KESEMPURNAAN IBADAH DEMI KEREDAAN ALLAH SWT.
(Disiarkan pada 13. 10. 2018)
Kesempurnaan
ibadah semestinya mengambil contoh yang ditunjukkan oleh baginda Rasul Nabi
Muhammad s.a.w.. Akhlaq Nabi Muhammad s.a.w.
adalah Al-Qur’an seperti yang dijelaskan oleh isteri Baginda, Siti Aisah. Ini bermakna
segala isi Al-Qur’an yang diterima baginda dari Allah S.W.T. dalam perantaraan
Malaikat Jibril telah diterjemahkan oleh baginda dalam dirinya. Segala
amalannya, ibadatnya, akhlaknya, adalah petunjuk dari dokumen wahyu yang diterimanya dari langit (Allah) selama
23 tahun.
Baginda Rasul Nabi Muhammad s.a.w.
hidup sebagai anak yatim piatu. Ayahnya telah meninggal dunia semasa usianya
lebih kurang enam bulan dalam perut ibunya; dan ibunya meninggal dunia setelah usia
baginda lebih kurang enam tahun. Ia di asuh oleh datuknya Abdul Mutalaib dan
setelah datuknya meninggal dunia, dipelihara oleh Abu Talib, abang kepada ayah
Rasul.
Meninjau kepada keadaan hidupnya,
yang sentiasa dalam kesulitan maka Nabi tidak pernah menjejaki kaki di sekolah
untuk mengilmukan diri beliau maka hidupnya adalah dalam keadaan buta huruf.
Walaubagaimana pun sejak kecil lagi kemudian menjadi remaja, baginda jarang
berdamping dengan orang-orang Quraish terutama sekali penganut-penganut agama
yang dipusakai dari datuk nenek moyang mereka.
Masa remajanya ia sentiasa
memikirkan mengenai kebenaran dalam
hidup. Ia sentiasa mengasingkan diri tidak masuk campur kepada masyarakat
Quraish, termasuklah yang memelihara baginda sendiri Abu Talib, bahawa mereka menyembah
berhala yang direka oleh mereka sendiri. Ia sentiasa mencari kebenaran dalam
hidup. Beliau yakin bahawa ”There must be
a truth in this life”. Semestinya ada kebenaran dalam hidup ini. Itulah
yang beliau mencari, maka beliau sentiasa menyendirikan di tempat-tempat yang
sunyi yang tidak ada menggangu
pemikirannya.
Masyarakat remaja Quraish,
keturunannya, sibuk menimba ilmu di gedung-gedung pendidikan atau madrasah,
tetapi beliau tidak mengindahkan itu kerana falsafah pemikiran mereka adalah selari dengan keyakinan yang mereka
anuti. Tambahan pula pengasuhnya Abu
Talib tidak seirama dengan pemikiran baginda tetapi beliau sangat cinta
kepada Nabi dan sentiasa melindunginya dari sebarang gangguan dari masyarakat
Quraisy.
Nabi Muhammad s.a.w. mempertimbangkan keutamaan berkaitan
ilmu dan pendidi kan. Kita selalu melihat orang yang ikhlas menyibukkan diri
dengan perkara yang marjuh (amalan
yang tidak mempunyai sandaran yang kuat). Mereka sibuk dengan perkara yang
bukan utama dan mengabaikan perkara utama. Mereka dalam golongan ini kita
kenali sebagai masyarakat pa’ turut.
Mereka berpegang kepada prinsip andaian bahawa apa yang dianuti oleh datuk
nenek moyang mereka diandainya benar.
Setelah baginda berusia 40 tahun,
maka Allah memilihnya sebagai Nabi. Masa inilah wahyu pertama turun yang
menyuruh Nabi untuk membaca, “iqra” semasa beliau di gua Hira. Malaikat Jibril
memeluknya tiga kali dan menyuruh Baginda untuk “membaca”; tetapi baginda
mengulangi bahawa dia tidak pandai membaca. Merasa takut dan gementar, baginda
balik kepada istrinya Khadijah. Khadijah memanggil sepupunya Waraqah bin
Naufal. Waraqah mengatakan Muhammad mempunyai tanda-tanda kenabian.
Kenabian baginda menimbulkan
andaian masyarakat Quraisy yang mengatakan bahawa Muhammad mengambil agamanya
daripada rahib yang merupakan andaian yang bertentangan dengan kenyataan
sejarah. Setengah-setengah orang mengatakan bahawa Muhammad mempelajari
al-Qur’an dari seorang rahib bernama Buhaira yang tinggal di bandar Bursa di Sham..
Untuk menjawab tuduhan ini, kita
katakan bahawa buku-buku sejarah mengakui bahawa Muhammad (s.a.w.) pernah
keluar ke Sham bersama-sama dengan bapa saudaranya Abu Talib. Pada masa itu
umurnya ialah sembilan tahun dan yang mengatakan dua belas tahun. Rahib itu
telah melihat Muhammad s.a.w. dan dia melihat juga awan melindungi Muhammad
s.a.w. daripada panas matahari. Rahib tersebut memberi tahu Abu Talib bahawa
Muhammad s.a.w. akan menjadi seorang pembesar pada masa hadapan. Oleh itu dia
hendaklah menjaga Muhammad s.a.w. supaya jangan diapa-apakan oleh orang Yahudi.
Jadi, sesungguhnya Muhammad bertemu
dengan Rahib ini tetapi baginda bukanlah mempelajari sesuatu akidah atau
mempelajari agama Islam dari Rahib itu. Muhammad s.a.w. telah pergi ke Sham
bagi kali kedua bersama-sama Maisarah iaitu hamba kepada Khadijah bin Khuwailid. Khadijah ialah seorang wanita Arab yang kaya.
Muhammad membawa barang- barang perniagaan Khadijah. Baginda pada masa itu
berumur dua puluh lima tahun. Tetapi perniagaan kali ini bukanlah berseorangan
malah bersama Maisarah dan bersama-sama
pedagang Quraish yang lain. Baginda
pergi bukan dengan tujuan mempelajari sesuatu tetapi pergi berniaga.
Setelah selesai perniagaan dalam beberapa hari maka baginda pun segera pulang.
Inilah sahaja cerita perhubungan
Muhammad dengan Rahib yang dicatatkan oleh sejarah. Tidak ada apa-apa perhubungan
fikiran antaranya dengan Rahib disebalik pertemuan itu, sebagai andaian
mastarakat Quraisy.
Adapun andaian yang kedua iaitu
Rasul boleh membaca dan menulis merupakan andaian yang tidak berdasarkan fakta
sejarah. Apa yang dicatatkan oleh sejarah ialah Rasul s.a.w. seorang yang ummi.
Semasa hidupnya, tidak pernah dilihat baginda menulis sama ada dari dalam atau
di luar rumah.
Al-Qur’an sendiri mengatakan
Muhammad s.a.w seorang yang ummi. Firman Allah surah Al-Ankabut ayat 29:48 yang
bermaksud: (Terjemahan)
“Dan engkau (ya muhammad) tidak pernah membaca sebuah kitab pun sebelum
Quran dan tidak pernah menuliskannya dengan tangannya. Jadi, (kalau ada engkau
mem baca dan menulisnya) nescaya orang-orang yang membantahnya akan menjadi ragu-ragu.”
Di-sini Allah
menjelaskan, bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) sebelum diturunkan Al-Quran. Baginda
belum pernah membaca sebarang kitab apalagi membaca Quran dan belum pernah
menuliskannya dengan tangannya. Sebab membaca dan menulis bukanlah menjadi
kebiasaan kepadanya. Bahkan Baginda itu ditakdirkan oleh Allah berkeadaan buta
huruf.
Kalau sekiranya Nabi Muhammad
(s.a.w) pandai membaca dan menulis, tentulah orang akan meragui Quran itu, dan
mungkin orang yang ragu-ragu menyangkakan Quran itu, adalah hasil karangannya.
Tetapi kerana Baginda buta huruf, maka keraguan terhadap Quran akan lenyap.
Akhlaq Baginda sejak kecil,
kemudian menjadi remaja dan seterusnya dewasa sentiasa diliputi kemuliaan. Masyarakat Quraisy memanggilnya al-amin, maksudnya sangat amanah dalam
ibadatnya dan boleh dipercayai. Akhlaq Rasulullah begitu tinggi maka Kadijah jatuh cinta
kepadanya lalu mengawininya, walau pun usianya jauh lebih tinggi daripada
Baginda Rasul.
Baginda menyebarkan agama Islam
dengan berintikan kesabaran dan amanah terutama sekali kepada musuh-musuh
Islam. Masyarakat Quraisy kerap kali menghalang beliau untuk meneruskan
dakwahnya untuk menyebarkan agama Islam tetapi baginda tidak mundur selangkah
pun.
Beliau tidak takut sebarang ancaman
mahupun tawaran kebendaan termasuklah kekayaan, kedudukan dan sebagainya.
Sehinggalah acaman itu menuju kepada bapa saudara nya Abu Talib, beliau tidak juga berganja dan terus berdakwah membawa
agama Islam kepada manusia yang telah sesat kefahaman mereka tentang kebendaran
dalam hidup.
Kalaulah dengan cara bermuka-muka untuk
mencapai kekuasaan, maka sudah tentu Rasulullah telah memperolehinya, sebab
jika baginda menyuruh sahabatnya bersikap dengan nya seperti perlakuan rakyat
dengan raja sudah tentu mereka akan berbuat demikian. Tetapi Rasul tidak
melakukannya malah baginda tidak mengubah kelakuannya. Makan, minum serta
pakaiannya adalah seperti biasa, tidak ada tentera yang mengawalnya, tidak ada
juru iring. Baginda menerima siapa sahaja yang hendak menemuinya biarpun
seorang badawi yang berpakaian tidak sononoh dan bertutur kata yang besar.
Diriwayatkan bahawa semasa pembukaan
Makkah seorang lelaki telah datang menemui baginda dengan perasaan takut dan
menggelatar. Baginda berkata kepadanya; “Bertenanglah,
sesungguhnya saya bukanlah seorang raja tetapi anak kepada seorang perempuan
Quraisy yang biasa memakan daging kering”.
Abu Walid salah seorang pembesar Quraisy
semasa mesyuarat dengan kaumnya mengatakan: “Biarlah saya menawarkan beberapa
perkara kepada Muhammad supaya dia terima dan berhenti dari dakwahnya. Kaum
Quraisy bersetuju dengan cadangan itu dan
Abu Walid pun pergi kepada Rasulullah.
Beliau berkata: “Wahai anak saudaraku
kalaulah kamu bermaksud menghendaki harta dari seruan kamu dan kamu menjadi orang
yang paling banyak harta. Kalau kamu hendakkan kemuliaan kami akan berikan
kepada kamu. Kalau hendak menjadi raja kami jadikan kamu raja. Kalau kamu
terasuk jin, kami carikan dukun dengan perbelanjaan kami sehingga sembuh”.
Kemudian Rasulullah berkata: “Sudah
selesaikah wahai Abu Walid”, dia menjawab: Ya. Kemudian Rasulullah mengatakan dengarlah apa yang saya baca ini dan
baginda pun membaca awal surah Fusilat.
Seorang sejarah Amerika, Washington
Arfennj semasa memperkatakan keperibadiam Rasul mengatakan: “Apakah dia kaya?
Tidak, malah dia seorang yang miskin. Tetapi oleh kerana ia berkahwin dengan
Khadijah maka dia dikira kaya. Adakah dia seorang ternama? Ya, dia mempunyai
kedudukan di tempat (Makkah); sesungguhnya dia adalah seorang yang pintar dan
dipercayai. Adakah dia mempunyai pengaruh yang kuat? Ya, keluaganya menjaga
Kaabah dan mentadbir Makkah. Jadi kedudukannya seperti ini dan akhlaknya yang
mulia telah menyebabkan dia dipercayai.
Tetapi apabila Muhammad menyuruh kepada
Islam maka diapun berteningkah dengan keluarga dan kabilatnya kerana apabila
dia menyuruh supaya dimusnahkan berhala bermakna kekuasaan Quraisy ke atas
Kaabah akan hilang, juga faedah yang diperolehi dari orang-orang yang datang
mengerjakan haji.
Dalam usaha baginda berdakhwah
menyebarkan agama Islam kepada masyarakat bangsanya Quraisy, bermacam-macam
tentangan beliau lalui. Sehingga melibatkan pengasuh nya Abu Talib diguna oleh
memujuk baginda supaya menghentikan dakwahnya. Samapailah kepada peringkat
menawarkan baginda tiga tawaran yang hebat-hebat.
Pertama ditawarkan kedudukan sebagai
pemerintah bangsa Quraisy. Kedua ialah ditawarkan kekayaan dengan mengambil
segala kekuatan ekonomi bangsa Quraisy. Dan
ketiga memilih sepuluh orang wanita bangsa Quraisy yang tercantik
sebagai isteri beliau.
Kesemua tawaran tersebut tidak
mengiurkan jiwa baginda sehingga beliau menangis di hadapan bapa saudaranya Abu
Talib, kerana baginda selama ini memikirkan bapa angkatnya cintakan kepada
beliau, turut sama mempertahankan usaha beliau berdakwa menyebarkan Islam.
Andaian beliau terhadap bapa saudaranya tidak ternayata.
Baginda menjawab tawaran yang diberi
oleh pembesar-pembesar Quraisy dengan berkata: “Kalau saya diberi matahari di
tangan kanan ku, dan bulan di tangan kiriku, sekali pun saya tidak berganja
untuk lari dari usaha berdakwah menyebarkan Islam.
Akhlaq baginda begitu sempurna sekali
yang bersifat patuh dan taat kepada kebenaran, sabar menerima ancaman dan
tawaran apa saja bentuknya, berdisiplin kukuh dalam semua ibadahnya serta
ikhlas dalam melaksanakannya yang digelar orang sebagai Al-Amin. Inilah antara
nilai-nilai yang baik dalam akhlaq Islam yang menjadi tunggak amalan
baginda bagi melahirkan individu yang
unggul.
Semasa baginda berhijarah ke Medina
Al-Mukaramah, bersama Abu Bakar, baginda diancam untuk dibunuh kerana
memikirkan tawaran yang menggiurkan oleh pemimpin Quraisy. “Sesiapa sahaja
dapat menangkap Muhammad hidup atau mati, akan dihadiahkan seratus ekor unta. Seorang jejaka bernama Surokoh
meninggalkan mesyurat tersebut dan mengambil kudanya lalu memecut hendak
mendapatkan baginda sedang berjalan bersama Abu Bakar di pandang pasir.
Tidak lama kemudian Surokoh
kelihatan baginda berjalan bersama Abu
Bakar. Hampir sepulu meter jarak jauhnya dari baginda surokoh menghunuskan
pedangnya bersedia hendak menghapuskan baginda. Baginda tahu dari Allah bahawa
Sukokoh berada dibelakang hendak membunuh baginda.
Debelum sampai kepada Muhammad tiba-tiba
kaki kudanya termasuk lobang dan terjatuh bersama surokoh. Surokoh jatuh dan pedangnya
terbuang dan bajunya penuh dengan pasir, terdampar persis dikaki baginda. Baginda
membangunkan surokoh dengan bajunya yang penuh dengan pasir. Kemudian mengambil
pedangnya lalu beri kembali kepada Sorokoh sambil berkata: “Hati-hati Sorokoh jika menunggang kuda.”
Sorokoh mengambil pedangnya lalu naik
kudanya dan memecutnya balik pulang dengan hati yang menyesal atas perbuatannya
itu. Ia berfikir bahawa Muhammad itu baik orangnya kenapa masyarakat Quraisy
hendak membunuh beliau. Mengikut sejarah atas perhatian sorokoh terhadap akhlaq
baginda begitu mulia maka Sorokoh memeluk agama
Islam sebagai cara hidupnya.
No comments:
Post a Comment