Saturday, December 22, 2012

KITA DENGAN ALAM


KITA DENGAN ALAM
(Disiarkan pada 22. 12. 2012)
Fenomena alam mempunyai keserasiahan hidup antara satu alam dengan alam yang lain. Alam terbahagi kepada dua kategori iaitu alam yang hidup dan alam yang mati atau tidak aktif. Segala kewujudan sesuatu fenomena dalam cakerewala alam ini sama ada yang nyata mahupun yang ghaib dipanggil alam kecuali Allah swt. Allah bukan alam tetapi Zat Allahlah yang mewujudkan segala alam yang ada di dunia mahupun di akhirat.
                Sejarah menyatkan bahawa makhluk manusia dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah Allah iaitu sebagai khalifah-Nya. Amanah ini telah diberi kepada makhluk malaikat tetapi menolaknya, tidak sanggup menanggung tugas yang berat itu. Manusia sebagai hamba Allah yang dibekalkan dengan berbagai fasiliti pembangunan hidup seperti kemahiran berfikir, akal, kasih sayang, nafsu dan sebagainya menerima tugas sebagai khalifah Allah s.w.t.
                Tugas sebagai khalifah Allah adalah memakmurkan alam kehidupan seperti manusia, haiwan, alam tumbuh-tumbuhan dan makhluk-makhluk lain yang tidak hidup atau  bernyawa. Semua alam yang ada di bumi Allah ini atau di alam nyata mahupun di alam ghaib mempunyai keserasian hidup antara satu alam dengan alam yang lain.
                Manusia adalah makhluk Allah yang termasuk dalam kumpulan haiwan yang dipanggil sebagai omnivorous atau omnivore yang memakan semua jenis makanan seperti tumbuh-tumbuhan, ikan dan daging. Kumpulan haiwan yang hanya memakan tubuh-tumbuhan sahaja dikategorikan sebagai herbivorous, seperti sapi, kambing, arnab dan sebagainya. dan kumpulan haiwan yang memakan daging sahaja ialah carnivorous atau maging.
                Maka itu fenomena alam mempunyai kesarasihan hidup antara makhluk dengan makhluk yang hidup di bumi  Allah ini. Disiplin kehidupannya mempunyai matarantai antara satu dengan yang lain. Sebagai contoh ikan di laut memakan lumut-lumut iaitu sejenis tumbuhan dalam laut. Ikan dimakan oleh ikan besar dan ikan besar dimakan oleh manusia dan sebagainya. Kewujudan berbagai makhluk ada kemanfaatannya kepada kehidupan lain.
                Kita dengan alam mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kehidupan dan kebajikan alam terutama sekali kebersihan udara, air, dan keselamatan haiwan khususnya haiwan ternakan. Alam tumbuh-tumbuhan mempunyai banyak kemanfaatannya kepada kehidupan manusia. Dengan bantuan cahaya mata hari dan kehadiran gas oksigen dan air, tumbuh-tumbuhan dapat memproses makanannya  sendiri untuk membesar dan mengelurkan buah demi kemanfaatan haiwan yang bebas  hidup di alam ini termasuklah juga makhluk manusia untuk menseimbang kan makanan sebagai faktor kesihatan kehidupannya.
                Kebersihan air serta udara adalah keutamaan dalam segala-galanya sebab tanpanya segala makhluk yang bernama hidup tidak mampu membiak dan akan pupus ditelan zaman. Manusia sendiri dalam komposisi badannya, kehadiran air dalam badan amat sangat penting demi memelihara kebahagiaan dan kesihatan hidup. Badan mempunyai tiga suku air untuk memboleh kan jasmaninya berfungsi dalam hal memecakan makanan yang dikenali sebagai metabolis atau metabolisme.
                Proses metabolisme dalam badan samada manusia mahupun haiwan amat penting dalam kehidupan kerana makanan pepejal yang dimasukkan melalui mulut akan dihancurkah oleh gigi sebelum makanan itu disalurkan ke dalam perut di mana pemprosesan itu berlaku untuk menjadi zat makanan. Zat makanan ini digunakan untuk membentuk sel-sel pembangunan seperti membesar dan menggerakkan berbagai organ dalam badan untuk melaksanakan fungsinya.
                Dalam hal fenomena manusia, proses pembangunan itu amat kompleks sekali sebab segala pergerakan badan adalah arahan dari otak untuk melaksanakan. Fungsinya otak akan menerima arahan dari roh kepunyaan Allah s.w.t. Roh adalah bahagian dalam badan manusia yang mempunai daya berfikir (berperasaan, dan berkemahuan); roh adalah satu kekuatan di sebalik sesuatu yang seni.
                Kepincangan umat  Islam pada hari ini adalah disebabkan oleh ketiadaan roh Islam, di dalam kehidupan dan amalan sehari-hari. Roh merupakan benda yang hidup tidak berjasad yang berfikiran dan berperasaan. Unsur kejadiannya tidak sama dengan manusia (malaikat), jin, syaitan dan lain-lain.
                Manusia dipilih Allah sebagai khalifah-Nya untuk memakmurkan alam kehidupan. Maka itu ia dibekalkan berbagai fasiliti seperti akal dan fikiran serta perasaan kasih sayang dalam hubungannya dengan makluk Allah yang lain. Di samping itu juga manusia mempunyi nafsu untuk membangunkan diri dan alam kehidupan dengan syarat nafsunya bertemankan dengan akal sebagai rasul dalam diri seorang mukmin.
                Memakmurkan alam kehidupan bermuara dengan felosofi kehidupan manusia sebagai makhluk yang berfikir atau thinking animal. Manusia merupakan makhluk yang mempunyai system kehidupan yang amat komplek berbanding dengan kehidupan makhluk yang lain. Kehidupannya ditadbir oleh perundangan serta disiplin pembangunan yang amat seni dan komplek.       
                Kewujudan makhluk manusia adalah disebabkan adanya roh yang Allah ciptakan. Maka itu philosophy atau falsafah pembangunan kehidupannya terbahagi kepada dua kategori iaitu pembangunan jasmani dan pembangunan rohani. Oleh sebab pembangunan kehidupan manusia adalah dalam dua unsur maka disiplin atau system kehidupan yang bermanfaat yang dijamin mendapat keredhaan Allah s.w.t. demi mencapai kebahagian hidupnya sama ada di dunia  mahupun di akhirat kelak wajar diberi keutamaan kepada pembangunan rohani.
                Analogi alam yang biasa kita gunakan ialah: “Kalau kita menanam padi tanpa diundang rumput turut sama tubuh subur; tetapi jika kita tanam rumput jangan mimpi  padi akan turut tumbuh.” Ia membawa pengertian bahawa rumput itu dianalogikan sebagai alam dunia dan padi itu dianalogikan sebagai alam akhirat.
                Mengutamakan kebajikan alam akhirat seperti mentarbiahkan diri mengenai ilmu tauhaid lebih diutamakan daripada memelihara alam dunia semata, sebab dengan memurnikan system pendidikan ilmu akhirat iaitu yang dikenali sebagai pembangunan rohani maka dengan sendiri nya alam dunia akan turut sama terbela. Tetapi, jika keutamaan diberi kepada pembangunan dunia (jasmani)semata,  maka pembangunan akhirat akan terbengkalai.
                Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini. Kesan kemajuan global telah banyak berubah cara hidup lama. Orang mulai membaca akhbar dan mengirim berita pantas melalui e-mail, malah ramai yang berurus niaga melalui internet. Hiburan, berita dan maklumat, yang kebanyakannya disajikan oleh media Barat  sampai terus ke bilik tidur dengan nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan secara tempatan.
                Alat-alat canggih pengguna terpasar luas lalu menggantikan peralatan lama; bahasa Melayu dituturkan separuh melayu separuh Inggeris seolah-olah sekerat ular sekerat belut. Dan secara ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru. Dunia siber sudah  bertapak dalam hidup kita.
                Imarah (memakmurkan bumi) merupakan amanah Allah s.w.t. kepada manusia sebagai khalifah-Nya, sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan) “Dialah (Allah) yang menciptakan  kamu dari tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya….” (Hud: 61)
Memakmurkan bumi adalah sebahagian daripada ibadat serta melaksanakan tugas sebagai khalifah. Sementara ibadat menurut pengertian yang luas adalah meliputi khalifah dan memakmurkan bumi. Tidak dinamakan khalifah tanpa ibadat dan memakmurkan bumi. Amal yang dikehendaki oleh Islam  ialah “amal soleh”. Soleh adalah ungkapan al-Quran yang luas pengertiannya. Pengertiannya merangkumi semua amal yang membawa  kebaikan kepada agama dan dunia serta kepada individu dan masyarakat. Ia merangkumi ibadat dan muamalat atau amal kehidupan dan kematian sepertimana yang diunggkapkan  oleh para ulama Rahimahumullah.  
                Al-Quran al-Karim telah dijelaskan bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan langit dan bumi, kematian dan kehidupan serta menjadikan di atas bumi sebagai perhiasan kepadanya untuk matlamat yang jelas. Matlamat tersebut disimpulkan di dalam firman-Nya yang bermaksud (terjemahan) “Untuk dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.” (al-Mulk: 2).
                Serta firman Allah yang lain yang bermaksud (terjemahan): “Untuk kamu menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya.” (al-Kahfi: 7)
                Allah s.w.t. tidak mahukan amal-amal biasa dari manusia atau sekadar amal baik dari manusia, sebaliknya Allah mahukan “amal yang terbaik” dari manusia. Persaingan antara manusia bukanlah antara amal jahat dan amal baik sebaliknya antara amal baik dengan amal yang terbaik.
                Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dan produktif sehingga sampai  ke detik terakhir kehidupannya. Amal adalah ibadat dan satu kerja yang mendekatkan diri kepada Allah, sama ada manusia dapat menikmati hasilnya ataupun tidak. Jikalau umat Islam memahami ini, nescahaya Allah akan bukakan pintu rezeki kepada mereka sama ada di langit  maupun di bumi.
                Memakmurkan kehidupan, Islam mendidik seorang mukmin melaksanaka syura di dalam kehidupan individu. Apabila hendak melakukan sesuatu perkara penting, yang terdapat pelbagai kecendrungan, pandangan keinginan serta menjadikan seseorang itu teragak-agak melakukannya, agar mengambil dua jalan bagi membantunya membuat keputusan yang tepat.
                Pertama, bersifat Rabbani (kerohanian) iaitu beristikharah (memohon ketentuan) dari Allah s.w.t. dengan bersolat dua rakaat yang disusuli dengan doa yang mengandungi permintaan dari Allah agar memberi pilihan kepadanya antara dua perkara sama ada berkenaan dengan urusan agama atau dunia.
                Kedua ialah yang bersifat kemanusiaan iaitu bermesyuarat degan orang dipercayai pandangan, pengalaman, nasihat dan keikhlasan. Dengan melakukan kedua perkara ini bermakna seseorang itu telah menggabungkan antara istikhara kepada Allah dan bermesyuarat sesama makhluk. Umat Islam amat mengingati tentang warisan Islam yang telah mengungkapkan: “Tiada kerugian bagi orang yang beristikharah dan tiada penyeselan bagi orang yang bermesyuara.”
Para sahabat Radhiyallahu’anhum telah meminta pandangan Rasulullah s.a.w. di dalam banyak urusan peribadi mereka. Lantaran Baginda s.a.w. memberi pandangan yang dianggapnya sebagai tepat, paling tepat  atau paling baik.
Al-Quran telah menjadi syura sebagai an tara elemen pembentuk yang penting bagi sesebuah masyarakat Islam. Perkara ini boleh dilihat  di dalam ayat-ayat  al-Quran yang diturun kan di Makkah yang membangunkan tiang-tiang serta meletakkan asas-ass kehidupan Islam. Permesyuaratan telah dijadikan sebagai salah satu sifat  orang-orang yang beriman serta digandingkan dengan sifat-sifat orang-orang yang beriman serta digandingkan dengan sifat-sifat utama yang lain yang mana keislaman tidak akan sempurna tanpanya.
Firman Allah surah yang bernama “al-syura”yang bermaksud (terjemaan): Maka sesuatu apapun yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan apa yang ada disisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal. Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara keji, dan apabila mereka marah mereka memberi seruan Tuhannya dan
mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan mesyuarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (al-Syura: 36-38)

No comments:

Post a Comment