DISIPLIN HIDUP
BERAGAMA
(Disiarkan pada 10. 8. 2018)
Disiplin hidup semestinya
memaparkan perwatakan yang menyeru manusia ke jalan Allah dan mengerjakan
kebajikan. Hidup ini Allah wujudkan untuk menyeruh manusia beriba dah kepada
Allah dan melahirkan pembangunan kehidupan yang dibalut dengan disiplin keba jikan kerana Allah.
Dua tugas termulia manusia dalam
hidup di dunia ialah memuliakan hubungan manusia dengan Allah yang ditegaskan
dalam Al-Qur’an sebagai hublum minallah dan mengeratkan serta memanfaatkan
ukhuwah kemanusiaan yang dinyatakan dalam al-Qur’an sebagai hablum minannas.
Islam diturunkan Allah kepada
manusia yang diterima oleh baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. dalam perantaraan Malaikat Jibril, setelah
Allah sempurnakan Islam sebagai agama manusia. Firman Allah surah Al-Maaidah
ayat 5:3 yang bermaksud: (Terjemahan)
“...... Pada hari ini telah ku sempurnakan untuk kamu agama mu, dan
telah Ku cukupkan kepada mu nikmat-Ku dan telah Ku redai Islam itu jadi agama
bagi mu.”
Al-Qur’an mengandungi firman
Allah s.w.t. sebanyak lehih kurang 6,666 ayat sebagai satu pegangan hidup manusia
untuk mencapai kesempurnaan hidup di alam dunia dan juga di alam akhirat kelak.
Manusia di sarankan untuk berpegang teguh semuanya kepada tali (agama) Allah,
dan jangan kamu bercerai berai. Firman Allah surah Ali Imran ayat 3:103 yang
bermaksud: (Terjemahan).
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah s.w.t.
dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah s.w.t. (yang
diberikan-Nya) kepada kamu, ketika kamu telah bermusuh-musuhan, lalu
disatukan-Nya hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara dengan nikmat-Nya dan
adalah kamu di atas pinggir lubang neraka lalu Allah s.w.t. melepaskan kamu
daipadanya. Demikianlah Allah s.w.t. menerang kan ayat-ayat-Nya kepadamu,
mudah-mudahan kamu menerima petunjuk.”
Islam bukanlah
merupakan ikatan yang hanya menghimpunkan jumlah manusia sahaja tetapi juga
menghimpunkan segala kebenaran yang menetapkan berbagai hubungan yang baik
antara manusia dengan Tuhan yang Maha Pencipta dan antara manusia dengan
sesamanya.
Disiplin hidup beragama semestinya
memupuk kesetiakawanan sosial kelak melahir kan kerjasama untuk hudup tunjang
menunjang antara satu sama lain. Hidup
ini sewajarnya dilandasan yang berprinsipkan satu haluan dan sehaluan kelak
memupuk kerjasama yang memfokoskan budaya hidup yang dikenali dalam bahasa
Inggeris seperti “Two heads are beter than one.” Berkerja secara
berjemaah lebih bermanfaat, berbanding dengan melak- sanakannya seorang diri.
Apabila manusia dihinggapi hidup
sendirian, rasa ingin untung sendiri, maka hilanglah sifat keutamaan manusia.
Apabila sifat tersebut menguasai manusia, maka hilanglah sifat kebaikan manusia
dan tumbuhlah dengan suburnya kerakusan yang terkandung dalam hidup nya sehingga
membuatkan manusia itu terkepung dalam ruang lingkup yang sempit.
Hidup seorang yang beriman kepada
Allah adalah lebih bahagia berbanding dengan hidup seorang yang tidak kenal
dengan Allah. Orang yang beriman kepada Allah, hidupnya sentiasa dimudahkan
Allah s.w.t. Hidup tanpa kenal atau tanpa beriman kepada Allah bererti
hidupnya hanya bersandar kepada alam
dunia yang sementara sahaja. Tidak ada tujuan hidup akhirat yang kekal dan
abadi itu.
Menyeru manusia ke jalan Allah
dan mengerjakan kebajikan merupakan disiplin hidup beragama. Menurut ajaran Allah dan kepercayaan serta keyakinan
para Nabi dan Rasul bahawa kehidupan di dunia sekarang ini adalah satu
kehidupan yang amat pendek waktunya dan amat kecil nilai dan ertinya. Satu
kehidupan yang berjangka waktu yang pendek sahaja.
Sesudah kehidupan di dunia yang
amat terbatas, akan ada kehidupan akhirat yang tak
terbatas
jangka waktu, satu kehidupan yang maha luas, maha besar dan maha penting, dan
maha hebat sekali.
Sabda Rasulullah s.a.w. Hadis
riwayat Al-Hakim dari Ibnu Mas’ud, Sahih yang bemaksud: (tejemahan)
“ Perbandingan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat, ialah seperti
seorang yang berjalan ke laut, lalu memasukkan satu jarinya ke laut, lalu
mengangkatnya, maka air yang terbawa oleh jarinya itulah kehidupan dunia ini.
(Sedang air yang masih tetap berada di dalam samudera luas itulah penghidupan
akhirat itu.)
Apa sebab Nabi Muhammad saw.
tidak mahu berhenti menyeru dan berjuang membawa manusia ke jalan Allah
sekalipun ditawari harta, wanita, tahkta, bulan dan matahari, seperti tersebut
dalam hadis yang sahih.
Apakah benar menyeru manusia ke
jalan Allah itu lebih baik, lebih penting dan lebih mulia daripada memberi
makan dan pakaian fakir miskin yang hidup melarat dan terbuntar? Lebih baik,
lebih penting dan lebil mulia daripada meniwaskan ribuan musuh di medan perang,
atau menyelamatkan jiwa manusia dari bahaya banjir atau tenggalam atau maut?
Sebabnya ialah kerana menurut
ajaran Allah dan kepercayaan serta keyakinan para Nabi dan Rasul bahawa
kehidupan di dunia sekarang ini adalah satu kehidupan yang maha pendek waktunya
dan amat kecil nilai dan ertinya. Satu kehidupan yang berangka waktu kira-kira
60 atau 70 tahun, lebih atau kurang.
Sesudah kehidupan di dunia yang
amat terbatas, akan ada kehidupan yang maha besar dan maha penting, dan maha
hebat sekali.
Tetapi bila kita menyeru mereka
untuk beriman dengan Allah dan melakukan perbua- tan-perbuatan yang baik di
dalam hidup di dunia, itu bererti yang
kita menyelamatkan mereka dalam kehidupan akhirat yang tak terbatas jangka waktu dan maha luas sekali.
Allah dan para Rasul, begitu juga
orang-orang yang beriman yang yakin tanpa keragu-raguan tentang kehidupan di
akhirat itu, merasa beruntung sekali bila berhasil dapat mem- bawa seorang
manusia sehingga beriman kepada Allah dan melakukan kebajikan. Bererti yang ia
sudah berhasil dapat membebaskan seorang itu dari azab siksa akhirat yang tak
terbatas jangka waktunya, dan bererti yang ia berhasil menyelamatkan dan membahagiakan orang itu dalam kehidupan
akhirat yang lamanya tak terbatas itu.
Kebanyakan ahli mufassirin (ahli
tafsir) mentafsirkan “hari esok” dengan “akhirat” seperti mana yang dijelaskan
oleh Abdullah Yusuf Ali “hereafter.” (Dalam
The Holy Quran 1527),
Termasuk dalam kata ini sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: (Terjemahan)
“Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung (di
akhirat).”
Begitu juga ucapan Saidina Omar
bin Al-Khatab: “Buatlah perhitungan terhadap dirimu tentang amal yang kamu
kerjakan dan lakukan nilai (timbangannya) sebelum kamu dinilai nanti (di
akhirat).”
Berdasarkan kenyataan di atas
jelaslah kepada kita bahawa hidup di dunia ini manusia sentiasa diuji dan
dicuba, makin besar pangkat dan lebih besar darjat kian besar pula ujian yang
terpaksa ditempuhinya. Ini kerana Tuhan ingin meyakinkan amalan seseorang dan
kebenaran tahuhid kepadanya sejak dari kecil hingga sampai akhir hayat adalah
penuh dengan percubaan. Kita seharusnya menghadapi alunan hidup yang
bergolumbang ini dengan perlahan-lahan, program dan rencana-rencana tertentu
agar hidup ini akan melahirkan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.
Setiap mukmin tidak akan
melepaskan berlalunya sesuatu masa itu kecuali sentiasa dalam beribadat kepada
Allah s.w.t. kerana masa adalah penting kepada manusia bagi menentukan nasibnya
untuk kesenangan hidup di dunia seperti menempuhkan sepenuh masa bagi
menyudahkan sesuatu kerja di samping berusaha dan tekun dalam bidang-bidang
tertentu
atau
pun untuk kesenangan di akhirat dengan menentukan masa dalam zikir dan sentiasa
mengingati
Allah s.w.t. di mana mereka berada.
Tuhan telah bersumpah dengan masa
surah Al-Ashr ayat 103:1-3 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali bagi
mereka yang beriman dan beramal soleh serta orang-orang yang sentiasa
menasihati saudaranya dengan kebenaran dan kesabaran.”
Ini hanya menyedarkan
manusia betapa pentingnya masa dalam hidup ini, berjaya atau gagalnya seseorang
itu adalah bergantung kepada setakat mana mereka telah laksanakan dari
masa-masa itu. Bagi orang yang menghargai masa, dia dapat menghayati hidup ini
dengan penuh erti dan bahagia, seribu perkara boleh dilakukan. Setiap saat
dipenuhi dengann kerja-kerja amal, hatinya tidak pernah lupa terhadap
anugerahan yang maha besar itu. Lantas dari itu dia sentiasa meluahkan rasa
syukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah tersebut. Tetapi bagi orang yang
tidak pandai menghargai masa hidupnya bukan sahaja sengsara dan susah bahkan
juga dikutuk oleh Allah s.w.t.
Walaupun manusia tidak menggunakan masa yang dijanjikan Allah s.w.t.
itu dengan baik, ianya tetap akan berputar dan terus beredar mengikut paksinya
yang telah dijanjikan untuknya.
Tuhan ciptakan semua apa yang ada
di langit dan di bumi ini tertakluk dengan manusia dan mempunyai hikmah-hikmah
tertentu, umpamanya Tuhan jadikan langit dan bumi, matahari dan bulan, malam
dan siang, semuanya mempunyai hikmah-hikmah tertentu. Manusia juga terpengaruh
dengan masa-masa itu, misalnya waktu malam manusia merasa mengantuk dan terus
tidur. Waktu siang pula manusia merasa segar dan bangun bekerja dan begitulah
seterunya. Firman Allah Surah Al-Furqan ayat 25:47 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dialah yang menjadikan untuk kamu malam (sebagai) pakaian dan tidur
untuk istirehat dan Dia menjadikan siang supaya bangun bekerja.”
Firman Allah lagi Surah
Al-Baqarah ayat 2:22 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai
atap dan menurunkan air (hujan) dari langit lalu dia menghasilkan dengan hujan
itu segala buah-bahan sebagai rezeki untukmu.”
Allah menjadikan
bumi sebuah hamparan untuk berjalan dan
berpijak sebagai tempat penempatan di atasnya demi meneruskan kehidupan. Dia
juga telah menjadikan langit dengan binaan dan sistem yang teguh seperti sebuah
kubah atau atap (bumbung), dengan itu
langit tersebut tidak jatuh ke bawah dan Dia juga menurunkan air hujan dari
awan dan dengan air hujan itu Allah Subhanahu wa Ta’ala mengeluarkan
berbagai-bagai jenis buahan dan tumbuh-tumbuhan agar kamu bersenang-senang
dengannya dan sebagai sumber makanan.
Oleh itu janganlah kamu mempersekutukan
Allah dengan sesuatu apapun dengan menyembahnya sepertimana kamu menyembah
Allah Sukhanahu wa Ta’ala sedangkan kamu mengetahui bahawa sekutu-sekutu yang
kamu adakan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala itu tidak menciptakan kamu dan
tidak mengurniakan rezeki untukmu. Sesungguhnya Allah itu Yang Maha Mencipta
dan Memberi rezeki.
Segala liku-liku yang ditempuhi oleh manusia
itu adalah sebagai wadah perjuangan untuk berbakti kepada Allah s.w.t. Bagi
menilai sejauh mana kesanggupannya untuk menempuh hidup yang penuh bergelora
ini, berani mati demi mempertahankan keyakinan akidah, sanggup berkorban apa
saja asalkan dirinya dan peribadinya tetap sebagai seorang muslim. Ini kerana
orang-orang Islam tidak pernah gentar menghadapi perjuangan hidup ini. Sikap
keunggulan orang-orang mukmin ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. seperti
firman-Nya surah Fushilat ayat 41:30 yang bermaksud: (terjemahan)
“Sesungguhnya
orang-orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka tetap dalam
istiqamah (berpendirian) nescahaya turun kepada mereka Malaikat (yang berkata):”Janganlah
kamu takut dan janganlah kamu berdukacita, bergembiralah dengan syurga yang
sudah dijanjikan.”
Satu sikap yang tidak luntur di kalangan
orang-orang yang beriman ialah istiqamah atau teguh pendiriannya, tetapi dengan
perjuangan dan manfaat hidupnya, tidak mudah terpesona dan hidupnya, tidak
terumbang ambing oleh arus hidup yang penuh tipu helah itu.
Segala ujian hidup baik berupa perhiasan
dunia, kenikmatan hidup, godaan syaitan, tuntutan hawa nafsu, baik dan buruk,
lapas dan dahaga, harta dan anak atau pangkat dan pingat, dihadapinya dengan
tabah dan waspada agar dia tidak tersasul di persimpangan jalan. Semua ini
sebagai ujian Tuhan kepadanya untuk menyelami dan menyelidik tahap-tahap
keimanannya kepada Allah s.w.t.
Begitulah perjuangan hidup yang mesti
dilalui oleh setiap orang manusia. Perjuangan itu tetap berjalan setiap saat
dan setiap detik meskipun manusia tidak mengetahuinya. Proses perjuangan ini
bermula dari lahirnya manusia ke dunia ini dan berakhir dengan mati. Dengan
kematian itu bukan bereti hidup manusia sudah berakhir tetapi manusia tetap
hidup dalam erti kata lain sudah selesai daripada perjuangannya dan manusia
akan menerima hasil perjuangan tersebut.
No comments:
Post a Comment