Friday, August 24, 2018

KASIH SAYANG RUKUN HIDUP BERSEPADU


KASIH SAYANG RUKUN HIDUP BERSEPADU
(Disiarkan pada 17. 8. 2018)
Allah berfirman surah Al-Hujurat ayat 49:10 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Hanyasanya  orang-orang yang beriman itu bersaudara, oleh itu damaikanlah di antara saudara-saudara kamu, dan takutlah kamu kepada Allah mudah-mudahan kamu men- dapat rahmat.”
Allah menjelaskan, bukan dikatakan orang-orang yang beriman kalau tidak mengaku bersaudara sesama mereka, iaitu saudara seagama. Oleh itu tidak patut orang yang mengaku dirinya “Mukmin” yakni beriman kalau dia masih menyimpan rasa permusuhan terhadap sesama Mukmin, atau masih bersengkita, bertelagah apalagi berperang dan berbunuh-bunuhan.
Tidak ada persaudaraan sama sekali melainkan terbatas kepada orang-orang yang beriman sahaja, dan tidak ada apa yang dinamakan persaudaraan di antara orang Mukmin dengan orang kafir.
Ayat ini juga menetapkan, bahawa ukhuwah Islamiah yakni persaudaraan di dalam Islam itu lebih kuat hubungannya daripada persaudaraan senasab (seketurunan). Malahan persaudaraan sekuturunan itu tak ada ertinya tanpa mempunyai hubungan ukhuwah Islamiah.
Seandainya terjadi persengkitaan hendaklah didamikan antara saudara-saudara kamu sesama Mukmin di dalam urusan agama sebagaimana mendamaikannya di dalam urusan keturunan. Jangan hubungan mereka menjadi retak lalu dibiarkan sahaja, kelak menjadi pecah dan permusuhan pun menguasai mereka.
Tidak ada persaudaraan yang benar tanpa iman dan tidak ada iman yang benar tanpa rasa persaudaraan terhadap orang-orang yang beriman dan melaksanakan hak-hak terhadap mereka, maka persaudaraan dan keimanan ada dua hal yang tidak dapat dipisahkan, dan menyayangi orang-orang mukmin adalah tanda benarnya keimanan, hal ini merupakan perekat kecintaan Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman surah Al-Maidah ayat 5:55-56 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan  orang-orang beriman sebagai penolong nya maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang.”
Allah s.w.t. bermurah hati pada hamba-hamba-Nya yang Mukmin dengan menjadikan mereka saudara yang saling menyayangi dan saling menolong. Allah s.w.t. juga berfirman surah At-Taubah 9:71 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagain yang lain. Mereka menyuruh memperbuat kebaikan dan mela- rang daripada kejahatan. Mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan mentaati Allah dan rasulnya. Itulah orang-orang yang akan  dirahmati Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa lagi Bijaksana.”
Mereka pimpin-memipin dan bantu-membantu sesama mereka dengan rasa kasih sayang yang dijalinkan oleh semangat persaudaraan. Tugas pimpin-memimpin dan bantu-membantu ini termasuklah juga kaum wanita kerana mereka turut memainkan peranan yang besar, umpamanya dalam masa berperang dan dalam urusan yang bersangkut paut dengan ketenteraan, pengorbanan harta dan tulang urat.
Isteri-isteri Nabi s.a.w. dan interi-isteri para sahabat pernah keluar bersama askar-askar Mukmin dalam medan perang untuk membantu memberikan  minuman, menyediakan maka- nan, merawat askar-askar yang cedera meniupkan semangat perjuangan ke dalam jiwa perwira-perwira Islam yang sedang berperang itu.
Rasa persaudaran, tolong-menolong, bantu-membantu dan sayang-menyayangi antara seorang mukmin dengan yang lain telah diumpamakan oleh Nabi seperti suatu kumpulan yang
menjadi tubuh yang satu atau berupa sebuah bangunan, yang satu menguatkan yang lain. Mereka bersatu untuk mempertahankan kebenaran, keadilan dan meninggikan kalimat Allah.
               Kekuatan ukhuwah Islamiah adalah tali yang paling kuat, paling benar dan paling kekal. Ianya lebih sempurna dari semua ikatan dan hubungan lainnya. Segala sesuatu yang menyatuhkan dan mengukuhkannya diakui dan dianjur oleh Islam, ataupun yang bertentangan dan menghilangkannya, digagalkan dan ditentang oleh Islam.
               Kewujudan semulajadi manusia dilengkapi dengan berbagai fitrah Allah untuk meng- hiasi kehidupan itu jauh lebih bermakna daripada kehidupan makhluk Allah yang lain. Fitrah keinginan merupakan satu kekuatan naluri manusia menghendaki satu-satu keperluan hidup sebagai satu usaha pembangunan manusia.
Dengan adanya naluri keinginan itu maka keperluan-keperluan hidup menjadi agenda perjuangan memantapkan taraf hidup yang lebih bertamadun. Manusia  sememangnya ingin memperolehi sesuatu yang menghiburkan atau  menggembirakan seperti memperolehi ilmu yang memberi kekuasaan untuk memahami fitrah hidup; kebahagian yang memantapkan keadaan kehidupan iaitu sendiri; kecantikan yang menghiasi cakerewala, pemandangan yang membahwa hidup kepada yang lebih bermakna.
Manusia adalah jalinan rohaniah dan jasmaniah yang mempunyai peradaban. Ia dianggap sebagai makhluk yang paling mulia kerana ia dianugerahkan Allah akal. Tanpa akal, darjat manusia jatuh ke tingkat binatang. Darjat manusia bukanlah terletak pada badanya, kerana dari segi jasmaniah tidak banyak bezanya manusia dengan haiwan. Darjat itu terletak pada akal. Kemuliaan manusia tidak melekat pada badanya, tetapi pada akal yang dimilikinya.
Akal itu penting bagi manusia kerana ia membawa kepada kedudukan orang mulia. Kekuatan akal mempunyai hubungan antara pengisian pemikiran tentang ilmu pengetahuan dengan pengisian kalbu dengan agama. Kekuatan akal membawa kepada kehidupan yang bahagian kerana ia sentiasa berkiblat kepada kebaikan yang mengikut perhubungan kemanusiaan yang dipanggil kekeluargaan.
Kasih sayang, rukun hidup bersepadu. Kasih sayang bermuara dari kehadiran roh dalam diri manusia yang dibekalkan Allah sejak manusia meningkat usia 120 hari dalam rahim ibu. Allah itu Zatnya Pengasih dan Penyayang. Maka sifat roh yang dibekalakan kepada manusia  adalah Pengasih dan Penyayang.
Manusia adalah jalinan rohaniah dan jasmaniah. Unsur manusia adalah dua iaitu roh yang bersifat ghaib dan jasad yang bersifat nyata. Roh adalah ciptaan Allah s.w.t. untuk manusia. Sifatnya ghaib dan tidak dapat disentuh oleh panca indera manusia. Kehadirannya membolehkan hidup berperaasaan, dan berkeinginan dalam hidup (pembangunan). Oleh itu Hidup dan Kehidupan disepadukan Allah s.w.t. untuk membuat hidup ini bermatlamat dan berwawasan.
 Jasad yang bersifat nyata, Allah wujudkan daripada air mani yang terpancar dalam rahim ibu semasa hubungan kelamin, suami isteri. Allah wujudkan air mani daripada benda-benda yang nyata yang ada di alam ini seperti pemakanan yang kita ambil daripada tumbuh-tumbuhan, daging dari haiwan-haiwan seperti ikan, binatang, burung dan sebagainya. Segala jenis makanan yang dimakanya adalah berasal dari tumbuh-tumbuhan iaitu dari tanah.
Jalinan rohaniah dan jasmaniah manusia, Allah telah sediakan satu sifat yang kedua-duanya mempunyai, iaitu  “Sifat Kasih Sayang.” Sifat ini diperolehi dari Allah yang mewujudkannya.  Allah itu sifatnya Pengasih dan Penyayang; tetapi Allah hanya berikan kepada makhluk Mukmin sifat-sifat tersebut. Kepada mereka yang tidak beriman kepada Allah hanya bekalkan sifat sifat Pengasih sahaja.
Maka itu perbandingan antara sifat-sifat yang ada pada jasmani dan rohani tidak serupa. Inilah  sifat yang tidak serupa itu manusia dipimpin oleh agama agar ia sentiasa waspada jangan sekali-kali lari dari landasan keredhaam Allah s.w.t.. Tanpanya segala usaha manusia atau amal ibadah untuk mendapatnya, menjadi kufur yang membawa kemurkaan
Allahs.w.t.
               Amal ibadah yang dilaksanakan dalam hidup  wajar bersendikan kepada akidah  Islam kerana Islamlah membetulkan halatuju pembangunan manusia seutuhnya. Allah turunkan Islam untuk diterjemahkan dalam hidup atau sebagai cara hidup yang diredahi Allah s.w.t
Memahami Islam bukan hanya setakat mengerjakan ibadah sembahyang. Islam harus bermuara kepada perkara pokok iaitu Ilmu pengetahuan yang berlandaskan kepada alam ghaib. Keadaan alam nyata adalah terhad kepada alam jasmani semata dan mata kepala manusia hanya dapat melihat apa yang nyata. Fakulti-fakulti yang dibekalkan kepada manusia seperti semua panca indera hanya dapat melihat dan mengesan yang nyata. Hati dan mata hati sewajarnya digunakan untuk mengetahui lebih luas lagi mengenai Islam.
Setiap makhluk manusia sememangnya berasal dari sumber yang sama di mana Allah s.w.t. bertanggungjawab terhadap kewujudannya. Allah s.w.t. bersifat Pengasih dan Penya- yang telah menjadikan manusia yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Fitrah ini harus ada pada manusia yang digunakan untuk dirinya, masyarakat dan juga kepada makhluk-makhluk Tuhan yang ada disekelilingnya. Dengan adanya kasih sayang  akan melahirkan  timbang rasa kepada sesama makhluk kelak membina kesejahteraan hidup yang dituntut oleh agama.
Kasih sayang rukun hidup bersapadu. Ukhuwah Islamiah lahir atas dasar dengan rukun hidup bersepadu. Mengucap dua kalimah syahadah telah membuka kasih sayang yang diredhai Allah s.w.t. yang sentiasa  pengasih dan penyayang. Allah itu pengasih dan penya yang kepada segala hamba-Nya tidak kira Islam atau tidak; tetapi Ia penyayang hanya kepada hamba-Nya yang telah mengucap dua kalimah syahadah dengan hati yang ikhlas sahaja.
Dengan terbukanya pintu kasih sayang kefahaman diri di sisi Allah menjadi pedoman untuk menangani hidup bermasyarakat. Di antara faktor-faktor yang wajar difahami ialah setiap individu yang sayangkan dirinya keutamaan haruslah ditumpukan kepada amalan hidup yang membawa kepada keselamatan dirinya samada di dunia  lebih-lebih lagi di akhirat.
Mempunyai kasih sayang diri tentu sekali membawa kita melihat dalam dua dimensi hidup iaitu jasmani dan juga rohaninya. Kasih sayang kepada diri sendiri memfokuskan kepada keselamatan diri samada dari segi jasmani mahupun kerohaniannya. Memelihara kedua alam ini jelas akan mendekatkan kita kepada keesaan Tuhan dan kelak membawa kita mensyukuri segala nikmat hidup yang dihamparkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-Nya.
Keselamatan jasmani adalah dari segi menjaga kesihatan dan juga dari kebersihan. Bahagian badan atau organ seperti otak, hati dan sebagainya memerlukan makanan yang bersih untuk membesar.  Bersih dari pencemaran makanan dan halal untuk dimakan. Halal dalam erti kata tidak memuderatkan badan atau memabukkan dan juga halal dari segi hak-hak kemanfaatan diri.
Makanan yang diperolehi dengan cara yang tidak halal (dicuri) atau diambil dari kepunyaan orang lain tanpa izin adalah antara makanan yang haram. Begitu juga dalam soal kewangan, punca dari mana ianya diperolehi perlu bebas dari perkara haram seperti judi, pertarungan dalam semua bentuk lotri atau empat ekor, kesemuanya ini dikategorikan sebagai punca yang haram.
Bila otak terbentuk dari bahan yang haram maka manusia itu sentiasa berfikir serong dan cendrung membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan kemanfaatan hidup. Maka itu jika kita sayangkan diri kita, keutamaan harus diberi kepada keselamatan pembentukan jasmani kita.
Keselamatan rohani berkait rapat dengan akhlak manusia. Hidup bermasyarakat seperti tolong-menolong, hormat menghormati sesama insan dan sentiasa menanam rasa syukur terhadap segala nikmat Allah yang kita perolehi. Mencintai Allah s.w.t. bermakna kita wajib mengerjakan ibadah memuji Allah serta menunaikan semua rukun Islam dan rukun Iman. Dengan segala ibadah tersebut yang dilaksanakan membawa rasa kasih kepada diri sendiri.
Manusia sentiasa dibuai oleh desakan biologi yang memaksanya menurut kehendak haluan dan tingkah laku tertentu bagi memenuhi naluri yang lapar, takut, seks dan lain-lain.
Dengan begitu desakan dalam diri manusia untuk mendapatkan kepuasan keinginan naluri, adalah tinggi dan jika dibiarkan tunduk dengan naluri, adalah tinggi dan jika dibiarkan tunduk dengan nalurinya, dia akan kalah dengan kelemahanya.
               Suasana hidup yang tunduk kepada kehendak biologi telah mengkufurkan nikmat memasuki pintu kasih sayang kepada diri sendiri. Dari perspektif orang Islam, kehidupan terbaik adalah bagi mereka yang menumpukan perhatian untuk memperolehi ilmu pengatahuan sehinggalah ilmu pengetahuan boleh dianggap sebagai suatu tanggungjawab agama yang suci, yang dikenakan ke atas setiap orang Islam baik lelaki  mahu pun perempuan

1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete