SUSAH DAN SENANG GARAM HIDUP BERSEPADU
(Disiarkan pada 8. 9. 2018)
Kewujudan setiap sesuatu dalam
hidup semestinya mengalami dua keadaan hidup, bahagia atau mendukacitakan.
Fenomena demikian Allah wujudkan demi memberi kefaha man mengenai falsafah
pembangunan satu-satu makhluk yang Allah wujudkan di alam dunia ini. Hidup
sesuatu makhluk di alam ini semestinya mengalami dua fenomena pembangunan.
Hidup itu ada kalanya menggembirakan dan pada masa lainnya merunsingkan atau
menduka- citakan. Sebenarnya susah dan senang dalam menelusuru kehidupan merupakan garam hidup bersepadu.
Ilmu pengetahuan dalam Islam memberi
galakan khas untuk mendapatkan ilmu, sebab seseorang manusia tidak akan
bernilai dan tidak menjadi maju kecuali dengan ilmu. Firman Allah dalam mengatakan
demikian surah Az- Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima
pelajaran.”
Ayat ini sebagai
melengkapkan kenyataan Allah yang dimulai dengan amal dan diakhi ri dengan
ilmu. Amal itu merupakan perjuangan dan ilmu merupakan penyingkapan. Kalau
manusia beramal dengan berilmu menunjukkan kesempurnaan dan kelebihan dirinya.
“Hanyasanya yang mengambil pelajaran itu ialah orang-orang yang
berakal.”
Orang yang mengambil teladan
mengenai bukti-bukti yang diberikan Allah dan meng- ambil pelajaran daripadanya
itulah dikatakan berakal – bukan orang yang jahil dan cuai – kerana orang yang
berakal dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Sedang orang yang
tidak berakal tidak pula dapat membezakan.
Kemudian kita lihat Al-Qur-an
dalam ayat yang lain menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat di sisi
Allah.
Firman Allah surah Al-Mujadalah
ayat 58:11 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapat darjat”.
Allah akan meninggikan darjat
oang-orang Mukmin lantaran mereka mematuhi perintah Allah dan perintah
rasul-Nya. Begitu pula orang-orang yang berilmu pengetahuan. Sebenarnya orang
yang berilmu pengetahuan itu tinggi benar darjatnya, bukan saja di kampung
akhirat, malahan juga di atas dunia ini dalam pandangan manusia orang yang
mempunyai pengetahuan dipandang tinggi. Dan biasanya pula pandangan itu
ditumpukan kepada ijazah-ijazah. Siapa yang memiliki ijazah pengajian, maka
mudahlah mendapat kedudukan dan senanglah mendapat pekerjaan.
Tentu saja bukan ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, malahan juga semua ilmu pengetahuan
yang berfaedah untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Sebab itu kaum
Muslimin digesa supaya kuat menuntut ilmu, biar di bumi mana saja ilmu itu
berada.
Susah dan senang merupakan garam
hidup bersepadu. Kita susah hendaklah mencari puncanya mengapa hidup sentiasa susah.
Dan apabila senang juga hendaklah menemui faktor yang membuat kita hidup
senang. Maka itu kedua-dua fenomena tersebut wajar ditangani dengan kehadiran
ilmu seperti mana yang Allah sarankan
dalam surah Ali Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia,yang
menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu juga menyatakan
yang demikian itu”.
Allah menyamakan
antara penyaksian-Nya, Penyaksian orang-orang berilmu dan penyaksian malaikat.
Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang
yang berilmu.
Allah menerangkan keesaan-Nya,
dan malaikat serta orang-orang yang berilmu penge-
tahuan
naik saksi – berikrar dengan lisan dan membenarkan di dalam hati – bahawa Allah
itu
berdiri
dengan adil.
Maksud dengan adil di sini iaitu,
berkuasa mentadbirkan semua makhluk-Nya dengan adil, yakni melalui jalan di
dalam iktikad, ibadat, akhlak dan amalan. Adil atau jalan tengah di dalam
iktikad itu ialah, mentauhidkan Allah atau mengesakan-Nya. Maka tauhid atau
pengesaan itu adalah terletak di tengah-tengah pengingkaran dan penyekutuan.
Mengingkari adanya Allah tidak adil, menyekutukan-Nya juga tidak adil. Yang
adil ialah memilih jalan tengah iaitu; mengesakan-Nya – tidak mengingkarinya
dan tidak pula menyekutukannya.
Dari segi lain kita lihat Al-Qur’an
tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah surah Ar-Rum ayat
30:59 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu)
memahami.”
Allah juga menyatakan tidak ada
batasan dalam ilmu. Firman-Nya surah Yusuf ayat 12:76 yang bermaksud:
(Terjemahan)
“Di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang Maha
Mengetahui.”
Ini bertujuan supaya orang-orang
yang berilmu tidak merasa besar diri dan mereka akan berusaha menambahkan ilmu,
serta mereka akan menganggapkan diri mereka boleh dikritik oleh orang lain.
Al-Qur’an menuntut orang-orang
Islam supaya mencari Ilmu demi untuk kejayaan mereka mengetahui apa yang mereka
kehendaki tentang hakikat alam.
Firman Allah surah Taha ayat
20:114 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”.
Islam tidak menghadkan setakat menyeru
manusia supaya mencari ilmu malah ia mengakui
prinsip yang boleh mencegah kebekuan akal dan menjaga fikiran dari manjadi
batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:
Islam, agama hujah dan bukti. Ilmu pengetahuan tidak mengatakan
sesuatu kecuali apabila ada bukti yang kukuh lagi yakin.Al-Qur’an juga menyuruh
demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu sebagai benar kecuali
apabila diperteguhkan dengan dalil. Firman Allah surah Al-Baqarah ayat 2:111 yang
bermaksud: (Terjemahan)
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: Sekali-kali tidak akan masuk
syurga kecuali orang-orang (yang beragama)Yahudi dan Nasrani. Demikian itu(hanya)
angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: Tujukanlah
bukti kebenaranmu
jika kamu orang yang benar”.
Tidak harus mempercayai sesuatu kecuali dengan
bukti: Orang-orang yang syirik secara bertaklid kepada orang lain akan dihisab
oleh Allah.
Firman Allah surah Al-Mu’minum
ayat 23:117 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan Barang siapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, padahal
tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya
adalah di sisi Tuhannya, sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada
beruntung”.
Dalam ayat lain
Allah meminta bukti dari orang-orang musyrikin tentang patung-patung yang
mereka jadikan sebagai Tuhan, untuk memperlihatkan kelemahan mereka.
Firman Allah surah An-Naml ayat
27:64 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Atau siapakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian
mengulanginya (lagi), siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari langit
dan bumi? Apakah disamping Allah ada Tuhan (yang lain)? Katakanlah:
Tunjukkanlah bukti kebenaran mu, jika kamu memang orang-orang yang benar.”
Ayat-ayat
Al-Qur’an yang kita sebutkan adalah jelas menyatakan bahawa setiap perkataan
hendaklah diberi bukti kebenarannya. Orang yang mendengar hendaklah meminta
bukti, jika tidak ada bukti maka jangan didegar perkataan atau percakapan itu.
Ilmu pengetahuan sentiasa
mengawasi sesuatu yang tidak yakin (sebenar) daripada menjadi yakin. Ia juga
menjaga dari bertukarnya dan (persangkaan) menduduki tempat yakin. Ia mengkiaskan kadar hampirnya
masalah kepada kebenaran dengan kadar kukuhnya hujah yang membuktikan masalah. Jika hujah kukuh maka
masalah adalah benar, jika tidak maka ianya dhan sahaja.
Antara faktor-faktor yang timbul
dalam kehidupan yang membawa kita merasa gusar
atau
gembira tentang sesuatu masalah ialah kepalsuan dengan kepastian sesuatu kenyataan.
Perkara tersebut masuk dalam kategori yang membangkitkan kemuskilan atau
kebahagian dalam menelusuri kehidupan.
Perbezaan yang dibuat oleh ilmu
pengetahuan terhadap kedudukan hak dan dhan adalah bersesuaian dengan ajaran
Al-Qur’an yang menyuruh berawas dari dhan dan waham. Alasan ialah kerana
kedua-dua itu menjadi sebab
menyesesatkan manusia dan merosakkan akidah mereka.
Firman Allah surah Al-An’am ayat
6:116 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,
nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah; mereka tidak lain
hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta
(terhadap Allah)”.
Para Mufaassirin
mengatakan: Pada suatu masa orang-orang musyrik Mekkah tentang makanan yang
mereka makan, dengan berkata: “Mengapa kamu memakan binatang yang kamu
membunuhnya dan tidak memakan yang Tuhan membunuhnya? Maka Allah turunkan ayat
ini yang tujuannya memperingatkan rasul-Nya supaya berhati-hati jangan sampai
terpengaruh, iaitu: Dan sekiranya engkau
ikut kebanyakan manusia di muka bumi, (pada memakan bangkai, walhal
orang-orang kafir semasa itu bilangan dan peratus mereka di muka bumi lebih
besar jika dibandingkan dengan orang-orang Mukmin) nescaya mereka akan
menyesatkan engkau dari jalan Allah (disesatkan dari mengikuti syariat dan
agama yang hak).
Kemudian Allah menerangkan pula
pekerti orang-orang yang kafir itu iaitu: Tidak
lain yang mereka ikut hanyalah persangkaan semata-mata. (Mereka sebenarnya
kurang jelas untuk memahami hakikat dan kebenaran agama mereka sendiri, hanya
menganutnya sangka-sangka dan secara jahil). Dan tidak lain mereka hanylah mengada-adakan dusta (oleh kerana
tidak dapat membuktikan kebenaran agama yang mereka anut dengan yakin dan
berdasarkan ilmu pengetahuan maka yang dapat mereka kemukakan hanyalah
mengada-adakan dusta.)
Allah berfirman surah Yunus ayat
10:36 yang bermaksud: (Terjemahan)
“(Dan kebanyakan mereka hanya mengikut perasangkaan sahaja.
Sesungguhnya persangkaan itu tidak dapat menggantikan kebenaran sedikit jua
pun. Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang mereka kerjakan.”
Kebanyakan orang
musyrik itu hanya mengikut sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak mengetahi
hakikatnya dengan pasti, hanya persangkaan atau ragu dan sebagai Pa’ turut.
Umpamanya menyembah berhala yang diamalkan oleh nenek moyang mereka, mereka
sangkakan baik dan dapat menolong, lalu mereka mengikut pula menyembah berhala.
Atau adanya hari kebangkitan itu mereka sangka mustahil berlaku, dan
diutusnya Muhammad (s.a.w.) sebagai
Rasul, mereka ragu lalu mendustakannya.
Setiap yang hak atau kebenaran,
pasti akan berdiri tetap dan tidak akan dirobohkan oleh syak atau persangkaan,
apa lagi hendak menggantikannya. Jelasnya keraguan tidak dapat mengganti tempat
keyakinan walau sedikit pun
Al-Qur’an menyuruh berpegang
kepada ilmu yang yakin. Ia mengingkari orang yang menurut waham dan dhan.
Firman Allah surah Ar-Rum ayat 30:29 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sebaliknya
orang-orang yang aniaya itu mengikuti kemahuan nafsu mereka tanpa pengetahuan
siapakah yang akan memimpin orang yang dibiarkan sesat oleh Allah? Dan tiadakah
mereka itu mempunyai penolong.
Tetapi orang yang menganiaya
dirinya sendiri disebabkan kufur kepada Allah, mereka itu hanya mengikuti
kemahuan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan, bahkan didorong oleh kejahilan
terhadap hak Allah yang patut mereka tunaikan, mereka menyekutukan Allah dengan
patung-patung dan berhala yang mereka sembah. Kalaulah mereka gunakan akal
untuk berfikir dengan cara yang sihat, pasti mereka tidak tersesat, bahkan akan sampai ke jalan yang terpandu. Tetapi
manakan mereka mahu untuk kembali ke pangkal jalan? Jadi siapakah yang akan
memimpin orang-orang yang dibiarkan sesat oleh Allah itu?
Jawabnya, tidak ada
siapa-siapa yang akan memimpin orang-orang yang diciptakan oleh Allah akan
berkeadaan sesat dan berterusan enggan untuk berikhtiar dan berusaha
menyelamatkan dirinya ke jalan yang terpandu, sebab buruk sangat persediaannya
dan kecendrungannya – yang di luar fitrah beragama itu.Allah jua yang tahu akan
keadaan orang-yang seperti itu.
Susah dan senang garam hidup
bersepadu wajar disandarkan kepada akidah Islam kerana Allah tunjukkan jalan
penyelesaiannya dengan kehadiran Islam sebagai addin atau cara hidup yang diredhai Allah S.W.T.. Islam sentiasa
memberi hujah yang mempunyai asas serta kayakinan yang kukuh.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^