Saturday, October 20, 2018

KESIHATAN MERUPAKAN ANUGERAH ALLAH S.W.T.


KESIHATAN MERUPAKAN ANUGERAH ALLAH S.W.T.
(Disiarkan pada 20. 10. 2018)
Islam meletakkan pandangan khusus tentang tubuh badan untuk menjaganya daripada sakit dan penyakit-penyakit. Pengawasan demikian disebabkan oleh adanya hubungan rapat antara roh dengan badan. Juga, oleh sebab seseorang yang sakit tidak mempunyai peluang untuk mengharungi hidup di samping dia tidak dapat melaksanakan tugas-tugas kemanusiaan walau ia menjadi ahli dalam institusi kemasyarakatan.
Seoramg yang sakit tidak mempunyai kehendak yang kuat. Lemah anggota, fikiran tidak tenteram, tidak dapat membuang sentimen. Dengan demikian masyarakat tidak dapat mengambil faedah darinya sama sepertimana masyarakat dapat mengambil faedah dari ang- gota masyarakat yang lain yang tubuh bandannya sihat. Dengan sebab itulah al-Quran memuji kekuatan tubuh bersama kesejahteraan jiwa dan kekukuhan akhlak. Pujian ini terdapat dalam firman Allah melalui lidah anak perempuan Nabi Syuib yang mengatakan tentang Nabi Musa.
Firman Allah surah Al-Qasas ayat 28:26 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Ya bapaku, ambillah ia sebagai orang yang bekerja (dengan kita) kerana sesung- guhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (dengan kita) ialah orang kuat lagi dapat dipecayai.”
Terdapat juga ayat lain dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa kekuatan badan adalah suatu keistimewaan yang terpuji. Firman Allah surah al-Baqarah ayat 2:247 yang bermaksud: (Terjemahan)
“Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang pekasa. Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha mengetahui.”
Ayat ini ditujukan kepada Bani Israil dimana Allah telah menerangkan yang Dia memilih Talut dan melebihkan Talut dari Bani Israil kerana dua perkara:Iaitu ia mempunyai Ilmu yang banyak yang membolehkan dia mentadbir dan berfikir secara baik dalam urusan rakyat dan keduanya ialah ia mempunyai tubuh badan yang sempurna yang membolehkan ia berfikir secara betul.
Hadis juga tidak lupa menunjukkan keistemewaan dengan seseorang Mukmin dengan sabda Rasulullulah yang bermaksud “Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi dari orang mukmin yang lemah”.
Mereka yang mengikuti perundangan Islam berhubung dengan kesihatan badan akan mendapati bahawa Islam mewajibkan umatnya beberapa faedah yang dianggap oleh ilmu kedoktoran sebagai faedah asasi untuk mencegah ataupun meringankan diri dari kesakitan.
Dalam hidup, kesihatan merupakan anugerah Allah S.W.T. kepada hamba-Nya. Orang yang menempuhi kesihatan akan melihat hidup ini sebagai amanah Allah. Maka itu tidak ada alasan untuk tidak melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T.. Tujuan Allah mewujudkan jin dan manusia ialah supaya beribadah kepada-Nya.
Kasihatan dalam hidup semestinya bermuara daripada cara kita melaksanakan pembangunan kehidupan. Antara agenda melaksanakan pembangunan kehidupan ialah  pengawasan penyakit agar ia tidak mendekati kita. Keutamaan dalam hidup untuk mengawasi penyakit ialah mengelakkan dari berlakunya penyakit itu. “Mengawasi lebih baik daripada mengubati”.
Dengan sebab itulah kita lihat di negara-negara maju doktor diadakan untuk menga- wasi penyakit. Kita lihat juga kerajaan  di negara-negara lain, mengambil lagkah mengajar “pengawasan” kepada anak-anak dan rakyat, sebagai perkara perlu.  Perundangan mengawasi dalam Islam terbahagi kepada beberapa bahagian besar dan setiap bahagian mempunyai bahagian-bahagian kecil.
1. Kebersihan; 2. Makan Minum; 3. Kesihatan umum; 4. Senaman.
Kebersihan: Perhatian yang sangat berat diberikan oleh Islam kepada kebersihan
sehingga Rasulullah bersabda yang bermaksud: (Kebersihan itu sebahagian daripada
iman).Perhatian berat Islam tentang kebersihan jelas dilihat dalam perkara-perkara berikut:
(1)          Faedah Wudhu’
               Wudhu’ atau mengambil air sembahyang diwajibkan oleh Islam sebelum seseorang mendirikan sembahyang. Dasar kewajipannya ialah yang ditunjukkan oleh ayat: dalam surah al-Ma’idah ayat 5:6 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah mukamu sehingga siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sehingga kedua mata kaki.”
               Nabi meletakan beberapa sunat sebagai tambahan kepada fardhu-fardhu wudhu’ iaitu berkumur-kumur, memasukkan air  kehidung, sapu telinga, menggosok anggoat-anggota yang dilalui oleh air wudhu’ dan membasuh setiap anggota sebanyak tiga kali.
               Sesungguhnya tiadalah patut seseorang yang hendak sembahyang (menyembah Tuhan
nya) itu berkeadaan kotor, badannya tidak dibersihkan terlebih dahulu. Dan jika dikerjakan juga, tidaklah sah sembahyang berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi: (terjemahan)
               “Allah tidak akan menerima  sembahyang seseorang kamu jika dirinya berhadas (menanggung kotor), sehingga telah wuduk (mengambil air sembahyang) terlebih dahulu.”
               Kalaulah dalam sehari semalam ada lima kali sembahyang, sedang berwudhu’/bersuci diwajibkan sebelum daripada sembahyang itu, kalau tidak pun lima kali berwudhu’ sekurang-kurangnya ia akan terhindar daripada sakit mata kerana ia kerap dibersikan dengan air. Demikian juga kalau hidung kerap dibersikan akan terjauh daripada penyakit hidung – faedah membasuh muka, dua telinga dan dua tangan adalah jelas sebab muka dan anggota-anggota lain sering terdedah kepada penyakit kulit. Jadi, jika kerap membasuhkan anggota ia merupakan cara pegawasan yang baik.
               Akhir-akhir ini jelas bahawa banyak daripada kuman-kuman mengenai manusia melalui kulit-kulit yang luka. Adalah tidak diragukan bahawa membasuh berulang kali merupakan langkah pengawasan yang berkesan sebab kulit luar dapat mencegah kuman-kuman dari sampai kepada bahagian dalam badan.
Tentang kuman-kuman yang masuk melalui mulut sesungguhnya ia tidak masuk kecuali melalui tangan yang kotor. Jika tangannya dibasuh sentiasa bersih maka sudah tentu itu suatu langkah pengawasan yang paling baik.
               Faedah-faedah mandi: Islam mewajibkan dibasuh seluruh badan dengan air baik lelaki atau perempuan setelah melakukan persetubuhan ataupun setelah bermimpi. Ianya merupakan suatu amalan yang sangat memberi manfaat kepada lelaki mahupun perempuan. Sesungguhnya telah jelas baik melalui kedoktoran atau pengalaman bahawa badan manusia hilang sedikit kesegaran serta kekuatan setelah selesai melakukan persetubuhan.
Di sana tidak ada sesuatu yang dapat memulihkan kekuatan dan kesegaran sama seperti mana dimandikan/dibasuhkan seluruh badan serta digosok setiap bahagian dengan air yang bersih. Dengan sebab itu orang yang mandi tetapi meninggalkan sebahagian kecil dari tubuhnya tanpa dibersihkan, mandi itu tidak sah di sisi syarak.
Membersihkan Gigi – Islam menggalakan pembersihan gigi dengan bersugi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika tidak menjadi kesusahan ke atas umat aku nescaya aku menyuruh mereka bersugi tiap kali sembahyang.”
Membersihkan gigi adalah penting sebab jika gigi itu dibiarkan begitu sahaja nescaya gigi menjadi rosak oleh makanan yang tertinggal dicela-celanya. Oleh demikian ada kemung- kinan bahawa dari gigi yang rosak itu terdapat kuman-kuman yang boleh menyebabkan beberapa penyakit. Jadi, membersih gigi adalah penting untuk membersihkan gigi itu sendiri, membersihkan mulut dan seterusnya menjaga kesihatan badan.
Rasulullah menyuruh umatnya supaya menjaga kebersihan badan seperti memotong rambut atau bulu yang lebih dari tubuh dan mengeratkan kuku. Baginda bersabda yang bermaksud:  Lima perkara dari fitrah; memotong rambut, berkhatan, menggunting misai,
mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.
Maksud fitrah dalam hadith di atas ialah sunat yang lama yang dipilih oleh Nabi-nabi
dan dipersetujui oleh syariah/agama, seola-ola ianya perkara tabii (fitrah) yang diikuti. Ada juga dikatakan fitrah itu bermakna agama.
               Menyucikan Najis – Islam menamakan najis bagi setiap perkara kotor yang bercampur kuman atau sekurang-kurangnya menjadi tempat pemindahan penyakit kepada manusia. Islam menyuruh supaya dibersihkannya. Antaranya ialah Islam mengakui najisnya darah, tahi-tahi, kencing, muntah apabila keluar dari badan, bangkai-bangkai binatang dan lain-lain lagi. Dengan sebab itu Islam menyuruh disucikan badan dari najis dalam masa sembahyang.
               Antara arahan Rasulullah lagi dalam perkara kebersihan ialah sabda baginda yang bermaksud: “Jangan kamu kencing/buang air kecil di dalam air yang tidak mengalir kemudian kamu mandi dalam air itu.”
               Larangan Rasulullah demikian ialah supaya dapat dielakkan dari penyakit sebab  jika dibuang air kecil di tempat air tidak mengalir ia menimbulkan busuk dan jika kencing itu mempunyai penyakit maka kumannya tetap berada di situ. Dari hadis ini juga dapat faham bahawa air yang mengalir itu sangat rendah kemungkinan boleh menyebabkan penyakit berjangkit kalau pun tidak ada langsung.
               Makan dan Minum – Tubuh manusia memerlukan makanan yang berguna untuk melaksanakan tugas-tugas hidup. Dengan sebab itu kita lihat Islam menyuruh seseorang memakan makanan yang baik yang diberi rezeki oleh Allah dan jangan sekali-kali ia menghampiri makanan-makanan najis. Firman Allah surah al-Baqarah ayat 2:172 -173 yang bermaksud: (Terjemahan)
               “ Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah. Sesungguhnya Allah mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah.”
               Ayat-ayat ini menetapkan pengharaman bangkai, darah dan daging babi. Pengharaman ini kita bentangkan seperti berikut:
Bahaya memakan bangkai dan jenis-jenisnya – Bangkai yang ditentukan oleh Al-Quran ialah binatang-binatang yang mati sama ada secara tabii atau kerana sesuatu sebab:
               Jika ianya mati kerana sesuatu penyakit maka tidak syak lagi penyakit/kuman itu masih ada dan memberi mudharat kepada manusia ataupun selepas daripada ianya dibakar dengan api. Tubuh bangkai dalam keadaan itu samalah dengan makanan-makanan yang memabukkan yang walaupun bersih dari kuman, tetapi melalui proses pemakanan dia masi memberi mudharat kepada manusia yang memakannya yang boleh membawa maut.
               Jika binatang itu mati disebabkan oleh tua maka mudharatnya sama juga dengan binatang yang mati kerana penyakit. Sebab tua maknanya mengalami proses kelemahan dan kecacatan anggota, kecacatan sesuatu anggota mugkin hasil dari kelemahan biasa ataupun suatu penyakit yang tidak dapat dilihat dan terjadi sedikit demi sedikit yang akhirnya membawa perubahan kepada daging binatang. Di samping itu dagingnya keras dan tidak dapat dihadamkan.
                    Mungkin ramai orang yang berkata bahawa di hari ini terutamanya di negeri-negeri sejuk banyak orang memakan bangkai, darah, daging-daging binatang yang tidak disembelih tetapi tidak pun mendatangkan apa-apa mudharat. Dan sebagai jawapan kita katakan bahawa kemuudharatan “mabuk”/al-tahamir adalah  berkurangan di negara yang beriklim panas. Islam adalah diturunkan untuk alam seluruhnya termasuk negara-negara beriklim panas yang lebih cepat belaku. Dengan itu tidak diragukan bahawa daging-daging binatang yang sihat yang disemblih dan dibersihkan darahnya menjadi makanan yang paling baik.
                    Bangkai-bangkai yang mati kerana sesuatu peristiwa juga diharamkan oleh Islam emakannya. Allah berfirman surah al-Ma’idah ayat 5:3 yang bermaksud: (Terjemahan)
                    “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih di atas nama selain Allah, yang  tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk,
Dan yang diterkam binatang buas.”
                    Al-Munkhaniqah – ialah binatang-binatang yang mati tercekik. Cekik menjadikan dagimg binatang itu lebih cepat busuk. Binatang-binatang tercekik juga menjadi berubah bentuk dagingnya dan menimbulkan bau busuk serta hitam.
                    Al-Mauquzah – Ialah binatang-binatabg yang dipukul sehingga hampir mati kemudian dibiarkan sehingga mati, ataupun mati terus semasa dipukul.
                    Al-Mutaraddiyah – Ialah yang jatuh dari tempat tinggi kemudian mati kerana kuatnya jatuh itu.
                    Al-Natihah – Ialah  binatang yang mati akibat berlaga dengan kawannya.
                    Daging-daging tersebut tidak patut dimakan seperti yang diakui oleh doktor kerana hitam,  lebam dan bau busuk. Kalau kuman dapat memasuki menerusi luka-luka pada binatang itu maka itu lebih membahayakan lagi.
Allah menyuruh orang-orang mukmin agar memakan makanan daripada rezeki-Nya yang baik-baik, kemudian menyuruhnya berterima kasih, kalau benar-benar mereka menyembah Allah.

No comments:

Post a Comment