkan dunia
Islam apabila pokok pentadiran Islam tidak diberi atonomi mengekalkan
pentadbiran Baitulmakdis yang disokong oleh pemimpin Amerika Syarikat itu tanpa
berkompromi dengan kewujudan pusat asli Islam kerana Allah S.W.T.. Keadaan
demikian mengerohkan lagi usaha Islam di Palestine dengan seluruh suara Islam
di seluruh dunia hendak mencapai
kedaulatannya negara berkenaan.
Walau bagaimana pun untuk memberi petunjuk kepada
manusia cara yang amat sesuai mentadbir dunia, hanya Allah S.W.T. sahaja
berkuasa. Agama Allah (Islam) sahaja sentiasa memimpin umat manusia ke jalan
yang diredai Allah S.W.T. Maka manusia wajar mengenali diri sendiri sebelum ia
mengenali Allah yang Maha Berkuasa dan
Maha Bijaksana mentadbir dunia yang telah Allah bina untuk umat manusia dan
segala makhluk di dalamnya dengan keredaan Allah S.W.T..
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^