MANUSIA PEMAIN
DALAM SEMUA ARENA PEMBANGUNAN DUNIA.
(Disiarkan pada 29. 9 2018)
Menjadi khalifah Allah di dunia semestinya
berhadapan dengan berbagai arena pemba ngunan yang wajar diwujudkan untuk
kemanfaatan hidup sebagai makhluk bersosial. Al-Quran diturunkan Allah kepada kekasih-Nya(Nabi
Muhammad) tujuan untuk membimbing manusia melaksanakan disiplin pembangunan
sama ada pembangunan dunia mahupun pemba
ngunan ukhrowi.
Manusia sebagai makhluk yang inginkan
pembangunan sosial memerlukan berbagai arena disiplin kehidupan yang kondusif
demi memenuhi kehendak kehidupan sebagai hamba Allah di alam dunia untuk
kemanfaatan pembangunan di akhirat kelak. Menyediakan dana pahala di akhirat nanti
menjadi agenda utama dalam kehidupan dunia. Maka itu manusia menjadi pemain
utama dalam menyelenggarakan segala arena pembangunan kehidupan yang mampan.
Segala fitrah yang Allah S.W.T. bekalkan
kepada manusia merupakan satu kekuatan diri untuk penanggungjawaban
melaksanakan amanah Allah S.W.T. Allah S.W.T. wujudkan sesuatu di alam ini
dengan tujuan tertentu, maka manusia seharusnya menggunakan fitrah kemahiran
berfikir untuk mentafsirkan alam di sekelilingnya.
Manusia harus bersyukur kerana diberi kepercayaan
oleh Allah S.W.T. untuk mentad bir alam ini. Mensyukuri sesuatu pemberian Allah
S.WT. bermakna kita menerima tanggung jawab dan melaksanakanya sebaik mungkin
kerana Allah S.W.T. Dalam melaksanakan amanah harus difikirkan bahawa ganjaran
pahala tidak datang dengan serta merta. Oleh yang demikian budaya kesabaran
harus bertemankan dengan manusia agar ketenangan jiwa sentiasa menghiasi
kehidupan kita.
Memahami kepentingan
kerjasama dengan orang lain bagi
mencapai tahap perkemba ngan intelek
yang optimum. Kerjasama bukan semata-mata penting bagi mempertingkatkan produvtiviti,
tetapi mempunyai matlamat yang tersendiri. Misalnya, kerjasama merupakan satu
mekanisme bagi melaksanakan tanggungjawab sosial.
Individu yang menghayati paradigma ini
akan berusaha melakukan kerjasama semasimum yang mungkin dalam perkara
kebajikan dan amalan yang mulia, tetapi bukan dalam perkara kejahatan dan amalan yang tidak
baik. Dalam erti kata lain, individu yang menghayati paradigma
kesalingbergantungan akan menggabungkan usaha sendiri dengan usaha orang lain
untuk memperoleh pecapaian yang terbaik.
Tanggungjawab merupakan kewajipan
yang mesti dilakukan oleh setiap individu sebagai pemain. Tanggugjawab seorang
pendidik untuk memanusiakan insan amatlah berat kerana dialah yang menentukan
warna dan corak bagaimana anak itu wajar dibentuk sebagai manusia yang
berwawasan.
Ibubapa menjadi pendidik utama
dalam arena memurnikan akhlak anak-anaknya agar menjadi manusia yang akur
kepada peraturan serta undang-undang yang membentuk tamadun manusia dan dapat
berpartisipasi dalam berbagai infrastruktur pembangunan. Ibubapalah yang
menjadi tumpuan kepada pembangunan rohani anak-anak yang wajar menjadi idola
kepada anak-anak untuk mencontohi.
Ilmu pengetahuan itu adalah
kemestian dalam hidup. Allah S.W.T. telah melengkap kan manusia dengan berbagai
fitrah khususnya kemahiran berfikir, akal, iman dan takwa kepada Allah S.W.T.
dan ia haruslah dimurnikan agar menjadi pemangkin dalam memurnikan kehidupan
yang bertamadun.
Ilmu pengetahuan dalam Islam
telah tersebar di Europah suatu tuduhan yang mengata kan bahawa Islam memerangi
kebibasan berfikir dan mengawal semua pergerakan ilmiah serta memerangi ilmu
pengetahuan dan falsafah. Seorang sarjana Peranchis, Arsant Renan telah mengulas
golongan yang mengadakan tuduhan ini dalam bukunya: “Islam dan Ilmu Pengetahuan.”
Dalam
perbincangan ini kita cuba melihat dari sudut ajaran Al-Qur’an dan dari sudut
sejarah untuk menolak tuduhan yang menyimpang daripada kebenaran dan bercanggah
dengan kenyataan sejarah.
Sebenarnya golongan yang
menyerang ilmu pengetahuan terdiri daripada penganut-penganut agama lain. Para
sarjawan telah bersependapat bahawa ahli-ahli sains cakerawala telah menerima
kesan buruk dari perbuatan ahli-ahli agama di Eropah sepanjang kurun-kurun
petengahan
Banyak makhamah yang didirikan
khusus untuk menghakimi ahli-ahli sains dan ahli-ahli fikir kerana usaha mereka
yang dianggap oleh ahli-ahli agama sebagai berlawanan dengan gereja. Apabila
sabit kesalahan, mereka diminta bertaubat dan jangan mengulangi lagi, sekiranya
diulangi, mereka akan dicampakkan sama ada di dalam api hidup-hidup atau dari
tempat yang tinggi. Dengan sebab itu ramailah ahli-ahli sains yang berkalibar
menjadi mangas kekejaman ahli-ahli agama pada kurun-kurun pertengahan.
Islam memberi galakan khas untuk
mendapatkan ilmu, sebab seseorang manusia tidak akan bernilai dan tidak akan
menjadi maju kecuali dengan ilmu. Manusia sebagai pemain dalam era pembangunan
tamadun manusia, sama ada di dunia mahupun di akhirat atau pada masa kini
mahupun masa akan datang harus melengkapkan diri dengan ilmu. Ilmu yang
dimaksudkan di sini ialah ilmu yang Allah wahyukan kepada manusia (Muhammad)
sebagai perintis ke jalan yang ditedhai Allah S.W.T.
Dalam Al-Qur’an Allah berfirman dalam
surah Az-Zumar ayat 39:9 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Katakanlah: adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima
pelajaran.”
Kemudian kita
lihat Al-Qur’an dalam ayat lain menjelaskan bahawa ulama-ulama mempunyai darjat
di sisi Allah. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 58:11 yang bermaksud:
(Terjemahan)
“ Allah akan meningkatkan orang-orang yang beriman di antaramu dan
orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
Demikian juga Allah mengakui
penyaksian ahli-ahli ilmu tentang keEsahan-Nya. Allah berfirman dalam surah Ali
Imran ayat 3:18 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menegakkan
keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang beriman juga menyatakan yang
demikian itu.”
Allah menyamakan antara
penyaksian-Nya, penyaksian orang-orang yang berilmu dan penyaksian malaikat.
Dan ini menunjukkan bahawa nilai tinggi adalah diberikan kepada orang-orang
yang berilmu.
Dari segi lain kita lihat
Al-Quran tidak menyukai orang-orang yang tidak berilmu. Firman Allah surah
Ar-Rum:
ayat
30:59 yang bermaksud: (Terjemahaan)
“Demikianlah Allah mengunci hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami.”
Allah juga
menyatakan tidak ada batasan dalam ilmu.
Firman Allah surah Yusuf ayat12:76 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu ada lagi Yang Maha
Mengatahui.”
Ini bertujuan supaya orang-orang
yang berilmu tidak merasa besar diri dan mereka akan berusaha menambahkan ilmu,
serta mereka akan menganggapkan diri mereka boleh dikritik oleh orang lain.
Al-Qur’an
menuntut orang-orang Islam supaya mencari ilmu demi untuk kejayaan mereka
mengetahui apa yang mereka kehendaki tentang hakikat alam.
Firman Allah surah Taha ayat 20:114
yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.”
Islam tidak menghadkan setakat
menyuruh manusia supaya mencari ilmu malah ia
mengakui prinsip yang boleh mencegah kebekuan akal dan
menjaga fikiran dari menjadi batu. Ini jelas dalam prinsip-prinsip berikut:
Islam, agama, hujjah dan bukti - Ilmu
pengetahuan tidak mengatakan sesuatu kecuali apabila ada bukti yang kukuh dan
yakin. Al-Qur’an juga menyuruh demikian kerana ia tidak menerima dari manusia sesuatu
sebagai benar kecuali apabila diperteguhkan dengan dalil.
Firman
Allah surah Al-Baqarah ayat 2:111 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: Sekali-kali tidak akan masuk
syurga kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi dan Nasrani. Demikian itu
(hanya) angan-angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: Tunjukanlah bukti
kebenaranmu jika orang yang benar.”
Tidak harus
mempercayai sesuatu kecuali dengan bukti: Orang-orang yang syirik secara
bertaklid kepada orang lain akan dihisab oleh Allah. Firman Allah surah Al-Mu’minum
ayat 23:117 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan barang siapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, pada hal
tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya orang-orang
yang kafir itu tiada beruntung”.
Dalam ayat Allah
meminta bukti dari orang-orang musyrikin tentang patong-patong yang mereka
jadikan sebagai Tuhan, untuk memperlihatkan kelemahan mereka. Firman Allah
surah An-Naml ayat 27:64 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Atau sipakah yang menciptakan (manusia dari permulaannya), kemudian
mengulagi nya (lagi), dan siapa (pula) yang memberikan rezeki kepadamu dari
langit dan bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang Lai)? Katakanlah:bukti
kebenaranmu, jika kamu memang orang-orang yang benar?
Ayat-ayat Al-Qur’an yang kia
sebutkan adalah jelas menyatakan bahawa setiap perkataan hendaklah diberi bukti
kebenaran. Orang yang mendengar hendaklah meminta bukti maka jangan di dengar
perkataan atau percakapan itu.
Islam, agama keyakinan. Ilmu
pengetahuan sentiasa mengawasi sesuatu yang tidak yakin (sebenar) daripada menjadi yakin. Ia
juga menjaga dari bertukarnya dan (persangkaan) menduduki tempat yakin. Ia
mengkiaskan kadar hampirnya masalah dengan kadar kukuhnya hujjah yang
membuktikan masalah. Jika hujah kukuh maka masalah adalah benar, jika tidak
maka ianya dhan sahaja.
Perbezaan yang dibuat oleh
pengetahuan terhadap kedudukan hak dan dhan adalah bersesuaian dengan ajaran
Al-Qur’an yang menyuruh berawas dari dhan dan waham. Alasannya ialah kerana
kedua-dua itu menjadi sebab menyesesatkan manusia dan merosakkan akidah mereka.
Firman Allah surah Al-An’am ayat
6:116 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,
nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah; mereka tidak lain
hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta
(terhadap Allah)”.
Allah berfirman
dalam surah Yunus ayat 10:36 yang bermaksud (Terjemahan)
“Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan.
Sesunggunhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai
kebenaran.”
Al-Qur’an
menyuruh berpegang kepada ilmu yang yakin. Ia mengingkari orang-orang yang
menurut waham dan dhan.
Sesungguhnya kebanyakan orang
musyrik itu hanya mengikut sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak mengetahui
hakikatnya dengan pasti, hanya persangkaan atau ragu dan sebagai Pa turut.
Umpamanya menyembah berhala yang diamalkan oleh nenek moyng mereka, mereka sangkakan baik dan dapat
menolong, lalu mereka mengikut pula
menyembah berhala.
Sedikit benar daripada mereka
yang mengakui bahawa apa yang telah dibawa oleh
Nabi
(s.a.w.) itu adalah perkara yang hak lagi benar. Malahan, kebanyakan mereka
mendusta kannya kerana takut pengaruh mereka hilang, selama ini mereka sebagai
ketua yang diikuti enggan bertukar menjadi pengikut.
Allah kemudian menjelaskan:
Sesungguhnya persangkaan itu tidak dapat
mengganti kan kebenaran sedikit jua pun.
Setiap yang hak
atau kebenaran, pasti akan berdiri tetap dan tidak akan dapat diroboh oleh syak
atau persangkaan, apalagi hendak menggantikannya walau sedikit pun.
Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang mereka kerjakan.
Allah mengetahui
tentang kepercayaan orang yang didasarkan di atas persangkaan dan meniru secara
buta, yang tentunya Allah akan memberi balasan di atas perbuatan mereka itu.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
ReplyDeleteSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.club
arena-domino.vip
100% Memuaskan ^-^