(Disiarkan pada9. 2. 2013)
Wujudnya perasaan kasih sayang atau
cinta antara lelaki dan perempuan dalam tamadun kehidupan manusia maka
berlakulah pembiakan zuriat manusia dari dahulu hingga sekarang. Persoalannya
ialah mengapakah perasaan kasih sayang atau rasa cinta itu wujud dalam hati
kedua-dua lelaki dan perempuan?
Untuk memahami fenomena tersebut
haruslah menyelidiki dari kejadian manusia pertama iaitu Adam dan Hawa. Para
ulama antara bangsa telah berbincang mengenai fenomena berkenaan, bertempat di
Universiti Al-Azhar, telah mendapat kata putus bahawa kedua-dua makhluk manusia
(Adam dan Hawa) asalnya dari badan yang satu. Apabila Allah jadikan Hawa dari
tulang rusuk Adam maka terkeluarlah sebahagian daripada jasad adam secara
ghaib.
Maka disitulah wujudnya perasaan cinta
kerana Adam ingin benar mendapat kembali bahagian yang hilang dan begitu juga
keadaannya kepada Hawa ingin betul mencari asal usulnya. Kedua-dua mereka,
lelaki dan perempuan, apabila bertemu jodoh bermaksud tarikan hendak
mendapatkan semula dan ingin kembali kepada asal adalah yang biasa dikenali
sebagai jodoh.(Ustaz Abu Hurairah - University Al-Azhar)
Perasaan kasih sayang yang ingin kita
bina dalam generasi manusia ialah perasaan ukhuwah kemanusiaan. Kasih sayang
ini tertanam dalam hati sanuberi setiap insan yang telah dimurnikan oleh
seorang ibu yang melahirkan anak. Walaubagaimana pun perasaan kasih sayang yang
ada pada anak itu sebenar dipusakai dari kedua ibubapa.
Kebahagiaan hidup seorang insan terletak
kepada kehadiran kedua ibubapa. Merekalah membuntuk peribadi mulia anak hingga
terbinanya perasaan kasih sayang antara ibubapa dengan anak yang akan
menjadinya mengenali perasaan yang sama terhadap sesama manusia. Pengenalan
kepada suasana kasih sayang dengan orang di sekelilingnya akan dimurnikan atau
ditarbiahkan oleh Islam iaitu wahyu dari Zat yang Maha Pencipta maka akan
membawa anak itu untuk mengenali felosofi ukhuwah kemanusiaan.
Manusia dikenali sebagai makhluk yang
bersosial. Tanpa kehadiran orang lain tidak banyak yang boleh dilakukan kerana
kejayaan itu sebenar akan menggamit kebahagiaan atau kasih sayang yang akan
mendekatkannya kepada jiran sekeliling kelak mendidiknya untuk memahami
disiplin tersebut sebagai keredhaan Allah s.w.t. Zat yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang.
Hidupnya seorang insan wajar mengenali
perasaan kasih sayang kerana manusia
adalah makhluk bersosial maka memerlukan kehadiran orang lain. Perasaan
kasih sayang perlu dalam perlaksanaan aktiviti seharian yang membabitkan perlaksanaan beberapa tugas yang tertentu
bagi memenuhi tanggungjawab kepada diri dan tanggungjawab kepada manusia
lain. Secara khusus, aktiviti, aktiviti seharian membabitkan dua kegiatan,
iaitu aspek ilmu dan aspek amal.
Aspek ilmu melibatkan dua kegiatan,
iaitu pembinaan kefahaman tentang
perkara yang halal dan haram menurut
persepktif Islam, dan pembinaan kefahaman tentang kehidupan yang sempurna seperti
yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.w.s.. Perlu ditegaskan di sini bahawa
Rasulullah adalah perlaksanan al-Quran dan penjelmaan bagi ajaran Islam.
Dalam aspek amal pula kita antara
lainnya perlu mengamalkan
lapan jenis adab yang khusus, iaitu adab makan dan minum,, adab
perkahwinan, adab berusaha dan bekerja, adab pergaulan sosial, adab
mengasingkan diri, adab berjalan jauh, adab menikmati muzik, dan adab
menggalakkan kebaikan serta mencegah kemungkaran.
Menyayangi sesuatu amal bererti kita
rasa khusyuk melaksanakannya dengan iringan doa meminta keredaan Allah s.w.t..
Maka itu kelahiran adab pada amalan berkenaan amatlah penting. Amal tanpa
diserikan dengan adab tidak melahirkan perasaan sayang pada ibadat berkenaan.
Menempuhi
perkahwinan tanpa adab, sebagai contoh, akan hilang kemanisannya berumah
tangga. Apabila sifat manis itu tidak ada maka kasih sayang akan dengan
sendirinya lenyap dari perasaan dan musibah keruntuhan berkeluarga akan
menjelang bila-bila masa.
Adab makan dan minum adalah
sesuatu amal yang wajar dititik beratkan sifat-sifat khusyuk dan tawadhu agar timbul rasa kasih sayang
dalam ibadat makan kerana Allah. Segala yang kita makan dan minum adalah rezeki
dari Allah yang pengasih dan penyayang. Kalau kita sayangkan kesihatan tubuh
badan kita maka makanan yang disuapkan ke dalam mulut wajar bersifat bersih dan
halal yang Allah redai maka wajar kita rasa khusyuk dan tawadhu memikirkan
kebersihan makanan berkenaan.
Adab berusaha dan berkerja
memerlukan sifat kasih sayang diri terhadap ibadat berkenaan kerana tanpanya
ibadat itu tidak akan sempurna dilaksanakan. Kesempurnaan dalam mengerjakan
ibadat, Allah kasih dan redha kerana sifat perlaksanaan adalah ikkhlas dan
jujur kerana Allah maka di situlah dapat memikirkan ganjaran pahala
dari-Nya.
Sebagai makhluk bersosial
pergaulan antara sesama memerlukan adab-adab kemanu- siaan. Antara adab-adab
bersosial ialah hormat menghormati, kasih mengasihi serta saling bantu membantu
antara satu dengan lain dalam segala hal muamalah. Amalan-amalan yang dilaksana
kan dengan kesungguhan serta ikhlas merupakan tawakal kerana Allah.
Tawakal merujuk penyerahan nasib
diri dan nasib usaha kita kepada Allah
setelah kita berikhtiar dengan bersungguh-sungguh serta jujue untuk
melaksanakan sesuatu tugas dan kita berdoa dengan ikhlas kepada Allah untuk
mendapat kebaikan daripada usaha yang kita telah lakukan. Semangat tawakal
sebenar mengimplikasikan bahawa kita sedar
dan yakin bahawa penentuan terakhir berada pada kekuasaan Allah.
Sesungguhnya Allahlah yang menentukan
kebaikan, kejayaan, dan kebahagiaan hidup manusia. Bagaimanapun, Allah
menetapkan sesuatu ketentuan di atas diri manusia dengan adil. Allah berfirman yang bermaksud
(terjemahan): “Dan (ingatlah)
sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim terhadap hamba-hamba-Nya.”
(Surah Ali Imran 3:18).
Manusia sebagai khalifah
Allah perlu memelihara hubungannya dengan makhluk lain. Perlu diingat bahawa manusia adalah
lebih tinggi darjatnya dari Malaikat dan binatang. Kita diberi akal untuk menimbang yang mana benar dan yang mana
salah atau yang mana suruhan Allah s.w.t.
dan yang mana larangan-Nya serta yang mana ajakan syitan dan larangan-Nya. Tetapi yang
mendukacitakan ialah ramainya orang yang melakukan perbuatan yang boleh
menghumbankan diri mereka kedalam azab dan jurang kemusnahan. (Karangan Bahasa
Malaysia Sijil Persokolahan m.s. 145 Omar Brothers Pulication)
Al-Quran melukiskan penilaian
yang rendah terhadap kehidupan dunia ini. Ianya sebagai permainan, peleseran, perhiasan dan sebagainya seperti
firman Allah s.w.t. yang bermaksud (terjemahan) “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan
dan suatu yang melalaikan (peleseran), perhiasan dan bermegah–megah antara
kamu serta berbagga tentang banyak harta
dan anak seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengkagum kan para petani
kemudian tanaman itu menjadi
kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian dia menjadi hancur. Dan akhirat
(nanti) ada azab yang keras dan ke ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya dan
kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid
20)
Allah
memaklumkan dengan perempumaannya mengenai hal ehwal kehidupan dunia , yang
cepat menghilang: Wahai sekalian manusia, ketahuilah oleh kamu! Sesungguhnya kehidupan di dunia
ini, tidak lain yang diagung-agungkan
oleh manusia hanyalah mengadakan permainan demi permainan yang akan memenatkan
orang seperti kanak-kanak yang dipenatkan
oleh permainannya.
Dan senda gurauan yang melalaikan daripada mentaati Allah dan
daripada mengingat akhirat – hanya untuk bersuka-suka sahaja.
Dan merupakan perhiasan, yang dengannyalah orang-orang
yang jahil itu menjadikan nya bermacam-macam model pakaian yang cantik-cantik,
dipakai untuk menghiasi kendraan yang
bagus-bagus dan melengkapkan rumah-rumah besar yang mewah dengan beraneka
rekresi yang menarik.
Meggahkan keturunan,
kebangsawanan, nama dan pangkatnya yag tinggi serta kekuasaan nya yang besar
terhadap golongan lain yang kurang dan lebih
rendah daripadanya.
Mengumpulkan harta daripada
hasil yang dimurkai Allah lalu membangga-banggakan kepada hamba-hamba yang
mentaati Allah dan dibelanjaankannya pula pada perkara yang dimurkai Allah.
Inilah gambaran kehidupan dunia
laksana bunga-bunga yang indah yang akan layu dan fana dan merupakan
nikmat-nikmat menyenangkan yang cepat
menghilang. Telah digambarkan oleh Allah seperti air hujan yang turun
dengan lebatnya menimpa bumi, akan menyuburkan tanam-tanaman menyebabkan petani
merasa kagum melihatnya dan bergembira mendapatkan hasilnya. Tetapi sayang!
Kemudian para petani itu keadaannya
bertukar menjadi panik apabila melihat
tanam-tanaman tersebut berubah
menjadi kering, warnanya kuning,
Agama Islam tekah memberikan
suatu pegangan kepada manusia supaya
menjaga keseimbangan antara lepentingan hidup
duniawi dengan kepentingan hidup ukhrawi. Matlamat hidupnya diarahkan
kepada persiapan hidup di akhirat di
samping tidak mengabaikan dirinya untuk kemajuan dunia.
Sikap inilah yang digambarkan
oleh Allah s.w.t. sebagai sifat orang-orang mukmin di mana dia menghayati
dunia ini dengan iman, amal dan selaras
dengan saranan Tuhan seperti firman-Nya
yang bermaksud (Terjemahan): “Dan
dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: ‘Apakah yang tela diturunkan oleh Tuhan kamu?’ Mereka menjawab: ‘Allah
telah menurunkan kebaikan.’ Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan mendapat pembala- san yang
da sesungguhnya kampung akhirat itu
adalah lebih baik dan itulah sebai-baik
tempat bagi orang yan bertakwa.” (An-Nahl: 30)
Cintakan dunia
dicela oleh seluruh agama bahkan ianya
dikira sebagai faktor dalam
melakukan segala bentuk kejahatan. Para Al-Arifin pernah berkata cintakan dunia itu kepala segala kejahatan.
Begitu juga sebaliknya bencikan dunia kepala segala ketaatan. Setiap individu
tidak harus meletakkan kasih kepada dunia yang boleh menghalang
hubungannya dengan Tuhan. Tetapi sebaliknya rasa kasih dan cinta itu hendaklah ditumpukan kepada Allah s.w.t.
dan Rasul sahaja kerana sabda Nabi s.a.w. yang bererti seseorang itu tidak akan
merasa kelezatan iman kecuali dia telah kasih kepada Allah s.w.t. dan Rasul
s.a.w. melebihi dari kasihnya yang lain.
Hidup di dunia ini penuh dengan
berfoya-foya dan hiburan yang boleh melalaikan kita dari mengingati matlamat
kita dijadikan itu. Allah s.w.t. sentiasa mengingatkan kita supaya berhati-nati dalam melayari hidup di
dunia ini.
Ali bin Abi Talib pernah
berpesan kepada orang ramai. “Aku takut kepada kamu dua perkara iaitu panjang
angan-angan dan mengikut hawa nafsu, kerana panjang angan-angan akan melupakan
akhirat dan mengikut hawa nafsu akan menghalang kamu dari kebenaran, bahawa
dunia sesungguhnya akan ditinggalkan dan
akhirat akan dihadapi. Oleh itu jadilah kamu anak-anak pencinta akhirat dan janganlah kamu jadi anak-anak pengampu
dunia kerana hari itu amal tidak ada hisab dan esok hisab yang tidak ada amal.”
Ibrahim bin Adham ketika diminta
nasihat daripadanya beliau berkata, “Apabila kamu
melihat
manusia sibuk dengan urusan dunia
hendaklah kamu bersibuk dengan urusan
akhirat dan jika kamu melihat mereka mengindahkan atau meghiasi tubuh zahir
mereka, hiasilah batin kamu dan kiranya mereka berlumba membina
bangunana-bangunan, tanaman-tanaman indah dan istana-istana, berlumbalah kamu
ke kubur. Kalau mereka sibuk membicarakan tentang keaiban manusia hendaklah
menyiasat keaiban dirimu dan jika mereka sibuk
untuk memberi khidmat bakti kepada makhluk hendaklah kamu pula
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Tuhan semesta alam.”
No comments:
Post a Comment