Saturday, December 22, 2012

KITA DENGAN ALAM


KITA DENGAN ALAM
(Disiarkan pada 22. 12. 2012)
Fenomena alam mempunyai keserasiahan hidup antara satu alam dengan alam yang lain. Alam terbahagi kepada dua kategori iaitu alam yang hidup dan alam yang mati atau tidak aktif. Segala kewujudan sesuatu fenomena dalam cakerewala alam ini sama ada yang nyata mahupun yang ghaib dipanggil alam kecuali Allah swt. Allah bukan alam tetapi Zat Allahlah yang mewujudkan segala alam yang ada di dunia mahupun di akhirat.
                Sejarah menyatkan bahawa makhluk manusia dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah Allah iaitu sebagai khalifah-Nya. Amanah ini telah diberi kepada makhluk malaikat tetapi menolaknya, tidak sanggup menanggung tugas yang berat itu. Manusia sebagai hamba Allah yang dibekalkan dengan berbagai fasiliti pembangunan hidup seperti kemahiran berfikir, akal, kasih sayang, nafsu dan sebagainya menerima tugas sebagai khalifah Allah s.w.t.
                Tugas sebagai khalifah Allah adalah memakmurkan alam kehidupan seperti manusia, haiwan, alam tumbuh-tumbuhan dan makhluk-makhluk lain yang tidak hidup atau  bernyawa. Semua alam yang ada di bumi Allah ini atau di alam nyata mahupun di alam ghaib mempunyai keserasian hidup antara satu alam dengan alam yang lain.
                Manusia adalah makhluk Allah yang termasuk dalam kumpulan haiwan yang dipanggil sebagai omnivorous atau omnivore yang memakan semua jenis makanan seperti tumbuh-tumbuhan, ikan dan daging. Kumpulan haiwan yang hanya memakan tubuh-tumbuhan sahaja dikategorikan sebagai herbivorous, seperti sapi, kambing, arnab dan sebagainya. dan kumpulan haiwan yang memakan daging sahaja ialah carnivorous atau maging.
                Maka itu fenomena alam mempunyai kesarasihan hidup antara makhluk dengan makhluk yang hidup di bumi  Allah ini. Disiplin kehidupannya mempunyai matarantai antara satu dengan yang lain. Sebagai contoh ikan di laut memakan lumut-lumut iaitu sejenis tumbuhan dalam laut. Ikan dimakan oleh ikan besar dan ikan besar dimakan oleh manusia dan sebagainya. Kewujudan berbagai makhluk ada kemanfaatannya kepada kehidupan lain.
                Kita dengan alam mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kehidupan dan kebajikan alam terutama sekali kebersihan udara, air, dan keselamatan haiwan khususnya haiwan ternakan. Alam tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kemanfaatannya kepada kehidupan manusia. Dengan bantuan cahaya mata hari dan kehadiran gas oksigen dan air, tumbuh-tumbuhan dapat memproses makanannya  sendiri untuk membesar dan mengelurkan buah demi kemanfaatan haiwan yang bebas  hidup di alam ini termasuklah juga makhluk manusia untuk menseimbang kan makanan sebagai faktor kesihatan kehidupannya.
                Kebersihan air serta udara adalah keutamaan dalam segala-galanya sebab tanpanya segala makhluk yang bernama hidup tidak mampu membiak dan akan pupus ditelan zaman. Manusia sendiri dalam komposisi badannya, kehadiran air dalam badan amat sangat penting demi memelihara kebahagiaan dan kesihatan hidup. Badan mempunyai tiga suku air untuk memboleh kan jasmaninya berfungsi dalam hal memecakan makanan yang dikenali sebagai metabolis atau metabolisme.
                Proses metabolisme dalam badan samada manusia mahupun haiwan amat penting dalam kehidupan kerana makanan pepejal yang dimasukkan melalui mulut akan dihancurkah oleh gigi sebelum makanan itu disalurkan ke dalam perut di mana pemprosesan itu berlaku untuk menjadi zat makanan. Zat makanan ini digunakan untuk membentuk sel-sel pembangunan seperti membesar dan menggerakkan berbagai organ dalam badan untuk melaksanakan fungsinya.
                Dalam hal fenomena manusia, proses pembangunan itu amat kompleks sekali sebab segala pergerakan badan adalah arahan dari otak untuk melaksanakan. Fungsinya otak akan menerima arahan dari roh kepunyaan Allah s.w.t. Roh adalah bahagian dalam badan manusia yang mempunai daya berfikir (berperasaan, dan berkemahuan); roh adalah satu kekuatan di sebalik sesuatu yang seni.
                Kepincangan umat  Islam pada hari ini adalah disebabkan oleh ketiadaan roh Islam, di dalam kehidupan dan amalan sehari-hari. Roh merupakan benda yang hidup tidak berjasad yang berfikiran dan berperasaan. Unsur kejadiannya tidak sama dengan manusia (malaikat), jin, syaitan dan lain-lain.
                Manusia dipilih Allah sebagai khalifah-Nya untuk memakmurkan alam kehidupan. Maka itu ia dibekalkan berbagai fasiliti seperti akal dan fikiran serta perasaan kasih sayang dalam hubungannya dengan makluk Allah yang lain. Di samping itu juga manusia mempunyi nafsu untuk membangunkan diri dan alam kehidupan dengan syarat nafsunya bertemankan dengan akal sebagai rasul dalam diri seorang mukmin.
                Memakmurkan alam kehidupan bermuara dengan felosofi kehidupan manusia sebagai makhluk yang berfikir atau thinking animal. Manusia merupakan makhluk yang mempunyai system kehidupan yang amat komplek berbanding dengan kehidupan makhluk yang lain. Kehidupannya ditadbir oleh perundangan serta disiplin pembangunan yang amat seni dan komplek.       
                Kewujudan makhluk manusia adalah disebabkan adanya roh yang Allah ciptakan. Maka itu philosophy atau falsafah pembangunan kehidupannya terbahagi kepada dua kategori iaitu pembangunan jasmani dan pembangunan rohani. Oleh sebab pembangunan kehidupan manusia adalah dalam dua unsur maka disiplin atau system kehidupan yang bermanfaat yang dijamin mendapat keredhaan Allah s.w.t. demi mencapai kebahagian hidupnya sama ada di dunia  mahupun di akhirat kelak wajar diberi keutamaan kepada pembangunan rohani.
                Analogi alam yang biasa kita gunakan ialah: “Kalau kita menanam padi tanpa diundang rumput turut sama tubuh subur; tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi  padi akan turut tumbuh.” Ia membawa pengertian bahawa rumput itu dianalogikan sebagai alam dunia dan padi itu dianalogikan sebagai alam akhirat.
                Mengutamakan kebajikan alam akhirat seperti mentarbiahkan diri mengenai ilmu tauhaid lebih diutamakan daripada memelihara alam dunia semata, sebab dengan memurnikan system pendidikan ilmu akhirat iaitu yang dikenali sebagai pembangunan rohani maka dengan sendiri nya alam dunia akan turut sama terbela. Tetapi, jika keutamaan diberi kepada pembangunan dunia (jasmani)semata,  maka pembangunan akhirat akan terbengkalai.
                Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini. Kesan kemajuan global telah banyak berubah cara hidup lama. Orang mulai membaca akhbar dan mengirim berita pantas melalui e-mail, malah ramai yang berurus niaga melalui internet. Hiburan, berita dan maklumat, yang kebanyakannya disajikan oleh media Barat  sampai terus ke bilik tidur dengan nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan secara tempatan.
                Alat-alat canggih pengguna terpasar luas lalu menggantikan peralatan lama; bahasa Melayu dituturkan separuh melayu separuh Inggeris seolah-olah sekerat ular sekerat belut. Dan secara ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru. Dunia siber sudah  bertapak dalam hidup kita.
                Imarah (memakmurkan bumi) merupakan amanah Allah s.w.t. kepada manusia sebagai khalifah-Nya, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan) “Dialah (Allah) yang menciptakan  kamu dari tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya….” (Hud: 61)
Memakmurkan bumi adalah sebahagian daripada ibadat serta melaksanakan tugas sebagai khalifah. Sementara ibadat menurut pengertian yang luas adalah meliputi khalifah dan memakmurkan bumi. Tidak dinamakan khalifah tanpa ibadat dan memakmurkan bumi. Amal yang dikehendaki oleh Islam  ialah “amal soleh”. Soleh adalah ungkapan al-Quran yang luas pengertiannya. Pengertiannya merangkumi semua amal yang membawa  kebaikan kepada agama dan dunia serta kepada individu dan masyarakat. Ia merangkumi ibadat dan muamalat atau amal kehidupan dan kematian sepertimana yang diunggkapkan  oleh para ulama Rahimahumullah.  
                Al-Quran al-Karim telah dijelaskan bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan langit dan bumi, kematian dan kehidupan serta menjadikan di atas bumi sebagai perhiasan kepadanya untuk matlamat yang jelas. Matlamat tersebut disimpulkan di dalam firman-Nya yang bermaksud (terjemahan) “Untuk dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (al-Mulk: 2).
                Serta firman Allah yang lain yang bermaksud (terjemahan): “Untuk kamu menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya.” (al-Kahfi: 7)
                Allah s.w.t. tidak mahukan amal-amal biasa dari manusia atau sekadar amal baik dari manusia, sebaliknya Allah mahukan “amal yang terbaik” dari manusia. Persaingan antara manusia bukanlah antara amal jahat dan amal baik sebaliknya antara amal baik dengan amal yang terbaik.
                Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dan produktif sehingga sampai  ke detik terakhir kehidupannya. Amal adalah ibadat dan satu kerja yang mendekatkan diri kepada Allah, sama ada manusia dapat menikmati hasilnya ataupun tidak. Jikalau umat Islam memahami ini, nescahaya Allah akan bukakan pintu rezeki kepada mereka sama ada di langit  maupun di bumi.
                Memakmurkan kehidupan, Islam mendidik seorang mukmin melaksanaka syura di dalam kehidupan individu. Apabila hendak melakukan sesuatu perkara penting, yang terdapat pelbagai kecendrungan, pandangan keinginan serta menjadikan seseorang itu teragak-agak melakukannya, agar mengambil dua jalan bagi membantunya membuat keputusan yang tepat.
                Pertama, bersifat Rabbani (kerohanian) iaitu beristikharah (memohon ketentuan) dari Allah s.w.t. dengan bersolat dua rakaat yang disusuli dengan doa yang mengandungi permintaan dari Allah agar memberi pilihan kepadanya antara dua perkara sama ada berkenaan dengan urusan agama atau dunia.
                Kedua ialah yang bersifat kemanusiaan iaitu bermesyuarat degan orang dipercayai pandangan, pengalaman, nasihat dan keikhlasan. Dengan melakukan kedua perkara ini bermakna seseorang itu telah menggabungkan antara istikhara kepada Allah dan bermesyuarat sesama makhluk. Umat Islam amat mengingati tentang warisan Islam yang telah mengungkapkan: “Tiada kerugian bagi orang yang beristikharah dan tiada penyeselan bagi orang yang bermesyuara.”
Para sahabat Radhiyallahu’anhum telah meminta pandangan Rasulullah s.a.w. di dalam banyak urusan peribadi mereka. Lantaran Baginda s.a.w. memberi pandangan yang dianggapnya sebagai tepat, paling tepat  atau paling baik.
Al-Quran telah menjadi syura sebagai an tara elemen pembentuk yang penting bagi sesebuah masyarakat Islam. Perkara ini boleh dilihat  di dalam ayat-ayat  al-Quran yang diturun kan di Makkah yang membangunkan tiang-tiang serta meletakkan asas-ass kehidupan Islam. Permesyuaratan telah dijadikan sebagai salah satu sifat  orang-orang yang beriman serta digandingkan dengan sifat-sifat orang-orang yang beriman serta digandingkan dengan sifat-sifat utama yang lain yang mana keislaman tidak akan sempurna tanpanya.
Firman Allah surah yang bernama “al-syura”yang bermaksud (terjemaan): Maka sesuatu apapun yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan apa yang ada disisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal. Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji, dan apabila mereka marah mereka memberi seruan Tuhannya dan
mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (al-Syura: 36-38)

Saturday, December 15, 2012

KESYUKURAN DAN KEIKHLASAN TUNJANG KEIMANAN KEPADA ALLAH S.W.T.

 (Disiarka pada 15. 12. 2012)
Sesungguhnya memuji sesuatu kebaikan adalah suatu budi yang luhur. Pujian terhadap sesuatu kebaikan ataupun keindahan dan kemesraan, bererti penghargaan kepada kebaikan atau keindahan dan kemesraan itu, yang menunjukkan kebersihan batin. Merasa syukur adalah menunjukkan keiklasannya terhadap sesuatu yang membahagiankan jiwa.
                Syukur akan Allah ialah: “Mempergunakan segala bahagian anggota pada wadhifahnya (kesanggupan dan tempatnya) masing-masing yang telah diturunkan baginya oleh Allah” Orang-orang yang mensyukuri Allah, tiada sekali-kali mahu mempergunakan matanya selain untuk memandang segala yang diharuskan dan diwajibkan Allah memandangnya. Demikianlah juga sentiasa melakukan dengan anggota-anggotanya yang lain-lain, seperti tangan, telinga, hidung, gigi mulut., kaki, otak dan lain-lain sebagainya, akan segala yang diharus atau diwajibkan Allah melakukan dengan semestinya.
                Syukur pada asalnya ialah: “Mengakui kebaikian orang dan sentiasa mengingat-ingat dan membicara-bicarakan kebaikan-kebaikan itu”
                Allah befirman surah Al-Baqarah:152 yang bermaksud (terjemahan): “Maka ingatlah akan Daku, supaya Aku ingat akan kamu bersyukulah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari nikmat.”
                Allah s.w.t. menyuruh kita mengingatkan Tuhan, nescaya Tuhan kelak mengingatkan kita, dan jangan sekali-kali kufur atau derhaka kepada-Nya. Suruhan zikir (mengingat Allah) di sini, oleh para Mufassirin dibahagaikan kepada tiga bahagian:
1              Mengingat Allah dengan lisan – bertasbih, tahmid dan tamjid – yakni mensucikan-Nya, memuji-Nya dan menyangjung-Nya – yang merupakan bacaan-bacaan yang diucapkan dengan lisan.
2              Mengingat Allah dengan hati – memikirkan kebesaran dan kekuasaan Allah yang terdapat pada tanda-tanda ciptaan-Nya dan alam yang terciptakan-Nya – yang dapat difikirkan dengan mengambil contoh dan iktibar daripadanya.
3              Mengingat Allah dengan anggota tubuh – dengan amalan dan kerja-kerja yang diperintahkan oleh-Nya – seperti; sembahyang, puasa, berbuat baik, berusaha dalam segala rupa khidmat yang memerlukan kepada gerak anggota tubuh badan.
Maka setiap manusia yang mengingat Allah dengan cara yang disubutkan tadi, pasti
Allah akan mengingat pula kepadanya. Orang yang mengingat Allah dengan mentaati-Nya, Allah akan mengingatnya dengan bantuan-Nya. Orang yang mengingat Allah pada masa lapang hidupnya dan pada masa kesusahannya dan kemalangannya. Orang yang mengingat Allah dengan beriman dan mentauhidkan-Nya, Allah akan mengingatinya dengan menjajikan syurga dan keredhaan-Nya.
Orang yang mengingati Allah dengan berhati ikhlas, Allah akan mengingatinya dengan melapangkan   pada waktu kesempitan.  Seterusnya mengingat Allah dengan sepenuh hati, dosa akan Allah ampuni, dan mengingat Allah dengan berdoa, Allah kurniakan apa-apa yang dipinta.
                Surah yang sama ayat 172 yang bermaksud (terjemahan): “Wahai mereka yang beriman! Makanlah kamu dari yang baik yang telah Kami rezekikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah dia.”
                Allah menyeruh orang-orang Mukmin agar memakan daripada rezeki-Nya yang baik-baik, kemudian menyeruhnya berterima kasih, kalau benar-benar mereka menyembah Allah. Makanan yang baik-baik itu ada dua macam: Pertama, baik pada mutunya dan kedua, baik kerana halal dimakan.         
                Makanan yang baik mutunya, manusia telah banyak yang tahu memilihnya – selain makanan itu enak rasanya – ada pula mengandungi vitamin (khasiat).  Makanan yang halal pula, adalah ketentuan yang ditetapkan oleh agama. Ada kalanya jenis makanan yang tidak bermutu, tetapi  halal untuk dimakan. Maka manusia diseru mengutamakan makanan yang bermutu (yang baik) – baik dari segi kesopanan mahupun kesihatan – serta halal pula dalam segi agama.
                Janganlah memakan makanan-makanan yang sangat rendah mutunya serta hina pula jenisnya apalagi yang menjijikkan, sedang makanan-makanan yang baik-baik amat banyak disediakan oleh Allah untuk makanan manusia. Dengan segala rahmat Allah sediakan kepada manusia wajarlah anda bersyukur dan berterima kasih.
                Firman Allah dalam al-Quran surah Luqman ayat 14 yang bermaksud (terjemahan): “Dan telah Kami pesankan kepada manusia terhadap (tentang) ibu bapanya: ibunya mengandung akan dia dengan sangat menderita  lemah dan menyusukan dia selama dua tahun bersyukurlah kamu akan Daku dan akan (kepada) kedua ibu bapamu. Kepada Dakulah tempat kembalimu”.
                Dalam Al-Quran kerap disebutkan tentang ketaatan terhadap Allah yang disertakan pula dengan ketaatan terhadap kedua ibu bapa. Hal ini sebagaimana ada tersebut pada ayat 27 surah al-Isra’ yang bermaksud (terjemahan): “ Tuhan mu telah memerintahkan janganlah kamu menyembah melainkan Dia (Allah) dan kepada kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik.
                Setelah itu  Allah menyebutkan alasannya mengapa manusia disuruh berbakti kepada kedua ibu bapanya, tak lain kerana mengenangkan jasa-jasanya. Lebih-lebih lagi jasa ibu terhadap anaknya – dengan firman-Nya :
                Ibunya telah mengandungkannya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan.
                Jasa ibu disebutkan di sini secara khusus, memandangkan kepada adanya berbagai-bagai penderitaan yang dialaminya. Seorang ibu mula-mula akan merasakan sedikit lemah apabila telah mengandungkan anak. Kelemahan itu semakin bertambah pada sekujur anggotanya apabila kandungannya semakin besar. Hingga apabila telah cukup bulannya, bayinya akan dilahirkan, dia pun merasakan sakitnya melahirkan anak suatu derita yang tak terperikan.
Derita itu tidak dapat hendak digambarkan oleh penduduk langit dan bumi, kecuali orang yang mengalami sebagai ibu. Itulah masanya ibu menyambung nyawa, dia berjuang  semasa melahirkan kandungannya antara hidup dengan mati layaknya.
                Apabila bayi selamat dilahirkan, jadilah bayi itu  sebagai ubat penawar kepada ibu, yang menyebabkan lupa kepada penderitaan yang pernah dialaminya, ini tak lain kerana kegirangan semasa menyambut dan menetapkan wajah buah hatinya. Namun kesan-kesan lemah masih juga terdapat pada tubuhnya hingga sampai kepada hari-hari berpantang (nifas) itu berakhir.           
                Kemudian sebaik-baik sahaja bayi itu dilahirkan dia perlu disusukan. Air susulah bahan makanan yang Tuhan bekalkan pada diri ibu yang melahirkan anak, dan dia kaya dengan zat-zat yang tidak dapat ditandigi oleh lain-lain bahan makanan bayi.
                Ini juga merupakan jasa ibu, yang bukan hanya setakat menyusukan bahkan juga memberikan kasih sayang yang dicurahkan dan belaan berat yang dipikulnya.  Dua tahun adalah jangka masa yang agak lama menjadi batas masa menceraikan tetek, atau menyusukan anak mulai diberhentikan. Dalam tempuh selama itulah seorang ibu tidak mengenal jerih payah membelai anak, tidak mengenal siang atau malam ia dikejutkan oleh tangisan anak, dan sentiasa melayaninya bila-bila diperlukan.  
                Tersangat berat tanggungan ibu kepada anaknya, lantaran itulah Baginda Rasul Nabi Muhamad s.a.w. tatkala di tanya  oleh seseorang: “Kepada siapakah  mula-lula sekali saya mesti berbakti?” Jawab Baginda: “Ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu lagi, selepas itu  baharulah kepada ayahmu.”
                Maka itu hendaklah engkau berterima kasih kepada Allah di atas nikmat yang dikurnia kan-Nya. Dan hendaklah juga berterimakasih kepada kedua ibu bapamu, kerana keduanyalah yang menjadi sebab kelahiranmu, membela dan mendidik agar engkau menjadi manusia yang baik tanpa ia menghiraukan penat lelah dan kesusahan yang mereka derita.      
                Engkau disuruh bersyukur, supaya beringat bahawa kepada Allah sahaja engkau dikem- balikan - bukan kepada yang lain – bagi mendapatkan pembalasan. Oleh sebab itu awaslah! Jangan sampai engkau menyalahi perintah Allah dan jangan menderhakai ibu bapa atau mengingkari jasa-jasanya.   
                Nikmat Allah yang diperolehi para makhluk tak dapat dihitung-hitungkan tetapi mengapa kah ada di antara mereka yang memalingkan diri dari bersyukur? Yang memalingkan mereka dari bersyukur ialah, kebodohan dan kelalaian. Kebodohan dan kelalaian menghalangi mereka memahamkan nikmat. Seseorang itu tidak mensyukuri sebelum mengetahui nikmat yang disyukuri.
                Akan tetapi, jika sesudah mengetahui nikmat dan mengetahui erti syukur, masih juga  tidak mahu bersyukur, nyatalah bahawa dia  itu telah digagahi nafsu yang murka dan dijajah jiwanya oleh syaitan yang terkutuk.
                Udara yang kita masih dapat menghirupnya walaupun kita dalam suatu kurungan; cahaya matahari yang masih dapat kita lihat, walaupun kita di dalam pagar berduri, suatu nikmat yang sangat besar. Sekiranya udara itu tertahan barang sekejap saja, tentulah kita mati tecekek. Alangkah  besarnya nikmat ilahi.
                Kesyukuran mempunyai mata untuk melihat merupakan antara ibadah yang terpenting dalam menangani kehidupan. Dengan adanya mata kita dapat melihat dan memahami keadaan alam kehidupan. Orang yang tidak mensyukuri segala nikmat hidup Allah berikan akan merasakan kepayahan demi kepayahan untuk menangani hidup jika Tuhan tarik balik nikmat mempunyai mata.
                Dengan kecanggihan teknologi mata itu membolehkan manusia membuat berbagai aktiviti kehidupan di dunia ini. Nikmat mata ini adalah segala-galanya untuk memahami nikmat hidup di sisi Allah s.w.t.  Benda-benda bermacam-macam bentuk, warna yang cantik  menyegar kan perasaan dan menyerap ke dalam hati yang sentiasa senyum menerima keidahan bumi Allah ini.
                Segala aktiviti kehidupan samada menimba ilmu pengetahuan, bermasyaraka, berkasih sayang semuanya dapat dilakukan dengan mudah  disebabkan adanya nikmt mata. apabila manusia mengkufuri kenikmatan mata maka Allah akan mengambil balik nikmat mata dan akan hidup dalam kegelapan.
                Kesyukuran dan keikhlasan tunjang keimanan kepada Allah. Kita berlaku ikhlas ialah kita melaksanakan sesuatu amal semata-mata kerana Allah, yakni semata-mata kerana iman akan-Nya dan semata-mata kerana mengharapkan akan Dia.
                Ibadat yang dipandang sah oleh Allah, ialah ibadat yang dikerjakan kerana dan untuk Allah sendiri tiada dicemari oleh sesuatu tujuan yang lain. Sesungguhnya ikhlas itulah ruh (jiwa) sesuatu amalan. Maka barangmana amal yang ditunaikan oleh seseorang hamba dengan tak ada ikhlas padanya, hendaklah diyakini, bahawa amalan yang ditunaikan itu tidak mempunyai ruh. Memanglah dan sesungguh ikhlas itu syarat diterima amal.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Dan tiadalah diperintahkan mereka, melainkan supaya mereka beribadah kepada Allah seraya mengikhlaskan hatinya kepada Allah  
lagi condong kepada kebenaran:. (Surah Al-Bayyinah ayat 98).
                Apabila sesuatu pekerjaan yang ada hubungan sesama manusia atau sesuatu amalan yang ada hubungan dengan Allah s.w.t. tidak disertai dengan hati yang ikhlas maka segala pekerjaan dan amalan itu akan tertolak. Sebab itu orang-orang yang dapat mengikhlaskan diri dan amalannya hanya kerana Alla s.w.t. dan tidak  kerana selain dari Dia maka itulah darjat  yang mulia disisi Allah s.w.t..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

Saturday, December 8, 2012

MERASA REDA DAN SYUKUR TERHADAP NIKMAT KEINDAHAN ALAM

 (Disiarkan pada 8. 12. 2012)
Allah s.w.t. dalam wahyu-Nya petama yang disampaikan kepada manusia (Muhammad), melalui Malaikat Jibril, menyeruh manusia supaya membaca. Ia mengulangi tiga kali apabila Baginda Nabi menyatakan dia  tidak pandai membaca! Allah s.w.t. memerintahkan manusia supaya membaca kalam Allah yang tercipta oleh-Nya iaitu alam ini dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang ditarbiahkan dalam dokumen wahyu atau kalam Allah yang terucap iaitu al-Quran.
                Berpangkal daripada membaca dan memahami kejadian diri manusia itu sendiri, kemudian dimurnikan dengan ilmu yang tercipta iaitu alam ini dengan segala kemanfaatannya kepada kehidupan, felosofi pembangunan insan mempunyai kesarasian antara kedua-dua alam tersebut. Membaca alam yang tercipta oleh Allah amatlah diperlukan bagi setiap insan kerana Allah tidak mewujudkan sesuatu itu tanpa kemanfaatan kepada kehidupan.
                Manusia diciptakan Allah lengkap dengan fasilitinya untuk menangani disiplin pemba- ngunan alam maka itu Allah mengamanahkan tanggungjawab sebagai khalifah-Nya untuk memakmurkan alam kehidupan. Manusia dilengkapkan Allah dengan kekuatan mental untuk berfikir mentafsirkan dan mengola pembangunan alam sejagat demi kemanfaatan pada kehidupan berbagai jenis makhluk yang ada di alam ini.
                Melaksanakan amanah Allah dengan jujur dan ikhlas akan membawa manusia merasa redha dan syukur terhadap nikmat keindahan alam. Inilah tanggugjawab  manusia yang mendekatkannya  kepada Zat yang Maha Pencipta. Manusia, dengan kemahiran berfikir serta berbekalkan dengan fitrah mempunyai nafsu syahwat, maka ia mampu mengolah pembangunan mengikut sunatuallah.
                Indahnya alam kepada kemanfaatan kehidupan makhluk Allah, khusus kepada manusia kerana dapat membekalkan berbagai nikmat dan rahmat Allah s.w.t. kepada makhluk yang ada di alam ini. Kewujudan mata hari yang memancarkan suraiannya ke bumi memberi tenaga kepada segala tumbuh-tumbuhan untuk memproses makanan yang dikenali sebagai photosyantesis.
                Setiap makhluk yang hidup memerlukan oksigen untuk bernafas. Oksigen membantu makhluk untuk memecakan makanan dan mengelurkan gas  carbondioksida. Semua proses ini adalah kekuasaan Allah s.w.t. maka itu setiap manusia wajar redha dan bersyukur terhadap nikmat Allah  kepada kehidupan.
                Alam tumbuh-tumbuhan menghijau menyirami keindahan alam menyeronokkan pada mata memandang, disediakan Allah kepada manusia untuk memanfaatkannya. Buah-buahan mengelurkan buah yang manis mempunyai zat pembangunan kepada kesihatan sebagai kekuatan diri melaksanakan ibadah kerana Allah.
                Hujan turun dari langit membasahi bumi memberi kemanfaatan kepada alam tumbuh-tumbuhan dan segala makhluk yang hidup di bumi. Air yang mengandungi nisbah dua hydrogen dan satu oksigen (H2O) membekalkan tenaga kepada kehidupan untuk memprose makanan dalam badan demi mengekalkan kesihatan sebagai pemangkin melaksanakan ibadah kerana Allah.
                Bumi, di mana kehadiran udara yang bersih mengandungi gas oksigen, carbondioksida, hydrogen dan gas-gas yang lain membolehkan makhluk hidup di merata tempat di permukaan bumi. Tarikan bumi membolehkan segala makhluk yang ada di permukaannya dapat berjalan di atas bumi dengan mudah, selesa  dan  pantas mencari nafkah hidup yang ditaburkan Allah di bumi-Nya ini.
                Agak susah hendak membayangkan betapa sukarnya hidup di atas bumi ini jika tidak ada tarikan bumi kepada segala makhluk yang hidup di atasnya seperti halnya keadaan di permukaan bulan di mana gas oksigen dan tarikan bumi tidak ada. Allahuakbar! Allah sahaja yang mengatahui segala kemanfaatan hidup yang disediakan di alam dunia ini.
                Kejadian siang dan malam wajar dipergunakan sebaik mungkin demi kemanfaatan kepada pembangunan kehidupan. Pengurusan waktu dalam ketaatan  kepada Allah s.w.t., di mulai sejak terbit fajar shadiq (iaitu sinar yang memecakan kegelapan malam di atas ufuk menjelang kedatangan waktu subuh). Saat itulah awal minimum kita beribadah, walaupun sebaiknya dimulai sejak sepertiga akhir malam.
                Mendirikan solat wajar dilakukan dengan khusyuk. Ulama menyatakan bahawa khusyuk ialah  menghimpun seluruh  rasa kebesaran Allah (haibah), serta berpaling daripada sesuatu selain Solat. Dalam erti ini tersimpan kesan bahawa khusyuk adalah satu istilah bagi perbuatan hati dan anggota badan zahir.
                Orang yang solat dengan khusyuk, hatinya tidak hadir pada sesuatu selain solat. Demikian juga anggota badan lahir pada suatu selain solat. Demkian juga anggota badan lahir tidak bermain-main dengan salah satu gerakan atau ucapannya.
                Yang dapat  mendorong kita khusyuk dalam solat antara lain menyedari bahawa saat solat, kita berada di hadapan si Maha Raja Diraja yang mengetahui hatinya hati (sir) dan yang sangat tersembunyi. Kita bermunajat kepada-Nya. Kita menyendiri bahawa, apabila kita tidak khusyuk dalam solat, maka  dengan sifat memaksa-Nya, Allah akan menolak solat dan memberi sangsi kepada kita.
                Kerana itulah, jelas Syaikh Muhammad Nawawi berkata, kita harus berusaha bersung guh-sungguh menjaga kehadiran hati dalam solat sejak awal hingga akhir. Apabila dapat menjaganya, kita akan memperoleh banyak kelebihan. Kehadiran hati dalam solat dapat menyinkap hijab. Sedang orang yang solat tanpa kehadiran hati, sama dengan orang melamun, begitulah dikatakan Umar Al-Suhrawardi.
                Keredhaan kita  serta merasa syukur terhadap kewujudan alam ini di mana tumbuhnya punca kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat wajar menjadi pemangkin jiwa melaksana kan ibadah kerana Allah. Allah wujudkan segala makluk di cakerewala alam, semestinya ada manfaatnya kepada kehidupan. Ia menjadi sumber harta yang membina hidup yang bertemadun.
                Harta berasal dari dua sumber, iaitu dari pencarian sendiri yang ada di alam ini; dan kedua  adalah harta yang diterima dengan tiba-tiba, dari pemberian orang, atau beroleh warisan dan mendapat dengan tidak disangka-sangka.
                Harta pencarian yang diusahakan, didapat dari dua sumber pula, halal atau haram. Kalau nyata bahawa barang itu halal, ambillah. Tetapi kalau haram sekali-kali jangan didekati, sebelum terbiasa. Sebab kalau telah terbiasa memakan harta yang haram, amatlah sukar mengubahnya, yang menyebabkan budi pekerti rosak binsa. 
                Kalau amat sukar memperolehi sebenar-benar yang  halal, seperti pada masa sekarang  melainkan dengan susah payah,  ambillah yang paling ringan haramnya, dan yang paling banyak halalnya. Sebab yang haram boleh jadi rikhsah (dibolehkan), kalau memang nyata  tidak ada lagi jalan. Tetapi ikhtiar tidak boleh diputuskan.
                Padomannya ialah hati sanubari yang bersih. Untuk kebersihan hati jangan putus hubungan dengan Tuhan.
                Setelah dijaga hati-hati sumber harta benda yang akan masuk ke dalam perbendaharaan, hendaklah jangan pula ke mana harta itu dikeluarkan. Menafkahkan harta tidak semuanya terpuji dan tidak semua tercela. Yang terpuji ialah harta yang dinafkahkan kepada sedekah yang perlu, atau memberi belanja anak isteri menurut mestinya. Memandang bahawa harta benda  yang ada itu, bukanlah buat keperluan diri sendiri, tetapi untuk keperluan sesama manusia.
                Yang tercela ialah terlalu berlebih-lebihan dan terlalu berkurang-kurangan. Terlalu berlebih-lebihan ialah orang yang berbelanja lebih daripada penghasilan, sehingga tidak sepadan dengan kekuatan dirinya; melupakan yang lebih penting lantaran memperturutkan nafsu mencari yang tidak penting. Suasana sekeliling menyebabkan mencari yang tidak penting.
                Terlalu berkurang-kurangan ialah tidak mahu menafkahkan harta pada yang mesti atau mengurangi dari yang perlu. Orang seperti ini kurang faham tentang kurnian Tuhan kerana apa yang diperolehi dari usahanya adalah ganjaran Allah kepada perlaksanaan ibadah sebagai tawakal.
                Kata-kata pujangga bahasa Inggeris “Ask and you will be given and knock you will be entered.” Lebih kurang maknanya “minta dan anda akan diberi; ketuk pintu dan anda akan dimasukkan”. Meminta dan mengekutuk pintu merupakan tawakal atau usaha untuk memelukan sesuatu pertolongan
                Merasa redha dan syukur terhadap nikmat kehadiran alam perlu kita curahkan usaha sebelum ganjaran dari Allah dapat diperolehi. Menanam padi merupakan ibadah. Bakti yang kita curahkan untuk memanfaatkan bumi adalah tawakal kepada Allah s.w.t. Bukan hanya itu sahaja tetapi pemberian alam kepada pembangunan kehidupan kita bersyukur maka itu usaha untuk menjaga dan memelihara pemberian itu adalah yang amat penting.
                Mengambil air sebagai contoh, setiap manusia memerlukan air dalam segala hal kehidupan. Kita gunakan air untuk minum; air juga diperlukan untuk tumbuh-tumbuhan; air juga boleh digunakan dalam system menjana elektrik untuk memutarkan hidro demi mengeluarkan tenaga elektrik.            
Air dan udara adalah keperluan utama setiap yang bernama hidup. Keperluannya dalam hidup memerlukan usaha manusia menjaganya supaya jangan banyak membazir air dan juga menjaga kebersihan air dan udara agar ia tidak dicemari dengan berbagai kerenah manusia. Menjaga dan memelihara kebersihan alam bermakna kita redha dan bersyukur atas pemberian Allah dalam membangunkan kehidupan.
Kesempurnaan syukur itu sebenar-benarnya  suatu budi  yang luhur tinggi. Orang yang bersyukur itu adalah orang yang menghargai nikmat. Menghargai nikmat, menunjukkan kepada ketinggian budi dan berhaklah orang yang bersyukur itu untuk memperoleh tambahan nikmat itu. Orang yang tiada besyukur, dinamai orang yang kufur (tidak tahu dan tidak mahu menghargai nikmat).
Al-Quran dan Al-Hadis telah memberikan tuntunan yang sejelas-jelasnya dalam hal bersyukur, baik bersyukur ke hadirat Allah atas rahmat-rahmat-Nya yang tidak terhitung hingga itu, mahupun bersyukur kepada sesama manusia. Lebih jauh, syukur itu melengkapi kepada beberapa makna:
Pertama, merasa gembira atas sesuatu pemberian atau pertolongan seseorang yakni atas keihsanan orang itu. Kedua, menyatakan kegembiran itu dengan ucapan dan perbuatan. Ketiga, memelihara pemberian atau pertolongan itu dengan sebaik-baiknya dan dengan semestinya, serta mempergunakan menurut cara utama yang dikehendaki oleh yang memberi nikmat atau pertolongan itu sendiri.
Membalas pemberian atau pertolongan-Nya, ialah dengan mempergunakan nikmat-nimat yang telah Allah berikan dengan cuma-cuma itu pada tempat-tempat yang dikehendaki dan menurut cara-cara yang diredhai oleh Allah sendiri. Dan membalas pemberian dengan pemberian atau pertolongan dengan pertolongan dan sekurang-kurangnya dengan doa yang baik saja.
Murnikan hidup anda di alam ini dengan redha dan syukur terhadap nikmat keindahan alam yang berupa rahmat Allah s.w.t. kepada hambah-Nya. Laksanakan kekhalifahan anda
sekhlas-ikhlas yang boleh agar terjamin ganjaran pahala dari Allah s.w.t. yang amat Pengasih dan Amat penyayang itu sebagai tikit untuk memasuki syurga Firdaus.

PENYAKIT JIWA MENDIDIK KITA TENTANG UJIAN HIDUP

 (Disiarkan pada 1. 12. 2012)
Keadaan alam semula jadi sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa terutaam sekali di kawasan-kawasan yang jauh dari khatulistiwa (equator) atau garis lintang bumi. Di kawasan-kawasan bahagian kutub utara dan kutub  selatan, bumi mempunyai empat musim iaitu musim panas (summer),  musim sejuk (winter), musim luruh atau gugur (autumn), dan musim bunga (spring)
                Begitu juga jiwa manusia, akan mengalami berbagai perubahan dan pengaruh. Ada yang penuh kedamaian, tenang dan bahagia, namun ada juga yang gelisah dan tidak tentu arah. Ramai orang yang tidak tahu apa sebabnya mereka gelisah dan tidak tenang. Mereka merasakan jiwa yang hampa dan kosong, meskipun sebenarnya mereka memiliki harta yang banyak.
                Fisikal atau jasmani manusia juga sentiasa mengalami perubahan seperti tidak sihat atau sakit, mengalami berbagai penyakit yang memuderatkan prestasi ibadah, tenaga menjadi kendur dan tidak bermayah apabila usia meningkat warga emas dan sebagainya. Jika fisikal memiliki
berbagai macam pemyakit maka jiwapun demikian pula.
Firman Allah yang bermaksud: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat-menasihati supaya menjalankan kesabaran.” (Al-Ashr: 1-3)
                Mereka yang rugi adalah mereka yang memiliki jiwa yang kosong, selalu ditimpa keresahan dan kebimbangan. Mencari kebahagiaan hidup dengan menuruti kehendak hawa nafsi belaka, mengikuti arus zaman yang semakin lari dari kebenaran. Kebenaran yang diagungkan  bukanlah kebenaran menurut konsep Allah s.w.t.. Namun kebenaran menurut pemikiran mereka sahaja, yang direka sesuai dengan kehendak nafsu dan selera mereka sendiri.
                Kerana tidak memiliki kefahaman tentang agama serta tidak menjalankan ajaran Islam, menyebabkan  orang tidak dapat menolong mententeramkan hatinya sendiri. Sebab ilmu penge- tahuan lebih banyak hanya mengisi fikiran tetapi tidak menolong tentang ketenangan perasaan dan jiwa.
                Penyakit-penyakit kejiwaan atau penyakit rohani hanya akan menimbulkan keresahan, kebimbangan, kesunyiaan, kosong hati, rendah diri, putus asa dan sebagainya. Ini terjadi umumnya pada mereka yang telah  banyak melakukan berbagai kesalahan dan dosa besar. Sehingga dengan sendirinya, hari demi hari keresahan itu bersarang di dalam jiwa.
                Orang yang mempunyai penyakit jiwa atau penyakit rohani tidak mampu mengetahui bahawa ia mempunyai masalah peribadi tersebut tetapi orang lain mengetahuinya bahawa masalah itu menginap pada dirinya. Sebagai contoh, merasa sombong; ia tidak tahu bahawa dia mempunyai pembawaan diri yang bersifat sombong, maka ia tidak sedar perwatakannya terhadap orang lain adalah bersifat tanpa ukhuwah kemanusiaan.
                Penyakit jiwa berbeza dengan penyakit jasmani. Penyakit jiwa atau penyakit rohani, orang yang lebih tahu tetapi orang yang mempunyai penyakit tersebut tidak mengetahuinya.  Penyakit jasmani ini kita yang lebih maklum daripada orang lain. Mengambil contoh yang paling ringan sahaja, mengalami penyakit bisul di bahagian anggota badan seperti peha. Orang tidak tahu bahawa kita ada masalah peribadi dalam jasmani kita. Sambil bergurau kawan kita memukul bahagian yang mempunyai bisul. Kita akan melenting kesakitan dan marah terhadap guruwan kawan kita.
Penyakit jiwa itu antara lain ialah sifat buruk dan merosak dalam batin manusia dan mengganggu kebahagiaan; ia merupakan  sikap mintal yang buruk, merosak dan menghalangi peribadi daripada memperoleh keredhaan Allah s.w.t. dan; ia juga merupakan sifat dan sikap di dalam jiwa yang tidak diredhai oleh Allah s.w.t. dan sikap mental yang mendorong peribadi melakukan perbuatan buruk  dan dilarang oleh agama.
                Banyak lagi sebab-sebab seseorang itu dapat dihinggapi penyakit jiwa seperti dengki, hasad, nifak, cemas, pengecut, pemalas, dukacita, lemah, bakhil, sombong, zalim dan lain-lain lagi. Semuanya itu merupakan gejala-gejala penyakit jiwa yang boleh terjadi pada setiap manusia.
                Di dalam Al-Quran banyak yang diterangkan tentang gejala-gejala penyakit jiwa itu. Salah satu di antara penyakit jiwa itu ialah lemah dalam menganalisa kebenaran. Hati mereka tertutup oleh kabus dosa, sehingga tidak dapat melihat kebenaran yang ditujuk oleh Allah.
                Firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan): “Dan adapun orang-orang yang berpenyaki  di dalam hati  mereka (hanyalah) menambahkan kekotoran bersama kekotoran mereka (yang sedia ada), dan mereka mati dalam keadaan kufur.”  (Al-Taubah: 125.)
Bagi mereka yang sedang dihinggapi penyakit  ragu-ragu, syak dan kufur  dengan Allah, maka setiap surah  al-Quran diturunkan akan menambahkan lagi kotornya jiwa mereka yang pada mulanya telah  sedia ada diselaputi oleh kekotoran sehingga  menjadi tebal – tidak mungkin dapat dibersihkan lagi – akhirnya  matilah mereka berkeadaan kufur.
Kemudian Allah memperjelaskan lagi dalam firman-Nya yang bermaksud (terjemahan): “Mengapa mereka tidak mengembara di muka bumi (supaya dengan melihat kesan-kesannya) dapatlah hati mereka memahami atau telinga mereka mendengar? Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi hati yang ada di dalam dada itulah yang buta.” (Al-Hj: 46)
 Allah menganjurkan kepada orang-orang kafir Quraisy yang mendustakan keterangan-keterangan Allah  dan mengingkari kekuasaan-Nya. Mereka dianjurkan, bukankah baik  kalau mereka mengembara ke luar negeri? Untuk melihat kesan-kesan dan bekasnya, bahawa pendu- duknya pada masa yang silam dibinasakan, seperti kaum ‘Ad, kaum Thamud, kaum Nabi Lut dan juga kaum Nabi Syu’aib.
Dapatlah hendaknya mereka melihat dengan mata kepala mereka dan mendengar dengan telinga mereka mengenai sejarah negeri tersebut serta khabar beritanya. Begitu pula hendaklah 
mereka memikirkannya dan mengambil contoh teladan daripadanya, agar mereka mengetahui apa yang telah menimpa umat tersebut, dapat dijadikan pengajaran, lalu bertaubat kepada Tuhan, dan memikirkan buktinya yang telah  terpapar di dalam sejarah.
Orang yang telah dihinggapi penyajit kejiwaan ini, tidak senang melihat orang lain senang. Mereka berburuk sangka. Suka curiga dan memfitnah orang lain. Sebagaimana firman Allah s,w,t.  yang bermaksud (terjemahan): “Dan ingatlah ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: “Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya.” (Al-Ahzab: 12)
Segala macam penyakit kejiwaan itu hanya membuat seseorang menjadi tidak sihat. Penyakit  jiwa itu datang dari diri sendiri, dan jika dibiarkan akan merosakkan diri kita sendiri. Pada asasnya manusia adalah makhluk yang lemah, selalu melakukan kesalahan-kesalahan. Manusia selalu ditipu oleh hawa nafsunya sendiri dan syaitan-syaitan, yang menjadi manusia hina di sisi Tuhannya.
Ingatlah pesan Allah s.w.t. maksudnya: “Dan syaitan  mengganggu dengan sesuatu gangguan, maka mohonlah  perlindngan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah  Maha Mendengar  lagi Maha Mengetahui.”  (Fussilaat: 36)
Allah mengingatkan, kalau syaitan memalingkan hatimu  dari mematuhi syariat Allah yang menyuruh  menolak keburukan itu dengan  kebaikan, hendaklah berlindung  dengan Allah dari tipudayanya, bahkan teruskan niatmu yang baik itu dan jangan menurut kemahuan syaitan.
Kesihatan jiwa atau mental itu juga merupakan kemampuan terhadap diri individu dalam merasakan setiap kebahagiaan, kekuatan diri dan memahami akan erti harga diri. Seorang yang
dapat menghubung-kaitkan fungsi jiwa mereka dengan sesuatu yang positif dan kebaikan adalah orang yang berusaha agar dirinya dan jiwanya tetap dalam keadaan sihat.
                Jika seseorang dalam keadaan terganggu jiwanya, selalunya akan mempengaruh terhadap perasaan, fikiran, kelakuan dan kesihatan fisikal. Prasaannya akan merasa cemas, takut, iri, dengki, sedih tanpa alasan yang dapat diterima, marah terhadap sesuatu yang remeh temeh, selalu dalam kebimbangan, perasaan tertekan, putus asa, acuh ta’ acuh dan lain-lain
Jika jiwa atau mental seseorang terganggu, kemampuan berfikir menjadi berkurang, tidak dapat memusatkan perhatian, menjadi orang yang mudah pelupa, serta tidak dapat meneruskan usaha yang telah direncanakan. Begitu juga akan  berpengaruh kepada sifat-sifat yang negatif.
seperti nakal, pendusta, pengganggu dan penganiaya orang lain, menyinggung perasaan orang lain dan sebagainya.           
Gangguan jiwa juga dapat menyebabkan terjejasnya  kesihatan fisikal, serta dapat menimbulkan berbagai penyakit. Jiwa seseorang yang tidak sihat, membuat  dirinya menjadi tidak terurus, tidak menghiraukan aturan kehidupan yang sempurna, akhirnya berbagai penyakit akan datang menimpa.
Penyakit jiwa seperti putus asa, kecewa, dengki, bakhil, cinta dunia dan sebagainya itu, meskipun tidak nampak oleh mata, namun kita tidak dapat menafikan bahawa jumlah orang yang sakit jiwa itu lebih ramai  dibandingkan dengan jumlah orang yang sakit fisikal. Mungkin saja setiap kita sekarang ini sedang mengalami sakit kejiwaan.
Mereka yang diserang sakit kejiwaan, adalah mereka yang lupa akan tujuan hidup mereka di dunia yang fana. Kebanyakan kita berlagak dan sombong seakan-akan hidup di dunia ini untuk selama-lamanya. Pada hal tanggungjawab kita sangat berat sekali. Sebagaimana firman Allah s.w.t. maksudnya (terjemahan):
“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 21)
Tuhan menyeruh dengan menggunakan perkataan: “Wahai manusia”, iaitu seruan kepada manusia yang mukalaf yakni yang sudah sewajarnya dibebani  dengan tuntutan-tuntutan dan tanggugjawab-tanggungjawab sebagai sifat sifatnya makhluk dengan khaliknya, atau sebagai sifatnya hamba dengan Tuhannya.
Jika jiwa ingin tetap sihat, hadapilah  suatu pekerjaan itu dengan tenang, sebab apabila suatu pekerjaan dikerjakan dengan tergesa-gesa, maka semakin lama pekerjaan itu dapat disiapkan. Jika kita inginkan matlamat dari pekerjaan kita itu dengan hasil yang baik, teruskanlah  dengan cara yang baik  sehingga  sampai apa yang dicita-citakan. Jadilah seperti pohon pisang, pantang mati sebelum berbuah.
Umat Islam pada abad moden ini bagaikan suci dalam debu. Ertinya kesucian dan kebenaran yang ada di dalam Islam sedikit demi sedikit mulai ditutupi dengan kemungkaran, debu kezaliman, debu kebodohan, keimanan, kekufuran, kemusyrikan, dan kefasikan. Sehingga kebenaran Islam mulai dihilangkan oleh umat Islam itu sendiri, dengan corak kehidupan dan aturan yang dibuatnya sendiri yang lari dari tuntutan Islam.
Semuanya terjadi lantaran di antara umat  Islam tidak mahu mempelajari akan ajaran Islam secara benar dan menyeluruh. Mempelajari  Islam tidak lebih hanya ingin memenuhi keperluan tertentu saja. Islam yang dimiliki hanya bersifat keturunan atau hanya sekadar pengakuan. Islam dipelajari tatkala seseorang ingin nikah dan sebagainya., asalkan ada manfaat terhadap diri sendiri bukan merupakan tanggungjawab. Begitu sempit pengertian Islam, kalau hanya digunakan untuk keperluan tertentu saja. Padahal Islam mengandungi nilai-nilai yang  luas mencakupi segala aspek kehidupan manusia.