KEWUJUDAN
MANUSIA SEMESTINYA BERIBADAH KEPADA ALLAH S. W.T.
(Disiarkan pada 15. 9. 2018)
Antara faktor-faktor yang Allah
meredhai kewujudan manusia di alam dunia ialah manusia mempunyai akal dan kemahiran berfikir. Akal
memandu manusia melaksanakan ibadah
kerana Allah. Firman Allah surah Az-Zariyat ayat 511:56 yang bermaksud:
(Terjemahan)
“Tiadalah aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah
Aku....manusia diwujudkan oleh Allah S.W.T. dengan satu tujuan iaitu beribadah
kepada-Nya.”.
Menurut Islam,
manusia mempunyai dua tugas yang berbeza, tetapi saling berkaitan antara satu
sama lain, iaitu tugas sebagai hamba Allah dan tugas sebagai khalifah Allah di
dunia. Dengan mempunyai kedua-dua tugas, manusia dianggap sebagai beribadah
kepada Allah S.W.T..
Walaubagaimana pun fikiran
manusia sentiasa lupa dengan tanggungjawabnya maka sentiasa mengabaikan amanah
Allah S.W.T. Manusia sentiasa alpa tentang pemikiran mengenai kewujudannya di
dunia. Kewujudannya sebagai hamba Allah dan wajib sujud menyembah dan memuji
Allah serta memelihara hubungan manusia dengan Allah.
Manusia mempunyai dua tanggungjawab yang
berat untuk menangani hidupnya di dunia kerana ia mesti memelihara kedua-dua
alam, iaitu alam jasmani atau alam dunia dan alam rohani atau alam akhirat.
Untuk hidup mulia di alam dunia wajar menjaga tatatertib dan disiplin
pembangunan kehidupan dan untuk menempuhi kehidupan di akhirat nanti wajar
muliakan ibadah kepada Allah S.W.T..
Sebagai pembangunan kehidupan yang
mampan wajar beri pemberatan kepada ibadah yang menumpuhkan kepada pembangunan
kerohanian kerana disiplin demikian dengan sendirinya pembangunan dunia akan turut sama terbela sama. Dalam erti kata
lain pembangu- nan kehidupan yang bersifat rohaniah lebih bermanfaat dan
memberi jaminan keutuhan hidup di akhirat kelak.
Di tangan manusia terletak kekuasaan
untuk mengatur dan mengendalikan segala isi alam ini. Firman Allah S.W.T. surah
Al-Baqarah ayat 2:29 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Inilah
Tuhan yang menjadikan segala apa yang di bumi ini untuk kepentingan manusia.”
Oleh itu maju dan mundur, baik dan
buruknya keadaan alam ini adalah bergantung kepada manusia. Manusialah yang
layak memegang amanah ini yang tidak dapat ditanggung oleh makhluk-makhluk
lain. Perkara ini ditegaskan oleh Allah S.W.T.. Allah berfirman dalam surah
Al-Ahzab ayat 33:72 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sesungguhnya
Kami telah menawarkan amanah ini kepada langit, bumi dan gunung, maka semuanya
tidak sanggup memikulnya, mereka takut akan menghianatinya dan manusia lah yang
layak memikul amanah ini, tetapi manusia ini amat zalim dan bodoh.”
Tanggungjawab manusia terhadap Tuhan
tentang amanah ini bukanlah suatu perkara yang ringan malah ianya haruslah
melaksanakannya dengan baik dan jujur. Perkara utama tentang kelayakan jawatan
khalifah ialah bahawa manusia itu hendaklah mengenali Tuhannya dengan
sebenar-benarnya dan beribadat kepadanya dengan sebenar-benar ibadat.
Firman Allah S.W.T. surah At-Thalaq ayat
65:12 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Allah
yang menjadikan tujuh petala langit dan begitu juga bilangannya dari bumi, yang
mana segala perintah diturunkan di antara kedua-duanya supaya kamu mengetahui
bahawa Allah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu dan Allah ilmuNya telah
meliputi tiap-tiap sesuatu.”
Dalam ayat ini ternyata bahawa mengenali
Allah S.W.T. ialah tujuan bagi segala kejadian langit dan bumi.
Apabila manusia melalaikan tugas itu,
nescaya Allah S.W.T. akan turunkan kepadanya
azab
yang pedih. Tetapi apabila mereka dapat menjalankan segala tugas dan tanggungjawab
nya itu dengan sempurna, nescahaya dia diberikan Allah S.W.T. penganugerahan
yang utama dan mulia.
Allah menjadikan manusia sebagai
makhluk yang teristemewa dan mulia berbanding dengan segala makhluk yang lain.
Firman Allah S.W.T. surah Al-Isra’ ayat 17:70 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sesungguhnya kami telah memuliakan manusia dan Kami tempatkan mereka
di daratan dan di lautan, serta Kami berikan mereka rezeki daripada arang yang
baik-baik serta Kami lebihkan mereka daripada kebanyakan makhluk yang Kami
ciptakan dengan sebenar-benar kelebihan.”
Allah S.W.T. menyatakan keutamaan manusia di mana
manusia menjadi khalifah Allah S.W.T. di bumi ini; dan juga menyatakan bahawa
manusia diberi kelebihan dan kemu- liaan. Maka itu manusia diberi tiga kurniaan
dari Allah S.W.T. yang tidak pernah diberikan kepada makhluk-makhluk lain, iaitu
khalifah, kelebihan dan kemuliaan.
Manusia adalah makhluk mulia, kemuliaan manusia
kerana persediaan yang diberikan kepadanya, persediaan ini tidak lain daripada
kesempurnaan dirinya zahir dan batin. Kesem- purnaan zahir dengan adanya
anggota kerja dan kesempurnaan batin dengan adanya tenaga jiwa yang menjadi
sumber kepercayaan (ketuhanan), perasaan dan kemahuan. Dari sumber ini
timbullah perbuatan, muncullah amalan, dan wujudlah pembalasan.
Hakikat ini perlu diketahui oleh setiap
orang yang mengakui dirinya sebagai seorang muslim dan beriman kepada Allah
S.W.T. Islam telah menempatkan diri manusia ke tempat yang istemewa dan mulia
sesuai dengan bentuk kejadian, keadaan dan keperibadian manusia.
Memang tidak wajar sekali bagi orang
yang mengakui Islam tetapi tidak pernah meninjau dan tidak ingin mengetahui
tentang ajaran-ajaran Islam serta mereka tidak pun mengetahui di manakan taraf
dirinya sebagai manusia? Apakah tugas-tugasnya dan peranan nya di dalam dunia
ini? Semua ini tidak ingin diketahuinya, rugilah mereka menjadi manusia yang
tidak mengenang budi dan jasa, dan hiduplah mereka penuh bergelumang dengan
dosa serta meranalah hidupnya sepanjang zaman.
Penganugerahan akal kepada manusia
adalah hadiah yang paling berharga sekali dan tidak dapat dinilai, tanpa akal
manusia tidak dapat menjalankan tugas sebagai khalifah Allah S.W.T. dan manusia
adalah sama dengan binatang.
Dengan akal manusia dapat berfikir dan
bertindak sesuai dengan tugasnya sebagai hamba Allah S.W.T. Akal juga merupakan
alat bagi manusia untuk dapat menilai sesuatu dan menggunakannya untuk manfaat
umum.
Segala rahsia yang selama ini terpendam
dan tersembunyi dapat dibongkar oleh manusia. Inilah dia hikmah Allah
S.W.T.
menjadikan seluruh makhluk ini tidak sia.sia. Inilah dia peranan akal yang
menemukan sesuatu itu dengan hakikat kejadiannya, manusia akan kagum terhadap
hikmah dan kebijaksanaa ciptaan Allah S.W.T.
Allah berfirman surah An-Nahl ayat 16:78
yang bermaksud: (Terjemahan)
“Allah
telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu sedangkan kamu tidak mengetahui
sesuatu. Lalu Allah jadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati supaya
kamu bersyukur.”
Ketika kita mula keluar dari perut ibu
dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun. Gelap dunia ini kita hadapi,
hanya dengan tangis kita menghadapi dunia ketika kita mulai keluar dari perut ibu. Tidak ada
yang kita ketahui, selain dari anugerah Ilahi yang dinamai Gharizah atau naluri. Menangis
kalau terasa dingin, menangis kalau terasa lapar, menangis kalau terasa
panas: “Dan dijadikan-Nya untuk kamu
pendengaran dan penglihatan dan hati.”
Dengan beransur-ansur tumbuhlah
pendengaran maka terdengarlah
suara-suara dari yang dekat sampai
kepada yang jauh; lalu sama ditimbulkan pula penglihatan, sehingga dapat memperbedakan
berbagai warna, dan dapat memper hatikan wajah ibu yang sedang menyusu kan dan
pendengaran serta penglihatan itu dituntun oleh perkembangan hati iaitu perasaan
dan fikiran. Sampai beransur-ansur besar dan dewasa, bertambah lama bertambah
matang sampai menjadi manusia yang berbudi bahasa, bersopan dan bersantun,
sanggup memikul taklif iaitu
tanggungjawab yang dipikulkan oleh Allah ke atas pundak, menjadi anggota penuh
dan perikemanusiaan. “Supaya kamu bersyukur”
Maka dilahirkan
Allah ke dunia, lalu diberi pendengaran,
sehingga tidak pekak, dan diberi alat penglihatan sehingga tidak buta, di beri
pula hati buat mempertimbangkan apa yang didengar dan apa yang dilihat, adalah
nikmat paling besar yang dianugerhkan Allah dalam hidup ini. Sebab manusia itu
adalah pemikul tugas berat iaitu menjadi Khalifatullah di bumi.
Bersyukur itu ialah dengan mempergunakan nikmat-nikmat Allah itu di
dunia ini dengan sebaik-baiknya, sehingga kita jadi mansia yang bererti. Bersyukur ertinya berterima kasih
dan lawan dari syukur ialah kufur, tidak
mengenal budi.
Allah berfirman surah Al-Mukmin
ayat 40:64 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Allah membentuk rupa paras kamu dengan rupa yang indah dan cantik.”
Allah berkuasa menciptakan
manusia, dengan bentuk dan potongannya yang baik dan bagus serta rupanya yang
cantik dan tampan, berjasad yang kukuh dan
lagi tegap, berkulit yang halus lagi lembut, beranggota yang kemas dengan
organ-organnya yang sesuai lagi sepadan, sehingga mudah dipergunakan olehnya
untuk membuat sebarang pekerjaan bagi
mendapatkan keperluan hidupnya.
Selain daripada itu manusia
dilenkapkan dengan akal dan jiwa. Dengan akal ini manusia dapat mengatur
seluruh alam, dapat mengatur hidupnya, menyusun masyarakat dan memerintah
sebuah negara. Dengan akal inilah juga manusia menjadi makhluk teristemewa
daripada makhluk-makhluk yang lain. Ketinggian akal ini dapat dilihat pada
kelakuan dan tindak tanduk manusia, sama ada sewaktu berjalan, duduk, tidur dan
sebagainya. Akal yang berpusat di kepala itu, itulah yang ditinggikan.
Allah S.W.T. menempatkan bumi ini
untuk manusia, mereka bebas bekerja di mana sahaja yang mereka suka, bebas
bergaul, bebas memilih tempat tinggal dan sebagainya. Oleh kerana Tuhan telah
menjadikan bumi ini agar manusia memajukannya. Tuhan telah disediakan di alam
ini sumber-sumber ekonomi untuk keperluan hidupnya.
Firman Allah S.W.T. surah
Al-Araaf ayat 7:10 yang bermaksud; (Terjemahan)
“ Sesungguhnya Kami menempatkan kamu di bumi ini dan Kami sediakan
kepada kamu berbagai-bagai sumber kehidupan bagi kamu, semoga kamu besyukur;
tetapi sedikit sahaja yang bersyukur.”
Allah telah menentukan semua
manusia ada mempunyai tempat kedudukan yang tetap di muka bumi. Sama ada untuk
sementara waktu di sesuatu tempat atau kemudian berpindah ke tempat lain lalu
menetap di tempat itu sehingga teguh kedukannya dan bebas menjalankan sebarang
pekerjaan.
Allah juga telah menentukan
lapangan hidup masing-masing untuk
mencari rezeki dan sara hidup selama
masih ada hayatnya. Ada dua
punca yang menjadi sumber lapangan hidup manusia. Pertama lapangan pertanian
dan kedua lapangan perniagaan, maka selainnya itu adalah bergantung kepada
keduanya.
Kerana pada umumnya semua manusia
itu adalah menikmati akan hasil pertaian seperti tanam-tanaman, buah-buahan,
ternakan dan sebagainya untuk menjadi makan, minum, pakaian dan tempat
tinggalnya. Juga menikmati hasil perniagaan yang dijalankannya atau pertukangan
yang dikerjakannya. Daipada keuntungan hasil inilah digunakan untuk menyara
hidupnya dan semua keperluannya.
Semua ini adalah nikmat Allah
yang dkurniakan kepada hamba-hamba-Nya, serta menjamin rezeki mereka asal
sahaja rajin bekerja dan tekun berusaha. Tetapi Allah mencela pekerti mereka,
kerana sedikit benar orang yang mahu berterima kasih untuk mengenang akan
nikmat-nikmat tersebut dengan mentaati Allah, bahkan ramai yang melupakannnya.
Setelah Allah menjelaskana
tentang nikmat-Nya kerana meneguhkan kedudukan manusia di muka bumi dan
menetapkan lapangan hidupnya, maka pada ayat 11 berikutnya, Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu, lalu Kami bentuk rupamu,
kemudian Kami titahkan kepada para
malaikat: Sujudlah (tunduklah) kepada Adam! Maka mereka pun sujud. Kecuali
Iblis, dia tidak termasuk orang yang sujud.”
Setelah Adam tercipta, Allah
perintahkan supaya para malaikat sujud kepada Adam, yakni tunduk tanda hormat kerana kelebihan
ilmunya – bukan sujud menyembahnya,
kerana Allah sahaja yang berhak disembah. Para malaikat pun sujud pada Adam,
mula Jibril, kemu- dian Mikail, Israfil,
Izrail dan kemudian malaikat Muqarrabun. Kecuali Iblis (bapa bangsa Jin)
tidak mahu sujud, enggan dan menyombongkan diri. Dia tidak masuk golongan orang
yang sujud pada hal dia walaupun bangsa jin tetapi telah lama begaul dengan
para malaikat sehingga cendrung dan beribadat seperti malaikat.
Allah telah menjadikan manusia
mempunyai persediaan untuk mencapai kesempurnaan, tetapi kerana adanya godaan
syaitanlah yang menghalangnya daripada
mencapai kesempurnaan tersebut.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^