IBADAH KEPADA
ALLAH S.W.T. KEUTAMAAN DALAM HIDUP
(Disiarkan pada 22. 9. 2018)
Kehidupan di dunia semestinya
diimbali dengan beribadah kepada Allah S.W.T.. Dengan berbuat demikian
menunjukkan kita merasa bersyukur kepada
Allah S.W.T. kerana kita dikurniakan hidup buat seketika di dunia. Apa sebenar
hidup ini sebagai hamba Allah S.W.T.? Kewujudan manusia di dunia merupakan satu kenikmatan, Allah
berikan kepada makhluk manusia. Hidup merupakan satu nikmat yang tidak ada
tolak bandingnya kepada segala nikmat yang ada dalam kehidupan.
Kita dibekalkan lima pancaindera
iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh.
Kelima-lima pancaindera tersebut membentuk kehidupan manusia amat sempurna
kerana boleh mengetahui keadaan alam yang menyentuh kehidupan kita. Deria-deria
yang ada pada manusia amat membantu akal kita untuk bertindak sesuai dengan
keadaan hidup semasa.
Allah bekalkan kita dengan lima
deria tersebut demi membantu kita melaksanakan ibadat kepada Allah S.W.T. Maka
itu melaksanakan ibadat lewat deria yang ada pada kita dengan bantuan hati
serta akal pada diri kita merupakan satu kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana
membentuk hidup ini berwawasan dan berketerampilan.
Kita hidup atas dasar Allah
bekalkan satu kekuasaannya di alam ini,
iaitu kita hidup kerana kehadiran roh yang Allah hembuskan pada jasad kita
semasa usia kita 120 hari dalam rahim ibu. Dengan kehadiran roh dalam jasad
kita maka berlakulah satu nikmat hidup
manusia kerana kita merasa sedar, berperasaan, dan berkamahuan. Dari
kehadiran roh itulah membuat hidup ini memerlukan berbagai pembangunan sama ada
di alam dunia mahupun di alam akhirat kelak.
Hidup di dunia hanya buat
seketika sahaja maka itu pergunakanlah peluang yang Allah berikan kepada
kita demi mengumpul dana pahala sebagai
bekalan hidup di akhirat kelak. Allah bekalkan berbagai keseronokan dan
kemewahan hidup di dunia. Maka itu sebagai makhluk yang berakal gunakanlah
fitrah kemahiran berfikir untuk memahami
bekalan Allah berikan dalam kehidupan di dunia apakah kemanfaatannya
kepada kehidupan.
Ingat, setiap langkah yang kita
buat wajarlah difikirkan sama ada Allah redha atau tidak. Keseronokan hidup
semata yang memberi kemanfaatan kepada jasmani kita semata bukanlah agenda yang
memberi pemberatan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Alam kehidupan dunia
sentiasa menghidangkan sesuatu yang bersifat fatamorgana, yang jiwa dan akal kita
sentiasa lemah untuk menanganinya.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w. telah meninggalkan satu petua dalam menelu- suri pembangunan
kehidupan di dunia. Setiap kali Baginda memulakan ibadat didahuluinya dengan
kalimah Bimillahirahmanirahim dan berdoa: ‘Ya Allah berilah aku kekuatan untuk melihat yang putih
itu adalah putih dan yang hitam itu adalah hitam. Doa ini untuk memberi perisai
kepada kita agar makhluk halus seperti iblis tidak memporak-perandakan ibadat
kita.
Allah menyuruh orang-orang mukmin
supaya berdoa untuk mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Islam yang
mengambil jalan tengah antara rohani dan jasad itu tidak mengatakan yang
kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Tetapi hikmat ketuhanan meng hendaki
supaya Islam itu berdiri atas kaedah-kaedah alam dan sesuai dengan tabii.
Ilmu pengetahuan tidak mengakui bahawa
akal yang sihat tidak boleh didapati kecuali
pada tubuh yang sihat, dan ketinggian rohani tidak tercapai jika jasad
tidak dapat memenuhi keperluannya kecuali keperluan itu dipenuhkan dalam
daerah-daerah kesederhanna. Walau pun demikian Al-Quran tetap mengatakan bahawa
kehidupan di akhirat lebih baik daripada kehidupan dunia.
Kesempurnaan rohani menjadi matlamat
akhir yang wajib dituntuti oleh setiap orang Islam. Sebab itu Al-Qur’an memberi
amaran kepada mereka yang mementingkan dunia tanpa
membuat
persediaan untuk akhirat seperti firman Allah surah Hud ayat 11:15-16 yang
bermaksud:
(Terjemahan)
“Barang siapa yang menghendaki kehidupan di dunia dan perhiasannya,
nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan
sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Mereka itu di akhirat
nanti tidak lain hanyalah mendapat neraka. Dan hapuslah apa yang mereka
usahakan di dunia dan rosaklah apa yang mereka kerjakan.”
Mereka yang hidup di dunia hanya
bercita-cita untuk mencari kemewahan, tidak akan mendapat sesuatu apapun di
akhirat nanti, kecuali yang didapat hanyalah neraka. Kerana balasan dalam akhirat itu mengikut amalan
seperti balasan di dunia juga. Apabila seorang itu tidak beramal untuk akhirat,
maka ia tidak akan mendapat balasan untuk akhirat. Sesungguh nya beramal untuk
akhirat itu ialah dengan membersihkan rohani, dengan beriman dan bertakwa serta
menjauhi segala amalan maksiat dan kejahatan.
Apa yang telah mereka lakukan di
dunia dahulu, yang pada lahirnya mereka ada berbuat kebajikan dan kebaikan
seperti menderma dan bersedekah, menghubungkan tali silaturrahim dan berbaik
dengan berbagai kaum secara harmoni, semua yang dilakukan itu bukanlah untuk
membesih rohani mereka yang dapat mendampingkan kepada Allah, bahkan mereka
melakukannya oleh tujuan lain – Hanyalah memenuhi kehendak nafsu mereka seperti
riyak bermuka-muka dan bermegah-megah – sebenarnya ia dilakukan dengan jalan
yang salah – maka perbautan yang demikian tidak ada balasannya, bahkan akan
terputus cukup di dunia sahaja di akhirat tidak.
Patut diingat, bahawa sesuatu
kebajikan yang dilakukan oleh sesesorang itu jika salah meniatkannya tidaklah
ada balasannya di akhirat, sesuai dengan hadis yang berbunyi: Tiap-tiap amal hendaklah disertakan niat,
dan tiap-tiap seorang akan mendapat balasan sekadar apa yang diniatkannya.
Allah menyifatkan perkataan
hamba-Nya yang beribadat dengan firman-Nya surah An-Nahl ayat 16:30 yang
bermaksud: (Terjemahan)
“Dan dikatakan kepada orang-orang yang takwa (takut melanggar perintah
Allah): “Apa yang diturunkan oleh Tuhan kamu?” Mereka katakan: “Yang baik.”
Bagi orang-orang yang mengerjakan kebaikan di dunia ini mendapat kebaikan. Dan
sebenarnya negeri akhirat itu lebih baik lagi. Dan alangkah bagusnya tempat
kediaman orang-orang yang tekwa itu
Al-Qur’an memberitahu tentang kelebihan
akhirat daripada dunia dalam beberapa tempat yang berlainan. Firman Allah surah
Al-Ankabut ayat Al-Ankabut ayat 29:64 yang bermaksdu: (Terjemahan)
“Dan
tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-mainan belaka. Dan
sesungguhnya kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenar-benarnya kalau
mereka mengetahui.”
Firman Allah juga surah Al-Anfal ayat 8:
67 yang bermaksud: (Terjemaan)
“Kamu
menghendaki harta-harta dunia, sedang Allah menghendaki (pahala) akhirat untuk
kamu.”
Juga firman Allah S.W.T. surah Al-A’la
ayat 87:16-17 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Tetapi
kamu (orang-orang) kafir memilih kehidupan dunia, sedangkan kehidupan akhirat
adalah lebih baik dan lebih kekal.”
Jadi kepercayaan kepada kehidupan akhirat
lebih baik daripada kehidupan dunia. Kepercayaan ini menyenangkan jiwa yang
terseksa dalam kehidupam dunia, juga memberi kekuatan rohani kepada orang-orang
mukmin yang menjadikan mereka orang yang teguh dan tidak akan menyesal ditimpa
kerugian atau kemalangan semasa mereka melaksanakan sesuatu rancangan.
Al-Qur’an telah menyatakan kepada
manusia supaya jangan terperangkap dengan ni’mat dunia. Allah berfirman surah
Al-Hadidi ayat 57:20 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Ketahuilah
bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan
suatu yang
melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah tentang banyaknya harta dan anak,
(maka bandingan sama) seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengkagumkan orang-orang kafir, kemudian tanaman itu menjadi
kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian dia menjadi hancur. Dan di
akhirat(nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya
dan kehidupan ini tidak lain hanyalah kesenangan yang manipu.”
Dalam ayat ini
Allah menggambarkan kehidupan dunia sebagai kesukaan, bermega-mega,
memperbanyakkan harta dan anak. Sesungguhnya semua perkara itu adalah tidak
kekal, sama sahaja seperti hujan yang menakjubkan para petanai kerana dengan
hujan tersebut hasil pertanian bertambah, tetapi ternyata tidak lama kemudian
semua itu menjadi rosak binasa.
Al-Qur’an juga meggambarkan
kehidupan dunia dalam bentuk seperti
firman Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 18:45 – 46 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia), kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami
turunkan dari langit, maka menjadi subur kerananya tumbuh-tumbuhan di muka
bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin,
dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Harta dan anak-anak adalah
perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah
lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”
Allah membandingkan keadaan dunia
sama seperti keadaan tumbuhan-tumbuhan yang subur kemudian mengalami
kemusnahan. Oleh yang demikian tidak haruslah seorang terpedaya dengan
harta-benda dan kekuarganya yang hanya merupakan perhiasan dunia serta tidak
kekal.
Amalan-amalan salih adalah lebih
baik di sisi Allah. Seorang yang berbuat demikian akan mendapat ganjaran yang
banyak. Allah memberi tahu manusia seluruhnya. Firman Allah surah Fatir
ayat 35:5 yang bermaksud (Terjemaahan)
“Wahai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali
janganlah membiarkan kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali
janganlah orang yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.”
Janji Allah adalah benar pada
Hari Kiamat. Balasan kepada amalan salih dan amalan keji adalah benar. Oleh
yang demikian janganlah kamu tertipu dengan keseronokan dunia dan meninggalkan
suruhan-suruhan Allah.
Al-Qu’an menganggap kehidupan
dunia sebagai tempat menguji seseorang. Dunia menjadi perantaraan untuk
mencapai kebahagiaan akhirat. Setiap urusan dunai sama ada urusan rumahtagga,
pasar, tempat kerja, kedai dan majlis perwakilan semuanya merupakan ujian-ujian
yang berbeza bagi seseorang. Firman Allah S.W.T. surah Al-Ankabut ayat 29: 2- 3
yang bermaksud: (Terjemahan)
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:
“Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak akan diuji lagi? Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta.”
Maksudnya, adakah manusia
menyangka bahawa cukuplah bagi mereka setakat mengatakan kami telah beriman?
Adakah mereka tidak lagi perlu diperiksa bagi menjelaskan sama ada mereka
sebenarnya orang-orang yang benar atau pendusta? Jadi, dalam Islam, bukanlah memadai dengan hanya menjadi
penganut Islam, tetapi hendaklah dilahirka kesan-kesan ajaran Islam itu dalam semua keadaan, sama ada ketika
susah atau ketika senang. Semua perkara, sama ada baik atau buruk yang menimpa
diri manusia adalah menjadi ujian bagi melahirkan kebenarannya. Dengan sebab
itulah Allah mengatakan dalam surah Muhamad ayat 47:31 yang bermaksud:
(Terjemahan)
“Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami
mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami
menyatakan (baik
buruknya) hal
ehwal kamu.”
Firman Allah S.W.T juga dalam
surah Al-Anbiya ayat 21:35 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan
dan kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
Allah menguji manusia dengan
pelbagai cara, adakalanya dengan ujian yang buruk, iaitu kesusahan di dunia
seperti kemiskinan,kesakitan dan penderitaan. Adakalanya dengan ujian yang baik
iaitu kesenangan hidup di dunia seperti
mempunyai tubuh badan yang sihat, merasakan kelezatan dan kegembiraan serta
tercapai segala yang dimaksudkan dan dicita-citakan. Ujian ini ialah untuk
mengetahui adakah manusia sabar ketika menanggung ujian yang buruk, dan
bersyukur ketika mendapat kurnia, sehingga bertambah-tambah pula pahala mereka
kerana berjaya menjalani ujian tersebut.
Sebenarnya, menghadapi ujian
dengan bersabar lebih mudah daripada menghadapi ujian dengan bersyukur. Ujian
yang berupa kurnia adalah paling berat. Kerana itu Sayidina Umar bin al-Khattab
pernah berkata: “Kami diuji dengan kesusahan, kami dapat bersabar. Dan kami
diuji dengan kesenangan, kami tidak pula dapat bersabar.”
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^